Sunday, May 28, 2017

230. BAYI HILANG DALAM KANDUNGAN



Memang sudah menjadi lumrah, apabila bertaku sesuatu keganjilan di dalam kampung maka cepatlah merebak cerita nya dari mulut ke mulut. Seisi kampung sudah diberitahu mengenai Seniah yang sarat mengandung tiba-tiba tidak melahirkan anak. Cuma darah saja tumpah menyebabkan dia pengsan beberapa ketika.
Setelah dibawa ke hospital pun keadaan Seniah tidak dapat dipulihkan. Suaminya sendiri meminta agar Seniah dibawa balik ke rumah. Aki Sahak yang diberitahu mengenai anak saudaranya yang diserang penyakit ganjil itu, segera datang menjengah. Memang dia tahu Seniah mengandung masuk bulan kesembilan.
Tetapi dalam saat Seniah mengerang-ngerang kesakitan untuk melahirkan anak, tiba-tiba bayi yang dinanti-nantikan ghaib entah ke mana. Hanya darah saja mengalir terlalu banyak hingga menyebabkan Seniah pengsan. Perut Seniah mengempis seperti telah selamat melahirkan anak.
"Dah dicuri orang" bisik Bidan ljah kepada Aki Sahak.
Aki Sahak tidak menyahut. Dia mendongak ke bumbung atap bagaikan membilang kasau. Kemudian matanya meliar memerhati keliling menatap setiap wajah jiran-jiran yang datang menziarahi.
"Usin………” Aki Sahak memanggil suami Seniah yang masih kebingungan meneku lutut duduk di hujung serambi.
"Kau tak buat apa-apa, masa Seniah mengandung dulu?" soalnya sebaik saja Usin Kaduk datang duduk di sebelahnya.
Usin Kaduk semakin bingung tidak tahu apa hendak dilakukan. Dia sendiri tidak tahu apakah yang sudah dilakukan selama Seniah mengandung. Kalau dikatakan membuat kerja-kerja di sawah atau di kebun getah, memang dia melakukannya. Hanya dengan ke sawah dan menoreh getah itu sajalah sumber rezekinya di kampung.
"Ada kau membunuh binatang?" soal Aki Sahak.
"Yang aku ingat tak ada..." beritahu Usin Kaduk sambil menunduk memikirkan perkara-perkara yang sudah lama berlalu. Walaupun hanya berlalu lima enam bulan, tetapi bukanlah mudah mahu mengingatkan semula apa yang telah dilakukan dalam jangka waktu begitu.
"Cuba kau ingat betul-betul" kata Aki Sahak.
Usin Kaduk terdiam. Memang dia tidak dapat mngingatkan apa-apa. Di tengah rumah Seniah mengerang-ngerang juga kesakitan, walaupun darah sudah mula berhenti. Seluruh tubuhnya terasa sengal-sengal akibat mengalami peristiwa seperti melahirkan anak, tetapi bayi yang dikandungnya selama ini ghaib entah ke mana.
Bidan ijah yang dipanggil semula setelah Seniah dibawa balik ke rumah dari hospital berkali-kali memberitahu bahawa bayi dalam kandungan Seniah sudah dicuri bunian Semasa Seniah sakit mahu bersalin pun dan ljah sudah dapat merasakan keganjilan itu. Tetapi dia tidaklah memberitahu perkara itu kepada Usin Kaduk.
Sebaik saja Usin Kaduk balik setelah memberitahu dia mengenai Seniah sakit pada sebelah paginya, Bidan ljah teruslah ke rumah Usin Kaduk. Setelah melepasi pintu pagarnya, tiba-tiba seekor ular tedung hitam mengangkat kepala menghadang jalan. Berdebar juga hati Bidan ljah apabila dihadang oleh ular tersebut.
"Kalau kau ular tunggu, kalau setan pergi kau...." ujar Bidan ljah sambil menghembus perlahan ke arah ular berkenaan. Sekonyong-konyong ular itu menurunkan kepalanya lantas menyusup ke tepi jalan menghilangkan diri.
