Sunday, August 27, 2017

242. DENDAM WANITA BERLAKI SEMBILAN

SEMBILAN kali ditujah geluk air dengan hujung keris pesaka tidak berhulu, tiba-tiba sahaja semua pelita di dalam rumah padam tidak semena-mena. Sekali gus rumah berkenaan diserkup kegelapan hingga tidak kelihatan apa-apa pun. Lantas sahaja ketawa Merisah kian galak mengilai di tengah kegelapan. Sengaja dia mengejek Malim Saban tengah menghadap tujuh geluk air berisi penuh.
Sudah berhari-hari Merisah terkejang tengah rumah semenjak lepas bersalin akibat kena meriyan. Beberapa kali dia tidak sedar-kan diri setelah pening kepala berpinau-pinau mats. Sebab itu Bidan Sekinah desak Surip Lantun segera beritahu Malim Saban setelah keadaan Merisah semakin membimbangkan.
Lainlah kalau bayi berkedudukan songsang dalam kandungan, bila-bila Bidan Sekinah boleh betulkan semula. Memang dia menyedari kedudukan bayi dalam kandungan Merisah songsang hingga punggung ke bawah. Tiga kali sahaja dia bacakan surah al-Kautsar kemudian diusap perut Merisah tujuh kali, mudah sahaja dia betulkan semula kedudukan bayi berkenaan.
Dia juga tidak bimbang sekiranya Merisah turun darah selepas bersalin, disebabkan Bidan Sekinah sudah lama berpengalaman. Seisi kampung memang harapkan dia sekiranya bidankan sesiapa sahaja bersalin. Balk bayi songsang, balk turun darah, Bidan Sekinah mampu pulihkan biar semuanya sela-mat tidak diganggu apa-apa.
Tahu sangat dia sekiranya turun darah akibat diganggu hantu penanggal yang menjilat di celah lantai. Ketika ini dia akan sangkutkan duri mengkuang biar hantu penanggal tidak boleh rapat menjilat darah di celah lantai tempat Merisah terbaring. Cubalah hantu penanggal rapat ke lantai sudah tentu tali perut yang diheret akan tersangkut pada duri mengkuang.
Tatkala tali perut tersangkut, nescaya seisi kampung dapat melihat sendiri kepala tersangkut di situ dengan tali perut terburai. Lainlah tidak tersangkut pada duri mengkuang, siapa pun tidak boleh nampak dengan mata kasar. Tiba-tiba sahaja mereka akan melihat Merisah terbelalak mata dengan darah turun membuak-buak macam disedut sekuat tenaga.
Memang Bidan Sekinah tahu menghalang hantu penanggal yang menghisap darah perempuan baru lepas bersalin. Asal sahaja perempuan bersalin di dalam kampung nescaya hantu penanggal mudah tercium hanyir darah. Sebab itu Bidan Sekinah cepat-cepat suruh Surip Lantun sangkutkan duri mengkuang di bawah lantai tempat Merisah terbaring.
Tetapi Merisah pening kepala berpinau-pinau bukan disebabkan diganggu hantu penanggal. Bila bila Bidan Sekinah mampu berhadapan dengan hantu penanggal atau cuba mahu tunjuk biadap. Siapa sahaja amalkan hantu penanggal akan terketar-ketar gigi sekiranya berhadapan dengan Bidan Sekinah.
Sengaja Bidan Sekinah Iekatkan kunyit pada mata kacip, teruskan hulurkan bujam sirih ke hadapannya. Mereka yang amalkan hantu penanggal tiba-tiba sahaja pegang kacip terus terketar-ketar laksana memegang bara api. Ketika ini Bidan Sekinah akan membacakan:
Ungguh-ungguh anggah-anggah, datang nenek tongkat besi, terlanda engkau patah, terpijak engkau mati, aku tahu asal kau jadi, darah ular sekati munur asal kau jadi, terserak ke laut jadi tahi nagan, terserak ke darat jadi mambang kuning, hu...
Ketika ini kuning kunyit akan meresap ke tubuh sesiapa yang amalkan hantu penanggal hingga termuntah-muntah tidak bertahan. Bila-bila Bidan Sekinah tidak bimbang sekiranya hantu penanggal cuba tunjukkan belang mahu menjilat darah perempuan baru bersalin.
Apabila Merisah berpinau-pinau mata, dia dapat mengagak perempuan itu bukan turun meriyan. Sebab itu dia desak Surip Lantun segera beritahu Malim Saban. Siapa lagi boleh diharap tatkala Merisah tercungap-cungap menahan sesak nafas, kalau bukan Malim Saban dukun yang menjadi tumpuan mereka di dalam kampung.
"Bidan Sekinah minta Aki Malim tengokkan isteri saya," beritahu Surip Lantun sebaik sahaja tercegat di tengah halaman rumah dukun itu dalam keadaan cemas.
"Kenapa dengan Merisah?" ujar Malim Saban mendongak ke langit memerhati cuaca malam dengan bintang-bintang-bintang bertaburan. Kampung pendalaman itu tetap diserkup kegelapan, sekalipun langit tidak mengangkut awan hitam.
"Entahlah, sejak petang lagi dia kena pitam," Surip Lantun tidak berganjak di tengah halaman menunggu Malim Saban turun ke tanah.
Sebaik sahaja diberitahu mengenai Merisah beberapa kali pitam selepas bersalin, Makcu Kimah juga segera mengikuti suaminya Malim Saban. Setidak-tidaknya Merisah juga memang sudah macam anak juga kepadanya. Semasa Merisah mengidap sakit semasa kecil, ibu bapanya sudah serahkan Merisah jadi anak angkat Malim Saban. Memang Malim Saban terima siapa sahaja menjadi anak angkat setelah ibu bapa mereka berniat demikian sekiranya sembuh daripada mengidap penyakit.
Ketika menghadap sembilan geluk air inilah, tiba-tiba sahaja semua pelita padam serentak. Dalam masa Surip Lantun terkial-kial mahu memasang api, segera Malim Saban menegahnya. Biarlah semua pelita terpadam hingga di dalam rumah gelap gelita sampai santak pagi. Malim Saban tidak akan terpedaya apabila tidak semena-mena semua pelita di dalam rumah terpadam.
"Pak Malim ni suka bergelap rupanya!" suara hilai ketawa Merisah mengejek bagaikan mahu menyinggung perasaan.
Malim Saban tidak menyahut tetapi memerhati keris yang ditujah ke dalam geluk air. Apabila kilau mata keris bercahaya di dalam geluk air, dia melihat jauh ke dalam perkampungan yang sudah lama ditinggalkan. Suara ketawa Merisah di dalam kegelapan sayup-sayup di dengarnya dari perkampungan berkenaan di celah pokok-pokok kelapa meliuk dipuput angin.
Puas dia memerhati di tengah perkampungan itu Malim Saban sekadar mendengar hilai ketawa mengejeknya. Apabila dia kocakkan mata keris berkenaan sampai memercik air ke bibir geluk, tiba-tiba dia melihat hujan, mencurah di kawasan perkampungan yang jauh dapat. dilihatnya.
Dalam hujan mencurah dengan angin kencang itu sekali gus pondok di tengah kawasan pokok-pokok kelapa meliuk-liuk menjadi gelap. Pelita terpasang padam tidak dapat bertahan. Lama Malim Saban memerhati kilauan mata kerisnya, tiba-tiba dia melihat bayangan perempuan menggeliat menahan kesakitan.
Tetapi bayangan perempuan menggeliat kesakitan itu sekali imbas sahaja hilang bersama kilat memancar.Tertegun Malim Saban apabila Surip Lantun berbisik memberi tahu api pelita terpasang semula. Rumah menjadi terang benderang apabila api pelita tidak semena-mena terpasang menyebabkan mereka yang terconggok di situ terpinga-pinga tidak menentu.
Siapa pula memasang pelita di dalam rumah disebabkan mereka semua tekun menunggu keputusan Malim Saban. Kalau dia tidak benarkan pelita dipasang, masakan mereka boleh melanggar larangan. Dukun besar seperti Malim Saban tentu menunggu masa sesuai mahu memasang semula pelita yang terpadam.
Ketika ini Merisah sudah pulih semula daripada pitam yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Sekali pun tubuhnya Iemah tidak bertenaga, sempat juga Merisah mengusap-usap kepala bayinya yang nyenyak tidur. Kalau tidak disebabkan Bidan Sekinah melarang, memang dia akan susukan juga bayinya.
Tetapi Bidan Sekinah tahu keadaan Merisah masih belum segar. Tentu perempuan itu akan bertambah lemah sekiranya susukan juga bayi berkenaan. Biarlah Surip Lantun tumpangkan bayi itu menyusu pada Uda Embun sementara Merisah pulih segar semula. Apa salahnya bayi berkenaan menyusu pada Uda Embun kakak Merisah sendiri, disebabkan anaknya juga sudah pandai merangkak.
