BEBERAPA
kali mereka yang melalui jambatan kayu di kampung itu ternampak perempuan
berkemban tatkala senja menjelang. Perempuan itu akan terjun ke air hingga
hilang bersama arus deras. Sengaja pula Kadir Misai memberhentikan keretanya di
jambatan dalam kesamaran senja. Tetapi Mat Jubin menggesanya meneruskan
perjalanan kerana bimbang waktu maghrib tidak sempat.
"Kalau
memang nak jumpa, memang kau tak boleh jumpa," kata Mat Jubin semacam
mengejek kawannya itu.
"Betulkah
cerita perempuan tu?" Kadir Misai masuk semula ke kereta.
tersengih-sengih.
"Mana
aku tahu, sedangkan aku pun tak pernah jumpa," jelas Mat Jubin mencebek
bibir.
Memang
dia tidak pernah terserempak gadis berkemban yang seringkali ditemui oleh
beberapa orang kampung yang melintasi jambatan kayu berkenaan. Tetapi jelmaan
gadis berkemban itu tidaklah mengganggu sesiapa. Dia sekadar duduk berjuntai
kayu di hujung jambatan kayu itu, kemudian terjun ke tengah arus apabila
ternampak orang melintasi di situ.
Tetapi
mereka terpaksa berhati-hati juga supaya motorsikal yang ditunggang tidak
terbabas ke bawah jambatan. Mat Jubin juga dengar fasal penjual roti India yang
terbabas jatuh ke bawah jambatan. Kepalanya terperusuk ke celah batu-batu di
dasar sungai.
Mereka
di kampung berkenaan percaya penjual roti India itu memang terserempak gadis
berkemban itu duduk berjuntai kaki. Tentu dia mahu mengelakkan supaya tidak
merempuh gadis berkenaan menyebabkan dia tidak dapat mengawal motorsikalnya.
Sekaligus motorsikalnya merempuh tepi jambatan hingga melambung jatuh ke bawah.
Sewaktu
orang-orang kampung da-tang membantu, India berkenaan sudah mati tidak bernyawa
lagi.
"Kadangkala
bayang. pokok, tapi disebabkan takut mereka kata perempuan berkemban," ujar
Kadir Misai semacam tidak percaya fasal orang-orang kampung pernah beberapa
kali terserempak.
"Boleh
jadi juga," sahut Mat Jubin tidak mahu sangat melayani kawannya itu. Kalau
Kadir tidak mahu percaya, mata Jubin juga tidak peduli apa. Perkara orang-orang
kampung pernah terserempak perempuan berkemban di hujung jambatan, bukan penting
sangat pada Mat Jubin. Asal sahaja dia dapat menumpang kereta Kadir Misai untuk
batik ke kampung pun cukuplah.
Sudah
beberapa kali Kadir Misai inengajak dia batik ke kampung ber-sama, tetapi Mat
Jubin Iebih suka menaiki bas. Dia tidak mahu menyusahkan Kadir Misai kalau
sekadar untuk balik ke kampung.
Tetapi
Kadir Misai mendesaknya juga kerana mahu menemui Haji Kimin di Temerloh. Cuma
Mat Jubin yang tahu sangat rumah orang tua tersebut untuk menyampaikan
bungkusan yang diamanahkan oleh arwah ayahnya Ulung Mahadar. Sewaktu Haji Kimin
datang men-ziarah di hari kematian Ulung Mahadar, memang Kadir Misai tidak
sempat mahu menyerahkan bungkusan tersebut.
Disebabkan
amanah ayahnya itulah Kadir Misai terpaksa cari juga Haji Kimin. Mahu masuk ke
jalan tanah merah ke rumah Haji Kimin itu pun bukanlah mudah mencari simpang.
Manalah tahu akan tersesat pula hingga sampai ke perkampungan Orang Asli kalau
tidak dapat mencari jalan.
Memang
Mat Jubin juga sudah berjanji sanggup menghantar Kadir Misai ke rumah Haji
Kimin. Apalah salahnya tunjukkan jaIan ke rumah orang tua kerana sudah dekat
dengan kampungnya. Selepas bertemu Haji Kimin dia boleh minta Kadir Misai
hantarkan terus dia balik ke rumah.
Apabila
masuk ke perkampungan itulah Kadir Misai mahu tahu sangat fasal jambatan kayu
berkenaan. Memang Kadir Misai mendengar cerita jelmaan perempuan berkemban di
jambatan kayu itu sejak beberapa tahun dulu. Sebab itulah dia minta Mat Jubin
tunjukkan juga letaknya jambatan kayu di sungai kecil menuju ke kampung
berkenaan.
"Kau
percayakah dengan cerita ma-cam tu, Jubin?" Kadir Misai sengaja mahu
menguji kawannya itu.
Mat
Jubin tidak menyahut. Dia tersengih-sengih sambil mendengus pendek. Perkara
terserempak jelmaan itu bukan fasal percaya atau tidak, tetapi benar-benar
berlaku atau rekaan sahaja?
Tetapi
Kadir Misai tahu kawannya itu bukanlah tidak percaya mengenai cerita yang
dianggap tahyol Kalau Mat Jubin turun ke sungai dia seluk tangan ke celah akar
pun boleh menangkap ikan. Siapa boleh menangkap ikan kalau tidak gunakan jala
atau jeramak.
