Monday, May 8, 2017

227. WANITA MATI BERANAK MENJELMA JADI PONTIANAK



0rang-orang kampung masih lagi bercerita mengenai satu lembaga putih berkeliaran sejak kematian Maisara selepas melahirkan anak. Kedua-dua ibu dan anak yang baru dilahirkan itu mening-gal dunia, Sehingga berbulan-bulan pula cerita itu terus disampaikan dari mulut ke mulut, tetapi tidak siapa di antara mereka yang menyampaikan cerita itupernah bertemu lembaga putih tersebut.
Tok Aji mengingatkan orang-orang kampung supaya tidak cepat terpengaruh dengan cerita-cerita demikian. Tidak mungkin seorang wanita yang meninggal disebabkan melahirkan anak akan menjelma menjadi hantu atau pontianak sejenis makhluk syaitan yang dilaknati Allah SWT. Wanita yang mati ketika melahirkan anak adalah dikira mati syahid.
Tetapi orang-orang kampung tidak menghiraukan lagi nasihat Toik Aji, disebabkan mereka sudah terpengaruh mengenai cerita lembaga putih yang berkeliaran di dalam kampung sejak kematian Maisara, wanita muda yang meninggal ketika melahirkan anak sulungnya. Malah suami Maisara sendiri, Jalit hampir terpengaruh juga setelah mendengar cerita tentang lembaga putih yang berkeliaran di dalam kampung.
"Kalau iya pun, takkan sampai berbulan-bulan, Lit..," kata Tok Aji mengingatkan Jalit. "Sekiranya kau Percaya dengan cerita macam tu, sepatutnya kau berdoa dan bersem-bahyang tahjud, agar roh isteri kau dilindungi Allah," ujarnya apabila diberitahu oleh Jalit mengenai hatinya yang rusuh sejak cerita isterinya tersebar luas.
Jalit mendengarkan nasihat Tok Aji dengan penuh setia sebagai seorang murid yang mematuhi gurunya. Setiap malam Jumaat memang dia datang ke madrasah Tok Aji bertanyakan masalah agama bersama dengan beberapa orang lagi rakannya. Sebab itulah dia menghormati segala nasihat yang diberikan oleh Tok Aji.
Setelah hampir tiga bulan selepas kematian Maisara dengan cerita lembaga putih ditemui berkeliaran itu, orang-orang kampung heboh pula dengan cerita Ucu Mimah terserempak lembaga hitam berbulu tercegat di depan tingkap biliknya. Cerita Ucu Mimah itu tersebar luas juga dari mulut ke mulut, sedangkan tidak ada siapa pun dari orang yang menyebarkan cerita itu pernah melihatnya.
 "Takkan hantu Maisara bertukar jadi lembaga hitam tangan berbulu pula," keluh Jalit menahan keharu-an mengenai tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas arwah isterinya. Dia sudah melaksanakan segala nasihat Tok Aji dengan melakukan tahlil selepas maghrib bagi mendoakan kesejahteraan roh isteri-ova di dalam kubur.
Kadangkala terfikir juga di benaknya mengapa Maisara menjadi sasaran, padahal isterinya itu sudah tiga bulan meninggal dunia. Kematian Maisara pula disebabkan melahirkan anak sulung yang dikatakan songsang kedudukannya, Tetapi semasa Maisara hendak dikebumikan, Bidan Som sudah pun menasihatkan dia supaya meletakkan jarum di tapak tangan jenazah, sebentuk cincin dibubuh di dalam mulutnya serta telur ayam diselitkan di celah ketiak,
Bagaimanapun Jalit enggan menurutkan kemahuan Bidan Som setelah menden-gar nasihat dari Tok Aji. Hanya orang yang percaya kepada bidaah saja melaku-kan perbuatan demi-kian kerana takutkan perempuan mati beranak akan men-jelma menjadi pon-tianak. Disebabkan Jalit menganggap Tok Aji gurunya kerana dia sering bertanya-tanya masalah agama, maka dia lebih rela mematuhi nasihat Tok Aji dari mempercayai arahan Bidan Som.