"Kalau tidak disebabkan emaknya sakit, memang Merisah boleh susukan," jelas Surip Lantun apabila beritahu kepada saya mengenai anaknya Saelah memang ibu sesusu dengan sepupunya Tukimin.
"Manalah saya tahu kejadian masa kecil dulu, ustaz," tersengih-sengih Tukimin mengerling bapa saudaranya Surip Lantun apabila kenang kejadian bertahun-tahun dulu.
Dia sendiri tidak peduli sangat mengenai Saelah menyusu bersama dengan emaknya, kerana dia tahu perempuan itu sepupunya. Apabila Saelah mengalami turun darah semasa bersalin, Tukimin sekadar menjengahnya disebabkan perempuan itu sepupunya. Memang dia tidak teringat langsung mahu mengajak emaknya Uda Embun ikut sama menjengah.
Setelah didesak oleh Surip Lantun terpaksa juga Tukimin jemput emaknya dikampung. Tentu emaknya terkilan kalau tidak diberitahu mengenai Saelah terkejang lemah setelah mengalami turun darah semasa bersalin. Merungut juga Uda Embun disebabkan lambat diberitahu kepadanya dalam keadaan Saelah menanggung kesakitan.
Setidak-tidaknya Saelah juga anak susuannya yang terpaksa disusukan selama Merisah terkejang tidak bertenaga. Siapa lagi oleh diharapkan ketika itu kalau bukan dirinya tengah beranak kecil. Sebab itu kasih sayang-nya tumpah kepada Saelah sama juga macam Tukimin yang disusukan bersama.
Memang cemas juga Surip Lantun apabila menantunya Hasbul beritahu mengenai keadaan Saelah turun darah sebaik sahaja selamat bersalin.,Tiga hari setelah bersalin di hospital, Hasbul sudah dibenarkan membawa isterinya balik ke rumah. Sihat benar Saelah apabila dibawa balik ke rumah dengan disambut oleh emak dan ayahnya yang menunggu sejak berhari-hari.
Beberapa jam sahaja Saenah di rumah tiba-tiba dia mengalami pitam berbinau-binau mata. Tidak bertangguh Hasbul mahu bawa semula isterinya ke hospital, tetapi Merisah tidak benarkan terburu-buru. Lantas sahaja Merisah desak supaya beritahu Tukimin mengenai kejadian yang dialami Saelah.
Dia ingatkan suaminya Surip Lantun mengenai kejadian tatkala dia bersalinkan Saelah apabila tidak semena-mena turun darah. Ketika dijemput Malim Saban sekali gus api pelita padam serentak. Sebab itu dia desak beritahu Tukimin saudara sesusu Saelah semasa dia mengalami tumpah darah sepanjang malam.
Apabila Tukimin beritahu saya mengenai sepupunya tiba-tiba mengalami tumpah darah, saya sudah mendesaknya supaya segera dibawa ke hospital. Tetapi serba salah juga saya setelah Tukimin minta doakan juga sebelum sepupunya itu dibawa semula ke hospital.
Memang saya terkejut melihat keadaan Saelah sudah terlalu pucat akibat banyak sangat tumpah darah. Cepat-cepat saya doakan pada air dengan membaca al-Fatihah tiga kali diikuti dengan surah al-lkhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Jauh di sudut hati terasa juga gementar kerana bimbang keadaan Saelah akan bertambah tenat.
Manalah tahu Hasbul akan tersinggung disebabkan dia sudah bernekad mahu menghantar isterinya ke hospital dalam keadaan cemas demikian. Takat doakan air sahaja tentulah tidak sesuai kalau bandingkan keadaan Saelah yang termengah-mengah menahan sesak nafas. Tetapi Surip Lantun tetap bersabar sama macam dia menunggu isterinya terkejang lemah tatkala bersalinkan Saelah sendiri.
Apa sangat dengan Saelah yang tumpah darah kalau bandingkan dengan Merisah yang tersentak-sentak laksana ikan menggelepar dalam besen menunggu masa untuk disiang. Surip Lantun memang cemas tatkala isterinya Merisah tersentak-sentak, tetapi menyedari tumpah darah yang dilihatnya sekadar pada padangan zahir. Apabila Merisah ketawa mengilai di dalam gelap sebaik sahaja semua pelita terpadam serentak, semangat Surip Lantun pulih semula.
Memang dia tidak melihat apa-apa di dalam geluk air Malim Saban, selain daripada mata keris dicancang mengocak ke dasar. Tetapi keris besi kursani Malim Saban bukan takat mencecah dasar geluk, tetapi menembusi perkampungan lama. Terpinga-pinga Onyeng Liyah apabila tujahan mata keris Malim Saban menggegarkan tapak rumahnya yang tersergam di tengah kampung.
Terkekeh-kekeh Onyeng Liyah ketawa mengejek Malim Saban sekalipun keris besi kursani itu menembusi perkampungannya. Kilau cahaya keris itu tempat Malim Saban meniti hingga menyusup masuk ke tengah kampung. Saat ini sengaja Onyeng Liyah padamkan pelita yang terpasang biar Malim Saban meraba-raba tidak menentu.
Tetapi Malim Saban sudah lama berpengalaman. Kilauan cahaya besi kursani itu sudah cukup menerangi dia sebaik sahaja jejak kaki di tengah perkampungan. Segera Onyeng Liyah keluar dari rumah ingatkan Malim Saban supaya tidak mengganggu.
"Buat apa kamu ke sini, Malim Saban?" dia mencemik muka macam Merisah yang terkejang lemah akibat tumpah darah.
"Nak tahu, kenapa kamu ganggu Merisah?" jerkah Malim Saban keras dalam rungutan yang tidak jelas kedengaran.
"Umur aku dah beribu-ribu tahun, jangan nak tunjuk pandai!" sengaja Onyeng Liyah mahu menyakiti hati Malim Saban.
"Perkara umur tak penting, yang pentingnya perkara yang hak dan yang batil," sahut Malim Saban menggertap bibir terus mengocak-ngocak mata keris dalam air di geluk.
Sekali gus pula kawasan perkampungan bergegar kuat menyebabkan rumah Onyeng Liyah juga terjerembap jatuh menyembam bumi. Cepat-cepat dia melayang ke udara mengelakkan daripada ditimpa runtuhan rumah berkenaan. Menghela nafas panjang dia apabila tidak dapat bertahan dari serbuan Malim Saban.
Apabila dia kisarkan tapak tangannya, Malim Saban melihat sembilan orang lelaki tercegat di sisi Onyeng Liyah dengan leher ditanjul tali laksana lembu ternak tertambat pada perdu pokok tembusu. Sembilan orang lelaki tertunduk terkebil-kebil mata menunggu sahaja perintah Onyeng Liyah.
Apabila mereka sembilan orang mara mendekati Malim Saban, tali yang tertanjul pada leher tetap dipegang kukuh oleh Onyeng Liyah. Tersengih-sengih Malim Saban mengejek perempuan itu memegang tali yang ditanjul ke leher tatkala memerintahkan sembilan orang lelaki itu mara mahu menerpa.
Segera Malim Saban memberi isyarat supaya lepaskan sahaja tali di tangannya biar sembilan lelaki macam lembu ternak itu mampu menerpa gagah. Tetapi Onyeng Liyah tidak akan lepaskan tali yang tertanjul di leher lelaki itu. Dia akan pegang kukuh-kukuh biar semua sembilan lelaki itu dikawal laksana lembu ternak yang sudah dipasang kelikir pada hidungnya.
Ketika ini Malim Saban terus sahaja azan tujuh kali hingga goncangan sekitar kampung bergegar kuat. Serentak dengan itu runtuhan batu berterbangan laksana piring-piring menerjah ke arah sembilan lelaki yang terkial-kial mahu mendekati Malim Saban. Terjerit-jerit lelaki berkenaan akibat tali masih tertanjul pada lehernya tidak dapat dilepaskan.
Kemudian Malim Saban mengetuk jari telunjuk pada bibir geluk sama macam dia menggoncang seluruh perkampungan tatkala tubuhnya menjadi besar laksana bukit tersergam. Lantas dia membacakan:
'Alallahhi tawakalna rabbana la-taj'alna fitnatan lil-qau mizzolimin, wanajjina birahmatika minal-qaumil kafirin.
Apabila dentaman petir bertalu-talu di udara, gus pula tali yang regang di tangan Onyeng Liyah putus tidak bertahan. Ketika ini sembilan lelaki yang tertanjul leher tiba-tiba hilang di dalam kegelapan sebaik sahaja tali tertanjul di leher itu putus serentak.
Terjerit kuat Onyeng Liyah tatkala tali berkenaan putus menyebabkan seluruh badannya menjadi cair bagaikan lilin dicucuh ke tengah api menyala. Jeritan halus itu sekadar suara Merisah yang lemah, diikuti dengan lampu pelita terpasang semula. Surip Lantun melihat tubuh isterinya berpeluh-peluh, tetapi Bidan Sekinah beritahu mengenai tumpah darah yang dialaminya sudah berhenti.
