Tuesday, July 4, 2017

234. MAKAN KAPUR BARUS MAYAT

DI ANTARA percaya dengan tidak Semail Bacar melihat beg penuh berisi duit tatkala dimasukkan ke dalam kabinet di pejabatnya seminggu sebelum itu, tiba-tiba bertukar menjadi kertas surat khabar lusuh tidak berguna. Lama dia ter-menung setelah menyedari dirinya ditipu bomoh dari Kedah yang mengaku kenalan lama isterinya.
Sudah lebih lima belas tahun. Jaunah isteri Semail Bacar tidak bersua muka dengan perempuan yang terjongol di muka pintu rumahnya itu. Dia kenal Enah Sanggul semasa sama-sama tinggal di rumah sewa ketika masih belum berkahwin. Tetapi Enah Sanggul bukanlah kawan rapat sangat pada Jaunah. Setelah berkahwin dengan Semail Bacar memang dia tidak pernah lagi bertemu dengan Enah Sanggul. Terkejut juga Jaunah apabila dikunjungi Enah Sanggul yang datang bersama suaminya Midon Togok. Disebabkan sudah lama tidak bersua, Jaunah gembira juga dengan kunjungan Enah Sanggul suami isteri.
Dia pun tidak peduli sangat dari mana Enah Sanggul dapat mencari alamat rumahnya. Tentulah Enah Sanggul hubungi kawan-kawan lain apabila ber-hasrat mahu menemui dia. Kebetulan Jaunah pula baru sahaja melahirkan bayi tentulah kunjungan itu sangat bermakna bagi menjalinkan persahabatan lama.
Sebaik sahaja sampai di rumah Jaunah, memang Enah Sanggul bertungkus lumus di dapur memasak sediakan makan untuk Semail Bacar balik makan tengah hari. Selepas makan tengah hari lantas sahaja Enah Sanggul buka mulut mahu meminjam wang disebabkan tengah kesempitan sangat.
"Emm, banyak sangat saya tak ada," jelas Semail Bacar berkerut dahi disebabkan kawan yang baru dikenali itu sudah berani buka mulut mahu meminjam wang sampai beribu ringgit. "Lagi pun business saya jatuh, sebab main saham," jelasnya secara ikhlas apabila kenangkan terpaksa menanggung hutang akibat kejatuhan saham.
 "Kalau macam tu, biar saya tolong abang Semail," lantas sahaja Midon Togok mencuit bahu Semail Bacar.
Setelah dicuit bahunya oleh Midon Togok, sekaligus terasa pada Semail Bacar anggotanya lemah. Dia tidak banyak mem-bantah apakala Midon Togok mengajak mencari daun pisang supaya dijadikan payung sepan-jang perjalanan dari rumah ke pejabat. Asal sahaja keluar dari kereta Midon Togok mesti payungkan Semail Bacar dengan daun pisang.
Ketika di pejabat Midon Togok tidak mahu sesiapa pun pekerja Semail Bacar terconggok di situ. Terpaksa pula Semail Bacar memberi cuti semua pekerjanya biar tidak siapa pun mengganggu. Setelah semuanya lengang tidak berorang, barulah Midon Togok meminta Semail Bacar mengikut dia membaca doa.
Percaya sangat Semail Bacar kerana doa yang ditunjukkan oleh Midon Togok memang ayat al-Quran. Masakan Midon Togok mahu berbohong kalau dia bacakan ayat al-Quran menjadi doa untuk memulakan amalan. Daun pisang yang dijadikaii payung itu dilipat ke dalam beg yang disediakan.
Dalam masa beberapa minit sahaja Semail Bacar melihat wang berlonggok di dalam daun pisang. Sama-sama pula mereka mengira hingga jumlah wang itu dapat dipastikan oleh Semail Bacar sampai lima puluh ribu. Tetapi Midon Togok ingatkan dia tidak boleh gunakan wang tersebut sebelum ditapa sampai tujuh malam.
"Kalau tidak ditapa, wang ni diambil balik oleh Tok Syeikh," bisik Midon Togok setelah menyimpan baik-baik wang yang sudah dikira ke dalam beg.
 "Awak kata nak pinjam duit, kena cari lagilah," Semail Bacar sudah tidak sabar lagi dengan wang lima puluh ribu yang disimpan dalam beg. Kalau takat lima puluh ribu tentu tidak cukup mahu membayar hutang akibat kerugian main saham melebihi tiga ratus ribu. Di mana dia mahu korek wang untuk melunaskan hutang demikian.
"Dengan Tok Syeikh, saya boleh minta lagi bang Semail," ujar Midon Togok lantas mem-bakar kemanyan di hadapannya. Lama dia merungut-rungut, perlahan Midon Togok mem-bisikkan, "Tok Syeikh mahu ijab kabul, macam mana ni, bang Semail?"
