Sunday, December 10, 2017

257. KAWIN BUNIAN DI BELUKAR NIPAH


MEMANG tidak disangka langsungoleh Katib sewaktu berubat di rumah Ucu Subeh Bagan Datoh itu, segala kejadian yang tidak dapat dilihat benar-benar berlaku. Semasa balik ke Kuala Lumpur dia melihat sendiri pasir tanah bertaburan di hadapan rumahnya. Di tepi pintu pagar pula tanahnya berlubang sampai sebesar pinggan seolah-olah perdu pokok bungkas akar.

Di bawah timbunan pasir di tempat tanah berlubang itu lah Katib nampak bungkusan sebesar tin ikan sardin. Disebabkan bimbang kejadian buruk berlaku, dia terus memasukkan bungkusan itu ke dalam karung plastik. Tidak bertangguh Katib balik semula ke Bagan Datoh, sekalipun memakan masa hampir tiga jam perjalanan.

Hampir maghrib dia sampai di rumah Ucu Subeh. Mujur juga Ucu Subeh tidak dijemput orang ke mana-mana tatkala keretanya berhenti di tengah halaman. Setelah tunjukkan bungkusan tersebut, Ucu Subeh juga tidak berani membukanya ketika itu. Biarlah menunggu sehingga lepas isya supaya dapat dia membakar kemenyan menyeru jelmaan Tok Sapi mendampinginya.

Ketika kemenyan dibakar, Ucu Subeh sudah dapat merasakan isi bungkusan itu sama dengan ramuan kelengkapan ubat yang dimintanya sediakan pada Katib. Pembungkus-nya memang kain selendang nipis kasa berlapik sapu tangan. Isinya bangkai ayam selasih sudah disembelih dengan duri tujuh jenis pokok, tujuh jenis makanan makanan terbuang, tujuh jenis kuntum bunga, tujuh biji bertih dan tujuh hiris lilin sam-bang.

"Huh, memang permainan hantu raya dengan orang tinggi," gerutu Ucu Subeh tidak dapat menahan rasa kesal dengan kejadian demikian. Kenapa sesama sendiri masih tergamak menggunakan ilmu hitam sampai menyeru syaitan membantu?

Kalau hantu raya atau orang tinggi memang jenis syaitan yang bertujuan memesongkan keimanan sesiapa sahaja. Apabila memohon bantuan syaitan membuat kerja-kerja jahat sudah tentulah tujuannya tetap jahat juga. Sebab itu lah beberapa kali Ucu Subeh menggeleng kepala dengan lelehan air mata akibat terlalu sebak di dada.

"Habis, nak buat macam mana lagi, Ucu?" bimbang be-nar Katib dengan kejadian yang menimpa keluarganya.

"Tak apa, tunggu-Iah sampai tujuh minggu dulu," Ucu Subeh meyakinkan Katib.

Tidak perlu lagi Katib bimbang setelah bungkusan tersebut timbul di permukaan tanah. Kalau sesama ini ianya tersembunyi, tetapi ketika itu semuanya telah dapat dilihat dengan nyata.

Selepas tujuh minggu, Katib tidak merasa apa-apa lagi gangguan. Dia tidak tahu apakah kesudahannya. Tetapi Ucu Subeh hanya meminta dia buatkan kenduri kesyukuran sahaja sekira-nya tidak ada lagi gangguan yang merasuk. Apa sangatlah dengan kenduri kalau bandingkan gangguan yang menimpa keluarganya sejak beberapa tahun.

"Katib suami isteri dulu, dah tak ada gangguan lagi, ustaz," beritahu Ucu Subeh sewaktu dia datang berkunjung ke rumah.

Hampir juga saya terlupa dengan kejadian menimpa Katib. Lagipun dia berubat melalui Ucu Subeh, manalah saya tahu sangat bagaimana kesudahannya. Kalau Ucu Subeh tidak ingatkan, memang sudah lama luput daripada ingatan saya.

Tetapi Ucu Subeh tetap kenangkan juga seolah-olah saya yang membantunya mengubati Katib, sekalipun berkali-kali saya ingatkan perkara mengubati Katib bukan upaya saya. Apa yang saya lakukan hanya berdoa memohon pertolongan Allah semata-mata, supaya mereka yang dianiaya dengan ilmu hitam dilindungkan.

Sewaktu Ucu Subeh datang ke ru-mah saya, memang dia sugul juga se-telah dijemput jauh sampai ke Paya Jaras. Kalau tidak di-perdayakan memang enggan juga Ucu Subeh mahu mengikut Cikgu Bidin yang men jemputnya. Jam 5.00 pe-tang Cikgu Bidin datang ke rumahnya di Bagan Datoh, tentulah santak isya baru sampai ke Paya Jaras.

Masakan tidak ada orang yang boleh diharapkan di Paya Jaras mengubati bapa mertua Cikgu Bidin yang terkejang sakit. Tetapi Cik Gu Bidin perdayakan Ucu Subeh hanya untuk beberapa jam sahaja perjalanan. Hanya di dalam kereta baru Cikgu Bidin beritahu fasal mahu membawanya ke Paya Jaras mengubati bapa mertua nya itu.