Memang Malim Saban tidak beritahu apa-apa pun mengenai gangguan yang dialami oleh Merisah. Asal sahaja Merisah sudah terselamat, dia tidak perlu jelaskan kepada Surip Lantun apa-apa pun fasal Onyeng Liyah dengan sembilan lelaki yang ditanjul leher.
"Biar ustaz doakan dulu, lepas tu baru buat ikhtiar lain," Tukimin memujuk setelah melihat Hasbul kian gelisah dengan keadaan Saelah tumpah darah.
"Jangan kita cemas sangat, Hasbul," ujar Surip Lantun ingatkan menantunya disebabkan dia sendiri sudah mengalaminya berpuluh tahun dulu.
"Insya Allah, doakan biar saya terus bersabar," sahut Hasbul perlahan sekali pun kebimbangan tetap merusuh dalam hatinya.
"Mak, badan Elah lemah sangat," bisik Saelah memegang tangan emaknya hingga tidak berdaya mahu mengangkat kepala.
"Kuatkan semangat tu, jangan ikutkan perasaan," Merisah ingatkan anaknya yang mengerang-erang menahan senak. perut.
Disebabkan keadaan Saelah sudah semakin lemah, memang saya memberi isyarat supaya Hasbul bersiap-siap sahaja bawa ke hospital. Manalah tahu kalau terlambat membahayakan pula keadaan Saelah. Dalam masa Hasbul bersiap-siap itu saya hembuskan perlahan ke ubun-ubun Saelah dengan membacakan:
Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tiba wallati lam-tamut fi-manamiha fayumsikul lati qodho 'alaihal-mauta wayursilul ukhro ila ajalimmusamman, inna fi-zalika la-ayatin liqaumiy yatafakkarun.
Setelah direnjiskan air ke muka Saelah, perlahan dia berbisik pada emaknya beritahu tidak lagi mengalami tumpah darah. Apabila Hasbul sudah bersiap-siap mahu ke kereta, Saelah minta bertangguh dulu. Biarlah tenaganya pulih kalau mahu gagahi juga ke hospital. Dalam keadaan dia masih lemah tentulah terpaksa dipapah masuk ke kereta menyebabkan dia tidak dapat berkuat.
"Kita tengok dalam setengah jam lagi," lantas Tukimin melirik senyum setelah melihat Saelah mulai segar.
Mereka semua bersetuju ditangguhkan dulu bawa Saelah ke hospital setelah keadaannya tidak lagi mengerang-erang sakit. Setelah Merisah membantu bersihkan Saelah, saya menyuruh Hasbul pakaikan stokin di kakinya biar ibu jari tidak terdedah sangat. Harapkan selimut tentu sejuk akan menyusup juga melalui ibu jari kaki yang terdedah.
Hingga santak petang Saelah tidak mahu lagi ke hospital setelah keadaannya semakin bertenaga. Dia sudah mula memangku bayinya apabila menyusu. Tetapi Merisah tidak percaya sangat dengan keadaan Saelah sudah bertambah segar demikian. Manalah tahu akan berulang lagi tumpah darah seperti pernah dialami-nya hingga terpaksa biarkan bayinya disusukan Uda Embun.
"Kalau boleh mintalah ustaz ulangi doanya sampai tiga hari," Uda Embun pula mendesak supaya Tukimin mengulangi jengah Saelah.
"Ustaz ni tak sama dengan arwah Pak Malim," beritahu Tukimin berterus terang. Tahu sangat dia memang saya tidak akan dijemput berulang-ulang kalau minta doakan.
"Tukimin pun tahu macam mana nak buat," ujar saya mengerling Tukimin yang tersengih-sengih menguis lantai dengan hujung jari.
"Apa yang Tukimin tu tahu, ustaz?" sahut Uda Embun mencebek bibir apabila saya meminta Tukimin sahaja ulangi berdoa, disebabkan dia harapkan saya akan datang juga mengulangi ke situ.
"Ustaz ni banyak hal lain, mak," segera Tukimin ingatkan emaknya supaya tidak harapkan sangat kepada seseorang.
Mereka seisi kampung sudah harapkan Malim Saban membantu tatkala Merisah mengalami tumpah darah. Selepas Malim Saban meninggal dunia siapa lagi boleh diharapkan jika semata-mata bergantung kepadanya. Sebab itu Tukimin tidak mahu sesiapa pun bergantung sangat kepada saya.
Lagi pun dia tahu mengenai jadual saya tidak pernah tetap di rumah. Kadangkala sampai berturut-turut tiga hari tidak balik ke rumah apabila dijemput kawan-kawan ke Kelantan, ke Johor atau ke mana-mana sahaja. Apa lagi sekiranya Mamak Bandaro meminta datang ke Bukittinggi untuk beberapa hari.
Sekiranya di rumah pun memang saya tidak akan ulangi apabila diminta menjengah sesiapa yang terkejang sakit. Sudah berkali-kali saya ingatkan mereka bahawa saya bukanlah dukun yang akan berulang kali datang mengubati sesiapa. Setiap kali berdoa memang debaran hati saya sentiasa berkocak kerana bimbang keadaan Saelah tidak juga berubah.
Tidak lama selepas kejadian menimpa Saelah itulah, Tukimin beritahu saya mengenai dia hampir lemas ditiup angin kencang semasa diminta Surip Lantun tengokkan keadaan Saelah. Memang Saelah tidak lagi mengerang-erang mengalami tumpah darah, tetapi seluruh badannya sengal-sengal. Asal sahaja malam menjelang dia tergamang-gamang tidak dapat mengawal dirinya.
Sebaik sahaja Tukimin bacakan aI-Fatihah tiga kali, dia merasakan pusaran angin terlalu kencang menyebabkan dia terkial-kial mahu melepaskan diri. Ketika ini dia terdengar saya berbisik menyuruh bacakan:
 La-tattahorraku zurriyatan bi-iznillah, diulangi tujuh kali.
Apabila pusaran angin berhenti bertiup, Tukimin merasakan dia tercegat di kawasan perkampungan tidak didiami sesiapa pun. Tiba-tiba sahaja dia memerhati ke arah rumah buruk berdinding kulit kepung, tatkala seorang perempuan muda membuka pintu. Tertegun perempuan muda itu apabila melihat Tukimin tercegat di tengah halaman tidak berganjak.
Tersengih-sengih perempuan muda itu mengejek, tetapi Tukimin tidak hiraukan apa-apa. Terus sahaja dia bacakan surah al-Ikhlas hingga 100 kali menyebabkan goncangan kuat menggegarkan. Tukimin ulangi dengan membaca Ayatul Kursi, hingga perempuan itu memekik terlalu marah.
"Aku dah berjanji dengan ustaz tak ganggu sesiapa!" ujar perempuan muda di muka pintu rumah buruk ingatkan Tukimin. "Kenapa kamu datang juga ceroboh ke sini?" dia kecewa apabila Tukimin terus menyerbu.
"Ustaz yang suruh aku ke sini!" tegas Tukimin mengejek perempuan muda berkenaan.
"Jangan macam tu, banyak perkara awak tak tahu, sahut perempuan muda itu macam memujuk.
Ketika ini Tukimin mendengar gema zikir di udara bagaikan hembusan nafas saya semasa terconggok di depan Saelah. Gema zikir itu terus menggoncang kawasan perkampungan berkenaan menyebabkan tidak siapa pun berani bertahan. Tetapi perempuan muda itu tidak lari ke mana sekali pun goncangan terus menggetar di situ.
Semasa Tukimin jejak kaki ke situ goncangan bertambah kuat. Apa lagi Tukimin tidak henti-henti membacakan surah aI-Ikhlas dan Ayatul Kursi menyebabkan gema yang bergemuruh membingitkan telinga perempuan itu. Dia berpaut pada jenang pintu akibat rumahnya ikut bergoyang akibat goncangan yang berterusan.
Kemudian Tukimin melihat lantunan batu sebesar perdu pokok meranti menerjah rumah berkenaan hingga roboh menyembam bumi. Perempuan muda itu terhimpit di bawah batu besar yang menerjah dari udara. Terkial-kial perempuan muda itu beritahu mengenai janjinya tatkala berdepan dengan saya tidak akan mengganggu Saelah.
"Siapa nak percaya dengan janji syaitan!" bentak Tukimin mengisar tumit ke tanah dengan membacakan:
 Alif lam mim sod, kaf ha ya a'in sod, ha mim a'in sin kof, uskun aiyuhal waji'billazi iny-yasya yuskinirriho fayazlalna rawakida 'ala zohrihi, inna fi-zalika la-ayatin likulli sobbarin syakur.
Sekali gus batu besar itu berkisar ligat menyebabkan perempuan itu seolah-olah digiling macam cili dihimpit sengkalan. Apabila perempuan muda itu terpelanting tubuhnya habis tersiat kulit dengan mata terjojol keluar. Dia menjadi hodoh dengan kulit berjuntai-juntai laksana kain perca tergayut.
