Sunday, June 24, 2018

283. DALAM GENGGAMAN PANGLIMA HITAM


BANYAK sangat tempat berhenti di Batu Pahat, menyebabkan hampir pukul 3.00 petang baru kami sampai di Muar. Haji Samid mengajak kawannya Usup Dibab berhenti sahaja di surau di Sungai Tiram untuk solat zohor dahulu. Saya juga bersetuju berhenti di surau kecil di Sungai Tiram itu. Kalau mahu teruskan perjalanan mungkin tidak sempat pula.
Memang saya jarang ke Johor hingga sampai ke Pontian. Kalau ikut Kadir Misai pun hingga takat Segamat sahaja. Lainlah kalau ke Endau mengunjungi rumah Wak Samin, setidak-tidaknya ada juga kenalah lama arwah Tok Aji yang dapat ditemui.
Tetapi ke Pontian, memang tidak pernah saya sampai. Disebabkan Haji Samid kuat sangat mengajak ikut dia ke Pontian, terpaksa lah saya penuhi juga pelawaannya. Boleh juga saya jejakkan kaki ke tempat yang belum pernah saya sampai. Bukanlah mudah mahu sampai ke tempat-tempat demikian, kalau tidak ada sebab-sebab tertentu.
"Di Pontian, ustaz akan jumpa ramai saudara mara saya," ujar Haji Samid tersengih-sengih. "Mereka tentu gembira dapat jumpa ustaz," katanya terus memujuk agar saya mahu mengikutinya ke Pontian.
"Mana tahu ada saudara mara arwah Tok Aji di sana," Usup Dibab pula mencelah. Dia memang tahu arwah Tok Aji pernah juga menetap di Pontian, selepas berpindah dari Kota Tinggi.
Tetapi saya tidak tahu sama ada arwah Tok Aji pernah berkahwin di Pontian atau tidak. Arwah Tok Aji tidak pernah memberitahunya. Dia hanya pernah berkahwin di Singapura, sebelum datang ke kampung saya dan berkahwin dengan arwah nenek
"Dulu pun ustaz kata, ingin nak ke Pontian," Haji Samid semacam mengingatkan saya.
Pernah juga saya memberitahu Haji Samid mengenai arwah Tok Aji yang pernah menetap di Pontian, setelah dia sendiri mengatakan berasal dari sana. Memang teringin juga saya mahu ke Pontian.
Bagaimanapun masa kami lebih banyak habis di Batu Pahat, disebabkan Usup Dibab menemui kawan-kawan nya di sana. Haji Samid pun menumpang kereta Usup Dibab balik ke Pontian. Sebab itulah singgah juga di Batu Pahat mencari Wak Kusil di Bukit Pasir.
Terkejut juga Usup Dibab apabila diberitahu oleh Pak Mutalib mengenai Wak Kusil yang sudah meninggal dunia. Setiap kali dia balik ke Pontian, memang Usup Dibab singgah ke Batu Pahat menemui Wak Kusil. Dia sanggup ikut sama bertenggong di depan reban ayam, sekiranya orang tua itu duduk di dalam reban bermain dengan ayam-ayamnya.
Setelah tidak dapat menemui Wak Kusil, kereta membelok pula di Parit Bakar sebelum meneruskan perjalanan ke Muar. Usup Dibab juga mengajak ke Parit Jamil, menikmati mee kari di sebuah warung yang digemarinya. Berselera juga Haji Samid dengan mee kari yang berkuah pekat itu.
Sebab itulah hampir jam 3.00 petang baru sampai ke Muar. Sengaja Usup Dibab singgah di surau kecil itu, disebabkan isterinya berpesan minta belikan tiram.
Saya masih lagi duduk di atas surau, sewaktu Usup Dibab turun ke bangsal di belakang surau berkenaan. Becok dia bertanyakan mengenai tiram yang sudah diangkat naik ke darat.
Tiram di situ bukanlah sama seperti di Filipina atau Australia, yang diselam untuk mendapatkan mutiara. Tetapi mereka di situ menye-lam tiram untuk makanan laut yang menjadi kegemaran. Memang isteri Usup Dibab gemar sangat dengan tiram. Asal sahaja suaminya turun ke Johor, dia akan berpesan, minta belikan tiram di Sungai Tiram itu.
"Usup tu, bukan percaya sangat dengan gangguan setan ni, ustaz," jelas Haji Samid semasa singgah di hotel di Batu Pahat. Kami berdua sudah berbaring, apa bila Usup Dibab turun semula ke bawah, mencari tempat letak kereta di kawasan hotel.
Haji cam mana, percayakah?" sengaja saya mahu mengusik dia.
"Saya percaya setan tu ada," beritahu Haji Samid tegas. "Tugas setan adalah untuk menyesatkan manusia, bukannya cerita tahyol," ujarnya semacam kesal dengan sikap Usup Dibab.
