Sunday, April 22, 2018

276. RUMPUT SEGAR DILIANG KUBUR

Manggar pelepah kelapa sepanjang sedepa itu dihayun bertalu-talu sekuat hati ke tubuh anak gadisnya Misah yang berumur 16 tahun. Tidak dapat Mat Doleng menahan sabar apabila mendapati Misah mengandung 3 bulan. Bidan Mun yang mengesahkan Misah mengandung setelah gadis itu memberitahu mengenai perubahan yang dialaminya.
Kemarahan Mat Doleng itu ditambah rasa malu yang menebal. Di mana dia mahu menyorokkan muka apabila seluruh kampung mengetahui mengenai Misah yang mengandung? Uda Siah hanya tersengguk-sengguk saja melihat suaminya memukul Misah melepaskan kemarahan. Dia tidak berupaya untuk melerai sekalipun Misah terjerit-jerit menahan kesakitan.
Ketika inilah Alang Gamin melompat memaut Mat Doleng supaya memberhentikan perbuatannya. Meronta-ronta Mat Doleng mahu melepaskan diri.
"Kau jangan masuk campur!" bentaknya memarahi Alang Gamin.
 "Abang, jangan biarkan diri dikuasai oleh setan...!" Alang Gamin tidak melepaskan Mat Doleng dari pautannya. "Abang nak bunuh budak ye? Abang dah tak siuman?" suara keras Alang Gamin semacam memberi amaran.
Misah yang dibelasah dengan manggar pelepah kelapa itu terjelepoh di tengah halaman, hingga hilang suara menangis menahan kesakitan. Belakang dan pahanya berbekas akibat dibelasah tidak beragak-agak oleh ayahnya.
Selepas Mat Doleng dapat diredakan, barulah Uda Siah berani turun ke halaman memeluk anaknya. Tetapi tubuh Misah sudah menjadi Iemah. Dia tidak berdaya lagi bangun, sekalipun Uda Siah cuba memapahnya.
"Abang tengok!" Alang Gamin jiran sebelah rumahnya menuding ke arah Misah yang tidak bermaya. "Kenaoa abang bertindak tidak berfikir panjang?" gerutunya bercampur sayu melihat keadaan tubuh Misah yang lembik.
"Dia tak mahu cakap dengan siapa dia buat kerja terkutuk" ujar Mat Doleng menggertap bibir. "Aku malu pada orang kampung mana muka aku mahu sorokkan!" katanya kian terharu lantas duduk di anak tangga selepas Alang Gamin melepaskannya.
Memang Mat Doleng tidak dapat lagi menahan kemarahannya. Misah sendiri tidak memberitahu siapa lelaki yang menyebabkan dia mengandung. Apabila Misah mengadu muntah-muntah pada emaknya, Uda Siah sudah mengesyakki sesuatu. Sebab itulah dia meminta Bidan Mun merawat anaknya.
Serba salah juga Bidan Mun mahu memberitahu setelah didapati Misah betul-betul mengandung. Dia sudah menduga tentulah ayah Misah akan menjadi berang sekiranya berita itu sampai ke telinganya. Tetapi dia tidak boleh menyembunyikan lagi kerana semakin hari berlalu, semakin besar kandungannya.
 Seminggu Misah terlantar akibat dibelasah oleh ayahnya. Saat ini barulah Mat Doleng menyesaI setelah melihat keadaan anaknya yang kian lemah. Tubuh Misah juga menjadi kurus dengan pipinya yang cengkung. Kejelitaan Misah sudah pudar sama sekali bagaikan bunga yang Iayu tidak berseri.
"Tak guna kau kesalkan lagi, Doleng!" ujar Haji Misjan apabila datang menziarahi gadis tersebut. Memang marah juga Haji Misjan dengan sikap adik sepupunya yang terburu-buru menghukum Misah.
Mat Doleng hanya tertunduk dengan linangan airmata Dia tidak berani berkata apa-apa lagi dengan keadaan anaknya.
Melihat keadaan anak saudaranya itu, Haji Misjan hanya membacakan Surat Yassin. Pada petang Haji Misjan mem-bacakan Surat Yassin itulah Misah menghembuskan nafasnya. Meraung Uda Siah tidak dapat menahan rasa terharunya dengan kematian anaknya itu.
