Sunday, February 2, 2014

088. TOK AWANG NGAH - MELAWAN JIN LIMA SAHABAT



   HAIRAN sangat dengan rezeki setiap hari, tidak tahu ke mana dibelanjakan. Kalau mahu dikatakan boros, Latip Sogek bukanlah habiskan duit membazir tidak menentu. Tetapi kadangkala habis beras di tempayan pun dia tergagau-gagau mahu cari wang membeli-nya. Lainlah kalau di masa lalu padi banyak di kepuk asal sahaja selesai musim menuai setiap tahun.
Memang Latip Sogek tidak putus rezeki. Kalau tidak hasil kebun kelapa, hasil kebun pisang pun mencukupi. Apa lagi memang dia berniaga kecil-kecilan di kawasan kampungnya. Masakan sempit sangat hidupnya kalau dilihat dari zahirnya. Tetapi dia mengeluh di depan Ustaz Salam dengan keadaan yang menimpa dirinya sebaik sahaja membeli tanah pcsaka Anjang Sahar.
Tentu dia tidak lepaskan peluang apabila Anjang Sahar sanggup jualkan tidak sampai dua ribu tanah seluas lebih tiga ekar. Apa sangat duit sebanyak itu pada Latip Sogek kalau bandingkan dengan tanah tersebut. Dia tidak peduli sebab Anjang Sahar mahu menjual tanah berkenaan murah sangat. Tentu Anjang Sahar tidak larat lagi mahu menjengah tanah berkenaan setelah berpindah ke kawasan perumahan.
 "Itu di antara tanda-tanda rezeki yang tidak berkat," ujar Ustaz Salam ingatkan Latip Sogek mengenai rezeki yang tidak membawa berkat kepada keluarga.
Tertunduk Latip Sogek menahan rasa terharu apabila dituduh rezeki yang diperolehi-nya tidak membawa berkat. Seingat-ingat Latip Sogek tidak pernah dia mendapat rezeki yang tidak halal, melainkan dari titik peluh-nya berusaha sepanjang hari. Lainlah kalau dia menipu orang-orang kampung hingga mendapat untung berlebihan.
"Adakah rezeki itu tidak halal, tuan?" bimbang juga Latip Sogek kalau dia rnenerima rezeki yang tidak halal sepanjang hidup-nya.
"Wallahhua'lam, tak tahu saya," sahut Ustaz Salam meng-geleng lemah. Dia sekadar me-nerangkan sahaja mengikut pengetahuannya, tetapi kalau mahu didesak perkara yang di luar pengetahuannya memang Ustaz Salam tidak boleh mern-beritahu apa-apa.
Tetapi dia tidak menuduh Latip Sogek mendapat rezeki yang tidak halal menyebabkan ianya tidak membawa berkat. Manalah tahu Latip Sogek tidak membayar zakat setelah mendapat rezeki yang banyak? Perkara demikian tentu Latip Sogek sahaja yang lebih maklum!
Tentu Latip Sogek berasa hairan apabila Lebai Sidin tidak bimbang apa-apa kalau berkenduri di suraunya. Semasa belajar di surau Lebai Sidin sudah beberapa kali Ustaz Salam terserempak dengan kejadian hidangan yang sedikit tatkala tetamu yang datang terlalu ramai. Mengeluh juga isterinya Ummi Saadiah disebabkan suaminya tidak tentukan jumlah tetamu yang datang dengan hidangan yang disediakan.
Lebai Sidin sekadar mengucapkan, "Subhanailah!". Dia sendiri tidak menyangka jumlah tetamu yang ramai. Kalau mengadakan kenduri di surau tentu menyambut majlis maulud. isra' mikraj,awal muharram atau lain-lain. Manalah dia tahu jumlah tetamu yang akan datang jejak kaki ke surau.
Tetapi tidak pernah tetamu yang datang tidak dapat menjamah hidangan. Kadangkala cukup pula dibekalkan balik untuk keluarga di rumah. Memang tetamu yang datang tidak tahu apa-apa mengenai hidangan yang sedikit itu.Tetapi Ustaz Salim tahu sangat dengan kejadian yang dialami oleh gurunya Lebai Sidin yang sering ingatkan dia mengenai rezeki yang berkat di sisi Allah.
Memang Ustaz Salam gelisah semasa diajak makan oleh Lebai Sidin ke rumah. Dia sendiri membantu Ummi Saadiah hidangkan makanan dengan menyenduk nasi di periuk. Belum pun mereka menyuap nasi lima orang tetamu mengunjungi ke rumah Lebai Sidin. Tidak bimbang, apa-apa Lebai Sidin mengajak semua tetamunya menjamah hidangan.
Beberapa kali bertambah nasii dengan gulainya, tetapi hidangan tidak berkurangan. Asall sahaja habis nasi, segera Lebbai Sidin memanggil isterinya Ummi Saadiah akan menyenduk nasi di dalam periuk dengan tidak luak sedikit pun. Gulai di belanga juga tidak susut selagi Lebai Sidin menyuruh sendukkan untuk tetamunya.
"Macam mana ummi tau makanan sentiasa cukup?" sengaja Ustaz. Salam mendesak Ummi Saadiah.
"Entahlah, kamu tanyalah tuan lebai sendiri," tersenyum Ummi Saadiah apabila kenang Ustaz Salam hairan sangat dengan kejadian yang dialaminya bersama Lebai Sidin.
Tetapi Ustaz Salam tidak berani buka mulut kalau berhadapan.dengan gurunya itu.
Tentu Lebai Sidin akan memarahi dia bertanyakan perkara yang demikian. Bukan sekali dua dia dijerkah Lebai Sidin kalau bertanyakan perkara yang mudah sangat dia berasa hairan.