Sejak dalam kereta lagi, Usup Dibab tetap menganggap cerita tahyol apabila Haji Samid memberitahu mengenai kawannya yang menghadapi tekanan jiwa. Dia berkeras membuat anggapan kawannya itu memang disihir orang. Tetapi Usup Dibab tetap tidak percaya dengan permainan sihir.
Ketika mereka bercakap mengenai kawan Haji Samid yang puas mencari bomoh berubat, saya pura-pura tidur di bangku belakang. Biarlah mereka bercakap apa pun. Sengaja saya, tidak mahu mencelah, setiap kali Haji Samid bertanyakan sesuatu daripada saya.
"Kita singgah di rumah kawan saya tu, ustaz..." Haji Samid seolah-olah menguji saya.
"Di mana?" soal saya menghela nafas memerhatikan Haji Samid asyik menonton TV.
"Sebelum sampai Alor Gajah," dia memberitahu.
Terasa juga kekok saya apabila singgah di hotel demiikian.. Tetapi saya tidaklah membantah apabila Usup Dibab mengambil keputusan mahu bermalam dihotel. Dia tidak selesa kalau bermalam di rumah kawan-kawan, sekalipun di Batu Pahat itu ramai kawan-kawannya.
Tetapi saya tidak lah berjanji pada Haji, Samid untuk mengunjungi kawan-nya itu.
Selepas solat di surau kecil itu, Haji Simad juga turun ke belakang surau mengikut Usup Di-bab. Saya masih duduk di tengah surau memegang buah tasbih. Setidak-tidaknya boleh me-nunggu masuk waktu asar. Biarlah Usup Dibab dan Haji Samid memborong tiram yang baru diselam dari dasar sungai.
Memang sebelum ke Pontian, Usup Dibab sudah berjanji dengan penyelam-penyelam di situ mahu membeli tiram. Tentu mereka juga sudah mengasingkan untuk Usup Dibab. Kalau tidak berjanji, mereka akan jualkan semua sekali kepada peraih-peraih yang datang sebaik sahaja mereka naik ke darat.
Bukan lama sangat mereka menyelam tiram di dasar sungai. Jam 10.00 pagi mereka turun menyelam, kira-kira jam 12.00 tengah hari mereka sudah naik ke darat. Manalah tahan sejuk kalau berendam di air terlalu lama. Dua jam pun sudah tidak tertahan diganggu kesejukan akibat berendam di air.
Mungkin Usup Dibab juga tidak percaya, kalau Haji Samid ceritakan rnengenai Wak Tagi yang boleh menyelam di air sampai satu jam berterusan. Dia akan mencari lubuk buaya mengheret binatang itu naik ke darat. Usup Dibab sekadar mendengar cerita sahaja mengenai kebolehan Wak Tagi. Dia belum pernah menemui Wak Tagi sehinggalah orang tua itu meninggal dunia.
Tetapi Haji Samid sudah beberapa kali mengikut Wak Tagi turun ke air menangkap buaya. Apabila Wak Tagi menyelam ke dasar sungai, jangan harap dia akan timbul semula kalau tidak mengheret sama buaya naik ke darat. Sampai hampir satu jam dia menyelam ke dasar, barulah timbul semula dalam keadaan sejuk akibat lama berendam di air.
Saya sendiri pun tidak pernah mene-mui Wak Tagi yang diberitahu oleh Haji Samid itu. Tetapi bukanlah luar biasa kalau Wak Tagi boleh menyelam sampai satu jam di dasar sungai. Sementara menunggu Usup Dibab membeli tiram di belakang surau, sempat juga kami menunggu hingga masuk asar. Dapat juga berjemaah menunaikan asar bersama penduduk-penduduk di situ. Sewaktu balik dari Sungai Tiram bersungguh-sungguh pula Haji Samid mengajak singgah makan martabak di hujung pekan itu.
"Hah, beli kapak pun ikut langkah," beritahu Haji Samid apabila masuk semula ke kereta untuk balik." Abang Mud di belakang surau tu, ada petua kalau membeli perkakas besi," katanya berbangga dapat berbual dengan Abang Mud di belakang surau.
"Apa nak kira langkah Haji Mud," sahut Usup Dibab tersengih-sengih mengerling kawannya itu. "Di mana-mana pun sama, kalau kita nak beli kapak," dia semacam mengejek kawannya disebabkan mempercayai sangat mengenai petua dan langkah itu.
Petua ni daripada orang tua-tua," ujar Haji Samid tersinggung dengan usikan kawannya. "Banyak pedoman boleh kita gunakan daripada petua ni," tegasnya penuh yakin.
