Sunday, May 27, 2018

280. PUAKA HUTAN MENUNTUT JANJI


SUDAH berkali-kali Alang Leman berpesan minta saya datang ke Bagan Datoh, fasal musim burung banyak kalau mahu mendekut. Teringin juga saya mahu melihat burung ruak-ruak menerjah ke jaring, apabila buluh mendekut ditiup berlagu-lagu. Bukan takat burung ruak-ruak sahaja, malah burung sintau, burung pucung, burung jampuk juga akan menerjah ke jaring.

Perjalanan ke Bagan Datoh hampir 3 jam, bukanlah mudah mahu ke sana kalau tidak bersebab. Sekadar mahu mendekut burung ruak-ruak' Pak Kahar di Segamat pun mahir. Ulung Jumat di Serting pun tidak kurang hebatnya rneniup buluh pendekut.

Tetapi Alang Leman bersungguh-sungguh sangat mengajak, disebabkan musim burung ruak-ruak tengah banyak. Kalau di luar musim, macam mana mahir pun meniup buluh pendekut, memang tidak seekor pun burung akan menerjah ke jaring.

"Kalau ustaz ke sana, jangan lupa ajak saya," Ucu Saleh mengingatkan, apabila saya beritahu mengenai Alang Leman mempelawa ikut dia mendekut:

"Alang Leman mendekut sampai pagi," ujar saya kerana bimbang Ucu Saleh tidak larat menunggu hingga santak subuh.

"Biarlah semalaman berjaga, apa salahnya," sahut Ucu Saleh berkeras mahu sama mendekut ke Bagan Datoh.

Memang Ucu SaIeh tidak lepas peluang, kalau dipeIawa mendekut. Bukan takat mendekut sahaja, kalau memburu ke hutan pun Ucu Saleh sanggup. Termengah-mengah menyusur lereng bukit, sambil terlompat-lompat melangkah akar-akar kayu menungkal bumi pun Ucu Saleh tetap tidak akan menolak.

Apa sangatlah sekadar meranduk becak lumpur di atas ban menunggu jaring diterjah burung ruak-ruak. Se-ronok benar dia apabila dua tiga ekor burung ruak-ruak menggelepar meronta jaring. Dia akan memerhatikan sahaja jaring dijatuhkan hingga burung ruak-ruak terperangkap tidak dapat melepaskan diri.

Sebab itulah saya memberitahu Ucu Saleh, apabila mengambil keputusan mahu ke Bagan Datoh menemui Alang Leman. Tidak banyak dalih lagi, lantas Ucu Saleh bersetuju ke rumah Alang Leman di Bagan Datoh. Bukanlah mengharapkan banyak dapat burung ruak-ruak, tetapi sekadar mahu mengunjungi Alang Leman. Lama juga saya tidak menjengah dia, semenjak pindah ke rumah baru.

"Alang Leman tu, saudara ustaz ke?" soal Ucu Saleh semasa dalam perjalanan.

"Tidak, tapi dah rasa macam saudara," beritahu saya perlahan.

"Memang kerja dia mendekut ke?" macam tidak sabar Ucu Saleh mahu mengenali Alang Leman.

"Tidak, tapi dia mahir mendekut," kata saya menjelaskan.

Memang saya sendiri tidak pernah lagi mengikut Alang Leman mendekut. Hanya saya memberitahu keinginan mahu sama-sama mendekut bersamanya. Sudah beberapa kali dia mengirirnkan saya burung ruak-ruak, setiap kali banyak burung menerjah ke jaring apabila dia mendekut. Kadang-kala sampai santak subuh dia meniup buluh pendekut, hingga terkuap-kuap sepanjang malam akibat mengantuk.

Tetapi dia tidak pernah serik, Biarlah letih lesu berjaga sepanjang malam, Alang Leman sanggup. Sampai termengah-mengah diserang lelah akibat sejuk angin malam, dia tidak peduli apa. Kalau fasal mendekut Alang Leman tetap gagahi juga.

Sebab itulah riang sangat hatinya apabila, saya beritahu mahu mengikutnya mendekut. Bila-bila pun Alang Leman sanggup memenuhi kemahuan saya untuk mendekut di atas ban berhampiran rumahnya. Jaring hampir 50 kaki akan direntang melintang parit, biar burung ruak-ruak menjunam akan tersangkut di situ.

Tidak tahulah saya sama ada Alang Leman mampu meniup buluh pendekut, kalau saya tercegat sama rnenunggu burung ruak-ruak menerjah ke jaring.

Kalau Pak Kahar di Segamat memang menyumpah sepanjang malam, apabila saya ikut sama mendekut. Ulung Jumat juga jeran mengajak saya mendekut ke Serting. Kalau dia banyak mendapat burung ruak-ruak sekadar dikirimkan sahaja kepada saya, sekiranya Kadir  Misai singgah di rumahnya.

"Ulung Jumat tak mau ajak ustaz lagi," beritahu Kadir Misai sewaktu memberikan ruak-ruak siap disembelih kepada saya.

Saya sekadar tersenyum dengan penjelasan Kadir Misai.

