Seisi kampung menjadi gempar fasal budak-budak balik
dari mengaji di surau terserempak orang menyusung mayat ke tanah perkuburan.
Merka tidak dengar siapa pun di kampung berkenaan meninggal dunia. Kalau ada
kematian masakan dikebumikan tengah malam hingga tidak sempat menunggu siang.
Memang mereka tidak peduli sangat budak-budak balik
dari mengaji disurau yang terserempak, kerana budak-budak mudah terbebar takut.
Kadangkala nampak bayang bersilau cahaya api pun mereka terjerit lantas menuduh
hantu pocong melompat. Manalah boleh dipercaya sangat sekiranya budak-budak
heboh terserempak orang mengusung mayat.
Apalagi tatkala di jengah ke tanah perkuburan sebaik
sahaja pagi cerah melayah Tidak ada pun kesan tanah kubur digali orang. Tetapi
bukan Lasah atau Mamat sahaja nampak beberapa orang mengusung mayat dalam
kegelapan malam, malah kawan-kawannya yang lain Esah, Birah dan Emun juga
nampak usungan mayat itu dipikul.
Tatkala mereka menyuluh dengan api pelita di tangan,
mereka tidak jelas sangat siapa yang mengusung mayat itu. Cahaya api pelita
yang terkedau-kedau ditiup angin itu bukan terang sangat. Sebab itu mereka
tidak cam siapa yang mengusung mayat berkenaan, sekalipun bau busuk meruap-ruap
menusuk ke hidung.
"Cakap budak-budak, bukan boleh percaya
sangat," Dolah Jekeng ingatkan isterinya Tuminah yang mengambil keputusan
tidak mahu benarkan anak mereka Birah mengaji ke surau. Bimbang juga dia
sekira-nya anak kecil baru berumur sepuluh tahun itu terkejang demam akibat
terkejut di tengah gelap malam.
"Tak payah ke surau pun apa salahnya," gerutu
Tumjnah berkeras tidak mahu Birah mengaji ke surau kalau balik selepas isya.
Kenapa Lebai Jaamat tidak mengajar sebelah petang sahaja, biar budak-budak
balik ke rumah sebelum maghrib.
Lantas sahaja dia salahkan Lebai Jaamat mengajar
budak-budak mengaji di surau selepas dia solat maghrib. Tetapi Tuminah tidak
pula membantah. Dia sekadar ikut sahaja jiran-j,iran menghantar anak-anak
mengaji menjelang maghrib, biar mereka solat berjemaah dengan Lebai Jaamat.
"Sebab itu jangan takutkan budak-budak dengan
hantu!" ujar Dolah Jekeng macam kesal di-sebabkan ibu-ibu di kampung gemar
sangat takutkan anak-anak dengan hantu.
Mereka tidak benarkan anak-anak bermain di tengah
halaman tatkala senja meremang kerana disorokkan hantu kopek. Kalau merayau di
tengah belukar tentu disorokkan hantu wir-wir. Tentu mereka mudah sangat
menuduh hantu berkeliaran apabila terkejut dengan bayang pokok bergoyang ditiup
angin malam.
"Ramai budak-budak tu nampak, takkan mereka
bohong," mendengus marah Tuminah disebabkan suaminya tidak percaya dengan
tuduhan .budak-budak berkenaan. Tetapi Dolah Jekeng tidaklah desak sangat
anaknya Birah ke surau kalau dia sendiri tidak mengaji hingga balik di tengah - kegelapan
malam.
Bukan Birah
sahaja tidak ke surau mengaji selepas maghrib, Emun dengan Esah juga tidak
dibenarkan oleh emaknya. Lain-lah Lasah dan Mamat mereka budak lelaki tengah
nakal. Manalah dia takut kalau terserempak lagi orang mengusung mayat dalam
samar cahaya api pelita terkedau-kedau.
Lantas sahaja Lasah menegur tanyakan mereka siapa yang
mati di kampung mereka. Sewaktu orang yang mengusung menjawab mereka tidak
dengar sangat biji butirnya. Hingga hilang di selekoh jalan bau busuk
meruap-ruap itu berterusan. Se-lepas orang mengusung mayat itu hilang, barulah
mereka berlima ketakutan. Cepat-cepat pula mereka berlari ke rumah Birah.
Terpaksa pula Dolah Jekeng hantar budak-budak yang lain
balik ke rumah, setelah masing-masing tidak berani meranduk kegelapan malam.
Semenjak itu pula seisi kampung heboh dengan kejadian mayat diusung ke tanah
perkuburan tengah malam.
Tidak lama selepas itu Talip Sepet juga terserempak
orang mengusung mayat itu tatkala mencari lembunya hilang. Dia sudah ikat
kukuh-kukuh lembu-nya pada anak pokok cenerai biar meragut rumput di hujung
padang. Tetapi lembu jantan berikat leher iiu merentap kuat sampai anak pokok
cenerai tercabut akar.
Tahu sangat dia kalau lembu, tidak ditindik hidung
memang kuat merentap tali diikat ke leher. Jangan kata anak pokok cenerai
tercabut akar, kalau diikat dibencah pokok sebesar lengan pun akan dihunjam
habis. Tetapi lembu ditindik hidung tidak akan gemuk macam lembu diikat leher.
Sebab itu Talip Sepet tidak mahu lembu jantannya ditindik hidung.
Biarlah dia terpaksa susup sasap meranduk keluar
belukar sekiranya lembu jantan itu meronta hingga menghunjam tali pengikat. Ke
mana lembunya mahu menyusup memang tidak akan dapat lepaskan diri ke mana.