Masakan dia tidak berasa hairan apabila Lebai Sidin mengepal tanah di belakang surau lantas disuap ke mulut. Selepas itu beberapa hari dia melihat Lebai Sidin tidak akan menjamah nasi yang dimasak oleh Ummi Saadiah. Dia akan duduk sahaja di surau berhari-hari amalkan ibadat. Memang Ustaz Salam beberapa kali mengendap mahu memastikan kenapa gurunya mengepal tanah hingga disuap ke mulut. Tentu Lebai Sidin akan memarahi dia kalau ungkit memamah tanah yang dikepal dengan tangan itu. Memang Lebai Sidin ingatkan dia supaya tidak ungkit apa-apa kalau melihat keganjilan berlaku di situ. Sebab itu Ustaz Salam sengaja rahsiakan sahaja dari pengetahuan Lebai Sidin setiap kali dia mengendap di belakang surau.
 Terkejut juga dia apabila tiba-tiba sahaja Lebai Sidin menggamit supaya mara ke hadapan tatkala mencangkung di belakang surau. Dengan tidak berpaling ke belakang pun Lebai Sidin tahu dia mernang mengendap di belakang. Setelah tanah di belakang surau itu dikepal lantas dihulurkan kepada Ustaz Salam. Dia tidak berpaling ke belakang semasa menghulurkan tanah yang dikepal itu.
Serba salah Ustaz Salam mahu mencapainya kerana bimbang akan dijerkah Lebai Sidin. Sebaik sahaja dia memegang kepalan tanah itu Ustaz Salam melihat seolah-olah dodol yang digenggamnya. Apabila dia menjamah dodol itu. terasa kelazatan yang tidak pernah di-nikmatinya.
Seminggu dia terasa kenyang hingga tidak berselera untuk menjamah nasi. Rasa lazat dodol itu juga seolah-olah melekat di kerengkung sampai sem inggu. Sebab itu tidak segan-segan Ustaz Salam mendesak gurunya itu memberikan dia kepalan tanah di belakang surau itu lagi. Tetapi Lebai Sidin ingat-kan dia supaya tidak meminta sesuatu yang bukan hak sendiri.
"Rezeki masing-masing sudah ditentukan Allah," tegas Lebai Sidin ingatkan Ustaz Salam fasal mendesak sangat mahu menjamah dodol yang pernah diberikannya. "Jangan minta rezeki yang bukan hak kita," dia menambah kerana enggan memenuhi permintaan anak muridnya itu.
Beberapa kali pula selepas itu dia menghendap ke belakang surau, nescaya Lebai Sidin tidak kelihatan tagi sebaik sahaja membelok ke belakang surau berkenaan. Puas dia cam betul-betul tempat I,ebai Sidin mencangkung, namun kelibatnya juga tidak kelihatan di situ.
Apabila dia menjengah Lebai Sidin di rumahnya berdekatan surau berkenaan, Ustaz Salam nampak gurunya itu tidur di kerusi. Saat ini memang Ummi Saadiah tidak benarkan siapa pun mengganggu. Biarlah Lebai Sidin tidur di kerusi dengan tidak bergerak sedikit pun. Hanya sekali Ummi Saadiah mendengar suaminya beristghfar bagaikan tengah merungut tidak menentu.
Memang Ustaz Salam tidak bertanya apa-apa pun mengenai guru agmanya yang dilihatnya di belakang surau. tiba-tiba berbaring di rumahnya dalam masa beberapa minit sahaja. Ketika Nlat Sobak berhenti di depan minta tumpangkan motosikalnya tengah malam akibat kehabisan minyak, Ustaz Salam nampak Lebai Sidin cedok air dalam tempayan di kaki tangga lantas tuangkan ke dalam tangki minyak motosikal Mat Sobak.
"Jangan  kamu buka tangki ini." Lebai Sidin pesankan kepada Mat Sobak yang sudah membuat keputusan mahu berjalan kaki sahaja balik ke rumah  dalam  jarak lima batu dari surau berkenaan.
"Bolehkah pakai air aje, Tuan'."' serba salah juga Mat Sobak mahu membantah semasa Lebai Sidin tuangkan air di tempayan dalam tangki motosikalnya.
"Kenapa awak nak tanya-tanya sangat ni?" gerutu Lebai Sidin menepuk tangki motosikal itu dengan tapak tangan beberapa kali.
Hairan juga Mat Sobak apabila dihidupkan enjin motosikal dia melihat meter tangki minyaknya penuh. Ustaz Salam yang tercegat di pintu surau juga macam tidak percaya apabila enjin motosikal Mat Sobak boleh dihidupkan. Tersengih-sengih sahaja Mat Sobak meninggalkan halaman surau.
Sebulan selepas kejadian itu Mat Sobak datang juga jejak kaki ke surau menemui Lebai Sidin. Hairan sangat dia disebabkan motosikalnya tidak pernah kehabisan minyak semenjak dituangkan air ke dalam tangkinya oleh Lebai Sidin. Meter minyak-nya tidak turun hingga naik lampu merah isyarat. Sebab itu dia bimbang juga motosikalnya boleh terbakar akibat minyak kering dalam tangki.
"Dah sebulan saya tak isi minyak motosikal ni, Tuan,". jelas Mat Sobak serba salah dengan keadaan yang dialaminya itu.
"Karnu tak pakai rnotosikal tu, manalah minyak nak habis," tersenyum Lebai Sidin disebab-kan pemuda itu hairan benar sejak sebulan tidak pernah isi tangki minyak motosikalnya.
