LAMA
tersengih sengih barulah mahu Pak Milan menceritakan pangalaman keluarganya diganggu semasa
majlis kenduri kahwin anak perempuannya Marsunah. Perkara kejadian aneh ketika
majlis kahwin itu sudah lama luput daripada ingatan Pak Mijan. Apa sangat mahu
dikenang kejadian berkenaan, sedangkan Marsunah pun sudah mempunyai anak-anak
yang dewasa. Bahari juga sudah memutih uban di kepala sewaktu saya kunjungi
rumah Pak Mijan.
Dia masih
tinggal serumah dengan Pak Mijan kerana orang tua itu mendesaknya disebabkan
anak-anak yang lain tinggal berjauhan. Biarlah Marsunah anak beranak tinggal
bersamanya dalam saat dia suami isteri semakin tua.
Tetapi
Pak Mijan masih gagah sekalipun usianya melebihi 90 tahun. Dia masih mampu menolak
rakit dengan galah menyeberang sungai kalau mahu ke dusunnya. Asal sahaja
matahari naik segalah dia akan menyeberang sungai bersama Anjang Limah ke
dusunnya menjaga enam ekor lembu ditambatkan di becah.
Hampir
maghrib barulah dia suami isteri balik ke rumah. Di dusun dia membuat pondok
bangsal tempat berihat. Di situlah dia solat, Anjang Limah akan masak memasak
untuk makan tengah hari. Petang petang mereka akan tambatkan lembu lembu di
kandang sebelum balik ke rumah.
“Dia tak
tahu duduk diam," ujar Bahari apabila kenangkan sikap ayah mertuanya yang
sudah berusia lebih 90 tahun, tetapi masih tidak mahu mengalah.
Kalau
mahu dikatakan dia susah, kebun getahnya sahaja sudah memadai untuk menyara
hidup. Bahari sendiri yang uruskan kebun getah tersebut. Di dusun itu pun Pak
Mijan bukanlah buat kerja kuat sangat. Dia sekadar menjauhkan diri daripada
suasana kampung yang hiruk pikuk dengan kebisingan budak- budak.
Di dusun
yang jauh di pinggir hutan suasananya sunyi. Cuma dia suami isteri di pondok
itu menghabiskan masa menunggu petang menjelang.
"Buah
cempedak ni kalau tak dijaga, habis makan dek kera," ujar Pak Mijan
perlahan apabila saya ikut sama ke dusunnya itu. Memang buah cempedaknya lebat
hingga tiap-tiap pokok bergayutan.
"Di
sini cempedak tak laku nak jual," beritahu Anjang Limah apabila anaknya
Samah sebut fasal harga sekilo buah cempedak di Kuala Lumpur sampai RM 4.50.
Tetapi
Pak Mijan tidak peduli kalau Samah mahu bawakan lori memunggah buah cempedak
tersebut dijual ke Kuala
Lumpur . Dibiarkan
di pokok pun buah-buah itu akan Iuruh tidak berguna.
Bukan
takat cempedak sahaja, musim rambutan atau durian pun buahnya lebat tidak habis
dimakan. Terpaksa pula Marsunah sedekahkan kepada orang-orang kampung. Pak
Mijan lebih suka kalau orang-orang kampung datang ke dusunnya memetik buah-buah
yang melayut. Pokok petainya dua tiga batang itupun, Pak. Mijan biarkan sahaja
orang-orang kampung meranggah asal sahaja tidak dijual ke pekan.
“Dia ni
tak pernah sakit sejak muda lagi," jelas Anjang Limah memberitahu saya tatkala
Pak Mijan menongkah galah rakit di tengah sungai. "Kalau adapun demam-demam
selsema atau batuk aje," katanya mengerling suaminya menolak rakit
menyongsong arus sungai
Samah
mahu membantu pun dia tidak benarkan. Memang Pak Mijan tidak percaya anaknya
yang sudah berusia hampir lima
puluh tahun itu mampu bergalah rakit. Biarlah dia sendiri menolak gaIah rakit
menyeberang ke tebing sungai. Dia masih mampu menggenggam buluh galah kalau
takat menongkah arus sungai.
Apa
sangat dengan menolak galah rakit kalau bandingkan dia menghadapi gangguan
tatkala Marsunah nikah. Bukan takat Marsunah sahaja, malah Nyok Sidik hilang di
hutan pun dialah satu-satunya yang diharapkan. Tersengguk-sengguk Uda Mahani
menangis datang ke rumahnya memberitahu fasal Nyok Sidik tidak balik dari hutan
- hingga santak maghrib.
Tidak
pernah Nyok Sidik terkandas kalau masuk ke hutan menggalas senapang laras
duanya. Sudah bertahun dia ke hutan tidak pernah membawa siapapun kawan. Kalau
adapun sama Bidin Botak satu-satunya yang mahu temankan dia ke hutan. Siapa yang
sanggup ikut Nyok Sidik memburu sampai lantas ke hutan besar Jeniang.
Sewaktu
mengikut jejak Nyok Si-dik ke hutan, Pak Mijan hanya meng hela nafas sahaja.