Tentu
siapapun tidak percaya kalau Mat Jubin kocak-kan kaki ke air ikan akan datang
menerpa. Dia akan cekak sahaja kepala ikan dari permukaan air sampai penuh satu
keruntung.
Sampai
bermasam muka abang iparnya apabila Mat Jubin turun juga ke sungai tatkala
orang-orang kampung seringkali nampak buaya menjengah kepala. Marah benar Rasat
Pengkar disebabkan Mat Jubin berdegil memasang jaring ke tengah air.
"Kalau
buaya selalu menghilir tanda nya nak cari mangsa," bimbang juga Rasat
Pengkar kalau adik iparnya turun juga merentangkan jaring.
"Hah,
kita bukan cari dia," sahut Mat Jubin tidak merasa bimbang apa-apa. Isterinya
Sarah Boyot pun merungut-rungut juga kerana Mat Jubin berdegil mahu turun ke
sungai.
Memang
buaya di kampungnya belum pernah lagi mengerkah manusia. Tetapi kalau lembu
meragut rumput di tebing sungai jangan harap boleh selamat. Tidak bertangguh
akan dilibas ekornya sampai terhumban ke air.
Dalam
masa orang-orang kampung kecut perut mahu turun ke sungai, Mat Jubin tidak
peduli apa-apa. Dia rentang juga jaring ke tengah air. Terkejut juga Rasat
Pengkar apabila dilihatnya Mat Jubin berdiri di atas belakang buaya sewaktu
membawa jaring ke tengah.
Semenjak
itu Rasat Pengkar tidak mahu lagi menegur. Dia tahu Mat Jubin tidak akan
diganggu buaya sekiranya turun ke tengah air. Kadangkala dia sendiri mengajak
Mat Jubin merentang jaring tatkala seisi kampung tidak berani turun ke sungai
setelah ternampak buaya menghilir.
Selepas
meninggalkan kampung halaman pun, Mat Jubin akan turun juga ke sungai memasang
jaring apakala sekali sekala balik ke kampung. Bukan mudah dia mahu melupakan
sungai, sekalipun berpindah ke pekan. Kalau tidak berniaga di gerai makannya,
memang Mat Jubin turun ke sungai sampai ke Tanjung Karang atau ke Tanjung Malim.
Kadangkala
merungut juga Sarah Boyot disebabkan dia terpaksa terkial-kial di gerai makan
nya melayani peIanggan dengan tidak dibantu sesiapa pun.
"Agaknya
dulu-dulu ada perempuan terjun bunuh diri di situ," lantas Kadir Misai
mengagak setelah kereta terhinggut-hinggut melepasi jambatan kayu itu.
"Entahlah,
tak ada pula aku dengar cerita macam tu," ujar Mat Jubin perlahan.
Sudah
beberapa kali dia masuk ke kampung Haji Kimin, tidak pernah pula didengarnya
mengenai perempuan terjun membunuh diri di atas jambatan berkenaan. Perkara
orang kampung terserempak jelmaan perempuan di jambatan kayu itupun dia baru
mendengar daripada Kadir Misai sendiri.
"Sebab
itulah dia menjelma di situ," Kadir Misai terangguk-angguk macam dapat
meneka kejadian itu pernah berlaku.
Tentu
perempuan itu terjun ke tengah arus menyebabkan dia mati lemas dihanyutkan
air sungai. Kalau tidak masakan orang orang kampung ternampak jelmaan perempuan
berkemban di waktu senja. Kenapa perempuan berkemban itu tidak tercegat di situ
ketika pagi sekiranya mahu mandi menyelam di sungai?
Lagipun
sebaik sahaja terjun ke air, perempuan itu akan hilang bersama arus sungai ke
hilir. Sungai kecil itupun bukanlah dalam sangat seperti Sungai Semantan hingga
perempuan berkemban itu tidak boleh berenang ke tepi. Airnya sekadar paras
lutut sahaja dengan arus yang tidak deras sangat.
Tetapi
Haji Kimin berdekah-dekah ketawa apabila Kadir Misai beritahu mengenai
pengakuan orang-orang kampung ternampak perempuan berkemban di hujung jambatan
kayu. Geli sangat hatinya disebabkan Kadir Misai beriya-iya mahu sahihkan
cerita tersebut.
"Dah
tiga puluh tahun aku di sini, tak pernah pula aku dengar," jelas Haji
Kimin seolah-olah cerita itu melucukan sangat.
"Ah,
perempuan tu nak mandi," ujar Mat Jubin bergurau. "Mandi di bawah
jambatan tak ada siapa pun nampak," katanya tersengih-sengih mengerling
Kadir Misai.
"Siapa
yang cakap dengan kau ni, Kadir?" desak Haji Kimin.
"Sidik
Togok yang beritahu saya" jelas.Kadir Misai apa bila kenangkan cerita
Sidik Togok hampir terbabas motorsikalnya di jambatan kayu itu sebaik ternampak
perempuan berkemban di hujung jambatan. Perempuan itu tersengih-sengih sebelum
terjun ke bawah jambatan terus menghilangkan diri.
