Tuesday, July 17, 2018

286.. DENDAM TURUN TEMURUN


SAMPAI di pagar jalan keretapi sebelum masuk ke pekan kecil itu, Usin Keke terpaksa memberhentikan motosikal nya sebaik sahaja pagar itu tiba-tiba menutup jalan. Mujur sempat dia membrake sebelum terlajak merempuh pagar tersebut. Mail Togel yang membonceng di belakang juga terkejut apabila motosikal dibrake cemas.
Tidak ada pun penjaga pagar itu menutupkan pintu. Lampu merah di hadapan pondok pengawal itu juga tidak menyala.
"Pagar ni ditolak angin, agaknya," gerutu Usin Keke lantas melihat jam di tangan.
Sudah malam sangat mereka sampai di pekan kecil itu dalam perjalanan balik ke Taiping. Kalau tidak disebabkan Mail Togel berkuat mengajak dia balik menaiki motosikal, memang Usin Keke akan menaiki bas sahaja.
Tetapi musim hari raya jangan harap boleh dapat tiket bas, kalau tidak ditempah lebih awal. Semua orang mahu balik ke kampung. Mereka sanggup berbaris panjang di kaunter untuk menempah tiket. Kadangkala sebulan sebelum hari raya tiket di kaunter juga sudah habis dijual.
Sebab itulah Mail Togel mengajak menunggang motosikal sahaja balik ke kampung. Sampai malam pun di kampung mereka tidak bimbang lagi, asal sahaja tidak berebut-rebut mahu menempah tiket bas.
"Takkan angin tiup sampai tertutup pintu pagar jalan keretapi tu," bisik Mail Togel setelah kedengaran dari ' jauh bunyi siren. keretapi. Boleh jadi mereka tidak nampak di dalam samar-samar itu pengawal pagar tersebut membukakan pintu.
"Tak.  ada orang yang membukakan" ujar Usin Keke puas memerhatikan di seberang jalan. Memang dia tidak nampak siapa pun membukakan pintu pagar berkenaan.
Tetapi di belakang mereka beberapa buah kereta ikut juga berhenti. Memang dari jauh mereka nampak keretapi sudah mara dengan Iaju.
Semasa keretapi meluncur laju seorang lelaki menyusup di celah pintu pagar terus melintas ke seberang. Serentak dengan itu keretapi merempuh. Dalam samar-samar itu Usin Keke dan Mail Togel nampak lelaki berkenaan diheret keretapi.
Tidak ada jerit kesakitan terdengar, hanya bunyi enjin dan tayar menggilis landasan sahaja kedengaran.
"Kau nampakkah Mail?" soal Usin. Keke yang tergamam beberapa ketika akibat melihat kejadian yang berlaku di hadapan matanya.
"Nampak apa?” Mail  Togel juga menggeletar menahan debar dadanya yang mengombak kuat. "Orang yang kena langgar oleh keretapi itu ke?" keluhnya sambil menghela nafas panjang.
"Aku fikir tentu mati orang tu," ujar Usin Keke.
Hon kereta di belakang mereka mengejutkan. Pintu pagar jalan keretapi sudah terbuka semula. Cepat-cepat Usin Keke menghidupkan enjin motosikal. Dia bukan bimbangkan pemandu kereta di belakang membunyi hon menyuruh terus kan perjalanan, tetapi tidak tergamak lagi lama berhenti di situ.
Jalan ke pekan kecil itu memang sempit. Kereta dibelakang juga akan tersekat, kalau motosikalnya menghalang jalan. Memang pemandu kereta boleh merungut kalau disekat. Apalagi malam sudah larut, tentu masing-masing perlu cepat sampai ke rumah.
Usin Keke tidak sempat melihat sama ada pintu pagar keretapi itu ada pengawal membukakan. Disebabkan mahu cepat, dia tidak peduli lagi sama ada pengawal di situ terkial-kial menolak pintu pagar. Kalau mahu dikatakan ditolak angin, tidak mungkin. Pintu pagar itu bukanlah ringan hingga boleh bergerak apakala ditiup angin.
Jauh mereka meninggalkan pekan kecil itu barulah Usin Keke merasa lega sedikit. Perasaan gementarnya dapat dikawal. Memang tidak dapat digambarkan betapa negerinya, dia setiap kali teringatkan lelaki yang dirempuh keretapi semasa mahu melintas itu.
Dia sendiri tidak menduga lelaki berkenaan mahu melintas. Tiba-tiba sahaja lelaki itu muncul di belakangnya. Tergesa-gesa menyusup di bawah pagar mahu melintas. Siapa pun tidak sempat  menegahnya, apakala lelaki itu meluru sahaja melintas tatkala keretapi merempuh datang.
