Monday, March 26, 2018

272. LEMBAGA BERKEPALA BUAH KUNDUR


Sewaktu senja masih samar-samar selepas maghrib, memang Mat Resat gemar menjala ikan di sungai. Kadangkala marah juga ayah mertuanya Itam Sidin dengan perangai Mat Resat, sehinggakan tertinggal solat maghrib. Kadangkala bukan lagi solat maghrib, malah solat lima waktu pun sengaja ditinggalkan.
Tetapi Itam Sidin sudah puas meleteri menantunya itu. Mat Resat hanya tersengih-sengih saja. Sebaliknya dia pula meleteri isteri nya Endon dengan menyindir. "Ayah awak tu leter tak tentu fasal, dia tak taukah kubur masing-masing…”
Endon juga sudah tidak mahu lagi meleterkan Mat Resat. Terpulanglah pada dia sendiri memikirkan buruk baiknya rneninggalkan solat lima waktu. Malah bulan puasa pun, dia tidak segan-segan terconggok di kepala tangga menghisap rokok daun. Memang perangai Mat Resat itu benar-benar menyinggung perasaan Itam Sidin.
“Ke mana awak ni?" tegur Endon sebaik melihat suaminya menggalas jala di bahu menuruni anak tangga.
"Awak tak nampakkah apa yang aku bawa...I" sahutnya keras.
"Fasal nampaklah Endon bertanya" kata Endon berdiri di kepala tangga merenungi suaminya yang mendongak ke arah dia.
"Ah, bising tak tentu fasal" rungut Mat Resat melangkah meninggaIkan halaman.
"Hoi, awak tu tak tau ke, maghrib ni" Endon meninggikan suaranya. "Endon tak ingin ikan yang awak jala tu tau tak. Kalau awak tak menjala, di rumah ni tak berlaukkah..?' dia melepaskan geram dengan perangai suaminya yang menggalas jala sewaktu maghrib mula menjelang.
Mat Resat tidak pedulikan leteran isterinya. Dia terus melangkah menuju ke sungai, sekalipun azan maghrib dari surau kedengaran memecah keheningan. Sampai saja di sungai dia tidak bertangguh menibarkan jalanya. Semasa menarik jala dia berhati-hati merasakan getaran ikan menunjal kepala mahu lepaskan diri.
Itulah nikmat yang hendak dirasakan oleh Mat Resat, apabila kepala ikan menunjal benang jala untuk melepaskan diri. Setiap kali menibarkan jala ke air, bukanlah banyak ikan tersangkut. Kadangkala tidak ada seekor pun ikan yang menying-gahi jalanya.
Tetapi Mat Resat tetap gemar menjala. Kira-kira satu jam lebih menjala, dia akan balik. Sudah melebihi jam 8.00 malam memang tidak ada guna nya lagi menjala di sungai. Kegelapan malam akan mengganggu dia. manalah tahu kalau-kalau ada ular yang termasuk ke jala.
Sebab itulah dia memilih waktu rnaghrib ketika samar-samar senja itu. Dia percaya ketika ini ikan berkeliaran rnencari tempat berihat. lnilah masa yang balk dia menebarkan jala, supaya mudah ikan-ikan bekeliaran itu masuk ke jala.
“Hah, banyak sangat sarnpah sarap" rungut Mat Resat apabila menarik jalanya dipenuhi dengan sampah sarap saja. Tidak ada seekor pun ikan yang  tersangkut di jala.
Beberapa kali dia menibar, rnasih juga tidak tersangkut seekor ikan pun, yang masuk perangkap jala.
Kesamaran senja menampakkan p0hon-pohon kayu berbalam-balam di sekitar bukit-bukau. Riak air juga kedengaran lembut ber kocak ke tebing. Mat Resat terus mudik ke hulu sungai menibar jala melalui bengkok-bengkok sungai yang ditumbuhi belukar tebrau di kiri kanan.
Samasa rneialui selekoh sungai berhampiran dengan pokok kelepung rendang di tebing, Mat Resat terdengar bunyi orang menibar jala. Tentu orang dari sebelah hulu yang menjala di senja itu.
“Siapa pula tu...?” dia cuba menduga orang yang menibar jala itu. Di kampung itu tidak ramai yang suka menjala. Kalau ada pun mereka lebih gemar menggunakan jeramak.
Mat Resat memanjangkan leher memerhati dalam kesamaran senja. Tetapi dia tidak melihat sesiapa pun. Hanya kedengaran bunyi timah jala jatuh ke air semakin dekat. Tidak jadi Mat Resat menibarkan jala sebaik terdengar bunyi orang lain menjala itu. Dia hanya menunggu saja di situ mahu mempastikan siapakah yang sama-sama menjala di kala senja demikian.
Beberapa minit dia menunggu bunyi timah jala jatuh ke air itu, barulah Mat Resat nampak dalam kesamaran senja itu bayangan orang menibar jala. Perlahan-lahan dia meranduk air ke hulu mendekati teman barunya itu. Tetapi apabi la dihampiri dia melihat seorang lelaki bertelanjang bulat dan berkepala botak sedang menyirak-nyirakkan pasir ke air. Dia dapat melihat lelaki itu bukanlah sedang menjala.
"Hol, siapa awak? tegur Mat Resit.
Lelaki itu tidak berpaling. Tubuhnya kelihatan keputlh-putihan di dalam kesamaran senja tersebut.
"Awak menjala ikan juga ke?" tanya Mat Resit sekalipun sudah diketahuinya lelaki itu tidak memegang jala di tangan. Lelaki itu hanya menyirak-nyirakkan pasir saja ke air.
Lelaki itu tidak juga menyahut. Dia membongkok mengambil pasir di dasar sungai. Kemudian menyirak-nyirakkan ke air hingga kedengaran seperti timah jala ditibarkan.
Berdebar juga hati Mat Resat kerana lelaki itu mendiamkan diri saja. Hendak dikatakan pekak, mustahil pula disebabkan lelaki itu terhenti sejenak dari menyirak-nyirakkan pasir semasa ditegur oleh Mat Resat.
Dia terus mendekati lelaki yang bertelanjang bulat itu. Apabila hampir didapatinya lelaki itu bukanlah bertelan-jang bulat, tetapi seolah-olah memakai pakaian dari getah nipis berwarna putih.
"Hoi, siapa awak ni...?" Mat Resat memegang bahu lelaki berkenaan.
Perlahan-lahan lelaki itu berpaling. Apabila mereka bertentangan Mat Resat melihat lelaki tersebut tidak mempunyai muka. Kepalanya sama seperti kundur yang terletak di atas tunggul saja.
Terkejut Mat Resat menyebabkan dia terpaksa berundur sedikit. Tetapi dia tidak merasa takut menghadapi suasana demikian. Memang selalu didengar oleh Mat Resat orang-orang kampungnya menemui lembaga botak di kawasan sungai tersebut.
Kadangkala ada orang melihat lembaga wanita, dan kadangkala lembaga anak kecil. Lembaga berkenaan hanya menyirak-nyirakkan pasir saja ke air. Pernah juga seorang wanita sedang membasuh kain dipaut kaki nya oleh lembaga itu disebabkan terjuntai ke air dari tebing sungai. Ma-lah lembaga anak kecil pernah masuk ke dalam jeramak orang mencari ikan, tetapi terlepas semula.
Semasa di dalam air lembaga itu terasa lembik seperti uri bayi yang baru lahir. Memang terjerit-jerit wanita sedang, membasuh itu apabila kakinya dipaut dari air.
Tetapi selama itu tidak pernah pula Mat Resat menemuinya. Setiap kali dia menjala ikan di kala senja menjelang, tidak pula pernah dia terserempak lembaga berkenaan. Mungkin senja itu dia terpaksa menghadapi suasana yang sangat rnembimbangkan orang-orang di kampung itu sebelumnya.
"Kalau sahabat kau pergi, kalau musuh kau nanti!" seru Mat Resat dengan jampi menteranya sambiI dihembuskan perlahan ke arah lembaga berkepala botak dan tidak ada muka itu.
"Hai Mat Resat, sini bukan tempat kau" dia terdengar lelaki itu mencemik dalam suara garau. Sekaligus pula lelaki itu melimpar dia dengan pasir yang tergenggam di tangan.
"Aku bukan cari kau, aku nak jala ikan!" sahut Mat Resat menggertap bibir. Marah benar hatinya diganggu oleh lembaga tersebut. Belum pernah dia diganggu demikian, mengapa tiba-tiba saja lembaga itu berani menjelma dihadapannya.
"Kau tak taukah, orang nak berihat-rihat dengan anak bini. Kenapa buat bising malam-malam macam ni?" lelaki itu merungut menyatakan rasa marah nya juga.
"Memang pun kau tak bermata!" jerkah Mat Resat berdiri tegak di tengah air. "Kau tak taukah, sekarang ni senja. Belum pun malam lagi, tau..." katanya lebih keras.
"Sini rumah tangga orang, kenapa diganggu?" soal lelaki itu meninggikan suara.
"Kau bukan raja nak memerintah aku!" jawab Mat Resat.
"Keras betul kepala kau..." gerutu lelaki berkepala botak itu.
"Aku tak cari kau tapi kau yang sengaja nak menakut-nakutkan aku" semakin keras suara Mat Resat membentak. Dia membetuIkan letak jalanya yang tersandang di bahu. Kemudian dia menyeru:
Hai, nenek guru tujuh petala langit, setinggi-tinggi sampai ke langit, anak cucu nak minta tolong bantu, hu..."
