Sunday, October 8, 2017

248. SUSUK BESI MAKAN DIRI

HAMPIR tidak cam saya Anjang Kimah disebabkan lebih dua puluh tahun tidak bertemu. Kalau tidak disebabkan suaminya Wak Semidin sudah beberapa kali terserempak, memang saya tidak cam. Apa lagi semenjak mereka menyertai felda tidak pernah lagi saya menemui Anjang Kimah.
Semasa Ngah Sunah meninggal dunia itulah semua keluarga balik ke kampung menziarah. Tergesa-gesa juga saya balik ke kampung setelah diberitahu oleh emak saya mengenai kematian Ngah Sunah, disebabkan sudah bercadang mahu ke Bukittinggi. Pagi lagi saya bertolak batik ke kampung kerana sanak saudara sudah berkumpul semenjak malam lagi.
Memang Ngah Sunah meninggal dunia selepas maghrib, tetapi tidaklah terburu-buru sangat mahu menjengah. Sekiranya bertolak pagi pun masih sempat sampai ke kampung sebelum jenazah dikebumikan. Ngah Sunah juga bukanlah sakit terlantar hingga berbulan-bulan terkejang, tetapi mengidap lelah sejak beberapa hari.
Hampir setahun juga saya tidak menemui Ngah Sunah selepas menjengahnya tatkala har raya. Semenjak suaminya Haji Lah meninggal dunia, dia tinggal bersama anaknya yang lama menjanda. Anak-anak yang lain sudah berkeluarga tidak lagi tinggal di kampung. Tatkala bertemu dia ketika berkunjung hari raya sengaja Ngah Sunah bergurau beritahu dia akan terkejang bersendirian disebabkan jauh daripada anak-anak.
"Budak-budak sekarang bukan mahu duduk di kampung, ustaz," jelas Ngah Sunah sayu disebabkan malam hari raya pun anak-anak tidak balik berkumpul di rumahnya. Perasaan yang menusuk hati Ngah Sunah memang dirasakan oleh sesiapa sahaja setiap kali menjelang hari raya. Lainlah semasa suaminya Haji Lah masih bersamanya, memang tidak terasa apa-apa. Sama ada anak-anak balik ke kampung berkumpul malam hari raya atau tidak, suaminya masih boleh menjadi teman berhibur.
Sampai tengah malam pun Haji Lah terkial-kial merebus ketupat di dapur. Kadangkala merungut juga dia disebabkan Haji Lah bersusah payah sangat merebus ketupat dengan membakar lemang semata-mata harapkan anak cucu balik berhari raya di kampung. Tetapi Ngah Sunah tidak mampu mahu berkat macam suaminya arwah Haji Lah. Kalau anak-anak mahu merebus ketupat atau membakar lemang biar mereka sendiri batik ke kampung sama-sama bertungkus-lumus.
"Cucu-cucu pun dah tak gemar lemang dengan ketupat, ustaz," ujar Ngah Sunah apabila beritahu kuih muih yang dihidang hanya dibawa anak-anak semasa berkunjung pada pagi hari raya. Menjelang petang hari raya semua anak-anak cucu akan balik semula ke tempat masing-masing.
Bukan Ngah Sunah sahaja menghadapi keadaan demikian, malah emak dan ayah saya juga seringkali ungkit apabila anak-anak cepat sangat balik ke rumah masing-masing setelah berkunjung pada pagi hari raya. Lainlah saya kalau tidak hari raya pun memang sebulan sekali jejak kaki batik ke kampung menjengah mereka.
Sebab itu kalau saya lewat sampai pun emak atau ayah saya tidak terkilan sangat. Mereka tahu selepas solat sunat pagi raya baru saya balik mengunjungi mereka di kampung. Kalau balik ke kampung semasa hari raya memang saya ziarahi semua sanak saudara.
Apabila dia berkunjung ke rumah Ngah Sunah, belum pun saya naik lagi dia sudah menuruni tangga menyambut saya. Mulutnya tetap becok setiap kali bersua hingga saya terpaksa mendiamkan diri sahaja biarkan dia bertutur apa sahaja terpendam di lubuk hati.
"Ngah ni lelah, kadang-kala nak solat pun tercungap-cungap," Ngah Sunah mengurut-urut dada setelah mengajak saya naik ke rumah. "Ustaz doa-doakan sikit biar cepat sembuh," ujarnya dalam gurauan sengaja mahu mengusik saya.