"Sidik
tu jarang di kampung, mana dia tahu..." sahut Haji Kimin masih ketawa
dengan cerita Kadir Misai itu.
Tetapi
Kadir Misai tidak percaya Sidik Togok berbohong. Lama dia berkawan dengan Sidik
Togok yang berasal dari kampung berkenaan, memang dia tahu sangat isi hati
kawannya itu. Apa-bila Kadir Misai ber cadang mahu ke kampungnya menemui Haji
Kimin, iantas Sidik Togok beritahu mengenai kejadian yang dialaminya di jambatan
kayu menuju ke kampungnya.
Sampai
di TemerIoh pun memang sudah petang, tetapi Sidik Togok tidak singgah di
mana-mana. Dia terus sahaja balik ke kampungnya sudah hampir senja. Kelilingnya
masih terang lagi, bukannya samar-samar kalau mahu dikatakan dia terkeliru.
Perempuan yang berkemban duduk .berjuntai kaki itu tiba-tiba sahaja bangun sebaik
sahaja motorsikalnya cecah ke atas jambatan.
Tiba-tiba
sahaja Sidik Togok merasa jambatan kayu itu berbuai menyebabkan dia hampir terbabas.
Cepat-cepat dia menungkat dengan kaki supaya tidak terdorong ke bawah jambatan.
Marah juga Sidik Togok dengan sikap perempuan itu. Tetapi dia hairan kenapa
pula jambatan itu bergoyang semasa perempuan itu berdiri.
"Eh,
Kak Bibah nak mandi ke?" Lantas Sidik Togok menegur perempuan itu yang
dilihatnya iras-iras Bibah Talam.
Perempuan
itu tidak menyahut, lantas memusingkan mukanya membelakangkan Sidik Togok.
Belum pun sempat Sidik Togok mahu bertanya lagi, tiba-tiba sahaja perempuan
berkenaan terjun ke bawah jambatan. Beberapa minit dia menunggu, tetapi tidak
dilihatnya Bibah Talam timbul semula ke permukaan air.
"Emmm,salah
orang aku ni, patut Iah dia tak menyahut," keluh Sidik Togok perlahan
terus menunggang semula motorsikalnya.
Berdebar
juga hatinya apabila kenangkan jambatan kayu itu bergoyang Iaksana me-lintasi
titian gantung. Masakan jambatan yang kukuh itu boleh bergoyang tidak bersebab.
Terus sahaja Sidik Togok singgah di rumah Bibah Talam mahu memberitahu kejadian
yang dialaminya itu.
Terkejut
juga Bibah Talam apabila anak muda itu berhenti di tengah halamannya tatkala
senja menjelang. Dia baru sahaja mengambil wuduk mahu tunaikan solat maghrib
sewaktu Sidik Togok memberi salam.
"Hah,
Sidik, baru balikkah awak?" Abang Midun men-jengah di pintu apabila
terdengar orang memanggil isterinya.
"Kak
Bibah ada di rumah?" sengaja Sidik Togok mahu menjengah.
Sebaik
sahaja Bibah Talam mara ke pintu dengan memakai telekung, beristighfar panjang
Sidik Togok. Terus sahaja dia menumpang tunaikan solat maghrib di situ. Selesai
sahaja solat, tidak bertangguh Sidik Togok beritahu mengenai kejadian dia ternampak
perempuan iras-iras Bibah Talam berkemban di atas jambatan kayu.
"Tapi
dia tak mengganggu ke?" soal Abang Midun menjuihkan bibir.
"Jambatan
tu bergoyang kuat," beritahu Sidik Togok mula merasakan bulu roma meremang.
"Hai,
ada puaka pulakah jambatan tu?" keluh Abang Midun perlahan.
Sekiranya
Sidik Togok sudah nampak iras-iras isterinya yang duduk berjuntai kaki di situ,
tentulah puaka itu mahukan geruh Bibah Talam juga. Kalau isterinya melintas
nescaya ditimpa bencana geruh daripada puaka tersebut.
"Nak
kena semah lagi jambatan tu," ujar Bibah Talam sambila menatang air kopi
bersama lepat ubi. Sengaja dia mempelawa Sidik Togok makan sahaja di rumahnya
dahulu. Tidak pernah anak muda itu jejak kaki ke rumah nya sekalipun
kerapkali balik ke kampung. Kalau tidak disebabkan terserempak perempuan
berkemban di jambatan kayu, tentu Sidik Togok tidak akan singgah.
"Dulu
kena semah jugakah?" tutur Sidik Togok terkebiI-kebiI mata, kerana dia
tidak tahu sangat fasal jambatan berkenaan. Ketika jambatan itu dibina Iebih
tiga puluh tahun dulu, dia belum lahir lagi. Manalah dia tahu fasal jambatan
tersebut perlu disemah atau tidak.
Arwah
Dukun Samid yang jalankan upacara semah ketika itu, disebabkan jambatan
tersebut sukar dibina. Asal sahaja ditegakkan sudah tentu keesokan harinya
jambatan itu roboh. Tiangnya hanyut ke hilir hingga melintang di tengah sungai.
