Sunday, April 8, 2018

274. TERAPUNG DI TENGAH LINGKARAN CAHAYA


Perlahan-lahan Lasim Tibai mengendap dari balik Iangsir tingkapnya sebaik saja mendengar bunyi berdetak seperti orang mengumpil keretanya di bawah pokok cempedak di sebelah bilik tidurnya. Di kampung apalah perlunya dia membuat garej kereta. Lagipun kereta buruknya sekadar mengangkat pisang apalah gunanya dibuat garej baik-baik.
Silauan cahaya bulan yang terang mengambang di luar membolehkan dia dapat melihat dengan jelas dari celah rekahan tingkap. Tetapi kawasan letak keretanya agak gelap sedikit disebabkan terlindung oleh rimbunan cempedak.
Apabila dia mengamat-amati belakang keretanya, dia ternampak lelaki separuh umur bersandar di situ merenungi ke arah bilik tidurnya. Berdebar juga hati Lasim Tibai sebaik ternampak lelaki tersebut bersandar dengan memakai baju singlet putih dan seluar hitam serta berselipar saja.
"Abang Jilak...!" bisiknya perlahan setelah dia dapat mengenali lelaki yang bersandar di keretanya itu.
Kemudian perlahan-lahan Lasim Tibai menggerakkan isterinya Simah Gemuk yang bersenar tidur. Terpisat pisat Simah Gemuk bangun apabila digerakkan oleh suaminya.
 "Ada apa ni?" Simah Gemuk terpinga-pinga apabila digerakkan dalam saat dia terlina tidur. Tengah malam yang sepi, sudah tentulah sesiapa pun sedang nyenyak tidur. Lainlah suaminya Lasim Tibai yang suka membaca kitab-kitab agama sehingga larut malam.
"Jangan cakap kuat-kuat" kata Lasim Tibai meletakkan jari telunjuknya ke bibir sendiri. Kemudian dia menarik isterinya rapat ke tepi tingkap. Dia menyuruh Simah Gemuk mengintai dari rekahan tingkap ke tempat keretanya tersergam.
Dalam keadaan terkuap-kuap Simah Gemuk membongkok menjengah dari celah rekahan tingkap itu. Kemudian dia menggeleng-geleng kepala kerana tidak ternampak apa-apa pun di luar.
"Awak ni mengigau, agaknya..." sindir Simah Gemuk mengerutkan dahi akibat tarpisat-pisat digerakkan oleh suaminya sewaktu sedang nyenyak tidur.
Lasim Tibai juga mengeluh pendek apabila dia mengintai di celah tingkap lelaki yang diIihatnya sebelum itu sudah tidak kelihatan lagi. Tetapi memang dia cam betul-betul Abang Jilak yang bersandar pada keretanya. Dia kenal benar dengan Abang Jilak sewaktu lelaki duda itu menumpang di rumahnya setelah jatuh sakit Iumpuh.
Abang Jilak yang diIihatnya bersandar pada keretanya tidaklah mengidap sakit Iumpuh. Lelaki itu berdiri gagah bagaikan mahu mengucapkan terima kasih kepadanya.
Kalau mahu dikira perhubungan kekeluargaan, dia tidak rnempunyai tali persaudaraan dengan Abang Jilak Mereka hanya jiran tetangga saja. Setelah isteri Abang Jilak meninggalkan dia apabila mengidap sakit Iumpuh, tinggal lah Abang Jilak berseoragan di rumahnya. Anak-anaknya seramai tiga orang juga mengikut emaknya balik ke kampung halamannya di Kedah.
Disebabkan Abang Jilak tidak mempunyai keluarga di Kuala Selangor itu, Lasim Tibai inilah yang mengambil berat terhadap  dirinya. Pada mulanya Lasim Tibai menghantarkan makanan saja ke rumah Abang Jilak. Tetapi setelah keadaan Abang Jilak bertambah tenat, dia membawa lelaki itu tinggal bersamanya.
"Tak terbalas aku budikau, Lasim..." keluh Abang Jilak dalam linangan air mata.
