Sunday, June 24, 2018

283. DALAM GENGGAMAN PANGLIMA HITAM


BANYAK sangat tempat berhenti di Batu Pahat, menyebabkan hampir pukul 3.00 petang baru kami sampai di Muar. Haji Samid mengajak kawannya Usup Dibab berhenti sahaja di surau di Sungai Tiram untuk solat zohor dahulu. Saya juga bersetuju berhenti di surau kecil di Sungai Tiram itu. Kalau mahu teruskan perjalanan mungkin tidak sempat pula.
Memang saya jarang ke Johor hingga sampai ke Pontian. Kalau ikut Kadir Misai pun hingga takat Segamat sahaja. Lainlah kalau ke Endau mengunjungi rumah Wak Samin, setidak-tidaknya ada juga kenalah lama arwah Tok Aji yang dapat ditemui.
Tetapi ke Pontian, memang tidak pernah saya sampai. Disebabkan Haji Samid kuat sangat mengajak ikut dia ke Pontian, terpaksa lah saya penuhi juga pelawaannya. Boleh juga saya jejakkan kaki ke tempat yang belum pernah saya sampai. Bukanlah mudah mahu sampai ke tempat-tempat demikian, kalau tidak ada sebab-sebab tertentu.
"Di Pontian, ustaz akan jumpa ramai saudara mara saya," ujar Haji Samid tersengih-sengih. "Mereka tentu gembira dapat jumpa ustaz," katanya terus memujuk agar saya mahu mengikutinya ke Pontian.
"Mana tahu ada saudara mara arwah Tok Aji di sana," Usup Dibab pula mencelah. Dia memang tahu arwah Tok Aji pernah juga menetap di Pontian, selepas berpindah dari Kota Tinggi.
Tetapi saya tidak tahu sama ada arwah Tok Aji pernah berkahwin di Pontian atau tidak. Arwah Tok Aji tidak pernah memberitahunya. Dia hanya pernah berkahwin di Singapura, sebelum datang ke kampung saya dan berkahwin dengan arwah nenek
"Dulu pun ustaz kata, ingin nak ke Pontian," Haji Samid semacam mengingatkan saya.
Pernah juga saya memberitahu Haji Samid mengenai arwah Tok Aji yang pernah menetap di Pontian, setelah dia sendiri mengatakan berasal dari sana. Memang teringin juga saya mahu ke Pontian.
Bagaimanapun masa kami lebih banyak habis di Batu Pahat, disebabkan Usup Dibab menemui kawan-kawan nya di sana. Haji Samid pun menumpang kereta Usup Dibab balik ke Pontian. Sebab itulah singgah juga di Batu Pahat mencari Wak Kusil di Bukit Pasir.
Terkejut juga Usup Dibab apabila diberitahu oleh Pak Mutalib mengenai Wak Kusil yang sudah meninggal dunia. Setiap kali dia balik ke Pontian, memang Usup Dibab singgah ke Batu Pahat menemui Wak Kusil. Dia sanggup ikut sama bertenggong di depan reban ayam, sekiranya orang tua itu duduk di dalam reban bermain dengan ayam-ayamnya.
Setelah tidak dapat menemui Wak Kusil, kereta membelok pula di Parit Bakar sebelum meneruskan perjalanan ke Muar. Usup Dibab juga mengajak ke Parit Jamil, menikmati mee kari di sebuah warung yang digemarinya. Berselera juga Haji Samid dengan mee kari yang berkuah pekat itu.
Sebab itulah hampir jam 3.00 petang baru sampai ke Muar. Sengaja Usup Dibab singgah di surau kecil itu, disebabkan isterinya berpesan minta belikan tiram.
Saya masih lagi duduk di atas surau, sewaktu Usup Dibab turun ke bangsal di belakang surau berkenaan. Becok dia bertanyakan mengenai tiram yang sudah diangkat naik ke darat.
Tiram di situ bukanlah sama seperti di Filipina atau Australia, yang diselam untuk mendapatkan mutiara. Tetapi mereka di situ menye-lam tiram untuk makanan laut yang menjadi kegemaran. Memang isteri Usup Dibab gemar sangat dengan tiram. Asal sahaja suaminya turun ke Johor, dia akan berpesan, minta belikan tiram di Sungai Tiram itu.
"Usup tu, bukan percaya sangat dengan gangguan setan ni, ustaz," jelas Haji Samid semasa singgah di hotel di Batu Pahat. Kami berdua sudah berbaring, apa bila Usup Dibab turun semula ke bawah, mencari tempat letak kereta di kawasan hotel.
Haji cam mana, percayakah?" sengaja saya mahu mengusik dia.
"Saya percaya setan tu ada," beritahu Haji Samid tegas. "Tugas setan adalah untuk menyesatkan manusia, bukannya cerita tahyol," ujarnya semacam kesal dengan sikap Usup Dibab.
Sejak dalam kereta lagi, Usup Dibab tetap menganggap cerita tahyol apabila Haji Samid memberitahu mengenai kawannya yang menghadapi tekanan jiwa. Dia berkeras membuat anggapan kawannya itu memang disihir orang. Tetapi Usup Dibab tetap tidak percaya dengan permainan sihir.
Ketika mereka bercakap mengenai kawan Haji Samid yang puas mencari bomoh berubat, saya pura-pura tidur di bangku belakang. Biarlah mereka bercakap apa pun. Sengaja saya, tidak mahu mencelah, setiap kali Haji Samid bertanyakan sesuatu daripada saya.
"Kita singgah di rumah kawan saya tu, ustaz..." Haji Samid seolah-olah menguji saya.
"Di mana?" soal saya menghela nafas memerhatikan Haji Samid asyik menonton TV.
"Sebelum sampai Alor Gajah," dia memberitahu.
Terasa juga kekok saya apabila singgah di hotel demiikian.. Tetapi saya tidaklah membantah apabila Usup Dibab mengambil keputusan mahu bermalam dihotel. Dia tidak selesa kalau bermalam di rumah kawan-kawan, sekalipun di Batu Pahat itu ramai kawan-kawannya.
Tetapi saya tidak lah berjanji pada Haji, Samid untuk mengunjungi kawan-nya itu.
Selepas solat di surau kecil itu, Haji Simad juga turun ke belakang surau mengikut Usup Di-bab. Saya masih duduk di tengah surau memegang buah tasbih. Setidak-tidaknya boleh me-nunggu masuk waktu asar. Biarlah Usup Dibab dan Haji Samid memborong tiram yang baru diselam dari dasar sungai.
Memang sebelum ke Pontian, Usup Dibab sudah berjanji dengan penyelam-penyelam di situ mahu membeli tiram. Tentu mereka juga sudah mengasingkan untuk Usup Dibab. Kalau tidak berjanji, mereka akan jualkan semua sekali kepada peraih-peraih yang datang sebaik sahaja mereka naik ke darat.
Bukan lama sangat mereka menyelam tiram di dasar sungai. Jam 10.00 pagi mereka turun menyelam, kira-kira jam 12.00 tengah hari mereka sudah naik ke darat. Manalah tahan sejuk kalau berendam di air terlalu lama. Dua jam pun sudah tidak tertahan diganggu kesejukan akibat berendam di air.
Mungkin Usup Dibab juga tidak percaya, kalau Haji Samid ceritakan rnengenai Wak Tagi yang boleh menyelam di air sampai satu jam berterusan. Dia akan mencari lubuk buaya mengheret binatang itu naik ke darat. Usup Dibab sekadar mendengar cerita sahaja mengenai kebolehan Wak Tagi. Dia belum pernah menemui Wak Tagi sehinggalah orang tua itu meninggal dunia.
Tetapi Haji Samid sudah beberapa kali mengikut Wak Tagi turun ke air menangkap buaya. Apabila Wak Tagi menyelam ke dasar sungai, jangan harap dia akan timbul semula kalau tidak mengheret sama buaya naik ke darat. Sampai hampir satu jam dia menyelam ke dasar, barulah timbul semula dalam keadaan sejuk akibat lama berendam di air.
Saya sendiri pun tidak pernah mene-mui Wak Tagi yang diberitahu oleh Haji Samid itu. Tetapi bukanlah luar biasa kalau Wak Tagi boleh menyelam sampai satu jam di dasar sungai. Sementara menunggu Usup Dibab membeli tiram di belakang surau, sempat juga kami menunggu hingga masuk asar. Dapat juga berjemaah menunaikan asar bersama penduduk-penduduk di situ. Sewaktu balik dari Sungai Tiram bersungguh-sungguh pula Haji Samid mengajak singgah makan martabak di hujung pekan itu.
"Hah, beli kapak pun ikut langkah," beritahu Haji Samid apabila masuk semula ke kereta untuk balik." Abang Mud di belakang surau tu, ada petua kalau membeli perkakas besi," katanya berbangga dapat berbual dengan Abang Mud di belakang surau.
"Apa nak kira langkah Haji Mud," sahut Usup Dibab tersengih-sengih mengerling kawannya itu. "Di mana-mana pun sama, kalau kita nak beli kapak," dia semacam mengejek kawannya disebabkan mempercayai sangat mengenai petua dan langkah itu.
Petua ni daripada orang tua-tua," ujar Haji Samid tersinggung dengan usikan kawannya. "Banyak pedoman boleh kita gunakan daripada petua ni," tegasnya penuh yakin.