Dalam kesakitan yang payah, perempuan itu merungut disebabkan Tukimin sengaja menganiaya dirinya. I.antas dia beritahu mengenai Onyeng Liyah dianiaya suaminya sewaktu lepas bersalin hingga tumpah darah. Tok Gasik tidak peduli sama ada Onyeng Liyah sakit selepas bersalin atau tidak, dia tetap mahu dihidangkan makan.
Disebabkan Onyeng Liyah terlambat siapkan hidangan, marah benar Tok Gasik lantas menunjal dahi isterinya sampai perempuan itu jatuh terjelepoh. Ketika Tok Gasik turun tinggalkan rumah, Onyeng Lijah menyedari dia mengalami tumpah darah. Saat inilah Puteri Sembilan menjelma di depannya wap dengan daun sembung siap direbus. Setelah wap dengan daun sembung, barulah Onyeng Liyah bertenaga semula.
Tiga hari Tok Gasik tidak balik jejak kaki ke rumah, siapa lagi yang bantu Onyeng Liyah kalau bukan Puteri Sembilan. Apabila balik ke rumah Tok Gasik masih berkeras menyuruh Onyeng Liyah hidangkan makan. Dia tidak peduli sama ada beras di tempayan penuh atau tidak. Tahu sangat Onyeng Liyah memang suaminya habiskan masa di tempat sabung ayam berhari-hari dengan tidak pedulikan rumahtangga Iangsung.
 Onyeng Liyah tidak pernah membantah disebabkan emaknya sudah ingatkan dia supaya taatkan suami. Semenjak tinggalkan kampung halaman ikut suaminya Tok Gasik memang dia harapkan lelaki itu melindungi dirinya. Sebab itu dia patuhi sahaja kemahuan Tok Gasik sekali pun terpaksa mengambil upah menumbuk padi di rumah Pak Lasah.
Memang Pak Lasah bersama isterinya Mak Inyut seringkali membantu dia. Mereka kesihan pada Onyeng Liyah disebabkan sikap Tok Gasik habiskan masa di tempat sabung ayam. Sekiranya menang berjudi dia akan belikan apa sahaja sampai penuh beras satu tempayan. Apabila kalah berjudi sabung ayam, dia akan lepaskan geram pada Onyeng Liyah sampai dibelasah tidak peduli apa-apa.
Semasa Onyeng Liyah mengalami tumpah darah selepas bersalin, Mak Inyut datang juga menjengah. Tetapi dia berasa hairan disebabkan Onyeng Liyah tidak menanggung apa-apa kesakitan. Dia melihat sendiri Onyeng Liyah bingkas bangun jerangkan air di tungku. Kemudian rendamkan daun sembung buat duduk berdiang wap dengan daun sembung berkenaan.
Manalah Mak Inyut tahu mengenai Puteri Sembilan tercegat di sisi Onyeng Liyah membantu perempuan itu. Tatkala Tok Gasik membentak minta siapkan hidangan makan setelah balik ke rumah akibat kalah judi sabung ayam, memang dia memberang marah apabila Onyeng Liyah sengaja tidak hiraukan.
Apabila dia menerpa mahu menampar muka, tiba-tiba tangannya disengkang. Puteri Sembilan menjelma di depan Tok Gasik memegang cemati lantas disebat ke belakang Tok Gasik. Marah benar dia disebabkan Tok Gasik berkasar pada isterinya baru lepas bersalin.
Terkejut Tok Gasik apabila melihat jelmaan Puteri Sembilan mencematnya berulang kali hingga berbirat merah pada tengah belakang. Tidak bertangguh dia mencapai parang tersandar pada tiang rumah mahu menetak Puteri Sembilan, tetapi dia merasa tangannya kaku laksana batu tidak boleh digerakkan.
Semasa Mak lnyut bersama Pak Lasah tergesa-gesa datang, mereka sekadar melihat Tok Gasik tersandar di dinding dengan terkebil-kebil mata. Mulutnya berbuih-buih tidak dapat bercakap sepatah pun. Rumah yang hiruk pikuk dengan suara bengis Tok Gasik menjadi sepi. Mak lnyut tidak melihat pun Onyeng Liyah di situ, hanya bayinya yang masih kecil sahaja terkial-kial dalam bedungan.
Berbulan-bulan Tok Gasik terkejang sakit, dia mati terbujur juga. Terpaksa bayinya dipelihara Mak lnyut setelah Onyeng Liyah tidak jengah muka. Tetapi dia mendengar berita mengenai Onyeng Liyah melarikan diri sewaktu suaminya memberang balik dari berjudi sabung ayam. Dia melarikan diri ke kampung lain jauh dari kampung halaman suaminya.
Tetapi siapa pun tidak pernah menemui Onyeng Liyah. Tidak lama selepas itu mereka sekadar menyedari perempuan muda seakan-akan Onyeng Liyah sudah bersuami lain. Asal sahaja disebut nama Onyeng Liyah dia akan membentak marah. Mereka juga tahu mengenai perempuan itu mempunyai suami di kampung lain.
Apabila dia balik ke rumah suaminya di kampung nescaya suaminya tidak bimbang apa-apa. Puteri Sembilan akan mendampingi lelaki itu semasa Onyeng Liyah ke kampung suaminya yang lain. Memang dia sudah diingatkan oleh Puteri Sembilan supaya kekalkan dengan sembilan orang suami, kalau mahu terus kelihatan muda.
Tidak seorang pun suaminya boleh membantah setelah diberi makan sup hidung lembu yang dijampi Puteri Sembilan. Biarlah seisi kampung mengutuknya namun Onyeng Liyah tidak peduli apa-apa. Dia lebih rela mematuhi kemahuan Puteri Sembilan daripada membiarkan dirinya diseksa Tok Gasik berterusan.
"Kamu biarkan Onyeng Liyah bersuami sembilan orang lelaki dalam satu masa" Tukimin menuding jari memarahi perempuan hodoh jelmaan Puteri Sembilan di depannya.
"Tok Gasik lama sangat menyeksa dia," sahut perempuan hodoh itu terketar-ketar.
"Sengaja kamu dorong dia ke jalan dilaknati!" bentak Tukimin terus menjurus hingga seluruh tubuh perempuan itu diselaputi air batu membeku.
"Aku nak bantu Onyeng Liyah." ujarnya terketar-ketar akibat terkurung dalam air batu.
"Cukuplah dia diseksa suaminya, kenapa kamu seksa dia lagi!" Tukimin terus menghentak tumitnya ke tanah menyebabkan perempuan hodoh itu terbolos ke dalam gaung dalam.
Jeritnya bergema jauh di dasar dalam getaran yang bertele-tele. Saat ini Tukimin merasa sebak apabila kenang kejadian yang menimpa Onyang Liyah mengalami tumpah darah semasa selepas bersalin. Dia tahu Onyeng Liyah sudah terkejang tidak lagi bergerak tatkala ditinggalkan oleh suaminya Tok Gasik.
Memang Puteri Sembilan yang menjelma di depan Mak Inyut dan Pak Lasah. Sewaktu Tok Gasik balik jejak kaki ke rumah dalam keadaan memberang setelah kalah judi sabung ayam, bukanlah Onyeng Liyah yang tercegat di sisinya. Tetapi dia sudah dikelirukan oleh Puteri Sembilan.
"Alhamdullillah, Saelah sudah sembuh sekarang ni, ustaz," ujar Tukimin tersenyum apabila kenang dia merasa terhumban jauh di perkampungan tempat Puteri Sembilan bertahan.
"Pak mentua saya tu, memang keturunan Pak Lasah, ustaz," beritahu Hasbul setelah diberitahu oleh Surip Lantun.





Sunday, August 20, 2017

241. TOK MAHANG LIMA SAHABAT

Ketika bertugas dikampung yang masih dirimbuni pohon pohon hutan bertahun tahun dulu, memang teringin sangat saya hendak mengerahui mengenai harimau puaka yang menjelma di kubur Tok Batu Tinggi. Seisi kampung pun tidak tahu sangat mengenai kubur berkenaan, keccuali batu nisannya dikatakan tumbuh hingga setimggi berdiri.
Memang Dukun Minin melarang sesiapa pun perolok olokkan kebur berkenaan. Tetapi saya sendiri terfikir apa pula faedahnya perolok-olokkan kubur itu. Perkara Tok Batu Tinggi pernah menjadi pawang besar tidak penting sangat, kerana setelah dia mati kebolehannya menjadi pawang itu terkubur sama.
Sama juga macam Dukun Minin tentu dia tidak boleh lagi menjadi dukun setelah meninggal dunia. Setiap kali saya tanyakan kepada Dukun Minin mengenai Tok Batu Tinggi itu sengaja dia mahu mengelak. Gementar dia apakala menyebut nama Tok Batu Tinggi, sekalipun saya ingatkan dia hanya Allah sahaja yang wajib kita takuti.
"Dulu, dia pawang besar, ustaz!" perlahan sahaja Dukun Minin beritahu saya dalam keluhan pendek.
