Sunday, December 3, 2017

256. BERLAWAN DENGAN ASAP HITAM

LAMA merenung air di dalam geluk Ucu Subeh menggeleng-geleng beberapa kali. Dia menghela nafas, kemudian mengangkat muk memerhati Tima dan suaminya Kati yang terconggok di depannya. Ucu Subeh menghulurkan jari telunjuk ke dalam geluk lantas mengocak hujung jarinya ke dasar.

Malam sudah menjangkau jam 1.00 pagi tatkala Ucu Subeh mencapai geluk air yang direndam dengan buntat embun.Tidak pua hati dia apabila anaknya Tumin sahaja yang diqunakan sebelum itu. Kalau perkara kecil memang dia serahkan kepada anaknya Tumin, biar anak cacat itu diresap jelmaan Tok Sapi sampai dia boIeh melompat sekali pun kakinya tepok.

Dia sendiri tidak menyedari sangat kejadian yang menimpa anaknya Tumin. Semasa dilahirkan Tumin tidak mengalami apa-apa penyakit. Dia lahir sama macam bayi biasa, sehingga umur nya lima bulan tiba-tiba Tumin mengidap tokak seluruh badan. Puas Ucu Subeh dan isterinya Makda Siah membawa Tumin berubat ke hospital, tetapi tokak di seluruh tubuh anaknya semakin menanah dan meruam.

Sepanjang malam Makda Siah tidak dapat lelapkan mata disebabkan bayinya menangis tidak ber henti. Jari dan tan gan Makda Siah juga dijangkiti penyakit tokak tersebut menyebabkan dia sendiri tidak dapat memegang apapun. Terpaksalah Ucu Subeh melakukan semua kerja-kerja rumah sebaik sahaja balik mengopek kelapa di kebun.

"Aku tak dapat nak tolong kau, Ucu," ujar Makde Siah hiba melihat suaminya terpaksa terbongkok membasuh di telaga. Kemudian memasak nasi pula sekalipun letih balik mengopek kelapa di kebun.

"Memang akupun tak harap kau tolong," sahut Ucu Subeh bergurau sambil mencebek bibir. Diapun tahu masakan isterinya boleh membantu tatkala jari dan tangannya dipenuhi tokak akibat jangkitan penyakit anak yang baru lahir lima bulan.

Kalau Makde Siah sihat, memang dialah yang membantu dia. Bukan takat membasuh kain di telaga atau memasak nasi di dapur, malah memikul guni sarat berisi kelapa kering pun Makde Siah tidak pernah membantah. Dia akan bantu suami nya sampai bila-bila pun. Tetapi tokak yang bengkak menahan di jari tangan nya itu menyebabkan dia tidak boleh membuat sebarang kerja. Asal sahaja dia mengubati penyakit tokak di tubuh Tumin, maka tokak itu akan menjangkiti kulit tangan nya pula

Disebabkan sudah tidak ada ikhtiar lain yang boleh mengubati anaknya Ucu Subeh memberanikan hati ke beting beras basah di kuala sungai. Siapa sahaja di Bagan Datoh tahu benar fasal nya beting beras basah  kalau berani bertapa tatkala air tengah surut. Sebaik sahaja bating beras basah melintang di tengah air, mereka akan melihat bayangan puteri jelita menjelma dengan selindang jarangnya berkibar kibar ditiup angin.

Ketika ini seru sahaja hajat yang terpendam di hati, nescaya mudah dikabulkan. Kalau tidak mahu percaya pula petua orang tua-tua, sudah beberapa kali kejadian aneh berlaku setiap kali puteri jelmaan di beting beras basah itu muncul.

Sebab itulah Ucu Subeh beranikan hati menunggu tengah malam tatkala cuaca mulai bertukar. Dia membakar kemenyan di perdu pokok bakau sebaik sahaja air makin surut di kuala. Ketika beting beras basah timbul di tengah kuala, Ucu Subeh merasakan angin kencang bertiup dari segenap penjuru.

Lama dia menung gu dengan membaca kan Fatihah tiga kali surah al-Fill dan surah al-Qadar terus berzikir dengan menyebut:

Subhanallah Walhamdullillah Wala-illah ha-illallah hu-wallah hu-akbar,

sehingga dia terasa dirinya menjadi lembik tidak bermaya. Alam di kelilingnya juga terasa berpusirig seolah-olah beting beras basah di tengah kuala berligar mengepung tubuhnya.

Apabila pusaran berhenti perlahan-lahan, Ucu Subeh terpinga-pinga merasakan dia bersila di tengah masjid di kelilingi oleh lelaki- lelaki berjubah putih yang tunduk hingga muka masing masing tidak jelas kelihatan. Mereka semuanya berzikir dengan api lampu berkerdipan di setiap penjuru.

Setelah hampir dinihari seorang demi seorang lembaga berjubah putih itu meninggalkan masjid. Ucu Subeh tidak pedulikan mereka semua meninggalkan masjid. Dia terus juga berzikir dengan bersila rapat di penjuru masjid. Dari atas masjid memang Ucu Subeh mendengar getaran arus sungai di sekeliling masjid, sehingga sekali sekala masjid itu juga bergoncang akibat ditunda arus kencang.

Tetapi dia tidak bimbang apa. Biarlah masjid itu dihanyutkan arus kuala ke tengah laut hingga terapung-apung dilambung gelombang. Ucu Subeh yakin dirinya selamat disebabkan duduk di atas masjid. Masakan di atas masjid boleh ditenggelami arus kuala yang deras!