Hampir jam 10.00 malam baru Ucu Subeh sampai di Paya Jaras. Setelah melihat orang tua itu terkejang sejak tiga hari, selepas dibawa balik dari hospital, terpaksa jugalah Ucu Subeh mencuba. Sewaktu dia membakar kemenyan mahu memulakan berkibas kain hitam, lelaki tua itu menghembus kan nafas.

Memang ajal bapa mertua Cikgu Bidin sudah tersurat, tetapi kejadian itu tetap menghibakan hati Ucu Subeh. Hanya apabila dijemput dia dari Bagan Datoh, semuanya men-jadi sia-sia kerana dia tidak dapat menyelamatkan.

"Syukurlah, dia tidak menanggung beban penyakitnya lagi," ujear saya apa-bila Ucu Subeh masih juga tidak dapat menghilangkan rasa kesal yang menusuk hatinya.

Kehibaan hati Ucu Subeh itu sama juga bagaikan dia masih kenangkan sepupunya Itam Lias. Kesal sangat dia disebabkan tidak berusaha membantu Itam Lias sampaiIah sepupunya itu menutup mata. Bertangguh-tangguh sangat dia mahu membantu, disebabkan tidak sesiapapun yang membuka mulut memintanya ubatkan Itam Lias.

Memang Itam Lias tidak terkejang sakit macam bapa mertua Cikgu Bidin. Sebab itulah emak saudaranya Anjang Kimah tidak peduli sangat fasal Itam Lias suka bercakap sendirian. Setiap kali balik dari kedai dia akan merungut-rungut sebelum sempat menungkatkan basikalnya.

"Tak ada lain nak diminta, asal aku balik dari kedai kamu nak gula-gula!" gerutunya mencebek bibir lantas duduk di tangga berjuntai kaki. Sekali sekala Itam Lias akan memberang juga sampai mematah ranting bunga. Dia akan melibas ranting itu macam mencimat anak kecil.

Kemudian dia akan termengah-mengah duduk semula di tangan berjuntai kaki bagaikan dilerai orang. Itam Lias akan merungut-rungut berpanjangan bagaikan tidak da-pat menahan marah.

"Kamu pun satu, terlalu manjakan anak!" kepala Itam Lias terteleng-teleng bagai memarahi orang yang di sisinya.

Tidak siapapun melihat apa-apa di sisi Itam Lias. Emak nya Anjang Kimah sekadar melihat Itam Lias bercakap sendirian sama macam Tumin anak cacat Ucu Subeh. Tetapi Tumin tidak lagi bercakap sendirian setelah diberi pakaian serba kuning dan dilangir limau air kuala tempat beting beras basah timbul.

Malah Tumin boleh membantu ayah nya mengubati sesiapa sahaja yang datang ke rumah fasal penyakit. Tumin akan tentukan perkakas ubat yang perlu dilengkapkan. Selepas ramuan itu dikumpulkan barulah diserahkan pada Ucu Subeh menentu kan cara pengubatan dilakukan

Tetapi setiap kali saya datang semasa Ucu Subeh membakar kemenyan, dia akan berpeluh-peluh menggeliat. Beberapa kali dia merasakan tubuhnya lembik tidak bermaya hingga terasa duduk bersila di atas beting beras basah, dia melihat imam Tok Sapi melambai-lambai jauh di tebing. Sukar sangat imam Tok Sapi mahu menghampiri dia yang menunggu di tengah arus semakin deras.

Siti Fatimah juga semacam malu mahu melayang ke udara dengan pakaian serba kuningnya. Saat ini juga Ucu Subeh merasakan saya tercegat berdiri di depannya dengan kepala cecah ke awan.

Apabila tubuh saya hancur di dalam cahaya putih yang melingkar, dia mendengar gema zikir terlalu kuat hingga arus sungai menjadi gementar. Sedikit demi sedikit tebing sungai juga cair laksana lilin terbakar ke api. Ucu Subeh merasakan sekelilingnya berwap panas dahang hingga dia menggeliat-geliat tidak bertahan.

"Minta izin dengan ustat dulu," Ucu Subeh mendengar laungan imam Tok Sapi jauh sayup di seberang tebing.

Ketika Ucu Subeh mendongak menatap muka saya dia terkejut kerana tubuh saya dilingkari cahaya putih yang menyilau ke matanya. Hanya sekali imbas sahaja dia dapat melihat diri saya dalam gelungan cahaya putih itu, disebabkan matanya tidak dapat celik lama. Terpaksa dia memejamkan semula mata akibat silauan cahaya putih yang memancar.

"Berilah laluan sikit ustaz," bisik Ucu Subeh bagaikan merayu supaya saya tidak menghalang kedatangan imam Tok Sapi.

Saya sendiri tidak tahu kenapa imam Tok Sapi tidak dapat mendekati Ucu Subeh tatkala saya duduk di sisinya. Setelah ingatkan kejadian semasa di Pelangai dan di Mancis tatkala Ulung Sali juga sukar sangat menyeru akuannya, saya dapat agakkan memang Ucu Subeh juga menghadapi keadaan yang sama.

