Tuesday, February 27, 2018

268. TENGKORAK DALAM GELUK AIR


Kehampaan terbayang di wajah Pak Jubin, setelah Mat Natar tidak dapat datang. Mat Natar sendiri sedang uzur. Kalau tidak kerana perlu balik menyampaikan berita berkenaan, tentu Delit sendiri tidak mahu meninggalkan ayahnya. Bagaimanapun dia berjanji akan balik semula menernui ayahnya di Pelangai.
Tetapi Mat Natar tidak mahu anaknya menunggu dia. Sekalipun sakitnya tenat, namun Mat Natar tidak bimbang. Dia tidak mernertukan Deliit berada disisinya. Memang Mat Natar yang berkuat menyuruh anaknya balik segera ke kampung.
"Sakit ayah tu lain macam sikit" keluh Delit bila kenangkan ayahnya terbaring tercungap-cungap di tempat tidur. "Dah tenat macam tu pun, dia masih tak mau berubat" dia macam menyesali sikap ayahnya tidak mahu berubat.
"Dia berubat sendiri agaknya  Mak Jidah menduga.
Delit mengangguk "Cakap makcik macam itulah. Dia bangun juga tengah malam berubat sendiri" jelasnya.
Bagaimanapun Pak Jubinlah yang benar-benar keciwa. Dia memang berharap sangat Mat Natar dapat menolong. Pak Jubin tahu bajang pe!iharaan itu memang mencari geruh. Bila sudah disebutnya mahu makan, bermakna memang bajang tersebut mahu mencari mangsa.
Pak Jubin tetap bertahan. Dia akan gunakan apa juga kebolehannya supaya tidak ada siapa pun di kampung itu menjadi mangsa. Malah hatinya mula bertambah yakin dengan adanya bantuan dari Lebai Cot. Dia merasakan Lebai Cot sengaja menyembunyikan kebolehannya selama ini.
Malam mereka berkumpul lagi di rumah Utih Mun. Perempuari itu masih juga terientang, walaupun sudah mula sedarkan diri. Tetapi keadaannya masih lemah. Seluruh tubuhnya merasa sakit-sakit bagai kan dicucuk dengan onak. Dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Asal saja digerakkan terasa pedih di setiaip anggota seolah-olah dihiris dengan sernbilu
"Kalau Mat Natar uzur, memang tak bolehlah kita paksa dia ke mari   keluh Jubin mengerling ke arah Mat Kidam.
Mat Kidam tersengih-sengih. Betul juga kata Pak Jubin. Masakan mereka dapat memaksa Mat Natar datang sekiranya dia sedang uzur. Bagaimana dia mahu menolong orang lain, kalau dirinya juga sedang uzur? Sekiranya Mat Natar tidak uzur bila-bila dia boleh memujuk. Mat Natar tidak akan menolak kalau kena cara pujuknya.
Tetapi apakan daya Mat Natar tiba-tiba saja uzur. Mungkin bajang pe-iiharaan itu sudah tahti Delit bersama Ahjang Mamud pergi ke Pelangai meminta pertolongan Mat Natar. Sebab itu dia sengaja menyerang Mat Natar supaya dapat dihalang kedatangari bekas dukun besar itu.
"Habis macam mana ke gayanya, kalau abang Mat Natar tak datang?" soal Mak Jidah gelisah. Bimbang juga dia dengan rnasalah yang penduduk-penduduk kampung hadapi. Bukan seorang dua yang akan diancam, tetapi seluruh kampung itu termasuk dirinya juga tidak lepas dari ancaman bajang pe-liharaan berkenaan. Apa lagi .Pak Jubin sendiri sudah tidak berdaya untuk, bertahan sehingga memerlukan bantuan Mat Natar. Sedangkan Mat Natar pula tidak dapat datang akibat keuzuran yang tiba-tiba saja menyerangnya.
Bajang peliharaan itu tidak sama dengan pelesit atau jembalang atau polong. Pelesit akan lari kalau tidak berdaya mengalahkan dukun yang bertahan, teta-pi bajang peliharaan akan datang lagi. Dia akan terus mengancam siapa saja di dalam satu. kampung. Seisi kampung akan dianggap bersubahat dengan dukun yang berani bertahan, sebab itulah seisi kampung perlu dimusnahkan.
"Macam mana dukun?" ulangi Mak Jidah.
"Macam mana apa pula ni. !" sahut Alang Jono mengerling Mak Jidah gelisah macam kucing jatuh anak.
"Kalau abang Mat Natar tak datang?" Mak Jidah Meng-gertap bibir.
"Berserah saja pada Allah  cepat-cepat puIa Lebai Cot menyampuk.
"Takkan boleh berserah dengan tak berikhtiar Cot" Mak Jidah rfiendengus pada adik sepupunya itu.
"Insya Allah ." jelas Lebai Cot perlahan.
"Kita mesti ikhtiar juga!" kata Mak Jidah macam mendesak supaya Mat Natar dijemput juga.
Pak Jubin mendehem. Dia memerhati kelengkapan ubat yang sudah disediakan sejak siang tadi. Dia sudah melihat tali perut berjurai-jurai mengancam Utih Mun. Malah keadaan Utih Mun masih belum pulih lagi sejak sudah diubat siang tadi.
Keputusan memang di tangan dia. Kalau dia memeriu-kan Mat Natar maka seisi kampung ber-setuju menjemput Mat Natar. Tetapi, kalau dia mahukan Tok Aji seperti dicadangkan Lebai Cot tentu semua orang bersetuju rnenjemput Tok Aji. Dia sudah berusaha dengan Lebai Cot menentang ancaman itu, ternyata masih belum memberi kesan.
Gangguan bajang peliharaan itu terus juga mengancam dalam berbagai cara. ilmu hitam bermula dari memuja bayi mati dalam kandungan ibu ini rupanya lebih ganas. Samalah macam bayi yang tidak mempunyai akal dan timbangrasa.
"Kita jemput Tok Aji tu, Lebai Cot" Pak Jubin memberi keputusan.
Lebai Cot mengangguk.
"Esok, bolehlah Razak ke sana . . . ." kata Mat Kidarn mengerling menantu nya.
Razak juga mengangguk. "Setan tak boleh dilawan cara kita ni" keluh Pak Jubin bila kenangkan daya upayanya selama ini seakan-akan luntur. Bila-bila saja dia akan ditewaskan. Kalau dia terus tidak dapat ber-tahan bermakna geruhnya akan tiba, Dia tidak akan dapat mengelak lagi kalau sudah tiba geruhnya.
Mernang berat juga dia mahu rnemanggil Tok Aji yang disebutkan oieh Lebai Cot itu. Apalagi Lebai Cot s'endiri mengakui Tok Aji tidak akan datang kalau sekadar disuruh mengubati orang. Tok Aji akan memarahi mereka kerana dia bukanlah dukuni tetapi hanya 'guru agama'.
Sebab itulah Razak diharapkan ke sana. Razak merupakan murid yang menjadi harapan Tok Aji. Sudah tentu Tok Aji sanggup menolong kalau Razak sendiri yang datang menemuinya.
"Kalau Mat Natar tidak uzur, memang dialah yang kita harapkan.... " Pak Jubin masih menye-sali akan keuzuran Mat Natar bisannya. itu. "Nampaknya dia lebih pandai memintas kita, sebab tu. Mat Natar pun dianggunya" dia rnenggertap bibir disebabkan geram sungguh dengan tindak balas bajang peIiharaan itu.
Seolah-olah jang peliharaan sentiasa mengikuti apa saja langkah yang mereka hendak ambil. Dia percaya keuzuran Mat Natar itu adalah disebabkan gangguan bajang tersebut. Bajang peliharaan itu sudah tahu dia rnengharapkan bantuan Mat Natar, sebab itulah dia memintas cepat. Bila Mat Natar uzur tentulah orang tua itu tidak mampu untuk datang ke situ.
Boleh jadi Tok Aji juga akan uzur, bila mereka sudah sebut-sebutkan untuk menjernputnya. Bajang berkenaan masih berkeliaran di kampung mereka. Bajang itu sentiasa mendengarkan siapa saja dukun besar yang hendak dipanggil. Dia akan bertindak menghalang dukun tersebut dari datang ke situ.
"Kalau Tok Aji tu juga tak dapat datang?" keluh Pak Jubin berpaling pada Lebai Cot.
"Itu urusan di hadapan kita, manalah kita nak tau" sahut Lebai Cot tersengih-sengih
"Urusan di hadapan kita adalah .urusan Allah" beritahunya mengingatkan Pak Jubin.
Pak Jubin mengeluh perlahan. Bimbang juga dia kalau Tok Aji juga tidak dapat datang. SegaIa keupayaan ilmunya sudah dicurahkan, .namun gangguan bajang laknat itu masih juga berterusan. Kalau tidak malukan Lebai Cot memang dia putus asa juga mahu mengubati Utih Mun. Tetapi Lebai Cot sudah berjanji akan membantunya.
"Iimu setan terbatas, tetapi ilmu manusia diizinkan Allah melampaui tujuh petala bumi tujuh petala langit" ujar Lebai Cot mendesaknya supaya tidak berputus asa.
Gelisah juga Pak Jubin mahu memulakan mengubati Utih Mun. Malam itu dia terpaksa melakukan cara pengubatan yang lebih besar. Dia memerlukan semua kelengkapan termasuk geluk air dan bunga tujuh warna. Memerlukan cekur, daun sepulih dan molai. Memerlukan bertih, kain hitam tiga hasta dan mayang pinang beium pecah upih.
Kalau terpaksa berkibas kain hitam tiga hasta, dia akan mengibas sampai bajang peliharaan itu tidak dapat lagi bersembunyi. Kalau terpaksa mencampakkan bunga tujuh warna ke dalam geluk air, dia akan carnpakkan biar semua puteri-puteri bunian membantu dia menawan bajang berkenaan. Kalau terpaksa rnemecah upih mayang pinang muda, dia akan pecahkan biar rnayangnya mengurai biar seluruh anggota bajang menjadi lemah.
Pak Jubin akan mencurahkan segala keupayaan ilmunya menentang bajang tersebut. Dia tahu kalau berubat kecil sampai bila pun bajang itu tidak akan mengalah. Yang diiihatnya selama ini hanya bayang-bayang bajang yang menjadi permainan tuannya saja. Dia belurn dapat menangkap bajang sebenarnya lagi.