Dukun Minin sendiri tidak tahu nama sebenarnya Tok Batu Tinggi yang dikatakan pawang besar itu. Dia sekadar diberi tahu oleh ayahnya mengenai keturun-an mereka berasal dari Tok Batu Tinggi berkenaan. Asal sahaja tenaganya diperlukan Tok Batu Tinggi akan berpawang ke mana sahaja.
Bukan takat di dalam kampung sahaja Tok Batu Tinggi menjadi pawang, bahkan ke serata negeri dia dikenali. Dukun Minin mengakui Tok Batu Tinggi pernah menyerbu ke istana bersama kawan-kawannya, tetapi tidak dibenarkan masuk. Mereka disuruh menunggu di luar pagar sepanjang malam.
 Disebabkan marah dengan perbuatan orang istana menghina mereka, kawan Tok Batu Tinggi menepuk bumi tiga kali menyebabkan guruh dan kilat sambar menyambar. Serentak dengan itu hujan turun mencurah hingga becak halaman istana dengan air bertakung. Ketika ini kawan Tok Batu Tinggi melambungkan kain ikat kepalanya ke udara lantas terkembang menjadi payung lebar melindungi mereka berlima daripada terjahan hujan mencurah-curah.
Pegawai-pegawai istana yang melihat kejadian itu menjadi gementar. Tidak bertangguh mereka mengajak Tok Batu Tinggi bersama lima orang sahabatnya masuk berteduh di bawah anjung istana. Ketika berteduh inilah Tok Mahang yang menjadi ketua mereka berlima menampar lantai sampai bergegar di seluruh istana.
Melihat Tok Mahang menampar lantai, Tok Benuang pula mencakar-cakar bendul istana dengan kukunya hingga terkopak laksana tepung diramas..Apabila Tok Benuang sudah mencakar bendul, Tok Semaut pula mengisar duduk. Setiap kali dia menghembuskan nafas memancar api dari hidungnya hingga membakar langit istana.
Sebaik. sahaja Tok Semaut menghembuskan nafas api, diikuti pula oleh Tok Lumajah menggeselkan belakang ke tiang anjung istana hingga bergoyang bagaikan mahu runtuh. Setelah kawan-kawannya melepaskan marah dengan kepandaian masing-masing, Tok Batu Tinggi pula melompat ke tengah halaman bagaikan seekor harimau lapar.
Sekaligus Tok Batu Tinggi mengaut tanah di halaman istana terus dimakannya seolah-olah menyuap nasi ke mulut hingga berlubang sebesar kawah. Selagi Tok Mahang tidak berhenti menampar lantai, selama itulah mereka berempat tidak berhenti meneruskan perbuatan tersebut.
Marah benar Tok Mahang apabila dihina oleh pihak istana sehingga dipaksa bermalam di luar pagar istana. Sia-sia dia menjadi tok ketua kalau mem-biarkan kawan-kawannya dihina. Tidak sepatutnya pihak istana melayani mereka macam sampah tidak berguna kalau tidak diuji terlebih dahulu.
Sebaik sahaja pegawai-pegawai istana melihat keberanian Tok Mahang lima sahabat, mereka semua menjadi gerun. Bukan calang-calang orang kalau boleh menampar lantai istana hingga bergegar segenap penjuru, diikuti dengan Tok Benaung mencakar-cakar bendul dengan kukunya sahaja sampai menjadi debu.
Apa lagi Tok Semaut yang bernafas mengeluarkan api di hidungnya menyambar langsir dan dinding istana. Bukan,takat Tok Mahang, Tok Benuang dan Semaut sahaja, malah Tok Lumajah juga tidak ketinggalan menggeselkan belakang ke tiang anjung hingga bergoyang bagaikan mahu roboh tersembam ke bumi.
Bertambah gerun lagi pegawai-pegawai istana apakala melihat Tok Batu Tinggi melompat ke tengah halaman laksana harimau ganas di hutan. Tidak bertangguh Tok Batu Tinggi menyeluk tanah terus disuap ke mulut hingga berlubang tengah halaman laksana kawah besar. Masakan pegawai-pegawai istana tidak gementar dengan kejadian berkenaan.
Setelah diberi tahu raja di dalam istana, mereka berlima dijemput mengadap. Raja sendiri meminta maaf kepada Tok Mahang lantas dijamu makan.Tetapi Tok Mahang tidak mahu menjamah nasi sekiranya hidangan tidak mencukupi. Dia sendiri meminta pegawai-pegawai istana masakkan 50 gantang nasi dengan seekor kerbau disembelih.
Mereka berlima sahaja menghadap 50 gantang nasi dengan seekor kerbau itu. Betapa terkejutnya raja dengan pegawai-pegawai istana dengan peri laku Tok Mahang lima sahabat itu. Masakan manusia biasa mampu habiskan 50 gantang nasi dengan seekor kerbau sekali hadap sahaja!
"Jadi, apa yang Tok Mahang mahu ni?" hairan juga pegawai raja dengan tindakan mereka menyerbu ke istana.
"Mulai sekarang, istana jangan campur lagi urusan di kampung kami!" lantas sahaja Tok Mahang menuturkan dengan marah disebabkan dia dan kawan-kawannya dihina. •
 "Kalau itu yang Tok Mahang mahu, kami bersetuju," jelas pegawai istana menyampaikan perintah raja.
Disebabkan terlalu marahTok Mahang tidak peduli lagi tujuan mereka menyerbu ke istana. Sebelum itu Tok Mahang diberitahu mengenai kejadian yang menimpa sahabatnya, apabila raja menjadi marah disebabkan sahabat Tok Mahang tidak menerima pinangan raja.
Sebab itu raja menyuruh dia datang ke istana, tetapi sahabat Tok Mahang enggan mengadap. Dia menyuruh anak Ielakinya Lamat ke istana bagi mendengar keputusan. Tetapi raja menjadi bertambah marah disebabkan yang datang itu bukan Tok Pandak, tetapi anaknya Lamat.
 Tidak bertangguh lagi raja memerintah pancung sahaja Lamat untuk melepaskan kemarahannya pada Tok Pandak. Sebaik sahaja dipancung putus lehernya, kepala Lamat masih bergerak sambil tersenyum dengan keputusan raja memenggal lehernya.
"Eloklah hantar mayat patik balik ke kampung, tuanku," tutur kepala Lamat yang sudah ter-penggal itu.
Gementar juga raja dengan kejadian yang dilihatnya sendiri itu. Masakan kepala yang sudah terpenggal dari leher masih boleh bertutur sambil tersenyum seolah-olah tidak merasa kesakit-an. Terpaksalah raja memenuhi kemahuan kepala Lamat supaya mayatnya dihantar balik ke kampung.
Kematian Lamat itulah menyedihkan hati Tok Pandak. Tidak sepatutnya raja memenggal leher Lamat kalau takat dia sendiri tidak datang mengadap. Perkara mengadap ke istana tidak penting kerana urusan raja tidak termasuk ke kampungnya. Mereka sekadar mengakui raja itu memerintah, walhal kampungnya tidak diperintah oleh sesiapa pun.
Sebab itu Tok Pandak mengadukan hal kepada Tok Mahang. Kepalang marahnya Tok Mahang dengan perbuatan raja yang bersikap tidak mahu berunding dengannya kalau urusan di kampung tersebut. Dia yang menjadi tok ketua mesti diberitahu terlebih dahulu sekiranya Lamat bersalah.
Apabila Tok Mahang mengambil keputusan mahu menyerbu ke istana, lantas sahaja kawan-kawannya menawarkan diri ikut sama. Tok Batu Tinggi juga tetap ikut bersama setelah Tok Benuang, Tok Semaut dan Tok Lumajah bersetuju menemani Tok Mahang. Biarlah mereka sama lebur sekiranya raja berkeras mahu pertahankan keputusannya.
Sebaik sahaja diberi tahu oleh pegawai-pegawai istana mengenai kedatang Tok Mahang, sebab itu raja tidak benarkan mereka masuk. Perkara Lamat dibunuh bukan urusan Tok Mahang sekalipun dia menjadi tok ketua. Memang raja tidak mahu menatap muka Tok Mahang yang dianggapnya tidak layak menemui dia.
Kepalang marahnya Tok Mahang dengan sikap raja yang berani tunjuk keras kepalanya. Belum pernah dia mengakui raja itu memerintah di kampung halamannya sejak datuk nenek moyangnya meneroka di situ. Kalau raja berkeras dia juga tahu bagaimana mahu berkeras, tetapi sekiranya raja sanggup berunding Tok Mahang juga bila-bila sedia berunding.
"Memang kami tak mahu raja awak!" jelas Tok Mahang lantas menghunus pedangnya. Dia terus memancung tempayan air di kaki tangga istana tempat raja membasuh kaki. Sekali pancung sahaja mereka melihat tempayan berkenaan tidak bergerak langsung.
Sebaik sahaja Tok Mahang menyarung semula padangnya, mereka melihat air meleleh keluar di badan tempayan bekas terputus dipancung oleh Tok Mahang. Raja sendiri berdebar dengan kepantasan Tok Mahang menggunakan pedang hingga pancungannya seolah-olah tidak mengenai badan tempayan berkenaan.