Sebaik sahaja imam yang duduk di anjung masjid berkisar duduk mahu meninggalkan masjid, langkahnya terhenti melihat Ucu Subeh masih duduk tidak berganjak. Tidak jadi imam itu bangun daripada tempat duduknya setelah melihat Ucu Subeh terconggok di satu penjuru menunduk dengan gema zikir bergaung di sanubari.

Serba salah juga Ucu Subeh apabila menyedari imam di hadapannya memerhatikan dia duduk tidak bergerak. Terpaksa juga Ucu Subeh mengangkat muka sambil memberikan senyum melirik. Imam berkenaan membalas senyumnya dan bingkas bangun mendekati dia.

"Awak tak balik? tegur imam perlahan lantas menepuk bahunya.

"Tak bolehkah saya lama sikit di masjid ni?" sahut Ucu Subeh menahan rasa terharu kerana dapat memasuki masjid yang tidak diketahui di mana letaknya.

Imam  berkenaan tidak menyahut. Dia hanya mengeluh pendek sambil menghela nafas. Ucu Subeh dapat cam wajah imam itu dengan mukanya pucat, tetapi bau ambar terlalu semerbak memenuhi ruang masjid.

"Saya nak balik, sebab tok siak tak ada," jelas imam seolah-olah tidak membenarkan Ucu Subeh bertahan di masjid. Lainlah kalau tok siak sama menunggu, tentu ada oranq yang mahu jaga kebersihan masjid. Apahila tok siak tidak datang ke masjid, bermakna menutup pintu masjid juga terserah kepada tugas imam.

Mahu tidak mahu terpaksa juga Ucu Subeh meninggalkan masjid. Sewaktu dia turun bersama tok imam, air di kuala semakin pasang. Masjid tempat dia bersila duduk semakin tenqgelam ke dasar air. Kalaulah tidak disebabkan imam berdiri di sisinya, tentu Ucu Subeh tidak dapat berjejak di tengah arus.

Tetapi imam menyuruhnya memijak bekas tapak kakinya tatkala melangkah di tengah arus. Terasa kakinya memijak beting beras basah hingga kakinya tidak tenggelam ke air. Dia berjalan mengekori imam dengan tidak hercakap sepatah pun sewaktu berjalan memijak arus, bagaikan kakinya berjejak di atas beting.

Sampai sahaja di tebing, imam mempelawa Ucu Subeh ke rumahnya terlebih dahulu. Setidak-tidaknya dia boleh jejakkan kaki ke masjid lagi sewaktu subuh menjelang. Memang Ucu Subeh tidak mengelak apa bila dipelawa oleh imam singgah di rumahnya melalui lorong becak di tengah hutan bakau.

Setiap kali kakinya memijak becak tidak pula lumpur selut memercik ke kaki seluar. Dia hanya memijak di mana sahaja kaki imam meninggalkan bekas tapak. Lumpur selut yang dipijak seolah-olah pasir di pantai sahaja tidak berbekas apa-apa.

"Kenapa jauh sangat awak datang ke sini?" ujar imam sebaik sahaja mereka naik ke rumah papan yang kemas. Seorang perempuan muda membukakan pintu dengan pakaiannya serba putih herselindang nipis menutupi kepala. "Dia ni, anak saya Siti Fatimah..." kata imam tersenyum apabila Ucu Subeh tertegun melihat perempuan tersebut melenggeng di hadapannya.

"Anak saya sakit' tutur Ucu Subeh duduk menahan sebak yang mengharukan perasaannya. "Dah lama sangat sakitnya, tapi tak juga sembuh," tersengguk-sengguk Ucu Subeh apabila kenangkan kejadian yang menimpa anaknya Tumin.

"Dah terlambat nak ubatkan budak tu," lantas sahaja Siti Fatimah menyampuk setelah merenung mata Ucu Subeh.

"Dah puas saya berubat ke hospital" jelas Ucu Subeh tersinggung juga seolah olah dia tidak pernah berusaha mahu mengubati penyakit Tumin.

Siapapun tidak tahu betapa, terseksanya dia suami isteri terpaksa mengubati Tumin.

Kalau tidur di tengah malam pun tangan Makde Siah mesti tersangkut di buaiah supaya henjutnya tidak berhenti. Terlelap sahaja mata, Tumin akan menangis sampai hilang suara disebabkan henjutan buai berhenti. Setiap kali menukarkan lampin Tumin juga akan meraung tidak bertahan disebabkan kain lampin melekat pada kuping tokak yang berkerak-kerak.

Tentu lah Siti Fatimah tidak tahu betapa susah payah nya dia suami isteri, hingga dituduh sudah terlambat mahu mengubati Tumin. Manalah Siti Fatimah tahu penanggungan dia suami isteri sejak berbulan-bulan Tumin menghidap kudis tokak yang mengangkut nanah.

"Dah tenat, baru awak nak cari kami" gerutu Siti Fatimah mengejeknya.

"Manalah saya tahu penyakit Tumin macam tu," tegas Ucu Subeh masih tidak dapat menahan rasa sedih dengan tuduhan Siti Fatimah.