"Minta maaf semua  " Pak Jubin memandang sekeliling, kemudian dia menunduk mengadap ternpat membakar kemenyan. "Aku nak mula kan berubat”  katanya menarik tempat perasap rapat ke depannya.
Mereka yang berkumpul di rumah Mat Kidam itu mula senyap tidak ber-kata apa-apa. Sewaktu dukun sudah membakar kemenyan memang mereka tidak dibenarkan bercakap lagi. Pak Jubin mahu keadaan yang senyap sunyi apabila dia membakar kemenyan. Setelah senyap sunyilah baru dia dapat menumpiikan perhatian kepada jampi serapah yang hendak dilafazkannya.
"Lebai Cot, marilah ke mari…” Pak Jubin menggamit Lebai Cot.
"Tak apalah " sahut Lebai Cot menyuruh Pak Jubin meneruskan tugasnya. "Biar aku di sini aje" katanya tegas.
Pak Jubin mengusapkan asap kemenyan ke seturuh badannya. Dia menarik jambar dulang rapat ke depannya.. Kemudian mengambil piring berisi lengkuas, limau, lada hitam, bertih, molai, daun seputih, mayang pinang diasapkan pada kemenyan. Setelah sernua perkakas itu diasapkan, dia berdiri sambil mencapai kain .hitam tiga hasta.
Dia memegang bucu kain hitam dengan menjuraikan ke kepala Utih Mun. Dia membaca dengan jelas:
sonsang korak sonsang tapan, sonsang hati jantung engkau, patah sendi patah layang-layang, patah alih-alih ambil besi petua akan mema-rak hati jantung hempedu rawan engkau.
Sekaligus dia rnerentapkan kain hitam mengibas sampai ke hujung kaki Utih Mun.
Pak Jubin mengulangi lagi perbuatannya yang rnula-mula tadi dengan meletakkan jurai kain hitam di kepala Utih Mun, manakala dia memegang bucu sebelah atas. Dia terus membacakan serapahnya:
datang engkau terlentang pulang kau terlangkup, jenjang lama engkau balik, aku tau asal engkau jadi, orang berlaki tujuh asal kau jadi, budak mati terbungkus dalam perut asal kau jadi: 
sekali lagi dia merentap kain hitam mengibas sampai ke hujung kaki .Utih Mun.
Cukup kali ketiga Pak Jubin mengibas kain hitam itu, terus dicampaknya jauh ke lunjur kaki .Utih Mun. Dia duduk semula mengadap tempat perasap kemenyan. Sambil mengisar-ngisar dua tapak tangannya, Pak Jubin menghembus perlahan-lahan asap kemenyan ke arah geluk air.
Kemudian dia mencekup bunga tujuh warna dilimparkan ke dalam getuk air.
"Nenek berlidah putih, Encik Raja Safiah putih, ke mana Raja Safiah putih, menjemput tawar Utih Mun, tiga titik kan pendapa…..” dia mengangkat .tempat perasap dipusing-pusingnya tiga kaii pada mulut geluk air.
Sebaik saja diletakannya semuIa tempat perasap itu di depannya, tiba-tiba saja Utih Mun bingkas bangun. Matanya rnerah dengan rambut mengerbang. Utih Mun cepat-cepat mahu meluru keluar, tetapi segera disambar oieh Mat Kidam. Pantas pula Utih Mun menolak Mat Kidam, sampai orang tua itu jatuh terduduk.
Ketika ini Alang Jono pula melompat menerkam Utih Mun, Delit juga turut sama rnembantu. Usin Biduk juga memaut pinggang emaknya. Mereka rebahkan semula Utih Mun ke bantal. Utih Mun meronta-ronta mahu lepaskan diri.
"Siapa suruh kau ke mari?" jerkah Alang Jono. Dia sudah tahu Utih Mun sudah mu!a dirasuk. Bajang yang bermain-main di dalam tubuh Utih Mun sudah tidak bertahan lagi dengan jampi serapah yang dibacakan oleh Pak Jubin. Ke mana saja dia bersembunyi dapat dicari oieh Pak Jubin.
"Siapa suruh kau kacau anak bini. orang?" Delit pula menyergah.
"Apa kau peduli" suara Utih Mun keras, tetapi bukan lagi sama dengan suara Utih Mun sebenarnya. "Aku bukan kacau anak bini ejeknya ketawa terkekeh- kekeh.
"Kau kacau bini aku!" bentak Mat Kidam menggertap bibir.
Utih Mun tidak menyahut, tetapi dia ketawa terkekeh kekeh. Suara hilai ketawanya garau bagaikan orang tua gaik, lemah dan tidak bertenaga.
Pak Jubin tidak hiraukan sangat mengenai herdik Utih Mun dan lelaki-lelaki yang meme-gangnya. Dia terus mengisar-ngisar dua tapak tangannya sambil matanya terpejam rapat. Keupayaan iimunya mesti dicurahkan habis, untuk mengukur sejauh mana pertahanan bajang peliharaan itu. Sekiranya dia tidak berupaya menentangnya, bermakna Pak Jubin mesti mengalah juga, Dia terpaksa menerima geruh dirinya kalau terpaksa mengalah.
Perlahan-lahan dia membuka mata sambil memerhati ke dalam geluk air. Terlompat saja Pak Jubin akibat terkejut bila dilihatnya di dalam geluk air itu ada tengkorak terendam. Terbelalak matanya macam tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sernentara Utih Mun terus juga ketawa berdekah-dekah.
Cepat-cepat Mak Jidah menerpa ke geluk air. Heran juga dia mengapa Pak Jubin tiba-tiba terkejut sebaik menjengah ke situ. Tetapi Mak Jidah tidak melihat apa pun di situ, selain bunga-bunga tujuh warna terapung di air.
"Kalau kau lagi berkeras, aku terpaksa panggil Tok Aji.. " Pak Jubin merenung tengkorak yang terendam dalam geluk air.
"Panggillah siapa pun, apa aku peduli” sahut tengkorak itu mengejek. Bagaimanapun orang-orang yang berkumpul di situ hanya mendengar Utih Mun saja mengejek Pak Jubin. Sedangkan Pak Jubin tidak lepas merenung tengkorak dalam geiuk air, bukannya mengadap Utih Mun yang meronta-ronta dipegang oleh. Mat Kidam, Alang Jono, Usin Biduk dan Delit. Tenaga empat lelaki itu pun tidak cukup kuat untuk bertahan dari rontaan Utih Mun.
"Mentang-mentang Mat Natar tak dapat datang, kau nak tunjuk keras kepala ye!" bentak Pak Jubin bercampur marah.
"Panggiilah siapa saja, aku tak takut" dagu -tengkorak itu kumat kamit juga menyambut cabaran Pak Jubin.
Walaupun Pak Jubin mengherdik tengkorak di dalam geluk air, tetapi mereka melihat Utih Mun yang menyambut cabaran Pak Jubin. Sebab itulah Delit yang sama memegang kaki Utih Mun ikut sama membentak, "Kau tunggulah bila Mat Natar sihat!".
"Kau budak-budak apa tau . ." Utih Mun pula menyergah, tetapi Pak Jubin nampak tengkorak itu berpusing mencari Delit.
"Awak diam! “Pak Jubin merasa lega bila Lebai Cot sudah bangun berdiri mendekati geluk air itu. Mereka yang berkumpul di situ tidak melihat Lebai Cot mendekai Utih Mun, sebaliknya sama-sama dengan Pak Jubin mengadap geluk air.
"Hah; sekarang kau cuba dulu anak murid Tok Aji" ejek Pak Jubin tidak lepas merenung tengkorak dalam geluk air tersebut:
Tengkorak di daIam geluk terdiam, sementara Utih Mun juga matanya liar memerhati Lebai Cot. Tubuhnya menjadi gementar sebaik saja Lebai Cot duduk berlutut pada geluk air, sama seperti tengkorak di dalam geluk yang dilihat oleh Pak Jubin ketakutan tidak keruan lagi.
"Mengapa kau takut?" soal Pak Jubin tersengih-sengih.
Tengkorak itu semakin. gelisah, Utih Mun juga gelisah. Tengkorak itu berpusing-pusing di dalam geluk, Utih Mun juga berpusing-pusing menghempaskan badan.
"Razak….”  Lebai Cot memanggil Razak. "Kau duduk di iunjur kaki Utih, baca Ayatul Kursi" .ujarnya berpaling ke arah Razak.
Razak tidak membantah. Dia duduk di lunjur kaki emak rnertuanya lantas melakukan seperti yang disuruh oleh Lebai Cot.
"Eh, Razak! kau nak patah-patahkan kaki aku ke?" jerit Utih Mun, sama seperti jerit tengkorak di dalam geluk air. Razak tidak menyahut apa-apa pun. Dia hanya membacakan saja Ayatul-Kursi seperti diarahkan oleh Lebai Cot.
"Kau mana ada kaki!" bentak Pak Jubin. Utih Mun tersipu-sipu malu, .sama seperti tengkorak di dalarn geluk air. Dia malu kerana Pak Jubin dapat mellhat keadaan dirinya yang sebenar, sedangkan orang lain yang duduk sama-sama menjengah tidak tahu apa sebenarnya yang dikatakan oleh Pak Jubin, Mereka nampak Utih Mun lengkap kaki tangannya, mengapa pula dikatakan tidak berkaki? Mengapa Utih Mun pula tersipu-sipu bila dikatakan tidak berkaki?
"Malam ni kau nahas!" ujar Lebai Cot memberi amaran.
"Kau ramai, aku seorang. Tentulah kau menang. Kalau berani satu Iawan satu laaa!" Utih Mun mencabar, tetapi tengkorak di dalam geluk air itulah dilihat oleh Pak. Jubin mencabar Lebai Cot.
"Kau setan mana boieh diajak berunding ." Lebai Cot menudingkan telunjuknya ke dalam geluk.
"Innahu min-Sulaiman wain-nahu Bisiniliahhir R ahmanirrahim"
jari telunjuknya dipusingkan oleh Lebai Cot di sekeliling geluk. Pak Jubin dapat melihat tengkorak itu terkurung di dalam jaring tidak dapat melepaskan diri lagi.
