Sunday, February 4, 2018

265. KEPALA TERCABUT DARI BADAN


Sejak tengah harinya lagi Mak Jidah dan Usup Gendut tidak mahu lagi duduk di rumah nya. Mereka sudah berpindah buat sementara waktu ke rumah Delit. Memang Pak Jubin sendiri mencadangkan supaya mereka berpindah buat sementara waktu ke rumah Delit. Lagi pun Delit bukanlah orang lain kepada Mak Jidah, anak aruah kakaknya, anak saudaranya juga.
Delit pun sudah terasa segar sedikit. Sama juga macam Saridah yang sudah mula pulih. Tetapi kampung kecil itu mula merasa bimbang. Masing-masing takut dengan gangguan bajang peliharaan yang terus menerus mengganggu.
Disebabkan terlalu Ietihlah Pak Jubin meminta Usup Gendut dan Mak Jidah berpindah dulu buat sementara. Biarkanlah tempayan itu di tengah pelantar. Lagi pun darah di dalam tempayan itu tidak melimpah keluar setelah sampai pada bahagian mu lutnya, sekalipun mata air di dasarnya tetap memancutkan darah.
Masuk saja senja, Pak Jubin datang ke rumah menantunya, Delit. Sepanjang hari dia sudah tidur sepuas-puasnya untuk menghilangkan rasa mengantuk. Biarlah darah di dalam tempayan itu usah dipedulikan tatkala dia sedang mengantuk dan letih. Malam itu dia akan pergi sendiri ke rumah Mak Jidah melihat tempayan dipelantar. Sebab itu dia minta Mak Jidah sediakan ramuan-ramuan keIengkapan perubatan di rumah Delit. Dari sana barulah dia menuju ke rumah Mak Jidah.
Mat Kidam dan Alang Jono juga datang menjengah ke rumah Delit setelah mendengar cerita tempayan air Mak Jidah dipenuhi darah. Tidak baik pula kalau mereka tidak menjengah, biIa sudah berjiran sama sekampung. Biarlah Uda Pah dan Utih Mun saja menunggu Saridah menemankan Razak. Manalah tahu kalau penyakit Saridah berulang semula.
Gangguan bajang peliharaan itu bukanIah boleh dipercayai sangat kalau mangsanya kelihatan sudah sembuh. Bila-bila dia akan datang merasuk semula. Sebab yang dapat ditawan oleh Pak Jubin cuma barang permainan tuan yang memelihara bajang saja. Kalau barang permainannya diambil, dia cuma kehilangan satu barang permainan saja. Lepas itu dia akan mengirimkan lagi bajang peliharaannya untuk terus merasuk mangsanya.
Bila ada dukun yang berani menghalang barang permainannya, maka dia akan berdendam sampai bila-bila pun. Sudah tentulah dalam memenuhi dendamnya akan berakhir dengan nyawa juga. Salah seorang dari mereka mesti tewas, sama ada tuan pemelihara bajang atau dukun yang menghalangnya.
Pak Jubin sedar akan geruh yang menunggunya. Tetapi kalau dia mengalah bermakna salah seorang dari orang yang diubat-nya akan menjadi mangsa juga. Dia mesti terus menentang sehingga salah seorang tewas. Sebab itu dia mesti terus menghalang sekalipun dia tahu bahawa sekiranya kalah, geruhnya sudah tidak dapat dielakkan.
Dia tahu mengapa bisannya aruah emak Delit menjadi mangsa, setelah suaminya Mat Natar terpaksa mengalah. Pak Jubin dapat mengagak tentulah Mat Natar tidak sanggup menentang dugaan demikian, sehingga isterinya sendiri menjadi mangsa. Sebab itulah Mat Natar terus berhenti menjadi dukun setelah isterinya sendiri menjadi korban.
lnilah yang dibimbangkan oleh Pak Jubin. Kalau dia mengalah apa akan jadi pada Saridah, atau Delit atau Mak Jidah atau Usup Gendut? Ancaman dari bajang peliharaan itu sudah tidak dapat dielakkan.
Memang Pak Jubin tahu bagaimana seseorang itu boleh memelihara bajang. Dia sendiri tidak tergamak mahu melakukannya setelah diberi petua oleh gurunya. Pak Jubin tidak akan pergi ke kubur perempuan mati sedang mengandung kerana tidak lepas beranak. Perempuan itu akan dikebumikan bersama anaknya yang tidak lepas dari rahim.