Dia meneruskan perjalanan ke rumah Usin Kaduk. Semasa melintas kebun getah mahu menuju ke rumah tersebut, Bidan ljah merasa bahunya dipegang orang menyebabkan dia terhenti berjalan. Dia cuba menepis bahUnya tetapi rasa cengkaman tangan lebih kuat memegangnya.
"Apa yang kau mau ni....?" soal Bidan ljah berpaling ke sebelah kiri. Siapa pun tidak dilihatnya di situ. "Pagi pagi buta ni, apa yang kau mau?" dia mengeraskan suara macam memarahi orang yang mengganggunya.
Tetapi tidak ada siapa pun yang menyahut. Cengkaman tangan masih terasa melekat pada bahu kirinya. Walaupun dia cuba menepis mahu melepaskan diri, namun cengkaman itu masih juga tidak terlepas. Bidan ljah sudah dapat mengagak bahawa perjalanan nya sudah diganggu.
"Jangan kau halang aku!" jerkah Bidan ljah macam memberi amaran.
Kemudian dia ternampak ular tedung senduk hitam yang melintasi jalannya semasa meninggalkan pintu pagar rumah, kembali muncul dari celah-celah daun getah kering yang menutupi bumi. Ular tersebut menegakkan kepalanya seolah-olah mahu menghadang se-mula perjalanan Bidan ljah.
"Aku tau kau setan, kau bukannya ular. . ." Bidan ljah meludah tiga kaii ke arah ular berkenaan.
Namun ular tedung senduk hitam itu tertegak juga di situ meliuk-liukkan kepalanya. Bidan ljah berdiri tegak tidak bergerak kira-kira dua depa dari ular tersebut. Dia nampak perut ular itu berbintik-bintik putih, disebabkan kepalanya tertegak separas lutut.
"Pergilah kau, sebab aku tau kau setan. Aku nak ke rumah Usin Kaduk" ujarnya macarn ular tersebut memahami kata-katanya. Disebabkan ular itu masih juga menghalang dia, maka Bidan ljah mengambil sebiji limau yang memang dibekalkannya di dalam kampit mengkuangnya.
Limau tersebut di-hirisnya dengan pisau seperti dibelah empat, tetapi tidaklah dihiris sampai putus. Setelah dijampinya limau tersebut lantas dilontarkannya jauh sedikit ke perdu pokok getah. Cepat-cepat pula ular tersebut menerkam ke arah limau yang dilontarkan oleh Bidan ljah.
Sebaik saja ular itu menggigit timau yang dilemparkan oleh Bidan ljah, dia tiba-tiba menggelupur di dalam timbunan daun-daun getah kering di perdu pokok. Bidan ljah pun meneruskan perjalanannya menuju ke rumah Usin Kaduk, setelah ular tersebut menggelupur bagaikan termakan racun bisa.
Apabila dia sampai saja di rumah Usin Kaduk, Seniah sudah tumpah darah seolah-olah sudah melahirkan anak. Dengan tidak bertangguh Bidan ljah pun segera meraba-raba perut Seniah yang memboyot.
Tetapi semakin dirabanya, semakin banyak pula darah tumpah. Seniah pula pengsan apabila melihat darah banyak keluar. Disebabkan bimbang dengan keadaan Seniah itulah, Bidan ljah menasihatkan supaya dibawa ke hospital. Semasa dibawa ke hospital perut Seniah sudah pun kempis seolah-olah sudah setamat melahirkan anak.
"Agaknya dicuri bunian " kata Bidan ljah lagi berbisik pada Aki Sahak, setelah Usin Kaduk masih juga dalam kebingungan melihat keadaan isterinya. Memang semua orang kampung tahu mengenai Seniah yang mengandung, tetapi tiba-tiba saja bayi yang dikandungnya tidak dilahirkan. Sebaliknya darah saja mengalir tidak berhenti-henti.
"Awak tak jaga ke budak ni masa dia mengandung dulu?" soal Aki Sahak.
"Baru ni Usin beri tahu aku" sahut Bidan ljah semacam kesal kerana Usin Kaduk tidak pernah meminta Bidan ijah membidankan Seniah. Usin Kaduk sudah menetapkan bahawa isterinya akan dibawa ke hospital sekiranya akan melahirkan anak.