Dia mengisar dua tapak tangannya sambil ibu jari ditekankan ke pasir. Ketika ini air di tempat lembaga itu berdiri menggelegak seperti tengah mendidih di dalarn kawah panas.
"Wah, kau nak tunjuk pandai ye, Mat Resat!" semakin marah lelaki berkepala botak itu apa bila dilakukan demikian oleh Mat Resat.
"Kalau kosong dada aku, tak akan aku datang senja-senja macam ni puaka air!" bentak Mat Resat semacam mengingatkan lembaga berkenaan.
Air mendidih di tempat lembaga itu berdiri, kelihatan berasap seolah-olah terlalu panas. Segera lembaga itu melompat naik ke atas tebing. Kepalanya yang bulat seperti kundur itu tiba-tiba saja berlubang di bahagian mata.
Mat Resat yang berdiri di tengah air tidak sempat lari naik ke tebing. Dia terpaksa menunggu di situ. Dia tahu tembaga tidak bermuka itu terlalu marah terhadapnya. Sewaktu dia melihat api merah keluar dari mata yang berlubang di kepala lembaga berkenaan, Mat Resat merasa kakinya hingga sampai ke paha sakit berdenyut-denyut
"Ah, sampaikah ajal aku ni..." bisik nya perlahan, tetapi semangatnya masih keras. Dia tidak mahu menyerah kalah dalam keadaan demikian pun.
Kemudian dia merasa benda lembut seperti agar-agar memaut kakinya menarik ke bawah air. Dia merasa pasir sungai juga menjadi lembut seperti selut.
"Ya Allah, aku mohon pertolongan Engkau!" terluncur saja dari rnulut Mat Resat keluhan yang menguatkan azamnya. Saat ini dia bertekad akan berpuasa berturut-turut tiga hari sekiranya berjaya melepaskan diri dari ancaman demikian.
Dia sudah menyeru melalui jampi serapah yang diajarkan oleh Tok Sepet, dukun kampung yang menjadi gurunya belajar cara-cara mengubati penyakit. Tetapi dia seolah-olah ditewaskan sekalipun berkali-kali menyeru:
Hai, datuk petala guru, sehabis-habis sampai ke mambang engkau bertiga saudara, berempat bersama aku, tolong bantu aku dalam bencana...
Habis saja dia menyeru, lembaga itu lari beralih tempat. Dari lubang mata lembaga itu dia nampak asap hitarn keluar berbau busuk menyebabkan dia terbatuk-batuk. Kakinya juga terus dipaut dari bawah air menariknya sekuat tenaga.
Mat Resat terus menyeru:
Hai nenek tujuh petala bumi sehabis habis engkau sampai ke bawah bumi tolong bantu aku dalam bencana!
Dia merasa tubuh nya ditolak dari bawah untuk melepaskan kakinya yang di paut. Kemudian dia ternampak bayang seperti bayi dalam kandungan di permukaan air. Tetapi bayangan itu tidak lama. Apabila bayangan bayi dalam kandungan itu tidak kelihatan di permukaan air, dia merasa kakinya dipaut semula oleh benda lembik di bawah air.
Dalam keadaan terdesak itu lah Mat Resat mengeluh panjang, Ya, Allah, apalah syaitan yang mengganggu aku ni. Aku mohon pertolongan Engkau ya, Allah".
Sekaligus Mat Resat terasa kakinya terlepas dari pautan benda lembik dari bawah air. Kakinya yang sakit berdenyut-denyut mulai pulih sekalipun ia rasa sengal-sengal. Segera dia naik ke tebing untuk menyelamatkan diri. Kalau terus berdiri di tengah air, tentulah sukar dia mahu mengelakkan ancam an tersebut
"Mat Resat, kau fikir ilmu kau dah cukup ye?" sindir lembaga yang berdiri di tebing seberang.
"Aku tak berilmu" sahut Mat Resat tegas. "Aku hanya berlindung pada Allah yang menjadikan aku dan juga kau" katanya masih berazam tidak mahu menyerah kalah.
"Aku tau kau berguru pada Dukun Sepet" suara parau terketar-ketar di dalam kesamaran senja itu mengejeknya.
"Aku tak berguru dengan siapa pun!" ujar Mat Resat dalam keadaan serba salah. Namun dalam hatinya dengan sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah SWT. Kekesalan mula menyusup dalam dirinya kerana mengabaikan solat yang sering dileteri oleh ayah mertuanya !tam Sidin.
Ketika ini hatinya bulat menyerahkan segalanya kepada Allah dalam menghadapi ancaman lembaga yang dipercayainya puaka air. Selama ini dia tidak menghiraukan sangat kemunculan lembaga botak tiga beranak yang ditemui oleh beberapa orang penduduk-penduduk kampung.
Tetapi orang-orang kampung tahu lembaga botak tiga beranak itu tidak pernah mengganggu. Apabila mereka terserempak lembaga tersebut sedang menyirak-nyirak pasir ke air, mereka akan menyimpang mencari haluan lain. Lembaga itu tidak pernah mengejar atau memperdayakan mereka.
Malah bayi lembut yang berpaut pada kaki juga akan segera melepaskan kalau segera naik ke tebing. Tok Sepet juga menerangkan lembaga itu hanya mahu berkawan, bukannya mengganggu. Disebabkan mereka takut maka tidaklah dapat lembaga tersebut mahu berkawan.
"Lain kali jangan tunjuk pandai" lembaga itu terus mengejek dia.
"Kau pun jangan nak tunjuk pandai!" sahut Mat Resat tidak merasa gentar.
"Wah, kau keras kepala..." sekaligus lembaga itu melayang dari seberang sungai mahu menerkam ke arah Mat Resat.
"Kau setan dilaknat Allah!" pekik Mat Resat menggertap bibir sambil bersedia mahu meng gunakan jala di tangan sebagai senjata mempertahankan diri.
Lembaga itu hanya berligar-Iigar di udara seolah-olah tidak dapat menghampiri Mat Resat. Kemudian Mat Resat terdengar sayup-sayup suara ayah mertuanya Itam Sidin menyuruh dia azan tujuh kali. Tidak bertangguh Mat Resat pun mematuhi suruhan itu dengan melaungkan azan tujuh kali.
Selepas itu dia terdengar suara yang sama menyuruhnya membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Mat Resat jugs melakukan sebagaimana yang disuruh. Dalam masa dia membacakan Ayatul-Kursi itu, Mat Resat dapat melihat kilat memancar dari udara dengan dentuman guruh yang kuat. Sekaligus pula kilat itu menyinggahi lembaga yang berligar-ligar itu menyebabkan ianya terhumban ke dalam air.
"Bacakan Surat Al-lkhlas 11 kali..." suara sayup-sayup itu seolah-olah berbisik ke telinga Mat Resat.
Dalam suasana terdesak itu Mat Resat tetap rrematuhi saja. Dia hanya diminta membacakan ayat-ayat Quran yang mudah.
Apabila dia melihat ke dalam air, ternampak olehnya tiga lembaga botak berpelukan di tengah arus yang tidak deras. Air dikeliling lembaga-lembaga tersebut mendidih serta berasap seperti di alam kawah sedang terjerang ditungku.
"Kau diselatnat-kan oleh ayat-ayat itu, Mat Resat" gerutu lembaga terse-but terketar-ketar bagaikan menyimpan dendam.
"Tidak, aku diselamatkan oleh Allah SWT" sahut Mat Resat gementar .sedikit kerana terharu dengan perlindungan dart Allah SWT yang tidak di-duganya sama sekali.
Lama kelamaan lembaga botak tiga beranak yang berpeluk-peluk dalam air mendidih itu tenggelam bersama arus. Malam kian gelap setelah berIalunya kesamaran senja. Dalam keletihan itulah Mat Resat balik ke rumah dengan kekesalan yang sungguh mengharukan.
Sampai saja di rumah, Endon kehairanan kerana keruntung suaminya kosong. Tidak seekor pun ikan yang diperolehinya. Tidak pernah Mat Resat mengalami nasib demikian buruk sekiranya dia pergi menjala. Setidak-tidaknya empat lima ekor ikan sebarau sebesar tiga jari masuk juga ke jala. Jarang dia balik dengan keruntung yang kosong.
"Hah, banyak awak dapat ikan" terus saja Endon menyindir sebaik suaminya naik ke rumah.
Mat Resat tidak menyahut. Setelah meletakkan keruntung di pelantar dapur dan menyangkutkan jala di dinding pelantar, dia terus mandi dengan tidak bercakap sepatah pun. Selepas mandi dia mengambil wuduk dengan linangan airmata keinsafan.
"Awak tak makan dulu?" tanya Endon sewaktu Mat Resat melintas di depannya.
Mat Resat hanya menggelengkan kepala. Dia mencapai tikar sembahyang terus ke hujung serambi menunaikan solat. Terkejut juga Endon melihat perubahan suaminya. Selalunya selepas mandi Mat Resat tentu makan terlebih dulu, sebelum terlentang tidur di tengah rumah melepaskan penat.
"Agaknya dah kenyang makan ikan ni!" Endon menyindir untuk melepaskan geram.