"Ijab kabul macam mana pula?" terkejut juga Semail Bacar apabila disebut ijab kabul bagai-kan mahu lafaz nikah pengantin.
 "Abang Semail kena cari tiga ribu, buat macam cagaran," beritahu Midon Togok tidak lepas jarinya memainkaii buah tasbih.
Midon Togok ingatkan dia sekiranya tidak disediakan duit ijab kabul Tok Syeikh akan ambil balik semua wang yang sudah ada di dalam beg. Sudah menjadi kesalahan apabila dipanggil dia berulang kali dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Terpaksalah Semail Bacar turun ke tingkat bawah keluarkan wang simpanan dalam bank sam-pai tiga ribu. Biarlah dia letakkan cagaran tiga ribu sebagai wang ijab kabul dengan Tok Syeikh asal sahaja Midon Togok boleh memujuk orang perantaraan itu sediakan wang sampai satu juta. Bukan mudah mahu kumpulkan satu juta kalau takat buat per-niagaan kecilan macam dia.
Sebaik diserahkan pada Midon Togok wang tiga ribu yang dikeluarkan daripada simpanan di bank itu, segera dibungkus oleh lelaki itu•engan kain putih secarik. Duit tiga ribu dilipat hingga menjadi sebesar kotak mancis sebelum dibungkus dalam kain putih yang memang disediakan oleh Midon Togok.
"Abang simpan duit ijab kabul ni baik-baik," Midon Togok menyuruh masukkan bungkusan tersebut ke dalam dompet Semail Bacar.
Cepat-cepat Semail Bacar masukkan bungkusan tersebut ke dalam dompetnya. Dia tidak syak apa-apa disebabkan duit ijab kabul itu dalam tangannya sen-diri. Dia bertanggung jawab se-kiranya cuba dicuri oleh sesiapa. Semail Bacar akan simpan baik-baik dompetnya biar tidak dapat dicuri oleh sesiapa. Semail Bacar akan simpan baik-baik dompet-nya biar tidak dapat dicuri sesiapa pun duit ijab kabul berkenaan.
Setelah duit tersebut di-masukkan ke dalam dompet, barulah Midon Togok menyuruh beg yang disimpan di dalam kabinet di pejabat Semail Bacar dikeluarkan semula. Dia mem-buka daun pisang berisi duit, dan mengetuk-ngetuk jarinya pada daun pisang itu.
Serentak dengan itu Semail Bacar terdengar pintu bilik pejabatnya bergegar kuat. Kemudian terkuak lebar hingga angin menyerbu masuk seperti dihembus kipas angin berputar kuat.
"Tok Syeikh, kawan kita ni nak mintatolong!" Midon Togok mendongak seolah-olah bercakap depgan Tok Syeikh yang datang menjelma di depan-nya.
Memang Semail Bacar tidak melihat sesiapa pun tercegat di situ kecuali bunyi angin mengelus mampu ke dinding. Sekali sekala Midon Togok mendengus-dengus bagaikan hidungnya tersumbat akibat diserang selsema. Setiap kali dia bercakap dengan Tok Syeikh, dia akan terlenggok-lenggok kepala laksana kepala ular tedung di tengah belukar.
"Kawan kita ni tak pakai duit, tolonglah Tok Syeikh," ujar Midon Togok bagaikan merayu mengharapkan belas ihsan.
Kemudian Midon Togok terangguk-angguk lantas me-minta dompet Semail Bacar. Cepat-cepat pula Semail Bac-ar hulurkan dompet duitnya. Midon Togok keluarkan duit tiga ribu yang dibungkus kain putih lantas dijulangnya tinggi melepasi kepala.
"Ini, ijab kabul kawan kita abang Semail ni," beritahu Midon Togok melepaskan bungkusan berkenaan hingga dilihat oleh Semail Bacar bung-kusan itu melayang ke udara. Apabila jatuh semula ke tapak tangan Midon Togok, cepat-cepat dimasukkan semula ke dalam dompet Semail Bacar.
Dia serahkan semula dompet tersebut kepada Semail Bacar supaya disimpan baik-baik. Selepas itulah Semail Bacar melihat beg besar di hadapan bergegar seperti digoncang kuat. Tertegun Semail Bacar kerana dalam masa beg itu bergegar dia melihat sendiri kepingan duit melayang jatuh ke dalam daun pisang.
Lama angin bertiup dalam masa Midon Togok terlenggok-lenggok kepala. Habis sahaja angin bertiup barulah dia tidak lagi meratib terlenggok-lenggok kepala macam ular tedung tengah belukar. Ketika ini Semail Bacar melihat kepingan duit melambak di atas daun pisang tersebut.
"Mari, kita kira bang Semail," tidak bertangguh Midon Togok mengajak Semail Bacar mengira wang yang jatuh melambak ke dalam daun pisangi tu.