"Saya berulang alik dari rumah ke pekan tiap-tiap hari, Tuan." beritahu Mat Sobak fasal motosikal itu digunakan setiap hari. Disebabkan meter tangki minyaknya menunjuknn minyak masih penuh, tidak berani pula dia membuka tangki menjengah ke dalam. Bimbang juga disebabkan Lebai Sidin sudah pesankan supaya tidak dibuka tangki minyak itu selagi meternya menunjukkan masih ada minyak dalam tangki.
"Kenapa kamu tak buka tengok dalam tangki tu?" ujar Lebai Sidin bagaikan menyindir lelaki berkenaan.
 "Tuan dah pesan jangan buka, sebab itu saya tak berani buka," tutur Mat. Sobak tetap ingatkan pesanan Lebai Sidin.
"Kalau macam tu, sekarang kamu bukalah," lantas Lebai Sidin menyuruhnya buka sahaja tangki minyak motosikal berkenaan. Sebaik sahaja Mat Sobak membuka tangki minyak motosikainya, dia menjadi pucat muka apabila tangki berkenaan berasap. Di dalamnya kering kontang tidak ada setitik pun minyak pctrol.
Memang Lebai Sidin marahi juga Mat Sohak kerana tidak sabar dengan keadaan motosikalnya sentiasa penuh minyak di tangki. Kalaulah Mat Sohak tidak ungkit apa-apa sampai bila pun motosikalnya tidak akan kering minyak. Tetapi dia di antara percaya dengan ticffik sahaja dengan minyak di dalam tangki yang dicurah air oleh Lebai Sidin.
 Semakin lama dia belajar di surau Lebai Sidin memang banyak sangat pengalaman yang dilalui. Ustaz Salam tidak dapat lupakan tatkala melihat Lebai Sidin berjalan meniti di atas cahaya yang memancar di tengah kegelapan malam. Ketika ini meraka yang datang ke surau menjadi gempar disebabkan rumah Akop Sendeng terbakar bumbung.
Dalam masa jiran-jiran kalam kabut membawa air ditimba bergilir-gilir simbahkan ke arah api yang marak menyala. Ustaz Salam nampak cahaya memancar dari udara seperti galah melintang. Dia nampak Lebai Sidin meniti di atas cahaya itu melintasi api yang menyala di bumbung rumah Akop Sendeng.
Kemudian dia mendengar Lebai Sidin azan tiga kali api yang menyala itu merendap serta merta. Mereka yang menyimbah air dari tengah halaman tertegun apabila melihat api merendap mendadak sebaik sahaja Lebai Sidin azan tiga kali. Tidak payah pun disimbah dengan air memang api seolah-olah sumbu pelita tidak berminyak.
Sebaik sahaja api mula merendap bersama angin bertiup sepoi-sepoi di tengah kedinginan malam lantas dia berdoa:
Wahuwalla-zi kholaqussamawati wal-ardho bilhoqqi, wa-yau-ma yaqulu kun fayaqun qauluhul haqqu, walahul mulku yau-ma yunfakhufissori, ‘alimul ghaibi wasy-syahadati wahuwal hakimul khohir.
Setelah api padam mereka semua melihat rumah Akop Sendeng hanya sedikit sahaja dimakan api. Memang Akop Sendeng anak beranak sudah mengeluh panjang tatkala melihat api menjulang tinggi menyambar hingga ke bumbung rumahnya. Jiran-jiran juga sudah mengagak tentu sernuanya habis rentung sebelum sempat mereka padam-kan dengan simbahkan air bertimba-timba.
Hanya bahagian dinding rumah sahaja disambar api, manakala barang-barang di dalam rumah tidak satu pun musnah sekalipun lantainya berbekas juga terbakar hangus. Macam tidak percaya Akop Sendeng dengan keadaan rumah-nya tidak musnah sekalipun api menjulang tinggi menyambar bumbung.
"Kalau tak ada Tuan, sudah tentu rentung rumah saya," tidak segan-segan Akop Sendeng memeluk leher Lebai Sidin. "Mana kamu tahu kerana aku ada di sini?" keras sahaja suara Lebai Sidin macam te-singgung sebaik sahaja Akop Sendeng menuturkan demikian.
 "Saya nampak Tuan meniti cahaya naik ke udara!" jelas Akop Sendeng melepaskan pelukannya.
"Kalau kerana aku, api pun sambar aku jadi macam sampah!" ujar Lebai Sidin men-cebek bibir. "Kamu lupa, hanya Allah sahaja Maha Berkuasa," gerutunya terus meninggalkan mereka yang masih berkumpul di depan rumah Akop Sendeng.
Cepat-cepat Ustaz Salam mendekati Akop Sendeng beritahu dia mengenai Lebai Sidin tidak boleh dituturkan demikian di depannya. Dia mahu biarlah Akop Sendeng bersyukur kepada Allah setelah rumahnya diselamatkan dari api. Tidak ada upaya mantisia seperti Lebai Sidin mahu memadamkan api yang marak menyala, melainkan dengan izin Allah.
Sebab itu Lebai Sidin tersinggung benar apabila Akop Sendeng ungkit fasal dia yang memadamkan api. Biarlah seisi kampung melihat Lebai Sidin meniti di atas cahaya putih, kemudian azan di atas nyala api yang membakar rumah Akop Sendeng, tetapi segala yang berlaku adalah dengan izin Allah semata-mata. Memang Lebai Sidin tersinggung kalau dituduh dia yang memadamkan api berkenaan.
Banyak kejadian yang ber-laku di surau Lebai Sidin memang tetap Ustaz Salam kenang sampai bila-bila. Semasa mula-mula bertemu saya pun Ustaz Salam sebut mengenai pengalamanya di surau Lebai Sidin sebelum belajar keluar negeri. Sedih benar hatinya apabila habis belajar di luar negeri dia diberitahu mengenai Lebai Sidin sudah meninggal dunia.
