Perkara mimpi memang siapa pun tidak ambil
peduli sangat,apa lagi kalau memperbodohkan diri sendiri. Sebab itu Tok Kosim
tidak peduli apa-apa tatkala bermimpi terserempak lelaki tua belakang
berbonggol menunggu dia di simpang kampung. Tersengih-sengih sahaj lelaki tua
berkenaan beritahu dia fasal mahu bertemu tengah malam sebaik sahaja ayam
jantan berkokok.
Sewaktu sarapan pagi
menjamah rebus pisang mda tengah panas, Tok Kosim bagitahu juga pada isterinya
Utih Simih. Berdebar juga hati Utih
Simih apabila diberitahu demikian. Tetapi bukan mudah mahu mahu ingatkan Tok
Kosim kerana sikap keras hatinya tidak sesiapa yang boleh menghalang. Tidak
pernah dia mahu mengalah kalau sudah membuat keputusan.
Memang menjadi kegemaran dia
kalau keluar rumah akan balik sampai santak subuh. Tidak pernah pula Utih Simih
bertanya ke mana dia keluar setiap malam. Mudah sahaja Tok Kosim membentak
keras kalau Utih Simih membuka mulut. Sebab itu Utih Simih tidak peduli sangat
ke mana pun suaminya mahu bertandang sampai jauh malam, asal sahaja dia bangun
awal-awal pagi mahu ke kebun.
Kadangkala tahu sangat Utih
Simih memang suaminya dijemput orang berdukun ke rumah. Seisi kampung akan
datang menemui Tok Kosim sekiranya diganggu sakit sampai terkejang berhari-hari.
Manalah Tok Kosim boleh balik cepat ke rumah kalau dijemput hingga ke kampung
hilir.
Tetapi kalau dijemput orang
pun, Tok Kosim akan menjengah orang menyabung ayam. Mereka yang bersabung ayam
akan meminta Tok Kosim semburkan air jampi ke taji biar tangkas menghambur.
Siapa sahaja bersabung nescaya akan mengaji pawang masing-masing biar ayam
sabung tidak menjadi bacul tengah gelanggang.
"Awak nak bersabung
juga?" sengaja Utih Simih menegur tatkala Tok Kosim bersiap- siap untuk
turun ke tengah halaman. "Mimpi pun ada masa- nya betul juga," dia menambah
ingatkan Tok Kosim fasal mimpinya.
"Ah, sebelum tengah
malam, aku baliklah," beritahu Tok Kosim mencepak-cepak bibir terus
menuruni tangga.
"Kalau tak payah
bersabung malam ni, tak boleh ke?" mendengus juga Utih Simih disebabkan
Tok Kosim berdegil mahu juga turun menyabung ayam.
"Ah, awak orang perempuan,
apa tahu!" gerutu Tok Kosim apabila ditegah isterinya demikian.
Mendongkol benar hati Utih
Simih apabila kenang sikap suaminya berkeras sangat mahu menyabung ayam. Kalau
sudah asyik menyabung memang Tok Kosim tidak peduli lagi apa-apa mengenai rumah
tangga. Kadangkala anaknya Limah sakit perut tengah malam pun, dia masih belum
jejak kaki ke rumah. Terpaksa Utih Simih pupuk sahaja dengan daun sem- bung.
Walau takut turun ke hujung halaman mencari daun sembung, dia sapukan minyak
tanah sahaja biar kembung perut beransur seruh.
Memang Tok Kosim tidak
pedulikan anak isteri di rumah, apabila diajak menyabung ayam tengah malam.
Tatkala orang bersabung ayam, Tok Kosim diperlukan sangat menjadi pawang
menyeru bisa taji. Kalau tidak berpawang masakan ayam boleh menang bersabung
tengah gelanggang.
"Aku kena balik cepat
malam ni," bisik Tok Kosim se- waktu kawannya Deraman mula mengepit ayam
sabung di bawah ketiak.
"Kalau ayam kita
menang, buat apa balik cepat," sahut Deraman mendengus perlahan. Tidak
pernah pula Tok Kosim mengalah kalau sudah ikut sama- sama bersabung ayam.
Lainlah kalau ayam sabung mereka kalah, memang cepat sahaja ber- undur. Apa
lagi mahu ditagan- kan sekiranya ayam sabung moyok menjadi bacul tidak mampu
menghambur tinggi.
"Menang atau kalah, aku
kena balik cepat!" tegas Tok Kosim tidak mahu berbantah- bantah lagi.
"Utih Simih marah
ke?" sengaja Deraman mengusik apa¬bila kawannya tiba-tiba sahaja membuat
keputusan demikian.
"Hah, tak kena mengena
dengan Simih," ujar Tok Kosim mencebek bibir. Tersinggung juga dia apabila
dituduh menu- rutkan sangat kemahuan isteri hingga terpaksa balik cepat.
Ketika mereka sampai di
tempat sabung ayam, memang sudah ramai orang berkumpul. Apa lagi yang ditunggu
mereka di tengah kampung apabila malam menjelang kalau bukan bersabung ayam.
Masing-masing boleh bertagan seberapa perak pun dengan harapan boleh menang
berjudi.
Siapa sahaja tahu berjudi
sekalipun terpaksa sabungkan ayam' tengah gelanggang. Masing-masing bersorak
apabila ayam sabung yang mereka pilih menang di tengah gelanggang. feiarlah
ayam yang kalah ter- golek.dengan tembolok terburai ditusuk taji mereka tidak
peduli.
