Sunday, August 6, 2017

239. MAYAT MENGAMUK DI TENGAH HUTAN

Kalau disembunyikan pun rahsianya sudah ramai yang tahu mengenai dirinya bebrapa kali diharapkan menyerbu pontianak. Sebelum berpindah ke utara memang mereka yang bekerja di ladang tahu pasal Mamak Sutan tidak akan mengalah sekiranya orang-orang pekerja ladang diganggu lembaga pontianak.
Apa lagi mereka tahu mengenai Mamak Sutan datang berdagang dari seberang. Mereka percaya Mamak Sutan tidak akan merantau jauh kalau dibiarkan dada kosong di rantau orang. Tidak payah diuji pun mereka tahu Mamak Sutan tidak berganjak apakal tersermpak lembaga pontianak tersangkut di belukar teberau.
Mereka tidak tahu mengenai lembaga perempuan hodoh yang terkapar di situ laksana helang patah sayap, disebabkan orang-orang kampung menuduhnya lembaga pontianak mereka pun sama-sama menganggapnya pontianak. Disebabkan Mamak Sutan yang tewaskan lembaga berkenaan daripada menganggu, lantas mereka anggap Mamak Sutan pawang pontianak.
Asal sahaja disebut pawang pontianak di kawasan ladang itu mereka tahu memang Mamak Sutanlah orangnya. Sewaktu isteri Lamid Bincut mengalami tumpah darah tatkala melahirkan anak, seisi kampung sudah mengagak tentu gangguan pontianak. Mereka percaya pontianak memang menghisap darah untuk memuaskan rasa dahaganya.
 "Panggil pawang pontianak, cepat!" Pak Musid ingatkan Lamid Bincut supaya tidak bertangguh menjemput Mamak Sutan ke situ.
"Hah, ini bukan kerja pontianak," beritahu Lamid Bincut cemas dengan keadaan isterinya.
"Jangan tunggu, bawa saja ke hospital," mandur ladang mendesak supaya mereka tidak teragak-agak. Dalam masa perintah orang putih memang tidak ada banyak kemudahan, mereka juga serba salah mahu membawa isteri Lamid Bincut ke hospital.
 Tetapi Pak Musid tidak rela membiarkan Lamid Bincut cemas tidak menentu. Sebelum dibawa ke hospital biar dia sendiri jemput  Mamak Sutan. Kalau diberi tahu pun lambat baru pihak hospital datang ke situ membantu disebabkan perjalanan yang sukar masuk ke tengah ladang.
 Apa lagi tatkala malam kian gelap, memang pihak hospital tidak akan menjengah. Siapa pula yang mahu hubungi dengan telefon kalau pejabat ladang sudah dikunci? Mandur pun sekadar mendesak, dia sendiri tidak akan sanggup bersusah payah bersama mereka.
Sebab itu Pak Musid kayuh basikal ke kampung di sempadan ladang mencari Mamak Sutan. Memang dia tidak tinggal bersama di dalam ladang, sekalipun di situlah tempat dia mencari rezeki. Terpaksalah Pak Musid meranduk kegelapan malam semata-mata mahu membantu kawannya Lamid Bincut.
Sebaik diberi tahu mengenai kejadian yang menimpa isteri Lamid Bincut tidak bertangguh Mamak Sutan mengekori Pak Musid. Tatkala sampai di rumah kongsi ladang keadaan Bisah isteri Lamid Bincut sudah semakin lemah. Jiran-jiran juga sudah tidak menaruh harapan lagi dengan keadaan Bisah.
Matanya sudah terbalik dengan mulut terkumat-kamit. Darah kian banyak tumpah hingga terpaksa dilapik beberapa helai kain sarung. Bidan yang membantu Bisah juga tenggelam punca tidak dapat melakukan apa-apa.
Mamak Sutan tidak cemas apa-apa dengan keadaan Bisah. Dia minta Lamid Bincut lap sahaja kepala isterinya dengan kain yang dibasahkan supaya pitam yang mengganggu Bisah dapat dipulihkan. Setelah kain basah dilapkan ke kepala Bisah, Mamak Sutan perlahan membacakan doa:
Allahhumma rabbinnasi azhibalbas isyfi antasy syafi la-syifa-a ilia syifa-uka syifa-an laYughodiru saqama, as-alullahhil 'anima rabbal 'arsyil 'azimi an-yasyfiyaka illa 'afahullahhu min zalikal maradho.
Kemudian dia melihat ombak dada Bisah mulai tenang. Setelah pitam yang mengganggu Bisah mulai reda, Mamak Sutan menghembuskan al-Fatihah tiga kali ke ubun-ubun perempuan itu. Perlahan-lahan tenaga Bisah kembali pulih setelah darahnya tidak banyak lagi tumpah.
