Tuesday, September 9, 2014

092. KEBUMI MAYAT KERAT KEPALA


RAMAI tetamu menunggu giliran di tengah rumah semasa saya naik ke rumah Lebai Ripin. Lantas sahaja dia menggamit supaya saya duduk di sisinya. Memang dia akan mengajak saya duduk di sebelahnya asal sahaja saya jengah ke Pelangai menemui dia. Lagi pun sudah lama saya tidak ke rumah Lebai Ripin semenjak berpindah kerana mahu belajar lagi.
Apa lagi disebabkan kera-kali pula ke Bukittinggi, ramai juga kawan-kawan yang tidak sempat dikunjungi. Semenjak Aki Sahak, Ulung Sali dan Abang Amud sudah meninggal dunia, memang jarang saya ke Pelangai. Tetapi Lebai Ripin sekadar tinggal berhampiran sahaja, hanya sekali sekala sahaja saya temui semasa arwah Aki Sahak masih hidup. Sebab itulah saya tidak berapa rapat sangat dengannya.
Tetapi dia riang benar sekiranya saya berkunjung ke Pelangai singgah juga ke rumahnya. Mulutnya becok menyuruh isterinya Maseni siapkan hidangan sekalipun sekadar gulai ikan kering rencah pisang muda. Apalagi kalau saya datang bersama isteri saya, bertambah becok pula Maseni mahu melayani.
Mereka tidak peduli sangat tetamu yang ramai menunggu meminta doa hingga terpaksa sampai santak tengah macam. Semasa yang berkunjung bersama isteri saya ke rumahnya inilah Andak Soyah datang ke situ bersama suaminya Udin Punggah. Mereka suami isteri gembira benar disebabkan penyakit gatal-gatal badan yang dihidapi oteh Mahani semakin bertambah pulih.
"Saya ni masih ada sikit-sikit gangguannya, Tuan," ujar Andak Soyah mengerling suaminya Udin Punggah.
"Malam ni ustaz ada,sama, bolehlah dia bantu," sengaja Lebai Ripin menolak kepada saya dengan tersenyum memandang ke arah saya.
"Mahani pun dah sembuh, Tuan," segera Kiman memberitahu mengenai penyakit anaknya sudah pulih. "Dah tak pernah lagi kena gatal-gatal macam rerata tu," dia tersengih-sengih menunjukkan kulit anaknya masih kelihatan kesan berparut.
"Alhamdullillah, semuanya dengan izin Allah," Lebai Ripin mencebek bibir. "Pengerasnya macam mana, Tuan?" ujar Kiman menyebabkan Lebai Ripin mengerutkan dahi.
"Pengeras, carilah besi!" tersinggung benar Lebai Ripin apabila ditanya mengenai pengeras setelah berubat di rumahnya.
"Tuan Lebai ni bukannya dukun, mana ada pengeras," salah seorang tetamu mencelah ingatkan Kiman mengenai sikap Lebai Ripin yang tidak pernah menetapkan pengeras berubat. Dia sekadar berdoa sahaja bukan mahu mengubati penyakit biar sampai sembuh.
"Saya tak tahu, sebab itu saya bertanya," jelas Kiman setelah menyedari perasaan Lebai Ripin tersinggung.
Manalah dia tahu mengenai rawatan di rumah Lebai Ripin. Dia datang jejak kaki ke situ pun setelah didesak isterinya, bukan disebabkan memahami sangat cara mana Lebai Ripin membuat rawatan. Sudah beberapa kali dia berulang alik ke situ, tidak siapa pun bertanyakan fasal pengeras selepas habis berubat. Lebih baik dia bertanya berterus terang sama ada pengeras itu ditetapkan atau pun tidak.
Disebabkan Andak Soyah sekeluarga datang lebih awal dari tetamu yang lain, sengaja Lebai Ripin memanggilnya mara ke hadapan. Andak Soyah disuruh duduk berlunjur kaki bersama Mahani. Sewaktu Lebai Ripin memegang ibu jari kaki Andak Soyah dia masih terjerit kuat seolah-olah dicucuh besi panas.
Tetapi Mahani tidak menanggung sakit apa-apa. Bibir yang pucat juga sudah mula merah semula, sekalipun kulitnya kesat seolah-olah bersalin kulit. Disebabkan ramai sangat tetamu menunggu giliran, lantas Lebai Ripin berbisik meminta saya tengokkan Andak Soyah.
"Ustaz ni guru saya," ujar Lebai Ripin merendah seolah-olah harapkan saya membantunya ketika itu. Tetapi saya tahu dia sengaja bergurau, kerana perkara siapa menjadi guru tidak penting sangat. Tidak pernah pun saya mengajar apa-apa kepadanya sampai mahu dikatakan saya menjadi guru kepadanya itu.
"Apa yang saya tahu, Lebai Ripin lebih tahu lagi," sahut saya melirik senyum apabila Andak Soyah tiba-tiba sahaja merungut tidak tentu biji butir.
Sekaligus pula Andak Soyah bingkas bangun disebabkan terlalu marah melihat saya terconggok di situ. Semasa dia mahu menerkam tangannya menjadi kaku tidak boleh digerakkan menyebabkan dia tercungap-cungap menahan sesak nafas.
"Hah, dengan ustaz ni tak dapat awak nak berlindung!" segera Lebai Ripin mengejek apabila Andak Soyah berpusing-pusing mahu gerakkan badannya yang terkaku bagaikan batu tersergam.
