Sunday, October 1, 2017

247. BIDAN MERATAH URI TEMBUNI

MEMANG terkejut benar Utih Lisun apabila dipanggil Suman Teleng tatkala baru mahu rebahkan badan. Mengantuk sangat disebabkan sudah berturut-turut tiga malam tidak dapat nyenyak tidur menunggu anaknya Semirah bersalin. Disebabkan Semirah bersalin anak sulung terpaksa dia jaga baik-baik biar tidak bentan. Sekiranya bentan tatkala bersalin tentu padahnya akan tumpah darah sampai terkejang tidak bermaya.
 Apabila dia bingkas bangun Suman Teleng beritahu belum pun masuk waktu asar semasa dia rebahkan kepala ke bantal. Dalam keadaan mengantuk itu terpaksa juga Utih Lisun menuruti sahaja kemahuan Suman Teleng meminta bidankan isterinya Mahani tengah mengerang-erang mahu bersalin. Ketika ini Utih Lisun tidak boleh berdalih apabila diminta bidankansesiapa sahaja bersalin setelah sarat mengandung.
Menjadi bidan sama juga memegang amanah supaya bayi yang dilahirkan selamat sempurna. Sewaktu dia menerima amalan berbidan dari arwah neneknya Embah Sibai memang Utih Lisun sudah nekad mematuhi pantang larangnya. Dia tidak boleh berdalih tatkala dijemput sekalipun dalam keadaan letih tidak bertenaga.
Siapa lagi diharap bidankan perempuan sarat mengandung kalau bukan Utih Lisun. Tentu perempuan sarat mengandung akan terkapai-kapai tidak keruan sekiranya dia tidak membantu semata-mata disebabkan letih sangat. Embah Sibai tidak memaksa dia menjadi bidan sekiranya tidak sanggup dijemput orang sekalipun dinihari tatkala tengah nyenyak tidur.
Sewaktu sampai di rumah Suman Teleng memang Mahani tengah mengerang-erang sakit mahu bersalin. Tidak bertangguh Utih Lisun meraba perut perempuan itu setelah menyedari saat rnelahirkan anak dalam
tempoh beberapa saat sahaja. Utih Lisun terpaksa gagahi melawan rasa letihnya semata-mata mahu bidankan Mahani mengerang-erang sakit mahu bersalin.
Tetapi hingga masuk maghrib baru Mahani selamat melahirkan anak. Disebabkan malam sangat, Utih Lisun tidak sempat mahu bersihkan uri tembuni ke sungai. Sebab itu dia suruh Suman Teleng gulung baik-baik di dalam tikar alas Mahani bersalin biar senang dipunggah ke sungai pagi-pagi sebaik sahaja matahari memancar.
 Tengah malam tiba-tiba Mahani terkejut melihat perempuan bongkok terconggok di tempat uri tembuni dilonggokkan. Tersengih-sengih perempuan itu mengunggis uri tembuni macam meratah daging salai. Cepat-cepat Mahani kejutkan suaminya menyebabkan Suman Teleng terpinga-pinga tidak menentu. Sebaik sahaja diberitahu isterinya Suman Teleng menerpa ke penjuru rumah, tetapi tidak siapa pun terconggok di situ. Tatkala dia menyingkap gulungan tikar alas Mahani bersalin, memang dia melihat uri tembuni sudah rormbang diunggis.
"Itu dia, dah naik ke bumbung!" lantas Mahani menuding jari ke bumbung rumah apabila melihat perempuan bongkok itu melekap pada kasau atap.
Puas Suman Teleng mendongak tidak ada apa-apa pun dilihatnya pada kasau atap. Tetapi mata Mahani meliar merenung perempuan bongkok itu melompat ke setiap penjuru atap macam mengejeknya. Terkial-kial Mahani mahu bingkas bangun kerana bimbang perempuan bongkok itu mahu menerkam anak kecilnya di dalam bedungan.
"Jaga anak kita, dia nak kerjakan anak kita," beritahu Mahani ingatkan Suman Teleng sekalipun suaminya tidak nampak kelibat perem-puan bongkok yang melekap pada kasau atap.
Ketika ini dia teringatkan sikat tanduk di sanggul yang ditinggalkan oleh Utih Lisun. Segera direntapnya sikat tanduk itu dihalakan ke arah perempuan bongkok yang melekap pada kasau atap. Sebaik sahaja dia tujah sikat tanduk itu ke udara tiba-tiba sahaja terpancar kilauan hijau terus menerjah dada  perem-puan bongkok berkenaan.
