Monday, October 12, 2015

145. TEWASNYA ILMU AYUN LIMAU



KALAU tidak kenang adik ipar sendiri ditimpa kejadian hampir hilang ingatan, memang Tok Aji malas sangat mahu ambil berat. Siapa lagi mahu disalahkan apabila Aki Sigat tidak peduli apa-apa tatkala Nenek Aji nasihatkan supaya tidak amalkan ilmu pengasih memikat mana-mana perempuan. Tahu sangat Nenek Aji mengenai adiknya Aki Sigat kalau sudah terpikat sesiapa sahaja perempuan yang terserempak di jalan.
Tidak bertangguh dia akan mengusik sekalipun tengah berpeluh hangit balik dari mencebak sawah. Dalam masa peluh hangit mahu memikat sudah tentu perempuan berkenaan akan mengejeknya. Asal sahaja hatinya tersinggung nescaya Aki Sigat akan menunggu hingga tengah malam.
Dia akan memusingkan bantal tidurnya tiga kali, kemudian dilambung tinggi tiga kali. Setiap kali dia melambungkan bantal, Aki Sigat akan menyeru dengan inembacakan:
Hai insan wandi insan, hai wandi mani manikam, aku tahu asal kau lambungan kiri ku asal kau jadi, masuk kau ke hatang tubuh aku, di situ tompat asal kau jadi, berkat hu...
Bantal yang dilambung akan disendal pada rusuknya sepanjang malam. Apabila dia menghela nafas Aki Sigat akan bayangkan wajah perempuan itu diheret sama hingga terasa seolah-olah berbaring pada bantal di rusuknya. Keesokan paginya sewaktu Nenek Aji bangun untuk solat subuh, dia akan melihat perempuan tercegat di kaki tangga menunggu Aki Sigat bangun tidur.
Puas dipujuk oleh Nenek Aji supaya balik sahaja ke rumah, perempuan berkenaan tetap berkeras mahu menatap muka Aki Sigat. Selagi Aki Sigat tidak membuka mulut mengajaknya berkahwin nescaya dia tidak akan berundur dari situ. Sudah kerapkali sangat Aki Sigat berkahwin, tetapi sekadar bertahan beberapa bulan sahaja.
Manalah isterinya sanggup menunggu lama kalau Aki Sigat habiskan masa di kedai majong di pekan kecil. Dia tidak peduli sangat mengenai mencebak sawah atau mencari rezeki menyara keluarga. Memang Nenek Aji merungut juga dengan sikap adiknya itu, tetapi Aki Sigai tidak peduli apa-apa. Dalam masa umurnya belum pun 25 tahun, Aki Sigat sudah sembilan kali berkahwin.
"Jangan dimanjakan sangat adik Sigat tu," Tok Aji ingatkan Nenek Aji disebabkan seisi kampung merungut apabila Aki Sigat mudah sangat memikat perempuan yang termasuk perangkapnya.
Memang di rumah Nenek Aji dia akan bertumpu setelah bercerai dengan isterinya. Ke mana lagi dia mahu menumpang disebabkan Nenek Aji satu-satunya kakak dia yang manjakan dirinya sejak kecil lagi. Hairan juga Nenek Aji apabila kenang bagaimana Aki Sigat dapat amalkan ilmu pengasih memikat perempuan itu.
Tidak pernah dia menemui sesiapa pun selepas belajar di madrasah Tok Aji. Kalau turun dari rumah selepas zohor dia sekadar beritahu Nenek Aji mahu ke sungai. Tetapi hingga santak asar baru Aki Sigat terjongol muka. Masakan dia mandi di sungai lama sangat semata-mata mahu berendam di tengah arus.
Tahu sangat Tok Aji mengenai adik iparnya tidak turun ke sungai selepas zohor. Memang dia berbohong dengan Nenek Aji dengan berdalih ke sungai mandi hingga santak asar. Ketika ini Aki Sigat terus ke hujung kampung menemui Uda Mijin yang dikenali mahir dengan amalan ilmu pengasih. Seisi kampung tahu mengenai Uda Mijin berkahwin empat sampai semua isterinya tinggal serumah.
