Monday, May 14, 2018

278. BAHAN SUMPAH JUNJUNG QURAN


SUDAH Iebih sebulan kampung terpenciI itu, heboh dengan cerita lembaga berkepala anjing berkeliaran di tengah malam. Budak-budak balik dari mengaji Quran di surau pun terkemamar apabila lembaga berkenaan melompat di hadapan mereka, kemudian melarikan diri ke dalam semak belukar.
Tubuhnya memang manusia biasa tetapi berbulu hitam lebat. Ketika muncul di hadapan manusia dia akan menyalak sebelum lari menyusup ke tengah belukar. Leha Dibab gadis sunti anak Mat Tera terjerit-jerit sampai terkencing di dalam kain akibat ketakutan apakala terserempak lembaga berkenaan.
Bukan Leha Dibab sahaja yang terserempak, Kudin Boyak balik dari menjengah lukah pun terpempam apabila lembaga itu tercegat di tebing sungal. Cepat-cepat Kudin Boyak menghunus parang tersisip di pinggang. Tidak bertangguh dia menetak hingga mata parang menyinggahi ke keting kaki lembaga berkenaan.
Menggonggong seperti anjing kesakitan lembaga tersebut lari susup sasap ke dalam belukar. Semenjak ditetak oleh Kudin Boyak itulah beberapa orang kampung ternampak lembaga tersebut berjalan terdengkot-dengkot mengheret kakinya yang cedera. Kadangkala tiap-tiap malam pula orang-orang kampung ternampak lembaga berkepala anjing itu berjalan meranduk kesamaran gelap malam.
Disebabkan Kudin Boyak berani menetak dengan parang, maka mereka tidak gentar lagi kalau terserempak lembaga berkenaan. Kalau berjalan di waktu malam masing-masing slap menyisipkan parang ke pinggang. Mereka akan hunus mata parang sekiranya lembaga berkepala anjing itu muncul di hadapan menghalang perjalanan.
"Kalau dia tak mengganggu, biarkanlah," Lebai Minin mengingatkan orang-orang kampung ketika mengajaknya bersembahyang hajat beramai-ramai.
"Takkan nak dia mengganggu baru kita nak sembahyang hajat," ujar Sahak Gebeh mendengus kesal. Dia tidak dapat lupakan kejadian lembaga berkepala anjing naik ke rumah menyelongkar nasi di periuk. Terpaksa pula dia menyamak periuk disebabkan dijilat lembaga berkepala anjing itu.
Terkengkeng-kengkeng lembaga berkenaan melompat terjun di tingkap apabila kepalanya disesah dengan tangkai penyapu. Marah benar Sahak Gebeh disebabkan lembaga berkepala anjing itu dapat membolos masuk naik ke rumahnya.
"Nampaknya lembaga tu tak mengusik orang," Kudin Boyak pula bersetuju dengan Lebai Minin. Memang tidak patut mereka mencederakan lembaga itu sekiranya dia tidak mengganggu.
 "Macam mana kalau dikerkahnya anak bini kita?" Wak Dusak tidak puas hati dengan keputusan mahu membiarkan sahaja lembaga berkepala anjing itu berkeliaran setiap malam.
Budak-budak mahu ke surau mengaji Quran pun tidak berani lagi turun ke tengah halaman. Masing-masing serik setelah beberapa kali terserempak lembaga itu berlari laksana anjing menyusup ke dalam belukar.
Mereka berkumpul di surau mahu nengambil keputusan untuk bersembahyang hajat beramai-ramai supaya lembaga berkepala anjing itu dapat dimusnahkan. Tetapi siapa lagi boleh diharap mengetuai sembahyang hajat itu, sekiranya Lebai Minin enggan? Mereka tidak boleh berkeras memaksa Lebai Minin setelah guru agamanya sekadar mengharapkan mereka semuanya bersabar.
Perkara lembaga berkepala anjing muncul lebih sebuIan itu memang tidak diketahui puncanya. Mahu dituduh orang biasa menjelma, apa pula tujuannya menyusahkan diri terpaksa bersembunyi susup sasap ke dalam belukar setiap kali terserempak orang melintas. Malah budak-budak balik dari mengaji Quran di surau pun nampak lembaga itu ketakutan semasa terserempak mereka.
"Boleh jadi dia nak minta tolong," tutur Kudin Boyak semacam kesihan dengan keadaan lembaga itu setelah ditetak ketingnya sampai cedera terdengkot-dengkot mengheret kakinya
"Nak minta tolong apa pula, syaitan?" gerutu Sahak Gebeh masih mengharapkan Lebai Minin mahu mengubah fikiran semula.