Setelah Tok Mahang memancung tempayan, lantas Tok Benuang mendekati pokok kelapa saka di hujung laman. Sekali ditampar oleh Tok Benuang perdu pokok kelapa itu habisnya semua luruh ke bawah. Tandan buah, manggar serta pelepahnya seolah-olah dipancung tidak bersisa, habis semuanya menjunam jatuh ke tanah.
"Ingat, jangan campur urusan kampung kami!" bentak Tok Benuang menuding jarin ke arah raja terpempam di tempat duduk dengan tidak berkedip mata.
Kemudian Tok Semaut pula menghembuskan nafasnya ke arah pokok-pokok bunga di halaman istana. Apabila api marak menyala keluar dari hidungnya habis semua bunga-bunga berkenaan layu disambar api. Siapa pun pegawai istana tidak berani mara menghalang tatkala TOk Semaut menghembuskan api marak menyala dari hidungnya setiap kali dia bernafas.
"Siapa campur urusan di kampung kami, akan menerima nasib macam bunga ni!" ujar Tok Semaut memberi amaran menyebabkan semua pegawai-pegawai istana berpandangan sama sendiri.
Ketika ini Tok Lumajah pula menghentak-hentak tumit ke tengah halaman. Setiap kali dia menghentakkan tumitnya bergegar sekeliling istana seolah-olah dilanda gempa. Bumi yang dihentaknya merekah hingga mengeluarkan api dengan asap hitam bukat.
"Datanglah campur urusan kampung kami, kalau nak hancur kepala kena latam!" Tok Luma-jaha memekik dengan menyindir raja yang tergamam tidak berani bercakap apa-apa.
Sebaik sahaja semua kawan-kawannya sudah memberi amaran di tengah halaman istana, Tok Batu Tinggi pun menggolekkan badannya ke tanah. Dalam masa beberapa saat sahaja dia bergolek tubuhnya bertukar menjelma menjadi harimau yang garang. Bertambah gerun semua• pegawai-pegawai istana melihat harimau terconggok di tengah halaman istana.
Sekaligus Tok Batu Tinggi melompat hingga sampai ke bumbung istana. Pantas sahaja tangannya merentap perabung bumbung hingga terkopak sebelah bahagian atap istana. Setelah dia menukar semula keadaan dirinya seperti biasa, lantas Tok Batu Tinggi mengingatkan:
"Siapa berani mencemar nama baik kampung kami, akan aku hambat sampai ke lubang cacing, sekalipun aku sudah mati!".
Memang pegawai-pegawai raja tidak berani menyahut setelah melihat kehandalan Tok Mahang lima bersahabat. Tentu-lah sia-sia sekiranya mereka menentang. Lagi pun Tok Mahang tidak mengancam sesiapa, dia sekadar ingatkan raja supaya tidak mencampuri urusan di kampungnya.
Kalau disuruh meminta maaf kepada Tok Pandak pun nescaya raja juga bersedia melakukan-nya. Apa sangat dengan meminta maaf kepada Tok Pandak kalau bandingkan nahas yang akan menimpa sekiranya berkeras melawan Tok Mahang lima bersahabat.
Siapa berani menghunus pedang berhadapan dengan Tok Mahang kalau kepantasan pancungnya tidak dapat ditan-dingi. Salangkan tempayan dipancungnya tidak berkesan langsung terkena mata pedang-nya. Kalaulah tidak disebabkan air meleleh di celah rekahan bekas dipancung mata pedang, tentu siapa pun tidak menyangka tempayan berkenaan putus dua.
Apa lagi mahu berhadapan denan Tok Benuang. Kalau perdu kelapa ditampar habis luruh semua buah, manggar dan pelepahnya, mereka dapat bayangkan bagaimana kalau muka ditampar Tok Benuang. Bukan takat muka sahaja remuk, tentu jantung juga luruh tidak bertampan. Memang mereka tidak akan berani angkat muka sekiranya dicabar oleh Tok Benuang.
Bukan takat Tok Mahang dengan Tok Benuang sahaja yang menggerunkan. Malah Tok Semaut juga tidak kurang satu apa pun. Cubalah dekati dia tat-kala nafasnya mengeluarkan api menyambar! Nescaya mereka akan rentung terbakar setiap kali Tok Semaut bernafas, akibat api menyambar dari lubang hidungnya.
Bagaimana pula dengan Tok Lumajah hentakan tumitnya boleh menggegar bagaikan rem-puhan beratus-ratus ekor gajah. Kalau hentakan tumitnya seolah-olah gempa melanda, bagaimana sekiranya Tok Lumajah mener-kam tidak bertangguh? Tentu mereka semua terpenyek laksana kutu ditindas pada kuku.
Memang siapa pun tidak berani menghalang Tok Mahang bersama kawan-kawannya. Tentu Tok Batu Tinggi juga bukan calang-calang apabila menjelmakan dirinya menjadi harimau sebesar bapak lembu. Pantas sahaja dia melompat tinggi hingga meruntuhkan se-belah bumbung istana. Bagai-mana nasib mereka sekiranya berkeras mahu melawan Tok Batu Tinggi tatkala dia menjelma menjadi harimau?
"Macam itulah yang saya dengar, ustaz," jelas Dukun Minin teragak-agak mahu mem-beri tahu saya mengenai Tok Batu Tinggi itu.
Cuma kubur Tok Batu Tinggi sahaja yang mereka ketahui terletak di kampung ber-kenaan. Dukun Minin sendiri tidak tahu mengenai kubur sahabat Tok Batu Tinggi yang lain termasuk juga Tok Mahang, Tok Semaut, Tok Benuang dan Tok Lumajah.
"Dah beratus-ratus tahun, mana nak jumpa kuburnya, ustaz," ujar Dukun Minin selanjutnya.
Tetapi penduduk-penduduk kampung percaya sekiranya Dukun Minin tengah berubat tubuhnya bergoyang-goyang bagaikan gajah berjalan tentu Tok Lumajah yang meresap datang. Mereka juga akan terkejut apakala melihat kesan tapak kaki gajah di tengah halaman rumah hanya tiga bentuk sahaja.
"Memang Tok Lumajah to tempang sebelah kakinya," Dukun Minin mengakui jelmaan gajah itu memang Tok Lumajah.
Siapa pun tidak melihat mengenai jelmaan gajah ber-kenaan. Hanya Dukun Minin dapat melihatnya dengan jelas. Sebab itulah dia sentiasa gementar setiap kali mahu membakar kemenyan kerana bimbang akan dimarahi oleh jelmaan yang datang tersergam di hadapannya.
Tidak lama selepas memberi tahu sahaja mengenai Tok Mahang lima sahabat yang menjadi gandingan Tok Batu Tinggi itulah, Dukun Minin mengalami kejadian dilintasi bayang harimau semasa balik selepas mengubati Sarit Buseh. Memang Mat Jabar juga melihat tiga kali bayangan harimau berkenaan melintas di hadapan Dukun Minin.
Tetapi Dukun Minin tidak gelabah sekalipun wajahnya rusuh dengan kejadian itu.  Memang Mat Jabar juga tidak berani lagi berpatah balik setelah melihat sendiri bayangan harimau menghambur di hadapan mereka semasa melalui lorong yang dirimbuni belukar senduduk di kiri kanan.
Pagi lagi sebaik sahaja terang-terang tanah, Mat Jabar tidak bertangguh balik ke rumah. Dia tidak pedulikan fasal Dukun Minin masih tidak bangun sekalipun untuk solat subuh. Biarlah dukun itu tidur sekiranya mengantuk sangat disebabkan lambat balik ke rumah.
Tetapi sepanjang hari Dukun Minin tidak datang menjengah Sarit Buseh. Hanya di sebelah petangnya Mat Jabar diberi tahu oleh isteri dukun itu mengenai Dukun Minin demam sejuk menggeletar seluruh badan. Sewaktu saya kunjungi dia sengaja Dukun Minin meminta lingkupan berlapis-lapis selimut ke tubuhnya.
"Tolong beritahu Mat Jabar, aku tak dapat nak ubatkan anak-nya," keluh Dukun Minin kesal kerana tidak dapat meneruskan usahanya mahu mengubati Sarit Buseh.
 "Awak sakit, macam mana pula," pujuk isterinya supaya Dukun Minin dapat tenteramkan perasaan.
"Aku yang salah, aku biarkan orang tua menyergah Sarit," ujarnya semacam merasa bersalah dengan kejadian yang menimpa Sarit Buseh.
"His, biarkan dulu perkara tu, bawa berihat!" isterinya terus mendesak supaya suaminya tidak fikirkan sangat mengenai penyakit yang menimpa Sarit Buseh.
Memang Dukun Minin merasa dirinya bersalah kalau orang-orang kampung terserempak harimau puaka dari kubur Tok Batu Tinggi. Setiap kali dia membakar kemenyan menyeru Tok Batu Tinggi menjelma, dia tidak beritahu orang-orang kampung mengenai ancak yang mesti disediakan. Mereka perlu siapkan panggang ayam, pulut kuning tujuh piring, telur tujuh biji, limau manis tujuh ulas, sirih tujuh kapur dan rokok daun tujuh gulung.
