Sunday, July 16, 2017

236. KEPALA DALAM MULUT ULAR



BUKAN sahaja terasa penat, malah perut juga lapar balik dari berburu di hutan. Sebab itu Usin Bantan mengajak kawannya Mat Sunoh berhenti di kebun langsat hujung kampung. Setidak-tidaknya boleh juga buat mengalas perut sementara sampai di rumah. Apalagi sudah hampir subuh tentu isterinya masih belum bangun tidur buat sarapan.

Sejak masuk ke hutan ber-sama Mat Sunoh memang dia bawa juga bekal roti. Tetapi musim langsat berbuah apa salahnya dia memanjat tatkala subuh waktu ayam galak ber-kokok di' tengah kampung. Memang Mat Sunoh juga ketawakan dia disebabkan mencari buah langsat ketika sejuk subuh. Lainlah budak-budak kecil makan buah-buah tidak ikut masa.

 "Pagi-pagi subuh, nak makan langsat?" sengaja Mat Sunoh mengejek kawannya yang sudah bersiap mahu memanjat.

"Kalau kau tak mahu, tak apa!" sahut Usin Bantan tidak peduli apa-apa. "Biar aku saja makan, kau pandang aje," dia menyindir kawannya yang tersengih-sengih memegang senapang dan lampu suluh.

 "Kau marah ke, Usin?" Mat Sunoh terus mengusik.

 Tetapi Usin Bantan tidak menyahut apa-apa. Kalau sudah diturunkan buah langsat, tentu Mat Sunoh juga akan makan sama. Masakan dia mahu menolak sekiranya langsat sudah berlonggok di depan mata. Masam pun mereka akan telan juga asal sahaja perut lapar boleh diisi.

Sebaik sahaja Usin Bantan memanjat ke dahan, Mat Sunoh mendengar pokok langsat bergoyang kuat. Cepat-cepat dia menyuluh ke atas. Ketika ini dia melihat Usin Bantan bergelut dengan seekor ular sawa yang menunggu di dahan langsat.

Dia nampak kepala Usin Bantan sudah dicakup ular berkenaan, tetapi tangannya masih berkuat menyekah mulut binatang itu. Sebaik sahaja terlepas dari mulut ular, Usin Bantan terus melungsur turun. Tetapi ular sawa itu juga menjatuhkan badannya ke perdu pokok langsat lantas membelit Usin Bantan.

 Mat Sunoh mengangkat senapang mahu membedek sambil tangannya menyuluh ke perdu pokok langsat. Tetapi dia serba salah mahu melepaskan tembakan disebabkan tubuh ular itu bersatu dengan tubuh Usin Bantan. Kalau ditembak juga bimbang pula akan menyinggahi kawannya itu. Tentulah sia-sia dia mahu menyelamatkan Usin Bantan kalau tembakannya ter-sasar ke kepala kawannya sendiri.

Berpusing-pusing Mat Sunoh mahu mencari ruang untuk menembak ular sawa yang membelit Usin Bantan. Lama dia melihat Usin Bantan berguling dalam belitan ular sawa itu, sekaligus pula kawannya itu berdiri gagah dengan mencekak kepala ular.

 "Kurang ajar kau, berani kau main-main dengan Usin Bantan!" jerit Usin Bantan menepis-nepis tangannya beberapa kali ke bahagian badan ular yang masih membelitnya. Perlahan-lahan belitan ular itu terbuka dan jatuh ke tanah.

Sebaik sahaja ular sawa ber-kenaan melepaskan belitannya, tidak bertangguh Mat Sunoh mahu melepaskan tembakan. Tetapi cepat-cepat ditegah oleh Usin Bantan. Apalah gunanya Mat Sunoh melepaskan tembakan kerana dia tahu ular sawa berkenaan tidak akan mampu menyerangnya lagi. Biar-lah ular sawa yang sudah dikibas-kibas dengan tangannya itu menyusup masuk ke tengah belukar.

 "Nanti dia menangkap orang lain pula!" ujar Mat Sunoh se-telah ditegah oleh Usin Bantan.

"Biasanya tak hidup lama ular tu," beritahu Usin Bantan perlahan dengan penuh yakin.

 "Kalau ular tu hidup, tentu menyerang budak-budak nak panjat langsat ni," Mat Sunoh bimbang juga kerana anaknya sering datang ke kebun di hujung kampung itu.

Usin Bantan menggeleng-geleng sebaik sahaja ular sawa yang membelitnya menyusup hilang ke tengah belukar. Dia juga berasa pitam disebabkan darah banyak mengalir di kepala akibat dicakup taring ular ber-kenaan. Cepat-cepat Mat Sunoh memapahnya balik disebabkan Usin.Bantan semakin lemah.

