NENEK selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati
menuntut ilmu kebatinan. Pesan nenek, kalau tersalah tuntut akan membahayakan
diri sendiri. Pernah Juga nenek bercerita tentang orang-orang yang memelihara
hantu akan mencari kesempatan menurunkan hantu berkenaan kepada sesiapa yang
mahu menuntut ilmu kepadanya.
“Di sebabkan mereka tidak tertahan memelihara hantu itu,
jadi dia terpaksa mencari orang yang sanggup menerimanya. Orang seperti ini
akan menurunkan hantu tersebut kepada kau secara tidak kau sedari, kalau tidak
berhati-hati menuntut ilmu….” Kata nenek mengingatkan saya.
Nenek saya telah meninggal dunia dalam tahun 1976 ketika
berumur lebih 70 tahun. Dia seorang bidan dan dukun yang terkenal di kampung
saya. Tetapi di akhir-akhir hayatnya dia tidak mahu lagi meneruskan kerja-kerja
menjadi bidan-bidan kampung itu.
Kadangkala kalau saya terkehel pun dia mengurutnya,
kerana alasannya dia tidak mahu dimakan sumpah. Apakah sumpahnya itu tidaklah
saya ketahui.
Tetapi pernah juga nenek berceritakan tentang sepupunya
yang tiba-tiba hilang ketika sedang mencari kayu api di kebun getah pinggir
kampung. Cerita mengenai sepupu nenek ia itu Nenek Ngah saya ini hilang memang
saya masih ingat. Kisahnya berlaku semasa saya berumur enam tahun iaitu
kira-kira dalam tahun 1952.
Masa ini kampung saya di Pahang sama juga seperti
lain-lain negeri di Tanah Melayu adalah dalam keadaan darurat. Perintah
berkurung di kenakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi (kalau ikut waktu sekarang
ialah jam 5.30 petang hingga 5.30 pagi). Orang-orang kampung selalunya diganggu
oleh pengganas-pengganas komunis.
Satu petang kira-kira pukul 2.00, Nenek Ngah saya ketika
itu masih anak dara telah pergi mencari kayu api bersama dengan emak saya dan
beberapa orang lagi jiran. Jarang mereka pergi mencari kayu api seorang diri,
kerana takutkan pengganas-pengganas komunis.
Mereka hanya pergi mencari kayu api di kawasan kebun
getah berhampiran dengan kampng saja. Malah kalau dilaung dari tingkap rumah
pun boleh kedengaran.
Semasa mencari kayu api ini mereka semua berpecah, tetapi
tidaklah berjauhan antara satu sama lain. Setelah masing-masing mendapat
seberkas kayu api, mereka pun berkumpul semula. Ketika berkumpul inilah Nenek
Ngah saya tidak kelihatan di mana.
“Di mana Som tadi?” Tanya seorang jiran emak saya.
“Entah, tadi dia ke tubir bukit….” Sahut emak saya,
kerana dia nampak emak saudaranya itu mengutip ranting-ranting kayu getah yang
gugur di tubir bukit.
Lama mereka menunggu Nenek Ngah Som, tetapi dia tidak
juga muncul. Setelah hampir pukul enam petang, mereka pun merasa bertambah
cemas. Mereka terpaksa pulang kerana takutkan perintah berkurung. Masa perintah
berkurung ini pihak askar boleh menembak siapa saja kalau terserempak di
kawasan pinggir kampung.
Oleh itu mereka semua terpaksa balik untuk memberitahu
ketua kampong mengenai Nenek Ngah Som yang hilang semasa mencari kayu api.
Mereka bertambah bimbang kalau Nenek Ngah Som dilarikan oleh
pengganas-pengganas komunis. Berita tentang kehilangan Nenek Ngah Somini cepat
saja diketahui oleh penduduk-penduduk kampung.
Malam itu mereka semua berkumpul di rumah nenek saya.
Ketua Kampung To’ Mat Berahim juga hadir sama. Saya yang masih kecil juga ada
sama-sama mendengar perbincangan mereka, tetapi saya tidaklah tahu sangat
mengenai biji butirnya.
“Kau nampak ke mana dia pergi?” Tanya To’ Mat Berahim
kepada emak saya.
“Di tubir bukit kebun getah itu laaa……” emak saya
memberitahu Ketua Kampung.