Judi ketika itu memang tidak
sama dengan judi ketika ini. Tetapi seisi kampung tahu sangat mereka yang
berjudi sabung ayam ketika itu memang mereka yang kaya. Siapa berani bertagan
kalau'sekadar rpenajak di tengah sawah sahaja* Lainlah Tok Kosim menjadi pawang
bersa¬bung, tidak payah bertagan pun dia memang mendapat upah.
Mengeluh pendek Deraman
apabila Tok Kosim mahu balik juga setelah ayam sabungnya menang. Dia tidak
peduli fasal Deraman mahu terus bertahan setelah dia jampikan bisa taji ayam
sabungnya. Biarlah Dera-man cekang mata sampai pagi kalau sudah asyik bersabung
akjjbat judi. Memang Deraman hidup matinya bersabung ayam sampai sanggup
bergolok bergadai tidak menentu.
Tetapi Tok Kosim juga tidak
cam sangat waktu apabila dia balik meninggalkan gelanggang sabung ayam. Manalah
dia tahu dinihari menjelang sewaktu dia jejak kaki di simpang kampung. Lagi pun
dia peduli sangat mengenai mimpi orang tua bongkok belakang berbonggol yang
mahu menemui dia di situ.
Tatkala dia sampai di
sim-pang kampung tiba-tiba sahaja Tok Kosim hilang pedoman. Dia tidak nampak
lagi lorong balik ke kampung, kerana di depannya tcbing tergendeng tidak,atfk
lorong di mana-mana. Ap&bila dia menoleh ke belakang keada- an gelap gelita
menutup pan- dangan.
"Huh, nak cari geruh
kawan nampaknya!" tersengih-sengih Tok Kosim setelah menyedari dia
terperangkap di situ. Saat ini dia tahu alamat dalam mimpinya bukan lagi
khayalan. "Kalau nak jumpa, keluarlah!" lantas sahaja Tok Kosim
mencabar sesiapa sahaja mahu mengujinya. %
Setelah beberapa minit dia
menunggu lelaki dua berbonggol belakang itu tidak juga men- jelma, tidak
bertangguh dia menghunus parang di pinggang- nya. Tok Kosim cancangkan
mata-parangnya ke tanah terus hentakkan tumitnya tiga kali. Sebaik sahaja dia
menyeru: Hai nenek tujuh petala langit, se- tinggi-tinggi sampai ke langit,
anak cucu diganggu musuh tarah - sekaligus tebing tergendeng itu terpokah. Dari
celah rekahan tebing itulah lelaki tua belakang berbonggol itu keluar dengan
menepis-nepis serpihan tanah yang melekat ke tubuhnya.
"Kawan ingat awak tak
mahu dalang, Kosim," ujar lelaki itu di tengah samar-samar dini¬hari yang
kelam.
"Tak ingin kawan nak
jumpa awak tu!" sahut Tok Kosim men- cemik muka sekalipun dia tidak nampak
sangat muka lelaki tua berkenaan. "Tapi, awak dah tunggu kawan, apa nak
buat," dia mengejek kerana tidak terniat langsung dia mahu menerima ajakan
lelaki tua yang menjelma dalam mimpinya itu.
"Awak cakap besar
nampak- nya, Kosim," tersinggung juga lelaki tua belakang berbonggoi itu
apabila diejek demikian.
"Kalau dada kosong,
kawan tak berjaian tengah malam macam ni!" sahut Tok ^Kosim semakin mirah
kerana dipalang oleh lelaki tua berkenacffh
"Jangan cakap besar,
Kosim!" tersengih-sengih lelaki tua belakang berbonggoi itu mengejeknya.
"Kalau awak nak jual,
bila- bila kawan beli!" tegas Tok Kosim tidak mahu mengalah apabila lelaki
tua itu berkeras mahu mengujinya.
Apa sangat lelaki bongkok
belakang berbonggoi itu kalau bandingkan dengan lembaga tinggi yang pernah
hadang jalan dia. Sekonyong-konyong sahaja lembaga tinggi itu tercegat di
depannya tatkala dia meranduk kegelapan malam. Semasa Utih Simih hampir sangat
mahu bersalin siapa lagi boleh diharap memanggil bidan kalau bukan dia sendiri.
Anaknya Limah masih kecil,
sekiranya Limah sudah dewasa pun masakan harap anak perem- puan meranduk
kegelapan malam demikian. Biarlah apa pun terjadi dia perlu memanggil bidan
biar Utih Simih mudah melahirkan anak. Setelah. Bidan Tiamah sampai keadaan
Utih Simih semakin bertambah sakit, tetapi masih juga tidak dapat meneran kuat.
Sebab itu Bidan Tiamah desak
dia panggilkan Dukun Mihat di seberang sawah. Dalam saat Utih Simih sukar
meneran, tentu tenaga Dukun Mihat diperlukan. Biar Dukun Mihat membakar
kemenyan menyeru mambang atau bunian menjelma. Tentu gangguan yang menyekat Utih
Simih akan bertempiaran lari sebaik sahaja Dukun Mihat membakar kemenyan.
Tidak bertangguh pula Tok
Kosim melompat turun ke tengah halaman. Dia perlu segera ke seberang sawah
memanggil Dukun Mihat. Tatkala dia bcr- gegas-gegas meranduk permatang sawah
itulah Tok Kosim terpelanting apabila ter- langgar tunggul. Semasa dia
mendongalo ke langit, bukan tunggul kayu yang dirempuhnya menyebabkan dia
terpelanting.
Tetapi di depannya lembaga
tinggi dengan kepalanya cecah ke awan. Tahu sangat Tok Kosim hantu tinggi yang
menghadang dia di situ. Marah benar dia di- hadang hantu tinggi semasa
bergegas-gegas mahu menjemput Dukun Mihat.