Sebelum subuh itu juga Usin Bantan dibawa ke hospital, setelah darah banyak mengalir di kepalanya. Disebabkan darah tidak berhenti-henti keluar, Mat Sunoh datang memberitahu ayah yang mengenai kejadian yang menimpa Usin Bantan itu.

 Memang pihak hospital juga sudah bercadang akan memindahkan Usin Bantan ke hospital besar kalau darahnya tidak juga berhenti. Di hospital daerah memang kelengkapan tidak men-cukupi kalau menghadapi keada-an demikian. Sekiranya darah tidak berhenti mengalir menjelang tengah hari, Usin Bantan perlu dipindahkan juga ke hospital besar.

 Memang pihak hospital juga sudah bercadang akan memin-dahkan Usin Bantan ke hospital besar kalau darahnya tidak juga berhenti. Di hospital daerah memang kelengkapan tidak mencukupi kalau menghadapi keadaan demikian. Sekiranya darah tidak berhenti mengalir menjelang tengah hari, Usin Bantan perlu dipindahkan juga ke hospital besar.

Bimbang juga Ngah Miyah kalau suaminya dipindahkan ke hospital besar. Siapa pun akan melayani anak-anak di rumah sekiranya dia terpaksa menemankan Usin Bantan di hospital besar yang jauh dari kampung. Dia berdoa biarlah darah segera berhenti di kepala Usin. Bantan supaya suaminya tidak dipindah-kan ke hospital besar.

Muka Usin Bantan juga sudah pucat akibat darahnya banyak mengalir semasa ayah saya sampai di hospital. Tetapi dia masih boleh tersenyum setelah sedar.dari pitam. Tersengih-sengih dia apakala melihat ayah saya tercegat di sisinya.

 "Bilal Hud, apa kena saya ni?" Usin Bantan macam tidak tahu apa sebenar yang berlaku ke atas dirinya.

 "Manalah saya tahu, perkara terjadi pada diri awak!" ayah saya masih juga mahu bergurau dalam saat mereka cemas meng-hadapi kejadian yang menimpa Usin Bantan.

 "Kepala saya dah masuk rahang ular sawa," ujar Usin Bantan tersengih-sengih memandang ayah saya.

 "Nasib baik tak ditelannya awak," terkekeh-kekeh ayah saya ketawa mengusiknya.

"Bukan dia telan saya, nasib balk saya tak telan ular sawa tu," masih juga Usin Bantan mahu ketawa dalam keadaan kepalanya masih mengalir darah. Dia tetap bergurau asal sahaja terserenipak ayah saya di mana-mana.

 Disebabkan keadaan Usin Bantan bertambah teruk, segera ayah saya mengeluarkan buntat hitam dari bungkusan kain di dalam sakunya. Sempat juga dia meminjam buntat hitam itu daripada Nenek Aji ketika turun dari rumah sebaik sahaja diberi-tahu oleh Mat Sunoh kejadian itu.

Tahu sangat ayah saya mengenai buntat hitam yang disimpan oleh emaknya. Sudah kerapkali dia gunakan buntat hitam berkenaan asal sahaja orang-orang kampung dipatuk ular. Memang Nenek Aji simpan baik-baik buntat hitam yang ditemui oleh sepupu saya Kak Mijah di bawah rumah tatkala menyapu sampah.

Sebaik melihat sahaja buntat hitam itu tergolek Kak Mijah tidak bertangguh mencapainya. Ketika inilah seekor ular hitam mematuk tangannya hingga me-lekat tidak terlepas. Terjerit dia kesakitan lantas berlari naik ke rumah dengan buntat hitam itu terus digenggamnya.

Nenek Aji melihat ular hitam itu melekat di tangan Kak Mijah. Tatkala sampai di tangan barulah ular hitam itu melepaskan gigitan nya dan terus menyusup masuk ke bawah sendi tiang. Apabila melihat buntat hitam di dalam genggaman Kak Mijah lantas Nenek Aji dapat mengagak tentulah buntat ular berkenaan yang dipegangnya.

Tidak bertangguh Nenek Aji letakkan buntat hitam tersebut •pada bahagian tangan Kak Mijah yang dipatuk ular. Tiba-tiba sahaja buntat hitam tersebut melekat laksana besi berani. Lama buntat hitam itu melekat barulah dia jatuh bersama darah yang mengalir berhenti serta merta. Kak Mijah yang masih kecil juga tidak lagi menangis kesakitan apabila buntat hitam itu jatuh dari tangannya.

Semenjak itulah Nenek Aji simpan baik-baik buntat hitam berkenaan semata-mata diguna-kan untuk penawar sekiranya dipagut ular. Sebab itu ayah saya sengaja meminjam buntat hitam tersebut sebaik sahaja diberi tahu oleh Mat Sunoh mengenai kawannya Usin Batan dicakup War sawa di atas pokok langsat.