Ketika mereka berkumpul di surau initah tiba-tiba dari arah tanah perkuburan terdengar jeritan halus mendayu-dayu. Mereka saling berpandangan setelah mendengar jeritan tersebut seolah-olah meminta tolong sayup-sayup menggetarkan perasaan.
Sahak Gebeh yang garang sangat mahu menghalang lembaga berkepala anjing itu tiba-tiba sahaja menjadi gementar. Terdiam dia tidak bercakap sepatah pun sebaik sahaja jeritan meminta tolong itu berbaur-baur dengan salakan anjing memanjang. Kampung terpencil di sempadan itu semakin diganggu bunyi jeritan nyaring di tengah malam demikian.
Hampir lima betas minit bunyi jeritan itu berulang-ulang, suasana kembali sepi semula. Mereka yang berkumpul di surau serba salah juga mahu balik ke rumah masing-masing. Sahak Gebeh sanggup tidur di surau sahaja sekiranya mereka semua membuat keputusan tidak mahu balik ke rumah.
Tetapi Lebai Minin tetap mahu balik ke rumah setelah mereka tidak akan dirikan sembahyang hajat berjemaah. Kudin Boyak juga mengambil keputusan untuk balik. Apa sangat yang ditakutkan oleh Kudin Boyak kalau sekadar terdengar jeritan ketakutan di kawasan tanah perkuburan. Salangkan lembaga berkepala anjing tercegat berdiri di tebing sungai pun di tetaknya dengan parang terhunus.
Seisi kampung tahu sangat dengan sikap Kudin Boyak tidak mudah dimakan gertak. Cubalah siapapun datang mengganggu tatkala dia berseorangan di mana sahaja. Kudin Boyak tidak akan undur sekalipun diserbu tidak bertahan. Tengah malam pun Kudin Boyak sanggup meranduk sungai menjengah Iukah yang dipasang sejak senja.
Wak Dusak pun tahu fasal Kudin Boyak menangguk udang sewaktu buIan mengambang penuh di kuala sungai, tiba-tiba diganggu hilai ketawa memanjang di atas pokok rembia di tebing sungai. Memang Wak Dusak sudah terketar-ketar di tengah air memegang tangguk. Bukan takat terketar-ketar kesejukan berendam di tengah sungai, tetapi dia gementar mendengar gelak ketawa menghilai panjang.
Terasa gerun Wak Dusak lantas dia memegang bahu Kudin Boyak. Tetapi Kudin Boyak tidak gentar apa-apa sekalipun hilai tawa itu melangsing di pucuk rumpun rembia tersergam.
"Aku nak tengok berani kau, pontianak!" Kudin Boyak menggertap bibir lantas melompat naik ke tebing menerpa ke perdu rumpun rembia. Ditetak nya pelepah rembia panjang setengah depa, lantas dibalingnya ke pucuk rumpun rembia.
Sekali imbas Wak Dusak nampak lintasan putih melayang dalam kegelapan malam meninggalkan rumpun rembia berkenaan. Kemudian hilang bersama hilai ketawa memanjang yang menggerunkan.
"Dengan Kudin jangan nak tunjuk berani, pontianak!" laung Kudin Boyak mendongak ke udara. Memang dia tidak takut apa-apa kalau terserempak apa pun di tengah kegelapan malam.
Sebab itu Wak Dusak tidak akan berenggang dengan Kudin Boyak tatkala balik dari surau. Lagipun Kudin Boyak akan menempuh halaman rumah nya juga ketika balik ke rumahnya di darat kampung.
Sewaktu berjalan beriringan balik dari surau, Kudin Boyak membelok ke tanah perkuburan. Serba salah juga Wak Dusak kalau tidak mahu mengikutnya bersama. Hatinya kian bimbang katau berseorangan balik ke rumah. Manalah tahu akan terserempak lembaga berkepata anjing itu dalam perjalanan balik.
Sahak Gebeh juga ikut sama mereka membelok masuk ke tanah perkuburan. Kalau Kudin Boyak berani jejakkan kaki ke situ, kenapa pula mereka takut tidak menentu? Setidak-tidaknya mereka mahu pastikan juga jeritan siapa pula di atas tanah perkuburan yang mendayu-dayu di tengah malam.