"Ah, ini tanggungjawab saya bang, kerana kita berjiran" Lasim Tibai memujuknya supaya bertenang.
"Sepatutnya saat macam ini anak isteri yang menjaga aku" katanya menahan rasa terharu yang menyebak.
"Tak apalah bang saya tak akan abaikan abang" Lasim Tibai memberi jaminan dengan penuh ikhlas. Memang dia merasa simpati dengan penanggungan yang dilalui oleh Abang Jilak.
Tidak patut isterinya meninggalkan Abang Jilak sewaktu dia terlantar memerlukan kasih sayang. Isteri Abang Jilak merasa tersentuh hati disebabkan Abang Jilak tidak mahu dibawa berubat ke hospital, atau pun balik ke kampung halaman mereka di Kedah.
Abang Jilak sudah nekad meninggalkan kampung halamannya setelah berkahwin dengan adik angkat sendiri Serilah. Sejak kecilnya Abang Jilak yang yatim piatu dipelihara oleh keluarga Serilah Apabila dia mengambil keputusan berkahwin dengan Serilah keluarganya menentang perkahwinan tersebut .
Sebab itulah dia membawa diri ke Kuala Selangor sambil menjalankan perniagaan. Setelah 20 tahun dia menetap di Kuala Selangor inilah Abang Jilak berjiran dengan Lasim Tibai, apabila dia membeli sebidang tanah yang beraempadan dengan tanah kepunyaan Lasim Tibai.
Di samping memilikki beberapa bidang tanah, Abang Jilak juga mempunyai banyak harta. Atas sebab-sebab ini lah juga dia enggan balik ke Kedah.
"Janganlah kau bersusah-susah sangat kerana aku, Lasim" ujar Abang Jilak menahan keharuan yang kian menyebak-nyebak di suatu malam sepi yang dingin.
"Cukuplah bang, jangan kenang-kenang perkara tu" Lasim Tibai sendiri, tidak dapat manahan kesayuan yang rnenyelubungi hatinya.
Tetapi Abang Jilak tidak dapat mententeramkan perasaannya. Dalam susana demikianlah Abang Jilak menghembuskan nafasnya Dia meninggal dunia dalam kesayuan suara Lasim Tibai membacakan Surat Yassin. Seminggu selepas Abang Jilak dikebumikan itulah Lasim Tibai melihat lelaki itu bersandar di belakang keretanya, tetapi tidak lagi dalam keadaan lumpuh.
Keesokan harinya sewaktu menghadapi sarapan pagi barulah Lasim Tibai menceritakan kepada isterinya mengenai jelmaan Abang Jilak yang bersandar di keretanya.
"Kalau aku cakapkan malam tadi, nanti awak ketakutan pula" beritahu Lasim Tibai perIahan.
Hanya dua minggu selepas kematian Abang Jilak, keluarga Serilah datang untuk mendapatkan haknya terhadap harta-harta peninggalan Abang  Jilak. Mereka menuduh  Lasim Tibai  mempunyai niat mahukan harta peninggalan itu apabila bersusah payah merawat Abang tertantar sakit.
"Tak patut Kak Serilah tuduh saya macam tu.." ''ujar Lasim Tibai kesal dengan sikap Serilah. Memang tidak tertintas langsung di hatinya mahu membolot harta peninggalan Abang Jilak itu.
Lagi pun Abang Jilak tidak meninggalkan apa-apa waslat yang membolehkan dia memilikki harta peninggalannya. Apalah yang diharapkan oleh Lasim Tibai dari harta berkenaan, sedangkan pendapatannya sebagai peraih pisang pun sudah mencukupi.
Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dari kalau perempuan itu mahu mengenang budinya yang merawat Abang Jilak terlantar lumpuh. Rumah besar milik Abang Jilak di sebelah sempadan tanahnya, memang hak mutlak Serilah. Di situlah mereka tinggal anak beranak sebelum Serilah mengambil keputusan balik ke kampung kediamannya di Kedah.