Lantas saya berbisik ke telinga Ucu Subeh supaya membacakan:

Bismillah hir Rahmannir Ra-him,

dan diulangi sehingga 113 kali.

Dia terangguk-angguk menuruti petua yang telah saya berikan. Setelah dia menzikirkan hingga 113 kali, Ucu Subeh nampak imam Tok Sapi tersenyum mara mendekati dia. Memang dapat saya lihat imam Tok Sapi duduk di sisi Ucu Subeh tatkala dia mula melingguk-linggukkan badan bertutur tatkala mengubati orang. Sekali sekala Tok Sapi akan mengangkat tangan bagaikan melambai ke arah saya.

"Kalau ustaz ada, dia malu nak datang," tutur Ucu Subeh setelah dia pulih semula apabila selesai mengubati pesakit.

Tahu sangat Ucu Subeh fasal imam Tok Sapi tidak akan datang menghampiri dia sekiranya saya ada di tengah rumah Imam Tok Sapi bagai kan dihadang tembok tinggi yang sukar ditembusi. Kalaulah dia datang menjelma bukan bertujuan baik, sudah tentu tubuhnya akan terbakar oleh silauan cahaya yang memancar di sekeliling tubuh saya
.
'Ustaz punya pendinding kuat sangat' tersengih-sengih Ucu Subeh mengusik saya. "His, pendinding apa pula ni?" terkejut juga saya apabila dituduh demikian. Manalah saya tahu fasal pendinding yang dikatakan oleh Ucu Subeh itu.

"Saya tahu ustaz, memang jalan kita tak sama, tapi hakikatnya tetap sama," tutur Ucu Subeh tersenyum menepuk nepuk bahu saya. Tetapi kejadian yang menimpa Itam Lias itu diberitahu kepada saya selepas lelaki itu meninggal dunia. Memang saya sendiri tidak pernah menemui Itam Lias. Seisi kampung tahu benar fasal Itam Lias tiba-tiba sahaja berubah kelakuan selepas dia mengadu diserang demam selsema sampai berminggu-minggu.

Manalah Anjang Kimah ambil peduli sangat kalau takat diganggu demam selsema. Arwah nya tidak bimbang apa-apa kalau sekadar demam selsema sahaja yang mengganggu. Pagi-pagi dia akan beli serbuk cap kaki tiga di kedai Ah Meng, minum sahaja dengan air suam. Tengah hari nesca ya seluruh tubuhnya akan berpeluh. Petangnya dia sudah boleh menghayun parang panjang menebas di kebun.

Sebab itulah dia tidak peduli sangat fasal demam selsema yang menyerang Itam Lias. Puas disuruh telan serbuk cap kaki tiga dengan air suam berkeras sangat dia tidak mahu meneguk. Biar Iah dia menanggung seram sejuk sepanjang hari, namun Itam Lias tetap mahu meneguk air suam dengan serbuk cap kaki tiga.

Berminggu-minggu Itam Lias tidak jejak kaki ke kebun. sampaikan mengait kelapapun dia serah pada emaknya sahaja uruskan. Biarlah orang-orang kampung ambil upah mengopek dan mengangkut kelapa bawa ke rumah salai. Anjang Kimah sendiri boleh uruskan kalau Itam Lias terkejang tidak boleh bangun.

Sembuh daripada sakit demam selsema itulah Itam Lias tidak peduli sangat makan minum. Pagi-pagi dia turun ke kebun kelapa, Itam Lias tidak makan sarapan apa-apa. Dia terus sahaja masuk ke belukar nipah sampai matahari tegak segalah. Keluar sahaja daripada belukar nipah barulah dia mengait kelapa dan uruskan orang-orang kampung yang ambil upah mengopek kelapanya.

Tengah haripun dia tidak balik makan ke rumah, tetapi menyusup masuk ke dalam belukar nipah. Lepas zohor baru dia keluar semula untuk uruskan kerja-kerja di kebun kelapa. Beberepa kali juga diendap oleh orang-orang kampung, tetapi mereka tidak pernah menemui Itam Lias di situ.

Kadangkala sampai seminggu juga Itam Lias tidak balik ke rumah. Apabila balik ke rumah dia akan merungut-rungut tidak tentu biji butir. Tetapi Wak Sirun ingatkan juga Anjang Kimah supaya ubati Itam Lias supaya tidak melarat hingga tenat. Bagaimana mahu diubati lagii sekiranya sudah terlalu tenat.

"Dia ni dah kahwin dengan bunian" beritahu Wak Sirun tidak mahu berselindung rahsia apa-apa lagi.

"His, jangan percaya sangat fasal bunian ni," abangnya Haji Sapar ingatkan Anjang Kimah apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Itam Lias.

Haji Sapar sendiri suruh dihantar ke hospital sahaja biar Itam Lias diberi rawatan. Berminggu-minggu di hospital,_ Itam Lias hanya termenung sahaja tidak bercakap sepatah pun. Kadangkala dia menangis tersengguk sengguk.

