Saturday, February 10, 2018

266. DARAH MENITIK DARI BUMBUNG


Seminggu tidak ada siapa pun diganggu oleh bajang peliharaan setelah peristiwa tempayan air di rumah Mak Jidah memancutkan darah yang keluar dari mata air. Tentu!ah mencemaskan Mak Jidah sendiri kerana tiba-tiba saja tempayannya mengeluarkan mata air seperti telaga. Tetapi dalam masa seminggu itu tidak ada pula siapa yang tidak sedar diri atau meracau-racau. Selepas Saridah sakit, kemudian berjangkit kepada Delit dan akhirnya tempayan air di rumah Mak Jidah mengeluarkan darah, kampung kecil itu kembali aman. Bagaimana pun mereka semua merasa bimbang juga. Mana tahu kalau gangguan bajang peliharaan itu merasuk lagi.
Sayangnya mereka tidak tahu siapakah yang memelihara bajang peliharaan tersebut. Kalaulah mereka tahu sudah tentu tuan yang memelihara itu mesti menerima padah. Usin Biduk sendiri sanggup menampar muka tuan bajang peliharaan.
"Aku sanggup tumbuk muka dia!" ajar Usin Biduk menggertap bibir.
"Jangan cakap besar Sin . ." Alang Jono mengingatkan. "Perkara sihir tidak sama dengan menyengseng lengan" katanya bercampur bimbang bila kenangkan peristiwa di depan pelantar rumah Mak Jidah.
Dia sendiri nampak lembaga hitam seperti asap itu terconggok atas tempayan. Kemudian hilang bersama gelap malam. Dia hanya melihat Pak Jubin duduk bersila di tanah dengan dua tangan terlanggung pada lutut. Sementara Lebai Cot berdiri seperti orang sedang solat. Mat Kidam juga melihat segala kejadian yang berlaku.
Hampir satu jam Pak Jubin dan Lebai Cot diam tidak bercakap apa, dia nampak lembaga hitam tadi menjelma semula, tetapi tidak ada bayang kepalanya. Dia mendengar bunyi raung halus seperti orang dalam kesakitan, kemudian barulah hilang. Setelah raung kesakitan itu hilang, Pak Jubin mencabut kerisnya yang tercancang di tanah. Dia bangun sambil mengibas-ngibas punggung. Dia merapati Lebai Cot lantas menepuk-nepuk bahu Lebai Cot.
"Kuasa sihir mesti dilawan dengan sihir juga" beritahu Alang Jono perlahan.
"Tak macam tu pak lang" sampuk Razak yang bertenggong di bendul tengah. "Sekali ni, kalau ada juga gangguan biar aku jemput Tok Aji tempat aku mengaji dulu. Sihir kena lawan dengan ayat ayat Allah" dia juga menggertap bibir seolah-olah menyimpan dendam.
"Hisss, biar dulu" tegas Alang Jono menjuihkan bibir. "Aku dah berunding dengan Delit, kalau ada juga yang diganggu oleh bajang laknat ni, biar Delit ke Pelangai jemput ayahnya Mat Natar" dia terangguk-angguk bagaikan memberi amaran kepada musuh.
"Katakan, Pak Mat Natar dah tak mau berdukun lagi" Usin Biduk menghela nafas.
"Ah, taulah aku memujuknya" beritahu Alang Jono penuh yakin. "Cuma Mat Natar satu-satunya dapat mengajar bajang laknat tu! Kalau Pak Jubin tak boleh kalahkan dia, lawan sangatlah Mat Natar  -baru bertemu buku dengan ruas!" dia mencepak-cepak bibir seolah-olah menerima cabaran siapa saja.
Terdiam Razak. Usin Biduk juga tidak berkata apa. Alang Jono tentulah lebih tahu dari mereka mengenai kehebatan Mat Natar. Dukun besar itu memang sudah berjasa sejak dulu lagi di kampung mereka. Tetapi dia berhenti berdukun setelah isterinya meninggal dunia dengan tiba-tiba saja tidak sedar diri. Tiba-tiba saja menghempas badan hingga membawa maut.
