Sunday, December 24, 2017

259. BAHANA SUMPAHAN HANTU TINGGI


TEMPIAS hujan menerjah  melalui celah dinding yang berlubang lubang, menyebabkan Kasan Bele terkejut tidur. Dia tidak dapat Ielapkan apabila angin juga mengelus kencang hingga perabung atap juga tercampak entah ke mana. Sekaligus pula tengah rumah tiris akibat perabung atap sudah tercampak.

Cepat-cepat pula Munah Cemus isterinya bangun mencapai baldi menadah hujan yang tiris mengikut perabung atap yang sudah terlopong. Ditadah dengan baldipun memang tidak memberi kesan apa-apa, kerana tiris hujan di sepanjang perabung atap.

"Lebat benar hujan ni," keluh Kasan Bele mengelakkan diri daripada teMpias di tepi dinding.

"Bukan takat hujan, angin pun kencang," bisik Munah Cemus mendongak ke perabung atap yang sudah terlopong.

"Agaknya orang tinggi melintas!" Kasan Bele menu-duh lantas ke dapur menghidupkan api. Tidak bertangguh dia membakar garam dengan lada kering sampai anak-anak tengah nyenyak tidur terbersin kuat.

Kasan Bele ingat sangat pantang larang orang tua-tua kalau ribut kencang melanda kampung. Dia mesti bakar garam dengan lada kering biar hantu tinggi bersama angin kencang itu tahu rumah mana yang tidak boleh diganggu.

Sudah tentu hantu tinggi itu akan menyisih setelah ter-bau garam dan lada kering dibakar. Orang tua-tua ingatkan dia fasal Malim Kerimun yang memberi petua, setelah ayahnya hilang di hutan menjelma menjadi hantu tinggi Petua Malim Kerimun itulah mereka pegang turun temurun sekiranya ribut melanda kampung.

Sebaik sahaja garam dan lada kering dibakar, memang ribut mulai reda. Hujan juga tidak lagi turun mencurah-curah sampai tempias membolos di celah dinding. Sebab itu Kasan Bele yakin sangat dengan petua orang tua-tua sejak turun temurun.

Biarlah siapapun tidak percaya mengenai hantu tinggi yang mencari mangsa tatkala hujan lebat bersama ribut kencang melanda kampung. Tetapi Kasan Bele tidak pernah lupakan pe-tua. Tanyalah isteri-nya Munah Cemus sendiri, betapa hujan ribut berhenti serta merta sebaik sahaja dia membakar garam dan lada kering.

Disebabkan hujan sepanjang malam, mereka tidak dapat menoreh getah pagi-paginya. Mahu ke sawah juga air sun-gai sebak ke tebing 1 menyebabkan me-'reka tidak dapat me-nyeberang.

Kalau hujan tidak turun lebat men-curah-curah, tentulah air sungai tidak sebak ke tebing. Mereka boleh randuk sahaja air separas lutut itu menyeberang ke sawah. Biar Iah tunggu selepas zohor baru mereka turun ke sawah, sekiranya air susut semula.

Tidak bangun Kasan Bele solat subuh disebabkan kesejukan akibat hujan sepanjang malam. Rumahnya bukanIah besar macam rumah Sidang Sanip tersergam sampai dua belas batang tiang. Apalagi dindingnya pelupuh buluh aur tentulah mudah sahaja dibolosi tempias kuat.

Sekiranya tidak diganggu hujan tengah malam, memang Kasan Bele gagahi juga bangun solat subuh. Dia akan cepat-cepat ke telaga mandi biar badan menjadi segar sebelum mengayuh basikal ke kebun getah., Terasa juga rugi kalau tinggalkan solat subuh.

Tetapi sejuk akibat angin kencang dan hujan lebat itu menyebabkan tubuh Kasan Bele terasa seram-seram sejuk. Memang demam menyelubungi dirinya hingga terasa tubuhnya lemah tidak bertenaga. Semenjak itu pula Munah Cemus tahu suaminya benar-benar demam sampai terkejang di tengah rumah.

Terpaksa pula Latih Jambul adik ipar nya membantu naikkan semula perabung atap yang tercampak ditiup angin kencang. Mudah sangat perabung itu diterbangkan kerana sekadar dihimpit dengan batu bata diikat dua. Lainlah kalau dipaku kuat sampai terasap pada tulang bumbung, tentu tidak mudah mahu diterbangkan oleh angin.

"Demam abang Kasan ini menjadi-jadi nampaknya," ujar Latih Jambul setelah selesai naikkan semula perabung atap ke atas bumbung.

"Agaknya, demam selsema itu," tuduh Munah Cemus tidak bimbang apa-apa kalau Kasan Bele sekadar demam selsema.

Sehingga tengah hari Kasan Bele tidak juga mahu bangun menjamah nasi. Dia tetap berselimut di hujung serambi. Sewaktu Latih Jambul meletakkan tapak tangan ke dahi abangnya memang terasa panas meruap-ruap.

"Bangunlah makan dulu abang Kasan," desak Latih Jambul menyuruh abanghya bangun juga makan tengah hari. Setelah makan tentu seluruh tubuh Kasan Bele akan berpeluh. Sekiranya demam sepanjang hari biarlah cepat berpeluh supaya badan kembali segar.

Tetapi Kasan Bele menggeleng lemah. Seleranya tidak gecur mahu makan tengah hari sekalipun Munah Cemus masakkan asam pedas terung dengan tulang ikan kurau.

"Jangan ikutkan sangat demam tu, lawan sikit," Munah Cemus pula menggesa suaminya.

Kasan Bele tetap tidak mahu menjamah nasi. Bukan takat seleranya sahaja tidak terbuka, malah sendi-sendinya juga semakin lemah dengan betis lenguh mencucuk-cucuk. Suhu badan .nya juga semakin panas meruap sekalipun peluh mula memercik di dahi.

"Agaknya, abang Kasan ni demam kura," ujar Latih Jambul setelah meIihat keadaan abangnya terkokol-kokol sejuk dalam masa suhu hadannya meruap panas.

"Kalau demam kura beri aje minum air jadam," lantas Munah Cemus teringatkan emaknya pernah mengidap demam kura. Sewaktu terkokol-kokol itulah ayahnya sudukan air jadam yang pahit sampai ke tulang sumsum.

Tiga kali sahaja emaknya disudukan air jadam, demam kuranya sembuh tidak menganggu lagi. Air jadam lebih pahit daripada kuinin itu akan menyusup masuk sampai ke tulang sum-sum. Masakan kuman demam kura boleh bertahan kalau Kasan Bele sudah meneguk air jadam.

Cepat-cepat Munah Cemus menyuruh anaknya Usin belikan jadam ke kedai kecil di tengah kampung. Sebaik sahaja Usin bawakan jadam, tidak bertangguh dia sudukan ke mulut Kasan Bele. Kalau harapkan suaminya mahu minum ubat sendiri sampai terbalik matapun tidak akan dihiraukannya. Sebab itu Munah Cemus paksa juga Kasan Bele meneguk air jadam itu.

Berkerut dahi Kasan Bele meneguk air jadam yang disudukan oleh isterinya itu. Mahu juga dia luahkan, kalau tidak kenang anaknya Usin bersusah payah mengayuh basikal ke kedai semata-mata belikan dia jadam untuk dibuat ubat.

Tiga pagi Kasan Bele meneguk air jadam, demamnya tidak juga beransur kebah. Dia tidaklah sejuk terkokol-kokol macam diganggu demam kura. Tubuhnya tidak juga panas meruap-ruap bagaikan mengidap demam kepialu. Tetapi sejuk dan panas itu silih berganti hingga menyebabkan dia tidak tentu arah sepanjang hari.

Lenguh di sendi-sendi terasa ngilu tidak bertahan. Setiap saat sentiasa berdenyut-denyut bagaikan ditusuk jarum. Lebih seminggu Kasan Bele mengidap demam ganjil, isterinya terpaksa juga bawa ke hospital. Memang hospital juga mengesyaki Kasan Bele mengidap demam malaria.

Seminggu di hospital tubuh Kasan Bele semakin susut. Dia bertambah kurus dengan muka cengkung dan pucat. Disebabkan keadaan Kasan Bele tidak juga berubah, terpaksalah Latih Jambul mengajak ayah saya ke hospital untuk memberikan pandangan.

"Macam mana saya ni, bilal Hud?" tersengih-sengih Kasan Bele sebaik sahaja dikunjungi oleh ayah saya.

"Diri awak, tentu lah awak sendiri yang tahu," sahut ayah saya bergurau. Memang di mana-manapun ayah saya suka bergurau kalau ditanyakan perkara demikian kepadanya.