"Sampai tebal rasa bibirnya meniup buluh pendekut, seekor burung pun tak menjengah, ujarnya menyampaikan pesanan Ulung Jumat. Memang Ulung Jumat tidak mahu mendekut sekiranya saya mahu ikut bersama.

Bukan sekadar Ulung Jumat sahaja membuatt keputusan demikian, malah bapa saudara saya arwah Pak Tua Mahat juga terpaksa berbohong bagi mengelakkan saya ikut sama berburu ke hutan. Dia akan memberi bermacam-macam dalih biar saya tidak dapat ikut sama.

Saya sendiri tidak tahu kenapa mereka menghadapi penghalang, apabila saya ikut sama memburu ke hutan.

Tetapi dia tidak pernah serik. Biarlah letih lesu berjaga sepanjang malam, Alang Leman sanggup. Sampai termengah-mengah diserang lelah akibat sejuk angin malam, dia tidak peduli apa. Kalau fasal mendekut Alang Leman tetap gagahi juga.

Sebab itulah riang sangat hatinya apabila saya beritahu mahu mengikutnya mendekut. Bila-bila pun Alang Leman sanggup memenuhi kemahuan saya untuk mendekut di atas ban berhampiran rumahnya. Jaring hampir 50 kaki akan di rentang melintang parit, biar burung ruak-ruak menjunam akan tersangkut di situ.

Tidak tahulah saya sama ada Alang Leman mampu meniup buluh pendekut, kalau saya tercegat sama rnenunggu burung ruak-ruak menerjah ke jaring.

Kalau Pak Kahar di Segamat memang menyumpah sepanjang malam, apabila saya ikut sama mendekut. Ulung Jumat juga jeran mengajak saya mendekut ke Serting. Kalau dia banyak mendapat burung ruak-ruak sekadar dikirimkan sahaja kepada saya, sekiranya Kadir Misai singgah di rumahnya.

"Ulung Jumat tak mau ajak ustaz lagi, beritahu Kadir Misai sewaktu memberikan burung ruak-ruak siap disembelih kepada saya.

Saya sekadar tersenyum dengan penjelasan Kadir Misai.

"Sampai tebal rasa bibirnya meniup buluh pendekut, seekor burung pun tak menjengah" ujarnya menyampaikan pesanan Ulung Jumat. Memang Ulung Jumat tidak akan mendekut sekiranya saya mahu ikut bersama.

Bukan sekadar Ulung Jumat sahaja membuat keputusan demikian, malah bapa saudara saya arwah Pak Tua Mahat juga terpaksa berbohong bagi mengelakkan saya ikut sama berburu ke hutan. Dia akan memberi bermacam dalih biar saya tidak dapat ikut sama.

Saya sendiri tidak tahu kenapa mereka menghadapi penghalang, apabila saya ikut sama memburu ke hutan.

Memang Pak Tua Mahat dikenali pawang hutan yang tiada tandingan di kampung saya. Banyak kejadian aneh menimpanya, tetapi dapat dilaluinya dengan penuh sabar. Kalau calang-calang orang sudah tentu tidak sanggup lagi ke hutan lagi berburu.

"Jangan diberitahu Angah, kita nak ke hutan," pesannya pada Talib Hencot, setelah mereka sama-sama membuat keputusan untuk berburu. "Kalau Angah ikut, jangan kata pelanduk, katak puru pun tak melintas," jelasnya bimbang sekiranya saya mendapat tahu mereka mahu ke hutan.

Saya tidaklah mendesak sangat mahu ikut sama. Setelah menyedari mereka tidak akan mendapat apa-apa binatang buruan sekiranya saya ikut ke hutan, memang saya juga tidaklah berkeras mahu ikut me-reka berburu. Saya ke hutan pun sekadar untuk berseronok-seronok sahaja.

Talib Hencot juga ingatkan Derus Cerit supaya tidak memberitahu saya. Hanya mereka bertiga sahaja ke hutan. Selalunya Pak Tua Mahat ke hutan memang mengajak Talib Hencot dan Derus Cerit. Kadang kala dia berdua sahaja sama ada dengan Talib Hencot ataupun Derus Cerit.

Tetapi Mak Tua Yam yang  memberitahu saya mereka bertiga sudah ke hutan. Bagaimana pun saya tidak berkecil hati apabila Pak Tua Mahat enggan mengajak saya ikut sama. Apalah gunanya saya ikut, kalau sekadar penat lelah tidak mendapat apa-apa ganjaran, Tentu balik hanya dengan tangan kosong setelah sepanjang malam meredah hutan belukar.

Puas juga Pak Tua Mahat menyusur pinggir hutan bersama Talib Hencot dan Derus Cerit baru mereka bertemu kesan daun ludai diragut rusa. Kesan getahnya pun masih lagi melekit pada dahan pucuk pohon ludai itu.

"Hah, rezeki kita nampaknya..." bisik Pak Tua Mahat menjentik hujung pucuk ludai yang masih bergetah itu.

"Tapi, ini bukan denai rusa, Pak Tua," hairan juga Talib Hencot melihat lorong yang mereka lalui itu. Kalau denai dilalui rusa tentu lorongnya besar menghala ke anak air. Selepas meragut pucuk ludai tentu rusa berkenaan akan turun juga minum di bawah lereng mencari anak air.