Sekali gus pula perempuan bongkok itu menjerit kesakitan hingga jatuh berdepap ke lantai. Ketika ini Suman Teleng mendengar desit belalang melangsing di tengah kesepian malam diikuti dengan bunyi berdetak di lantai. Apabila dia menyuluh ke lantai Suman Teleng melihat seekor belalang jatuh terlentang dengan kaki terkial-kial menendang angin.
 Cepat-cepat direntap Suman Teleng kepala belalang hingga ternampak sehelai rambut dan sebutir beras pada tengkuknya. Memang Suman Teleng cam belalang tersebut jelmaan pelesit yang dikirim tuannya untuk mengganggu Mahani. Tidak bertangguh dibakarnya belalang tersebut ikut petua yang diingatkan oleh ayahnya Pawang Derani.
"Ohhh, pelesit nak ganggu Mahani!" gerutunya menggertap bibir setelah menyedari isterinya digangu jelmaan pelesit.
Sewaktu Utih Lisun menjengah pagi lagi mahu mencuci uri tembuni ke sungai segera Suman Teleng beritahu kejadian menimpa isterinya. Tetapi Utih Lisun dapat mengagaknya setelah melihat uri tembuni rompong bersisa macam diunggis. Sebab itu dia sengaja cucukkan sikat tanduk ke sanggul siapa sahaja perempuan bersalin, biar mudah dia mengagak keadaan perempuan berkenaan apabila ditinggalkan.
Tatkala Mahani terserempak perempuan bongkok meratah uri tembuni, memang Utih Lisun bagaikan bermimpi melihat kejadian tersebut. Tahu sangat dia jelmaan pelesit itu mahu mengganggu biar Mahani dirasuk sampai tidak sedarkan diri. Cepat-cepat Utih Lisun tuding jari hingga memancar cahaya putih berkilauan dari hujung telunjuknya menerjah dada pelesit. Sekali gus pula Mahani melihat dengan jelas jelmaan pelesit macam perempuan bongkok itu mengunggis uri tembuni dalam gulungan tikar yang dilonggokkan di penjuru rumah.
Marah sangat pelesit berkenaan apabila jelmaan-nya dapat dilihat Mahani menyebabkan tidak dapat bersembunyi. Ke mana lagi pelesit mahu kelirukan Mahani apabila jelmaannya mudah dikenali. Ketika ini memang Utih Lisun membacakan 313 kali Ayatul Kursi, kemudian diteruskan membaca doa:
Laqodja-akum rasulum min-anfusikum 'azizun, ma-'anittum horison 'alaikum bil-mukminina ra-ufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbiyallahhu la-ilaha illa huwa 'alahi tawakkaltu wahuwa rabbul 'azim.
Tiba-tiba jelmaan perempuan bongkok yang mahu merasuk Mahani tercampak pada salai api hingga garing terganggang. Sebaik sahaja api salai menjolak membakar perempuan bongkok berkenaan, lantas Bidan Selusuh menyerbu di depannya. Marah benar Bidan Selusuh apabila berkeras pertahankan Mahani.
Tetapi Utih Lisun tahu di depannya bukan Bidan Selusuh membentak marah, tatkala dia bingkas bangun tengah malam. Apabila hatinya berdebar kenangkan Mahani lantas sahaja Utih Lisun tidak dapat lelapkan mata. Cepat-cepat dia solat tahajud untuk Ienteramkan hatinya yang kian berdebar kuat.
Ketika ini dia seolah-olah terbayangkan mengenai perempuan bongkok me-layang ke bumbung atap mahu menerkam ke arah Mahani. Setiap kali dia mahu menerpa perempuan bongkok itu ditujah sikat tanduk yang tersisip pada sanggul. Berligar-ligar dia di kasau atap mencari ruang untuk rnenerpa, tetapi bahang sikat tanduk itu seolah-olah memijar laksana besi panas merah menyala.
"Kenapa kamu halang kerja anak kami?" gerutu Bidan Selusuh yang tercegat di depannya memarahi Utih Lisun.
 "Kalau nak beri makan anak awak, janganlah ganggu anak ubat kami!" jerkah Utih Lisun memberi amaran supaya segera berundur.
"Jadi, kamu nak tunjuk ilmu kamu tinggi?" semakin marah Bidan Selusuh dalam bayang samar-samar api pelita di tengah rumah.
