Monday, April 2, 2018

273. TENGKORAK KEPALA DI ATAS PARA


Tetamu sudah ramai datang menghadiri jemputan kenduri kahwin anak perempuan Suman Keheng sewaktu saya sampai bersama Kadir Misai. Tersenyum lebar dia bersama isteri-nya Kak Jibah me-nyambut kedatangan kami, lantas mempersilakan ke bawah khemah.
"Kenduri besar nampaknya Abang Suman" saya mengusik sewaktu kami bersalaman.
"Bukannya selalu ustaz, lagi pun inilah anak perempuan kami seorang aje..." sahut Kak Jibah riang.
"Hai, kehendak orang perempuan, ustaz. Kenalah kita mengalah...ikutkan kemahuan dia" Su-man Keheng pula menyambut sambil mengerling isterinya
"Dengarnya, tumbang seekor lembu" Kadir Misai tertawa kecil menepuk-nepuk bahu Suman Keheng.
Kecewa juga Kak Jibah kerana saya datang tidak bersama keluarga. Tetapi perjalanan jauh ke Segamat di kampung Suman Keheng itu, memang sukar membawa keluarga kalau tidak mempunyai kenderaan sendiri. Mujurlah Kadir Misai sanggup juga menunggang motorsikalnya ke Segamat dari Serting. Bolehlah saya membonceng bersamanya.
Serba salah juga kalau tidak pergi menghadiri majlis perkahwinan anak Suman Keheng ini. Bukan saja dia bersepupu dengan Kadir Misai teman baik saya di Serting itu, tetapi sewaktu saya di Segamat dulu pun memang hubungan saya dengan keluarga Suman Keheng ini begitu rapat.
Disebabkan saya tinggal bujang sewaktu di Segamat, seringkalilah Kak Jibah menghantar sepiring gulai apabila mahu menghadapi makan malam. Kalau tidak sudah tentulah goreng telur atau ikan sardin saja, sekiranya tidak makan di kedai. Kenangan lama inilah yang membuat hati saya serba salah sekiranya tidak menghadiri majlis kenduri kahwin anaknya ini.
Jam sudah dua belas setengah tengahari, tetapi tetamu sudah ramai juga yang datang. Sebahagian batik setelah menjamah hidangan, manakata ada yang masih menikmati hidangan di bawah khemah. Ramai juga yang baru tiba.
Tidak heranlah ramai orang datang menghadiri majlis perkahwinan anak Suman Keheng ini, kerana saya mangenali dia memang seorang yang ramah tamah. Suman Kehang mudah menjalin kemesraan dengan sesiapa saja, menyebabkan dia ramai kawan-kawan.
"Ustaz makan ke nasi minyak?" tanya Kadir Misai semasa sudah duduk menghadapi hidangan di bawah khemah.
"Biarlah saya makan nasi putih aje" ujar saya mencapai bekas nasi biasa. Memang saya tidaklah makan sangat nasi minyak apablta menghadiri majlis perkahwinan.
"Ustaz ni tak minum air batu..." Kadir Misai mendongak kepada seorang pemuda yang rnelayani kami, apabila menghulurkan air minuman. Pemuda itu mengangguk dan berjanji rnengambilkan saya air suam panas.
Sebaik saja pemuda itu meninggalkan kami, saya mendengar seorang wanita separuh umur bertubuh gemuk duduk tidak jauh dari saya merungut-rungut tidak tentu biji butir Saya tidak menghiraukan sangat rungutan demikian. Boleh jadi dia tidak puas hati duduk di bawah khemah yang panas sedikit udaranya.
Tetapi Kadir Misai mencuit bahu saya apabila dia dapat mendengar rungutan wanita itu ditujukan kepada saya Disebabkan Kadir Misai duduk di bahagian yang hampir sedikit dengannya, dapatlah dia mendengar wanita itu merungut.
"Menyebok aje.." wanita itu menjeling tajam ke arah saya. Tetamu-tetamu lain yang ada di bawah khemah ikut sama memandang ke arahnya.