Bagaimanapun tidak mungkin pula denai pelanduk, disebabkan anak kayu yang patah dirempuh itu tinggi separas pinggang. Mereka memang percaya rusa tengah naik badan melalui denai berkenaan. Tanduk rusa itupun belum tentu banyak bercabang. Tidak kesan anak-anak kayu yang rendah tersangkut hujung tanduknya.

"Jangan berbantah-bantah", lantas Pak Tua Mahat ingatkan pantang larang apabila berburu ke hutan. Dia mahu Talib Haricot pendamkan sahaja di hati, sekiranya melihat keganjilan yang mula ditempuhi.

"Kau ni, macam tak tau pantang larang," gerutu Derus Cerit mencuit bahu Talib Hencot.

Berdebar juga hati Talib Hencot apabila kenangkan pantang larang berburu ke hutan. Banyak pantang larang yang mesti dipatuhi sekiranya mengikut Pak Tua Mahat menghendap binatang buruan. Melaung memanggil nama dari jarak jauh tidak dibenarkan, berbantah-bantah mengagak jejak binatang yang ditemui juga dilarang, apalagi kalau terkencing merata-rata dengan tidak diludah.

Pantang larang ini memang ditanam dalam hati sanubari masing-masing apabila mengikut Pak Tua Mahat ke hutan.

"Tumit jangan jejakkan ke bumi," tiba-tiba sahaja Pak Tua Mahat memberi perintah, menyebabkan mereka berdua semakin bertambah hairan. Tidak pernah pula sebelumnya Pak Tua Mahat ingatkan demikian.

Talib Hencot tidak membantah. Terpaksa dia berjalan berjengket dengan menekan ibu jari kaki sahaja ke bumi.

Ketika ini angin sejuk mula bertiup perlahan dari segenap penjuru. Sekali-sekala Derus Cerit mendengus akibat hidung terasa tersumbat tidak selesa bernafas. Terketar-ketar dia berjalan dengan hanya jejak hujung jari kaki ke bumi.

"Baca Bismillah-hir Rahmanir Ra-him, dua puluh satu kali senafas," Pak Tua Mahat terus memberi arahan.

Mereka berdua tetap tidak membantah. Saat ini semua perintah mesti dipatuhi Mereka tidak mahu jadi macam Sahak Keroi yang sengaja mahu menguji. Tiga minggu Sahak Keroi tidak sedarkan diri, terserempak harimau mencangkung di atas batu pinggir anak air.

Pak Tua Mahat stittah ingatkan dia Dungan menyumpah-nyumpah ikutkan perasaan. Tetapi Sakik Keroi tidak peduli sangat. Cepat sahaja mulutnya memaki hamun tidak tentu biji butir, apabila kakinya terjelantus akar kayu menungkal bumi.

"Sial akar kayu iii!" gerutunya melepaskan marah yang mendongkol di hati. "Kepala harimau pun aku sepak, Inikan pula kau akar lakknat..." katanya tidak dapat menahan perasaan akibat kaki terserandung akar itu.

"Mulut kau tu jaga sikit," lantas Derus Cerit memarahi dia.

"Ah, kau inipun, percaya sangat dengan pantang larang Pak Tua," Sahak Keroi menempelak apabila ditegur demikian. Marah benar dia dengan sikap Derus Cerit cuba menegurnya.

Belum sempat mereka bergerak tujuh langkah, tiba-tiba sahaja Sahak Keroi terkejut melihat harimau belang tercangkung di tubir anak air. Harimau itu tidak bergerak. Dia hanya mem-belakang sahaja sambil menjilat-jilat tubuh laksana kucing terconggok depan pintu selepas kenyang makan di penjuru dapur.

Tidak sepatah pun kata-kata terucap di bibir Sahak Keroi. Dia terkaku hingga tergamam tidak sedarkan diri. Terpaksa dipapah balik ke rumah oleh Derus Cerit dan Talib Hencot. Tiga minggu terkejang di hujung serambi rumah, dengan mulut terherot berbuih-buih.

Puas pula Pak Tua Mahat memulih kan setelah diberitahu keadaan yang menimpa Sahak Keroi. Sebab itulah Derus Cent dan Talib Hencot pegang kukuh-kukuh segala pantang larang masuk berburu ke hutan.

"Pak Tua, tengok tu..." cepat sahaja Talib Hencot menepuk bahu Pak Tua Mahat lantas menuding kepada dua cahaya hijau di hadapan mereka. Lampu suluh ubat sambung enam di tangannya menyilau tajam ke arah dua cahaya itu.

"Ah, mata rusa," bisik Derus Cent menghela nafas setelah yakin di depan mereka seekor rusa merenung ke arah silauan lampu suluh ubat sambung enam di tangan Talib Hencot.

Perlahan-lahan Pak Tua Mahat mengangkat laras senapang. Dia tidak bercakap sepatah pun lantas membedak mencari sasaran yang tepat. Tetapi Pak Tua Mahat tidak pernah tergopoh-gopoh kalau terserempak binatang buruan. Dia akan mengambil masa sebelum melepaskan tembakau.