Apabila buntat hitam diletakkan pada bahagian luka ianya tercampak bersama darah membuak keluar. Beberapa kali diletakkan oleh ayah saya buntat hitam itu tetap juga tercampak. Tahulah ayah saya memang bisa ular berkenaan tidak meresap ke tubuh Usin Batan. Sekiranya bisa ular meresap nescaya buntat hitam itu melekat sampai semua-nya diresapi keluar.

 "Bisa ular tak ada," keluh ayah saya setelah mendapati darah terus juga mengalir keluar. Terpaksa pula Ngah Miyah lapik-kan dengan kain sarung sampai dua tiga helai. Kalau darah tidak nescaya Usin Bantan dalam bahaya akibat kekurangan darah.

Dengan tidak bercakap apa-apa, ayah saya terus keluar dari wad hospital. Dia memusarkan jari telunjuknya ke tanah lantas membacakan tiga kali doanya:

 Bismillahhi turbatu ardhina biriqoti ba'dhina yusyfa bihi saqimuna bi-izni rabbana.

 Sebaik disapukan oleh ayah saya ke bahagian luka Usin Batan dengan jari telunjuknya serta merta darah berhenti mengalir. Tetapi pitam juga Usin Batan se-mula disebabkan darah banyak keluar.

Memang orang-orang kam-pung ketawakan juga Usin Batan kerana dicakup ular sawa tatkala memanjat pokok langsat. Apalah salahnya balik sahaja ke rumah setelah berburu di hutan. Lagi pun pagi subuh makan buah langsat tentulah pedih perut di-sebabkan rasa asamnya.

 Tetapi ayah saya memarahi siapa sahaja mengejek Usin Batan akibat dicakup ular sawa. Siapa dapat melepaskan diri dari rahang ular sawa setelah kepala dicakup? Apalagi setelah dibelit kuat semasa melungsur ke perdu pokok. Cubalah Mat Sunoh yang dicakup ular sawa nescaya terkial-kial mahu lepaskan diri!

Tatkala kepalanya dicakup dari atas dahan memang Usin Batan sudah dapat mengagak ular sawa menunggu di situ. Tentu ular sawa berkenaan memasang perangkap menunggu musang melintas meniti dahan langsat. Ketika ini hujung ekor-nya sudah dililit kuat ke dahan sebelum kepala dijuntai ke bawah.

Semasa Usin Batan merangkak naik memanjat ular ber-kenaan sudah bersiap sedia mahu menerkam. Manalah Usin Batan nampak di tengah gelap dirim-buni daun-daun yang lebat itu ular sawa menunggu mangsa. Kalau disuluh pun cahaya lampu tidak menembusi kawasan ter-lindung tempat ular sawa me-nunggu mangsa.

 Sebaik sahaja kepala Usin Batan terjongol, tidak bertangguh ular sawa berkenaan menerkam. Sekaligus taringnya singgah pada bahagian ubun-ubun dan dagu Usin Batan. Memang Usin Batan tidak dapat menjerit meminta tolong dalam saat kepalanya sudah terperosok ke dalam rahang ular sawa berkenaan.

Ketika ini dia merasakan dirinya tercegat di hadapan cermin melihat bayangnya. Apakala cermin itu hancur ber-kecai, yang hilang adalah bayangnya. Dia tetap berdiri gagah dengan tidak boleh di-hancurkan oleh sesiapa pun. Serentak dengan itu dia mengum-pulkan tenaganya lantas disekahnya mulut ular sawa itu hingga taringnya yang bengkok tidak mencangkuk apa-apa.

Apabila dia melungsur turun ke perdu pokok langsat, sempat juga ular sawa itu mengekori. Pantas sahaja ular berkenaan membelitnya sebaik sahaja badannya dijatuhkan. Dalam saat demikian memang Usin Batan tidak mengharapkan bantuan kawannya Mat Sunoh. Apa yang Mat Sunoh boleh bantu sekiranya Allah sudah menentukan dia mati dibelit ular sawa.

Tetapi dia tidak mudah hilang punca sekalipun tubuhnya sudah semakin lemah akibat dicerut ular sawa yang garang. . Dia tetap merasakan dirinya tercegat menghadap cermin. Ular sawa berkenaan sekadar mem-belit bayangnya di dalam cermin berkenaan. Biarlah ular sawa tersebut membelit bayang dicermin itu sekuat tenaga, kerana dia tetap berdiri memer-hatikan gelagat binatang itu.

 Setelah membiarkan bayang di dalam cermin itu dibelit ular sawa, dia segera membacakan tujuh kali:

Wa mamin dabbatin fil-ardhi illa 'alallahhi rizqoha waya'lamu mustaqorraha wamastau da'aha kullun fi kitabin mubin.

Ketika ini dia melihat ular sawa berkenaan mula melong-garkan cerutan apakala bayang di dalam cermin itu memercikkan api yang tubuhnya di dalam cermin itu menyebabkan baha-gian tubuh ular yang membelit-nya melecur tidak bertahan.