Tetapi Mat Resat tidak juga menyahut. Dia terus menunaikan solat di hujung serambi. Kemudiannya berwirid panjang, sebelum menjamah nasi yang dihidangkan oleh isterinya.
Selepas makan dia terus tidur dengan tidak menghirau kan pertanyaan dari Endon. "Macam mana boleh tak dapat ikan?" Endon berlembut setelah melihat suaminya mendiamkan diri saja.
"Tak ada rezeki" jawabnya pendek sebelum merebahkan badan. Selepas itu dia tidak meIayani lagi pertanyaan isterinya.
Mat Resat terlelap disebabkan terlalu letih. Endon pun tahu, Mat Resat bukanlah tidak mernpunyai didikan agama sehingga sanggup meninggalkan solat dan puasa nya. Semasa remaja nya Mat Resat memang beiajar agama dari pondok, tetapi setelah berkahwin dengan Endon, perangainya tiba-tiba saja berubah.
Dia bukan saja jarang menunaikan solat, malah lebih kerap menuntut ilmu dukun. Dia lebih yakin dengan ilmu-ilmu demikian dalam mengharungi hidupnya. Sebab itu Mat Resat tidak pernah takut berseorangan diri saja menjala ikan di waktu senja, atau memasang jerat ke hutan.
Tengah malam nya Endon terkejut dari tidur apabita mendengar esakan tangis .di hujung serambi. Dia mengendapnya, didapatinya Mat Resat sedang khusuk di atas tikar sembahyang beratib dan berzikir.
"Saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun kisah ni, ustaz" beritahu Mat Resat semasa dia menemui saya di rumah Aki Sahak. Memang Mat Resat selalu mengunjungi Aki Sahak.
Tetapi saya dapat mengagak, Mat Resat tidak mahu menceritakan kepada sesiapa, mungkin dia merasakan orang akan mentertawakan dia. Atau orang akan menganggapnya terlalu mempercayai perkara yang tahyol. Sebab itulah dia lebih suka memendamkan saja kisahnya supaya tidak diketahui orang, sekalipun oleh isterinya sendiri.
Ketika saya berbual-bual dengan Mat Resat di serambi rumah Aki Sahak itu, Abang Teh membawa seorang lelaki dari Mancis menemui Mat Resat.
"Saya ke rumah lebai tadi, tapi Teh kata lebai ke marl" tegur lelaki itu tersengih-sengih lantas menghulurkan sebotol air kepada Mat Resat. "Saya minta lebai tolong doakan sikit, isteri saya kena gatal-gatal habis seluruh badan' katanya dengan penuh harapan.
Mat Resat yang dikenati oleh mereka di kampung itu Lebai Mat Resat mengambil botol air tersebut. Dia memandang ke arah saya dan Aki Sahak, sebelum mu lakan doanya.










Sunday, March 18, 2018

271. MAYAT TERBAKAR BERLUBANG KELUAR API


Lepas sembahyang Jumaat petangnya sebelum masuk Asar, Razak sampai. Dia terus ke rumah mertuanya bersama saya. Segala kejadian yang menimpa kampung terpencil itu diberitahu oleh Mat Kidam. Saya sendiri terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian pada sebelah malamnya.
"Tok Aji, tak dapat datang" jelas Razak.
Terbayang kehampaan pada wajah Mat Kidam bila diberitahu Tok Aji tidak datang. Dia sudah menaruh penuh harapan bahawa Tok Aji saja boleh mengatasi masalah di kampung tersebut. Saya hanya tersenyum melihat wajah Mat Kidam yang benar-benar hampa itu.
"Tok Aji tu sayang nak tinggalkan pondoknya, macam mana dia nak datang" beritahu Razak mangerling Leha yang terbaring di tengah induk rumah.
"Emmm, kalau berulang lagi macam malam tadi, entahlah" keluh Mat Kidam masih terbayang kekesalan nya. Dia seolah-olah putus asa disebabkan Tok Aji tidak mahu datang, sama macam keciwanya apabila Mat Natar uzur semasa dijemput oleh Delit.
 "Tok Aji suruh ustaz ni tengok-tengokkan dulu" ujar Razak berpaling ke arah saya. "Ustaz ni cucu Tok Aji" katanya macam menghilangkan kehampaan yang bersarang di hati Mat Kidam.
Memang Tok Aji menyuruh saya ke kampung Razak, disebabkan memang sikap Tok Aji dia tidak akan pergi bila dijemput untuk mengubati orang sakit. Tok Aji berpendirian tegas bahawa dia bukanlah bomoh sebaliknya dia akan datang sekiranya di minta mengajar agama. Kalau kebetulan sewaktu dia mengajar ada orang yang sakit, barulah dia mahu mendoakan.
Silapnya Razak ialah meminta Tok Aji datang mengubati Utih Mun. Bagaimanapun malam Jumaat itu, Tok Aji memang bangun sembahyang tahjud memohon doa supaya gangguan di kampung Razak itu dijauhi Allah. Tidaklah saya tahu mengapa semakin berat pula gangguan pada malam semalamnya sehingga dulang pun berterbangan. Malah Pak Jubin sendiri terangkat ke udara hingga sehasta jaraknya dari lantai.
'Assalamualikum' saya berpaling ke tengah halaman sebaik saja ada orang memberi salam. Usup Gendut bersama isterinya Mak Jidah yang datang sebaik saja diberitahu Razak sudah batik. Mak Jidah masih kelihatan lemah semasa menaiki tangga.
"Kenapa sampai dua malam kau di sana Razak?" tanya Mak Jidah kesal.
"Hai, dah lama tak jumpa Tok Aji tu ...apa salahnya" sahut Razak tersengih-sengih. Sama seperti Mat Kidam juga, memang Mak Jidah kesal kerana Tok Aji tidak datang. Dia bimbang kalau peristiwa malam semalamnya berulang lagi. Sudahlah Mat Natar tidak dapat datang, ditambah lagi Tok Aji juga tidak datang. Mereka seisi kampung sudah menaruh harapan tinggi supaya orang-orang yang lebih berkeupayaan datang menolong mereka.
Gangguan bajang peliharaan itu bukan boleh dipandang ringan. Hanya orang-orang yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi saja mampu mengalahkannya. Kalau tidak bajang peliharaan itu tidak akan reda mengganggu. Asal senja ada sajalah mangsanya. Akan bernasib baiklah sekiranya dapat bertahan sampai ke subuh sebelum matahari memancar. Kalau tidak dapat bertahan nescaya sampailah geruhnya.
Mereka yakin bajang peliharaan itu tidak akan muncul waktu siang hari, kecuali gangguannya ada juga merasuk. Tetapi tidaklah mencemaskan sangat.
Semasa saya sampai Leha masih tidak sedarkan diri, walaupun selepas subuh dia tidur lina. Tetapi menjelang matahari naik segalah, dia merengek-rengek semula. Matanya liar memandang bumbung. Ketakutan bermain di wajahnya. Sementara Usin Biduk pula hanya terbaring saja di hujung serambi. Dia sudah boleh bangun ke telaga, cuma tubuhnya masih terasa bisa-bisa dan Iemah.
Ketika datang ke rumah Mat Kidam pun, Mak Jidah belum berapa sihat. Namun dia gagahi juga datang hendak menemui Tok Aji. Ingin juga dia melihat Tok Aji dari dekat, kerana selama ini dia hanya mendengar nama Tok Aji saja dari Razak dan Lebai Cot. Apakah Tok Aji yang dikatakan oleh dua orang lelaki itu lebih hebat ilmu dukunnya dari Mat Natar?
Hanya setengah jam saya duduk di situ, Leha sudah mula menghempas-hempas badan. Dia menggeliat-geliat lemah merengek Terpaksa pula Utih Mun duduk di hulu kepalanya, sedangkan Utih Mun baru saja pulih dari dirasuk bajang peliha-raan itu.
Tidak lama kemudian barulah Pak Jubin, Lebai Cot, Alang Jono, Delit datang. Mat Jan yang diharapkan Razak memberitahu mereka.
Naik saja ke rumah Lebai Cot terus memeluk leher saya. Lama dia memeluk barulah di lepaskannya. Dialah memperkenalkan saya dengan Pak Jubin. Lantas Pak Jubin menerangkan kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung serta harapan mereka yang membumbung tinggi terhadap pertolongan dari Tok Aji.
"Tok Aji pun sama macam tuan-tuan juga" beritahu saya perlahan. "Tok Aji manusia biasa, dia tak akan dapat memberi perlin-dungan kepada tuan-tuan" ujar saya menginatkan mereka supaya tidak terlalu berharapkan pertolongan dari Tok Aji atau Mat Natar.
Lebai Cot yang duduk di sebelah saya terangguk-angguk. Sudah lama dia mahu memberitahu demikian, tetapi bimbang kalau-kalau penduduk-penduduk di situ salah tafsir pula.
"Hanya Allah yang boleh memberi perlindungan dan pertolongan, kenapa kita tidak memohon pertolongan Allah?" soal saya. Pak Jubin menghela nafas sambil mengerling Lebai Cot.
Terkejut juga Pak Jubin bila saya katakan Tok Aji atau Mat Natar tidak boleh menolong mereka. Tidak patut mereka mengharapkan sangat pertolongan Tok Aji atau Mat Natar. Akibatnya mereka sendiri sudah tahu. Disebabkan terlalu mengharapkan Mat Natar, orang tua itu sendiri tidak dapat datang kerana uzur. Begitu juga terlalu mengharapkan Tok Aji, orang tua itu pula enggan datang.