Tetapi imam memujuk Ucu Subeh bertenang sebaik sahaja Siti Fatimah masuk ke dalam. Hairan juga Ucu Subeh kerana wajah imam seolah-olah sebaya dengan anaknya Siti Fatimah kalau dipandang sekali imbas. Tidak siapapun menyangka mereka berdua anak beranak, kalau diperhatikan wajah masing-masing.

Imam kelihatan masih muda bagaikan berumur 30 tahun sahaja, dibandingkan Siti Fatimah dalam jangkaan 20 tahun. Memang Ucu Subeh tidak berani membuka mulut bertanyakan fasal Siti Fatimah di hadapan imam. Manalah tahu hati imam akan tersinggung sama seperti dia yang kecewa apabila dituduh tidak mengambil berat mengenai penyakit anaknya Tumin.

"Jangan ambil hati dengan sikap Siti Fatimah tu," bisik imam menepuk-nepuk bahu Ucu Subeh. "Mulut aje jahat, tapi hatinya baik," kata nya memberi keyakinan kepada Ucu Subeh yang terkebil-kebil mata setelah disindir oleh Siti Fatimah.

Ucu Subeh mengangguk. Tidak wajar dia ambil hati kalau sekadar disindir demikian, sedangkan tatkala itu dia menumpang di rumah imam. Ke mana dia mahu mencari jalan balik kalau turutkan sangat rasa hati yang tersinggung? Di tengah belukar bakau itu sekelilingnya gelap gelita tidak dapat menentukan pedoman balik ke kampungnya.

Kalau dia dapat pedoman untuk balik ke rumah, memang Ucu Subeh sanggup tinggalkan rumah berkenaan. Tidak patut Siti Fatimah menyindir dia tidak mahu mengubati Tumin, hanya setelah tenat benar baru dibawa ke beting beras basah. Bukan dia sengaja tidak mahu mencuba ke beting beras basah di kuala sungai, setelah keadaan Tumin semakin pasang. Tetapi tidak siapapun yang berikan petua kepada dia mahu menemui penunggu di beting beras basah itu.

Hanya Wak Sirun yang nasihatkan dia supaya cuba membakar kemenyan di tebing sungai menghadap ke tengah arus kuala tatkala beting beras basah timbul menampan arus. Setelah menemui Wak Sirun itulah Ucu Subeh mencuba untung nasib semata-mata mahu selamatkan anaknya Tumin.

Memang dia sendiri tidak tahu puncanya yang menyebabkan Tumin dihinggapi tokak habis seluruh badan. Ka!au doktor menuduh di kelilingi rumahnya ada paya yang menyebabkan nyamuk boleh mem-biak, rumahnya me-mang tidak dikelilingi paya. Sekiranya semak belukar menjadi punca kena-pa anak-anak jiran tidak dihinggapi tokak macam Tumin?

Doktor sendiri sudah bekalkan ubat sapu krim sekiranya Tumin dihinggapi kudis buta hingga seluruh badan her-nanah hanyir. Siapa sahaja yang dihing-gapi kudis buta di kampungnya, hanya sapukan ubat krim itu sahaja. Tidak sampai tiga hari disapukan seluruh badan nescaya kudis buda itu kering macam tanah sawah merekah di musim kemarau.

Tetapi kenapa tokak Tumin tidak sembuh hingga berbulan-bulan? Sepanjang waktu Tumin menderita sakit, Ucu Subeh suami isteri tidak pernah dapat tenangkan hati. Mereka suami isteri sentiasa cemas dengan nasib yang menimpa Tumin.

"Awak mesti banyak sabar," imam memberi semangat setelah menatap wajah Ucu Subeh. "Manalah tahu ada hikmat di sebalik sakit anak awak tu," matanya seolah-olah dapat membaca apa yang terbendung di hati Ucu Subeh yang masih tidak dapat menahan sebak di dada.

Tidak lama selepas itu Siti Fatimah keluar semula menatang dulang berisi minuman. Dia menghidangkan kepada tetamunya. Kerlingan mata Siti Fatimah terasa mendebarkan hati Ucu Subeh. Tetapi dia cepat-cepat mengingatkan tujuan datang ke situ semata-mata mahu mencari ubat Tumin, bukannya mudah tergoda dengan kejelitaan Siti Fatimah yang mengasyikkan.

Lagipun dia menyedari kedudukannya pengopek kelapa yang mengambil upah dari kebun Madwi Janggut. Masakan pendapatan yang tidak seberapa itu boleh memikat Siti Fatimah yang masih cantik mempersonakan. Biarlah dia sekadar terbayangkan kecantikan perempuan anak imam berkenaan, asalkan tujuannya datang ke situ tidak berubah. Dia mesti mengutamakan anaknya yang menderita sakit tokak sejak berbulan-bulan.

"Semuanya dah ditentukan oleh Allah," bisik Siti Fatimah setelah Ucu Subeh meneguk air serbat yang dihidang kan. Suaranya lembut menuturkan kata-kata hingga menusuk perasaan Ucu Subeh. Rasa tersinggung yang mendongkol di hati nya tiba-tiba sahaja lebur sebaik sahaja mendengar suara Siti Fatimah yang lembut.

"Apa maksud Siti?" tergagap-gagap Ucu Subeh bertanya disebabkan debar dadanya yang berombak kencang.

"Anak awak sakit tu payah nak diubati," jelasnya perlahan seolah-olah menanggung rasa sedih yang diselubungi belas kesihan berpanjangan.

"Kenapa pula jadi macam tu?" Ucu Subeh masih tidak percaya dengan penjelasan Siti Fatimah sekalipun dia menuturkan dengan ikhlas.