"Hanya Allah yang Maha Berilmu," sahut Utih Lisun mencemik muka terus mem-bacakan:
Wahuwallazi kholaqos-samawati wal-ardho bil-hoqqi, wayauma yaqulu kun-fayakun qauluhul hoqqu walahul-mulku yauma yunfakhu fissori 'alimul ghaibi wasy-syaha-dati wahuwal hakimul-khobir.
Lantas sahaja angin berpusar memutar tubuh Bidan Selusuh sampai ter-mengah-mengah merayu Utih Lisun tidak meneruskan berdoa demikian. Tetapi pusaran angin berterusan memutar ligat laksana gasing tengah hidup uri. Sewaktu angin berpusar berhenti lantas sahaja Bidan Selusuh rebah tidak bertenaga.
"Sampai hati kamu nak bunuh kami, Lisun," rungut Bidan Selusuh termengah-mengah akibat keletihan di putar pusaran angin.
Utih Lisun tidak menyahut apa-apa. Dia tahu di depan nya bukan Bidan Selusuh yang mahu mengancam, Sudah bertahun-tahun Bidan Selusuh terkejang di rumah dengan berjalan menginsut punggung. Kalau Bidan Selusuh masih gagah melangkah, tentu Suman Teleng jemput bidankan Mahani bersalin.
Memang seisi kampung harapkan Bidan Selusuh bidankan sesiapa bersalin semenjak turun temurun. Bukan takat menyambut bayi lahir sahaja mereka harapkan Bidan Selusuh, tetapi tiga hari berturut-turut Bidan Selusuh akan urut seluruh badan setiap pagi. Dia akan mandikan bayi sampai cukup tujuh hari.
Bidan Selusuh tidak akan ambil apa-apa upah selain bayar upah sambut bayi lahir dengan duit 7 sen. Sekiranya mahu bayar juga upah mengurut tiga pagi berturut-turut Bidan Selusuh tidak tetapkan apa-apa. Sudah menjadi amalan dia tidak akan menerima upah tatkala bidan-kan perempuan bersalin semenjak turun temurun.
Sebab itu Utih Lisun cam di depannya bukan Bidan Selusuh, tetapi jelmaan yang cuba mahu kelirukan dirinya. Kalau dia tidak sabar meng-hadapi jelmaan berkenaan sudah tentu dia akan menuduh Bidan Selusuh sengaja mahu mengganggu. Tahu sangat dia apabila Bidan Selusuh menerima padi satu punca selepas bidankan perempuan bersalin tiba-tiba sahaja dia mengidap Iumpuh hingga tidak boleh jejakkan kaki.
Semenjak Bidan Selusuh Iumpuh dengan berjalan berinsut punggung, memang Utih Lisun menjadi tempat bertumpu. Asal sahaja perempuan sarat mengandung mahu bersalin memang Utih Lisun diharapkan. Terpaksa dia menerima jemputan setelah Bidan Selusuh sendiri mendesak disebabkan bidan berkenaan tidak mampu lagi berkuat.
Masakan Bidan Selusuh yang tercegat di depannya kalau bidan itu sendiri yang mendesak dia membantu perempuan bersalin!
"Kamu tak kenang budi, Lisun!" marah benar Bidan Selusuh dalam keadaan termengah-mengah tidak bermaya.
Dia tetap tidak mahu menyahut. Biarlah Bidan Selusuh sendiri terconggok didepannya dia tidak akan mengaiah sekiranya mahu mengganggu Mahani. Kalau sudah meratah uri tembuni hanyir bercampur darah, masakan perbuatan manusia. Sudah tentu jenis syaitan yang menjelma bagaikan manusia mahu mengelirukan dirinya.
Perempuan bongkok yang menjelma di depan Mahani seolah-olah meratah uri tembuni macam menikmati daging panggang. Sekiranya lambat Mahani menyedari sudah tentu habis diratahnya hingga perempuan itu tumpah darah akibat dirasuk. Manalah Suman Teleng tahu mahu bertahan apabila jelmaan perempuan bongkok itu terus merasuk isterinya.
"Kamu bukan manusia, tetapi syaitan yang dikutuk!" lantas Utih Lisun menghem-bus ke muka bayangan Bidan Selusuh di depannya dengan membacakan: Salamun 'ala sulaimana fil-'alamin, dengan diulangi 21 kali.
Terjerit-jerit Bidan Selusuh menahan kesakitan tatkala beratus-ratus jarum menerjah ke tubuhnya bagaikan sengat tebuan menyerbu bertalu-talu. Bekas tusukan jarum itu membeng-kak menyebabkan muka Bidan Selusuh juga menjadi bukup tidak menentu. Semakin termengah-mengah dia akibat tusukan jarum yang bisa menyelusup sampai ke hulu jantung.