Terpaksa pula ditarik balik untuk ditegakkan lagi.
Tiga
empat kali tiang jambatan itu dihanyutkan belumpun sempat siap, Cina kontrak
yang membinanya terpaksa temui arwah Dukun Samid. Biar Iah dia sediakan apa
sahaja yang diminta oleh Dukun Samid asal sahaja puaka di situ tidak mengganggunya
untuk membina jambatan berkenaan.
Memang
arwah Dukun Samid sudah ingatkan dia supaya disemah tempat mahu tegakkan tiang
jambatan Kalau tidak mahu disemah pun, dialihkan sahaja tapak pembinaan itu ke
tempat lain supaya tidak mengganggu puaka yang sudah bertapak di situ.
"Mana
boleh kita kacau rumah kediaman orang," jelas arwah Dukun Samid
memberitahu Cina kontraktor itu. "Puaka pun macam kita juga, dia ada rumah
tempat kediaman, kalau rumah wak orang kasi pecah tentu marahkan?" tersengih-sengih
dukun itu mengingatkan.
Cina
kontraktor itu mengangguk lemah. Dia tidak peduli pun apa yang dicakapkan oleh
Dukun Samid. Asal sahaja jambatan itu boleh dibina dengan tidak merugikan dia
apalah salahnya mematuhi kemahuan dukun berkenaan?
"Kalau
mahu pecahkan tak apa, tapi kasilah lain tempat dia boleh diam," Dukun
Samid semacam terkilan juga kerana Cina kontraktor tidak mahu disemah terlebih
dahulu sebelum membina jambatan itu.
Kalau
tidak disebabkan jambatannya roboh sebelum sempat slap, memang Cina kontraktor
itu tidak peduli sangat fasal semah atau tidak. Salangkan masa orang putih
mahu membina jambatan melintasi sungai pun, mereka percaya fasal semah sebelum
dibina. Sudah beberapa kali Dukun Samid dijemput DO orang putih kalau mahu
semah untuk membina jambatan.
Perkara
puaka tidak boleh diperolok-olokkan. Dukun Samid percaya dengan pendiriannya
mengenai puaka yang hidup sama macam makhluk biasa. Mereka juga hidup
berkeluarga dengan mempunyai tempat kediaman. Manusia bertubuh kasar tentu
tidak melihat rumah kediaman mereka. Sebab itulah ketika membina jambatan,
rumah kediaman puaka dirobohkan habis dengan tidak disedari.
Sebab
itulah mereka bertindak balas Tiang jambatan yang ditarik dengan krin itupun
dicabut lantas dicampakkan ke tengah air. Masakan kerja manusia mahu
mengangkat tiang jambatan sepanjang 15 kaki itu. Bertungkus lumus dua puluh
orang mencabutnya belum tentu lagi tiang jambatan itu boleh goyah. Apalagi mahu
membantingnya dicampakkan sampai melintang di tengah sungai.
"Apa
datuk mahu bikin, bikinlah," Cina kontraktor itu menyerahkan semua usaha
kepada Dukun Samid.
Setelah
menyediakan seekor ayam selasih, tujuh biji telur, tujuh biji limau, segenggam
bertih dan tujuh warna bunga, Dukun Samid terpaksa memberi makan ancak. Dia
mesti berunding dengan puaka di situ supaya berpindah ke tempat lain, bagi
membolehkan jambatan dibina. Kalau puaka itu mengganggu sesudah disemah, memang
Dukun Samid tidak akan beri muka lagi kepadanya. Dia akan musnahkan sampai ke
anak cucu.
"Selepas
disemah tu, barulah dapat dibina jambatan tu," Bibah Talam memberitahu
mengenai sumbangan bapa saudaranya arwah Dukun Samid membantu jambatan
berkenaan.
Cina
kontraktor itu memang terhutang budi pada Dukun Samid. Tidak sayang dia
serahkan duit dua ratus ringgit kepada orang tua itu. Apa sangat dengan duit
sebanyak itu kalau bandingkan dengan kerugian yang akan dialaminya kalau tiang
jambatan hanyut tatkala belum slap dibina.
Haji
Kimin tersenyum sahaja apabila disebut fasal arwah Dukun Samid menyemah jambatan
itu. Perkara semah memang sudah menjadi amalan ketika itu. Mahu menebang tebas
hutan pun perlu bersemah terlebih dahulu. Apa lagi membina tapak rumah baru di
tempat yang diteroka mereka akan jemput dukun menyemah supaya tidak ada puaka
meng-ganggu.
Tidak
hairan sangat kalau Cina kontraktor minta Dukun Samid semah tapak membina jambatan
itu.
"Jambatan
yang disemah oleh arwah Samid dulu dah runtuh," jelas Haji Kimin melirik
senyum. "Jambatan sekarang ni dah lima tahun dibina, tak ada pula buat
semah," katanya semacam mengejek Kadir Misai.
Kadir
Misai pun bukanlah percaya dengan semah untuk menghalau puaka. Tetapi, dia
diberitahu oleh Sidik Togok mengenai kejadian yang dialaminya lebih sepuluh
tahun dulu. Tentulah jambatan yang dilaluinya ketika itu masih lagi jalbatan
lama yang disemah semasa arwah Dukun Samid.