 "Kalau tak pakai petua pun, kita boleh lakukan. Haji Mid;" Usup Dibab masih. tidak mempercayai apa pun perkara yang bersangkutan dengan petua demikian. Apa sangatlah perlu menetapkan waktu yang baik, kalau sekadar mahu membeli kapak. Biia-bila pun boleh tuju ke kedai besi untuk membeli kapak, parang atau pisau.
Besi akan sentiasa tajam seiciranya di-asah sepanja nema Selepas sahaja digunakan, mata 1/4 pak tetap kan tajam kalau terus dikilir ke batu asah. Demikian juga parang atau pisau. Sebab itu Usup Dibab tidak percaya dengan petua untuk mengekalkan tajarn mata kapak atau parang, mesti dibeli pada hari Isnin selepas Jumaat keliwon.
Abang Mud pun bukanlah tahu sangat memilih besi kapak. Dia hanya percaya dengan petua yang diwaris oleh ayahnya. Kebetulan pula mata kapak abang Mud sentiasa tajam apabila diuji oleh Haji Samid.
"Awak tengok kapak Abang Mud tu sentiasa tajam," Haji Samid menjelaskan.
Memang dia sudah mengujinya. Mata kapak itu melekat apabila dicecahkan ke kuku. Hanya mata kapak yang tajam sahaja boleh melekat sekiranya dicecahkan ke kuku jari.
"Abang Mud tu hari-hari diasahnya kapak tu," tegas Usup Dibab mencebikkan bibir. "Kerjanya buat perahu dan buat keranda, mata kapak nya mesti sentiasa tajam," ujarnya lagi mahu meyakinkan Haji Samid supaya tidak terpengaruh dengan petua yang disebut oleh Abang Mud.
"Susah bercakap dengan awak ni," terpaksa juga Haji Samid mengalah apa bila Usup Dibab te-rus berkeras dengan pendapatnya.
Kalau dilayan tentu tidak berkesudahan. Dia sekadar memberitahu petua yang disebut oleh Abang Mud. Memang Abang Mud menjelaskan petua dia membeli kapak, bukan mengikut sesuka hati. Dia akan menanti hari lsnin selepas Jumaat keliwon, kalau mahu membeli kapak, parang, pisau atau pahat.
Sebelum dia mengambil perkakas besi itu, Abang Mud akan bertanya kepada orang yang pertama melintas di belakangnya sama ada baik atau tidak sekiranya dibeli. Dia akan membelinya kalau orang tersebut tidak teragak-agak mengatakan perkakas besi itu boleh dibeli. Petua dan syarat ini dipegang kukuh-kukuh oleh Abang Mud.
Tetapi Abang Mud tidak pernah duduk diam memelihara mata kapaknya supaya sentiasa tajam. Selepas saha-ja dia menarah kayu leban untuk dibuat 'perahu atau tempahan keranda orang mati, cepat-cepat dia mengilir mata kapak itu ke batu asah. tidak akan membiarkan bertangguh-tangguh sampai besok baru mahu mengasah mata kapak.
"Haji Mid jangan percaya sangat dengan petua-petua macam tu," Usup Dibab bersuara perlahan apabila kawan nya itu mendiamkan diri.
Dia sedar Haji Samid memang tersinggung.
Hinggakan Haji Samid keberatan mengajak singgah di rumah kawannya yang dikatakan terkena gangguan sihir orang itu, apabila kereta melepasi simpang ke Alor Gajah. Sepanjang perjalanan itu pula tujuh kali kami terserempak dengan kereta yang terbabit dengan kemalangan, tetapi Usup Dibab tidaklah memberhentikan keretanya.
Seminggu selepas balik dari Pontian, saya diberitahu oleh Haji Samid mengenai kawannya Usup Dibab dimasukkan ke hospital. Terpaksa pula saya ziarahinya bersama Haji Samid.
"Dia kena darah tinggi," beritahu Mahendon isterinya apabila kami berdua sampai. `
`Banyak sangat makan tiram agaknya?" ujar Haji Samid mengusik.
"Boleh jadi juga," sahut Mahendon kesal. Memang Usup Dibab terlalu kemaruk dengan sup tiram yang dibuat oleh isterinya. Berselira sangat dia menghirup kuah sup tiram sampai kekenyangan.
"Makan jangan ikut selira sangat,' saya mencelah lantas memegang ibu jari kaki Usup Dibab.
Tiba-tiba sahaja dia mengerang kesakitan sambil merentap ibu jari kakinya. Terkejut Mahendon disebabkan suaminya seolah-olah bersikap kasar terhadap saya.
"Kenapa, bang?' soal Mahendon mengusap-ngusap bahu suaminya.
Usup Dibab tidak menyahut. Dia sekadar menggeleng kepala sahaja. Kemudian mengeluh pendek, lantas mem beri isyarat tidak membenarkan saya menyentuh tubuh-nya.
"Awak kena darah tinggi macam mana, Sup?" Haji Samid pula meme-gang ibu jari kakinya. Dia tidak bergerak pun semasa tangan Haji Samid memegang jari kaki nya itu.
"Tadi, ustaz pegang panas thacam kena bara," beritahu Usup Dibab terpaksa menjelaskan sebab dia merentap kakinya. "Haji Mid pegang tak ada rasa apa-apa pun," katanya mengerling Mahendon.
"Merepek awak ni, Sup," ujar Haji Samid men cebik bibir. "Ustaz bukan ada pegang apa-apa" dia melepaskan jari kaki Usup Dibab.
"Entahlah’  keluh Usup Dibab resah tidak keruan.
"Dah lama kena darah tinggi ni?" tanya saya perlahan.
"Sejak setahun ni aje," jelas Usup Dibab masih dalam keadaan gelisah.
-"Berapa pressure darah awak?" Haji Samid pula bertanya.
-"Bawah sembilan puluh, atas seratus tiga puluh," beritahu Usup Dibab mengereng sedikit mengalih letak kepalanya di bantal.
"Tak kuat rupa nya," menggeleng kepala Haji Samid dengan penjelasan kawannya itu. Memang dia tahu sangat mengenai tekanan darah tinggi yang menyerang, pesakitnya hingga terlantar di wad hospital. Sekurang-kurang tekanan darah yang berbahaya hingga - 120 di bawah dan 160 di atas.
 Tetapi Usup Dibab tidaklah berbahaya sangat tekanan darah yang dialaminya. Jarang mereka yang menghidapnya boleh terlantar di wad hospital, kalau takat tekanan darahnya demikian.
Selepas menziarahi Usup Dibab di hospital, saya tidak mendengar berita mengenainya hampir sebulan. Haji Samid pula tidak menelefon memberitahu sama ada kawannya itu sembuh atau pun belum.
Tentulah penyakit darah tinggi yang dihidapinya sudah sembuh dalam tempoh yang Lagi pun doktor menasihatkan dia berihat sahaja supaya penyakitnya tidak melarat.
Apabila Haji Samid menelefon beberapa minggu kemudian, saya terkejut juga. Dia memberitahu Usup Dibab perlu dibedah Kawannya itu bukan sekadar menghidap darah tinggi, tetapi sudah melarat hingga buah pinggang. Terpaksa pula mendapatkan rawatan keluar negeri.
 "Sebelum ke luar negeri, cuba-cubalah ustaz doakan dulu," ujar Haji Samid di telefon, lantas berjanii akan menjemput saya.
"Mahukah dia?" tanya saya bimbang kalau-kalau Usup Dibab menolak. Manalah tahu" dia tidak mahu diubat dengan doa.
Lagi pun memang orang keliru. Mereka menganggap doa itu satu rawatan yang sama dengan rawatan di hospital. Memang sukar hendak dijelaskan bahawa doa hanya ikhtiar sahaja, sementara mendapatkan rawatan yang baik. Setidak-tidaknya doa itu memohon kepada Allah supaya ditemukan dengan ubat dan rawatan yang serasi.
Tetapi kebanyakan orang menganggap doa itulah rawatan perubatan yang mampu menyembuhkan segala penyakit. Sebab itu lah kadangakala saya sentiasa mengelak kalau diminta mendoakan orang yang sakit. Lainlah kalau sudah terpaksa, dan mereka pula daripada kalangan kawan-kawan yang rapat.
"Isterinya, Mahen don yang minta saya sampaikan pada ustaz,'' jelas Haji Samid.
Saya tahu bukannya Mahendon yang mendesak. Masakan Mahendon mengenali saya, kerana hanya sekali sahaja bersua semasa menziarahi Usup Dibab. Tentu Haji Samid sendiri yang menggesa Mahendon demikian.
Disebabkan Haji Samid yang mendesak, memang saya tidak boleh mengelak. Lagi pun dia sendiri datang menjemput ke rumah bersama isterinya Hajah Saamah.
"Hajah Yah, mari lah ikut sama," tutur Hajah Saamah pula mengajak isteri saya. Setelah diajak Hajah Saamah, terpaksa pula isteri saya ikut sama ke rumah Usup Dibab. Sewaktu kami sampai Usup Dibab terbaring sahaja di bilik tidur tidak dapat bergerak kuat. Badannya juga agak susut sedikit setelah hampir sebulan saya tidak temui dia.
Tetapi senyum masih terukir di bibirnya, sekalipun di wajahnya terbayang kegelisahan akibat lama sangat terlantar sakit.
"Bila akan dirawat ke luar negeri?'' isteri saya bertanya sebaik sahaja duduk.