 Selepas itu Usin Batan dapat merasakan dirinya menjadi ber-tenaga semula setelah menjadi lemah akibat dicerut kuat oleh ular sawa berkenaan. Kemudian dia membacakan berulang kali di dalam hatinya hingga terasa bergema ke seluruh urat nadi

 Bismillahhi wallahhu ghalibun. 'ala amrihi.

Tahu sangat ayah saya kalau bukan Usin Batan nescaya ular sawa itu sudah dapat membelit mangsanya. Sebab itu mereka tidak boleh mengejek Usin Batan disebabkan terlepas dari rahang ular sawa. Mernang dua hari selepas itu memang seisi kampung gempar juga terserem-pak bangkai ular sawa sebesar batang pinang dara dengan kesan melecur dibakar api.

Siapa' pula yang membakar ular sawa berkenaan hingga sebahagian tubuhnya melecur? Tetapi Usin Batan tidak pernah memberi tahu sesiapa pun mengenai bayang dirinya di dalam cermin yang dibelit ular sawa berkenaan hingga memercik api. Mat Sunoh sendiri tidak tahu apa-apa kecuali menyedari kawannya itu berjaya berdiri dalam saat tubuhnya dibelit. Kemudian dia kibas-kibaskan tangannya ke tubuh ular tersebut menyebabkan belitannya di-longgarkan.

 Apabila bangkai ular yang melecur terbakar ditemui, Usin Batan masih dirawat di hospital akibat luka di bahagian dagu dan ubun-ubunnya. Sewaktu saya balik ke kampung, Usin Batan sudah pun keluar dari hospital. Tidak sempat pula saya mahu menziarahinya, kerana rumah ayah saya memang jauh dari rumah Usin Batan.

Tidak dapat saya menemui dia hinggalah lebih dua puluh tahun saya menemui dia di rumah anaknya di Felda. Usin Batan juga dalam keadaan uzur menye-babkan dia dibawa oleh anaknya Ajis ke Felda itu, kerana tidak ada siapa yang mahu men-jaganya. Lainlah di Felda, Ajis boleh bawa emaknya sama ke situ.

Kalau tidak disebabkan Kadir Misai memberi tahu Usin Batan uzur di rumah anaknya, memang saya juga tidak singgah menjengah. Ketika saya sampai di situ memang terkejut juga disebabkan Usin Batan nampak sudah terlalu tua. Kalau banding-kan umurnya dengan ayah saya lebih kurang sebaya sahaja, tetapi ayah saya masih mampu memanjat bukit menebas kebun.

 "Dah tua, macam inilah, ustaz," ujar Usin Batan sayu lantas gagahi duduk bersandar ke dinding. Puas saya memujuknya supaya berbaring tetapi Usin Batan tetap berkeras mahu duduk bersandar.

"Ayah saya pun dah tua," beritahu saya ingatkan dia biar teguhkan semangat menghadapi dugaan demikian.

 "Bilal Hud tak sama dengan saya," tuturnya perlahan sambil mengesat pelupuk mata. "Dia orang berilmu, tak macam saya," jelasnya merendah dalam suara yang bergetar.

"His, Abang Usin pun apa kurang," sahut saya mengusap-usap bahunya masih terasa tubuhnya gagah sekalipun dalam keadaan uzur.

Kalau dia tidak beri tahu pun, saya memang memahami kebolehan Usin Batan sekiranya dicabar orang. Seisi kampung tahu benar fasal Usin Batan apabila menggertap bibir menahan perasaan marah.

Sampai bila pun Usin Batan tidak akan mencederakan sesiapa tatkala marahnya memuncak. Ketika Saleh Baran meluru ke tengah halamannya dengan parang terhunus, Usin Batan sekadar berdiri di kepala tangga dengan tidak menyahut apa-apa. Marah benar Saleh Baran apabila diberi tahu Usin Batan mahu mengganggu kakaknya Jaunah Janda. Kenapa Usin Batan mahu mengganggu sedangkan isteri-nya Ngah Miyah ada hubungan keluarga dengan mereka?

 Tetapi Saleh Baran tidak menerpa ke tangga menghayun parang terhunus ke betis Usin Batan. Dia sekadar meluahkan rasa marah disebabkan Usin Batan berani mengganggu kakaknya. Kalau Usin Batan mahu mengganggu perempuan lain memang Saleh Baran tidak peduli apa-apa, tetapi Jaunah Janda sepupu Ngah Miyah juga.

Terpaksa Ngah Miyah memujuk supaya Saleh Baran bersabar. Tetapi dia tidak berani turun ke tengah halaman selagi parang terhunus di tangan Saleh Baran. Manalah tahu lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan hingga menetaknya tidak bertangguh. Dalam saat tengah marah memuncak memang apa sahaja boleh terjadi, sekalipun dia tahu Saleh Baran memang sepupunya.