Tidak
lama selepas itulah Sidik Togok terkejut mendengar Bibah Talam terlantar sakit
hingga lumpuh kedua belah kaki. Sewaktu dia menjengah perempuan itu di
hospital, Abang Midun sendiri beritahu fasal Bibah Talam tiba-tiba jatuh
tersepuk di bilik air dalam keadaan berkemban.
Cepat-cepat
Abang Midun berkejar ke bilik air apabila terdengar isterinya menjerit meminta
tolong. Hairan juga dia di-sebabkan Bibah Talam tidak dapat berdiri lagi akibat
kakinya tiba-tiba menjadi lemah. Terpaksa pula dipapah naik ke tempat tidur
dalam keadaan masih berkemban itu.
"Betul
apa yang kau nampak Sidik, memang dia cari geruh kakak kau," gerutu Abang
Midun terkilan kerana tidak cepat bertindak. Sepatutnya dia mesti bersemah
sebaik sahaja Sidik Torok melihat pererrpuan iras-iras isterinya berkemban di
atas jambatan kayu.
"Kenapa
tak ubat cara kampung?" lantas sahaja Sidik Togok ingatkan Abang Midun.
Kalau lama terlantar di hospital masih tidak sembuh, kenapa tidak diusahakan
cara yang lain.
Terdiam
Abang Midun. Dia sendiri yang berkeras mahu membawa Bibah Talam ke hospital
sebaik sahaja isterinya jatuh tersepuk di bilik mandi. Langsung dia tidak ingat
pun rnengenai Sidik Togok terserempak perempuan iras-iras isterinya berkemban
di atas jambatan kayu.
Manalah
dia peduli sangat kalau kaitkan dengan perkara tahyol. Tentulah kawan-kawan di
sekolah akan tertawakan dia, apakala guru sekolah Melayu sepertinya percaya
sangat dengan perkara-perkara karut. Memang Abang Midun sendiri merasakan perkara
tahyol tidak boleh dihiraukan sangat.
lsterinya
jatuh tersepuk di bilik mandi bukan disebabkan gangguan puaka, tetapi boleh
jadi diganggu angin ahmar. Memang tidak ada harapan lagi mahu pulih sekiranya
sudah lumpuh akibat angin ahmar itu. Hospital sendiri mengakui sukar mahu pulih
setelah diganggu stroke.
"Bolehkah
sembuh kalau kena stroke?" soal Abang Midun semacam putus harapan untuk
mengubati isteri nya.
"Kita
cubalah dulu," pujuk Sidik Togok memberikan harapan kepada lelaki yang
sudah buntu mahu memikirkan musibah yang menimpa isterinya.
Setelah
dipujuk oleh Sidik Togok itulah, mereka ke Lancang menemui Mahadar. Tidak banyak
berdalih, Ulung Mahadar terus sahaja bersetuju datang ke rumah Abang Midin
setelah Bibah Talam dibawa balik kerumah. Sempat juga dia singgah di atas
jambatan kayu itu apabila Sidik Togok memberitahu dia ter serempak perempuan
iras-iras Bibat Talam duduk ber juntai kaki di situ.
Lama
Ulung Mahadar berdiri di atas jambatan, dia sekadar menggeleng-geleng sahaja.
Apabila ditanya oleh Sidik Togok, dia tidak menyahut apa-apa. Hanya
tersen-gih-sengih sahaja macam menyimpan rahsia yang tidak boleh diberitahu
kepada orang lain. Puas didesak oleh Sidik Togok lantas Ulung Mahadar menyindir:
"Kalau
sakit diubat, kenapa pula nak tanya sebab-sebabnya. Tugas kita berikhtiar yang
selebihnya serahkan kepada Allah, adakah awak nak suruh aku mendahului
ketentuan Allah?"
Tersipu-sipu
Sidik Togok disindir demikian. Tidak sepatutnya dia bertanya perkara yang sukar
hendak diterangkan oleh Ulung Mahadar. Kalau dijemput mahu mengubati Bibah
Talam kenapa pula kaitkan dengan jambatan kayu berkenaan?
Ketika
Ulung Mahadar menyediakan air di dalam pasu yang ditaburkan dengan bunga tujuh
warna, Abang Madun sudah mengagak tentu Ulung Mahadar mahu bersemah sama macam
arwah Dukun Samid juga. Sebab itulah cepat-cepat Abang Midun beritahu Ulung
Mahadar mngenai mimpinya beberapa macam sebelum itu.
Abang
Madun merasakan seolah-olah dia dikurung di dalam pondok buruk oleh lembaga
bertubuh besar. Orang-orang kampung yang mencarinya tidak menemui dia
bersembunyi di dalam pondok buruk berkenaan. Abang Madun sendiri sengaja bersembunyi
di situ, sekali pun lembaga bertubuh besar itu menggerunkan hatinya.
Dia
tidak peduli sangat fasal lembaga bertubuh besar tersebut di sisinya. Asal
sahaja dia tidak mengganggu, Abang Madun tidak bimbang apa-apa. Biarlah mereka
sama-sama bersembunyi di situ, setelah isteri nya Bibah Talam mengajak
orang-orang kampung mencari dia. Hairan juga dia kerana Bibah Talam yang lumpuh
kedua belah kaki boleh melangkah gagah mara ke pondok buruk berkenaan.