"Cubalah tengokkan Kasan ni, abang bilal," Munah Cemus mula menahan rasa sebak di dada setelah menyedari penyakit suaminya bertambah tenat.

"Takat tengok macam ni, bolehlah' ujar ayah saya tersengih-sengih mengusik.

Setelah mendoakan Kasan Bele ayah saya tidak memberitahu apa-apa kepada Latih Jambul. Dia sekadar menyuruh lelaki itu bersabar sahaja menqhadapi suasana demikian. Disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan ayah saya lantas Latih Jambul memujuk kakak ipar nya membawa sahaja Kasan Bele balik ke rumah.

Tentulah Kasan Bele tidak serasi di bawa berubat ke hospital. Kaiau disyaki demam kura, kenapa lebih seminggu diberi kuinin dan rawatan keadaan abangnya bertambah tenat. Masakan Kasan Bele diganggu demam kura kalau dia tidak sejuk terkokol-kokol, kemudian panas hingga membuang selimut dan kadangkala merapik tidak menentu, selepas itu berpeluh memercik banyak sampai ke-bah laksana sembuh betul. Tetapi demam kura itu akan mengganggu lagi selepas sehari semalam.

Latih Jambul cam betul demam yang menimpa abangnya Kasan Bele bukan demam kura. Abang nya tidak berselera mahu menjamah makanan langsung. Suhu badannya tidak menentu sama ada sejuk mahupun panas.

Disebabkan L,atih Jambul berkuat mahu mengajak Kasan Bele balik ke rumah terpaksa juga Munah Cemus bersetuju. Biarlah dia anak beranak merawat Kasan Bele dalam masa dia terlantar tidak ber-upaya. Setelah seminggu lebih di hospital tidak ada tanda tanda penyakit Kesan Bele beransur sembuh!

Sewaktu Latih Jambul datang ke rumah menjemput ayah saya, kebetulan pula saya balik ke kampung. Terus terang sahaja dia memberitahu mengenai penyakit yang dihidapi oleh abangnya sejak hampir sebulan selepas peristiwa hujan ribut di tengah malam

"Marilah angah, kita tengok Kasan tu," ayah saya mendesak saya ikut sama ke rumah Kasan Bele.

"Ustaz ada lagi baik," sahut Latih Jambul pula.

Memang saya tidaklah berapa rapat sangat dengan keluarga Latih Jambul. Tetapi memang saya pernah juga mendengar daripada Utih Kidam mengenai Kasan Bele yang suka mendekut burung ruak-ruak sama dengan Alang Leman di Bagan Datoh itu.

Tetapi Alang Leman sekadar mahir meniup buluh pendekut, di samping mendekut burung ruak-ruak untuk dimakan sahaja. Tidak pernah Alang Lemah menjualnya, sekalipun ada orang-orang Cina sanggup membelinya lima puluh sen seekor.

Bila-bila Alang Leman sanqgup berikan kepada sesiapa sahaja yang meminta burung ruak-ruak yang didekutnya dengan percuma, tidak perlu dibayar harganya. Dia mendekut burung ruak-ruak bukan bertujuan mahu mencari wang. Biarlah dia terpaksa mendongak sepanjang hari mengait kelapa un-tuk mencari nafkah sehariannya.

Memang Kasan Bele tidak sama dengan Alang Leman di Bagan Datoh. Asal sahaja masuk ke tengah sawah selepas musim menuai Kasan Bele akan merentang jaring. Dia akan mengajak dua orang rakannya Manap Misai dengan Jenal Boyak membantunya merentangkan jaring di tengah sawah itu. Mereka bertiga menunggu di situ sehingga melewati jam sepuluh malam, barulah Kasan Bele mula meniup buluh pendekutnya.

Sebelum buluh pendekut ditiup Kasan Bele menepuk tanah tiga kali dan menyeru dengan jampinya:

Assalam-mualaikum datuk petala guru, sehabis habis sampai ke mambang, engkau bertiga saudara, ber-empat bersama aku, aku menyuruh aku menyeraya, halau-kan ternak masuk ke jaring...

Setelah dihembuskan ke udara tiga kali, Kasan Bele menepuk kembali tanah tiga kali. Dia menyeru lagi dengan jampinya:

Assala-mmualaikum hal nenek tujoh petala bumi, sehabis-habis engkau sampai ke bawah bumi, aku menyuruh aku menyeraya, halaukan ternak masuk ke jaring...

kemudian dihembuskannya pula ke tanah tiga kali.

Selepas itu barulah dia meniup buluh pendekutnya hingga bergema sampai ke segenap pelusuk kampung. Tidak sampai lima betas minit dia meniup buluh pendekut itu, Manap Misai mendengar di udara suara bagaikan orang terbatuk tiga kali.

Tidak lama kemudian langit mulai gelap dengan deru bagaikan ribut kencang di udara. Awan juga bergulung membentuk gelungan seperti getah pelampung. Apabila awan hitam bergulung itu kian menipis mulaiIah Manap Misai dan Jena! Boyak mendengar burung ruak-ruak bersahutan.

Belum sempat mereka menyuluh, tiba-tiba sahaja burung ruak-ruak berterbangan di dalam gelap menerpa ke jaring. Jenuh pula Manap Misai dan Jenal Boyak mengutip berpuluh-puluh ekor burung ruak-ruak yang tersangkut di jaring.

Hampir tiga guni mereka berdua kumpulkan burung ruak-ruak tersebut. Sudah terbayang di ingatan Manap Misai kalau dijual lima ekor seringgit pun mereka bertiga boleh mendapat banyak wang. Cukuplah tiga guni karung penuh dengan burung ruak-ruak. Mereka boleh dapat sampai empat puluh ringgit kalau seguni diisi hingga 200 ekor burung ruak-ruak.

"Cukuplah, Kassan," beritahu Manap Misai setelah penuh tiga guni diisi dengan burung ruak-ruak yang banyak menjerjah ke jaring.

"Ah, alang kepalang mendekut, biar kita buat betul-betul," ujar Kasan Bele tidak mahu mengalah. Apalah guna tidak sampai satu jam sudah balik ke rumah? Biarlah sampai jam tiga pagi mendekut di tengah sawah yang lapang terbuka.

"Macam mana kita nak bawa, semua guni dah penuh," jelas Jenal Boyak berasa was-was mahu bertahan lebih lama di situ. Memang kerapkali juga dia diingatkan supaya tidak tamak sangat kalau mendekut di tengah malam demikian.

"Bodoh sangat kau ni!" gerutu Ka-san Bele marah dengan sikap kawannya itu. "Gunakan kain sarung, ikat di bawahnya buat macam karung," katanya menyuruh tanggal-kan kain sarung masing-masing.

Disebabkan Kasan Bele mahu bertahan, terpaksalah Manap Misai dan Jenal Boyak menurut sahaja. Lagipun keputusan memang di tangan Kasan Bele. Mereka berdua sekadar mengikut arahan sahaja kerana lelaki itulah yang mahir mengenai mendekut burung ruak-ruak.

Sehingga jam 1.00 pagi mereka bertiga tercegat di tengah sawah, tiba-tiba sahaja deru angin menjadi kencang. Mereka melihat bayangan lembaga berkepala botak berligar-ligar di udara laksana helang mahu menyambar ayam tengah mengekas.

"His, geruh kita malam ni," cepat-cepat Kasan Bele menyuruh kawan-kawannya menurunkan jaring yang terentang. Dia perlu mengajak kawan-kawannya lari meninggalkan kawasan sawah terbentang.

Tidak bertangguh Manap Misai bersama Jenal Boyak menurunkan jaring di hujung buluh tercodak. Belum pun sempat jaring di-turunkan, Manap Misai nampak lernbaga botak itu menjunam menerpa ke jaring tersebut. Cepat-cepat pula Manap Misai merentap tangan Jenal Boyak menyuruhnya meniarap di tanah, mengelakkan daripada serbuan lembaga berkenaan.

Sekaligus mereka nampak jaring terentang dirempuh oleh lembaga botak itu sampai bergulung laksana tikar mengkuang di lingkupkan. Sebaik sahaja lembaga botak itu menghilang bersama deru angin, Manap Misai nampak Kasan Bele terbaring di tanah dengan mengerang-erang.

Setelah dipapah batik, tidak bertangguh lagi Manap Misai memberitahu Utih Kidam kejadian yang menimpa Kasan Bele. Tiga buIan Kasan Bele terkejang hingga rambutnya Iuruh habis. Dia tidak bercakap apa-apa kecuali mulutnya sahaja berbuih-buih bagaikan terkena sawan babi.

Terpaksa pula Utih Kidam meminta sediakan ayam hitam seekor dipanggang mentah di-letakkan di atas busut. Berkali-kali Utih Kidam menyeru:

Hai bumi ibuku, hai langit bapaku, selagi tidak bergerak engkau, tidak ada musuh tarah, yang dapat membinasakan aku dan Kasan Bele.