Berdebar Kati Kiman melihat keadaan emaknya kaku tidak dapat bergerak. Kalau tidak disebabkan ayahnya Udin Punggah menghalang mahu sahaja dia membantu emaknya. Masakan emaKnya tiba-tiba saja tidak boleh gerakkan badan sebaik sahaja bingkas bangun mahu menerkam ke arah saya.
Lama Andak Soyah tercegat tidak bergerak barulah dia terhuyung hayang mahu rebah ke lantai. Segera Lebai Ripjn memberi isyarat supaya Udin Punggah membantu isterinya. Setelah dibaringkan Andak Soyah perlahan-lahan menggerakkan badannya tetapi dia merungut seolah-olah tubuhnya diikatkan dengan tali melilit.
"Lepaskan tali yang mengikat badan aku ni!" rungut Andak Soyah cuba meronta-ronta.
"Mana pula ada tali ni?" sahut suaminya Udin Punggah menyindir kerana dia tidak melihat seutas tali pun terlilit di badan Andak Soyah.
"Awak to mana tahu!" bentak Andak Soyah mencemik muka disebabkan marah benar disindir oleh Udin Punggah.
"Hah, yang sakit Mahani macam mana berpindah pada mak?" gerutu Kiman kerana tidak menyangka emaknya pula yang menanggung sakit yang di-hidapi oleh anaknya.
"Ustaz ni sengaja nak menyusahkan orang!" semakin marah Andak Soyah meronta-ronta macam mahu melepaskan dari ikatan tali yang membelit kukuh. Apabila saya hembuskan ke mukanya dengan membacakan:
Innahu min-Sulaiman wa-  innahu bismillahhir rahmannir rahim,
Andak Soyah seolah-olah terkejut. Dia bingkas duduk macam termangu tidak menentu. Lama dia terkebil-kebil mata memerhati suaminya Udin Punggah yang memujuknya supaya bertenang.
Tetapi Lebai Ripin ingatkan Udin Punggah mengenai isterinya masih belum ingat apa-apa ketika itu. Andak Soyah terpinga-pinga disebabkan dia merasakan dirinya tercampak jauh ke tengah perkampungan lama. Terkejut benar dia disebabkan tidak pernah jejak kaki ke situ.
Sekaligus pula dia melihat Tok Lanam berdiri di anjung rumah memerhati orang-orang-nya berceratuk di tengah halaman. Mereka mengajak Tok Lanam segera tinggalkan kampung halaman disebabkan kampung mereka diserbu musuh. Tetapi Tok Lanam tidak mahu mengalah selagi dia masih tercegat di situ.
Tok Lanam tetap berdegil tidak mahu berundur. Di situlah kampung halamannya masakan dia mudah sangat menyerah kalah. Disebabkan Tok Lanam berkeras mahu bertahan orang-orangnya tidak bertangguh meninggalkan dia di situ. Mereka tidak rela terperangkap semata-mata ikutkan degil Tok Lanam.
Sekalipun isterinya mengagak Tok Lanam berundur kerana bimbang anak gadisnya akan diceroboh musuh, dia tetap tidak berganjak dengan keputusannya. Hinggalah musuh menyerbu Tok Lanam tetap bertahan di situ. Tatkala anaknya dilarikan musuh Tok Lanam terus mengamuk tidak peduli apa-apa lagi, hingga dia tersungkur akibat kepalanya dipenggal musuh.
Mayat Tok Lanam terbiar di tengah halaman dengan kepalanya terpisah dari badan. isterinya yang cedera disinggahi tetakan parang musuh juga tersandar di dinding rumah tidak dapat bergerak. Ketika ini Andak Soyah cuba mara ke hadapan untuk membantu isteri Tok Lanam yang cedera parah, tetapi dia tertampan pada dinding cermin. Andak Soyah sekadar melihat isteri Tok Lanam mengerang-erang kesakitan.
Setelah orang-orang yang menceroboh meninggalkan rumahnya, tiba-tiba sahaja kepala Tok Lanam bercantum semula dengan badannya. Dia bingkas bangun lantas menyapu-nyapu pasir yang melekat pada bekas lehernya yang terpenggal. Selepas kepalanya bercantum semula, cepat-cepat Tok Lanam mendekati isterinya. Sebaik sahaja dia mengusap dengan tapak tangan pada bahagian yang luka di badan isterinya, sekaligus luka-luka berkenaan bertaup semula.
"Anak kita dilarikan orang tu," beritahu isterinya Ucum yang segar semula setelah lukanya sembuh.
"Tak apa, dia takkan buat jahat!" ujar Tok Lariam mencemik muka.
"Dia nak ambil anak kita jadi isterinya, biarlah," gerutunya tidak mahu berdendam apa-apa lagi.
"Bagaimana kalau dia tahu awak macam ni?" bimbang juga Ucum sekiranya musuh datang semula menyerbu sebaik sahaja mereka dengar Tok Lanam bangun semual setelah kepalanya terpenggal.
"Kalau mereka tahu, tentu huru hara lagi," bisiknya seolah-olah kesal dengan kejadian ter-sebut.
Terpaksa Tok Lanam mengajak isterinya lari ke hutan. Tatkala bertemu dengan kawannya Itam Sunoh di kawasan hutan, lantas Tok Lanam beritahu mengenai kejadian yang menimpanya. Dia memujuk Itam Sunoh meminta orang-orangnya yang lari ke hutan balik semula ke kampung halaman.