"Mak tu dah tua, ubat macam mana pun lelah tu tak sembuh," lantas anaknya Tiamah Janda mencelah disebabkan berulang kali sangat emaknya mendesak supaya penyakitnya diubati.
 "Kamu mana tahu, boleh jadi doa ustaz ni mujarab," mendengus Ngah Sunah seolah-olah kecewa dengan usikan anaknya.
"Masa mak kerja di hospital tu, mak dah banyak makan ubat," tersengih sengih Tiamah Janda ingatkan emaknya fasal tidak henti henti makan ubat asal sahaja diganggu demam tidak seberapa.
"Ubat hospital tu nak tahan sakit aje," jelas Ng Sunah apabila kenang dia lama berkhidmat di hospital. Tetapi bekerja di hospital masa orang putih tentulah tidak sama dengan masa sekarang. Banyak perkara yang dia sudah tidak tahu lagi mengenai ubat-ubat berkenaan.
"Penyakit lelah yang mak hidap tu, disebabkan usia mak dah tua," Tiamah Janda mengerling emaknya yang becok sangat mulut asal sahaja bertemu saya di mana-mana.
Memang dia akan hulur air sejuk segelas minta saya doakan setiap kali bertemu di mana-mana. Sekiranya dia terserempak saya semasa jejak kaki ke rumah emak ya pun, Ngah Sunah tidak bertangguh hulurkan air sejuk segelas. Dia akan desak saya doakan juga biar terasa lega dadanya akibat lelah yang sering mengganggu.
Ngah Sunah mengaku selepas meneguk air yang didoakan itu sampai berbulan-bulan dia terasa dadanya lega. Sama ada kebetulan saja atau pun tidak manalah saya tahu, apabila Ngah Sunah meneguk air sudah didoakan itu lelahnya tidak mengganggu. Tetapi asal sahaja dia diganggu lelah memang Tiamah Janda supaya hubungi saya.
Disebabkan Ngah Sunah mendesak sangat saya hanya suruh dia urut tujuh kali dada-nya melalui telefon, kemudian saya bacakan pula 7 kali: A'uzu brizzatillahhi wa-qudratihi min-syarrima tajidu wa-tuhaziru. Kadang-kala saya tersenyum sendirian apabila dia beritahu lelah yang dideritainya beransur lega, sedangkan saya masih belum habiskan tujuh kali membaca doa.
Ketika Ngah Sunah diserang leiah selepas asar, memang Tiamah Janda tidak dengar pun dia sebut nama saya. Dalam masa kelam kabut itu Tiamah Janda sekadar memberitahu abangnya Mamat Kelong disebabkan rumahnya tidak jauh dari kampung. Tatkala Mamat Kelong menjengah muka Ngah Sunah melirik senyum sekalipun tidak boleh angkat kepala.
"Biar saya telefon ustaz, mak," lantas Mamat Kelong ingatkan dia mahu hubungl saya.
"His, jangan susahkan ustaz tu," perlahan dia bersuara seolah-olah serba salah mahu memberitahu saya. "Nanti dia sangka mak ni tenat sangat, tergopoh-gopoh pula dia, lagi pun ustaz tu uzur juga," ujarnya berat sangat mahu menyuruh anaknya menelefon.
Hingga masuk maghrib Ngah Sunah berasa lelahnya semakin menyenak, tetapi dia menyuruh Mamat Kelong beritahu ayah dan emak saya sahaja. Belum pun sempat emak dan ayah saya menjengah, Ngah Sunah sudah menghembuskan nafas. Sebab itu hati Tiamah Janda sudah berdetak tentu ajal emaknya sudah ditentukan demikian, hingga berat sangat hatinya mahu menghubungi saya.
"Agaknya dia buang tebiat, sebab itu tak mahu telefon ustaz," sengaja Mamat Kelong bergurau sebaik sahaja saya menjengah tiba.
Mamat Kelong juga tahu asal sahaja emaknya terasa sesak nafas cepat-cepat dia sendiri hubungi saya. Memang dia tidak harapkan anak-anaknya apabila dia sendiri boleh berhubung. Apa lagi kalau sekali sekala saya menjengah dia, nescaya mulutnya becok tidak menentu. Kadangkala terkial- kial dia heret galah mahu jolok rambutan baru masak kemiirau.