Memang isteri saya pula mudah bertanya, sekalipun baru bertemu. Kadangkala seolah-olah sudah kenal lama kalau dia berbual dengan orang yang baru dikenali. Sebab itulah Mahendon tidak segan-segan memberitahu isteri saya mengenai penyakit suaminya.
"Doktor kata suspect buah pinggang" Mahendon menjelaskan perlahan. "Kalau confirm, barulah dibedah," katanya bimbang dengan keadaan penyakit yang menimpa Usup Dibab. "Kita periksa lagi, nak confirmkan?" semakin galak isteri saya bertanya. Mahendon mengangguk lemah.
"Eloklah ustaz tengokkan dulu, sebelum check-up..." Hajah Saamah memandang saya.
Saya melihat Usup Dibab mengeluh pendek. Dia tidak bercakap apa-apa. Sekali-sekala dia mengerling Haji Samid yang sentiasa mengambil berat ke atas dirinya semenjak terkejang sakit. Haji Samid berulang kali menziarahinya di wad hospital hinggalah mendapat kebenaran balik ke rumah.
Tetapi semenjak dibawa balik keadaan Usup Dibab semakin lemah. Dia tidak dapat bergerak kuat. Kalau mahu ke bilik air pun terpaksa dipapah oleh isterinya Mahendon. Malah Haji Samid juga akan membantu, sekiranya dia datang menziarah.
Apabila saya mahu memegang ibu jari kakinya, tiba-tiba sahaja Usup Dibab ketakutan. "Kenapa, Sup?" Haji Samid segera memegang tangan kawannya.
"Ustaz pegang, macam kena karan sampai menangkap ke pinggang," beritahu Usup Dibab mengingatkan peristiwa ketika saya menziarahi dia di hospital. "
“Kalau macam tu penyakit lainlah awak ni..." ujar Haji Samid memberi keyakinan kepadanya supaya dicuba terlebih dahulu cara pengubatan dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Quran.
Terdiam Usup Dibab. Apabila disuruh berlunjur kaki dia mematuhi sahaja arahan Haji Samid. Saya tidak membacakan Ayatul Kursi semasa memegang ibu jari kaki Usup Dibab, tetapi sekadar berzikir menyebut nama Allah. Dia membiarkan sahaja ibu jari nya dipegang.
Selepas itu saya mula membacakan 7 ayat terakhir daripada Surah Yassin diikuti dengan Ayatul Kursi. Usup Dibab tidak lagi ke-takutan. Dia tenang mendengarkan doa yang saya bacakan dengan jelas.
Kemudian saya meneruskan membaca:
Walahu masa-kana fil-laili wan-aahari wa-huwas sami ‘ul alim
ditambah lagi dengan:
Thum-ma sau-wahu wanafakha fihi min-ruhihi wala'ala laku-mus-sam'a wal-absa-rau-wal af-idata qali-lan ma-tasyku-run,
dan saya teruskan dengan ayat :
Wa-nu-naz-zilu minal-Quran -ni ma-huwa syi-fa-unn wa-rahmatun lil-mukminin.
Ketika saya membacakan ayat-ayat berkenaan Usup Dibab terkebil-kebil sahaja menatap muka saya. Tetapi lama kelamaan dia mula memegang dadanya sambil tercungap-cungap mengah. Dia semakin gelisah menahan perasaannya yang tiba-tiba sahaja memilukan.
Apabila saya membacakan:
Alif lam mim sad, Kaf ha ya a'in sad, Ha mim a'in sim qa, uskunai-yuhal waji'-bil-lazi, in-yasya yuskinir riya fayaz-lalna ra-wakida ala zahrihi, in-nafizalika ra-a-yatin likul-li sab-baran syakur,
seluruh tubuh Usup Dibab kelihatan berpeluh merenik-renik
"Lain penyakitnya Usup ni," Haji Samid berpaling memerhati Mahendon yang mengelap peluh di tubuh Usup Dibab.
"Penyakit ni dah lama," beritahu Mahendon serba salah mahu menlanjutkan. "Tapi, dia berkeras tak mahu berubat di kampung,'' katanya semacam menyesali sikap suarninya selama ini.
"Kenapa tak jumpa ustaz ni?" lantas Hajah Saamah mencelah. "Dia mahu percaya penyakit macam ni, tahyol katanya..." Mahendon mencebik bibir meluahkan perasaan yang mendongkol.
Tetapi Usup Dibab memang tidak boleh disalahkan. Dia sendiri tidak tahu penyakit yang mengganggunya selama ini. Setiap dia menemui doktor, tidak ada penyakit yang dapat diagakkan. Hanya ada tanda-tanda dia menghidap darah tinggi.
Sama juga macam Haji Samid terjerit-jerit menghidap batu karang hingga sukar mahu buang air kecil. Kadang-kala kencingnya bercampur darah, setelah puas meneran di bilik air. Tetapi setelah dieksray, tidak pula ada tanda tanda dia menghidap penyakit batu karang.
Terpaksa balik ke kampung isterinya Hajah Saamah di Kelantan. Puas berubat dengan Mak Nik, tetapi penyakit Haji Samid semakin pasang. Hingga Mak Nik sendiri turun ke Kuala Lumpur. Dia berkeliling di rumah Haji Samid diikuti oleh Hajah Saamah, sambil menujah-nujah mata parang ke tanah.
Sewaktu sampai di bawah pokok kelapa rendah, Mak Nik menyuruh Hajah Saamah meng-alihkan pasu bunga yang bersusun di situ. Kemudian dia mengorek dengan hujung parang di atas tanah berbekas buntut pasu bunga itu. Hampir sejeng-kal dia mengorek tanah, Mak Nik mengeruk dengan tangannya mengambil bungkusan kain putih yang hampir reput.
"Apa pula benda nya ni?" gerutu Mak Nik menunjukkan bungkusan kain putih sebesar kotak mancis itu.
Memang menghairankan Hajah Saamah, bagaimana Mak Nik yang tidak pernah jejak kaki ke rumahnya dapat mengesan bungkusan tersebut di bawah pasu bunga. Apabila dibuka pembungkus kain itu, Hajah Saamah melihat sendiri paku berkarat tercacak pada limau yang sudah kering. Kesan darah ada pada kain pembungkus itu.
"Emmm, macam-macam permainan orang!" Mak Nik mengambil bungkusan tersebut sarn-bil menggeleng-geleng perlahan.
"Ada orang dengki ke, Mak Nik?" soal Hajah Saamah bimbang setelah menemui bungkusan tersebut.
 "Ah, jangan banyak tuduh menuduh yang sakit kita ubat, cukup..." katanya memberi keyakinan.
Tiga hari selepas ditemui bungkusan itu, Mak Nik membuangkannya di sungai berarus deras. Sebelum dia balik ke Kelantan, Mak Nik memberitahu, "Sakit gangguan tu dah baik insya Allah tapi sakit batu karang Haji Mid kenalah ke hospital juga.'
Selepas berubat dengan Mak Nik, memang Haji Samid tidak merasa kesakitan lagi apabila membuang air kecil. Tetapi dia terpaksa juga mendapatkan rawatan di hospital, kerana benar-benar menghidap penyakit batu karang. Kadang kala sampai sebesar ketul gula berpasir keluar bersama kencingnya.
 "Kalau benar awak kena darah tinggi, memang patut berubat di hospital, Sup," kata Haji Samid mengingatkan kawannya itu. "Tapi, kalau gangguan sia-sia aje" lantas memberitahu mengenai pengplamannya menghidap penyakit batu karang.
Usup Dibab tidak menyahut. Matanya sahaja terkebil-kebil memandang saya terus membacakan ayat-ayat Quran.
Apabila saya membacakan ayat 22, 23 dan 24 Surat al-Hasyr, Usup Dibab menggoyang-goyangkan kakinya. Tangannya juga mula mendepa seolah-olah membuka bunga silat.
Melihatkan keadaannya semakin galak menepis-nepis tangan, saya juga tidak berhenti membacakannya. Puas dia menepis-nepis tangan, Usup Dibab memegang kepalanya pula sambil merentap-rentap rambut.
"Kenapa awak rentap rambut sendiri, Sup?" soal Haji Samid keras.
Usup Dibab menggeleng kepala. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal diri nya hingga merentap-rentap rambut, sekalipun dia masih sedar apa pun yang dilakukannya.
Hampir setengah jam saya membacakan ayat-ayat Quran itu, barulah saya menghentikannya. Kemudian berundur ke belakang menyandarkan belakang ke dinding. Usup Dibab tidaklah termengah-mengah lagi menahan rasa sesak nafas.
"Macam mana, Sup'?" tersengih-sengih Haji Samid menatap muka kawannya.
"Entahlah," sahut Usup Dibab perlahan. "Saya sedar semuanya, tapi tak dapat kawal," ujar nya menjelaskan kejadian yang menimpa dirinya.
Memang dia tahu kakinya menggeliat-geliat sambil tangan nya merentap-rentap rambut, tetapi dia tidak berdaya mengawalnya. Seolah-olah ada tenaga lain yang melakukannya, sekalipun dia berusaha melawan tenaga tersebut.
"Tak apa nanti kita ulang lagi besok," kata saya semasa mengajak Haji Samid balik. "Kalau kita teruskan juga malam ni, letih sangat Usup..." jelas saya supaya Usup Di Dibab dapat berihat.