 Kemudian dia berpesan pada !tam Sunoh supaya buatkan kubur pada dua bukit yang dipisahkan oleh anak air. Sewaktu orang-orang musuhnya dari kampung seberang menjengah ke situ setelah diberitahu oleh anak gadis Tok Lanam supaya kebumikan mayat ayahnya, Ram Sunoh mengakui mematuhi wasiat Tok Lanam.
Kepalanya ditanamkan di sebuah bukit, sementara badannya di sebuah bukit yang lain dengan dipisahkan oleh anak air. Kalau tidak dipisahkan nescaya kepala itu akan bercantum semula hingga Tok Lanam bangun seperti sediakala. Memang anak-nya Seri mengakui ayahnya boleh hidup semula kalau tidak diikuti petua tersebut.
Sawar yang berkahwin dengan Seri juga tidak berniat mahu teruskan dendamnya ter-hadap Tok Lanam. Apa sangat mahu terus berdendam kalau Seri sudah rela menjadi istrinya setelah Tok Lanam terbunuh. Sebab itu dia mahukan orang-orangnya segera kebumikan mayat Tok Lanam.
Tetapi semasa orang-orang Sawar datang menjengah ke situ mereka tidak menemui lagi mayat Tok Lanam yang terpenggal kepala. Masing-masing menjadi gementar kerana bimbang Tok Lanam akan membalas dendam setelah bingkas bangun semula. Mereka juga dengar mengenai Tok Lanam boleh bangun semula setelah terkejang kaku tidak bergerak. Sebab itu mereka penggal kepala Tok Lanam biar tidak boleh bangun membalas dendam.
Sebelum Sawar menyerbu ke perkampungan Tok Lanam, dia juga sudah diberitahu mengenai Tok Lanam pernah diterkam harirnau sampai seluruh badan calar balar macam berkecai habis. Tetapi tidak sampai harimau berkenaan memamah Tok Lanam apabila ia menggelepar akibat seluruh badannya kejang kaku.
Harimau berkenaan bagaikan termakan racun tatkala darah Tok Lanam berlumuran di taring-nya. Tatkala embun pagi turun Tok Lanam bingkas bangun dengan mengusap-usap seluruh badannya dengan tapak tangan. Luka-luka calar balar akibat diterkam harimau bertaup semula seolah-olah tidak berbekas langsung dikerkah binatang ganas itu. Sebab itu Sawar mahu orang-orangnya penggal sahaja leher Tok Lanam biar mati sekaligus.
Apabila orang-orang Sawar menyedari mayat Tok Lanam tidak ada lagi tergoleng di tengah halaman rumahnya, tidak bertangguh mereka memberitahu Sawar. Bimbang juga Sawar sekiranya Tok Lanam akan menjelma di depannya lantas membalas dendam.
Tetapi Seri ingatkan dia supaya jangan berenggang langsung dengannya. Tentu ayahnya tidak akan tergamak membalas dendam setelah menyedari Sawar menjadi menantunya. Memang Sawar tidak terniat langsung mahu berkahwin dengan Seri, kerana dia datang menyerbu ke. kampung Tok Lanam semata-mata mencari anak raja yang disembunyikan.
Tok Lanam berkeras tidak mahu serahkan anak raja yang bersembunyi di kampungnya, setelah dituduh anak raja itu mahu menipu. Dia mengaku berhak menjadi raja sekalipun sekadar kerabat sahaja yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan. Tetapi Tok Lanam terpaksa lindungkan juga disebabkan anak raja berkenaan berkahwin dengan anak perempuannya. Masakan dia rela serahkan menantunya kepada Sawar untuk ditawan sebelum diserahkan kepada raja. Tok Lanam sendiri tidak tahu raja mana yang mahu menangkap menantunya itu semata-mata mengaku dirinya anak raja sebelum berkahwin dengan anak perempuan Tok Lanam.
Tidak patut Sawar berasa marah sekiranya lelaki itu mengaku dirinya anak raja, kerana Tok Lanam sendiri yang menjadi mangsa. Sebab itu dia berkeras melawan Sawar sekali lelaki itu mewakili raja. Tok Lanam sendiri tidak tahu raja mana yang diwakili,oleh Sawar apabila menyerbu ke kampung halaman-nya.
"Tok Lanam hidup semula," gementar orang-orang Sawar memberitahu sebaik sahaja Sawar datang jejak kaki ke situ.
"Kita cari mayatnya dan kebumikan?' ujar Sawar tenteramkan hatinya sendiri yang rusuh setelah menyedari Tok Lanam tidak ada lagi tengolek di tengah halaman.
"Tok Lanam sudah dikebumikan," sahut Itam Sunoh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan diganggu.
"Bagaimana Itam kebumi-kan ayah?" desak Seri seolah-olah tidak percaya dengan peng-akuan Itam Sunoh itu.
"Kepalanya kami kebumikan di bukit sana, dan badannya dikebumikan di bukit sini," jelas Itam Sunoh menyimpan rahsia yang terpendam jauh di sudut hatinya.
"Kepala dan badannya tidak akan bercantum kerana dipisahkan oleh anak air," dia menambah seperti pesan yang disampaikan oleh Tok Lanam.