Sebaik sahaja keadaan Bisah dapat dikawal, mereka percaya memang gangguan pontianak menyebabkan perempuan itu hampir tidak dapat diselamatkan. Tentu Mamak Sutan yang menjadi pawang pontianak dapat menghalang puaka itu dari terus menghisap darah Bisah.
"Tentu pontianak yang lakukan!" lantas sahaja Bidan Temah menuduh setelah Bisah tidak lagi pitam sekalipun tenaganya masih lemah.
 "Pontianak memang kerja-nya hisap darah," sahut Pak Musid menggertap bibir bagaikan menyimpan dendam yang mendongkol.
 "Hah, kalau aku jumpa, aku cincang pontianak tu!" gerutu Lamid Bincut bersemangat mahu menentang siapa sahaja.
 "Kau fikir pontianak macam kita ni?" Pak Musid tersengih-sengih dengan semangat Lamid Bincut yang mendadak. Sebelum itu dia moyok sahaja terkebil-kebil mata melihat keadaan isterinya yang tidak bermaya. "Kita bukannya boleh nampak pontianak tu, laintah Mamak Sutan," ujarnya macam menyindir Lamid Bincut.
Menggeleng lemah Lamid Bincut. Kesal jugs dia terlepas cakap mahu menyerbu pontianak kalau terserempak di mana-mana. Sia-sia sahaja dia menyerbu kalau semata-mata semangat sahaja keras. Tahu sangat dia pontianak itu mudah menghilangkan diri apabila ditetak dengan parang. Tiba-tiba sahaja dia akan terconggok di belakang tatkala mata parang sudah terbabas ditetak memancung angin.
Bagaimana dia mahu mengelak apakala pontianak mencekak lehernya dari belakang. Kuku pontianak yang panjang laksana duri onak akan mencengkam kuat hingga dia tidak sempat menepis. Bila-bila darah yang terpancut di tengkuk-nya akan dihisap oleh pontianak sampai tenaganya menjadi lemah tidak bermaya.
Ah, kenapa celupar sangat mulutnya mahu menentang pontianak! Tetapi Lamid Bincut menyedari dia tidak dapat mengawal perasaan. Sebab itu mudah sahaja mahu menyerbu pontianak kalau terserempak di mana-mana. Tetapi apabila kenangkan cerita Pak Musid mengenai tengkuk pontianak berlubang boleh ditusukkan dengan paku, tersengih-sengih Lamid Bincut.
 "Kenapa kamu tersengih-sengih, Lamid?" segera Pak Musid mengusiknya.
 "Celupar sangat mulut aku ni," bisik Lamid Bincut sengaja berdalih supaya tidak didesak sangat oleh Pak Musid.
Tetapi Pak Musid dapat mengagak tentu Lamid Bincut tahu mengenai pontianak yang berlubang tengkuk. Apabila di-tusuk paku sepanjang dua inci nescaya tubuh pontianak menjadi lemah. Bila-bila sahaja makhluk itu akan bertukar menjadi manusia. Sudah terbayang pada hati Pak Musid tentu Lamid Bincut sudah mengagakkan pon-tianak itu menjadi perempuan cantik yang rela menjadi isteri-nya.
Memang Pak Musid sendiri tidak pernah terserempak pontianak di mana-mana. Dia sekadar mendengar cerita kawan-kawan mengenai pontianak yang menjelma. Siapa pula yang sanggup tusukkan paku sepanjang dua inci ke tengkuk pontianak yang berlubang se-mata-mata harapkan dia menjadi perempuan yang cantik.
 Kenapa perlu harapkan pontianak bertukar menjadi perempuan yang cantik, sedangkan di dalam kampung pun masih ramai perempuan. Sama ada cantik atau pun tidak terpulang kepada hati sendiri. Tidak ada sebab kenapa perlu bersusah payah mahu tusukkan paku ke tengkuk pontianak yang berlubang?
 "Jangan percaya cerita karut, itu tahyol!" jelas Mamak Sutan apabila Lamid Bincut datang menemui dia meminta turunkan amalan menundukkan pontianak. "Kau percaya isteri kau diganggu pontianak, siapa yang cakap begitu?" ujarnya ketawa memanjang fasal diberi tahu oleh Lamid Bincut mengenai pontianak menghisap darha isterinya.
"Habis, Bisah tu diganggu apa, Mamak?" hairan juga Lamid Bincut pawang pontianak seperti Mamak Sutan tidak mengakui gangguan berkenaan berpunca dari pontianak.
"Perempuan lepas bersalin, memang selalu kena tumpah darah," beri tahu Mamak Sutan mengingatkan lelaki itu. Memang tumpah darah itu tidak boleh dielakkan kalau sewaktu melahirkan anak mengalami pendarahan yang banyak.