Tidak ada siapa pula orang yang baru mati, sekiranya kubur tersebut yang menghadapi gangguan. Bukan perkara luar biasa kalau ada kejadian aneh di tanah perkuburan orang yang baru meninggal dunia. Ketika Mahton meninggal dunia sewaktu melahirkan anak, seisi kampung terkejut kerana ternampak api menyala di kubur berkenaan di sebelah senja.
Terpaksa Lebai Mini datang ke kubur berkenaan menyiramkan air Yassin sampai api menyala padam. Tetapi senja berikutnya api menyala lagi di atas kubur Mahton yang merekah. Disebabkan seisi kampung tahu sangat mengenai Mahton yang seringkali berkelahi dengan suaminya Jusuh Pekak, mereka menuduh kubur perempuan itu menerima bala yang mengaibkan.
Jusuh Pekak juga tidak ambil peduli apabila diberitahu isterinya seringkali ditemui bersama lelaki lain di belukar pinggir kampung. Asal sahaja petang menjelang, arwah Mahton akan menggembala enam ekor kambingnya ke hujung kampung sampai santak senja. Ketika itulah lelaki tersebut datang mencari Mahton menggembala kambing.
Sampai Mahton mengandung pun, orang-orang kampung menuduh bukannya anak Jusuh Pekak. Tetapi Jusuh Pekak tidak pernah salahkan isterinya selagi dia tidak melihat sendiri isterinya berlaku curang. Apabila. ditanyakan oleh Jusuh Pekak, marah sangat Mahton kepada suaminya hingga mengajak lelaki itu menjunjung Quran di tengah surau.
"Kalau kau tak buat, tak apalah Mahton," keluh Jusuh Pekak menggeleng lemah. "Tak payahlah nak junjung Quran pula," katanya terharu dengan keputusan isterinya mengajak dia menjunjung Qu-ran.
Lebai Minin juga nasihatkan dia supaya tidak menurut kemahuan isterinya menjunjung Quran di atas surau. Biarlah semuanya ditentukan oleh Allah. Jusuh Pekak tetap mematuhi nasihat guru agamanya sendiri, daripada ikutkan cabaran isterinya. Apalah gunanya menggunakan Quran semata-mata untuk memenuhi nafsu sahaja.
Tidak lama selepas itu Wak Dusak bersama orang-orang kampung menyerbu Mahton dengan Leman Gagap ketika berdua-duaan di hujung kampung. Tetapi mereka berdua tidak mengaku melakukan apa-apa di situ. Leman Gagap sekadar memikat tekukur di tengah belukar sewaktu ditemui berbual-bual dengan Mahton.
Tetapi Wak Dusak sudah terserempak beberapa kali mereka berdua di hujung kampung. Macam manapun Leman Gagap mahu berdalih, Wak Dusak tahu benar fasal hubungan mereka berdua sekalipun tidak ada bukti mahu ditunjukkan. Sekiranya Lebai Minin mendesak mahukan bukti, memang dia tidak sanggup tunjukkan.
Sebab itulah Leman Gagap tidak bimbang apa. Dia tunjukkan sangkar tekukur pemikat sebagai bukti dia memilkat takala diserbu oleh orang orang kampung. Mahton juga tunjukkan enam. ekor, kambing yang digembalanya di situ. Masakan mereka melakukan perbuatan tidak baik kalau Mahton tengah menggembala kambing manakala Leman Gagap meracik tekukur.
Memang terkebil-kebil mata Wak Dusak apabila ditanya oleh Lebai Minin kesahihan pasangan itu diserkup. Perkara menuduh Mahton memang tidak boleh main-main, disebabkan perempuan itu sudah bersuami. Maruah Jusuh Pekak mesti dijaga juga kalau menuduh isterinya demikian.
Tambah terdesak Wak Dusak apakala Mahton dengan Leman Gagap sanggup junjung Quran di atas surau. Seisi kampung menjadi saksi mereka berdua tidak bersalah apa-apa. Mereka junjung Quran kerana Wak Dusak sengaja mahu menjatuhkan maruah keluarga mereka. Malu juga Wak Dusak disebabkan seisi kampung mula menyalahkan dia menyerkup Mahton dengan Leman Gagap di hujung kampung, walhal mereka berdua meracik tekukur dan mengembala kambing.
Sampai tidak bertegur Wak Dusak dengan Jusuh Pekak angkara menyerkup Mahton. Tersinggung juga hati Jusuh Pekak dengan sikap Wak Dusak tidak mahu usul periksa tatkala menyerkup. Tentu Mahton tidak bersalah menyebabkan dia berani. menjunjung Quran di atas surau. Malah Leman Gagap juga tidak menolak untuk menjunjung Quran kerana dia benar benar memikat tekukur.