Tetapi tiba-tiba saja Seniah sakit mengejut, tidak mengikut jadual yang diramalkan oleh pihak klinik yang merawatnya. Dia juga tidak sempat mahu memberitahu ke klinik desa, apabila Seniah tiba-tiba saja mengerang sakit. Sebab itulah dia menyerbu ke rumah Bidan ljah. Memang Bidan ljah tidak pernah membantah kalau dia dijemput orang. Dia juga tidak peduli sama ada orang-orang kampung memerlukan dia atau pun tidak setelah orang ramai lebih suka ke hospital. Asai saja dia dijemput, maka dia tetap memenuhi jemputan jiran berkenaan.
Dia berpegang teguh padai ajaran arwah emak nya, bahawa tugasnya sebagai bidan tidak berakhir di dunia saja. Keadaan Seniah kelihatan beransur pulih, kerana darahnya sudah mula berhenti. Tetapi mukanya masih kelihatan pucat. Dia juga masih lemah disebabkan terlalu banyak darah keluar. Namun yang menjadi tanda tanya jiran-jiran yang datang menziarahi ialah ke manakah menghilangnya kandungan Seniah.
Pada malam saya berkunjung ke rumah Aki Sahak ini, dia menceritakan juga kepada saya mengenai kejadian yang berlaku kepada Seniah sewaktu kami makan malam .Berselera juga saya makan dengan hidangan sambal ikan bilis masak tempoyak.
"Ustaz tak ke Palangai ke?" soal Aki Sahak sebaik selesai saja membasuh tangan.
"Ada juga, tapi Aki Sali tu selalu saja sakit" beritahu saya mengenai Aki Sali.
"Salah dia, dah tua tapi ada hati nak buka hutan, nak tebang tebas hutan tu kerja orang muda..." katanya macam tidak bersetuju dengan kegigihan Aki Sali mahu meneroka tanah baru untuk bercucuk tanam.
Saya tersengih-sengih saja mendengar rungutan Aki Sahak. Badannya yang kurus itu seolah-olah melihatkan tenaganya yang lemah. Lagi pun dia pernah terkena santau, sewaktu usianya tidak berapa tua dulu. Memang orang yang pernah termakan santau, kesan deritanya tetap terasa juga apabila umur semakin meningkat.
"Elok masuk Felda aje" ujarnya men-cebikkan bibir.
"Dah tua sangat mana Felda nak terima" sahut saya men-jelaskan.
Aki Sahak terdiam. Dia tahu memang orang yang diterima memasuki rancangan Felda itu mereka yang belum berumur 45 tahun. Masakan Aki Sali yang sudah lebih 60 tahun itu boleh diterima menyertai Felda. Selepas isteri Aki Sahak mengemas-ngemas pinggan mangkuk dibawa ke dapur, saya duduk bersandar pada tiang tengah. Sementara Aki Sahak pula membuka tingkap serambi kerana terasa wap panas bertiup, dari Iuar.
Baru dia mengeluarkan celapa rokok, nama nya dipanggil orang dari tengah halaman. Cepat-cepat dia menjengah ikut tingkap. Saya juga memerhati ke tengah halaman melihat silauan lampu suluh. Tidak cam pula siapa di luar kerana kegelapan malam menyerkup pandangan.
"Naiklah dulu. . . ." pelawa Aki Sahak menyuruh tetamunya naik.
"Tak payahlah Aki" sahut lelaki itu masih tercegat di tengah halaman.
"Siapa...?" laung isterinya dari dapur, kemudian segera menerpa keluar.
"Usin..." beritahu Aki Sahak masih membongkok menupang tangan pada kisi-kisi tingkap.
"Mengapa tak naik?' soal perempuan itu membukakan pintu serambi.
"Seniah sakit balik" ujar Usin Kaduk cemas.
"Tak apalah, kau balik dulu. Nanti aku datang" kata Aki Sahak duduk semula menggulung rokok daunnya. Dia memerhatikan Usin Kaduk berjalan meninggalkan halaman rumah di dalam kegelapan malam yang menyerkup.