"Kalau kita harapkan pertolongan Allah, Dia tidak akan uzur. Dia juga tidak akan enggan menolong tuan-tuan " beritahu saya selanjutnya.
Kemudian saya berpaling kepada Lebai Cot. "Mungkin Abang Cot ni pun boleh memohon doa kepada Allah" kata saya menepuk bahunya.
Ketika kami berbual-bual di serambi Leha, sudah bingkas bangun. Dia mengangkat tangan seperti sedang memegang senapang. Mulutnya becok tum-tum-tum seperti bunyi senapang meletup.
"Mampus kau, mampus kau setan!" lantas Leha berdiri meluru ke pintu. Sampai di pintu dia berhenti tercegat tidak bergerak-gerak "Hah, kenapa berhenti di situ?" soal Lebai Cot.
"Malam tadi kau mengamuk sangat. Habis semua orang nak kau pertangankan  !" ujarnya menyindir.
Leha jatuh terjelepoh di bendul dalam. Dia tidak dapat melangkah bendul untuk meluru keluar. Kemudian Uda Pah dan Mak Tinah memapah dia masuk semula ke tengah induk rumah.
"Mari ustaz ...." Pak Jubin mengajak saya masuk ke dalam.
Kami semua masuk. Usin Biduk yang terlentang di hujung serambi pun bangun ikut sama ke tengah induk rumah. Dia sudah merasa gangguan tidak merasuk dirinya lagi.
"Kau takut dengan ustaz ni ke?" tanya Lebai Cot mengejek lagi.
"Tak, aku tak takut siapa pun!" bentak Leha.
"Habis, kenapa tak teruskan keluar" Pak Jubin pula mencelah.
"Kau ramai, beranilah  " sahut Leha keras, tetapi suaranya sudah mula berubah garau.
"Tak jeran semalam dah kena kurung dalam air batu?" jerkah Pak Dubin.
"Bapak air batu pun aku tak takut!" Leha meronta-ronta, tetapi siapa pun tidak memegangnya. Sengaja saya tidak benarkan siapa pun memegangkannya.
Leha terbaring di tengah-tengah dikelilingi oleh jiran-jiran dan sanak saudara. Kemudian saya menyuruh Mak Jidah dan Usin Biduk juga duduk di tengah-tengah. Mereka berdua heran mengapa saya suruh juga ke tengah bersama-sama dengan Leha, pada hal semalamnya Lebai Cot dan Pak Jubin tidak benarkan mereka semua didekatkan.
Memang Mak Ji-dah dan Usin Biduk benar-benar sudah pulih. Dia Vdak mengalami apa-apa perubahan apabila duduk  berdekatan dengan Leha yang terbaring meronta. Apabila Mak Jidah dan Usin Biduk duduk dekatnya, dia juga bangun duduk. Tangannya kembali diangkat seperti memegang senapang sambil membedek ke arah Lebai Cot.
"Buat apa tem-bak dengan sena-pang?" saya mengusiknya. "Kalau nak tembak pakailah meriam ." kata saya lantas mengisar-ngisar dua tapak tangan.
"Ustaz tak kena mengena, buat apa campur “  gerutunya mengerling saya.
Saya tersengih-sengih dengan gerutunya itu. Saya tahu syaitan mempunyai alasan mencari tipu helah. Dia akan cuba berbaik-baik dengan seseorang untuk menyakiti hati orang lain. Tujuannya semata-mata bagi membolehkan dia terus melakukan tipu helah.
"Saya bagi awak tempoh lima minit, kalau awak terus juga mengganggu kampung ni, saya akan tembak awak dengan meriam!" ujar saya memberi amaran. Leha ketawa tersengih-sengih mendengar amaran saya. Dia seolah-olah tidak merasa takut apa-apa.
Selepas lima minit tempoh yang dibenarkan itu, Leha masih juga tidak berubah, saya memandang kepada Lebai Cot. Dia hanya mengeluh pendek. Sejak Delit dirasuk dia sudah sama-sama bertungkus lumus membantu Pak Jubin, kesannya masih juga membingungkan dia.
"Dia main cara halus, kita pun kena cara haluslah abang Cot" ujar saya mengajaknya memulakan tindak balas. "Mari, Pak Jubin kita sama-sama berusaha" saya menggamit Pak Jubin yang sejak tadi kelihatan se-perti putus asa.
Pak Jubin tetap membakar kemenyan juga. Lebai Cot memulakan zikir, sementara saya pula membacakan beberapa doa yang disuruh oleh Tok Aji. Mula-mula saya membacakan Ayat 22, 23 dan 24 dari Surat Al-Hasyr. Apabila saya hembuskan ke muka Leha dia bingkas bangun lalu duduk mahu menumbuk saya.
Tetapi tumbukan nya tersekat bila Lebai Cot menudingkan jari telunjuk ke arahnya, sambiI membacakan:
Allal-Iahitawakkalna ra-baana lataj-aina fitnatin lilquamil-zalimin, wanajjina bira'imatikaminal-kaunnil kafirin.
Leha terumbang-ambing bagaikan ombak keras hingga dia rebah semula ke bantal.
"Kau berani kerana kau ramai!" bentak Leha termengah-mengah.
Dengan pantas pula Pak Jubin melimparkan bertih ke arahnya. Leha terjerit mengelakkan bertih yang di limparkan ke arahnya. Menggeliat-geliat dia menahan kesakitan.
"Ah, bukannya sakit, bertih yang aku limparkan tadi" kata Pak Jubin mengejeknya.
Hampir satu jam kami bergelut dengan keadaan Leha yang sakit, dia mula reda semula. Mujur-lah ketika ini Mak Jidah dan Usin Biduk tidak dijangkiti rasukan berkenaan. Bila keadaan Leha reda, kami sama-sama menunaikan solat Asar dulu.
Bagaimanapun Pak Jubin tidak membenarkan saya balik cepat. Dia meminta supaya di-tunggu semalam dua. Tetapi saya hanya berjanji untuk menunggu malam itu saja. Di-sebabkan menunggu sayalah Razak ter-paksa menunggu dari hari Selasa hing-ga Jumaat. Hanya selepas petang Jumaat baru saya ada kelapangan hingga hari Ahad.
Disebabkan banyak kerja di tempat kerja, saya tidaklah boteh menunggu lama di situ. Kalau keadaan Leha pulih malam itu, saya sudah bercadang untuk batik saja. Sekiranya tidak jugs pulih, saya sudah membisikkan kepada Lebai Cot untuk mengadakan sembah yang hajat dan membaca Yasin kifiat 41 kali.
Hingga masuk mahgrib saya dapati Leha tidur lina. Usin Biduk dan Mak Jidah juga sudah mula berbual-bual. Pak Jubin merasa lega juga, tetapi masih tidak yakin keadaan sebenarnya sudah pulih. Sewaktu Lebai Cot azan untuk memulakan solat maghrib berjemaah di rumah Mat Kidam, tiba-tiba saja Leha memekik. Dia memaki-maki Lebai Cot kerana mengganggunya sedang tidur.
Selesai saja solat maghrib, kami kembali menghadapi keadaan yang menimpa Leha.
"Dah aku kata, dia akan datang batik" rungut Pak Jubin menggertap bibir.
"Siapa kau ni?" Lebai Cot menghembus muka Leha perlahan.
"Berapa kali aku nak cakap, akulah bajang" beritahunya membusungkan dada. "Siapa nak lawan aku. Kau panggillah dukun mana pun. Tak ada siapa pun boleh mengalahkan aku" katanya menepuk-nepuk dada menunjukkan lagak beraninya.
"Siapa suruh kau ke marl?" tanya Pak Jubin menengking.
"Cakap baik-baik-lah sikit. Tak tau cakap perlahan-lahan!" Leha pula mengherdik. Suaranya mula berubah kasar garau bagaikan orang tua termengah-mengah.
Saya mencuit bahu Lebai Cot. Sudah tidak ada jalan lain lagi menghadapi suasana begini sama ada secara tidur, atau membaca Yasin kifiat 41 kali. Nampaknya semakin diserang, semakin galak pula dia melawan. Ternyata kalah satu, dia datang lagi lebih kuat dan bertenaga.
"Kami tak mau cakap dengan awak lagi  " beritahu saya.
"Awak orang muda, apa tau ...?" suara garau yang terhambur dari mulut Leha mengejek.
"Nanti awak taulah kejap lagi!" kata saya macam memberi amaran.
Leha mendengus mengejek saya. "Apa nak nanti lagi, kalau anak jantan tunjukkan laaa...." dia mencabar selanjutnya. Peringkat ini benar-benar tuan pemelihara bajang sudah nekad untuk memusnahkan siapa saja. Dia akan menggunakan bajang yang dipujanya untuk memenuhi nafsu jahatnya.
"Abang Cot bertahan, biar saya pergi " ujar saya bingkas bangun mengajak Lebai Cot memulakan cara tidur. Itu sajalah harapan saya untuk menguji pertahanan tuan pemelihara bajang berkenaan.
Kalau cara tidur tidak berhasil, hanya membaca Ya-Sin kifiat 41 kali itulah senjata saya yang terakhir.