Apabila dia beritahu pernah belajar di surau Lebai Sidin sebelum ke luar negeri, lantas saya dapat mengagak mengenai Lebai Sidin yang sama belajar pondok dengan sepupu saya Mat Deh. Memang dia akan mengesat pelupuk matanya menahan keharuan tatkala saya beritahu mengenai hubungan dengan Mat Deh itu.
Lama dia belajar pondok bersama Mat Deh, hingga sepupu saya itu mengidap batuk darah pun memang Lebai Sidin yang membantu. Semasa dirawat di hospital Mat Deh dikatakan mengidap batuk kering yang teruk. Sekalipun dia tidak hisap rokok, tetapi mereka syak Mat Deh terlalu banyak berjaga tengah malam hingga tidak cukup tidur
Setelah diberitahu kepada Tok Aji fasal Mat Deh mengidap batuk darah , tidak bertangguh dia datang menjengah. Semasa Tok Ali tepok belakangnya tiga kali dengan doa:
Bismillahhil lazi layadhurru ma'asmihi syai-un fil-ardhidi wala fis-sama-i wahuwas sami'ul ’alim fauttahazat -min dunihim hijaban fa-arsalna  ilaiha rohana fatamath thala lafia basyarani sawiya,
tiba-tiba segurnpal rambut tersembur keluar dari  mulutnya.
Semasa Tok Aji menguis-nguis rambut segumpal yang terjeluih keluar dari mulut Mat Deh, mereka yang sama di situ melihat keping-keping darah bercampur serbuk kaca halus. Beristighfar panjang Tok Aji melihat gumpalan rambut berkenaan.
 Batuk darah yang dialami oleh Mat Deh itu berterusan semasa dia sama-sama belajar lanjutkan pengajian dengan Lebai Sidin. Sebab itu Lebai Skim tidak dapat rasa terharu apabila kenang Mat Deli kawannya meninggal dunia di pangkuannya akibat batuk darah sebelum sempat dibawa ke hospital.
Tetapi Ustaz Salam sekadar ingatkan guru agamanya Lebai Sidin apabila Latip Sogek sebut fasal rezekinya macam disekat-sekat. Tidak pernah dia mengalami kejadian demikian sebelum membeli tanah dusun Anjang Sahar. Kalau mahu dikatakan hidupnya susah sangat, masakan hasil kebun kelapanya tidak mencukupi!
Latip Sogek tahu sangat hasil kebunnya boleh menampang seisi keluarga. Tetapi basil kebun itu habis tidak tentu ke mana. ukan takat peraih-peraih kelapa liat mahu, membayar wang, malah wang yang banyak diperolehi juga habis tidak ada berkat apa-apa.
Semasa menemui Saleh Gonjeng di hujung parit, Latip Sogek sudah beritahu masalah yang di hadapinya sejak beberapa tahun. Biarlah dia dituduh percayakan sangat amalan dukun apabila memberitahu kejadian demikian kepada Saleh Gonjeng. Manalah dia boleh biarkan keadaan gangguan demikian berlarutan. Bukan takat rezekinya sahaja disekat-sekat, tetapi seisi rumahnya menghidap sakit gatal-gatal seluruh badan.
Mahu dikatakan kudis buta, dia sudah sapukan minyak akar tuba seluruh badan, tetapi gatal-gatal itu berterusan hingga tinggalkan parut menggerutu hitam. Setiap tengah malam isterinya Bedah dengar bunyi pasir diserakkan di bumbung rumah. Kadangkala batu-batu kecil itu jatuh juga ke bilik tidur.
Masakan pasir yang di-serakkan di bumbung atap botch bolos ke bilik tidur, disebabkan ada siting dipasang. Sebab itu Latip Sogek gagahi juga me-nemui Saleh Gonjeng. Kalau tidak menemui dukun siapa lagi boleh diharapkan kalau berhadapan dengan kejadian demikian? Kadangkala mereka yang menuduh dia percayakan sangat amalan dukun itu pun tidak tahu mahu selesaikan masalah yang dihadapinya.
"Jangan dengar cakap orang sangat," desak isterinya Bedah apabila dia teragak-agak mahu menemui Saleh Gonjeng. Ramai orang menemui Saleh Gonjeng apabila diganggu penyakit ganjil, apalah salahnya pula mereka mencuba. "Kita perlu berubat, kita sendiri cari ubatnya," tegas Bedah tidak mahu suaminya bertangguh lagi.
Terpaksa pula dia sediakan tujuh jenis bunga, air tujuh kolah masjid dan tanah kubur setelah diminta oleh Saleh Gonjeng. Malam pertama dia menemui Saleh Gonjeng, hairan juga Saleh Gonjeng disebabkan tiba-tiba sahaja perut sakit memulas-mulas. Cepat-cepat Saleh Gonjeng berkejar ke tandas hingga berpeluh seluruh badan menahan sakit perut.
"Tak pernah saya kena macam ni," ujar Saleh Gonjeng tersengih-sengih. Tetapi dia tidak bimbang apa-apa kalau diuji sekeras mana pun tatkala mengubati sesiapa pun.
Setelah memegang ibu jari kaki Latip Sogak terasa pada Saleh Gonjeng tangannya seolah-olah dirempuh tunjalan kuat. Ketika ini pula Latip Sogak menjerit kesakitan tatkala merasa ibu jari kakinya seolah-olah dicucuh besi panas. Sebaik sahaja melihat air di dalam geluk di depannya lantas Saleh Gonjeng meminta sediakan kelengkapan berubat.