"Malang sangat nasib kau, Misah" suara Uda Siah mengugu-ngugu tidak dapat membendung kesedihan yang menusuk-nusuk di jiwa.
Sehinggalah Misah menutup mata, tidak siapa pun yang tahu angkara siapakah yang menyebabkan gadis malang itu mengandung? Inilah yang sentiasa menyebak di dada Mat Doleng.
"Kau semata-mata mencari harta kekayaan. Doleng!" bisik Haji Misjan semacam memarahi adik sepupunya. "Siapa pun tak melarang kau mencari harta kekayaan, tetapi berilah sedikit masa untuk kau menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat" kata Haji Misjan berterus terang menyalahkan sikap Mat Doleng.
Memang di kampung itu Mat Doleng dikenali mempunyai banyak kebun. Apabila turun melihat pekerja-pekerjanya di kebun, hampir senja barulah dia balik ke rumah. Kemudian tertidur akibat keletihan.
Kalau tidak ke kebun pun, Mat Doleng lebih suka membawa barang dagangan dengan berkereta lembu sampai ke Melaka, melalui jaIan yang masih dipenuhi hutan belukar ketika itu. Tetapi Hail Misian tidaklah mahu menegur sikap adik sepupunya yang lebih mementingkan kerja yang menjamin kehidupan masa depan keluarganya.
Berkereta lembu ketika ini memang hanya mampu dibeli oleh orang-orang yang kaya saja, Kadangkala orang-orang kampung juga memanggilnya Mat Doleng Kaya. Rumahnya yang tersergarn besar di tengah kampung seolah-olah cukup memberi kebahagiaan kepada pemiliknya.
Tetapi Haji Misjan menyedari adik sepupunya itu seorang yang gigih berusaha. Tidak heranlah dia mencapai kejayaan demikian.
"Anggaplah ini satu dugaan besar Allah berikan pada kau" beritahu Haji Misjan selanjutnya semacam memberi peringatan agar di masa hadapan Mat Doleng tidak melupakan suruhan yang dikehendakki oleh agama. Pada malam kematian Misah, bebe-rapa orang kampung diminta oleh Uda Siah membacakan ayat-ayat suci al-Quran, sepanjang malam. Haji Misjan juga turut bersama pada malam itu, setelah orang ramai berkumpul sebaik saja mendengar berita kematian Misah.
Dia budak balk" keluh seorang jiranyang terharu mendengar punca kematian Misah. Kalau lah Mat Doleng tidak menurutkan perasaan hatinya, dia percaya Misah tidak mengalami nasib demikian.
"Tapi, mengapa Misah merahsiakan lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan dia jadi begini?" jiran itu semacam tidak percaya dengan kejadian yang berlaku di depan matanya itu.
Siapa pun tidak dapat memberi penjelasan. Misah sudah pun menutup mata membawa rahsianya bersama.
Sehingga tengah malam jiran-jiran yang berkumpul di rumah Mat Doleng mendengar bunyi rintihan orang me-nangis sayup-sayup di pucuk pokok-pokok kayu di sekeliling rumah. Alang Gamin segera turun ke tanah memerhatikan di pokok-pokok kayu punca suara merintih menangis itu terpancar.
Tetapi tidak ke-lihatan apa-apa pun di tengah kegelapan malam itu. Alang Gamin terus mengendap apabila suara tangisan itu semakin jelas didengar dari arah pokok kayu kulit manis.
Mereka yang berkumpul di atas rumah juga turun ke tanah dua tiga orang lagi. Sekalipun hati mereka dilanda kebimbangan, tetapi suara tangisan yang sayup-sayup itu tetap mendebarkan sekiranya mereka tidak dapat menemui puncanya.
Rintihan yang memanjang di tengah malam itu memang meremangkan bulu roma, namun Alang Gamin membulatkan tekadnya untuk memastikan suara apakah sebenarnya.
"Teruskan membaca quran" Haji Misjan menyuruh mereka yang di dalam bilik meneruskan bacaan.
Suara bacaan al-Quran yang dibacakan di sisi jenazah itu beralun-alun menusuk perasaan, menyebabkan suara tangisan dari pokok kulit kayu manis itu bertambah melansing.
