BUKAN mudah mahu memikat
gadis yang berulang alik mengaji di rumah Malim Kecik, kerana mereka sudah
diingatkan supaya menjaga maruah diri. Anak-anak gadis yang belajar mengaji di
rumahnya memang pegang kukuh-kukuh pesanan Malim Kecik guru membaca al-Quran di
kampung mereka. Jangan cuba melayan lelaki semasa mengaji nescaya Malim Kecik
akan halau balik sahaja ke rumah.
Tetapi Usup Kubin tidak pernah
berputus asa. Dia tetap menunggu di simpang jalan sahaja anak-anak gadis balik
mengaji dari rumah Malim Kecik. Kadangkala sengaja dia bersembunyi di sebalik
belukar mengendap anak-anak gadis melintas di situ. Dia akan melompat keluar
sebaik sahaja Selepah bersama kawan-kawan-nya beriringan balik.
Biarlah anak-anak gadis
mencaci cerca sampai tidak bersisa, namun Usup Kubin tidak peduli. Dia akan
menunggu juga Selepah balik mengaji setiap petang. Dapat mengekor Selepah
hingga ke tepi pagar rumahnya pun sudah mencukupi kepada Usup Kubin.
Memang budak-budak lelaki
yang sama mengaji dengan Selepah di rumah Malim Kecik tahu kelibat Usup Kubin
mengendap setiap petang. Sengaja mereka mengejek setiap kali Usup Kubin
melompat keluar dari sebalik belukar. Tetapi Usup Kubin tidak marah apa-apa tatkala
diejek kawan-kawan Selepah semasa balik dari mengaji dari rumah Malim Kecik
itu.
"Kalau dah gila bayang,
siapa lagi kalau bukan Usup Kubin!" budak-budak lelaki akan mengejek
dengan ketawa mengilai.
"Bukan gila bayang,
tapi mabuk kepayang," budak-budak perempuan pula meningkah biar Usup Kubin
tersinggung hati. Tetapi Usup Kubin tidak tersinggung apa-apa diejek oleh
budak-budak berkenaan. Dia tetap tersengih-sengih apabila Selepah mendengus
tatkala ditegur. Tahu sangat Usup Kubin memang Selepah tidak mahu dipikat kalau
takat mahu memujuk dengan lemah lembut.
Masakan Selepah mudah
terpikat dengan dirinya bertubuh kurus dengan muka bukup akibat jerawat tumbuh
meliar. Ukup Kubin sedar dia tidak segagah mana kalau bandingkan dengan
budak-budak lelaki lain yang sama mengaji di rumah Malim Kecik. Namun jauh di
lipatan hatinya dia tetap berharap Selepah akan jatuh hati kepadanya. Kalau
tidak boleh dipujuk dengan ramah mesra, dia akan cuba juga hayun limau tatkala
malam bulan tengah mengambang penuh.
Sia-sia dia belajar amalan
Alang Tobek menghayun limau kalau tidak dapat tundukkan Selepah. Tetapi Alang
Tobek tidak benarkan dia gunakan amalan hayun limau itu kepada perempuan yang
tidak bersalah. Lainlah kalau perempuan itu meludahkan mukanya atau persendakan
dirinya. Beberapa kali dia mengekori Selepah tidak pernah pula gadis itu
meludah muka. Selepah sekadar mencemik muka sahaja terus melarikan diri. Sebab
itu Usup Kubin mencuba juga mengendap di sebalik belukar biar Selepah
terkejut.Tentu Selepah akan mencaci cerca sepuas hati. Ketika nilah Usup Kubin
dapat merasakan amalan Alang Tobek itu boleh digunakan.
Tetapi Alang Tobek bukan
takat menghayun limau sahaja boleh memikat perempuan yang berkenaan pada
hatinya. Kalau bertukang rumah pun memadai dia ketuk paku ke tiang nescaya
perempuan itu akan datang ke situ. Bila balik ke rumah bila-bila perempuan itu
ikut sama dengan tidak pedulikan apa pun orang keliling tuduh.
Memang Alang Tobek tahu
sangat kelemahan perempuan hingga mudah dia mem ikat. Seisi kampung dapat
mengagak tentu dia gunakan amalam ilmu pengasih. Berkali-kali juga abangnya
Malim Kecik ingatkan dia supaya tidak amalkan ilmu demikian yang boleh menimbulkan
perbalahan. Tetapi Alang Tobek tidak peduli sangat larangan abangnya kerana
masing-masing mempunyai haluan sendiri.
"Selepah, kamu benci
pada aku ye?" sengaja Usup Kubin mengusiknya tatkala terserempak di
selekoh jalan.
Tidak sepatah pun Selepah
menyahut. Dia terus berjalan tunduk bersama kawan-kawan-nya Ensom dan Tisah.
Jauh di lubuk hati Usup Kubin dia hanya harapkan Selepah sahaja, bukannya Ensom
atau Tisah yang sama jalan seriring. Manalah boleh bandingkan Ensom dan Tisah
dengan gadis cantik seperti Selepah.
Rambut Sclepah terurai
panjang memang memikat hati Usup Kubin. Lelap mata pun dia tetap kenang
Selepah. seolah-olah gadis itu ada di sisinya. Biarlah budak-budak lain menuduh
dia gila bayang ter-hadap Selepah. memang Usup Kubin tidak peduli. Apa salah-nya
dia menyimpan perasaan asyik kepada Selepah selagi tidak terniat pun di hatinya
mahu melakukan perbuatan terkutuk.