 "Kalau tak pakai petua pun, kita boleh lakukan. Haji Mid;" Usup Dibab masih. tidak mempercayai apa pun perkara yang bersangkutan dengan petua demikian. Apa sangatlah perlu menetapkan waktu yang baik, kalau sekadar mahu membeli kapak. Biia-bila pun boleh tuju ke kedai besi untuk membeli kapak, parang atau pisau.
Besi akan sentiasa tajam seiciranya di-asah sepanja nema Selepas sahaja digunakan, mata 1/4 pak tetap kan tajam kalau terus dikilir ke batu asah. Demikian juga parang atau pisau. Sebab itu Usup Dibab tidak percaya dengan petua untuk mengekalkan tajarn mata kapak atau parang, mesti dibeli pada hari Isnin selepas Jumaat keliwon.
Abang Mud pun bukanlah tahu sangat memilih besi kapak. Dia hanya percaya dengan petua yang diwaris oleh ayahnya. Kebetulan pula mata kapak abang Mud sentiasa tajam apabila diuji oleh Haji Samid.
"Awak tengok kapak Abang Mud tu sentiasa tajam," Haji Samid menjelaskan.
Memang dia sudah mengujinya. Mata kapak itu melekat apabila dicecahkan ke kuku. Hanya mata kapak yang tajam sahaja boleh melekat sekiranya dicecahkan ke kuku jari.
"Abang Mud tu hari-hari diasahnya kapak tu," tegas Usup Dibab mencebikkan bibir. "Kerjanya buat perahu dan buat keranda, mata kapak nya mesti sentiasa tajam," ujarnya lagi mahu meyakinkan Haji Samid supaya tidak terpengaruh dengan petua yang disebut oleh Abang Mud.
"Susah bercakap dengan awak ni," terpaksa juga Haji Samid mengalah apa bila Usup Dibab te-rus berkeras dengan pendapatnya.
Kalau dilayan tentu tidak berkesudahan. Dia sekadar memberitahu petua yang disebut oleh Abang Mud. Memang Abang Mud menjelaskan petua dia membeli kapak, bukan mengikut sesuka hati. Dia akan menanti hari lsnin selepas Jumaat keliwon, kalau mahu membeli kapak, parang, pisau atau pahat.
Sebelum dia mengambil perkakas besi itu, Abang Mud akan bertanya kepada orang yang pertama melintas di belakangnya sama ada baik atau tidak sekiranya dibeli. Dia akan membelinya kalau orang tersebut tidak teragak-agak mengatakan perkakas besi itu boleh dibeli. Petua dan syarat ini dipegang kukuh-kukuh oleh Abang Mud.
Tetapi Abang Mud tidak pernah duduk diam memelihara mata kapaknya supaya sentiasa tajam. Selepas saha-ja dia menarah kayu leban untuk dibuat 'perahu atau tempahan keranda orang mati, cepat-cepat dia mengilir mata kapak itu ke batu asah. tidak akan membiarkan bertangguh-tangguh sampai besok baru mahu mengasah mata kapak.
"Haji Mid jangan percaya sangat dengan petua-petua macam tu," Usup Dibab bersuara perlahan apabila kawan nya itu mendiamkan diri.
Dia sedar Haji Samid memang tersinggung.
Hinggakan Haji Samid keberatan mengajak singgah di rumah kawannya yang dikatakan terkena gangguan sihir orang itu, apabila kereta melepasi simpang ke Alor Gajah. Sepanjang perjalanan itu pula tujuh kali kami terserempak dengan kereta yang terbabit dengan kemalangan, tetapi Usup Dibab tidaklah memberhentikan keretanya.
Seminggu selepas balik dari Pontian, saya diberitahu oleh Haji Samid mengenai kawannya Usup Dibab dimasukkan ke hospital. Terpaksa pula saya ziarahinya bersama Haji Samid.
"Dia kena darah tinggi," beritahu Mahendon isterinya apabila kami berdua sampai. `
`Banyak sangat makan tiram agaknya?" ujar Haji Samid mengusik.
"Boleh jadi juga," sahut Mahendon kesal. Memang Usup Dibab terlalu kemaruk dengan sup tiram yang dibuat oleh isterinya. Berselira sangat dia menghirup kuah sup tiram sampai kekenyangan.
"Makan jangan ikut selira sangat,' saya mencelah lantas memegang ibu jari kaki Usup Dibab.
Tiba-tiba sahaja dia mengerang kesakitan sambil merentap ibu jari kakinya. Terkejut Mahendon disebabkan suaminya seolah-olah bersikap kasar terhadap saya.
"Kenapa, bang?' soal Mahendon mengusap-ngusap bahu suaminya.
Usup Dibab tidak menyahut. Dia sekadar menggeleng kepala sahaja. Kemudian mengeluh pendek, lantas mem beri isyarat tidak membenarkan saya menyentuh tubuh-nya.