Tetapi Tok Aji tidak peduli apa-apa sekalipun menyedari adik iparnya berulang alik ke rumah Uda Mijin di hujung kampung. Perkara Uda Mijin boleh tinggal serumah dengan empat orang isterinya tidak penting sangat pada Tok Aji asal sahaja Aki Sigat tidak salah gunakan amalan apabila minta turunkan daripada Uda Mijin.
Masakan orang kampung boleh salahkan Uda Mijin, kerana kadangkala isterinya sendiri yang meminang perempuan yang memikat hatinya. Isteri Uda Mijin tidak membantah apa-apa, asal sahaja dia beritahu mahu berkahwin lain. Dia akan mengambil keputusan berkahwin lagi setelah salah seorang isterinya diceraikan atau meninggal dunia.
"Jangan kamu ikut pula perangai Uda Mijin tu, Sigat!" gerutu Nenek Aji apabila menyedari adiknya sering berulang alik ke rumah lelaki berkenaan.
Tetapi Aki Sigat sekadar tersengih-sengih sahaja. Manalah kakaknya bersetuju kalau diberitahu fasal menghayun limau dibungkus kain putih dengan diikat benang tujuh warna. Apa lagi tatkala memetik limau mesti menunggu malam diserkup gelap gelita dengan mencuri di pokok.
Siapa pun tidak boleh melihat dia ketika terhendap-hendap memetik buah limau tengah malam di dalam gelap gelita. Dia akan menepuk perdu pokok limau tiga kali dengan menyeru:
Hai Tok Puraja penunggu kayu, hai lok Pelias penunggu batu, aku nak minta sebiji buat pelimbai hati jantung si anu, berkat hu...
Cubalah perempuan sakiti hatinya sampai tersinggung, tentu Aki Sigat akan hayun limau berkenaan sama macam membuai jantung perempuan berkenaan! Sudah tentu sepanjang mdlam perempuan berkena-dn tidak boleh lelapkan mata kesal dengan perbuatannya menyakiti hati dia.
Tetapi apabila Aki Sigat berkahwin dengan Utih Soyah, memang Nenek Aji marah sangat dengan keputusan adiknya. Kalau tidak dipujuk Tok Aji mahu sahaja Nenek Aji cekak rambut Utih Soyah yang hampir sebaya umur dengannya. Bagaimana tiba-tiba sahaja Aki Sigat memilih Utih Soyah sudah tiga kali menjadi janda.
Memang seisi kampung tahu mengenai Utih Soyah bercerai selepas suaminya menyedari dia buat hubungan sulit dengan lelaki lain. Seolah-olah dia tidak serik apa-apa setelah suami pertama Mat Deris terserempak dia dengan Saleh Tibai di tempat sunyi. Lantas sahaja dia berkahwin dengan Saleh Tibai sampai lelaki itu terpaksa ceraikan isterinya Uda Meliah.
Tiga tahun sahaja bersama Saleh Tibai, keluarga lelaki itu menjadi gempar apabila beberapa kali Lahak Gonjeng naik ke rumahnya semasa Saleh Tibai ke hutan mencari rotan. Marah sangat Saleh Tibai hingga dicekaknya leher Lahak Gonjeng. Kalau tidak dileraikan orang-orang kampung tentu ditetaknya parang tidak bersisa.
Selepas kejadian Lahak Gonjeng dicekak leher itu, lantas sahaja Saleh Tibai ceraikan Utih Soyah. Terus dia tinggalkan kampung halaman tidak mahu jejak kaki lagi menjengah sanak suadara. Lagi pun semenjak berkahwin dengan Utih Soyah memang mereka tidak beranak seorang jua.
Tidak pula Utih Soyah berkahwin dengan Lahak Gonjeng, disebabkan lelaki itu hilang entah ke mana selepas dicekak leher oleh Saleh Tibai. Malu benar dia apabila dicerca Utih Soyah apabila tidak melawan langsung ketika terkebil-kebil mata dicekak Saleh Tibai macam katak tersepit celah gelegar buluh. Beberapa kali ditampar mukanya memang Lahak Gonjeng tidak melawan apa-apa.