Tentu dia semakin letih, kalau tenaga yang diketahui mengawalnya itu terus mengganggu dirinya. Usup Dibab juga akan keletihan disebabkan tenaga tersebut masih mengawal dirinya.
Besoknya pagi pagi lagi Usup Dibab sudah menelefon saya. Dia sudah boleh masuk ke bilik mandi dengan tidak perlu dibantu oleh Mahendon. Kakinya yang sengal sengal dan lemah, sudah boleh dijejakkan sekalipun masih terasa goyah.
"Alhamdulillah," sahut saya sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Usup Dibab.
Tetapi apabila isteri saya bertanyakan penyakit sebenar yang dideritai oleh Usup Dibab, sukar juga saya mahu menjelaskan. Saya sendiri tidak tahu punca sebenarnya. Saya sekadar mendoakan dengan membaca ayat-ayat Quran seperti per-nah d itunjukkan oleh arwah Tok Aji. Perkara mnentukan penyakit bukan keupayaan saya, kerana semuanya adalah kudrat dan iradat Allah semata-mata.
Arwah Tok Aji kerapkali mengingatkan supaya membacakan doa-doa berkenaan dengan menyerahkan diri kepada Allah. Tidak ada makhlukNya yang mampu menyembuhkan penyakit, kerana hak menyembuhkan penyakit adalah atas kuasa Allah. Maha Suci Allah yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata.
Ketika datang ke rumah Usup Dibab malam berikutnya, dia tidak lagi terkejang di katil. Usup Dibab sudah turun ke tingkat bawah menonton TV. Sudah riang tertawa dia berbual dengan Haji Samid, yang tiba lebih awal dari pada saya.
"Dah sembuh sikit, ustaz," beritahu Mahendon ter-senyum sebaik sahaja saya menjengah di pintu.
"Kalau begitu, Usup kenalah ubat sendiri," sahut saya sambil duduk di kusyin.
"Ubat macam mana pula, ustaz?" terkejut Usup Dibab mendengar desakan saya itu.
"Saya sekadar membantu," beritahu saya dalam suara yang perlahan. "Doa yang afdal, mesti dari Usup sendiri," kata saya menggesanya me-lakukan sembahyang tahajud di tengah malam.
Memang doa yang saya baca sekadar untuk membantu sahaja. Usup Dibab perlu berdoa sendiri dengan mengerjakan solat sunat tahajud setiap malam. Kalau mengharapkan orang lain mendoakan kesejahteraan hidup kita, tentulah sukar mahu mencapainya.
Usup Dibab mengakui sepanjang menghidap sakit itu, dia sering didatangi lelaki tampan lengkap berpakaian serba hitam, macam pendekat silat. Lelaki itu mengajarnya membuka langkah silat setiap malam hingga dia tercungap-cungap keletihan.
"Aku Panglima Hitam," beritahu lelaki tampan den-gan misai berkelok menarik tangan Usup Dibab ke tengah gelanggang. "Aku suka dengan sikap kau, sebab itu aku mahu mengajar kau silat panglima Melayu,'' katanya bersemangat.
Terangguk-angguk Usup Dibab mematuhi kemahuan Panglima Hitam itu. Dia tidak berani membantah, setiap kali Panglima Hitam itu menjelma di hadapannya.
Apabila diajar melompat, Usup Dibab terpaksa melompat. Kalau disuruh memanjat, dia tetap memanjat pokok tinggi hinga lima enam pemeluk. Kadangkala Panglima Hitam memaksanya terjun ke dasar sungai menyelam di air, Usup Dibab tetap mematuhinya juga.
Akibatnya dia termengah-mengah sampai berpeluh merenik-renik. Usup Dibab tidak dapat mengelak daripada gangguan Panglima Hitam yang sering menjelma. Sekalipun hati kecilnya tetap menganggap kehadiran Panglima Hitam itu tahyol di dalam mimpinya, tetapi dia menanggung segala penderitaan.
"Kenapa kau masuk hospital?" soal Panglima Hitam marah, ketika Usup Dibab terlantar di hospital.
"Saya kena darah tinggi, panglima," beritahu Usup Dibab gementar seolah-olah dia sudah melanggar pantang larang Panglima Hitam.
"Doktor sudah sahkan," ujar Usup Dibab perlahan.
"Kalau kau sakit, aku yang akan ubatkan..." kata Panglima Hitam mengingatkan dia.
Tetapi Panglima Hitam tiba-tiba menjadi gementar, apabila saya dan Haji Samid datang menziarahi. Usup Dibab nampak saya memegang kaki Panglima Hitam menyebabkan hujung jari kakinya terbakar. Melompat tinggi Panglima Hitam kesakitan, apa-bila hujung ibu jari kakinya merah seperti besi berbara.
Setiap kali PangIima Hltam cuba membuka langkah kakinya seperti kaku tidak boleh digerakkan. Sehingga saya balik meninggalkan wad hospital, Panglima Hitam masih tersepuk duduk di penjuru wad, tidak dapat bergerak.
Apabila Usup Dibab dibenarkan keluar daripada wad, Panglima Hitam tetap mendampingi dia. Hingga Usup Dibab tidak terlarat mahu mengikut pancak silatnya sepanjang masa. Seluruh tubuh Usup Dibab menjadi sengal-sengal tidak menentu.
Terpaksalah Mahendon memberitahu Haji Samid keadaan suaminya yang semakin tenat. Mereka membawa ke hospital berulang kali untuk rawatan pakar. Hingga pihak hospital memutuskan Usup Dibab menderita sakit buah pinggang yang memerlukan pembedahan.
Panglima Hitam masih mendampingi Usup Dibab, ketika saya dijemput ke rumahnya ‘oleh Haji Samid. Cepat-cepat Panglima Hitam menggenggam olah-olah mahu menyembunyikan. Tetapi tangan Panglima Hitam terketar-ketar menyebabkan genggamannya terbuka. Usup Dibab terlepas juga daripada genggamannya.
Sewaktu saya membacakan ayat 22, 23 dan 24 Surat al-Hasyr, Panglima Hitam menepis-nepis tangan mengelak dari terjahan serpihan kaca yang berterbangan. Dia cuba menunjukkan kekebalannya dengan menghadang terjahan kaca itu. Tetapi setiap kali serpihan kaca berterbangan itu menyinggahi tangannya, semua melekat laksana duri onak tertusuk.
"His, ilmu apa ustaz gunakan ni?" Panglima Hitam merungut sambil menggeliat kesakitan akibat terjahan serpihan kaca di seluruh tubuh. Dia juga merentap-rentap rambut mahu membuang serpihan kaca yang banyak melekat di kulit kepala.
 "Kenapa awak rentap rambut?" Usup Dibab terdengar sayup-sayup Haji Samid mengejek.
"Ustaz ni, tak patut..." gerutu Panglima Hitam mencemik muka. "Aku nak bantu Usup, dia pula meng halang," katanya sambil memberi isyarat menyuruh saya pergi.
Usup Dibab masuk semula ke dalam genggamannya. Terpaksa dia bergayut pada jari Panglima Hitam supaya tidak tercampak jatuh. Tetapi serpihan kaca terus menerjah genggaman Panglima Hi-tam hampir me-nyinggahi Usup Dibab yang semakin kecil di dalam genggaman itu.
"Jangan awak berlindung di situ, Sup," Usup Dibab mendengar suara yang menasihati dia. "Ingatkan Allah, dan terjun daripada genggaman Panglima Hitam," dia mendengar arahan saya dalam keadaan serba salah.
Melihatkan serpihan kaca bertalu-talu menerjah, terpaksa juga Usup Dibab melompat keluar daripada genggaman. Dia terhumban jauh ke dalam jurang yang gelap gelita. Hingga dia terbangun keesokan paginya, Usup Dibab sudah boleh ber jalan sendiri ke bilik air.
Masih terbayang di kepalanya bagaimana Panglima Hitam mahu mengajarnya memencak dengan silat Melayu. Dia tidak dapat mengelak setiap kali Panglima Hitam datang menjelma.
"Siapa Panglima Hitam tu, ustaz?" soal Usup Dibab perlahan setelah badannya terasa segar sedikit.
"Manalah saya tahu," ujar saya tersengih-sengih, kerana saya sendiri tidak pernah melihatnya.
Hanya Usup Dibab sahaja melihat Panglima Hitam ketakutan sewaktu berhadapan dengan saya. Seluruh tubuh nya gementar. Setiap kali saya membacakan ayat-ayat Quran, tubuh Panglima Hitam akan jadi sasaran terjahan serpih kaca yang berterbangan.
Tentu siapa pun sukar mahu mempercayai penjelasan Usup Dibab, macam dia juga tidak percaya dengan cerita daripada Haji Samid. Memang siapa pun tidak pernah menemui Panglima Hitam yang dikatakan oleh Usup Dibab itu. Apa lagi untuk mempercayai Usup Dibab sentiasa duduk dalam genggaman Panglima Hitam, selama dia terlantar sakit akibat buah pinggang.
Tiga minggu selepas saya mengunjunginya itu, Usup Dibab datang menemui saya di rurnah bersama isterinya Mahendon. Riang sangat. hati Ustip Dibab setelah diberitahu oleh doktor pakar, dia tidak menghidap sakit buah pinggang. Dia juga tidak perlu ke luar negeri untuk rawatan perubatan.