“Tak ada dengar Som menjerit atau memekik?” soal To’ Mat
Berahim lagi.
“Tak ada pula,” jawab emak saya. Saya duduk dekat dengan
emak saya hanya terkebil-kebil mata saja mendengar perbincangan mereka itu.
Di sebelah saya duduk nenek saya. Serambi rumah nenek
saya itu sudah dipenuhi oleh orang-orang kampung. Saya nampak ayah saya memerhatikan
Dukun Amid di hujung serambi sedang membakar kemenyan.
Selalunya kalau ada berlaku sakit atau kejadian-kejadian
ganjil berlaku memang orang-orang kampung memanggil Dukun Amid. Dia akan
membakar kemenyan serta menjampi serapah untuk menyembuhkan penyakit.
Kadangkala dia menggunakan telur untuk menelek sesuatu penyakit itu.
Tetapi pada malam itu kelihatan Dukun Amid semacam tidak
berupaya menelek ke mana hilangnya Nenek Ngah Som. Walaupun Nenek Ngah Som itu
pangkat nenek kepada saya, tetapi umurnya muda sedikit dari emak saya. Dia
masih anak dara lagi ketika itu.
Oleh itu orang-orang kampung menyangka dia dilarikan oleh
pengganas Komunis.
“Bagaimana kalau kita report ke balai polis?” ayah saya
semacam memberikan cadangan.
“Jangan…..” To’ Mat Berahim cepat-cepat memotong cakap
ayah saya. “Kalau perkara ni kita hebohkan, takut-takut nyawa si Som terancam.
Mana tahu benar-benar dia dilarikan oleh komunis, tentulah komunis mengancam
dia kalau kita hebohkan kepada polis,”ujar ketua Kampung itu.
Semua orang yang ada di situ bersetuju dengan pendapat
To’ Mat Berahim. Mereka takut pengganas-pengganas komunis akan bertindak
terhadap Nenek Ngah Som.
Tidak lama sebelum itu ayah Nenek Ngah Som sendiri
ditembak oleh pengganas komunis, semasa melintasi kebun getah di hulu kampung.
Senapang patah yang di galasnya juga dilarikan oleh pengganas-pengganas komunis
itu. Mayatnya telah dijumpai oleh To’ Mat Berahim yang mendengar tembakan tidak
jauh dari kebun getahnya.
Semasa To’ Mat Berahim sampai, dia nampak dua tiga orang pengganas
komunis lari memanjat bukit di seberang lorong ke kampung itu. Terpaksa pula
To’ Mat Berahim bersumbunyi beberapa minit supaya tidak dilihat oleh
pengganas-pengganas berkenaan.
Sebab itulah To’Mat Berahim tidak mahuperkara kehilangan
Nenek Ngah Som itu dihebohkan sangat, sehingga sampai kepada pengetahuan pihak
polis.
“Jadi, macam mana sekarang Kun?” Tanya To’ Mat Berahim
pada Dukun Amid.
Dukun Amid menggeleng-geleng kepala, tetapi dia tidak
terus memberi tahu apakah hasil dari telekannya.
“Saya ingat ini kerja tubuh halus, bukannya tubuh kasar,”
dia memberitahu setelah lama tertelek-telek melihat asap kemenyuan di depannya.
“Kalautubuh halus, malam ni juga kita cari….” Tiba-tiba
nenek saya bersuara keras.
“Tak boleh Ibah, tak boleh……” bantah To’ Mat Berahim.
“Takut nanti bertembung pula dengan sojar, kenatembak pula,” ujarnya sambil
mengangkat kepala.
Orang-orang kampung semua bersetuju dengan kata-kata
Ketua Kampung itu. Mereka sepakat akan mencari Nenek Ngah Sompada keesokan
paginya.
Mencari Nenek Ngah Som juga bukanlah semudah menjengah
jerat pelanduk di tengah hutan. Ianya memerlukanpetua-petua yang hanya
diketahui oleh Dukun Amid. Bagaimanapun dia sendiri belum pasti sama ada
petua-petuanya itu boleh berjaya atau tidak.
“Mimin, ikut saya besok,.” Kata Dukun Amid berpaling
kepada ayah saya. “Pagi-pagi kita pergi, bawa ibu kunyit, ibu garam,lengkuas…”
jelasnya mengingatkan ayah saya.
Ayah saya hanya mengangguk kepala saja.