Apabila kenang kejadian yang
menimpa Tapa Limbat yang sama amalkan ilmu pengasih dengan Alang Tobek. memang
kecut juga perutnya. Alang Tobek sendiri beritahu dia fasal Tapa Limbat salah
gunakan amalan memikat gadis itu sampai menerima padah. Sebelum diturunkan
amalan tersebut memang Tapa Limbat sudah berjanji tidak akan melanggar pantang
larang. Dia tidak akan hayun limau sekiranya gadis itu tidak menyakiti hatinya.
Tetapi Tapa Limbat tidak
pedulikan pantang larang Alang Tobek, setelah hatinya terpaut pada Jemibah.
Asalnya sahaja Jemibah melintas sewaktu balik dari membasuh kain di telaga dia
akan menghambat gadis tersebut. Puas dia mengusik biar Jemibah melenting marah,
namun gadis itu sekadar menunduk sahaja tidak peduli apa-apa.
Sebab itu Tapa Limbat menunggu
hingga malam bulan mengambang penuh mencari busut tengah belukar. Di situ dia
hayun Iimau dengan lidi dicancang tujuh. Biarlah cahaya bulan menyilau sampai
lidi bercancang tujuh bayanganya menyinggahi Iimau yang diayun perlahan.
Harapannya mahu melihat Jemibah
datang melutut mendapatkan dia tidak juga kunjung tiba. Kecewa benar dia dengan
amalan yang ditunjukkan oleh Alang Tobek seolah-olah tidak memberi kesan
langsung. Tetapi dia tidak berputus asa setelah amalan menghayun limau itu
tidak dapat tundukkan Jemibah. Tiga malam dia menghayun limau seperti petua
yang ditunjukkan oleh Alang Tobek itu, tiba-tiba sahaja dia terkejut apabila
lembaga hitam pendek tercegat di belakangnya.
Tertegun Tapa Limbat sewaktu
melihat lembaga hitam pendek itu tertegak di depannya dengan mata bersinar
merah. Dia menjadi gementar kerana tidak diberitahu oleh Alang Tobek mengenai
lembaga hitam pendek yang akan menjelma. Alang Tobek sekadar beritahu menghayun
limau itu sekadar menyeru semangat gadis yang mahu di-pikat sahaja.
"Aku tak panggil awak
ke sini." tutur Tapa Limbat tidak dapat menahan merasa takut yang
mencengkam perasaan.
Tersengih-sengih lembaga
pendek. Dia memberi isyarat supaya Tapa
Limbat menanam Iimau berbungkus kain putih diikat benang tujuh warna itu di kaki
busut. Dalam ketakutan itu terpaksa juga Tapa Limbat mematuhi perintah lembaga hitam bertubuh pendek itu.
Cepat-cepat dia tanamkan limau berkenaan di kaki busut.
Kemudian lembaga hitam pendek
menarik tangan Tapa Limbat ke pondok usang menunggu durian di hujung dusun.
Dengan tidak bercakap apa-apa lembaga pendek itu menyuruh Tapa Limbat menunggu
sahaja di situ. Terpaksa juga Tapa Limbat mematuhinya kerana bimbang dirinya
akan ditimpa bala pula sekiranya cuba membantah.
Dalam masa beberapa minit
sahaja Tapa Limbat menunggu dia terkejut apabila lembaga hitam bertubuh pendek
itu datang semula kesltu bersama Jemibah. Macam tidak percaya Tapa Limbat
tatkala melihat Jemibah mara mendapatkanya bagaikan tengah nyenyak tidur.
Lantas sahaja Jemibah berbaring di situ dengan tidak hiraukan Tapa Limbat
menunggu di pondok durian berkenaan.
Sampai santak subuh lembaga
hitam bertubuh pendek datang semula ke situ lantas memimpin tangan Jemibah
balik semula ke rumah. Gembira benar Tapa Limbat apabila dibantu lembaga hitam
itu membawa Jemibah ke situ. Berturut-turut malam lembaga hitam akan menjelma
di depan Tapa Limbat mengajaknya ke pondok durian di tengah dusun dengan Jemibah
sudah menunggu di situ.
Apabila malam bulan mengambang
penuh berakhir, lembaga pendek itu tidak menjelma lagi. Tetapi dia memberi
isyarat akan menjelma semula asal sahaja Tapa Limbat menghayun limau di tepi
busut. Bila-bila sahaja Tapa Limbat akan lakukan se-kiranya lembaga hitam
bertubuh pendek itu akan heret Jemibah menemuinya.
Belum pun sampai waktu bulan
mengambang penuh, Tapa Limbat mendengar Jemibah terkejang sakit sejak berminggu-minggu.
Hairan jua dia bagai-mana Jemibah terkejang sakit boleh datang temankan dia di
pondok durian? Tetapi setiap kali mahu meneguk air atau menjamah nasi, Jemibah
mendesak Tapa Limbat sahaja duduk di sisinya.
Terpaksa juga ayahnya Sibin
benarkan Tapa Limbat membantu anaknya minum atau menjamah nasi. Kalau tidak
disudukan oleh Tapa Limbat, memang gadis itu tidak akan menjamah seulas pun
nasi di pinggan. Dia juga tidak akan meneguk air di cawan kalau bukan Tapa
Limbat yang sua ke mulut.
Mahu sahaja Sibin cekak
leher Tapa Limbat kerana menyebabkan anaknya terkejang, sakit, tetapi bimbang
juga akan menambah tenat penyakit Jemibah. Sebab bcrjanji di depan Malim Kecik
akan nikahkan sahaja Jemibah dengan Tapa Limbat sebaik sahaja anak gadisnya itu
sembuh. Seisi kampung tetap menuduh amalan Alang Tobek yang diturunkan kepada
Tapa Limbat itulah menyebab-kan kejadian itu berlaku.
Tetapi Alang Tobek mengaku
di depan abangnya dia tidak pernah turunkan amalan demikian kepada Tapa Limbat.