Sebab itu Latip Sogak bersusah payah carikan tujuh jenis bunga, sekepal tanah kubur, air dari tujuh kolah masjid dan bunga teratai yang belum kembang kelopak. Apa sangat mahu cari tujuh jenis bunga, kerana seisi kampung jiran-jiran banyak menanam pokok bunga. Dia boleh kutip bunga raya tengah kembang merah, bunga kenanga, kemboja kubur, bunga melur, bunga mawar, bunga tanjung atau bunga kekwa. Tentu jiran-jiran, tidak bantah apa-apa sekiranya petik sekuntum dua untuk dibuat ubat.
Apalagi air dari tujuh kolah, dia boleh dapatkan dari tujuh kariah. Cukup cedok sedikit sahaja biar penuh sebotol. Tanah kubur sekepal di mana mana tanah perkuburan pun dia boleh singgah dibungkus dengan dengan kain putih.  Dia sekadar carikan kelengkapan ubat yang diminta oleh Saleh Gonjeng.sahaja, perkara mahu mengubatinya telah diserahkan kepada urusan Saleh Gonjeng sendiri.
Sebaik diserahkan kepada Saleh Gonjeng, memang terkejut Latip Sogak apabila mendapati tanah-kubur, sekepal itu seolah-olah berlumur darah. Mengeluh panjang Saleh Gonjeng kerana tidak menyangka tanah tersebut bagaikan digaul darah merah.
“Aku tak gentar!" lantas sahaja Saleh Gonjeng menggertap bibir.-"Aku bukan nak uji ilmu sesiapa, tapi kenapa nak aniaya orang?" marah benar dia tatkala membelek-belek kepalan tanah yang dibawa oleh Latip Sogak bertukar merah berlumur darah.
 Dia masukkan bunga teratai ke dalam geluk, lantas dibukakan kelopak. Ditusuknya kelopak bunga teratai itu dengan tujuh batang jarum. Apabila Saleh Gonjeng membakar kemenyan dia lilitkan kain hitam ke kepala dan memakai selimpang hitam di bahu. Kemudian air di dalam geluk dikocak-kocaknya dengan hujung keris usang hingga merenik-renik seperti dijerang atas tungku menyala api.
‘Hah, dia tuduh kita nak mencabar!" Saleh Gonjeng menggeleng-geleng kepala apabila melihat air di dalam geluk berasap bagaikan tengah mendidih.
Marah benar Saleh Gonjeng dengan keadaan yang dialaminya lantas ditujahnya mata keris menusuk kelopak bunga teratai itu. Ketika ini Latip Sogak nampak darah menitik dari bumbung rumah ke dalam gobok air. Lantas Saleh Gonjeng berundur sedikit ke belakang, kemudian mendongak kebumbung atap. Dia mengertap bibir dengan mengisar tapak tangannya.
Serentak itu pula. itu pula Latip Sogak terdengar pasir disirakkan di bumbung  rumah. Tetapi Saleh Gonjeng tidak mengalah. Keris usang itu dicacakkannya ke lantai hingga bunyi pasir bersirak di bumbung itu hilang. Sewaktu dia mencabut keris yang tercancang di lantai itu tiga bungkusan kecil sebesar ibu jari seolah-olah melantun dari hujung keris berkenaan,
Dia tunjukkan bungkusan berkenaan kepada Latip Sogak kain putih yang sudah lusuh seolah-olah terlalu lama tertanam dalam tanah. Di dalam kain putih yang hampir reput itu dibungkus limau sudah kering dengan ditusuk duri limau. Tersenyum Saleh Gonjeng sambil menguis-nguis bungkusan itu dengan hujung mata keris.
"Aku tak berani nak cakap apa-apa, tapi awak sendiri dah tengok Latip," ujar Saleh Gonjeng mencebek bibir. "Dalam sehari dua ni kalau tak ada perubahan, cubalah awak cari Ustaz Salam," jelasnya dalam keluhan pendek.
Bukan bermakna Saleh Gonjeng mengalah apabila dia menyuruh Latip Sogak menemui Ustaz Salam. Tetapi dia tidak mahu Latip Sogak berulang jauh sampai ke Pantai Remis semata-mata mahu berubat daripada gangguan demikian. Bukan cukup sekali jengah kalau mahu berubat, sama juga macam berulang alik ke hospital sekiranya penyakit teruk. Kadangkala terpaksa ditahan di dalam wad supaya boleh dirawat setiap masa.
 Gangguan syaitan juga tidak akan pulih kalau takat sekali atau dua kali sahaja didoakan. Apalah amalan dukun Saleh Gonjeng yang terpaksa menurun dengan menyeru segala pendampingnya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tatkala dia tusukkan mata kerisnya ke dalam geluk air, manalah Latip Sogak tahu se-benarnya Tok Ketayan Bumi melompat menombak dada lembaga hitam bertubuh besar yang menyeringai di bumbung atap.
Tentu Latip Sogak terketar lutut sekiranya nampak jelas lembaga berkenaan dengan giginya sebesar mata kapak. Tikaman kuat Tok Ketayan Bumi itulah menyinggahi lambung kiri lembaga hitam itu hingga darahnya menitik jatuh ke dalam geluk air. Sekaligus pula Tok Ketayan Angin melayang ke udara mmenyusup mencari di setipa pelusuk rumah Latip Sogak hingga menemui tiga bungkusan kecil sebesar ibu jari itu.
Macam mana dia mahu menerangkan kepada Latip Sogak perkara yang tidak'boieh dilihat dengan pandangan mata biasa. Bukankan lembaga hitam bertubuh besar itu sahaja tercangkung di humbung atap, di,penjuru pagar rumah juga lembaga berkepala botak menunggu dengan berkeliling tidak berhenti. Beribu-ribu ekor belalang pelesit pula melekap pada dinding rumah hingga keluar hama merayap di mana-mana.