Setelah selesai berbincang, mereka semua tidak terus
balik ke rumah masing-masing. Mereka bimbang juga fasal keadaan perintah
berkurung tidak membenarkan siapa pun keluar waktu malam hari. Bagaimana pun
tidak lama kemudian Dukun Amid minta diri juga untuk balik ke rumah.
To’ Mat Berahim juga balik pada malam tersebut. Kalau
berjalan di tengah kampung pada waktu malam, mereka tidaklah bimbang sangat.
Askar-askar yang berkawaljuga tidaklah masuk ke tengah kampung. Mereka berkawal
di pinggir kampung saja.
Saya tidaklah balik ke rumah, walaupun emak dan ayah saya
balik juga. Rumah kami tidaklah jauh dari rumah nenek saya, hanya bersebelahan
saja. Saya tidur di runah nenek, kerana selalu juga saya tidur di rumah nenek.
Saya suka mendengar nenek bercerita sebelum kami
melelapkanmata. Sepupu saya juga suka mendengar cerita-cerita dari nenek
tentang pari-pari, kelembai dan lain-lain cerita orang tua-tua. Kadangkala
ramai cucu-cucu nenek ikut sama mendengar ceritanya.
Boleh dikatakan sayalah yang paling gemar mendengar
cerita-cerita nenek. Pernah juga saya menangis teresak-esak oleh kesedihan
apabila nenek bercerita sambil berlagu mendayu-dayu semasa menceritakan cerita
‘Bawang Putih Bawang Merah’, “Selendang Delima’, ‘Batu Belah Batu Bertangkup’.
‘Nakhoda Tenggang’ dan banyak lagi.
Saya berharap nenek akan bercerita lagi sebelum kami
semua tidur padamalam itu.
“Ceritalah Wan…..” desak saya meminta nenek supaya
bercerita. Panggilan ‘Wan’ adalah kelaziman bagi penduduk daerah kami untuk
memanggil nenek perempuan.
“Wan penat, nanti lain kali Wan cerita,” nenek semacam
memujuk saya.
“Ceritalah,buat cerita orang bunian pun jadilah,” saya
berharap nenek mahu bercerita. Ketika ini memang saya tidak tahu tentang
kerungsingan nenek. Saya juga tidak tahu apa-apa tentangkehilangan Nenek Ngah
Som itu. Hanya setelah saya dewasa barulah saya memahami perkara mengenai
kehilangan Nenek Ngah Som itu.
“Tidurlah dulu. Kalau Wan tak tidur, Wan tak mahu
cerita,” katanya menipu saya. Ketika ini saya tidaklah tahu sangat tipu daya
nenek saya itu. Saya bersungguh-sungguh melelapkan mata agar cepat tidur,
dengan harapan akan dapat mendengar cerita dari nenek.
Dalam pada itulah saya terlina.
Esoknya gempoar pula kerana nenek saya hilang dari rumah.
Pagi-pagi apabila Mak Lang saya bangun tidur didapati nenek tidak ada. Dia
pergi melihatnya ke perigi, tetapi nenek tidak juga kelihatan. Ayah saya
mengesyaki nenek sudah pergi mencari Nenek Ngah Som sejak malam lagi.
To’ Mat Berahim menyuruh beberapa orang kampung mula
mencari nenek dan Nenek Ngah Som. Mereka menuju ke kebun getah di tempat yang
dikatakan nenek Ngah Som mencari kayu api. Kami juga percaya nenek pergi ke
situ.
Sehingga tengah hari gerakan mencari Nenek Ngah Som
dibuat tetapi tidak berhasil. Seorang demi seorang mereka yang pergi mencari
itu balik semula ke rumah. Akhirnya Dukun Amid juga balik dengan perasaan hampa.
Bagimanapun To’Mat Berahim enggan melaporkan perkara kehilangan Nenek Ngah Som
itu ke balai polis.
Kita-kira pukul empat petang barulah nampak nenek balik
ke rumah dalam keadaan letih lesu.
“Agaknya Kak Ibah dah berjumpa…..” kata Dukun Amid
mendapatkan nenek. Tetapi saya lihat nenek berseorangan saja. Tidak ada Nenek
Ngah Som bersama.
Walaupun saya masih kecil, namun kesebokan serta
kgelisahan semua orang yang mencari Nenek Ngah Som itu terasa juga kepada saya.