"Lepaskan aku!" jerit tengkorak itu meronta-ronta mahu melepaskan diri dari jaring yang menyerungkupnya. Ketika ini Utih Mun yang meronta-ronta mahu lepas dari pegangan Mat Kidam, Alang Jono, Delit dan Usin Biduk.
"Pak Utih Kidam, pak Lang Jono, Delit, Usin, lepaskan Utih Mun" perintah Lebai. Cot. Mereka semua melepaskan Utih Mun seperti yang diarahkan oleh Lebai Cot. Tetapi Utih Mun terus juga meronta-ronta rninta lepaskan dirinya.
"Lepaskan macam mana lagi. Dia orang tak pegang kau lagi!" Pak Jubin terus menyindir.
"Lepaskan jaring ni!" Utih Mun menghempas-hempaskan badan.
 "Jaring apa pula ni. Aku tak nampak pun jaring!" cepat-cepat disambut oleh Delit. Memang dia tidak tahu apa-apa mengenai jaring yang dikatakan oleh Utih Mun.
Utih Mun terdiam. Tengkorak dalam geluk air juga terdiarn. Dia ber-pusing-pusing mahu lepaskan diri dari jaring yang direntang oieh Lebai Cot. Ternyatalah dia sudah termasuk perangkap Lebai Cot. Kalau Utih Mun meminta lepas dari jaring, bererti dia sendirilah yang meminta lepaskan dari jaring. Tentulah orang ramai tahu rahsia sebenarnya. Bukan Pak Jubin saja yang sudah melihat ujudnya di dalam geluk air, tetapi orang-orang yang sarna melihat Utih Mun di situ sudah tahu mengenai gangguan yang merasuk perempuan itu.
"Cakaplah, jaring apa?" desak Mat Kidam puIa.
Utih Mun berpusing-pusing mahu lepaskan diri, sama seperti tengkorak dalam geluk air berpusing-pusing mahu rnencari ruang untuk melepaskan dirinya.
Tidak bertangguh lagi, Lebai Cot membacakan:
Alif lam mim syad, kaf ha ya ain syad, ha mim ain syim kaf, uskun aiyuhal waji' billah-illazi inyasya` yus-kini ruwiha fayaz-faina rawakida lata-zuhrihi, inna fiza-lika laayatin likulli syabansyakur. …..
Lebai Cot menghembuskan ke arah tengkorak di dalam geluk air.
Ketika ini Utih terjerit-jerit minta tolong. Tenaganya bertambah lemah seperti terkurung dalam cerutan yang tidak dapat dirempuh dengan rontaan. Jeritan Utih Mun masih melangsing, Lebai Cot membacakan pula ayat 12 dari Surat Ar-Raad. Pak Jubin dapat melihat kilat memancar kuat menyambar tengkorak di dalam geluk. Dalam masa yang sama Utih Mun menekup dua tangan-nya ke kepala.
"Cukuplah, tak tahan lagi aku dengan seksaan ini" rayu Utih Mun rnerintih-rintih. Namun Pak Jubin nampak tengkorak di dalam geluk itu merintih-rintih. Beberapa ba-hagian tengkorak itu sudah mula retak.
"Kau mesti berjanji tak kacau lagl orang-orang di sinii" jerkah Pak Jubin.
"Aku berjanji" sahut tengkorak itu terketar-ketar.
"Berjanji dengan nama Allahl" bentak Lebai Cot. Tengorak itu tidak menyahut, Utih Mun juga tidak menyahut
"Sebutlah dengan nama Allah" Lebai Cot terus mendesak.
Tengkorak itu menggerak-gerakkan diri, manakala Utih Mun menggeleng-gelengkan kapala.
"Kau nak main-main dengan aku ye!" Lebai Cot mengisar-ngisar tapak tangannya. "Dengan Pak Jubin kau boleh berolok-olok, tapi dengan Lebai Cot jangan cuba taul" ujamya terus membacakan:
walauanna quranna suyirat bihijibalu aukutiatbihilard, au-kulimmabihilmaut, balillahilamru jami-aan, ya syafi ya kafi ya muafi, wabilhak-ki, anzalnahu, wabil-haki nazala.  
Sekaligus semuanya menjedi bergegar. Walaupun tengkorak di dalam teluk air merayu-rayu supaya Lebai Cot tidak rnernbacakan apa-apa lagi, tetapi Lebal Cot tidak menghiraukan. Dia terus membaca ayat-ayat Quran dari surat surat tertentu menyebabkan tengkorak itu retak berkecai-kecai.
Ketika ini Utih Mun menggeliat begaikan menahan kesakitan. Pak Jubin pula berpeluh-peluh mellhat kejadian yang tidak pernah dialaminya itu. Inilah pertama kali dia melihat Lebal Cot benar-benar menunjukkan keupayaan ilmunya Lebai Cot bukan lagi bertahan dari serangan bajang peliharaan itu, sebaliknya dia pula yeng menyerang.
Selama ini Pak Jubin hanya bertahan saja, tidak pemah pula dia menyerang. Bukanlah mudah menyerang satu makhluk yang tidak dapat dilihat dengan panca indera biasa. Apalagi bajang mainan itu hanya merupa seperti bayangan saja, tidak menjelma bajang sebenarnya. Masakan dia mampu mengalahkan bayang-bayang itu kalau tidak dapat bertentangan dengan ujud dirinya.
Tetapi Lebai Cot berlalnan sekali. Malah Razak yang sama-sama belajar dengan Lebai Cot juga tldak tahu. Pak Jubin melihat sendiri serangan Lebai Cot yang berupa kilat menyambar, panahan api dan gegeran yang menakutkan menyerbu ke arah tengkorak di dalam geluk air.
"Tolonglah ...." rayu Utih Mun merintih-rintih. "Aku janji tak buat lagi, aku berjanji tak buat lagi ...I" katanya mendayu-dayu.
Tetapi Lebai Cot tidak menghiraukan rayuan itu lagi. Dia terus menyelukkan tangannya ke dalam geluk. Semua orang yang duduk berkeIiling di tengah rumah Mat Kidam nampak asap keluar dari geluk seperti kabus di pagi hari. Sambil menyeluk ke dalam geluk Lebai Cot terus membacakan:
has-biallahu wanikmal-wakii, wanikmal-nasir,
berulang kali sampai 70 kali.
Tatkala ini asap semakin menebal keluar dari geluk. Mereka menjadi heran dengan peristiwa tersebut. Malah itutah pertama kali mereka mellhat Lebai Cot bertindak sebagai seorang dukun, bukan lagl guru agama mengaji quran seperti Razak. Sedangkan Razak yang sama-sama  belajar agama dengannya pun tidak pernah melakukan demikian..
Hanya Pak Jubin saja dapat melihat, bukannya tangan Lebai Cot yang menyeluk ke dalam geluk. Tetapi gunung ganang jatuh menirnpa tengkorak yang terkurung di dalam jaring. Pak Jubin benar-benar kagum dengan apa yang dilihatnya mengenai keupayaan Lebai Cot itu.


Sunday, February 18, 2018

267. TALI PERUT BERJURAI MINTA MAKAN


Kecemasan dalam kampung kecil itu kembali menganggu setelah Alang Jono menjadi mangsa. Hanya seminggu saja mereka tidak diganggu. Bajang peliharaan orang itu memang tidak akan mengalah. Dia akan kembali merasuk bila masanya sesuai. Apabila dukun kuat bertahan dia berpura-pura mendiamkan diri untuk beberapa hari tetapi datang semula merasuk selepas mangsa terlalai.
 Sebab itulah Delit diminta ke Pelangai menjemput ayahnya. Pak Jubin sendiri berharap bekas dukun di kampung mereka itu datang membantu. Semua orang tahu Mat Natar saja yang sanggup menghadapi apa jua jenis gangguan. Mat Natar memang dukun besar. Sampai ke Chenor pun orang menjenn-putnya. Malah sampai ke Air Hitam, ke Serting, ke Mentaus, ke Lancang, ke Mentakab, Mat Natar dijemput orang.
Hanya setelah dia tidak mahu lagi berdukun, barulah Pak Jubin pula dikenali sebagai dukun. Memang Pak Jubin tidak akan dapat menandingi kebolehan Mat Natar. Sebab itulah Pak Jubin sendiri menyuruh Delit menjemput ayahnya Mat Natar balik menghalau bajang peliharaan orang itu.
Setakat menentang bajang itu memang Pak Jubin sanggup, tetapi bajang itu akan muncul semula dalam bentuk lain. Memanglah barang permainan seperti bajang itu hanya seperti bayang-bayang saja. Kalau ditawan pun hanya bayang saja yang ditawan, bayang sebenarnya masih tidak dapat ditawan lagi. Dia masih boleh digunakan oleh tuannya untuk membalas dendam.
"Mungkin petang ni Delit balik…” Pak Jubin melepaskan asap rokok daunnya pada tingkap rumah. "Kalau dia balik, taulah sama ada Mat Natar mahu atau tidak berdukun balik" keluhnya macam kurang yakin Delit boleh memujuk ayahnya mengubati mangsa bajang peliharaan.
"Ah, takkan anak sendiri minta tolong, dia tak hendak" sahut isterinya Mak Tinah mengibas-ngibas rimah nasi dengan penyapu daun pinang. "Anak dia sendiri yang datang, tentulah dia fikir panjang" katanya terangguk-angguk seolah-olah yakin menantunya itu dapat memujuk Mat Natar.
"Fasal dia dah bersumpah tak mau berdukun lagi ...." Pak Jubin merenung jauh ke tengah halaman. Hatinya rusuh juga kerana ancaman bajang peliharaan itu sebenarnya bukan pada penduduk kampung, tetapi dirinya sendiri. Bajang peliharaan itu memang mencari geruh dia. Hanya setelah ada korban baru lah gangguan bajang berkenaan berhenti.
Tetapi Pak Jubin tidak akan membiarkan siapa pun menjadi korban. Lebai Cot juga sanggup membantunya, jadi tidak ada sebab mengapa dia mesti mengalah.
Dia mesti bertahan biar sampai bajang itu kembali memakan tuannya. Sekiranya bajang peliharaan itu tidak dapat mengorbankan mangsa, sudah tentu dia akan memakan tuannya semula. Biarlah tuannya pula menjadi korban akibat keghairahannya berdampingan dengan syaitan.