Memang Ulung Mahadar berdiri di sisi Bibah Talam.
Sewaktu Bibah Talam menuding ke pintu buruk tempat dia bersembunyi, cepat-cepat
Abang Madun bertahan di pintu. Dia tidak mahu mereka menyedari lembaga bertubuh
besar bersembunyi bersama dia di situ. Tetapi Ulung Mahadar berubah menjadi
berang setelah melihat lembaga bertubuh besar menunggu di dalam pondok buruk.
Sekaligus
Ulung Mahadar menendang pintu pondok buruk berkenaan sampai Abang Madun tercampak
ke dinding. Sebaik sahaja pintu terkopak, Ulung Mahadar tidak pedulikan Abang
Madun yang tersandar ke penjuru dinding tetapi terus menerpa ke arah lembaga
bertubuh besar itu.
Tidak
bertangguh lembaga bertubuh besar itu melawan. Tetapi cengkamannya mudah sahaja
dilepaskan oleh Ulung Mahadar, bagaikan belut yang licin di lumpur. Puas
lembaga bertubuh besar itu mahu memerangkap tetapi cepat-cepat dihembat oleh
Ulung Mahadar dengan pelepah nyiur sampai tersungkur tidak bertahan.
Setiap
kali lembaga bertubuh besar itu cuba bangun melawan bertubi-tubi pula disesah
oleh Ulung Mahadar dengan pelepah nyiur, kering. Setiap kali disesahnya
tulang-belulang lembaga bertubuh besar remuk bagaikan dihenyak dengan batu
sebesar reban ayam.
"Ah,
itu cuma mimpi," beritahu Ulung Mahadar tersengih-sengih apabila
diberitahu oleh Abang Midun mengenai mimpinya berturut-turut dua tiga malam.
"Entahlah, tapi saya nampak bunga
bertaburan di keliling saya," jelas Abang Madun bimbang setiap kali
kenangkan mimpinya yang menggerunkan itu. Kalau dia dikurung oleh lembaga
bertubuh besar itu kenapa pula dia bertahan dengan menampan di pintu supaya
Ulung Mahadar tidak menyerbu masuk?
"Mimpi,
macam-macam lah..." kata Ulung Mahadar tidak mahu sangat melayani cerita
Abang Madun mengenai mimpinya itu.
Setelah
air di dalam pasu didoakan, Ulung Mahadur campakkan bunga tujuh warna itu ke
dalam air. Dia kocakkan hujung telunjuk ke dalam air di pasu itu, lantas
direnjiskan ke kaki Bibah Talam.
"Sejuknya;
macam air batu," rungut Bibah Talam sebaik sahaja terkena percikan air
yang direnjiskan oleh Ulung Mahadar.
Ulung Mahadar bingkas bangun berjalan ke
kepala tangga. Dia berdiri di situ dengan membukakan pintu sambil membacakan
doanya di situ. Lama Ulung Mahadar berdiri di muka pintu serambi, tiba-tiba
angin bertiup kencang hingga menampan ke tabir layar rumah.
Puas
dia tercegat di muka pintu, Ulung Mahadar masuk semula ke tengah rumah. Dia
terus berbaring di tepi pasu berisi air itu dengan tidak bercakap apa-apa.
Hampir setengah jam Ulung Mahadar berbaring, Abang
Madun
melihat jam di tangan sudah pukul sebelas malam. Ulung Mahadar masih tidak mahu
memerlukan bantal dalam saat demikian. Lainlah kalau mahu tidur nyenyak
sampai ke pagi. beritahu apa yang Hampir pukul perlu dilakukan dua betas tengah
untuk mengubati malam baru lah Bibah Talam.
Dia
sekadar berpesan suruh sediakan pasu sebuah dengan bunga tujuh warna. Air yang
digunakan mesti air perigi yang dicedok. Selebihnya dia tidak beritahu.
apa-apa pun cara untuk mengubati Bibah Talam itu. Terpaksalah Abang Madun
bersama Sidik Togok menunggu sahaja apa yang akan dilakukan oleh Ulung Mahadar
selanjutnya.
Puas
berbaring terlentang, Ulung Mahadar mengerengkan badannya ke kanan dengan kepala
beralaskan lengan. Dihulurkan bantal oleh Abang Madun pun tidak dihiraukannya.
Manalah dia memerlukan bantal dalam saat demikian. Lainlah kalau mahu tidur
sampai pagi.
Hampir
pukul dua belas tengah malam barulah Ulung Mahadar bangun sambil
menggeliat-geliat. Dia tersenyum mengerling Abang Madun.
"Macam
mana Ulung?" tidak sabar lagi Sidik Togok mahu mengetahui keputusannya.
Tetapi
Ulung Mahadar menggeleng-geleng sahaja dengan senyum meleret. Serba salah juga
Abang Madun disebabkan Ulung Mahadar mengerling dia semacam menyindir. Dia
tidak dapat mengagak kenapa orang tua itu bersikap demikian.