"Cari nahas malam-malam raya ni," Mail Togel mendengus kesal.
Kalau lelaki berkenaan tidak terburu-buru melintas tentu dia tidak digilis keretapi. Lagipun pintu pagar keretapi sudah ditutup, kenapa pula dia tergesa-gesa menyusup.
"Bukan dia tak nampak gate keretapi dah ditutup," masih terkilan Usin Keke dengan kejadian tersebut.
Ketika sarnpai di satu simpang empat, mereka berhenti di sebuah gerai yang masih menjalankan perniagaan. Hanya ada dua orang pelanggan duduk bertenggong di kerusi menonton TV. Tentu mereka baru balik dari surau, sebabkan pakaiannya berkain sarong dan baju Melayu.
Peniaga gerai berkulit hitam dan berbadan gempal itu segera mendekati mejanya, sebaik sahaja mereka duduk. Tidak bertangguh Usin Keke dan Mail Togel memesan kopi o. Malam-malam begitu memang sesuai meneguk kopi o panas, supaya dapat melawan rasa mengantuk,
"Besok hari raya, malam-malam pun balik kampung ye?" tegur peniaga gerai Pak Him semasa menghulurkan car wan kopi o.
"Naik motosikal senang, tak payah berebut-rebut ambit tiket bas, Pak Him," beritahu Mail Togel setelah mengetahui nama peniaga gerai itu Pak Him disebab kan dua orang pelanggan di situ memanggilnya begitu.
"Nak balik ke mana?" salah seorang pelanggan bertanya ramah. Orangnya belumlah tua sangat, tetapi berumur kira-kira 40 tahun.
"Nak balik ke Taiping," sahut Usin Keke lantas memplawa kenalan baru minum sama. Mereka menolaknya kerana asyik menonton siaran TV.
"Jauh lagi tu," ujar Pak Him sambil memerhati jam di dinding gerainya sudah pukul. 12„30 tengah. malam.
"Ah., sejam dua lagi sampailah, mana pula jauh nyaaa" pelanggan yang seorang lagi mencelah.
"Gerai ni, sarnpai  pagi ke, Pak Him?" soal Mail Togel memerhati keliling yang lengang diselubungi kegelapan malam. Lampu panjut pun tidak kelihatan terpasang menerangi- suasana malam hari raya.
"Taklah sampal pagi," Pak Him menjelaskan perlahan. "Kejap lagi lori banyak singgah, lepas pukul 3 tak ada lagi lori berhenti, tutuplah gerai," katanya terkuap-kuap menahan mengantuk.
Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari gerai tersebut mahu menghidupkan enjin motosikal, dua buah lori sarat membawa muatan berhenti. Usin Keke dan Mail Togel tidak peduli sangat pemandu lori dan kelendamnya berhenti minum di situ. Lagipun mereka tidak kenal sesiapa di situ.
Karnpung-kampung yang berhampiran dengan Taiping, mereka tidak kenal sangat orang-orang yang menetap di situ, apalagi dengan kampung yang jauh. Mereka pun jarang singgah di rnana-mana di pertengahan jalan, kecuali di bandar Ipoh.
Tetapi Usin Keke mengajak kawannya berhenti minum. di warung Pak Him di simpang empat itu untuk menghilangkan rasa gementar yang rnengganggu perasaan dia. Memang terasa ketarnya sepanjang perjalanan setelah terserempak dengan lelaki dilanggar keretapi itu.
"Kami berdua narnpak orang tu kena langgar keretapi," Mail Togel memberitahu mengenai kejadian tersebut.
Tetapi Pak Him dan dua orang pelanggannya tersengih-sengih sahaja Mereka seolah-olah tidak percaya dengan cerita Mail Togel. Dia tidak berbohong. Tetapi kejadian itu berlaku di depan matanya. Sewaktu lelaki berkenaan mahu menyusup di celah pintu pagar, memang melintas di sebelahnya sarnpai bersinggung bahu.
"Kami tak bohong, Pak Him," tegas Usin Keke rnahu meyakinkan mereka di gerai berkenaan.
"Ah, selalu orang ternampak," setelah lama mendengar penjelasan Mail Togel, barulah Pak Him bersuara. "Kalau melintas di situ dekat-dekat pukul 12, mentang terserempak laaa," katanya menutup mulut dengan penumbuk apabila terkuap luas.
"Bukanilah orang betul kena langgar tu?" Mail Togel mula terasa seram sejuk.
Pak Him mengangguk lesu. Kernudian dia berpaling pada dua orang pelanggan yang asyik menonton. TV.