"Susah... barang mainan orang di-usik, memang susah!" keluh Pak Jubin menggigit-gigit pangkal rokok daunnya.
"Dengarnya Lebai Cot nak panggil Tok Aji guru pondoknya" Mak Tinah berpaling ke arah Pak Jubin sambil menyandarkan penyapu daun pinangnya ke sudut tiang.
"Tok Aji tu jauh" jelas Pak Jubin perlahan. “Tengoklah macam mana Delit jumpa ayahnya tu" katanya masih menaruh harapan Mat Natar akan datang juga ke kampung itu.
"Kalau Mat Natar tak mau datang?" soal Mak Tinah duduk bertenggong di bendul dapur. Lepas makan tengahari elok juga dibawa duduk supaya perut cepat seruh. Lagi pun dia sudah pun berkemas, tidak ada apa lagi yang perlu difikirkan. Anaknya Anjang Mamud pula tidak makan di rumah fasal mengikut abang iparnya Delit ke Pelangai. Dia tidak perlu menyediakan makanan Anjang Mamud.
Bimbang juga mahu melepaskan Delit seorang diri menunggang motor-\sikal ke Pelangai. Tidak jauh, tidak jauh pun, Delit tidak boleh dibiarkan berseorangan. Dia baru sembuh sakit akibat gangguan bajang. Sebab itu dia minta Anjang Mamud temankan sama.
"Kalau Mat Natar tak mau?" ulangi Mak Tinah.
"Emmm, barulah suruh Lebai Cot jemput Tok Aji tu " sahut Pak Jubin mendengus.
Geram sungguh dia bila kenangkan sikap orang yang memelihara bajang berkenaan. Punca-nya hanya Saridah memetik daun inai di atas tanahnya, lantas dia bertindak membalas dendam terhadap Saridah. Tiga hari Saridah menanggung seksaan, hinggalah dapat dipulihkan oleh Pak Jubin.
Disebabkan Pak Jubin dapat mempertahankan Saridah, maka bajang peliharaan itu digunakan pula untuk mengancam orang lain. Ancaman itu tidak akan berhenti selagi Pak Jubin tidak geruh. Sama seperti yang dihadapi oleh Mat Natar. Hanya setelah isteri Mat Natar menerima geruh barulah gangguan itu berhenti.
Kalaulah Tok Aji itu dekat memang dia suruh Lebai Cot menjemputnya. Dia sudah lihat sendiri bagaimana Lebai Cot membantunya. Darah menitik dari bumbung rumah Alang Jono itu, bukan dia seorang saja melihatnya. Mereka yang sama menjengah Alang Jono terlantar melihat darah menitik-nitik, bagai kan orang terluka dada ditusuk dengan pisau belati.
Tidak ada apa pun yang kelihatan di atas bumbung. Cuma darah saja menitik. Hampir sesuku baldi tertadah bila disorongkan baldi ke bawah tempat darah menitik itu. Kalau mahu dikatakan darah cicak terluka, masakan sampai sebanyak itu darahnya tertadah. Darah yang bertakung itu sama banyak dengan darah selepas menyembelih lembu.
"Emmm Maha Suci Engkau ya Allah.. " keluh Pak Jubin bila kenangkan peristiwa tersebut. Belum pernah dia mengalami keadaan tersebut. Hanya setelah Lebai Cot membantu baru lah dia dapat melihat dengan mata kasar kesan tindak balas yang dilakukan oleh Lebai Cot terhadap syaitan yang mengganggu.
Memang dia sanggup menjemput Tok Aji, kalau Lebai Cot tidak ada masa. Biar lah jauh sampai lebih 100 batu dia tetap menjemput Tok Aji. Tetapi Mat Natar mesti diberitahu terlebih dulu. Kalau Mat Natar sudah menolak baru lah diberitahu Tok Aji. Walaupun Mat Natar sudah bersumpah tidak mahu lagi berdukun, mana tahu dia akan kembali berdukun setelah anaknya sendiri diganggu bajang peliharaan berkenaan.
Pak Jubin rnemang sudah tidak sanggup lagi. Sudah dapat ditawari pun bajang tersebut masih juga dapat melepaskan diri. Dia hanya menangkap bayang bajang saja, sedangkan bajang sebenarnya masih ada bersama tuannya. Bajang itulah perlu dimusnahkan!
Dia tahu bagaimana tuan bajang itu memuja perempuan mati kerana tidak lepas melahirkan anak. Tiga malam berturut-turut dia memuja di atas kubur seorang diri dengan bertelanjang bulat. Sehinggalah bayi yang mati bersama ibunya di dalam kandungan dapat dikeluarkan dari rahim. Bayi itu terus dipuja sehingga dia boleh menangis merengek. Bayi inilah akan jadi bayang suruhan yang boleh digunakan oleh tuannya.
Siapa pun jangan cuba mencuri barang-barang kepunyaan dia. Jangankan barang berharga, kalau mematahkan anak pokok nangka dalam kawasan tanahnya akan diganggu oleh bajang peliharaan itu. Mangsanya akan merepek-repek tidak tentu biji butir. Kadangkala sampai terkancing gigi menggigit lidah. Kalau. geruh sudah tentulah mangsa itu menjadi korban.
Hanya terpatahkan anak pokok nangka pun bajang peliharaan itu sanggup membunuh satu nyawa. Tuan bajang tersebut tidak akan dapat menegahnya kerana dia telah memberi kepercayaan penuh supaya harta bendanya di-jaga oleh bajang tersebut. Sama juga macam orang memeIihara pelesit yang akan disuruh oleh tuannya membalas dendam terhadap sesiapa yang rnerosakkan harta bendanya.
"Setan…”  gerutu Pak Jubin menggertap bibir.
"Awak marahkan siapa ?" Mak Tinah terkejut disebabkan Pak Jubin tiba-tiba saja mendengus.
"Setan, orang yang memelihara bajang tu, setan  setan!" katanya keras.
"Siapa?" soal Mak Tinah.
"Kalau tau, senanglah " sahut Pak Jubin mendengus.
Dia terhangak-hangak ke hujung halaman di sebalik belukar senduduk yang melindungkan rumahnya dari rumah Bedah. Ternampak pula kelibat orang melintas di situ. Pak Jubin menegakkan tubuhnya mengamat-amati siapakah pula yang berkejar datang.
"Siapa yang awak hangak-hangak tu?" Mak Tinah bingkas sendiri menerpa ke tingkap.
Pak Jubin tidak menyahut. Dia memanjangkan leher memerhati ke sebalik belukar senduduk di seberang halaman. Kelihat orang berjalan bergegas-gesas semakin hampir. Dia dapat mengecamkan Leha anak gadis sunti Mat Kidam berlari-lari anak melompati akar-akar pokok getah menungkal melintangi lorong kecil itu.
"Hah, kenapa Leha?" laung Pak Jubin tidak sabar lagi sebelum sem-pat gadis itu menjejaki kaki ke tengah halamannya. Tercungap-cungap Leha merempuh lorong kecil di tengah belukar menuju ke rumah Pak Jubin.
Sampai di tengah halaman pun Leha masih tercungap-cungap. Dia masih tidak menyahut sekalipun laungan Pak Jubin tadi jelas menusuk gendang telinganya.
"Kenapa Leha?" ulangi Pak Jubin menerpa ke pintu serambi.
"Mak, mak   terkancing gigi" beritahu Leha tidak bertangguh Iagi. "Abang Usin tak ada di rumah  ayah minta Aki datang" ujarnya tergagap-gagap.
"Baliklah kau dulu, kejap lagi aku datang" jelas Pak Jubin perlahan. Hatinya mula berdebar. Sekarang Utih Mun pula dijangkiti gangguan selepas Alang Jono menjadi sasaran. Alang Jono belum pun sembuh sepenuhnya. Utih Mun pula menerima padah.
"Balik kau dulu" perintah Pak Jubin.
Leha mengangguk. Dia terus berlari balik semula ke rumah. Dia juga cemas kerana emaknya tiba-tiba saja meluru ke dinding seperti kerbau naik minyak, selepas selesai makan tengahari. Beberapa kali dia menyondol kepalanya ke dinding, langsung jatuh tidak sedarkan diri. Mulutnya berbuih-buih sedangkan tubuhnya tidak bergerak langsung.
Cepat-cepat ayahnya Mat Kidam menyuruh dia beritahu pada Pak Jubin.
"Apa nak jadilah kampung ni ...... gerutu Pak Jubin mengambil keris pesakanya yang tersisip celah dinding. Keris itu berbungkus elok dalam kain kuning. "Awak pun mari pergi sama. Leha tu bukannya tau nak buat kelengkapan ubat" dia berpaling memandang isterinya. Dia tahu kalau Utih Mun sudah terlantar siapa Iagi yang boleh diharap sediakan kelengkapan ubat.
Bukan semua orang tahu sediakan dulang jambar tempat menampung kelengkapan ubat, sediakan lengkuas, bawang putih bawang merah, limau nipis barang sebiji, molai dan cekur, lada hitam dan bertih. Hanya Utih Mun saja yang boleh diharap memberitahu sesiapa pun fasal sediakan kelengkapan ubat itu selain dari isterinya sendiri Mak Tinah.
Sedangkan Alang Jono terlantar semalamnya pun, bukanlah Uda Pah yang menyediakan kelengkapan ubat. Utih Mun itulah yang menyediakan serba serbinya. Sekarang Utih Mun pula yang menjadi sasaran !
"Marilah…..” desak Pak Jubin.
Mak Tinah tidak membantah. Dia terus mencapai selindangnya. Pintu depan pun disengkang saja biar tidak terdedah ditiup angin. Tingkap-tingkap tidak perlu ditutup. Di kampung kecil demikian tidak ada apa hendak dibimbangkan kalau tingkap-tingkap rumah tidak bertutup pun sewaktu hendak ditinggalkan. Bukan ada siapa pencuri hendak mengganggu. Yang mengganggu mereka selalunya golongan seperti bajang peliharaan inilah...