Sebab itulah tembakan Pak Tua Mahat jarang tidak menepati sasaran, kalau laras senapang sudah dibedek. Setelah dia membaca Fatihah dan Surat al-lkhlas tiga kali, Pak Tua Mahat tidak terus melepaskan tembakan. Dia percaya binatang buruan yang dibedek tidak akan sempat Iari, selagi ka tidak terpijak ranting kering di tanah.

Mereka bertiga sama-sama diam tidak bersuara Masing-masing memerhati dua cahaya hijau yang masih tidak bergerak kemana.

"Kaf ha ya a'in sad, Ha mim a'in sim kaf, ya Allah ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyum ya Qayum, ya Zal jalal wal-Ikram,”

perlahan Pak Tu Mahat membaca nya, kemudian dihembuskan ke laras senapang yang terbedek mencari sasaran.

Dua cahaya hijau di hadapan mereka tetap tidak bergerak, sekali pun silauan lampu terus memancar ke arahnya. Berdebar juga hati Talib Hencot dan Denis Cerit menunggu saat terbaik Pak Tua Mahat mahu melepaskan tembakan. Tetapi Pak Tua Mahat tetap berhati-hati, walaupun laras senapang sudah lama dibedekkan ke arah cahaya hijau di hadapan mereka.

"Kenapa, Pak Tua” tidak sabar Talib Hencot menunggu laras senapang meletup mengerutup di tengah hutan malam. Sudah terbayang di benaknya hagaimana rusa yang bertahan disitu terhumban sebaik sahaja peluru senapang menyinggah kepalanya.

“Jangan bising, nanti dia lari," ujar Deris Cerit berbisik mengingatkan kawanya.

Pak Tua Mahat masih tidak mahu melepaskan tembakan.

 Sekaligus pula kawasan belukar di situ bergegar kuat seperti dirempuh berpuluh ekor gajah liar, menyebabkan mereka terkejut tidak menentu. Disebabkan Pak Tua Mahal tidak berganjak dari tempat berdirinya, Talib Hencot dan Derus Cerit juga sama bertahan di situ.

Ke mana pula mereka mahu melarikan diri di tengah kegelapan malam. Kawasan belukar itu dipenuhi rimbunan belukar padat tidak berlorong kecuali denai rusa melintas. Memang tidak ada ruang kalau mereka mahu membolehkan diri kalau diserbu pun.

Cahaya hijau di hadapan mereka seperti mata rusa itu semakin memancar keras. Memang hairan juga Talib Hencot, kenapa rusa tercegat di hadapan mereka tidak lari terbebar apabila gegaran anak-anak pokok kuat di sekeliling. Kalau rusa tercegat di situ, sudah tentu binatang itu tidak bertangguh lari meranduk belukar.

Tidak lama selepas itu, mereka melihat dua mata bercahaya hijau melayang tinggi ke udara. Apabila didongak, jelas kelihatan lembaga hitam berdiri melepasi pohon-pohon tinggi menjulang dengan dua kakinya terkangkang antara dua puncak bukit.

"Kau nak cari geruh aku, le?" gerutu Pak Tua Mahat menggertap bibir sambil mendongak lembaga hitam seperti asap bergulung itu.

Tiba-tiba pula air bersirak dari atas bagaikan curahan hujan gerimis. Berdetup-detap daun anak-anak kayu di sekeliling mereka di-timpa air tercurah laksana hujan gerimis datang tempias di sekeliling tempat mereka berdiri.

"Macam mana kita ni, Pak Tua?" Talib Hencot bimbang terperangkap dengan gangguan tersebut.

"Ilmu manusia melebihi ilmu syaitan," ujar Pak Tua Mahat lantas menyerahkan senapangnya kepada Derus Cerit.

Selepas sahaja dia menyerahkan senapangnya kepada Derus Cerit, cepat-cepat Pak Tua Mahat menetak anak kayu sebesar lengan budak dikeratnya empat, sepanjang sehasta. Anak kayu itu ditajamkan pada bahagian hujung, kemudian dicacakkan ke bumi di sekeliling tempat dia berdiri.

"Kamu berdua berundur ke belakang," Pak Tua Mahat menyuruh dua orang kawannya itu membantu Pak Tua berdiri jauh di belakangnya.

Talib Hencot dan Derus Cerit berundur ke belakang bertahan di balik banir perdu pokok kempas. Cemas juga mereka menghadapi suasana yang belum pernah ditempuh sebelumnya.

"Apa perlu kita buat sekarang?" Talib Hencot memegang bahu Derus Cerit dengan kebimbangan yang menusuk ke hati.

"Entahlah," keluh Derus Cerit memeluk senapang era-erat. "Kalau ustad ikut, boleh juga dia membantu," katanya semacam kesal.

Memang mereka serba salah. Mahu membantu Pak Tua Mahat kawannya tidak membenarkan. Lagipun mereka sendiri tidak tahu mahu bertindak. Setakat jampi mentera mengubati anak kecil sakit perut akibat cika angin, memang Derus Cerit tidak menolak. Bila-bila dia akan mencapai piring berisi minyak kelapa dan bawang merah dibelah empat.