Kalau tidak juga ditemui di mana-mana Talip Sepet akan urut siku tangannya tiga
kali kemudian diasak pada gelegar . rumah. Petua itu sudah cukup dia mengagak
sama ada lembunya jauh melilau atau tersangkut di mana-mana.
Bukan takut penduduk kampung hilang lembu atau kambing
sahaja meminta Talip Sepet asakkan siku pada gelegar rumah, malah orang India
di tepi estet juga datang menemui dia. Selepas Talip Sepet gunakan petua asak
siku ke gelegar rumah itu nescaya mereka terserempak lembu atau kambing
tersebut sama seperti diterka lelaki itu.
Tetapi Talib Sepet memang tidak boleh tandingi Wak Jumin
kalau penduduk-penduduk kampung hilang lembu tengah meragut di tepi belukar.
Tidak sampai setengah jam nescaya lembu berkenaan akan balik ke rumah. Kalau lembu yang diseru oleh Wak Jumin itu tidak
balik, mereka dapat mengagak sama ada tali pengikat lehernya tersangkut atau
tertumus ke dalam lumpur pecah.
Sekiranya lernbu berkenaan diheret harimau ke tengah
hutan memang berbekas di tempat binatang itu meragut rumput. Bila-bila mereka
akan jejak harimau berkenaan sarnpai ke tengah hutan. Masakan harimau membaham
ternakan mereka dapat lepaskan diri apabila Wak Jumin sudah jengkal biasa tapak
kakinya.
Memang Talip Sepet tidak boleh tandingi Wak Jumin. Tetapi
dia tidak terniat langsung mahu tunjukkan kebolehannya melebihi sesiapa Hanya
penduduk kampung sahaja serbu dia setelah binatang ternakan hilang. Mahu
mencari Wak Jumin tentu jauh meranduk tepi parit kerana orang tua tinggal
berhampiran bagan.
Apalah salahnya tumpu ke rumah Talip Sepet terlebilt
dahulu. Sekiranya Talip Sepet tidak mampu, mereka boleh randuk juga tepi parit
mencari Wak Jumin. Mereka temui Talip Sepet sekadar tidak ada rotan akar pun
berguna juga. Acapkali Talip Sepet sendiri menuturkan demikian tatkala
penduduk-penduduk kampung menemui dia fasal lemhu ternak hilang tengah meragut
rumput.
Hinggalah lembu jantannya tidak ditemui di tepi belukar
setelah diikat pada perdu anak cenerai menyebabkan Talip Sepet terpaksa
mencarinya. Merungut juga dia apabila anak cenerai tercabut akar direntap lembu
jantan ikat ke leher itu. Tenaganya terlalu kuat sampai anak cenerai sebesar
secekak juga tercabut akar.
Tatkala menyusur lorong kecil di darat kampung arah kě tanah
kubur itulah Talip Sepet terserempak
beberapa orang lelaki mengusung usungan mayat. Tidak cam pula siapa yang
mengusungnya kerana cahaya samar-samar sahaja. Mahu disuluh muka mereka dengan
lampu picit bimbanifula mereka tersinggung.
"Siapa yang meninggal tu?" segera Talip Sepet
memanggil sebaik sahaja mereka berselisih jalan.
"Orang sini juga," sahut lelaki yang
mengusung di hadapan dengan suara bergetar halus.
"Orang sini tu, siapa?" desak Talip Sepet mahu
mengetahui siapa yang meninggal dunia di dalam kampung.
Mustahil dia tidak tahu mengenai kematian di dalam
kampung disebabkan mereka seisi kampung sering bertembung di mana-mana. Kalau
ada jiran sakit terkejang pun mereka akan sama-sama jengah. Seisi kampung akan
diberitahu kalau berlaku kematian di mana-mana. Tetapi Talip Sepet tidak dengar
siapa pun di kampungnya terkejang sakit.
"Orang sini tu, siapa?" ulangi Talip Sepet
kuat sedikit, tetapi siapa_pun menyahut. ,
Mereka terus bergegas-gegas mengusung mayat di tengah
kesamaran malam. Ketika ini bau busuk mula meruap-ruap menusuk ke hidung.
Lantas Talip Sepet ingatkan fasal anaknya Emun tidak berani lagi mengaji ke
surau disebabkan terserempak orang mengusung mayat itu.
Hanya selang beberapa malam sahaja Sahak Balam pula
terserempak beberapa orang lelaki mengusung mayat itu melalui celah belukar
nipah. Terdengar pada Sahak Balam air berdecau-decau diranduk kaki mereka yang
mengusung disebabkan kawasan tersebut berlopak. Tetapi Sahak Balam tidak
beritahu sesiapa pun mengenai kejadian dia terserempak orang mengusung mayat
itu.
Setelah orang-orang kampung heboh dengan kejadian
terserempak orang mengusung mayat itu barulah Sahak Balam juga mengaku. Tetapi
dia tidak bimbang apa-apa, kerana perkara mengusung mayat itu Sahak Balam tidak
peduli sangat. Asal sahaja berlaku kematian jarang datang menjengah. Kalau datang
pun takat membantu gali kubur sahaja.
Selepas itu Sahak Balam akan jinjing denaknya meranduk
belukar memikat balam bersiul langsing. Sebab itu dia tidak duli sangat siapa
pun mengusung mayat di tengah kegelapan malam. Dia juga tidak ambil peduli sangat
kenapa mereka -tidak membawa lampu sekiranya mahu kebumikan mayat di tengah
kegelapan malam.