Lama juga Utih Soyah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Tok Jeluk yang mahir bertukang membuat parang. Tok Jeluk satu-satunya yang tahu memilih besi sekiranya parang mahu digunakan menetak kayu di hutan. Tetapi Tok Jeluk juga ceraikan Utih Soyah setelah menyedari isterinya buat hubungan sulit dengan anak muda dari kampung lain.
Sebab itu Nenek Aji kecewa sangat apabila Aki Sigat yang mahir memikat perempuan itu tiba-tiba sahaja memilih Utih Soyah janda sudah berumur. Apa lagi Nenek Aji kenang latar belakang perempuan itu tidak pernah serik sekalipun diceraikan suami akibat buat hubungan sulit dengan lelaki lain.
"Dah perangai Soyah macam tu!" ujar Nenek Aji geram sangat dengan keputusan Aki Sigat. "Asal sahaja bersuami tentu dia nak buat hubungan dengan lelaki lain," tegasnya berasa hairan dengan sikap Utih Soyah. Perempuan itu akan buat hubungan dengan lelaki lain sekiranya dia sudah bersuami. Apabila menjadi janda tidak pernah pula Nenek Aji dengar perangai Utih Soyah demikian.
"Sigat yang hendak sangat, bukannya Soyah!" sahut Tok Aji tidak mahu berkeras menghalang adik iparnya.
"Entah apa-apa ilmu pengasih yang digunakannya!" rungut Nenek Aji tidak puas hati apabila Aki Sigat berkeras juga mahu berkahwin dengan Utih Soyah.
"Ah, Sigat tu pun apa kurangnya!" tutur Tok Aji mencebek bibir apabila kenang adik iparnya sudah berapa kali berkahwin tidak bertahan lama. Manalah isterinya boleh bertahan lama disebabkan Aki Sigat habiskan masa di kedai majong. Kadangkala sepanjang malam tidak balik jengah muka ke rumah.
"Itulah herannya, kalau dah banyak ilmu kenapa pula Soyah yang dipikat?" gerutu Nenek Aji masih terkilan dengan keputusan Aki Sigat.
"Dah jodoh dia ke situ, nak cakap apa lagi," Tok Aji terus memujuk Nenek Aji supaya tidak terburu-buru sangat luahkan perasaan.
"Jodoh buat sendiri, ilmu pengasih!" memang Nenek Aji tidak dapat menahan perasaan marah apabila Aki Sigat memilih Utih Soyah.
Tetapi Tok Aji tahu mengenai Aki Sigat sengaja memikat perempuan itu setelah Utih Soyah meludah ke tanah semasa berselisih di jalan. Tersinggung benar hati Aki Sigat apabila Utih Soyah mencemuh tatkala dia menegur ramah. Tidak terniat pun di hati Aki Sigat mahu memikat semasa terserempak Utih Soyah berkemban turun ke sungai selepas membasuh kain.
Kebetulan pula Aki Sigat tengah menggalas joran pancing mahu menghulurkan mata kail ke tempat air berpusir di tebing sungai. Sebaik sahaja ternampak Utih Soyah turun berkemban sengaja diusiknya perempuan itu. Tetapi Utih Soyah tidak melayani Aki Sigat, disebabkan tahu sangat pada dia mengenai lelaki itu memang gemar memikat.
Tidak lama selepas terserempak pada tebing sungai itulah, Aki Sigat melihat Utih Soyah bersama anak saudara nya Mahisun balik dari kedai. Tatkala berselisih di jalan segera Aki Sigat menegur disebabkan Mahisun banyak menjinjing barang-barang baru dibeli.