Lebai Cot juga berdiri lantas membacakan doa:
Allah-hu yatawafal anfusa hin-na mautihawal-lati lam-tamut fi-manamiha fayumsa-kulati qada-alaihal-mauta wayursilal-ahkra ila-ajallin mu-sammam.
Setelah ini dia membacakan lagi beberapa doa, di samping saya sendiri membacakan ayat 22, 23 dan 24 dari Surat Al-Hasyr.
Mat Kidam dan Delit merebahkan saya apabila saya sudah merasakan keliling saya gelap. Hanya sayup-sayup saya mendengar Lebai Cot menyuruh saya membaca Fatihah tiga kali dan keluar dari kegelapan tersebut. Ketika ini saya terapung-apung dengan berpandukan bisikan-bisikan dari Lebai Cot yang sayup-sayup kedengaran.
"Carilah siapa yang mengganggu Leha ni   suara sayup-sayup itu macam memberi arahan.
Saya terus mematuhinya lantas melayang ke satu kawasan rumah buruk yang sudah lama ditinggalkan. Dalam rumah itu kelihatan tempayan kecil terletak di sudut dapur. Dalam tempayan itu dipenuhi darah yang menenggelamkan satu lembaga seperti bayi masih di dalam rahim. Bayi tersebut lebih kurang sebesar penumbuk saja.
Apa yang saya lihat segera saya beritahu kepada Lebai Cot. Kemudian dia membisikkan kepada saya. "Saya serahkan pada ustaz semuanya. Buatlah macam mana yang ustaz fikirkan balk" ujar-nya.
Ketika ini saya merasakan perhubungan saya dengan Lebai Cot putus sama sekali. Saya terus berjalan di dalam rumah kosong itu. Kemudian mengambil bayi yang ada di dalam tempayan dipenuhi darah tadi. Bayi itu tiba-tiba menggeliat lantas menangis merengek-rengek meminta susu. Cepat-cepat saya tumpahkan darah di tempayan itu.
Disebabkan darah itu sudah ditumpahkan, bayi berkenaan melayang dari pegangan saya lalu disambut oleh seorang lelaki tua. Matanya merah bersilau merenung muka saya.
"Kenapa usik barang mainan aku!' herdik lelaki itu bercekak pinggang.
"Oh, barang mainan awak diusik tau marah. Anak bini orang awak kacau, tak apa?" saya menyindirnya sambil membacakan:
alif lam mim syad, kaf ha ya ain syad, ha mim ain sim kof,
lantas memijakkan ibu jari kaki ke bumi.
Lelaki tua itu tidak dapat mara ke hadapan. Dia melepaskan bayi kecil itu terbaring berligar ligar di udara. Kemudian dia tertawa terkekeh-kekeh mengejek saya.
"Kau fikir kau boleh perdayakan aku!" jerkah saya mendongak ke udara. Bayi kecil itu bertukar menjadi bola api berligar-ligar mahu menerkam ke arah saya. Lantas saya bacakan ayat 107 dari Surat Yunus, menyebabkan bola api pecah berkecai.
Lelaki tua itu menangis terisak-isak bila bayi yang bertukar menjadi bola api itu hancur berkecai. Dia kelihatan sedih memerhatikan bola api itu tidak melayang-layang semula.
Lama dia menunggu bola api itu kembali bercantum. Dia memuja melalui perasap kemenyan di tangannya. Tetapi semua yang dilakukannya sudah tidak lagi menjadi seperti selama lebih seminggu ini. Saya dapat mengagak itulah yang dilakukannya selama ini. Setiap kali setan yang dipujanya dapat dimusnahkan oleh Lebai Cot dan Pak Jubin, dia memuja lagi sehingga bajang tersebut boleh digunakan semula.
Dia semakin gelisah bila bola api itu tidak juga muncul. Kemarahannya terbayang di wajahnya yang berkedut-kedut. Matanya terperosok ke dalam merenung saya. Silauan matanya yang memancar itu saya tenung juga dengan membacakan 6 ayat terawal dari Surat Al-Qalam. Tiba-tiba dia menekup mukanya terlolong akibat mata-nya terbakar.
"Kau musnahkan barang mainan aku" gerutunya menahan marah.
"Bukan aku... !" sahut saya keras. "Aku tidak berdaya melakukan, semuanya itu adaIah dengan izin Allah" jelas saya berdiri kukuh mengadapnya yang masih berpusing-pusing menahan kesakitan.
"Aku bukan cari musuh dengan kau" lelaki tua itu menghentak-hentakkan kakinya.
"Buat apa kau bersekutu dengan setan?" saya tidak berundur setapak pun dari menghadapinya.
Dia berpusing kuat menukarkan dirinya menjadi asap hitam mahu menyerbu ke arah saya. Sejak awal lagi saya sudah menduga dia sedang mencari helah untuk bertindak. Dengan tidak bertangguh saya pun membacakan ayat 16 dari Surat Ar-Raad, dan menghembuskan ke arahnya. Asap hitam itu diputar oleh angin kencang dari segenap penjuru, hingga akhirnya orang tua itu terpelanting ke bumi.
Akibat terhempas itu dia meraba-raba pinggangnya seolah patah. Dia cuba bangun, tetapi ter-nyata pinggangnya tidak boleh ditegak-kan lagi.
Belum sempat dia bertindak saya bacakan ayat 12 dari Surat Fusilat. Sekali gus petir dan kilat menyambarnya. Dia cuba mengelak namun petir dan kilat itu Iebih pantas darinya. Terjerit-jerit lelaki itu meminta tolong. Tangannya terkapai-kapai bagaikan sedang berenang di tengah air.
"Ampun, cukupIah. Aku tak buat lagi  "dia merintih merayu-rayu.
"Dengan Pak Jubin pun kau mengaku tak buat lagi. Dengan Lebai Cot pun mengaku tak buat lagi, tapi kau kacau juga anak bini orang" ujar saya tidak mahu terpedaya dengan tipu helahnya.
"Dia yang patahkan inai di rumah tuan aku  " dia memberi pengakuan mengapa dia bertindak demikian.
"Siapa?" jerkah saya.
"Kakak budak Leha ni .. " ujarnya terketar-ketar.
"Siapa tuan kau?' soal saya keras.
Dia tidak mahu memberitahu. Sekali gus dia melimparkan rantai besi ke arah saya, tetapi rantai besi itu menjadi cair sebaik saja tertimpa ke tubuh saya. Dia tercengang melihat rantai besinya cair seperti disepuh.
"Kau masih mencari helah. .?" lantas saya herdik dia.
Disebabkan dia masih juga berdegil saya terus membacakan Surat YaSin sepenuhnya 83 ayat. Apabila sampai pada ayat 18 saya mengulanginya hingga 100 kali. Kemudiannya pada ayat 63 saya ulangi juga 100 kali. Berapa lama saya membacakan Surat YaSin ini tidak dapat saya agakkan, tetapi sepanjang saya membaca itu dia direjam oleh panahan api dari segenap penjuru.
Terjerit-jerit dia meminta tolong, namun saya tidak hiraukan lagi. Saya tahu kalau dihentikan juga, sudah tentu dia tidak akan mengalah. Dia akan menyerang semula bila ada kesempatan. Sebab itu saya tidak mahu diperdayakan lagi oleh helah yang sengaja dicarinya untuk menyerang balas.
Sehingga selesai saya membacakan Surat Yasin 83 ayat itu, saya melihat tubuh lelaki itu tidak lagi bergerak. Tubuhnya berasap ditembusi kesan panahan api hingga berlubang-lubang diserata badan. Matanya berlubang akibat terbakar hangus. Jeritnya juga sudah tidak kedengaran lagi.
"Subhanallah..." keluh saya. Saat ini barulah kedengaran kepada sayup-sayup suara Lebai Cot memanggil saya. Apabila saya membuka mata, saya dapati Leha sudah pun bangun meminta minum dari emaknya.
"Maca mana ustaz?" Pak Jubin merapati saya.
"Alhamdulillah" sahut saya keletihan
"Tak boleh percaya ustaz, esok dia datang lagi!" keluh Pak Jubin masih bimbang dengan keadaan yang mengganggu kampungnya selama ini.
"Tengokkan dulu  " ujar saya perlahan. "Saya tak berani cakap, tapi kalau diizinkan Allah, tak ada lagi gangguan ni' saya memberi jaminan. Bimbang juga saya hendak mengatakan tidak ada lagi gangguan, mana tahu benar juga kata Pak Jubin esok lusa, gangguan itu merasuk lagi?
Masa akan datang yang belum berlaku, semuanya dalam urusan Allah. Tentulah tidak balk kita mendahului urusan Allah, ke-rana pengetahuan kita mengenai kejadian yang akan berlaku tidak ada. Terasa pula saya seolah-olah takbur apabila memberi jaminan mengenai gangguan itu tidak akan berlaku lagi.
"Tapi jangan percaya sangat. Saya hanya rnengagak saja " cepat-cepat saya ingatkan semula Pak Jubin, bahawa jaminan saya itu tidaklah boleh dipegang sangat. "Eloklah Pak Jubin dan Abang Cot berjaga-jaga juga " kata saya.
Dari cerita Mat Kidam says dapat tahu, Leha memekik-mekik menekup mata kesakitan menggeliat mengatakan pinggangnya patah, dan menghempas-hempaskan badan menahan kesakitan semasa saya ditidurkan oleh Lebai Cot. Walau pun Leha sudah kelihatan pulih, kami berbual-bual juga hingga jam 12.00 tengah malam untuk rnempastikan sama ada gangguan itu akan merasuk semuIa. Atau adakah orang lain pula akan menjadi sasarannya?