"Awak kena darah tinggi macam mana, Sup?" Haji Samid pula meme-gang ibu jari kakinya. Dia tidak bergerak pun semasa tangan Haji Samid memegang jari kaki nya itu.
"Tadi, ustaz pegang panas thacam kena bara," beritahu Usup Dibab terpaksa menjelaskan sebab dia merentap kakinya. "Haji Mid pegang tak ada rasa apa-apa pun," katanya mengerling Mahendon.
"Merepek awak ni, Sup," ujar Haji Samid men cebik bibir. "Ustaz bukan ada pegang apa-apa" dia melepaskan jari kaki Usup Dibab.
"Entahlah’  keluh Usup Dibab resah tidak keruan.
"Dah lama kena darah tinggi ni?" tanya saya perlahan.
"Sejak setahun ni aje," jelas Usup Dibab masih dalam keadaan gelisah.
-"Berapa pressure darah awak?" Haji Samid pula bertanya.
-"Bawah sembilan puluh, atas seratus tiga puluh," beritahu Usup Dibab mengereng sedikit mengalih letak kepalanya di bantal.
"Tak kuat rupa nya," menggeleng kepala Haji Samid dengan penjelasan kawannya itu. Memang dia tahu sangat mengenai tekanan darah tinggi yang menyerang, pesakitnya hingga terlantar di wad hospital. Sekurang-kurang tekanan darah yang berbahaya hingga - 120 di bawah dan 160 di atas.
 Tetapi Usup Dibab tidaklah berbahaya sangat tekanan darah yang dialaminya. Jarang mereka yang menghidapnya boleh terlantar di wad hospital, kalau takat tekanan darahnya demikian.
Selepas menziarahi Usup Dibab di hospital, saya tidak mendengar berita mengenainya hampir sebulan. Haji Samid pula tidak menelefon memberitahu sama ada kawannya itu sembuh atau pun belum.
Tentulah penyakit darah tinggi yang dihidapinya sudah sembuh dalam tempoh yang Lagi pun doktor menasihatkan dia berihat sahaja supaya penyakitnya tidak melarat.
Apabila Haji Samid menelefon beberapa minggu kemudian, saya terkejut juga. Dia memberitahu Usup Dibab perlu dibedah Kawannya itu bukan sekadar menghidap darah tinggi, tetapi sudah melarat hingga buah pinggang. Terpaksa pula mendapatkan rawatan keluar negeri.
 "Sebelum ke luar negeri, cuba-cubalah ustaz doakan dulu," ujar Haji Samid di telefon, lantas berjanii akan menjemput saya.
"Mahukah dia?" tanya saya bimbang kalau-kalau Usup Dibab menolak. Manalah tahu" dia tidak mahu diubat dengan doa.
Lagi pun memang orang keliru. Mereka menganggap doa itu satu rawatan yang sama dengan rawatan di hospital. Memang sukar hendak dijelaskan bahawa doa hanya ikhtiar sahaja, sementara mendapatkan rawatan yang baik. Setidak-tidaknya doa itu memohon kepada Allah supaya ditemukan dengan ubat dan rawatan yang serasi.
Tetapi kebanyakan orang menganggap doa itulah rawatan perubatan yang mampu menyembuhkan segala penyakit. Sebab itu lah kadangakala saya sentiasa mengelak kalau diminta mendoakan orang yang sakit. Lainlah kalau sudah terpaksa, dan mereka pula daripada kalangan kawan-kawan yang rapat.
"Isterinya, Mahen don yang minta saya sampaikan pada ustaz,'' jelas Haji Samid.
Saya tahu bukannya Mahendon yang mendesak. Masakan Mahendon mengenali saya, kerana hanya sekali sahaja bersua semasa menziarahi Usup Dibab. Tentu Haji Samid sendiri yang menggesa Mahendon demikian.
Disebabkan Haji Samid yang mendesak, memang saya tidak boleh mengelak. Lagi pun dia sendiri datang menjemput ke rumah bersama isterinya Hajah Saamah.
"Hajah Yah, mari lah ikut sama," tutur Hajah Saamah pula mengajak isteri saya. Setelah diajak Hajah Saamah, terpaksa pula isteri saya ikut sama ke rumah Usup Dibab. Sewaktu kami sampai Usup Dibab terbaring sahaja di bilik tidur tidak dapat bergerak kuat. Badannya juga agak susut sedikit setelah hampir sebulan saya tidak temui dia.
Tetapi senyum masih terukir di bibirnya, sekalipun di wajahnya terbayang kegelisahan akibat lama sangat terlantar sakit.
"Bila akan dirawat ke luar negeri?'' isteri saya bertanya sebaik sahaja duduk.