Memang hospital juga sahkan dia tidak mengidap sakit otak. Itam Lias hanya dituduh terlalu risau hingga fikirannya tidak tenteram. Sebab itu dia perlu berihat banyak dengan tidak dibebankan dengan kerja. Apabila dibawa balik ke rumah memang Anjang Kimah tidak benarkan Itam Lias bekerja di kebun. Biarlah dia sendiri uruskan fasal mengait, mengopak, atau menyalai kelapa kering.

Tetapi Itam Lias tetap masuk juga ke belukar nipah di sempadan kebun kelapanya. Lima tahun dia berkelakuan demikian, Anjang Kimah sendiri tidak ambil peduli lagi. Biarlah Itam Lias bebas melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Kalau berbasikal ke kedai, dia sekadar minum teh sahaja.

Dia tidak akan berbual dengan kawan-kawan. Balik sahaja ke rumah, Itam Lias akan memarahi sendirian sahaja sebelum menungkat basikal.

"Mana ada gula-gula!" bentaknya bagaikan memarahi anak kěcil yang merengek. "Pantang aku ke kedai, nak gula-gula aje..." gerutu Itam Lias terus duduk di tangga berjuntai kaki.

"Kau marahkan siapa tu, Lias?" sengaja Anjang Kimah mahu mengusiknya.

"Anak aku, lagi-lagi nak minta gula-gula," sahut Itam Lias mencemik muka dengan tidak menoleh ke arah emaknya. "Cakap sikit emaknya marah, manjakan anak sangat,°' tegasnya macam meluahkan perasaan geram yang mendongkol.

"Dia nak gula-gula apa salah belikan," Anjang Kimah macam memujuknya untuk menguji hati anak lelakinya yang belum pun berkahwin itu.

"Budak-budak bukan boleh manjakan sangat," jelas Itam Lias betui-betul seperti memarahi anak kecil yang merengek-rengek.

"Ah, budak-budak memanglah macam tu," gemar juga Anjang Kimah melayaninya kalau Itam Lias terus merungut-rungut tidak menentu.

Itam Lias tidak menjawab. Mukanya masam bagaikan tidak senang kerana emaknya menyebelahi anak kecil yang di marahinya.

"Kau tak sayangkah, anak sendiri?" semakin galak An-jang Kimah melayani dia.

Tersengih-sengih Itam Lias dengan usikan emaknya. Dia tahu emaknya juga sekadar mengusik. Manalah emaknya melihat anak kecil yang dimarahinya sangat disebabkan meminta belikan gula-gula. Kalau emaknya nampak anak kecil itu tentu bila-bila dia sanggup belikan gula-gula berkenaan.

Apalah salahnya anak kecil makan gula-gula yang di-gemari. Tetapi Anjang Kimah tidak melihat siapapun di sisi Itam Lias. Memang dia sekadar melayani anaknya supaya tidak berterusan bercakap sendirian.

Kalau mahu dikatakan Itam Lias tidak siuman, dia masih mampu tunai kan solat di hujung serambi. Sama ada solatnya betul atau pun tidak, Anjang Kimah tidak peduli sangat. Perkara solat Itam Lias sah atau pun tidak bukan urusan dia, tetapi terserah kepada urusan Allah. Tengah malam Itam Lias akan membaca al-Quran, hingga jelas bacaannya tidak terpesong apa-apa.

Tetapi Haji Sapar tetap ingatkan dia supaya tidak percayakan sangat fasal Itam Lias berkahwin dengan bunian. Memang Anjang Kimah tidak berani sangat membantah keputusan abangnya. Apabila Haji Sapar sudah memutuskan demikian, Wak Sirun juga tidak mahu men-desak sangat.

Perkara bunian juga bukan urusan manusia biasa sesama makhluk, tetapi urusan Allah yang mengetahui sama ada yanq nyata mahupun yang tersembunyi. Sebab itu lah Wak Sirun tidak mahu menunjukkan dirinya tahu apa yang tersembunyi di sebalik kelakuan aneh Itam Lias, kalau Haji Sapar sudah memutuskan bahawa Itam Lias memang tidak siuman.

Siapapun tidak mengetahui apa yang berlaku keatas dirinya sewaktu bersendirian di kebun kelapa di sempadan tanah berhampiran belukar nipah. Boleh jadi kepala Itam Lias ditimpa buah kelapa tatkala dia mengait menyebabkan Itam Lias hilang ingatan. Memang Haji Sapar tetap menuduh anak saudaranya itu ditimpa buah kelapa semasa mengait.

Sebab itulah dia mengidap sakit demam selsema hingga berminggu-minggu. Sudah tentulah kepalanya yang ditimpa buah kelapa itu menyebabkan Itam Lias menanggung kesakitan hingga demam selsema.

Biarlah Haji Sapar berkeras tidak mempercayai fasal Itam Lias berkahwin dengan bunian, Wak Sirun tetap berusaha juga mahu yakinkan Anjang Kimah. Memang dia tidak dapat membuktikan apa-apa kerana bukan terjadi di alam nyata. Masakan Anjang Kimah mahu mempercayai dirinya kalau tidak dapat buktikan fasal perkahwinan aneh itu.

Apabila diberitahu Ucu Suebeh, dia sendiri berjanji akan memujuk Itam Lias. Biar Itam Lias sendiri memberitahu segalanya pada Anjang Kimah.