Tidak tahu pula bila kami terlelap, hanya sebelum subuh lebih kurang pukul 3.30 pagi saya terkejut bila ada orang memanggil Delit. Saya tidak hiraukan sangat apa yang dicakapkan orang itu kepada Delit. Tidak lama kemudian Delit memberitahu bapa mertuanya Pak Jubin, dia hendak ke Pelangai.
"Ayah dah tak ada " beritahu Delit sugul.
"Uzurnya dah seminggu" jelas orang itu dari tengah halaman. "Tapi, malam ni tadi dia menghempas-hempas badan. Tubuhnya berlubang-lubang berasap. Tak pernah pula aku tengok penyakit macam ni," katanya. Tidak bertangguh Delit terus mengikut orang yang menjemputnya.
"Esoklah, aku datang " pesan Pak Jubin. Selepas itulah Saridah isteri Razak mengaku dia pernah mematahkan dahan pokok inai ketika melintas di halaman rumah peninggalan Mat Natar di darat rumah Delit itu.



Tuesday, March 13, 2018

270. BAJANG MENGAMUK MEMBALAS DENDAM


 Kegelisahan di kampung pendalaman itu semakin memuncak. Sehingga jam 3.00 pagi keadaan Usin. Biduk masih juga membimbangkan.
Dia terketar-ketar dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sua-sana di rumah Mat Kidam menjadi haru-biru lagi bila Mak Jidah pula terjerit-jerit sambil menengadah ke atap. Mak Jidah terjerit-jerit ketakutan tidak menentu.
Usup Gendut dan Mak Tinah terpaksa pula meredakan Mak Jidah. Dia dipapah ke tengah induk rumah, supaya dapat dipisahkan dengan Usin Biduk yang masih terjerit-jerit di hujung serambi.
"Nampaknya dia mengamuk betul-betul ni ." keluh Pak. Jubin tersandar ke dinding. Dia terlalu letih akibat mengubati Usin Biduk sejak senja lagi. Keadaan Usin Biduk tetap tidak berubah. Hanya beberapa waktu dia mendiamkan diri, kemudian kembali menggeliat-geliat, memekik-mekik, merengak-rengek ketakutan. Setelah dijampi serapah dia mendiamkan diri semuIa.
Keadaan ini berterusan sehinggalah Jam 3.00 pagi,.apa-bila Mak Jidah pula dijangkiti gangguan. Terjerit-jerit Mak Judah sampai matanya terbalik putih rnenengadah bumbung. Dia juga terketar-ketar ketakutan menuding bumbung sambil menunjal-nunjal telunjuk macam menujah angin. Kelakuan Mak Jidah juga sama seperti yang berlaku ke atas Usin Biduk.
"Menjelang pagi ni, dia akan manyerang habis-habisan" beritahu Pak Jubin menundukkan kepaIa. Dia dapat mengagak tuan pemelihara bajang berkenaan berdendam pada diri nya disebabkan menghalang tindak tanduknya mengganggu Saridah. Kemarahan itu semakin memuncak bila bajang permainannya ditangkap Iantas dibuang ke hutan.. Dia semakin tidak dapat menahan marah bila Lebai Cot pula turut sama membantu.
Memang Pak Jubin dapat mengagak dialah yang menjadi sasaran bajang peliharaan itu. Bajang itu memang sengaja mencari geruhnya. Sebab itulah bajang itu terus mengganggu supaya dia mengalah. Bila Pak Jubin mengalah mudahlah geruhnya datang.
"Sabar, abang Jubin " Lebai Cot mengangkat muka memerhati Pak Jubin keletihan akibat bersengkang mata semalam-malaman. "Ini ujian kita semua, sabarlah bila Allah menguji kita" katanya menahan rasa terharu.
Pak Jubin mengangguk Iemah. Dia mengesat pelupuk matanya yang mula digenangi air. Seumur hidupnya inilah pertama kali dia menghadapi dugaan demikian getir. Saat ini dia mula memikirkan untuk meninggalkan saja kerja dukun seperti dilakukan oleh Mat Natar dulu. Mungkin inilah juga puncanya mengapa Mat Natar tidak mahu lagi berdukun.
Dugaan ini benar-benar menekan perasaannya. Kadang-kala ada pula tohmah menyebut dukun sepertinya hanya mementingkan wang. Kalau enggan pergi apabila dijemput akan dituduh pula memilih-milih orang. yang sangqup memberi wang lebihi orang itulah akan diubati!
Tentu mereka tidak tahu apa yang terbendung di hatinya sekarang. Gangguan bajang peliharaan ini memang mencari geruh dia. Kalau dia mahu melepaskan diri geruh itu boleh dipindahkan kepada orang lain, asal saja dia mengelak dari mengubati sesiapapun. Setelah ada orang yang menjadi kurban maka gangguan itu pasti' akan berhenti.
Tetapi apalah erti nya dia menjadi dukun, kalau sekadar untuk melepaskan tangan sewaktu berhadapan dengan ancaman demikian? Akibat perbuatan seorang berdua dukun sepertinya yang sanggup melepaskan tangan, maka orang-orang kampung akan mengutuknya. Dia akan dituduh sebagai dukun yang menggunakan ilmu hitam.
Airmata Pak Jubin berlinang lagi.
"Bersabar, abang Jubin" ulangi Lebai Cot.
Pak Jubin mengangguk juga.
Ketika ini jerit Mak Jidah bertambah langsing. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Terkial-kial Usup Gendut rnemaut pinggang isterinya hingga hampir terlondeh bohol kainnya. Terpaksa pula Mak Tinah merebahkan Mak Jidah. Delit juga datang membantu bila Mak Jidah semakin galak menjerit-jerit.
"Itu, itu....setan .. itu setan gemuk" Mak Jidah menunjal nunjal telunjuk menuding ke bumbung.
"Abang Jubin tengokkan Usin, biar saya ke dalam" cepat-cepat Lebai Cot bingkas bangun ke dalam mendapatkan Mak Jidah.
Pak Jubin masih juga tersandar ke dinding. Dia masih terasa letih. Sekali sekaia dia terkuap-kuap juga menahan rasa mengantuk. Sekali sekala dia mengerling ke arah Usin Biduk yang menggeliat-geliat, merengek-rengek, terketar-ketar.
Biarlah Usin Biduk melilau-lilau dulu sementara dia melepaskan lelah. Bila lelahnya reda dia akan berdepan lagi dengan bajang peliharaan yang rnerasuk Usin Biduk. Bukanlah mudah berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera biasa. Kalau harimau, gajah, beruang atau apa pun binatang liar boleh juga diperdayakan, tetapi menentang musuh yang tidak kelihatan ini bukanlah kerja remeh.
Mungkin orang-orang di bandar menganggapnya perkara tahyol. Dibawa ke hospital pun sudah tentu pihak hospital mengatakan tidak ada penyakit. Tetapi ternyata Usin Biduk menderita sakit. Mak Jidah juga menderita sakit apabila gangguan itu menjangkit kepadanya.
Kira-kira 15 minit Pak Jubin melepaskan lelah dia mendengar Mak Jidah terpekik-pekik, merengek-rengek, terketar-ketar sama seperti Usin Biduk. Sementara Usin Biduk pula agak kendur sedikit, walaupun dia masih juga merengek-rengak bagaikan merintih kesakitan.
Dia hanya mengerling kepada Usin Biduk saja yang terlentang di hujung serambi. Perkara Mak Jidah di tengah induk rumah biarlah diuruskan oleh Lebai Cot. Dia yakin Lebai Cot dapat mengatasi keadaan Mak Jidah.
"Putus, putus putus kepala aku. Adoiii, putus kepala aku!" jerit Mak Jidah memanjang. Pak Jubin cuba memanjangkan leher memerhati ke tengah induk rumah bila jerit Mak Jidah meninggi.
Dia nampak Lebai Cot berdiri dilunjur kaki Mak Jidah. Tangan kanannya lurus menghalakan tapak ke kepala perempuan itu. Lebai Cot menggenjur-genjurkan tangannya seolah-olah menolak benda besar dengan sepenuh tenaga.
"Setan kau, setan .. putus kepala aku. Sakitnya kepa!a aku putus, setan kau!" Mak Jidah mengongoi-ngongoi sambil, meronta kuat. Tetapi Usup Gendut kuat memaut tangan Mak Jidah. Sementara Mak Tinah pula mengindik di lunjur kaki sampai perempuan itu tidak dapat menendang kaki ke udara.
"Kau yang setan!' bentak Usup Gendut pula melepaskan geram.
Mak Jidah tidak peduli apa pun dibentak Usup Gendut. Dia terus meronta-ronta mahu lepaskan diri.
"Setan, kepala besar kau... " suara Mak Jidah langsing meninggi. Namun Lebai Cot langsung tidak menghiraukannya. Dia terus meluruskan tangan dengan menghalakan tapak ke kepala Mak Jidah.
"Patutlah beriya-iya dia mengamuk, malam Jumaat...." keluh Mat Kidam mengagak-ngagak.