"Kakak tu, macam marah ustaz nampaknya" bisik Kadir Misai tidak senang hati dengan sikap wanita berkenaan
Saya cuba rnengamat-amati biji butir yang dituturkan oleh kakak tersebut. Dia kelihatan membasuh tangan dengan tidak menghabiskan nasi di pinggan. Apabila saya memandang ke arahnya dia berpaling ke arah lain.
"Muka sial, entah apa dibuatnya ke sini!" kakak itu mencebik bibir lantas menarik baju suaminya yang masih lagi menyuap.
"Eh, kenapa a-wak ni...?" suaminya menjadi heran dengan sikap isterinya secara tiba-tiba resah tidak ketahuan.
"Mari tinggalkan tempat ni, ada muka sial.. katanya keras sambil mencuri-curi pandang ke arah saya.
Peristiwa tersebut segera diberitahu kepada Suman Keheng Dia tergesa-gesa datang bersama isterinya Kak Jibah bercampur kesal kerana kejadian demikian berlaku dalam majlis kenduri kahwin di rumahnya. Memang dia malu juga menghadapi suasana tersebut. Tetamu-tetamu yang ada di bawah khemah, dan di atas rumah mulai gempar apabila wanita berkenaan semakin garang menjerit-jerit
"Apa halnya ni, Abang Pakeh?" Suman Keheng mendekati suami wanita itu yang cepat-cepat membasuh tangan. Terbayang juga rasa malu yang menebal di wajahnya dengan kejadian tidak disangka-sangka itu.
"Entahlah, Man" keluh Abang Pakeh lantas bangun mahu meninggalkan khemah setelah didesak oleh isterinya.
"Itu muka sial tu, buat apa datang ke marl" sekaligus wanita itu menudingkan jarinya ke arah saya, tetapi tidak sedikit pun memandang wajah saya.
Kadir Misai juga bingkas bangun mahu menghalang wanita berkenaan dari terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya. Cepat-cepat saya ber bisik kepada Kadir Misai supaya memberitahu Suman Kehang, agar membawa wanita itu berehat naik ke rumah
Abang Pakeh juga bersetuju membawa isterinya Kak Subis naik ke rumah Suman Keheng untuk berihat. Bagaimanapun Kak Subis tetap berkeras mengajak Abang Pakeh balik saja meninggatkan majIis.
"Buat apa tunggu kalau muka sial tu ada di sini!" gerutunya meludah-Iudah ke tanah.
"Ustaz jangan kecil hati ye..." Suman Keheng berbisik seolah-olah memujuk saya. Saya tersenyum memandang Suman Keheng, lantas saya jelaskan, "Saya tak kecil hati, tapi takut kalau Abang Pakeh tu yang kecil hati. Saya agak-agak kakak tu sakit".
Kemudian Suman Keheng menggamit Abang Pakeh, setelah Kak Subis dipapah naik ke rumah oleh Kak Jibah bersama dua tiga orang lagi tetamu perempuan.
"Apo halnya?" tanya Abang Pakeh suguI.
"Ustaz ni kata, agaknya Kak Subis tu sakit" ujar Suman Keheng merasa kesal dengan kejadian yang berlaku dalam majlisnya.
"Entahlah..." keIuh Abang Pakeh perlahan.
     "Biasanya kalau ada apa-apa, memang tak tahan dengan ustaz ni" Kadir Misai mencelah.
"Ada apa-apa macam mana?" Abang Pakeh tidak memahami maksud kata-kata Kadir Misai.
 "Tak taulah" per-lahan-lahan Kadir Misai menghela nafas. "Selalunya kalau ada gangguan dalam diri, jadi macam kakak inilah bila dekat dengan ustaz..." dia semacam berbangga pula menceritakan kepada Abang Pakeh.
"Kalau macam tu marilah ustaz tengokkan" Abang Pakeh tidak sabar lagi mahu mengetahui keadaan sebenar isterinya.
Terpaksalah saya menurutkan saja permintaan Abang Pakeh setelah Kadir Misai memberitahu nya dengan tidak meminta keizinan dari saya lagi. Sikap Kadir Misai ini memang tidak saya senangi, tetapi dalam keadaan demikian memang saya tidak boleh berbuat apa-apa.