"Nak kamu bunuh juga ke kami ni, Lisun?" merintih-rintih Bidan Selusuh setelah menyedari tidak mudah mahu tundukkan Utih Lisun.
Segera Utih Lisun mencemik muka tidak mahu melayani sangat bayangan Bidan Selusuh di depannya. Belum pernah dia melihat Bidan Selusuh mengganggu sesiapa semenjak menjadi bidan di kampungnya kalaulah perempuan itu amalkan amalan pelesit. Tatkala mengidap Iumpuh hingga tidak boleh berjejak kaki pun semata-mata disebabkan dia menerima upah berlebihan semasa bidankan Jarah anak saudaranya sendiri.
Tatkala Maasar hantar-kan padi satu kunca bukan disebabkan Bidan Selusuh bantu bidankan Jarah bersalin, tetapi sekedir kenang emak saudaranya bersusah payah cekang mata sampai berturut-turut tiga malam. Sukar benar Jarah mahu bersalin disebabkan bayinya songsang dengan punggung ke bawah. Puas diteran pun memang Jarah tidak akan dapat lahirkan bayi tengah songsang.
Terpaksa Bidan Selusuh ingatkan Jarah supaya bersabar menahan kesakitan akibat kedudukan bayinya songsang. Setelah dipusing-kan kedudukan bayi barulah Jarah berasa lega tidak diganggu sakit merengat-rengat sepanjang malam. Apabila kedudukan bayinya dibetulkan, Bidan Selusuh juga tahu mengenai resa menunjukkan belum saatnya Jarah boleh meneran bayi berkenaan.
Sebab itu dia meminta Maasar bersabar hingga tiba resa yang sesuai Jarah mahu melahirkan anak. Hingga tiga malam bercekang mata baru Bidan Selusuh beritahu mengenai resa bahawa Jarah akan bersalin. Lantas dia serapahkan jampi pada air segelas dengan membaca-kan:
Tulang badar tulang maliku, tiga tulang halus, daging berkuak darah beralur, urat mina bersusup beralur kala, yang beku minta pecahkan, yang kusut minta usaikan ah, bukan aku yang punya tawar, tawar selusuh yang aku tawar, berkat hu... Sebaik sahaja air yang dijampi Bidan Selusuh diteguk, hanya dalam masa beberapa saat sahaja Jarah bersalin. Mudah sahaja bayi dikandung dilahirkan macam perahu meluncur ke tengah muara. Sebab itu Maasar tetap kenang budi emak saudara isterinya bersusah payah cekang mata sampai tiga malam berturut-turut.
Apalah saiahnya Maasar berikan seekor ayam dara, sekunca padi dengan duit tiga puluh ringgit tanda kenang budi Bidan Selusuh. Lantas sahaja Bidan Selusuh membantah kerana sudah menjadi amalannya tidak boleh menerima upah tatkala bidankan perempuan bersalin. Dia sudah tetapkan ambil 7 sen sahaja setiap kali bidankan sesiapa sahaja bersalin kerana tidak mahu melanggar pantang larang nenek moyangnya.
Terpaksa Maasar hantar juga ke rumah Bidan-Selusuh atas alasan bukannya upah bidankan isterinya bersalin. Dia sekadar beri ayam seekor, padi sekunca dan wang tiga puluh ringgit semata-mata disebabkan Bidan Selusuh emak saudara isterinya. Siapa lagi mahu membantunya kalau bukan Jarah setelah Bidan Selusuh hidup bersendirian di hujung kampung semenjak menjadi janda.
Sembilan kali dia ber-suami, tetapi tidak pernah kekal lama. Apa lagi setiap kali berkahwin Bidan Selusuh tidak mempunyai seorang pun anak. Sebab itu apabila menjadi janda tidak siapa pun yang membantunya. Terpaksa Bidan Selusuh anyam tikar mengkuang dijual kepada orang-orang kampung untuk menampung belanja hidupnya.
Sebab itu Maasar mahu bantu juga emak saudara isterinya setelah bersusah payah bidankan Jarah bersalin. Tetapi Bidan Selusuh tidak merasa susah apa-apa sekalipun tinggal bersendirian di hujung kampung. Asal sahaja jual tikar atau bakul mengkuang yang dianyam, dia sudah boleh menampung hidupnya.
 Apa lagi musim turun ke sawah memang Bidan Selusuh tekun menajak sampai padi kuning berbuah. Bukan banyak sangat per-belanjaannya hidup seorang diri, kalau takat siapkan bertanak nasi atau membeli asam garam. Sebab itu dia berkeras tidak mahu menerima upah bidankan perempuan bersalin hingga melanggar pantang larang.