Ketika itu Haji Misjan juga turun ke tanah. Dia mendekati Alang Gamin yang mendongak ke atas pokok kulit kayu manis. Tangisan yang melansing hanya kedengaran di pucuk pokok tersebut, tetapi tidak kelihatan apa-apa pun di situ. Ditambah lagi dengan kegelapan malam yang pekat menyebabkan tidak ada apa pun yang kelihatan.
"Tak nampak apa apa pun, Tuan Haji" beritahu Alang Gamin perlahan.
Haji Misjan tidak menyahut. Dia mengelilingi pokok kulit kayu manis itu tiga kali dan membaca Bismillahhir-rahmannirr-rah im 21 kali. Kemudian dia menampar perdu pokok itu tiga kali menyebabkan pokoknya bergoyang kuat disambut satu jeritan halus.
Angin mula bertiup sepoi-sepoi hingga terasa dingin sekitarnya. Tidak lama selepas itu Alang Gamin ternampak seekor burung keputih putihan hinggap di atas bumbung rumah, bersetentang dengan jenazah Misah dibujurkan.
"Tuan Haji, tengok tu..." Alang Gamin menudingkan jari ke arah burung keputih-putihan yang kelihatan samar-samar saja di dalam gelap malam berkenaan.
"Suruh orang di atas rumah membaca quran. Bergilir-gilir kalau penat!" ujar Haji Misjan menepuk bahu Alang Gamin. Cepat-cepat Alang Gamin berlari naik ke rumah menyampaikan perintah Haji Misjan.
Beberapa orang yang masih ada di tengah halaman juga nampak burung keputih-putihan itu bertenggek di bumbung rumah. Mereka nampak Haji Misjan mengambil segenggam pasir di tengah halaman. Perlahan-lahan Haji Misjan membacakan
innahu min Sulai-man, wainnahu Bis-millahhir- R a hman-nir-Rahim.
Pasir di tapak tangan itu dihembuskannya ke arah burung berkenaan.
Sekaligus pula burung sebesar bapak ayam itu terbang berligar-ligar tujuh kali di keliling rumah sebelum menghilang di dalam kegelapan malam. Masing-masing mula merasakan mereka menghadapi gangguan yang tidak tahu dari mana puncanya.
Disebabkan Haji Misjan masih tercegat di tengah halaman, tidaklah mereka merasa takut sangat. Walaupun jauh di sudut hati mereka gangguan itu seolah-olah mengancam, tetapi semangat mereka agak kuat melihatkan Haji Misjan tidak berganjak dari tempat berdirinya.
Alang Gamin turun semula ke tanah setelah menyuruh mereka yang menghadap jenazah supaya terus membaca ayat suci al-quran. Di tengah malam itu ayat-ayat suci al-Quran terus berkumandang. Masing-masing bagaikan mendapat semangat dengan menguatkan bacaan mereka.
Setelah hampir subuh, tidak ada lagi gangguan sepanjang mereka menjaga jenazah Misah. Sehingga subuh itu juga Haji Misjan bersama Alang Gamin dan beberapa orang jiran tidak naik ke rumah. Mereka berligar-ligar saja di halaman rumah, kalau-kalau gangguan datang lagi menjelma. Mat Doleng yang selama ini terlalu menumpukan tugas nya kepada mencari kekayaan dunia, mula merasakan kehilangan anaknya Misah sebagai sesuatu yang amat berharga. Ternyata kekayaan yang di miIikkinya tidak dapat membayar harga nyawa anak nya yang dikasihi. Kekesalan yang menyelubungi hati nya tidak dapat dibuang, setiap kali melihat tubuh Misah yang terbujur. Kalaulah dia tidak mengikut perasaan memukul Misah, sudah tentu gadis itu tidak menderita setelah jiwanya terseksa akibat mengandung.
Dia sendiri tidak ada masa untuk mengawasi anaknya, sehingga berlaku peristiwa Misah mengandung. Tetapi Misah berkeras pula tidak mahu memberitahu siapakah pemuda yang bertanggungjawab melakukannya.