Memang Malim Kecik juga percaya amalan Alang Tobek tidak pernah menyebabkan
gadis yang dipikat terkejang sakit. Asal sahaja dia menyeru semangat, sudah
tentu gadis berkenaan akan mencarinya. Alang Tobek akan menikahi gadis
berkenaan sekiranya keluarga gadis itu bersetuju.
Tapa Limbat juga mengakui di
depan Alang Tobek dia tidak tahu apa-apa mengenai penyakit yang dideritai oleh
Jemibah. Dalam keadaan terdesak terpaksa juga dia memberitahu orang kampung
kejadian yang dialamnya terserempak lembaga hitam bertubuh pendek itu. Kalau
Sibin mahu pancung kepalanya pun Tapa Limbat tidak akan membantah disebabkan
dia tidak berniat mahu aniaya Jemibah.
"Aku mahu dia jadi isteri
aku, bukan nak aniaya dia macam ni," gerutu Tapa Limbat menahan kesal di
hatinya, apabila diminta supaya mengubati Jemibah sampai sembuh semula.
"Habis, kalau tak boleh
diubati, nak buat macam mana!" bentak Sibin geram benar apabila kenang
perbuatan Tapa Limbat sanggup menghayun limau tengah malam semata-rnaln mahu
tundukkan Jemibah.
"Kita minta Malim Kecik
baca Yasin aje," segera Alang Tobek mendesak setelah keadaan Jemibah
bertambah tenat. Ketika ini Jemibah sekadar boleh gerakkan kepala sahaja,
disebabkan badannya sudah kaku. Dia tidak akan membuka mulutnya kalau disudukan
air yang sudah didoakan oleh Malim Kecik kalau bukan Tapa Limbat yang lakukan.
Disebabkan Tapa Limbat sudah mengakui kesalahan dirinya terpaksa juga memenuhi
tuntutan Jemibah.
Sekiranya Tapa Limbat duduk
di sisinya, tubuh Jemibah yang kaku akan segera lembut seperti biasa. Dia boleh
gerakkan kaki atau tangannya. Kalau didudukkan biar mudah sudukan bubur ke
mulutnya pun Jemibah boleh lakukan sekiranya Tapa Limbat membantu. Apabila Tapa
Limbat tidak ada di gisinya nescaya seluruh tubuhnya kaku laksana batang
tergolek.
Bukan Sibin sahaja hairan
dengan kejadian yang menimpa anaknya, Alang Tobek juga tenggelam punca. Belum
pernah lembaga hitam bertubuh pendek itu menjelma setiap kali dia menghayun limau.
Dia juga tidak akan menghayun limau di tepi busut menunggu cahaya bulan
mengambang penuh memancar. Kalau dia menghayun limau cukuplah di tengah rumah
selepas bangun sembahyang sunat tengah malam.
Tatkala menghayun limau
dibungkus kain putih diikat benang tujuh warna Alang Tobek akan membacakan
tujuh kali:
Qui inquntom tuhibbunallahha
fatob ‘uni, yuhibbu qumullah.
Dia tidak akan menghayun
limau mengikut petua seperti diajarkan oleh Batin Sintok, sekalipun memang
Alang Tobek tahu sangat mengenai amalan tersebut.
Kalau diamalkan petua. Batin
Sintok pun, dia percaya tidak akan menjelma lembaga hitam bertubuh pendek itu.
Belum pernah pun dia terserempak dengan gangguan demikian hingga lembaga hitam
bertubuh pendek boleh menjelma. Kalau sudah menjelma lembaga berkenaan sudah
tentu gangguan syaitan merasuk ke dalam diri. Dia percaya Tapa Limbat
diperdayakan oleh syaitan sebaik sahaja jelmaan lembaga hitam bertubuh pendek
itu datang membantu.
Batin Sintok juga amalkan
menghayun limau, tetapi bukan di tepi busut menunggu bulan megambang penuh.
Tentu Tapa Limbat sengaja mahu mencuba sendiri menghayun Iimau di tepi busut
tengah belukar. Dia tidak mengikut apa pun petua yang diturunkan daripada Alang
Tobek. Setelah diturunkan jampi serapah, sengaja dia amalkan petua mengikut
mimpi yang dialaminya berturut-turut lama.
Memang Tapa Limbat mengaku
dia bermimpi berturut-turut malam didatangi lelaki berjubah kuning. Kalau dia
mahu Jemibah datang melutut amalkan sahaja menghayun limau itu di tepi busut
tengah belukar. Lelaki berjubah kuning itu desak dia amalkan jampi serapah yang
diturunkan oleh Batin Sintok. Dia boleh hayun limau seperti diajarkan oleh
Alang Tobek. Sebab itu Tapa Limbat percaya amalannya lebih rnujarab apabila
petua Batin Sintok dengan petua Alang Tobek itu diamalkan serentak.
Dia tidak peduli pun pesanan
Alang Tobek supaya amalkan petua itu ikut seperti yang diturunkan oleh guru.
Siapa pun belajar petua mesti ikut guru, bukan boleh ikut amalan mimpi. Manalah
tahu mimpi yang mengganggu sewaktu nyenyak tidur itu disebabkan syaitan
merasuk.
Semasa menghayun limau di
tepi busut Tapa Limbat merasa hula romanya meremang tatkala membacakan:
Hong hayung hung hayuhi, hai insan wahdi insan, hai
wahdi mani maknkam, aku tahu asal kau jadi, masuk ke batang tuhuh aku, kembali
kepada dia, hu...
Sampai tujuh kali Tapa
Limbat ulangi membaca dengan memerhati bayang lidi tercancang itu ditempuh
hayunan limau.