Jenuh juga Semail Bacar mengira bersama Midon Togok. Memang jumlahnya semua satu juta. Alangkah gembirany Semail Bacar duit satu juta sudah ada dalam genggaman. Tentu hutangnya tiga ratus ribu boleh diselesaikan bila-bila masa pun.
Kalau tidak disebabkan Midon Togok datang membantu tentulah dia gelisah mahu selesaikan hutang sampai tiga ratus ribu. Sebab itulah Semail Bacar tidak ralat belikan tiket kapal terbang, biar Midon Togok suami isteri balik ke Kedah selesa sepanjang jalan. Semail Bacar bekalkan lima ratus buat Midon Togok yang sudah mem-bantu dia.
Apa sangat lima ratus diberi-kan kepada Midon Togok, sedangkan satu juta sudah menunggu di dalam kabinet di pejabatnya. Asal sahaja tidak melanggar pantang larang dalam masa tujuh malam yang di-syaratkan oleh Midon Togok dipatuhi betul-betul.
Dia tidak akan jengah beg dalam kabinet itu dalam tempoh tujuh malam yang dipantangkan oleh Midon Togok. Masakan pekerja-pekerja di pejabatnya berani masuk ke bilik dia mahu mencuri-wang satu juta di situ. Lagi pun duit dalam beg itu akan diambil batik oleh Tok Syeikh sekiranya tidak cukup tujuh malam ditapakan di situ.
Semail Bacar juga beritahu pada Midon Togok mengenai kenalannya di Keluang, Mat Rohim yang sekian lama meng-alami penyakit lumpuh. Lantas sahaja Midon Togok mengaku sanggup mengubati. Tetapi Semail Bacar sekadar berikan alamat rumah Mat Rohim sahaja, kerana dia tidak mahu bersusah payah ke Keluang tunjukkan jalan kepada Midon Togok.
Kalau dia sudah ikut sama ke Keluang, tentu Mat Rohim menyangka dia bersungguh-sungguh bawakan Midon Togok. Jauh di sudut hatinya Semail Bacar tidak yakin juga sama ada lelaki itu mampu mengubati penyakit Mat Rohim atau pun tidak. Apalagi mudah sangat Midon Togok. menyanggupi salangkan dia belum melihat lagi keadaan  penyakit Mat Rohim.
Selepas tujuh malam duit ditapa, Semail Bacar menerima panggilan telefon dari Midon Togok. Lantas sahaja Midon Togok ingatkan dia supaya tidak membuka beg dalam kabinet dalam tempoh tujuh malam lagi.
 "Tok Syeikh pesan, supaya tapa lagi tujuh malam," beritahu Midon Togok yang mengaku menelefon dari Kedah.
"Kenapa tangguh lagi, saya tak langgar pantang larang?" terkejut juga Semail Bacar apabila diberitahu demikian.
 "Itu saya tak tahu, bang Semail," jelas Midon Togok perlahan. "Saya hanya ikut arahan Tok Syeikh," ujarnya meminta Semail Bacar mematuhi apa sahaja kemahuannya. .
 "Kalau tangguh tujuh malam, nanti tak juga cukup!" gerutu Semail Bacar tidak puas hati dengan keputusan Midon Togok.
Disebabkan tidak yakin lagi dengan pantang larang yang ditetapkan itu, Semail Bacar terus sahaja membuka beg dalam kabinet di pejabatnya. Biarlah Tok Syeikh tercegat di depannya melarang buka beg, asal sahaja iia tidak diperbodoh-bodohkan oleh Midon Togok.
Sebaik sahaja beg dibuka memang berdebar hati Semail Bacar melihat kertas surat khabar lusuh di dalam beg berkenaan. Daun pisang yang dibuat pem-bungkus juga sudah kecut. Cepat-cepat dia membuka dompet mengambil wang yang dibungkus kain putih dijadikan pengeras ijab kabul Tok Syeikh itu.
Lama Semail Bacar tertegun apakala melihat wang tiga ribu yang dikeluarkan dari bank itu hanya kertas kosong yang dipotong sebesar duit kertas. Kepalang marahnya dia pada Midon Togok yang telah menipunya dengan sihir demi-kian!
Kalau Midon Togok ter-conggok di depannya mahu sahaja ditampar muka lelaki itu biar berbekas sepanjang hayat. Dia kenangkan Enah Sanggul kawan lama isterinya Jaunah, kalau tidak memang SeMail Bacar tidak benarkan mereka jejak kaki di rumah. Apalah gunanya menghormati kawan yang sengaja mahu memusnah-kan kawan sendiri!
"Kawan-kawan awak memang sernua tak berguna!" rungut Semail Bacar kesal ter-hadap kawan-kawan isterinya.
"Manalah saya tahu dia niat jahat," ujar Jaunah serba salah apabila dituduh demikian oleh Semail Bacar. Kalau dia tahu Enah Sanggul berniat buruk, memang dia sendiri tidak benar-kan perempuan itu masuk ke rumah. Tidak patut suaminya menuduh dia tahu sangat mengenai latar belakang Enah Sanggul setelah lima belas tahun tidak bersua muka.