"Aku tak tuduh kau macam tu" Serilah mendengus dengan jawapan Lasim Tibai. "Tapi, kalau ada apa-apa wasiat arwah, janganlah sembunyikan dari aku," katanya semacam menyedari kesilapannya membuat anggapan yang buruk terhadap Lasim Tibai.
Besok paginya keketika Lasim Tibai mahu menghidupkan engin keretanya, Masirah anak gadis Serilah yang berusia 16 tahun termengah mengah memanggilnya. Simah Gemuk sedang menyidai kain di ampaian juga terkejut melihat Masirah kecemasan mendapatkan mereka suami isteri.
"Emak sakit, pak cik..." tergagap-gagap Masirah memberitahu.
"Sakit macam mana?" Lasim Tibai terkejut mendengar berita tersebut kerana sebelah malamnya Serilah kelihatan sihat segar sewaktu datang ke rumahnya
"Entahlah, Marisah pun tak tau" katanya tersengguk-sengguk sambil memeiuk Simah Gemuk.
"Tak apalah, mari makcik tengokkan" pujuk Simah Gemuk tidak jadi meneruskan kerjanya menyidai kain di ampaian. Cepat-cepat dia mengajak Marisah balik. Perkara menyidai kain tidak panting sangat pada Simah Gemuk. Balik dari menjengah Serilah pun boleh disidai Lagi pun rumah mereka bukanlah jauh, hanya berjiran yang boleh melaung dari jarak tingkap.
 Lasim Tibai juga tidak jadi menghidupkan enjin kereta. Dia sama-sama bergegas ke rumah Serilah peninggalan dari Abang Jilak. Sewaktu dia sampai di bilik Serilah, isterinya Simah Gemuk sedang memicit-micit kepala perempuan itu. Sementara Marisah dan dua orang adiknya tersengguk-sengguk melihat keadaan emaknya.
"Astagharulleh-hul-azzim..." keluh Lasim Tibai sebaik terpandang mulut Serilah yang herot dengan Iehemya terteleng. Bibirnya berbuih-buih pekat dengan lendir kehijau-hijauan. "Macam mana mulanya tadi ni, Marisah?" soal Lasim Tibai tercegat di pintu bilik.
"Tak taulah pak cik, tiba-tiba saja emak menjerit sedang nyenyak tidur" beritahu Marisah perlahan.
"Bila kenanya?" Lesim Tibai memhela nafas perlahan.
"Tengah malam tadi..." jelas Marisah tersengguk-sengguk memicit-micit betis emaknya.
"Kenapa tak panggil pakcik masa tu?" terasa kesal pada Lasim Tibai disebabkan Marisah tidak memberitahu Iebih awal.
Marisah terdiam. Dia menggeleng-geleng kepala kerana kebingungan. Tidak tahu apa yang perlu dibuatnya apabila emaknya menjerit ketakutan. Kemudian tergigil-gigil hingga mulutnya menjadi herot. Mukanya juga bertukar menjadi pucat dengan kulit tangannya mulai kesat semacam ditumbuhi ruam kasar.
"Awak tengokkan dulu, Kak Serilah tu..." Lasim Tibai memandang isterinya Simah Gemuk.
"Awak nak ke mana?" soal Simah Gemuk yang cemas melihat keadaan Serilah demikian.
"Janganlah cemas’ pujuk Lasim Tibai cuba mententeramkan suasana. "Aku nak cari Habib. Kalau dia kata bawa Kak Serilah ke hospital, kita bawalah" ujarnya terus turun ke keretanya.
Sewaktu Lasim Tibai sampai pagi-pagi lagi di rumah Alang Bumin yang dipanggilnya Habib itu, saya baru saja datang dari rumah Haji Subir memintanya menghantar ke perhentian bas. Saya bermalam di rumah Haji Subir di Kuala Selangor setelah datang bersama Alang Bumin pada sebelah petang semalamnya. Disebabkan Haji Subir berkeras sangat meminta saya supaya tidak balik, terpaksalah saya penuhi kemahuannya bermalam saja di rumahnya
Dia menyembelih itik disebabkan says bersetuju tidak balik Sebab itulah pagi-pagi lagi saya ke rumah Alang Bumin memintanya menghantar saya ke perhentian bas.