"Tapi, Bidan Temah kata memang kerja pontianak!" ujar Lamid Bincut mendesak Mamak Sutan turunkan juga amalan menundukkan pontianak itu kepadanya. Setidak-tidaknya dia tidak perlu lagi harapkan
Mamak Sutan membantu sekiranya diganggu demikian.
"Ah, dia agak-agak sahaja, aku pun tak pernah tengok pontianak!" jelas Mamak Sutan mengerling lelaki itu.
"Dulu di belukar teberau, Mamak dengan Abang Tubin tengok apa?" lantas sahaja Lamid Bincut ingatkan kejadian Tubin menangguk udang di sungai waktu senja. Seisi kampung tahu Tubin terserempak pontianak di situ hingga basah mukanya dikencing makhluk berkenaan. Tiga hari bau hancing tidak hilang hingga terpaksa dimandi-kan oleh Mamak Sutan dengan air rebus lengkuas.
 "Siapa kata pontianak?" ketawa besar Mamak Sutan apabila Lamid Bincut ungkit kejadian yang berlalu bertahun-tahun dulu. Mereka semua menuduh melihat pontianak tersadai di belukar teberau itu.
 Mamak Sutan sendiri tidak tahu mengenai perempuan hodoh yang tersadai di belukar teberau itu. Tatkala semua orang jauh menunggu di belakang, cuma dia satu-satunya yang mendekati makhluk yang kelihatan berbalam-balam dalam kegelapan senja.
Rengeknya memang sama bagaikan perempuan tengah kesakitan, tetapi dia nampak jelas wajah perempuan hodoh berkenaan. Disebabkan tangannya terdampar bagaikan keluang, Mamak Sutan dapat memastikan kuku jarinya panjang laksana helang mahu menyambar. Hanya Tubin yang mengakui terserempak perempuan hodoh tersadai di belukar  teberau berkenaan.
 Setelah didesak sangat oleh Lamid Bincut mahu turunkan amalannya, Mamak Sutan menyuruh dia supaya tidak tinggalkan solat lima waktu. Kemudian amalkan doa setiap kali selesai solat. Tidak ada amalan yang diamalkannya sejak datang ke Semenanjung selain daripada solat lima waktu.
 Terkebil-kebil mata Lamid Bincut apabila disuruh tunaikan solat lima waktu tidak putus-putus. Memang dia sendiri tidak pernah bangun pagi tunaikan solat subuh. Asal sahaja bingkas bangun dia akan serbu ke dapur mencari nasi sejuk. Kemudian bergegas-gegas ke ladang buat kerja yang ditetapkan oleh mandor.
Balik sahaja daripada bekerja, dia akan terlentang tengah rumah tidur bersenar. Bukan takat zohor sahaja tidak dipedulikan, asar juga tidak pernah tahu waktunya. Petang-petang dia akan terconggok di kedai kopi Ah Sang main mah-jong. Kadangkala jauh malam barn jejak kaki balik ke rumah hingga tidak pernah pun tunai solat maghrib.
Sebab itu dia tidak ambil peduli sangat semasa Bisah sarat mengandung. Dalam saat sarat mengandung itu Bisah terpaksa buat kerja teruk-teruk hatta mengangkut air dari paip tepi jalan ke dalam tempayan di rumah. Siapa lagi mahu diharapkan kalau tidak dia sendiri yang mesti lakukan.
Memang disebabkan terlalu teruk bekerja semasa mengandung itulah, Mamak Sutan ingatkan Lamid Bincut sebab-sebab Bisah mengalami tumpah darah semasa melahirkan anak. Mamak Sutan tidak perlu turunkan apa pun amalan mengenai menundukkan pontianak, kerana punca penyakit yang di deritai oleh Bisah bukannya disebabkan pontianak menghisap darah.
"Kau sendiri jadi pontianak, kalau tak tunaikan solat!" sengaj a Mamak Sutan mengejeknya.
Selepas kejadian menimpa isterinya memang Lamid Bincut tidak jejak kaki lagi di kedai kopi Ah Sang main mahjong bersama kawan-kawan. Kesal juga Lamid Bincut balik ke rumah sampai jauh tengah malam akibat main mahjong di situ. Biarlah dia habiskan masa bersama anak kecil yang baru lahir sementara Bisah sihat betul.
Asal petang sahaja dia akan berkunjung ke rumah Mamak Sutan di dalam kampung bersempadan ladang. Kalau Mamak Sutan tidak mahu turunkan apa-apa amalan memadai dia bertanyakan pengalaman lelaki itu semasa di kampung halamannya sebelum merantau jauh ke Semenanjung. .
Memang Mamak Sutan tidak pernah lupa pada Tok Aji asal sahaji disebut Bukittinggi atau belajar madrasah di Kapur Sambilan. Masakan dia dapat melupakan ayah mentuanya Angko Sahmin atau isterinya Siti Sinor yang meninggal dunia tatkala melahirkan anak. Kalau tidak disebabkan Tok Aji meninggalkan Kapur Sambilan dia percaya mayat Siti Sinor tidak akan ditusuk jarinya dengan jarum.