Seisi kampung mula menuduh Wak Dusak sengaja mahu menjaga tepi kain orang, sedangkan diri sendiri tidak diuruskan. Lama juga Wak Dusak memencilkan diri selepas kejadian menyerkup Mahton dengan Leman Gagap.
Sewaktu melahirkan anaknya Mahton terkejang sebelum sernpat bayinya dilahirkan. Terkejut juga bidan yang mernbantunya apabila Mahton tiba-tiba sahaja tidak bernyawa dalam masa mengerang-ngerang kesakitan. Disebabkan dia mati tidak sempat melahirkan anak orang-orang kampung kebumikan dia dengan meletakkan jarum di tapak tangan, telur sebiiji di bawah ketiak dan sebentuk cincin emas di dalam mulut jenazah.
Sebaik sahaja dikebumikan senjanya seisi kampung melihat api menyala di atas kubur Mahton. Sewaktu Lebai Minin bersama Jusuh Pekak ke tanah perkuburan mereka, melihat api tersebut di atas kubur Mahton yang merekah. Mereka mendengar bunyi seperti rantai diheret di dalam kubur berkenaan.
Lantas Lebai Minin mengajak Jusuh Pekak membacakan Yassin di atas kubur Mahton. Selepas disiram dengan air Yassin api yang menyala itu padam. Bunyi rantai diheret juga hilang bersama angin malam yang mengelus sejuk.
Tetapi kejadian tersebut berulang lagi keesokan senjanya. Api marak menyala di atas kubur Mahton itu diikuti dengan suara jeritan halus meminta tolong. Terpaksalah Kudin Boyak dengan Wak Dusak juga ikut sama menemankan Lebai Minin dan lusuh Pekak membacakan Yassin beramai-ramai di atas kubur itu.
Hampir dua minggu orang-orang kampung berulang ke kubur Mahton membacakan Yassin setiap senja. Selepas itu tidak kedengaran lagi bunyi jeritan meminta tolong atau api menyala di rekahan tanah kubur berkenaan. Orang-orang kampung juga sudah melupakan kejadian tersebut. Tetapi mereka syak juga tentulah disebabkan peristiwa Mahton menjunjung Quran semata-mata mahu menyembunyikan kesalahan sendiri.
Mereka pula mempercayai Wak Dusak bercakap benar semasa menyerkup Mahton dengan Leman Gagap. Tiga tahun selepas kematian Mahton barulah Leman Gagap pula meninggal dunia akibat seluruh badannya dihinggap tokak. Berkerak kerak keluping kudis di kulitnya dengan mengangkut nanah menghanyirkan.
"Dah hilang bunyinya," bisik Sahak memegang bahu Kudin Boyak sebaik sahaja mereka sampai di tanah perkuburan. Mereka tidak mendengar apa-apa pun lagi setelah sampai di situ.
"Kita ke kubur Mahton" ujar Jusuh Pekak mengajak kawan-kawannya menjegah ke situ. Manalah suara jeritan meminta tolong itu datang dari kubur isterinya itu juga sekalipun Mahton sudah lama meninggal dunia.
"Mahton mati dah bertahun, takkan kubur dia," jelas Wak Dusak pula perlahan-lahan mengekori dari belakang.
Masing-masing terdiam apabila Kudin Boyak menyuluh dengan lampu picit di sekeliling tanah perkuburan. Dia mara ke hadapan meranduk belukar kubur itu dengan tidak bercakap sepatah apa pun. Memang kubur Mahton disuluh oleh Kudin Boyak, tetapi tidak ada kesan pun suara berkenaan berpunca daripada kubur itu. Malah kubur Mahton juga sudah dipenuhi rumput memanjang.
Kemudian Kudin Boyak mara pula ke kubur Leman Gagap. Sudah hampir setahun Leman Gagap meninggal dunia tidak ada pula kejadian ganjil berlaku di kuburnya. Setelah puas menyuluh di sekeliling tanah perkuburan itu, mereka tidak menemui apa-apa. Lega juga hati Jusuh Pekak kerana bunyi jeritan meminta tolong itu bukan daripada kubur isterinya yang sekian lama diketahui orang telah berlaku kejadian ganjil.
Tetapi Lebai Minin sendiri mengakui tentulah bahana bersumpah menjunjung Quran itulah menyebabkan Mahton menerima musibah demikian. Tentu dia tidak dapat menyembunyi kan rahsianya di sisi Allah, sekalipun boleh melindungkan diri daripada diketahui oleh manusia.