"Gangguan dalam dirinya dah musnahkan Tumin," beritahu Siti Fatimah tidak berkedip mata menatap wajah Ucu Subeh. "Kalau nak diubat pun, hanya kudis tokak tu aje,"tegasnya memberi jaminan.

Ucu Subeh berpaling memandang imam. Tetapi lelaki itu hanya sekadar terangguk-angguk bagaikan bersetuju dengan penjelasan Siti Fatimah. Setelah diberitahu minyak kayu putih oleh Siti Fatimah dia berjanji akan mendampingi Tumin supaya gangguan dalam diri anak kecil itu dapat dihalang.

Sewaktu Ucu Subeh membuka mata fajar sudah mula menyinsing. Terpisat-pisat dia merenung kuala sungai tengah pasang dengan arusnya menyenak ke tebing. Beting beras basah yang timbul memutih di tengah arus juga sudah tenggelam semula ke dasar. Tidak ada apa-apapun dilihat oleh Ucu Subeh kecuali arus air mengombak ombak menumpu ke kuala.

Di depan tempat membakar kemenyannya memang Ucu Subeh melihat botol kecil sebesar kelingking berisi minyak. Dia sendiri tidak dapat cam sama ada isi botol itu sama dengan minyak kayu putih yang dijanjikan oleh Siti Fatimah kepada nya.

Ketika dia balik pagi-paginya merungut juga Makde Siah menuduh dia seminggu tidak jengah muka balik ke rumah. Macam tidak percaya Ucu Subeh kerana dia hanya satu malam sahaja duduk di tebing sungai menghadap ke beting beras basah di kuala sungai. Tidak jadi juga Makde Siah mahu memberang panjang setelah diberitahu oleh Ucu Subeh mengenai kehilanganya sejak satu minggu.

Sebaik sahaja disapukan minyak daripada botol kecil itu ke seluruh badan Tumin, esoknya tokak yang menanah mula berparut merah. Tiga hari sahaja selepas itu penyakit tokak Tumin kering hingga ku-pingnya berkerak-kerak macam tanah.

“Tangannya yang mengerekot tak mahu pulih" beritahu Makde Siah sewaktu saya berkunjung ke rumah mereka di Bagan Datoh.

Sampai dewasa pun kaki dan tangan Tumin yang mengerekot tetap cacat akibat parut tokak sewaktu berumur lima bulan. Dia tidak dapat berjalan disebabkan kakinya kecil bagaikan batang keladi kecut, manakala tangannya juga mengerekot. Tumin sekadar merangkak sahaja di sekeliling rumah kalau mahu bergerak.

"Semuanya ditakdirkan Allah, apa nak cakap, ustaz," tutur Ucu Subeh tidak kecewa lagi dengan nasib yang menimpa anaknya. Lagipun Tumin sudah berumur dua puluh empat tahun, sekalipun buah tuturnya pelat sampai sukar mahu difahami.

"Tapi, masa umur nya belasan tahun dia bercakap seorang diri..." ujar Makde Siah apabila kenangkan kejadian yang dialami oleh Tumin.

Marah juga Makde Siah disebabkan Tumin seringkali bercakap tatkala duduk di kerusi. Dia seolah-olah berbual dengan tetamunya, sedangkan siapapun tidak melihat tetamu tersebut. Apabila dimarahi oleh Makde Siah, dia sekadar tersipu-sipu sahaja. Sebaik sahaja Makde Siah balik ke dapur, dia akan bercakap sendirian lagi bagaikan tidak jemu jemu langsung.

Setelah diberitahu kepada Ucu Subeh mengenai kejadian yang dialami oleh Tumin, dia tidak hairan apa-apa. Ucu Subeh tetap kenangkan peristiwa dia bertemu Siti Fatimah di beting beras basah di kuala sungai.

Sewaktu tengah malam jam 12.30 Tumin akan bercakap seorang diri di dalam bilik tidurnya. Kadangkala sampai santak subuh pun dia masih lagi bercakap-cakap tidak tentu biji butir. Kalau ditegur pun dia hanya diam beberapa minit sahaja, tetapi akan bercakap semula setelah suasana kembali sunyi sepi.

Cam benar Makde Siah fasal kelakuan aneh anaknya itu. Kalau siang hari jam 4.30 petang dia akan bercakap-cakap sampai santak maghrib. Puas ditegah pun Tumin tidak pernah mengalah. Dia akan menangis tersengguk sengguk sekiranya tidak bercakap apa-apa hingga sekali sekala jelas dituturkan kecewaannya disebabkan tetamunya tidak menjelma.

"Biar aku tengok-kan dulu," tegas Ucu Subeh setelah isterinya merungut sangat fasal kejadian anaknya Tumin bercakap seorang diri. Sengaja Ucu Subeh mnunggu jam 12.30 tengah malam membakarkan kemenyan dengan amalan zikir yang diturunkan oleh Wak Sirun. Sebaik sahaja dia merasakan tubuhnya lembik seolah-olah lilin cair yang terbakar, memang Ucu Subeh dapat melihat Siti Fatimah di sisi anaknya Tumin. Terkejut juga Ucu Subeh kerana wajah Siti Fatimah yang ditemuinya lebih duapuluh tahun dahulu tidak ber-ubah langsung.