"Hah, keparat kamu nak hadang
jalan aku!" gerutunya lantas dia menerkam ke kaki Iembaga tersebut.
Sebaik sahaja dia menerpa,
Tok Kosim merasa seolah-olah liu terperosok ke,dalam rumpun padi. Bulu betis
lembaga itu panjang hlngga dia terperosok seolah-olah di tengah akar kayu
berceranggah. Ketika ini Tok Kosim terasa tubuhnya terangkat tinggi dihayun
oleh lembaga tersebut. Sekaligus dia berpaut kuat pada bulu betis hantu tinggi
itu sekalipun terasa angin menerobos kuat.
Setiap kali dia memandang ke
bawah Tok Kosim nampak laut dan pokok-pokok berbalam- balam disebabkan kaki
hantu tinggi melayang ke udara. Hantu itu seolah-olah mahu meIontarkan dia
jauh-jauh tatkala berpaut kuat pada bulu betis yang panjang sedepa.
Tujuh kali dihayun oleh
hantu tinggi itu kakinya, Tok Kosim tidak juga terpelanting jatuh. Dia tetap
berpaut kuat dengan perasaan marah yang memuncak. Memang dia sudah nekad tidak
akan melepaskan pautannya.
Disebabkan Tok Kosim tidak
tercampak jatuh, hantu tinggi itu turunkan semula Tok Kosim di atas permatang
sawah. Semasa dia mahu melompat keluar dari celah belukar bulu betis hantu
tinggi berkenaan, air mencurah dari atas laksana hujan lebat. Cepat-cepat Tok
Kosim bersembunyi di celah belukar bulu betis, elakkan daripada ditimpa air
kencing lembaga tersebut.
"Laknat kamu, nak
mandikan aku dengan air kencing kamu ke!" laung Tok Kosim masih berteduh
di celah belukar bulu betis yang lebat itu.
"Memang awak berani,
Kosim," dia mendengar suara hantu tinggi itu bergaung sayup di udara.
"Aku tak cari musuh,
tapi kamu yang sengaja nak cari geruh aku," segera Tok Kosim melompat
keluar setelah air mencurah dari atas berhenti serta merta.
"Kawan pun tak nak cari
musuh," sahut lembaga tinggi itu seolah-olah kepadanya diselaput awan
gelap yang tebal. "Awak ambillah bulu betis kawan tu sehelai, tanda kita
bersahabat," dia menyeru Tok Kosim supaya mencabut bulu betisnya sehelai.
Tidak bertangguh Tok Kosim
mencabut bulu betis hantu tinggi itu bagaikan lidi ijuk panjang sedepa. Setelah
bulu betis hantu tinggi itu disentapnya, sekaligus asap hitam lembaga tinggi
itu hilang bersama hembusan angin malam. Bergegas- gegas pula Tok Kosim ke
rumah Dukun Mihat. Apabila dia mengajak Dukun Mihat ke rumahnya orang tua itu
sekadar tersenyum sahaja.
Dia menyuruh Tok Kosim balik
sahaja ke rumah kerana isterinya sudah selamat melahirkan anak. Hairan jugaTok
Kosim bagaimana Dukun Mihat tahu mengenai isterinya sudah melahirkan anak,
dalam masa dia tidak berganjak ke mana pun. Apabila Dukun Mihat menuduh dia
terserempak hantu tinggi di permatang sawah, serba salah juga Tok Kosim mahu
berdalih.
Dukun Mihat juga tahu mengenai
bulu betis hantu tinggi yang disentap oleh Tok Kosim. Sebab itu dia tidak dapat
berbohong, kerana Dukun Mihat seolah-olah tercegat sama di sisinya tatkala
hantu tinggi itu menghadang jalan. Lantas sahaja Tok Kosim tunjukkan kepada
Dukun Mihat bulu betis hantu tinggi tersebut, sebelum dia berpatah balik ke
rumahnya.
"Nanti, kau ajelah jadi
dukun gantikan aku!" bisik Dukun Mihat setelah membelek-belek bulu betis
macam lidi ijuk panjang sedepa itu.
Memang Tok Kosim tidak tahu
apa-apa di sebalik tutur kata Dukun Mihat mengenai desakan dia menyuruh gantikan
tempatnya menjadi dukun di tengah kampung. Sebab itu dia terusl sahaja balik ke
rumah. Tatkala dia sampai di sisi isterinya, Utih 3 Simih sudah selamat
melahirkan : anak lelaki. Tidak pula Bidan Tiamah merungut apabila Tok 3 Kosim
lambat sangat balik daripada menjemput Dukun Mihat. |
Beberapa hari selepas kejadian
itulah, Dukun Mihat terkejang sakit akibat senak perut. Sengaja dia meminta
isterinya jemput Tok Kosim datang jengah ke rumah. Sewaktu Tok Kosim naik ke
rumah, tjdak bertangguh dia berjabat tangan lantas berbisik ke telinga. Tok
Kosim sekadar mpngangguk-angguk kepala sahaja seolah-olah berjanji menyimpan
rahsia baik-baik.
Selepas itulah Dukun Mihat:
meninggal dunia setelah Tok Kosim buangkan anak tangga rumah bongsu, atap
perabung, sekeping dan lantai juga sekeping. Semasa mayat dibujurkan keluarga
Dukun Mihat juga tidak membantah apabila Tok Kosim memukul tiga kali bahagian
pusat dengan lidi ijuk sepanjang sedepa. Mereka tidak berani bertanya apa-apa,
kerana Dukun Mihat sudah ingatkan mereka jangan membantah apa- apa kalau Tok
Kosim lakukan.