 "Hidup dengan menipu, sampai bila pun tak selamat!" tidak sabar Semail Bacar dengan sikap Midon Togok yang berpura-pura baik di hadapannya.
 "Awak pun ingat-ingat sikit, jangan menipu orang," lantas sahaja Jaunah menyindirnya perlahan. Manalah tahu kejadian yang menimpa suaminya tentu disebabkan pernah juga secara tidak disedari bersikap tidak baik dengan orang lain, sekalipun tidak bermaksud menipu.
Dalam berniaga macam-macam boleh berlaku. Kadang-kala lambat membayar hutang pun orang akan menuduh menipu juga, sekalipun jauh di lipatan hatinya dia tidak bermaksud demikian. Tentu orang merungut juga seolah-olah diri mereka ditipu oleh Semail Bacar.
Sebab itu Jaunah tidak kecewa sangat kalau suaminya ditipu Midon Togok. Dia sendiri tidak menyangka bagaimana Enah Sanggul yang sanggup bertungkus-lumus membantu dia memasak di dapur selama tiga hari berkunjung ke rumahnya, tergamak membiarkan Midon Togok menipu Semail Bacar.
"Kalau jumpa Midon Togok, memang aku tampar mukanya!" Semail Bacar menggertap bibir menahan rasa marah yang memuncak.
Bertambah marah Semail Bacar apabila dia menelefon ke Kedah, talian telefon ke rumah Midon Togok sudah ditamatkan. Masakan dalam tempoh seminggu sahaja talian telefon tersebut ditamatkan, kalau Midon Togok menetap di situ. Lagi pun lelaki itu baru sahaja menelefon dia dalam tempoh tidak sampai dua puluh empat jam.
Tidak lama selepas itu Mat Rohim pula menelefon dari Keluang memberitahu dia juga ditipu oleh Midon Togok sampai enam ribu. Semakin menyinga Semail Bacar disebabkan sewaktu menelefon meminta jangan dibuka beg itu Midon Togok memang di Keluang. Midon Togok .sudah menemui Mat Rohim mengakui dia mampu mengubati penyakit lumpuh lelaki berkenaan.
"Semuanya dengan izin Al-lah," sebak sangat Semail Bacar apabila diingatkan oleh ayahnya Haji Tumiran. "Kalau Allah tidak izinkan, amalan orang itu juga takkan menjadi," tegasnya setelah diberitahu oleh anaknya mengenai kejadian yang menimpa itu.
Memang Semail Bacar tahu mengenai nasihat ayahnya tidak akan bergerak sesuatu kecuali dengan izin Allah. Sebab itu ayahnya ingatkan dia supaya meneliti kesalahan sendiri se-hingga berlaku kejadian tersebut. Berkali-kali Haji Tumiran ingat-kan anaknya supaya tidak mengejar harta hingga lupakan tanggung jawab yang lain.
Kadangkala kalau kaum kerabat sakit di kampung juga perlu dijengah, sekalipun tidak perlu hulurkan duit ringgit. Apa-lagi berlaku kematian di kalangan sanak saudara tinggal-kan dulu perkara jual belt untuk mengejar harta dunia. Sebaik sahaja diberitahu mengenai kematian, wajib sangat diziarah sebelum mayat diusung ke kubur. Apa salahnya kalau sama-sama menyembahyangkan mayat?
Tetapi Semail Bacar tidak peduli sangat dengan leteran dia. Kalau balik ke kampung pun sekadar menjengah dia macam mengendap jerat tengah belukar. Asal sahaja tidak mengena lantas tinggalkan jerat tidak disentuh langsung. Lainlah kalau jerat tersebut melantik dipijak kijang atau pelanduk, tidak bertangguh akan diterpa dengan parang di tangan bersedia untuk menyem-belih.
"Kawan sendiri pun nak ditipu!" gerutu Semail Bacar apabila balik ke kampung mem-beri tahu ayahnya.
 "Biasanya memang kawan yang boleh ditipu," lantas sahaja Haji Turniran menyahut. "Kalau lawan masakan mudah masuk perangkap," tersengih-sengih dia macam mengejek anaknya yang mencemik muka disebabkan terlalu kecewa.
"Ayah tolonglah buatkan doa sikit," tidak bertangguh Semail Bacar harapkan ayahnya dapat membantu.
 "Doa pun hanya dengan izin Allah juga!" Haji Tumiran tetap mengharapkan anaknya bersabar apakala diuji oleh Allah dalam saat demikian. Perkara ujian Al-lah ini bermacam-macam cara sehingga sesiapa pun tidak menyedarinya. Sebab itu Semail Bacar mesti menerima segala ujian itu dengan penuh keikhlasan sebagai ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang ghaib.