Sepanjang malam itu Mat Doleng ha-nya tersandar di penjuru rumah tidak bercakap apa-apa. Sewaktu orang ramai heboh dengan kejadian yang berlaku menjelang tengah malam, Mat Doleng juga tidak bangun dari tempat duduknya. Hingga isterinya Uda Siah sendiri meleterinya.
Sewaktu jiran-jiran sibuk menguruskan kerja-kerja pengkebumian, Mat Doleng menangis terisak-isak. Dia tidak dapat menahan kekesalan hatinya akibat tidak dapat menyabarkan diri ketika memukul anaknya tidak beragak-agak. Tetapi, ayah mana yang dapat menahan sabar mendapati anak gadisnya mengandung demikian?
 "Sudahlah Doleng..." pujuk Haji Misjan apabila diberitahu oleh Uda Siah keadaan suami nya. "Ini semua kehendak Allah. Kita mesti rela menerima semua kehendak Allah ini" kata Haji Misjan semacam me-marahi sepupunya itu. Mat
Doleng hanya menunduk menitiskan airmata. Di bawah jiran-jiran sibuk membuatkan usungan dari buluh dan pelepah rembia. Sementara beberapa orang lagi sudah ke kubur membawa cangkul dan penggali. Haji Misjan sudah mengarahkan supaya jenazah segera dikebumikan selepas solat Zohor.
"Waktu kau menerima rezeki Allah, kau tak pernah mensyukuri nikmatNya" Haji Misjan terus memarahi sikap Mat Doleng yang tersandar di penjuru rumah. "Sekarang apabila ditimpakan musibah, kau mahu menyesali pemberian Allah ini" dia tidak segan silu lagi memarahi orangkaya kampung yang semakin ber-sedih dengan ke-matian anaknya.
Uda Siah tidaklah menderita sangat dengan kesedihan. Dia masih mampu membantu jiran-jiran yang mahu menguruskan pengkebumian jenazah anaknya.
Selepas solat Zohor, Haji Misjan sendiri mengimamkan sembahyang jenazah. Mat Doleng ikut sama berdiri di belakang Haji Misjan menyembahyangkan jenazah. Sewaktu usungan dibawa ke kubur inilah hujan panas mulai turun. Tiba-tiba saja seekor burung pungguk hingga di atas usungan, menyebabkan beberapa orang jiran perempuan yang sama-sama mengiringi jenazah ke kubur terjerit ketakutan.
Burung pungguk itu segera terbang apabila Alang Gamin menampar kepalanya.
"Ah, burung tersesat..." ujar Alang Gamin meredakan suasana kelam kabut ketika itu.
Masing-masing membuat tanggapan sendiri dengan kemunculan burung pungguk secara tiba-tiba itu. Mereka yang sama-sama berkumpul di rumah Mat Doleng membayangkan peristiwa di tengah malam itu berulang lagi. Tetapi mereka yang datang pada siang harinya, semacam tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh mereka yang mengalami pada sebelah malamnya.
Oleh itu kemunculan burung pungguk tersebut di siang hari, kemudian menerpa ke atas usungan, dikira oleh mereka yang tidak ada bersama di sebelah malamnya sebagai perkara biasa. Apa lagi burung tersebut di siang hari memang rabun, menyebabkan dia terbang tidak menentu.
Apabila masuk ke kawasan tanah perkuburan, hujan panas yang turun bertukar menjadi kasar, sekalipun tidaklah lebat mencurah-curah. Tetapi hujan yang jatuh kasar itu seolah-olah air batu. Ketika ini mereka terbau keharuman yang semerbak.
"Semuanya adalah atas kehendak Allah" ujar Haji Misjan yang berjalan di belakang usungan. "Janganlah bimbang bacalah ayat-ayat suci al-Quran. Siapa yang hafal Surat Yassin, eloklah bacakan" katanya per-lahan. Dia sendiri membacakan Surat Yassin di tengah hujan air batu yang turun kasar.
Sedikit demi sedikit hujan yang turun mulai berhenti sebaik saja Haji Misjan membacakan Surat Yassin.
Sewaktu jenazah Misah mahu diturunkan, mereka terkejut melihat rumput tumbuh di sekitar liang lahad. Memang mengherankan bagaimana rumput boleh tumbuh segar, sedangkan liang lahad baru saja digali.