Tetapi mereka tahu Tok Kosim
sekadar lakukan seperti petua yang ditunjukkan oleh Dukun Mihat. Beberapa kali Dukun
Mihat beritahu mereka mengenai Tok Kosim yang , gantikan dia menjadi dukun di tengah
kampung. Tentu Dukun Mihat sudah mengetahui siapa R|ahaja akan menggantikan dia
menjadi dukun.
Memang Tok Kosim sudah
diberitahu oleh Dukun Mihat sebaik sahaja dia tunjukkan bulu betis hantu tinggi
tersebut. Sewaktu dia dihadang hantu tinggi memang Dukun Mihat tercegat sama di
tengah sawah. Dukun Mihat sudah bersetuju hantu tinggi tersebut mahu berdamping
dengan Tok Kosim. Sebab itu Tok Kosim tahu rahsia yang menyelubungi Dukun Mihat
Kelama menjadi dukun di tengah kampung.
Tok Kosim sendiri melihat
kejadian Dukun Mihat ditimpa pokok kelapa ditebang orang. Belum sempat mereka
yang menebang kelapa melaung menyuruh Dukun Mihat berlindung, sekaligus pokok
kelapa itu terhumban menerpa ke arahnya. Terjerit kuat mereka yang melibat
kejadian itu apabila Dukun Mihat ditimpa keras pokok kelapa ditebang.
Sebaik sahaja batang kelapa
itu menghentak kuat, mereka nampak Dukun Mihat menampan tangannya. Batang
kelapa ditebang itu tersangkut pada tangan Dukun Mihat tidak terhempas ke bumi.
Tersengih- sengih sahaja Dukun Mihat meletakkan batang kelapa tumbang
terlanggai pada tangannya yang ditampan ke atas.
Tetapi siapa pun tidak berani
bertanya apa-apa. Mereka bimbang akan dijerkah Dukun Mihat. Muka orang tua itu
garang dengan misainya berkeluk panjang, memang gerun siapa sahaja bertentang
mata dengannya. Perkara batang kelapa tumbang menimpanya tidak memberi bekas,
tidak penting sangat kepada mereka. Kalau tidak gagah perkasa masakan Dukun
Mihat boleh menjadi dukun di situ.
"Kamu jangan gunakan
antan pengemping, kalau memukul sesiapa pun!" Dukun Mihat ingatkan dia
setelah menyedari hantu tinggi mendampingi Tok Kosim.
Tok Kosim tidak menyahut.
Dia tahu Dukun Mihat sudah sekian lama berdamping dengan hantu tinggi yang
menjelma tatkala menghadang jalannya. Apabila hantu tinggi mahu mencari tuan
baru, Dukun Mihat sudah dapat mengagak dia tidak boleh bertahan lama. Biarlah
Tok Kosim pula jadi tempat berangguh hantu tinggi sampai bila pun.
Sebab itu dia tidak bimbang
apa-apa pun sebaik sahaja lembaga orang tua bongkok belakang berbonggol
menunggu di simpang kampung. Kalau hantu tinggi dia boleh terkam betisnya, apa
sangat dengan puaka lain yang cuba mahu menguji. Tidak siapa pun puaka berani
berhadapan dengan hantu tinggi yang menyerbu bersama ribut kencang memukul
pohon-pohon pokok hingga tumbang tidak bergalang.
Cepat sahaja Tok Kosim
perintahkan isterinya Utih Simih membakar lada kering, garam dan lengkuas
kering di dapur sekiranya ribut kencang melanda kampung. Nescaya ribut akan
berhenti serta merta sebaik sahaja lada kering, garam dan lengkuas sering itu
dibakar hingga baunya menusuk sampai tersedak-sedak..
Memang Tok Kosim tahu petua
semasa hantu tinggi melintas menyebabkan sekeliling bergegar seperti dilanda
ribut. Hantu tinggi itu merempuh dengan muka mendongak ke langitkerana tidak
boleh tunduk- kan kepalanya. Hanya mereka yang menjadi pawang seperti dia atau
arwah Dukun Mihat sahaja tahu mengenai asal usul hantu tinggi.
Setelah asal usul hantu
tinggi itu disebut di depannya nescaya lembaga hantu tinggi akan lemah
terkulai. Dia tidak akan berani berdepan dengan pawang seperti Tok Kosim yang
mampu bergayut kukuh pada betisnya. Hah, kenapa lembaga orang tua bongkok belakang
berbonggol itu berani mencabar dia dalam saat demikian?
"Kawan tak cari musuh,
tapi kalau awalT sengaja nak cari geruh, kawan-tak menolak!" bentak Tok
Kosim memijak hulu parang yang tercancang di tanah.
"Awak sebenarnya tak
reti mencari kawan," lelaki tua bongkok itu mengejek sehingga nampak
berbayang laksana kerbau jantan tengah garang.
"Hah, orang rimba rupanya,
awak mahu?" lantas Tok Kosim mencebek bibir setelah mengagak hantu raya
menghadang jalannya.
'Kawan nak tolong awak,"
tu lelaki tua bongkok itu tersengih-sengih.
"Apa yang awak boleh tolong,
orang tinggi dah ada jaga kawan,” sahut Tok Kosim tidak harapkan siapa pun
membantu sekalipun hantu raya di depanya.
“Ramai sahabat bukanlah
untung?" semakin galak lelaki bongkok itu mengejeknya hingga kedengaran
kakinya menghentak-hentak ke tanah laksana kerbau jantan mengheret di tengah
sawah.
"Awak jangan cuba nak
bodohkan kawan, ingat!" terus Tok Kosim melompat menyepak kuat ke dagu
lelaki tua bongkok itu.