Tengah malam tepat jam 12.00 malam, dia akan menuju ke kubur itu dengan membuka semua pakaian. Hanya bertelanjang bulat saja dia dikehendaki duduk di atas kubur itu sambil menyeru kemunculan bayi dari dalam perut ibunya itu. Bayi itulah akan menjelma menjadi bajang yang boleh disuruh mengikut kemahuannya.
Setiap kali bulan purnama dia dikehendaki menjamu bajang berkenaan dengan darah. Kuasa bajang peliharaan ini membolehkan dia membalas dendam kepada siapa saja musuhnya.
Sekali-kali, Pak Jubin tidak mahu melakukannya. Sebab itu dia tidak gentar menghadapi dugaan tersebut, kerana dia tahu dari mana asal usul syaitan yang menjadi musuh manusia yang nyata itu.
Selesai saja solat maghrib, mereka makan dulu. Delit yang sudah pulih betul sudah bersiap-siap menyediakan makan malam. Tidak baik pula tetamu datang ke rumah setakat di keluarkan biskut kering dengan teh o saja. Sekali sekala elok juga disediakan makan malam.
Lagi pun yang datang itu semuanya sanak saudara juga. Jiran sekampung semuanya. Sekali sekala berbelanja untuk makan malam bukanlah rugi sangat. Tengah mereka makan itulah Lebai Cot pula datang.
"Bolehlah Cot temankan Pak Jubin" ujar Mak Jidah sebaik saja Lebai Cot duduk bersila di pangkal serambi. Usup Gendut pula cepat-cepat menghulurkan pinggan ke depannya.
Lebai Cot tidak mengelak. Dia sama-sama menjamah nasi yang dihidangkan dengan tidak banyak soal. Apalah gunanya malu-malu tatkala dipelawa makan asal saja orang yang mempelawa itu ikhlas. Maka dia juga mesti memenuhi pelawaan orang itu dengan ikhlas, sekalipun menjamah sedikit saja. Itulah pendirian Lebai Cot.
"Hah, kita ke rumah Ngah Jidah lepas ni" ujar Pak Jubin dari hujung serambi.
"Eh, Ngah Jidah dah ada di sini, buat apa lagi ke rumahnya?" sahut Lebai Cot macam bergurau.
"Kau tak dengar lagi ke Cot?" Pak Jubin agak heran juga dengan kata-kata Lebai Cot.
"Hai, apa pula tak dengarnya" Lebai Cot tersengih-sengih. "Aku dengar Abang Jubin ke hutan dengan Razak" ujarnya mengisar-ngisar punggung membetulkan duduknya.
"Bukan fasal tu" cepat-cepat dipintas oleh Usup Gendut. "Tempayan air rumah aku penuh darah" dia menjelaskan perlahan.
"Hah, bolehlah dermakan ke hospital" Lebai Cot masih juga tertawa macam tidak percaya dengan apa yang mereka katakan.
"Ini bukan gurau-gurau Cot . .." Mak Jidah mengeraskan suaranya. "Pagi tadi, aku nak jerang air. Aku cedok gayung dalam tempayan, darah yang aku cedok" ujarnya geli geleman dengan wajah muram. Dia benar-benar gelisah dengan kejadian yang menimpa dirinya.
Lebai Cot terdiam. Dia terus menyuap tidak menghiraukan apa-apa.
"Biarkan kita selesai kan makan dulu" kata Lebai Cot lantas membasuh tangan. "Lepas ni barulah kita ceritakan apa patut nak buat  " ujarnya mengingatkan Mak Jidah. Apalah salahnya tunggu dia selesai makan kalau mahu memberitahu apa-apa pun masalah. Sewaktu dia sedang makan tentulah tidak baik bercakap perkara-perkara demikian.
Lebai Cot tidak suka tengah mengadap rezeki lantas berceritakan masalah yang dihadapi. Sewaktu mengadap rezeki ingat saja kepada Allah yang memberikan rezeki. Lupakan apa saja masalah yang dihadapi.
Selesai saja berkemas-kemas, Mak Jidah cepat-cepat membawakan dulang jambar keIengkapan ubat Pak Jubin. Lebai Cot memberhatikan saja Mak Jidah mengangkat kelengkapan ubat berkenaan. Memang demikianlah kelengkapan yang mesti disediakan bila Pak Jubin mahu mengubat.
Dalam dulang jambar itu diletakkan Iimau nipis tujuh biji, bertih sepiring, bunga tujuh warna, kain hitam seela, daun setawar sehelai, molai lengkuas dan lada hitam. Kemenyan disediakan bersama tempat perasap berisi bara merah menyata. Air segeluk dibubuh beras secubit.