Kemudian dia melepaskan perlahan mencari gerak langkah yang perlu dituju. Bidin
Botak bersama Samah yang mengikutnya juga tidak dapat mengagak hala yang dibawa
oleh Pak Mijan. Memang jarang jalan tersebut dilalui oleh Nyok Sidik kalau dia
berburu ke hutan.
Tidak
jauh mereka masuk ke hutan, Bidin Botak nampak Nyok Sidik duduk bertupang
kepala lutut di bawah rumpun buluh di tepi anak air. Senapang dipeluknya
erat-erat tidak lepas sedikit pun. Mulutnya berbuih-buih dengan mata terpejam.
Samah dengan Bidin Botak menandunya dibawa keluar sampai ke rumah, tetapi Nyok
Sidik masih tidak sedar apa-apa.
"Nyok
ni suka ke hutan seorang diri," keluh Samah terkilan dengan sikap bapa
saudaranya. Kalau berburu ke hutan dia tidak bimbang pun berseorangan menggalas
senapang. Tidak pernah dia pulang dengan tangan kosong sekiranya sudah masuk
mengendap di tepi belukar.
Setidak-tidaknya
ayam hutan siap disembelih akan dijinjing balik. Kadangkala pelanduk tengah
galak bertandak akan menjadi sasaran peluru senapangnya. Memang Nyok Sidik
mahir menggunakan senapang kalau berburu ke hutan. Sebab itulah dia tidak
perlukan siapapun menemankan apabila masuk mengendap di tengah belukar.
Hingga
dia ditemui duduk bertupang lutut di bawah rumpun buluh, memang tidak siapapun
tahu puncanya. Apa bila Bahari mendesak dihantar ke hospital, Samah berkeras
menghalangnya. Biarlah Nyok Sidik diubati cara kampung supaya dapat ditentukan
sama ada gangguan puaka hutan atau pun tidak.
Masakan
diganggu puaka hutan boleh diubati di hospital. Lainlah kalau Nyok Sidik
ditemui tergelincir hingga patah kaki, atau dihempap pokok sampai tidak dapat
bergerak. Memang kalau sakit jasad bila-bila Samah relakan bapa saudaranya diubati
di hospital. Tetapi Nyok Sidik ditemui tidak sedar diri di bawah rumpun buluh.
"Kalau
Nyok sakit jantung, elok dibawa ke hospital," cepat sahaja Bahari menuduh
Nyok Sidik diserang sakit jantung tatkala berburu ke hutan. Disebabkan sesak
nafas dia terpaksa duduk memaut kepala lutut untuk menahan kesakitan yang
dideritai.
"Hah,
ini bukannya sakit jantung," sahut Bidin Botak tidak percaya Nyok Sidik
mengidap sakit jantung.
"Aku
pun tak percaya Sidik sakit jantung," Ulung Simat bersetuju dengan Bidin
Botak. Masakan Nyok Sidik boleh diserang sakit jantung, kerana tidak pernah dia
mengadu sesak nafas.
Disebabkan
Uda Mahani sendiri meminta supaya suami nya diubati cara kampung, tidak ada siapa lagi berani
mendesak untuk menghantar Nyok Idik ke hospital. Uda Mahani rela menerima apa
sahaja takdir sekiranya Nyok Sidik tidak dapat diselamatkan. Biarlah semuanya ditentukan
oleh Allah AzzawajaIla.
Setelah
semua kaum keluarga bersetuju diubati cara kampung, Bidin Botak menjemput Lebai
Sawar. Tetapi Lebai Sawar sudah ke Perlis berkunjung ke rumah anaknya.
Dalam
keadaan terdesak itulah Pak Mijan terpaksa juga berdoa bagi menyelamatkan adik
iparnya.
Selepas
bersembahyang sunat dua rakaat, Pak Mijan mengusap muka Nyok Sidik dengan
membacakan Fatihah tiga kali.
Memang
Bidin Botak dan Samah tahu benar mengenai kejadian yang menimpa Nyok Sidik.
Sebab ituiah mereka berdua berkeras tidak mahu dihantar ke hospital. Mereka
sendiri melihat bagaimana Pak Mijan diserbu lelaki bertanduk yang keluar dari
celah rumpun buluh.
Belum
sempat lelaki bertanduk itu menerkam, Pak Mijan menghembusnya dengan membacakan
Ayatul Kursi tujuh kali. Ter kial-kial lelaki bertanduk itu terselit di celah
rumpun buluh akibat tercampak setelah dihembus oleh Pak Mijan.
Kemudian
Pak Mijan menghentakkan tumitnya ke tanah lantas membaca kan :
Bismillahi
ma-sya-Allah laya-suqul hairu Illallah, Bismil-lahhi masya-AIlah layas-riful su-i
illallah, bismillahhi masya-Allah ma kana min-ni'matin faminallah, bismillahhi
masya-Allah layati bil-hasnata illallah, bismillahhi masya-Allah la-haulawala
qauwata illa-billah.
Habis
sahaja dia membacakan doa, Pak Mijan mengisarkan tumitnya Iantas menyambar tangan
lelaki bertanduk itu. Sepantas kilat pula dia memusingkan tubuh lelaki bertanduk
itu Iaksana baling-baling berpusing tidak bertampan.