"Dia tu, orang tiga suku," pelanggan yang duduk bertenggong menjelaskan. "Abang Kimin ni tahulah cerita-nya," dia memuncungkan mulut ke arah kawannya yang sama menonton TV.
"Kimin ni adik kembamya, dia tahu laaa," ujar Pak Him pula tersengih-sengih duduk menupang dagu di meja.
Tetapi Abang Kimin tersengih-sengih sahaja. Dia leka menonton TV tidak berkedip mata.
Mereka semua tertumpu pada Abang Kimin. Masing-masing mahu juga mendengar daripada mulut Abang Kimin mengenai abang kernbarnya yang dikatakan oleh Pak Him itu. Kalau benar lelaki yang dilihat oleh Usin Keke dan Mail Togei itu kembar Abang terttu kejadian itu sudah berlaku terlalu lama.
"Ceritalah, min..," desak Pak iir untuk memuas kan hati Lisin Keke dan Mail Togel
"Nanti awak berdua takut nak lalu di situ lain kali," perlahan sahaja Abang Kimin menuturkan, semacam mengingatkan mereka berdua supaya tidak mendesak dia memberitahu segalanya.
"Insya Allah, kami tak takut, Abang Kimin,” sahut Usin Keke.
Abang Kimin berkisar duduk. Dia berpaling memerhati Usin Keke. Sekali imbas Usin Keke dapat membayangkan perawakan. Abang Kirnin seakan-akan sama dengan lelaki yang dilihatnya merempuh keretapi.
Kemudian Abang Kimin memberitahu abangnya yang suka merayau-rayau di pekan kecil berkenaan. Kadangkala abangnya dimarahi oleh peniaga-peniaga di situ disebabkan suka meminta-minta Memang keluarga-nya marah dengan perangai abangnya itu.
Di rumah, mereka memberi cukup makan. Pakaiannya juga dijaga rapi, Tetapi abangnya iebih suka merayau-rayau. Maka dikatakan dia tidak siuman, abangnya tahu apa sahaja yang dilakukannya, Kadang kala dia sanggup mengambil upah menggali parit atau membuat kerja-kerja berat.
Apabila dia mula merayau-rayau, abangnya itu tidak mahu lagi membuat sebarang kerja. Dia mula meminta-minta apa sahaja makanan pada peniaga-peniaga di pekan kecil berkenaan. Sebab itulah keluarganya memarahi dia. Abangnya itu merajuk Iantas melarikan diri di tengah malam yang samar-samar.
Sewaktu dia melintas jalan keretapi itulah, dia dilanggar hingga tubuhnya berkecai. Hanya pakaiannya sahaja dapat dicam oleh keluarganya.
"Dulu, di situ tak ada pagar keselamatan," beritahu Pak Him pula menambah. "Selepas abang Kimin ni kena langgar, barulah kerajaan Orang Putih dulu buat pagar," katanya masih juga terkuap-kuap. Memang terbau busuk wap mulutnya pada Usin Keke setiap kali Pak Him berkuap menahan mengantuk.
Terdiam Usin Keke. Terasa juga was-was di hati mahu bertanya, tetapi bimbang pula Abang Kimin tersinggung. Kalau abang kembarnya di langgar keretapi masa pemerintahan Orang Putih, takkan Abang Kimin masih kelihatah muda.
Tetapi dia percaya Abang Kimin juga tidaklah berbohong mengenai kejadian yang menimpa abang kembarnya. Sama seperti dia terbohong sewaktu memberitahu kjadian yang dilihatnya sewaktu berhenti di lintasan jalan keretapi itu.
Lagipun masa pemerintahan Orang Putih bukanlah lama sangat berlalu. Kalau Abang Kimin berumur 50 tahun pun, tentulah kejadian yang menimpa abangnya itu sewaktu dia berumur 20 tahun.
"Seronok sangat kau bercakap dengan Abang Kimin," Mail Togel menepuk bahunya setelah jauh mereka meninggalkan gerai di simpang empat.
"Ah, kita nak tahu juga cerita sebenarnya abang kernbar dia.,. " ujar Usin Keke memecut motosikal di malam yang semakin dingin dengan angin sepoi-sepoi.
"Kau tak perasan ke?" terasa seram sejuk Mail Togel membonceng di belakang.
"Kenapa pula...?" tersengih-sengih Usin Keke apabila kawannya rneluahkan rasa ketakutan. Tidak disangkanya Mail Togel berbadan tegap rasa itu boleh merasa takut.
"Aku nampak Abang Kimin to matanya tak berkedip," beritahu Mail Togel.