Memang isteri saya pula mudah bertanya, sekalipun baru bertemu. Kadangkala seolah-olah sudah kenal lama kalau dia berbual dengan orang yang baru dikenali. Sebab itulah Mahendon tidak segan-segan memberitahu isteri saya mengenai penyakit suaminya.
"Doktor kata suspect buah pinggang" Mahendon menjelaskan perlahan. "Kalau confirm, barulah dibedah," katanya bimbang dengan keadaan penyakit yang menimpa Usup Dibab. "Kita periksa lagi, nak confirmkan?" semakin galak isteri saya bertanya. Mahendon mengangguk lemah.
"Eloklah ustaz tengokkan dulu, sebelum check-up..." Hajah Saamah memandang saya.
Saya melihat Usup Dibab mengeluh pendek. Dia tidak bercakap apa-apa. Sekali-sekala dia mengerling Haji Samid yang sentiasa mengambil berat ke atas dirinya semenjak terkejang sakit. Haji Samid berulang kali menziarahinya di wad hospital hinggalah mendapat kebenaran balik ke rumah.
Tetapi semenjak dibawa balik keadaan Usup Dibab semakin lemah. Dia tidak dapat bergerak kuat. Kalau mahu ke bilik air pun terpaksa dipapah oleh isterinya Mahendon. Malah Haji Samid juga akan membantu, sekiranya dia datang menziarah.
Apabila saya mahu memegang ibu jari kakinya, tiba-tiba sahaja Usup Dibab ketakutan. "Kenapa, Sup?" Haji Samid segera memegang tangan kawannya.
"Ustaz pegang, macam kena karan sampai menangkap ke pinggang," beritahu Usup Dibab mengingatkan peristiwa ketika saya menziarahi dia di hospital. "
“Kalau macam tu penyakit lainlah awak ni..." ujar Haji Samid memberi keyakinan kepadanya supaya dicuba terlebih dahulu cara pengubatan dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Quran.
Terdiam Usup Dibab. Apabila disuruh berlunjur kaki dia mematuhi sahaja arahan Haji Samid. Saya tidak membacakan Ayatul Kursi semasa memegang ibu jari kaki Usup Dibab, tetapi sekadar berzikir menyebut nama Allah. Dia membiarkan sahaja ibu jari nya dipegang.
Selepas itu saya mula membacakan 7 ayat terakhir daripada Surah Yassin diikuti dengan Ayatul Kursi. Usup Dibab tidak lagi ke-takutan. Dia tenang mendengarkan doa yang saya bacakan dengan jelas.
Kemudian saya meneruskan membaca:
Walahu masa-kana fil-laili wan-aahari wa-huwas sami ‘ul alim
ditambah lagi dengan:
Thum-ma sau-wahu wanafakha fihi min-ruhihi wala'ala laku-mus-sam'a wal-absa-rau-wal af-idata qali-lan ma-tasyku-run,
dan saya teruskan dengan ayat :
Wa-nu-naz-zilu minal-Quran -ni ma-huwa syi-fa-unn wa-rahmatun lil-mukminin.
Ketika saya membacakan ayat-ayat berkenaan Usup Dibab terkebil-kebil sahaja menatap muka saya. Tetapi lama kelamaan dia mula memegang dadanya sambil tercungap-cungap mengah. Dia semakin gelisah menahan perasaannya yang tiba-tiba sahaja memilukan.
Apabila saya membacakan:
Alif lam mim sad, Kaf ha ya a'in sad, Ha mim a'in sim qa, uskunai-yuhal waji'-bil-lazi, in-yasya yuskinir riya fayaz-lalna ra-wakida ala zahrihi, in-nafizalika ra-a-yatin likul-li sab-baran syakur,
seluruh tubuh Usup Dibab kelihatan berpeluh merenik-renik
"Lain penyakitnya Usup ni," Haji Samid berpaling memerhati Mahendon yang mengelap peluh di tubuh Usup Dibab.
"Penyakit ni dah lama," beritahu Mahendon serba salah mahu menlanjutkan. "Tapi, dia berkeras tak mahu berubat di kampung,'' katanya semacam menyesali sikap suarninya selama ini.
"Kenapa tak jumpa ustaz ni?" lantas Hajah Saamah mencelah. "Dia mahu percaya penyakit macam ni, tahyol katanya..." Mahendon mencebik bibir meluahkan perasaan yang mendongkol.
Tetapi Usup Dibab memang tidak boleh disalahkan. Dia sendiri tidak tahu penyakit yang mengganggunya selama ini. Setiap dia menemui doktor, tidak ada penyakit yang dapat diagakkan. Hanya ada tanda-tanda dia menghidap darah tinggi.
Sama juga macam Haji Samid terjerit-jerit menghidap batu karang hingga sukar mahu buang air kecil. Kadang-kala kencingnya bercampur darah, setelah puas meneran di bilik air. Tetapi setelah dieksray, tidak pula ada tanda tanda dia menghidap penyakit batu karang.