"Hairan juga aku, kenapa tak ramai orang hantar
mayat ke kubur," tersengih-sengih Sahak setelah kejadian tersebut semakin
heboh. Kanak-kanak -bertambah takut mahu membuka tingkap pada waktu malam.
Apalagi tidur dengan dinding berlubang-lubang terbayang-bayang sahaja bagaikan
mata terjegil mengintai di situ.
"Kamu dah
terserempak kenapa tak beritahu?" ujar Talip Sepet mengeluh pendek setelah
menyedari kampung berkenaan diganggu petaka demikian.
"Tak kuasa aku nak campur urusan orang!"
sahut Sahak Balam kesal juga kerana sering-kali memencilkan diri dari
masyarakat semata-mata asyik memikat balam di tengah belukar.
"Dalam keadaan macam ni, kamu perlu ikut juga
masbuk orang," lantas Lebai Jaamat ingatkan mereka supaya tidak jadi enau
dalam belukar lepaskan pucuk sendiri sahaja.
"Orang ke, atau bayangan aje orang usung,,mayat
tu?" Dolah Jekeng pula berasa hairan.
"Kamu tengok maccam mana?" lantas Lebai
Jaamat mengusiknya kerana Dolah Jekeng sendiri mengaku terserempak kejadian
tersebut.
"Saya nampak macam orang betul," jelas Dolah
Jekeng tidak dapat berdalih lagi kerana dia memang gementar apabila kenang
kejadian yang dialami-nya itu.
Tetapi Lebal Jaamat tidak pernah terserempak sekalipun
pun dia balik dari surau selepas habis maghrib. Setiap kali dia melalui lorong
menuju ke tanah perkuburan sebelum membelok ke simpang rumahnya, memang Lebai
Jaamat tidak nampak apa-apa pun.
Sekiranya jelmaan orang mengusung mayat itu tidak
mengganggu sesiapa, Lebai Jaamat menyuruh orang-orang kampung jangan bimbang
apa-apa. Kalau takut keluar malam, duduk sahaja di rumah jangan ke mana-mana.
Semenjak beberapa hari jelmaan orang membawa usungan itu dilihat penduduk
kampung, belum pernah pula ianya melintas di depan tangga.
Mereka yang melalui lorong kecil ke kawasan tanah perkuburan
itu sahaja yang ter-serempak. Sebab itu Lebai Jaamat ingatkan mereka tidak
perlu bimbang apa-apa kalau mereka tidak keluar ke mana-mana. Lainlah Lebai
Jaamat berulang alik ke surau disebabkan rumahnya berdekatan sahaja di situ. Di
laung dari pintu rumah pun bolch didengar sampai ke surau.
"Kalau bencana, kita orang kampung mesti siahkan
juga, Lebai," Dolah Jekeng mendesak supaya mereka tidak berdiam diri
sahaja. Manalah tahu bencana itu tanda-tanda mala petaka akan menimpa kampung
halaman mereka.
"Kita buat sembahyang hajat beramai-ramai,"
lantas Lebai Jaamat membuat keputusan. Siapa sahaja bersetuju apa-bila diminta
oleh Lebai Jaamat buat sembahyang hajat biar mala petaka terhindar jauh dari
kampung mereka. Dalam keadaan terdesak memang mereka tidak akan membantah. Lagi
pun perkara jelmaan orang membawa usungan mayat itu bukan perkara biasa dalam
kehidupan sehari-hari mereka.
Kalau ada kematian tentu tanah perkuburan berbekas
kesan digali orang. Mereka juga dapat cam siapa jiran yang meninggal dunia,
kerana kampung berkenaan bukannya ramai sangat penduduk. Mereka boleh cam siapa
sahaja yang menetap di situ. Masakan mereka tidak tahu siapa yang meninggal
atau terkejang sakit sejak berhari-hari.
Tiga malam seisi kampung buat sembahyang hajat di
surau, Mazin Tengkak pula terserempak empat orang lelaki membawa usungan mayat
itu. Mereka beratib sepanjang perjalanan ke kubur di tengah kegelapan malam.
Terkejut benar Mazin Tengkak apabila berselisih jalan. Kalau dia menyedari
jelmaan orang rnembawa usungan mayat itu jauh di depannya tatkala mendengar
ratib berulang kali, memang Mazin Tengkak cepat-cepat melarikan diri.
Tetapi dia tidak dapat undur ke mana hanya dalam jarak beberapa
ela sahaja jelmaan itu tersergam di depannya. Mereka beratib seolah-olah tidak
melihat sesiapa pun di situ tatkala berselisih jalan dengan Mazin Tengkak. Dia
tahu memang jelmaar itu tidak mengganggu sesiapa. Kalau ianya mahu mengganggu
sudah tentu Mazin Tengkak terkejut hingga demam terketar-ketar.
'Hah, lagi kita
buat sembahyang hajat, makin, galak dia keluar!" Dolah Jekeng tidak dapat
menahan sabar semasa berkumpul di surau.
"Sembahyang hajat ni satu ibadat sahaja,
Dolah," lantas Lebai Jaamat ingatkan dia supaya tidak salahkan sembahyang
hajat. Perkara sembahyang hajat pun sekadar berdoa' sahaja, urusan mengkabulkan
doa hanya Allah sahaja yang menentukan.
"Kita kena cari bomoh." desak Dolah Jekeng seolah-olah
membuat keputusan biar seisi kampung mematuhi.