Terus sahaja dia memberi salam sebaik ternampak Siti Fatimah tersenyum di sisi Tumin. Siti Fatimah juga menyambut salamnya dengan ramah mesra

"Kenapa biarkan anak awak ni, tak berjaga?" gerutu Siti Fatimsah semacam kesal terhadap Ucu Subeh.

Tertegun Ucu Subeh dengan rungutan Siti Fatimah. Dia memahami bahawa Siti Fatimah marah kerana dia tidak ambil berat sangat fasal Tumin yang seringkali bercakap sendirian. Masakan Tumin bercakap kalau tidak ada sesiapa melayani dia. Hanya pada penglihatan mata kasar sahaja dia bercakap sendirian bagaikan tidak siuman.

Memang Ucu Subeh faham maksud yang tersirat di-sebalik rungutan Siti Fatimah. Lainlah kalau Siti Fatimah tuturkan di hadapan Makde Siah, sampai bilapun perempuan itu tidak memahaminya. Tentu dia berkeras menuduh Siti Fatimah sengaja mahu menyinggung perasaannya, kerana selama ini cuma dia satu-satunya yang bersusah payah menjaga Tumin.

Siapa yang bersengkang mata sampai tidak lelap tidur sepanjang malam sewaktu Tumin merengek dihinggapi tokak? Melekit-lekit nanah tokak pada kain lampin siapa yang gantikan kain, kalau bukan dia emaknya? Tidak ada siapapun membantu kalau mahu tuduh dia tidak nenjaga Tumin.

Masakan Makde Siah tidak marah sekiranya Siti Fatimah sengaja menuduh tidak mahu menjaga Tumin. Tetapi Ucu Subeh tahu benar maksud yang tersirat. Tumin memang cacat anggota setelah diserang penyakit tokak yang diganggu oleh syaitan. Setelah syaitan yang mengganggu dapat dihalau jauh, kudis tokaknya tetap kekal menjadi beban penderitaan.

Memang sukar Ucu Subeh mahu menerangkan kepada sesiapapun mengenai penyakit anaknya Tumin. Kudis tokak yang dihidapi oleh Tumin memanglah penyakit yang nyata, tetapi puncanya memang gangguan syaitan. Kalau mahu diubati penyakit kudis tokak itu mestilah dihapuskan terlebih dahulu gangguan syaitan berkenaan. Setelah gangguan syaitan itu dapat diatasi, penyakit kudis tokak itu sudah melarat tenat.

Sebab itulah keadaan Tumin tidak dapat diselamatkan lagi. Parut kudis tokak yang dihidapinya semenjak kecil itu menyebabkan kaki dan tangan-nya tidak membesar bersama tubuh badannya.

"Kami tak tahu, macam mana nak jaga," beritahu Ucu Subeh menatap muka Siti Fatimah tidak berkedip mata.

"Eloklah awak sendiri jaga dia, sebab awakpun dah tahu," tutur Siti Fatimah perlahan rnelirik senyum ramah.

Ucu Subeh mengangguk. Biarlah Tumin cacat anggota, tetapi masih boleh membantu sesiapa pun yang memerlukan. Selepas itulah Makde Siah tidak lagi melihat Tumin bercakap sendirian. Tumin akan memberitahu apapun penyakit mereka yang datang menemui Ucu Subeh untuk berubat.

Jelmaan Siti Fatimah akan meresap dalam tubuh Tumin apabila diminta mencari punca penyakit. Tetapi apabila mengubati penyakit jelmaan akan bertukar pada diri Tumin. Seringkali jelmaan imam Tok Sapi meresap, nhingga Tumin boleh berjalan mundar mandir sekalipun kakinya tepok. Memang Tumin tidak boleh berjalan sekiranya tidak diresapi kecuali merangkak macam anak kecil.

Tetapi Ucu Subeh tidak harapkan sangat pada anaknya Tumin. Sukar juga mahu fahamkan pertuturan anak cacat itu disebabkan dia bercakap tergagap-gagap dan sengau sampai tidak tahu biji butir. Sebab itu dia terpaksa ikut sama membiarkan dirinya diresapi oleh apapun jelmaan yang di serunya.

Bukan takat di beting beras basah sahaja Ucu Subeh habiskan masa bertapa, malah sampai ke Pulau Besar di Melaka pun dia sanggup jejak kaki. Semenjak anaknya Tumin sakit tidak dapat diubati itulah dia bernekad mahu mengamalkan apa sahaja perubatan. Kalau dia tidak mampu sembuhkan anaknya Tumin, apa lah salahnya dia sumbangkan bakti kepada orang lain. Biarlah dia habiskan masa bertapa di mana-mana asal sahaja amalannya kian berkesan melawan gangguan syaitan.

Semasa Timah dan Katib menemui nya, memang Ucu Subeh serahkan kepada Tumin terlebih dahulu untuk mengubati.

"Abang dengan kakak ni, sakit apa?' tergagap-gagap Tumin bertanya dengan merangkak-rangkak keluar dari biliknya.

"Kalau dah tahu, buat apa nak tanya pada kau," sengaja Ucu Subeh bergurau mengerling Tumin yang terkial-kial mahu duduk menegakkan badan.

"Tengoklah kakak ni, selalu sakit kepala dengan dada," tutur Timah memberitahu.

"Abang ni pula, selalu duit dalam sakunya hilang..." jelas Timah tidak malu-malu menerangkan masalah yang dihadapinya suami isteri.