Disebabkan kesedihan dengan apa yang berlaku ke atas isterinyalah menyebabkan Mat Natar berhenti menjadi dukun. Setelah berkahwin dengan janda dari Pelangai, dia terus menetap di sana meninggalkan kampung halamannya.
Tetapi sudah seminggu berlalu, belum ada siapa pun menjadi mangsa. Mungkin bajang berkenaan sudah tidak dapat bertahan lagi setelah Pak Jubin menentangnya bersama dengan Lebai Cot. Memang Alang Jono tahu Lebai Cot membantu Pak Jubin tatkala menentang gangguan di rumah Mak Jidah yang menyebabkan tempayan memancutkan darah.
Bagaimanapun dia tidaklah melihat apa yang dilakukan oleh Lebai Cot. Hanya bayang hitam lembaga manusia saja dapat dilihatnya terconggok di atas tempayan. Bila kenangkan apa yang dilihatnya itu mudah saja bulu roma di tengkuknya meremang. Dia menjadi ketakutan tidak menentu.
Dalam ketakutan inilah Alang Jono ternampak bayang lembaga hitam terconggok di atas tempayan di pelantar rumah Mak Jidah bagaikan tercegat di tengah halaman rumahnya. Walaupun peristiwa itu sudah seminggu berlalu, tetapi bayangan lembaga hitam sentiasa terpandang-pandang olehnya.
"Siapa tu…?" tiba-tiba saja Alang Jono membentak sambil jarinya menuding ke tengah halaman.
Terkejut Usin Biduk dengan bentakan bapa saudaranya. Terlupa pula dia mahu memberitahu bapa saudaranya itu mengenai pesan ayahnya meminta baiki gelegar rumah Razak. Sebab itulah dia datang bersama Razak fasal mahu baiki gelegar rumah itu.
Kalau tidak ada hal tentu Alang Jono tidak menolak. Lagi pun rumah Razak samalah juga dengan rumah Saridah anak saudaranya. Kalau bukan dia yang boleh diharapkan menolong anak saudara sendiri siapa pula yang boleh diharapkan lagi.
"Siapa tu, siapa?" suara Alang Jono semakin keras. Matanya bulat merenung ke tengah halaman.
"Ada apa pak lang?" Usin Biduk berpaling ke tengah halaman. Dia tidak melihat sesiapa pun di situ.
"Kau datang ye, kau datang ke sini pula?' gerutunya semakin ketakutan. Muka Alang Jono kelihatan pucat, hingga tubuhnya juga menggeletar.
"Kau pergi panggil mak lang, di telaga" perintah Razak setelah dilihatnya muka Alang Jono pucat ketakutan. "Pak lang ni lain macam nampaknya, cepat panggil mak lang " ulangi Razak menggesa Usin Biduk.
Tidak menyahut pun kata-kata abang iparnya, Usin Biduk terus melompat ke tengah halaman. Cemas juga dengan perubahan yang tiba tiba ke atas diri bapa saudaranya. Baru saja mereka bercakap-cakap mengenai kejadian yang mengganggu kampung mereka seminggu sebelumnya, tiba-tiba saja Alang Jono diancam.
"Mari kita ke dalam pak lang" Razak cuba memim-pin Alang Jono masuk ke dalam. Kalau di serambi mungkin gangguan ini boleh mengancam terus menerus.
Tetapi Alang Jono menepis tangan Razak. Dia merenung muka Razak tidak berkedip mata.
"Kau buat apa ambil tau!" dia mengherdik keras. "Bini kau di rumah tu jaga, sudah ..." kata Alang Jono me-nolak tatkala Razak cuba menghampiri-nya.