"Kalau kamu boleh cari bomoh, carilah!" Sahak
Balam bersetuju sekiranya Dolah Jengkeng boleh tunjukkan kepada mereka bomoh
berkenaan.
"Bukan aku cari, tapi
kita sama-sama cari," jelas Dolah Jekeng mencemik muka disebab-kan Sahak
Balam sengaja letakkan beban demikian ke bahunya.
Siapa lagi boleh dalam kampung kalau mereka tidak tahu
siapa bomoh yang mampu berdepan dengan jelmaan berkenaan. Kalau dibiarkan
berterusan manalah tahu jelmaan itu akan mengusik orang-orang kampung pula.
Bagaimana kalau orang membawa usungan mayat itu terus ke dapur atau ke tengah
rumah? Mereka akan letakkan rnayat di tengah rumah sampai tergolek tidak berkapan?
Dolah Jekeng sudah bayangkan mayat tergolek di tengah rumah akan bingkas bangun
mencari mangsa. Apalagi kalau anak-anak kecil bersama orang perempuan tinggal
di rumah tatkala orang lelaki berjemaah di surau. Ke mana mereka mahu
bersembunyi kalau mayat dalam usungan diletakkan di tengah rumah masing-masing?
"Sebelum terjadi perkara buruk, kita mesti
ikhtiar!" Dolah Jekeng berkeras mahu berikhtiar dapatkan khidmat bomoh
sekalipun Lebai Jaamat sudah buat sembahyang hajat beramai-ramai.
"Ikhtiar macam mana, cakaplah!"'desak Mazin
Tengkak mahu tahu apa yang berkocak jauh di sudui hati Dolah Jekeng. "kita
jumpa Wak Jumin," lantas Dolah Jekeng teringatkan Wak Jumin di hujung
parit yang memang mahir amalkan jampi serapah sampai lembu hilang balik sendiri
ke rumah.
"Wak Jumin tu, kalau lembu hilang, bolehlah dia
jampikan," lantas Talip Sepet mencelah.
"Cubalah dulu, mana kita tahu kepandaian
orang," Lebai Jaamat marahkan anak saudaranya kerana perkecilkan Wak Jumin
itu.
Sebaik sahaja diberitahu Wak Jumin mengenai kejadian
yang menimpa kampung berkenaan dia tidak terkejut apa-apa. Kalau sudah beberapa
kali terserempak orang membawa usungan mayat, kenapa tidak diekori ke mana
mereka kebum kan mayat? Tetapi Wak Jumin dapat mengagak tentu Dolah Jekeng,
Sahak Balam mahu pun Talip Sepet takut mahu mengekori.
Apa salahnya diekori ke mana orang membawa usungan
mayat untuk menyusup masuk? Disebabkan hati diselubungi ketakutan mereka
menjadi terpempan dengan terkebil-kebil mata sahaja. Lebai Jaamat yang beberapa
kali mengendap mahu melihat sendiri orang mengusung mayat itu, tidak pula
pernah terserempak.
Memang Wak Jumin juga mengakui pernah mengalami
kejadian tersebut sebelum berpindah ke Semenanjung, tatkala masih lagi di kampung
halaman-nya. Asal sahaja malam bulan mengambang penuh berturut-turut malam
mereka melihat orang membawa usung mayat. Hanya beberapa langkah sahaja mereka
berselisih di jalan mereka semua hilang dari pandangan.
Seisi kampung bersetuju berkawal malam mahu memerangkap
siapa membawa usungan mayat berkenaan. Pak Seboro yang berkeras sangat, mahu
menghambat jelmaan tersebut mengawal di simpang masuk ke tanah perkuburan.
Tetapi dia dikejutkan apabila diberitahu usungan mayat berkenaan diletakkan di
tengah rumahnya. Mereka yang membawa usungan itu menghilangkan diri sebaik
sahaja mayat di atas usungan diletakkan di tengah rumah.
Termengah-mengah
anak Pak Seboro beritahu ayahnya bersama orang-orang kampung yang berkawal
mengenai usungan mayat yang diletakkan di tengah rumahnya. Sewaktu mereka balik
ke rumah, tidak bertangguh Pak Seboro menyingkap kain yang menutupi mayat.
Mereka melihat hanya tulang rangka sahaja di atas usungan tersebut dengan bau
busuk menusuk ke hidung.
Memang Wak Jumin sendiri melihat tulang-tulang rangka
di atas usungan mayat itu. Lantas sahaja Pak Seboro perintahkan mereka kebumikan
sahaja tulang rangka berkenaan. Dalam masa mereka bersiap-siap untuk kebumikan
semula tulang-tulang rangka itu, usungan tersebut menjadi reput dimakan
anai-anai. Sekaligus tulang-tulang rangka itu bercantum terus melompat bangun.
Belum sempat mereka mahu menghambat tulang-tulang rangka
itu hilang dalam kesamaran malam. Semenjak kejadian menimpa Pak Seboro itu
orang-orang kampung menjadi gementar. Siapa sahaja yang berkeras mahu
memerangkap nescaya usungan mayat itu akan dihantar ke tengah rumahnya.
Kadangkala mayat yang sudah reput t:rgolek di situ dengan ulat berenga
merata-rata.