Lembaga kucing hitam pula tercangkung di dalam bilik tidur dengan menyeringai manakala lembaga ular tedung hitam berlingkar di merata ceruk rumah. Semua yang dilihat oleh Saleh Gonjeng bukan lagi bayangan sahaja, tetapi wujud di sekeliling rumah Latip Sogak. Sebab itu dia mendesak Latip Sogak menemui Ustaz Salam di Bagan Datoh sahaja.
Setelah beberapa kali Latip Sogak menemui Ustaz Salam itulah dia diajak menemui saya. Memang Ustaz Salam sudah beberapa kali doakan. Tetapi setiap kali Ustaz Salam bacakan  doa, Latip Sogak akan merentap-rentap rambut. Dia memang sedar tangannya merentap-rentap rambut, tetapi tidak dapat melawan tenaganya.
Serba salah juga Ustaz Salam mahu teruskan baca doa, apabila Latip Sogak semakin kuat merentap-rentap rambut. Manalah tahu akan mendatangkan mudarat pula sekiranya berterusan Latip Sogak merentap rambut dalam keadaan tidak mengawal tenaganya.
"Ustaz lebih banyak pengalaman dari saya," tersengih-sengih Ustaz Salam mendesak supaya saya doakan Latip Sogak biar dijauhkan daripada gangguan tersebut. Lantas sahaja Latip Sogak beritahu mengenai tanah Anjang Sahar yang dibelinya dengan harga yang murah. Tidak segan silu Anjang Sahar ceritakan. mengenai Tok Kosim sejak beberapa keturunan lagi memiliki tanah berkenaan. Memang neneknya cucu Limah waris terdekat Tok Kosim yang memang berdamping dengan hantu tinggi.
Sekalipun sekadar mendengar cerita dari arwah neneknya, tetapi Anjang Sahar memang gerun kalau kenangkan hantu tinggi peliharaan Tok Kosim.
Manalah tahu hantu tinggi itu mahu mencari saka hingga hinggap pada dirinya. Sebab itu Anjang Sahar sanggup jual tanah peninggalan sejak turun temurunkerana memang Tok Kosim sen-peninggalan sejak turun temurun diri merasakan dia tidak dapat itu dengan harga murah. mengelak dari ditindih pokok Biarlah Tok Kosim semasa besar. Tetapi sekonyong-hayatnya tidak cedera apa-apa k itu dengan harga murah.
Biarlah Tok Kosim semasa hayatnya tidak cedera apa-apa tatkala dihempap pokok kelapa ditebang orang. Malah semasa meneroka tanah hutan pun kawan-kawannya tidak sempat melaung semasa pokok leban enam pemeluk tumbang kebawah bukit.  Tok Kosim terperusuk di bawalt pokok leban berkenaan disebabkan tidak sempat kawan-kawan mcnyuruh dia berundur.
Lebih satu jam pula kawan-kawannya menetak ranting-ranting dan dahan sebesar paha mahu keluarkan Tok Kosim. Kalau mati pun mereka mesti keluarkan mayatnya dari tindi han pokok besar berkenaan. Setelah ditetak habis mereka melihat Tok Kosim merangkak keluar dengan badannya calar balar sedikit sahaja.
"Macam mana Tok Kosim terselamat?" kawan-kawannya berasa hairan setelah melihat Tok Kosim tidak mengalami cedera pun dihempap pokok leban enam pemeluk.
“Entah, tok nampak ada lembaga tinggi tupangkan tangan menghalang pokok itu,” jelasnya kerana memang Tok Kosim sendiri merasakan dia tidak dapat mengelak dari ditindih pokok besar. Tetapi sekonyong konyong lembaga tinggi tercegat di depannya. Sekali gus lembaga tinggi itu menupang tangan menyebabkan pokok leban enam pemeluktidak terus menindih Tok Kosim.
 Kalau tidak disebabkan ranting-ranting kayu itu banyak bercabang, memang Tok Kosim bolch merangkak keluar. Tetapi dia terperangkap di bawah ranting dan daun-daun rimbun hingga tidak dapat melihat apa-apa. Setelah pokok leban itu rebah, dia tidak nampak ke mana pula menghilangnya lembaga tinggi berkenaan.
"Takat itu cerita Tok Kosim tu yang saya tahu, ustaz," ujar Anjang Sahar setelah mendengar kejadian yang menimpa Latip Sogak.
"Kalau begitu, lebih baik saya jual aje tanah tu," lantas Latip Sogak membuat keputusan setelah menyedari tanah itu menjadi punca dia ditimpa bencana.
"Terpulanglah pada awak,Latip,” sahut Anjang Sahar menawarkan diri mahu membantu Latip Sogak jualkan tanah tersebut.
"Macam maana kalau, bencana itu menimpa orang yang membelinya nanti?" sengaja Ustaz Salam ingatkan mereka berdua.
Terkebil-kebil mata Latip Sogek tidak lapat memberitahu apa-apa. Tent orang yang akan membeli tanah itu terkilan juga sama seperti dia alami setelah Anjang Sahar jual dengan harga murah. Nescaya orang itu akan salahkan Latip Sogak pula sengaja mahu menganiaya!
“Tak ada kena mengena dengan Tok Kosim," tutur saya perlahan setelah mereka berbantah-bantah.
Kenapa mahu ungkit lagi Tok Kosim yang sudah berlalu beherapa keturuan, sekalipun Anjang Sahar tahu mengenai hantu tinggi peliharaan Tok Kosim. Tetapi amalan itu sudah berakhir selepas kematian Tok Kosim. Lagi pun Tok Kosim tidak amalkan apa-apa petua, kecuali sikap teraniaya menjadikan dia tidak bimbang apa-apa semasa menerkam lembaga tinggi yang menghalang jalannya.