Razak terkebil-kebil mata. Tetapi dia tahu Alang Jono bukan memarahi dia, yang memarahinya sudah tentu gangguan syaitan di dalam dirinya. Syaitan yang bertindak melalui bajang peliharaan itu sama juga dengan syaitan jenis lain adalah makhluk yang derhaka kepada Allah. Makhluk yang bersumpah di depan Allah akan merosakkan manusia hingga ke akhir zaman.
Sebab itu itu Razak tidak tersinggung dengan sikap Alang Jono yang berubah.
Mahu juga dia mencuba lakukan seperti Lebai Cot, tetapi dia tidak tahu bagaimana harus dilakukan. Semasa sama-sama belajar dengan Tok Aji, Razak tidak banyak bertanya kepada Tok Aji mengenai perkara lain dari Tauhid dan Fiqah
"Berambus kau, kacau aje kau disini!" Alang Jono berdiri bercekak pinggang mengadap Razak. Tetapi matanya tetap liar memandang ke tengah halaman. Bayang lembaga hitam itu masih tercegat di situ melambai-Iambai ke arahnya.
Dia merasakan lembaga hitam berbayang-bayang itu yang mengajak dia masuk tidur ke dalam. Alang Jono menepis tangan lembaga berkenaan. Dia menolak dada lembaga tersebut yang cuba merapatinya. Tatkala ini dia sudah tidak dapat lagi  membezakan Razak yang tercegat di sampingnya dengan lembaga hitam berbayang-bayang yang tertegak di tengah halaman.

"Berambus kau, jauh dari sini. Kau nak kacau rumah-tangga aku aje!" Alang Jono mengherdik ke arah bayang lembaga hitam di tengah halaman. Tetapi sebenarnya dia mengadap membentak Razak di depannya.
"Janganlah marah. Mari kita masuk ke dalam dulu . ..." lembaga hitam di tengah halaman memujuknya, tetapi Razak sebenarnya memujuk dia masuk ke dalam.
"Jangan sentuh aku!" Alang Jono ketakutan kalau-kalau tubuhnya dipegang oleh lembaga hitam berbayang-bayang di tengah halaman, sebenarnya lembaga di tengah halaman itu takut Razak menyentuh tubuhnya.
Matahari tengah tegak di kepala lembaga hitam berbayang-bayang itu terconggok di tengah halaman. Dia masih teragak-agak untuk masuk menyerbu selagi Razak ada di situ. Sekalipun dia boleh memperdayakan Razak tatkala menyerbu Saridah, tetapi ternyata kali ini kesabaran Razak cukup kukuh untuk dirempuh. Kesabaran inilah yang dibimbangkan oleh lembaga hitam tercegat di tengah halaman.
Dia mahu Razak cepat tersinggung seperti menghadapi keadaan dengan Saridah. Itu pun masih juga ada kesabaran di hati Razak menyebabkan dia tidak dapat menguasai sepenuhnya Saridah. Lembaga itu tahu ketahanan Razak sama juga dengan Lebai Cot, tetapi Razak belum lagi menyerangnya seperti Lebai Cot.
"Jauh kau dari aku!" jerkah Alang Jono.
"Mari kita masuk dulu pak lang" pujuk Razak perlahan. Dalam masa Alang Jono cuba mengelakkan diri dari didekati Razak inilah, Uda Pah balik bersama Usin Biduk. Termengah-mengah Uda Pah balik sampai tidak sempat habiskan kain basuhannya.
Perkara Usin Biduk dan Razak mahu meminta tolong Alang Jono baiki gelegar  rumahnya hilang begitu saja. Mereka tidak peduli lagi fasal gelegar rumah yang sudah reput. Alang Jono yang dikenali jadi tukang rumah di kampung itu sudah diganggu bajang peliharaan. Jiran-jiran yang berdekatan sudah diberitahu mengenai Alang Jono tidak sedarkan diri. Mereka tahu memang bajang peliharaan itu sudah mengganggu Alang Jono pula.