Dia sendiri yang berkeras tidak mahu meletakkan jarum di tapak tangan, cincin emas di dalam mulut dan telur di bawah ketiak jenazah isterinya, walaupun ibu dan bapa mertuanya memaksa dia melakukan suruhan Bidan Som itu, Selepas Maisara dikebumikan, pada sebelah malamnya Maasih terpekik melihat satu lembaga putih melayang-layang dari pokok asam sengkuang di tanah perkuburan. Kemudiannya hilang apabila sampai ke udara.
Maasih baru saja baiik dari surau melintasi kawasan tanah perkuburan untuk batik ke rumahnya, apabila dia terdengar bunyi hilaian yang nyaring. Pokok asam sengkuang itu bergegar kuat pula seperti digoncang satu tenaga perkasa, sebelum lembaga putih berkenaan melayang dari celah-celah rantingnya seolah-olah terbang ke udara. Apa yang dilihat oleh Maasih ini tersebar luas ke seluruh kampung menyebabkan mereka semua menuduh Jalit sebagai punca kejadian tersebut. Jalit tidak mahu mendengar nasihat orang tua-tua sejak turun temurun iaitu apabila perempuan mati beranak mesti dibekalkan dengan jarum di tapak tangan, emas didalam mulut dan telur di bawah ketiak, bagi menjauhkan dirinya dari menjelma menjadi langsuyar atau pontianak.
"Khurafat, bidaah..” ujar Tok Aji apabila Jalit mengadukan halnya dituduh oleh orang-orang kampung demikian.
Tok Aji memang tahu bahawa Jalit tidak akan menerima tuduhan orang-orang kampung termasuk emak dan bapa mertuanya yang menyalahkan dia disebabkan kedegilannya mematuhi arahan Bidan Som sehingga Maisara menjelma menjadi pontianak. Tetapi sudah berkali-kali Jalit mengendap pada sebelah malam di tanah perkuburan, tidak pula dia melihat lembaga putih yang dihebohkan oleh orang-orang kampung itu. Dia juga tidak mendengar tangisan bayi pada waktu malam berhampiran dengan tanah perkuburan sejak kematian isterinya tiga bulan sebelumnya, seperti yang diceritakan itu,
"Jarum, emas dan telur itu tidak boleh melindungkan Maisara," Tok Aji mengingatkan Jalit. "Samalah macam tangkal azimat tidak boleh melindungkan seseorang. Hanya Allah yang melindungkan kita...!" katanya memberi semangat kepada Jalit dalam menghadapi tuduhan-tuduhan dari orang-orang kampung.
Disebabkan cerita lembaga putih keluar dari kubur Maisara itu tidak juga berkurangan, walaupun setelah Ucu Mimah digemparkan oleh lembaga hitam tangan berbulu yang tercegat pada tingkap biliknya, Jalit terus mengunjungi rumah Bidan Som mahu mempastikan sama ada benar atau tidak Maisara sudah menjelma menjadi pontianak.
Tertawa besar Bidan Som bila ditanyakan kemungkinan Maisara sudah menjelma menjadi pontianak akibat tidak mematuhi arahan bidan itu supaya jenazah perempuan mati beranak dikebumikan dengan  meletakkan jarum di tapak tangannya, emas di dalam mulutnya dan telur di bawah ketiaknya. Sekiranya tidak diletakikan benda-benda berkenaan mayat perempuan mati beranak itu akan bertukar menjadi pontianak.
Tujuan meletakkan jarum di tapak tangan itu supaya dia tidak boleh bertepuk semasa hendak bertukar untuk menjelmakan dirinya menjadi pontianak itu. Dengan meletakkan emas di dalam mulutnya menyukarkan dia mahu ketawa mengilai sebagai permulaan untuk menjelma. Telur di bawah ketiak itu menghalang dia dari terbang ke udara dalam proses terakhir setelah menjelma menjadi pontianak sepenuhnya,
"Nak letak jarum ke, telur ke, hanya syarat aje. Pengeras untuk bidan fasal tak dapat menyelamatkan ibu yang bersalin," beritahu Bidan Som mententeramkan perasan Jalit. "Sepatutnya bidanlah yang menyediakan semua tu, macam menebus salah tapi sekarang dah jadi lazim kita, tuan rumah yang menyediakan," ujarnya tersengih-sengih melihatkan Jalit gelisah dengan cerita mengenai isterinya menjelma menjadi pontianak disebabkan tidak mematuhi arahan Bidan Som.