Terjerit-jerit
lelaki bertanduk itu meminta dilepaskan dari genggaman tangan Pak Mijan. Tujuh
kali dipusingkan nya, barulah lelaki bertanduk itu dilimparkan ke perdu rumpun
buluh. Serentak dengan itu asap bukat memancar dari celah rum-pun buluh itu menyebabkan
lelaki bertanduk itu hilang di sebalik gumpalan asap.
"Awak
ambil pun Sidik, tak berguna lagi," mereka mendengar suara bergetar di
tengah asap melanggang naik memenuhi sekeliling rumpun buluh.
Pak Mijan
tidak menyahut. Dia mengisar tapak tangannya sahaja lantas ditepukkan tiga
kali. Serentak dengan itu rumpun buluh bergegar kuat diikuti jeritan langsing
memanjang.
"Sidik
dah sanggup bertukar geruh, Pak Mijan," sayup-sayup suara geran di celah
rumpun buluh hingga naik ke udara.
Gerun
juga Samah dan Bidin Botak melihat rumpun buluh yang bergegar laksana dirempuh
sekawan gajah. Tetapi Pak Mijan tidak berundur. Dia tetap berdiri di sisi Nyok
Sidik terkaku duduk memeluk kepala lutut dengan laras senapang tidak lepas
dipeluknya sama.
"Kenapa Pak Mijan buat
aku macam ni?" getaran suara di celah rumpun buluh berbaur dengan asap
pekat di celah rumpun berkenaan.
Tetapi Pak Mijan tidak
menyahut. Dia terus membacakan doa sambil ibu jari kaki ditekan ke tanah.
Apabila Pak Mijan membacakan lagi:
Walau-an-na qur-anan
sui-yirat au-qut-ti'at bihil-ardh au-kullima hihil-mauta bal-lillahhil
amru-jami'an ya syafi ya kafi ya mu'afi wabil haqqi anzalnahu wabil-haqqi
nazala,
gegaran rumpun bu-luh
semakin kuat.
Asap tebal juga bertukar
menjadi hitam Iaksana getah terbakar, hingga sekelilingnya berbau hangit. Terkebi-kebil
mata Samah dan Bidin Botak menyaksikan kejadian tersebut. Tentu siapapun tidak
percaya sekiranya mereka beritahu mengenai pengalaman yang tidak pernah dilalui
demikian.
"Kalau nak ambit juga
Sidik, ambillah..." gerutu suara di tengah rumpun buluh semacam mengalah.
Apapun yang dituturkan oleh
suara yang tidak dilihat jasadnya itu, Pak Mijan tetap tidak menyahut. Dia
terus membacakan doa untuk membinasakan apa sahaja gangguan dengan
kalimat-kalimat Allah. Jauh di sudut hati Pak Mijan segalanya terserah kepada
Allah sama ada doanya akan dimakbulkan ataupun sebaliknya.
Selepas asap hitam di celah
rumpun buluh semakin menipis, barulah Pak Mijan menyuruh anaknya Samah buatkan
tandu. Nyok Sidik perlu ditandu untuk dibawa balik disebabkan tubuhnya keras tidak
dapat digerakkan lagi. Setelah dibawa balik ke rumah, Pak Mijan basuhkan dengan
air surat Yassin untuk melembutkan semula tubuh Nyok Sidik.
"Saya minta Abang
Mijan ubatkan Sidik ni," Uda Mahani tersekat-sekat suara meminta Pak Mijan
doakan suami nya.
Pak Mijan mengangguk. Dia
tahu perkara mengubati Nyok Sidik bukan terletak pada doa yang dibacakannya.
Kadangkala dia sendiri merasa bimbang sekiranya jiran-jiran tersalah tafsir,
sekira nya keluarga mereka tidak sembuh dengan doa-doanya. Sebab itulah dia
tidak menghalang sekiranya mereka yang sakit berubat sahaja di hospital.
Tetapi dia tidak tergamak
menyinggung perasaan jiran-jiran. Manalah tahu mereka akan berkecil hati
sekiranya dia enggan mendoa-kan. Apalah gangat dengan doa kalau Allah tidak
makbulkan.
"Sama-samalah kita
berdoa," tutur Pak Mijan perlahan apabila dia mula berzikir di dalam hati
sebaik sahaja menghadap Nyok Sidik.
Setelah beristighfar 100
kali, Pak Mijan melenyapkan dirinya bersama zikir yang bergema jauh di
sanubari. Dia membiarkan seluruh tubuhnya terasa seperti dirayapi kalimayar
hingga bulu roma tegak mendebarkan.
Sedikit demi sedikit Pak
Mijan membiarkan dirinya tenggelam dalam getaran dadanya yang berserah semata-mata
kepada Allah. Sehingga dia merasa tubuhnya melayang ke perdu rumpun buluh di
tengah hutan. Dia melihat Nyok Sidik terendap-endap di sebalik belukar mahu
membedek rusa jantan tengah meragut pucuk ludai di tepi anak air.