Betullah seperti yang diingatkan oleh Pak Jubin, bajang peliharaan itu tidak akan berdiam diri. Sekali dia mengganggu, dia akan terus mengganggu. Kampung yang aman damai akan menjadi bimbang cemas, kerana lepas seorang, seorang lagi akan men-jadi sasarannya. Penyakit yang dimulakan oleh gangguan bajang akan berjangkit dengan ce pat.
"Nak tunggu senja juga  " ujar Uda Pah perlahan. "Kalau minta Pak Jubin ubatkan, memang dia nak tunggu senja juga" dia mengerling suaminya yang terbaring dengan mulut berbuih-buih.
"Aku panggilkan Lebai Cot aje" sahut Usin Biduk. Bimbang juga dia mahu biarkan bapa saudaranya terbaring dengan tidak diubat.
"Nanti, apa pula kata Pak Jubin?" serba salah Uda Pah mahu memanggil Lebai Cot. Kalau dia beritahu Lebai Cot dalam keadaan demikian samalah macam melangkahi Pak Jubin. Tentulah tidak balk melangkahi dukun di kampung tersebut. Lagi pun Lebai Cot bukanlah dukun. Mungkin dia tidak mahu datang kalau diminta mengubati Atang Jono. Lainlah kalau kebetutan dia datang menjengah untuk menziarahi yang sakit.
"Beritahu Pak Jubin dulu  sampuk Razak berpaling kepada Uda Pah. "Tengoklah apa kata Pak Jubin. Kita tak boleh agak agak aje sebelum dengar kata putus dia" jelasnya mengingatkan perempuan itu.
"Biasanya begitu, dia akan datang mengubat bila senja aje" beritahu Uda Pah. Dia tahu benar mengenai Pak Jubin. Dukun itu hanya sanggup datang mengubati pesakit bila senja menjelang saja.
"Jangan banyak fikir apa... " Razak mencuit bahu adik iparnya. "Pergilah beritahu Pak Jubin. Kalau dia tak mau datang tak apalah, tapi berilah tahu dia " gesanya.
Usin Biduk bersetuju dengan abang iparnya. Dia terus meluru ke tengah halaman. Pak Jubin mesti diberitahu dulu. Kalau Pak Jubin mahu menunggu senja, dia akan beritahu Lebai Cot pula. Dia akan cakapkan sendiri pada Pak Jubin fasal mahu memberitahu Lebai Cot sekiranya dia mahu menunggu menjelang senja.
Sakit Alang Jono terserempak tengahari tatkala matahari tengah tegak di kepada, macam mana pula mahu menunggu sehingga menjelang senja baru mahu diubat. Delit juga mesti diberitahu. Biar Delit tunggang motorsikal ke Pelangai jemput ayahnya Mat Natar. Kampung kecil itu mesti dipulihkan dari gangguan bajang peliharaan.

Mereka semua sudah tahu yang mengganggu ialah bajang peliharaan. Pak Jubin sudah cuba menghalangnya, tetapi ternyata bajang peliharaan itu tidak mengalah. Sekalipun dia dapat ditewaskan, namun dia datang lagi mengganggu.
Jiran-jiran yang mendengar Alang Jono tiba-tiba tidak sedarkan diri sudah datang menjengah. Usup Gendut yang sudah berani balik ke rumahnya terkengkang-kengkang datang bersama Mak Jidah. Kalau hari siang memang Usup Gendut gagahi juga menjengah jiran yang sakit. Dia tidak larat mahu menjengah kalau hari malam. Cepat sangat dia mengah terbatuk batuk, apalagi kalau sejuk malam menyucuk-nyucuk paru-parunya.
Anjang Mamud ditemui oleh Usin Biduk di simpang jalan semasa balik dari menoreh getah. Cepat-cepat dia menyuruh Alang Mamud beritahu Lebai Cot. Biarlah dia sendiri menemui Pak Jubin. Kalau dipesankan pada Anjang Mamud sekalipun Pak Jubin itu ayahnya, tentulah tidak balk.