"Toyol agaknya?' Tumin pula bergurau setelah diberitahu oleh Timah bahawa wang yang hilang di saku tidak habis semua. Kalau wang di saku seratus ringgit, hanya sekeping sahaja wang yang hilang. Sekiranya dua keping wang lima puIuh ringgit, yang hilang sekeping wang lima puluh ringgit. Kalau sepuluh keping wang sepuluh ringgit, yang hilang pun sekeping sahaja wang sepuluh ringgit.

Memang Katib cam betul mengenai wang yang hilang di saku itu sejak hampir satu tahun. Sudah beberapa kali diubat, hanya reda dalam tempoh sebulan sahaja. Kalau mahu dituduh toyol sudah dibuat perangkap toyol pun ternyata bukannya perbuatan toyol.

Tidak pernah toyol terlepas daripada perangkap Dukun Jabu, kalau dia sudah jampikan geluk air berisi tujuh kuntum bunga raya dengan tujuh potong jantung pisang. Cubalah toyol masuk menceroboh, tentu tidak dapat mengelak mahu meneauk air jampi yang disediakan. Sebaik sahaja toyol meneguk air tujuh kuntum bunga raya dengan tujuh potong jantung pisang itu, nescaya syaitan itu akan tergolek macam budak tergelincir.

Kalau bernasib baik dapat juga toyol yang dikirimkan tuannya itu balik ke rumah, kemudian jatuh macam terminum racun bisa hingga darah membuak keluar di mulut. Kadangkala tidak sempat pun melangkah keluar, toyol berkenaan akan berdempun jatuh ke lantai menggelepar. Tubuh toyol akan reput sedikit demi sedikit hingga hilang tidak kelihatan di mana.

Cuma Dukun Jabu satu-satunya yang mampu memerangkap toyol. Tetapi perkara yang menimpa Katib, bukan lagi gangguan toyol. Dukun Jabu sendiri mengeleng kepala setelah diberitahu oleh Katib mengenai wang di sakunya terus juga hilang.

 "Orang ni nak pecahkan rumah tangga,, abang," menggeleng-geleng Tumin dengan tangan terkial-kial macam arnab mahu menyambar makanan. "Kalau abang tuduh kakak yang ambil, tentu jadi gaduh..." katanya setelah mendongak lama ke bumbung atap.

Setiap kali Tumin mendongak, dia seolah-olah menunggu sesuatu yang akan diberitahu kepadanya. Matanya tidak berkedip merenung ke bumbung setiap kali ditanya apapun masalah penyakit.

"Siapa orang tu?' soal Ucu Subeh.

"Ah, aku tak berani nak lawan," Tumin gelisah bagaikan terlalu takut.

"Kita bukan nak berlawan” tersengih-sengih Ucu Subeh setelah melihat keadaan anaknya seolah-olah mahu melarikan diri.

"Orang tu pandang aku, matanya merah menyala," beritahu Tumin tidak lepas mendongak ke bumbung atap.

"Jangan takut, cuba panggiI Tok Sapi," Ucu Subeh mengingatkan dia.

Tumin terangguk-angguk. Lama dia mendongak ke bumbung tidak berkedip mata, barulah dia tersengih-sengih. Dia meliuk-liukkan badan laksana beratib di atas tikar sejadah. Kemudian dia berpaling memandang ke arah Katib dengan melirik senyum.

"Ada orang perempuan hendakkan abang," bisik Tumin tersengih-sengih "Tapi dia dah kahwin, dia sengaja nak pecah kan rumah tangga abang!" kata nya macam berolok-olok sahaja.

Terkejut juga Katib. Memang seingat-ingatnya dia tidak pernah jatuh hati dengan mana-mana perempuan. Macam mana pula perempuan itu mahu menyusahkan dirinya sampai menggunakan ilmu hitam.

Tumin tetapkan supaya sediakan sebiji kelapa muda tandannya menghadap ke matahari naik, kain putih sehasta, kain merah sehasta, kain hitam sehasta. Disebabkan Tumin beberapa kali tidak mahu berlawan, maka terpaksa jugalah Ucu Subeh mencapai geluk air sebaik sahaja masuk jam 1.00 pagi.

Buntat embun dicampakkan ke dalam air apabila dia mula membacakan Fatihah tiga kali, surah al-Fiil dan surah al-Qadar di-ikuti dengan zikir. Setelah melihat geluk air itulah, Ucu Subeh meminta sediakan tujuh jenis duri pokok, tujuh jenis kuntum bunga, air daripada tujuh kolah masjid, tujuh biji Iimau, segenggam bertih, segenggam beras kunyit, segenggam tanah kubur dan seekor ayam selasih.

"Dia nak makan, kita berilah dia makan," ujarnya sele-pas selesai berubat.

Hingga jam 3.00 pagi baru Timah dan Katib balik ke rumah. Mereka akan datang semula setelah semua kelengkapan yang diminta oleh Ucu Subeh disediakan. Memang mereka berdua tidak mahu bertangguh lagi. Biarlah sehari suntuk dia mencari kelengkapan yang dikehendaki oleh Ucu Subeh.

Lagipun Katib mesti balik juga ke Kuala Lumpur. Manalah dia boleh cuti kalau menemui dukun berubat penyakit. Lainlah dia boleh tunjukkan surat cuti sakit dari pada klinik. Sebab itu sehari suntuk dia mesti siapkan semua kelengkapan yang diminta. Biarlah sam pai ke Hujung Rintis dia mencari tujuh jenis duri pokok atau air daripada tujuh kolah masjid.