Disebabkan Maasar berkeras juga hantar barang-barang mahu bersedekah itu, terpaksa Bidan Selusuh menerima. Tidak lama selepas ituiah dia merasa sengal-sengal betis hingga Iumpuh tidak boleh berjejak kaki. Puas didesak Jarah supaya tinggal bersamanya, Bidan Selusuh tetap berkeras tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.
Memang sudah sembilan kali dia bersuami, tetapi semuanya mengejek dia disebabkan tidak mahu menerima upah bidankan perempuan bersalin. Tatkala berkahwin dengan Itam Lahak pun suaminya tuduh dia menjadi hamba orang semata-mata tidak mengambil upah. Bukan mudah mahu bidankan perempuan bersalin hingga bercekang mata sepanjang malam. Kemudian berturut-turut tiga pagi urutkan seluruh badan, di samping mandikan bayi sampai dibedung.
Tentu merungut Itam Lahak disebabkan sampai santak tengah hari Bidan Selusuh tidak batik ke rumah tanakkan nasi untuk suami sendiri. Lantas sahaja Itam Lahakdesak dia berhenti berbidan kalau abaikan tanggungjawab terhadap suami. Tersinggung benar Bidan Selusuh dengan sikap suaminya yang mementing-kan diri sendiri dalam saat seisi kampung harapkan dia menjadi bidan.
"Biar aku tak berlaku asalkan aku boleh berbidan!" Bidan Selusuh berkeras mahu teruskan juga bidankan orang kampung.
"Patutlah sampai sembilan laki awak, semua tak kekal," gerutu Itam Lahak tersinggung dengan sikap isterinya.
 "Buat apa berlaki kalau nak ikutkan ragam laki aje?" terkilan benar Bidan Selusuh disebabkan Itam Lahak ungkit mengenai suaminya sampai sembilan orang.
Sebelum menerima lamaran Itam Lahak pun did sudah ingatkan supaya tidak ganggu perkara bidankan orang kampung. Dia tidak sanggup bertahan lama sekira suaminya merungut fasal tidak boleh melayani dengan baik. Lagi pun bukannya selalu orang bersalin hanya sekali sekala sahaja. Tidak sepatutnya Itam Lahak ungkit fasal dia tidak lekat di rumah semasa berbidan.
Memang sudah sembilan kali dia bersuami, bukanlah bermakna dia tidak mahu melayani mereka. Tatkala berkahwin dengan Uda Deraman dia masih lagi gadis, sedangkan suaminya sudah duda kematian isteri. Kalau tidak disebabkan Uda Deraman meninggal dunia akibat dipatuk ular, nescaya Bidan Selusuh tidak akan berkahwin lain.
Lama dia menjadi janda baru Mat Lajim melamarnya. Apa sangat mahu memilih kalau Mat Lajim bersetuju sekaIi pun tidak disenangi keluarganya. Mat Lajim masih teruna apabila berkahwin dengan Bidan Selusuh hingga dituduh dia gunakan ilmu pengasih. Tetapi Mat Lajim tidak benarkan dia menjadi bidan, hingga sengaja berkahwin lain.
Tersinggung benar Bidan Selusuh apabila dimadukan semata-mata disebabkan dia menjadi bidan. Sebab itu dia cekak rambut isteri muda Mat Lajim sampai hiruk tenar sebuah kampung. Semasa berkahwin dengan Adum rukang dia dituduh mandul tidak melahirkan anak disebabkan bidankan perempuan bersalin.
 Tentu Bidan Selusuh tersinggung apabila semua suaminya ungkit fasal dia berbidan. Kalau mereka tidak bersetuju dia bidankan orang kenapa masing-masing melamar asal sahaja dia lama menjadi janda? Hingga orang kampung juga tuduh dia amalkan ilmu pengasih menyebabkan wajahnya sentiasa kelihatan tidak dimamah usia.
Manalah suaminya tahu mengenai keturunan dia sudah menjadi bidan sejak turun temurun. Apabila dia menerima amalan dari emak-nya fasal berbidan. Bidan Selusuh tidak boleh mengelak sekiranya dijemput orang. Sebab itu dia tersinggung kalau Itam Lahak ungkit dia berbidan sampai abaikan suami sendiri. Kalau umpat dia berbidan samalah macam salahkan keturunan dia yang bidankan orang bersalin sejak turun temurun!