Memang Semail Bacar tahu ayahnya seringkali menjadi tumpuan orang-orang kampung apakala mereka mengalami kesulitan. Kalau wang hilang dalam simpanan pun mereka tetap harapkan doa Haji Tumiran biar diketahui siapa melakukan. Kalau orang tidak mahu mem-bayar hutang pun, mereka akan meminta Haji Tumiran doakan sehingga hutang dibayar langsai. Sebab itu Semail Bacar harapkan ayahnya membantu. kalau orang-orang kampung bertumpu kepada ayahnya, apa salahnya dia juga harapkan doa ayahnya. Manalah tahu Midon Togok akan mengalah juga. Sekiranya Midon Togok tidak pulangkan semula wangnya, biar lelaki itu bertaubat dan berhenti memperdayakan orang lain.
"Emmm, duit ni dah dipakai-nya sebahagian," ujar Haji Tumiran setelah dia merenung jauh ke hati sanubarinya. Dia seolah-olah dapat membayang-kan perawakan Midon Togok yang berkulit hitam bagaikan peranakan India sudah meng-habiskan sebahagian wang tiga ribu yang diperdayakan daripada Semail Bacar.
 Perkara sudah berlalu lebih seminggu, memang duit di tangan sudah dipakai. Lainlah Judin Pengkar mengadu kepada dia sebaik sahaja menyedari wangnya hilang di dalam dompet. Batik sahaja dari pekan Judin Pengkar duitnya hilang bersama dompet di saku seluar belakang.
Tidak bertangguh dia menyerbu ke rumah Haji Tumiran harapkan orang tua itu membantu. Memang Judin Pengkar tahu apa sangat boleh dilakukan oleh Haji Tumiran selain dari berdoa selepas solat tahajud tengah malam. Sama ada makbul atau tidak terserah kepada urusan Allah semata-mata. Tetapi Judin Pengkar terpaksa juga menemui Haji Tumiran dengan penuh harapan orang tua itu bersedia doakan.
Selepas solat tahajud tengah malam, Haji Tumiran berdoa perlahan dalam penuh bimbang dan gementar kalau-kalau doanya tidak dapat memenuhi harapan Judin-Pengkar. Manalah tahu lelaki itu akan menuduhnya tidak bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud. Tentu Judin Pengkar akan menuduh dia berbohong kerana tidak mahu membantu.
Haji Tumiran bacakan juga surah Yassin, kemudian terus berdoa:
Qola rabbihkum bil-haqqi, warabunar rahmanul musta'anu 'ala ma-tasipun, qui-b ifadlillahhi wabirahmatihi fabizalika falyaprahu, huwa khiarum mimma yajma'un.
Habis sahaja berdoa, Haji Tumiran teruskan dengan zikir yang bergema jauh di sudut hatinya hingga terasa seluruh badan bagaikan dirayapi semut halus. Ketika ini Haji Tumiran dapat melihat bayangan lelaki yang menyeluk dompet di dalam saku belakang seluar Judin Pengkar.
Kelalaian Judin Pengkar menyebabkan lelaki itu mudah menyeluk saku seluarnya hingga dompet juga dapat direntap. Tetapi Haji Tumiran sekadar melihat bayangan lelaki yang pantas menyeluk poket seluar Judin Pengkar hingga meragut dompet di dalamnya. Semakin gema zikirnya berombak kuat di dalam sanubari Haji Tumiran tetap mengekori bayangan tersebut.
Biarlah wang di dalam dompet dihabiskan tidak bersisa, dia tahu lelaki itu menjadi tidak tenteram. Ke mana sahaja dia membawa dompet berkenaan perasaannya gelisah tidak menentu . Kesal sangat lelaki itu disebabkan mengambil dompet tersebut semata-mata mahu mendapatkan duit dengan mudah.
Setiap kali lelaki itu terpinga-pinga mendengar gema zikir yang menusuk perasaan, Haji Tumiran dapat merasakan seluruh tubuhnya bagaikan dirayap semut halus. Sehingga dia merebahkan badan tidur di atas sejadah, Haji Tumiran tetap melihat bayangan lelaki yang mencuri dompet Judin,Pengkar.
Sehingga bayang lelaki itu bertukar menjadi tikus terkurung dalam perangkap, Haji Tumiran terus berzikir tidak putus-putus di sanubarinya. Sampai dia di-kejutkan oleh isterinya supaya bangun solat subuh, zikir yang bergema di sanubarinya tetap tidak putus-putus di hati Haji Tumiran.
Ketika dia menetak pelepah pisang di kebunnya, Judin Pengkar tersengih-sengih menunggang motosikal mara mendapatkan Haji Tumiran. Belum sempat menungkat motosikalnya, Judin Pengkar sudah menunjukkan dompet yang hilang sebelum itu.
 "Alhamdulillah, tuan haji, dompet ni tak hilang," ujarnya gembira sangat terus merapati Haji Tumiran.