Lepas zohor jiran-jiran sudah berkumpul di rumah Alang Jono. Dia terbaring saja sama macam Saridah terbaring. Sama macam Delit terbaring juga. Mulutnya berbuih-buih. Tetapi mereka tidak tahu Alang Jono bukannya terbaring di situ. Tetapi dia berlari-lari di atas bumbung atap. Siapa pun tidak akan dapat menangkap dia berlari-lari di situ. Ketika ini Alang Jono sudah diberi perlindungan oleh lembaga hitam berbayang hitam tercegat tengah halaman. Sebab itu dia boleh berlari bebas di bumbung atap.
"Delit” Pak Jubin mengangkat muka memerhati Delit. Menantunya itu masih kelihatan lemah, tetapi digagahinya juga menjengah Alang Jono. "Kalau kampung ni macam ni juga, kenalah jemput ayah kau" keluh nya. Sekali sekala dia terhangak-hangak ke dapur menunggu Uda Pah membawakan kelengkapan ubat.
Heran juga Uda Pah kerana Pak Jubin mahu mengubati Alang Jono tidak menunggu senja menjelang. Selama ini dia hanya mendengar kata orang saja mengenai Pak Jubin hanya mengubati orang selepas maghrib. Siapa pun tidak pernah memanggil Pak Jubin sebelah slang. Mereka sanggup biarkan saja keluarga yang sakit itu terbaring menunggu senja menjelang untuk memberitahu Pak Jubin.
Tetapi ternyata Pak Jubin datang juga, sekalipun tatkala matahari tengah tegak di kepala.
"Bila aku nak ke Pelangai….?,, soalnya memandang bapa mertuanya.
"Petang ni pun boleh. Bukan jauh sangat" Pak Jubin bagaikan gelisah mnghadapi keadaan demikian. Kalaulah dia tahu siapa yang memelihara bajang tersebut, memang sanggup dia bersemuka dengan tuannya. Tetapi perkara sihir demikian memang sukar mahu menghadapinya.
"Besok aje laaa, aku pergi dengan Usin" Delit pula mencadangkan. Usin Biduk terhangguk-hangguk macam menyetujui cadangan Delit. Memang dia sanggup menemankan Delit ke Pelangai menjemput Mat Natar. Kalau sudah Pak Jubin sendiri tidak sanggup menentang bajang peliharaan itu, biarlah dicuba pada Mat Natar pula. Yang boleh memujuk Mat Natar cuma Alang Jono saja.
Tetapi sekarang Alang Jono sendiri terlantar tidak sedarkan diri.
"Kita minta tolong pada Mat Natar pula " ujar Pak Jubin lemah. Nampaknya bajang peliharaan itu tidak mahu mengalah. Dia dapat menduga tentulah bajang peliharaan itu mahu mencari geruh salah seorang dari mereka.
Mereka semua bersetuju memanggil Mat Natar. BiarIah Mat Natar dibawa balik ke kampung itu buat sementara. Setelah semuanya dapat dipulihkan, Mat Natar boleh balik semula ke rumah isterinya di Pelangai. Ketika ini mereka semua memerlukan bantuan Mat Natar.
Tentu Mat Natar tidak membantah. Sedangkan anaknya Delit sendiri juga menjadi sasaran. Mak Jidah adik aruah isterinya juga diganggu, walaupun sekadar ditakutkan dengan memancutkan darah dalam tempayan airnya. Kalau diceritakan semuanya kepada Mat Natar, mereka percaya bekas dukun itu akan kembali menjadi dukun semula.
"Silalah dukun" Udah Pah meletak-kan dulang jambar kelengkapan ubat di depan Pak Jubin.
Pak Jubin mengangguk. Dia menarik dulang tersebut dekat kepadanya. Kemudian membelek-belek bawang merah Iengkuas, molai, Iada hitam dan kemenyan yang disediakan. Sementara menunggu Utih Mun membawakan. ternpat membakar kemenyan, tiba-tiba saja Alang Jono menghempaskan kaki.