Tetapi siapa yang mahu selamatkan Tok Aji kalau dia tidak tinggalkan Kapur Sambilan? Apabila diajak ke hutan oleh Solihin bersama Angko Sahmin, lantas sahaja Tok Aji bersetuju. Bukan disebabkan dia gemar sangat ke hutan, tetapi sekadar mahu mencari kayu yang sesuai untuk dibuat bangunan madrasah. –
 Jauh juga mereka bertiga masuk ke hutan. Sehingga petang baru dapat memilih pokok-pokok yang mahu ditebang. Cuma tenaga Solihin satu-satunya yang mampu menghayun kapak dan baji untuk menebang pokok. Harapkan Tok Aji dengan Angko Sahmin masakan tenaga yang sudah tua mampu menghayun kapak.
 Lainlah kalau pokok sudah ditebang tumbang. Esok lusa mereka boleh kerah anak-anak muda termasuk Mamak Sutan juga memikul beramai-ramai. Setelah menebang sebatang pokok, tiba-tiba sahaja Solihin mengadu mengalami sakit perut. Puas Tok Aji berusaha dengan mendoakannya, tetapi penyakit Solihin bertambah tenat. Bibir pucat menahan kesakitan dengan jari-jarinya biru lebam.
Angko Sahmin terpaksa ambilkan pucuk-pucuk kayu pupuk perut Solihin supaya perutnya pulih. Semakin dipupuk pucuk-pucuk kayu, keadaan perut Solihin menjadi kembung tidak menentu. Dia mengerang-erang tidak dapat menahan kesakitan hingga seluruh tubuhnya memercik peluh merenik-renik.
Dalam keadaan mengerang-erang itu Solihin meninggal dunia. Terkejut benar Tok Aji bersama Angko Sahmin dengan kejadian yang menimpa kawan-nya itu tiba-tiba sahaja diserang sakit perut. Mereka berdua cuba selamatkan tetapi Solihin menghembuskan nafas juga. Memang sedih juga Tok Aji dengan kejadian tersebut disebabkan mereka masuk ke hutan sama-sama mahu buat kebajikan kepada penduduk-penduduk.
Biarlah mereka bersusah payah mencari kayu yang baik untuk dirikan bangunan madra-sah. Selepas itu kawan-kawan yang lain boleh membantu uruskan membawa kayu yang sudah ditebang ke dalam kampung. Mereka boleh ber-gotong royong memunggah kayu-kayu yang sudah ditebang itu beramai-ramai.
"Macam mana ikhtiar kita sekarang, Tuanku?" Angko Sahmin serba salah juga. Harapkan Tok Aji mahu mengusung mayat Solihin keluar, kakinya pun layuh tidak boleh berjejakkuat. Masakan Tok Aji yang terdengkot-dengkot itu boleh diharapkan mengusung mayat jauh mahu balik ke tengah kampung.
 "Kita kena minta bantuan, Angko," sahut Tok Aji menahan kesedihan yang menyusuk-nusuk dengan kejadian tersebut.
 "Habis, mayat Solihin kita tinggalkan di sini?" bimbang benar Angko Sahmin disebabkan petang sudah semakin beransur senja.
"Tidak, salah seorang di antara kita, kena tunggu di sini," jelas Tok Aji dapat membaca perasaan yang bergelora dalam dada Angko Sahmin. "Seorang lagi kena balik ke kampung meminta bantuan," ujarnya lagi meminta Angko Sahmin sahaja balik meminta bantuan dari kawan-kawan di kampung.
Sebelum Angko Sahmin balik, dia membantu Tok Aji mengikat mayat Solihin dengan rotan lilin tidak berbelah. Mereka ikatkan pada batang kayu yang sudah ditebang biar mayat itu tidak terletak di atas tanah. Setelah Angko Sahmin balik, lantas Tok Aji mengerat anak kayu sebesar lengan panjang sehasta.
Setelah mengambil wuduk pada anak air di lereng bukit, Tok Aji tunaikan solat terlebih dahulu. Kemudian dia memasang unggun tidak jauh dari mayat di-baringkan. Kalau ada bau api marak menyala tentu binatang buas tidak berani menghampiri. Bimbang juga Tok Aji sekiranya terjongol harimau belang atau ular sawa menjulur kepala dari tengah belukar:
Dalam masa menunggu mayat Solihin itu dia terus membacakan Yassin tidak berhenti-henti. Sebaik sahaja habis waktu senja, tiupan angin mula ber-tambah kuat. Unggun api yang dipasang juga padam akibat ditiup angin kuat sekalipun baranya masih menyala hangat.