"Karnu letakkan di mana?" terkilan juga Haji Tumiran disebabkan dia terpaksa bersusah payah bangun tengah malam, salangkan dompet Judin Pengkar tidak hilang pun. Tentulah sia-sia dia bangun solat tahajud disebabkan mahu membantu, tetapi dompet berkenaan ada dalam simpanan Judin Pengkar. •
 "Orang to pulangkan batik dompet kamu tu?" hairan juga Haji Tumiran disebabkan cekal sangat hati pencuri berkenaan hingga sanggup memulangkan semula barang yang dicuri kepada tuannya.
"Manalah saya tahu," sahut Judin Pengkar tersengih-sengih disebabkan gembira sangat. "Dia letakkan depan pintu pagar rumah," jelasnya macam tidak percaya mengenai dompet berkenaan terletak baik-baik di depan pintu pagar.
Macam tidak percaya Judin Pengkar tatkala mahu ke tempat kerja sebelah paginya, tiba-tiba melihat dompet tersebut terletak di depan pintu pagar. Apabila dibuka dompet berkenaan tidak sehelai pun duit di dalamnya hilang. Seingat-ingat Judin Pengkar memang dompet berkenaan hilang sewaktu batik dari pekan.
Berdebar sangat hatinya ketika berhenti di warung simpang jalan sebaik batik dari pekan, apakala mendapati dompetnya hilang. Tidak bertangguh dia dapatkan Haji Tumiran memberitahu mengenai kejadian tersebut. Memang dom-petnya tidak cicir di rumah, kerana dia banyak membeli barang semasa di pekan. Tatkala membeli barang di pekan memang dia menyeluk dompet dalam saku keluarnya. Masakan dompet berkenaan tercicir di depan pintu pagar rumah!
Tahu sangat mereka di kampung itu, tentu pencuri ber-kenaan pulangkan semula dompet Judin Pengkar dengan meletakkan di depan pintu pagar. Bukan Judin Pengkar sahaja mengalami kejadian demikian, Usin Moyong pun pernah hilang basikal di bawah rumah.
Sampai seminggu Usin Moyong tidak berbasikal pergi menoreh, Lijah Uban yang suruh dia menemui Haji Tumiran. Tetapi Haji Tumiran desak Usin Moyong buat sendiri solat tahajud, dan dia sendiri akan membantunya. Tiga malam Usin Moyong bangun tatkala dinihari buat solat tahajud, tiba-tiba dia mendengar di bawah rumahnya bagaikan tiang dilanggar kam-bing.
Sengaja Usin Moyang tidak mahu menjengah. Manalah tahu malang tidak berbau mukanya ditonyoh dengan batu sebaik sahaja membuka jendela. Tetapi bunyi tiang dirempuh kambing itu tidak lama. Semuanya senyap sepi semula setelah Usin Moyong teruskan zikir seperti diajarkan oleh Haji Tumiran.
Hanya keesokan paginya tatkala Munir anaknya turun tangga mahu bersekolah, dia memberi tahu Usin Moyong basikalnya tersandar di tiang bawah rumah. Memang Semail Bacar tahu mengenai kemampu-an ayahnya apakala orang-orang kampung harapkan bantuan.
"Anak saya to tak sabar, ustaz," ujar Haji Tumiran semasa saya kunjungi dia di surau. Dia sendiri beritahu saya mengenai kejadian yang menimpa Semail Bacar itu.
Memang Haji Tumiran ingatkan Semail Bacar supaya bangun tengah malam buat solat tahajud. Dia sekadar membantu sahaja, tetapi Semail Badar sendiri perlu berusaha berdoa dengan bersungguh-sungguh. Tidak tahu dia sama anaknya lakukan atau tidak solat tahajud itu.

Disebabkan Haji Tumiran sudah memberi tahu mengenai kejadian yang menimpanya itulah, sengaja yang mengusik dia semasa bertemu di rumah Ucu Mahali di kawasan Felda. Serba salah Semail Bacar kerana saya mengetahui segala kejadian yang menimpa dirinya.
"Macam mana ustaz boleh tahu?" hairan juga Semail Bacar kerana tidak menduga ayahnya sudah beritahu kepada saya.
Semail Bacar sendiri tidak tahu sudah beberapa kali saya berkunjung ke kampungnya menemui Haji Tumiran itu. Manalah dia tahu disebabkan sibuk dengan urusan berniaga. Lagi pun sesiapa yang menjadi teman rapat ayahnya pun dia tidak cam sangat setelah lama meninggalkan kampung bertahun-tahun.
Hanya sekali sekala sahaja dia balik menjengah ayahnya. Perkara sesiapa yang rapat hubungan dengan ayahnya tidak penting sangat pada Semail Bacar. Saya sendiri cam pada Semail Bacar pun sekadar ditunjukkan oleh Haji Tumiran gambar yang tersangkut di dinding.