Puas dipujuk barulah Itam Lias memberitahu Ucu Subeh mengenai pertemuannya dengan Puteri Umbut di kawasan belukar nipah bersempadan kebunnya. Puteri Umbut itu menjelma sewaktu Itam Lias mengait kelapa disempadan kebun berkenaan. Terlalu mesra puteri itu mempelawa dia minum selepas penat  bekerja sepanjang hari.

Setelah beberapa kali mereka bertemu ltam Lias sendiri meluahkan perasaannya mahu berkahwin dengan Puteri Umbut. Sebab itulah Puteri Umbut mempelawa dia menemui ayahnya dengan mengajak masuk ke kawasan belukar nipah. Sebaik sahaja Itam Lias mengekori dia masuk ke belukar nipah, tiba-tiba sahaja kakinya berjejak di hadapan istana tersergam indah di kelilingi kolam yang beralun alun airnya ditiup angin.

Sewaktu melalui titian buluh di tengah kolam menuju ke istana, Itam Lias dapat mendengar siulan burung yang menawan hatinya. Dia melihat kejernihan air kolam di dalamnya ikan-ikan berenang bermain dipermukaan air.

Sebaik sahaja sampai ke dalam istana terus  Putri Umbut perkenalkarn dia kepada Penghulu Imam ayahnya. Tersengih-sengih Penghulu Imam apabila diberitahu fasal Itam Lias mahu berkahwin dengan Puteri Umbut.

"Tapi, janganlah pisahkan saya dengan emak saya," mohon Itam Lias setelah menyedari perkahwinannya dengan Puteri Umbut akan menjadi masalah pula. Manalah tahu dia tidak dibenarkan balik semula menemui emaknya.

"Apa salahnya, tapi dengan syarat kau tak boleh kahwin dengan manusia biasa” jelas Penghulu Imam mengingatkan pantang Iarang yang harus dipatuhi.

Tidak bertangguh Itam Lias menerima sahaja syarat tersebut. Apa sangat dengan dengan syarat tidak benarkan dia berkahwin dengan manusia biasa.Perkara berkahwin dengan manusia biasa tidak penting lagi pada Itam Lias, asal sahaja dia boleh berkahwin dengan Puteri Umbut.

Setelah berkahwin dengan Puteri Umbut itulah seisi kampung melihat Itam Lias berkelakuan aneh. Dia mengaku isterinya tidak ikut sama balik ke rumah. Tetapi selepas mendapat anak, memang Puteri Umbut menyuruh anaknya Putera Ali mengulangi dia. Sebab itulah dia merungut kalau Putera Ali mendesak dibelikan gula-gula, sedangkan menjadi pantang larang anaknya tidak boleh menjamah masakan manusia.

Sudah tentu  gula gula juga buatan manusia biasa yang menjadi pantang larang larang ditetapkan oleh Penghulu Imam. Terlalu banyak sangat pantang larang yang mesti dipatuhi oleh Itam Lias, sampai dia merasa rimas tidak bertahan.

Kalau tidak kenang pantang Iarang memang dia sanggup lakukan apa sahaja. Tetapi pantang larang itu akan menyebabkan dia menanggung hukuman tidak boleh lagi bertemu emaknya dan kaum keluarga sendiri. Dia akan dipisahkan dari masyarakat manusia. Biarlah dia dianggap tidak siuman, tetapi Itam Lias tahu dirinya tidak dipisah kan daripada emak dan sanak saudara.

Sebab itulah dia sanggup memukul Putera Ali, kalau anak itu terus mendesak mahu belikan gula-gula. Tentu Putera Ali mahu menggodanya supaya melanggar pantang larang. TentuIah dia akan dipisahkan dengan emak dan sanak saudara sekiranya menuruti kemahuan Putera Ali mendesak untuk menjamah makanan yang dibuat oleh manusia.

"Bolehkah aku jumpa isteri kamu?" Ucu Suheh memu-juknya. Terkebil-kebiI mata Itam Lias. Serba salah dia mahu membuat keputusan kerana bim-bangkan melanggar pantang larang yang ditetapkan. Kemu-dian dia menggeleng geleng apabila kenangkan pantang larang tersebut.

"Kalau banyak sangat pantang Iarang, kenapa kahwin dengan bunian?" sengaja Anjang Kimah melepaskan geram setelah mendengar pengakuan anaknya itu.

'Jodoh aku, nak cakap macam mana' ujar Itam Lias perlahan.

Selepas pengakuannya itu tiba-tiba Itam Lias menghilangkan diri sampai sebulan. Puas juga seisi kampung membantu mencarikan, tetapi mereka tidak menemui di manapun. Apabila diberitahu Haji Sapar, dia kuat menuduh tentu Itam Lias merayau-rayau sampai ke Teluk Intan. Berkeras juga dia mahu membuat laporan polis.

Tetapi Wak Sirun menegahnya. Perkara kehilangan Itam Lias tidak sama dengan kehidupan di alam nyata. Sebab itu Wak Sirun mendesak Haji Sapar buatkan sembahyang hajat sahaja. Terkebil-kebil mata Haji Sapar apakala Wak Sirun membacakan:

Wa-indahu mufa-tihul ghaibi laya'k muha illa-huwa, wa-yalamu mafil-barri wal-bahri wama tas-qutu min-waraqatin ilia ya'lamuha wala habbatin fi-zuluma-titardhi wala ratbin walaya birin ilk fi-kitabin mubin.