"Aku ikut petua seperti
diajar orang berjubah kuning dalam mimpi tu," ujar Tapa Limbat kesal
sangat dengan kejadian yang menimpa dirinya. Sepanjang malam dia terpaksa
bercekang mata menunggu Jemibah, supaya tubuh gadis itu tidak kaku macam batang
tergolek.
"Beramal ni mesti
berguru, Tapa,” Alang Tobck marah sangat dengan keputusan Tapa Limbat beramal
ikut petua melalui mimpi.
"Berturut-turut malam
aku mimpi jumpa lelaki berjubah kuning tu," jelas Tapa Limbat setelah
seisi kampung persalahkan dia hingga Jemibah terkejang sakit.
"Syaitan ni nak
perdayakan manusia, rnacam-macam cara!" Malim Kecik mencemik muka disebabkan
Tapa Limbat lebih percayakan amalan melalui mimpi.
Beberapa hari sahaja Tapa
Limbat terpaksa membantu uruskan Jemibah terkejang sakit, gadis itu meninggal
dunia juga. Kalau tidak disebabkan Malim Kecik memujuk, nescaya Sibin akan
hentak kepala Tapa Limbat dengan tongkat semambu. Dia menuduh Tapa Limbat yang
menjadi punca anak gadisnya menanggung penderitaan hingga terkejang sakit.
Tetapi Malim Kecik tetap
yakinkan dia Tapa Limbat sckadar melakukan sahaja, ketentuannya ditetapkan oleh
Allah jua. Malim Kecik juga ingatkan dia betapa Tapa Limbat juga sudah menebus
kesalahannya dengan bercekang mata setiap malam membantu menjaga Jemibah.
Mereka semua tahu sckiranya Tapa Limbat tidak duduk di sisi Jemibah nescaya
tubuhnya akan kaku tidak boleh digerakkan.
"Kalaulah Tapa Limbat
tidak mahu jengah, tentu Sibin juga tidak boleh buat apa-apa. Sepatutnya Sibin
sudah cukup bersyukur apabila Tapa Limbat sanggup membantu setelah menyedari
kesalahan yang di-lakukanya. Sebab jtu Malim Kecik tidak mahu Sibin terus berdendam
setelah Jemibah menutup matanya rapat-rapat.
Semasa mayat Jemibah mahu diangkat untuk
dimandikan siapa pun tidak mampu mengangkat disebabkan terlalu berat. Beberapa
orang mencubanya tetapi masing-masing mengaku tidak berupaya mengangkat mayat
Jemibah. Sampaikan Sibin sendiri terkial-kial membantu, namun mayat to langsung
tidak bergerak.
Setelah disuruh Tapa Limbat
mengangkat mayat itu oleh Malim Kecik, barulah mayat Jemibah dapat dimandikan.
Siap dikafan, disembahyang dan dimasukkan ke dalam usungan mereka terkial-kial
juga mahu mengusung, tetapi tidak seorang pun sanggup. Usungan mayat Jemibah
terlalu berat seolah-olah pokok besar lima enam pemeluk. Lantas sahaja Malim
Kecik meminta Tapa Limbat ikut sama mengusung mayat berkenaan ke kubur.
Sebaik sahaja Tapa Limbat
sama-sama mengusung mayat barulah usungan dapat dibawa ke kubur. Terasa usungan
itu tidak-lah berat sangat hingga tidak boleh dipikul. Asal sahaja Tapa Libat
bergilir mengusung, mereka semua akan terkial-kial disebabkan usungan tiba-tiba
menjadi terlalu berat.
"Itu tandanya dia mahu
kamu usung sampai ke kubur, Tapa," Malim Kecik ingatkan Tapa Limbat supaya
bersabar dengan musibah yang menimpa dirinya itu.
Tapa Limbat sekadar mengangguk
Iemah. Dia terpaksa menerima tanggungjawab demikian setelah merasa bersalah
terhadap Jemibah. Kalaulah din tidak memuja busut untuk tundukkan Jemibah,
belum tentu lagi musibah demikian berlaku. Tetapi dia tidak dapat mengawal
perasaan disebabkan terlalu harapkan Jemibah menjadi isterinya. Semasa mayat diturunkan
ke dalam liang lahat, Tapa Limbat terpaksa sama-sama memangku kepala mayat.
Kalau dia tidak ikut sama turun ke dalam lubang kubur, siapa pun tidak dapat
mengangkat mayat berkenaan. Memang Tapa Limbat sanggup bersusah payah membantu
disebabkan dia mengakui kesalahannya. Biarlah dia menanggimg segala aib setelah
cuba gunakan amalan ilmu pengasih untuk tundukkan Jemibah.
Ketika Sibin adakan kenduri
tahlil sebelah malamnya, jiran-jiran yang datang keberah-berahan takut apabila
mendengar suara tangisan Jemibah sayup-sayup bersama angin malam memuput
pokok-pokok kayu. Meremang bulu tengkuk masing-masing hingga tercengang dengan
suara sayup-sayup merintih memanggil Tapa Limbat.
Memang Tapa Limbat sendiri
terketar-ketar sebaik sahaja namanya dipanggil sayup-sayup dalam kegelapan
malam. Jelas sangat suara Jemibah yang mmanggilnya. Jemibah menuduhnya tidak
setia kerana membiarkan dia pergi bersendirian. A langkah baiknya kalau Tapa Limbat
ikut sama ke mana sahaja dia membawa haluan.
"Tapa, kenapa tinggalkan aku,"
tenggelam timbul suara Jemibah bergetar di pucuk-pucuk kayu yang dipuput angin
malam. "Sejuknya aku ni Tapa, marilah temankan aku di sini!"
rintihnya menyebabkan Tapa Limbat pucat sepucat-pucatnya.