"Kamu jangan terpedaya, Jumin!" Pak Kiyai
ingatkan Wak Jumin apabila anak muridnya .serba salah mahu berdepan dengan
gangguan demikian ternyata gangguan ilmu hitam Pak Kiyai," jelas Wak Jumin
kerana tidak mungkin mahu melawan ilmu hitam se-kiranya tidak setanding dengan
amalan lawan„
Allah meliputi tujuh petala bumi, tujuh petala
langit!" tegas Pak Kiyai memberi keya-kinan.
Dalam masa orang-orang kampung berkawal di pintu rumah
masing-masing asal sahaja bulan mengambang penuh, Pak Kiyai tidak berganjak
dari Madrasahnya. Lama Pak Kiyai berzikir memegang buah tasbinya, tiba-tiba Wak
Jumin mendengar dia bersuara keras. Beberapa orang yang terconggok di madrasah
juga tidak melihat apa-apa tatkala Pak Kiyai menuding jari ke tengah halaman madrasah.
Kemudian Pak Kiyai menyuruh letakkan sesuatu di situ menyebabkan mereka yang
terconggok madrasah berasa hairan. Tidak ada apa-apa pun mereka lihat di tengah
halaman madrasah, tetapi Pak Kiyai memberi isyarat supaya jangan bergerak
lantas membacakan.
Bal huqzifu bil-hoqqi ‘alalbathilifayad
maghuhu fa_izahuwa zahiqqon, walakumul wailu mimma tusifun, wahuwallahhu
la-ilaha illa huwa lahulhamdu fil-ula wal-akhirati walahul hukmu wa-ilaihi
turja'un.
Sekaligus mereka mendengar jeritan sayup-sayup di udara
bagaikan terganggang ke api menyala. Getar suara kesakitan akibat terbakar itu
semakin lama hilang bersama angin malam bertiup perlahan. Apabila didesak Pak
Kiyai beritahu mengenai kejadian itu dia sekadar menggeleng kepala sahaja
dengan beristighfar berulang kali.
Tatkala mereka di madrasah mahu balik ke rumah, Embah
Limi termengah-mengah berlari mahu menemui Pak Kiyai. Hiba sangat Embah Limi
beritahu mengenai suaminya Mas Wakas mati terkejang dengan seluruh badannya
melecur laksana rentung terbakar. Sewaktu Wak Jumin bersama Pak Kiyai menjengah
ke rumah Mas Wakas, dia melihat di tangan mayat tergenggam bungkusan kecil.
Segera Pak Kiyai keluarkan bungkusan itu dari genggaman
mayat Mas Wakas. Di dalam bungkusan kain putih itu hanya berisi tujuh butir
bertih sahaja.
Menggeleng-geleng Pak Kiyai kerana dia melihat Mas
Wakas seolah-olah cuba menguasai amalan yang dia sendiri tidak tahu apa-apa.
"Tak apa kita tengok dulu," Wak Jumin ikut
sama berkumpul disurau sebaik sahaja gangguan tersebut. "Kalau ilmu hitam
kita ikut cara dia, kalau gangguan syaitan kita cari puncanya," dia
menambah setelah ikut sama sembahyang hajat bersama Lebai Jaamat.
Kemudian Wak Jumin meminta jemaah yang lain tunggu
sahaja di surau atau balik ke rumah masing-masing. Dia bersama Lebai Jaamat
sahaja meranduk kegelapan malam menjengah ke serata kampung. Memang tidak siapa
pun mahu bertahan di surau. Mereka semua mengambil keputusan balik ke rumah
sebaik sahaja Wak Jumin turun meninggalkan surau bersama Lebai Jaamat.
Tetapi Dolah Jekeng tidak terus balik ke rumah. Lantas dia
mengajak Talip Sepet menunggu di simpang ke kubur dengan harapan dapat melihat
sendiri orang membawa usungan mayat itu. Sengaja mereka berlindung di sebalik
pokok cenerai merimbun daun, biar siapa pun tidak melihat mereka bertahan di
situ.
Dalam masa menunggu di sebalik pokok cenerai itu mereka
berdua terpaksa bertahan dari gangguan nyamuk yang mengiang-ngiang di pangkal
telinga. Kalau tidak kenangkan mahu ikut sama Wak Jumin memerangkap gangguan
dalam kampung, memang Dolah Jekeng dengan Talip Sepet tidak sanggup berlindung
dalam belukar di sebalik pokok cenerai itu.
Apa sangatlah mahu dibimbangkan kerana Wak Jumin juga
menyusup di tengah belukar di mana-mana. Kalau terserempak Wak Jumin dan Lebai
Jaamat tentu mereka berdua disuruh balik sahaja ke rumah. Sebab itu mereka
tidak mahu Wak Jumin atau Lebai Jaamat melihat mereka bersembunyi di situ.
“Kamuntengok pokok besar tu,!" bisik Talip Sepet
mencuit bahu Dolah Jekeng kerana dia perasan pokok ketapang tersergam di tepi
jalan tidak pernah tumbuh di situ.
"Pokok ketapang tu, kenapa pula?" ujar Dolah
Jekeng perlahan terkebil-kebil mata mendongak ke atas.
"Setahu aku di sini tak ada pokok ketapang,"
Talip Sepet mula gementar tatkala melihat pokok berkenaan seolah-olah bergerak
sedikit masuk ke tengah belukar.
"Nampaknya pokok ketapang tu berjalan,"
berdebar juga hati Dolah Jekeng tetapi dia sengaja beranikan hatinya.