Memang dia memerhatikan sejak mula singgah di gerai Pak Him, Abang Kimin leka menonton TV. Matanya tidak berkedip menonton TV itu. Apabila berpaling memandang mereka berdua, mata. Abang Kirnin tetap merenung tepat dengan tidak berkedip lang-sung.
Dia perhatikan betul-betul gerak geri Abang Kimin macam sendi-sendinya tidak boleh dibengkokkan. Kaki dan tangannya keras. Malah lehernya juga keras semasa mahu berpaling, hingga terpaksa mengisar duduk. Baik lutut mahupun sikunya jegang seolah-olah tidak boleh dilipatkan.
Masakan Usin Keke tidak perasan langsung, disebabkan dia yang melawan Abang Kimin berbual.
Bagaimanapun dia dapat memahami bahawa lelaki yang dilanggar keretapi itu, memang bayangan yang mengelirukan dia. Kalau keretapi melintas tentulah lampu di tiang rumah kawalan itu menyala merah. . Pengawal yang menjaga pintu pagar tentu keluar membukakan pagar tersebut.
Sebab itulah semasa balik semula ke Kuala Lumpur, Mail Togel mengajak juga kawannya Usin Keke singgah semula di gerai Pak Him. Setidak-tidak tidaknya mereka boleh bertanyakan pada Pak Him mengenai Abang Kimin. Tentu Pak Him sengaja merahsiahkan semasa Abang Kimin ada bersama di situ. Manalah tahu Abang Kimin akan tersinggong pula.
Sebaik sahaja sampai di simpang empat itu, Usin Keke memberhentikan rnotosikalnya. Tidak ada pun gerai Pak Him di situ. Kawasan itu hanya dipenuhi belukar lalang. Rumpun buluh terletak digerai Pak Him memang ada di situ, tetapi ditumbuhi belukar lalang meliar.
"Salah tempat kita ni’ ujar Usin Keke terus memecut mereka meninggalkan kawasan simpang empat itu.
Sewaktu mereka sampai di lintasan jalan keretapi, lantas sahaja dia berhenti di situ.
 Tidak bertangguh mereka berdua bertanyakan pada pengawal lintasan jalan keretapi mengenai kejadian yang mereka tempuhi semasa balik sebelum hari raya. Tetapi pengawal rumah lintasan itu memberitahu tidak pernah keretapi melintas sebelum jam 12 malam di situ.
Tergelak besar dia apabila diberitahu mengenai lelaki yang diheret keretapi pada malam hari raya itu. "Kalau ada, tentu sudah keluar dalam surat khabar," jelas pengawal lintasan keretapi itu. Memang semalaman itu dia berkawal, tidak pernah pun berlaku kemalangan di situ hingga meragut nyawa orang.
Dia sendiri tidak tahu mengenai rumah kawalan lintasan jalan keretapi itu dibina selepas kembar Abang Kimin dilanggar di situ.
"Sejak saya bertugas di sini, tak pernah saya dengar pun fasal orang kena langgar keretapi," beritahu pengawal lintasan jalan keretapi itu ikhlas.
Memang sukar mereka mahu menjelaskan. Siapapun tidakan akan percaya peristiwa dia melihat lelaki dirempuh keretapi. Kemudian berhenti minum kopi o di gerai Pak Him ketika sampai di simpang empat. Tetapi mereka banya me-nemui rumpun buluh sahaja, sewaktu balik dari Taiping.
Baik Usin Keke, mahupun Mail Togel terasa macam orang lain mengejek mereka, kalau memberitahu kejadian tersebut. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu mengenai kejadian tersebut.
"Macam itulah mulanya, ustaz," beritahu Omar Bauk apabila saya bersama Pak Gumil datang ke rumahnya. Hampir tiga minggu Mail Togel terlantar di rumah abangnya itu setelah diserang demam panas. Seluruh badannya menjadi sengal-sengal hingga tidak dapat bergerak.
Terpaksa Omar Bauk membawa adiknya keluar dari hospital, setelah pihak hospital men-dapati Mail Togel sudah sembuh. Te-tapi keadaan Mail Togel semakin pasang, hingga kaki tangannya jegang se-lepas menderita demam panas.
Apabila keluarganya mahu menghantar semula ke hos-pital, cepat-cepat Usin Keke menegah. Dia memberitahu kejadian yang me-nimpa mereka berdua semasa balik bercuti hari raya sebelum itu. Lantas sahaja Omar Bauk meminta Pak Gumil melihat keadaan adiknya itu.
Dua malam berturut-turut Pak Gumil mengulangi rumah Omar Bauk. Setiap kali dia menjuruskan tangan ke tubuh Mail Togel, terasa tubuilnya bagaikan ditolak dengan kuat. Termengah-mengah Pak Gumil apabila dadanya seolah-olah ditendang keras.