Lantas sahaja Utih Soyah teringatkan kejadian dia berkemban di sungai apabila diusik oleh Aki Sigat. Marah benar dia disebabkan Aki Sigat sengaja memuji-muji dia tatkala berkemban dengan tujuan mahu mengusik. Sebaik sahaja Aki Sigat menegur Mahisun sekali gus perasaan Utih Soyah meruap marah, seolah-olah lelaki itu mahu memikat siapa sahaja.
Tidak bertangguh Utih Soyah meludah ke tanah kerana mencemeh Aki Sigat yang ramah sangat menegur Mahisun. Apa lagi dia melihat Mahisun juga tersengih-sengih bagaikan mahu melayani Aki Sigat yang sudah beberapa kali menjadi duda. Disebabkan tersinggung dicemuh Utih Soyah itulah, Aki Sigat mula menghayun limau tengah malam amalkan ilmu pengasih.
Sepanjang malam itu pula Utih Soyah tidak dapat lelapkan mata seolah-olah tubuhnya dibuai laju sampai tergamang tidak menentu. Di mana sahaja dia berpaling kelihatan Aki Sigat melambai-lambai tangah ke arahnya. Setiap kali Aki Sigat melambai tangan terasa sebak benar hati Utih Soyah apabila mencemuh lelaki itu. Perkara Aki Sigat mengusiknya tatkala berkemban mandi tidak lagi menyakiti hatinya, tetapi menambahkan rasa mesra yang mendalam.
Sebab itu pagi lagi sebelum matahari memancar Utih Soyah sudah jejak kaki ke tangga madrasah Tok Aji. Biarlah dia duduk bertenggong pada anak tangga menunggu Aki Sigat turun ke telaga. Dia akan pegang lutut Aki Sigat meminta maaf berulang kali disebabkan mencemeh dengan meludah ke tanah.
Terpaksa pula Tok Aji memujuknya supaya Utih Soyah balik dulu ke rumah. Dia berjanji akan uruskan perkara Aki Sigat masuk meminang. Setelah Tok Aji berikan janji demikian baru Utih Soyah balik sebaik sahaja Tok Aji bersiap-siap untuk solat subuh.
Selepas kejadian itu Aki Sigat bersetuju kahwin dengan Utih Soyah. Masakan dia menolak setelah Utih Soyah sanggup keluarkan belanja buat kenduri perkahwinan mereka. Memang Aki Sigat tidak boleh diharapkan apa-apa sekiranya desak sediakan duit. Makan minumnya selepas menjadi duda beberapa kali hanya bergantung pada Nenek Aji semata-mata.
Memang Nenek Aji tahu sikap adiknya pemalas sangat kalau harapkan mahu mencebak sawah. Disebabkan Tok Aji merungut terpaksa juga dia gagahi bangun solat subuh di madrasah. Sekiranya Tok Aji dijemput orang mengajar agama di kampung lain hingga tidak sempat balik ke rumah, nescaya Aki Sigat tikan bangun hingga mata-hari meninggi.
"Angah, jangan beritahu Nenek Aji kalau dia tanyakan Aki," beritahu Aki Sigat sekiranya terserempak saya naik ke madrasah tatkala subuh menjelang.
Dia akan terlentang di penjuru madrasah berselimut kain buntil dijahit sambung tidak peduli apa-apa. Memang Tok Aji tidak akan naik ke madrasah apabila balik dari mengajar agama di kampung lain. Lagi pun dia tidak peduli sangat kalau Aki Sigat mahu lelap di atas rnadrasah sampai santak ke zohor.
Tok Aji tidak akan merungut apa-apa disebabkan Aki Sigat juga sudah berumur. Apa lagi sudah beberapa kali berkahwin sekalipun tidak mempunyai seorang pun anak. Tahu sangat saya mengenai Aki Sigat memang dia tidak hiraukan sangat makan, sekiranya mahu bekerja kuat membanting tulang. Asal sahaja dapat meneguk secawan teh sudah memadai pada Aki Sigat.
 Apabila habiskan masa di kedai majong dia sekadar meneguk secawan teh juga. Tatkala balik ke rumah Nenek Aji dia semata-mata mahu rebahkan badan. Dia akan lelapkan mata disebabkan terlalu mengantuk. Perkara menjamah makanan tidak penting sangat pada Aki Sigat yang gemar hidup membujang.