Belum sempat lelaki tua jkok
itu mahu mengelak lantas dia mencekak
tengkuk. Ditekannya ke tanah hingga tertumus muka menyebabkan lelaki tua itu
mendengus-dengus laksana kerbau disembelih. Meronta-ronta lelaki tua bongkok
itu mahu melawan, tetapi tenaga Tok Kosim lebih gagah sama seperti hantu tinggi
yang merempuh seperti ribut menderu.
Dia tidak mahu hantu raya menjelma
seperti orang tua bongkok belakang berbonggol itu memaksa dia mematuhi
perintahnya. Lainlah kalau dia menyeru supaya datang membantu tatkala membakar
kemenyan, memang Tok Kosim bersedia menerima. Ketika ini tentu hantu tinggi
akan mengetuai siapa sahaja puaka yang diserunya datang menjelma.
Tetapi jelmaan lelaki tua
bongkok itu seolah-olah mahu mendesak dia mematuhi syarat sekiranya mahu
bersahabat. Tok Kosim tidak akan menerima siapa pun puaka mahu bersahabat,
kalau tidak menjelma bersama hantu tinggi. Sebab itu dia tidak teragak-agak
mencekak leher biar hantu raya yang menjelma menjadi orang tua bongkok itu
tidak tunjuk keras kepala.
"Kalau awak tak mahu
bersahabat tak apa, Kosim!" lelaki tua bongkok itu mendengus minta
dilepaskan tengkuknya yang dicekak kuat.
"Kawan tak mahu awak
tunjuk pandai, tahu?" bentak Tok Kosim ingatkan jelmaan lelaki tua bongkok
itu.
Terketar-ketar lelaki tua
bongkok itu menahan kesakitan akibat muka tertumus ke tanah. Setelah lelaki tua
bongkok itu mengaku kalah, dia melihat tebing tergendeng menghadang jalannya
hilang laksana kabus dirempuh angin. Simpang jalan masuk ke kampung jelas boleh
dilalui sete|ah lelaki tua berbong- gol belakang itu Iembik tidak bermaya ditumus
muka ke tanah.
Ketika dia balik ke rumah,
Utih Simih tersengguk-sengguk membuka pintu. Dia tidak dapat menahan sebak
tatkala melihat anaknya Limah terkejang tidak sedarkan diri dengan darah meleleh
di mulut bagaikan tertumus ke lantai. Memang Utih Simih tidak tahu mahu
berikhtiar dalam saat demikian, kerana anak-anak yang lain masih kecil. Siapa
boleh diharapkan mahu meminta bantuan jiran-jiran sekiranya Tok Kosim tidak ada
di rumah.
"Dah lama Limah kena
macam ni?" keluh Tok Kosim melihat keadaan anaknya terkejang tidak
bergerak apa-apa.
"Sejak masuk tengah
malam," ujar Utih Simih tersengguk-sengguk menahan rasa sebak yang
menusuk.
"Tak apalah, belum
tentu geruh siapa lagi!" sahut Tok Kosim menggertap bibir lantas mengambil
bulu betis macam lidi ijuk yang diselitnya di bumbung rumah.
Apabila dia mencapai bulu
betis hantu tinggi, terkejut benar dia kerana tinggal sejengkal sahaja.
Sebahagian lagi sudah rentung macam disambar api. Masa bila pula api menyambar
disebabkan ianya terselit tinggi di bumbung atap. Siapa pun tidak perasan
apabila diselitkan tinggi di bumbung atap.
Berdebar juga hati Tok Kosim
apabila kenang bulu betis hantu tinggi yang sudah terbakar itu. Tentu mala
petaka akan menimpanya setelah mendapat tanda dengan keadaan. bulu betis hantu
tinggi berkenaan. Manalah tahu geruh menunggu sama ada dirinya atau anaknya
Limah.
Kalau geruh menimpa Limah
memang dia akan bertahan. Biarlah dirinya menjadi galang ganti kalau sudah
tidak dapat dielakkan lagi. Jidak ada sebab dia mesti mengalah, kalau tidak pernah
gunakan hantu tinggi melakukan kejahatan. Lainlah kalau hantu raya yang mudah
gelap mata apakala melihat harta dunia.
Sebab itu dia tidak mahu berdamping
dengan hantu raya kalau berdukun di tengah kampung. Lambat laun hantu raya yang
menjelma bagaikan lelaki tua bongkok berbonggol belakang itu akan musnahkan
keluarganya juga. Kalau tidak dijamu dengan nasi sekawah serta lembu seekor
nescaya anknya akan menjadi mangsa.
Tahu sangat dia fasal bapa
saudaranya Itam Kumin yang memlihara hantu raya, memang seisi kampung kagum
kalau dia mengheret batang sagu rembia balik ke rumah. Kerbau jantan tengah
berang pun mudah sahaja dicekak tanduk sampai binatang itu tidak dapat bergerak
langsung. Memang seisi kampung tahu
mengenai Itam Kumin memelihara hantu raya, siapa pun tidak berani jejak kaki
masuk ke dusunnya.
Kalau sesiapa gagahi juga
mahu meranggah buat rambutan tengah masak ranum dalam dusunnya, nescaya mereka
terserempak Itam Kumin terconggok di celah dahan pokok rambutan. Sudah tentu mereka akan terkemamar sampai
rebah pitam tidak sedarkan diri. Terpaksa jemput Itam Kumin juga pulihkan
sebelum melarat menjadi nanar tidak menentu.
Sebab itu seisi kampung
tidak berani jejak kaki ke halaman rumah Itam Kumin. Buah kelapa jatuh bergolek
di hujung halaman pun mereka tidak berani sentuh. Sudah tentu hantu raya
peliharaannya akan menjelma sama seperti Itam Kumin terconggok di depan mereka.