Tetapi apabila Pak Gumile membacakan:
In-nallahe ha lahu mulkus-samawati wal-Jardh, yuhyi wayumitu wa-malakum min-dunil-lahhi min-waliyin wala nasir,
tiba-tiba sahaja Mail Togel menggelepar.
"Hah, kenapa kau?" Pak Gumil sengaja mengusik sambil mengisar dua tapak tangannya. "Nak melawan ye!" ejeknya keras apabila Mail Togel terkial-kial mahu bergerak.
"Kalau begitu bukanlah demam panas," ujar Omar Bauk setelah melihat perubahan pada diri adiknya itu.
"Saya dah agak dia bukannya kena demarn panas," barulah, Usin Keke yang datang menjengah memberitahu.
Dia sudah dapat membayangkan kejadian yang menimpa mereka berdua semasa balik ke kampung berhari raya. Kalau tidak disebabkan Mail Togel terlantar sakit, memang dia tidak akan menceritakan pada Omar Bauk. Siapa mahu percaya kalau dia beritahu sekalipun.
Tentu Omar Bauk akan ketawakan dia, sama seperti pengawal lintasan keretapi di pekan kecil itu. Pengawal linta-san keretapi itu langsung tidak percaya dengan penjelasannya.
Dua malam berturut-turut Pak Gumil datang ke situ, keadaan Mail Togel semakin pasang. Mulutnya berbuih-buih tidak bercakap apa-apa. Dia sekadar merungut-rungut sahaja tidak tentu biji butir. Emak dan bapanya di kampung juga sudah dijemput datang.
Dalam keadaan terdesak itu, Pak Gumil cadangkan dibaca Yassin sahaja. Bertambah cemas Haji Madut, apabila anaknya akan dibacakan Yassin. Bermakna penyakit Mail Togel sudah tidak harapan untuk sembuh. Membacakan Yassin hanya untuk menunggu saat kematian sahaja.
Isterinya Hajah juga cemas. Dia mendesak suaminya Haji Madut membawa Mail Togel balik sahaja ke Taiping. Setidak-tidaknya mereka boleh usahakan cara pengubatan yang lain pula.
"Baca. Yassin, bukan maknanya orang yang sakit nak coati..." Omar Bauk meyakinkan ke dua. ibu bapanya, "Kita hanya berdoa dengan Yassin membantu meringankan beban penyakitnya" dia memujuk emaknya supaya bersabar menghadapi keadaan penyakit Mail Togel.
Setelah bersetuju dibacakan Yassin, petangnya Pak Gumil menjemput saya ke rumah. Terpaksa pula saya bersetuju, disebabkan Pak Gumil juga tidak pernah menolak kalau saya pelawa ke mana-mana pun.
"Sepatutnya saya yang kena," ujar Usin Keke sebaik selesai sahaja kami membacakan Yassin beramai-ramai "Sebab saya yang banyak bercakap dengan orang-orang tu," jelasnya sambil memandang saya.
"Nak geruh, bukan boleh tentu," sahut Pak Gumil.
Seolah-olah takbur sangat Usin Keke disebabkan dia tidal terlantar se-perti Mail Togel. Setelah dibacakan Yassin pun, Mail Togel masih kelihatan resah. Bagaimana pun mulutnya tidak lah berbuih-buih lagi.
Tidak terasa panas kepalanya masa saya meletakkan tapak tangan. Disebabkan jam baru pukul 9 ma-lam, Pak Gumil me-minta saya doakan lagi, sekalipun sudah dibacakan Yassin berama ramai.
"Sebelum balik, kita buat sekali lagi, ustaz," ujar Pak Gumil meminta saya duduk di sebelah Mail Togel.
Pak Gumil menjuruskan tapak tangan ke muka. Mail Togel, apabila saya membacakan Fati-hah, al-Baciarah ayat hingga 5,, diikuti dengan Surat yang sama ayat 163 dan 164.
Sudah sahaja saya membacakan Ayatul Kursi, dan meng-ulangi: wala-yuaud-duhu hif-zuhuma wahuwa hingga 100 kali, tiba tiba Usin Keke pula yang tersengguk-sengguk menangis. Tubuhnya rnenjadi lembik hingga tersandar pada bahu Omar Bauk "Kenapa kau, Usin?" soal Omar Bauk hairan.

 Usin Keke tidak menyahut. Dia menangis sayu sambil rnenggeleng-geleng kepala. Kepalanya menunduk tid ak berani lagi meman-dang ke arah saya. Tetapi saya terus juga membacakan Surat al-Bagarah ayat 184, 185 dan 186 diikuti dengan ayat 18 Surat Ali Amran dan ayat 54 Surat al-Araaf.