Ayam hitam dipanggang mentah itu diletakkan di atas daun terap dan ditutup dengan daun birah. Setelah dibubuhkan di atas busut di pinggir hutan, Utih Kidam berundur beberapa tapak. Beberapa orang kampung yang ikut sama menghantar ke tepi busut tidak dibenarkan oleh Utih Kidam mara men-dekati busut tersebut

Mereka menunggu di seberang anak air yang mengalir memisahkan kaki bukit. Kira-kira satu rantai jaraknya orang-orang kampung menunggu Utih Kidam di situ. Dalam masa beberapa minit selepas Utih Kidam meletakkan ayam dipanggang mentah itu, Manap Misai nampak lembaga hitam berdiri di tepi busut.

Gementar juga dia apabila melihat lembaga hitam itu menjilat-jilat ayam dipanggang mentah yang disediakan oleh Utih Kidam. Dalam jarak satu rantau itu Manap Misai juga nampak mata lembaga hitam tersebut merah menyala Iaksana api pelita.

"Kenapa pula nak cari geruh Kasan Bele?" mereka di seberang anak air mendengar Utih Kidam melaung kuat.

"Dia langgar janji, nak ambil semua sekali, mana boleh!" tiba-tiba sahaja mereka mendengar bergaung dijawab dari udara. Ketika mereka mendongak ke udara hanya kelihatan swan hitam bergulung berpusar-pusar seperti asap di tolak angin kencang.

"Ah, sikit-sikit punya hal buat apa ambil hati sangat?" Utih Kidam semacam memujuk.

"His, orang macam ni mesti diajar!: sahut lembaga hitam yang terlenggok-lenggok badan di tepi busut.

"Dah cukuplah tu, dia anak ubat aku, lepaskanlah..." Utih Kidam tetap berlembut bagaikan terus memujuk.

"Kalau tak kenangkan awak, memang teruk dia aku kerjakan!" tegas lembaga hitam itu meIenggok-lenggok menjilat ayam di-panggang mentah di atas busut.

"Aku pegang janji awak tu," laung Utih Kidam terus meninggal kan lernbaga hitam itu leka menjamah ayam panggang mentah di atas busut berkena-an.

Balik sahaja ke rumah, mereka melihat keadaan Kasan Bele beransur sembuh. Dia sudah boleh membuka mata sekalipun mukanya cengkung dan pucat. Sewaktu Utih Kidam naik ke rumah Kasan Bele sudah mahu disudukan bubur oleh Munah Cemus.

Tidak siapapun tahu bagaimana cara Utih Kidam memuIihkan sakit yang dideritai oleh Kasan Bele sampai terkejang hampir tiga buIan. Puas juga berubat dengan berbagai cara, namun keadaan Kasan Bele hanya seolah-olah menunggu saat sahaja. Berturut-turut malam Latih Jambul menjemput orang bacakan Yassin, tetapi keadaannya tidak juga berubah.

Cuma dengan Utih Kidam dia rasi diubat. Cara mana Utih Kidam mengubatnya tidaklah penting sangat, tetapi semenjak itu Kasan Bele beransur sembuh. Rambutnya yang gugur hingga menjadi botak juga semakin lebat semula sekalipun memutih ubannya.

"Kenapa tak jemput Utih Kidam?" ujar saya sebaik sahaja diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Kasan Bele beberapa tahun sebelum itu.

"Utih Kidam dah ikut anaknya pindah ke Felda," beritahu Manap Misai mengerling Latih Jambul yang kebingungan tidak dapat membuat apa-apa keputusan.

"Kalau terpaksa jemput, kita akan jemput juga," perlahan sahaja Latih Jambul menjelaskan, tetapi masih diselubungi kebimbangan yang memuncak.

Dia tahu benar kejadian yang dialami oleh abangnya sudah masuk kali kedua. Kalau kali pertama boleh disiahkan, belum tentu lagi geruh yang menyusul kali kedua dapat dielakkan. Memang dia tidak harapkan apa-apa lagi dengan sakit abangnya, kecuali berusaha untuk menyedapkan hati sahaja.

Jauh di sudut hatinya Latih Jambul tidak yakin lagi abangnya boleh diselamatkan. Sekiranya dijemput Utih Kidam pun, belum tentu lagi Kasan Bele akan sembuh. Tubuhnya bertambah kurus disebabkan tidak berselera mahu menjamah makanan.

"Usin, ke sini kau," ayah saya lantas menggamit anak Kasan Bele yang tua Usin terus mara mendapatkan ayah saya.

Terus sahaja ayah saya menyuruh dia membongkok mencium pusat Kasan Bele, sambil tangan ayah saya dilekapkan ke belakang Usin. Tersengih-sengih sahaja Kasan Bele menggeleng kepalanya.

"Kenapa kau menggeleng Kasan?" soal ayah saya lernbut.

Dia tidak menyahut. Tetapi tidak juga membantah anaknya mencium pusat seperti yang disuruh oleh ayah saya.

"Aku tahu belum masa lagi," lantas ayah saya mengejek nya setelah dilihatnya Kasan Bele masih tersengih-sengih. "Memang aku juga perlu nak uji kau!" ujarnya bagaikan memarahi Kasan Bele yang terkejang sakit.

"Bilal Hud bukan nya bercakap dengan Kasan tu," ujar Latih Jambul mengingatkan Munah Cemus. Bimbang juga dia kalau-kalau kakak iparnya menuduh ayah saya tidak bertimbang rasa kerana memarahi Kasan Bele yang terkejang sakit.

"Angah, marilah cuba," ayah saya berundur sedikit lantas menggamit saya mendekati Kasan Bele.

Sebaik sahaja saya berinsut punggung mendekatinya, tiba-tiba sahaja Kasan Bele membeliakkan mata. Mulutnya terherot-herot bagaikan memarahi saya kerana berani mendekati dia. Kalaulah tidak disebabkan tenaganya lemah tentu dia akan bingkas menerkam.

Tetapi tenaga Kasan Bele memang tidak segagah mana. Mungkin disebabkan hampir sebulan tidak menjamah makanan, seluruh tubuhnya lemah tidak bertenaga langsung. Hanya kepala sahaja digerak-gerak mahu melepaskan perasaan marah yang mendongkol di hati.

"Kenapa marahkan ustaz ni?" usik Manap Misai seolah-olah memujuk kawannya itu.

Kasan Bele sekadar menggeleng-geleng. Suaranya sudah tenggelam bagaikan patah kalam sejak lebih seminggu sebelum itu.

Memang mereka semua hairan juga dengan penyakit yang menimpa Kasan Bele. Kalau tidak disebabkan hujan ribut tengah malam sewaktu dia membakar geram dan lada kering, memang Kasan Bele tidak mengidap penyakit apa-apa. Keesokan harinya dia merasa demam selsema disebabkan terlalu sejuk.

Tidak pula disangkanya boleh melarat sampai terkejang tidak boleh bergerak. Mahu dibawa semula ke hospital, memang Latih Jambul sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi. Biarlah diubati cara kampung sama ada abangnya boleh sembuh ataupun tidak. Perkara sembuh bukan lagi urusan mereka sekiranya meng harapkan pertolongan semata-mata datangnya daripada Allah Azzawajalla.

Berdetak juga hati saya tatkala menatap wajah Kasan Bele seolah-olah pelupuk matanya layu tidak bermaya. Kemudian perlahan-lahan saya membacakan:

La-ilahail-lahhu wallahhu ak-bar saddaqahu rab-bahu faqala la-illaha illa ana-wa-ana ak-bar, wa-izaqala laila-hha illallahhu wah-dahu la-syarika lahu, qala yaqulu lailaha ilia-ana wandi la-syarikali...

sehingga habis ayat berkenaan.

Ketika ini semakin galak Kasan Bele menggeleng-geleng dengan air matanya berlinang di pelupuk Mulutnya terherot-herot bagaikan mahu bersuara, tetapi kerengkungnya bergerak-gerak. Lama dia mencebek-cebek bibir, terlepas juga sepatah-sepatah buah tuturnya meminta saya berhenti membacakan ayat-ayat tersebut.

"Ustaz nak tunjukkan jalan awak, Kasan," ayah saya menepuk-nepuk bahu Kasan Bele.

Setelah menyedari Kasan Bele sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai apapun yang saya bacakan kepadanya, lantas saya membiarkan diri tenggelam di dalam titik. Perlahan-lahan saya merasakan tubuh saya seolah-olah cair di dalam debu hingga terapung di permukaan buih.