"Saya percaya dengan apa yang Itam beritahu," ujar Seri mengerling suaminya Sawar. Memang dia satu-satunya yang tahu mengenai rahsia amalan ayahnya yang boleh bercantum semula kepala sekalipun terpenggal putus. Penjelasan Itam Sunoh itu memang sama dengan apa yang diberitahu oleh ayahnya Tok Lanam mengenai amalan memakan lam sejak bertahun-tahun.
Tahu sangat Seri ayahnya memang menyimpan binatang lam itu di dalam perigi sama seperti gamat yang meliar di pantai berteluk. Ayahnya akan menangkap lam itu kemudian ditelan hidup-hidup tatkala matahari tengah naik sepenggalah. Selepas itu tiga hari ayahnya sekadar makan sayor-sayor sahaja dengan tidak menjamah ikan atau daging.
Dalam masa setahun nescaya ayahnva akan menelan lain itu sampai tiga kali. Setiap kali ayah menelan lam, dia tidak bcnarkan siapa sahaja bermain pisau hingga melukakan tangan. Disebabkan Seri seringkali desak dia beritahu mengenai rahsia lam yang dipeliharanya di dalam telaga, terpaksa juga Tok Lanam beritahu anak kesayangannya mengenai kelemahan amalan tersebut.
Memang benar seperti diberitahu !tam Sunoh mengenai cara mengkebumikan ayahnya sekira menemui ajal dengan kepala terpenggal. Kalau tidak terpenggal pun ayahnya sendiri meminta supaya dikerat kepala-nya untuk dikebumikan berasingan dari badannya. Tok Lanam tidak dapat melarikan diri daripada ketentuan demikian setelah amalkan menelan lam untuk pertahankan dirinya dari musuh.
 "Amalan yang sia-sia," tutur Sawar kesal kerana terpaksa dipenggal juga leher kalau mati tidak cacat apa-apa. Alangkah sedihnya keluarga kalau mayat terbujur terpaksa dipenggal leher disebabkan badan dan kepala tidak boleh dikebumikan sama di dalam satu Jiang lahad.
"Kita tengok lam yang dipelihara ayah dalam telaga," tidak bertangguh Seri mengajak suaminya menjengah telaga tempat Tok Lanam membela lam tidak jauh dari rumahnya.
Semasa mereka menjengah ke dalam telaga, terkejut benar Seri disebabkan air di dalam telaga itu kering kontang. Tidak seekor pun lam menjalar di dasar nya setelah air kering di bawahnya. Mengeluh panjang Seri disebabkan tidak sempat menatap wajah ayahnya sebeIum Tok Lanam dikebumikan.
Tetapi dia tidak salahkan Itam Sunoh yang kebumikan mayat ayahnya dengan tidak menunggu dia datang menjengah. Tentu Itam Sunoh tidak sanggup menunggu lama untuk kebumikan mayat Tok Lanam.
"Macam mana dengan emak saya, Itam?" Seri semakin sebak apabila kenang emaknya yang ditinggalkan semasa rumah mereka diserbu. "Emak awak juga meninggal dunia kerana cedera parah," ujar Itam Sunoh sengaja menyembunyikan rahsia yang mesti di-pegangnya kukuh-kukuh.
"Kita pun sudah banyak bunt kesilapan!" keluh Sawar perlahan sebaik sahaja diberitahu mengenai kematian Tok Lanam dan isterinya akibat serangan tidak berperi kemanusiaan. Kalaulah dia sanggup berdamai setelah lelaki yang mengaku anak raja itu melarikan diri, tentu kejadian buruk demikian tidak berlaku.
Apalagi setelah Seri menjadi isterinya semakin kesal Sawar kerana bimbang dituduh membunuh Tok Lanam semata-mata mahu berkahwin dengan anaknya. Sebab itulah Sawar mengambil keputusan tidak mahu menetap di perkampungan Tok Lanam. Lebih baik dia melarikan diri ke perkampungan yang jauh dari situ.
 Memang Tok Lanam tidak pernah menjengah ke perkampungannya, sekalipun dia tahu Sawar menyesal dengan perbuatan menyerang ke situ. Biarlah dia sembunyikan diri di tengah hutan bersama isterinya Ucum. Satu-satunya yang seringkali  menemui dia di kawasan hutan itu ialah Itam Sunoh.
Hinggalah Tok Lanam meninggal dunia setelah mengidap demam panas, Ucum bersama Itam Sunoh tetap rahsiakan juga mengenai ketua kampung mereka itu. Sebaik sahaja mayat Tok Lanam dibujurkan, lantas sahaja Ucum meminta Itam Sunoh memenggal kepala mayat. Dia mengajak orang-orang kampung berpecah dua untuk kebumikan mayat Tok Lanam di dua buah bukit yang dipisahkan oleh anak air. "
Kita terpaksa penggal leher mayat ni," beritahu Ucum sebaik sahaja orang-orang kampung datang menjengah.
Terkejut juga orang-orang kampung apabila diberitahu mengenai Tok Lanam tidak mati setelah dibunuh oleh orang-orang Sawar. Tentu anaknya Seri akan meratap menerpa mayat ayahn, sekiranya dia tahu mengenai kejadian yang menimpa diri ayahnya.
"Sebelum kita penggal leher mayat ni, elok kita beritahu Seri," lantas Itam Sunoh memujUk.