Ketika saya membacakan Surat al-Araaf ayat 55 dan 56, dengan Surat al-Mukmin 118, diikuti ayat 1 hingga 11 Surat as-Saffat, tangisan Usin Keke semakin menjadi-jadi. Dia tens menggugut menekun mukanya, menyebabkan Haji Madut dan. Hajah Teh ikut memujuknya.
"Hah, sekarang baru tak dapat bersembunyi ye!" Pak Gumil berkisar memerhati Usin Keke. Dia tidak lagi menjurus Mail Togel yang mulai tenang. Mail Togel tidak lagi resah merungut-rungut. Sebab itulah Pak Gurnil berpusing memandang Usin Keke pula.
"Macam mana pula ni?" Saminah isteri Omar Bauk bertanya cemas "Diubat lain, yang sakit lain," katanya serba salah setelah melihat keadaan Usin Keke.
"Biarkan ustaz tu teruskan," cepat sahaja Omar Bauk menyuruh isterinya bertenang.
Ketika ini saya dapat memahami, Mail Togel rnemang benar-benar diserang demam panas. Dia sudah sembuh apabila keluar dari hospital.' Tetapi dia terlantar disebabkan gangguan yang ada pada diri Usin Keke menumpang pada dirinya.
Saya memerhatikan Pak Gumil bersila rapat memegang ibu jari kaki Usin Keke. Dia meletakkan batu cincinnya ke hujung ibu' jari kaki itu, menyebabkan Usin Keke terjerit-jenit kesakitan.
Usin Keke hanya terjerit-jerit sahaja. Dia menangis sayu bukan kerana kesakitan, tetapi tidak tertahan dibacakan ayat-ayat Quran itu. Menggeleng-geleng kepala dia setiap saya mengulangi beberapa ayat termasuk; wahilzan-nednattili syaitasnin tnarid, ayat dari-pada Surat as-Saffat itu hingga 10 kali.
Ketika ini saya tidak melihat lagi Usin Keke tersengguk-sengguk menangis. Jauh di dalam kesamaran malam, saya melihat lelaki berkain sarung dan berbaju Melayu termengah-mengah berlari dikejar oieh tuan punya warung berkulit hitam dan berbadan gempal.
"Dia yang ambil duit aku," jerit peniaga warung itu marah.
"Kenapa dikejar abang aku?" saudara kembar lelaki yang dikejar itu bertanya.
"Dia berani mencuri sekarang," ujar peniaga warung itu tidak dapat lagi menahan geram.
Sebaik diberitahu saudara kembarnya mencuri wang, Kimin menjadi marah. Dia menghunus parang mengejar abang nya, Seorang lagi kawannya ikut sama menghambat untuk menangkap lelaki tersebut.
Mereka bertiga mengejarnya hingga sampai ke lintasan jalan. keretapi. Sebaik sahaja Ielaki itu melintasi jalan keretapi, tidak disedarinya keretapi merempuh laju. Dia diheret keretapi dalam kesepian malam itu. Seluruh tubuhnya berkecai, hingga mayatnya sukar dikenali lagi.
Selepas kematian nya lelaki itu masih dilihat merayau rayau. Peniaga warung itu Pak Him terserempak dengan lelaki duduk di tepi jalan keretapi. Dia mencabut tangannya hingga tertanggal daripada bahu, kemudian disorongnya semula untuk dicantumkan.
Abang Kimin juga terserempak di tempat yang sama. Lelaki itu mencabut kan kakinya pula hingga tertanggal daripada paha. Selepas itu dia mencantumkan semula dengan terkial-kial dan mengerang-ngerang kesakitan. Kawan Abang Kimin yang sama menghambat juga terserempak lelaki tersebut, tetapi dia mencabut kepalanya pula.
Setelah dicabut, dia memasukkan semula lehernya sambil mengerang-ngerang kesakitan. Terjerit kawan Abang Kimin melipat kejadian itu. Dia terus berlari balik di tengah malam terjerit- jerit ketakutan. Sepanjang malam dia menjerit-jerit meminta tolong.
Seminggu keluarganya mengubati lelaki berkenaan dengan memanggil bomoh, masing-masing tidak sanggup lagi mengubati pnyakit lelaki tersebut. .Akhirnya lelaki itu berlari di. tengah malam di sekeliling kampung dengan terjerit-jeritan. meminta tolong.
