Saturday, August 31, 2013

KEMANA HILANGNYA SIRI BERCAKAP DENGAN JIN OLEH TAMAR JALIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Para pengunjung yang saya hormati dan hargai sekelian. Setelah sekian lama blog ini terdiri, pada hari ini satu lembaran sejarah telah termaktub. Oleh kerana penulis yang bernama Tamar Jalis telah pun dikenali dan siri ini telah pun diterbitkan semula dalam bentuk buku dipasaran, maka saya telah menarik balik siri-siri ini dari diterbitkan di blog saya ini.

Bagi menghormati permintaan pemegang hakcipta penulisan siri ini, Nafiela Group, dan juga penulis sendiri, saya rasakan ini adalah tindakan yang paling wajar.

Saya faham para pengunjung setia blog tersebut mungkin akan merasa hampa, namun siri ini adalah hak penulis dan bukannya milik saya. Kita hanya meminjam dan telah tiba masanya pemilik mengambilnya balik. Namun jangan khuatir, bukunya sudah ada dipasaran maka saya anjurkan para pengunjung membeli buku ini.

Siri Bercakap Dengan Jin juga akan kelak diadaptasikan dalam bentuk siri drama seram di televisyen, maka populariti siri ini seharusnya akan melonjak, insyaallah.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang mengunjungi blog saya yang telah menyokong usaha murni menggabungkan semua peminat siri ini. 

 Saya yang benar 

Azman Jalaludin