Terlangah-langah rusa
jantan tidak mahu lari setelah mendengar ranting kayu di pijak. Berbuih-buih
mulut rusa jantan itu mengunyah pucuk ludai bertaruk muda. Tidak bertangguh
Nyok Sidik melepaskan tembakan menyinggah bawah telinga rusa jantan menyebabkan
is terpelanting ke rumpun buluh. Sewaktu Nyok Sidik menghunus golok mahu menyembelih
seekor ular hitam melintas di hadapannya. Tergamam dia menyebabkan terpaksa
berundur ke belakang membiarkan ular hitam tersebut menyusup ke dalam belukar.
Setelah ular hitam yang mengganggu langkahnya menyusup habis ke dalam belukar,
barulah dia menerpa ke perdu rumpun buluh.
Termangu dia tatkala melihat
tempat tubuh rasa terpelanting di perdu rumpun buluh bertukar menjadi lelaki
tua berpakaian serba hitam merengek-rengek kesakitan. Serba salah juga Nyok
Sidik dengan kejadian menuntut geruh demikian, kerana dia sendiri tahu sangat
padahnya kalau lelaki tua itu dibiarkan dengan tidak disembelih.
Kalau mahu disembelih juga,
dia mesti memuIihkan semula sehingga rusa yang ditembak menjelma diperdu rumpun
buluh. Dia tidak boleh membiarkan rusa tersebut tidak disembelih setelah
ditembak sampal tersungkur ke tanah.
"Ah, aku bukannya
mencari geruh kau!" gerutu Nyok Sidik mencebek bibir kerana diuji oleh
jelmaan orang tua berpakaian serba hitam itu.
Tiba-tiba sahaja orang tua
berpakaian serba hitam itu bingkas bangun dengan tanduk di kepaIa. Dia duduk di
atas bangkai rusa yang bulunya meremang tegak memercik darah. Tersengih-sengih
dia mengejek Nyok Sidik yang tercegat tidak berganjak.
"Macam mana
Sidik?" soal lelaki tua itu terketar-ketar Iaksana orang tua gaik yang
kedut kulitnya sampai me-lambir seperti guni tidak berisi.
"Aku sanggup tunggu di
sini," sahut Nyok Sidik setelah menyedari dia terperangkap tidak dapat melepaskan
diri. "Aku tak akan tukar geruh aku dengan keluargaku," jelasnya
bertekad tidak mahu mengalah.
Ketawa memanjang lelaki tua
itu mengerling Nyok Sidik. Saat ini dia menuntut janji Nyok Sidik kalau
membunuh rusa permainannya. Nyok Sidik tidak dibenarkan balik menemui keluarga
sekiranya tidak dapat memulihkan semula rusa yang telah ditembak mati.
Nyok Sidik tahu rusa yang
ditembaknya hanya bayangan sahaja untuk memperdayakan dirinya. Dia tuba
mengeluarkan diri daripada perangkap bayangan puaka berkenaan, tetapi sudah
terlambat. Kalaulah tidak dihalang oleh ular hitam yang melintas, tentu dia
cepat sampai menghunus golok. Sekiranya goloknya cepat menyembelih ke leher
rusa berkenaan sebelum bertukar menjadi jelmaan lelaki tua, memang dia terlepas
daripada perangkap tersebut.
Tatkala dia melihat Pak
Mijan tercegat berdiri memukul orang tua bertanduk dengan gada besi, Nyok Sidik
sudah tidak dapat melepaskan diri daripada sumpahan yang memakan diri nya
sendiri.
Lama dia mempelajari ilmu
berburu di hutan daripada Pak Senik di Perak. Sudah menjadi pantangnya tidak
akan menembak rusa di bawah rumpun buluh. Tetapi sewaktu dia melepaskan ternbakan
tidak pula disangkanya rumpun buluh di tepi anak air. Hanya setelah tembakan
berdentam baru disedarinya rumpun buluh di sebalik belukar ludai yang tumbuh
merimba.
Pak Senik sendiri ingatkan
dia supaya tidak membedek ayam hutan bertenggek di akar kayu terjuntai atau di
atas busut, tidak melepaskan tumbakan ke arah kijang yang menuruni bukit atau
di balik banir, tidak menem-bak rusa melintas di bawah rumpun buluh. Nyok Sidik
perlu memegang kukuh-kukuh amalan gurunya kalau mahu berburu seorang diri di tengah
belukar hutan.
Bila-bila dia akan
terserempak kijang di tengah padang Ialang, kalau biarkan kijang menuruni bukit berlalu
tidak diganggu. Tidak seekor pun rusa terlepas daripada laras senapangnya, sekiranya
dia tidak mengganggu binatang berkenaan meragut pucuk Iudai di bawah rumpun buluh.
Tetapi Nyok Sidik tersilap
Iangkah. Geram benar hatinya melihat seekor rusa jantan terlangah-Iangah meragut
pucuk Iudai. Tanduknya yang bercabang akan tersangkut di celah rumpun buluh
kalau diasak ke situ. Tentu rusa berkenaan tidak dapat me-lepaskan diri sekiranya
dia menghambat ke perdu rumpun buluh.
"Abang baliklah, biar
aku selesaikan urusan ni," tutur Nyok Sidik menitiskan air mata sambil
memberi isyarat dengan tangan menyuruh Pak Mijan berundur sahaja dari pada
menyelamatkan dirinya.