Sampai di rumah Utih Mun sudah ramai jiran-jiran datang menjengah. Alang Jono yang masih lemah akibat terlantar semalamnya juga ada menjengah. Pada hal yang baru saja lepas diganggu, tidak boleh datang menjengah apabila ada mangsa lain diganggu bajang tersebut. Dia mudah berjangkit kepada mangsanya itu kalau orang seperti Alang Jono datang juga menjengah.
Tetapi bukan Alang Jonb saja datang menjengah, Saridah juga datang. Mak Jidah dan Usup Gendut juga datang. Mereka terkejut juga bila mendengar Utih Mun yang diganggu. Masakan orang yang tahu fasal menyediakan kelengkapan ubat dukun seperti Pak Jubin, boleh diganggu oleh bajang tersebut. Kalau mengganggu Utih Mun samalah macam mengganggu Pak Jubin sendiri!
Alang Jono tentu tidak senang hati kalau tidak menjengah. Maklum sajalah kakak sendiri. Begitu juga Saridah. Masakan dia mahu membiarkan saja emaknya terlantar tidak sedarkan diri. Tentulah ayahnya terkial-kial menghadapi keadaan demikian seorang diri, kalau anak-anak tidak datang membantu.
"Dia nakkan geruh aku juga ni !" ujar Pak Jubin duduk sambil menyuruh isterinya ke dapur menyediakan kelengkapan ubat.
"Dah aku siapkan tok wan" beritahu Saridah lantas bangun ke dapur bersama Mak Tinah. "Tapi, entah cukup entah tidaklah aku tak tau" ujarnya menunjukkan ke arah jambar dulang yang disediakannya kelengkapan ubat.
Mak Tinah membelek-belek perkakas yang tidak cukup. Siapa pun sudah faham di kampung itu kalau Pak Jubin mahukan kelengkapan ubat. Bukan sekadar Utih Mun saja yang tahu, malah Saridah juga tahu, Leha juga tahu, Mak Jidah juga tahu, Bedah juga tahu. Mereka sudah selalu benar melihat Pak Jubin berubat, memang itu sajalah kelengkapan ubat yang dikehendakkinya.
Mereka harus sediakan bawang putih bawang merah dua tiga labu, lengkuas dua tiga ketul, limau barang sebiji dua, lada hitam sejemput. Jarang Pak Jubin mahukan molai, bertih, kain hitam tiga hasta, air segeluk, bunga tujuh warna, daun sepulih. Lainlah kalau sudah berubat besar, sampai berpagarkan daun nyiur di muka tangga. Sampai orang di tengah halaman tidak boleh lagi melaung tuan rumah di atas.
Kalau sekadar berubat kecil, itu sajalah yang mesti disediakan. Mereka semua sudah tahu apa-apa yang patut disiapkan dalam jambar dulang. Tidak perlu lagi menunggu Utih Mun.
"Hah, cukuplah ni  " kata Mak Tinah. "Bawakanlah pada aki tu   katanya menyuruh Saridah mengangkat jambar dulang ke-lengkapan ubat ke hadapan Pak Jubin.
"Dia nak geruh aku ni" Pak Jubin menggertap bibir lantas membakar kemenyan. Dia membelek-belek jambar dulang yang diletakkan Saridah ke depannya. Semuanya yang dikehendakinya memang lengkap. Kalau tidak ada Utih Mun pun semua orang sudah tahu menyediakan kelengkapan ubat.
Cuma Siah isteri Lebai Cot saja yang tidak tahu. Dia tidak pernah memanggil Pak Jubin. Malah, tatkala Mat Natar menjadii dukun besar pun Lebal Cot tidak pernah menjemput dukun itu, mengubati keluarganya sakit. Malah keluarga Lebai Cot tidak puia diganggu bajang atau pelesit atau polong, yang sering mengganggu penduduk-penduduk lain di kampung itu.
“Lebal Cot, tak datang sama Siah” soal Pak JubIn mengangkat muka sedikit.
Siah yang duduk di bendul, tengah menggeieng kepala. "Dia kata nak datang juga tadi. Tapi entablah, dia asyik membaca kitab saya tinggalkan tadi” beritahu Siah. Selalu sangat dia tidak dapat menjengah jiran-jiran sakit. Fasal itu bila diberitahu mengenai Utih Mun tidak sedarkan diri, Siah pergi seorang diri.
Kalau tunggu suarninya Lebai Cot,  entah bila dia akan turun  ke halaman. Kemudian dalam diam-diam dia sudah menghilang. Bila  balik semula, ke rumah dia beritahu mengenai dirinya  sudan pun menjengah, menjengah Usup Gendut, menjengah Alang Jono, menjenhag Delit. Siah juga terkebil-kebil mata tinggal dirumah.
Sebab itu sebaik mendengar saja berita Utih Mun sakit dia segera datang. Kalau tunggu mahu pergi bersama Lebai Cot, bermakna dia akan ditinggalkan juga oleh suaminya.
"Kalau ada Lebal Cot, boleh juga dia membantu aku" ujar Pak Jubin seolah-olah menyesali Lebai Cot yang tidak menjengah muka. Tetapi dia mesti juga mengubati Utih Mun sama ada Lebai Cot menjengahl muka atau tidak ke situ. Dia tidak boleh membiarkan Utih Mun terlentang saja di situ sampai masuk senja.
"Kalau perlukan Lebai Cot, biar aku panggi!" Mat Kidam bangun menawarkan diri.
"Tak apalah.." sahut Pak Jubin menyuruh Mat Ki-dam duduk semula.
Pak Jubin mengisar punggung mengadap Utih Mun terlentang tidak sedarkan diri. Dia terpaksa juga berdepan dengan bajang peliharaan yang merasuk Utih Mun, sama ada meminta geruhnya atau geruh siapa pun. Perkara menempuh geruh tersebut sudah tidak dapat dielakkan lagi. Geruh demikian memang sudah menjadi permainan siapa pun menjadi dukun.
Kalau tidak bernasib baik dirinya atau keluarganya sendirilah yang ditimpa geruh. Kalau bernasib baik mungkin si sakit itulah menempuh geruh! Tetapi, Pak Jubin tidak mahu siapa pun ditimpa geruh. Biarlah tuan yang memelihara bajang itu menerima padah atas perbuatan kejamnya.
Dia mula membakar kemenyan lantas mengasapkan ke seluruh badan Utih Mun. "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rasullullah, ber-kat keramat puaka tanah tumpah darah aku, berkat kedua ibu bapa yang mengandungkan aku, kabul aku mengubatkan Utih Mun" dia menyeru dengan penuh keyakinan.
Kemudian dia mernbaca Fatihah, diikuti dengan Surat A1-1 khlas dan Aya-tuf Kursi.
Pak Jubin mengukuhkan duduknya sambil memejamkan matanya, mulutnya kumat kamit. Hanya suaranya saja tenggelam timbul menyeru: Assala-mualikum Ya. Rijal ghaib, Assalamualai-, kum Ya Ruhul Qudus  kemudian suaranya tenggelam sernula.
Ketika ini Pak Jubin ternampak bayangan kepala tercabut dengan tali perut berjurai-jurai ketika dia bersama Lebai Cot menentang lembaga hitam di atas tempayan di rumah Usup Gendut Tali perut itu sudah melilliti seluruh badan Utih Mun, sementara kepalanya tersorok di tengkuk Utih Mun.
"Sampai bila kau nak buat kacau di kampung ni?" soal Pak Jubin marah.
"Selagi kau tak kacau aku!" sahut kepala yang tersorok itu.
Pak Jubin terus menghembuskan asap kemenyan ke arah tali perut yang melilit tubuh Utih Mun, tetapi tali perut itu tidak juga mahu melepaskan.
"Kau mahu aku berkasar, atau mahu .berbaik-baik?" jerkah Pak Jubin.
"Terpulanglah pada kau sendiri ..." suara ketawa tekekeh-kekeh dari kepala yang tersorok di balik tengkuk Utih Mun. Tetapi tali perut berjurai-jurai itu tidak lepas dari meliliti tubuh perempuan itu.
Pak Jubin membesarkan dirinya. Jarinya yang kasar terus rnerentap tali perut. Sekaligus tali perut itu melepaskan Utih Mun lantas melilit ke tangan Pak Jubin. Dia terus ketawa terkekeh-kekeh seolah-olah tidak bimbang dengan tubuh Pak Jubin .yang membesar itu.
Jiran-jiran yang berkumpul di situ tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Mereka hanya mendengar. Utih Mun ketawa terkekeh-kekeh: Sementara Pak Jubin merentap rentap tangannya dengan ganas. Tetapi Mak Tinah yang benar-benar heran kerana tidak pernah Pak Jubin ‘berejin’ kalau sekadar berubat keciI.
Lainlah kalau penyakit si sakit sudah tenat sampai berbulan-bulan mengidap. Barulah Pak Jubin ‘berejin’ dengan menyeru segala akuan' atau apa saja. Jarang dia ‘berejin' atau ‘menurun’ kalau siang hari. Masakan akuan yang diserunya boleh datang tatkala siang hari.
"Sekarang aku nak makan” seru tali perut melilit di tangan Pak Jubin. "Sejak kau pisahkan kepala aku dari tubuh aku, aku perlukan makan" katanya bagaikan mendesak. Tetapi jiran-jiran yang berkumpul di situ hanya mendengar Utih Mun yang menengking-nengking.
"Banyak cantik muka kau. Kau fikir aku ni tukang cari makan kau!" jerkah Pak Jubin.
"Kalau tak beri pun, aku nak makan juga" tali perut itu terus memintal-mintal tangan Pak Jubin.
"Kalau boleh kau makan cubalah" Pak Jubin mencabar. Tangannya semakin bertambah besar sehingga tali perut itu tidak berdaya untuk mencerutnya.
"Handal juga kau ni, Jubin " ujar tali perut itu melepaskan tangan Pak Jubin. Dia kemudiannya melayang mahu hinggap semula ke tubuh Utih Mun, tetapi cepat-cepat ditepis oleh Pak Jubin. Kepala mengangkut tali perut berjurai-jurai itu terdampar ke dinding.
Dia kembali mahu menerkam ke arah Utih Mun. Dengan pantas pula dihembus oleh Pak Jubin hingga dia terapung-apung tidak dapat berjejak. Berligar-ligar kepala itu mahu mencari sasaran. Setiap sudut dia berligar-ligar tidak ada lagi ruang untuknya berjejak.