Terpaksa balik ke kampung isterinya Hajah Saamah di Kelantan. Puas berubat dengan Mak Nik, tetapi penyakit Haji Samid semakin pasang. Hingga Mak Nik sendiri turun ke Kuala Lumpur. Dia berkeliling di rumah Haji Samid diikuti oleh Hajah Saamah, sambil menujah-nujah mata parang ke tanah.
Sewaktu sampai di bawah pokok kelapa rendah, Mak Nik menyuruh Hajah Saamah meng-alihkan pasu bunga yang bersusun di situ. Kemudian dia mengorek dengan hujung parang di atas tanah berbekas buntut pasu bunga itu. Hampir sejeng-kal dia mengorek tanah, Mak Nik mengeruk dengan tangannya mengambil bungkusan kain putih yang hampir reput.
"Apa pula benda nya ni?" gerutu Mak Nik menunjukkan bungkusan kain putih sebesar kotak mancis itu.
Memang menghairankan Hajah Saamah, bagaimana Mak Nik yang tidak pernah jejak kaki ke rumahnya dapat mengesan bungkusan tersebut di bawah pasu bunga. Apabila dibuka pembungkus kain itu, Hajah Saamah melihat sendiri paku berkarat tercacak pada limau yang sudah kering. Kesan darah ada pada kain pembungkus itu.
"Emmm, macam-macam permainan orang!" Mak Nik mengambil bungkusan tersebut sarn-bil menggeleng-geleng perlahan.
"Ada orang dengki ke, Mak Nik?" soal Hajah Saamah bimbang setelah menemui bungkusan tersebut.
 "Ah, jangan banyak tuduh menuduh yang sakit kita ubat, cukup..." katanya memberi keyakinan.
Tiga hari selepas ditemui bungkusan itu, Mak Nik membuangkannya di sungai berarus deras. Sebelum dia balik ke Kelantan, Mak Nik memberitahu, "Sakit gangguan tu dah baik insya Allah tapi sakit batu karang Haji Mid kenalah ke hospital juga.'
Selepas berubat dengan Mak Nik, memang Haji Samid tidak merasa kesakitan lagi apabila membuang air kecil. Tetapi dia terpaksa juga mendapatkan rawatan di hospital, kerana benar-benar menghidap penyakit batu karang. Kadang kala sampai sebesar ketul gula berpasir keluar bersama kencingnya.
 "Kalau benar awak kena darah tinggi, memang patut berubat di hospital, Sup," kata Haji Samid mengingatkan kawannya itu. "Tapi, kalau gangguan sia-sia aje" lantas memberitahu mengenai pengplamannya menghidap penyakit batu karang.
Usup Dibab tidak menyahut. Matanya sahaja terkebil-kebil memandang saya terus membacakan ayat-ayat Quran.
Apabila saya membacakan ayat 22, 23 dan 24 Surat al-Hasyr, Usup Dibab menggoyang-goyangkan kakinya. Tangannya juga mula mendepa seolah-olah membuka bunga silat.
Melihatkan keadaannya semakin galak menepis-nepis tangan, saya juga tidak berhenti membacakannya. Puas dia menepis-nepis tangan, Usup Dibab memegang kepalanya pula sambil merentap-rentap rambut.
"Kenapa awak rentap rambut sendiri, Sup?" soal Haji Samid keras.
Usup Dibab menggeleng kepala. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal diri nya hingga merentap-rentap rambut, sekalipun dia masih sedar apa pun yang dilakukannya.
Hampir setengah jam saya membacakan ayat-ayat Quran itu, barulah saya menghentikannya. Kemudian berundur ke belakang menyandarkan belakang ke dinding. Usup Dibab tidaklah termengah-mengah lagi menahan rasa sesak nafas.
"Macam mana, Sup'?" tersengih-sengih Haji Samid menatap muka kawannya.
"Entahlah," sahut Usup Dibab perlahan. "Saya sedar semuanya, tapi tak dapat kawal," ujar nya menjelaskan kejadian yang menimpa dirinya.
Memang dia tahu kakinya menggeliat-geliat sambil tangan nya merentap-rentap rambut, tetapi dia tidak berdaya mengawalnya. Seolah-olah ada tenaga lain yang melakukannya, sekalipun dia berusaha melawan tenaga tersebut.
"Tak apa nanti kita ulang lagi besok," kata saya semasa mengajak Haji Samid balik. "Kalau kita teruskan juga malam ni, letih sangat Usup..." jelas saya supaya Usup Di Dibab dapat berihat.
Tentu dia semakin letih, kalau tenaga yang diketahui mengawalnya itu terus mengganggu dirinya. Usup Dibab juga akan keletihan disebabkan tenaga tersebut masih mengawal dirinya.