"Kau tau ke, fasal tempayan aku berisi darah?" Usup Gendut menginsut punggung rapat kepada Lebai Cot sambil berbisik.
"Aku tau” beritahu Lebai Cot tersengih-sengih. "Bini aku Siah yang cakap. Bukankah dia datang ke rumah Ngah Usup tadi" katanya pertahan.
Usup Gendut terangguk-angguk. Baru dia teringat memang Siah ada menjengah rumahnya sebaik saja diberitahu mengenai kejadian tersebut. Siah sama-sama membungkuskan kain bajunya, apabila Pak Jubin meminta Usup Gendut dan Mak Jidah berpindah sementara ke rumah Delit.
Kalau tidak berpindah mungkin bajang peliharaan itu akan berjangkit merasuk sama ada Usup Gendut atau Mak Jidah sendiri. Sebab itu Pak Jubin perintahkan mereka berpindah dulu.. Biar Pak Jubin saja menentangnya bila malam menjelang.
"Kenapa Siah tak datang?" bisik Usup Gendut ke telinga Lebai Cot.
"Hai, budak-budak di rumah, siapa pula nak tengokkan" ujarnya mengerling Usup Gendut.
Usup Gendut tersengih-sengih. Mahu juga dia bertanya sama ada Lebai Cot tidak bimbang meninggalkan anak isterinya di rumah ketika bajang peliharaan sedang mengamuk, tetapi terasa pula malu. Salangkan Lebai Cot sendiri tidak bimbang, mengapa pula dia yang merasa bimbangkan anak isteri Lebai Cot?
Mereka semua mula diam tidak bercakap apa-apa sebaik saja Pak Jubin membakar kemenyan. Asap kemenyan merabun-rabun memenuhi ruang udara hujung serambi. Pak Jubin menangkupkan kedua tapak tangannya di tengah asap kemenyan merabun-rabun. Kemudian dia mengusap ke mukanya, terus melorotkan tapak tangannya mengusap ke bawah hingga sampai ke betis.
Diam memejamkan mata lantas menyerukan:
hai saudaraku yang berempat, berlima dengan aku, karaman di kanan aku karabin di kiri aku, muakib di depan aku mungkerabin di belakang aku, engkau bela pelihara aku, berkat Laillah-haillallah  
Selepas itu dia mendiamkan diri. Hanya mulutnya saja terkumat kamit sambil bersila kukuh dengan dua tangannya terlanggung pada lutut. Sekali sekala dia menggenjur-genjurkan bahunya. Lama dia membacakan serapahnya, barulah Pak Jubin mengambil sesuatu di pinggangnya yang dibungkus dengan kain kuning.
Dia mengasapkan barang terbungkus kain kuning itu pada asap kemenyan. Kemudian dibukanya kain kuning itu. Jelaslah yang dikeluarkannya dari kain kuning itu sebilah keris kecil tiga luk. Setelah diasapkannya keris itu Iantas disisipkan di pinggang dengan tidak dibungkus semula dengan kain kuning.
"Hah, Cot marl kita pergi.... " Pak Jubin mengangkat muka memandang ke arah Lebai Cot jauh di depannya di pangkal serambi. Kemudian dia bingkas bangun menuju ke muka pintu turun ke tengah halaman.
Lebai Cot tidak menyahut, tetapi dia terus mengekori Pak Jubin turun ketanah. Mereka berdua hilang di dalam gelap malam.
"Kau buatlah apa yang patut; Cot..." bisik Pak Jubin semasa keluar dari pintu pagar buluh rumah Delit.
Saat ini dia memerlukan pertolongan Lebai Cot. Dia percaya Lebai Cot boleh juga diharap. Kalau tidak masakan Lebai Cot sanggup mengubati Delit tatkala dia ke hutan bersama Razak. Tentu Lebai Cot juga tahu mengenai ancaman bajang peliharaan itu. Mak Jidah sendiri yang ceritakan fasal bayi merengak di tepi telaga Delit.
"Aku tak cakap main-main ni Cot. Aku minta tolong ikhlas kerana Allah tu. Buatlah apa yang patut kau buat. . . ." tegas Pak Jubin lagi.
Lebai Cot tidak menyahut. Dia terus saja mengekori Pak Jubin.