"Jadi, macam mana dengan Iembaga putih yang Maasih jumpa tu?" tanya Jalit meminta kepastian.
"Tak tau Iaaa aku, kau tanyalah Maasih...," jelas Bidan Som. Penjelasan Bidan Som itu sudah cukup menyakinkan Jalit bahawa cerita mengenai lembaga putih yang ditemui oleh Maasih di tanah perkuburan dan lembaga hitam tangan berbulu di hadapan tingkap rumah Ucu Mimah hanya dugaan yang harus dilaluinya dengan tabah. Bidan Som sendiri yang mengakui bahawa syarat yang dikehendaki keatas jenazah wanita mati bersalin hanya sebagai penebus kesalahan bidan saja disebabkan tidak dapat menyelamatkan wanita berkenaan.
Tetapi mulut orang memang tidak dapat ditutup seperti mulut tempayan. Sebaik sahaja Maasih terkejut setelah bertemu dengan lembaga putih di tanah perkuburan pada malam Maisara meninggal dunia, maka cerita mengenainya berterusan berbulan-bulan. Ditambah pula dengan peristiwa Ucu Mimah terkejut melihat lembaga hitam tangan berbulu tercegat di tingkapnya, bertambahlah cerita dari mulut ke mulut itu mengemparkan seisi kampung.
Tidak ada siapa pun melihat lembaga berkenaan selain dari Maasih dan Ucu Mimah. Seminggu Maasih tidak sedar diri apabila balik ke rumah akibat terserempak lembaga putih yang bertenggek di atas pucuk asam sengkuang. Setelah pulih dari sakitnya, Maasih menceritakan apa yang dilihatnya pada malam berkenaan. Inilah sebenarnya punca cerita Maasih bertemu lembaga putih itu tersebar ke serata kampung.
Ucu Mimah juga tiga malam berturut-turut terigau-igau ketakutan setelah terserempak lembaga hitam tangannya berbulu itu. Dia tidaklah pengsan seperti Maasih, tetapi menjelang malam saja dia menjadi takut tinggal di rumahnya menye-babkan Pak Su Lah tidak dapat ke surau untuk meninggalkan isterinya ketakutan di rumah. Setelah diubat pun ketakutan Ucu Mimah tidak juga berkurangan, walau-pun dia tidak terigau-igau lagi bila tidur malam.
"Ustaz... tentu lebih banyak mengetahui dari saya," beritahu Jalit apabila saya bertanyakan peristiwa yang berlaku ke atas dirinya lebih dua puluh lima tahun dulu. Isterinya Khamsina dikahwininya selepas tiga tahun kematian Maisara tersengih-sengih saja mendengarkan perbualan kami. "Ini semua bukannya kerja kita, semuanya dalam pengetahuan Allah semata-mata," katanya seolah-olah meng-ingatkan semula kejadian yang sudah berlalu lebih dua puluh lima tahun dulu.
Saya hanya mengangguk kepala saja mendengar kata-kata Jalit ini. Kerana sebelumnya saya sudah mendengar cerita Pak Mid di Sg. Besar mengenai cerita pontianak yang ditemuinya semasa menangguk udang.
Pak Mid memberitahu saya pontianak itu jenis makhluk syaitan yang pemalu, masakan dia mengganggu manusia. Kecualilah kalau dia digunakan oleh manusia untuk tujuan-tujuan jahat.
Memang saya tahu mengenai cerita Ucu Mimah yang terigau-igau bertemu lembaga hitam tangan berbulu yang tercegat di depan bilik tidurnya. Lembaga itu kemudiannya hilang apabila Ucu Mimah terjerit ketakutan. Selepas itu tidak ada siapa lagi yang diganggu oleh lembaga tersebut.