Terpaksa pula Tok Aji longgokkan kayu-kayu kering ke dalam unggun supaya apinya tidak padam hingga ke pagi. Setidak-tidaknya nyamuk juga dapat dihindarkan selagi api unggun menyala di situ. Sementara menunggu masuk isya, Tok Aji berzikir juga sepanjang waktu.
Angin yang bertiup kencang terdengar menderu jauh dari balik-balik bukit. Saat ini yang terbayang pada Tok Aji sekiranya pokok-pokok di kelilingnya tumbang terbongkar akar sekiranya ditiup angin kencang. Apa lagi diaterconggok di lereng bukit yang mudah pokok-pokok tumbang sekiranya diserbu angin.
 Belum pun masuk waktu isya, Tok Aji ternampak mayat Solihin bergerak-gerak. Jauh di lipatan hatinya dia mengagak tentulah pakaian Solihin bergerak-gerak ditiup angin kencang. Tetapi dalam keadaan angin terus bertiup, Tok Aji nampak rotan lilin yang mengikat mayat terputus bagaikan direntap kuat.
 Sekaligus pula mayat Solihin bingkas bangun dengan mata-nya memancar cahaya merah bersinar. Rotan lilin yang mengikatnya mudah sahaja putus bagaikan tali rapuh tidak berguna. Kalau tenaga biasa masakan mampu merentap rotan Jilin tidak berbelah itu sampai putus tidak bersisa. Apa lagi mayat Solihin yang terbaring kau sejak petang dia menghembus-kan nafas.
 Tetapi Tok Aji sudah dapat mengagak gangguan yang mahu menguj i ketabahannya. Peng-alaman demikian bukan sekali dua dihadapi oleh Tok Aji semenjak dia meninggalkan Bukittinggi. Sudah banyak tempat ditempuhinya sama ada di Batusangkar, di Pariaman atau di Padang Panjang. Sebab itu Tok Aji tidak pernah gelabah ber-hadapan dengan keadaan mayat Solihin yang tiba-tiba sahaja bingkas bangun.
Lama mayat Solihin terduduk dengan matanya bersinar seperti bola api yang membakar. Dia mendengus-dengus bagaikan lembu disem-belih leher apabila menggeleng-geleng kepala ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia tiba-tiba melaung kuat hingga gemanya bergaung ke udara. Mayat itu pula mendongak ke atas terus berdiri sambil mengibas-ngibas tangan mencari mangsa.
Tok Aji cuba mendiamkan diri supaya tidak dapat dikesan oleh mayat Solihin yang bingkas bangun. Tetapi syaitan yang merasuk mayat berkenaan tidak peduli pun Tok Aji terconggok di situ. Dia terus menerkam pantas, tetapi segera dielakkan Tok Aji sekalipun terdengkot-dengkot akibat kaki sebelahnya layuh tidak berjejak kuat.
Terbabas mayat tersebut hingga berguling ke tanah. Tetapi cepat-cepat pula dia menerkam. semula lantas dipukul oleh Tok Aji dengan kayu yang sudah dikerat panjang sehasta. Sewaktu memukul mayat berkenaan Tok Aji membacakan:
Walau-anna Quranan suiyirat bihil jibalu au-qutti'at bihil ardh au-kullima bihil mau-ta ballillahhil amru jami'an ya syafi ya kafi ya mu'afi wabilhaqqi anzalnahu wabilhaqqi nazala, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kof.
Apabila Tok Aji menghentakkan tumitnya ke tanah, mayat Solihin jatuh berdebap ke tanah laksana buntil penuh berisi terhempas.. Marah benar mayat tersebut sampai sinar matanya berkilauan merah merenung tepat ke muka Tok Aji.
"Aku nak pergi!" gerutu mayat berkenaan dengan suaranya tenggelam jauh di kerengkung.
 "Kalau kau nak pergi, tinggalkan Solihin," bentak Tok Aji tidak berkedip mata merenung mayat tersebut.
"Aku Solihin, kau tak tau?" ejek mayat tersebut menepuk-nepuk dada menampakkan ke-sombongannya.
"Solihin sudah mati, tinggalkan mayatnya di sini!" Tok Aji mengisar tapak tangan lantas membacakan:
Bismillahhi masya-Allah layasuqul hairu illallah, bismil-lahhi masya-Allah layasriful su-i illallah, bismillahhi masya-Al-lah makana min-ni'matin faminallahh, bismillahhi masya-Allah layati bilhasnati bismillahhi masya-Al-lah la-haula wala qauwata ilia billah.
Terketar-ketar mayat Solihin menekup dada dengan terseringai menahan kesakitan akibat dada-nya bagai ditusuk. Dalam keadaan terketar-ketar itu dia tetap menyerbu mahu menerkam ke arah Tok Aji. Setiap kali dia menerkam lantas sahaja dipukul oleh Tok Aji dengan kayu sebesar lengan panjang sehasta itu.