"Aku kesihankan isteri
kau, Mahani," bisik Pak Mijan tenang memerhatikan Nyok Sidik seolah, olah
menjadi gembala rusa di kawasan di kelilingi rumpun buluh di tengah hutan.
"Tak apalah,
bang," sayu sahaja suara Nyok Sidik menjelaskan. "Dah salah aku, apa
nak buat," katanya menggeleng Iemah duduk di bawah rumpun buluh menjadi
gembala rusa yang galak memakan pucuk Iudai.
Pak Mijan tersentak
bagaikan orang terbangun dari tidur nyenyak. Setelah direnungnya mata Nyok
Sidik terkejang di tengah rumah, dia menghela nafas. Kemudian menggamit semua
sanak saudara duduk membacakan Yassin bersama.
"Bacakan Yassin, itu
sahaja yang dapat kita bantu," ujar Pak Mijan perlahan menahan rasa
terharu di hati.
Mereka semua tidak
membantah. Masing-masing sudah tahu Nyok Sidik tidak dapat diselamatkan lagi
dalam keadaan semakin nazak. Tentu Pak Mijan sudah mengetahui mengenai penyakit
yang dihidapi oleh Nyok Sidik, tetapi sengaja merahsiakan kepada mereka.
Bagaimanapun Pak Mijan
sekadar mendapat alamat sahaja, bukanlah bermakna apa yang dIllhatnya itu
benar-benar berlaku ke atas diri Nyok Sidik. Alamat demikian itulah menjadi petunjuk
kepadanya bahawa keadaan yang dideritai oleh adik iparnya tidak boleh
diselamatkan Iagi. Sebab itulah dia menyuruh sanak saudara bacakan sahaja Yassin
sebagai ikhtiar terakhir membantu Nyok Sidik.
Tidak lama selepas
dibacakan Yassin, selepas waktu isya Nyok Sidik meninggal dunia. Bahari
memberitahu Nyok Sidik diserang sesak nafas sahaja ketika melaporkan kematian Nyok
Sidik ke balai. Memang tidak tahu apakah penyakit sebenarnya yang menyebabkan
kematian Nyok Sidik itu, kecuali ketika ditemui di hutan dia dalam keadaan seperti
sesak nafas.
Sewaktu Nyok Sidik diusung
ke kubur, di kiri kanan lorong angin bertiup kencang seolah-olah mengiringinya
sama ke kubur. Orang-orang kampung menjadi hairan kerana angin bertiup kencang
itu berhenti setelah tempat yang diIalui ditinggalkan, dan bertiup lagi di kiri
kanan usungan.
"Biarkan, jangan ambil
peduli," perintah Pak Mijan mengingatkan mereka yang mengusung jenazah
supaya tidak gelabah.
"Kalau tak ganggu
kita, tak apa!" rungut Samah yang memikul usungan di hadapan. Bimbang juga
dia sekiranya berlaku kejadian luar biasa, hingga menyebabkan orang ramai
ketakutan.
"Tak apa, yang
berkuasa hanya Allah," ujar Ulung Simat pula memberi semangat. Jauh di
sudut hatinya Ulung Simat juga tidak keruan dengan keadaan angin bertiup hanya
di keliling usungan sahaja.
Sehingga sampai ke kubur, angin
tetap bertiup sekelompok sahaja di pucuk pokok kemboja berhampiran. Bergegar
kuat dahan pokok kemboja akibat angin bertiup kencang sekelompok sahaja.
Sebelum jenazah diturunkan
ke liang lahad, Pak Mijan terjun dahulu ke dalam kubur. Dia mengambil tanah di
liang lahad dikepalnya tiga genggam. Kemudian dia melompat naik semula ke
tebing. Setelah dibacakan Fatihah tiga kali, Pak Mijan melontarkan tanah tersebut
ke arah angin bertiup sekelompok.
Sebaik sahaja menyinggahan
kelompok angin bertiup di pucuk pokok kemboja, tanah yang dilontarkan berderai
jatuh. Tiba-tiba sahaja angin bertiup itu berhenti. Gegaran dahan kemboja juga
terhenti, sekalipun daun-daunnya gugur bertaburan ke bumi.
Setelah tidak ada gangguan
lagi baruIah Pak Mijan membenarkan jenazah diturunkan ke liang lahad. Ketika
Pak Mijan membacakan talkin di atas kubur, mereka yang sama sama berceratuk di
situ kelam kabut apabila beribu-ribu rama-rama berterbangan di kepala mereka.
Puas ditepiskan rama-rama
itu semakin banyak berterbangan dengan bermacam-macam warna. Tidak se-ekorpun cuba hinggap di mana-mana. Hanya berterbangan sahaja
berkeliaran di atas kepala mereka. Tetapi Pak Mijan tidak terganggu pun dengan
keadaan rama-rama banyak berterbangan. Dia terus membacakan talkin sampai habis
membaca doa.
Tiba-tiba sahaja rama-rama yang
banyak hilang, sebaik sahaja Pak Mijan selesai membaca talkin dan berdoa.
Memang mereka tertanya-tanya juga apakah rama-rama yang banyak itu membawa
alamat buruk ataupun balk? Pak Mijan hanya menggeleng kepala sahaja apabila
ditanya oleh Uda Mahani.