Dalam masa mereka berdua terpinga-pinga melihat pokok
ketapang besar tumbuh tersergam tiba-tiba di selekoh lorong itu, mereka terhidu
bau busuk meruap-ruap. Cepat-cepat Dolah Jekeng ingatkan Talip Sepet supaya
bersedia. Tidak lama kemudian mereka nampak berbalam-balam di tengah kegelapan
malam empat orang lelaki mengusung usungan mayat.
Sebaik sahaja mereka sampai di bawah pokok ketapang
besar, sekaligus akar pokok ketapang terjongket keluar. Kelilingnya menjadi
tembok hingga empat lelaki membawa usungan mayat itu terkepung. Mereka
terpinga-pinga mahu mencari lubang memboloskan diri, tetapi tertarnpan ke banir
pokok ketapang seperti dinding tembok keras yang sukar ditembusi.
Ketika ini Talip Sepet nampak Lebai Jaamat melompat
terjun dari dahan pokok ketapang. Dia tercegat memerhati empat orang lelaki yang
terkial-kial mahu memanjat dinding tembok. Mereka berempat tidak bercakap
sepatah pun lantas meletakkan usungan di tanah.
"Ke mana kamu nak bawa usungan inayat ni?"
jerkah Lebai Jaamat setelah berhadapan dengan empat orang lelaki berkenaan.
Tetapi lelaki berempat itu tidak menyahut. Mereka
tergagau-gagau mahu memanjat dinding tembok. Berkali-kali mereka cuba memanjat
tetapi jatuh tergclincir semula bawah. Semakin takut mereka melihat Lebai
Jaamat berdiri tidak berganjak sedikit langsung. Ketika ini Dolah Jekeng dan
Talip Sepet tidak melihat pun Wak Jumin di situ. Disebabkan ketakutan mereka
berdua tidak berani pun melompat keluar mendapatkan Lebai Jaamat. Biarlah mereka
berdua bertahan di situ sekalipun empat lelaki berkenaan terketar-ketar berdepan
dengan Lebai Jaamat mengisar-ngisar tapak tangan.
Apabila,Lebai Jaamat membacakan surah al-lkhlas 11
kali, bumi tempat mereka berjejak kuat. Dalam masa yang sama juga Talip Sepet
merasa perutnya memual-mual bagaikan mahu terjeluih muntah. Tekak juga loya tidak
dapat bertahan. Sebaik sahaja diberitahu oleh Talip 5epet perutnya
memulas-mulas, Dolah Jekeng juga mengaku dia sudah bersirai kencing di dalam
seluar. Puas dia menahan perut-nya yang merengat-rengat, tetapi kencingnya
meleleh juga dengan tidak disedari.
Setelah membaca surah al-Ikhlas, Lebai, Jaamat bacakan
Ayatul Kursi 11 kali diikuti. dengan doa:
Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha
mim a'in sim kof, uskun aiyuhal waji' billazi in-yasya yuskinir riho fayazlalna
rawakido 'ala zohrihi inna fi-zalika la-ayatin likulli sobbarin syakur.
Tatkala Lebai Jaamat menampar dua tapak tangannya,
mayat di atas usungan tiba-tiba bangun perlahan. Semakin kencang perut Talip
Sepet memulas-mulas ketika ini, hingga dia tidak tahu apa-apa pun berlaku lagi.
Dolah Jekeng juga terlopong hingga terkaku tidak bergerak.
Ketika itu pokok ketapang yang tersergam juga hilang
bagaikan bayang-bayang yang tidak nampak lagi setelah disuluh dengan cahaya. Di
situ Wak Jumin tercegat seolah-olah sama macam pokok ketapang tersergam gagah.
"Kenapa kamu nak ganggu kampung kami!" Wak
Jumin mengepal tinju lantas menumbuk-numbuk ke udara.
“Kami bukan pak ganggu kampung," sahut mayat
perempuan di atas usungan dengan rambutnya mengerbang ditiup angin.
"Jangan nak berdalih!" jerkah Wak Jumin
memberi amaran memusingkan badannya hingga menjelma laksana kabus hitam
berpusar kuat.
"Dengan Wak Jumin jangan cuba nak berselindung,
aku tahu asal usul kamu," semakin keras tuturnya dalam masa kabus hitam
itu berputar.
Asal sahaja kabus itu berputar semua lembaga yang
tercegat di depannya berputar sama laksana gasing tengah naik uri. Apabila dia
berhenti berpusar sekaligus pula lembaga di depannya terpelanting hingga bergolek
ke tanah. Ketika ini Lebai Jaamat berzikir hingga suaranya bergema iaksana
guruh berdegar di udara.
Tersengguk-sengguk lembaga wanita di atas usungan mayat
menangis apabila dia jatuh terjelepoh di situ selepas berputar ligat. Dia
memerhati empat lembaga lelaki yang mengusungnya juga terhuyung-hayang bangun
akibat terguling di tanah. Mereka berpandangan di antara satu sama lain
seolah-olah termangu dengan kejadian yang mereka alami di depan Wak Jumin
bersama Lebai Jaamat.
Memang mereka gementar disebabkan Wak Jumin menjelma
menjadi pokok ketapang hingga Lebal Jaamat bertenggong di atas dahannya yang
tinggi. Tentu pokok ketapang itu berjalan mengikut kemahuan Wak Jumin. Baik
akar, baik dahan, baik rantingnya semua boleh mencekak 'kalau mereka mahu
melarikan diri.
"Kenapa kamu buat aku macam ni, Jumin?"
merintih-rintih perempuan di atas usungan menangis menahan kesedihan
diperangkap oleh Wak Jumin di situ.