Besoknya pagi pagi lagi Usup Dibab sudah menelefon saya. Dia sudah boleh masuk ke bilik mandi dengan tidak perlu dibantu oleh Mahendon. Kakinya yang sengal sengal dan lemah, sudah boleh dijejakkan sekalipun masih terasa goyah.
"Alhamdulillah," sahut saya sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Usup Dibab.
Tetapi apabila isteri saya bertanyakan penyakit sebenar yang dideritai oleh Usup Dibab, sukar juga saya mahu menjelaskan. Saya sendiri tidak tahu punca sebenarnya. Saya sekadar mendoakan dengan membaca ayat-ayat Quran seperti per-nah d itunjukkan oleh arwah Tok Aji. Perkara mnentukan penyakit bukan keupayaan saya, kerana semuanya adalah kudrat dan iradat Allah semata-mata.
Arwah Tok Aji kerapkali mengingatkan supaya membacakan doa-doa berkenaan dengan menyerahkan diri kepada Allah. Tidak ada makhlukNya yang mampu menyembuhkan penyakit, kerana hak menyembuhkan penyakit adalah atas kuasa Allah. Maha Suci Allah yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata.
Ketika datang ke rumah Usup Dibab malam berikutnya, dia tidak lagi terkejang di katil. Usup Dibab sudah turun ke tingkat bawah menonton TV. Sudah riang tertawa dia berbual dengan Haji Samid, yang tiba lebih awal dari pada saya.
"Dah sembuh sikit, ustaz," beritahu Mahendon ter-senyum sebaik sahaja saya menjengah di pintu.
"Kalau begitu, Usup kenalah ubat sendiri," sahut saya sambil duduk di kusyin.
"Ubat macam mana pula, ustaz?" terkejut Usup Dibab mendengar desakan saya itu.
"Saya sekadar membantu," beritahu saya dalam suara yang perlahan. "Doa yang afdal, mesti dari Usup sendiri," kata saya menggesanya me-lakukan sembahyang tahajud di tengah malam.
Memang doa yang saya baca sekadar untuk membantu sahaja. Usup Dibab perlu berdoa sendiri dengan mengerjakan solat sunat tahajud setiap malam. Kalau mengharapkan orang lain mendoakan kesejahteraan hidup kita, tentulah sukar mahu mencapainya.
Usup Dibab mengakui sepanjang menghidap sakit itu, dia sering didatangi lelaki tampan lengkap berpakaian serba hitam, macam pendekat silat. Lelaki itu mengajarnya membuka langkah silat setiap malam hingga dia tercungap-cungap keletihan.
"Aku Panglima Hitam," beritahu lelaki tampan den-gan misai berkelok menarik tangan Usup Dibab ke tengah gelanggang. "Aku suka dengan sikap kau, sebab itu aku mahu mengajar kau silat panglima Melayu,'' katanya bersemangat.
Terangguk-angguk Usup Dibab mematuhi kemahuan Panglima Hitam itu. Dia tidak berani membantah, setiap kali Panglima Hitam itu menjelma di hadapannya.
Apabila diajar melompat, Usup Dibab terpaksa melompat. Kalau disuruh memanjat, dia tetap memanjat pokok tinggi hinga lima enam pemeluk. Kadangkala Panglima Hitam memaksanya terjun ke dasar sungai menyelam di air, Usup Dibab tetap mematuhinya juga.
Akibatnya dia termengah-mengah sampai berpeluh merenik-renik. Usup Dibab tidak dapat mengelak daripada gangguan Panglima Hitam yang sering menjelma. Sekalipun hati kecilnya tetap menganggap kehadiran Panglima Hitam itu tahyol di dalam mimpinya, tetapi dia menanggung segala penderitaan.
"Kenapa kau masuk hospital?" soal Panglima Hitam marah, ketika Usup Dibab terlantar di hospital.
"Saya kena darah tinggi, panglima," beritahu Usup Dibab gementar seolah-olah dia sudah melanggar pantang larang Panglima Hitam.
"Doktor sudah sahkan," ujar Usup Dibab perlahan.
"Kalau kau sakit, aku yang akan ubatkan..." kata Panglima Hitam mengingatkan dia.
Tetapi Panglima Hitam tiba-tiba menjadi gementar, apabila saya dan Haji Samid datang menziarahi. Usup Dibab nampak saya memegang kaki Panglima Hitam menyebabkan hujung jari kakinya terbakar. Melompat tinggi Panglima Hitam kesakitan, apa-bila hujung ibu jari kakinya merah seperti besi berbara.
Setiap kali PangIima Hltam cuba membuka langkah kakinya seperti kaku tidak boleh digerakkan. Sehingga saya balik meninggalkan wad hospital, Panglima Hitam masih tersepuk duduk di penjuru wad, tidak dapat bergerak.