Memang tidak siapa pun pernah melihat Tok Kosim menerkam lembaga tinggi menghalang jalannya tatkala tengah malam gelap gelita. Siapalah mahu percaya kalau tidak melihat sendiri. Samalah macam Mat Tera mahu lepaskan geram pada arwah Pak Tua Mahat semata-mata disebabkan permatang sawah bersempadan terpokah.
Sudah beberapa kali diingatkan oleh bapa mertuanya Itam Saat supaya tidak ikutkan perasaan sangat, tetapi Mat Tera berdegil mahu jerkah Pak Tua Mahat. Perkara permatang sawah bersempadan terpokali bukanlah boleh menjadi pekunQ kudis hingga bermasam muka. Apa salahnya bercakap terus terang biar segala yang terpendam di hati sama-sama diselesaikan.
Tetapi Mat Tera tidak puas hati apabila anak padinnya habis acup air disebabkan Pak Tua Mahat buangkan air dari lopak sawahnya. Kalau Pak Tua Mahat mahu buang air dari lopak apa salahnya alirkan sahaja ke parit? Sebab itu dia menuduh Pak Tua Mahat sengaja mahu tunjuk keras kepala.
"Mahat tu bapa saudara ustaz, segan silulah sikit!" pujuk Itam Saat memintanya supaya tidak terburu-buru luahkan perasaan marah yang memuncak.
"Habis, anak padi kita habis, ustaz tu nak bayar ganti rugi?" sahut Mat Tera tidak peduli siapa pun mahu menghalangnya.
"Tapi, anak kamu beiajar mengaji muqaddam pada ustaz," Itam Saat sengaja berdalih disebabkan menantunya tidak boleh dipujuk lagi.
"Biar dia herhenti mengaji pun tak apa!" keputusan Mat Tera mahu menyerbu Pak Tua Mahat sudah tidak dapat dihalang lagi.
"Kamu nak lawan Mahat tu!" keras Itam Saat ingatkan dia setelah menantunya tetap bertahan. "Mahat tu ada hantu tinggi, kamu tahu?" sengaja dia tinggikan suara biar menantunya surut semula.
"Hah, biar hantu tinggi ke, hantu raya ke, jin pelesit ke, biar Mat Tera tengok jantannya!" terus sahaja Mat Tera menyerbu ke tengah sawah dengan parang tersisip di pinggang.
Dia sudah tidak dapat menahan sabar apabila diberitahu isterinya, sudah beberapa kali Pak Tua Mahat cebak permatang sawah di sempadan. Air dari lopak Pak Tua Mahat mencurah masuk ke dalam lopak sawahnya hingga anak benih baru diubah acup pucuk ditenggelami air. Manalah dia dapat menahan sabar seolah-olah Pak Tua Mahat tidak peduli langsung jiran bersebelahan.
Tetapi Itam Saat tahu bukan Pak Tua Mahat yang cebak permatang sawah dengan cangkul memang Itam Saat sendiri yang cebak disebabkan mahu aliran air dari lopak sawah Pak Tua Mahat. Apa salahnya dia alirkan air dari sempadan permatang Pak Tua Mahat, biar mengalir ke dalam lopak sawahnya juga.
Puas dia jelaskan kepada Mat Tera tetapi menantunya tetap berkeras menuduh dia mahu lindungkan Pak Tua Mahat. Sudah beberapa kali isteri nya Saenah beritahu fasal anak benih acup pucuk ditenggelami air disebabkan permatang sempadan sawah terpokah. Siapa lagi berani mencebak permatang di sempadan sawah di kalau bukan Pak Tua Mahat? Seisi kampung tahu memang tidak siapa pun berani berdepan dengan Mat Tera yang sanggup cekak leher sesiapa pun kalau cuba mem bantah keputusannya. Cubalah berkeras di depannya mahu tunjuk jantan.
Bila-bila Mat Tera sanggup hunus parang menetak tidak bertangguh. Dia tidak peduli siapa tetap akan diserbu kalau cuba mecabarnya.
Dukun Sikup pun dicekak leher apabila anak gadisnya Lijah diganggu pelesit hingga meracau-racau. Tidak bertangguh dia serbu rumah Dukun Sikup mencekak leher. Marah sangat dia pada Dukun Sikup yang dituduh sengaja gunakan pelesit mengganggu keluarga-.. Kalau gunakan pelesit memang dia tidak mampu tetak ngan parang, sebab itu dia mahu Dukun Sikup jangan cuba rolok-olokkan dia.
Terketar-ketar Dukun Sikup beritahu dia sendiri tidak tahu mengenai pelesit berkenaan. Masakan dia menyimpan pelesit kiranya orang-orang kampung diganggu pelesit meminta dia datang ubatkan. Tetapi Mat Tera tak percaya lagi dengan Dukun Sikup yang dituduhnya sengaja gunakan pelesit, kemudian dia sendiri berpura-pura mengubati.
Tetapi semenjak Mat Tera cekak leher Dukun Sikup memang tidak pernah lagi orang kampung diganggu pelesit. Mereka juga tidak cemas hingga terkejar-kejar ke rumah Dukun Sikup apabila keluarga diganggu pelesit sampai meracau-racau tidak menentu. Memang seisi kampung tahu sangat dengan sikap Mat Tera berani berdepan dengan sesiapa pun.
Semasa sampai di sempadan permatang sawah Mat Tera melihat Pak Tua Mahat terbongkok-bongkok mencabut rumput di perdu rumpun anak padi. Tidak bertangguh dia jerkah Pak Tua Mahat tunjukkan anak padinya acup pucuk ditenggelami air. Tersengih-sengih sahaja Pak Tua Mahat disebabkan Mat Tera berani langgar bahasa di depan-nya menuduh dengan tidak usul periksa.