"Sekarang macam mana rasa badan?" soal isteri saya ramah.
"Alhamdulillah sihat..." beritahu Usup Dibab mengerling Mahendon di sisinya. Mahendon mengangguk per-lahan sambil tersengih-sengih. Dia juga gembira dengan keadaan suaminya yang semakin- ber-tambah sembuh.

Sunday, June 10, 2018

282. DIPELUK MAYAT BAJU BERDARAH


LAMA termengah-mengah sambil mengurut dadanya, barulah Saedah meminta minum. Tidak bertangguh pula isteri saya menghulurkan gelas berisi air sejuk. Selepas meneguk air Saedah menggamit suaminya Juki yang duduk di lunjur kaki. Juki mendekati isterinya. Apabila dia menyuruh Juki meraba di bawah selimut, terkejut suaminya mendapati baju tidur Saedah dipenuhi darah.
Gementar Juki menunjukkan kepada saya kesan darah di jarinya. Isteri saya segera menguis selimut Saedah. Memang benar baju tidur Saedah bergelumang dengan darah yang masih pekat.
"Darah apa ni, Ustaz?" tergagap-gagap Juki memerhati darah yang melekat pada jarinya.
Saya memegang tangan Juki. Bau hanyir darah itu sama seperti orang baru sahaja lepas bersalin. Tetapi Saedah bukanlah melahirkan anak hingga darahnya tumpah demikian. Dia sekadar pitam hingga terhuyung-hayang di bilik air. Kalaulah Adik Mah pembantu rumahnya tidak ternampak dia terhuyung hayang, mungkin Saedah jatuh tertiarap di bilik.
Sebaik sahaja Adik Mah temampak dia terhuyung hayang, segera dipapahnya ke bilik tidur. Tidak bertangguh dia memanggil Juki yang masih tersandar menonton TV di tingkat bawah. Hairan juga Juki apabila dipanggil Adik Mah dalam keadaan cemas tidak keruan.
Ketika dilihatnya bibir Saedah lebam biru, tidak bertangguh Juki menelefon saya. Saedah mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya, sewaktu saya datang bersama isteri.
"Awak luka ke?" soal isteri saya memegang tangan Saedah.
"Tidak..." jelas perempuan itu terketar-ketar. "dah larna macam ni, Kak Aji, kalau saya pitam tiba-tiba sahaja baju yang saya pakai berdarah," beritahunya dalam keluhan pendek.
"Ustaz agak, darah apa ni?" Juki bangun lantas membasuh tangan ke bilik air. Kemudian dia duduk semula di sisi isterinya sambil memerhati saya bertanya lagi, "Dari mana datangnya darah ni?"
Saya tidak menyahut. Bagaimana mahu rnemberitahu dia mengenai darah yang berlenjap mernbasahi baju tidur. Saedah, sedangkan perempuan itu tidak luka di mana-mana. Saedah sekadar, pitam menyebabkan kepalanya terasa bagaikan berputar ligat hingga dia terhuyung-hayang tidak dapat .berdiri kuat.
Memang darah di baju tidur Saedah masih baru kesan-nya, tetapi bukan disebabkan luka. Darah tersebut jelas seperti perempuan lepas bersalin sahaja.
"Sejak bila, dia kena macam ni?" saya pula bertanya pada Juki.
"Dia tak pernah beritahu saya, ustaz' jelas Juki kehairanan dengan keadaan isterinya.
"Habis, bila awak tahu dia begini.?" ujar saya mencebik bibir semacam tidak percaya dengan penjelasan Juki.
"Malam, ini laaa, “ Juki berterus terang sambil tangannya masih menggenggam jari. Saedah.
Sudah berkali-kali Saedah mengalami pitam demikian, semenjak dia janda ditinggalkan suaminya. Hinggalah dia berkahwin dengan Juki yang masih bujang, Saedah tetap merahsiakan segala kejadian yang menimpanya diri itu.
Kalau dia pitam hingga jatuh tersungkur pun, Juki tidak menyedari. Saedah akan cepat berpaut di mana-mana, sekiranya dia merasakan pitam itu menyerang. Hanya beberapa minit sahaja pitam akan hilang sendiri. Ketika inilah dia merasakan pakaiannya akan dibasahi darah pekat yang hanyir.
Tetapi malarn itu dia tidak dapat menyembunyikan lagi. Sebaik sahaja selesai makan malam dia bersiap-siap mencuci muka dan menggosok gigi sebelum tidur. Biarlah Juki tersandar di sofa menonton TV sampai habis siaran pun.
Dia perlu tidur cepat, kerana sudah berjanji dengan kawan di pejabat untuk datang mengambilnya. Dia tidak perlu ke pejabat dihantar oleh Juki, kerana biasanya Ani menunggu di simpang jalan.
Habis sahaja menggosok gigi, tiba tiba Saedah merasa kepalanya pening. Dia cuba berpaut ke sink. Ketika inilah Adik Mah ternampak dia terhuyung-hayang. Memang Juki sendiri tidak menduga penyakit yang dihidapi oleh isterinya itu, sekalipun rnereka sudah hampir enam bulan berkahwin. Sudah tiga kali pula Saedah mendesak dia berpindah rumah. Disebabkan Juki tidak mahu melukakan hati isterinya, dia terpaksa juga menurut kemahuan Saedah. Setiap kali isterinya mendesak dia berpindah rumah, Juki tidak pula bertanya sebabnya.
"Awak dah jumpa doktor?" soal isteri saya membantu Adik Mah menyalinkan baju Saedah yang habis dibasahi darah.
"Doktor kata saya kena megrim," ujar Saedah perlahan menahan nafasnya yang masih tercungap-cungap lemah.
"Takkan sakit kepala, baju habis darah..." sahut Juki tersengih-sengih mengerling ke arah saya. "Doktor pun tak dapat agak, penyakit macam ni," katanya menghela nafas, dalam keluhan pendek.
 "Awak tak rasa sakit, dengan darah ni?" semakin hairan isteri saya dengan penyakit yang meng ganggu Saedah.
"Tidak," jelas Saedah menggeleng kepala. "Saya tak luka, dan darah ni, tak tau dari mana datangnya," terbayang ketakutan di wajahnya semasa memberitahu demikian.
Saya pun tidaklah kenal sangat dengan Juki, semenjak dia berpindah ke kawasan perurnahan dekat Kadir Misai tinggal. Pembantu rumahnya Adik Mah ini, memang ada bau-bau bacang dengan Kadir Misai. Dalam keadaan cemas itulah Adik Mah memberitahu Juki supaya menelefon Kadir Misai.
Apabila Kadir Misai menyuruh dia menelefon saya, tidak bertangguh Juki menelefonnya. Kalau tidak kenangkan Adik Mah, keberatan juga saya mahu menjengah ke rumah itu. Apalagi sudah jam sebelas setengah. Kadir Misai pula apabila saya menelefonnya hanya meminta maaf beberapa kali, kerana menyuruh Juki menelefon saya.
"Saya tahu ustaz marah, tapi saya tak ada jalan lain," ujar Kadir Misai di telefon, setelah mendapat tahu penyakit yang menimpa Saedah.
Tetapi Kadir Misai pun sekadar rnahu membantu Juki. Kesihan juga dia apabila Juki menelefon dalam keadaan tidak keruan. Kalau Juki menghadapi kesusahan, tentu Adik Mah juga tidak senang diam. Bagaimana kalau Adik Mah sendiri menelefon dia?..
Sebab itulah dia terpaksa juga memberitahu Juki supaya menelefon saya. Adik Mah sendiri bercakap di telefon memberitahu keadaan Saedah. Dalam keadaan serba salah, saya terpaksa juga ke rumah Juki dengan mengajak isteri saya bersama.
"Sekarang dah terasa lega," beritahu Saedah setelah menyalin pakaian.
Baju tidurnya yang dIbasahi darah itu direndam oleh Adik Mah di dalam besen. Ketika Adik Mah merendam baju jtu, dilihatnya ulat terkapung di dalarn air  macam hampas kelapa memutih. Terjerit dia lari masuk ke bilik, sampai terputus-putus suara mahu menjelaskan.
"Kenapa, Adik Mah?" soal isteri saya sebaik sahaja Adik Main tercegat di sisinya dalam keadaan cemas.
Terpaksa pula isteri saya ikut ke bilik air untuk mempastikan. Ketika isteri saya datang menggamit, dia juga dalam keadaan ketakutan. Saya dan Juki sendiri melihat di dalam besen merendami baju dibasahi darah itu, ulat berenga terkapung bagaikan hampas kelapa. Kesan darahnya tidak ada lagi. Baju tersebut tetap bersih tidak ada kesan darah langsung.
Apabiia diangkat daripada besen, kesan darah itu masih berbekas di aitu. Kesan darah itu akan hilang sekiranya. pakaian berkenaan direndam, tetapi kelihatan pula ulat-ulat berenga terkepung.
"Ini kerja sihir..." rungut Juki apabila kami semua duduk semula menghadap Saedah.
"Kepandaian orang, macam-macam," sahut isteri saya mendengus perlahan.
"Apa untungnya, dia orang buat macam ni?" Juki mencebik bibir sambil merapati isterinya yang masih terbaring keletihan.
Ketika ini orang memberi salam dari halaman rumah. Cepat-cepat Adik Mah berlari turun ke tingkat bawah, mernbukakan pintu. Tidak lama kemudian dia naik. semula ke tingkat atas bersama Kadir Misai dan isterinya Naemah.