Apabila Usup Dibab dibenarkan keluar daripada wad, Panglima Hitam tetap mendampingi dia. Hingga Usup Dibab tidak terlarat mahu mengikut pancak silatnya sepanjang masa. Seluruh tubuh Usup Dibab menjadi sengal-sengal tidak menentu.
Terpaksalah Mahendon memberitahu Haji Samid keadaan suaminya yang semakin tenat. Mereka membawa ke hospital berulang kali untuk rawatan pakar. Hingga pihak hospital memutuskan Usup Dibab menderita sakit buah pinggang yang memerlukan pembedahan.
Panglima Hitam masih mendampingi Usup Dibab, ketika saya dijemput ke rumahnya ‘oleh Haji Samid. Cepat-cepat Panglima Hitam menggenggam olah-olah mahu menyembunyikan. Tetapi tangan Panglima Hitam terketar-ketar menyebabkan genggamannya terbuka. Usup Dibab terlepas juga daripada genggamannya.
Sewaktu saya membacakan ayat 22, 23 dan 24 Surat al-Hasyr, Panglima Hitam menepis-nepis tangan mengelak dari terjahan serpihan kaca yang berterbangan. Dia cuba menunjukkan kekebalannya dengan menghadang terjahan kaca itu. Tetapi setiap kali serpihan kaca berterbangan itu menyinggahi tangannya, semua melekat laksana duri onak tertusuk.
"His, ilmu apa ustaz gunakan ni?" Panglima Hitam merungut sambil menggeliat kesakitan akibat terjahan serpihan kaca di seluruh tubuh. Dia juga merentap-rentap rambut mahu membuang serpihan kaca yang banyak melekat di kulit kepala.
 "Kenapa awak rentap rambut?" Usup Dibab terdengar sayup-sayup Haji Samid mengejek.
"Ustaz ni, tak patut..." gerutu Panglima Hitam mencemik muka. "Aku nak bantu Usup, dia pula meng halang," katanya sambil memberi isyarat menyuruh saya pergi.
Usup Dibab masuk semula ke dalam genggamannya. Terpaksa dia bergayut pada jari Panglima Hitam supaya tidak tercampak jatuh. Tetapi serpihan kaca terus menerjah genggaman Panglima Hi-tam hampir me-nyinggahi Usup Dibab yang semakin kecil di dalam genggaman itu.
"Jangan awak berlindung di situ, Sup," Usup Dibab mendengar suara yang menasihati dia. "Ingatkan Allah, dan terjun daripada genggaman Panglima Hitam," dia mendengar arahan saya dalam keadaan serba salah.
Melihatkan serpihan kaca bertalu-talu menerjah, terpaksa juga Usup Dibab melompat keluar daripada genggaman. Dia terhumban jauh ke dalam jurang yang gelap gelita. Hingga dia terbangun keesokan paginya, Usup Dibab sudah boleh ber jalan sendiri ke bilik air.
Masih terbayang di kepalanya bagaimana Panglima Hitam mahu mengajarnya memencak dengan silat Melayu. Dia tidak dapat mengelak setiap kali Panglima Hitam datang menjelma.
"Siapa Panglima Hitam tu, ustaz?" soal Usup Dibab perlahan setelah badannya terasa segar sedikit.
"Manalah saya tahu," ujar saya tersengih-sengih, kerana saya sendiri tidak pernah melihatnya.
Hanya Usup Dibab sahaja melihat Panglima Hitam ketakutan sewaktu berhadapan dengan saya. Seluruh tubuh nya gementar. Setiap kali saya membacakan ayat-ayat Quran, tubuh Panglima Hitam akan jadi sasaran terjahan serpih kaca yang berterbangan.
Tentu siapa pun sukar mahu mempercayai penjelasan Usup Dibab, macam dia juga tidak percaya dengan cerita daripada Haji Samid. Memang siapa pun tidak pernah menemui Panglima Hitam yang dikatakan oleh Usup Dibab itu. Apa lagi untuk mempercayai Usup Dibab sentiasa duduk dalam genggaman Panglima Hitam, selama dia terlantar sakit akibat buah pinggang.
Tiga minggu selepas saya mengunjunginya itu, Usup Dibab datang menemui saya di rurnah bersama isterinya Mahendon. Riang sangat. hati Ustip Dibab setelah diberitahu oleh doktor pakar, dia tidak menghidap sakit buah pinggang. Dia juga tidak perlu ke luar negeri untuk rawatan perubatan.
"Sekarang macam mana rasa badan?" soal isteri saya ramah.
"Alhamdulillah sihat..." beritahu Usup Dibab mengerling Mahendon di sisinya. Mahendon mengangguk per-lahan sambil tersengih-sengih. Dia juga gembira dengan keadaan suaminya yang semakin- ber-tambah sembuh.