Ketika Saleh Baran masih meracau di tengah halaman di bawah terik matahari, Usin Batan terjun juga ke tanah. Segera dia mencapai kayu api di dalam pasung di bawah rumah lantas dilontarnya ke arah pokok ram-butan di hujung halaman. Sebaik sahaja kayu sebesar lengan itu singgah pada dahan pokok ram-butan sekaligus sahaja sekah tidak bertahan.

 Kemudian dia melontar kayu api itu ke arah pokok getah di sempadan tanah menyebabkan dahannya sebesar paha juga sekah. Pokok mana pun dilontar oleh Usin Batan semua dahan-nya sekah hingga jatuh tersem-barn ke bumi. Tahu sangat Ngah Miyah kalau Usin Batan menahan kemarahan yang me-muncak memang dia akan membelantan dahan-dahan pokok sampai habis sekah tidak bersisa.

Tidak pernah dia cederakan orang dalam saat demikian. 'Kalau Saleh Baran yang di-singgahi kayu belantannya sudah tentu lelaki itu akan remuk tulang macam dahan pokok sekah menyembam ke bumi.

Setelah Usin Batan naik se-mula ke sawah, Saleh Baran masih juga tercegat di tengah halaman. Dia tidak lagi meracau tidak menentu, sebaliknya terkebil-kebil mata melihat dahan pokok-pokok yang sekah akibat dibelantan oleh Usin Batan dengan kayu api sebesar lengan.

Hinggalah ayah saya datang setelah diberi tahu oleh Mat Sunoh mengenai pergaduhan itu, Saleh Baran masih juga tidak berganjak dari tengah halaman. Setelah ditepuk oleh ayah saya ubun-ubunnya tiga kali dengan membacakan al-Fatihah, barulah Saleh Baran macam terkejut dari mimpi.

 "Apa halnya ni, Bilal?" serba salah Saleh Baran dalam suara gementar.

"Kenapa kau hunus parang?" sengaja ayah saya mengusiknya lantas mencapai parang di tangan Saleh Baran. "Abang Usin ni tak patut, kenapa dia ganggu Kak Jaunah?" gerutu Saleh Baran setelah ingatannya dipulihkan semula.

 "Kalau iya pun, kenapa tak tanya elok-elok!" ujar ayah saya ingatkan dia supaya tidak terburu-buru bertindak.

 Memang Usin Batan tidak berniat mahu mengganggu Jaunah Janda ketika dia mem-bantu perempuan itu tatkala jatuh di tengah sawah. Dalam keadaan Jaunah Janda terhuyung hayang disebabkan pitam disilau cahaya matahari, cuma Usin Batan satu-satunya yang hampir di sempa-dan sawah. Sebaik sahaja melihat Jaunah Janda hampir rebah tidak bertangguh dia menerpa lantas dipapah ke bawah rumpun buluh.

Kenapa pula Saleh Baran tuduh dia mahu mengganggu Jaunah Janda ketika perempuan itu memerlukan pertolongan? Tetapi memang Usin Batan tidak akan bertindak balas kalau dia dicabar sesiapa pun. Dia sekadar lontarkan belantan menyinggahi dahan-dahan pokok hingga habis sekah tersembam ke bumi.

"Saya ni umur berlebih aje, ustaz," tersengih-sengih Usin Batan mengerling saya apabila kenangkan kejadian dia dicakup ular sawa di atas pokok langsat.

 "Semuanya ditentukan Al lah menyalahkan diri sendiri apakala kejadian buruk menimpa. Memang Usin Batan kesal sangat dengan kejadian ular mencakup kepalanya di atas pokok langsat tatkala subuh masih berbalam-balam.

Tentu ujian perlu dialaminya setelah sekian lama amalkan amalan penderas biar siapa pun tidak berani mencabarnya. Semasa usia muda memang Usin Batan banyak amalkan yang diturunkan oleh mana-mana guru yang ditemuinya. Tidak pernah dia menolak apa sahaja amalan yang diturunkan kepada asal dirinya digeruni sesiapa pun.

Tetapi Alang Simat yang turunkan amalan penderas kepadanya tidak benarkan dia memukul lawan sekalipun di-cabar. Setelah berteguhan janji barulah Alang Simat turunkan doa supaya dijadikan amalan:

Affahhu Akbar ilia man tazaqko illallahhu ya Saidina AIL

Beberapa bulan sahaja selepas diamalkan Alang Simat menyuruh dia gembalakan kerbaunya masuk ke kandang. Ketika inilah tiba-tiba sahaja salah seekor kerbau Alang Simat berang tidak menentu. Lantas sahaja kerbau jantan itu menyerbu siapa sahaja melintas berhampiran kandang.