Bukan susah sangat mahu sediakan perkakas yang diminta oleh Ucu Subeh. Tujuh jenis duri pokok di mana-manapun dia boleh dapatkan duri limau duri kelapa sawit duri bunga bulang, dari terung berimbang, duri bunga ros atau duri bunga nenas. Kalau air daripada kolah tujuh masjid di sepanjang jalan ke Bagan Datoh pun dia boleh cedok.

Apalagi tujuh jenis kuntum bunga di Kampung Sungai Haji Muhammad banyak orang-orang kampung menanam bunga. Petik sahaja seberapa yang dia mahu, tentu tidak seorangpun yang melarang. Memang sehari suntuk mereka berusaha, semua yang dikehendaki oleh Ucu Subeh dapat dilonggokkan.

Mereka mesti da-tang semula ke rumah Ucu Subeh sebelah malamnya. Tidak sabar lagi Katib menanggung kegelisahan sejak beberapa tahun akibat gangguan yang merimaskan. Dia tidak mahu lagi rumah tangganya sentiasa tidak tenteram. Ka-laulah tidak disebabkan Katib banyak bersabar, memang sikap Timah sering kali menyakiti hatinya mudah sahaja boleh mencetuskan pergaduhan.

Kadangkala dia merasakan Timah terlalu boros berbelanja, sekalipun dia sedar sumber rezekinya seolah-olah disekat sampai tidak dapat bertahan.

Sewaktu saya ber sama Wak Sirun sampai di rumah Ucu Subeh, Katib bersama isterinya masih belum sampai. Sengaja saya mengajak Wak Sirun ikut sama berkunjung ke rumah Ucu Subeh, disebabkan sudah sampai ke Bagan Datoh. Manalah tahu tersinggung juga Ucu Subeh setelah dia mengetahui saya singgah di rumah Wak Sirun.

Sebab itulah saya terpaksa juga singgah di rumah Ucu Subeh, sekiranya datang ke Bagan Datoh di rumah Wak Sirun. Biarlah setengah jam saya tetap singgah juga.

"Elok juga ustaz datang ni," cepat sahaja Nlakde Siah menegur apabila memerhatikan jam sudah hampir 10.00. Memang selepas isya saya mengajak Wak Sirun berkunjung ke rumah Ucu Subeh. Kadir Misai juga tidak membantah, kalau terpaksa balik hingga santak jam 12.00 tengah malam pun.

Ke mana sahaja di ajak Kadir Misai tidak pernah menolak Dia sanggup teman-kan saya sampai ke mana pun. Kadang-kala Alang Bumin juga tidak membantah kalau diajak. Memang saya tidak tergamak mahu gunakan kereta Kadir Misai, tetapi dia sendiri akan berkecil hati sekiranya saya tidak mengajak dia ikut bersama.

Disebabkan Alang Bumin ke Segamat, terus sahaja saya mempelawa Kadir Misai ke Bagan Datoh. Biasanya Alang Bumin yang lancar jalan di sepanjang Bagan Datoh atau Tanjung Karang. Lainlah kalau di sebelah Pahang atau Kelantan, memang Alang Bumin tidak boleh tandingi Kadir Misai kalau fasal selok belok jalan ke sana.

Beberapa kali juga Kadir Misai tersesat jalan melalui arah ke Bagan Datoh sekalipun lurus sampai ke jeti, Mana lah dia tahu lorong yang banyak meyimpang setelah membelok dari jalan besar. Lainlah Alang Bumin yang sudah kerapkali jejakkan kaki ke Bagan Datoh sampai ke Pasir Salak atau Kampung Kayan.

"Hah, kenapa pula kamu tunggu sangat ustaz ni," lantas Wak Sirun yang suka bergurau mengusik.  

"Malam ni ada oranq nak datang," Makde Siah tersenyum mengerling suaminya.

Sewaktu saya menggamit Tumin keluar dari biliknya ia malu mahu menjengah. Puas dipanggil oleh Ucu Subeh pun dia tidak mahu jengahkan muka.

"Aku malu..”. tutur Tumin perlahan. Setelah saya gamit dia beberapa kali, terpaksa juga Tumin menjengah keluar. Payah sangat dia merangkak-rangkak disebabkan kaki dan tangannya yang tepok tidak boleh digerakkan.

Tidak lama saya sampai, barulah kedengaran kereta Katib berhenti di tengah halaman. Kemudian dia terus naik bersama Timah dan emak mertuanya juga.

Belum pun sempat duduk, tiba-tiba sahaja Timah meludah ke arah saya. Terkejut Katib dengan perbuatan kasar isterinya marah tidak bersebab. Lagi pun dia masih belum mengenali saya sebelum itu. Kalau tidak terserempak di rumah Ucu Subeh memang saya juga tidak kenal mereka suami isteri.

"Eh, kenapa pula kamu ni, Timah?" emaknya Makwa Bisah merungut lantas menarik tangan anaknya supaya du-duk.

"Dia sakit, jangan marahkan dia," ujar'' saya memujuk mereka yang berang dengan sikap kasar Timah secara tiba-tiba sebaik sahaja naik ke rumah. Baik Makwa Bisah, mahu pun Katib bimbang sangat kalau saya tersinggung dengan perbuatan Timah.