Cepat-cepat dia bingkas bangun mahu meluru ke luar. Tetapi segera disambar pinggangnya oleh Usin Biduk. Anjang Mamud juga pantas membantu Usin Biduk merebahkan semula Alang Jono ke bantal. Tatkala ini mereka mendengar Lebai Cot memberi salam dari tengah halaman
"Kau takut benar pada Lebai Cot ye?" soal Pak Jubin macam mengejek.
"Ah, sudahlah kau" sahut Alang Jono marah. "Kau yang suruh aku datang, pura-pura buat tak tau pulaaa ...." dia cuba meronta-ronta.
Terkejut Pak Jubin kerana suara Alang Jono betul-. betul macam suaranya sendiri. Berdebar juga hatinya, kerana jiran-jiran sudah mendengar dari mulut Alang Jono yang menuduh dialah yang menjadi tuan pemelihara bajang yang mengganggu.
"Tau kau takut ye ... .!" Alang Jono ketawa, hinggakan apabila dihulurkan Utih Mun tempat membakar kemenyan, Pak Jubin tidak berdaya untuk terus membakar kemenyan.
Ketika ini Lebai Cot sudah pun du-duk di tiang tengah jauh sedikit dari Pak Jubin.
"Ke marilah Cot" Pak Jubin mengga-mitnya. "Marilah kau ke sini" katanya bertambah resa h dengan sikap baru Alang Jono yang benar-benar melemahkan semangatnya. Dia percaya Lebai Cot boleh diharap setelah mengubati Delit dan membantunya memulihkan semula kekecohan di rumah Mak Jidah bila tempayan nya dipenuhi darah.
Lebai Cot tidak menolak. Dia terus bangun duduk di sebelah Pak Jubin. Memang dia menyedari Pak Jubin mengharapkan sokongan dia.
Barulah Pak Ju-bin membakar kemenyan sebaik saja Lebai Cot sudah duduk bersila kukuh. Sewaktu Pak Jubin membakar kemenyan, Lebai Cot sudah membaca 7 ayat terakhir dari Surat Yassin. Kemudian menyambung dengan Ayatul Kursi, disusuli dengan beberapa ayat lain dari Surat Maidah, Surat An-Naal dan Surat SajJadah 
"Ah, Jubin   buat apa awak nak tipu orang ni semua' Alang Jono ketawa mengejek. "Bukankah awak yang suruh aku datang tadi" suaranya seakan-akan suara Pak Jubin sendiri.
Pak Jubin tidak menyahut. Dia me-rasa bimbang kalau jiran-jiran mempercayai kata-kata Alang Jono itu. Sudah tentulah dia disyakki memelihara bajang dengan berselindung di sebalik kepercayaan orang ramai terhadap dirinya sebagai seorang dukun.
"Betul ke cakap awak ni?" soal Lebai Cot keras, membuatkan Pak Jubin kembali yakin untuk menentang godaan syaitan itu.
"Awak mana tau, Lebai Cot ..." ben-tak Alang Jono.
"Fasal apa awak susah hati masa aku sampai tadi?" desak Lebai Cot.
"Kalau Pak Jubin yang suruh, apa sebab awak susah hati?" dia terus menyindir.
"Pak Jubin yang suruh aku ke mari" ujarnya mahu meyakinkan orang yang mendengarnya.
"Baiklah, kalau Pak Jubin yang suruh mari ikut aku baca Ayatul Kursi. Pak Jubin tidak takut dengan Ayatul Kursi" Lebai Cot macam mencabarnya.
"Boleh….” katanya menyahut cabaran Lebai Cot dengan suaranya yang sama dengan suara Pak Jubin.
Lebai Cot membacakan Ayatul Kursi satu persatu. Alang Jono juga mengikutnya dengan ketawa mengejek. Apabila Lebai Cot membacakan ayat "Walla yahud-du hipzuhumma wahual Alliullazim", tiba-tiba dia terhenti membacanya.