Sebelum Itam Saat cebak permatang sawah memang sudah diberitahu pun kepada Pak Tua Mahat. Kenapa tiba-tiba sahaja Mat Tera menuduh dengan tidak usul periksa? Lagi pun tidak pernah sesiapa pun di dalam kampung berani jerkah dia kalau tidak bersebab.
"Tunjukkan hantu tinggi kau pada aku, Mahat!" lantas sahaja Mat Tera menghunus parang siap dikilir tajam. Ketika itu matahari tegak di kepala hingga silau cahaya matahari memancar ke mata parang.
"Apa yang kau cakapkan ni Mat Tera?" hairan juga Pak Mahat apabila dicabar di bawah silau matahari tegak di kepala.
"Kau fikir aku takut sebab kau bela hantu tinggi!" jerkah Mat Tera mengibas-ngibas mata parang ke dada Pak Tua Mahat. Belum sempat Pak Tua Mahat tanyakan punca dia mengaruk, tiba-tiba sahaja mata parang di tangan Mat Tera terpelanting. Dia mendongak ke langit terus berundur lari dengan terjerit-jerit. Dalam masa Mat Tera berlari lintang pukang itulah saya jejak kaki ke sawah setelah dipanggil oleh Itam Saat. Cepat-cepat Mat Tera berlindung di belakang saya dengan menundukkan kepala tidak berani mendongak ke langit.
"Kenapa kamu ni Mat Tera?" desak Itam Saat gelabah tidak menentu dengan keadaan menantunya ketakutan tidak menentu.
"Pak Tua Mahat tinggi sangat, kepalanya cecah ke langit," gerutu Mat Tera menyo-rokkan muka di belakang saya.
"Mengarutlah kamu, aku tengok Mahat macam itu aje," ujar Itam Saat kerana dia nampak Pak Tua Mahat hanya tercegat sahaja di tengah sawah sama seperti biasa.
Setelah saya bacakan al-Fatihah tiga kali lantas ditepukkan ubun-ubun Mat Tera, dia macam tersentak. Kemudian terpinga-pinga bertanyakan apa telah berlaku kepada dirinya. Pak Tua Mahat yang datang mendekati dia selepas itu juga tersengih-sengih kerana Mat Tera menuduh dia memelihara hantu tinggi.
Sebab itulah saya ingatkan Anjang Sahar mengenai. hantu tinggi Tok Kosim itu mungkin sama seperti pemah dialami oleh Pak Tua Mahat juga. Tetapi perkara yang di luar pengetahuan kita, manalah saya sendiri dapat mengagak dengan tepat. Kalau pun hantu tinggi itu sering menjelma bersama Tok Kosim, mungkin ianya jenis syaitan juga yang menjadi musuh manusia yang nyata.
 Tetapi apabila saya melihat Latip Sogak merentap-rentap rambut semasa dibacakan 17 kali Ayatul Kursi, kabus hitam menyelubunginya seolah-olah menipis ditiup angin. Sewaktu dibacakan kepadanya sambil menghembus ubun-ubun:
Allahumma inna naj’aluka finuhurihim, wana'uzubika min syururihim, terhuyung-hayang dia mahu bingkas berdiri.
"Kalau Tok Kosim tak mahu kamu, kenapa kamu nak ganggu orang lain!" bentak saya seolah-olah bumbung rumah Latip Sogak terconggok lembaga hitam bertubuh besar. Di bilik tidurnya bayangan kucing hitam teracangkung menjilat-jilat tubuh, manakala beratus-ratus belalang pelesit melekap pada dinding. Di penjuru pagatnya pula lembaga berkepala botak tercegat bersama ular tedung hitam berlingkar di bawah tangga.
Lembaga hitam bertubuh hesar itu bagaikan memberi isyarat mahu membalas dendam kerana Tok Kosim tidak mahu menerimanya. Biarlah Tok Kosim sudah bertahun-tahun meninggal dunia dendamnya tetap berterusan. Disebabkan lembaga hitam itu berdegil saya terus zikirkan:
Ya muntaqim, ya muntaqim,ya muntaqim,
hingga 6,900 kali. Ketika ini guruh ber-dentam kuat dengan api menyambar berterusan.
Belalang beratus-ratus ekor melekap pada dinding luruh ke tanah rentung akibat disambar api. Kucing hitam di tengah bilik tidur juga melilau mencari pintu keluar. Ular hitam berlingkar dibawah tangga juga menggeliat-geliat disambar api kilat memancar. Ke mana sahaja mereka berlindung api terus memancar setiap kali guruh berdentam.
Terjerit-jerit lembaga botak di penjuru pagar menahan terjahan petir yang memukul kepalanya. Dia melambai-lambai tangan meminta tolong dari lembaga hitam bertubuh besar di bumbung atap. Tetapi lembaga hitam itu juga terkial-kial menahan terjahan petir laksana panah berapi memancar-rnancar.
 "Macam mana kau nak lindungkan Tok Kosim, diri kau sendiri pun tak boleh lindung-kan! "lembaga berkepala botak di penjuru pagar menuding jari ke arah lembaga hitam di bumbung atap.
Ketika ini Latip Sogak yang merungut-rungut dengan tangan-nya semakin lemah mahu merentap rambut. Ustaz Salam usap-usapkan tapak tangannya ke muka Latip Sogak lantas baca-kan surah al-lkhlas. Selepas kejadian ini tidak pernah lagi saya temui Latip Sogak, kecuali dia tidak pernah lupa kirimkan saya kad hari raya asal sahaja menjelang Aidil Fitri.