"Tolonglah bantu Tapa
tu, Pak Malim" beberapa orang jiran merayu kepada Malim Kecik supaya dapat
membantu.
"Tapa kena kuatkan
semangat," bisik Malim Kecik memerhati ke arah pucuk-pucuk kayu yang
berbalam-balam di luar.
"Jemibah ke yang memanggil
tu, Pak Malim?" Sibin juga hairan apabila mendengar suara anakya
memanggil-manggil Tapa Limbat.
"Tak tahulah aku,
kerana itu urusan Allah," terharu sangat hati Malim Kecik kenang kejadian
yang mendebarkan itu.
Sehingga habis mereka bertahlil
suara Jemibah memanggil-manggil Tapa Limbat masih juga kedengaran sayup-sayup.
Santak dinihari barulah suara Jemibah hilang setelah tiupan angin tidak lagi
memuput. Tetapi mereka bimbang juga kejadian itu akan berulang lagi pada malam
berikutnya. Sebab itu Malim Kecik meminta Tapa Limbat sendiri siramkan air
Yasin di atas kubur sebaik sahaja senja menjelang.
Tetapi pagi-pagi lagi Uda
Kimah emak Tapa Limbat menyerbu ke rumali Sibin beri-tahu anaknya meracau-racau
tidak menentu. Sebaik sahaja balik dari kenduri tahlil di rumah Sibin, dia
mepyedari Tapa Limbat ketawa seorang diri di hujung serambi. gtkali sekala'
Tapa Limbat bercakap merepek tidak tentu biji butir.
Memang Uda Kimah cam juga
apabila Tapa Limbat memuji-muji Jemibah. Dia sanggup turuti apa sahaja kemahuan
Jemibah sampai bila-bila pun. Sebab itu tidak bertangguh pagi-pagi lagi Uda
Kimah menyerbu ke rumah Sibin. Manalah tahu Sibin berdendam pula hingga
menyebabkan anaknya meracau tidak menentu.
Setelah diberitahu kepada
Malim Kecik, dia cuba doakan Tapa Limbat dengan mandikan air Yasin di kubur
Jemibah. fetapi keadaan Tapa Limbat bertambah pasang tidak dapat diubati lagi.
Dia akan merayau-rayau di dalam kampung dengan tersengih-sengih. Kadangkala dia
menangis tersengguk-sengguk mendongak ke pucuk-pucuk kayu memanggil Jemibah.
Dia akan berlari
melambai-lambai tangan bagaikan Jemibah menunggu di pucuk kayu berkena-an.
Bertahun-tahun juga Tapa Limbat mengidap hilang ingatan dengan meracau
memanggil-manggil Jemibah barulah dia terkejang sakit hingga membawa maut.
Memang Usup Kubin sendiri tahu mengenai kejadian yang menimpa Tapa Limbat,
sekalipun ketika itu dia baru berumur 10 tahun.
Apabila Alang Tobek
ingat-kan dia mengenai kejadian yang menimpa Tapa Limbat itu, lantas sahaja
Usup Kubin tidak sanggup menghayun limau semata-mata mahu tundukkan Selepah.
Tetapi dia tidak akan mengalah untuk memikat Selepah selagi gadis itu masih
belum sesiapa pun masuk meminang. Hinggalah selepas musim menuai perasaan Usup
Kudin bagaikan ditusuk sembilu sebaik sahaja diberitahu Selepah sudah dipinang
orang. Marah benar Usup Kubin kerana pemuda yang meminang Selepah itu bukan
dari kampung berkenaan. Manalah dia dapat menahan sabar apabila ibu bapa
Selepah lebih utamakan pemuda dari kampung lain dengan mengenepikan pemuda di
kampungnya sendiri.
"Jodoh pertemuan, ajal
maut ditentukan oleh Allah, Usup," ujar Alang Tobek apabila Usup Kubin
meluahkan rasa kecewanya setelah Selepah bertunang.
"Kenapa Pak Sudi terima
pinangan orang kampung lain?" gerutunya masih tidak puas hati dengan
keputusan Pak Sudi ayah Selepah menerima pinangan Mat Toha dari kampung
seberang.
"Sebab orang kampung ni
tak masuk meminang," kawannya Maakir yang sama mengendap ingatkan Usup
Kubin supaya tidak berangan-angan sahaja sepanjang masa.
"Pak Sudi to
memilih-milih sangat!" Usup Kubin mencebik bibir disebabkan terlalu
kecewa. Kalau tidak kenang Alang Tobek ingatkan kejadian yang menimpa Tapa
Limbat, memang dia sanggup hayun limau tatkala tengah malam diselubungi sepi.
Biarlah lembaga hitam bertubuh
pendek itu menjelma di depannya, asal sahaja Selepah dipapah datang menemui
dia. Kalau Selepah terkejang sakit macam Jemibah, dia tidak peduli apa-apa.
Tidak perlu dia berdusah payah macam Tapa Limbat membuang masa membantu
keluarga Selepah.
Dia perlu ajar Pak Sudi
supaya tidak perkecilkan dirinya yang bertubuh kurus dengan muka bukop dipenuhi
jerawat. Perkara bertubuh kurus tidak penting sangat asal sahaja dia mampu
menanggung Selepah. Kalau takat kebun kelapa atau tanah kebun, bila-bila Usup
Kubin boleh tunjukkan pada Pak Sudi, sekalipun semuanya milik ayah dan emaknya.
Lambat laun sudah tentu
kebun kelapa dan tanah kebun yang lain dia juga akan mewarisinya. Masakan anak
tunggal seperti dia harta pesaka boleh terlepas ke tangan orang lain. Tentu
Selepah tidak sia-sia berkahwin dengan dia disebabkan harta ayah dan emak-nya
memang menjadi waris Usup Kubin juga. Siapa lagi yang kaya di dalam kampung
kalau bukan ayahnya Haji Biduk.