Disebabkan bimbang dengan keadaan isterinya Pak Su Lah memanggil Tok Aji meminta rawatkan isterinya supaya pulih semula. Jalit sendiri ikut bersama Tok Aji ke rumah Pak Su Lah pada suatu petang selepas Asar. Semasa Tok Aji bersama Jalit sampai, Pak Su Lah sedang menguak sampah di hujung halaman. Apabila mereka naik ke rumah, Ucu Mimah memberitahu suaminya dia merasa dirinya tidak sedap badan.
"Tadi, elok sihat.." keluh Pak Su Lah.
"Macam mana rasanya Mak Cu?" tanya Jalit. "Rasa nak demam, sejuk-sejuk badan aku ni," beritahu Ucu Mimah perlahan, tetapi dia terus juga ke dapur memasakkan air disebabkan ada tetamu.
"Kalau demam, berbaringlah kau," ujar Tok Aji sebaik saja Ucu Mimah duduk bertempoh di pintu tengah setelah memasakkan air di dapur.
"Tak apalah Abang Aji, demamnya tak seberapa," sahut-nya tidak bergerak dari pintu tengah. Dia pun memang tahu kedatangan Tok Aji semata-mata mahu mengubati rasa ketakutan yang meng-ganggu dirinya selama ini.
"Kalau begitu, rapat kau ke sini...," Tok Aji menggamitnya supaya datang ke serambi.
Mak Ucu Mimah bangun perlahan lantas duduk di hadapan Tok Aji. Dia menyuruh Mak Ucu Mimah memandang tepat ke wajahnya, sambil dia menyuruh perempuan itu menyebut Allah berulang kali di dalam hati. Hanya beberapa saat saja Tok Aji suruh laku-kan, tiba-tiba Mak Ucu Mimah terpekik lantas memaki-maki Tok Aji.
"Kau tipu aku ya!" katanya merungut-rungut.
"Lah, kau tengok..." ujar Tok Aji.
"Yang takut-takut selama ni, bukannya Mimah. Yang takut-takut tu ini dia, sekarang ni... dia takut fasal kau sentiasa mengingati Allah. Tapi, dia degil tak mau Iepaskan Mimah," dia menjuihkan bibir.
Pak Su Lah dapat memahami kata-kata Tok Aji. Ketakutan yang dirasakan oleh isterinya selama ini bukan dari hati nuraninya, tetapi gangguan syaitan itu yang tidak dapat mengganggunya disebabkan Pak Su Lah hafasal beberapa Surah dari Al-Quran.
"Kau, tipu aku... Kau tipu...!" ulangi Mak Ucu Mimah menggertap bibir.
"Jalit..." perintah Tok Aji berpaling kepada Jalit. "Sekarang kau azan di telinga kanannya," dia menudingkan jari telunjuk ke arah Mak Ucu Mimah.
Jalit tidak membantah apa pun, lantas bangun membongkok ke telinga kanan Mak Ucu Mimah. Dia azan berulang kali seperti yang diarahkan oleh Tok Aji. Jalit tidaklah azan dengan meninggikan suara seperti di surau, tetapi perlahan 'saja. Tetapi setiap kali suara azan Jalit ke-dengaran, Mak Ucu Mimah menjerit-jerit meminta tolong supaya dilepaskan dari seksa.
"Kalau tak mau kena seksa, berambuslah dari sini," ujar Pak Su Lah keras.
"Ke mana aku nak pergi?" jerkah Mak Ucu Mimah marah.
 "Suka hati kau laa...," sahut Pak Su Lah mencebik bibir.
 "Sampai hati awak, menghalau aku nampaknya?" Mak Ucu Mimah mengejek sambil ketawa tersengih-sengih.
 "Aku halau kau, bukannya Mimah...!" Pak Su Lah menge-raskan suaranya.
Tok Aji menyuruh Jalit memberhentikan azan, bagi mengelakkan Mak Ucu Mimah terus meronta-ronta. Kemudian dia mengarahkan Jalit me-megang ibu jari kaki Mak Ucu Mimah, serta membacakan Ayat Kursi 113 kali. Ketika ini Mak Ucu Mimah tidak meronta -ronta, tetapi menggeliat-geliat kesakitan sambil tergigil-gigil tidak dapat berkuat untuk melawan.