Terkejut juga Alang Bumin apabila Lasim Tibai datang dalam keadaan cemas. Biasanya Lasim datang ke rumahnya sambil bertelaah kitab-kitab agama. Dia sudah menganggap Lasim Tibet itu sebagai seudara angkatnya.
"Kenapa ni Abang Lasim?" ter-sengih-sengih Alang Bumin menyambut ketibaan Lasim Tibai. Belum pun sempat Lasim Tibai menyahut, dia Iantas memperkenalkan saya kepada Lasim Tibai.
Setelah Lasim Tibai menerangkan masalah yang ditanggung Serilah, saya bersetuju mengikut Alang Bumin ke rumah Serilah, sebelum dia menghantar saya ke perhentian bas. Lagi pun tidak ada apa yang perlu saya kejar. Cuma perjalanan jauh dari Kuala Selangor itu eloklah awal sedlkit, supaya sampai di rumah tidaklah petang sangat,
 Disebabkan Alang Bumin mendesak saya ikut sama ke rumah Serilah, terpaksa jugalah saya menyetujuinya. Jalan yang dilalui itu melintasi rumah Haji Subir, kami singgah sebentar di rumahnya mengajak bersama-sama ke rumah Serilah. Serba salah juga Haji Subir apabila saya beriya-iya mengajaknya.
Semasa kami sampai, Marisah sudah memanggil beberapa orang jiran yang lain Masing-masing terpaksa menunggu Lasim Tibai balik untuk membuat keputusan sama ada mahu dihantar ke hospital atau pun tidak. Setelah saya bersama Haji Subir dan Alang Bumin serta Lasim Tibai masuk ke bilik, saya merasakan ruang, bilik itu terlalu panas.
Keadaan mulut Serilah semakin herot dengan tengkuknya terteleng tidak dapat bergerak
"Kita cuba doakan dulu" Haji Subir memberitahu jiran-jiran yang sudah berkumpul "Kalau perlu kita bawa ke hospital, lepas ni nanti kita bawalah dia ke hospital" katanya duduk di sisi katil.
Kemudian saya mencadangkan supaya Serilah dibawa turun dari katilnya disebabkan di situ agak sempit sedikit Haji Subir juga bersetuju supaya dibawa keluar dari bilik berkenaan.
Dengan bantuan jiran-jiran Serilah di bawa ke ruang tengah rumah limas itu. Dia hanya mengerang-ngerang tidak dapat menuturkan apa-apa pun. Ditambah lagi dengan mulutnya herot serta berbuih-buih pekat.
 Haji Subir tidak bertangguh membacakan Fatihah, Surat Al-lkhlas dan Ayatul-Kursi sambil menghembuskan ke muka Serilah. Kemudian saya mendengar dia membacakan Surat Ar-Ra'd dari ayat 11 hingga 16. Ketika ini Alang Bumin menjuruskan tangannya ke seluruh badan Serilah, hingga kelihatan tubuh Serilah tergenjur-genjur bagaikan layang-layang disentap tali.
Memang keadaan yang menimpa diri Serilah bukanlah sekadar penyakit biasa tetapi sukar hendak diterangkan. jari-jarinya mula mengerekot seperti udang udang dibakar. Jiran jiran yang sama melihat kejadian itu bertambah cemas dengan keadaan yang mengerikan mereka.
Bukan saja mulut Serilah terherot, maIah tulang pipinya juga penyet seolah-olah getah yang boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Kadangkala bibirnya melebar seperti ditarik, tetapi tiba-tiba pula mengecut dengan air liur melejeh-lejeh berlendir.
Marisah dan adik-adiknya hanya tersengguk-sengguk saja. Mereka sayu dengan kejadian yang menimpa diri emak mereka.