"Kenapa kau sendiri tak
masuk meminang?" Alang Tobek menepuk bahu Usup Kubin yang terkebil-kebil
mata tercangkung di pelantar rumah-nya.
"Usup ni sebenarnya
takutkan perempuan," lantas sahaja Maakir mengejek kawannya itu. Memang
dia tahu Usup Kubin menaruh hati pada Selepah tetapi tidak berani meluahkan
perasaan di depan gadis berkenaan. Sebab itu sengaja dia meminta Alang Tobek
turunkan ilmu memikat biar Selepah sendiri datang menemuinya.
"Pakai amalan pun, kamu
mesti berani kalau berdepan dengan mereka," jelas Alang Tobek mengenai
petua amalan pengasih itu bukan takat dibaca-kan sahaja jampi serapahnya. Usup
Kubin sendiri mesi berani menegur sapa bukan takat mengekori sahaja dari belakang
dengan harapan Selepah membuka mulut terlebih dahulu.
Disebabkan kecewa Selepah
dipinang Mat Toha dari kampung seberang, Usup Kubin tiba-tiba sahaja
meninggalkan kampung halaman. Dia seolah-olah tidak mahu melihat Selepah naik
pelamin di depan matanya. Apabila diberitahu mengenai Usup Kubin memendam perasaan
terhadap dirinya, terkekeh-kekeh Selepah ketawa. Tidak disangka-nya Usup Kubin
sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.
Kalau Usup Kubin masuk meminang
pun memang Selepah tidak rela menerimanya sekalipun seisi kampung tahu Usup
Kubin memang dari keluarga orang kaya di kampung mereka. Tetapi Selepah bukan
mengejar harta peninggalan keluarga Usup Kubin. Memang dia tersinggung benar
apabila Usup Kubin sering-kali mengendap di dalam belukar asal sahaja dia batik
mengaji dari rumah Malim Kecik.
Dia tahu Usup Kubin tidak
mengganggu apa-spa kalau menunggu di sebalik belukar dengan Maakir, tetapi
perbuatan Usup Kubin itu memalukan dirinya. Kenapa Usup Kubin mengajak kawannya
Maakir bersembunyi di sebalik belukar, kemudian akan mengekorinya sebaik sahaja
melintas di selekoh jalan? Apa salahnya Usup Kubin berterus terang menegur
dengan tidak payah bersembunyi di sebalik belukar?
Usup Kubin sekadar harap-kan
Maakir terus mengusik Selepah biar gadis itu merungut marah. Maakir akan usik
dengan memadankan Usup Kubin dengan Selepah, sedangkan Usup Kubin tidak
bercakap sepatah pun. Sebab itu Selepah tidak melayani sangat mereka berdua
yang sengaja mahu menyakiti hatinya.
"Orang gila bayang
macam itulah," Selepah mengejek apa-bila kawan-kawannya beritahu mengenai
Ustip Kubin meninggalkan kampung halaman.
"Nanti dia kenakan kamu
ubat guna-guna," kawannya Melirah sengaja menakut-nakut-kan dia.
"Kalau aku kena ubat
guna-guna Usup Kubin, aku ikutlah dia," Selepah mengusik kawan-kawannya
hingga ketawa mereka berderai.
Mereka juga tahu mengenai
kejadian yang menimpa Tapa Limbat yang berlaku beberapa tahun sahaja sebelum
itu. Masakan mereka tidak tahu fasal ubat guna-guna yang membawa padah kepada
Tapa Limbat dan Jemibah. Memang Selepah juga bimbang kalau ubat guna-guna jadi
permainan lelaki apabilla kecewa tidak dapat memikat gadis yang mereka idamkan.
Menjelang hari perkahwinan
Selepah dengan Mat Toha, seisi kampung gempar setelah diberitahu Selepah hilang
dari rumah. Siapa pun tidak melihat ke mana gadis tengah bertunang itu membawa
haluan. Kalau mahu dituduh Usup Kubin yang me-larikan Selepah masakan mudah
sangat gadis itu mahu mengikutnya disebabkan hatinya tidak terpikat langsung
pada pemuda berkenaan.
Memang kecewa Pak Sudi disebabkan
persiapan sudah dibuat tiba-tiba Selepah hilangkan diri. Dia tidak percaya
anak-nya lari mengikut Usup Kubin disebabkan siapa pun tidak nampak kelibat
pemuda berkenaan balik ke kampung. Tetapi Mat Toha tetap menuduh tunangnya lari
mengikut Usup Kubin setelah digunakan ilmu pengasih.
Puas dipujuk oleh Malim
Kecik supaya tidak rnenuduh Usup Kubin, namun Mat Toha berkeras akan mencari
pemuda itu. Dia akan tunjukkan pada Usup Kubih balasan sesiapa yang berani
larikan tunangnya. Kalau Pak Sudi tidak boleh membantah supaya menerima
pinangannya apa sangat dengan Usup Kubin kalau mahu tunjuk keras kepala!
Usup Kubin mesti dicari ke
mana sahaja. Dia akan heret Usup Kubin batik bersama Selepah biar seisi kampung
tahu Mat Toha jangan cuba dipermain-mainkan. Dia tidak peduli siapa tetap akan
dicekak leher sekiranya membantah ktputusan dia. Sebab itu Mat Toha tidak mahu
dengar apa-apa pun nasihat Malim Kecik guru agama disegani di kampung
berkenaan.