"Mengapa tak habis baca?" jerkah Lebai Cot. Alang Jono tidak menyahut.
"Awak nak bohong ye?" soal Lebai Cot keras. "Awak nak bohong, biar orang marahkan Pak Jubin!" katanya sambil mengisar-ngisar tapak tangan.
Ketika ini Alang Jono terjerit. Dia menangis terisak-isak bagaikan bayi tidak mendapat susu.
"Razak .." Lebai Cot berpaling ke arah Razak. "Awak ajar sikit setan ni dengan lada hitam. Mari kita kerjakan dia ramai-ramai!" ujarnya memberi isyarat dengan tangan menyuruh Razak cecahkan lada hitam ke hujung kuku ibu jari kaki Alang Jono.
Razak bangun melakukan seperti yang disuruh Lebai Cot. Pak Jubin juga membakar kemenyan sambil mengasapkan Iengkuas dan lada hitam.
"Kau ramai nak lawan aku seorang, mana adil!" Alang Jono bertempik kuat. Ketika ini dia merasa dirinya berlari di atas bumbung. Bayang hitam lembaga itu berkepul-kepul seperti asap mengelilingi dia. Dia hanya mendengar saja lembaga berkenaan membentak marah terhadap Lebai Cot, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia hanya menurut saja ke mana dibawa oleh lembaga berkenaan. Dia tahu tidak sepatah pun dia berkata-kata dengan Lebai Cot atau pun Pak Jubin. Hanya lembaga itu saja yang berkata-kata. Malah lembaga itulah yang meniru suara Pak Jubin.
Dia nampak lembaga itu menggelupur bila Razak cecahkan lada hitam ke hujung kakinya. Terpekik-pekik Iembaga itu merayu minta dilepaskan. Tetapi kepalanya sudah dicengkam kuat oleh Lebai Cot. Dia melihat tubuh Lebai Cot terlalu besar hingga boleh mencekup kepala lembaga tersebut.
Lembaga itu juga bertambah lemas tidak dapat mengelak asap tebal berbau kemenyan yang dihembuskan oleh Pak Jubin. Baik lada hitam yang digeselkan oleh Razak, baik asap tebal berbau kemenyan, mahu pun cengkaman tangan Lebai Cot semuanya menyeksa lembaga tersebut. Alang Jono nampak dengan jelas lembaga itu terjerit-jerit kesakitan hingga tidak menghiraukan dia lagi.
Alang Jono dapat merasakan dirinya terkial-kial turun dari bumbung atap, bila lembaga itu terjerit-jerit kesakitan. Panahan api bertalu-talu menuju ke dada lembaga tersebut. Lebai Cot tidak menghiraukan rayuan dari lembaga tersebut, terus juga me-lepaskan panah api bertubi-tubi.
"Lanarjumana-kum walayamassa-nakum minna aza-bunalim...." Lebai Cot memejamkan matanya.
Ketika ini orang ramai yang ada di situ melihat Alang Jono menggeliat-geliat. Tidak lama kemudian mereka terkejut hingga Utih Mun sendiri terjerit melihat darah menitik dari bumbung. Semasa jiran-jiran gempar dengan darah menitik-nitik dari bumbung, Pak Jubin juga ikut sama terkejut.
Razak bingkas bangun dari lunjur kaki Alang Jono mengambil baldi menadah, darah tersebut. Tetapi Lebai Cot terus juga duduk tidak bergerak-gerak. Matanya terpejam, tetapi mulutnya terus terkumat kamit membaca Surat Yassin. Dia mengulangi sampai 33 kali bila sampai ayat 'Lanarjumana-kum', mengulangi juga bila sampai pada ayat 'Hazihi jahanamullati 
Darah menitik juga dari bumbung, sementara Alang Jono terkinjal-kinjal menggelupur. Dia tidak dapat meronta kuat untuk bangun kerana Usin Biduk dan Anjang Mamud sudah memegangnya kuat-kuat.
bersambung