Setelah berkahwin dengan Utih Soyah terus sahaja dia berpindah ke rumah isterinya. Jarang dia menjengah ke rumah Nenek Aji setelah berkahwin. Memang Nenek Aji juga tahu perangai adiknya apabila sudah berkahwin. Tentu Aki Sigat juga balik ke rumah isterinya semata-mata untuk rebahkan badan tidur setelah balik santak pagi apabila bermain majong sepanjang malam.
Sebab itu Nenek Aji tidak berkecil hati apabila Aki Sigat tidak jengah muka ke rumahnya setelah berkahwin dengan Utih Soyah. Tidak lama selepas berkahwin dengan Utih Soyah itulah saya menyedari Nenek Aji meleteri Tok Aji disebabkan adiknya menjadi bingung. Bukan sahaja tidak lagi ke pekan kecil bermain majong bersama kawan-kawannya orang Cina, malah dia tidak berani mahu jengah muka ke rumah Nenek Aji.
Beberapa kali Nenek Aji terserempak dia duduk diperdu pokok nangka menjaga padi jemur. Aki Sigat mematuhi apa sahaja kemahuan Utih Soyah sekali-pun terpaksa memasak nasi di dapur. Ketika ini Nenek Aji sudah mendengar cerita mengenai Utih Soyah mula berhubung rapat dengan lelaki dari kampung lain.
Seisi kampung sudah dapat mengagak memang Utih Soyah akan ulangi juga kerenah lamanya asal sahaja mempunyai suami. Utih Soyah sewaktu menjadi janda tidak sama dengan dia bersuami. Mudah sahaja dia melayani lelaki lain sebaik sahaja menjadi isteri Aki Sigat.
Disebabkan Nenek Aji merungut berterusan, lantas Tok Aji mencari Aki Sigat. Dia terserempak dengan Aki Sigat terconggok di bawah perdu pokok nangka menjaga padi jemur supaya tidak diserbu ayam. Bila-bila Utih Soyah akan memaki hamun sekiranya ayam penuh tembolok memagut padi jemur di hujung halaman.
Tatkala dipanggil oleh Tok Aji terpinga-pinga Aki Sigat memerhati keliling. Memang dia tidak menyangka Tok Aji menjengah ke situ, dalam masa dia terconggok menunggu padi jemur. Tidak pernah lagi Aki Sigat habiskan masa bermain majong dengan kawan-kawannya orang Cina di pekan kecil.
"Apa dah jadi kau ni, Sigat?" tutur Tok Aji menepuk bahu Aki Sigat masih terpinga-pinga tidak menentu.
 "Jagakan padi jemur Iltih Soyah, apa salahnya," tersengih-sendih Aki Sigat menyahut. Tatkala ini tidak terlintas pun di hatinya mahu mempelawa Tok Aji naik ke rumah.
"Kenapa lama tak balik ke rumah aku?" ujar Tok Aji macam ingatkan dia disebabkan lama sangat tidak jengah muka menemui Nenek Aji.
"Nantilah bila senang aku datang, Abang Aji," beritahu Aki Sigat tertunduk perlahan.
Ketika ini Utih Soyah menjengah di pintu bersama seorang lelaki. Mereka herdua juga terpinga-pinga melihat Aki Sigat seolah-olah bercakap sendirian. Sekali gus pula Aki Sigat tidak melihat lagi Tok Aji berdiri di sisinya. Lantas lelaki yang tercegat di samping Utih Soyah menuduh Aki Sigat sudah tidak siuman apabila bercakap sendirian sahaja.
Tetapi Aki Sigat bagaikan mendengar suara Tok Aji berbisik menyuruh-nya bangun tinggalkan padi jemur di hujung halaman. Biarlah ayam banyak menyerbu ke situ isi tembolok sampai kenyang tersendat. Sebaik sahaja Aki Sigat bingkas bangun tidak bertangguh Utih Soyah mencapai penyapu terus melompat menghambat suaminya. Dia tidak benarkan Aki Sigat ke mana-mana tatkala padi terjemur di situ.