Dalam masa bersiap-siap mahu kebumikan Ngah Sunah inilah saya terserempak Anjang Kimah di hujung halaman berteduh di bawah pokok rambutan rimbun. Tersengih-sengih sahaja dia bersembunyi di belakang Wak Semidin sengaja mahu mengusik saya. Disebabkan dia bersembunyi di belakang Wak Semidin memang saya dapat mengagak tentulah Anjang Kimah.
"Anjang Kimah agaknya ni?" lantas saya menegur dengan menghulur tangan berjabat salam.
"Cubalah cam betul-betul, siapa?" Wak Semidin sengaja mahu mengusik setelah saya cam memang Anjang Kiman.
"Dah lebih dua puluh tahun tak jumpa," sahut Anjang Kimah apabila berjabat tangan. "Cucu-cucu pun dah besar, memang terasa tuanya usia," dia menambah disebabkan wajah pun hampir sama-sama tidak cam lagi.
Tetapi dia .sudah menemui isteri saya tatkala di dapur, sebaik sahaja isteri saya menemui sanak saudara yang berkumpul di dapur. Setelah menemui isteri saya itulah Anjang Kimah sengaja mara ke hadapan rumah menunggu di hujung halaman sementara saya turun selepas menjengah jenazah.
Ketika menemui Wak Semidin di hujung halaman itu, saya lihat keadaannya lemah tidak bermaya. Lantas Anjang Kimah beritahu mengenai suaminya berulang alik ke Melaka buangkan susuk yang ditusuk ke tubuhnya bertahun-tahun dulu. Setelah susuk berkenaan dibuang sampai seminggu Wak Semidin terlantar tidak boleh bangun langsung.
Tidak semua susuk berkenaan dibuang kerana gurunya bimbang tenaganya hilang hingga menjadi lumpuh. Sebab itu gurunya buangkan beransur-ansur satu demi satu sampai habis empat susuk.
 "Kenapa Wak pakai susuk tu?" tutur saya lembut sengaja ingatkan dia mengenai susuk besi yang ditusukkan ke tubuhnya.
"Ustaz jangan nak marahkan Wak," sahut Wak Semidin tersengih-sengih hingga terbayang bibirnya masih pucat. "Masa dulu mana ada orang nak beritahu pakai susuk tak boleh," beritahunya seolah-olah kesal sangat gunakan susuk besi semenjak usianya muda.
"Orang nak kuat, macam itulah ustaz," sengaja Anjang Kimah mencebek bibir menjeling suaminya.
"Dulu bukan macam sekarang ni," segera Wak Semidin mendengus apabila disindir oleh Anjang Kimah. "Bila guru kata pakai susuk, bukan kita tahu hukumnya boleh atau tidak," dia menambah dalam suara terketar-ketar apabila kenang empat batang susuk besi ditusukkan ke bahunya.
"Kenapa tak bertanya dengan ustaz ni?" Anjang Kimah tersengih-sengih menarik kerusi menyuruh suaminya duduk sahaja disebabkan lama sangat berdiri hingga kelihata mampu bertahan.
"Ustaz ni dulu di kampung," tegas Wak Semidin terus duduk dalam keadaan masih terketar-ketar. "Tak habis-habis nak belajar, mana ada masa menetap di kampung," katanya mendongak menetap muka saya.
"Dia selalu balik ke kampung, kita yang tak balik sejak masuk felda," ujar Anjang Kimah ingatkan suaminya mengenai keluarga mereka yang jarang balik ke kampung setelah berpindah ke felda.
Perkara balik ke kampung atau tidak bukanlah penting sangat, sekiranya hubungan sentiasa berterusan. Memang saya tahu benar Wak Semidin sebelum masuk ke felda cepat sangat memberang kalau kemahuannya dihaiang. Apabila masuk ke hutan mencari manau atau damar dia akan memunggah hingga berlebihan beban.
Mengheret kabung manau di dalam hutan bukan macam merentap buluh our tepi sawah. Meranduk hutan bukannya lorong berbelok-belok sahaja, malah tinggi rendah mengikut lereng bukit atau gaung bertebing. Tetapi Wak Semidin tetap heret juga kabung manau melebihl beban itu.