"Kalau Usup Kubin yang
larikan Selepah, bila-bila dia akan batik!" lantas Alang Tobek ingatkan
Mat Toha supaya tidak tunjuk jangan di kampung halamannya. Kalau dengan Malim
Kecik memang Mat Toha boleh tunjuk keras kepala, tetapi jangan tuba di depan
Alang Tobek.
"Aku tahu, Usup Kubin gilakan
Selepah!" sahut Mat Toha berkeras menuduh Usup Kubik setelah dia
diberitahu kenapa pemuda itu menghilangkan diri dari kampung halaman.
"Dia gilakan Selepah,
bukan gilakan tunang orang," tegas alang Tobek pertahankan anak muda yang
menjadi muridnya itu.
"Kenapa Alang Tobek pertahankan sangat
Usup Kubin ni?". marah benar Mat Toha apabila Alang Tobek tidak benarkan
dia mencari Usup Kubin.
"Kerana dia tak bersalah!"
jelas Alang Tobek mencemik muka kerana meluat sangat dengan sikap Mat Toha.
Menlang-mentang dia tangkas memencak silat, dengan siapa sahaja Mat Toha berani
tunjuk jantan. Sampaikan Pak Sudi sendiri tidak berani angkat muka apabila dia
menjerkah.
"Mana Alang Tobek tahu dia
salah atau tidak?" Mat Toha mengejek lantas memberi isyarat supaya Alang
Tobek jangan cuba masuk campur.
"Kalau aku panggil, tak
sampai petang ni, Usup Kubin boleh balik ke sini," tutur Alang Tobek
ingatkan Mat Toha sekira-nya mahu berkeras. Seisi kampung tahu Alang Tobek
boleh seru sesiapa sahaja yang melarikan diri dari rumah balik semula menemui
keluarga.
Sekiranya Pak Sudi mahu
tentukan ke mana Selepah, memang Alang Tobek boleh mencuba. Tetapi Pak Sudi
tidak pernah meminta dia jampi serapahkan biar Selepah balik segera ke pangkuan
keluarga. Pak Sudi sekadar mematuhi apa sahaja keputusan Mat Toha, sekalipun
terpaksa radak perut Usup Kubin dengan kerambit. Kalau tidak kenang Alang Tobek
memang Pak Sudi sendiri sanggup ikut Mat Toha mencari di mana Usup Kubin bersembunyi.
Tetapi dia tahu Alang Tobek
tidak mudah rmengalah. Kalau dia boleh menyeru perempuan yang berkenan di
hatinya melutut naik ke rumah, apa sangat dengan Usup Kubin yang merajuk hati.
Bila-bila Usup Kubin akan balik semula ke-rumahnya, sekiranya keluarga Usup
Kusin berharap dia membantu.
Bukan takat Selepah sahaja
hilang dari rumah menjelang hati hari perkahwinan, sudah beberapa kali gadis di
kampungnya lakukan demikian. Apabila dia tidak rela dikahwinkan nescaya tidak
sempat menunggu hari perkahwinan. Lantas sahaja anak gadis lari rneninggalkan
keluarga mencari tempat berlindung.
Tidak bertangguh pula
keluarganya serbu rumah Alang Tobek. Sebaik sahaja Alang Tobek bakar kemenyan
yang dilumak minyak wangi, lantas akan dibacakannya doa tiga kali:
Yuhibbu nahum
kahubbillahhi, wallazi na-anmanu asyaddu hubban lillahhi, zuiyina linnasi hubbusy
syahawati minannisai wal banina wal-qonathiril mutqontharah.
Belum pun matahari terbenam
nescaya gadis yang larikan diri akan batik semula ke rumah. Menangis-nangis gadis
berkenaan di pangkuan emaknya kerana kesal sangat tinggalkan kampung halaman.
Tetapi Alang Tobek sudah ingatkan pantang larangnya supaya tidak boleh memarahi
apa-apa sebaik sahaja anak gadis mereka jejak kaki balik ke rumah.
Lainlah kalau dilarikan
bunian, memang Alang Tobek tidak berani menyanggupi. Biar-Iah serahkan pada
abangnya Malim Kecik sahaja buat sembahyang hajat, biar bunian tidak dapat
bertahan. Tetapi kalau Selepah sengaja larikan diri dari rumah bila-bila Alang
Tobek sanggup membantu.
"Kami minta Alang Tobek
bantu, supaya Selepah balik!" lantas Pak Sudi merayu setelah Alang Tobek marah
sangat apabila Usup Kubin dituduh larikan Selepah.
Tetapi Alang Tobek juga
kecewa disebabkan Selepah tidak juga balik ke rumah setelah dicubanya. Dalam
masa yang sama Usup Kubin apabila hatinya tiba-tiba sahaja ingin sangat mahu
menemui emak dan ayahnya. Segera dia buang jauh-jauh perasaan kecewa pada
Selepah itu dari lubuk hatinya.
Sebaik sahaja balik ke
kampung halaman Usup Kubin terkejut apabila diberitahu Selepah melarikan diri
dari rumah. Mat Toha sendiri serba salah apabila Usup Kubin balik ke kampung
tidak bersama dengan Selepah. Masakan Usup Kubin yang larikan Selepah sekiranya
anak muda itu terjongol dengan tidak tahu apa-apa pun berlaku ke atas gadis berkenaan.
"Ke mana lagi kita nak
cari Selepah?" gerutu Pak Sudi menaban kesedihan dengan ke-hilangan anak
iadisnya. Siapa lagi mahu dituduh kalau Usup 'kubin sendiri lebih kegewa kalau
bLIclingkan dengan Mat Toha.
Setidak-tidaknya Usup Kubin ikut sama
sembahyang hajat berjemaah di surau Malim Kecik setelah diajak guru agama
berkenaan. Tidak ada lagi ikhtiar mereka yang lemah kecuali memohon pertolongan
Allah, setelah puss berusaha mencari-nya ke mana-mana. Ke mana gula Selepah mahu
melarikan diri sekiranya dia tidak pernah membuat hubungan dengan mana-mana lelaki
pun.