Semuahya mengangguk. Mereka percaya juga dengan cakap Mat Kidam. Mungkin malam Jumaat tuan pemelihara bajang melepaskan geramnya untuk membalas dendam. Sebab itu sehingga jam 3.30 pagi, dia tidak putus putus merasuk. Usin Biduk masih belum pulih, dia berjangkit pula pada Mak Jidah.
Lama Lebai Cot rnenghalakan tapak tangannya ke kepala Mak Jidah, perlahan lahan jeritnya mengendur. Sebaik saja jerit Mak Jidah mengendur tiba-tiba orang dipangkal serambi gempar bila Leha pula tiba-tiba menggigil. Leha bangun mencakar-cakar dinding. Mereka tahu rasukan itu sudah berjangkit pula kepada Leha.
"Cepat, pegangkan dia!" laung Pak Jubin menggertap bibir.
Mat Kidam segera menerkam ke arah anaknya. Leha tidak boleh dibiarkan mencakar-cakar dinding. Mana tahu jarinya akan pecah berdarah kena selumbar dinding. Bajang peliharaan itu yang memaksa Leha mencakar-cakar dinding, sedangkan Yang menderita luka luka jarinya sudah tentulah Leha sendiri.
Cepat-cepat pula Leha direbahkan di pangkal serambi, supaya berjauhan dari Mak Jidah dan Usin Biduk. Mereka bertiga tidak boleh dibiarkan berdekatan. Sekiranya bajang peliharaan merasuk sekaligus, sudah tentu mereka bertiga boleh bersatu tenaga. Sekiranya sudah bersatu tenaga, memang tidak dapat diselamatkan lagi salah seorang akan menerima geruh.
Lebai Cot juga duduk tersandar ke sudut tiang: Keletihan terbayang pada wajahnya akibat bersengkang mata semalam-malaman. Sudahlah Usin Biduk dirasuk sejak senja, Mak Jidah pula diganggu. Lepas 3.30 pagi pun bajang peliharaan itu terus juga mengamuk dengan merasuk Leha pula.
Pak Jubin sudah dapat menduga memang Lehalah menjadi sasaran. Sejak Asar lagi Leha sudah dicubanya dengan mengelirukan keluarga Mat Kidam. Bajang peliharaan itu sudah berani menjelma menyerupai Leha. Mujurlah Mat Kidam teringat saja untuk menyuruh Usin Biduk ke rumah Razak. Fasal itulah pula Usin Biduk menjadi sasaran kerana menghalanginya.
Sekarang Leha benar-benar sedang diancam. Sudah tentulah geruh Leha tidak dapat dielakkan.
"Setan laknat!" gerutu Pak Jubin menyimpan dendam.
Puas pula Mat Kidam bergelut-gelut dengan Leha sekalipun gadis itu sudah direbahkan. Tenaganya tiba-tiba menjadi kuat menumbuk, menyiku dan menendang. Terpaksa pula Uda Pah dan Bedah membantu Mat Kidam. Sehingga subuh itu rumah Mat Kidam menjadi haru-biru bila lepas satu, satu dijangkiti gangguan bajang peliharaan.
Belum pun Usin Biduk pulih, Mak Jidah pula dirasuk. Mak Jidah masih merengek-rengek Leha pula meronta-ronta. Tenaga Leha Iebih kuat dari Usin Biduk dan Mak Jidah. Matanya bercahaya menyilau ke-merahan, sementara buih mulutnya ber-tukar menjadi hijau.
"Astaghafarul lah' Pak Jubin menggengam penumbuknya erat-erat. "Kau nak cari geruh Leha ye!  Hus, kau tak dapat geruh siapa pun selagi Jubin masih hidup!" ujar Pak Jubin melepaskan geram.
Mereka yang berkumpul di rumah Mat Kidam terkejut besar bila dulang jambar bekas keIengkapan ubat Pak Jubin terangkat hingga paras lutut. Kemudian jatuh terhempas menyebabkan kelengkapan ubat di dalam jambar dulang jatuh bersirak.
Siah isteri Lebai Cot cepat-cepat mengutipnya semula tetapi ditegah oleh Pak Jubin.
"Biarkan, Siah" kata Pak Jubin mengukuhkan duduknya. "Kalau dia tak geruh kali ini, akulah yang geruh" Pak Jubin meletak-kan tapak tangan-nya bersilang ke dada.
Siah tidak jadi mengutip perkakas ubat yang bersirak di Iantai. Dia undur semula ke pangkal serambi membantu memegangkan Leha. Ketika ini mereka berbahagi-bahagi tiga kelompok. Mak Tinah di tengah induk rumah bersama Usup Gendut dan Saridah memegangkan Mak Jidah. Manakala Delit dan Anjang Mamud di hujung serambi mengawasi Usin Biduk.
Di pangkal serambi Mat Kidam bersama Uda Pah dan Bedah pula bergelut dengan Leha. Alang Jono dan Utih Mun sengaja tidak dibenarkan membantu sebab mereka masih lagi belum cukup pulih. Saridah pun sepatutnya tidak boleh, tetapi keadaannya sudah segar kalau dibandingkan dengan Utih Mun dan Alang Jono. Delit juga tidaklah teruk sangat, kerana dia satu malam saja tidak sedarkan diri.
Tidaklah heran pada Pak Jubin habis satu kampung dirasuk bajang. Memang bajang mengganggu tidak akan reda selagi tidak ada yang geruh.
Dalam masa mereka semua terpinga-pinga, tiba-tiba pula tempat perasap kemenyan melambung tercampak ke dinding. Kejadian ganjil demikian memang menakutkan. Apa lagi Mat Kidam yang melihat kejadian itu berlaku di rumahnya sendiri. Malah dia sudah melihat kejadian ganjil tersebut semasa mengikut Pak Jubin menyimah rumah Mak Jidah bila tempayan airnya dipenuhi darah.
Dia hanya melihat bayang-bayang hitam seperti manusia duduk di atas, tempayan. Kemudian bayang-bayang itu hilang seperti asap.
Tetapi sekarang Mat Kidam melihat dengan mata kepalanya sendiri dulang jambar terangkat paras lutut lantas terhempas pula ke lantai. Kemudian tempat perasap kemenyan pula terpelanting ke dinding. Masakan orang luar dari kampung itu percaya kalau diceritakan kepada mereka mengenai kejadi-an ganjil demikian.
Arang yang sudah tidak berbara di dalam tempat perasap bersirak-sirak. Siah tidak lagi bangun mengemaskan kerana sudah ditegah Pak Jubin. Dia dapat mengagak saat ini tuan pemelihara bajang akan meng gunakan segala keupayaannya untuk menghapuskan musuhnya, manakala Pak Jubin akan terus bertahan.
Mereka semua menjadi takut dengan kejadian ganjil subuh itu. Mereka melihat Pak Jubin duduk bersila rapat dengan kukuh. Mata nya terpejam dengan dua tangan terlanggung ke lutut. Sementara Lebai Cot tersandar ke dinding menundukkan kepalanya di lantai.
Hati Mat Kidam cemas. Dia mula resah memerhati ke arah Delit dan Alang Jono. Mereka juga sama seperti Mat Kidam. Tetapi mereka tahu Pak Jubin dan Lebai Cot tidak Iah berdiam diri. Masakan mereka hanya duduk tidak melakukan apa-apa. Bila Lebai Cot sudah duduk menunduk tidak bercakap apa-apa, sudah tentulah dia membacakan doa-doa yang diamalkannya selama ini.
Pak Jubin juga bukanlah sekadar duduk di hujung serambi. Silanya sudah rapat, duduknya sudah kukuh, matanya sudah terpejam, mulutnya sudah terkumat kamit galak. Ketika ini Leha meronta-ronta kuat. Tangannya menumbuk, kakinya menendang, mulutnya meludah menyemburkan air liur.
Mereka semakin bimbang bila tikar yang diduduki oleh Pak Jubin bergulung seperti ditiup angin kencang. Perlahan-lahan Pak Jubin terangkat dengan asap nipis keluar dari tubuhnya bagaikan berwap-wap laksana kabus di waktu pagi.
Kemudian dia jatuh terhempas ke lantai semula. Namun Pak Jubin tetap tidak bergerak. Dua tangannya tetap bersilang di dada. Duduknya tetap kukuh, silanya tetap rapat, matanya tetap terpejam, dan mulutnya juga tetap terkumat-kamit.
  Sekali lagi tubuh Pak Jubin terangkat kira-kira sejengkaI dari Iantai. Lama dia terangkat, dia tetap tidak bergerak sedikit pun. Sekaligus dia jatuh semula ke Iantai. Kali yang tiga tubuh Pak Jubin terangkat hingga sehasta dari Iantai, namun dia tetap tabah melalui dugaannya.
"Berapa lama kau nak bertahan, Jubin?" Leha mengangkat kepala, tetapi suara yang terhambur dari mulutnya bukan suara Leha. Suara itu garau bagaikan seorang lelaki tua, sambil terbatuk-batuk payah.
Pak Jubin tidak menyahut. Dia tetap duduk tidak bergerak seperti mula-mula tadi. Asap yang keluar dari tubuhnya bertambah menebal. Baunya busuk sampai meloyakan. Namun dia tidak berganjak Iangsung mengukuhkan duduknya di hujung serambi. Semasa Leha mengangkat kepala, Mak Jidah juga meronta-ronta tetapi tidaklah kuat sangat. Usin Biduk juga menggeIiat-geliat, bagaimanapun keadaannya sudah beransur Iemah.