Saya tihat Aki Sahak terdiam mengerutkan dahinya sambil tekun menggulung rokok daunnya. Sekali sekala dia mengeluh pendek seotah-olah menghadapi kerumitan.
"Eh, apa lagi. Tak pergi ke?" isterinya merungut bila dilihatnya Aki Sahak masih juga terjongkok di tengah serambi. Tetapi Aki Sahak tidak menyahut. Dia menghisap rokoknya terlebih dulu, walaupun terbayang pada wajahnya akan ke-gelisahan yang mengganggu perasaannya.
Mungkin juga dia serba salah untuk meninggalkan saya, kerana saya menjadi tetamunya. Kalau tidak pergi pula, Usin Kaduk sudah pun menjemput ke rumah.
"Kalau Aki nak pergi, tak apa  pergilah" cepat-cepat saya menggesanya supaya dia tidak serba salah disebabkan saya menjadi tetamu di rumahnya. Memang bila ada masa lapang kalau ke Mentaus dari Chenor saya akan singgah juga ke rumah Aki Sahak.
Aki Sahak hanya terangguk-angguk, tetapi dia masih juga tidak bangun. Dia hanya menyedut asap rokoknya bagaikan tidak mahu menghiraukan mengenai jemputan Usin Kaduk yang mengatakan isterinya sakit semula. Pada hal siangnya Aki Sahak mendapati Seniah sudah kelihatan pulih walaupun tubuhnya masih lemah dan mukanya pucat.
"Mari kita ke sana, ustaz" lantas Aki Sahak bangun mencapai bajunya yang tersangkut di dinding.
Disebabkan Aki Sahak sudah mengajak saya pun bersetuju mengikutnya, apatah lagi sudah mendengar mengenai penyakit Seniah dari Aki Sahak sebelumnya. Semasa kami menuruni tangga, isteri Aki Sahak ikut sama mahu melihat Seniah.
Sewaktu kami sampai saya metihat jari-jari Seniah sudah lebam dan dia termengah-mengah tidak sedarkan diri. Usin Kaduk mengesat-negesat mata terisak-isak duduk di hulu kepala isterinya. Anak-anaknya yang lain berumur antara tiga tahun ke sepuluh tahun juga duduk di sisi emaknya. Masing-masing tersedu melihat keadaan emaknya terkejang tidak bergerak-gerak, hanya nafas saja berombak-ombak turun naik.
"Buatlah macam mana pun, Aki..." kata Usin Kaduk terketar-ketar menahan sedu. Aki Sahak duduk di sisi Seniah, sementara saya duduk di celah jiran-jiran yang sama datang menziarah. Kemudian dia berpaling ke belakang memerhatikan saya. Sebaik mata kami bertembung, Aki Sahak menggamit saya supaya mara ke depan mendekati dia.
"Marilah sama-sama kita cuba ustaz" kata Aki Sahak menepuk bahu saya.
"Cubalah ustaz..." sahut Usin Kaduk pula merenungi muka saya.
"Biar saya pegang bahunya" saya memandang Usin Kaduk meminta izin untuk memegang bahu isterinya. Usin Kaduk rnenganggukkan kepala.
Selepas beberapa minit saya memegang bahu Seniah, saya merasakan tangan saya semakin keras. Diri saya seolah-olah terhumban ke satu kawasan gelap yang rnengelirukan. Kemudian saya mendengar Aki Sahak berbisik ke telinga saya supaya merempuh masuk ke kawasan gelap itu.
Tetapi Aki Sahak tidak kelihatan di mana. Selepas membacakan Surat Ad-Dhuha saya mendapati kawasan gelap itu menjadi lengang dan lapang terbuka. Saya terus mara ke arah suatu busut tinggi seterah melihat satu bayang manusia tercangkung disitu. Apablia saya cuba menghampirinya saya dapati Aki Sahak tercangkung di situ, menyebabkan saya berundur ke belakang berdiri jauh sedikit darinya.