Tidak jauh mereka meninggalkan rumah Delit, Pak Jubin terdengar ada orang mengekorinya. Pak Jubin berhenti sebentar menoleh ke belakang. Dia nampak dua lembaga manusia terlonjak-lonjak di dalam gelap malam bagaikan budak-budak main lompat galah.
"Siapa di belakang tu Cot?" tanya Pak Jubin perlahan. "Ah, Pak Kidam agaknya  beritahu Lebai Cot.
Memang benar Mat Kidam dan Alang Jono tersengih-sengih sebaik sampai saja di depan mereka.
"Biarlah kami ikut sama.. . ." kata Mat Kidam. "Malam semalam dah teruk dukun di rumah menantu kita, malam ni biarlah kita pula temankan dukun" ujar Mat Kidam macam rasa bersalah kalau tidak sama-sama menemankan Pak Jubin. Sudah semalaman Pak Jubin bersengkang mata bersusah payah mengubati anaknya Saridah, jadi apalah salahnya malam tersebut dia pula bersusah payah menemankan Pak Jubin. Alang Jono juga sanggup sama-sama menemankan.
"Biar kita sama-sama sengkang mata lagi malam ni!" tegas Alang Jono.
Pak Jubin tidak menyahut. Dia terus berjalan semula menuju ke rumah Usup Gendut diikuti oleh Lebai Cot, Mat Kidam dan Alang Jono.
Sampai saja di tengah halaman, Pak Jubin berdiri tegak mendongak ke Iangit. Kemudian dia berkeliling rumah itu sampai tiga kali. Barulah dia menuju ke pelantar dapur mendapatkan tempayan yang masih ditinggalkan di situ. Tetapi Pak Jubin tidak naik ke pelantar. Dia duduk bersila di tanah dengan dua tangan berlanggung ke lutut.
Setelah duduknya kukuh Pak Jubin mula menyerukan serapahnya
Assala-mualikum ya rijal ghaib, Assalamuali-kum ya ruhul qudus sati cinurni birasati wahurmati, ya mu-jib ya nuqut, ya, qutub. Bilasati wa-hurmati, wasahbihi wassalam
Kemudian dia mencacakkan kerisnya ke tanah sambil mengusapkan dua tapak tangan ke muka.
"Cot, mulalah" katanya mendongak kepada Lebai Cot yang tercegat berdiri tidak jauh darinya. "Abang Kidam dengan Alang Jono pun, buatlah apa yang patut" ujarnya macam mempelawa sama membantunya.
Mereka semua mengangguk.
Pak Jubin meletakkan dua tangannya ke dada sambil menegakkan duduknya. Dia memejamkan matanya merenung ke dalam dirinya mencari punca air mata yang memancutkan darah di dalam tempayan.
Mat Kidam dan Alang Jono hanya melihatkan saja apa yang dilakukan oleh Pak Jubin. Mereka hendak membantu pun tidak tahu apa perlu dibuat. Lainlah kalau musuh yang dihadapi oleh Pak Jubin boleh dilihat. Bila-bila mereka sanggup menyengseng lengan baju membantu Pak Jubin. Tetapi Pak Jubin mengajak mereka menentang musuh yang Pak Jubin saja dapat melihatnya. Masakan mereka boleh sama-sama menyengseng lengan baju!
Malam gelap diselubungi bayang pohon-pohon. Kampung kecil itu juga mulai sepi. Di situ jauh dari jalan besar. Terpaksa berjalan kaki sampai tiga empat batu menyusur jalan tanah merah, barulah sampai ke jalan besar. Dari situ bolehlah naik bas kalau mahu ke pekan kecil Mentaus.
Angin malam terasa sejuk. Semakin lama semakin kencang pula dirasakan oleh Mat Kidam an-gin itu bertiup. Lantas dia duduk mencangkung di belakang Pak Jubin. Setidak-tidaknya dia sendiri dapat ber-lindung di belakang Pak Jubin kalau ada apa-apa yang muncul di situ. Dia tahu Pak Jubin pun bukanlah sebarangan dukun. Sudah rata dia dipanggil orang fasal mengubati pesakit. Kadangkala sampai ke Mentaus juga dijemput orang. Kadangkala ke Mancis, ke Serting, ke Pasoh malah ke Karak pun. Sama juga macam Mat Natar semasa menjadi dukun di kampung tersebut. Sampai jauh ke Lancang, ke Chenor, ke Mentakab pun dijemput orang.