Perlahan-lahan saya mencari elusan angin yang kencang dengan hujan lebat di tengah malam kelam. Ketika saya ber ligar-ligar mengepung elusan angin kencang itu, saya merasakan tubuh menjadi besar hinggakan gunung-gunung yang tinggi hanya separas lutut sahaja.

Apabila elusan angin terkurung di dalam tapak tangan, saya melihat lembaga botak tercengang-cengang bagaikan terkejut disebabkan terkurung tidak nampak jalan ke mana. Lembaga botak itu berkeliling di setiap penjuru rumah sebaik sahaja ternampak Utih Kidam bertunggang di bahu lembaga tinggi yang, mendampingi nya.

"Lama sangat aku beri tempoh ni Kidam..." laung lembaga botak itu mendengus-dengus marah.

"Terpulanglah pada kau, aku cuma pegang janji aje!" sahut Utih Kidam berlindung di tengkuk lembaga tinggi.

"Aku janji buat sementara aje, macam manapun geruh tetap geruh," tegas lembaga botak itu berdiri angkuh di tengah pusaran angin kencang.

"Tak apalah Kidam, biarkan botak tunjukkan pandai, kitapun tahu tunjukkan pandai!" lembaga tinggi yang mendampingi Utih Kidam memujuknya supaya tidak pedulikan sangat tuntutan lembaga botak itu.

Sewaktu meletakkan ayam hitam panggang mentah di atas busut, memang Utih Kidam sekadar berjanji. Lembaga tinggi itu mesti melindungi Kasan Bele daripada qangguan lembaga botak, asal sahaja dia tidak melanggar pantang.

Memang Utih Kidam ingatkan dia supaya tegakkan penyapu buruk di muka pintu sekiranya ribut kencang melintas. Selagi penyapu buruk tertegak di muka pintu, Kasan Bele tidak perlu bimbang apa-apa. Tidak pernah pun Utih Kidam ingatkan dia supaya membakar lada kering dengan garam yang menjadi pantang larang lembaga tinggi yang didampingkan oleh Utih Kidam.

Membakar lada kering dengan garam bermakna menghaIau lembaga tinggi itu jauh daripada mengawal dirinya. Sudah tentulah bila-bila masapun lembaga botak itu terus berdendam!

"Aku tak boleh lagi nak jaga Kasan" lembaqa tinggi itu berbisik pada Utih Kidam yang terkebil-kebil mata tatkala lembaga botak menyambar bayangan Kasar Bele di depannya.

"Apa salahnya?" terkilan juga Utih Kidam apabila lembaga tinggi yang menjadi akuannya seakan-akan berpaling tadah.

"Kasan dah tak perlukan aku lagi," sahutnya semacam berkecil hati setelah Kasan Bele membakar garam dengan lada kering untuk menghalaunya.

"Dia tersilap agak nya," Utih Kidam cuba memujuk. Dia sendiri dapat mengagak tentu Kasan Bele tidak dapat membezakan ribut biasa dengan ribut yang disertai oleh lembaga tinggi itu.

Ribut yang disertai lembaga tinggi tidak akan datang serta merta. Derunya akan kedengaran mengelus jauh di tengah hutan belantara. Kemudian akan menyerbu ke tengah kampung serentak dengan hujan mencurah-curah. Tidak ada kilat dan petir bersabungan tatkala ribut disertai oleh lembaga tinggi itu.

Sekiranya petir dan kilat berdentum dia sendiri akan bersembunyi melarikan diri. Peluru petir akan melayang mencari sasaran ke arahnya sampai tidak boleh bertahan di mana-mana pun.

"Buat apa minta pertolongan sesama makhluk?" ujar saya sengaja menyindir bayang-bayang Utih Kidam yang terkebil kebil mata di hadapan saya.

"Itu saja pengetahuan saya ustaz," sahut Utih Kidam perlahan semacam kesal denqan kejadian yang menimpa Kasan Bele.

"Syaitan tak akan kekal jadi pelindung kita," sengaja saya ingatkan dia sekalipun melihat melalui Iintasan bayang-bayang sahaja. "Dia juga berpura-pura menjadi pelindung, kerana dia musuh yang nyata bagi manusia," saya menambah selanjutnya.

Bayangan Utih Kidam menunduk, Air matanya berlinang kerana selama ini mengharapkan lembaga tinggi yang menjadi akuannya dapat melindungkan Kasan Bele daripada gangguan lembaga botak yang mengancamnya tatkala mendekut burung ruak-ruak.

Memang Kasan Bele juga melanggar pantang larang lembaga botak tatkala menyeru berulang kali menepuk-nepuk tanah. Biarlah dia menyeru jembalang tanah atau puaka apapun, namun semuanya adalah jenis syaitan yang menjadi musuh manusia yang nyata.

Syaitan sengaja menjanjikan manusia kelebih-kelebihan dalam sekelip mata, tetapi mendorong manusia kepada kejahatan. Kalaulah Kasan Bele tidak berbangga dengan kelebihannya boleh mendekut beratus-ratus ekor burung ruak-ruak setiap malam, tentulah dia bertahan lama untuk menunggu sampai jam 3.00 pagi.

Sikap tamak mula menguasai dirinya dengan kelebihan yang dijanjikan oleh syaitan untuk mengaut keuntungan hasil jualan burung ruak-ruak. Sewaktu Utih Kidam mengubatinya, memang Utih Kidam sendiri sudah terniat mahu membuang lembaga tinggi yang menjadi akuannya. Sebab itu lah dipindahkannya lembaga tinggi itu menjadi akuan Kasan Bele pula.

Tentulah Kasan Bele tidak menyedari akuan lembaga tinggi itu sudah diserahkan oleh Utih Kidam kepadanya. Dia perlu pula menjaga pantang larang akuan itu supaya tidak memudaratkan dirinya sendiri. Tetapi Utih Kidam tidak pernah memberitahu dia mengenai pantang larang itu, kerana dia memindahkan lembaga tinggi itu di luar pengetahuan Kasan Bele sendiri.

"Awak tak patut mengubati Utih Kidam," tutur saya merenung tepat wajahnya yang murung.

"Kalau saya tak buat macam tu, Kasan lebih teruk lagi," beritahu Utih Kidam perlahan.

Dia percaya sekiranya Iemhaga tinggi itu tidak dipindahkan kepada Kasan Bele tentulah lelaki itu tidak dapat diselamatkan. Tetapi peluangnya hanya terhuka luas tatkala Kasan Bele terlantar demikian sahaja, sekiranya dia mahu menyisihkan diri daripada lembaga tinggi itu.

Apalah gunanya dia terus menerus menyimpan lembaga tinggi berkenaan, kalau menyusahkan dirinya sendiri. Rezeki yang diperolehi nya tidak boleh menjadikan dia senang. Selepas lembaga tinggi itu dipindahkan kepada Kasan Bele, barulah Utih Kidam merasakan perubahan dalam hidupnya. Anaknya berpindah ke Felda memulakan penghidupan baru, dan dia menumpang hidup yang lebih selesa bersama keluarga anaknya.

Memang rezeki herdamping dengan lelaki tinggi itu banyak diperolehi, tetapi tidak memberi manfaat apa-apa. Malah anaknya juga belum sempat pandai merangkak sudah menutup mata rapat-rapat. Tahu benar Utih Kidam anak-anaknya yang dilahirkan memang menjadi korban lembaga tinggi berkenaan. Tetapi dia tetap rahsiakan daripada keluarganya, sekalipun isterinya memang mengesyaki juga.

Lama saya terapung bersama buih di permukaan air, barulah saya kembali ke dalam titik. Sewaktu saya duduk bersila rapat menghadap Kasan Bele yang terkejang, Munah Cemus kelihatan tersengguk-sengguk. Ketika ini Kasan Bele tercungap-cungap dengan nafasnya kencang turun naik.

"Macam mana ustaz?" soal Latih Jambul tidak sabar lagi mahu memastikan keadaan abangnya.

Perlahan-lahan saya menarik Latih Jambul turun ke tengah halaman. Sukar sangat saya mahu memberitahu dia mengenai apa yang saya lihat. Manalah tahu perkara yang saya lihat itu sekadar permainan syaitan untuk mengelirukan saya.

Belum sempat .saya memberitahu apa-apa kepada Latih Jambul, Usin sudah memanggilnya. Dari tengah halaman saya mendengar ayah saya membacakan Yassin. Sewaktu saya naik ke rumah bersama Latih Jambul, saya diberitahu Kasan Bele sudah meninggal dunia.

Dalam masa mahu membujurkan mayat, Manap Misai terkejut kerana keadaan mayat sudah reput, bagaikan sudah beberapa hari meninggal dunia.