Disebabkan keluargarnya tidak dapat mengawal lagi lelaki itu 'dibiarkan sahaja terjerit-jerit berlari sekeliling kampung. Esok nya, Abang Kimin sendiri menemui kawannya itu tertiarap di celah rumpun buluh. Dadanya ditusuk tunggul buluh. Ketika di temui lelaki ilu memang sudah kejang, kaku meninggal dunia.
Tidak lama selepas itu, Abang Kimin pula dihinggapi penyakit menyeksa diri sendiri. Dia menghantukkan kepalanya ke pokok-pokok, atau menyepuk batu-batu di jalan hingga kakinya bengkak berdarah. Puas juga keluarganya mengubati, tetapi penyakitnya semakin pasang. Sampai Abang Kimin rnenujah matanya dengan tunggul buluh, akibat diserang penyakit rnenyeksa diri sendiri itu.
Sebulan Abang Kimin menghidap penyakit itu, dia diternui oleh Pak Him mati tersepit leher di celah rumpun buluh. Terpaksa pula dipotong buluh berkenaan untuk melepaskan lehernya yang tersepit kuat di situ.
Selepas kematian Abang Kimin dan kawannya itu, Pak Him juga ketakutan. Di atas surau dia terpaksa memberi tahu kejadian yang menimpa saudara kembar 'Abang Kimin digilis keretapi itu. Mereka tidak bermaksud menganiaya saudara kembar Abang Kimin, tetapi dia melarikan diri setelah dihambat oleh mereka bertiga.
Pak Him menyedari kesilapannya menghambat lelaki berkenaan, yang sememangnya kurang siuman. Apalah salahnya kalau lelaki itu mengambil wangnya, kerana perbuatan orang kurang siuman masih boleh dimaafkan. Ketika ini Pak Him terlalu ikutkan perasaan. Marah benar dia setelah diketahui lelaki itu mengambil wang dari laci meja-nya.
Menjelang hari raya pada satu ketika, Pak Him mengajak isterinya menebang buluh untuk dibuat lemang. Tetapi isterinya melarang disebabkan kejadian yang menimpa Abang Kimin dan kawannya berlaku di rumpun buluh. Pak Him percaya dia tidak akan diganggu mala petaka, setelah membuat pengakuan ikhlas di atas surau.
Disebabkan inginkan membuat lemang, isterinya mematuhi juga permintaan Pak Him untuk menebang buluh. Balik sahaja dari menebang buluh itu, tiba-tiba seekor ular tudung selar muncul di hadapannya. Sekaligus ular itu menerpa memagut ubun-ubun Pak Him, kemudian terus menyusup lari di celah belukar. Belum sempat isterinya memanggil orang meminta pertolongannya, Pak Him hanya menggelepar beberapa ketika. Selepas itu terus kejang kaku tidak bergerak lagi.
"Sekarang, tunjukkan siapa kau?" saya mendengar suara Pak Gumil keras mengherdik di dalam kesamaran malam. Saya me-lihat tiga lembaga hitam terkepung dalam lingkaran cin-cin Pak Gumil.
Mereka tidak berani melawan. Se-kadar menunduk sambil teresak-esak menangis. Masing-masing cuba mahu melepaskan diri pada lingkaran itu, tetapi terketar-ketar akibat kepanasan,
"Kenapa awak ganggu, Usin?" Pak Gumil terus membentak.
Tiga lembaga hitam itu menggeleng-geleng. Mereka menuding ke arah saya yang berdiri di bawah silauan cahaya memutih. Setiap kali mereka memandang silauan cahaya itu, mata mereka akan terbakar.
Memang saya tidak hiraukan tiga lembaga hitam yang terkurung dalam lingkaran cincin Pak Gumil. Biarlah Pak Gumil melakukan caranya terhadap tiga lembaga hitam berkenaan. Saya terus membacakan:
"Wa-in yam-sas-kallahhu bidhurin fala-kasyifa lahu-illah-huwa wa-inyu-ridka bikhairin fah -radda lifadhilhi, yu-sibu-bihi rnan-yasya-u tnin-Thadihi was huvval ghaftuerur Ra-him.
Semakin dibacakan, mereka bertiga semakin menggelepar di dalam lingkaran cincin Pak Gumil. Mereka terkurung tidak dapat melarikan diri.
"Kami nak tolong budak berdua ni," terketar-ketar salah seorang daripada lembaga hitam dalam kurungan itu bersuara.
"Apa yang kau boleh tolong?" soal Pak Gumil keras. Ketika ini Omar Bauk dapat melihat Usin Keke terketar-ketar bersuara. belum itu dia hanya menangis sayu sahaja meminta belas kesihan.