Siapa yang mampu heret kabung manau sampai 20 batang berhenjut-henjut melalui lorong tengah hutan? Tetapi Wak Semidin tenaga nya memang luar biasa, Sebab itu Pak Tua Mahat syak dia tusukkan susuk pada tubuhnya. Apabila didesak Pak Tua Mahat dia tetap berdalih tidak pernah gunakan susuk  sekaiipun tenaganya kuat luar biasa.
Tetapi bukan mudah dia mahu berbohong pada Pak Tua Mahat, apabila dihentak tumit ke tanah tiga kali tiba-tiba Wak Semidin termengah-mengah. Hairan juga Wak Semidin tatkala merasa dia sesak nafas semasa Pak Tua Mahat mengisar tumit ke tanah lantas membacakan:
Ya qodim, ya doim, ya ahad, ya wahid, ya somad, alif lam mim sod, kaf ha ya a'in sod, ha mim a'in sim kof.
Tersengih-sengih dia beritahu Pak Tua Mahat memang dia tusukkan susuk semasa di Melaka lagi. Kalau Wak Semidin berdalih pun memang Pak Tua Mahat boleh agak fasal dia gunakan susuk. Bukan takat boleh membawa beban berat berlebihan sahaja, malah kalau terjun ke tengah arus sungai pun bercempera beberapa ekor buaya melarikan diri. Tidak bertangguh pula Wak Semidin akan memburu sampai terasak kepala pada tebing berteluk.
Wak Semidin akan heret buaya berkenaan naik ke tebing setelah peraih dari pekan mahu membeli kulit. Apabila dimarahi Pak Tua Mahat tidak berani lagi dia terjun ke sungai memburu buaya di mana-mana. Apa lagi kalau Pak Tua Mahat berdiri di tebing sungai, sampai bila pun dia tidak akan terjun memburu buaya.
"Kamu ni tak sama dengan, Angah," gerutu Pak Tua Mahat tatkala ke hutan memburu bersama Wak Semidin dan Mat Sunoh.
Tercengang Wak Semidin Pak Tua Mahat ungkit demikian. Tetapi Mat Sunoh dapat mengagak asal sahaja masuk ke hutan bersama saya, memang mereka akan balik dengan tangan kosong. Bukan sahaja seekor binatang tidak melintas, sampaikan katak puru mereka tidak terserempak melompat.
Sebab itu Pak Tua Mahat sentiasa berdalih supaya saya tidak ikut dia sama berburu ke hutan. Hampa sangat Pak Tua Mahat apabila masuk ke hutan tidak seekor pun binatang dapat dibedek. Setidak-tidaknya pelanduk juga mesti dapat dihambat apabila menyerbu bertandak-tandak di sebalik anak bukit.
Tetapi ke hutan bersama Wak Semidin memang belukar menjadi lengang tidak terserempak seekor binatang pun. Puas mereka meranduk belukar sepanjang malam, tidak seekor pun pelanduk melintas. Lantas Pak Tua Mahat memangkas rotan dikerat tujuh panjang sejeng-kal dicacakkan pada tanah.
Tiga kali dilangkahnya rotan yang dicancang ke tanah itu, dia menyuruh Mat Sunoh dengan Wak Semidin berjalan di hadapan. Dalam masa beberapa rantai sahaja mereka melepasi anak bukit, segera Mat Sunoh memberi isyarat dia ternampak pelan-duk meragut pucuk ludai di bawah gaung.
Sebaik sahaja Pak Tua Mahat melepaskan tembak-an, dia tidak benarkan Wak Semidin hunus parang menyembelih setelah pelanduk berkenaan ter-pelanting merengek-rengek di tanah. Cepat-cepat dia menyuruh Mat Sunoh sembelih sebelum pelanduk berkenaan mati terkejang tatkala kakinya menendang-nendang angin.
Memang berjalan di waktu malam Pak Tua Mahat harapkan Mat Sunoh. Dia mudah nampak kelibat pelanduk melintas dalam kesamaran cahaya lampu suluh kalau bandingkan dengan Wak Semidin. Sebab itu Mat Sunoh lebih cekap menyembelih dalam suasana demikian biar pelanduk berkenaan mati dengan sempurna.