"Biarkan, dia melawan ayahnya kerana sanggup nikah dengan Sawar!" sahut Ucum masih menyimpan dendam di atas perbuatan Sawar meyerbu rumahnya. Kalau tidak drisebab-kan perbuatan Sawar nescaya dia anak beranak tidak porak peranda. Apalagi Seri sendiri sanggup menjadi isteri Sawar yang sanggup membunuh Tok Lanam.
"Kalau. begitu keputusan awak, terpaksalah kita kebumikan cepat," ujar Itam Sunoh mengeluh pendek.
"Kita kebumikan sebelum embun turun," beritahu Ucum ingatkan jiran-jirannya mengenai petua yang digunakan oleh Tok Lanam.
Tahu sangat dia mayat Tok Lanam akan kejang menjadi batu kalau tidak sempat dikebumikan sebelum embun turun. Bimbang juga Ucum kalau badan mayat akan bangun berdiri meninggal-kan kepalanya yang telah dipenggal. Manalah tahu mayat tidak berkepala itu merayau-rayau di dalam kampung sampai 44 hari.
Memang Tok Lanam sudah pesankan supaya mayatnya mesti dipenggal kepala. Kemudian dikebumikan berasingan pada dua buah bukit yang dipisahkan oleh anak air. Kalau mayatnya tidak dipenggal kepala Tok Lanam sendiri tidak tahu apa akan terjadi kerana petua yang diturunkan kepadanya sekadar menyuruh penggal sahaja kepala.
 Sebab itu Ucum juga tidak dapat mengagak sekiranya mereka berdegil rnelanggar petua yang telah ditetapkan oleh Tok Lanam. Beberapa kali Tok Lanam ingatkan isterinya sekira-nya tidak dipenggal kepala nescaya kepalanya akan melayang sendiri meninggalkan badan, atau badannya berjalan merayau-rayau-sendiri meninggalkan kepala.
Tengah malam itu juga mayat Tok Lanam dikebumikan pada dua buah kubur. Sebahagian orang-orang kampung mengusung kepalanya ke bukit sebelah kanan, manakala mereka yang mengusung badan mayat membawa ke bukit sebelah kiri. Selepas sahaja di-kebumikan mereka terdengar laungan kuat dari bukit sebelah kanan asal sahaja embun tengah malam turun.
Selama 44 malam mereka terdengar kepala Tok Lanam melaung mengajak badannya yang dipenggal itu bercantum semula. Gema laungan itu bergema setiap kali embun turun tengah malam. Ketika ini Andak Soyah terkejut disebabkan gema laungan kepala mengajak bercantum. semula itu terasa menggerunkan dia. Andak Soyah terkebil-kebil mata cuba ingatkan semula kejadian yang dilihatnya setelah terpinga-pinga sebaik sahaja saya hembuskan ubun-ubunnya dengan membaca tiga kali al-Fatihah.
"Tanyalah Andak Soyah, apa yang dia nampak," ujar saya perlahan memandang Kiman dan Udin Punggah.
 "Istighfarullahhul azim," keluh Andak Soyah memicit-micit lututnya akibat lenguh-lenguh seluruh badan.
"Apa yang mak nampak?" . tidak sabar lagi terus mendesak. Perkara anaknya Mahani gatal-gatal seluruh badan sudah tidak penting lagi, disebabkan emaknya pula termengah-mengah tidak menentu apabila disuruh berlunjur kaki di depan saya.
"His, kamu ni tunggulah dulu!" gerutu Udin Punggah ingatkan anaknya apabila mendesak sangat,
"Memang Tok Lanam," ujar Andak .$oyah terharu apabila kenang melihat bayangan Tok Lanam dengan mayatnya terbujur tetapi barpaksa dipenggal leher oleh Itam Sunoh. "Bapa 'saudara saya Tok Mukim tu memang keturunan dari Tok Lanam," sebak sangat Andak Soyah memberitahu saya.
Sewaktu bapa saudaranya Tok Mukim beritahu mengenai perigi buta di belakang suraunya tempat Tok Lanam membiakkan lam, sengaja Andak Soyah tidak ambil peduli sangat. Manalah dia tahu mengenai khasiat lam yang sengaja dipelihara oleh Tok Lanam di dalam perigi berkenaan.
Tanah peninggalan yang didiami oleh Tok Mukim sejak turun temurun mereka warisi dari Tok Lanam. Tahu sangat Andak Soyah memang dia juga keturunan Tok Lanam di sebelah emaknya, tetapi dia tidak peduli sangat mengenai perigi buta tempat Tok Lanam memelihara lam. Di dalam perigi buta itulah dia nampak ular sawa sebesar paha berlingkar.
Beberapa kali juga Andak Soyah ternampak bapa saudaranya terluka ditusuk mata parang, tetapi mudah sahaja lukanya bertaut semula. Darah yang mengalir serta merta berhenti sebaik sahaja diusap dengan tapak tangan. Apabila kenang kejadian yang menimpa Tok Mukim memang ngeri juga macam mana pun tidaklah sama ngerinya melihat Itam Sunoh mengerat leher mayat Tok Lanam.
Mahu juga dia menyerbu ke tengah rumah menghalang !tam Sunoh supaya tidak memenggal leher mayat, tetapi dinding cermin itu kukuh menampannya. Dia tidak dapat membolosi dinding cermin berkenaan sekali-pun dirempuh berulang kali.