Memang dia tahu Wak Sirun lama belajar pondok di Kepala Batas. Fasal pengetahuan agama dia sendiri tidak boIeh tandingi Wak Sirun. Kalaulah Wak Sirun tidak sebutkan mengenai ayat 59 surah an-Naam itu dia sendiri tidak memahami bahawa:

"Kau pada sisi AIIah-Iah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia memegetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (loh mahfoz)."

Disebabkan Haji Sapar serba salah dengan kehilangan Itam Lias, dia lakukan juga sembahyang hajat selepas maghrib. Kemudian dia buat juga sembahyang tahajud sebaik sahaja terbangun tidur tengah malam yang sepi. Lama dia berzikir sebelum merebahkan semula badan tidur nyenyak hingga bersenar.

Sewaktu bangun untuk solat subuh terlewat juga Haji Sapar disebabkan terlalu mengantuk. Kalaulah tidak disebabkan cucu-cucu nya riuh mahu ke sekolah jam 6.30 pagi, tentu dia juga masih terlina di katil. Cepat-cepat dia ke bilik air apa-bila jam 6.30 sudah cerah di sekeliling.

Hampir terganggu juga solat subuhnya apabila kenangkan mimpi sepanjang malam. Dia seolah-olah dipelawa lelaki berjubah putih masuk ke belukar nipah di sempadan kebun kelapa adiknya Anjang Kimah. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk tiba-tiba sahaja sekelilingnya terbentang luas kebun bunga dengan kolam di sekeliling istana tersergam.

Berdebar juga hati Haji Sapar apa-bila memijak titian buluh tersusun kemas menuju ke halaman istana. Tetapi lelaki berjubah putih itu melayani dia dengan ramah mesra lantas mengajak terus masuk ke istana. Sebaik sahaja jejak kaki ke dalam istana, Haji Sapar melihat Itam Lias gagah berpakaian serba kuning di sisi isterinya.

Disebabkan terpesona dengan suasana di sekeliling istana itulah Haji Sapar terlina sampai terlangsung subuh. Tatkala azan subuh bergema di masjid hanya terdengar sayup-sayup sahaja di hujung telinganya.

"Entah mimpi, entah merepek..." keluhnya memberi-tahu Wak Sirun setelah mereka berkumpul di rumah Anjang Kimah.

"Kita cari dulu di belukar niaph tu, kalau tak jumpa kenalah Subeh buat macam manapun," Wak Sirun sudah mula dapat mengagak ke mana Itam Lias menghilang.

"Kita tebas habis belukar nipah tu," seorang jiran menceIah kerana tidak sabar lagi dengan cerita gangguan bunian sejak bertahun-tahun di kampungnya. Seringkali benar didengarnya fasal bunian yang akan menjelma untuk menggoda. Mereka yang tidak tertahan iman mudah sangat tergoda sampai terjerumus tidak menentu.

"Yang penting kita cari Lias dulu," tegas Haji Sapar masih terbayang-bayang mimpi yang dialaminya. Dia sendiri merasakan terpesona dengan Iayanan lelaki berjubah putih itu terlalu ramah dan menghormatinya. Tentulah tidak tergamak dia mahu memusnahkan tempat persembunyian lelaki tersebut kalauIah benar kawasan belukar nipah itu ter sergam istananya.

Sewaktu beberapa orang kampung ke belukar nipah itu mereka terserempak Itam Lias terbaring di perdu rumpun nipah dalam keadaan Ietih lesu. Kakinya dipenuhi pacat yang kekenyangan melekat di kulit. Terpaksa pula mereka membantu buangkan pacat di kaki Itam Lias dengan diperah air tembakau.

Setelah dipapah dibawa balik ke rumah, keadaan Itam Lias masih tidak sedarkan diri lagi. Dia kebingungan seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.

"Ke mana kau sampai sebulan hilang?" rungut Anjang Kimah tidak sabar lagi melihat keadaan Itam Lias.

Dia menggeleng-geleng tidak mahu bercakap sepatah pun. Puas didesak pun Itam Lias tetap membisu dengan terkebil-kebil mata mendongak ke bumbung atap.


"Kau buat apa di belukar nipah to?" Haji Sapar pula cuba mencongkel rahsia hidup anak saudaranya.

Tersengih-sengih Itam Lias menatap muka Haji Sapar, hinggakan Haji Sapar dapat merasakan seolah-olah pertemuan di dalam mimpinya. Dia sendiri melihat memang Itam Lias duduk di sisi Puteri Umbut. Apabila anak mereka Putera All menjelma di sisinya, Haji Sapar juga mengusap-usap kepala anak kecil itu hingga terasa tanduk yang berbonggol di kepalanya.