"Kau pukul curi ye, Lebai Cot”  Leha menendang angin, tetapi kakinya cepat-cepat ditindih oleh Uda Pah.
Lebai Cot juga diam tidak berkata-kata apa. Dia menundukkan kepalanya ke Iantai tidak bergerak-gerak. Leha menghempas-hempas badan. Bila Leha senyap tidak melakukan apa-apa, tiba-tiba saja tikar di Iantai melingkup bagaikan ditiup angin.
Siapa pun tidak bangun membetulkannya semula. Bimbang juga mereka kalau gangguan itu berjangkit pula. Ketika ini mereka sudah berhati-hati supaya tidak terburu-buru melakukan sesuatu kalau tidak disuruh oleh Pak Jubin atau Lebai Cot.
Kalaulah Mak Jidah tidak banyak mengherdik sewaktu Usin Biduk merepek repek, boleh jadi dia tidak diganggu. Mungkin Leha juga tidak akan diganggu, sekiranya dia tidak membantu menyediakan kelengkapan ubat. Mereka semua sudah tahu bajang peliharaan itu mencari sasaran kepada sesiapa yang membantu Pak Jubin.
Tetapi sejak Saridah sakit; berjangkit pada Delit, Lebai Cot yang terlibat mengubati Delit tidak pula diganggu. Malah Lebai Cot sama-sama membantu Pak Jubin sejak gangguan mula merasuk di dalam kampung, namun bajang peliharaan itu tidak pula menjadikan Lebai Cot sasarannya.
"Kau ni setan besar, Lebai Cot" pekik Leha macam melepaskan geram.
Lebai Cot tidak menyahut.
Sekaligus dulang jambar kelengkapan ubat terangkat tinggi melayang ke kepala Pak Jubin, namun Pak Jubin tetap tidak berganjak. Berdebar juga Mak Tinah melihat dulang tersebut melayang ke kepala suaminya. Mahu juga dia menerpa memeriksa sama ada kepala suaminya berdarah atau tidak, tetapi dia bimbang akan mengganggu Pak Jubin Pula.
Saat ini mungkin Pak Jubin tidak mahu diganggu. Dia sedang berdepan secara ghaib dengan musuhnya. Mungkin yang dilihatnya Pak Jubin duduk di hujung serambi, sedangkan Pak Jubin sebenarnya sudah melayang jauh menentang musuhnya. Selagi dia duduk di hujung serambi sudah tentulah bayang-bayang musuhnya saja yang ditentangnya. Sampai bila pun bayang-bayang itu tidak dapat kalahkan selagi musuh sebenar-nya tidak dimusnahkan.
Sebab itulah Mak Tinah tidak mahu Pak Jubin diganggu. Biarlah dulang itu melayang memukul Pak Jubin. Dia percaya pukulan dulang itu tidak akan memberi bekas. Sebaliknya Pak Jubin sendiri akan kalah sekiranya dia diganggu dalam saat sedang duduk tidak mempedulikan siapa itu.
"Kalau Lebai Cot setan besar, kenapa Jubin yang kau limpar dengan dulang!" jerkah Mat Kidam. Hatinya sudah tidak sabar lagi melihat kejadian ganjil di dalam rumah tangganya.
Sudahlah anaknya Saridah diganggu Iebih seminggu sebelumnya, kemudian isterinya Utih Mun. Tidak puas dengan Utih Mun berjangkit pula pada adik iparnya Alang Jono. Sekarang dua orang anaknya pula menjadi sasaran. lnilah yang menyebabkan Mat Kidam tidak dapat menahan sabar lagi.
Biarlah bajang peliharaan itu menyerang dia pula. Dia tidak takut menerima geruh kalau sudah ditakdirkan demikian. Kalau dielakkan pun tidak berguna, selagi bajang itu terus juga mencari geruhnya. Sekarang Mat Kidam sudah tidak gentar lagi. Dia sendiri akan menjadi galang ganti keluarganya kalau bajang tersebut mahukan geruh.
"Aku ni kau cekik, kalau kau berani!" cabar Mat Kidam menggertap bibir. Leha ketawa garau. Suaranya bukan lagi suara Leha, tetapi menggerunkan.
"Cepat, cekik aku ni. Setan keparat!" gerutu Mat Kidam sudah hilang takut. Biarlah bajang peliharaan itu jadikan dirinya sasaran. Bila-bila Mat Kidam rela menerima geruh asalkan keluarganya tidak diancam lagi.
Leha mengangkat kepala. Matanya liar memerhati Mat Kidam. Silau matanya kemerah-merahan itu tiba-tiba pudar bila Lebai Cot menudingkan jari ke arahnya. Dia menjadi gementar kerana jari Lebai Cot berganjak menuding ke arahnya.
"Sejuk kau di dalam air batu!" kata Lebai Cot. Matanya tajam merenung muka Leha.
Sekaligus Leha berubah kelakuannya. Dia mengerekot menggigil-gigil seperti menahan kesejukan. Segera pula Lebai Cot menyuruh mereka yang memegangkan Leha berundur ke belakang.
"Sejuk kau, kaku tubuh kau di situ dengan izin Allah" ulangi Lebai Cot menudingkan jarinya ke arah Leha. Dia tidak lepaskan jarinya menuding seolah-olah menekan paku tekan ke dinding.
Leha betul-betul seperti orang kesejukan. Dia mengerekot tergigil dengan dagunya mengelatuk. Dalam masa yang sama Mak Jidah dan Usin Biduk juga kesejukan tergigil-gigil.
"Lepaskan aku, tolong! Sejuknya air batu ni" Leha mula merendahkan suaranya merayu-rayu asal saja keluarga terkinjal-kinjal kesejukan. Seolah-olah mereka bertiga mempunyai kaitan satu sama lain. Hanya Leha saja yang jelas terketar-ketar kuat menahan sejuk terkokol-kokol.
"Tadi, kau garang sangat!" Mat Kidam semakin berani menqhadapi suasana Tetapi rayuannya tidak dipedulikan oleh Lebai Cot. Jarinya tetap menuding ke arah Leha macam tidak melepaskannya dari suis yang ditekan.
Sementara Usin Biduk pula merengek-rengek bagaikan bayi kelaparan susu dalam kesejukan. Mak Jidah juga tersebut. "Sekarang merayu-rayu pula. Minta belas kesihan pula, tak malu ke?" dia mengejek-ngejek melepaskan geram-nya.
Leha terkokol-kokol juga. Tubuhnya semakin mengerekot bagaikan daun semalu disentuh.
Memang Mat Kidam sudah tidak takut apa pun lagi. Dia sanggup menjadi galang ganti keluarganya. Sebab itulah dia sudah berani mencabar. Biarlah dirinya diserbu bajang tersebut hingga seluruh badannya hancur lebur di kerjakan. Mat Kidam tidak gentar menghadapi ancaman itunya terlepas dari gangguan bajang peliharaan itu.
Kalau Pak Jubin rela bertahan semata-mata untuk menyelamatkan keIuarganya, apalah salahnya dia juga sanggup bertahan. Lebai Cot juga sanggup bersengkang mata berturut- turut malam, apalah salahnya dia menerima geruh tersebut.
"Bangunlah lagi, lawan sampai mati!" Mat Kidam menggertap bibir.
Tetapi suara garau yang terhambur dari mulut Leha tidak keluar lagi. Hanya Leha saja terketar-ketar menahan kesejukan seolah-olah terendam di dalam air batu. Tubuhnya juga jadi keras bagaikan kaku di dalam air batu. Usin Biduk juga tidak lagi meronta-ronta. Dia sudah mula tidur melelapkan mata.
Cuma Mak Jidah masih menghempas-hempaskan badan. Bibirnya terketar-ketar walaupun tidak mengerekot seperti Leha. Ketika ini kokok ayam juga sudah mula berbalas balas. Mereka juga sudah terkuap-kuap akibat bersengkang mata semalaman. Malam itu mereka merasakan bajang peliharaan itu benar benar menyerang dari segenap penjuru untuk membalas dendam.
Mujurlah Pak Jubin dan Lebai Cot dapat bertahan. Malah Pak Jubin sendiri benar-benar sudah diserbunya apabila dulang jambar melayang ke kepalanya. Tikar bergulung-gulung melingkari tubuh Pak Jubin lantas mengangkatnya sampai sehasta jarak dari lantai. Sekaligus dia dihempaskan semula. Namun Pak Jubin tidak tergugat sedikit pun.
Ternyata bajang peliharaan itu tidak berdaya menyerang Lebai Cot. Sudah beberapa kali diperhatikan oleh Mat Kidam, memang Lebai Cot tidak diserang. Bajang itu sendiri seolah-olah takut berdepan dengan Lebai Cot. Tetapi dia tidak percaya Lebai Cot yang memelihara bajang berkenaan. Masakan orang mempunyai ilmu agama seperti Lebai Cot sanggup berdampingan dengan bajang peliharaan yang dipuja dari bayi mati di dalam rahim bersama ibunya sekali.
"Kau tak akan dapat melawan ayat-ayat Allah”   ujar Lebai Cot menarik nafas lega sebaik saja Leha tertidur tidak bergerak lagi. Ketika ini Pak Jubin juga mula bergerak sambil meraba-raba kepalanya bekas disinggahi dulang melayan tadi.
"Alhamdulillah" katanya mengangkat muka memerhati Lebai Cot.
bersambung