"Jangan penggal leher mayat tu!" jerit Andak Soyah tersengguk-sengguk menangis menyebabkan Udin Punggah bersama Kiman terkejut. Mereka gelabah tidak menentu apabila Andak Soyah meracau tidak benarkan memenggal kepala mayat.
Dalam masa Andak Soyah terisak-isak menangis itulah dia nampak Tok Mukim berdiri di sisinya. Lantas sahaja Tok Mukim memujuk supaya tidak menjerit kuat. Siapa pun tidak boleh menghalang kerana petua demikian ditetapkan sendiri oleh Tok Lanam. Siapa sahaja amalkan menelan lam mesti dipenggal mayatnya supaya kepala atau badannya tidak merayau-rayau selepas dikebumikan.
Apabila kenang kematian Tok Mukim seisi kampung menjadi gempar apabila melihat tubuh merayau-rayau dengan tidak berkepala. Lebih sebulan mereka diganggu lembaga tidak berkepala itu sekali pun siapa pun tidak mengalami apa-apa petaka. Tetapi masing-masing takut mahu keluar di waktu malam kerana bimbang terserempak lembaga tidak berkepala itu.
Memang mereka cam lembaga tidak berkepala itu jelmaan Tok Mukim. Beberapa kali Tok Mukim berpesan supaya kepalanya dipenggal sebaik sahaja meninggal dunia, tetapi siapa sanggup melakukan? Lain-lah ketika Tok Lanam meninggal dunia, mereka tidak perlu membuat laporan polls.
Semasa Tok Mukim meninggal dunia mereka dikehendaki membuat laporan polls. Masakan polls benarkan mereka memenggal kepala mayat sebelum dikebumikan semata-mata mahu memenuhi permintaan Tok Mukim. Tentu guru-guru agama juga tidak benarkan mayat Tok Mukim dipenggal kepala. Andak Soyah sendiri akan membantah sekiranya orang-orang kampung berdegil mahu memenggal mayat bapa saudaranya itu.
Disebabkan mereka tidak mematuhi pesanan Tok Mukim, seisi kampung gempar dengan lembaga tidak berkepala itu. Lenggangnya, langkahnya, gerak gerinya memang sama macam Tok Mukim sekalipun kepalanya tidak ada. Memang seisi kampung dapat mengagak jelmaan Tok Mukim yang merayau-rayau tidak berkepala itu.
Tetapi Tok Mukim tidak pernah amalkan memakan lam. Andak Soyah tahu tidak seekor pun lam yang dipelihara oleh Tok Mukim. Masakan guru agama mengajar rnembaca al-Quran seperti Tok Mukim mahu amalkan memakan lam hidup-hidup semata-mata mahu pertahankan diri supaya tidak mudah diluksi. Kalau luka pun nescaya akan sembuh serta merta sama seperti lam yang mudah bercantum tubuh sekalipun dicincang lumat.
Kenapa Tok Mukim menanggung nasib demikian kerana dia .keturunan Tok Lanam? Birnbang juga Andak Soyah apabila kenangkan keturunan Tok Lanam mesti dipenggal kepala sebaik sahaja mayatnya terbujur. Kepala dan badan mesti dikebumikan berasingan dengan dipisahkan oleh anak air. Kalau tidak selama 44 malam jelmaan lembaga tidak berkepala akan merayau-rayau di dalam kampung.  
"Saya tak mahu jadi macam Tok Mukim." tiba-tiba Andak Soyah menunduk menahan sebak yang mengocak di dadanya,
"Apa yang jadi pada Tok Mukim, mak?" segera Kiman mendesak kerana dia sendiri tidak pernah menatap muka Tok Mukim itu.
Andak Soyah tidak menyahut. Kerengkungnya terasa tersekat hingga tidak dapat meneruskan tutur kata. Kemudian dia berpaling ke arah saya, jelas air mata tergenang di pelupuk. Dia dapat membayangkan sekiranya menerima padah seperti Tok Mukim apabila orang-orang kampung tidak sanggup memenggal kepala mayat.
 "Macam manalah ustaz, kalau saya menerima nasib seperti Tok Mukim?" gementar suara Andak Soyah asal sahaja ingatkan nasib yang menimpa Tok Mukim.
 "Perkara to saya tak tahu," ujar saya mengeluh pendek. Manalah saya tahu perkara yarig belum berlaku ke atas diri Andak Soyah.
"Kalau saka, buangkanlah ustaz," ujar Andak Soyah merayu apabila kenang jelmaan Tok Mukim tidak berkepala merayau-rayau di dalam kampung.
"Sekiranya saka, buang sajalah, ustaz," desak Udin Punggah pula kerana bimbang isterinya akan mengalami kejadian yang menimpa Tok Mukim. Dia juga tahu mengenai Tok Mukim yang meninggal dunia tiba-tiba jelmaan lembaga tidak berkepala ditemui merayau-rayau.
Udin Punggah memang tidak pernah terserempak lembaga tidak berkepala merayau-rayau itu, disebabkan kampungnya jauh sedikit jarak-nya. Tetapi dia memang mendengar fasal penduduk-penduduk kampung gempar terserempak lembaga tidak berkepala. Sekali sekala mereka nampak kepala melayang di udara dengan tidak berbadan. Bagaimanapun kepala tidak b-tubuh tidak kerap sangat ditemui oleh penduduk-penduduk kampung.