Dalam keadaan tidak keruan itu Usin Batan lantas sahaja menumbuk kepala kerbau ber-kenaan menyebabkan binatang itu tersembam ke tanah. Dia melihat kerbau berkenaan meng-gelepar dengan kepalanya tidak terangkat lagi. Cepat-cepat pula Alang Simat menyembelih ker-baunya sebelum mati tersungkur di situ.

 "Kalau kau pukul manusia, macam itulah jadinya!" ujar Alang Simat ingatkan dia supaya tidak ikutkan perasaan hingga memukul manusia semata-mata mahu menunjukkan keperkasaan sendiri.

Sebab itulah dia terpaksa pendamkan perasaan sekiranya dijerkah sesiapa pun. Biarlah dia belantan pokok-pokok hingga dahannya sekah tersembam ke bumi, asal sahaja tidak men-cederakan orang.

Apabila kenangkan amalan yang diturunkan oleh Alang Simat itu menyesal juga dia. Apalah gunanya amalan ter-sebut kalau tidak dapat digunakan dalam saat diperlukan? Tahu sangat dia kalau berkeras juga mahu gunakan nescaya dirinya juga menanggung mudarat. Bagaimana kalau anak-anaknya dilahirkan cacat sampai tangan atau kaki kudung tidak berguna?

Memang Usin Bantan pegang kukuh-kukuh pantang larang yang diturunkan oleh Alang Simat. Dia rela meng-hadapi apa sahaja rintangan asalkan anak-anaknya tidak dilahirkan kudung. Biarlah dia lepaskan marahnya dengan membelantan dahan-dahan pokok sampai sekah tidak bersisa.

 "Sebab itu dahan pokok langsat tak mahu bantu kamu!" sengaja ayah saya mengejek setelah luka di kepalanya sembuh betul.

 "Ah, dah geruh To' Bilal," sahut Usin Batan tersengih-sengih disebabkan kejadian dia dicakup ular sawa itu menjadi bualan seisi kampung. Mereka menuduh tentu Usin Batan kerapkali membelantan dahan pokok hingga sekah, menyebab-kan dia dicakup ular sawa di atas dahan pokok juga.

 "Awak selalu sangat belantan dahan pokok sampai sekah," ujar ayah saya dalam ketawa mengusik.,"Sebab itu geruh awak menunggu di dahan pokok juga!" dia menambah semata-mata mahu bergurau sahaja.

"Subuh-subuh orang tak memanjat pokok, bila saya me-manjat tibalah geruhnya," Usin Batan terangguk-angguk, tetapi jauh di lipatan hatinya dia percaya juga dengan gurauan ayah saya.

Manalah tahu dahan-dahan pokok juga berdendam disebab kan kerapkali dia membelantan hingga sekah. Sekali-sekala dahan pokok juga yang boleh memusnahkan dirinya. Tentu siapa pun tidak menduga ular sawa berkenaan menunggu mangsa di dahan pokok langsat yang lebat berbuah.

Semenjak itu memang Usin Batan tidak berani lagi mem-belantan dahan pokok semata-mata mahu menahan rasa marah yang memuncak. Kalau dia marah pun biarlah dipendam sahaja di dalam hati. Kadangkala terasa sia-sia sahaja dia amalkan amalan penderas yang diturun-kan oleh Alang Simat kerana tidak boleh digunakan memper-tahan diri.

Kalau mahu berhadapan dengan musuh yang mahu meng-hancurkan kampung halaman, siapa sangat musuh yang meng-ancam demikian? Takat sanak saudara mara di kampung men-jerkah bukanlah musuh yang boleh memusnahkan. Sebab itu dia tidak boleh gunakan amalan penderas kalau mahu memukul sesiapa pun.

 Lainlah semasa datuk moyang Alang Simat amalkan penderas memang kampung halaman selalu diganggu perom-pak. Asal sahaja musim padi berbuah masak perompak menyerbu ke kampung meminta serahkan padi kepada mereka. Siapa sahaja berani menghalang nescaya akan jadi korban perom-pak yang tidak bertimbang rasa.

Cuma datuk Alang Simat sahaja berdegil tidak mahu tun-duk kepada kemahuan pe-rompak. Dia tidak rela serahkan padi di kepuk kepada perompak yang menyerbu entah dari mana. Setiap tahun berpuluh-puluh orang perompak datang ke kampung meminta serahkan padi yang baru habis dituai.

 Bukan takat serahkan padi di kepuk, perompak-perompak juga minta dijamu makan dengan menyembelih lembu atau kambing. Orang-orang kampung mesti patuhi kemahuan perompak-perompak itu sekira-nya keluarga masing-masing mahu selamat.

Sewaktu negeri diperintah orang putih,memang siapa sahaja kuat boleh lakukan sekehendak hati. Sebab itu perompak-perom-pak bebas menyerbu ke dalam kampung dengan tidak siapa pun berani menghalang. Ketika inilah Aki Itam datuk Alang Simat dikenali penduduk-penduduk kampung mampu pertahankan mereka.