"Kami dah tak larat nak berbidan, kamu aje yang berbidan, Lisun," Bidan Selusuh bersuara lemah setelah tidak boleh lagi berjalan akibat Iumpuh tidak bertenaga. Sebaik sahaja dia menerima upah daripada Maasar, terus sahaja dia tidak boleh lagi berjejak.
Sengaja dia melarang Utih Lisun amalkan cara dia berbidan kerana bimbang terlanggar pantang larang. Biarlah amalan nenek moyangnya berkubur dalam dirinya supaya tidak meng-alami kejadian yang menimpa dirinya. Dia sudah diingatkan oleh arwah emaknya supaya tidak mengambil upah semasa bidankan orang bersalin. Apabila arwah emak-nya sekadar mengambil 7 sen semasa turunkan amalan, maknanya dia mesti menerima 7 sen juga upah menyambut bayi lahir.
 "Kalau takat terlanggar pantang, cubalah Embah berubat," lantas Utih Lisun memujuk supaya Bidan Selu-suh tidak berputus asa. Dia percaya sekiranya rumpuh akibat melanggar pantang larang tentu masih boleh diubati sampai sembuh.
Tetapi Bidan Selusuh berkeras tidak mahu lagi diubati. Biarlah dia terkejang tidak boleh bergerak setelah berdegil melawan sembilan orang suaminya yang men-desaknya berhenti sahaja berbidan kalau takat menerima upah 7 sen. Laifilah kalau menerima upah setimpal dengan bercekang mata sepanjang malam semata-mata menunggu perempuan sarat mengandung selamat melahirkan anak.
Tahu sangat dia semua suaminya tidak memandang rendah keturunan dia menjadi bidan, tetapi Bidan Selusuh mudah tersinggung. Dia tidak peduli suaminya terkilan atau pun tidak dengan keputusan-nya. Kalau sudah menerima-nya menjadi isteri, Bidan Selusuh mahu suaminya tidak membantah apa-apa.
 "Saya nampak macam Bidan Selusuh yang melayang pada kasau atap," beritahu Mahani setelah selesai Utih Lisun mencuci uri tembuni di sungai.
"His, jangan percaya sangat bayangan macam tu," segera Utih Lisun ingatkan perempuan itu supaya tidak terpengaruh dengan perkara yang dilihat dalam imbasan.
"Bidan Selusuh tu simpan pelesit ke, Utih?" bimbang juga Mahani kalau gangguan yang dialaminya menjelma lagi berterusan.
 "Ingatkan Allah, takkan ada syaitan mengganggu, insya Allah," sahut Utih Lisun memujuk perempuan itu. Tetapi Mahani tidak senang dengan gangguan demikian setelah melihat sendiri bayangan Bidan Selusuh terbongkok-bongkok mengunggis uri tembuni. Kalau sekadar mimpi masakan uri tembuni itu rompong diunggis macam ikan goreng dicakup kucing. Biarlah suaminya Suman Teleng tidak melihat apa-apa, tetapi dia sendiri lihat Bidan Selusuh terbongkok-bongkok menyelungkar gulungan tikar.
Tersengih-sengih Suman Teleng apabila diberitahu oleh Mahani mengenai jelmaan yang dilihatnya meratah uri tembuni. Manalah Suman Teleng mahu mempercayai disebabkan dia tahu Bidan Selusuh terkejang Iumpuh tidak boleh bergerak ke mana-mana. Kejadian yang menimpa Mahani itu cepat sahaja tersibar di dalam kampung, apabila Mahani mengaku ternampak jelmaan Bidan Selusuh itu.
Memang Bidan Selusuh juga tidak sedarkan diri sewaktu pagi lagi dijengah oleh Maasar. Mulutnya berbuih-buih dengan leher terlintuk macam terkulai tidak bertampan. Tiga hari dia terkejang dengan nafas berombak-ombak, Bidan Selusuh pun menutup mata rapat-rapat. Berkali-kali dia beritahu Maasar apabila melanggar pantang amalan arwah emaknya turun temurun memang pelesit sering mengganggu dirinya. Sebab itu Maasar desak dia berpindah ke rumahnya, tetapi Bidan Selusuh berkeras menolak kerana bimbang Jarah akan menjadi sasaran.
Siapa sahaja yang menjaganya semasa terlantar sakit nescaya akan diulangi pelesit yang merusuh dalam dirinya. Bidan Selusuh mengaku dia tidak mampu lagi bertahan setelah melanggar pantang larang yang 'diamal-kannya sejak turun temurun. Mengeluh panjang Maasar kerana disebabkan dia berdegil mahu membayar upah bidankan isterinya menjadikan Bidan Selusuh menerima padah.