Asal sahaja mereka melihat kelibat hantu raya menjelma macam Itam Kumin sudah
tentu mereka akan pengsan tidak sedarkan diri.
"Hah, hantu raya nak
cari geruh aku!" gerutu Tok Kosim apabila melihat bulu betis hantu tinggi
yang disimpannya terbakar hingga kontot tinggal sejengkal.
Dia tahu hantu tinggi tidak
akan ganggu sesiapa pun, kalau tidak dicabar atau melanggar pantang larangnya.
Hantu tinggi juga tidak akan menyusup masuk ke dalam rumah sama seperti hantu
raya yang boleh mencuri emas atau duit dalam simpanan. Selama dia gunakan hantu
tinggi semasa berdukun, Tok Kosim tahu memang tidak pernah hantu tinggi ganggu
sesiapa pun. Lainlah kalau mereka sengaja bercakap angkuh mahu tengadah muka.
"Saya dah cakap jangan
keluar malam," rungut Utih Simih marahi dia kerana ber- degil mahu
bersabung ayam setelah diganggu mimpi mengenai lelaki tua bongkok mahu menemui
dia di persimpangan kampung. "Tapi, awak keluar juga mencari geruh!"
kesal benar Utih Simih dengan kejadian yang menimpa Limah.
"Tak apa, biar hantu
raya ni tunjuk keras kepalanya!" semakin marah Tok Kosim dengan gangguan
yang menimpa anaknya itu.
"Jenis hantu mana pun,
memang tak boleh dibuat baik," Utih Simih tidak mahu suaminya pertahankan
sangat hantu tinggi yang selama ini digunakan untuk berdukun. Manalah suami nya
tahu hantu tinggi tidak ganggu keluarga mereka. Kalau benar tidak ganggu kenapa
hantu tinggi tidak pertahankan Limah daripada diganggu hantu raya dalam masa
Tok Kosim tidak ada di rumah.
"Hantu tinggi tak
mengusik orang," sahut Tok Kosim tetap pertahankan hantu peliharaannya
disebabkan dia tahu asal usul jelmaan tersebut.
"Mana awak tahu dia tak
mengusik?" ujar Utih Simih gelisah dengan keadaan Limah masih terkejang
tidak bergerak- gerak badan.
"Kalau tak pukulkan
antan pengemping. hantu tinggi takkan mengusik!" Tok Kosim ingatkan
isterinya mengenai pantang larang semasa dia berdukun.
Terdiam Utih Simih apabila kenang
anaknya Limah merentap antan pengemping di celah gelegar rumah tatkala ular tedung
hitam berlingkar di bawah lesung. Terkejut Limah disebabkan ular tedung senduk
berwarna hitam berkilat itu tidak berganjak sebaik sahaja terserempak.
Tidak sempat dia mencapai
buluh pengampai kain mahu mcnghembat ular tedung berkenaan. Sebab itu tidak
bertangguh dia sentap antan pengemping di celah gelegar. Sekali hembat sahaja kepala
ular tedung itu remuk tldak bersisa. Badannya sahaja berbelit-belit dengan
kepala tidak boleh diangkat lagi setelah remuk dihentak Limah dengan antan
pengemping.
Sengaja Utih Simih tidak
beritahu suaminya mengenai Limah menghambat kepala ular tedung senduk dengan
antan pengemping. Tentu Tok Kosim membentak marah kalau keluarganya gunakan antan
pengemping memukul apa pun semata-mata lepaskan geram. Bayang antan pengemping
itu memang mendebarkan hati hantu tinggi seolah-olah lembing Malim Kerimun
dilontarkan ke arahnya.
Manalah Utih Simih tahu
mengenai Malim Kerimun mencari nyahnya yang hilang di hutan semasa memburu rusa
putih semata-mata disebabkan isterinya mengidam sangat mahu menjamah daging
rusa putih. |Setelah berpuluh-puluh ekor rusa dibunuh tidak satu pun berwarna
putih, menyebabkan Malim Tinggi terperangkap di tengah rimba. Dia disumpah
menjadi hantu tinggi disebabkan tidak dapat hidupkan semula rusa-rusa yang
sudah dibunuh. Memang Malim Tinggi sendiri tidak dapat menemui anaknya Malim
Kerimun lahir setelah meninggalkan rumah berburu ke hutan.
Setelah Malim Kerimun dewasa
barulah dia masuk ke hutan mencari ayahnya yang hilang. Tetapi dia sekadar menemui
jelmaan ayahnya yang telah disumpah menjadi hantu linggi hingga berjalan mendongak
ke langit. Sebab itu ayahnya Malim Tinggi ingatkan dia jangan gunakan antan
pengemping yang boleh mematahkan tulang kentingnya.
Memang Tok Kosim tidak perlu
beritahu rahsia Malim Tinggi dan Malim Kerimun itu kepada isterinya. Mereka
yang tidak memahami kejadian masa lalu, memang tidak patut tahu apa-apa
mengenai rahsia tersebut. Lagi pun mereka yang sengaja mahu mencari rahsia
hantu tinggi dengan tidak mendekati hantu tinggi itu nescaya akan jadi tidak
siuman.
Sebab itu dia tidak mahu
beritahu apa-apa mengenai hantu tinggi kepada isterinya. Apabila diberitahu
oleh Utih Simih mengenai anaknya Limah memukul kepala ular tedung senduk dengan
antan pengemping, cepat-cepat Tok Kosim mem- belek-belek muka Limah. Darah yang
meleleh di mulut Limah seakan-akan kepala ular tedung senduk remuk dihentak
dengan antan pengemping.