Belum sempat Kadir Misai duduk, Juki sudah menariknya ke bilik air. Dia perlu tunjukkan kepada kawannya itu, petaka yang menimpa keluarganya. Naemah juga ikut sama ke bilik kehairanan dengan sikap Juki tergesa-gesa menarik Kadir Misai.
Tetapi mereka balik semula dalam keadaan hampa. Kadir Misai dan Naemah sekadar melihat baju tidur yang bersih terendam di dalam besen, Tidak ada kesan darah pekat berbekas, atau ulat berenga terkapung bagaikan hampas kelapa memutih
"Tak ada kesan darah tu,. ustaz," ujar Juki menggeleng-geleng lemah sambil rnengajak Kadir Misai duduk.
"Buat apa baju bersih direndarn..?" Kadir Misai tersengih-sengih sama macam mengejek.
“Tadi memang ada darah," kata Adik Mah perlahan.
Tetapi Kadir Misai tidaklah terkejut sangat apabila diberitahu keadaan yang menimpa Saedah. Apa sangatlah dengan darah yang tiba-tiba mamercik banyak pada baju Saedah, kalau bandingkan dia tergamam melihat kepala jatuh di tepi jalan ketika melintas Sekincan.
Daiam perjalanan ke Sitiawan, dia melalui jalan Sekincan bersama saya. Kemudian terserempak dengan pemuda mengerang-ngerang duduk di atas batu tanda jalan. Dia gagahi hatinya turun daripada kereta untuk membantu.
Sebaik sahaja ditegur kepala pemuda itu tiba-tiba jatuh, dan tubuhnya serta merta hilang dalam kesamaran malam.
Bukan sekali dua Kadir Misai mengalami kejadian demikian. Sebab itu dja tidak hairan apa-apa apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Saedah itu.
"Sebab itulah saya ajak Abang Juki ni pindah, Kak Aji," Saedah bersuara lemah mengerling isteri saya. "Setiap kali kami pindah, gangguan ini tetap mengikut ke mana saja saya tinggal," katanya menggertap bibir malepaskan geram dengan kejadian tersebut
"Awak pindah pun, masalah ni tak selesai," sahut Kadir Misai mengisar duduknya sambil menupang tangan ke lutut. “Lebih baik berubat, jangan tangguh-tangguh lagi," dia mencuit bahu Juki
"Sebelum kahwin dengan Abang Juki pun saya dah berubat, Abang Kadir," jelas Saedah mengeluh pendek. "Dah banyak tempat saya jumpa bomoh, tapi rnacam tu juga," ujarnya semacam berputus asa untuk berubat.
Memang dia mengakui, suaminya terpaksa meninggalkan dia disebabkan masalah gangguan saya berterusan itu. Suaminya sebelum itu terpaksa melafaz kan talaq disebabkan tidak tertahan berhadapan dengan penyakit yang menimpa Saedah. Sebab itulah Saedah tidak berani memberitahu Juki mengenai rnasalah tersebut. Dia sengaja merahsiakan, supaya Juki tidak tahu apa-apa mengenai kejadian tersebut.
Bimbang juga Saedah dia akan ditinggalkan oleh Juki sekiranya rahsia panyakitnya itu diketahui. Manalah tahu hati orang, mudah sahaja kecewa dengan keadaan yang menimpa isteri sendiri.
Tetapi Saedah tidak dapat rnelawan takdir yang menyelubungi dirinya. Selepas kernatian teman rapatnya Bahariah, saban malam bayangan kawannya seolah-olah menjelma di hadapannya. merasakan semuanya berlaku seperti tetapi dia dapat mengagak keadaan dirinya bukanlah diuliti oleh mimpi.
Hanya ketika kepalanya dirasakan bagaikan berpusing ligat, dia seolah-olah dikunjungi. oleh Bahariah dengan pakaian penuh darah, Apabila dia terhuyung-hayang, Bahariah akan segera memapahnya. Bekas darah di baju Bahariah akan meiekat pada pakaiannya sendiri.
Setiap kali. dia memberitairu suami nya sebelum itu, Mahram, lelaki berkenaan menjadi bimbang. Mahrarn sudah berikhtiar rnembawanya menemui beberapa orang bomoh. Sampai ke Mentakab pun, Mahram akan membawa isterinya berubat, asal sahaja gangguan tersebut dapat dihalang.
Tetapi. gangguan itu semakin galak. Sampai lat dua malam sekali, Saedah akan dikunjungi. Dia akan terkial-kial akibat pitam menyerang tiba-tiba. Tidak bertangguh bayangan Bahariah akan memapahnya ke katil, supaya tidak jatuh tersungkur di mana-mana.
Disebabkan tidak tertahan dengan keadaan itulah, Mahram terpaksa menceraikan Saedah. Dia tidak mahu gangguan itu terus menyusahkan dirinya. Sampai bilapun dia tidak akan tenteram, selagi jelmaan Bahariah terus muncul saban malam.
"Memang salah awak," gerutu Mahram melepaskan geram, setelah Saedah merayu mengajaknya berpindah rumah. "Awak terlalu baik dengan dia, sebab itulah awak termimpi mimpi dia datang!" marah benar suaminya sebabkan gangguan tersebut semakin galak.
Mahram percaya isterinya sekadar termimpi-mimpi bertemu Bahariah setelah temannya itu meninggal dunia, disebabkan hubungan mereka berdua begitu akrab. Perkara gangguan itu semata-mata direka oleh Saedah, bagi memaksa dia berpindah rurnah.
"Lebih baik kita pindah, bang," desak Saedah berulang kali. Memang dia tidak berani menunggu lama di rumah tersebut, kalau bayang jelmaan Bahariah sentiasa mengganggu.
"Mimpi, apa nak ditakutkan!" sahut Mahram bekeras tidak mahu berpindah rumah. Lainlah kalau pindah ke rumah sendiri. Bila-bila pun Mahram akan turuti kemahuan Saedah.
Kalau sekadar pindah rumah sewa juga, apalah ertinya bersusah payah menyewa lori memunggah barang-barang. Malah dua tiga hari masih terasa penat badan selepas berpindah rumah. Sebab itulah Mahram tidak mahu sangat menuruti kemahuan isterinya.
"Abang mahu, saya mati kejang di rumah ni?" bentak Saedah tidak dapat menahan sabar setelah suarninya berkeras tidak mahu berpindah.
Tentu Mahram tidak tahu betapa gerunnya dia menghadapi suasana yang sukar dinyatakan kepada orang lain. Dia sendiri nampak Bahariah berdiri di hadapannya. Kemudian memapah dia ke bilik tidur, hingga kesan darah berbekas pada bajunya.
Sewaktu Bahariah meninggal dunia selepas melahirkan anak, dialah yang bersusah payah membantu kawannya itu. Dia mengajarkan dua kalimah syahadat kepada Bahariah, sewaktu kawannya itu menyentak-nyentak bahu akibat sesak nafas.
Darah masih banyak tumpah, apabila Bahariah menutup matanya rapat-rapat Tidak ada apapun pesanan Bahariah, sekalipun dia tidaklah mengerang-ngerang kesakitan. Baharian tetap tenang selepas selamat melahirkan anaknya di wad bersalin.
Selepas anaknya lahir, Saedah terus menjengah. Dia mengusap-ngusap kepala Bahariah. Kesihan juga dia dengan nasib yang menimpa kawannya mengandung setelah, ditipu teman lelakinya. Bahariah tidak berani balik ke kampungnya akibat perbuatan teman lelakinya yang meninggalkan dia dalam keadaan demikian.
Cuma Saedah tempat dia mengadu Saedah yang menjadi kawan akrabnya itulah melindungi dia. Menguruskan semua persiapan untuk bersalin, hingga menghantarnya ke hospital juga. Mahram tidak rnelarang isterinya mengambil berat mengenai masalah Bahariah.
Apalah salah isterinya mengambil berat, ketika Bahariah memerlukan pertolongan. Keluarganya di. kampung tentu memarahi dia setelah didapati mengandpng. Mereka tidak peduli lelaki yang menyebabkan Bahariah mengandung lari ke manapun, tetapi Bahariah yang mesti disalahkan. Kenapa dia membiarkan diri nya digoda, hingga terjerumus dalam lembah perbuatan yang menghinakan.
Tjdak lama selepas bersalin itulah .Bahariah mengadu perutnya terasa merengat-rengat. Belumpun sempat jururawat datang membantu, darah sudah banyak tumpah menyebabkan baju Bahariah dibasahi darah pekat hanyir itu. Sernua kejadian yang menyayukan itu berlaku di hadapan Saedah sendiri.
Sebab itulah Mahram percaya isterinya termimpi-mimpikan Bahariah, disebabkan dia terlalu mengambil berat masalah yang menimpa kawannya itu. Saedah terpaksa memujuk keluarga Bahariah, supaya menguruskan mayatnya dikebumikan di kampung halamannya sendiri.
"Cukuplah, sekali sahaja pindah rurnah..." Mahram tetap berkeras tidak mahu berpindah algi, sekalipun didesak berulang kali oleh Saedah.
"Kalau di rumah ni, gangguan itu akan datang juga," ujar Saedah terus memujuk suaminya supaya berpindah juga.