"Aku mahu makan, aku mau makan tau tak!" jerit tail perut itu gerarn melalui suara Utih Mun yang rnasih terlentang tidak sedarkan diri. Mulutnya saja berbuih-buih bagaikan anak kambing lepas menyusu. "Dah kau pisahkan kepala aku dengan badan aku, macam mana aku nak cari makan lagi" gerutunya macam rnenyimpan dendam.
"Kalau boleh makan, makanlah apa yang jumpa" sahut Pak Jubin pula. Tali perut itu berligar-ligar juga. Dia terpandangkan Siah duduk di bendul. Dengan pantas dia mahu menerkam ke arah Siah, dengan pantas juga Pak Jubin melibaskan tangannya mahu mempertahankan Siah. Belum pun sempat dia mahu menerkam ke arah Siah, tiba-tiba tali perut berjurai-jurai itu bertukar menjadi takut. Kegarangan sejak tadi sudah luntur sama sekali.
Dari jauh terdengar laungan manggilnya, "Lari, lari lari. Cepat lari, sakit-sakit badan aku ni, lari kau…..”
Pak Jubin sendiri menggigil. Tidak pernah waktu dia ‘menurun' tiba-tiba dia gementar. Selalunya dia tidak takut menghadapi apa juga tatkala sedang ‘menurun’, kerana dirinya sentiasa dikawal oleh ‘akuan' nya. Tidak ada pelesit, polong, bajang atau jembalang yang boleh menembusi dirinya sewaktu menurun itu. Tetapi mengapa sekarang dia tiba-tiba gernentar.
Apabila tali perut berjurai-jurai itu susup sasap mencari jalan untuk mrlepaskan Pak. Jubin mendengar suara garau seperti guruh menyebut: Bismillahi Wata-wakkaltu Allallahhi Lahaulawala KuataiIla BiIlahhi Wahua aliulazim. Akibat getaran suara, itu sekitarnya menjadi bergegar kuat rnenyebabkan Pak Jubin merasa dirinya terhumban dari gunung yang tinggi jatuh ke dalam jurang.
Apabila dia rnembuka mata Pak Jubin melihat Lebai Cot berdiri di pintu dalarn. Lebai Cot memerhatikan saja Utih Mun yang mula menggerakkan badan. Utih Mun keletihan. Dia masih lernah untuk bangun .
"Dah sedar Utih Mun tu nampaknya' beritahu Mak Tinah. "Lebai sampai ni tadi haaa, baru sedar dia" kata nya macam mahu menerangkan bagaimana suarninya Pak Jubln bertungkus lumus mengubati Utih Mun
Pak Jubin yang tiba-tiba jatuh tersungkur di bangun perlahan-lahan. Dia masih terpinga-pinga mengingatkan gementarnya dia tatkala sedang menurun. Malah setiap kali dia cuba 'menurun' se-waktu Lebai Cot ada bersama, terasa amat sukar baginya.
"Kenapa lambat sampai Lebai Cot?" soal Pak Jubin ter-mengah-mengah keletihan.
Lebai Cot hanya tersengih-sengih. Dia tidak menyahut apa-apa, sebaliknya terus duduk di sebelah isterinya.
"Kalau ada awak tadi, baru berjenang kita " beritahu Pak Jubin menggertap bibir. "Yang di rumah Usup Gendut hari tu datang lagi!" jelasnya menyebabkan jiran-jiran yang lain kebingungan. Cuma Alang Jono dan Mat Kidam saja yang tahu maksud Pak Jubin.
Ketika inilah Delit dan Anjang Mamud memberhentikan motorsikal di tengah halaman. Dia naik ke rumah dalam keadaan hampa.
"Ayah tak dapat datang, dia sedang uzur" katanya. Pak Jubin mengeluh pahit menerima berita tersebut.




Saturday, February 10, 2018

266. DARAH MENITIK DARI BUMBUNG


Seminggu tidak ada siapa pun diganggu oleh bajang peliharaan setelah peristiwa tempayan air di rumah Mak Jidah memancutkan darah yang keluar dari mata air. Tentu!ah mencemaskan Mak Jidah sendiri kerana tiba-tiba saja tempayannya mengeluarkan mata air seperti telaga. Tetapi dalam masa seminggu itu tidak ada pula siapa yang tidak sedar diri atau meracau-racau. Selepas Saridah sakit, kemudian berjangkit kepada Delit dan akhirnya tempayan air di rumah Mak Jidah mengeluarkan darah, kampung kecil itu kembali aman. Bagaimana pun mereka semua merasa bimbang juga. Mana tahu kalau gangguan bajang peliharaan itu merasuk lagi.
Sayangnya mereka tidak tahu siapakah yang memelihara bajang peliharaan tersebut. Kalaulah mereka tahu sudah tentu tuan yang memelihara itu mesti menerima padah. Usin Biduk sendiri sanggup menampar muka tuan bajang peliharaan.
"Aku sanggup tumbuk muka dia!" ajar Usin Biduk menggertap bibir.
"Jangan cakap besar Sin . ." Alang Jono mengingatkan. "Perkara sihir tidak sama dengan menyengseng lengan" katanya bercampur bimbang bila kenangkan peristiwa di depan pelantar rumah Mak Jidah.
Dia sendiri nampak lembaga hitam seperti asap itu terconggok atas tempayan. Kemudian hilang bersama gelap malam. Dia hanya melihat Pak Jubin duduk bersila di tanah dengan dua tangan terlanggung pada lutut. Sementara Lebai Cot berdiri seperti orang sedang solat. Mat Kidam juga melihat segala kejadian yang berlaku.
Hampir satu jam Pak Jubin dan Lebai Cot diam tidak bercakap apa, dia nampak lembaga hitam tadi menjelma semula, tetapi tidak ada bayang kepalanya. Dia mendengar bunyi raung halus seperti orang dalam kesakitan, kemudian barulah hilang. Setelah raung kesakitan itu hilang, Pak Jubin mencabut kerisnya yang tercancang di tanah. Dia bangun sambil mengibas-ngibas punggung. Dia merapati Lebai Cot lantas menepuk-nepuk bahu Lebai Cot.
"Kuasa sihir mesti dilawan dengan sihir juga" beritahu Alang Jono perlahan.
"Tak macam tu pak lang" sampuk Razak yang bertenggong di bendul tengah. "Sekali ni, kalau ada juga gangguan biar aku jemput Tok Aji tempat aku mengaji dulu. Sihir kena lawan dengan ayat ayat Allah" dia juga menggertap bibir seolah-olah menyimpan dendam.
"Hisss, biar dulu" tegas Alang Jono menjuihkan bibir. "Aku dah berunding dengan Delit, kalau ada juga yang diganggu oleh bajang laknat ni, biar Delit ke Pelangai jemput ayahnya Mat Natar" dia terangguk-angguk bagaikan memberi amaran kepada musuh.
"Katakan, Pak Mat Natar dah tak mau berdukun lagi" Usin Biduk menghela nafas.
"Ah, taulah aku memujuknya" beritahu Alang Jono penuh yakin. "Cuma Mat Natar satu-satunya dapat mengajar bajang laknat tu! Kalau Pak Jubin tak boleh kalahkan dia, lawan sangatlah Mat Natar  -baru bertemu buku dengan ruas!" dia mencepak-cepak bibir seolah-olah menerima cabaran siapa saja.
Terdiam Razak. Usin Biduk juga tidak berkata apa. Alang Jono tentulah lebih tahu dari mereka mengenai kehebatan Mat Natar. Dukun besar itu memang sudah berjasa sejak dulu lagi di kampung mereka. Tetapi dia berhenti berdukun setelah isterinya meninggal dunia dengan tiba-tiba saja tidak sedar diri. Tiba-tiba saja menghempas badan hingga membawa maut.
Disebabkan kesedihan dengan apa yang berlaku ke atas isterinyalah menyebabkan Mat Natar berhenti menjadi dukun. Setelah berkahwin dengan janda dari Pelangai, dia terus menetap di sana meninggalkan kampung halamannya.
Tetapi sudah seminggu berlalu, belum ada siapa pun menjadi mangsa. Mungkin bajang berkenaan sudah tidak dapat bertahan lagi setelah Pak Jubin menentangnya bersama dengan Lebai Cot. Memang Alang Jono tahu Lebai Cot membantu Pak Jubin tatkala menentang gangguan di rumah Mak Jidah yang menyebabkan tempayan memancutkan darah.
Bagaimanapun dia tidaklah melihat apa yang dilakukan oleh Lebai Cot. Hanya bayang hitam lembaga manusia saja dapat dilihatnya terconggok di atas tempayan. Bila kenangkan apa yang dilihatnya itu mudah saja bulu roma di tengkuknya meremang. Dia menjadi ketakutan tidak menentu.
Dalam ketakutan inilah Alang Jono ternampak bayang lembaga hitam terconggok di atas tempayan di pelantar rumah Mak Jidah bagaikan tercegat di tengah halaman rumahnya. Walaupun peristiwa itu sudah seminggu berlalu, tetapi bayangan lembaga hitam sentiasa terpandang-pandang olehnya.
"Siapa tu…?" tiba-tiba saja Alang Jono membentak sambil jarinya menuding ke tengah halaman.
Terkejut Usin Biduk dengan bentakan bapa saudaranya. Terlupa pula dia mahu memberitahu bapa saudaranya itu mengenai pesan ayahnya meminta baiki gelegar rumah Razak. Sebab itulah dia datang bersama Razak fasal mahu baiki gelegar rumah itu.
Kalau tidak ada hal tentu Alang Jono tidak menolak. Lagi pun rumah Razak samalah juga dengan rumah Saridah anak saudaranya. Kalau bukan dia yang boleh diharapkan menolong anak saudara sendiri siapa pula yang boleh diharapkan lagi.
"Siapa tu, siapa?" suara Alang Jono semakin keras. Matanya bulat merenung ke tengah halaman.
"Ada apa pak lang?" Usin Biduk berpaling ke tengah halaman. Dia tidak melihat sesiapa pun di situ.
"Kau datang ye, kau datang ke sini pula?' gerutunya semakin ketakutan. Muka Alang Jono kelihatan pucat, hingga tubuhnya juga menggeletar.