Aki Sahak memukulkan tangannya ke atas busut, kemudian saya mendengar raungan yang kuat bergaung dari kawasan gelap tidak jauh dari situ. Selepas raungan kuat itulah tiba-tiba angin kencang bertiup menyebabkan Aki Sahak terhuyung hayang, lantas saya membacakan Fatihah, disusuli dengan Ayatul Kursi dan 2 ayat lagi selepasnya. Angin kencang itu berhenti sekaligus satu lembaga jatuh tertiarap dari awan gelap di depan Aki Sahak.
"Akhirnya, aku tau juga kau!" jerkah Aki Sahak,
"Nampaknya kau berdua kali ni..." sahut lembaga hitam bongkok itu terkial-kial bangun.
"Berdua ke, bertiga ke, apa kau peduli" kata Aki Sahak men-geraskan suara. "Mengapa kau ganggu anak bini orang?" bentaknya ;ambil menekan ibu jari nya ke tumit.
Lembaga hitam bertubuh bongkok itu melompat mahu menerkam ke arah Aki Sahak, tetapi dia terpelanting apabila melihat satu silauan putih keluar dari mulut saya sewaktu saya menghembuskan ke mukanya Surat As-Saffa 11 ayat.
"Macam mana ni, kau berdua lawan aku seorang!' dia memekik kesakitan disebabkan jatuh terpelanting.
"Kalau tak tahan, janganlah tunggu" sahut saya untuk menyakitkan hatinya.
"Awak orang luar, jangan campur hal kami di sinti...!" lembaga hitam bertubuh bongkok itu meludahi saya. Ketika inilah jiran-jiran yang ada di situ melihat Seniah meludahi muka saya. Seniah yang mereka lihat lemah sebelumnya sudah bertukar menjadi garang sebaik saja saya memegang bahunya tadi.
"Berkudislah mulut kau..." saya menudingkan jari ke muka lembaga hitam itu yang masih tidak jelas lagi mukanya yang samar-samar di sebalik asap pekat. Sekaligus tumbuh kudis pekung di segenap bahagian mulut nya menyebabkan dia terpekik-pekik menutup mulutnya. Ketika ini juga jiran-jiran melihat Seniah mengherot-herotkan mulutnya sambil tergaru-garu bagaikan gatal yang amat sangat.
 "Ludahlah lagi" Aki Sahak pula mencabar mengejeknya.
 "Tak mahu, tak mahu..." Seniah menggelengkan kepala sambil menggaru-garu mulut. Tenaganya yang tiba-tiba saja menjadi kuat sebelumnya berubah menjadi lemah semula. Tetapi dia terus meronta-ronta dari pegangan suaminya Usin Kaduk.
"Selama ni kau pandai sangat bersembunyi' ujar Aki Sahak mencebik bibir. "Sekarang tunjukkanlah kepandaian kau" Aki Sahak memukul puncak busut dengan kakinya.
Dari busut itu terlempar rantai besi mengikat leher lembaga hitam bertubuh bongkok. Saya dapat mendengar bunyi rantai tersebut berderung-derang semasa dia merentap-rentap mahu melepaskan diri. Bagaimanapun jiran-jiran yang ada di situ hanya melihat Seniah saja meronta-ronta mahu melepaskan dirinya dari pegangan Usin Kaduk dan jiran-jiran yang membantunya.
Cepat-cepat lembaga bongkok itu bangun mahu menentang Aki Sahak. Dia menghembuskan api keluar dari mulutnya, menyebabkan Aki Sahak hampir-hampir tergelincir dari atas busut. Kemudian, saya membacakan Surat Al-lkhlas 11 kali menyebabkan api yang keluar dari mulutnya tiba-tiba membakar diri nya sendiri.
Dalam saat dia terlonta-lonta ini saya terus membacakan surat AI-Tariq diikuti dengan Surat Al-Hasyar ayat 22, 23 dan 24. Dia menjerit-jerit meminta dilepaskan dari ikatan rantai Yang membelit seluruh tubuh nya.
"Kalau tak tahan buat apa tunggu?" soal saya mengejeknya.
 "Memang aku nak pergi..." sahutnya merenung saya dengan pe-rasaan marah.