Sunday, December 17, 2017

258. BERKELAHI DENGAN MAYAT DIRASUK

 JALAN ke rumah Alahg Leman melalui lorong sepanjang parit dengan menempoh pokok jejawi di selekoh sempit. Kalau menunggang motorsikal tidak ada masalah apa-apa, kecuali musim hujan apabila lorong tersebut Iecah sampai berselut.

Sekiranya naiki kereta memang tidak boleh sampai ke tengah halaman. Terpaksa juga letakkan kereta tidak jauh daripada pokok jejawi di selekoh sempit itu. Kemudian berjalan kaki hingga lima rantai melalui ban parit, baruiah sampai ke rumah Alang Leman.

Cam sangat saya kalau mahu menyimpang ke rumah Alang Leman sebaik sahaja sampai di Bagan Datoh. Apabila melintasi jambatan pasti akan menemui tanah pekuburan. Simpang bersetentang dengan tanah perkuburan itulah lorong menuju ke rumah Alang Leman. Kalau dia tidak mengopek kelapa, memang di rumah sahaja Alang Leman membuat sangkar tekukur.

Bermacam-macam jenis burung dipelihara oleh Alang Leman sampai saya sendiri tidak tahu sangat nama-nama burung berkenaan. Kalau takat tekukur atau serindit, memang boleh juga saya cam. Tetapi kalau sudah burung kuning berjambul, burung hijau berparuh bengkok atau burung berbintik-bintik arau, manalah saya tahu sangat.

"Kalau ustaz nak burung ni, ambillah yang mana perkenan," pelawa Alang Leman setiap kali saya jejak kaki di rumahnya.

"Mentang-mentang ustaz tak sukakan burung," lantas sahaja isterinya Andak Yam menyindir. "Kalau berani, pelawalah orang yang bela burung," ujarnya tersengih-sengih mengerling Alang Leman.

"Saya ikhlas ustaz, ambillah kalau ustaz mahu," tuturnya melirik senyum.

"Ustaz ni jangan kata nak kurung burung," sahut isteri saya mencelah sambil mendongak sangkar burung banyak tersangkut di keliling rumah. "Semut berlonggok dalam gulapun, dia sanggup buang aje gula tu biar dimakan semut," dia mencebek bibir sengaja menyindir saya.

"Mana nak sama ustaz dengan Alang Leman, Hajah Yah.." sengaja Andak Yam mencuit bahu isteri saya.

Perkara Alang Leman suka memelihara burung-burung tidak sama dengan ingatan yang diberikan oleh arwah Tok Aji kepada saya fasal tidak mahu menganiaya binatang. Arwah Tok Aji sanggup mencari ranting Ietakkan pada Iongkang, biar semut-semut mudah meniti menyeberangi Iongkang berkenaan.

Kalau terjumpa kucing di merata jalan dia akan dukung bawa balik ke rumah. Berpuluh-puluh ekor kucing di rumahnya sampai dua pinggan nasi digaul kepala ikan apabila memberi makan. Malah ada kucing penuh kurap pun dibawa balik ke rumah oleh Tok Aji.

Merungut-rungut juga arwah nenek saya disebabkan sikap Tok Aji terlalu kesihankan kucing-kucing berkenaan. Dia sanggup berlapar asal sahaja kucing-kucing itu diberi makan terlebih dahulu.

Apalagi kalau saya mahu melastik burung di dahan jambu. Tok Aji sekadar terbatuk sahaja menyebabkan burung yang bertenggek di dahan jambu terbang jauh. Sekiranya saya menemui anak burung merbah di pokok mengkudu dikurung dalam sangkar, esoknya tatkala saya ke sekolah sudah tentu Tok Aji akan lepaskan.

Dia akan tersengih-sengih sahaja sekiranya saya masamkan muka sepanjang hari. Kemudian dia akan memujuk saya mengajak ke kedai kopi. Setelah minum teh secawan dan kuih kuaci, hati saya akan sejuk semula. Saya tidak peduli lagi fasal anak merbah di sangkar yang sudah dilepaskan oleh Tok Aji.

Kalau arwah Tok Aji terserempak siapapun mengurung burung di sangkar, dia akan berusaha mahu Iepaskan. Kadangkala dia sekadar merenung sahaja, tiba-tiba burung disangkar akan menggelapar kuat. Mudah sahaja burung disangkar terlepas terus terbang bebas ke mana sahaja.

Tahu sangat orang-orang kampung perangai Tok Aji tidak suka siapa pun mengurung burung disangkar. Mereka akan cepat-cepat sembunyikan ke dapur, sekiranya Tok Aji melintas di tengah halaman.

Tetapi Alang Leman tidak mengganggu sesiapa, kalau dia banyak memelihara burung di sangkar. Rumahnya terpencil jauh di tengah kebun kelapa. Kalau masanya terluang dia akan habiskan masa bermain dengan burung burung berkenaan.

"Tak mendekut lagi, Alang?" ujar saya setelah naik ke rumah.

"Bukan musim burung ruak-ruak, macam mana nak mendekut,:' jelas Alang Leman sengaja berdalih.

"Jaring di parit tu buat apa?" isteri saya pula mengusik menyebabkan Alang Lemah tersengih-sengih serba salah.

Memang saya tahu sekiranya musim hujan ditambah lagi jaring direntang sudah tentu Alang Leman akan mendekut sebaik sahaja lepas isya. Dia tidak bimbang apa-apa sekalipun becak lecah hingga tenggelam buku lali ke dalam lumpur. Biarlah pacat banyak meliuk-liuk di hujung rumput, Alang Leman tetap akan meranduk juga.

Andak Yam juga akan menyarung kasut getah tinggi membantu suaminya meranduk becak di tepi parit. Sebaik sahaja buluh pendekut ditiup, Andak Yam akan mendongak ke langit. Dia dapat memerhatikan berpuluh-puluh ekor burung ruak-ruak berpapasan di tengah kegelapan malam. Kemudian seekor demi seekor akan menerjah ke jaring hingga tersangkut kepak.

Tidak bertangguh Andak Yam akan menerpa mencapai burung ruak-ruak yang tersangkut tatkala jaring dijatuhkan oleh Alang Leman ke tanah. Kadangkala sampai penuh seraga burung ruak-ruak itu tersangkut. Tetapi Alang Leman tidak pernah pun jual ke mana. Dia akan berikan kepada jiran-jiran sampai sepuluh ekor tiap-tiap rumah

"Memang jaring untuk mendekut burunglah tu," Andak Yam memandang keluar memerhati jaring masih terentang di hujung buluh yang mencodak ke atas.

"Dah dua tiga malam ni, tak ada burungnya," jelas Alang Leman tidak bersemangat. "Tapi, kalau ustaz nak di dapur tu ada dua puluh ekor," lantas dia memberitahu mengenai burung ruak-ruak yang dapat ditangkap semasa mendekut.

Tatkala balik meninggaIkan rumahnya memang Alang Leman bekalkan burung ruak-ruak siap disembelih. Tidak tergamak pula saya mahu menotak kerana dia sudah bersusah payah menyembelih dan membuangkan buIunya.

Tetapi saya berkunjung ke rumah Alang Leman bukanlah disebabkan mahu dapatkan burung ruak-ruak, tetapi sudah beberapa kali dia berpesan pada Wak Sirun mahu sangat bertemu kalau saya ke Bagan Datoh.

Kalau tidak disebabkan Wak Sirun, memang saya sendiri tidak mengenali sangat Alang Leman. Tetapi sewaktu dia bertemu saya di rumah Wak Sirun, cam benar dia kalau terserempak di manapun. Dia akan cepat-cepat menunggang motorsikal sekiranya mendapat tahu saya berkunjung ke rumah Wak Sirun.

Ketika menemui Wak Sirun memang dia berjalan terkengkang-kengkang. Malu sangat dia mahu memberitahu Wak Sirun disebabkan saya masih terconggok di tengah rumah. "Apa pula nak dimalukan?" ujar Wak Sirun mendesaknya memberitahu masalah yang menyelubungi diri nya.

Tetapi dia serba salah mahu menerangkan. Terbayang di wajahnya kehampaan disebabkan saya ada di situ sewaktu dia memerlukan sangat pertolongan Wak Sirun.

"Hah, manalah tahu ustaz ni boleh menolong," sengaja Wak Sirun mengusik disebabkan Alang Leman teragak-agak mahu menuturkan.

Lama dia terkebil-kebiI mata, barulah Alang Leman memberitahu mengenai telurnya bengkak sebelah bagaikan sudah dihinggapi burut sebesar tombong kelapa. Dia percaya kalau dibawa ke hospital sudah tentu akan dibedah macam menyiang perut ikan tengah kembung

Terpaksa pula Wak Sirun mengajak masuk ke bilik disebabkan Alang Leman mahu tunjukkan kepada saya. Tetapi saya enggan melihat sendiri keadaan telur Alang Leman yang membengkak itu. Apalah gunanya saya membelek-belek bagaikan doktor, sedangkan saya bukanlah tabib yang berpengalaman.