Mahu juga dia bertanyakan fasal tanduk di kepala Putera Ali. Tetapi dia bimbang Puteri Umbut akan tersinggung. Lelaki berjubah putih yang menyambutnya juga bertanduk sama seperti bapak kambing galak mengawan. Hairan juga dia bagaimana Itam Lias boleh tergoda dengan kehidupan di sekeliling makhluk yang tidak setaraf dengan manusia?

Disebabkan Itam Lias tersenyum mengerlingnya, Haji Sapar tidak tergamak mahu bertanya lagi.

"Bukankah pak we yang suruh aku balik?" tersengih-sengih Itam Lias sambil menggaru betisnya akibat kesan gigitan pacat yang banyak melekat di kulit.

Terangguk-angguk Haji Sapar dengan keluhan memanjang. Memang perkara yang tidak dapat dilihat itu sukar mahu diberitahu ke-pada sesiapa. Mungkin tidak siapapun percaya mimpi yang dialaminya, tetapi Itam Lias seolah-olah mengakui bertemu dia di istana lelaki berjubah putih yang dipanggil Penghulu Imam.

"Penghulu Imam suruh balik, sebab pakwe dah jemput..." kata Itam Lias mencebek bibir macam mengejek.

Tentulah tidak munasabah pada orang-orang kampung fasal dia menjemput Itam Lias di tengah istana yang tidak diketahui di mana letak nya. Itam Lias juga memberitahu mengenai pertemuannya dengan Penghulu Imam lelaki berjubah putih yang menjelma sewaktu mempelawanya masuk ke dalam istana tersergam. Tentulah orang-orang kampung tidak akan mempercayai apapun yang dituturkan oleh Itam Lias, walhal semua kejadian itu sama seperti yang dialami dalam mimpinya sepanjang malam.

"Kenapa tak kahwin dengan manusia macam kita ni, Lias?" Wak Sirun menepuk bahunya semacam mahu menguji.

Tiba-tiba sahaja Itam Lias menangis tersengguk-sengguk. Dia menggelenggeleng bagaikan meminta supaya tidak diulangi pertanyaan demi kian.

"Manusia mempunyai darjat yang tinggi dibandingkan dengan makhluk lain," ujar Wak Sirun mengingatkan Itam Lias yang sudah jauh terjerumus.

Tertunduk Itam Lias. Dia mengesat pelupuk matanya menahan rasa terharu yang kian menyebak. Siapapun tidak akan dapat menyelami perasaan yang mengombak dalam dadanya tatkala itu. Menyuruh dia berpisah dengan Puteri Umbut samalah macam memusnahkan hidupnya. Dia tidak dapat lagi membuat keputusan yang boleh melanggar pantang larang yang ditetapkan oleh Penghulu mam.

Satu-satu nya yang boleh diharapkan memang Ucu Subeh. Seisi kampung tahu benar mengenai Ucu Subeh dan anak cacatnya Tumin yang boleh berhubungan dengan makhluk halus demikian. Perkara berhubungan dengan makhluk yang tidak boleh dilihat dengan panca indera, tidak sama dengan terserempak manusia biasa di mana-mana.

Tahu benar Wak Sirun mengenai surah al-Jin di dalam al-Quran yang menyebut mengenai makhluk demikian selain daripada manusia. Tetapi apapun makhluk di muka bumi, darjat mereka tidak akan sama dengan manusia yang diberikan segala kelebihan oleh Allah. Hanya manusia sahaja yang tidak menghargai darjat mereka sehingga sanggup turun lebih rendah daripada darjat haiwan setelah dipengaruhi oleh godaan syaitan.

Setelah Haji Sapar bersetuju meminta Ucu Subeh berhubungan dengan membakar kemenyan, mereka sama-sama menunggu sehingga jam 11.00 malam. Ucu Subeh tidak akan dapat melakukan apapun kalau tidak diseru imam Tok Sapi atau Siti Fatimah datang bersama mendampingi dirinya.

Tatkala Ucu Subeh meliuk-liukkan badan di hadapan tempat membakar kemenyan, Itam Lias hanya ketawa tersengih-sengih sahaja. Sekali sekala dia merungut-rungut tidak tentu biji butir; sekali-sekala seolah-olah membacakan Fatihah dan surah al-lkhlas berulang kali. Tetapi Ucu Subeh tidak peduli apapun yang dibuat oleh Itam Lias, kerana dia merasakan dirinya dibawa oleh Imam Tok Sapi masuk ke kawasan istana tersergam lapang.

Lama mereka bertiga tercegat di tengah ruang besar, barulah Penghulu Imam menjelma dengan melirik senyum.  Berpelukan imam Tok Sapi dengan Penghulu Imam sebaik sahaja mereka bertemu bagaikan kawan Iama bertemu semula setelah sekian lama berpisah.

"Kenapa tok datang ke sini, ada ke hal penting?" Peng-hulu Imam menunduk menghormati imam Tok Sapi.

"Sahabat kami ni nak jumpa awak," jelas imam Tok Sapi
berpaling kepada Ucu Subeh yang berdiri di antara dia dengan Siti Fatimah.

"Hajat baik ke, hajat jahat?" terkejut juga Penghulu
Imam apabila di-beritahu mengenai kunjungan Ucu Subeh ke situ.