"Nak buang saka, kena tanya Lebai Ripin," lantas saya menyuruh mereka berterus terang kepada Lebai Ripin. Memang saya tidak berpengalaman apa-apa kalau fasal diganggu saka seperti dialami oleh Andak Soyah ini.
Lebai Ripin bukan takat membuang saka sahaja, kalau sudah termakan kotoran pun dapat dipulihkan. Tatkala Sudin Moyok datang menemui dia disebabkan mengidap sakit dalam perut, lantas sahaja Lebai Ripin menuduh dia diberi makan nasi tangas. . Tersinggung juga Sudin Moyok kerana dituduh demikian. Siapa lagi yang sorongkan dia nasi tangas kalau bukan isterinya sendiri?
Keluarganya juga menuduh dia terlalu mematuhi perintah isterinya Seridah. Kalau tidak disebabkan mengidap sakit perut bertahun-tahun hingga badan-nya juga kurus melidi, nescaya dia tidak akan jejak kaki ke Pelangai menemui Lebih Ripin. Tetapi sudah beberapa kali dirawat di hospital, penyakit dalam perut yang dihidapinya tidak juga sembuh.
Sebab itu dia mencuba menemui Lebai Ripin. Belum pun dia beritahu apa-apa, Lebai Ripin sudah menuduh dia termakan nasi tangas.Tetapi dia cuba bertahan mahu terns berubat. Sudin Moyok sanggup carikan 12 hetai daun sirih, 7 jenis limau dan tiga butir ibu garam.
Setelah dimandikan dengan air tujuh jenis bunga itu, Lebai Ripin menyuruh dia minum air limau dicampur tiga butir ibu garam. Hampir juga dia termuntah disekole air limau berkenaan. Apabila dia termuntah ke dalam besen yang ditadah, memang Sudin Moyok melihat nasi bercampur kotoran air hitam laksana perlimbahan.
Tiga malam dia datang mengulangi rumah Lebai Ripin barulah Sudin Moyok merasa segar. Semenjak itu dia tidak lagi mengidap sak it perut berterusan. Kalau isterinya Seridah cuba membentak seperti kebiasaan lantas sahaja dia menjerkail sampai terkebil-kebil mata.
Bukan Sudin Moyok sahaja harapkan Lebai Ripin akibat sakit dalam perut, Haji Maasar juga serba salah tatkala mengakui pakai susuk emas dengan susuk berlian. Sehingga umurnya 60 tahun pun Haji Maasar masib kelihatan seolah-olah lelaki ber-umur 40 tahun.
Bimbang juga Haji Maasar tubuhnya tidak diterima bumi apabila meninggal dunia sekira-nya susuk berkenaan tidak dibuangkan. Setelah dimandikan dengan air tujuh jenis bunga, Lebai Ripin pantangkan Haji Maasar tidak boleh menjamah makanan yang ditusuk sampai seminggu. Tatkala isterinya membeli sate hampir juga Haji Maasar menjamah rakus, tetapi cepat-cepat isterinya ingatkan pantang larang Lebai Ripin.
Dalam tempoh seminggu itu pula Haji Maasar menanggung sakit perut memulas, seolah-olah mahu buang air. Apabila berkejar ke atas hanya angin sahaja membuak-buak. Ketika ini dia melihat di dalam lubang tandas seolah-olah beberapa pucuk jarum berkilauan seperti emas menjunam jatuh. Tetapi apabila diperhatikan sungguh-sungguh dia sekadar melihat pusaran air di dalam mangkuk tandas sahaja.
 "Tolonglah buangkan saka ni, Tuan," Andak Soyah tetap berharap siapa sahaja boleh membantunya. Memang dia tidak mahu berlaku kejadian yang menimpa Tok Mukim itu kepada dirinya.
Sudah tentu jiran-jiran tidak sanggup memenggal kepala mayat sekiranya dia meninggal dunia. Polis juga tidak akan benarkan mayat dipenggal kepala. Bila-bila mereka akan diheret ke balai polis kalau berkeras memenggal kepala mayat. Manalah polis mahu mempercayai amalan memakan lam itu mesti lakukan demikian. Lagi pun sudah beberapa- keturunan Tok Lanam yang diganggu saka berkenaan disebabkan amalan tersebut. .
 "Tak dapat saya nak putuskan sekarang," ujar Lebai Ripin merendah setelah didesak oleh Andak Soyah. "Biar saya solat tahajud dulu tiga malam, lepas tu baru saya beritahu," dia menambah dalam keadaan serba salah.
Sewaktu tercampak ke perkampungan lama itu memang Andak Soyah menjadi gementar dengan keadaan yang menimpa Tok Lanam. Apabila saya bacakan doa berterusan, Andak Soyah seolah-olah terkurung di kawasan berkenaan tidak dapat lari ke mana. Saya terus bacakan:
 La-ilaha illallah h u wallahhu akbar soddaqahu faqola la-ilaha illa ana wa-ana akbaru, wa-iza qola la-ilaha illallahhu wahdahu la-syarikalahu qola ya-qulu la-ilaha illa ana wahdi la-syarikali...
Ketika ini dia dapat mendengar dengan jelas Tok Lanam ingatkan isterinya Ucum supaya penggal lehernya sebaik sahaja meninggal dunia. Kalau tidak dipatuhi petua berkenaan nescaya tubuhnya akan merayau-rayau dengan tidak berkepala selama 44 malam.