Masa inilah antara percaya dengan tidak, Mat Kidam nampak satu lembaga duduk di atas tempayan atas pelantar rumah Usup Gendut. Lembaga hitam itu tidak jelas kelihatan hanya seperti bayang-bayang saja, tetapi jelas bentuknya seperti seorang lelaki. Bayang lembaga itu terbatuk-batuk, jelas dapat didengar oleh Mat Kidam dan Alang Jono.
Mereka melihat Lebai Cot berdiri saja tidak jauh dari mereka, tetapi tercegat saja tidak bergerak-gerak. Sama ada Lebai Cot membantu Pak Jubin atau tidak, Mat Kidam tidak pasti sangat. Dia hanya memerhatikan lembaga yang tiba-tiba saja menjelma di atas tempayan di pelantar itu. Kemudian hilang semula tidak tahu ke mana.
Terasa meremang bulu tengkuk Mat Kidam. Hendak diberitahu pada Alang Jono dia ketakutan malu pula. Mahu tidak mahu Mat Kidam mendiamkan diri saja. Dia tidak tahu ketika inilah Pak Jubin sedang menghadapi detik-detik cemasnya.
"Kawan tak cari musuh dengan awak Jubin!" jerkah lembaga yang duduk ai atas tempayan. "Tapi, awak yang rosakkan barang mainan kawan. Awak sengaja nak cari musuh ..." dia menyatakan marahnya terhadap tindakan Pak Jubin membuang bajang peliharaannya ke hutan.
Pak Jubin tidak hiraukan apa pun rungutan lembaga berkenaan. Dia terus bertahan di situ dengan keris tercancang di hadapannya.
Sekaligus kepala lembaga itu tanggal dari tubuhnya melayang-layang di udara. Tali perutnya berjurai-jurai keluar mengikut kepalanya yang tanggal itu terbang berligar-ligar. Dia cuba menerkam ke arah Pak Jubin. Belum sempat dia bertindak, Pak Jubin nampak Lebai Cot berdiri di sisinya melepaskan panahan api menerjah arah kepala yang tercabut dari badan tadi.
"Aku tak cari kau. Aku cari Jubin!" bentak kepala berligar-ligar itu kesakitan menahan panahan api dari Lebai Cot.
"Tapi aku sengaja cari kau”  sahut Lebai Cot.
"Ah, kau orang muda lagi" ejek kepala berkenaan tertawa.
"Kalau aku orang muda, buat apa kau takut pada aku!" Lebai Cot pula menyindirnya.
"Aku bukan takutkan kau!" dia mengherdik melepaskan geram.
"Kalau tak takut, teruskanlah kerja kau" cabar Lebai Cot. Dia menghembus perlahan, tetapi ribut kencang tiba-tiba memutarkan kepala berkenaan sampai tidak dapat bertahan.
"Aku bukan cari kau!" bentak kepala yang tercabut dari badan itu melayang ke dinding rumah.
"Ah, kalau tak takut apa susah. Lawan sajalah ...." Lebai Cot mengejeknya.
Kepala itu cuba menerkam ke arah Pak Jubin, tetapi angin kencang datang juga memutar-mutarkannya. Dia cuba mengusir Lebai Cot, tetapi lelaki yang Iebih muda dari Pak Jubin itu tidak berganjak.
"Apa senjata yang kau pakai ni!" gerutu kepala yang masih tercabut dari badannya itu.
"Kalau kau nak lawan ayat-ayat Allah, lawanlah!" sahut Lebai Cot membacakan Al-Fatihah tiga kali dihembuskannya Iagi ke arah kepala yang melayang-Iayang itu.
Setiap kali dia mahu bercantum semula dengan badan nya, angin kencang terus menolaknya.
"Aku nak masuk ke badan aku batik" dia memekik marah.
"Masuklah, siapa pula nak tegah...." Lebai Cot ketawa mengejeknya.
Tetapi apabila kepala itu mahu masuk semula ke tubuhnya, Lebai Cot menghembus ke arahnya hingga ribut kencang melandanya. Kepala itu terhampar ke dinding dapur.
Ketika ini Pak Jubin melompat cepat memusingkan kedudukan tubuh berkenaan dengan meletakkan kaki ke atas.
Bertambah marah kepala yang melayang-Iayang itu disebabkan dia tidak dapat masuk semula ke tubuhnya. Dengan menonggengkan tubuhnya, kepala itu tidak boleh masuk lagi. Dia berligar-ligar saja tidak keruan.
"Mentang-mentang ada Lebai Cot, berani kau ye Jubin' kepala itu menyatakan rasa mendongkol hatinya.