Hanya Wak Sirun sahaja yang mendesak meminta saya ubatkan telur Leman yang bengkak.

"Tolonglah ustaz, sebab Wak Sirun sendiri sudah menolak," kata Alang Leman merayu setelah Wak Sirun bersungguh-sungguh sangat menyerahkan kepada saya. Kalau Wak Sirun sendiri sudah mengalah, tentulah Alang Leman tidak boleh berkeras.

Tetapi saya tidak tahu mengubatinya. Saya sekadar memberi petua menyuruh dia buatkan minyak kelapa daripada belahan bahagian kepalanya. Setelah slap dibuat minyak saya menyuruh dia membacakan Fatihah tiga kali dan diteruskan den-gan doa:

Qullan yu-sibana illa makata-ballahhu lana huwa maulana wa'allahhi  falyatawak-kalil mukminun.

Hampir lima tahun saya tidak pernah lagi menemui Alang Leman selepas itu. Saya sendiri tidak diberitahu sama ada penyakit bengkak telur yang dihidapinya itu sudah sembuh atau pun tidak. Memang saya sendiri tidak berani mahu tanyakan kepada Wak Sirun, kerana bimbang akan dituduh mempermain-mainkan Alang Leman sahaja.

Tentulah Alang Leman berkecil hati sekiranya penyakit itu tidak sembuh, kerana saya tidak bersungguh-sungguh mengubati. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apakah perlu dilakukan apabila Wak Sirun mendesak. Kalau penyakit yang bukan diganggu syaitan, memang saya sendiri tidak menyanggupi untuk mencuba. Biarlah sekadar memberi petua sahaja, asalkan dapat mengelak setelah didesak berulang kali.

Lebih lima tahun selepas kejadian itulah saya berkunjung ke rumah Wak Si Sirun tatkala ke Bagan Datoh, tiba-tiba sahaja Alang Leman menjengah. Sengaja dia datang tergesa-gesa setelah diberitahu saya datang berkunjung ke rumah Wak Sirun.

Belum sempat saya bertanya apa-apa, dia sudah menjabat tangan saya dan menggenggamnya erat-erat. Dia mengaku sudah amalkan petua yang diberikan itu sampai baik sembuh tidak sempat tiga hari.

"Leman, sekarang ni dah jadi bomoh," usik Wak Sirun mencuit paha saya.

Alang Leman tersengih-sengih sahaja. Memang sejak lima tahun itu dia menjadi tumpuan orang-orang kampung, kalau anak mereka mengidap bengkak telur akibat angin pasang. Kadangkala budak baru berumur dua bulan juga diganggu angin pasang sampai telurnya membengkak mengening-ngening merah.

Tidak bertangguh mereka bertumpu ke rumah Alang Leman. Tetapi Alang Leman sudah gunakan pula pucuk kecubung dilayur ke api. Kemudian disapukan minyak kelapa yang sudah didoakannya ke pucuk kecubung itu, dan dibalutkan ke telur kanak-kanak berkenaan.

"Nampaknya mujarab dan rasi pula petua ustaz tu," jelas Alang Leman tersengih-sengih apabila diberitahu oleh Wak Sirun dia sudah menjadi bomoh.

Sejak bertahun-tahun kenal Alang Leman, dia sudah dikenali menjadi bomoh kalau diganggu angin pasang hingga telur membengkak. Tetapi Alang Leman tidak sekadar bergantung dengan petua yang saya berikan itu sahaja, memang dia belajar juga sampai ke Sitiawan fasal mengubati penyakit angin pasang itu.

Bila musim burung ruak-ruak banyak memang Alang Leman tidak lepas peluang merentang jaring di tepi parit. Dia akan mendekut sepanjang malam menunggu burung ruak ruak turun ke parit mencari air. Setiap kali dia meniup buluh pendekut, tidak pernah mengecewakan. Sudah tentu hampir setengah karung burung ruak-ruak tersangkut di jaring yang direntang.

"Kalau ustaz ada sama, dia tak mahu mendekut," bisik Andak Yam semasa menghidang di dapur bersama isteri saya.

"Kenapa pula?" hairan juga isteri saya dengan penjelasan Andak Yam itu.

"Entahlah, katanya tak ada burung" ujarnya tersengih-sengih sahaja.

Tetapi kalau saya bermalam di rumah Wak Sirun, sudah tentu pagi-pagi lagi Alang Leman akan menghantarkan burung ruak-ruak setengah raga. Kadang kala sampai tiga puluh ekor dihantarkan kepada saya, setelah sepanjang malam mendekut.

Tatkala dia mendekut memang saya tahu juga, kerana tiupan buluh pendekut itu boleh kedengaran sampai segenap kampung. Lagipun saya tidak akan tertidur sekiranya sekali sekala bermalam di rumah Wak Sirun. Diapun sanggup bercekang mata sampai ke subuh, setiap kali saya berkunjung ke rumahnya di Bagan Datoh.

Memang ada sahaja yang hendak dibualkan oleh Wak Sirun apabila bertemu saya. Apalagi sampai dua tiga tahun barulah bertemu sekali. Itupun kalau kebetulan saya ke Bagan Datoh kerana urusan sedikit.

"Ustaz, bukan nakkan burung sangat," jelas isteri saya apabila kenangkan kegemaran saya menemani Alang Leman mendekut bu-rung di sepanjang parit. "Dia sengaja nak suka-suka sambil berborak kosong," katanya semacam terasa lega kerana saya tidak menunggu lama di rumah Alang Leman.

Kalau Alang Leman bersetuju mendekut, tentulah saya akan menunggu di situ sampai santak subuh. Isteri saya tidaklah merungut, tetapi dia tidak senang juga mahu menunggu hingga ke subuh. Andak Yam sendiri tidak seronok di atas rumah tatkala suaminya mendekut. Tentu Andak Yam akan ajak juga turun ke tengah padang di tepi parit tempat jaring terentang.

Apalagi sewaktu burung ruak-ruak banyak memang tatkala musim hujan tengah tengkujuh. Tepi parit akan menjadi Iecah akibat ban tidak bertahan disebabkan tanah gambut. Sebaik sahaja kaki memijak rumput di tempat Iecah pacat juga tidak melepaskan peluang.

Memang isteri saya akan terjerit-jerit sekiranya pacat memanjat betis. Geli gelemam sangat dia apabila terasa pacat melekat di kulit. Sebab itulah dia berharap sangat biarlah Alang Leman tidak mahu mengajak saya mendekut.

"Kalau ustaz ada sama, burung memang tak datang," tegas Andak Yam mencepak-cepak bibir.

Dia sendiri tidak menyangka sampai ke subuh burung ruak-ruak tidak menerpa ke jaring se-waktu saya menemankan Alang Leman mendekut. Sepanjang malam Alang Leman meniup buluh pendekut hanya dua ekor sahaja burung ruak-ruak yang tersangkut di jaring. Itupun burung ruak-ruak yang melayang turun semasa saya belum tiba ke situ.

Alang Leman sudah meniup buluh pendekut selepas isya, sementara menunggu saya datang. Sejak asar lagi dia sudah berjanji akan merentang jaring ketika bertemu di rumah Wak Sirun. Disebabkan saya terlambat sampai, dia meniup buluh pendekut terlebih dulu. Dalam masa beberapa minit sahaja dua ekor melayang turun ke jaring.

Sebaik sahaja saya sampai, Alang Leman mengeluh panjang kerana tidak seekor pun burung ruak-ruak yang menerjah ke jaring. Jangan harapkan burung-burung itu melayang turun, kelibatnya di udara pun tidak kelihatan Iangsung.

"Hai, tebal bibir aku meniup, tak seekor pun burung turun," gerutu Alang Leman mendongak ke udara.

"Malam semalam banyak dapat, dekat juga tiga puluh ekor" beritahu Andak Yam mengeluh pendek bagaikan tidak percaya kenapa burung ruak-ruak tidak nampak kelibat. Alang Leman bukan kepalang orang di dalam kampung itu kalau fasal mendekut burung ruak-ruak. Belum pernah lagi menghampakan dia sekiranya Alang Leman sudah turun ke tengah padang meniup buluh pendekutnya.

Tetapi besok maIamnya selepas saya balik meninggalkan Bagan Datoh, dia turun juga mendekut bersama Andak Yam. Berdebar juga hati Alang Leman kerana dia mendapat Iebih lima puluh ekor burung ruak-ruak. Kalau burung memang tidak ada, kenapa dia masih boleh mendapat banyak burung tatkala saya tidak tercegat sama di situ?