"Aku suruh jaga padi jemur, awak nak ke mana?" jerkah Utih Soyah tidak benarkan Aki Sigat ke mana-mana.
Tersengih-sengih sahaja Aki Sigat lantas menepis tangan Utih Soyah yang cuba menghalangnya. Apabila Utih Soyah berkeras mahu hembatkan penyapu ke arah Aki Sigat tiba-tiba sahaja tangannya kaku tidak boleh digerakkan. Terkial-kial dia memanggil lelaki yang tercegat di kepala tangga meminta bantu dirinya.
Cepat-cepat pula lelaki itu terjun ke tanah setelah melihat Utih Soyah terkial-kial akibat kakinya bagaikan terpasak ke tanah. Dalam masa lelaki itu cuba memapah Utih Soyah naik ke rumah, Aki Sigat terus melangkah tinggalkan rumah berkenaan. Semasa dia tercegat di tengah halaman rumah Nenek Aji, lantas ditabur kepalanya dengan beras kunyit.
Memang. Nenek Aji sudah sediakan beras kunyit untuk taburkan ke kepala adiknya asal sahaja Aki Sigat balik ke rumah. Tahu sangat dia tentu adiknya sudah diperdayakan oleh Utih Soyah hingga tidak boleh renggang dengan perempuan berkenaan. Sebelum dia naik ke rumah, Tok Aji menyuruh Aki Sigat mencangkung di bawah tangga. Kemudian disuruhnya Nenek Aji pula mencangkung pada anak tangga dengan Aki Sigat di bawahnya.
Apabila Tok Aji jiruskan air telaga pada kepala Nenek Aji memang tercurah terus menyinggahi kepala Aki Sigat di bawahnya. Ketika in Tok Aji menyuruh saya azan tujuh kali di kepala tangga. Dalam masa saya azan tujuh kali Tok Aji bacakan doa:
Wagolal malikuktuni bihi falamma ja-ahurrusulu qolarji' ila-rabbika fas-alhu mabalunniswatil-lati got-to'na aidiyahunna inna rabbl bikaidihinna
Selesai sahaja saya azan, sekali gus Aki Sigat terjeluih muntah tidak bertahan. Muntahnya hitam laksana air pelimbahan yang berlubuk hingga berbau busuk meloyakan tekak Segera Nenek Aji menyuruh adiknya keluar dari bawa tangga, terus meminta saya hulurkan kain sarung kepada Aki Sigat.
Setelah Aki Sigat naik ke rumah, Tok Aji menyuruh dia duduk bertenggong pula tengah rumah bersetentang dengan bumbung. Apabila Tok Aji tepuk belakang Aki Sigat tujuh kali, terbatuk-batuk dia sampai terjeluih bercampur serbuk yang dikikis.
"Keluarkan habis ikut muntah,” tutur Tok Aji keras membentak marah. Memang Aki Sigat tidak ketahuan menahan perutnya yang memulas-mulas berterusan.
"Sepandai-pandai kau Sigat, terkena juga dengan Soyah!" gerutu Nenek Aji mengungkit keputusan berkahwin dengan Utih
"His, Sigat ni sakit, jangan nak marah-marah," Tok Aji ingatkan Nenek Aji supaya tidak ungkit sangat perkara yang sudah berlalu.
Memang Nenek Aji tahu mengenai adiknya sudah diberi makan kotoran hingga Aki Sigat bagaikan hilang ingatan, tetapi perasaan geram yang mendongkol di hatinya bukan marahkan Utih Soyah. Dia tetap salahkan adiknya yang gunakan ilmu pengasih mahu memikat Utih Soyah, dalam masa seisi kampung sengaja mahu jauhkan diri daripada perempuan berkenaan.