Kadangkala emak memarahi saya kalau saya cuba mendengar perbualan orang-orang
itu. Emak menyuruh saya masuk ke rumah cepat-cepat.
Saya nampak orang ramai memapah nenek naik ke atas rumah.
Nenek masih kelihatan letih semasa sudah naik dan duduk di pangkal serambi.
Mereka mendekati nenek mahu mendengar mengenai cerita yanglebih lanjut.
Setelahmeminta air segelas dari emak saya, barulah nenek boleh bercerita.
Apa yang nenek ceritakan kepada orang-orangkampung
ketikaitutidaklah saya ketahui sangat. Tetapi, apa yang saya tahu selepas itu
mereka semua mengikut apa saja arahan nenek. Mereka pun tahu bahawa nenek saya
bukan saja seorang bidan, malah dia seorang bomoh juga.
Setelah nenek kelihatan segar semula, nenek turun semula
bersama orang-orang kampung. Kemudian hilangentah ke mana. Hampir senja barulah
mereka semua balik ke rumah dengan mengusung Nenek Ngah Som.
Beberapa tahun dulu sebelum nenek meninggal dunia, saya
sempat berbual bual dengannya mengenai cerita kehilangan Nenek Ngah Som itu.
Lagi pun nenek tidak suka saya menuntut ilmu kebatinan dengan tidak
berhati-hati kepada siapa berguru. Sebab itulah dia suka bercerita mengenai
ilmu-ilmu kebatinan itu kepada saya.
Menurut cerita nenek, apabila Dukun Amid gagal mengesa
kehilangan Nenek Ngah Som, dia sudah menduga bahawa Nenek Ngah Som bukan dilarikan
oleh gerombolan pengganas komunis. Dukun Amid Cuma tidak mahu memberitahu
perkara sebenarnya pada hari malam delmikian.
Sebab itulah apabila semua orang sudah nyenyak tidur,
nenek terus mencari Nenek Ngah Som.
“Tubuh halus sama juga seperti tubuh kasar,” nenek
memberitahu saya, halus juga perlu tidur, rihat, bimbang, tidak berkuasa, sama
seperti tubuh kasar. Yang berkuasa cuma Allah, sebab itulah kita memohon
pertolongan Allah. Kalau kita memohon pertolongan dengan perantaraan jin atau
penunggu, maka orang bertubuh halus tentu lebih rapat dengan mereka ini,”
demikian kata nenek.
“Sudah tentulah jin atau penunggu ini menyebelahi orang
tubuh halus daripada menolongkita,” ujar nenek seterusnya.
Olehitulah pada malam berkenaan, nenek membuatsembahyang
tahjud pada tengah malamnya, sebelum dia turun mencari Nenek Ngah Som. Dia
berjalan di tengah malam itu menuju ke kebun getah dipinggir hutan tempat Nenek
Ngah Som mencari kayu api.
“Wan tidak takut fasal komunis atau perintah berkurung
lagi. Yang Wan pentingkan nyawa Wan Ngah Som kau saja….” Jelas nenek.
Dengan menggunakan jampi serapahnya nenek berjaya sampai
ke satu tempat kediaman orang-orang bunian. Semasa nenek sampai dia telah di
sambut oleh seorang Sheikh bernama Sheikh Kuning. Nenek saya dipersilakan masuk
ke dalam rumah Sheikh itu.
“Saya dah faham akan hajat Siti Fatimah..” jelas Sheikh
itu dengan membahasakan panggilan Siti Fatimah kepada nenek saya.
“Kalau dah tahu hajat kami, mengapa To’ Sheikh tak
pulangkan adik kami,” nenek menunjukkan kemarahannya.
“Saya minta maaflah pada Siti Fatimah. Saya tak tahupula
Som itu adik kepada Siti Fatimah. Saya mengakulah pada Siti Fatimah semua ni
kesalahan orang-orang di sini,” Sheikh Kuning memberitahu.
“Kalau begitu To’ Sheikh pulangkan balik adik kami,”
nenek mula berlembut setelah mendapati Sheikh itu menunjukkan sikap mahu
bersahabat.
“Sebenarnya saya tidak tahu macam mana adik Siti Fatimah
sampai ke sini. Orang-orang di sini mengatakan adik Siti Fatimah tersesat ke
sini. Sebab itulah kami lindungkan dia,” ujar Sheikh Kuning.