"Cukuplah, jangan menangis" Lasim Tibai memujuk Marisah yang tidak dapat menahan sebak di dada. "Pak cik dulu lagi sedih sewaktu merawat ayah kau. Kalau boleh sama-sama bacakan Surat Yassin" ujarnya melepaskan rasa geram yang mendongkol.
Hatinya seolah-olah tersentuh dengan sikap Marisah dan adik-adiknya yang menangisi emak mereka, sedangkan mereka tidak pernah ambil tahu sewaktu Abang Jilak terlantar di rumahnya. Cuma dia suami isterilah yang memberikan simpati terhadap lelaki malang itu. Tetapi kesedihan di hati Marisah tetap menusuk-nusuk. Dia memegang kaki emaknya yang keras mengerekot. Tubuh Serilah juga bagaikan lembik hingga kelihatan seperti getah yang boleh dibentuk-bentuk.
Kemudian saya mengisar dua tapak tangan lantas meng-hembuskan perlahan ke muka Serilah. Saya membacakan:
 Lail lah hail lal lah Wallahhu-akbar Sad-daqahu rabbahu pa-gala laillahhailla-ana wa-ana-akbar. Wa-iza-qala laillahhail-lahhu wandahu Ia-syarikalahu Qala-yaqulu laillahhailla-ana wandi-lasyarika-Ii. Wa-iza gala laillah haillahhul mulku-walahulhamdu Qala-laillahhailla-ana liyal hamdu' waliyal-mul-ku. Wa-iza qala-lail-lahhaillallahhu wala-haula wala-qauwata-illabillah qala-laillah-hailla-ana wala-hAu-lawala qauwata-illa-bi.
Selepas membacakan doa tersebut saya membiarkan diri saya tenggelam dalam silauan cahaya putih hingga terasa terapung-apung. Saya semakin jauh memisahkan diri dengan mereka yang duduk menghadapi Serilah yang terlantar. Ketika ini saya menembusi silauan cahaya putih itu, hingga ternampak seorang lelaki tampan berdiri memijak muka Serilah.
Lantas saya baca kan Surat AI-Ikhlas 17 kali menghembuskan ke arah lelaki berkenaan. Dia terpelanting ke tanah dengan terpinga pinga. Dari silauan cahaya putih yang mengepung diri saya dapat didengar sayup-sayup suara Haji Subir membaca kan ayat-ayat Quran Di samping itu gema zikir Alang Bumin juga menggegar di sekitar kawasan.
 Tetapi lelaki ini seolah-olah tidak menghiraukan suara bacaan Quran Haji Subir dan gema zikir Alang Bumin yang tidak melepasi silauan putih yang mengepung dirinya.
Lelaki itu bangun semula mahu memijak kepala Serilah, tetapi cepat-cepat saya hembus dengan doa Surat Al-lkhlas, Surat AI-Falaq dan Surat An-Nas. Lelaki itu terhumban jatuh. Dia memandang saya dengan heran.
"Jangan ganggu saya, ustaz!" kata lelaki itu mendengus marah.
"Saya tahu awak ni, Abang Jilak" ujar saya perlahan. "Saya terpaksa buat Abang Jilak macam ni, sebab menganiaya manusia!" saya memberi amaran keras.
"Tapi, dia isteri derhaka" sahut lelaki yang saya agakkan Abang Jilak itu.
"Itu terserah kepada Allah, bukan Abang Jilak yang menjatuhkan hukuman" tegas saya menggenggam tangan erat-erat dengan menyebut:
Ya Qafi Ya Wafi Ya Muafi Ya Zaljalal Wal ikram...
Dia terjerit-jerit menekup dadanya menahan kesakitan. Kemudian melutut menghadapi saya.
"Jangan buat saya macam ni, ustaz" katanya merayu dalam suara tertekan-tekan.
"Hazihi-jahana-mu I lati-qu ntu m-tu' adun" saya tidak menghiraukannya, terus membacakan doa tersebut dengan nyaring. Lelaki itu terhumban apabila direjam ketulan batu sebesar penumbuk bertubi-tubi. Terjerit-jerit dia menggelupur tidak dapat mengelak dari rejaman batu dari segenap penju ru.