"Sudahlah kau setan, jangan banyak nak berdalih" sahut Pak Jubin menikamkan kerisnya ke tanah. Dia tahu kepala itu mahu menerkam ke arahnya, tetapi setiap kali dia mencuba mahu menerkam angin kencang meniupnya kuat. Lebai Cot yang menghembuskan ke arahnya angin kencang seperti ribut.
"Jauh kau Lebai Cot!" pekik kepala itu bertambah berang.
"Eh, kau kata tak takut pada aku. Lawanlah!" Lebai Cot terus mencabar.
Berligar-ligar kepala itu. Kesan-kesan terbakar akibat panahan api menerjah tadi masih berbekas. Kemarahannya mahu menyerang Pak Jubin jelas terbayang. Selama ini dia mahu menguji Pak Jubin, tetapi ternyata Pak Jubin masih kuat bertahan. Tetapi sekarang Pak Jubin tidak lagi bertahan, sebaliknya membawa Lebai Cot yang terus saja menyerang.
Belum pernah dia merasa dirinya diserang. Melainkan dia yang menyerang, manakala Pak Jubin bertahan dari serangannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengelak dari serangan Lebai Cot, seperti Pak Jubin yang dapat bertahan dari serangannya.
"Ilmu apa kau pakai ni Lebai Cot?' gerutunya sudah macam mahu mengaku kalah.
"Aku tak ada ilmu. Aku hanya meminta pertolongan dari Allah. Kalau kau boleh bertahan, tahanlah!" kata Lebai Cot menyakitkan hatinya lagi.
Lebai Cot menghentakkan tumitnya ke bumi, lantas membacakan 11 ayat terawal dari Surat As-Saffa. Apabila sampai kepada ayat:
wahibzan min-kulli syaitannimma-rid —
diulanginya sampai sepuluh kali. Terjerit-jerit kepala itu melangsing menahan kesakitan bagaikan disimbah dengan minyak panas.
"Ampun aku Lebai Cot ... " raungnya terus terang mengaku kalah. "Aku tak mau lawan dengan kau. Aku nak lawan dengan Jubin!" katanya merintih-rintih meminta Lebai Cot jangan meneruskan serangan ke atasnya.
"Aku tak peduli!' ejek Lebai Cot mengingatkan. "Kalau kau tak mau lawan kau jangan ganggu siapa pun di kampung ini.” perintah Lebai Cot.
"Jubin yang kacau barang main aku" dia mempertahankan dirinya. "Perempuan tu ambil daun inai aku tak minta izin, fasal itulah aku ikut dia ke rumah. Tapi Jubin rosakkan barang main aku" dia menjelaskan punca menyebabkan dia bertindak balas.
"Aku tak mau dengar alasan kau. Kalau kau tak mau lawan aku, pergi sekarang. Kalau tidak tahanlah “ Lebai Cot mengangkat tangan kanannya menghalakan tapak tangannya ke arah muka kepala berkenaan. Dari tapak tangan Lebai Cot memancar silau cahaya menyebabkan kepala itu terjerit-jerit kuat.
"Macam mana aku nak pergi, badan aku tak ada" dia merintih-rintih.
Tetapi Lebai Cot tidak peduli. Silau cahaya itu terus memancar menerjah ke muka kepala yang melayang-Iayang itu. Tali perutnya yang berjurai-jurai itu jelas dipancar silau cahaya yang keras.
"Kalau boleh kau lawan ayat-ayat Allah, lawanlah!" kata Lebai Cot terus mengancam.
Kepala itu terdampar ke dinding. Dia cuba masuk semula ke badannya yang tertonggeng, tetapi tidak boleh disebabkan punggungnya ke atas. Mahu tidak mahu di melilitkan badannya dengan tali perut terus melayang ke udara. Kepala itu hilang dalam gelap malam yang sepi.
Tidak lama kemudian Mat Kidam dan Alang Jono nampak Pak Jubin mencabut kerisnya yang tercancang di bumi. Dia bingkas bangun lantas naik ke pelantar. Mat Kidam dan Alang Jono juga mengekorinya. Bila mereka menyuluh ke dalam tempayan, tidak ada apa-apa lagi di situ. Tempayannya kosong tidak berisi apa-apa. Pak Jubin mengajak mereka semua balik ke rumah Delit. Sebelum melangkah balik Pak Jubin berkali-kali menepuk-nepuk bahu Lebai Cot. Heran juga Mat Kidam dan Alang Jono, mingapa Pak Jubin macam terhutang budi sangat pada Lebai Cot.  
  BERSAMBUNG