Mereka semakin terseksa apabila Lebai Jaamat berzikir
bumi`tempat mereka berjejak ikut sama bergegar kuat. Asal sahaja Lebai Jaamat
membaca surah al-lkhlas petir akan berdendam menyambar. Mereka tidak dapat
berlindung dari terjahan api petir yang terus menerus mencari mangsa.
"Tolonglah Lebai Jaamat, jangan seksa kami macam
ni," perempuan di atas usungan merayu hiba.
"Lebai
Jaamat tidak seksa kamu, tapi perbuatan kamu yang menyeksa kamu sendiri!"
sahut Wak Jumin disebabkan Lebai Jaamat tidak mahu bercakap apa-apa. Dia terus
berzikir hingga gemanya menggegar di sekeliling menyebabkan pokok-pokok juga
terlonjak-lonjak sama.
"Cukuplah Lebai Jaamat, ilmu apa yang awak pakai
ni?" semakin gementar perempuan di atas usungan inayat itu menggeliat-geliat
menahan kesakitan.
"Kamu akan lebih terseksa kalau ganggu kampung kami!"
tegas Wak Jumin tercegat semula bercekak pinggang. Dia memberi amaran
disebabkan Lebai Jaamat tidak menyahut apa-apa. Tetapi perempuan di atas
usungan mayat itu merintih-rintih meminta Lebai Jaamat berhenti daripada terus
berzikir. Bukan takat bumi tempat berpijak sahaja bergegar, seluruh jantung dan
isi perutnya juga ikut sama bergegar. Tubuhnya mengigil menahan seksa akibat
bergegar semasa Lebai Jaamat terus berzikir.
Lelaki berempat yang ipengusung usungan juga tidak
dapat berdiri tegak akibat terlambung-lambung bagaikan beras ditampi di dalam
nyiru. Gegaran bumi tempat berpijak menjadikan mereka ketakutan tidak menentu.
Ketika itu Wak Jumin ketawa mengejek mereka disebabkan cuba menguji
penduduk-penduduk kampung.
Menggeleng-geleng kepala perempuan di atas usungan disebabkan
Lebai Jaamat tidak peduli langsung rintihannya. Tentu Lebai Jaamat juga tidak
peduli penjelasan dia apabila dilihat oleh penduduk-penduduk kampung diusung ke
tanah perkuburan. Masakan Lebai Jaamat mahu herhenti berzikir setelah berdepan
dengan gangguan demikian.
Lainlah kalau terserempak manusia biasa yang
merintih-rintih meminta pertolongan, bila-bila Lebai Jaamat sanggup membantu.
Tetapi di depannya sekadar jelmaan perempuan yang diusung ke tanah perkuburan
tatkala malam gelap gelita. Siapa pun tidak akan percaya mengenai orang membawa
usungan mayat rnerayau-rayau di tengah malam, kalau tidak terserempak sendiri
macam Dolah Jekeng, Sahak Balam atau Talip Sepet.
Kalau tidak disebabkan Wak Jumin memerangkap nescaya
mereka dapat memboloskan diri ke mana-mana. Tetapi Wak Jumin sekaligus bertukar
menjadi pokok ketapang di depan Lebai Jaamat. Dia menyuruh Lebai Jaamat berpaut
pada dahan pokok ketapang itu sewaktu orang membawa usungan mayat semakin
hampir masuk ke dalam perangkap.
Manalah mereka dapat bezakan pokok ketapang jelmaan Wak
Jumin dengan pokok lain tumbuh meliar tengah belukar. Bukan takat lembaga
lelaki membawa usungan mayat itu sahaja terkepung, binatang buas tengah hutan
juga akan terperangkap sekiranya Wak Jumin masuk ke hutan. Bila-bila harimau
ganas terkeliru apabila terserempak tunggul kayu s-baik sahaja mahu menerkam
Wak Jumin.
Memang Wak Jumin mudah bertukar menjadi pokok besar
tersergam hingga sukar dikesan musuh. Sebab itu perempuan diusung macam mayat
terbujur itu tidak dapat mengelak tatkala Wak Jumin bertukar menjadi pokok
ketapang tersergam. Akar banirnya tcrbongkar menjadi dinding tembok mengepung
mereka hingga tidak dapat lari memboloskan diri. Dalam masa yang sama pula
Lebai Jaamat berzikir menyebabkan mereka semakin lemah terkepung di situ.
"Sudahlah, kami semua ni dah tersesat ke
sini!" merintih payah perempuan di atas usungan mayat ini.
"Selepah, tolong aku!" kemudian bergetar pula
suara lembaga empat lelaki itu melambai-lambai tangan minta selamatkan mereka dari
goncangan, tanah tempat berpijak. Mereka teriambung-lambung laksana padi
ditampi di dalam nyiru.
"Siapa Selepah, cakap!" bentak Wak Jumin
keras merenung tepat ke muka perempuan di atas usungan mayat.
Tersipu-sipu perempuan di atas usungan mayat mengakui
dirinya Selepah yang diusung empat lelaki berkenaan. Lama Wak Jumin
memerhatikan perempuan berkenaan hingga nampak berbayang wajahnya di bawah
rambut, mengerbang di-tiup angin. Kemudian Wak Jumin beristigfar beberapa kali
dalam keluhan memanjang.
Memang dia dapat mengagak jelmaan Selepah itu tersesat
hingga sukar mencari laluan menyebabkan masuk ke kawasan perkampungan. Tetapi
Lebai Jaknat tidak peduli apa-apa dia terus juga berzikir, sekalipun petir
bcrdentam kuat berulang kali. Kalau tidak disebabkan dinding tembok tersergam,
nescaya mereka yang terkepung di situ diterjah petir memancar di udara.