Siapa lelaki berani dekati Utih Soyah setelah beberapa kali menjadi janda? Tahu sangat mereka mengenai Utih Soyah amalkan susuk sumbi hingga mudah memikat sesiapa sahaja tatkala mengerling ke arahnya. Tetapi sudah beberapa kali Aki Sigat cuba mengusiknya sengaja pula Utih Soyah nnengelak.
Sebab itu tersinggung sangat hati Aki Sigat seolah-olah amalan ilmu pengasihnya tidak berkesan apa-apa. Terasa sia-sia dia mahir melambung bantal tengah malam kalau tidak dapat memikat Utih Soyah. Apa sangat dengan susuk sumbi yang diamalkan Utih Soyah kalau bandingkan dengan kemampuan dia tundukkan siapa sahaja berkeras menghina dirinya.
Cubalah siapa pun ejek dirinya habiskan masa bermain majong dengan kawan-kawannya orang Cina di pekan kecil! Bila-bila Aki Sigat akan pikat anak gadis mereka sampai menjadi isterinya. Biarlah berkahwin takat seminggu dua sahaja, asalkan hatinya berasa puas apabila dihina demikian.
 Apabila Utih Soyah yang ditakuti lelaki seisi kampung sukar sangat dipikatnya, sebab itu Aki Sigat sanggup memetik limau tengah malam dengan tidak berpakaian. Dia mesti tunduk-kan juga Utih Soyah dengan menghayun limau berkenaan menunggu malam diserkup kesepian.
Limau berkenaan dibungkus dengan kain putih lalu diikat benang tujuh warna. Aki Sigat akan menyeru nama Utih Soyah tatkala menghayun limau berkenaan dengan bacakan jampi serapahnya:
Aur ditendang pembetung tumbuh, pucuk mengilai lalu seberang, carik kain warna tujuh, buat pelimbal semangat si _anu, hai semangat si anu kalau kau tak pandang muka aku, kau gila tak makan gila tak minum, berkat hu....
Memang Aki Sigat ingat-kan siapa sahaja mengenai jampi serapah berkenaan mudah sangat dihafalkan. Takat hafal jampi serapah pun tidak akan berguna apa-apa kalau tidak mengetahui petuanya. Sebab itu petua menghayun limau berkenaan tidak akan diturunkan oleh Aki Sigat kalau tidak disediakan pisau sebilah, gula sesudu, garam sesudu dengan duit tujuh sen.
Tidak sempat Aki Sigat hayun sampai tiga malam berturut-turut, Utih Soyah sudah terjongol menjelang pagi sebelum matahari memancar. Berkeras sahaja Utih Soyah minta berkahwin dengan Aki Sigat sekalipun, untuk tempoh sehari sahaja.
"Penyakit sengaja tempah!" gerutu Nenek Aji setelah Aki Sigat terbaring d hujung serambi akibat keletihan setelah termuntah-muntah berterusan.
Tiga hari Aki Sigat terbaring dalam keadaan lemah tidak bertenaga, tidak pernah Utih Soyah datang menjengah. Nenek Aji jug tidak peduli sangat sama ada Utih Soyah mahu menjengah atau pun tidak. Tetapi di terkejut juga apabila Ak Sigat beritahu mengenai To Aji yang datang jejak kak memintanya balik ke rumah Nenek Aji.
Sewaktu Aki Sigat tercegat di tengah halaman rumah, memang Tok Aji tidak ke mana-mana. Tok Aji duduk di tengah madrasah tidak bercakap sepatah pun tatkala saya beritahu mengenai Aki Sigat terkebil-kebil mata seolah-olah tidak tahu di mana kakinya berjejak. Apabila dipanggil oleh Nenek Aji dia sekadar-kadar mengangguk-angguk kepala sahaja.
Masakan Tok Aji jemput Aki Sigat semasa dia terconggok menjaga padi jemur hujung halaman rumah Utih Soyah!
Setelah keadaan Aki Sigat pulih semula, tersengguk-sengguk dia memegang tangan Nenek Aji beritahu tidak akan balik semula ke rumah Utih Soyah. Lantas sahaja Aki Sigat rnengambil keputusan mahu tinggalkan kampung halaman setelah menyedari kemahiran dirinya dengan ilmu pengasih menghayun limau itu tidak membawa apa-apa manfaat lagi.