"Kenapa kau datang ganggu isteri orang?" soal Tok Aji menggenggam tangan nya erat-erat.
Mak Ucu Mimah tidak menyahut hanya menggeliat-liat sahaja kerana Jalit masih membacakan ayat Kursi untuk mencukupkan sehingga 113 kali. Bibirnya kelihatan lebam bagaikan kuat merokok, sedangkan matanya menjadi merah berair.
"Aku dah suruh pindah..., kenapa Lah tak pindah... tanah tapak rumah ni aku yang punya...," gerutu Mak Ucu Mimah keletihan.
"Apa buktinya tapak rumah ni kau punya?" soal Pak Su Lah keras.
"Tok nenek moyang aku yang punya," sahutnya meninggikan suara.
Tok Aji tidak menghiraukan lagi jawapan dari Mak Ucu Mimah. Dia memejamkan mata-nya lantas membacakan Surat As-Saffa menghem-buskan ke kepala Mak Ucu Mimah. Selepas itu mulutnya saja kumat kamit sambiltangan kanannya dihalakan ke atas kepala Mak Ucu Mimah.
Sementara Jalit pula terus membacakan Ayat Kursi dengan memegang ibu jari kanan perempuan itu. Ketika ini Jalit dapat merasakan seolah-olah ibu jari kaki yang dipegangnya bukan lagi ibu jari kaki Mak Ucu Mimah, tetapi tanah yang embik dan dingin. Sementara Mak Ucu Mimah pula seolah-olah berlindung di belakangnya, sewaktu satu lembaga hitam tangan berbulu berdiri di hadapannya.
Tetapi lembaga itu sudah menjadi kecil digenggam di tapak tangannya oleh Tok Aji. Dia melihat seolah-olah Tok Aji memicit kepala lembaga itu dengan jarinya, kemudian me-lontarkan jauh-jauh dari situ.
"Kau jangan datang lagi ke sini!" Jalit terdengar suara Tok Aji bergaung kuat memberi amaran, sedangkan lembaga hitam yang tergenggam di tangannya tercungap-cungap tidak bermaya.
Hampir jam enam petang barulah keadaan Mak Ucu Mimah pulih semula, walaupun dia kelihatan letih lesu. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya. Sebaik saja dia pulih, Mak Ucu Mimah teringat akan air yang dimasaknya di dapur. Cepat-cepat dia berlari melihat airnya yang dimasak-nya.
Sejurus kemudian dia keluar semula memberitahu air di cerek sudah kering, menyebabkan mereka semua ketawa terkekeh-kekeh. Sekalipun Mak Ucu Mimah mempelawa minum terlebih dulu, tetapi Tok Aji dan Jalit segera meminta diri untuk mengejar maghrib pula.
"ltulah ustaz...," beritahu Jalit selanjutnya mengingatkan peristiwa 25 tahun yang sudah berlalu.
"Memang tanah yang didiami oleh Pak Su Lah itu dibelinya dari orang. Mungkin orang itu tak sedar bahawa nenek moyangnya ada memelihara sesuatu ...," ujarnya lagi.
Sebab itulah, kata Jalit seterusnya, kalau kita mem beli tanah pesaka kepunyaan orang lain, kadang-kala kejadian seperti ini tidak dapat dielak-kan. Apalagi kalau nenek moyangnya turun temurun memeIihara pelesit atau polong untuk menjaga hartanya. Apabila hartanya itu dijual oleh anak cucunya, maka timbullah kejadian-kejadian seperti menimpa Mak Ucu Mimah ini, jelas Jalit.
"Macam mana kisah pontianak tu?" soal saya kerana Jalit tidak pun menyebut mengenai isterinya Maisara yang mati beranak. "Ustaz tentu lebih maklum...," sahut Jalit perlahan. "Takkan Maisara jadi pontianak," katanya mengerutkan dahi.
Kemudian dia memandang saya sambil menambah, "Kadang-kala, kebetulan kejadian yang dialami oleh Mak Ucu Mimah itu berlaku semasa Maisara mati beranak, jadi orang pun katalah Mak Ucu Mimah diganggu pontianak," keluhnya maca m menvesal kejadian tersebut.