Wednesday, January 14, 2015

107. HANTU BANGKAI KUCING


SUNGGUH gelap sekali malam itu.  Kalau tidak ada lampu suluh di tangan Kassim dan di tangan Dollah, pasti mereka tidak dapat berjalan mengikut denai dalam hutan tebal itu.



Kebanyakan bekerja sebagai petani dan ke hutan mencari rotan dan damar.  Ada juga empat lima orang yang berulang alik bekerja di bandar.

Kassim dan Dollah terus melangkah kaki dari satu denai ke satu denai mencari rezeki, tetapi tiada mata mangsa yang di kesani oleh cahaya suluhan lampu mereka.

Akhirnya hampir sampai ke pagi, yang mana kokok ayam di kampung mereka sayup-sayup kedengaran dan kokokan itu selalunya menandakan dalam lingkugan pukul tiga pagi.

Sejukpun sudah terasa pada mereka berdua.  Tetapi mereka tetap gagah melangkah untuk mencari rezeki

Kassim melepaskan satu keluhan.  “Siapa yang sial malam ni?”

“Tak ada siapa yang sialnya,”  Dollah menjawab.

Suara mereka perlahan dan ini adat orang menyuluh bersuara, takut suara mereka di dengari oleh mangsa.

Mereka berdua berjalan pulang sambil menghisap rokok sambil berbual tentang hal kehidupan mereka, mereka cuba menghilangkan penat kehampaan mereka tidak mendapat satu habuan pun tadi.

Akhirnya mereka berpakat untuk mengambil jalan pulang sahaja.  Kerana makin pagi makin mangsa tidak keluar tambahan pula menyuluh sebelah pagi amat bahaya sekali, kerana orang-orang kampung sudah mulai keluar untuk menuju ke tempat pekerjaan jika tempat tersebut jauh dari kampung mereka.

Dollah menghulurkan senapang pada Kassim untuk dibawa sahaja oleh Kassim, memang Kassim tidak pernah menembak, dia tidak berani belajar menembak kerana dia tidak ada senapang sendiri.

Sampai mereka ke kawasan ladang kelapa sawit berkelompok penduduk kampung itu dan kelegaan mereka pun tergambar kerana kampung mereka tidak jauh lagi cuma lebih kurang setengah kilometer sahaja lagi, sampai sahaja di rumah pasti merekla terus merebahkan diri untuk melelapkan mata, esoknya hari Jumaat, ada  masyarakat kampung itu tidak ada melakukan sebarang kerja di pagi Jumaat kerana takut terlepas sembahyang Jumaat.

Sambil berjalan, sambil itu Dollah dan Kassim menyuluh juga ke kiri dan kanan jalan, dalam hati mereka sekurang-kurangnya ada juga landak yang kelewatan makan buah kelapa sawit.

Hati keduanya memang terasa hampa malam ini, kehampaan itu membuatkan mereka terlalu lemah hendak berjalan pulang, mereka sambil lewa sahaja melangkah.

Tiba-tiba Dollah bersuara,  “Kasi senapang tu cepat,”  dan sepantas itu juga dia mencapai senapang di tangan Kassim di mana lampu suluhnya yang dipegang dengan tangan kiri tidak berganjak dari menyuluh satu cahaya mata tepi pangkal tunggul kayu.

Dengan kemas Dollah menatang senapangnya bersama kedua belah tangannya sementara lampu suluhnya betul-betul selari dengan larang senapang di pegangnya.  Cahaya lampu itu terus menjunam pada cahaya mata yang kelihatan.

“Apa tu?”  bisik Kassim pada telinga Dollah.

“Kancil agaknya, nampak mata saja, badannya terlindung rumput panjang,”  Dollah menjawab.

“Kalau mata begitu bukan kancil,”  Kassim menangkis.

“Ah! Kancil ke landak ke peduli apa, janji dapat cukup,”  Dollah bersuara perlahan sambil melepas tembakan.

Bunyi mengelupur binatang yang menjadi mangsa kedengaran dalam jarak dengan Dollah dan Kassim cuma dua puluh meter  lebih kurang.  Mereka berdua pun berlari mendapatkan mangsa yang sedang mngelupur itu.

Bila mereka dekat sahaja, binatang yang mengelupur itupun lari dengan lajunya.  Kassim dan Dollah tidak nampak apa-apa kerana rumput dalam lading kelapa sawit itu panjang sangat cuma mereka berjaya melihat darah-darah  yang berlambak tinggal pada rumput-rumput yang lasak oleh binatang tadi.

“Tak ada rezeki lagi,”  rungut Dollah.

Dan dengan tidak banyak bicara kerana mereka merasakan bahawa malam itu memang malam mereka tidak mendapat apa-apa cuma rezeki mata sahaja, lantas mereka meneruskan perjalanan pulang.