Tidak lama selepas Bidan Selusuh meninggal dunia kejadian yang menimpa diri Mahani semakin heboh di dalam kampung. Mereka tuduh Bidan Selusuh gunakan pelesit mahu pulihkan semula lumpuh kakinya. Kalau uri tembuni dapat diratah habis tentu kakinya boleh berjejak kuat. Tetapi belum sempat pelesitnya meratah uri tembuni sekali gus Mahani ternampak bayangannya terbongkok-bongkok.
"Tak patut mereka tuduh emak saudara saya!" marah sangat Jarah apabila seisi kampung menuduh Bidan Selusuh gunakan pelesit.
"Mereka bukannya tuduh," segera Maasar memujuk isterinya supaya tidak ikutkan sangat perasaan. "Tapi sekadar nak tahu punca dia terkejang tak sedar diri," ujarnya apabila kenang nasib Bidan Selusuh tatkala dia menjenguh untuk hantarkan sraapan pagi.
"Memang orang kampung tak kenang budi!" gerutu Jarah disebabkan orang-orang kampung tergamak salahkan emak saudaranya apabila ungkit mengenai pelesit. Siapa pun tidak kenang budi semasa dia bersusah payah bidankan mereka bersalin sekalipun dijemput tatkala tengah nyenyak tidur di hujung malam.
"Kita juga bersalah pada Mak Selusuh," lantas Maasar ingatkan isterinya fasal mendesak beri upah selepas bidankan dia beranak. Kalau tidak disebabkan Jarah berkuat memang dia juga mengalah setelah Bidan Selusuh tidak mahu menerima upah.
 "Manalah saya tahu pantang larang dia begitu!" sahut Jarah memang kesal apabila kenang nasib yang menimpa emak saudaranya itu.
"Sebab itu kita tak boleh salahkan orang-orang kampung," Maasar terus memujuk isterinya supaya menerima hakikat yang telah berlaku ke atas diri emak saudaranya.
Tetapi Jarah tetap terkilan disebabkan seisi kampung tuduh emak saudaranya gunakan pelesit mengganggu Mahani. Bila-bila dia sanggup carikan uri tembuni sekiranya boleh ubati lumpuh emak saudaranya. Tetapi Bidan Selusuh tidak pernah beritahu apa-apa pun mengenai pelesit yang merasuk dalam dirinya setelah melanggar pantang larang menerima upah semasa berbidan.
Lama Jarah memendam perasaan dia menjadi moyok seolah-olah kecewa sangat di dalam hatinya. Semakin hari semakin bertambah moyok dia menyebabkan Jarah berubah kelakuan hingga tidak siuman. Kadangkala dia berlari keliling rumah seolah-olah mengejar, kambing menceroboh pagar kebun. Dia terkekeh-kekeh ketawa setelah penat berlari keliling rumah.
"Aku nak cari uri tembuni untuk Mak Selusuh!" jerit Jarah apabila termengah-mengah tercegat di kaki tangga.
Asal sahaja dia merungut memang Jarah sebut fasal terkilan Bidan Selusuh tidak dapat meratah uri tembuni ubati lumpuh kakinya. Kalau Bidan Selusuh dapat meratah uri tembuni Mahani sudah tentu emak :saudaranya sembuh pulih. Sebab itu dia mesti cari juga uri tembuni biar diratah habis oleh emak saudaranya.
Puas Maasar carikan dukun ubati penyakit tidak siuman Jarah, tetapi keadaan-ny a bertambah pasang. Bukan takat dukun di dalam kampung sahaja diharapkan oleh Maasar, malah dukun di kampung lain juga dijemput. Tetapi Jarah tidak mengganggu sesiapa apabila keadaan penyakitnya semakin menjadi-jadi. Dia sekadar terjerit-jerit berlari keliling rumah mahu mencari uri tembuni sahaja.
Tatkala bulan menurun memang penyakit Jarah tidak membimbangkan. Dia seolah-olah pulih hingga boleh bertanak nasi siapkan hidang makan untuk Maasar. Tetapi semasa bulan naik memang Maasar tidak harapkan Jarah memasak di dapur. Anak-anak mereka sudah boleh diharap kalau takat memasak di dapur siapkan hidang makan untuk Maasar.