"Kau pergi panggil mak lang, di telaga" perintah Razak setelah dilihatnya muka Alang Jono pucat ketakutan. "Pak lang ni lain macam nampaknya, cepat panggil mak lang " ulangi Razak menggesa Usin Biduk.
Tidak menyahut pun kata-kata abang iparnya, Usin Biduk terus melompat ke tengah halaman. Cemas juga dengan perubahan yang tiba tiba ke atas diri bapa saudaranya. Baru saja mereka bercakap-cakap mengenai kejadian yang mengganggu kampung mereka seminggu sebelumnya, tiba-tiba saja Alang Jono diancam.
"Mari kita ke dalam pak lang" Razak cuba memim-pin Alang Jono masuk ke dalam. Kalau di serambi mungkin gangguan ini boleh mengancam terus menerus.
Tetapi Alang Jono menepis tangan Razak. Dia merenung muka Razak tidak berkedip mata.
"Kau buat apa ambil tau!" dia mengherdik keras. "Bini kau di rumah tu jaga, sudah ..." kata Alang Jono me-nolak tatkala Razak cuba menghampiri-nya.
Razak terkebil-kebil mata. Tetapi dia tahu Alang Jono bukan memarahi dia, yang memarahinya sudah tentu gangguan syaitan di dalam dirinya. Syaitan yang bertindak melalui bajang peliharaan itu sama juga dengan syaitan jenis lain adalah makhluk yang derhaka kepada Allah. Makhluk yang bersumpah di depan Allah akan merosakkan manusia hingga ke akhir zaman.
Sebab itu itu Razak tidak tersinggung dengan sikap Alang Jono yang berubah.
Mahu juga dia mencuba lakukan seperti Lebai Cot, tetapi dia tidak tahu bagaimana harus dilakukan. Semasa sama-sama belajar dengan Tok Aji, Razak tidak banyak bertanya kepada Tok Aji mengenai perkara lain dari Tauhid dan Fiqah
"Berambus kau, kacau aje kau disini!" Alang Jono berdiri bercekak pinggang mengadap Razak. Tetapi matanya tetap liar memandang ke tengah halaman. Bayang lembaga hitam itu masih tercegat di situ melambai-Iambai ke arahnya.
Dia merasakan lembaga hitam berbayang-bayang itu yang mengajak dia masuk tidur ke dalam. Alang Jono menepis tangan lembaga berkenaan. Dia menolak dada lembaga tersebut yang cuba merapatinya. Tatkala ini dia sudah tidak dapat lagi  membezakan Razak yang tercegat di sampingnya dengan lembaga hitam berbayang-bayang yang tertegak di tengah halaman.

"Berambus kau, jauh dari sini. Kau nak kacau rumah-tangga aku aje!" Alang Jono mengherdik ke arah bayang lembaga hitam di tengah halaman. Tetapi sebenarnya dia mengadap membentak Razak di depannya.
"Janganlah marah. Mari kita masuk ke dalam dulu . ..." lembaga hitam di tengah halaman memujuknya, tetapi Razak sebenarnya memujuk dia masuk ke dalam.
"Jangan sentuh aku!" Alang Jono ketakutan kalau-kalau tubuhnya dipegang oleh lembaga hitam berbayang-bayang di tengah halaman, sebenarnya lembaga di tengah halaman itu takut Razak menyentuh tubuhnya.
Matahari tengah tegak di kepala lembaga hitam berbayang-bayang itu terconggok di tengah halaman. Dia masih teragak-agak untuk masuk menyerbu selagi Razak ada di situ. Sekalipun dia boleh memperdayakan Razak tatkala menyerbu Saridah, tetapi ternyata kali ini kesabaran Razak cukup kukuh untuk dirempuh. Kesabaran inilah yang dibimbangkan oleh lembaga hitam tercegat di tengah halaman.
Dia mahu Razak cepat tersinggung seperti menghadapi keadaan dengan Saridah. Itu pun masih juga ada kesabaran di hati Razak menyebabkan dia tidak dapat menguasai sepenuhnya Saridah. Lembaga itu tahu ketahanan Razak sama juga dengan Lebai Cot, tetapi Razak belum lagi menyerangnya seperti Lebai Cot.
"Jauh kau dari aku!" jerkah Alang Jono.
"Mari kita masuk dulu pak lang" pujuk Razak perlahan. Dalam masa Alang Jono cuba mengelakkan diri dari didekati Razak inilah, Uda Pah balik bersama Usin Biduk. Termengah-mengah Uda Pah balik sampai tidak sempat habiskan kain basuhannya.
Perkara Usin Biduk dan Razak mahu meminta tolong Alang Jono baiki gelegar  rumahnya hilang begitu saja. Mereka tidak peduli lagi fasal gelegar rumah yang sudah reput. Alang Jono yang dikenali jadi tukang rumah di kampung itu sudah diganggu bajang peliharaan. Jiran-jiran yang berdekatan sudah diberitahu mengenai Alang Jono tidak sedarkan diri. Mereka tahu memang bajang peliharaan itu sudah mengganggu Alang Jono pula.
Betullah seperti yang diingatkan oleh Pak Jubin, bajang peliharaan itu tidak akan berdiam diri. Sekali dia mengganggu, dia akan terus mengganggu. Kampung yang aman damai akan menjadi bimbang cemas, kerana lepas seorang, seorang lagi akan men-jadi sasarannya. Penyakit yang dimulakan oleh gangguan bajang akan berjangkit dengan ce pat.
"Nak tunggu senja juga  " ujar Uda Pah perlahan. "Kalau minta Pak Jubin ubatkan, memang dia nak tunggu senja juga" dia mengerling suaminya yang terbaring dengan mulut berbuih-buih.
"Aku panggilkan Lebai Cot aje" sahut Usin Biduk. Bimbang juga dia mahu biarkan bapa saudaranya terbaring dengan tidak diubat.
"Nanti, apa pula kata Pak Jubin?" serba salah Uda Pah mahu memanggil Lebai Cot. Kalau dia beritahu Lebai Cot dalam keadaan demikian samalah macam melangkahi Pak Jubin. Tentulah tidak balk melangkahi dukun di kampung tersebut. Lagi pun Lebai Cot bukanlah dukun. Mungkin dia tidak mahu datang kalau diminta mengubati Atang Jono. Lainlah kalau kebetutan dia datang menjengah untuk menziarahi yang sakit.
"Beritahu Pak Jubin dulu  sampuk Razak berpaling kepada Uda Pah. "Tengoklah apa kata Pak Jubin. Kita tak boleh agak agak aje sebelum dengar kata putus dia" jelasnya mengingatkan perempuan itu.
"Biasanya begitu, dia akan datang mengubat bila senja aje" beritahu Uda Pah. Dia tahu benar mengenai Pak Jubin. Dukun itu hanya sanggup datang mengubati pesakit bila senja menjelang saja.
"Jangan banyak fikir apa... " Razak mencuit bahu adik iparnya. "Pergilah beritahu Pak Jubin. Kalau dia tak mau datang tak apalah, tapi berilah tahu dia " gesanya.
Usin Biduk bersetuju dengan abang iparnya. Dia terus meluru ke tengah halaman. Pak Jubin mesti diberitahu dulu. Kalau Pak Jubin mahu menunggu senja, dia akan beritahu Lebai Cot pula. Dia akan cakapkan sendiri pada Pak Jubin fasal mahu memberitahu Lebai Cot sekiranya dia mahu menunggu menjelang senja.
Sakit Alang Jono terserempak tengahari tatkala matahari tengah tegak di kepada, macam mana pula mahu menunggu sehingga menjelang senja baru mahu diubat. Delit juga mesti diberitahu. Biar Delit tunggang motorsikal ke Pelangai jemput ayahnya Mat Natar. Kampung kecil itu mesti dipulihkan dari gangguan bajang peliharaan.

Mereka semua sudah tahu yang mengganggu ialah bajang peliharaan. Pak Jubin sudah cuba menghalangnya, tetapi ternyata bajang peliharaan itu tidak mengalah. Sekalipun dia dapat ditewaskan, namun dia datang lagi mengganggu.
Jiran-jiran yang mendengar Alang Jono tiba-tiba tidak sedarkan diri sudah datang menjengah. Usup Gendut yang sudah berani balik ke rumahnya terkengkang-kengkang datang bersama Mak Jidah. Kalau hari siang memang Usup Gendut gagahi juga menjengah jiran yang sakit. Dia tidak larat mahu menjengah kalau hari malam. Cepat sangat dia mengah terbatuk batuk, apalagi kalau sejuk malam menyucuk-nyucuk paru-parunya.
Anjang Mamud ditemui oleh Usin Biduk di simpang jalan semasa balik dari menoreh getah. Cepat-cepat dia menyuruh Alang Mamud beritahu Lebai Cot. Biarlah dia sendiri menemui Pak Jubin. Kalau dipesankan pada Anjang Mamud sekalipun Pak Jubin itu ayahnya, tentulah tidak balk.
Lepas zohor jiran-jiran sudah berkumpul di rumah Alang Jono. Dia terbaring saja sama macam Saridah terbaring. Sama macam Delit terbaring juga. Mulutnya berbuih-buih. Tetapi mereka tidak tahu Alang Jono bukannya terbaring di situ. Tetapi dia berlari-lari di atas bumbung atap. Siapa pun tidak akan dapat menangkap dia berlari-lari di situ. Ketika ini Alang Jono sudah diberi perlindungan oleh lembaga hitam berbayang hitam tercegat tengah halaman. Sebab itu dia boleh berlari bebas di bumbung atap.
"Delit” Pak Jubin mengangkat muka memerhati Delit. Menantunya itu masih kelihatan lemah, tetapi digagahinya juga menjengah Alang Jono. "Kalau kampung ni macam ni juga, kenalah jemput ayah kau" keluh nya. Sekali sekala dia terhangak-hangak ke dapur menunggu Uda Pah membawakan kelengkapan ubat.
Heran juga Uda Pah kerana Pak Jubin mahu mengubati Alang Jono tidak menunggu senja menjelang. Selama ini dia hanya mendengar kata orang saja mengenai Pak Jubin hanya mengubati orang selepas maghrib. Siapa pun tidak pernah memanggil Pak Jubin sebelah slang. Mereka sanggup biarkan saja keluarga yang sakit itu terbaring menunggu senja menjelang untuk memberitahu Pak Jubin.