Kak Subis dibawa masuk ke bilik pengantin, supaya tidak mengganggu tetamu-tetamu yang lain. Dia menepis-nepis apabila tangannya dipegang oleh Kak Jibah. Saya juga dibawa masuk ke situ oleh Suman Keheng bersama Abang Pakeh dan Kadir Misai.
Dia kelihatan semakin marah apabila saya masuk mendapatkannya. Sekali gus puta dia terus meludah muka saya beberapa kali, menyebabkan Abang Pakeh menjadi marah hingga mahu menamparnya. Tetapi segera saya tegah, kerana Abang Pakeh masih belum dapat memahami apa sebenarnya sedang berlaku.
"Abang Pakeh mesti sabar dulu" kata saya mengingatkan dia. "Kita bukan berdepan dengan kakak ni, tapi dengan yang lain" ujar saya mententeramkan dia yang mula diganggu perasaan.
"Memang kau muka sial!" gerutu Kak Subis meronta-ronta setelah di-pegang oleh Kak Jibah. Saenah yang bersiap-siap mahu dipakaikan pakaian pengantin oleh mak andam pun terpaksa membantu emaknya memegangkan Kak Subis.
"Mak andam siapkanlah pengantin tu” ujar saya meminta Saenah bersiap-siap Biarlah Kak Jibah bersama dua tiga orang lagi perempuan di situ yang mengawal Kak Subis.
Kemudian saya membacakan Fatihah tiga kali, lantas dihembuskan ke muka Kak Subis. Dia semakin keras meronta apabila dilakukan demikian. Namun saya teruskan lagi membaca 7 ayat terakhir dari .Surat Yassin dan 11 kali membaca Ayatul Kursi. Perlahan-lahan Kak Subis terduduk bagaikan tubuhnya lemah tidak bermaya.
Tet cungap-cungap dia setelah direbahkan, sedangkan matanya liar memandang ke kasau atap. Dia rnenggertap gigi seolah-olah menggigit sesuatu hingga tidak mahu dilepaskan.
Saya terus membacakan azan 7 kali di telinga kanannya, diikuti dengan Surat Al-lkhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Mulut Kak Subis mula berbuih dan mengeluarkan air keruh seperti keladak di tengah sungai.
Semasa saya berpaling pada Abang Pakeh dia mangeluh perlahan sambil berastaghaffar beberapa kali.
Tidak lama kemudian Kak Subis menggelapar seperti ayam disembelih. Tubuhnya bertambah lemah bagaikan Iangsung tidak ada tenaga lagi. Mereka juga melihat suasana di situ semacam tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kak Subis tiba-tiba saja menggelapar dan mendengus bagaikan lembu disem-belih.
"Sakit..." rintih Kak Subis halus seolah-olah tenggelam di kerengkung. "Tolonglah Abang Pakeh, ustaz ni nak bunuh aku!" terketar-ketar suaranya macam meminta pertolongan.
"Kau buat sendiri tanggunglah sendiri" keras saja disahut oleh Abang Pakeh.
"Sampai ke hati Abang Pakeh, tengok aku kena seksa macam ni?" Kak Subis merayu-rayu dalam rintihan yang memilukan.
"Panclai engkau laaa..." Abang Pakeh mendengus.
"Siapa yang seksa awak?" lantas Kadir Misai pula mencelah bagaikan mengejek.
"Buta ke mata awak, dah habis terbakar badan aku ni..." sahut Kak Subis mencemik muka. .
"Tak ada pun terbakar, elok aje nampaknya!" sindir Abang Pakeh.
Saya membiarkan mereka berbalas-balas cakap beberapa ketika. Hanya saya menguatkan zikir di dalam hati dengan merenung jauh ke dalam jiwa nya. Memang sudah beberapa kali saya menghadapi suasana demikian apabila di sergah dengan tidak semena-mena.