Tentu seisi kampung akan mengejeknya apabila tunduk dengan kemahuan Utih Soyah. Tahu sangat Aki Sigat memang dia sudah terjamah nasi wap dihidangkan isterinya sampai dia lupakan siapa pun. Dunianya sekadar di keliling rumah Utih Soyah dengan mematuhi apa sahaja kemahuan perempuan itu.
Setiap kali dia mengerling sumbi emas Utih Soyah nescaya seluruh tubuhnya menjadi gementar tidak menentu. Kakinya juga goyah bagaikan tidak dapat berjejak di mana-mana. Ketika ini Aki Sigat merasakan dirinya dipapah oleh Utih Soyah disebabkan seluruh tenaganya lemah tidak bermaya.
Kalau tidak dipapah Utih Soyah nescaya dia akan terjelepoh di mana-mana. Siapa lagi boleh diharapkan dalam saat dia tidak boleh bergerak, kalau bukan isterinya sendiri Utih Soyah. Saat ini Aki Sigat merasakan dirinya terhutang budi pada Utih Soyah apabila kakinya tidak boleh lagi berjejak kuat.
Setelah dipapah Tok Aji balik semula ke rumah Nenek Aji, sekali gus Aki Sigat menyedari Utih Soyah melayani lelaki lain sewaktu kakinya lemah tidak bertenaga. Malu benar dia mahu menatap muka Nenek Aji apabila kenang dirinya diperdaya oleh Utih Soyah sampai tidak membantah apa-apa tatkala disuruh menjaga padi jemur.
Lama sangat Aki Sigat tinggalkan kampung halaman hingga Nenek Aji juga tidak dengar apa-apa mengenai beritanya. Tetapi Tok Aji tahu tentu Aki Sigat merajuk hati dengan kejadian yang menimpa dirinya.
Sebelum dia tinggalkan kampung halaman, memang Utih Soyah minta juga jengah setelah beritahu seminggu tidak bangun akibat demam hingga seluruh badan terasa menyucuk-nyucuk laksana ditusuk jarum. Tetapi Aki Sigat berkeras tidak mahu menjengah kerana bimbang menatap sumbi emas pada gigi perempuan itu. Lantas sahaja dia memutuskan bercerai dengan Utih Soyah.
Tidak lama selepas Aki Sigat ceraikan Utih Soyah, demamnya bertambah teruk. Keputusan Aki Sigat ceraikan dia pun menambahkan lagi keadaan Utih Soyah semakin melarat. Terpaksa juga jiran-jirannya beritahu kepada Nenek Aji mengenai demam Utih Soyah menjadi tenat.
"Kita kena ziarahi juga, Tok Aji memujuk disebabkan tidak sampai hati dengan keadaan Utih Soyah setelah diceraikan oleh Aki Sigat. Apa lagi Aki Sigat terus sahaja meninggalkan kampung halaman sebaik sahaja pulih akibat termuntah-muntah macam air perlimbahan.
Sewaktu ikut Tok Aji menjengah Utih Soyah, saya melihat perempuan itu terkejang dalam keadaan lemah. Ombak dadanya kencang dengan mata terpejam. Memang jiran-jiran ipga sudah berkumpul apabila diberitahu mengenai penyakitnya semakin tenat. Iantas sahaja Tok Aji meminta jiran-jiran bacakan Yasin setelah melihat keadaan Utih Soyah terkejang dengan mata terpejam.
"Masa tu Angah baru berumur dua belas tahun," tersengih-sengih Aki Sigat beritahu tatkala mula-mula saya temui dia di Melaka setelah bertahun-tahun tinggalkan kampung halaman. "Takkan Angah boleh ingat semua kejadian masa tu," ujarnya menahan sebak dada akibat terharu apabila saya jejaki juga dia apabila lama merajuk hati tidak mahu hubungi sanak saudara.