"Hah, dengan ustaz jangan cuba nak selindung!" Ucu Mahali pula mengusik menyebabkan Semail Bacar terkebil-kebil mata. Percaya sangat dia apabila dikatakan saya mengetahui segala kejadian yang berlaku ke atas dirinya hanya cukup dengan melihat mukanya sahaja.
"Kalau macam tu, ustaz tolonglah saya," lantas sahaja Semail Bacar mendesak sambil mengerling Mat Jumin yang membawa dia menemui Ucu Mahali di Felda berkenaan.
"Cukuplah dengan Ucu Mahali," ujar saya tersengih-sengih dengan sikap Semail Bacar yang percaya sangat dengan usikan saya.
 Disebabkan tidak mahu dia percaya membuta tuli, terpaksa juga saya beritahu mengenai kunjungan saya ke kampungnya menemui ayahnya Haji Tumiran. Bimbang juga saya kalau-kalau Semail Bacar menganggap saya mengetahui segala yang tidak boleh dilihat oleh manusia. 
Perkara pengetahuan manusia tidak ada yang melebihi ilmu Allah. Saya sekadar mahu mengusik Semail Bacar apakala berpura-pura mengetahui kejadian yang menimpanya itu, disebabkan sudah diberi tahu oleh Haji Tumiran terlebih dahulu. Apatah pula dugaan saya benar apabila menemui dia di rumah Ucu Mahali itu, memang saya berhadapan dengan Semail Bacar.
Sudah dua kali Semail Bacar datang bersama kawannya Mat Jumin ke situ meluahkan rasa terkilannya dengan perbuatan Midon Togok itu. Biarlah duitnya hilang tiga ribu itu, memang Semail Bacar tidak peduli sangat. Dia mahu biar perbuatan Midon Togbk menipu orang ramai itu terbongkar juga akhirnya.
Tentu cara Midon Togok memperdayakan mangsa sama sahaja di mana-mana. Dia akan gunakan Enah Sanggul mem-pengaruhi isteri sesiapa dengan membantunya memasak di dapur. Tatkala ini Enah Sanggul akan masukkan serbuk yang sudah ditapa di atas kubur ke dalam garam, biar sama-sama menikmati gulai yang dimasak.
Asal sahaja tuan rumah menjamah garam yang sudah digaul serbuk berkenaan, bila-bila seisi rumah akan mematuhi kemahuan Midon Togok. Tatkala ini tuan rumah akan melihat kertas buruk sama dengan kepingan wang berjuta-juta. Mereka bersedia lakukan apa sahaja diarahkan oleh Midon Togok hingga sanggup serahkan duit beribu-ribu.
Sebab itu Semail Bacar mahu perbuatan Midon Togok dihalang. Kalau dilaporkan kepada polis pun, tentu dia akan ditertawakan. Kenapa bodoh sangat hingga mematuhi apa sahaja kemahuan Midon Togok? Tentu sesiapa pun tidak percaya dirinya bagaikan dipukau sampai tidak dapat memikirkan apa-apa selain dari arahan Midon Togok yang berpegang kepada kuasa Tok Syeikh.
Memang Semail Bacar tidak akan memberi tahu polis kejadian yang menimpa dirinya. Mat Rohim di Keluang juga tidak akan membuat laporan. Biarlah Midon Togok cuba selagi Allah izinkan perbuatannya. Semail Bacar tetap ingatkan pesan ayah-nya:
La tattaharraku zurriyatan bi-iznillahhi, hasbiyallahhu la ilaha ilia huwa, 'alaihi  tawakkaltu wahuwarabbul 'arsyil 'azim.
Tetapi dia sekadar ingatkan sahaja pesanan tersebut. Apabila berjauhan dia merasakan urusan berniaga mesti diutamakan teriebih dahulu. Tentu siapa pun akan mematuhi dirinya kalau urusan berniaganya sentiasa berjaya.
Kalau tidak kenangkan saham melambung naik setiap hari, memang dia tidak peduli sangat mengenai saham. Tetapi Richard Wong yang galakkan supaya tidak mengalah. Hanya dengan bermain saham boleh membantu urusan berniaganya berkembang. Apa lagi setiap hari memang dia mendapat untung beribu-ribu ringgit.
Beberapa kali kawannya Mat Jumin ingatkan dia supaya berhenti sahaja setelah untung banyak, tetapi Semail Bacar tetap berdegil. Mat Jumin tidak patut mencampuri urusan berniaganya kalau tidak berpengalaman langsung mengenai saham. Tahu sangat dia Mat Jumin bukan tahu sangat mengenai urusan berniaga. Lainlah kalau urusan kerja di pejabat memang Mat Jumin boleh diharapkan.