Setelah membakar kemen-yan,
Tok Kosim yakin dapat memulihkan anaknya. Dia mengisar tapak tangan lantas
mengusap-usap muka tiga kali. Kemudian dihembus ubun-ubun Limah tiga kali
dengan meng-genggam erat dua tangannya. Apabila asap kemenyan berlabun memenuhi
tengah rumah, Tok Kosim mula menyeru:
Hai,
saudaraku yang berempat, berlima dengan aku, Tok Ketayan Bumi di kananku, Tok
Ketayan Langit di kiriku, Tok Ketayan Laut di depanku, Tok Ketayan Angin di
belakangku, engkau jaga pelihara aku, engkau jaga pelihara anakku Limah.
Habis sahaja dia menyeru
Utih Simih terasa ribut kencang di luar memukul pokok-pokok kayu di keliling
rumah. Serentak dengan itu hujan juga turun lebat mendesah-desah menimpa atap.
Bulu betis hantu ting'gi tinggal sejengkal itu juga diasap oleh Tok Kosim
dengan kemenyan, hingga bulu roma Tok Kosim memercik darah laksana peluh
merenik-renik.
Kemudian sayup di udara Utih
Simih terdengar bunyi orang mendehem batuk beberapa kali. Tetapi Tok Kosim
sekadar menunduk sahaja dengan mata terpejam. Dia sekadar memberi isyarat
supaya Utih Simih terus membakar kemenyan biar asap-nya jangan hilang.
"Macam mana anak kawan
ni, Tok Malim Kerimun?" Tok Kosim merungut seolah-olah Malim Kerimun
tercegat di depannya sekalipun Utih Simih melihat tidak sesiapa pun dilawan
bercakap oleh Tok Kosim.
Memang siapa pun tidak menyahut,
tetapi Tok Kosim tersenyum dengan mengangguk- angguk kcpala. Dia seolah-olah
mendengar bisikan Malim Kerimun dalam masa ribut masih kencang di luar.
Beberapa kali Tok Kosim mengisar tapak tangan seolah-olah menunggu petua yang
ditunjukkan oleh Malim Kerimun.
"Limau tujuh jenis,
bunga tujuh warna, daun sepulih dan daun setawar," tutur Tok Kosim memberi
isyarat supaya Utih Simih ingatkan bahan yang diperlukan itu. Tahu sangat Utih
Simih apabila Malim Kerimun tidak ada lagi di sisinya nescaya Tok Kosim tidak
tahu apa-apa pun mengenai bahan ubat yang disebutkanya sendiri.
Darah meniercik seperti
peluh di ceiah bulu roma Tok Kosim serta merta kering sebaik sahaja ribut
kencang berhenti. Hujan juga tidak lagi mendesah mencurah turun menimpa atap.
Ketika ini Limah mula membuka mata menggeliat-geliat lesu memanggil emaknya.
Tok Kosim tidak bertanya
apa-apa. Dia tahu bahan ubat yang disebutnya itu perlu langirkan ke kepala
Limah sebelum matahari naik sepenggalah. Hampas limau berkenaan mesti
dihanyutkan ke tengah arus sungai. Memang Tok Kosim sudah tahu petua yang mesti
dilakukan biar anaknya pulih semula. Dia tidak perlu memberitahu isterinya
mengenai gangguan yang menimpa Limah, sekalipun Utih Simih menuduh anaknya
melanggar pantang larang memukul ular tedung senduk dengan antan pengemping.
Memang jauh di lipatan hatinya
Tok Kosim berdendam dcngan lembaga lelaki tua bongkok dengan belakang
berbonggol yang menghadang jalannya di simpang kampung. Lantas sahaja dia
menuduh hantu raya mahu perdayakan dia biar mematuhi kemahuannya gunakan puaka
rimba itu.
Tetapi Tok Kosim, tidak akan
mengalah. Hantu raya mudah mengganggu jiran kalau tidak dijaga cukup. Manalah
dia mampu mengawal sekiranya hantu raya menjelma seperti dirinya sendiri. Tentu
seisi kampung akan mengutuk dia sama seperti dialami Itam Kumin apabila hantu
raya bertukar menjadi pelesit yang merasuk.
"Aku tak mahu lagi bersabung
ayam!" ujar Tok Kosim apabila didesak oleh Deraman turun semula ke
gelanggang sabung.
"Ah, takkan tok pawang
mudah mengalah," usik Deraman setelah diberitahu mengenai kejadian yang
menimpa Limah.
"Tok pawang tak
mengalah, tapi yang mengalah Kosim," jelas Tok Kosim tidak mahu lagi
dipujuk.
"Dia tak mahu keluar
malam lagi," sahut Utih Simih pula kerana menyedari suaminya tidak pernah
lagi keluar malam, setelah dihadang lembaga lelaki tua bongkok belakang ber-bonggol
itu.
Tetapi Tok Kosim sengaja
rahsiakan fasal bulu betis hantu tinggi tinggal sejengkal apabila dia
mencapainya di celah perabung atap. Memang Dukun Mihat sendiri sudah ingatkan
dia sekiranya bulu betis itu hilang bermakna ajalnya sudah hampir menjelang.
Beberapa kali dia merungut
dalam kegelisahan, tetapi Utih Simih memujuknya. Utih Simih ingatkan dia
mengenai ajal maut dan jodoh pertemuan hanya ditentukan oleh Allah. Siapa pun
tidak tahu mengenai perkara yang ditentukan oleh Allah semata-mata. Hanya
beberapa bulan selepas Limah terkejang sakit itulah, Tok Kosim diganggu sesak
nafas. Tiga hari dia menderita sesak nafas, Tok Kosim meninggal dunia dengan bulu
romanya merenik-renik darah.