Hingga tengah malam Pak Tua Mahat dapat membedek tiga ekor pelanduk setelah dia cancang rotan dipangkas tujuh panjang sejengkal di tanah. Biarlah Wak Semidin ikut sama ke hutan dia tidak bimbang apa-apa sekiranya seekor binatang pun tidak melintas. Memang Pak Tua Mahat tahu susuk besi yang ditusuk dalam tubuh Wak Semidin, jauh lagi sudah menghalang binatang liar mendekatinya.
Apabila ke hutan bersendirian mencari manau atau damar, Wak Semidin tidak bimbang apa-apa. Dia tahu binatang buas tidak akan hampir mengganggu. Kalau harimau gagahi juga menyerbu nescaya tenaganya menjadi lemah sebaik sahaja terserempak Wak Semidin. Bukan takat harimau ganas sahaja tersungkur tidak melawan, gajah tengah berang juga tidak boleh bergerak kalau berniat salah.
Manalah Wak Semidin tahu binatang liar yang lain juga tidak terserempak apabila masuk ke hutan berburu. Baik rusa, baik kijang, baik napuh, baik pelanduk semuanya bersem-bunyi tidak tahu di mana. Jauh lagi di sebalik bukit gema susuk besi di dalam tubuh Wak Semidin bergemerincing menakutkan semua binatang liar.
Sebab itu cepat-cepat Pak Tua Mahat cabuhkan bisa susuk besi itu sementara dia berburu bersama Wak Semidin. Tatkala tengah malam itu mereka tiba-tiba tersesat jalan tidak dapat mencari lorong balik ke kampung.
 Mendengus marah Pak Tua Mahat apabila tersesat jalan di tengah hutan. Sudah tentu mereka diperdaya puaka hutan sampai tidak menemui jalan balik ke kampung.
Masakan mereka boleh tersesat disebabkan hutan kawasan berkenaan memang lancar dalam kepala. Wak Semidin mencari manau atau damar memang di hutan ber-kenaan, hingga dia tahu berapa batang pokok petai pada setiap bukit. Di mana rumpun rotan banyak merimbun, di mana getah damar berlonggok, di mana pokok kerdas berbuah semuanya hafal dalam kepala Wak Semidin. Tidak mungkin dia boleh sesat takat malam diserkup kegelapan.
Apa lagi Mat Sunoh mudah sangat melihat jalan di tengah kegelapan malam macam kucing mengendap. Siapa pun tidak boleh tandinigi dia sekiranya berjalan di dalam gelap disebabkan matanya lantas merenung ke mana sahaja.
Sekiranya Wak Semidin atau Mat Sunoh tidak mampu bertahan, bagaimana pula dengan Pak Tua Mahat sejak sekian lama dikenali pawang di hutan. Sudah banyak kali . dia diganggu tatkala memburu, tidak pernah Pak Tua Mahat mengalah. Salangkan rusa yang ditembak ber-tukar menjadi lelaki Gina tua mengerang berlumuran darah di kepala Pak Tua Mahat boleh pulihkan, apa sangat dengan tersesat di hutan semasa berburu!
Mat Sunoh sendiri melihat rusa yang ditembak Pak Tua Mahat bertukar menjadi lelaki Gina merengek-rengek dengan darah berlumuran di kepala. Segera Pak Tua Mahat cacakkan mata parang ke tanah, lantas duduk bersila terapung-apung di atas hulu parang berkenaan.
Dia memberi isyarat supaya Mat Sunoh pangkas anak kayu sebesar lengan cancangkan tiga batang pacang sehasta di keliling lelaki Gina tua itu. Apabila Pak Tua Mahat lekapkan dua tangan ke dada, dia mendon-gak ke langit seolah-olah bertutur marah. Tatkala dia hembuskan ke udara, Mat Sunoh nampak lelaki Gina tua itu menggelepar hingga tumbuh bulu meremang tegak.
Setelah bertukar semula menjadi rusa ditembak hingga tergolek di tanah lantas Pak Tua Mahat memberi isyarat supaya Mat Sunoh segera sembelih tidak bertangguh. Memang tahu sangat Mat Sunoh bukan calang-calang pawang boleh hadapi ujian demikian kalau tidak cekal macam Pak Tua Mahat.
"Emmm, ke mana pula kita ni?" rungut Pak Tua Mahat setelah jalan yang dicari semakin buntu.