 "Awak kena buang semua gula dan garam di rumah," Ucu Mahali ingatkan setelah dia padamkan lampu di dalam rumah. Ketika mula berdoa Ucu Mahali sengaja padamkan lampu biar keadaan dalam rumah gelap. Dia akan pasangkan lampu di luar sahaja, biar cahaya lampu berkenaan menyilau malap ke dalam rumah.
"Kenapa pula to?" Semail Bacar mendesak disebabkan ingin tahu punca sebenarnya.
 "Garam dengan gula awak, dah dicampur dengan kapur barus mayat," beritahu Ucu Mahali setelah lama berzikir di dalam gelap. "Macam mana yang ustaz fikir?" tiba-tiba sahaja Ucu Mahali memerhati ke arah saya.
Saya tidak menyahut. Biarlah Ucu Mahali sahaja doakan mengikut amalannya. Tahu sangat saya Ucu Mahali memang dia mengakui caranya boleh menimbulkan syak wasangka kerana padamkan lampu. Dia juga akan mengubati sesiapa pun hanya selepas waktu isya, kerana dia tidak pernah lakukan pada waktu siang hari.
Semenjak dia berpindah ke Felda itu, tidak kerap lagi saya memenuhi dia. Lainlah semasa di kampung, asal sahaja balik memang saya kunjungi rumah Ucu Mahali. Tetapi dia memilih Felda setelah lama menetap di kampung apabila berhenti dari kerja.
Tidak tahu saya di mana Ucu Mahali dapatkan amalannya, disebabkan dia lama merantau sampai ke Sabah dan Sarawak. Tetapi dia mengaku banyak belajar di pondok semasa di Kedah dan di Kelantan. Memang saya tidak peduli sangat mengenai amalan Ucu Mahali, kerana saya menemui dia di-sebabkan sudah lama berkawan.
Sebaik sahaja lampu dipadamkan, memang saya melihat beratus-ratus bayangan hitam mengerumuni dia seolah-olah berlindung di bawah ketiak. Marah juga Ucu Mahali apabila bayangan lembaga itu menyondol-nyondol tubuhnya.
 "Ustaz to kawan kita, tak apa!" gerutu Ucu Mahali disebabkan lembaga hitam cuba bersembunyi di bawah ketiak-nya.
Tersengih-sengih Ucu Mahali disebabkan lembaga berkenaan memberitahu saya dapat melihat mereka di situ. Sebab itu dia ingatkan lembaga berkenaan tidak perlu bersem-bunyi selagi saya terconggok. Tidak lama selepas itu beberapa bayangan lembaga lagi menerpa ke dada Ucu Mahali dari arah udara.
"Hah, sekarang pergi kamu tengok rumah sahabat kita ni!" tegas Ucu Mahali memberi perintah.
Beratus-ratus bayangan hitam itu melayang ke udara sambil diperhatikan oleh Ucu Mahali. Tatkala dia melihat rumah dua tingkat dalam bayangan di kelilingi cahaya, Ucu Mahali melihat langsirnya berbuai-buai. Lembaga lelaki bergayut di situ dengan bau kapur barus yang ditabur pada kain kapan mayat menusuk ke hidung.
"Emmm, bau kapur barus mayat ni!" gerutu Ucu Mahali mendengus-dengus lantas meng-gamit saya.
Lembaga hitam beratus-ratus yang mematuhi perintah Ucu Mahali menyelongkar hingga ke dapur. Dia melihat botol berisi gula dipenuhi debu hitam laksana amang yang ber-kapungan di permukaan botol. Botol garam juga hitam berlendir bagaikan perlimbahan berbau minyak hapak meloyakan.
 Apabaila diperintah ke pejabat Semail Bacar, berligar-ligar lembaga hitam berkenaan hingga menemui kabinet di penjuru bilik. Mereka menye-longkar kabinet tersebut mengetuarkan beg berisi kertas surat khabar lusuh. Ketika ini mereka melihat seekor ular tedung senduk berwarna hitam berlingkar di situ dengan kepala mencodak ke atas.
Tidak bertangguh mereka menangkap ular tedung senduk tersebut dikerenyuk macam merentap akar tengah belukar. Lama mereka menggeledah di dalam pejabat, barulah Ucu Mahali memanggil semuanya balik semula ke sisinya.
 "Tak apa, awak buanglah kertas dalam beg tu," jelas Ucu Mahali setelah dia melihat lem-baga hitam yang diperintahkan-nya membunuh ular tedung yang mencodak kepala di dalam beg tersebut. "Sihirnya sudah dibuang," beritahu Ucu Mahali seterusnya setelah lampu di dalam rumah dipasang semula.
"Memang dia gunakan sihir ke?" Semail Bacar masih belum berpuas hati sekalipun Ucu Mahali sudah menerangkan ke-adaan yang menimpa dirinya. Tetapi perkara yang tidak dapat dilihat oleh Semail Bacar memang sukar mahu dijelaskan oleh Ucu Mahali bagaimana keadaan sebenarnya.