Kejadian di rumah Suman Keheng ini sebenarnya tidakIah berapa mencabar sebagaimana yang pernah saya alami ketika ke Chenor dulu. Sewaktu berbual-bual di bawah khemah ketika menghadiri majlis kahwin di rumah Pak Idon, tiba-tiba saja seorang lelaki membalingkan pinggan ke arah saya.
Bagaimanapun itu tidak sampai ke arah saya, apabila dia sendiri terhumban tidak semena-mena. Puas pula beberapa orang cuba mententeramkan lelaki itu. Tetapi seramai tujuh orang yang memeluknya terpelanting, bila dia meronta mahu terus menyerang saya.
Tetamu-tetamu yang hadir semuanya mengutuk lelaki itu. Mereka menganggap lelaki berkenaan tidak so-pan menunjukkan sikap demikian terhadap saya. Pak Idon sendiri menye-sali perbuatan lelaki itu dengan perbuat-annya yang mence-markan majlis di rumahnya.
Lelaki itu yang kemudiannya saya kenali sebagai Abang Basal tidak menghiraukan nasihat sesiapa pun, sebaliknya tetap berdegil mahu menyerang saya. Masing-masing yang hadir sebagai tetamu Pak Idon sendiri heran mengapa Abang Basal tiba-tiba saja memusuhi saya, sedangkan sebelumnya dia tidak pernah mengenali diri saya.
"Kenapa dijemput, muka sial ni!" gerutu Abang Basal dengan mata meliar, tetapi tidak berani menatap muka saya.
"Kalau abang ada simpan sahabat-sahabat, jauhkanlah darinya" kata saya berlembut untuk mententeramkan perasaannya.
"Sahabat apa?" dia menengking marah.
Sebaik terlepas dari pautan tetamu-tetamu yang hadir, Abang Basal terus menerkam ke arah saya dengan tidak bertangguh. Tetapi dia terhumban ke belakang seperti terlanggar ke tembok, belum pun sempat sampai ke arah saya.
"Awak salah orang ni...!" tetamu tetamu di majlis kenduri itu cuba mengingatkan Abang Basal.
"Mungkin abang ni terkena gangguan, bawa dia naik ke rumah" ujar saya menasihatkan tetamu-tetamu yang memarahi Abang Basal.
Setelah dibawa naik ke rumah, Abang Basal masih juga merungut-rungut sekalipun tubuhnya mulai lemah. Saya memang dapat mengagak apabila Abang Basal mula membenci saya semasa sampai di majlis kenduri kahwin di rumah Pak Idon dulu. Malah Pak Idon sendiri kecewa dengan sikap Abang Basal demikian.
Disebabkan sepanjang waktu saya berzikir di dalam hati, amalan ini sudah menjadi sebati. Sebab itulah saya dapat mengagak seseorang yang mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan yang bertentangan dengan ayat-ayat Quran akan terdesak. Mereka tiba-tiba menjadi resah hingga tidak dapat mengawal diri.
Apabila menghadapi suasana demikian, saya tidaklah boleh cepat berkecil hati. Mungkin Abang Basal sedang dikuasai oleh gangguan lain, yang bukan dengan kemahuan hatinya berbuat demikian.
Memang benar seperti yang saya telahkan. Setelah saya bacakan 7 ayat terakhir dari Surat Yas-sin, 33 kali Ayatul Kursi, 10 kali ayat 13 dari Surat Al-Anaam, 10 kali ayat 9 dari Surat Al-Sajadah dan 10 kali ayat 82 dari Surat Al-Isra', Abang Basal menggeletar sambil mengerekotkan tubuhnya bagaikan udang dibakar.
Bagaimanapun dia cuba melawan keadaan tersebut, dengan cuba bangun melompat. Tetapi gerak badannya menjadi lemah hingga dia terketar-ketar bersuara, "Aku tahu ustaz ni jangan diuji, kau suruh juga!"
"Hah, dah mengaku kau" barulah Pak Idon menyedari apa sebenarnya yang dialami oleh Abang Basal. "Siapa suruh kau ke mari nak kacau majlis kenduri di rumah aku!" dia mengeraskan suara.
"Aku sengaja nak ikut Basal" suara yang keluar dari kerengkung Abang Basal lesu dan tidak bermaya.