"Dari mana pula datangnya rumput ni?" keluh seorang jiran yang tertegun melihat kejadian tersebut.
"Rumput tu mengganggukah?" soal Haji Misjan berdiri di tepi lubang kubur.
"Tidak..." beritahu Latih Pengkar yang menunggu di bawah. "Lahadnya lapang, dan berbau wangi" katanya cuba mencabut rumput-rumput yang tumbuh seperti hamparan baldu itu.
Mat Doleng menggeleng kepala melihat peristiwa yang tidak pernah diduganya itu. Memang sukar mahu dipercaya hang lahad yang baru digali itu tiba-tiba ditumbuhi rumput yang sukar hendak dicabut. Disebabkan tidak puas hati Latih Pengkar mengambil penggali untuk membersihkan rumput berkenaan.
Sampah rumput yang ditarah itu dicampakkan ke atas, tetapi tempat yang ditarah oleh Latih Pengkar itu ditumbuhi lagi oleh rumput baru.
"Biarlah Latih!" kata Haji Misjan sambil dia membacakan Fatihah tiga kali. Setelah diberi kebenaran oleh Haji Misjan, jenazah Misjah dimasukkan ke liang lahad yang dipenuhi oleh rumput. Bagaimanapun keadaan lahad tersebut tetap Iapang seperti ukuran sebelumnya.
 Setelah semuanya selesai, Haji Misjan mula membacakan talkin. Sewaktu masing-masing mahu balik dari kubur, Sumek anak saudara Uda Siah terpekik jatuh. Sumek menggelupur memegang pahanya. Mereka terkejut melihat rumput yang dilimparkan dari liang lahad oleh Latih Pengkar itu tumbuh pula di peha Sumek.
"Mengapa kau Sumek?" tanya Uda Siah meragu-ragu mahu memegang rumput yang tumbuh di peha anak saudaranya itu. Darah kelihatan mengalir pada akar rumput yang terbenam di pehanya.
Terpaksalah mereka mengusung Sumek balik ke rumah. Ayah Sumek adalah abang kandung Uda Siah yang sudah lama meninggal dunia. Pemuda itu tinggal bersama emaknya di kampung lain. Hanya sekali-sekala di musim Hari Raya saja Sumek datang berkunjung ke rumahnya.
Mak Tiarah yang diberitahu mengenai penyakit menimpa Sumek datang bersama ayah tiri Sumek, Pak  Kidal. Menggeleng kepala Pak KIdal melihat keadaan yang menimpa anak tirinya Sumek.
Pak Kidal yang sudah lama berdukun itu menceritakankan mula-mula Sumek mahu mempelajari ilmu kebatinan. Tetapi dia sendiri tidak tahu, apakah kesudahan ilmu yang diamalkan oleh Sumek.
"Memang saya memberi amalan kepadanya" ujar Pak Kidal kesal. "Tetapi, apa yang diperolehi dari amalan itu berbeza-beza" jelasnya kecewa dengan apa berlaku terhadap diri Sumek.
Rumput yang tumbuh di pehanya terus hidup segar menghijau, hingga akar-akarnya nampak timbul di kulit sampai menusuk. Darah memercik dari akar rumput yang menjalar dengan cepat ke seluruh pangkal peha Sumek.
"Ilmu syaitan" keluh Haji Misjan perlahan.
Mereka tidak dapat mencabut rumput yang tumbuh melekat itu, kerana kulit Sumek akan ikut sama roboh. Sumek hanya mengerang-ngerang kesakitan dengan mata terkebil-kebil.
"Aku yang lakukan pada Misah" ujar terketar-ketar mengakukan kesalahan yang dilakukannya apabila keadaan nya semakin tenat. "Tolonglah aku pak cik..." dia memaut tangan Pak Kidal dengan harapan yang tinggi. Tetapi Pak Kidal sendiri tidak tahu apa perlu dilakukan lagi.
Setelah membakar kemenyan, Pak Kidal mula mengisar -ngisar tapak tangan nya. Tetapi semakin lama Pak Kidal mengisar tapak tangan nya, semakin banyak darah mengalir dari akar rumput yang tumbuh di peha Sumek, sama seperti rumput yang tumbuh di tanah subur.