Semasa Seleha adiknya bersalin, bergegas Jarah menjengah. Bimbang juga Maasar sekiranya Jarah akan menyerbu mencekak uri tembuni. Tahu sangat dia mengenai isterinya tidak siuman disebabkan mahu mencari uri tembuni sesiapa sahaja perempuan bersalin. Asal sahaja diberitahu perempuan bersalin nescaya dia akan datang menjengah. Matanya liar memerhatikan Utih Lisun Ionggokkan ke dalam besen untuk di bawa sungai dicuci sampai bersih.
"Awak jangan buat kacau di rumah Seleha!" Maasar ingatkan isterinya supaya tidak cekak uri tembuni Seleha. Sudah beberapa kali Jarah cuba merebut uri tembuni dari tangan Utih Lisun.
Cepat-cepat Utih Lisun memujuknya beritahu uri tembuni berkenaan tidak boleh sembuhkan Iumpuh kaki Bidan Selusuh. Tersengih-sengih sahaja Jarah apabila diberitahu demikian. Malu juga dia apabila dituduh mahu larikan uri tembuni semata-mata mahu jadikan ubat sembuh-kan Iumpuh kaki Bidan Selusuh.
Memang gelisah sahaja Jarah semasa adiknya Seleha mahu bersalin. Tetapi Maasar sentiasa awasi dia supaya tidak menyerbu merampas uri tembuni. Dalam masa Utih Lisun bidankan Seleha jiran-jiran juga membantu awasi Jarah yang menunggu peluang mahu larikan uri tembuni. Sebab itu Utih Lisun tidak bimbang apa-apa sekalipun Jarah akan menyerbu ke arahnya.
Selesai sahaja Utih Lisun bidankan Seleha, memang dia sudah bersiap-siap mahu punggah uri tembuni ke sungai. Kalau di sungai mudah dia cuci uri tembuni sampai bersih dengan hanyut-kan semua darah melekat di tikar ke tengah arus. Dia sendiri mandikan dan bedungkan bayi sebaik sahaja lahir, sebelum uri tembuni dicuci ke sungai.
Dalam masa bersiap-siap inilah sekali gus Jarah menghambur mencapai parang terselit di dinding. Tidak sempat Maasar mencapai tangannya tiba-tiba sahaja Jarah menyerbu. Dia hayunkan parang di tangan lantas menyinggahi dahi Utih Lisun menyebabkan tersembam di lantai akibat darah meleleh di kepala.
Cepat-cepat pula Maasar memeluk isterinya merampas parang dari tangah Jarah. Jiran-jiran juga gempar dengan kejadian yang menimpa Utih Lisun ditetak oleh Jarah yang tidak siuman. Akibat dahinya ditetak kuat dengan parang Utih Lisun menghembuskan nafas tatkala bidankan Seleha bersalin.
Semasa Utih Lisun dikebumikan cuaca di dalam kampung mendung akibat matahari terlindung di sebalik awan tebal. Tiga hari berturut-turut cuaca mendung seolah-olah hujan akan turun mencurah, tetapi setitik pun hujan tidak turun di mana-mana. Hairan juga mereka seisi kampung dengan cuaca mendung selepas kematian Utih Lisun akibat ditetak oleh Jarah tidak siuman.
"Utih Lisun bukan takat bidan aje, ustaz," Imam Suh menjelaskan apabila dia menjengah Kak Ibun mengidap Iumpuh setelah diberitahu oleh Mat Resat. "Dia juga guru mengaji ajar budak-budak baca muqadam," ujarnya apabila kenang arwah neneknya beritahu mengenai Utih Lisun.
Dia mengakui kubur yang dikorek Jenal Tagan hingga terserempak mayat tidak reput itu memang kubur Utih Lisun. Apa lagi Jenal Tagan sendiri beritahu mengenai kesan parut pada dahi mayat seolah-olah bekas ditetak dengan parang. Tetapi Imam Suh tidak dapat cam sangat, kerana tidak ada batu nesan mengenai tanda kubur berkenaan.
"Ustaz agak kubur mayat tak reput to Utih Lisun ke?" Mat Resat rusuh sahaja asal sahaja kenang kejadian semata korek pindahkan kubur bersama Jenal Tagan.
Saya beristighfar sahaja disebabkan tidak dapat mengagak apa-apa. Perkara Utih Lisun tidak reput mayat tidak penting sangat ketika itu, disebabkan Kak Ibun mula tersengguk-sengguk menangis tidak ketahuan. Tiba-tiba sahaja dia menangis mengusap-usap kakinya yang Iumpuh tidak dapat digerakkan sebaik sahaja Imam Suh beritahu mengenai keja menimpa Utih Lisun itu,