Selepas zohor dia akan
belajar mengaji di rumah Malim Kecik hingga sampai masuk waktu asar. Selepas
solat asar berjemaah, Selepah akan terus batik ke rumah. Kawannya sama mengaji
Melirah juga tahu memang Selepah tidak pernah mengadakan hubungan dengan lelaki.
Semua kawan-kawannya tahu Selepah tidak membantah apabila ayahnya menerima
pinangan Mat Toha. Selepas dengar juga mengenai tunangnya Mat Toha itu biadap
kalau berdepan dengan dengan orang tua-tua. Tangannya mudah sahaja menampar
kalau cuba membantah cakapnya. Seisi kampung di seberang memang tidak berani
angkat muka kalau Mat Toha membentak marah. Siapa yang berani menentang Mat
Toha guru silat yang tangkas memencak.
Memang Selepah tidak
membantah apa-apa selagi ayah-nya sudah bersetuju menerima Mat Toha. Siapa pun
menjadi suaminya, Selepah tahu dia akan ke ceruk dapur juga. Apa sangat mahu
memilih kalau takat gadis kampung sepertinya. Sekiranya Usup Kubin yang
diterima pinangan oleh ayahnya, Selepah juga tidak akan membantah. Sebab itu
Pak Sudi jugs tidak percaya Selepah melarikan diri semata-mata tidak mahu
berkahwin dengan Mat Toha.
"Bagaimana kalau
Selepah dilarikan bunian?" Pak Sudi masih tidak dapat menyem-bunyikan
kesedihan setelah berbulan-bulan Selepah hilang dari rumah.
"Kita buat takat yang
kita mampu aje!" ujar Malim Kecik tidak dapat mengagak ke mana Selepah
membawa diri. Setelah buat sembahyang hajat berjemaah seisi kampung pun, mereka
masih juga tidak mendapat apa-apa berita. Apa lagi Alang Tobek yang mahir
menyeru sesiapa sahaja lari meninggalkan rumah balik tidak bertangguh, tidak
juga dapat membantu Pak Sudi.
"Manusia serba lemah,
jangan harapkan sangat pada manusia," perlahan sahaja Alang Tobek ingatkan
Pak Sudi kerana terlalu berharap dengan keinahir-annya.
Dalam keadaan rusuh Pak Sudi
terus juga amalkan solat sunat tahajud setiap malam biara anaknya Selepah balik
juga ke rumah. Hingga 44 malam dia bangun tengah malam dirikan solat sunat
tahajud setelah mematuhi pesan Malim Kecik, dia sekadar bermimpi anaknya
Selepah melambai-lambai tangan dari jauh. Kemudian Selepah hilang dalam pasaran
kabus apabila diusung orang macam terbujur di atas usungan mayat.
Setelah diberitahu kepada Malim
Kecik, lantas sahaja dia mengesyaki Selepah sudah meninggal.dunia. Mereka mengagak
tentu Selepah turun ke sungai -sewaktu membasuh pakaian hingga dihanyutkan
arus. Tetapi Melirah tahu kawannya itu tidak akan ke sungai membasuh kain kalau
tidak mengajaknya ikut sama.
"Perkara yang kita
tidak tahu, adalah urusan Allah," ujar Malim Kecik supaya mereka tidak
berbantah-bantah lagi dengan kehilangan Selepah.
Tentu mereka tidak perlu
bersusah payah lagi mahu mencarinya setelah Selepah, tidak juga terjongol balik
ke rumah. Sudah puas mereka mencari ke kampung-kampung lain namun siapa pun tidak
menemuinya. Semenjak itulah seisi kampung percaya Selepah hilang dilarikan oleh
bunian.
Tidak lama selepas
kehilangan Selepah itu Maakir meracau-racau tidak menentu. Dia berlari keliling
kampung dengan menjerit-jerit meminta tolong. Dia menuduh Selipah memintanya
mengusung dia bawa ke kubur. Tetapi siapa mahu percaya dengan racau orang tidak
siuman seperti Maakir.
Mereka tidak mengagak tentu
juga gila bayang kepada Selepah hingga menjadi tidak siuman selepas gadis
berkenaan hilang dari rumah. Apalagi keluarganya menuduh Maakir dirasuk bunian
apabila seringkali meranduk belukar teberau di tepi paya
. "Belukar teberau di
tepi paya tu, dekat tapak rumah Dolah Jekeng sekarang," ujar. Wak Jumin seolah-olah
ingatkan semula kekadian yang dilihatnya bersama arwah Lebai Jaamat.
"Gamaknya, belukar
itulah tempat Maakir selalu meranduk," lantas Talip Sepet mencelah dengan
mengerling ke arah saya yang terangguk-angguk mendengar cerita Wak Jumin.
Wak Jumin seolah-olah
melihat orang yang membawa usungan mayat itu seolah-olah Maakir. Ke mana sahaja
dia bersembunyi di dalam kampung jelmaan Selepah mengekorinya. Kesal benar
Selepah setelah Maakir memperkosanya di belukar teberau itu lantas sahaja
dihentak kepala dengan hulu parang. Menggelepar Selepah hingga terkejang tidak
bernyawa.
Disebabkan ketakutan di tepi
paya itu sahaja Maakir tanamkan mayat Selepah. Hinggalah Maakir meracau-racau
akibat dikejar bayangan Selepah yang meminta supaya mayatnya diusung dibawa ke
kubur, seisi kampung tidak dapat mengagak apa sebenarnya berlaku ke atas diri
Maakir.
SELESAI