Sumek yang terketar-ketar menahan kesakitan itu sempat berbisik pada Pak Kidal, bagaimana dia didatangi oleh lelaki berserban kuning, sewaktu bertapa di Bukit Tugal. Dia dibawa terbang oleh lelaki berserban kuning itu masuk ke bilik tidur Misah. Lelaki berserban kuning itu hanya menunggu di luar sewaktu dia dikehendakki mencumbui gadis berkenaan.
"Kau mesti lakukan..." lelaki berserban kuning memberitahunya. "Kalau tidak semua ilmu kau menjadi sia-sia" katanya mengingatkan Sumek.
Memang Sumek menyedari bahawa mangsanya adalah adik sepupunya sendiri, tetapi dia tidak boleh melepaskan peluang. Bukanlah mudah baginya mendapat keistimewaan boleh terbang melintasi bukit bukau dan pucuk pokok-pokok kayu. Dia boleh menjelmakan dirinya menjadi burung apabila dikehendakkinya.
Sumek juga boleh memasukki lubang kecil yang hanya ditembusi angin. Sudah tentulah dia tidak mahu melepaskan keistimewaaan demikian. Lagi pun bukan Misah saja yang harus dikorbankannya, malah dia dikehendakki menyempurnakan kemahuan lelaki berserban kuning itu ke atas gadis-gadis lain juga.
"Tapi, aku sayangkan Misah" beritahu Sumek menahan kesakitan yang dideritainya. Dia mengakui mendatangi Misah setiap malam, dengan terbang dari rumahnya ke bilik tidur Misah. Dia menyusup di celah lubang kecil di jendela yang hanya ditembusi angin. Ketika dia masuk ke bilik Misah, gadis itu sedang tidur nyenyak.
 Setelah mengalami perubahan dirinya Misah pula mengadukan halnya kepada Haji Misjan.Misah bermimpi didatangi oleh lelaki berserban kuning yang mencumbui dirinya. Dia tidak berupaya melawan kehendak lelaki berserban kuning yang perkasa itu, hingga menyebabkan dia terpaksa menyerah.
Haji Misjan hanya menyuruh Misah melakukan sembahyang sunat tahjud di tengah malam, bagi mengelakkan gangguan tersebut. Hinggalah peristiwa Misah dipukul oleh ayahnya, gadis itu tetap menuruti suruhan bapa saudaranya Haji Misjan melakukan sembahyang tahjud berturut-turut malam.
Selepas inilah  pula, Sumek tidak dapat lagi memasukki ruang bilik Misah. Dia hanya berligar-ligar saja di bumbung rumah. Kadangkala dia terpaksa hinggap di pokok kulit kayu manis berhampiran dapur, kerana keletihan. Dia tidak boleh memboloskan diri masuk ke bilik Misah, disebab kan cahaya panas sentiasa memancar mahu membakar tubuhnya.
 "Aku yang melakukan, menyebabkan Misah jadi begitu..." rintih Sumek lagi mengharapkan pertolongan.
Pak Kidal tidak berupaya untuk melakukan apa-apa lagi. Seumur hidupnya dia menjalankan kerja menjadi dukun, belum pernah dia menghadapi penyakit yang dideritai oleh anak tirinya. Rumput yang tumbuh di seluruh peha Sumek itu segar menghijau.
Disebabkan tidak ada jalan lain, maka Haji Misjan mengajak orang-orang kampung membacakan Surat Yassin beramai-ramai. Menjelang malam itu Sumek meninggal dunia, dengan sebahagian pehanya hancur seperti dimakan anal anal. Mak Tiarah sedih melihat malang yang menimpa anak nya, tetapi hatinya puas kerana perbuatan Sumek itu mendapat balasan di dunia lagi.
"Itulah kubur Misah, ustaz..." beritahu Abang Sunuh semasa membawa saya ke tanah perkuburan di kampungnya. Saya melihat terdapat beberapa piring pulut kuning, telur rebus dan pisang di batu nesan kubur tersebut. "Orang membayar nazar di kubur ni, ustaz" kata Abang Sunuh cicit Uda Siah. Misah yang kuburnya dijadikan ternpat bernazar yang dianggap keramat, adalah kakak kepada tok aki Abang Sunuh.