Di tengah dentaman petir bertalu-talu, Wak Jumin menghembus
ke arah perempuan itu dengan membacakan 3 kali al-Fatihah. Kemudian diikuti
dengan surah al-lkhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sekaligus petir
berdentam berhenti serta merta dengan gegaran tanah juga kembali tenang.
Tersenyum Lebai Jaamat apabila gegaran bumi menjadi
tenang selepas Wak Jumin bacakan al-Fatihah. Perlahan sahaja Wak Jumin
menuturkan,
"Ya Allah, kabulkan al-Fatihah ini aku sedekahkan
kepada Selepah."
Perempuan di atas usungan mayat itu menekup rnuka denga
kedua tangannya lantas menangis tersengguk-sengguk. Lebai Jaamat juga mengangkat
muka memerhati ke arah Wak Jumin Dia melihat Wak Jumin mara mendekati perempuan
di atas usungan mayat berkenan. Lantas Wak Jumin memberi isyarat kepada empat
lelaki yang terperosok di bawah dinding tembok supaya mengusung semula usungan
tersebut.
Sebaik sahaja empat lelaki mengusung usungan itu Wak
Jumin bacakan al-Fatihah tiga kali dengan menyuruh lelaki ber-kenaan berjalan
tiga langkah ke hadapan. Selepas itu Wak Jumin membacakan:
Ya-aiyatuhannaf-sul muth-ma-innatur ji ‘i-ila
rabbika radhiyatam mardhiatan, fadkhuli fi-'ibadi wadkhuli jannati.
Sekaligus pula cahaya memancar bagaikan pintu terbuka
melalui terowong jauh di hadapan mereka. Tidak bertangguh Wak Jumin mengajak
mereka hampir ke arah cahaya memancar itu. Sebaik sahaja empat lelaki membawa
usungan itu sampai di depan pintu terowong bercahaya, lantas Wak Jumin
menyuruhnya membolos masuk ke situ.
"Tempat kamu di sana, bukan di sini!" beritahu
Wak Jumin menuding jari ke arah pintu terowong bercahaya.
Mercka tidak membantah apa-apa. Terus sahaja mereka
masuk ke terowong bercahaya itu sampai hilang di pusar angin mengelus kencang.
Selepas orang membawa usungan mayat itu hilang dalam pusaran angin di tengah
terowong bercahaya, serta merta pula cahaya berkenaan hilang menjadikan tempat
itu diserkup kegelapan semula.
Tersengih-sengih Wak Jumin mengajak Lebai Jaamat balik
semula ke surau. Belum pun mercka bergerak, Lebai Jaamat mendengar rengekan ber-getar
di perdu pohon cenerai. Tatkala dia menyuluh ke situ memang Dolah Jekeng
terketar-ketar dengan mulut berbuih. Talip Sepet juga terlanggung kepala di
bahunya dengan tidak bergerak apa-apa. Terpaksa pula mereka berdua memapah dua
lelaki itu balik ke rumah masing-masing. Setelah dipulihkan terpinga-pinga Dolah
Jekeng mahu meng-ingatkan semula kejadian pokok ketapang bergerak macam orang
berjalan. Sementara Talip Sepet tidak tahu apa-apa pun setelah perut
memulas-mulas mahu muntah terjeluih.
"Kalau mahu ikut sama, kenapa tak berterus
terang?" marah juga Wak Jumin disebab-kan dua lelaki itu cuba mengendap di
dalam belukar. Apa salahnya kalau berterus terang mahu ikut sama memerangkap
jelmaan orang membawa usungan mayat itu.
"Nasib baik kamu tidak ditimpa geruh," ujar
Lebai Jaamat ingatkan mereka berdua bernasib baik sekadar pingsan tidak
sedarkan diri sahaja. Bagaimana kalau ditimpa geruh sampai menanggung derita seumur
hidup?
Tetapi Dolah Jekeng dapat ingatkan mengenai pokok ketapang
bergerak, kemudian akar-nya terbongkar menjadi banir seperti dinding tembok
tersergam. Sekaligus pula Lebai Jaamat terjun dari dahan pokok ketapang itu.
Selepas itu dia tidak melihat apa-apa lagi disebabkan terkaku hingga terlopong
mulut.
Sekali sekala dia nampak bayangan mengimbas seperti Wak
Jumin bertukar menjadi pokok ketapang tersergam. Mahu dituduh pula tentu Wak
Jumin tidak akan mengaku, kerana di dalam kegelapan malam pandangan mata
seringkali keliru. Pokok ditiup angin pun kelihatan seperti berjalan meranduk
belukar
"Kalau Wak jadi pokok, habislah kena tebang,"
terkekeh-kekeh Wak Jumin ketawa sewaktu saya temui dia di hujung parit.
"Ustaz pun percaya dengan cerita macam tu?" dia mencebek biir
seolah-olah menyindir saya.
Saya tersenyum menjeling ke arahnya. Kalaulah arwah
Lebai Jaamat terconggok di situ, tentu Wak Jumin tidak akan berdalih apa-apa.
Tetapi semenjak saya datang ke kampung itu Lebai Jaamat memang sudah lama
meninggal dunia. Beberapa kali Dolah Jekeng beritahu saya bahawa dia tidak akan
lupa kejadian tersebut sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment