Friday, October 3, 2014

094. SAKA HARIMAU TURUN TEMURUN



BUKAN sehari dua me-mujuk biar diturunkan amalannya, baru Andak Jiman dapat yakinkan Pawang Midin dia sanggup menempuh apa sahaja ujian. Kalau disuruh mandi air tujuh jeram, Andak Jiman tetap mematuhi kemahuan Pawang Midin sampai meranduk belukar di celah-celah bukit mencari jeram. Apabila diminta berlari mendaki bukit tatkala malam diserkup kegelapan, Andak Jiman juga tidak membantah.
Biarlah dia tercungap-cungap dihinggapi Ielah, Andak Jiman tetap berlari tujuh kali berulang alik dari kaki ke puncak bukit. Pawang Midin mahu dia ulangi sampai 40 malam, sehingga dalam sekelip mata sahaja Andak Jiman boleh sampai ke puncak bukit. Kemudian akan berlari semula ke_kaki bukit dalam masa sekelip mata juga!
Selepas itulah Pawang Midin berikan dia rotan sega panjang sehasta diminta masuk ke hutan tatkala remang senja.
Andak Jiman tidak juga membantah masuk ke hutan dengan berbekalkan rotan sega panjang sehasta. Tidak sampai serantai dia masuk pinggir hutan di kelilingi belukar kecil, tiba-tiba sahaja harimau belang menderam. Belum sempat Andak Jiman mencari tempat berlindung harimau belang panjang tujuh itu menghambur melepasi kepalanya.
Tidak bertangguh Andak Jiman sesahkan rotan sega panjang sehasta itu setiap kali harimau berkenaan menampar-nampar mahu menerkam ke arahnya. Rotan sega itu berdecap-decap menyinggahi muka harimau tersebut hingga dia melihat air liur binatang itu melejeh-lejeh laksana kucing dipupuk cili di mulut.
Lama dia cematkan hari-mau tersebut dengan rotan panjang sehasta itu, barulah binatang tersebut meniarap. Kepalanya tergeleng-geleng macam menyuruh Andak Jiman bertunggang ke atas belakangnya. Apabila Andak Jiman melompat naik ke atas belakangnya, harimau berkenaan menghambur tinggi ke udara. Dalam sekelip mata sahaja Andak Jiman jejak kaki semula di depan rumahnya.
Disebabkan Andak Jiman satu-satunya yang mampu lakukan apa sahaja ujian yang ditetapkan oleh Pawang Midin, memang dia disayangi oleh orang tua berkenaan. Setelah Andak Jiman berkahwin dengan cucunya Uda Saenah pun, Pawang Midin tidak anggap anak muda itu cucu menantunya, tetapi sama macam cucu sendiri.
Kalau bandingkan dengan anaknya Ulung Semail pun, dia lebih sayangkan Andak Jiman. Memang Ulung Semail tidak peduli sangat dengan petua ayah-nya supaya busut di hujung halaman rumah itu mesti ditepung tawar, asal sahaja malam bulan mengambang penuh. Dia sendiri tidak akan menerima Andak Jiman menjadi menantunya kalau tidak disebabkan ayahnya Pawang Midin berkeras.
Manalah Ulung Semail sanggup menepung tawar busut berkenaan, disebabkan bapa mentuanya Lebai Kimin sering-kali ingatkan dia mengenai perkara-perkara yang ditegah. Tentu bapa mentuanya Lebai Kimin tidak bersetuju kalau dia menepung tawar busut berkenaan.
Sebab itulah selepas kematian Pawang Midin, tidak berani juga Andak Jiman mahu menepung tawar busut di hujung halaman. Sudah tentu Lebai Kimin akan memarahi cucu menantunya itu. Lainlah kalau Pawang Midin masih hidup memang dia tidak akan mencampuri urusan di kampung halaman bisannya. Dia sekadar boleh ingatkan Ulung Semail sahaja disebabkan lelaki itu menantunya.
 "Busut tu tak ada kuasa apa-apa!" Lebai Kimin ingatkan Ulung Semail supaya menegah menantunya Andak Jiman meneruskan amalan Pawang' Midin. "Allah sahaja yang Maha Berkuasa, sebab itu Allah sahaja yang mesti dipuja!" tegasnya berterus terang setelah Pawang Midin meninggal dunia.
Memang dia berterus terang juga kepada bisannya Pawang Midin sebelum itu, tetapi lelaki itu sekadar tersengih-sengih sahaja. Dia tidak berkeras mahu membantah, tetapi dia tidak peduli sangat apa pun mahu di-ungkit oleh Lebai Kimin. Pawang Midin mengakui dia tidak memuja busut yang ter-sergam di hujung rumah pesaka nenek moyangnya, tetapi sekadar mengikut petua sejak turun temurun.
Tidak payah Lebai Kimin mahu ungkit mengenai siapa yang berkuasa, kerana Pawang Midin juga memahami. Amalan yang diturunkan kepadanya juga tidak akan menjadi sekiranya tidak dengan izin Allah. Busut yang tersergam itu tidak-akan tertonggok di situ kalau tidak dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa. Kalau gunung ganang boleh hancur lebur menjadi seperti bulu-bulu yang berterbangan, apa sangat dengan busut sebesar tempayan beras tertangkup itu?
Pawang Midin juga tahu mengenai surah al-Fatihah yang disebut oleh Lebai Kimin, iaitu yang berhak dipuji hanya Allah. Tetapi dia tidak mahu menerangkan kenapa busut tersergam itu mesti ditepung tawar juga. Lain-lah kalau Lebai Kimin dapat memberi jalan supaya dia tidak menepung tawar seperti amanah yang diamalkan sejak turun temurun.
"Hah, bercakap siapa pun boleh!" gerutu Pawang Midin apabila kenang leieran bisannya Lebai Kimin. "Bukan mudah mahu buang saka ni, kalau tak tahu jalannya," tergenang air mata Pawang Midin membisikkan pada cucunya Uda Saenah sewaktu dia terkejang susah bernafas.
 Lama Pawang Midin memendam perasaan asal sahaja Lebai Kimin ungkit mengenai busut berkenaan. Manalah Lebai Kimin tahu mengenai kerusuhan hatinya setiap kali terpaksa menepung tawarnya? Tentu Lebai Kimin tidak tahu sewaktu perkahwinan Andak Jiman dengan Uda Saenah, terpaksa dia tabahkan hati apabila dijerkah isterinya Umi Rahmah.
Sewaktu Umi Rahmah turun ke penanggah menyusun pin mangkuk di atas para, terkejut benar apabila melihat harimau tercangkung menunggu kawah dan periuk yang bersipah. Tengah malam demikian tatkala semua orang nyenyak tidur, siapa lagi boleh diharap mengawal keliling rumah sekiranya anjing melintas menjilat kawah atau periuk yang bersipah di pernanggah.
Bukan sahaja jelmaan harimau itu menjaga penanggah yang tidak berkemas, malah kalau pencuri menceroboh pun ia akan tercegat menghalang. Cubalah pencuri berniat salah masuk ke situ, nescaya tidak akan lepas ke mana. Sebaik sahaja melangkah pagar, harimau akan menghambat tidak bertangguh.
Tahu sangat Umi Rahmah memang harimau jelmaan Pawang Midin tercangkung hingga hidungnya cecah punggung Umi Rahmah. Sebab itu terkejut benar dia tatkala punggungnya disinggahi misai harimau berkenaan. Lantas sahaja Umi Rahmah melompat akibat terkejut melihat harimau tercangkung di penanggah.
Segera Umi Rahmah naik ke rumah merentap-rentap baju Pawang Midin tengah berbual di hujung serambi dengan Lebai Kimin. Puas dipujuk oleh Pawang Midin barulah Umi Rahmah dapat ditenangkan. Termengah-mengah Umi Rahmah setelah duduk tersandar ke dinding menahan rasa gementar apabila terkejutkan harimau tercangkung di belakang semasa terbongkok-bongkok mengemas di penanggah.
"Barang permainan awak, tak tahu nak jaga!" gerutu Umi Rahmah mencemik muka disebabkan terlalu marah. "Awak tengok tu, apa dibuatnya di penanggah?" jeritnya menyebabkan sanak saudara yang nyenyak tertidur di atas rumah terkejut jaga.
Terdiam Pawang Midin menahan kesabaran. Kalau tidak dikawal kesabaran sudah tentu dia juga akan membentak berang. Apa pula tuduh sanak saudara sekiranya dia memberang tidak menentu. Lagi pun majlis perkahwinan dibuat oleh anaknya Ulung Semail. Tentulah Uung Semail akan menanggung malu sekiranya dia berkeras pertahankan diri akibat kelancangan mulut Umi Rahmah.
"Bertenang dulu Kak Umi," Lebai Kimin juga tenteramkan Umi Rahmah kerana waktu tengah malam tidak baik tinggikan suara. Apalagi sanak saudara yang tidur di rumah herkenan terkejut disebabkan Umi Rahmah bersuara tinggi.
"Rimau di penanggah tu, Lebai!" ujar Umi Rahmah masih terasa geli gelemam apakala punggungnya tergesel hidung harimau berkenaan. "Orang tua ni memang pelihara rimau, siapa yang tak terkejut?" dia menuding jari ke arah Pawang Midin.
Tertunduk Pawang Midin fidak menyahut apa-apa. Dia terpaksa memendam perasaan akibat diberi malu oleh isterinya di tengah sanak saudara berkeliling. Tatkala Ulung Semail menjengah ke luar melalui tingkap dapur, dia tidak nampak pun harimau tercangkung di penanggah.
Terpaksa dia memujuk emaknya supaya tidak ikutkan sangat perasaan. Tetapi Umi Rahmah berkeras menuduh suaminya scngaja mengusik hingga harimau juga ,disuruh masuk ke penanggah. Kalau bukan Pawang Midin yang perintahkan masakan harimau tersebut masuk ke penanggah hingga hidung tergesel punggungnya tengah terbongkok-bongkok! Tentu Pawang Midin sengaja mahu menakut-nakutkan dia.
"Dah jauh malam buat apa emak turun ke penanggah?" tersenyum Ulung Semail mengerling emaknya masih dalam ketakutan.
"Ayah kamu sengaja nak takut-takutkan aku!" lantas Umi Rahmah mencebek bibir melepaskan rasa geram yang mendongkol.
"Takkan Abang Midin nak bergurau cara itu, Kak Umi," segera Lebai Midin memujuk perempuan itu.
"Kalau tak disuruh, tak mahu rimau tu ke penanggah!" sahut Umi Rahmah berkeras menuduh suaminya mahu dia terkejut diganggu harimau.
"Ayah pun bergurau dengan mak, yang bukan-bukan aje," kesal juga Ulung Semail apabila diberitahu demikian. Tentu harimau berkenaan tidak masuk ke bawah penanggah sekiranya tidak diperintahkan ke situ. Apalagi hidung harimau berkenaan bergesel dengan punggung emaknya tengah terbongkok-bongkok. Tidak mungkin harimau tersebut kebetulan sahaja tercangkung di situ, kalau bukan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Pawang Midin.
Tetapi Pawang Midin tidak tahu pun mengenai harimau berkenaan menjengah di penanggah. Kalau dia memberi penjelasan pun, tentu siapa pun tidak percaya. Umi Rahmah tetap menuduh dia berdalih semata-mata mahu memujuk. Sebab itu Pawang Midin tidak bercakap sepatah pun apabila dituduh berterusan oleh isteri dan anak-anaknya. Kesedihan itu terpaksa ditelan sendiri oleh Pawang Midin, setelah isterinya menuduh dia sengaja menakut-nakutkan. Lebih sebulan juga Umi Rahmah merajuk tidak mahu balik ke rumah. Biarlah dia menumpang di rumah Ulung Semail daripada balik ke rumah menatap muka Pawang Midin. Asal sahaja dia mengerling Pawang Midin seolah-olah harimau belang tercangkung di sisinya.
Kalau tidak kenang sudah sama-sama tua, memang Umi Rahmah tinggalkan sahaja suaminya. Tidak patut Pawang Midin bergurau dengan menjelmakan harimau sampai dia terkejut ketakutan. Namun Pawang Midin tidak salahkan Umi Rahmah dalam saat diuji demikian. Masakan dia sengaja mahu takutkan isterinya dengan menjelmakan harimau tercangkung tatkala malam diselubungi kegelapan!
 Dia sendiri tidak menyedari harimau tersebut terjongol di penanggah. Asal sahaja keluarganya mengadakan majlis kenduri memang Pawang Midin dan harimau tersebut akan berkawal di sekeliling rumah. Apalagi kalau sengaja mahu aniaya keluarganya nescaya harimau tersebut akan terjongol serta merta.
Sewaktu Tisah anaknya dinikahkan dengan Abu Latih pun dia diuji sampai bakul beras melompat sekeliling rumah asal sahaja mahu dicapai tatkala menanak nasi. Kelam kabut sanak saudara yang ha ir apabila melihat bakul beras melompat-lompat laksana ayam dihambat mahu disembelih.
Sebelum itu memang Ulung Semail sudah memberitahu mengenai lembu yang disembelih tidak lut mata parang. Sebaik sahaja mata parang disendal ke leher lembu berkenaan kulitnya tidak terguris langsung. Hairan juga Lebai Kimin dengan kejadian tersebut, sekalipun dia sudah kilir mata parangnya sampai tajam. Kalau Lebai Kimin sendiri sudah mengalah sudah tentu sanak saudara yang lain tenggelam punca.
Tetapi Pawang Midin tetap tenang menghadapi dugaan getir demikian. Apa sangat dengan leher lembu tidak lut mata parang mahu disembelih kalau banding-kan rusa yang diburu di hutan bertukar menjadi lelaki tua bongkok setelah siap disembelih. Terpaksa pula berkibas kain hitam tujuh kali untuk pulihkan semula rusa yang tergolek dengan kaki menujah-nujah angin.
 Orang tua yang menggelepar disembelih leher itu merengek-rengek tatkala Pawang Midin kibas dengan kain hitam. Bulu roma Pawang Midin juga tegak meremang semasa melihat orang tua bongkok itu menendang-nendang angin. Setelah dikibas baru nampak betisnya diselaputi bulu berbirik-birik. Sebelum terkejang mati orang tua bongkok itu sempat men-jelma semula menjadi rusa yang, disembelih.
Sebab itu Pawang Midin tidak mengalah. Dia mencapai parang di tangan Lebai Kimin terus dikilir pada busut di hujung halaman. Tujuh kali dia kilir mata parang di situ, lantas ditusukkan ke !eher lembu yang siap tergolek diikat kaki. Sekali tusuk sahaja mata parang terbenam hingga urat leher lembu terputus tidak bersisa.
 Semasa bakul beras melom-pat-lompat sengaja Pawang Midin menyuruh diasak ke arah busut tersergam. Sebaik sahaja diasak ke situ memang bakul beras berkenaan tidak dapat bergerak ke mana. Terus sahaja mereka capai untuk tanak nasi dalam kawah yang sudah terjerang air mendidih. Ketika inilah Seman Bacar menyerbu ke ramah Pawang Midin terjerit-jerit mengadu dihambat harimau. Ke mana sahaja dia bersembunyi Seman Bacar akan diasak oleh harimau. Belum sempat Seman Bacar menerangkan kejadian yang menimpa dirinya, Itam Tabun pula termengah-mengah meminta pertolongan Pawang Midin dengan kain terlondeh akibat tidak sempat diikat bohol.
 Itam Tabun juga tidak dapat merahsiakan kejadian dirinya dihambat harimau tatkala tengah membakar kemenyan. Terketar-ketar Itam Tabun memberitahu dia sengaja tanam parang kayu di bawah tangga biar mata parang Lebai Kimin madal tidak boleh menyembelih. Dia juga ikatkan katak di perdu pokok jejawi biar bakul beras melompat-lompat tidak boleh dikawal.
Sengaja Itam Tabun mahu membantu Seman Bacar aniaya majlis kenduri di rumah Pawang Midin, biar seisi keluarganya menanggung malu. Marah benar Seman Bacar apabila Abu Latih yang menjadi suami Tisah. Apalagi Abu Latih memang menyakitkan hati kalau bertemberang di mana-mana.
Sebab itu sengaja dia mahu malukan Abu Latih yang bermegah sangat kerana dapat memikat anak gadis Pawang Midin. Siapa yang berani memikat kalau bukan Abu Latih! Temberang Abu Latih itulah yang menambahkan sakitnya hati Seman Bacar sampai dia sanggup bayar berapa sahaja dituntut oleh Itam Tabun. Asal Itam Tabun sanggup lakukan apa sahaja biar majlis kenduri kahwin Abu Latih tecgendala. Seman Bacar sedia bayar pengerasnya.
Memang tidak disangka oleh Itam Tabun sampai harimau jelmaan Pawang Midin dapat mencari dia. Takat dia gunakan ilmu hitam masakan Pawang Midin boleh menuduh dia yang melakukan. Tentu seisi kampung tidak percaya Itam Tabun yang gunakan ilmu hitam mahu menguji Pawang Midin.
"Maafkan aku, Tok Pawang," gementar suara Itam Tabun merayu supaya Pawang Midin tidak hebahkan pada orang-orang kampung mengenai perbuatannya menganiaya majlis kenduri berkenaan. Tahu sangat dia kemahiran Pawang Midin bukan saingan dia sekiranya mahu menguji kepandaian!
Apabila kenang semua kejadian itu memang Pawang Midin menitiskan air mata. Tetapi isterinya Umi Rahmah tidak memahami segala yang tersirat jauh di lubuk hatinya. Lebai Kimin juga tidak tahu apa-apa sekadar ingatkan sahaja mengenai pertolongan Allah yang Maha Berkuasa, tetapi tidak pernah tunjukkan kepadanya cara melepaskan diri dari cengkaman saka sejak bertahun-tahun.
Lebai Kimin sendiri mengeluh panjang tatkala mata parang tidak lut mahu menyembelih lembu tergolek yang sudah diikat kaki dan tangan. Bagai-mana sekiranya Pawang Midin tidak ikut sama membantu sudah tentu lembu untuk majlis kahwin Uda Saenah tidak dapat disembelih.
"Saka ni sejak turun temurun, Saenah," tutur Pawang Midin dalam keadaan semakin lemah. Dia tidak akan luahkan perasaan yang terpendam di hatinya kepada sesiapa pun kalau tidak dipercayainya. Memang Uda Saenah satu-satunya yang dipercayai oleh Pawang Midin.
 Di depan Ulung Semail sampai bila pun dia tidak akan bercakap apa-apa. Biarlah Ulung Semail desak dia beritahu apa yang terbuku di hati, namun Pawang Midin tetap berahsia. Lainlah kalau di depan Uda Saenah atau Andak Jiman memang dia tahu segala yang tersirat.
Andak Jiman satu-satunya yang sanggup menepung tawar busut di hujung halaman. Kalau tidak ditepung tawar nescaya bahagian luar busut akan merekah sampai meleleh air laksana darah pekat. Ketika ini seisi keluarga akan menanggung sakit berterusan seorang demi seorang.
"Kami aku patuhi petua, atuk," bisik Andak Jiman memberi jaminan tidak akan biarkan petua Pawang Midin hilang begitu sahaja.
"Kalau kamu tahu nak buang saka tu, buangkanlah," dia cuba mengukir senyum sekaliput dalam keadaan payah. Saat ini memang Pawang Midin tidak mahu sesiapa pun duduk di sisinya kecuali Andak Jiman dan Uda Saenah yang dipercayainya sahaja. "Tak apalah, atuk jangan susah hati,• perlahan-lahan Uda Saenah yang dipercayainya sahaja.
"Tak apalah, atuk jangan sudah hati," perlahan-lahan Uda Saenah mengesat pelupuk mata datuknya yang digenangi air. Dia tahu datuknya terlalu sedih menahan keharuan yang menyebak menusuk hatinya. "Biarlah Jiman buat apa yang atuk pesankan," beritahu Uda Saenah setelah menyedari keadaan datuknya bertambah Iemah.
"Atuk tak paksa kamu. Jiman," Pawang Midin semakin sayu menatap muka Andak Jiman. "Ka kamu tak sanggup, tinggalkan aje!" ujarnya kerana bimbang akan menyusahkan Andak Jiman sahaja.
Tetapi Andak Jiman tidak akan biarkan amalan Pawang Midin sia-sia begitu sahaja. Apa salahnya takat tepung tawar busut tersebut kalau tidak terniat langsung mengakui busut tersebut berkuasa. Andak Jiman satu-satunya yang tabu bahawa di atas busut itulah seringkali jelmaan harimau mencangkung asal sahaja bulan mengambang penuh.
Siapa pun tidak akan melihat harimau berkenaan tercangkung di situ kalau sekadar melintas di tengah halaman. Lainlah kalau benar-benar terasa hubungan erat dengan Pawang Midin nescaya harimau tersebut akan menjelma. Tahu sangat Andak Jiman harimau jelmaan itu tidak akan mengganggu asal sahaja jangan cuba menganiaya keluarga Pawang Midin.
Bagaimana Pawang Midin mahu beritahu isterinya Umi Rahmah mengenai moyangnya Aki Maaseh mengalami kejadian selepas kematian ayahnya Pak Mualim. Sejak bertahun-tahun ayahnya menjadi guru mengaji al-Quran, memang Aku Maaseh belajar di surau ayahnya. Apa-bila belajar pondok pun, Aki Maaseh tetap mengajar di surau berkenaan setelah habis mengaji.
Tidak lama selepas Aki Maaseh balik dari mengaji pondok inilah ayahnya meninggal dunia. Seminggu selepas Pak Mualim meninggal dunia, mereka yang mahu berjemaah maghrib di surau terkejut melihat seekor harimau beratib di anjung surau tempat Pak Mualim sering duduk.
Apabila diberitahu kepada Aki Maaseh, segera dia naik ke surau. Lantas sahaja dia menepuk-nepuk bahu harimau tersebut. Perlahan-lahan harimau itu mendongak Aki Maaseh dengan air mata tergenang.
"Orang semua takut, elok-lab ayah jangan datang ke sini!" Aki Maaseh semacam memujuk, kemudian mcmimpin harimau itu turun dari surau.
Terus sahaja Aki Maaseh iringkan harimau berkenaan berjalan menuju pinggir hutan. Di situ dia meminta harimau tersebut tidak lagi mengganggu naik ke surau. Sekalipun tidak mengganggu sesiapa pun, tetapi sudah tentu mereka yang terserempak akan gementar tidak keruan.
Lainlah Aki Maaseh tidak dapat mengelak lagi setelah diberitahu oleh ayahnya mengenai keturunan mereka semenjak datang dari Payakumbuh. Segaja Pak Mualim tinggalkan kampung halaman semata-mata mahu memisahkan dirinya daripada amalan nenek moyangnya. Dia sendiri mengakui di depan Aki Maaseh sekiranya gangguan saka itu terus juga menjelma, memang dia tidak berupaya mahu membuangnya.
Selepas kematian ayahnya kecewa juga Aki Maaseh disebabkan jelmaan harimau itu tidak juga dapat dielakkan. Tatkala harimau itu beratib di atas surau memang lenggoknya sama dengan lenggok Pak Mualim. Apabila dia tunduk membongkok dari belakang, mereka yang mahu berjemaah melihat seolah-olah Pak Mualim yang membongkok tunduk di situ.
Setelah dibawa oleh Aki Maaseh ke pinggir hutan, malamnya Aki Maaseh bermimpi ayahnya kecewa disebabkan dihalau oleh anak sendiri. Dalam kekecewaan itu dia meminta Aki Maaseh mcnepung tawar busut yang tumbuh di kawasan surau-nya. Sewaktu Aki Maaseh menjengah keesokan paginya, memang dia melihat busut sebesar buah kelapa tumbuh di sebelah darat surau.
Sebaik sahaja ditepung tawar oleh Aki Maaseh busut berkenaan membesar sedikit demi sedikit. Lama kelamaan tersergam sampai sebesar tempayan beras tertangkup. Memang semua kejadian tersebut diberi, tahu oleh Pawang Midin kepada Andak Jiman.
Tahu sangat Pawang Midin kejadian yang berlaku kepada moyangnya Aki Maaseh bertahun-tahun sebelum itu apabila jelmaan harimau terconggok di tengah surau. Tidak terniat di hatinya mahu menghalau ayahnya Pak Mualim kalau orang tua itu sama seperti sebelum dia meninggal dunia. Manalah sama lagi dunia mereka kerana di depannya bukanlah Pak Mualim tetapi harimau jelmaan semata-mata.
"Uda minta sangat, ustaz buangkanlah saka ni!" tersengguk-sengguk Uda Saenah menangis di depan saya apabila kenang kejadian yang diberitahu oleh datuknya Pawang Midin.
 Sayu benar hati Uda Saenah disebabkan nasib yang menimpa Pak Mualim. Setelah kematian Pawang Midin, datuk sebelah emaknya Lebai Kimin sendiri mengakui jelmaan demikian pernah menimpa keluarganya semasa di Sumatera. Lebai Kimin ingatkan kejadian yang menimpa bapa saudaranya yang lama belajar dengan Malim Semaneh di madrasah.
Tatkala Malim Semaneh tengah sakit tenat dia sudah bisikkan pada Mat Tobek supaya bacakan Yasin tiga senja turut-turut di atas kuburnya. Tetapi Mat Tobek bacakan Yasin pada senja hari dikebumikan Malim Semaneh sahaja. Senja kedua hatinya mula diganggu perasaan ingin tahu kenapa guru-nya berpesan demikian.
Sengaja Mat Tobek bersembunyi dengan memanjat pokok berhampiran kubur gurunya Malim Semaneh. Hingga tengah malam dia menunggu tiba-tiba Mat Tobek melihat seekor harimau menghambur ke atas kubur berkenaan. Melingas-lingas mata harimau berkenaan memerhati keliling seolah-olah bimbang dijengah manusia. Kemudian binatang itu tercang-kung di atas kubur seolah-olah tengah beratib di atas surau.
Lama harimau itu terlenggok-lenggok beratib, dia menghambur tujuh kali dari hujung kaki ke hulu kepala kubur. Selepas itu dia melangkah dari kiri ke kanan pula diulangi tujuh kali juga. Setelah melompat mengikut bilangan tujuh kali, tidak  bertangguh harimau itu menggali pada bahagian kepala kubur.
la mengorek tanah kubur sama macam anjing mengorek tercium bangkai. Sebaik sahaja dikorek is menyusupkan kepala masuk ke dalam lubang kubur. Lama dia menyusup sampai habis seluruh badan. Kemudian is naik semula ke atas dengan berundur punggungnya naik dahulu ke permukaan tanah.
Apabila ia naik ke atas mulutnya menggonggong mayat dari kubur Malim Sumaneh. Dikoyak-koyaknya kain kafan membalut mayat sampai tersembul keluar. Sewaktu harimau itu mengirai-ngirai kain kafan, Mat Tobek nampak seekor anak harimau keluar dalam keadaan lemah. Segera dijilat-jilat oleh harimau tersebut anak harimau itu, sampai tenaganya gagah bergerak.
Menjelang subuh anak harimau yang ditarik keluar dari kubur Malim, Semaneh itu mampu berjalan sendiri. Dalam kesamaran subuh itu harimau besar itu menghambur ke dalam belukar diekori oleh anak hari-mau berkenaan. Seminggu selepas itu penduduk-penduduk kampung terserempak harimau tercangkung di tengah madrasah Malim Semaneh.
Disebabkan malu dengan kejadian itulah Mat Tobek melarikan diri dari kampung halamannya. Bimbang sangat dia kalau kawan-kawan menuduh dia sengaja membiarkan gurunya' Malim Semaneh menerima nasib demikian. Kalau dia mematuhi perintah Malim Semaneh supaya bacakan Yasin tiga senja berturut-turut, boleh jadi nasib malang itu tidak menimpa gurunya.
Sebab itu Mat Tobek tidak mahu jejak kaki batik ke kampung halamannya. Dia tidak tergamak menatap muka kawan-kawannya setelah kejadian tersebut. Memang Lebai Kimin tahu kejadian yang dialami oleh bapa saudaranya Mat Tobek itu. Tetapi selepas kematian Pawang Midin tidak pula Lebai Kimin diberitahu jelmaan harimau batik ke rumahnya.
"Mungkin Pawang Midin to tak sama dengan Malim Semaneh," ujar Uda Saenah mengesat pelupuk matanya.
"Cubalah ustaz buangkan saka tu!" Cikgu Manir juga tidak sabar lagi mahu bebaskan emaknya kalau benar diganggu saka turun temurun. .
"Selepas Andak Jiman meninggal, memang busut tu tak ditepung tawar lagi," keluh Uda Saenah mengurut-urut dadanya disebabkan sesak nafas semakitl menusuk dadanya.
 "Kalau ditepung tawar, sakit sama emak boleh sembuh ke?" Maimun mencelah lantas mengerling suaminya.
"Tak cuba mana nak tahu!" lantas sahaja Uda Saenah menyahut tidak bertangguh.
Seingat-ingatnya sewaktu arwah suaminya  Andak Jiman mematuhi petua yang dipesankan oleh arwah datuknya Pawang Midin, memang dia tidak pernah mengalami sakit lelah. Sekiranya terasa tetah sedikit sahaja, dia akan menyuruh Ludin Cogok masuk ke hutan mencari daun telinga beruk.
Asal sahaja diteguk air dalam daun telinga beruk itu nescaya penyakit lelahnya tidak akan melarat. Tetapi siapa mahu percaya mengenai petua tersebut, salangkan anaknya sendiri Cikgu Manir seringkali mengejek. Kadangkala tersinggung juga dia kalau Cikgu Manir perkecilkan ayahnya Andak Jiman fasal menepung tawar busut tersergam di hujung halaman.
Setiap kali Andak Jiman simbahkan air tepung tawar ke busut berkenaan, tahu sangat Uda Saenah tentu suaminya akan merungut-rungut bagaikan bercakap dengan orang yang terconggok di depannya. Memang Uda Saenah tidak melihat sesiapa pun tercegat di situ melayani Andak Jiman bercakap. Puas juga Uda Saenah memujuk suaminya supaya beritahu siapa yang dilayan bercakap tatkala menepung tawar busut.
Terangguk-angguk kepala Andak Jiman bagaikan menahan sebak di dada. Sukar sangat dia mahu menerangkan kepada Uda Saenah yang tidak nampak apa-apa pun ketika itu. Disebabkan beberapa kali Uda Saenah mendesak terpaksa juga dia beritahu mengenai Pak Mualim tercangkung di atas busut berkenaan.
Jelmaan Pak Mualim seolah-olah memuji Pawang Midin yang sanggup menepung tawar, setelah ayahnya sebelum itu biarkan sahaja tidak dijaga. Pak Mualim merasakan dirinya kepanasan disebabkan tidak disimbah air tepung tawar. Lama kelamaan Pak Mualim menjadi lemah hingga tidak mampu menghalang jelmaan harimau mengganggu keluarganya.
Dia melihat sendiri jelmaan harimau meresap siapa sahaja keturunannya hingga menanggung sakit berterusan. Satu demi satu keturunannya dihinggapi penyakit hilang ingatan, Iurnpuh atau sesak nafas akibat diresapi jelmaan harimau berkenaan. Pak Mualim sekadar memerhatikan sahaja nasib menimpa keturunannya disebabkan tenaganya lemah tidak mampu menghalang.
Setelah Pawang Midin menepung tawar semula busut tersebut tiba-tiba sahaja tenaga Pak Mualim gagah semula. Dia bingkas melawan kalau jelmaan harimau mahu mengganggu ke-turunannya. Asal sahaja jelmaan harimau mahu merasuk, dia akan berdiri gagah memberi amaran. Sekaligus jelmaan harimau itu tunduk menuruti perintah Pak Mualim sampai bila-bila pun.
Tentu Pawang Midin sukar mahu memberitahu keluarganya mengenai jelmaan Pak Mualim terconggok di alas busut. Dia tidak akan beritahu rahsia keturunannya sejak Pak Mualim itu semata-mata mahu menjaga hati keluarga. Biarlah dia sendiri menanggung beban kegelisahan akibat amalan yang diamalkan oleh nenek moyangnya sebelum itu.
Memang Andak Jiman yang banyak mengetahui rahsia Pawang Midin. Dia juga tetap rahsiakan segala yang dialami-nya semasa menepung tawar busut tersebut. Kalau tidak disebabkan Uda Saenah mendesak sampai menutup mata rapat-rapat pun, Andak Jiman tetap pegang rahsia tersebut kukuh-kukuh.
 "Andak Jiman memang nampak jelmaan Pak Mualim di alas busut tu," tutur Uda Saenah mengeluh pendek seolah-olah terbayang di ruang matanya Andak Jiman tercegat di sisi busut tersergam.
"Ayah pun sama juga dengan Tok Midin," sahut Cikgu Manir disebabkan ayahnya memang berguru amalan kebatinan dengan moyangnya Pawang Midin.
 Lainlah datuknya Ulung Semail memang tidak peduli sangat dengan busut yang sering-kali ditepung tawar itu. Kadang-kala di atas busut itu Ulung Semail letakkan buluh belebas yang dipikul dari becah. Sengaja disandarkannya buluh belebas berkenaan di situ. Sekali sekala di alas busut itu pula Ulung, Semail tercangkung melepaskaii penal.
 Marah juga ayahnya Pawang Midin dengan sikap Ulung Semail seolah-olah biadap sangat dengan keturunan masa lalu. Pawang Midin tetap menganggap busut berkenaan sebagai, tanda tapak tanah yang mereka diami diwarisi semenjak Pak Mualim. Duduk tercangkung di alas busut itu samalah macam duduk tercangkung di atas kepala Pak Mualim, sekalipun mereka tidak pernah menatap muka nenek moyangnya.
"Selepas ayah kamu, memang tak ada lagi siapa nak jaga saka tu!" gerutu Andak Saenah tidak harapkan anak cucunya mahu menepung tawar busut tersebut sama macam arwah suami-nya Andak Jiman.
Harapkan Ludin Cogok juga tentu tidak sama dengan Andak Jiman. Manalah Ludin Cogok amalkan mandi air tujuh jeram tatkala remang senja meranduk masuk ke hutan. Dia tidak boleh membawa timba mencedok air jiruskan ke kepala. Ludin Cogok mesti cari tujuh helai daun keladi untuk cedok air menjunam di celah jeram batu.
Masakan Ludin Cogok sanggup berlari mendaki bukit tujuh kali turun naik dari kaki sampai ke puncak. Kalau termengah-mengah pun mesti tahan diuji berlari mendaki bukit di tengah kegelapan malam. Selepas itu Andak Jiman akan bekalkan rotan sega panjang sehasta sebelum masuk ke hutan tatkala remang senja mengepak. Ludin Cogok akan berdepan dengan harimau panjang tujuh kaki yang terjongol dari sebalik belukar sebaik sahaja jejak kaki masuk ke pinggir hutan.
Ludin Cogok mesti menempuhi ujian demikian getir sebelum dibenarkan menepung tawar busut peninggalan di tanah pesaka mereka. Kalau anak cucu Pawang Midin tidak sanggup menempuh ujian tersebot masakan Ludin Cogok mahu bersusah payah. Manalah Ludin Cogok tahu mengenai Pak Mualim yang menderita hingga diganggu jelmaan harimau sekiranya busut tersebut dibiarkan tidak ditepung tawar.
"Macam mana pandangan ustaz?" Maimun memandang saya disebabkan saya tidak bersuara apa-apa setelah Uda Saenah luahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
"Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak buat," beritahu saya mengakui tidak tahu bagaimana mahu membantu Uda Saenah.
"Uda harapkan ustaz aje sekarang ni," desak Uda Saenah semakin bimbang kerana tidak ada siapa lagi diharapkan mahu menepung tawar busut berkenaan seperti diamalkan oleh Pawang Midin.
"Saya tak pernah ubati penyakit macam ni," jelas saya semakin serba salah.
Namun saya dapat mengagak Uda Saenah memang tidak rela lagi biarkan kampung halamannya dikuasai oleh jelmaan harimau berkenaan. Tetapi bukanlah mudah mahu pisahkan dirinya dari saka yang sudah lama meresap dalam dirinya. Tentu Uda Saenah sendiri perlu tabahkan semangat bangun tengah malam tunaikan solat tahajud.
Kalau Uda Saenah sendiri tidak berdoa masakan orang lain boleh membantunya jauhkan diri daripada saka berkenaan. Sejak turun temurun saka tersebut tidak nyahkan, tentulah berterusan ianya merasuk siapa sahaja keturunan mereka., Apalagi Pawang Midin yang sanggup amalkan semula setelah ayahnya tidak pedulikan lagi saka tersebut.
Tetapi Pawang Midin tidak tergamak melihat kakaknya lumpuh tidak semena-mena setelah mengidap demam panas berhari-hari. Emak saudaranya pula menjadi nanar selepas kepalanya disengat tebuan tanah. Sepupu-nya pula mengidap sakit lelah bertahun-tahun sampai badan pun kurus melidi.
Sebab itu Pawang Midin terpaksa juga amalkan semula amalan yang diturunkan semenjak Pak Mualim. Biarlah dia menanggung beban dicengkam saka asal sahaja keluarganya tidak diganggu penyakit ganjil demikian. Tentu siapa pun tidak tahu mengenai pengorbanan Pawang Midin yang sanggup jadikan dirinya benteng semata-mata menghalang saka harimau itu mengganggu.