Bimbang juga Uda Mahani sekiranya
alamat buruk akan menimpa dirinya selepas kematian Nyok Sidik. Manalah tahu
kalau-kalau rumahnya akan
diganggu pula. Lainlah tatkala suaminya masih ada, tidak pernah dia takut
apa-apa. Bila-bila sahaja Nyok Sldik akan turun ke tengah halaman apabila
terdengar bunyi orang berlari keliling rumah.
Beberapa kali Uda Mahani
terjaga bangun di tengah malam, dia melihat Nyok Sidik duduk membakar kemenyan
di tengah rumah. Kalau ditegur Nyok Sidik akan tersengih-sengih sahaja. Selepas
membakar kemenyan tengah malam, esoknya pagi-pagi lagi Nyok Sidik akan masuk ke
hutan memanggul senapangnya.
Tidak sampai satu jam dia
akan balik semula ke rumah membawa ayam hutan siap disembelih. Kadangkala Nyok
Sidik akan membawa pelanduk hidup-hidup balik ke rumah.
Sebab itulah Uda Mahani
tidak hairan lagi dengan sikap suaminya. Setiap kali dia masuk ke hutan Nyok
Sidik memilih waktu pagi. Dia tidak akan ke hutan mengendap binatang liar di
sebelah malam seperti jiran-jiran lain di kampung. Belum pernah pula dia balik
dengan tangan kosong.
Kadangkala dia memberitahu
Uda Mahani binatang yang ditanqkap hidup-hidup situ terkena jerat. Tetapi tidak
pernah pula Nyok Sidik masuk ke hutan memasang jerat atau perangkap. Beberapa
kali juga Bidin Botak menemani dia, memang lelaki itu mengakui Nyok Sidik tidak
pernah menembak binatang buruannya.
Sebaik sahaja masuk ke
hutan, Nyok Sidik akan duduk di banir pokok sambil bersiul nyaring. Dalam
beberapa minit sahaja angin akan bertiup sekumpal hingga sampai ke pucuk pokok
tempat Nyok Sidik bertenggong. Dari balik banir pokok itu Bidin Botak nampak
seorang lelaki tua bertanduk terbongkok-bongkok mengheret dua tiga ekor pelanduk.
Malah pernah juga membawa kijang.
Setelah disembelih,
darahnya akan dihirup oleh orang tua bertanduk itu. Setelah binatang yang
diburu itu mati orang tua bertanduk berkenaan akan hilang di sebalik banir
pokok. Tetapi Bidin Botak tidak dapat melihat dengan jelas kerana dia disuruh menunggu
jauh sedikit di lereng bukit.
Disebabkan Bidin Botak
seringkali bertanya fasal lelaki tua bertanduk itulah, Nyok Sidik tidak
benarkan lagi dia mengikut ke hutan. Nyok Sidik Iebih suka masuk ke hutan
seorang diri sahaja. Dia tidak mahu siapapun bertanyakan kejadian yang berlaku
di balik banir pokok itu.
Tetapi Uda Mahani bimbang
disebabkan Nyok Sidik sudah meninggal dunia. Bagaimana kalau lelaki tua
bertanduk yang di-katakan oleh Bidin Botak itu menjelma? Dia sendiri tidak tahu
apa perlu dibuat sekiranya lelaki tua bertanduk itu tiba-tiba sahaja menjelma
untuk menakut-nakutkan dia.
Terpaksa juga Uda Mahani
mengadu pada Pak Mijan. Setidak-tidaknya biarlah Pak Mijan memagar keliling
rumah supaya makhluk halus tidak boleh membolos masuk.
"Saya bimbang Anjang,"
ujar Uda Mahati terputus-putus suara memberitahu Anjang Limah hingga tidak
berani jejak kaki batik ke rumah.
"Jemputlah anak-anak
kamu tinggal sama," lantas sahaja Anjang Limah mencadangkan supaya
anak-anak yang jauh diajak tinggal sama di rumah berkenaan.
"Takkan mereka mahu
tinggal di kampung," jelas Uda Mahani tidak dapat meyembunyikan
kebimbangan hatinya.
"Ah, pujuklah sesiapa,
buat sementara;" tegas Anjang Limah mententeramkan hati adik iparnya.
Masakan anak-anak mereka
tidak mahu temankan emak sendiri buat sementara waktu orang tua itu menanggung
dukacita selepas kematian suami. Apalah salahnya Sarah atau Hanum balik ke kampung
sebulan dua. Masakan suami mereka tidak benarkan semata-mata untuk temankan emak sendiri.
Memang Sarah sudah bersedia
untuk tinggal di kampung sebulan dua. Adiknya Hanum juga tidak keberatan
tinggal bersama. Anak-anak yang bersekolah tidak perlu dibimbangkan, kerana
mereka sudah tahu menguruskan diri masing-masing. Lagi pun ayah mereka akan
mengambil berat sepanjang hari semasa emak di kampung menemankan nenek.
"Emak tu tak sabar," ujar Sarah
apabila diberitahu oleh Anjang Limah mengenai kebimbangan yang ditanggungnya.
"Sarah akan temankan dia, biarlah sampai dua tiga bulan." dia memberi
pengakuan di hadapan emak saudaranya.