Aki Itam tidak mahu orang-orang kampung tunduk dengan kemahuan perompak-perompak. Apabila rumahnya dikepung perompak, tidak bertangguh Aki Itam terjun ke tanah lantas mencabut batang pinang dara tersergam di hujung halaman. Dengan batang pinang itu sahaja dia merembat menyebabkan lima enam orang perompak terpelan-ting dengan tulang remuk-remuk. .

Mereka yang dicedera diubati sendiri oleh Aki Itam sebelum dilepaskan balik. Sebab itulah rakan-rakan perompak itu berdendam sangat mahu me-musnahkan Aki Itam. Memang Aki Itam tidak bimbang ancaman perompak-perompak berkenaan, tetapi dia khuatir anak isterinya dalam bahaya.

Manalah tahu dalam saat dia tidak ada di rumah perompak-perompak itu datang menyerbu. Siapa yang berani membantu sekiranya mereka datang membalas dendam. Terasa juga pada dia amalan penderas itu tidak berguna melindungkan keluarga!

Terpaksa Aki Itam meminta bantuan Batin Jebi di perkam-pungan Orang Asli berdekatan. Disebabkan Batin Jebi juga menghadapi masalah diganggu perompak, memang dia ber-setuju membantu Aki Itam.

Sebaik sahaja habis musim menuai, Batin Jebi sendiri me-nunggu perompak-perompak berkenaan di satu jeram tempat yang mereka Ialui. Memang di jeram berkenaan perompak-perompak tersebut menyerbu masuk ke kampung sebelum mengugut orang-orang kam-pung. Selepas itu mereka akan menyerbu pula ke perkam-pungan Orang Asli.

Terkejut juga perompak-perompak berkenaan apabila dijemput oleh Batin Jebi ke perkampungan Orang Asli untuk dijamu. Tahu sangat Batin Jebi kalau dihidangkan kera panggang pun perompak-perompak berkenaan tidak pernah menolak. Dia juga sedia-kan nira kelapa yang baru diturunkan dari pokok.

Gembira sangat mereka dilayan Batin Jebi dengan jamuan tersebut. Apalagi padi huma juga sudah disediakan berbakul-bakul untuk dipunggah balik. Memang Batin Jebi sudah merancang bersama Aki Itam menyediakan nira yang sudah dibubuh perahan buah kecubung.

Sebaik sahaja perompak-perompak meneguk nira ber-campur kecubung semuanya terkapar tidak sedarkan diri. Saat ini Batin Jebi mengarahkan anak buahnya meradakkan buluh runcing ke kerengkung perompak-perompak tengah minum nira bercampur kecu-bung. Tidak seorang pun perompak terselamat setelah diperangkap oleh Batin Jebi.

 Tahu sangat Aki Itam, dirinya bersendirian tidak mampu mengalahkan perompak-perompak sekalipun amalkan amalan penderas itu. Dia masih memerlukan bantuan Batin Jebi dengan menggunakan tipu helah juga. Tetapi dia tidak dapat menghalang amalan itu diturun-kan juga kepada anak cucunya.

 "Amalan penderas ni memang Alang Simat dapat dari datuknya Aki Itam," beri tahu Usin Bantan apabila kenangkan arwah gurunya itu. Banyak sangat pantang larang yang mesti dipatuhi kalau dia gagahi juga mahukan amalan tersebut.

 "Kenapa Pak Usin tuntut juga amalan tu?" sengaja Kadir Misai mengusiknya.

"Ah, masa muda, mana ada nak fikir-fikir sangat," jelasnya mencepak-cepak bibir dalam keluhan pendek. "Kononnya nak gagah, sebab itulah tuntut ilmu macam tu!" Usin Batan menambah dalam ketawa me-manjang.

Dia merasakan sekiranya pukulan tangannya sama pantas dengan kilat memancar, tentulah siapa pun tidak berani memusuhi nya. Tetapi dia tidak boleh melepaskan pukulan kalau bukan musuh yang boleh mengancam kampung halaman. Takat sanak saudara memang Alang Simat tidak benarkan dia memukul tidak berfikir, apalagi menjentik telinga anak-anak sekalipun mereka nakal sangat.

Sebab itu tidak pernah Usin Bantan merotan anak-anaknya sekalipun hatinya terpaksa memendam perasaan. Kalau marah pun Usin Batan akan menampar pokok kelapa di hujung halaman. Dua tiga hari selepas itu buah-buah kelapa berkenaan akan luruh bersama pelepah-pelepahnya. Tidak lama kemudian pokok kelapa tersebut akan mati kering tercodak tidak berpelepah lagi.

"Cukuplah amalan penderas ni, ustaz," perlahan Usin Batan menuturkan dengan memberi tahu dia tidak benarkan anaknya Ajis mengamalkan.