"Maakib nak ganggu mereka," beritahunya menuding ke hujung landasan keretapi di hujung kesamaran malam
"Siapa Maakib?" Pak Gumil menekan batu cincin ke hujung ibu jari kaki Usin Keke.
Saya dapat melihat tiga lembaga hitam itu menunjukkan ke arah. lelaki di atas landasan keretapi. Lelaki itu mencabut tangannya hingga paras bahu, kemudian melekatkannya semula. Kemudian mencabut kaki hingga paras paha, dan mencabut kepalanya hingga tertanggal daripada leher. Selepas itu dia memasangnya sernula.
"Macam mana kau nak tolong orang, sedangkan diri kau sendiri tak boleh nak tolong?" lantas saya mengejek tiga lelaki yang terkurung itu.
"Maakib," beritahu mereka serentak.
"Kau yang takutkan dia!" ejek saya.
Mereka terdiam. Silauan cahaya putih di kepala saya semakin memijar hingga rnembakar mereka. Kalau lama bertahan di situ seluruh tubuh mereka akan rentung.
Tetapi mereka mengaku mahu melindungkan Usin Keke dan Mail Togel daripada gangguan itu. Lembaga yang digilis keretapi, berkecai tubuhnya diheret di atas landasan. Kemudian anggota tubuhnya bercantum semula, lantas duduk di atas landasan berkenaan.
Lembaga itu sengaja mencabut-cabut anggota badannya, kemudian mema-sang semula, seolah-olah terasa tidak sesuai. Dia akan mengulangi perbuatannya setiap kali lembaga hitam bertiga itu cuba mendekatinya.
"Kalau awak tak ganggu, siapa pun tak akan ganggu Usin dan Mail," ujar saya memberi amaran.
Mereka tidak menyahut. Masing-masing melindungkan muka dari silauan panas cahaya putih di kepala saya.
"Hah, apa ilrnu yang ustaz pakai ni?" gerutu lembaga hitam bertubuh gempal cuba merempuh ke sekeliling lingkaran cincin. Tetapi dia terpelanting bagaikan tertampan pada ternbok batu yang keras.
"Saya beri tempoh lima minit, kalau tunggu juga, saya akan bakar dengan Ayatul Kursi!" tegas saya sambil memberi isyarat.
"Macam mana kami nak pergi, Pak Gumil kurung kami' serentak mereka menyahut.
Sebaik sahaja Pak Mail melepaskan batu cincin daripada tercecah di ibu jari kaki Usin Keke, saya melihat mereka seolah-olah ditiup angin kencang ke tengah kesamaran gelap malam. Dalam angin kencang itulah seolah-olah gumpalan hitam seperti keretapi merempuh laju ke arahnya.
Selepas gumpalan hitam seperti keretapi itu berlalu deras tinggallah cahaya kelam berasap seperti keretapi merentang di hadapan saya. Ketika ini lelaki yang tercabut kaki tangan itu bangun terkial-kial sambil melambai-lambai tangan ke arah saya.
"Awak pun jangan tunggu lagi, saya beri tempoh lima minit," saya tidak hiraukan dia melambai tangan untuk menyatakan kebaikannya. Setiap jelmaan syaitan tidak boleh dilayan lagi. Sama ada jelmaan itu berlagak baik, saya terpaksa juga menyerangnya dengan ayat-ayat Qu-ran.
Ketika ini Haji Madut sudah melihat anaknya Mail Togel terbatuk-batuk.
"Mereka nak ganggu budak berdua ni, bukan aku," tergagap suara Mail Togel menjelaskan. Setelah tiga minggu dia terlantar, itulah pertama kali dia dapat bersuara, sekalipun tergagap-gagap dalam keadaan lemah.
Cepat-cepat pula Hajah Teh dan Saminah mendekati dia. Tergaris kegembiraan di wajah ibunya, setelah melihat Mail Togel dapat bersuara.
"Nasib baik 'ada ustaz ni," Mail Togel terketar-ketar menggerakkan tubuhnya yang kejang kaku sejak tiga minggu itu.
"Jangan banyak cakap, sekarang pergi!" perintah saya tidak bertolak ansur.
Memang saya melihat bayang lelaki itu melambai-lambai tangan, hingga hilang dalam kesamaran malam. Sewaktu saya membuka mata sambil beristighfar, saya melihat Usin Keke terbaring keletihan di sisi Omar Bauk. Mail Togel juga sudah menggerakkan badan memberi isyarat meminta air minuman.
Dua minggu selepas itu, baru saya menerima telefon daripada Omar Bauk memberitahu adik-nya Mail Togel dibawa balik ke Taiping oleh kedua ibu bapanya. Memang Mail Togel sudah beransur sembuh, semasa dia dibawa balik ke kampung.