"Jauh kita tersesat ni, Pak Tua," bisik Mat Sunoh keletihan berjalan sepanjang malam.
Sewaktu melalui lereng bukit tiba-tiba sahaja Wak Semidin tergelincir terus jatuh ke celah akar pokok. Apabila mahu bingkas bangun dia terasa kakinya sudah tidak boleh dijejakkan lagi. Terpaksa pula dipapah oleh Mat Sunoh disebabkan Wak Semidin tidak dapat berjejak kaki. 
Hampir subuh baru mereka terdengar bunyi kokok ayam sahut-sahut di hujung kampung. Lantas Pak Tua Mahat jadikan pedoman kokok ayam berkenaan mencari jalan balik ke kampung. Semasa keluar dari pinggir hutan mereka menejnui pondok kecil dikelilingi belukar teberau ber-hampiran tebing sungai. Cepat-cepat Pak Tua Mahat memberi salam biar dapat berhenti lelah disebabkan Wak Semidin tidak berdaya lagi mahu meneruskan perjalanan.
Bidan Sumi yang bersiap-siap mahu solat subuh ter-kejutkan juga apabila diberitahu Pak Tua Mahat mereka tersesat di hutan. Setelah solat subuh, Bidan Sumi tidak terus urutkan kaki Wak Semidin terkehel, tetapi menjerang air di dapur terlebih dahulu. Dia cabutkan juga ubi kayu di belakang dapur terus direbus untuk hidangkan pada tetamu.
"Kampung ni dekat dengan Jerantut," bisik Bidan Sumi semasa hidangkan sarapan pagi dengan kopi panas.
"Kalau macam to jauh sangat kami tersesat," beritahu Pak. Tua Mahat mengeluh pendek.
Hairan juga Bidan Sumi disebabkan Pak Tua Mahat bersama kawan-kawannya tersesat jauh hingga ke hutan Jerantut. Bukannya dekat jarak kampungnya dengan Jerantut di sebalik bukit-bukit yang tinggi tersergam! Tetapi .Bidan Sumi ingatkan apa sangat dengan tersesat jauh, kalau bandingkan kebesaran Allah yang tidak tercakup pada akal manusia akan kehebatannya.
Setelah menjamah sarapan pagi rebus ubi panas itu, barulah Bidan Sumi mengambil tujuh helai daun kelapa. Disapunya minyak daun kelapa itu lantas diurut perlahan membacakan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ketika ini terjerit-jerit Wak Semidin menahan kesakitan buku lalinya, sekalipun Bidan Sumi tidak sentuh Iangsung kaki terkehel itu.
Apabila diurut daun kelapa berkenaan tiba-tiba sahaja bertukar kecut bagai-kan terjemur kering. Kemudian Bidan Sumi tepuk pergelangan kaki Wak Semidin tiga kali. Setelah disuruhnya Wak Semidin bangun berdiri, memang Wak Semidin terasa kakinya tidak sakit lagi. Dia sudah boleh jejakkan kaki macam tidak pernah pun terkehel-kehel hingga melangkah terdengkot-dengkot.
"Awak ni pakai susuk besi nampaknya!" ujar Bidan Sumi tersengih-sengih kerana dapat mengagak Wak Semidin tusukkan susuk besi ke tubuh.
"Macam mana nenek tahu?" sengaja Wak Semidin mahu berdalih sekalipun dia tahu tidak boleh rahsiakan apa-apa daripada pengetahuan Bidan Sumi.
"Masa muda tak apa, dah tua nanti tentu mudaratkan diri," Bidan Sumi ingatkan Wak Semidin supaya buangkan sahaja susuk berkenaan.
Wak Semidin sekadar mengangguk sahaja. Tetapi jauh di lipatan hatinya bagai-mana jauh sangat mereka tersesat hingga ke hutan Jerantut. Setelah Pak Tua Mahat bersetuju balik sahaja dengan menaiki bas, Bidan Sumi tunjukkan jalan keluar ke kampung berdekatan.
Semasa hampir ke jalan besar mahu menunggu bas, mereka terserempak Udin Lambai terhinggut-hinggut mengayuh basikal mahu ke kebun menoreh getah. Sengaja Pak Tua Mahat minta tunjukkan arah ke jalan besar mahu menunggu bas.