Apabila kenang kejadian yang
menimpa Tok Kosim itu memang bimbang juga Anjang Sahir, sekalipun dia sekadar
keturunan sahaja dari pawang berkenaan. Memang dia tahu keturunannya dari Tok
Kosim yang menjadi pawang besar sejak bertahun-tahun. Sekalipun sudah lima enam
keturunan, manalah tahu saka hantu tinggi itu masih lagi menjelma di mana-mana.
"Memang saya ni
keturunan Pawang Tok Kosim, ustaz," beritahu Anjang Sahar sebaik sahaja
saya tanyakan mengenai tanah kampung peninggalan arwah neneknya. "Tapi,
saya tahu mahu ambil saka peninggalan dia!" ujarnya kerana bimbang
diganggu hantu tinggi yang mahu mencari tuan.
Arwah neneknya berkeras
tidak akan menjual tanah pesaka peninggalan Tok Kosim semata-mata takutkan saka
hantu tinggi akan merasuk keturunan. Neneknya Uda Lijah memang cucu Limah anak
Tok Kosim, namun dia yakin saka hantu tinggi Tok Kosim tidak akan mengganggu.
Sejak turun temurun Uda
Lijah diberitahu mengenai bulu betis hantu tinggi itu hilang setelah tinggal
sejengkal sahaja disimpan oleh Tok Kosim. Lain- lah bulu betis itu tinggal jadi
pesaka disimpan urun temurun, tentulah saka hantu tinggi itu mencari tuan. Tahu
sangat Uda Lijah neneknya Limah mengakui apabila ayahnya Tok Kosim meninggal
dunia, hantu tinggi itu tidaklah tinggal bersama keluarnya
Tok Kosim juga ingatkan ,
isterinya Utih Simih supaya jauhkan dari hantu raya, yang akan merasuk
keturunannya apabila mereka meninggal dunia. Sebab itu Anjang Sahar bimbang
juga sekiranya hantu tinggi itu menjadi saka yang mengancam keturunannya.
Setelah neneknya Uda Lijah meninggal dunia, tidak bertangguh dia jualkan sahaja
tanah pesaka. berkenaan kepada Latip Sogek.
Semenjak dirikan rumah di
atas tapak tanah pesaka yang dibeli dari Anjang Sahar itulah Latip Sogek
merasakan rezekinya seolah-olah tertutup. Hasil kebun kelapanya semakin merosot.
Anak-anaknya juga silih berganti diganggu sakit tidak menentu hingga dia merasa
tidak tenteram.
Semasa Ustaz Salam datang ke
rumah saya bersama Latip Sogek, saya sendiri tidak menyangka masalah demikian
menekan perasaannya. Tetapi apabila dia beritahu mengenai hasil kebun kelapanya
selama ini kian merosot, kebimbangannya bukan disebabkan peraih tidak membayar
wang mengikut jadualnya, tetapi disebabkan tapak rumah yang dibeli dari Anjang
Sahar.
Mudah sahaja Anjang Sahar jualkan
tanah pesaka berkenaan dengan harga terlalu murah. Dia sendiri tidak sanggup
mahu membersihkan kawasan tanah berkenaan yang banyak ditumbuhi durian dan
rambutan. Disebabkan Latip Sogek beritahu tanah tersebut kepunyaan waris Anjang
Sahar, sengaja saya mengajak mereka menemui itu.
"Jadi, Anjang Sahar
jual kerana saka hantu tinggi?" kesal juga Latip Sogek disebabkan tidak
usul periksa membeli tapak tanah mendirikan rumahnya itu. Kalau mahu dirobohkan
rumah berkenaan tentulah dia sudah semakin rugi.
Terkebil-kebil mata Anjang
Sahar. Memang dia bersalah tidak beritahu Latip Sogek mengenai tanah
peninggalan Tok Kosim itu. Kalau dia beritahu tentu siapa pun tidak berani
membeli sekalipun dengan harga murah. Tanah pesaka memang meninggalkan saka
kalau tidak berhati-hati memilikinya.
"Tok Kosim dulu memang
memelihara hantu tinggi," jelas Anjang Sahar setelah didesak oleh Ustaz
Salam.
"Hantu tinggi tu yang
menutup pintu rezeki saya!" keluh Latip Sogek kerana terasa sangat
perihnya dia menanggung kesusahan mata pencarian semenjak membeli tanah pesaka
peninggalan arwah Uda Lijah.
"Rezeki ditentukan oleh
Allah, Latip," lantas Ustaz Salam ingatkan dia disebabkan Latip Sogek
tidak dapat mengawal perasaannya. "Tok Kosim dah lama meninggal dunia, tak
baik kita ungkit-ungkit," ujarnya perlahan kerana menyedari Latip Sogek
kesal benar membeli tanah tersebut.
"Saya cuma nak tahu
mengenai tanah yang dibeli oleh Latip, itu aje," segera saya mencelah
apabila Latip Sogek terkilan sangat dengan Anjang Sahar sengaja jualkan tanah
pesakanya semata-mata mahu elakkan diri diganggu saka hantu tinggi Tok Kosim.
"Kalau saya tahu tanah
lu saka, saya tak akan beli, ustaz!" gerutu Latip Sogek masih tidak dapat
menahan perasaan kesal yang mendongkol.
Tiba-tiba sahaja Latip Sogek
merentap-rentap rambutnya apabila saya bacakan perlahan:
Huwal
haiyu la-ilaha illa huwa fad-'uhu mukhlisina lahuddin, alhamdulillahhi rabbil
'alamin.
Dia juga terketar-ketar
apabila saya ulangi membaca doa itu
diikuti dengan 11 kali surah al-Ikhlas.