Sudah ramai anak anak kecil menangis tengah malam akibat sakit perut di serang cika angin. diubati Derus Cerit, semuanya sembuh dalam masa beberapa minit sahaja. Orang-orang kampung akan segera mengetuk pintu rumah Derus Cerit sekalipun sentak jam dua belas malam, apabila anak-anak kecil mereka menangis langsing diganggu sakit perut.

Talib Hencot juga tidak kurang hebat, kalau orang-orang kampung tercucuk paku berkarat sampai membengkak mengangkat biru lebam. Panggillah Talib Hencot bila-bila masa sahaja. Dia akan meminta paku berkarat itu direndam dengan minyak kelapa. Kemudian dia akan mengurut-ngurut hidungnya lantas membacakan serapah.

“Neh besi menjadi timah timah dan besi menjadi air darahku menjadi batu uratku menjadi dawai Kabul Allah kabul Muhammad kabul Laillahha-illallah hu Allah...”

Memang siapa percaya kalau tidak pernah mengalami dicucuk paku berkarat sampai lantas menusuk tumit. Sebaik sahaja dijampi Talib Hencot, biru lebam bekas ditusuk paku berkarat akan disapukan minyak yang siap dijampi. Tidak sampai setengah jam sakit tertusuk paku berkarat itu tidak lagi bisa berdenyut-denyut.

Mujarab sangat kalau dijampi Talib Hencot. Biarlah siapa pun menuduh tahyol, tetapi seisi kampung percaya memang Talib Hencot boleh diharap.

Di tengah hutan berhadapan dengan gangguan demikian, tidak sama dengan menjampi anak kecil diganggu sakit perut atau tumit membengkak ditusuk paku berkarat. Mereka sendiri melihat lembaga hitam tersergam dengan kepalanya melepasi pucuk-pucuk pohon menjulang tinggi ke awan. Dua biji mata nya bercahaya hijau memancar laksana lampu suluh ubat sambung enam.

Pak Tua Mahat berseorangan sahaja menghadapi gangguan tersebut.

Mereka melihat Pak Tua Mahat berdiri dikelilingi cahaya putih memancar daripada anak kayu yang dipancangnya ke bumi. Lembaga hitam yang berdiri tinggi dengan kaki terkangkang melepasi pucuk-pucuk kayu itu melenggok-lenggok seperti asap dipuput angin.

"Kau salah orang, puaka hutan!" laung Pak Tua Mahat tidak berganjak dari keliling empat batang pancang tersebut. "Kalau kau nak cari geruh aku, memang kau sendiri akan dapat geruh," katanya mencabar seolah-olah tidak takut dengan ancaman di hadapannya.

Jauh di udara terdengar lembaga itu terbatuk-atuk bagaikan menyahut cabaran Pak Tua Mahat.

Kemudian mereka mendengar Pak Tua Mahat membacakan,

"Bismillah-hi Masya-Allah laya-sugul khairu il-lallah Bismillahhi masya-Allah layas-riful su-i-illallah, Bismillahhi masya-Allah makana min-ni'matin fami-nallah, Bismillahhi masya-Allah layati bil-hasnata il-lallah, Bismillahhi masya-Allah la-haula wala-gauta illa-billah".

Sekaligus hujan gerimis yang jatuh menyirak terhenti. Dua cahaya hijau yang tinggi di udara juga jatuh melayang terapung-apung di tengah belukar. Anak-anak kayu juga bergegar kuat seperti dirempuh sekawan gajah liar hingga bumi juga ikut bergegar.

Tetapi tidak kelihatan apa-apa pun tengah belukar. Tidak lama selepas itu ribut kencang bertiup dan arah puncak bukit. Langit menjadi hitam seperti awan tengkujuh di pantai laut. Talib Hencot dan Derus Cerit terkaku tidak berani bercakap sepatah pun.

Mereka serahkan semuanya pada Pak Tua Mahat sahaja. Memang mereka tahu Pak Tua Mahat satu satunya pawang hutan di kampung itu. Tetapi saya tidaklah belajar apa-apa daripada Pak Tua Mahat sekalipun dia abang kandung emak saya sendiri. Lagipun saya tidak ambit peduli sangat mengenai ilmu pawang demikian

Tok Aji melarang kalau saya cuba bertanyakan mengenai ilmu pawang. Apa lagi Pak Tua Mahat sendiri tidak menggalakkan kalau saya cuba mencongkil rahsianya.

"Angah jangan merepek," ujar Pak Tua Mahat ketika saya berumur 12 tahun minta dia ajar kan jampi mentera. "Belajar dengan Tok Aji iebih baik, ilmu agama untuk bakal di dunia dan di akhirat," katanya menasihati saya.

Puas juga saya mahu mencongkil rahsia Pak Tua Mahat, tetapi dia tetap mengelak. Setelah saya dewasa, dia pula banyak bertanya kepada saya mengenai perkara-perkara yang saya pelajari dari Tok Aji.

"Kalau Pak Tua sakit nak mati, Pak Tua mahu Angah yang bacakan Yassin," dia bergurau apabila sekali sekala saya menjengah dia di rumah.