"Kalau hajat jahat, kami tak payah datang ke sini," Iantas Siti Fatimah mencelah sambil membetulkan selendangnya yang berayun-ayun dibuai angin.
Di tengah elusan angin itulah melayang tubuh Puteri Umbut bersama Putera Ali dari udara sehingga jejak kakinya di tengah ruang besar. Lama Puteri Umbut merenungi Siti Fatimah yang tercegat di sisi Ucu Subeh. Sebaik sahaja Puteri Umbut mahu menerkam ke arahnya cepat-cepat Siti Fatimah menudingkan jari hingga memancar kilauan cahaya hijau di hujung telunjuknya.

Serentak dengan itu Puteri Umbut terhumban ke lantai akibat terjahan kilauan cahaya hijau itu. Tidak bertangguh pula Putera Ali membantu emaknya bangun dengan terkial-kial menahan kesakitan. Marah benar Puteri Umbut disebabkan dia jatuh terhumban ke lantai lantas dia menghembus ke tubuh Siti Fatimah dengan asap hitam dari mulutnya.

Tetapi Siti Fatimah tidak berganjak sedikitpun. Asap hitam yang keluar dari mulut Puteri Umbut tidak memberi bekas apa-apa. Sebaliknya apabila Siti Fatimah pula menghembus, asap hitam itu berputar memercik ke muka Puteri Umbut bagaikan lumpur hitam bersemburan. Terundur juga Puteri Umbut ke belakang akibat percikan lumpur hitam yang menyinggahi ke mukanya.

"Kenapa kau biadap, Umbut?" Penghulu Imam segera menghalang supaya Siti Fatimah tidak diteruskan. "Kita tak boleh lawan orang beting beras basah ni," katanya mengingatkan anak-nya yang cuba mahu menunjukkan keras kepala di hadapan Ucu Subeh.

Ketika ihi mereka yang berkumpul di rumah Anjang Kimah, hanya melihat Ucu Subeh melenggok-lenggokkan badan. Dia merungut-rungut dengan mengepak tangan sambil bertumpu tekan ke kepala Iutut. Hanya Wak Sirun sahaja sekali-sekala menyampuk menyebut perkataan-perkataan yang sukar difahami.

Ucu Subeh hanya terangguk-angguk kalau Wak Sirun bertanyakan mengenai merak melayang. Rupa-rupanya daun sirih yang dimaksudkan merak melayang apabila diminta oleh Ucu Subeh. Cepat-cepat pula Wak Sirun hulurkan daun sirih kepada Ucu Subeh. Dia akan mengunyah sirih sambil terbatuk-batuk kecil.

Kalau Ucu Subeh meminta peluru bediI, cepat-cepat pula dihulurkan bertih ke tangannya. Memang siapapun sukar memahami kata-kata Ucu Subeh tatkala itu, kecuali mereka yang seringkali melihat dia berubat.

Tetapi dalam saat demikian, Itam Lias menangis semakin galak. Dia tersengguk-sengguk menekup muka. Sekali-sekali di tersentak seolah-olah melihat kejadian yang tidak disenangi tetapi sukar dia mahu membantu. Itam Lias sentiasa gelisah setiap kali Ucu Subeh meminta kelengkapan ubat daripada Wak Sirun.
"Kami datang bertujuan baik," ular Imam Tok Sapi mengingatkan Puteri Umbut yang termengah-mengah akibat serangan Siti Fatimah.

"Kita mesti hormatkan orang beting beras basah ni," Penghulu Imam ingatkan anaknya. Memang mereka tidak akan dapat menandingi Imam Tok Sapi atau pun Siti Fatimah kerana kedudukan mereka berbeza.

Gementar juga Puteri Umbut apabila disebut fasal beting beras basah. Masakan dia boleh tandingi kemampuan Siti Fatimah. Tahu benar dia fasal keistimewaan imam Tok Sapi dan Siti Fatimah yang menguasai beting beras basah itu. Tidak sama dengan kebolehan yang mereka miliki di belukar nipah itu.

"Kamu sudah aniaya Lias," lantas sahaja Siti Fatimah menuduh. "Sekarang terpulanglah, sama ada kau nak bebaskan dia atau berdegiI," sedikit pun Siti Fatimah tidak tersenyum setiap kali mengerling Puteri Umbut.

Memang Siti Fatimah tahu, kalau dibebaskan Itam Lias, dia tidak akan kembali pulih seperti sediakala. Seluruh tubuhnya sudah diresapi oleh makanan kotor yang diberikan oleh Puteri Umbut. Menggeleng-geleng Ucu Subeh disebabkan dia memahami Itam Lias diganggu bunian jahat yang suka menganiaya.

Tetapi Penghulu Imam berjanji di hadapan imam Tok Sapi tidak akan mengikat ltam Lias dengan pantang larang.


"Selepas itu, Itam Lias dinikahkan dengan orang kampung ni," beritahu Ucu Subeh kepada saya sewaktu dia berkunjung ke rumah. Memang sebak dadanya apabila kenangkan kejadian tersebut. "Dapat juga dia anak seorang, sebelum meninggal dunia," katanya tetap bersedih kerana larnbat dapat membantu sepupunya itu.