“Kami tak peduli dia sesat atau tidak. Kami mahu adik
kami selamat,” tegas nenek saya merenung muka Sheikh Kuning.
“Tetapi anak saya dah berkenan dengan adik Siti Fatimah
tu. Besar sangat hati saya nak meminang adik Siti Fatimah,” tiba-tiba saja
Sheikh itu macam melamar kepada nenek saya.
“Eh, tak boleh, tak boleh. Kami tubuh kasar, To’ Sheikh
tubuh halus. Kami mahu adik kami balik. Kalau To’ Sheikh tak mahu bagi, kami
berkeras. Tempat ni kami semah dengan tulang babi…” nenek saya memberi amaran.
Melihat sikap nenek saya itu Sheikh kuning menjadi serba
salah. Tentulah dia menyedari bahawa nenek saya bukanlah mudah untuk
ditentangnya. Sebab itulah dia membahasakan panggilan ‘Siti Fatimah’ kepada
nenek saya. Kononnya panggilanitu menunjukkan orang-orang bunian menghormati
nenek saya, kerana Siti Fatimah itu adalah nama puteri Rasullallah iaitu isteri
kepada Saidina Ali.
“Beginilah Siti Fatimah, adik Siti Fatimah tu kami
letakkan di atas mahligai, dijaga oleh putera penghulu kami. Putera penghulu
kamimahu meminangnya. Biarlah saya berunding dengan putera tu, supaya adik Siti
Fatimah dipulangkan,” Sheikh itu memujuk.
“Kami mahu adik kami selamat, jangan cederakan sedikit
pun,” tegas nenek saya keras.
“Saya berjanjilah pada Siti Fatimah,” sahutnya macam
orang kecewa.
“Macam mana pun kami nak tengok juga adik kami dulu. Kami
nak pastikan sama ada dia cedera atau tidak,” desak nenek.
Mahu tidak mahu Sheikh Kuning membawa nenek saya ke satu
tempat sambil menunjukkan tempat Nenek Ngah Som dibawa oleh putera penghulu
Orang Bunian itu. Nenek nampak adik sepupunya tidur nyenyak di atas katil emas
yang di kelilingi oleh air. Nenek tidak dapat menyeberang air itu kerana tidak
ada jembatan menuju ke katil berkenaan. Sementara Nenek Ngah Som pula dikawal
oleh ramai pengawal-pengawal yang bersenjatakan tombak dan lembing.
“Saya tak dapat nak melarikan adik Siti Fatimah
daripengawal-pengawal tu….” Ujar Sheikh kuning perlahan.
Nenek tidak menyahut. Tetapi dia puas hati kerana sudah
menemui Nenek Ngah Som. Nenek tidak peduli lagi budi baik Sheikh Kuning itu,
dan dia juga tidak mahu berunding apa-apa. Yang penting pada nenek dia mahukan
adik sepupunya.
Setelah dia dapat melihat Nenek Ngah Som, nenek pun
memulakan jampi menteranya,sehingga dia dapat mendengar jerit pekik di
kelilingnya. Lama nenek bertelut di tanah sambil meneruskan jampi serapahnya
sampailah sorak dan jerit pekik di kelilingnya reda.
Apabila nenek membuka matanya didapatinya hari sudah
petang. Dia berada berhampiran dengan belukar rotan yang padat. Di celah-celah
belukar rotan itu dia nampak tubuh Nenek Ngah Som terbaring tidak sedarkan
diri. Tetapi nenek tidak dapat masuk ke dalam belukar rotan itu.
Pada nenek tidaklah dia heran bagaimana Nenek Ngah Som
boleh masuk ke dalam belukar rotan padat yang penuh dengan duri dan onak itu,
pada hal tidak ada lorong untuk masuk ke situ. Dia juga dapati tubuh atau
pakaian Nenek Ngah Som tidak luka-luka atau carik-carik walau pun berada di
tengah-tengah belukar rotan yang padat itu. Semua itu adalah perbuatan orang-orang
bunian.
Setelah nenek menggunakan jampi mentera untuk memagar
kawasan belukar rotan itu barulah dia balik ke rumah. Itulah kisahnya yang saya
ceritakan tadi, bagaimana nenek balik dalam keadaan letih.