Kesepian
malam amat terasa di kampung pedalaman itu. apalagi setelah hampir jam dua belas
tengah malam. Angin dingin juga berhembus menyusup ke dalam rumah hingga terasa
kesejukan sampai ke tulang sum-sum. Tetapi Ulung Mahadar terpaksa juga menunggu
dengan sabar.
Memang
dia memerlukan kesabaran tatkala menghadapi ujian demikian. Tidak perlu
terburu-buru kalau dia sudah dapat mencari puncanya.
"Hah,
kalau datang dari jauh, kena tunggu sikitlah," bisik Ulung Mahadar
menyebabkan Abang Madun semakin tidak dapat memahami maksudnya.
Terus
sahaja Ulung Mahadar ke muka pintu serambi semula. Sewaktu dia membacakan doa,
angin semakin kencang bertiup memukul tabir layar rumah. Deru angin juga terasa
bergetar menyusup ke dalam rongga. Abang Madun bersama Sidik Togok ikut ke
serambi berdiri di belakang Ulung Mahadar.
Manalah
tahu orang tua itu memerlukan bantuan mereka sekiranya menjelma lembaga
bertubuh besar se-perti yang dilihat dalam mimpinya oleh Abang Madun. Tetapi
orang seperti Ulung Mahadar bukannya gementar sangat kalau terserempak lembaga
demikian. Dia sudah cukup bersedia sebelum memulakan usahanya, masakan
memerlukan bantuan Abang Madun atau Sidik Togok kalau sekadar bergantung kepada
kekuatan manusia biasa.
Ulung
Mahadar berdiri di muka pintu dengan mendepang tangan Iantas membacakan doa:
In-nahu
minas Sulaimanni wa-in-nahu bismillahhir Rahmaniir Rahim, dan diulangi tujuh
kali.
Kemudian
dihembuskannya di tengah kegelapan malam bersama deru angin yang bergetar.
Lama
dia menunggu dengan tabah di muka pintu serambi, barulah Ulung Mahadar mengisar
tapak tangannya dan membacakan:
Ya
Allah-hu Ya Rahman Ya Rahim, Ya Hayyun Ya Qayyum, Ya Zal-jalal wal-ikram, Ya
ahlat tagwa wa-ahlal mughfirati, ya zikriz zakirina, tub `alaiya taubatan
nasohan wazidni bifadli rah-matika nurau wa-wudhuhan ya arha-mar rahimin, dan
diulangi lima kali.
Sebaik
sahaja dibaca kan Ulung Mahadar menampar bertepuk tangan tiga kali, dan mengisarnya
semula bagai menggintil tepung.
Hampir
lima minit dia menunggu di situ, tidak juga berganjak tercegat di muka pintu
bagaikan menunggu tetamu yang berjanji akan datang. Abang Madun dan Sidik
Togok hanya mendengar angin kencang sahaja bertiup memecah kesepian malam itu.
Tetapi
Ulung Mahadar bukan sekadar berdiri memerhati kegelapan malam. Dia semakin
yakin dengan kemampuan nya. Perlahan-lahan dia mendepangkan semula tangan, lantas
membacakan:
Yu-hibbu
nahum kahubillahi, wallazi-na a-manu asyaddu hubban lillahi, zui-yina linnasi
hubbusy syahawati minnan nisa-i walbanina wal-qanatiril muqan tha-rah.
Apabila
dihembuskannya ke udara, memang terasa oleh Abang Madun gerimis halus turun
bagaikan embun tebal menyelaputi bukit bukau. Barulah Ulung Mahadar puas hati,
setelah hampir dua jam dia berusaha sepenuh hati. Kemudian dia masuk semula ke
tengah rumah lantas diIangkah pasu di sisi Bibah Talam sebanyak tiga kali.
"Ada
bunyi barang jatuh dalam pasu tu, Ulung," beritahu Bibah Talam lesu kerana
ikut sama tidak tidur yang sekelip mata. Lagi pun tenaganya bukanlah Iemah
sangat sekalipun dua kakinya tidak boleh digerakkan Iangsung
"Kalau
macam tu, ada barang agaknya tu," sahut Ulung Mahadar menyuruh Abang Madun
membuka pasu yang ditutupnya dengan kain berwarna hitam.
Sebaik
sahaja Abang Madun dan Sidik Togok membuka tutupan kain hitam itu, mereka
nampak seekor ikan haruan sebesar lengan. Tubuh ikan itu dicucuk dengan sembilu
buluh yang diikat dengan benang tujuh warna. Masih bergelumang dengan lumpur tubuh
ikan tersebut semasa diangkat oleh Abang Madun.
"Dari
mana pula datangnya ikan haruan ni?" keluh Abang Madun tidak menyangka
akan kejadian tersebut.
"Ikan
di sungai Kelantan," tutur Ulung Mahadar tersenyum mengerling Abang Madun.
"Macam
mana pula jauh sangat?" Bibah Talam bingkas duduk mahu melihat sendiri
keadaan ikan haruan yang menggelupur di tangan suaminya.