Tetapi ternyata Pak Jubin datang juga, sekalipun tatkala matahari tengah tegak di kepala.
"Bila aku nak ke Pelangai….?,, soalnya memandang bapa mertuanya.
"Petang ni pun boleh. Bukan jauh sangat" Pak Jubin bagaikan gelisah mnghadapi keadaan demikian. Kalaulah dia tahu siapa yang memelihara bajang tersebut, memang sanggup dia bersemuka dengan tuannya. Tetapi perkara sihir demikian memang sukar mahu menghadapinya.
"Besok aje laaa, aku pergi dengan Usin" Delit pula mencadangkan. Usin Biduk terhangguk-hangguk macam menyetujui cadangan Delit. Memang dia sanggup menemankan Delit ke Pelangai menjemput Mat Natar. Kalau sudah Pak Jubin sendiri tidak sanggup menentang bajang peliharaan itu, biarlah dicuba pada Mat Natar pula. Yang boleh memujuk Mat Natar cuma Alang Jono saja.
Tetapi sekarang Alang Jono sendiri terlantar tidak sedarkan diri.
"Kita minta tolong pada Mat Natar pula " ujar Pak Jubin lemah. Nampaknya bajang peliharaan itu tidak mahu mengalah. Dia dapat menduga tentulah bajang peliharaan itu mahu mencari geruh salah seorang dari mereka.
Mereka semua bersetuju memanggil Mat Natar. BiarIah Mat Natar dibawa balik ke kampung itu buat sementara. Setelah semuanya dapat dipulihkan, Mat Natar boleh balik semula ke rumah isterinya di Pelangai. Ketika ini mereka semua memerlukan bantuan Mat Natar.
Tentu Mat Natar tidak membantah. Sedangkan anaknya Delit sendiri juga menjadi sasaran. Mak Jidah adik aruah isterinya juga diganggu, walaupun sekadar ditakutkan dengan memancutkan darah dalam tempayan airnya. Kalau diceritakan semuanya kepada Mat Natar, mereka percaya bekas dukun itu akan kembali menjadi dukun semula.
"Silalah dukun" Udah Pah meletak-kan dulang jambar kelengkapan ubat di depan Pak Jubin.
Pak Jubin mengangguk. Dia menarik dulang tersebut dekat kepadanya. Kemudian membelek-belek bawang merah Iengkuas, molai, Iada hitam dan kemenyan yang disediakan. Sementara menunggu Utih Mun membawakan. ternpat membakar kemenyan, tiba-tiba saja Alang Jono menghempaskan kaki.
Cepat-cepat dia bingkas bangun mahu meluru ke luar. Tetapi segera disambar pinggangnya oleh Usin Biduk. Anjang Mamud juga pantas membantu Usin Biduk merebahkan semula Alang Jono ke bantal. Tatkala ini mereka mendengar Lebai Cot memberi salam dari tengah halaman
"Kau takut benar pada Lebai Cot ye?" soal Pak Jubin macam mengejek.
"Ah, sudahlah kau" sahut Alang Jono marah. "Kau yang suruh aku datang, pura-pura buat tak tau pulaaa ...." dia cuba meronta-ronta.
Terkejut Pak Jubin kerana suara Alang Jono betul-. betul macam suaranya sendiri. Berdebar juga hatinya, kerana jiran-jiran sudah mendengar dari mulut Alang Jono yang menuduh dialah yang menjadi tuan pemelihara bajang yang mengganggu.
"Tau kau takut ye ... .!" Alang Jono ketawa, hinggakan apabila dihulurkan Utih Mun tempat membakar kemenyan, Pak Jubin tidak berdaya untuk terus membakar kemenyan.
Ketika ini Lebai Cot sudah pun du-duk di tiang tengah jauh sedikit dari Pak Jubin.
"Ke marilah Cot" Pak Jubin mengga-mitnya. "Marilah kau ke sini" katanya bertambah resa h dengan sikap baru Alang Jono yang benar-benar melemahkan semangatnya. Dia percaya Lebai Cot boleh diharap setelah mengubati Delit dan membantunya memulihkan semula kekecohan di rumah Mak Jidah bila tempayan nya dipenuhi darah.
Lebai Cot tidak menolak. Dia terus bangun duduk di sebelah Pak Jubin. Memang dia menyedari Pak Jubin mengharapkan sokongan dia.
Barulah Pak Ju-bin membakar kemenyan sebaik saja Lebai Cot sudah duduk bersila kukuh. Sewaktu Pak Jubin membakar kemenyan, Lebai Cot sudah membaca 7 ayat terakhir dari Surat Yassin. Kemudian menyambung dengan Ayatul Kursi, disusuli dengan beberapa ayat lain dari Surat Maidah, Surat An-Naal dan Surat SajJadah 
"Ah, Jubin   buat apa awak nak tipu orang ni semua' Alang Jono ketawa mengejek. "Bukankah awak yang suruh aku datang tadi" suaranya seakan-akan suara Pak Jubin sendiri.
Pak Jubin tidak menyahut. Dia me-rasa bimbang kalau jiran-jiran mempercayai kata-kata Alang Jono itu. Sudah tentulah dia disyakki memelihara bajang dengan berselindung di sebalik kepercayaan orang ramai terhadap dirinya sebagai seorang dukun.
"Betul ke cakap awak ni?" soal Lebai Cot keras, membuatkan Pak Jubin kembali yakin untuk menentang godaan syaitan itu.
"Awak mana tau, Lebai Cot ..." ben-tak Alang Jono.
"Fasal apa awak susah hati masa aku sampai tadi?" desak Lebai Cot.
"Kalau Pak Jubin yang suruh, apa sebab awak susah hati?" dia terus menyindir.
"Pak Jubin yang suruh aku ke mari" ujarnya mahu meyakinkan orang yang mendengarnya.
"Baiklah, kalau Pak Jubin yang suruh mari ikut aku baca Ayatul Kursi. Pak Jubin tidak takut dengan Ayatul Kursi" Lebai Cot macam mencabarnya.
"Boleh….” katanya menyahut cabaran Lebai Cot dengan suaranya yang sama dengan suara Pak Jubin.
Lebai Cot membacakan Ayatul Kursi satu persatu. Alang Jono juga mengikutnya dengan ketawa mengejek. Apabila Lebai Cot membacakan ayat "Walla yahud-du hipzuhumma wahual Alliullazim", tiba-tiba dia terhenti membacanya.
"Mengapa tak habis baca?" jerkah Lebai Cot. Alang Jono tidak menyahut.
"Awak nak bohong ye?" soal Lebai Cot keras. "Awak nak bohong, biar orang marahkan Pak Jubin!" katanya sambil mengisar-ngisar tapak tangan.
Ketika ini Alang Jono terjerit. Dia menangis terisak-isak bagaikan bayi tidak mendapat susu.
"Razak .." Lebai Cot berpaling ke arah Razak. "Awak ajar sikit setan ni dengan lada hitam. Mari kita kerjakan dia ramai-ramai!" ujarnya memberi isyarat dengan tangan menyuruh Razak cecahkan lada hitam ke hujung kuku ibu jari kaki Alang Jono.
Razak bangun melakukan seperti yang disuruh Lebai Cot. Pak Jubin juga membakar kemenyan sambil mengasapkan Iengkuas dan lada hitam.
"Kau ramai nak lawan aku seorang, mana adil!" Alang Jono bertempik kuat. Ketika ini dia merasa dirinya berlari di atas bumbung. Bayang hitam lembaga itu berkepul-kepul seperti asap mengelilingi dia. Dia hanya mendengar saja lembaga berkenaan membentak marah terhadap Lebai Cot, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia hanya menurut saja ke mana dibawa oleh lembaga berkenaan. Dia tahu tidak sepatah pun dia berkata-kata dengan Lebai Cot atau pun Pak Jubin. Hanya lembaga itu saja yang berkata-kata. Malah lembaga itulah yang meniru suara Pak Jubin.
Dia nampak lembaga itu menggelupur bila Razak cecahkan lada hitam ke hujung kakinya. Terpekik-pekik Iembaga itu merayu minta dilepaskan. Tetapi kepalanya sudah dicengkam kuat oleh Lebai Cot. Dia melihat tubuh Lebai Cot terlalu besar hingga boleh mencekup kepala lembaga tersebut.
Lembaga itu juga bertambah lemas tidak dapat mengelak asap tebal berbau kemenyan yang dihembuskan oleh Pak Jubin. Baik lada hitam yang digeselkan oleh Razak, baik asap tebal berbau kemenyan, mahu pun cengkaman tangan Lebai Cot semuanya menyeksa lembaga tersebut. Alang Jono nampak dengan jelas lembaga itu terjerit-jerit kesakitan hingga tidak menghiraukan dia lagi.
Alang Jono dapat merasakan dirinya terkial-kial turun dari bumbung atap, bila lembaga itu terjerit-jerit kesakitan. Panahan api bertalu-talu menuju ke dada lembaga tersebut. Lebai Cot tidak menghiraukan rayuan dari lembaga tersebut, terus juga me-lepaskan panah api bertubi-tubi.
"Lanarjumana-kum walayamassa-nakum minna aza-bunalim...." Lebai Cot memejamkan matanya.
Ketika ini orang ramai yang ada di situ melihat Alang Jono menggeliat-geliat. Tidak lama kemudian mereka terkejut hingga Utih Mun sendiri terjerit melihat darah menitik dari bumbung. Semasa jiran-jiran gempar dengan darah menitik-nitik dari bumbung, Pak Jubin juga ikut sama terkejut.
Razak bingkas bangun dari lunjur kaki Alang Jono mengambil baldi menadah, darah tersebut. Tetapi Lebai Cot terus juga duduk tidak bergerak-gerak. Matanya terpejam, tetapi mulutnya terus terkumat kamit membaca Surat Yassin. Dia mengulangi sampai 33 kali bila sampai ayat 'Lanarjumana-kum', mengulangi juga bila sampai pada ayat 'Hazihi jahanamullati 
Darah menitik juga dari bumbung, sementara Alang Jono terkinjal-kinjal menggelupur. Dia tidak dapat meronta kuat untuk bangun kerana Usin Biduk dan Anjang Mamud sudah memegangnya kuat-kuat.
bersambung