"Siapa suruh kau ikut?" coal Pak Wan membentak:
"Aku kesiankan Basal, manatah tahu kalau ada musuh..." jelasnya terketar-ketar seolah-olah Abang Basal sendiri yang menjawab.
"Diri kau sendiri tak boleh jaga, macam mana kau nak jaga diri Abang Basal" saya terus mengejeknya, kemudian mernbacakan: Alif Lam Mim Sad, Kaf Ha Ya Ain Sad, Ha. Mim Ain Sim Kaf dan ayat 33 dari Surat As-Syurga.
Tubuh Abang Basal menggelapar bagaikan ayam kena sembelih Dia merengek-rengek menahan kesakitan.
"Matilah aku macam ni" rintihnya menggapai-gapai tangan.
"Hah, tadi, kau cakap jaga Abang Basal?" ujar saya terus mengejeknya. Dia terdiarn. Renungannya memang tajam seolah-olah membenci saya. Saya membalas renungannya, dan melihat seluruh kepala Abang Basal bagai berlumuran darah. Tubuhnya menggelepar dengan percikan darah bertombok tombok di baju.
"Tinggalah Basal" terdengar sayup-sayup suara keras Pak Idon di telinga saya.
Abang Basal yang berlumuran dengan darah itu menggeleng-geleng kepaIa. Tangannya juga tidak boleh diangkat akibat terkulai patah.
Saya membacakan Fatihah tiga kali Iantas Abang Basal yang berlumuran darah itu melutut meminta ampun.
"Cukuplah ustaz, jangan bacakan lagi" dia merayu hingga kelihatan seluruh dagingnya reput. Hanya tengkorak saja yang tinggal, sedangkan seluruh daging tubuhnya sudah cair bagaikan lilin  terbakar.
Setengah jam selepas peristiwa itu, saya mendapati Abang Basal terbaring keletihan. Saya sendiri tidak dapat mengecamkan apa sebenarnya berlaku di keliling, selain melihat Abang Basal yang berlumurah darah.
Selepas itulah Pak Idon membawa jauh dari Abang Basal. Dia menceritakan mengenai aruah datuk Abang Basal yang menyimpan tengkorak orang mati terbunuh. Semasa hayatnya memang aruah atuk Abang Basal itu dikenali seorang dukun yang berpengaruh.
Tetapi selepas kematiannya ibu Abang Basal tidak pernah mengambil tahu mengenai barang-barang peninggalan aruah ayahnya itu. Abang Basal telah naik ke atas para rumah aruah atuknya, dan menjumpai satu tengkorak kepala dalam bungkusan kain hitam bersama sebilah keris.
Disebabkan Abang Basal takut diketahui oleh orang-orang kampung, dia menyembunyikan tengkorak kepala tersebut di dalam peti kayu yang berpaku mati. Hanya Pak Idon saja yang diberitahunya mengenai peti kayu tersebut. Pak Idon pula menasihatkan supaya dibuang saja, tetapi setiap kati dia mahu membuangnya, Abang Basal menjadi gerun. Dia melihat seolah-olah aruah datuknya ada duduk bersila di atas peti kayu berkenaan menghalangnya supaya jangan membuangkan.
"Tak apalah Pak Idon, nanti kalau Abang Basal sungguh-sungguh nak buang, marilah sama sama kita bantu dia" ujar saya perlahan bercampur sedih dengan kejadian yang menimpa Abang Basal.
Oleh itulah saya tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku pula pada Kak Subis sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak Suman Keheng. Cuma saya bimbang kalau-kalau Abang Pakeh silap faham hingga menyangkakan isterinya sengaja mahu memberi malu di hadapan orang ramai.
Tetapi setelah saya jelaskan kedudukan sebenarnya, Abang Pakeh sendiri mengangguk lemah. Dia dapat memahami apa sebenarnya sedang mengganggu isterinya.
"Yang boleh kita lakukan ialah berikhtiar menghindarkan dia dari gangguan setan ni" ujar saya membisikkan pada Abang Pakeh.