"Ah,
apa nak dihairankan," Sidik Togok pula mencelah. Kalau dia melihat
perempuan berkemban di atas jambatan kayu menyebabkan Bibah Talam jatuh
lumpuh, apa sangat beza nya dengan ikan di sungai Kelantan yang boleh jatuh ke
dalam pasu yang ditadah oleh Ulung Mahadar.
"Nak
menyeksa binatang," keluh Bibah Talam memerhati tubuh ikan itu dicucuk
dengan sembilu bulu dan di ikat dengan benang tujuh warna.
"Bukannya
menyeksa ikan tu sahaja, tapi menyeksa awak juga," sahut Ulung Mahadar bersandar
ke dinding. Terbayang kepuasan di wajahnya kerana dapat membantu Bibah Talam.
Dia
pesankan supaya Bibah Talam diurut kakinya sampai segar semula. Setiap pagi
juga Bibah Talam perlu berlatih berjalan sehingga pulih seperti sediakala.
"Yang
tak dapat dilihat sudah diubat, sekarang yang dapat dilihat pula mesti
diubat," Ulung Mahadar mengingatkan supaya kaki Bibah Talam diurut.
Tiga
pagi berturut turut Bidan Lamah datang mengurut kaki Bibah Talam. Sampai
sebulan juga Bibah Talam terpaksa berpaut ke dinding mahu berjalan berkeliling.
Lama dia berusaha barulah kakinya pulih semula. Bibah Talam dapat berjalan
semula bagaikan tidak pernah mengalami penyakit lumpuh yang menyeksakan.
Sewaktu
Abang Madun berkunjung ke rumah Ulung Mahadar di Lancang membawa Bibah Talam,
selamba sahaja orang tua itu berbisik, "Macam mana ikan di sungai Kelantan?"
Terkejut
juga Abang Madun, tetapi dia sekadar tersengih-sengih. Memang dia tidak dapat
sembunyikan daripada pengetahuan Ulung Mahadar, kalau orang tua itu memang
dapat melihat secara kebatinan. Dia tidak boleh berahsia lagi, kerana Ulung
Mahadar tahu dia mempunyai seorang lagi isteri yang dikahwininya di Golok.
"Saya
dah buangkan, Ulung," jelas Abang Madun tersipu-sipu.
"Baguslah
tu, Alhamdullillah," sahut Ulung Mahadar menepuk-nepuk bahu Abang Madun
yang masih dalam keadaan serba salah.
"Apa
yang dah dibuang tu?" Iantas sahaja Bibah Talam bertanya kerana mengesyaki
sesuatu disebabkan suaminya berbisik-bisik dengan Ulung Mahadar.
"Ikan
haruan dulu tu, Ulung dah buangkan," beritahu Abang Madun
tersengih-sengih mengerling Ulung Mahadar.
Memang
Bibah Talam tidak tahupun mengenai Abang Madun berkahwin seorang lagi di Golok.
Malah selepas menceraikan isterinya itupun, Bibah Talam masih tidak tahu
apa-apa pun. Semenjak bertahun-tahun mereka berkahwin tidak juga mendapat anak.
Terpaksa pula Abang Madun mengambil anak angkat untuk mengubati hatinya yang
kecewa kerana tidak mendapat anak itu.
Kejadian
yang menimpa Bibah Talam ini memang Kadir Misai tahu sangat, kerana kerapkali
juga mereka suami isteri datang berkunjung ke Lancang sewaktu ayahnya masih
ada. Beberapa kali juga bersua dengan Kadir Misai apabila sekali sekala dia
balik ke kampung.
"Pak
Haji kenalkah dengan Cikgu Madun?" Kadir Misai mengukuhkan duduknya kerana
masih ingatkan fasal jambatan kayu di kampung berkenaan.
"Bibah
isterinya tu orang kampung ni, memang saya kenal," jelas Haji Kimin
memegang bungkusan yang diamanahkan oleh arwah Ulung Mahadar supaya diserahkan
kepadanya itu.
"Isterinya
tu lumpuhkan?" tersengih-sengih Kadir Misai mahu menguji orang tua itu.
"Dengarnya
macam itulah, tapi ayah awak yang ubat” Iantas Haji Kimin memberitahu.
"Bukan
disebabkan pucka jambatan tu?" sengaja Kadir Misai terus mendesak.
"Puaka
tidak boleh memberi mudarat kepada sesiapa," ujar Haji Kimin te-nang
membelek-belek bungkusan tersebut. Dia dapat mengagak bungkusan tersebut memang
Quran kecil bertulisan tangan peninggalan ayahnya yang dihadiahkan kepada Ulung
Mahadar. Sebab itu Ulung Mahadar kembali-kan semula kepadanya supaya dijaga
baik-baik.
Terdiam
Kadir Misai apabila di-sindir oleh Haji Kimin.
"Hanya
Allah berkuasa memberi mudarat atau kebajikan kepada makhluk," tegas Haji
Kimin menyebabkan Kadir Misai tertunduk.
Malu
juga Kadir Misai mahu menceritakan kepada saya kejadian menemui Haji Kimin itu.
Tersengih-sengih dia menerangkan kepada saya setelah Mat Jubin memberitahu
fasal Kadir Misai terkebiI-kebil mata disindir oleh Haji Kimin.