Sebab itulah Alang Leman percaya sangat dia tidak akan dapat seekorpun burung sekiranya saya tercegat di situ tatkala dia meniup buluh pendekut. Dia Iebih rela menghantarkan kepada saya burung ruak-ruak, daripada penat tercegat di tepi parit sepanjang malam.

"Tak ada apa-apa yang saya amalkan," jelas saya apabila Wak Sirun mendesak setelah diberitahu oleh Alang Leman mengenai kejadian sewaktu mendekut di tepi parit.

"Jangan-jangan ustaz bawa ayat tujuh ni," lantas Wak Sirun menuduh.

Saya mengangguk perlahan. Tidak pula saya menyedari ayat tujuh yang dimaksudkan oleh Wak Sirun itu boleh menyebabkan tidak seekorpun binatang liar dapat ditangkap. Sampaikan arwah Pak Tua Mahat juga tidak akan benarkan saya mengikutnya ke hutan berburu.

Bukan Alang Leman sahaja yang enggan mengajak saya mendekut burung ruak-ruak, maIah Mat Jail di Kota Setia juga merasa jeran mengajak saya turun bersampan menjala udang. Puas ditabur beras masam berendam ke permukaan air, tidak banyak udang tersangkut apabila jala diheret naik ke sampan.

Memang sekali sekala saya singgah juga di rumah Mat Jali apabila melintas di Kota Setia. Kalau sampai tengah hari, sempat juga mengikut dia turun menjala hingga santak asar. Tetapi setelah beberapa kali dia tidak dapat udang apa bila turun bersama saya ke parit, Mat Jali menjadi serik. Biarlah dia seorang turun ke sampan, dan saya disuruhnya menunggu sahaja di rumah.

Tahu sangat mereka kalau saya ikut sama, memang mereka tidak akan men dapat apa-apa. Entahlah, saya sendiri tidak dapat menentukan sama ada benar tuduhan Wak Sirun itu. Macam manapun saya tetap berpegang bahawa rezeki adalah ditentukan oleh Allah, dan kita manusia wajib berusaha mengikut kemampuan masing-masing.

Tetapi arwah Pak Tua Mahat memang menuduh saya amalkan ilmu pelengang menyebabkan binatang-binatang liar tidak akan melintas apabila saya jejakkan kaki di manapun. Sebab itulah binatang-binatang hutan yang diburu juga tidak kelihatan asal sahaja saya masuk mengikuti Pak Tua Mahat berburu.

"Angah tu tak ada amalkan apa-apa," ujar arwah Tok Aji ingatkan Pak Tua Mahat disebabkan dia percaya sangat dengan amalan ilmu  pelengang itu.

"Tentu ada apa-apa yang Tok Aji beri dia," tegas Pak Tua Mahat tetap tidak mempercayai penafian Tok Aji itu.

"Entahlah, siapa pula yang turunkan pada Angah?" tersinggung juga Tok Aji disebabkan Pak Tua Mahat tidak mahu mempercayai. Kalau dia sendiri tidak turunkan apa-apa amalan kepada saya, macam mana pula saya mahu amalkan ilmu pelengang itu.

Tetapi Pak Tua Mahat juga bukanlah tahu sangat mengenai ilmu pelengang. Dia sekadar mendengar daripada Utih Kidam fasal mereka yang amalkan ilmu pelengang itu. Memang Utih Kidam sendiri mengakui dia amalkan ilmu pelengang setiap kali masuk ke hutan.

Setiap kali masuk ke hutan mencari damar atau rotan, memang Utih Kidam tidak lepaskan amalannya. Jangan katakan harimau mahu menderam di tengah jalan, nyamuk pun tidak akan mengekor dia. Tetapi Utih Kidam tidak boleh terlupa sesaat pun membukakan semula kunci petua amalan itu. Kalau dia terlupa sampai seminggu, bermakna dalam tempoh seminggu itu pula binatang-binatang di tengah hutan tidak dapat makan.

Harimau belang akan tersandar di banir kayu akibat kelaparan disebabkan tidak ada mangsa melintas. Ular sawa juga akan memanjat ke dahan pokok mengharapkan mangsa melalui denai. Selagi Utih Kidam tidak masuk ke hutan membukakan kunci petuanya, nescaya sepanjang masalah mereka tidak mendapat rezeki.

Tentulah mereka akan menyerbu ke rumah Utih Kidam sampai beberapa ekor harimau berbaring di bawah rumahnya. lsterinya akan terjerit ketakutan lantas mencapai penyapu mengejar Utih Kidam berkeliling rumah. Tahu benar isterinya, binatang-binatang liar itu menyerbu ke rumah sudah tentu disebabkan kelalaian Utih Kidam sendiri.

Sebab itulah arwah Utih Kidam ingatkan sesiapa sahaja anak muda jangan amalkan ilmu pelengang itu. Apalagi kalau selepas mengunci itu, orang yang mengamalkan mati mengejut. Tentulah menyeksa binatang-binatang di hutan kerana tidak dapat dipulihkan lagi.

Tahu sangat Utih Kidam mengenai arwah datuknya yang masuk ke hutan amalkan ilmu pelengang itu. Tiba-tiba sahaja dia mengidap sakit perut sampai terbeliak mata. Puas terkial-kial menahan sakit datuknya Malim Ketir meninggal dunia di tengah hutan. Tidak sempat dia bersama kawannya Patih Labut dan Pendekar Cemeh menghela manau keluar ke kampung.

Mereka bertiga memang sama-sama mencari manau ke hutan. Disebabkan bimbang gangguan harimau beranak kecil, sebab itulah Malim Ketir amalkan ilmu pelengang. Sudah berminggu-minggu dia mendengar ngauman harimau di balik bukit, hingga orang-orang kampung takut mahu menambat lembu di pinggir hutan.

Malim Ketir terpaksa juga masuk ke hutan mencari manau. Kalau tidak ke hutan tentulah rezeki nya juga tersekat. Tahu benar dia kalau ngauman harimau itu jauh di balik bukit, sebenarnya dekat sahaja dia menderam mencari mangsa. Hanya apabila ngauman itu kedengaran dekat, memang jaraknya sampai lima enam gaung.

Disebabkan Malim Ketir meninggal dunia sebelum sempat ditandu keluar, diapun tidak sempat memulihkan ilmu pelengannya. Harapkan Patih Labut dengan Pendekar Cemeh, memang mereka tidak tahu menahu pun mengenai amalan ilmu pelengang itu.

Serba salah juga mereka mahu mengusung mayat Malim Ketir balik keluar disebabkan jaraknya jauh ke tengah hutan. Mahu tidak mahu terpaksalah Patih Labut berseorangan balik ke kampung memberitahu jiran-jiran supaya datang membantu. Biarlah Pendekar Cemeh menunggu mayat Malim Ketir yang mati mengejut akibat sakit perut di tengah hutan.

Sehingga senja menunggunya, Patih Labut tidak juga balik semula ke situ membawa orang-orang kampung. Disebabkan bimbang dengan keadaan di tengah hutan itu, tidak bertangguh Pendekar Cemeh mengikat kaki dan tangan mayat dengan rotan yang mereka cari.

Selepas sahaja habis maghrib, Pendekar Cemeh melihat mayat Malim Ketir bergerak-gerak. Ketika ini angin tiba tiba sahaja bertiup kencang hingga belukar di kelilingnya bergegar bagaikan dirempuh sekawan gajah liar.

Sewaktu angin kencang itulah kaki tangan mayat Malim Ketir semakin galak bergerak. Lama kelamaan rotan pengikat kaki tangannya putus direntap bagaikan tali reput tidak berguna. Sebaik sahaja ikatan rotannya terputus tiba-tiba sahaja mayat Malim Ketir bangun berdiri. Sekaligus pula mayat itu menerkam ke arah Pendekar Cemeh.

Tidak bertangguh Pendekar Cemeh mengelak Iantas memukul mayat tersebut dengan anak kayu sebesar lengan yang slap dikeratnya. Pukulan Pendekar Cemeh itu tidak memberi bekas apa-apa. Setiap kali dia dapat menumbangkan mayat, secepat kilat pula mayat Malim Ketir bangun dan menerkam ke arahnya

Kalaulah bukan Pendekar Cemeh bertahan di situ,tidak tahu apa akan terjadi apabila mayat itu menerkam. Tetapi Pendekar Cemeh memang sudah terlatih tangkas membuka buah silat, Bila-bila dia boleh mengelak sambil kakinya menyepak kuat. Sikunya juga pantas menghentak rusuk sampai musuh terhumban terguling ke tanah.

Saat itu dia bukan lagi diserang manusia biasa, tetapi mayat Malim Ketir yang sudah dirasuk. Pendekar Cemeh terpaksa bersabar melalui ujian demikian. Didalam kesamaran malam itu Pendekar Cemeh dapat melihat mata mayat juga sudah berubah menjadi merah bahaikan api menyala.