 "Buat apa ilmu macam tu, kalau menyeksa diri!" sahut Ajis tersenyum setelah ayahnya men-jelaskan demikian. Tahu sangat dia betapa ayahnya terpaksa menahan segala kemarahan disebabkan tidak mahu melanggar pantang. Kalau di-langgar pantang larang nescaya keturunan sendiri menanggung derita seumur hidup.

 "Masa dulu-dulu orang perlukan ilmu kuat,"‘ujar Usin Batan dalam keluhan kesal. "Tapi, macam mana kuat pun, Allah juga yang Maha Perkasa," tegasnya merendahkan suara sambil menunduk lemah.

 Sewaktu dia dibelit ular sawa memang tidak terfikir pun pada-nya mahu menumbuk kepala ular berkenaan. Dia percaya sekira-nya ditumbuk sahaja sekaligus nescaya kepala ular sawa itu remuk bagaikan kerbau Alang Simat yang dihunjamnya.

 Dalam saat ini dia sekadar ingatkan pesan Tok Aji apabila berhadapan dengan bahaya ingat-kan sahaja berdiri di hadapan cermin. Bahaya yang menimpa itu Hanya bayang di dalam cermin sahaja, sedangkan diri terperi tidak diganggu mala petaka pun.

Setelah menyedari pesan Tok Aji inilah Usin Batan cekal-kan had berhadapan dengan bahaya sekalipun kepalanya sudah terjerumus dalam rahang ular sawa. Dia masih mampu kumpulkan tenaga untuk mem-bolehkan tangannya menyekah mulut ular tersebut sampai dapat melepaskan kepalanya.

Sewaktu tubuhnya dibelit pun Usin Batan tidak lupa dengan petua yang diberikan Tok Aji. Kalau ajalnya sampai ketika itu pun, dia rela kerana petua tersebut semata-mata menyerah-kan dirinya kepada Allah. Ular sawa berkenaan tidak akan dapat mempengapakan dirinya kalau tidak diizinkan oleh Allah yang menentukan segala yang terjadi.

Memang lama juga Usin Batan belajar di madrasah Tok Aji. Tidak tahu pula saya apa petua yang dipelajarinya, kerana selepas berkahwin dia berpindah ke kampung halaman Ngah Miyah. Sekali sekala balik ke kampung singgah juga dia menemui Tok Aji di madrasah.

Selepas itu memang jarang saya bertemu Usin Bantan. Hanya selepas kejadian dia dicekup ular sawa itu saya bercadang mahu menjengahnya di hospital, tetapi dia sudah keluar. Tetapi saya tidak pula bersungguh-sungguh mahu menemuinya disebabkan tidak ada apa-apa urusan dengannya.

 Disebabkan saya bersama Kadir Misai singgah di Felda ber-kenaan, Ajis memberitahu ayahnya sudah lama tinggal ber-samanya. Teringin juga saya mahu menjengah dia. Memang sebaik sahaja terserempak dia tidak cam langsung kepada saya, apa lagi saya sendiri disebabkan Usin Bantan sudah nampak terlalu tua.

 "Angah cucu Tok Aji," berulang kali dia menyebut sebaik diberi tahu mengenai kedatangan saya. "Ah, ustaz ni, memang 'saya tahu, anak Bilal Hud takkan saya tak tahu!" ujarnya tersenyum bangga dengan kunjungan saya bersama Kadir Misai.

Tetapi Kadir Misai memang Usin Batan cam benar. Sudah berkali-kali Kadir Misai datang ke situ dijemput Ajis untuk tengokkan penyakit yang menimpa ayahnya. Semasa ber-ulang alik ke rumah Ajis inilah Kadir Misai diberi tahu kejadian berpuluh tahun dulu mengenai Usin Batan dicakup ular sawa.

Apabila diberitahu oleh Kadir Misai kejadian itu lantas sahaja saya teringatkan malang yang menimpa Usin Batan. Tetapi perkara dia dicakup ular sawa memang geruh yang tidak dapat dielakkan, bukan disebabkan amalan ilmu pen-deras yang diamalkan sejak muda.

Geruh seperti itu sekadar mengingatkan kita kegagahan tidak akan boleh pertahankan diri, kalau tidak digunakan akal dan tipu helah. Petua yang ditun-jukkan oleh Tok Aji sekadar menguatkan semangat untuk bertindak balas dalam saat diri terancam. Hanya semangat yang kuat sahaja mampu melepaskan diri daripada ancaman musuh.

 "Malam ni, biar ustaz yang tengokkan Pak Usin," ujar Kadir Misai lantas mencuit bahu saya. "Bukan senang nak ajak dia turun ke sini," dia mengusik dalam ketawa memanjang.

 "Memang saya pun harap begitu," sahut Usin Batan tersengih-sengih. "Ustaz pun sama juga dengan Tok Aji atau To' Bilal Hud," gembira benar dia dengan kunjungan saya ke situ.