"Hanum, juqa akan
temankan emak," jelas Hanum perlahan. Dia juga dapat merasakan kesedihan
yang membelenggu perasaan emaknya selepas kematian ayahnya itu.
Tetapi selepas sahaja Nyok
Sidik dikebumikan, malamnya sahaja Uda Mahani bersama anak-anaknya sudah diganggu
bimbang. Pokok-pokok di keliling rumahnya ditiup angin berpuput perlahan dengan
suara halus seolah-olah memanggiI Nyok Sidik. Bahar suami Sarah, dan Malik
suami Hanum memberanikan hati membuka jendela. Mereka menyuluh ke arah pokok
nangka di hujung halaman rumah. Hanya dahan pokok nangka itu sahaja bergegar
ditiup angin, sedangkan pokok pisang yang berhampiran tidak pula disentuh langsung.
Pokok bunga raya yang tersergam tidak jauh daripada pokok nangka itu juga tidak
bergoyang apa-apa.
Tiga malam berturut-turut
kejadian itu berulang. Kalau tidak disebabkan orang masih ramai di rumahnya,
memang Uda Mahani kejang tidak dapat bercakap apa-apa. Takut benar dia dengan
kejadian tersebut, hingga terasa mahu terbarai kencing tidak bertahan. Macam
mana hatinya tidak dicengkam takut, apakala angin bertiup hanya sekelompok
sahaja?
Malam pertama itu memang
tengah orang ramai bertahlil di serambi. Angin bertiup sekelompok itu tidak
lari daripada pokok nangka di hujung halaman. "Aku tak mati, kenapa
kebumikan aku?" rintih suara halus di pucuk pokok nangka itu seakan-akan
Nyok Sidik memanggil tetamu.
"Memang setan suka
mengganggu manusia," rungut Samah menggertap bibir sambil mengerling
ayahnya Pak Mijan.
Sehingga habis selesai
orang bertahlil rintihan halus di pucuk pokok nangka itu berlanjutan hingga jam
10 malam. Pak Mijan sekadar menggeleng-geleng kepala sahaja tidak melakukan apa-apa.
Selepas semua orang balik,
tidak ada pula gangguan itu berterusan. Hanya malamnya Uda Mahani bermimpi
disuruh oleh Nyok Sidik galikan semula kuburnya. Dia mengaku masih hidup, dan
meminta Uda Mahani penuh permintaannya supaya kuburnya digali. Serba salah Uda
Mahani mahu mem beritahu anak-anak dan menantunya. Sarah dan Hanum sendiri
tidak percaya dengan mimpi emaknya, kerana mereka melihat sendiri jenazah
ayahnya dimandi dan dikapankan. Kalau ayah nya masih hidup tentulah akan
terbersin sewaktu dimandikan tatkala air dijirus berulang kali.
Tiga malam berturut-turut
angin bertiup sekumpul di pucuk pokok nangka, tiga malam juga Uda Mahani berrnimpi
Nyok Sidik merayu supaya kuburnya digali. Dia masih belum mati semasa dikebumikan.
Sebab itulah dia mendesak Uda Mahani menggali semula kuburnya supaya dia boleh
hidup kembali.
"Kau dah mati, Abang
Sidik," Uda Mahani tetap berkeras tidak mahu mematuhi desakan Nyok Sidik
di dalam mimpinya.
"Siapa kata aku
mati!" tersengih-sengih Nyok Sidik menatap muka isteri nya bagaikan anak
muda segak berhadapan dengan gadis perawan.
"Aku tengok kau
dimandi dan dikapan kan ," jelas Uda Mahani mencebek bibir semacam serba
salah untuk membuat keputusan.
"Aku tak mati, aku
tengah berubat sendiri..." tegas Nyok Sidik meyakinkan isterinya supaya
kuburnya digali juga.
Memang dia mengaku keadaan
jasadnya seperti orang mati, disebabkan tengah terlantar jauh di tengah hutan belantara.
Dia mati mematuhi syarat pantang larangnya apakala cabuh hingga terhutang tidak
dapat dielak. Biarlah dia menjadi gembala rusa sementara dapat membayar semula
hutang cabuh pantang kepada lelaki bertanduk yang menuntut janji.
Dia mesti memenuhi janji
dengan menjadi gembala rusa, sehingga tempoh bulan mengambang penuh selesai.
Kalaulah Pak Mijan tidak menemui dia tatkala duduk memeluk lutut di bawah
rumpun buluh, memang dia akan balik semula selepas tempoh pantang larang nya
selesai.
Tetapi Pak Mijan bawa juga
tubuhnya balik dalam keadaan seperti mayat terbujur. Dia tidak dapat membantah
kerana jasadnya sudah diserahkan kepada lelaki tua bertanduk itu sampai bulan mengambang
penuh. Dia tetap berkeras memberitahu orang bertubuh kasar memang tersalah
anggap melihat keadaan jasadnya seolah-olah seperti mayat terbujur itu.
"Hospital pun dah
sahkan kau mati," Uda Mahani tetap berkeras.
"Terpulanglah pada kau
Mahani," ujar Nyok Sidik sayu disebabkan Uda Mahani tetap membantah.