Dia tahu di hadapannya bukan lagi mayat Solihin yang bingkas bangun. Masakan mayat yang sudah terbujur kaku boleh menerkam ke arahnya kalau bukan dirasuk syaitan. Siapalah mahu mempercayai dia kalau diberitahu mengenai mayat Solihin yang semakin ganas sebaik sahaja menjelang tengah malam.
Puas juga Tok Aji membacakan apa sahaja doa yang terlintas di hatinya namun mayat berkenaan tidak mengalah. Dia akan terkial-kial beberapa detik sahaja, kemudian akan menerkam semula mahu mencengkam leher Tok Aji. Hampir juga Tok Aji berputus asa akibat serangan mayat berkenaan tidak putus-putus.
Terasa juga letih sepanjang malam terpaksa mengelak daripada t erkaman mayat Solihin. Sekalipun dia dapat memukul dengan kayu sebesar lengan panjang sehasta itu, namun mayat berkenaan tidak pernah serik. Lebam bincut seluruh kepalanya, mayat tersebut tetap juga menyerang bertalu-talu.
Kalaulah tidak disebabkan ketabahan hatinya nescaya Tok Aji juga mengalah. Tidak pernah dia tewas dengan doa-doa yang dibacakan. Asal sahaja dibaca-kan doa-doa tersebut nescaya akan tersungkurlah siapa sahaja dirasuk syaitan. Kenapa pula mayat Solihin tidak mengalah setelah berkali-kali dipukul dengan kayu sebesar lengan itu?
"Kau di sini seorang sahaja, tak ada siapa nak tolong," mendengus-dengus mayat berkenaan mengejeknya dengan terhuyung-hayang.
"Aku bersama Allah," sahut Tok Aji tetap tabah berhadapan dnegan dugaan demikian getir.
Menggeleng-geleng mayat Solihin disilau cahaya unggun api yang berbara merah. Dalam keadaan keletihan Tok Aji tetap berdiri gagah tidak mahu mengalah. Sekiranya dia tunjukkan keletihan dirinya nescaya syaitan yang merasuk mayat Solihin akan terus menyerang. Dalam saat demikian Tok Aji memerlukan tipu helah supaya kekuatan batiniah tidak luntur.
 "Nampaknya kau dilindungi oleh amalan kamu!" gerutu mayat tersebut tenggelam jauh di kerengkung.
"Tidak! Aku dilindungi oleh Allah!" sahut Tok Aji sengaja mahu menyakiti hati lembaga yang merasuk mayat Solihin. Dia percaya amalannya tidak berupaya melindungkan dirinya, hanya Allah yang mampu melindungi hambaNya jika dikehendakiNya.
Hampir subuh Tok Aji tetap tidak mengalah. Dia akan memukul asal sahaja mayat Solihin menerkam setelah puas berdoa tidak memberi kesan apa-apa. Sewaktu Tok Aji tersandar pada pokok besar, mayat berkenaan menerpa pantas. Terkamannya terbabas lantas jarinya tertusuk pada pokok berkenaan.
Akibat jarinya terlekat pada pokok tersebut mayat Solihin terkaku tidak dapat bergerak. Apabila Angko Sahmin bersama orang-orang kampung sampai, matahari sudah naik segalah. Mereka terkejut melihat jari mayat terbenam pada pokok yang keras. Kepala mayat juga lebam bincut akibat dipukul kuat dengan kayu sebesar lengan.
Setelah dibacakan Yassin dan disimbah dengan air oleh Tok Aji barulah mayat Solihin lekang dari pokok berkenaan. Mereka melihat jari mayat ber-kenaan terbenam hingga sampai ke pergelangan tangan. Memang tidak dapat diterima akal bagai-mana jari mayat boleh terbenam pada pokok yang keras. Kepala mayat juga lebam bincut akibat dipukul kuat dengan kayu sebesar lengan.
Setelah dibacakan Yassin dan disimbah dengan air oleh Tok Aji barulah mayat Solihin lekang dari pokok berkenaan. Mereka melihat jari mayat ber-kenaan terbenam hingga sampai ke pergelangan tangan. Memang tidak dapat diterima akal bagai-mana jari mayat boleh terbenam pada pokok yang keras tersergam.
Disebabkan kesan lebam bincut pada kepala mayat itulah Tok Aji dituduh menyebabkan kematian Solihin. Sekalipun Angko Sahmin pertahankan dia, tetapi siapa pun tidak akan mempercayainya.
Apa lagi Belanda memang sudah lama mahu memerangkapnya asal sahaja dia mengajar di madrasah. Semenjak itu pula Mamak Sutan tidak melihat lagi Tok Aji, sekalipun dia mendengar khabar gurunya itu berhijrah ke Jambi. Tidak lama Tok Aji di Jambi, selepas itu memang Mamak Sutan tidak dapat berita apa-apa lagi mengenainya. Hanya Angko Sahmin mendapat surat dari Tok Aji setelah dia jejak kaki ke Semenanjung.