Gurauan Pak Tua Mahat tidaklah saya hiraukan sangat. Memang dia suka bergurau. Kadang-kala perkara ajal maut seringkali menjadi gurauan sahaja kepadanya.

Sudah kerapkali juga Talib Hencot dan Derus Cerit mendengar kisah Pak Tua. Mahat ketika memburu di hutan, sebelum dia berpindah ke Mentaus di sempadan Negeri Sembilan dengan Pahang. Mereka sudah mendengar daripada Abang Amud bagaimana  rusa yang ditembak oleh Pak Tua Mahat tiba-tiba berubah menjadi lelaki Cina tua berpakaian serba hitam.

Terpaksa Pak Tua Mahat mengibas dengan kain hitam ikat kepalanya ke tubuh lelaki Cina tua yang merengek rengek kesakitan akibat kepalanya di tembusi peluru. Hampir setengah jam dia memulihkan, barulah tubuh lelak Cina tua itu bertukar semula menjadi rusa tergolek menendang-nendang angin.

Tidak bertangguh Pak Tu Mahat menghunus parang menyembelih rusa yang sudah dipulihkan itu. Siapa pun tidak dibenarkan melapah rusa tersebut, sehingga Pak Tua selesai membacakan jampi menteranya sambil berkeliling. Dia akan melangkah tubuh rusa yang terbungkang itu tiga kali, barulah dibenarkan kawan-kawan yang lain melapah.

"Ke sini kau Talip dengan Denis," Pak Tua Mahat memanggil dua orang kawannya mara ke hadapan.

Cepat-cepat Talib Hencot dan Derus Cerit mendekati Pak Tua Mahat.

"Berikan aku senapang," dia mencapai senapang daripada tangan Derus "Talib, suluh ke situ," Pak Tua Mahat memberi perintah sambil memuncungkan bibir ke arah dua cahaya hijau tidak jauh di hadapan mereka.

Dia kembali mengangkat laras senapang membedek ke arah dua cahaya hijau itu. Apabila ditembakkan Pak Tua Mahat merasa pemetik senapangnya tidak dapat digerakkan.

"Sejak tadi macam ni," ujarnya perlahan seolah-olah membuka rahsia kenapa dia tidak dapat menembak ke sasarannya sejak terserempak dua cahaya hijau seperti mata seekor rusa tercegat menunggu mereka.

Menggeleng lemah Pak Tua Mahat, Sudah dapat diagak-nya dugaan yang terpaksa ditempuhi saat itu. Geruh sudah tidak dapat dielakkan lagi sama ada berundur atau bertahan.

Kalau dia mengelak sudah tentu geruh itu akan menimpa Talib Hencot atau Derus Cerit. Dia tidak mahu kawannya itu ditimpa geruh semata-mata mahu menyelamatkan dirinya.

"Hah, dia nak cari juga geruh aku!' bentak Pak Tua Mahat melepaskan geram.

"Kita minta muafakat aje, Pak Tua," bisik Derus Cerit mahu mengalah. Dia sendiri sudah dapat mengagak gangguan puaka hutan itu bukan boleh ditahan tahan lagi.

"Dah tak boleh muafakat," beritahu Pak Tua Mahat menyedari ancaman yang terpaksa dihadapinya.

"Kalau terpaksa berlawan, kita lawan lah," Talib Hencot sudah nekad untuk membantu Pak Tua Mahat.

"Masuk dalam kawasan dipancang kayu," lantas Pak Tua Mahat menarik kawan-kawannya bertahan di tempat dia berdiri. "Bukan kita yang minta geruh, tapi dia yang berkeras!" katanya meludah ke arah dua cahaya hijau yang masih menyilau di hadapan.

Ketika ini Talih Hencot merasa olah-olah berdiri dl kelilingi tembok tebal. Dia merasakan beribu-ribu gajah sedang menyondol tembok tersebut hingga bergegar kuat. Sekali-sekala dia seolah-olah ternampak belalai gajah melepasi kawasan tembok mahu mencapai mereka bertiga. Tetapi semua belalai yang melepasi dinding tembok tidak dapat menyambar.

Memang Talib Hencot merasakan gangguan yang dihadapinya ketika itu tidak sama dengan mengikut Ulung Sali mendekut burung ruak-ruak di Simpang Durian. Memang Ulung Sali tidak gemar mendekut dengan merentang jaring di tengah sawah terbentang.

Dia hanya perlu menyediakan tangguk sahaja, apabila buluh pendekut mula ditiup. Tidak sampai sepuluh minit Ulung Sali meniup buluh pendekut, Talib Hencot sudah nampak kelibat burung ruak-ruak berligar di udara. Kemudian akan terjun ke bumi terus terhangak-hangak mara mendapatkan Ulung Sali

Sebaik sahaja disuluh dengan lampu menyilau, Talib Hencot akan menyerkup dengan tangguk. Burung ruak-ruak akan menggelepar di dalam tangguk meronta mahu lepaskan diri. Dia pun hairan, apabila Ulung Sali mengelak tidak membenarkan saya ikut sama mendekut.