"Kalau kau kesihankan aku, galilah kubur aku cepat," katanya meyakinkan
isterinya yang bertambah bimbang.
"Aku tak percaya,"
tegas Uda Mahani tidak mahu terperangkap dalam pesona syaitan yang mahu
merosakkan imannya.
"Percayalah Mahani,
aku masih hidup..." berulang kali Nyok Sidik mengingatkan dia di dalam
mimpi berturut-turut tiga malam.
Disebabkan Uda Mahani tidak
mempercayai akan pujukannya, Nyok Sidik terpaksa menjauhkan diri. Air matanya
mengalir ke pipi seolah-olah mengharapkan belas kesihan.
Memang Sarah dan Hanum tidak
percaya dengan mimpi emaknya. Bahar dengan Malik juga bersetuju dengan isteri
mereka, kerana mimpi hanya disebabkan emak mertuanya terlalu teringatkan arwah Nyok
Sidik.
Seisi kampung melihat
sendiri mayat Nyok Sidik terbujur. Doktor juga sudah sahkan Nyok Sidik
meninggal dunia akibat sesak nafas. Masakan mereka boleh mempercayai mimpi yang
segaja mahu merosakkan iman seseorang. Disebabkan anak-anak dan menantu
berkeras tidak mempercayai mimpinya, Uda Mahani juga tidaklah mendesak sangat.
Dalam mimpinya juga dia berkeras tidak mahu menggall semula kubur arwah
suaminya.
Tetapi sehingga seminggu
puputan angin di pucuk pokok nangka itu berulang juga. Di tengah kelembutan
puputan angin sekumpul itu, mereka mendengar sekali sekala rintihan suara
seolah-olah Nyok Sidik memanggil anak isterinya. Dia mengaku masih belum rnati
sekalipun jasadnya sudah dikebumi kan .
"Macam mana ikhtiar kita Anjang?"
Sarah mendekati Pak Mijan setelah tujuh malam berturut-turut me reka berkumpul
di rumah Uda Mahani. "Emak dah mati akal, mahu saja dia gall semula kubur arwah
ayah," ujar Sarah bimbang kalau-kalau emak nya tidak dapat menahan sabar.
"Entahlah, apa pandangan
lebai?" lantas sahaja Pak Mijan memandang Lebai Sawar yang dijemput datang
sebaik sahaja balik dari Perlis
"Kalau boleh kita bacakan
Yassin di kubur," Lebai Sawar mencadangkan sambiI mengerling Bahar yang
tersandar di hujung serambi.
Bahar bersetuju ke kubur
membacakan Yassin. Budin Botak dan Samah juga sanggup temankan sama ke kubur.
Manap Sepet tidak mengelak untuk ikut sama bacakan Yassin di kubur Nyok Sidik.
Biarlah Malik bersama Pak Mijan menunggu di serambi rumah sahaja.
Sewaktu mereka berempat
turun ke halaman mahu ke kubur, Ulung Simat datang bersama Pak Senik dari
Taiping. Memang Ulung Simat sendiri menjemput Pak Senik setelah berlaku kejadian
tersebut. Satu satunya yang diharapkan tentulah guru Nyok Sidik sendiri. Sebab
ituIah Ulung Simat sanggup bersusah payah ke Taiping mencari Pak Senik.
Semalaman Pak Senik
menunggu di rumah Uda Mahani tidak pula berlaku kejadian angin memuput di pucuk
pokok nangka itu. Bagaimanapun Bahar bersama kawan-kawannya terus juga
membacakan Yassin di kubur Nyok Sidik. Kejadian rama-rama berterbangan berlaku
juga semasa mereka membacakan Yassin itu.
Tetapi Bahar tabahkan hati
memberi sernangat kepada kawan-kawan yang lain. Biarlah rama-rama itu
berterbangan asal sahaja mereka tidak diganggu. Kalau rama-rama itu jelmaan
syaitan sudah tentu semuanya hangus akibat dibakar kalimat-kalimat Allah
daripada surah Yassin itu.
Lebih satu jam mereka duduk
di situ, tidak ada apa-apapun kejadian ganjil berlaku. Hanya rama-rama Yang
berterbangan itu sedikit demi sedikit hilang di tengah kegelapan malam dan
samar-samar api pelita di atas kubur.
"Selepas itu tak ada
lagi gangguan," ujar Pak Mijan menyorongkan buah cempedak kepada saya,
apabila kenangkan kejadian yang menimpa arwah adik iparnya Nyok Sidik.
Jauh di sudut hati nya
memang dia bimbangkan juga kalau-kalau keluarga Nyok Sidik menuduh dia sebagai
punca menyebabkan arwah adik iparnya itu dikebumikan sekalipun belum meninggal
dunia. Tetapi Bahar berkeras tidak percaya dengan mimpi emak mertuanya sekalipun
berturut-turut tiga malam.
"Pak Mijan, tak letih
ke bekerja di dusun ni?" sengaja saya mahu menguji hati orang tua itu.
"Masa hayat kita masih
ada, ustaz, wajib bekerja menyara hidup," tersengih-sengih dia mengerling
saya. Wajahnya yang tua bertubuh kecil itu masih kelihatan gagah bertenaga
dalam usia Iebih 90 tahun.