"Selepas sampai di Semenanjung pun, saya tak dapat jumpa dengan Tuanku," keluh Mamak Suthn kesal kerana tidak dapat menemui Tok Aji sekalipun sudah jejak kaki ke Semenanjung.
Tetapi dia tetap simpan baik-baik buku tulisan tangan pe-ninggalan Tok Aji itu. Banyak doa yang sudah diturunkan kepadanya amat berguna kepada dirinya. Dia percaya bukanlah disebabkan amalkan doa-doa ter-sebut dia dikenali oleh penduduk-penduduk kampung sebagai pawang pontianak. Mamak Sutan sekadar mencuba tatkala penduduk-penduduk kampung meminta bantuan.
Dia sendiri tidak memahami sangat mengenai pontianak yang ditakuti oleh Lamid Bincut sampai meminta diturunkan amalan petua kepadanya. Lembaga perempuan hodoh yang terserempak di belukar teberau memang tidak tahu Mamak Sutan sama ada pontianak atau pun bukan.
Perkara Lamid Bincut menuduh isterinya Bisah diganggu pontianak, tidak sama dengan kejadian yang menimpa Saenah anak Pak Musid. Tatkala Saenah melahirkan anak, cepat-cepat suaminya Mijin sangkutkan duri mengkuang di bawah rumah bersetentang dengan Saenah terbaring.
Hanya selepas subuh sebaik sahaja terang-terang tanah, Saenah terjerit perlahan. Apabila Mijin menjengah dia melihat isterinya terketar-ketar ketakutan sambil menuding ke bumbung atap. Pak Musid juga menjengah ke bumbung atap tetapi tidak melihat apa pun di situ.
Tidak bertangguh Pak Musid terjun ke tanah mahu menjemput Mamak Sutan. Siapa lagi boleh diharap dalam saat demikian kalau bukan Mamak Sutan yang mahir mengenai perempuan tengah bersalin tumpah darah. Kalau lambat dijemput tentu keadaan Saenah bertambah teruk. Biarlah Mamak Sutan doakan supaya keadaan Saenah pulih semula sekalipun tidak diganggu pontianak menghisap darah.
Sebaik sahaja Pak Musid mengayuh basikal ke rumah Mamak Sutan, keadaan Saenah semakin gementar. Dia meracau-' racau menuding jari ke bumbung atap mengharapkan .Mijin membantu.
"Apa yang awak takutkan?" Mijin menggertap bibir merenung ke bumbung atap yang lengang.
"Kepala tersangkut di situ," gerutu Saenah tidak lepas memandang ke bumbung atap dalam keadaan gelisah.
 "Jangan pandang ke situ, baca doa yang diajar oleh Mamak Sutan," ujar Mijin lintas membacakan Ayatul Kursi 17 kali diikuti dengan ayat 22, 23 dan 24 surah al-Hasyr seperti yang diajarkan oleh Mamak Sutan.
"Kepala tu bawa tali perut memanjang," bisik Saenah menuding jari ke bumbung atap, menyebabkan jiran-jiran yang datang menjengah juga bertambah hairan. Emak mentuanya Mak Dinah segera lapkan tuala basah ke dahi Saenah seperti petua yang ditunjukkan oleh Mamak Sutan juga.
Setelah membacakan doanya, Mijin terdengar bunyi orang menghalau ayam di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya terbaring. Tidak bertangguh dia turun memerhatikan siapa menghalau ayam di situ. Sebaik sahaja sampai di bawah rumah terkejut benar Mijin melihat kepala tergantung pada duri mengkuang dengan usus perutnya berjela di tanah lantas dipatuk beberapa ekor ayam. Kepala yang tergantung itu menghalau ayam disebabkan usus perutnya yang berjela dipatuk-patuk.
Terkejut benar Mijin di-sebabkan kepala yang tergantung akibat tersangkut pada duri mengkuang seakana-kan meyerupai emaknya sendiri. Terkebil-kebil mata kepala yang tergantung itu disebabkan usus-nya tersangkut pada duri mengkuang itu. Mulutnya meleleh darah dari celah lantai sambil lidah menjilat-jilat.
Tiba-tiba sahaja Mijin menjadi seperti orang tidak siuman sebaik melihat kepala yang tergantung itu menyerupai emaknya. Lantas sahaja dia naik ke rumah mencapai parang di dapur. Apabila turun semula ke bawah rumah tidak bertangguh dia menetak usus yang berjela-jela itu dicincang hingga lumat.
 "Kau syaitan, bukannya emak aku!" gerutu Mijin terus menetak tidak peduli apa-apa.