Sekiranya belum ajal bila-bila Tok Lanam boleh bingkas bangun sekalipun kepalanya sudah bercerai dari badan. Asal sahaja embun jantan turun kepalanya akan bergerak mencari tubuh yang terputus leher.
Sekaligus pula tangannya mengusap-usap leher sampai kepala tersebut bercantum semula.
Di dalam perigi buta tempat ular sawa berlingkar itulah Tok Lanam memelihara lam yang dijadikan amalan di makannya setiap tiga bulan sekali. Andak Soyah dapat melihat dengan jelas, menjadikan dia semakin bimbang. Apalagi apabila kenang Tok Mukim yang meninggal dunia, tiba-tiba sahaja menjelma lembaga tidak berkepala merayau-rayau di dalam kampung.
Di tepi perigi berkenaan tersergam pokok jejawi merimbun. Di situlah Andak Soyah melihat sarang tebuan tersangkut sampai sebesar tempayan. Habis sahaja menelan tiga ekor lam hidup-hidup, Tok Lanam akan menyeluk sarang tebuan itu mencari anak tebuan masih putih. Dia akan meratah tiga ekor anak tebuan itu macam menikmati manisan lebah. Sebab itu sarang tebuan berkenaan tidak diganggu sesiapa pun asal sahaja mereka melintas di situ. Siapa sahaja mahu mencuri lam yang dipelihara di dalam perigi berkenaan nescaya akan di lesang tebuan tidak bertangguh. Memang tidak siapa pun berani mengganggu lam yang dipelihara oleh Tok Lanam di situ.
"Tok Lanam tu buat amalan sia-sia!" gerutu Andak Soyah kesal sangat dengan amalan yang diamalkan oleh Tok Lanam.
Kalau amalan itu memberi manfaat kenapa dia ditewaskan oleh Sawar yang datang dari seberang? Tok Lanam tersungkur di tengah halaman rumahnya akibat terpenggal kepala, anak gadisnya Seri dilarikan pula oleh Sawar. Kalau dia gagah setelah amalkan memakan lam sudah tentu sukar mahu ditewaskan oleh Sawar.
Ketika itu seisi kampung tahu dia boleh hidup semula setelah kepalanya terpenggal. Tetapi Tok Lanam terpaksa melarikan diri ke hutan dengan meminta Itam Sunoh sibarkan berita mengenai dia telah mati terbunuh. Sengaja disuruh buat kubur pada dua bukit yang di-pisahkan oleh anak air semata-mata mahu kelirukan Sawar. Kenapa dia terpaksa melarikan diri daripada Sawar kalau amalanya itu memberi manfaat.
"Masa itu tak boleh samakan dengan masa sekarang, Andak Soyah," Lebai Ripin ingatkan dia supaya tidak salahkan Tok Lanam. Ketika itu amalan demikian memang berguna kepada sesiapa sahaja menjadi ketua di dalam kampung. Dia mesti dipandang gerun sama seperti terserempak sarang tebuan sebesar tempayan.
Tentu siapa sahaja tergamam kalau melihat sarang tebuan sebesar tempayan. Mereka jadi gementar bimbang tidak sempat melarikan diri. Apa lagi tatkala melihat warna kuning dan hitam tebuan yang berterbangan mencari mangsa. Mereka akan gerun menatap muka Tok Lanam sama seperti melihat tebuan berterbangan di kepala.
Sebab itu Tok Lanam amalkan memakan anak tebuan masih putih di dalam sarang setelah dia tahu bahana amalkan amalan herkenaan hingga terpaksa di-penggal kepala setelah terbujur menjadi mayat, tetapi ketika jtu kalau tidak buat amalan  tersebut sudah tentu siapa sahaja berani langgar bahasa di depannya.
Amalan Tok Lanam bukan mahu menjadi perkasa macam pendekar yang mampu memencak di tengah gelanggang. Dia sekadar mahu kelihatan di-pandang gerun oleh sesiapa sahaja menatap mukanya, dia tidak mudah dibunuh kalau tidak tahu mencari rahsia kelemahannya.
Sebelum Andak Soyah balik sempat juga saya menyuruh dia amalkan solat sunat tahajud dengan membacakan Ayatul Kursi 313 kali sampai 44 malam. Disebabkan dia masih merasakan tubuhnya sengal-sengal tidak dapat mahu melangkah, saya doakan sahaja dengan membaca:
Bal-nuqzifu bil-hoqqi ‘alabathili fayad maghuhu fa-iza huwazahiqun, walakumul wailu mimma tusifun, wamabikum min-ni 'matin faminallahhi thumma iza massakumudh dhurru fa-daihi taj-arun.
Tiga minggu selepas itu Lebai Ripin memberitahu saya mengenai Andak Soyah mengalami sakit-sakit seluruh badan bagaikan disengat tebuan apabila amalkan solat sunat tahajud dengan membacakan Ayattil Kursi 313  kali. Terpaksa juga dia menemui Lebai Ripin di Pelangai kerana diganggu demam panas hingga terbatuk-batuk darah.
Tetapi Andak Soyah kuatkan semangat. Dia bangun juga tengah malam mahu cukupkan sampai 44 malam, sekalipun terpaksa menahan kesakitan akibat demam panas setelah merasa seluruh tubuhnya bagaikan disengat tebuan bertubi-tubi. Biarlah dia terpaksa menempuh kesakitan demikian asal sahaja dapat mengetahui kesudahan setelah amalkan sampai 44 malam.