"Pergilah, tapi tinggalkan Seniah" bentak Aki Sahak merentap-rentap rantai yang terikat di leher lembaga tersebut.
 "Kau berani fasal berdua dengan ustaz ni..." suara lembaga bongkok itu terketar-ketar. "Usin yang aniaya aku dulu, bila Usin Kaduk aniaya aku, kau buat tak tau ye..." kata nya merintih-rintih menanggung rasa kesakitan.
Dia menggamit saya dan .Aki Sahak mengikutnya ke satu kawasan paya menunjukkan ke arah satu lembaga wanita yang terlentang dengan tidak dapat bergerak. Di celah-celah paya itulah kelihatan bangunan besar tersergam.
"Kau jangan nak berdustal" bentak Aki Sahak masih memegang rantai yang menjerut leher lembaga tersebut.
"Lepaskan dia..." rayu lembaga perempuan yang terbaring di dalam bangunan tersergam itu. "Aku yang salah, bukannya dia. Aku yang curi budak tu" ujar perempuan berkenaan menudingkan jari nya ke arah bayi yang masih berdarah tetapi sudah tidak bernyawa lagi itu.
"Buat apa kau ambil?" soal saya.
Dia menggelengkan kepala. Kemudian tersengguk-sengguk menangis melihat ke arah bayi yang terbaring tidak jauh darinya. Dia mengangakan mulutnya menampakkan sebiji limau tersengkang pada rahangnya, tidak dapat hendak ditelan atau pun diluahkan.
"Usin Kaduk bunuh anak aku tu..." dia menangis menggugu.
"Jangan kau nak berdusta!" Aki Sahak merentap rantai yang terbelit di leher lelaki bongkok itu menyebabkan lelaki itu terjerit kesakitan.
Kemudian dia menunjukkan kesan mata rimbas menyinggahi kepala bayi yang terbaring tidak bernyawa itu menyebabkan darah banyak tersimbah. Lantas saya membacakan Fatihah dan dihembuskan ke kepala bayi itu.. Sebaik saja saya hem-buskan angin kencang bertiup hingga seluruh kawasan paya dan bangunan itu bergegar kuat.
Beberapa minit gegaran itu terus beriaku, saya mendapati semua kawasan itu seolah-olah menjadi padang lapang akibat dilanda ribut. Lembaga hitam yang terikat rantai itu juga melayang menjadi debu bersama lembaga perempuan dan bayi tersebut. Hanya selepas ribut kencang itu reda, saya mendengar Aki Sahak berbisik ke telinga saya menyuruh membuka mata sambil menepuk-nepuk bahu.
Ketika ini saya dapati Seniah sudah tertidur. Tubuhnya menjadi lembik dan lemah, tetapi tidaklah mengerang-ngerang kesakitan lagi.
Peluh ketihatan memercik di dahi dan seluruh badannya.
"Alhamduliliah..." Aki Sahak berpaling kepada saya.
Selepas itu barulah Usin Kaduk teringatkan peristiwa dia ternampak seekor ular tedung senduk hitam cuba menerkam ke arahnya, semasa dia melintasi kawasan paya dibaruh kampung. Disebabkan terkejut semasa terserempak ular itufah Usin Kaduk menghayunkan rimbas yang digalasnya hingga menyinggahi kepala ular tersebut.
Ketika ini Usin Kaduk tidak menghiraukan sangat isterinya Seniah sedang mengandung. Selepas peristiwa itutah beberapa kali dia bermimpi didatangi oleh lelaki bongkok yang mendakwa isterinya sedang mengandung, tetapi kepalanya ditetak dengan rimbas oleh Usin Kaduk.
Bagaimana Usin Kaduk tidaklah menghiraukan sangat mimpinya itu. Tetapi selepas Seniah mengalami kejadian yang tidak pernah diduganya ini, baru lah dia dapat mengingatkan semula mimpi nya itu. Saya sendiri tidak tahu apakah benar mimpi dan peristiwa yang diceritakan oleh Usin Kaduk itu. Kerana apa yang diceritakannya itu seolah-olah dapat saya bayangkan semasa mengubati Seniah bersama Aki Sahak.