Beberapa orang jiran turun ke tanah juga terkejut apabila melihat Mijin menetak kepala yang mengheret usus. Ketika inilah Pak Musid bersama Mamak Sutan tiba ke situ. Setelah melihat keadaan Mijin bagaikan orang tidak, siuman, segera Mamak Sutan mendekati-nya. Dia hembuskan al-Fatihah tiga kali ke muka Mijin menyebabkan lelaki itu tertegun beberapa ketika.
"Eh, apa yang terjadi ni?" terpinga-pinga Mijin memerhati parang terhunus di tangannya dipenuhi percikan darah.
Dia menjadi terketar-ketar apakala melihat kepala yang di-cincang itu menyerupai emaknya Utih Lisah. Tetapi kepala itu hitam laksana puntung terbakar dengan rambutnya mengerbang tidak menentu. Tali perutnya juga terburai disimbahi darah yang memercik.
Mamak Sutan menyuruh dibungkus kepala tersebut dengan kain putih supaya dibawa naik ke rumah. Setelah dibungkus kain putih mereka sama-sama mengangkatnya naik ke rumah. Sewaktu mereka membuka bungkusan berkenaan di atas rumah, hanya ketul-ketul tanah liat hitam sahaja di dalam bungkusan itu.
 "Kenapa ni, Mamak?" Pak Musid serba salah setelah melihat kejadian yang meng-hairankan itu.
"Tak apa, itu bukan urusan kita," ujar Mamak Sutan menyu-ruh kebumikan juga tanah liat hitam.
Mereka terpaksa juga mematuhi kemahuan Mamak Sutan. Dia sahaja yang boleh diharapkan di situ kalau mereka meng-hadapi ujian demikian. Siapa lagi yang memahami bagaimana mahu mengatasi kejadian diganggu syaitan kalau bukan Mamak Sutan?
Sebab itu mereka mesti kebumikan juga tanah liat hitam itu sama seperti jenazah manusia juga. Biarlah masing-masing tidak tahu apa di sebalik kejadian tersebut asal sahaja Mamak Sutan memahaminya. Banyak pengalaman Mamak Sutan tentulah dia tahu mahu uruskan kepala manusia yang berubah menjadi tanah liat yang hitam.
Ketika mereka berura-ura mahu ke kubur, Samit adik Mijin bergegas-gegas mengayuh basikal menerpa ke tengah halaman. Tercungap-cungap dia memberi tahu abangnya Mijin mengenai kernatian emaknya Utih Lisah apabila tiba-tiba sahaja diserang sakit kepala dan sakit perut serentak.
Setelah dipujuk oleh Mamak Sutan, terpaksa juga Mijin menjengah emaknya. Jiran-jiran juga segera menziarahi Utih Lisah setelah diberi tahu mengenai kematiannya secara mengejut. Kalaulah Samit tidak terlina sampai pagi, tentu dia juga tidak dapat beritahu sesiapa mengenai emaknya menjerit tidak menentu menekup kepala dengan tangan.
 Sekiranya bangun cepat sudah tentu Samit akan ke hutan mencari rotan. Perkara kakak iparnya Saenah baru melahirkan anak tidak penting sangat kepadanya. Selepas mencari rotan ke hutan dia boleh datang juga menjengah. Lagi pun sewaktu balik dari menjengah Saenah, memang emaknya Utih Lisah beritahu keadaan isteri abangnya itu selamat.
Tidak perlu tergesa-gesa dia menjengah. Emaknya pun balik cepat setelah melihat Saenah selamat melahirkan anak. Apabila emaknya masuk ke bilik tidur, dia juga tidak peduli apa-apa lagi terus lelapkan mata. Sewaktu terbangun tidur baru Samit mendengar emaknya terjerit meminta tolong.
Sebaik sahaja dia menjengah ke bilik emaknya, Samit melihat emaknya menekup kepala dengan darah meleleh di hidung dan telinganya. Kemudian emak-nya mengerang-erang menahan perutnya pula akibat kesakitan yang tidak terperi.
"Sabarlah, Mijin," Mamak Sutan ingatkan dia sambil menepuk-nepuk bahu setelah menjengah mayat emaknya yang sudah dibujurkan. "Urusan Allah, biarkan pada sisi Allah," bisiknya supaya Mijin tidak memberi tahu sesiapa pun mengenai kejadian dia menetak kepala tersangkut di bawah rumah.

Pengalaman Mamak Sutan bertahun-tahun dulu tetap menjadi ingatan dia. Sebak juga hatinya apabila kenangkan semula kejadian itu semasa memberitahu saya pengalaman lama yang dilaluinya. Saya sekadar mengangguk-angguk kepala sahaja kerana terharu dengan buku peninggalan Tok Aji yang masih dalam simpanan Mamak Sutan.