Sampai sahaja di pintu pagar rumah Dollah mereka terdengar bunyi kucing mengiau bertalu-talu.  Dollah menyuluhkan lampunya pada arah suara itu.

Mereka terus mara pada suara itu yang mana terasa sesuatu pada suara kucing itu megiau di pangkal pokok petai tepi pagar belakang rumah.

Kassim dan Dollah sebaik sahaja sampai ke pangkal pokok itu begitu terperanjat sekali kerana melihatkan kucing hitam putih kesayangannya sedang terjelepok rebah di dalam banir petai sambil mengiau kesakitan.

Mereka berdua berpandangan dan Dollah meraba kucing hitam putih itu yang tengah berlumuran darah, darah juga sedang membuak keluar dari perutnya yang luka.

“Kucing kau ni Dollah, kau tembak kucing ni tadi agaknya,”  Kassim bersuara dengan nada yang sedih.

Dollah tidak berkata apa-apa.

Akhirnya mereka melihat sendiri akan kucing hitam putih kesayangan Dollah itu menghembuskan nafas yang akhir di pagi yang begitu hening.

Esoknya Dollah dalam diam-diam pergi membawa cangkul dan menanamkan bangkai kucing itu tanpa mengetahuan keluarganya, dia juga meminta Kassim merahsiakan hal tersebut.

Mereka berdua tidak pernah lagi bercerita tentang hal itu bagaikan hal itu telah lenyap dalam ingatan mereka.

Tiba-tiba pada suatu hari lebih kurang dalam dua minggu dari peristiwa tersebut, anak bongsu Dollah bernama Milah berlari-lari di halaman dengan seekor kucing hitam putih dan Kuching itu juga adalah kucing kesayangannya dulu, cuma hilang dalam masa dua minggu.

Dalam leka Milah bermain dengan kucing hitam putih itu,  Dollah pulang dari kedai, tiba-tiba dia rasa terkejut bila melihatkan kucing hitam putih itu bermain dengan anak-anaknya yang berusia empat tahun di halaman rumah.

Dia merenung tepat-tepat kucing itu, pasti olehnya bahawa kucing itu ialah kucing dia dulu dan kucing itu yang telah mati tertembak olehnya dan telah ditanamnya berhampiran kandang kerbau dua minggu dulu.

“Milah!”  kuat sekali dia meneriak anaknya dengan perasaan takut nanti berlaku apa-apa pada anaknya pula disebabkan hal kucing yang meragukan fikirannya sekarang ini.

Sepantas itu Milah menoleh pada bapanya dan pepantas itu juga kucing hitam putih yang sedang berada di belakang Milah menerkam kearah Dollah.

Dan sepantas itu juga Dollah mengelak tetapi kucing hitam putih itu terus mengila menerkam dan mencakar Dollah, hinggakan baju dan seluar dollah koyak rabak.  Milah dalam keadaan ketakutan.

Habis muka dan tubuh badan Dollah dicakar oleh kucing hitam putih itu, darah melambak mengalir.  Dollah bagaikan mabok darah lalu tumbang ke tanah diperhatikan dengan ketakutan oleh anaknya Milah.

Milah menangis kuat-kuat tak henti-henti, Dollah berkeruh dengan kuatnya dan orang kampung mulai datang rumah itu bila mendengar suara tagisan yang kuat dan isteri Dollah berlari dari ladang jagung yang berhampiran dengan rumah itu.

Kucing hitam putih terus mengigit dan mencakar muka gollah, Dollah terus berkeruh kesakitan.

Dan waktu orang ramai hampir dengan halaman itu kucing hitam putih itupun melompat tinggi dan sepantas itu juga petir tiba-tiba berbunyi.  Orang ramai kehairanan dan ketakutlan melihatkan keadaan.

Bila cahaya panahan petir itu mengenai kucing hitam putih yang melompat tinggi itu, ianya jatuh ke tanah dengan keadaan berdiri dan sedikit demi sedikit tubuh kucing itu menjadi hancur dan terus meninggalkan rangka sahaja dengan tulang-tulang yang masih tegak bagaikan seekor kucing berdiri.

Dalam keadaan yang penuh kesakitan,  Dollah dibangunkan oleh orang ramai termasuk isterinya dan juga Kassim.

Mata kesemunya terpegun memandang pada tulang rangka kucing yang terus berdiri di atas halaman rumah Dollah.

SELESAI

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika inginkan siri Tamar Jalis Bercakap Dengan JIn sila hubungi saya melalui email manbjlala@yahoo.com atau sms atau whatssap saya di no telefon 012 5272122

      Delete