"Sengaja nak bunuh aku ye!" bentak Timah bercekak pinggang merenung muka Ucu Subeh yang terpegun tidak dapat bercakap apa. "Tak cukup dengan orang sini, kamu bawa pula dia ni," tuturnya keras menuding jari ke arah saya.

"Kenapa kamu nak menyusahkan orang?" sahut Wak Sirun pula lantas menampar tangan ke lantai. "Jangan fikir kamu aje pandai, orang pun pandai juga..." tegas Wak Sirun dengan suara garau menggerunkan. Kemu-dian dia menuding jari menyuruh Timah duduk.

Tetapi Timah berkeras tidak mahu duduk. Sewaktu Ucu Subeh mencapai geluk air mencampakkan buntan embun ke dalamnya, sekaligus Timah menyepaknya sampai air tertumpah di lantai. Menggertap bibir Katib menahan marah dengan perbuatan isterinya, tetapi segera disabarkan oleh Kadir Misai.

Dia terangguk-angguk setelah menyedari gangguan di dalam dirinya Timah menyebabkan isterinya hilang punca. Tatkala itu segala perbuatan Timah bukan dilakukan oleh dirinya lagi, tetapi dirasuk oleh gangguan syaitan yang meresapinya.

Makwa Bisah juga terkejut kerana per-ubahan sikap Timah yang tidak diduganya. Sewaktu turun dari rumah tidak ada apapun perubahan pada diri Timah. Dia sendiri membantu kutipkan tujuh jenis kuntum bunga ketika sama-sama sediakan kelengkapan ubat. Memang Timah sendiri mahukan cepat berubat kerana tidak tertahan lagi dengan gangguan tersebut.

Asal sahaja masuk waktu asar dia akan merasakan kepala-nya berdenyut-denyut sakit hingga santak maghrib. Kadangkala dadanya juga sakit hingga menyenak tidak dapat bernafas. Denyut sakit itu akan hilang serta merta sebaik sahaja masuk maghrib. Tetapi masuk sahaja waktu tengah malam sakit nya akan menusuk-nusuk semula hingga menjelang subuh. Sekalipun sakitnya masih boleh bertahan, tetapi dia bimbang juga kalau-kalau melarat menjadi tenat.

Disebabkan Timah semakin berang terpaksa juga Makde Siah bersama Katib rebahkan dia ke lantai. Makwe Bisah juga turut sama memegangkan supaya dia tidak dapat meronta. Selepas Timah dibaringkan, barulah Ucu Subeh dapat membakar kemenyannya. Beberapa minit dia mem bakar kemenyan, Ucu Subeh meng geleng kepala memerhati ke arah saya

"Ustaz, tak dapat saya nak panggil," katanya mengelu h pendek. "Agaknya dia malu dengan ustaz," dia tersengih sengih bagaiakn bergurau sekalipun Ucu Subeh tidak bermaksud mahu mengusik apa-apa.

Saya mengangguk. Memang saya memulakan dengan Fatihah, sama seperti dilakukan oleh Ucu Subeh juga. Setelah dibacakan surah al-lkhlas sebelas kali, saya teruskan dengan Ayatul Kursi 17 kali, kemudian diikuti pula dengan membacakan:

Hasbiallahhu wanikmal-wakilu nikmal-maula wal-nikman-nasir,

dan di ulangi sampai 70 kali.

Sebaik sahaja saya mengisarkan tangan, Timah terjerit kuat menekupkan tangan ke kepala. Saya tidak peduli lagi dia merungut-rungut memaki saya tetapi dapat mengesan jauh di rumahnya di kawasan perumahan rumah teres dua tingkat, ada bayangan hitam keluar masuk menembusi cermin pintu.

Setiap kali tapak tangan saya kisar kuat, pasir di hala-man rumah itu bersemburan naik laksana akar pokok bungkas tidak bertahan, bayangan hitam di hadapan rumah kelam kabut mencari tempat berlindung akibat terjahan batu-batu yang tersembur daripada tanah terbungkas.

Bayangan hitam itu berlari menerpa ke dinding dan melompat tersekat di atap apabila saya membacakan:

Qadia akumul haqqu min-rabbikum famanih-tada fain-nama yah-tadi linafsihi, wa-man dhalla fain-nama yuddhillu `alai ha.

Bertambah takut bayangan hitam itu setiap kali gema suara saya bagaikan memecahkan tengkorak kepalanya.

Lama saya merenung ke tengah bayangan hitam, tiba-tiba seoranq perempuan separuh umur berbadan gempal menjelma diselaputi oleh asap tebal. Dia memberi isyarat dengan tangannya meminta saya tidak membaca kan ayat-ayat al-Quran.

"Cukuplah ustaz, nama saya Surilah, saya hanya diupah orang," gerutu perempuan berbadan gempal itu terketar-ketar. Ketika ini Timah sekadar mengerang-erang kesakitan tidak bercakap apa-apa. Mulutnya macam terkunci mahu merahsiakan apa sahaja kejadian yang menimpa dirinya.

Tetapi saya tidak perlu bertanya apa-apa lagi kepada Timah dan Katib. Mereka juga tidak mengenali siapa pun perempuan Surilah itu.


"Biarlah semua tu jadi rahsia, asal isteri awak sembuh, cu-kuplah," bisik saya kepada Katib, sewaktu turun meninggalkan rumah Ucu Subeh. Dia mengangguk-angguk lemah.