Mereka makan sama-sama hidangan itu setelah diseru Tok Batu Tinggi terlebih dahulu. Sudah menjadi petua amalan arwah ayahnya sejak turun temurun mesti lakukan demikian supaya harimau puaka berkenaan itu tidak menjelma.
Tetapi Dukun Minin tidak mahu sangat ikutkan petua amalan arwah ayahnya. Dia di-ingatkan oleh Lebai Maaseh mengenai perbuatan yang menyalahi hukum kalau amalkan petua demikian. Sebab itu Dukun Minin pegang sangat ingatan guru agamanya supaya tidak sediakan hidangan mengikut petua amalan arwah ayahnya itu.
Setelah Lebai Maaseh meninggal dunia pun, Dukun Minin tetap pegang ingatan guru agamanya. Memang dia sendiri tidak mahu sangat berdukun seperti arwah ayahnya. Tetapi seisi kampung mendesak supaya dia teruskan juga amalan ber-pawang itu. Mereka sanggup sediakan panggang ayam seekor, pulut kuning tujuh piring, limau manis tujuh ulas, telur tujuh biji, sireh tujuh kapur dan rokok daun tujuh gulung seperti diamalkan oleh arwah ayahnya.
Dalam keadaan serba salah itulah Dukun Minin terus juga amalkan berdukun seperti yang diwariskan oleh arwah ayahnya. Beberapa kali dia memberi tahu saya kebimbangannya mahu meneruskan kerja berdukun disebabkan hatinya sendiri tidak rela. Kalau tidak kenangkan pesanan ayahnya supaya memelihara amalan keturunannya dari Tok Batu Tinggi memang dia tidak mahu meneruskan.
Anaknya sendiri tidak di-galakkan sangat mengikut jejaknya. Apa Iagi Mat Asinri juga tidak mahu berdukun sekalipun orang-orang kampung men-desaknya. Semenjak memasuki tentera Mat Asim langsung tidak peduli mengenai amalan petua yang diwariskan oleh arwah datuknya.
"Sebab itu saya tak mahu Mat Asim berdukun," beritahu Dukun Minin apabila terlantar demam.
Dalam masa dia kesejukan hingga dilingkupkan selimut berlapis-lapis segera saya letakkan tapak tangan ke dahinya. Terkejut juga isteri Dukun Minin apabila saya bacakan doa:
"Labaksa labaksa robbinnasi isyfi wa-antasy syafi lasyifa-a ilia syifa uka Bola inni wahanl 'azmu minni wasytit'alar raksu syaiban walam akun bidu'a ika rabbi syaqian.
Setelah saya doakan Dukun Minin merasakan sejuk di seluruh badan beransur hilang. Dia mula berpeluh hingga selimut yang dilingkupkan basah habis. Cepat-cepat dia membuang selimut setelah sejuknya beransur hilang.
 "Hah, mujarab pula jampi ustaz ni," tersenyum dia lantas duduk meminta air minuman dari isterinya.
"Saya tak tahu berjampi, Pak Minin," ujar saya merenung wajahnya yang sugul. "Saya hanya berdoa sahaja, dan semuanya terserah kepada Allah," jelas saya kerana bimbang dianggap doa itu yang menyebabkan sejuknya hilang.
Doa hanya memohon sahaja kepada Allah. Tidak ada kuasa apa-apa doa berkenaan mahu menyembuhkan penyakit seseorang. Sekiranya tidak berdoa pula seolah-olah sombong sangat kepada nikmat Allah, sehingga tidak mahu memohon pertolong-an dari-Nya. Kepada siapa lagi mahu memohon pertolongan kalau bukan kepada Allah yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.
Sebelum balik saya hembuskan ke tapak tangan dengan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, kemudian disapukan ke seluruh tubuhnya. Dukun Minin berasa segar setelah didoakan dengan surah berkenaan, hingga dia berselera mahu menjamah nasi.
Disebabkan Dukun Minin sudah semakin segar itulah dua hari saya tidak datang menjengahnya. Memang saya merasakan dia akan beransur pulih setelah banyak berpeluh. Tentu demamnya juga beransur sembuh apabila peluh mula memercik di seluruh badannya
Ketika mahu ke tempat kerja di sebelah paginya Mat Jabar memberitahu mengenai Dukun Minin meninggal dunia. Macam tidak percaya saya apabila diberitahu oleh Mat Jabar disebabkan dua hari sebelum itu dia sudah segar.
"Agaknya dia langgar pantang," ujar isteri semasa jiran-jiran datang menziarah.
"Ajalnya dah sampai," sahut Mat Jabar memujuk perempuan itu tidak dapat menahan sebak dada.
"Dia langgar pantang, patutnya tak boleh beri tahu sesiapa pun mengenai orang tua tu!" isteri Dukun menuduh tentu suaminya beritahu saya mengenai Tok Batu Tinggi menyebabkan dia melanggar pantang.
Dukun Minin sendiri ingatkan pantang tersebut kepada saudara maranya supaya tidak memberi tahu sesiapa mengenai Tok Batu Tinggi. Perkara Tok Batu Tinggi lima sahabat denganTok Mahang, Tok Semaut, Tok Lumajah dan Tok Benuang mesti dirahsiakan. Biarlah cerita mereka menyerbu istana itu hilang begitu sahaja.
Sebab itu dia ingatkan juga Lasah Debuk rahsiakan segala kejadian yang dialaminya semasa tidur di atas kubur Tok Batu Tinggi. Memang Lasah Debuk pegang kuat-kuat rahsia tersebut sekalipun didesak oleh isterinya. Tetapi memang Dukun Minin sendiri beritahu saya mengenai harimau menjilat pinggang Lasah Debuk semasa di-baringkan di atas kubur Tok Batu Tinggi.
Masakan Lasah Debuk dapat rahsiakan daripada Dukun Minin. Semasa membakar ke-menyan pun Dukun Minin sudah dibisikkan mengenai harimau puaka itu akan menjelma untuk mengubati Lasah Debuk. Ketika harimau puaka itu menjilat ping-gang Lasah Debuk, memang Dukun Minin sendiri merasa dirinya sendiri menjilat-jilat.
Dia mengakui 'di hadapan saya kadangkala dia tidak dapat mengawal dirinya kalau terbayang tubuhnya berbulu seolah-olah menjelma menjadi harimau. Puas juga dia mendesak supaya keadaan yang dialaminya dapat dibuangkan daripada perasaannya.
Apabila bayangan tubuhnya berbulu seperti harimau, Dukun Minin seolah-olah dibawa me-lompat ke tengah kampung. Dia akan tercangkung di hadapan siapa sahaja yang perolok-olokkan kubur Tok Batu Putih. Saat ini Dukun Minin tahu dia sekadar terbaring sahaja di tengah rumah, tetapi perasaannya terasa merayau-rayau di tengah kampung. Dia bukan lagi Dukun Minin tetap seekor harimau tercegat di tepi belukar.
"Kalau ustaz boleh buangkan amalan ni, buangkanlah," desak Dukun Minin dengan harapan yang membumbung tinggi.
 Tetapi saya tidak mampu melakukannya. Saya sekadar meminta dia menemui Tok Aji sahaja. Mazialah tahu Tok Aji boleh membantunya supaya amalan saka sejak turun temurun itu dapat dijauhi. Memang saya percaya bayangan harimau yang menjelma pada dir Dukun Minin tentu saka yang meresapi dalam dirinya.
Dia sendiri tahu mengenai Tok Batu Tinggi menjelma menjadi harimau tatkala menyerbu ke tengah halaman istana. Harimau berkenaan membaham tanah hingga berlubang sebesar kawah di tengah halaman. Bukan takat itu sahaja Tok Batu Tinggi menjelma menjadi harimau, apabila batik ke kampung setiap malam dia akan merayau-rayau di dalam gelap malam.
Cubalah sesiapa pun mahu ganggu kampung halamannya gunakan pukau hingga semua orang tertidur lina! Tok Batu Tinggi tidak akan biarkan mereka mencuri sebaik sahaja seisi kampung terlina akibat dipukau. Belum sempat pencuri mencero-boh masuk ke rumah jelmaan harimau TOk Batu Tinggi sudah tercangkung di kaki tangga.
 Arwah ayah Dukun Minin beritahu mengenai amalan petua yang diwarisi daripada Tok Batu Tinggi itu bertujuan baik. Pawang besar sepertinya semata-mata mahu lindungi orang-orang kampungnya, bukan mahu tunjukkan gagah kepada sesiapa. Tanggung jawab pawang besar seperti Tok Batu Tinggi memang memelihara kampung halaman dan anak cucunya.
Sama juga dengan Tok Lumajah yang menjelma macam sekawan gajah merempuh mangsa. Siapa sahaja cuba ganggu kampung halamannya nescaya akan diserbu macam gajah sekawan! Setelah Tok Lumajah meninggal dunia pun jelmaan sekawan gajah itu tetap berkeliaran di tengah kampung sekiranya anak cucunya diganggu musuh.