Ulung Sali akan berdalih dengan memberi alasan sawah masih becak kerana air masih terempang. Tetapi kalau banyak dapat burung ruak-ruak, Ulung Sali akan suruh Talib Hencot hantarkan ke rumah saya. Kadangkala bangga juga saya diberi rezeki dengan tidak payah bersengkang mata menunggu sampai santak subuh.

Sewaktu burung ruak-ruak tengah galak turun ke tanah inilah, Talib Hen cot tersuluh kaki bersisik tercegat di depannya. Apabila mendongak dia nampak lembaga botak berdiri tidak jauh dari tempat dia bertahan.

Perlahan-lahan dia menepuk bahu Ulung Sali. Tetapi orang tua itu terus meniup buluh pendekut, lantas berdiri menghentakkan tumit ke bumi. Semakin galak dia meniup, semakin kuat laungan sayup sayup dari udara. Beratus-ratus ekor burung ruak-ruak yang berterbangan di udara hinggap di tubuh lembaga botak yang tercegay tidak jauh darinya

"Awak, jangan nak cari geruh aku!" bentak Ulung Sali sebaik sahaja berhenti meniup buluh pendekut. "Sekarang pilih, nak cara baik atau nak cara jahat" jerkah Ulung Sali mengisar dua tapak tangannya,  terus menyeru:

“Hai, nenek tujuh petala langit setinggi-tinggi sampai ke langit aku nak menyuruh aku nak menyeraya halau musuh di depan aku.”

Apabila dia menepuk tangannya tiga kali, awan bertukar menjadi hitam bergulung seperti lingkaran tayar kereta, Lingkaran hitam itu menerjah ke arah lembaga botak kaki hersisik tercegat di tengah sawah. SekaIigus pula lembaga botak itu berguling bersama lingkaran hitam yang melayang dari udara.

Talib Hencot mendengar dengusan seperti kerbau disembelih sahaja di tengah lopak sawah tempat lembaga botak itu berguling. Hampir 15 minit berguling-guling di tengah lopak sawah, keadaan menjadi sepi semula. Ketika dia menyuluh ke situ, Talib Hencot nampak lopak sawah berlubang sebesar kawah.

Ke mana menghilangnya lembaga botak itu dia san-dhi tidak tahu. Burung ruak-ruak yang hinggap di seluruh badannya juga tidak kelihatan pun. Ulung Sali tertegak mendongak ke Iangit tidak bercakap apa-apa seperti patung batu keras. Beberapa kali Talib Hencot menampar bahunya barulah Ulung Sali bergerak sambil beristighfar beberapa kali.

"Apa dah jadi ni, Talib?" Ulung Sali mengusap-ngusap muka dalam keluhan memanjang.

"Eh, Ulung tentu lebih tau," sahut Talib Hencot serba salah. Hairan juga dia apabila Ulung Sali memberitahu dia tidak tahu apa yang telah berlaku.

"Ke mana hilangnya, setan tu?" kata nya marah apabila diganggu sewaktu mendekut demikian.

"Ada gelung hitam dari udara, mereka berlawan, lepas tu hilang," beritahu Talib Hencot perlahan.

Selepas kejadian itu, Ulung Sali tidak mahu meneruskan mendekut burung ruak-ruak. Dia mengajak Talib Hencot balik sahaja dengan tidak memberi alasan apa-apa.

Sebab itulah Talib Hencot merasakan gangguan yang dihadapi oleh Pak Tua Mahat tidak sama dengan geruh yang menimpa Ulung Sali ketika mendekut.

Tetapi Pak Tua Mahat tidaklah gelabah. Dia tetap tenang sekalipun pemetik senapang tidak bergerak langsung dibedekkan ke arah dua cahaya hijau di hadapan. Dia percaya dua cahaya hijau itu tentu mata rusa tengah gelak meragut pucuk ludai.

Setelah diganggu demikian, Pak Tua Mahat sudah menduga di depannya bukanlah rusa biasa. Kalau induk rusa tercegat meragut pucuk ludai pun, memang jelmaan puaka hutan juga. Dia terpaksa memulihkan keadaan di sekeliling kawasan belukar itu, bagi menentang jelmaan puaka tersebut.

"Derus, tugas awak menembak," perintah Pak Ttia Mahat menyerahkan semula laras senapang kepada Derus Ceyit. "Bila akan beri isyarat, awak jangan tunggu, terus tembak," katanya memberi arahan supaya dipatuhi.

Cepat-cepat Derus Cerit mencapai senapang di tangan Pak Tua Mahat. Dia membedek ke arah dua cahaya hijau bersilau, menunggu isyarat daripada Pak Tua Mahat untuk melepaskan tembakan. Dia pun bukanlah calang-calang menembak ke sasaran, apabila berburu ke hutan. Masakan bekas Home-Guard seperti dia tidak boleh diharap, kalau laras senapang sudah ada di tangan.

Musang bersembunyi di sebalik tandan dan pelepah nyiur pun tidak dapat mengelak apabila Derus Cerit melepaskan tembakan sekaligus. Berdempum musang jantan terhumban ke bumi dengan mukanya bersepai akibat ditembusi peluru senapang. Memang tepat ke sasaran jika Deru Cerit membedek kan laras senapang.