Saya sekadar berdoa sahaja semata-mata mahu tenteramkan perasaan Uda Saenah yang terlalu harapkan saya membantu-nya. Setelah membacakan al-Fatihah tiga kali dengan menyuruh dia letakkan tapak
-tangan ke dada kiri, saya hembus ke ubun-ubun Uda Saenah dengan membaca 7 ayat terakhir dari surah Yasin diikuti dengan Ayatul Kursi.
Kemudian saya bacakan:
Walahu masakana fillaili wanna-hari wahuwas sami’ul alim, thumma sau wahu  wanofakho fihi min-rohini waja'ala lakumussam'a wal-absora wal-af-idata qolilan ma-tasykurun.
Habis sahaja saya bacakan doa, Uda Saenah, menekup mukanya lantas menangis hiba.
 Sengaja saya tidak layani Uda Saenah menangis tersengguk-sengguk ketika itu. Saya biarkan dia menangis sepuas-puasnya untuk meluahkan rasa sebal yang mendongkol. Tidak perlu lagi dicari punca yang menyebabkan dia diganggu lelah sejak beberapa bulan sebelum itu, kerana Uda Saenah sendiri mengakui memang saka keturunan merasuk semenjak kematian suaminya Andak Jiman.
Lama saya biarkan Uda Saenah menangis, terasa pula saya seolah-olah tercegat di kaki sebuah bukit dalam kegelapan malam. Sekaligus pula saya melihat Uda Saenah berlari kencang ulang alik dari kaki ke puncak bukit akibat dikejar harimau garang yang menghambat di belakangnya.
Memang tercungap-cungap Uda Saenah berlari mendaki bukit dengan mengerah seluruh tenaga. Kemudian berlari kencang pula menuruni bukit hingga berguling tidak bertampan. Tersipu-sipu malam Uda Saenah apabila nampak saya berdiri menunggunya di kaki bukit.
Sebaik sahaja bayangan Uda Saenah tersentak berhenti dari berlari ulang alik mendaki dan menuruni bukit, lantas saya bacakan:
 Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tiha wallati lam-tamut fi-manamiha fayumsikullati qodho 'alaihal-mau-ta wayur silul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la-ayatin liqaumiy yatafakkarun.
Sekaligus angin kencang bertiup hingga pokok-pokok di kawasan bukit tersebut terbongkar akar tidak bertahan. Beberapa ekor harimau bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila pokok-pokok kayu jatuh jongkang kalang. Ke mana sahaja harimau-harimau berkenaan bercempera mahu menyusupkan diri sudah tentu kayu jatuh jongkang kalang akan menimpa-nya.
Harimau yang ditimpa pokok-pokok kayu jatuh jongkang kalang akan terkial-kial bingkas bangun sekali kepala remuk dihempap pokok besar. Dengan kepalanya yang penyek harimau-harimau tersebut tetap berlari terhuyung hayang di tengah ribut kencang terus juga bertiup keras.
Apabila kayu jatuh jong-kang kalang, saya melihat di tengah belukar berkenaan tersergam busut sebesar tempayan beras sama seperti yang saya lihat di hujung halaman rumah Uda Saenah.
"Nampaknya awak nak mencabar!" tiba-liba sahaja saya dijerkah lembaga besar yang bercekak pinggang di atas busut.
Saya tidak menyahut, tetapi membacakan Ayatul Kursi diulangi sampai 113 kali, menyebabkan tubuh lembaga tersebut terkopak. Sekaligus pula busut tempat is berpijak ikut sama terpokah hingga meleleh air merah laksana darah pekat. Terjerit-jerit lembaga besar dengan kepala seperti tempayan beras itu tatkala petir berdentam menerjah ke tubuhnya.
"Jangan kamu nak perdayakan keturunan Pak Mualim!" bentak saya memberi amaran supaya lembaga berkenaan tidak mencari kesempatan daripada amalan Pak Mualim.
Memang keletihan Uda Saenah sebaik sahaja saya habis berdoa. Cikgu Manir juga mengakui emaknya meracau tidak menentu. Setelah Uda Saenah merasa penyakitnya tidak lagi mengganggu, tidak bertangguh dia mendesak Cikgu Manir menghantarnya bltik. Semasa balik ke kampung terkejut juga Uda Saenah, kerana Ludin Cogok beritahu busut di hujung halaman rumah terpokah tidak bersebab.
SELESAI

2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan. Saya merupakan seorg peminat siri Tok Awang Ngah sejak dari kecil lg. Saya banyak membaca buku2 beliau. Cuma saya ada beberapa kemusykilan. Adakah watak dalam siri ini merupakan Tok Awang Ngah sendiri atau cuma watak rekaan? Jika watak ini wujud, apakah khabar beliau skrg ini? Maaf atas pertanyaan ini. Terima kasih atas usaha tuan mengumpul siri2 cerita ini. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya watak watak dalam siri ini adalah bukan merupakan watak Tok Awang Ngah itu sendiri. Tetapi saya juga berpendapat cerita tersebut disampaikan kepada beliau oleh sesaorang dan beliau membukukannya mengikut judul judul tertentu. Walau bagaimanapun itu cuma pendapat saya dan mungkin juga watak watak utram tersebut adalah Tok Awang Ngah sendiri.. Wallahualam

      Delete