Cepat cepat Pendekar Cemeh mengelak tatkala mayat menerkam pantas ke arahnya. Sebaik sahaja mayat Malim Ketir tercampak ke tepi belukar, Pendekar Cemeh mengisar tumitnya ke tanah dengan membacakan:

Hasbiallahhu wanikmal-wakil nikmal maula nikman-nasir

Dan diulangi tujuh kali

Kemudian dia melompat ke banir pokok bertahan di situ. Semasa mayat Malim Ketir menerkam kuat dengan tangkas pula Pendekar Cemeh mengelak dengan membacakan

Wa-in yamsas kallahhu bidurrin fala kasyifa lahu illahuwa wa-in yurridka bikhairin fala-radda lifadihi yusibubihi man-yasya-u min ibadihi wahuwal gahfurrur-rahim.

Terkaman pantas mayat tersebut menyebabkan jarinya menujah ke pokok hingga terlekat tidak boleh direntap lagi. Melekap mayat Malim Ketir pada pokok tersebut. Ketika inilah Pendekar Cemeh melihat bayang hitam seperti asap keluar melalui ubun-ubun mayat.

“Kenapa kau seksa mayat Malim Ketir?” jerkah Pendekar Cemeh tidak bimbang apa-apa lagi.

Bayang hitam itu berdiri di hadapan Pendekar Cemeh dengan bercekak pinggang.

"Aku nak jaga mayat ni," beritahu bayang hitam itu dengan suara jauh tenggelam di kerengkung. "Manalah tahu ada binatang buas nak ganggu," jelasnya bagaikan merungut disebabkan dihalang oleh Pendekar Cemeh.

"Buat apa kau susah payah nak jaga mayat ni?" sengaja Perriekar Cemeh mengejeknya.

"Allah lebih sempurna menjaga hamba-Nya," tegasnya mencebek bibir.

"Malim Ketir ni sahabat aku," bayang hitam itu masih tidak mahu berganjak daripada sisi mayat yang terlekap pada perdu pokok.

Setelah yakin bayang hitam itu tidak mampu lagi bertahan, Pendekar Cemeh segera membacakan.

In-nama ila-hukumullahul lazi la-ilaha-illa hu-wa wasi-`a kulla syai-in 'ilman,

dengan diulangi sepuluh kali. Sebaik sahaja dihembus ke arah lembaga hitarn itu sedikit demi sedikit asap menipis dan hilang dalam kegelapan.

Sebaik sahaja bayang hitam itu hilang, tidak bertangguh Pendekar Cemeh mahu merebahkan semula mayat Malim Ketir. Puas ditariknya tetapi mayat itu terus melekap tidak mahu lekang langsung. Terpaksalah dia menungqu sehingga subuh apabila orang-orang kampung datang ke situ.

Selepas dijirus oleh Imam Fakeh dengan air Yassin barulah mayat tersebut dapat dilekangkan. Mereka semua terkejut kerana jari mayat Malim Ketir tertusuk ke perdu pokok, seolah-olah kukunya keras mencengkam.

Sebab itulah Utih Kidam tidak benarkan sesiapa pun amalkan ilmu pelegang yang diturunkan oleh arwah datuknya Malim Ketir itu. Bimbang juga dia kalau kejadian yang menimpa arwah datuknya akan berulang pula kepada anak cucu.

Biarlah semua urusan Allah ditentu kan oleh-Nya. Tidak perlu dia menurunkan amalan tersebut semata-mata mahu mengelakkan daripada diganggu binatang liar tatkala masuk ke hutan. Lain-lah di masa lalu nnemang sekeliling kampung hanya hutan belantara yang banyak binatang liar merayau-rayau.

Memang saya dak tahu menahu langsung mengenai pelengang itu, sama ada diturunkan oleh Utih Kidam ataupun Tok Aji. Amalan doa-doa hanya perkara biasa sahaja, kerana saya tidak tujukan untuk amalan yang khusus. Ayat tujuh yang disebut oleh Wak Sirun itu hanya doa-doa yang diredhai Allah untuk menjadi amalan.

Tidak pula saya tahu ayat tujuh itu boleh menyebabkan binatang-binatang liar tidak mengganggu. Tetapi memang pernah juga ketika balik dari madrasah Tok Aji, saya tidur di sisi kakak saya. Tiba-tiba sahaja saya merasa lipan menjalar di leher saya. Disebabkan terkejut saya hanya menepis dengan tangan hingga lipan itu terpelanting jauh.

Esoknya pagi-pagi lagi tatkala bangun tidur mata kakak saya bengkak mengening-ngening. Dia memberitahu fasal mimpinya digigit lipan. Disebabkan dia menyangka hanya mimpi sahaja, tidaklah dihiraukan nya sangat. Tetapi bengkak itu semakin berdenyut sakit apabila matahari mula naik segalah.

Ayah saya tidaklah terkejut sangat dengan keadaan bengkak di mata kakak hampir sebesar telur ayam itu. Dia menyuruh saya letakkan ibu jari ke langit-langit dan bersalawat tiga kali. Kemudian gosokkan pada mata kakak yang bengkak.

Saya patuhi apa yang disuruh oleh ayah saya. Hanya dalam beberapa minit sahaja denyut sakit bengkak di mata kakak hilang serta merta. Menjelang jam 11.00 pagi bengkak itu juga surut tidak bertahan.

"Kecil lagi, angah dah boleh jadi bomoh," usik ayah saya setelah bengkak di mata kakak beransur seruh.

Pengalaman demikian ingatkan saya segalanya berlaku secara kebetulan sahaja. Tetapi Wak Sirun tetap berkeras menuduh ayat tujuh yang saya amalkan itu menyebabkan binatang-binatang liar tidak berani melintas.

"Entahlah wak, saya sendiripun tak tahu," ujar saya menatap wajah Wak Sirun yang tersengih-sengih menampakkan gusinya disebabkan tidak bergigi lagi sebatang pun.

"Wak cuma agak-agak aje," perlahan sahaja Wak Sirun memberitahu. "Tentu ustaz lebih tahu daripada wak," kata nya macam hairan juga apabila kenangkan kejadian mendekut burung ruak-ruak berhampiran rumah Alang Leman.

Memang Alang Leman lebih merasa takjub burung ruak-ruak tidak melayang menerjah jaring ketika dia mendekut daripada orang-orang kampung gempar melihat mayat tergantung di pokok jejawai berhampiran dengan simpang ke rumahnya. Sudah beberapa kali orang berkayuh sampan di tengah parit ternampak mayat berbuai-buai di situ tatkala bulan mengambang penuh.

Setiap kali mereka menebar jala ke tengah parit, nescaya udang tidak akan tersangkut ke jaring sekiranya bayangan mayat tergantung itu berbuai-buai di pokok jejawi. Bayangan mayat itu akan hilang juga menjelang subuh kalau mereka berani mengendap ke bawah pokok tersebut.

"Boleh jadi masa kau mendekut mayat tergantung tu menjelma," kawannya Dolah Pecok tidak percaya sangat dengan penjelasan Alang Leman. "Aku menjala pun tak dapat udang kalau nampak mayat tergantung di pokok jejawi tu," beritahu nya mengenai pengalaman menebar jala di tengah parit.

"Aku tau, ustaz tu memang banyak amalan," Alang Leman tetap berkeras. Sebab itu dia ungkit juga fasal belajar petua daripada saya sehingga dia jadi tumpuan seisi kampung mengubati penyakit angin pasang hingga bengkak telur.

"Kenapa tak minta ustaz tu banyakkan burung masa kau mendekut?" Dolah Pecok sengaja mahu menguji.

"Sebab dia tak suka menyeksa binatang, sebab itulah dia halau burung-burung tu," jelas Alang Leman selanjutnya.

"Kalau dia tak suka, takkan dia ambil burung ruak-ruak yang kau beri," tegas Dolah Pecok masih percaya gangguan di pokok jejawi itu yang menyebabkan burung-burung yang didekut tidak turun ke tanah.

Memang Alang Leman tidak peduli sangat dengan bayangan mayat tergantung di pokok jejawi berhampiran rumahnya itu. Sudah bertahun-tahun dia tinggal di situ semenjak kunci air di parit berkenaan dipindahkan ke tepi bagan. Dia sendiri tahu mengenai mayat wanita India yang menggantung diri di pokok jejawi itu.


Suami India itu yang menjaga kunci air tersebut. Ketika mayat isterinya ditemui tergantung di pokok jejawi itu cuma Alang Leman satu-satunya yang mula-mula datang membantu. Masakan Alang Leman tidak tahu apa-apa mengenai jelmaan mayat di pokok jejawi berkenaan.