"Pindah pun tak guna," tersinggung juga Mahram dengan sikap isterinya berkeras sangat mahu berpindah. "Ke manapun pindah, bayang Bahariah akan ikut, sebab dia ada dalam ingatan awak!" suara keras Mahram makin mengguris perasaan Saedah.
"Saya mesti pindah juga," Saedah memberi keputusan tegas.
"Awak pindahlah sendiri," balas Mahram pula menyatakan pendiriannya. Mereka sama-sama berkeras. Siapa pun tidak mahu mengalah. Memang Mahram tidak percaya langsung bayang jelmaan Bahariah datang dalam hidupnya.
Tetapi apabila dia sendiri melihat baju Saedah mempunyai kesan darah, hatinya berdetak juga. Apabila baju tersebut direndam kelihatan ulat berenga terapung bagaikan hampas kelapa memutih. Setelah dibiarkan setengah jam baju itu, bersih semula tidak ada lagi tanda kesan-kesan darah bertompok di situ.
Mahram pula menjadi seram. Selagi dia hidup bersama Saedah, tentu keadaan tersebut sentiasa menyelubungi kehidupan mereka suami isteri. Lantas sahaja dia membuat keputusan meninggalkan Saedah. Biarlah mereka bercerai asal sahaja kehidupan menjadi aman tenteram.
Tidak lama Saedah menjadi janda, Juki pula melamarnya. Terbuka sahaja hatinya mahu menerima lamaran Juki sekalipun lelaki itu masih bujang. Juki sendiri. tidak perlu memilih-milih dalam menentukan  jodoh. Hatinya tiba- tiba sahaja terpaut pada Saedah sekali pun dia menyedari perernpuan itu sudah janda
Apabila dia meluahkan rasa hatinya pada Kadir Misai abang angkatnya itu tidak membantah. Kadir Misai sendiri sanggup menguruskan perkahwinannya. Selepas berkahwin dengan Juki pun, Saedah terus mengalami kejadian yang menimpa dirinya selama ini.
Tetapi.dia sengaja merahsiakan dari pada Juki. Lagipun Juki tidak membantah kalau dia mengajak berpindah rumah. Bimbang juga dia mahu memberitahu sebab-sebab mendesak untuk berpindah rumah. Manalah tahu Juki akan meninggalkannya sama seperti Mahram juga.
 "Macam itulah, Kak Aji," beritahu Saedah mernandang isteri saya selepas menceritakan masalah yang menimpa dirinya.
"Tak mau percaya, dah kita iihat sendiri," sahut isteri saya pula dalam keluhan memanjang. "Macam mana pula baju Saedah tiba-tiba berdarah," dia mencebik bibir menggeleng-geleng lemah.
"Perkara yang tak boleh kita hairankan, Hajah Yah," Kadir Misai tersengih-sengih berpaling kepada isteri saya.
"Memanglah," cepat sahaja isteri saya memotong. "Kalau kehendak-,Nya, cukup aje dengan kun faya-kun," ujarnya terangguk-angguk.
Tetapi, Saedah bimbang mahu mem beritahu masalah tersebut. Bukan sahaja bimbangkan Juki hilang sabar, malah dia merasa diejek-ejek sekiranya saya tidak mahu mempercayainya. Manalah tahu saya akan menuduhnya berbohong, semata-mata mahu menguji hati Juki terhadap dirinya.
Masakan saya mahu menuduh Sae-dah berbohong. Saya sendiiri melihat baju tidurnya berlumur darah hanyir. Apabila direndam oleh Adik Mah tiba-tiba sahaja besen dipenuhi berenga berkapungan bagaikan hampas kelapa memutih. Tidak lama selepas itu semuanya menjadi bersih semula seolah-olah tidak langsung kesan darah berbekas.
Kalau Saedah tidak rnemberitahu pun, saya tidak hairan apa-apa. Perkara yang dialami Saedah tentu lebih kecil, kalau dibandingkan langit yang dijadikan dengan tidak bertiang untuk menupangnya. Apalagi dengan peristiwa burung-burung yang dihancur lumatkan, kemudian diletakkan di empat penjuru bukit dan Nabi Ibrahim Khalillullah diperintahkan supaya menghidupkan semula burung-burung berkenaan,
Kejadian-kejadian demikian hanya mengajak kita bersyukur kepada Allah lantas menginsafi akan kebesaran dan kekuasaanNya.
Perlahan-lahan saya mengesat pelupuk mata, sewaktu balik meninggalkan rumah Juki. Hampir jam 12 rnalam, baru saya dan isteri sampai di rumah.
"Ustaz sedih sangatkah dengan cerita Saedah tu?" soal isteri saya sewaktu membuka pintu.
"Ah, apa pula nak disedihkan," sahut saya perlahan lantas melangkah masuk.
"Saya llhat, ustaz mengesat mata," rupa-rupanya isteri saya menyedari perbuatan saya ketika melangkah keluar dari pintu rumah Juki.
"Subhanallah..." ujar saya masih menahan rasa keharuan yang menusuk. "Macam-rnacam Allah tunjukkah kekuasaanNya, tetapi manusia tak juga mahu insaf kata saya perlahan.
"In-nallahha ma' al-lazinat taqau-wal lazinahum mohsinon,"
sengaja isteri. saya menyebutkan ayat 128 daripada Surat al-Nahl itu.
Saya tidak rnenyahut apa-apa. Memang ayat itu jelas mengingatkan kita; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan.
Seminggu selepas kejadian menimpa Saedah itu berlaku, Kadir Misai pula rnenelefon saya dari rumah Juki. Dia sudah masuk tidur jam 11 malarn, ketika Juki datang menjemput ke rumahnya. Terpaksa pula Juki tinggalkan Saedah bersama. Adik Mah dalam keadaan penyakitnya berulang semula.
Malas juga saya rnahu tergesa-gesa pergi.. Biarlah Kadir Misai lakukan apa yang perlu, sementara menunggu saya datang. Setidak-tidaknya Kadir Misai boleh juga mendoakan mengikut kemampuan dia. Harapkan saya pun, bukan bermakna Saedah boleh sembuh serta merta.
Seminggu sebelum itu pun, saya sudah berusaha mahu membantu. Tetapi gangguan yang merasuk Saedah rnasih juga berulang. Ketika saya berbelah bahagi mahu ke rumah Juki ini saya membacakan juga:
Wayas-alunaka anir-rohi qulir rohu-min amri-Rabbi wama-utitum minal-ilmi il-la-qalil.
Selepas itu. saya mula mengingatkan: istighfar 3 :kali,
A'u-zubillahhi minasy syaitanhir-raiim 3 kali,
Bismillahhir Rahmannir Rahirrz 3 kali,
dua kalimah syahadat 3 kali,
sala-wat 3 kali. dan
tas-bih juga 3 kali.
Kernudian saya tidak lepas dari mengingati Allah dengan zikir yang jauh hingga menggoncang di sanubari. Saya tidak mempedulikan lagi tentang panggilan telefon Kadir Misai memberitahu mengenai gangguan yang merasuk Saedah. Biarlah mereka menghadapinya sendiri.
Ketika saya semakin lernas dalam asakan nafas, saya merasakan kaki seolah-olah jejak di hadapan pintu rumah Juki. Ketika menjengah ke bilik, Kadir Misai dan Juki bagaikan membiarkan sahaja Bahariah mendakap Saedah dengan pakaiannya berlumuran darah. .
"Ustaz keluarlah dari sini” Bahariah berpaling ke arah saya sambil menggigit bibir rnenahan kesakitan di perutnya, "Saya malu berhadapan dengan ustaz," katanya merayu dengan sepenuh hati.
Saya tidak menyahut. Seluruh sanubari terasa bergoncang kuat oleh zikir menusuk-nusuk.
"Saya nak minta maaf pada Saedah," beritahu Babariah berundur, lantas melepaskan Saedah daripada dakapannya. Ketika ini baju Saedah juga dilekati bekas darah yang membasahi bajunya.
Apabila saya membacakan Fatihah tiga kali, tiba-tiba Bahariah menutup telinganya. Jari telunjuknya yang rnenutup telinga keIihatan berdarah hingga meleteh jatuh ke pipi.
`Cukuplah ustaz, pecah telinga saya," ujarnya merintih-rintih kesakitan dengan tubuh terketar-ketar.
Tetapi saya tidak pedulikan rintihan dia. Saya terus membacakan Surat al-Ikhlas11 kali, menyebabkan tubuh perempuan itu retak retak bagaikan kaca cermin dihentak kuat.
Bayangan Bahariah menangis terisak-isak sambil melutut di hadapan Saedah, Rintihannya tidak dapat didengar oleh Saedah teman akrabnya. Terketar-ketar bibirnya mernberiatahu dia mengkhianati persahabatan dengan Saedah. Jauh di sudut hatinya dia tetap merahsiakan hubungannya dengan Mahram daripada pengetahuan teman akrabnya itu.
Mudah sahaja hati nya menyerah apabila digoda oleh Mahram. Dia lupa tentang hubungan akrabnya dengan Saedah. Sehingga dia mengandung pun. Saedah tidak menyedari apa yang telah dilakukannya terhadap dirinya. Kesihan juga. Saedah kerana keluarga di kampung tidak mahu menerima Bahariah, setelah dia mengandung.