"Jauh benar abang tersesat," ujar Udin Lambai apabila diberitahu mereka sampai ke Jerantut setelah tersesat berburu di hutan.
"Semidin ni terkehel kaki, sebab itu kaki sesat nak cari jalan," kesal sangat Pak Tua Mahat apabila Wak Semidin ikut sama berburu.
"Ah, terkehel sikit aje," sahut Wak Semidin tunjukkan kakinya sudah sembuh pulih diurut Bidan Sumi.
Terkejut Udin Lambai apabila diberitahu Wak Semidin terkehel kaki pulih setelah diurut Bidan Sumi. Mereka di kampung berkenaan seram sejuk asal sahajanya disebut nama Bidan Sumi sekiranya nampaknya menjelma di mana-mana. Dia beritahu mengenai Bidan Sumi sudah bertahun-tahun dulu meninggal dunia.
Sekali-sekala terserempak juga orang kampung dengan Bidan Sumi hingga membonceng di belakang basikal. Tetapi tidak pernah dia mengganggu sesiapa asal sahaja terserempak di mana-mana.
"Orang kampung aje takut tak bersebab," jelas Udin Lambai apabila kenang mereka takut benar kalau terserempak jelmaan Bidan Sumi yang sudah sekian lama meninggal dunia.
Memang Udin Lambai diberitahu oleh Ali Tepek mengenai Bidan Sumi minta tumpang membonceng di belakang basikal. Ketika itu Ali Tepek tidak teringat langsung mengenai bidan berkenaan sudah lama meninggal dunia. Sebaik sahaja Bidan Sumi turun di simpang menuju ke rumahnya baru Ali Tepek menyedari orang tua berkena-an sudah lama meninggal dunia.
Kejadian yang menimpa Ali Tepek itu memang mengharukan Udin Lambai. Bimbang juga dia kalau dituduh arwah neneknya meracau-racau mengganggu penduduk kampung. Sebab itu dia bacakan Yasin tiga senja berturut-turut. Dia jiruskan air doa Yasin itu di atas kubur arwah neneknya biar tidak menjelma mengganggu sesiapa.
Sebaik sahaja diberitahu oleh Wak Semidin fasal kakinya terkehel diurut Bidan Sumi, memang serba salah juga Udin Lambai. Berat juga hatinya mahu memberitahu mengenai arwah neneknya sudah bertahun-tahun meninggal dunia.
"Memang dia urut kaki Wak ni," jelas Wak Semidin tunjukkan pergelangan kaki-nya yang terkehel semasa berburu dengan arwah Pak Tua Mahat kepada saya.
 "Kejadian dah bertahun-tahun dulu," segera Anjang Kimah mencebek bibir macam mengejek suaminya. "Tapi, Wak tak buang juga susuk tu, biarpun bidan tu dah suruh!" mengeluh pendek Wak Semidin disebabkan berkeras sangat tidak mahu membuang susuk besi yang ditusukkan ke tubuhnya.
Kalau tidak disebabkan susuk berkenaan terasa macam jarum menujah ke hulu hati, memang Wak Semidin tidak teringat langsung mahu buangkan. Tetapi cucunya Ustaz Limin yang mendesak supaya buangkan sahaja susuk ber-kenaan. Saat ini Wak Semidin menyedari usia tuanya sudah tidak mampu lagi bertahan setiap kali susuk berkenaan menjalar laksana hidup bernyawa dalam tubuhnya.
Dia mengaku sudah beberapa kali termuntah hingga batukkan darah apabila menahan sakit dada berterusan. Apa lagi tatkala kenang Bidan Sumi juga amalkan susuk emas menyebabkan Wak Semidin semakin gementar. Memang Udin Lambai sendiri mengaku mengenai arwah neneknya gunakan susuk emas sampai sembilan kali bersuami, tetapi mendapat seorang sahaja anak perempuan.
Setelah umurnya lebih 60 tahun pun, masih ada lelaki terpikat melamar Bidan Sumi. Terasa juga malu emak Udin Lambai apabila kenang emak sendiri berkahwin dalam usia sudah tua demikian.

“Emmm, kalau cucunya tak desak memang dia tak buang susuk tu, ustaz!” Anjang Kimah beritahu saya lantas mengerling Wak Semidin tersengih sengih menusap tangannya yang masih lemah.