Semasa Tok Batu Tinggi dikenali sebagai pawang besar, bukan kepalang marahnya Tok Selangka dari kampung di sebalik bukit disebabkan orang-orangnya dijerkah harimau jelmaan. Tok Selangka tidak peduli apa pun alasan mengenai orang-orangnya mahu menceroboh rumah orang kampung. Asal sahaja Tok Batu Tinggi berani menguji orang-orangnya bermakna mahu tunjuk bisa taring kepadanya.
Bukan Tok Batu Tinggi sahaja boleh menjelma menjadi harimau tercangkung di kaki tangga, Tok Selangka juga boleh menjelma demikian. Bila-bila dia akan melompat seperti seekor harimau garang sekiranya Tok Batu Tinggi mencabar. Dia tidak peduli sama ada Tok Batu Tinggi pawang besar yang ditakuti atau pun tidak.
Perkara Tok Batu Tinggi ikut sama rombongan Tok Mahang menyerbu ke istana tidak penting sangat pada dia. Dia tidak akan undur kalau ber-hadapan dengan Tok Batu Tinggi. Mereka sama-sama boleh menjelma menjadi harimau kalau mahu berterkaman menguji ketangkasan.
Perihal Tok Selangka dari kampung sebarang bukit beberapa kali menceroboh masuk menimbulkan kebim-bangan seisi kampung. Tok Selangka sengaja berdendam mahu mematahkan tengkuk Tok Batu Tinggi sekiranya terserem-pak di mana-mana. Orang-orang kampung beritahu Tok Batu Tinggi supaya meminta bantuan Tok Mahang atau kawan-kawan-nya yang lain.
Mereka tahu kegagahan Tok Selangka apabila menjelma menjadi harimau sebesar kerbau jantan. Sekiranya punggung-nya tergesel pokok kelapa nescaya akan terbongkar akar sampai tersembam ke bumi. Libasan ekornya pun menyebabkan pokok-pokok layu daun di kiri kanan jalan. Masakan Tok Batu Tinggi dapat selamatkan diri kalau tidak meminta bantuan Tok Mahang atau Tok Semaut, Tok Lumajah dan Tok Benuang.
Setelah beberapa kali Tok Selangka masuk ke kampung dengan menjelmakan dirinya mahu mencari Tok Batu Tinggi, suatu senja dia terserempak seekor kucing hitam melangut di bawah pokok kayu manis. Segera dilibas oleh Tok Selangka dengan ekornya kucing hitam berkenaan, tetapi pantas dielakkannya. Ketika ini libasan ekor-nya menyonggahi perdu pokok kayu manis itu.
Sekaligus daun-daun pokok kayu manis itu gugur hingga tidak sehelai pun yang lekat di ranting. Lantas Tok Selangka meyeringai menampakkan taring nya. Ngauarnannya yang nyaring itu bergema diikuti dengan suara Tok Selangka sendiri mengingat-kan kucing hitam itu:
“Beritahu orang-orang kampung ini kalau aku nampak Tok Batu Tinggi, akan aku telan dia hidup-hidup!"
Mengiau kucing hitam itu apabila mendengar suara Tok Selangka. Sewaktu Tok Selangka memalingkan muka mahu melihat kucing hitam itu dia terkejut apabila kucing hitam itu bertukar menjadi harimau yang tegak berdiri dua kali ganda daripada dirinya.
"Aku Tok Batu Tinggi, cuba-lah telan aku hidup-hidup!" bentak Tok Batu Tinggi menampar-nampar tangan ke bumi. Setiap kali dia menampar bergegar bumi di mana sahaja kaki Tok Selangka berpijak.
Tidak bertangguh Tok Selangka melompat melarikan diri hingga tahinya bertaburan merata jalan. Dia terns memanjat bukit hutan balik ke kampungnya dengan tidak menoleh ke bela-kang lagi. Tetapi Tok Bukit Tinggi tidak menghambatnya. Dia sekadar tercegat sahaja di belakang Tok Selangka dengan tubuhnya dua kali ganda lebih besar daripada tubuh harimau Tok Selangka.
Semua kejadian yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu menjadi rahsia keturunan Dukun Minin. Dia tidak boleh memberi tahu siapa pun menge-nai jelmaan harimau Tok Batu Tinggi itu. Perkara mahu meng-awal kampung halaman dan anak cucu bukan untuk dimegah-megahkan. Sebab itu arwah ayahnya ingatkan Dukun Minin supaya merahsiakan segala yang berlaku ke atas diri Tok Batu Tinggi.
"Saya tak mahu lagi amalkan amalan berpawang ni," jelas Dukun Minin berharap sangat supaya saya temukan dia dengan Tok Aji. Kalau amalan itu boleh dibuang memang Dukun Minin tidak akan membantah. Biarlah Tok Aji lakukan apa pun asal sahaja dia terlepas daripada amalan berpawang yang menggerunkan hatinya.
Tatkala Sarit Buseh terserempak harimau puaka di perdu pokok petai padi, memang Dukun Minin bagaikan bermimpi dia tercangkung di situ laksana seekor harimau. Ter-kuap-kuap dia menahan mengan-tuk disebabkan tidak dapat tidur lina sepanjang malam. Beberapa kali dia bagaikan mendengar bisikan lembut ingatkan sumpah Sarit Buseh mahu menemui Tok Batu Tinggi itu.
Apabila dia masih dilingkup selimut di tempat tidur tidak boleh celik mata mahu solat subuh, ketika ini Dukun Minin seolah-olah bermimpi tubuhnya berbulu bagaikan harimau belang. Kemudian dia melompat ke tanah meranduk kesejukan kabus menunggu Sarit Buseh di perdu pokok petai padi.
Sebaik sahaja Sarit Buseh berpatah balik ke rumah dalam ketakutan dia cuba memanggil anak muda itu. Tetapi saat ini Dukun Minin merasakan tubuhnya terkejang tidak berguna. Dia tidak dapat mengawal ke mana sahaja dibawa oleh mimpinya yang tidak menentu.
"Mungkin ustaz tak percaya cerita saya ni," keluh Dukun Minin perlahan semasa meluah: kan rasa kesal di hatinya.
Memang dia beritahu juga kepada isterinya mengenai rahsia diri Tok Batu Tinggi yang disampaikan kepada saya. Tahu sangat Dukun Minin dia sudah melanggar pantang larang yang dipesankan oleh arwah ayahnya apabila mewarisi amalan Tok Batu Tinggi itu.
Tetapi dia rasa terkilan menyimpan rahsia demikian. Apalah gunanya dia rahsiakan mengenai Tok Batu Tinggi hingga seisi kampung takut sangat dengan harimau puaka yang menjelma? Kadangkala dia ingatkan juga pesan Lebai Maaseh supaya lebih takutkan Allah daripada harimau puaka berkenaan.
Dalam keadaan serba salah itulah Dukun Minin tidak mahu lagi menyimpan rahsia tersebut. Biarlah seisi kampung tahu mengenai Tok Batu Tinggi menyerbu ke istana dengan menjelma menjadi harimau lantas membaham tanah. Apalah salahnya rahsia itu diketahui kalau Tok Batu Tinggi benar-benar mahu melindungi kampung. halaman dan anak cucu?
"Tok Batu Tinggi tak mampu melindungi kita semua," jelas Lebai Maaseh ingatkan Dukun Minin. "Dia juga makhluk yang tak berkuasa apa-apa, kerana yang boleh lindungi kita hanya Allah!" tegasnya menyebabkan sayu benar hati Dukun Minin stiap kali mendirikan solat. •
Sernasa saya menjengah jenazah Dukun Minin matanya celik terbuka. Perlahan-lahan saya bacakan al-Fatihah tiga kali dan mengusapkan kemukanya hingga matanya tertutup rapat. Saya tidak tersinggung apa-apa sekalipun isterinya salahkan saya menyebabkan Dukun Minin melanggar pantang larang sejak nenek moyangnya itu.
 Sebab itulah sejak beberapa kali Mahani mengunjungi saya memang dalam ingatan saya terbayang kampung tersebut yang sudah tidak dikunjungi bertahun-tahun. Tetapi Mahani bersama suaminya Mat Samah memberitahu kampungnya sudah banyak berubah.
 "Kalau ustaz ke sana, nanti ustaz sesat ," Mat Samah bergurau kerana kampung halamannya sudah banyak pem-bangunan. Tidak sama dengan kampung berkenaan yang saya tinggalkan bertahun-tahun dulu.
"Insya Allah saya akan ke sana," sahut saya mengulum senyum kerana teringin juga mahu bersua muka dengan Mat Jabar yang sudah tua. Tentu Utih Nah juga tidak cam saya apabila bertemu. Tetapi saya sampai bila pun tetap kenangkan keramahan Utih Nah dan Mat Jabar yang sentiasa memberi saya emping atau gulai masak lemak kuning.