"Awak Talib, jangan bercakap sepatah pun, kalau ada apa-apa yang dilihat ganjil..." Pak Tua Mahat mengingatkan kawannya yang berat menggenggam lampu suluh ubat sumbang enam.

Selepas menghentakkan tumitnya ke bumi tiga kali, Pak Tua Mahat menarik nafas dalam-dalam. Kemudian melepaskan perlahan hingga terasa nafas di sebelah kiri lebih laju daripada di sebelah kanan. Sambil menggenggam dua tangan, dia membacakan:

"In-na fatahna-laka fathan mubi-nan,"

diulangnya tiga kali. Kemudian diteruskan dengan tiga kali juga:

"La-qauwata ilia billah".

Setelah menarik nafas dia membacakan pula:

 "Alallahi tawak-kalna rabbana la-taj-'alna fitnatan lil-gaumiz minaj-jina birahmatika minal-qaumil kafirin,"

dengan diulangi tiga kali juga.

Pak Tua Mahat mula mengisar tumitnya, lantas memberi isyarat supaya Derus Cerit menembak. Serentak dengan itu bunyi letupan senapang bergema di tengah kesepian malam di hutan tersebut. Mereka nampak dua cahaya hijau seperti mata rusa di dalam gelap itu terhumban ke sebalik belukar.

Tidak bertangguh Talib Hencot menerpa dengan menghunus parang untuk menyembelih. Sebaik sahaja mata parang tersendal ke leher, Talib Hencot terkejut kerana yang dipegangnya bukanlah rusa. Tetapi tubuh Derus Cerit sudah lembik dengan dadanya berlumuran darah.

Cepat-cepat dia melepaskan kepala Derus Cerit yang sudah dicapuknya. Lantas disuluh ke belakang. Tidak ada Derus Cerit di belakang Pak Tua Mahat. Dia nampak seekor rusa terangguk-angguk dengan laras senapang tersangkut pada tanduknya.

Belum sempat dia mahu membuka mulut untuk bertanya, Pak Tua Mahat sudah meletakkan telunjuk ke mulut memberi isyarat jangan bercakap sepatah pun. Memang berdebar benar hati Talib Hencot apabila melihat kawannya terbaring dengan dada berlumuran darah. Hampir pula dia mengilir leher kawannya dengan mata parang tajam berkilat.

"Allahhumma in-na nas-alakal `afihi wad-dini wad-dun-ya wal-akhiratu lana waliwa lidaina wa-asy yahina wal-mus-limina aj-ma'in-na ya zal-jalali wal-ikraman bihakki, kaf ha ya a'in sad..." tiba-tiba Pak Tua Mahat melompat lantas menyepak kepala Derus Cerit yang terbaring itu.

Apabila tubuh Derus Cerit menggelepar, sedikit demi sedikit dia berubah menjadi rusa yang terkinjal-kinjal kaki menendang angin. Sewaktu Talib Hencot menyuluh ke belakang, Derus Cerit terhuyung-hayang memeluk laras senapang bagaikan baru terkejut daripada tidur.

"Kenapa Derus?" soal Talib Hencot, tidak bertangguh membantu kawannya itu.

"Entah," bisik Derus Cent menggeliat-geliat lemah. "Mimpikah aku ni, Talib?" keluhnya perlahan, terus beristighafar beberapa kali.

Sewaktu senapang diserahkan kepadanya, Deris Cerit sudah merasakan dia tersesat di kawasan lapang di depan pondok buruk. Dia nampak seorang lelaki, tua bermuka hodoh keluar dari pondok' berkenaan. Dari jauh Pak Tua Mahat' menyuruh lelaki hodoh berkenaan menyembelih  dirinya, sebagai pertukaran. Memang Derus Cerit melihat sendiri, Pak Tua Mahat terkurung tidak dapat melepaskan diri.

Marah juga dia dipermain-mainkan oleh Pak Tua Mahat. Tetapi belum sempat dia bertanya Pak Tua Mahat, lelaki hodoh itu sudah menangkapnya. Derus Cerit diikat untuk disembelih. Sewaktu lelaki hodoh itu mahu menyembelih, kilat memancar kuat dengan guruh menggegar di sekeliling kawasan.

Pak Tua Mahat terlepas daripada kurungan, lantas menghembus ke arah lelaki hodoh itu menyebabkan panahan kilat dan guruh menyambar lelaki berkenaan.

"Memang terasa macam mimpi, ustaz..." beritahu Derus Cerit menceritakan kejadian tersebut kepada saya. "Tapi, Pak Tua memang tak mahu ustaz ikut sama, nanti tak dapat apa-apa," katanya tersengih-sengih mengerling saya, sewaktu menghantar daging rusa yang dikirimkan oleh Pak Tua Mahat.

Bagaimanapun secara kebetulan pula, apabila memenuhi ajakan Alang Leman mendekut di Bagan Datoh itu, jenuh juga menunggu sampai jam 4.00 pagi. Sampai terkuap-kuap Ucu Salleh menahan mengantuk seekor burung ruak-ruak pun tidak ada menerjah ke jaring. Alang Leman sendiri terasa tebal bibirnya meniup buluh pendekut, kelibat burung ruak-ruak pun tidak ada melintas.