Semakin banyak saya menyebutkan doa itu, semakin bertalu-talu rejaman batu tersebut menyinggah seluruh badannya. Dia terjerit tidak bertahan hingga seluruh tubuhnya mengalir darah.
"Ustaz juga tak boleh hukum saya macam ni, serahkan pada Dia Yang Maha Kuasa..." rintih lelaki itu terketar-ketar menahan ke-sakitan.
"Dia tu, siapa?" jerkah saya keras.
"Allah..." sahutnya perlahan memandang lesu ke muka saya.
"Sekarang bersumpah dengan nama Allah, Abang Jilak tinggalkan Kak Serilah!" kata saya tidak menghiraukan permintaannya.
"Ustaz tak boleh hukum aku" dia seolah-olah tidak mahu menurut perintah saya.
"Lanarjumana-kum Walayasmana-kum minna-azabun-alim"
saya membaca kan doa demikian disebabkan keengganannya menurut perintah saya.
Sekaligus rejaman panah berapi menerjah ke tubuhnya menyebabkan lelaki berkenaan berlari di sekeliling Iingkaran silauan putih itu mencari tempat berlindung. Tetapi ke mana saja dia mahu menyembunyikan diri rejaman panah berapi semakin banyak menyinggahi seluruh tubuhnya.
"Ampun ustaz..." laungnya dalam suara sayu. "Serilah ni, isteri derhaka, aku terpaksa buat macam ni" katanya terketar-ketar menahan kesakitan.
"Abang Jilak baliklah..., tinggalkan Kok Serilah!" suara saya keras memberi amaran. Biarlah Kak Serilah bertaubat. Abang Jilak tenteramkan hati baik-baik. Jangan ingatkan lagi hal di dunia ni. Ini bukan tempat Abang Jilak lagi" ujar saya semacam menasihatkan dia.
Dia menggeleng-geleng kepala bagaikan enggan meninggalkan tempat yang dilingkari silauan cahaya putih itu,
"Jangan berdendam Abang Jilak!" gema suara saya mula membingitkan telinganya, apabila dia terpaksa menekup telinga dalam ketakutan.
Sebaik dia melihat saya mahu menghentakkan tumit ke tanah, dia cepat-cepat melutut zambil menundukkan kepala. Dia mengangguk-ngangguk lemah seolah-olah bersedia mematuhi perintah saya.
"Aku mahu Lasim Tibai menjaga aku!" ujarnya per-lahan.
"Tak perlu...!" bentak saya mengejeknya. "Hanya Allah yang boleh memberi perlindungan pada sesiapa pun" tegas saya memberi isyarat supaya dia segera berundur.
Perlahan-lahan lelaki itu masuk ke dalam silauan, cahaya putih itu hingga seluruh tubuhnya tenggelam di situ. Setelah membaca Fatihah tiga kali, saya merasakan diri saya kembali terangkat melepasi lingkaran silauan cahaya putih itu. Apabila membuka mata, saya mendapati Haji Subir duduk di sisi saya. Serilah terbaring lesu dengan airmata berlinang. Mulutnya tidaklah terherot lagi, tetapi mukanya masih pucat. Ruam kasar yang tumbuh di kulitnya juga sudah beransur hilang. Tetapi Serilah masih terlalu lemah.
"Tak apalah Lasim, insya Allah dia akan sembuh" beritahu Haji Subir sewaktu kami menuruni tangga menuju ke kereta.
"Apa penyakit Kak Serilah tu, ustaz?" Lasim Tibai bertanya perlahan semasa membukakan pintu kereta.
"Entahlah..." sahut saya perlahan. "Kita hanya mendoakan supaya dia sembuh. Perkara sakit tu, hanya Allah saja yang mengetahui" jelas saya kerana sukar mahu memberitahu Lasim Tibai apakah sebenarnya yang menyelubungi keadaan Serilah ketika itu.