Puas didesak siapakah lelaki yang merosakkan hidups nya, Bahariah tetap merahsiakan. Biarlah dia menanggung segala penderitaan. Dia sanggup memendamkan semuanya jauh di lubuk hati, Biarlah siapapun tidak tahu. Dia juga tidak mahu memberitaliu Saedah.
Bahariah tidak tergarnak melukakan hati kawannya akibat perbuatannya sendiri.
Sekali-sekala teringin juga mahu meluahkan semuanya di hadapan Saedah, setelah kawannya itu bersusah payah memberi perlindungan kepadanya. Bukan sekadar membawa ke klinik untuk rawatan semasa mengandung malah Saedah sendiri menunggunya di wad sampai selamat bersalin.
"Saya nak minta rnaaf pada Saedah, ustaz.," rintih bayang jelmaan Bahariah menangis terisak-isak.
"Awak tak perlu ganggu dia," jerkah saya menudingkan jari telunjuk dengan membacakan:
lanar-jumanakum walaya-mas-sanna kum min-na `zabun `alim, 3 kali.
Dia tidak dapat mengelak dari terjahan api memancar pantas dari hujung jari telunjuk itu,
"Saya mahu dia hukum saya," perempuan itu menangis sayu sambil mengampu perut-nya dengan baju berlumuran darah.
"Allah lebih Maha Mengetahui,"- sahut saya membacakan pula Ayatul Kursi 33 kali, menyebabkan lantai tempat dia berpijak bergegar kuat hingga tidak dapat berjejak.
 "Saya tak sempat minta ampun dari Saedah," beritahunya tergigil-gigil dengan menundukkan kepala akibat malu mahu menatap muka saya. Apabila saya riembacakan Fatihah dan menghembus ke ubun ubun Saedah, tiba-tiba dia bingkas bangun. Saedah mencemik muka memandang tepat ke arah Bahariah.
“Ooh, kau  buat jahat dengan Mahram ye?" Saedah bercekak pinggang mahu menerkam. "Memang tak boleh dibuat kawan!" gerutu Saedah melepaskan geram setelah mendengar sendiri pengakuan daripada Bahariah.
Belum sempat dia menerkam Bahariah, cepat-cepat Juki dan Kadir Misai menghalangnya. Terpaksa Mik Mah membantu Juki. memegangkan Saedah supaya tidak meluru menerpa ke dinding, Tidak ada siapa pun di situ dilihat oleh mereka yang menyebabkan Saedah garang mahu menerkam.
"Di depan bukan main baik, di belakang kita di jadi racun rupanya” semakin. kuat Saedah meronta.
"Siapa orangnya, cakap?" Kadir Misai menjuruskan tangan ke muka Saedah,
"Kenapa tuju pada aku?" Saedah mencebik bibir semacam mengejek Kadir Misai. "Yang jahat betina tu, berjahat dengan laki aku!" ujarnya menuding ke arah bayang jelmaan Bahariah yang tertunduk di penjuru bilik.
Memang Kadir Misai tidak melihat siapa pun yang dituding oleh Saedah. Dia percaya Saedah dirasuk hingga mencecah tidak tentu biji butir, apabila dibacakan doa:
inna-hu mln-Sulaiman wain-nahu bismillah-. hi Rahmannir Ra-him.
Tentu gangguan yang merasuk tidak dapat lagi bersembunyi, setelah Kadir Misai menyerangnya bertalu-talu.
"Aku bersalah pada kau, Saedah," jelas Bahariah lembut. "Kau lihatlah seksanya aku, kerana mahu meminta maaf dari kau," ujar nya merayu meminta belas kesihan.
Tiba-tiba sahaja Saedah menangis hiba. Dia terisak-isak bagaikan terlalu kesal kerana mengikutkan perasaan sangat.
"Hah, kenapa menangis pula?" ejek Kadir Misai apabila melihat Saedah tidak semena-mena. menangis terisak-isak. "Tadi garang sangat, kenapa tiba-tiba aje sedih.„.?" Kadir Misai mengagak dia berhadapan dengan gangguan yang menusuk Saedah.
Tetapi Saedah sendiri dapat merasakan kehadiran Bahariah seolah-olah mengaku salah terhadap dirinya. Memang Saedah mengesyaki juga hubungan Mahram dengan Bahariah, hingga kawan akrabnya turut mengandung. Dia sengaja pendamkan di hati, kerana bimbang anggapan itu tidak benar. Tentu Bahariah akan tersinggung sekiranya dia membuat tuduhan demikian.
Apalagi dia tidak pernah melihat Mahram mendampingi Bahariah. Masakan Bahariah pula tergamak melakukannya, kalaupun Mahram cuba menggoda. Mereka sudah lama berkawan rapat, semenjak Saedah belum pun berkahwin. Selepas berkahwi dengan Mahram, dia tetap berkawan rapat dengan Bahariah. Malah dia merasakan hubungannya dengan Bahariah sudah macam adik beradik sendiri.
Tidak tergamak dia mahu menuduh, sekiranya tidak terserempak sendiri. Apabila Bahariah mengandung, dia sendiri tidak dapat membayangkan betapa resahnya hati mahu melindungi kawannya itu. Dia tahu benar, memang Bahariah tidak mempunyai teman lelaki yang rapat.
"Aku tak sangka, kau tergamak buat aku macam ni,", keluh Saedah menggigit bibir.
Juki tidak tahu apa yang berlaku. Dia hanya mengharapkan abang angkatnya Kadir Misai sahaja boleh membantu. Kecewa juga dia menunggu saya masih juga tidak menjengahkan muka ke situ. Kalau tidak ada Adik Mah membantu, tentu dia sendiri tidak dapat mengawal Saedah meronta-ronta.
"Sudahlah, pergi aje kau dari sini dan tinggalkan Saedah!" bentak Kadir Misai menatap muka Saedah. Saedah tidak menyahut. Dia menunduk apabila Bahariah terisak-isak menangis. Tubuh perempuan itu retak merekah-rekah bagaikan tanah lumpur kering yang kontang akibat kemarau pan-jang.
"Lepaskan dia ustaz," perlahan sahaja Saedah menuturkan sambil rnendongak . memerhati saya tercegat berdiri di kelilingi cahaya memancar menyilau keras ke muka Bahariah.
"Mana ada ustaz di sini?" sahut Kadir Misai masih menganggap dia berhadapan dengan gangguan yang merasuk Saedah.
Tetapi Saedah sendiri tidak tahu apa pun yang dicakapkan oleh Kadir Misai. Dia sekadar melihat saya dan Bahariah tercegat di hadapannya. Bahariah merayu-rayu di depannya meminta sayu berundur jauh.  
Memang saya tidak akan berundur. Tidak ada sebab saya mesti rnematuhi kemahuan syaitan yang menjelma bagaikan bayang Bahariah. Gangguan yang sering merasuk Saedah tetap syaitan yang cuba memperdayakan manusia dengan berbagai-bagai helah.
Sebaik sahaja saya mem bacakan ayat 22, 23 dan 24 dari Surat al-Hasyr dan menghembuskan ke mukanya, bayang jelmaan Bahariah terus menjadi reput. Dia terhuyung-hayang mahu menjejakkan kaki, sama seperti Saedah menanggung sakit akibat pitam menusuk-nusuk kepala.
"Saya mahu Saedah maafkan kesalahan saya, ustaz," Bahariah masih berkeras tidak mahu meninggalkan tempat itu.
"Saedah sudah maafkan Bahariah, sebab itulah dia menolongnya," sahut saya memberi amaran. "Hanya syaitan yang tidak mahu menerima hakikat!" ,kata saya terus melaungkan azan 7 kali.
Selepas itu tidak bertangguh saya membacakan Fatihah, Surat al-Falaq dan Surat an-Nas diikuti dengan Aya-tul Kursi. Apabila dia menggelupur menahan kesakitan, saya terus membacakan ayat 1 hingga 11 daripada Surat as-Saffa, dengan mengulangi: wa-hifzan min-kul-li syaltanimemarid, hingga 10 kali.
Tidak dapat lagi dia bertahan, apabila habis kulit badannya mengelupas seperti kulit pisang masak dikupas. Terjerit-jerit dia merayu supaya saya tidak meneruskan membaca ayat-ayat Quran.
Sewaktu saya masih tercegat memerhatikan perempuan itu terseksa dalam helah syaitan, tiba-tiba bahu saya dicuit isteri saya. Merungut-rungut dia disebabkan saya masih duduk di bangku, sekalipun Kadir Misai sudah menelefon, dari rurnah Juki.
Hampir jam 12 malam baru saya sampai di rumah Juki. Ketika ini Saedah sudah duduk di katil, sekalipun tubuhnya masih lemah.
"Eh, tadi bukankan ustaz ada di sini?" soal Saedah kehairanan sambil menyambut gelas berisi air sejuk daripada Adik Mah, sebaik sahaja saya masuk menjengah ke bilik.
"Merepeklah, ustaz baru aje sampai," beritahu Juki yang membukakan pintu sewaktu saya datang.
"Kamu diamlah Juki," cepat sahaja ditegur oleh Kadir Misai. "Biarkan Sae-dah itu berihat dulu' dia mengingatkan adik angkatnya supaya jangan mengelirukan .Saedah.
"Memang saya nampak, ustaz ada di sini tadi," ujarnya mengerutkan dahi cuba mengingatkan sesuatu. Kadir Misai hanya tersengih-sengih sahaja mengerling ke arah saya.