Apabila nenek sudah pulih dari keletihannya, dia pun
membawa orang-orang kampung menuju ke tempat belukar rotan di manadia menemui
Nenek Ngah Som. Hampir satu jam mereka mengambil masa untuk menebas belukar
rotan itu untuk mendapatkan Nenek Ngah Som.
Memang aneh, tubuh Nenek Ngah Som tidak luka-luka. Bajunya
juga tidak carik-carik. Bagi pandangan mata kasar, bagaimanakah dia boleh masuk
ke dalam belukar rotan yang tidak ada sedikit pun ruang berlorong ke situ? Pada
hal belukar rotan itu penuh dengan duri dan ranjau.
Semasa Nenek Ngah Som dibawa balik dia masih dalam
keadaan pengsan. Oleh itu terpaksalah nenek dan Dukun Amid memulihkannya. Saya
sendiri melihat bagaimana nenek dan Dukun Amid berusaha untuk memulihkan Nenek
Ngah Som. Pada ingatan saya sehingga kira-kira pukul 10 malam barulah Nenek
Ngah Som pulih dari pengsannya.
Di samping itu saya juga meminta Nenek Ngah Som
menceritakan peristiwa dia dilarikan oleh Orang Bunian itu. Nenek Ngah Som
tidak dapat melupakan peristiwa yang telah berlaku lebih 30 tahun dulu itu. Dia
telah menceritakan kembali peristiwa itu kepada saya beberapa tahun dulu iaitu
ketika nenek saya masih hidup lagi.
Kata Nenek Ngah Som, semasa dia berpecah dengan
kawan-kawannya ketika mencari kayu api, dia tersesat jalan. Dia tidak lagi
mencari jalan menuju ke kebun getah. Puas dia berpusing-pusing di sekitar
kawasan kebun getah itu, tetapi tidak juga bertemu dengan kawan-kawan yang sama
mencari kayu api.
“Nenek Ngah sangkakan semua orang sudah balik. Sampai
hati benar mereka kata hati Nenek Ngah,” ujarnya mengenangkan kisah itu.
Bagaimana pun Nenek Ngah Som tidak dapat mencari jalan
balik. Tiba-tiba dari balik pokok getah muncul seorang pemuda yang tidak
dikenalinya. Pemuda itu sungguh kacak, berkulit putih kuning, muka bujur sirih.
Pemuda itu mendakwa dirinya anak raja bernama Malim Dewa.
Disebabkan Nenek Ngah Som belum memberikan kata putus,
maka Malim Dewa tidaklah berani tidur bersama di situ. Malim Dewa tetap
mematuhi amaran Sheikh Kuning tidak boleh tidur bersama selagi belum dimulakan
upacara pernikahan.
Sehingga Nenek Ngah Som nampak dari jendela istana nenek
saya dating bersama Sheikh Kuning.
“Kak Ibah….” Panggil Nenek Ngah Som.
Tetapi nenek tidak mendengarnya. Berulang kali Nenek Ngah
Som memanggil, namun nenek tetap juga tidak mendengarnya. Semasa dia
memanggil-manggil itulah Malim Dewa masuk kebiliknya. Malim Dewa juga nampak
nenek berdiri di halaman istana bersama dengan Sheikh Kunig.
Malim Dewa memarahi nenek Ngah Som kerana memanggil kakak
sepupunya. Tetapi Nenek Ngah Som tidak menghiraukan. Oleh itu Malim Dewa
memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengusir nenek. Ketika ini Nenek Ngah
Som nampak nenek sudah berdiri tinggi dengan kepalanya mencecah sampai keawan.
Dalam keadaan kelam kabut itu Malim Dewa juga terpaksa
lari. Hanya Sheikh Kuning saja tidak lari. Dia bertelud sujud ke kaki nenek.
Tiba-tiba Nenek Ngah Som sapati nenek hilang dari pandangan matanya. Hanya
Sheikh Kuning menjaga dia di situ.
Lama dia dijaga oleh Sheikh Kuning, barulah nenek datang
semula bersama Dukun Amid. Nenek Ngah Som nampak nenek dan Dukun Amid
bersalam-salaman dengan Sheikh Kuning sambil menyerahkan Nenek Ngah Som.
“Apabila Nenek Ngah membuka mata, Nenek Ngah dapati sudah
berada semula di rumah. Itulah saja yang Nenek Ngah ingat….” Kata nenek Ngah
Som mengakhiri ceritanya.
SELESAI