Sebab itulah Jusuh Pekak syak juga kejadian aneh itu berulang lagi di kubur Mahton, sekalipun perempuan itu sudah bertahun-tahun dulu meninggal dunia. Dia tetap berdoa biarlah roh isterinya aman tenteram di alam barzakh. Perkara Mahton bersikap curang terhadapnya tidak perlu lagi diungkit-ungkit, kerana semuanya sudah ditentukan demikian.
Dia pun tahu mengenai azab yang menimpa Leman Gagap setelah sama-sama menjunjung Quran di atas surau bersama Mahton. Tubuhnya dpenuhi tokak yang mengerikan seolah-olah kulitnya reput tidak berguna. Puas juga berubat dipupuk daun sembung, tetapi tokak tersebut cepat sangat merebak.
Bau tokak tersebut meruap-ruap sampaikan loya tekak sekiranya duduk dekat. Kalau tidak kenangkan jiran sama tinggal sekampung memang mereka tidak mahu menjengah semasa Leman Gagap terkejang sakit. Tetapi perkara ziarah orang yang sakit fardu kifayah yang mesti ditunaikan sebagai tanggungjawab.
Jusuh Pekak juga tidak berdendam apa-apa, sekalipun Leman Gagap mengaku sendiri dia menyebabkan Mahton mengandung sehingga bayinya mati dalam kandungan. Apalah gunanya berdendam dengan orang yang terlantar sakit menunggu saatnya sahaja. Hanya airmata sahaja tergeiang di pelupuk mata Leman Gagap sewaktu Jusuh Pekak datang menziarah.
"Tapi suara menjerit minta tolong tu, memang dari kubur," ujar Sahak Gebeh setelah mereka meninggalkan tanah perkuburan. Hairan juga. dia disebabkan jeritan itu tidak kedengaran sebaik sahaja mereka jejakkan kaki ke kawasan berkenaan.
"Hari malam angin bertiup, kadangkala kita salah dengar," sahut Kudin Boyak mendengus bagaikan hidung tersumbat akibat selsema. "Boleh jadi di tempat lain, tapi kita rasakan dari kubur," katanya idak mahu memikirkan sangat kejadian tersebut.
"Kalau seorang dengar, boleh jadi juga," cepat-cepat AIak Dusak mencelah. "Tapi kita semua dengar memang dari arah kubur," tegasnya tetap yakin bahawa jeritan meminta tolong datangnya dari arah tanah perkuburan.
"Kita dah tengok, tak ada apa-apa pun di sana," beritahu Kudin Boyak berjalan cepat untuk balik ke rumah.
Mereka berpecah menuju haluan ke rumah masing-masing setelah meninggalkan tanah perkuburan. Sebaik naik sahaja ke rumah Sahak Gebeh terdengar jeritan meminta tolong itu terketar-ketar di hujung halaman rumah. Cepat-cepat dia mengunci pintu disebabkan suara itu terlalu dekat memanggil-manggil.
 Isterinya Pesah yang sudah terlelap pun, bingkas bangun setelah mendengar jeritan meminta tolorg hanya di hujung halaman rumah.
"Awak ke mana lambat batik?" rungut Pesah menguatkan semangat mahu melawan ketakutan yang berkocak dalam hatinya. Memang semenjak lepas isya lagi, dia mendengar jeritan meminta tolong sekejap dekat, sekejap jauh daripada rumah nya.
"Masa di surau kami dengar jerit meminta tolong di kubur," beritahu Sahak Gebeh perlahan. "Kudin Boyak ajak kami sama-sama menjengah di kubur," katanya berhati-hati untuk memastikan suara meminta tolong di hujung halaman rumah.
"Bukannya dari kubur," jetas Pesah mengurut-urut dada bagaikan sesak nafas sangat. "Sejak tadi memang di situlah bunyinya, tapi aku takut nak menjengah," dia mengaku diselubungi ketakutan yang memuncak sejak suara meminta tolong itu tenggelam timbul berdekatan rumahnya.
Perlahan-lahan Sahak Gebeh mara ke tingkap mengintai daripada celah lubang dinding. Dalam kesamaran malam itu memang sukar mahu melihat apa pun sekiranya jarak itu terlalu jauh Puas dia memerhati suara jeritan meminta tolong hilang semula bersama hembusan angin malam.
Hampir dua puluh minit Sahak Gebeh menunggu memang tidak ada lagi bunyi suara meminta tolong itu. Dia terus ke bilik tidur dengan meletakkan tongkat semambu di kepala tempat tidur. Kalau ada gangguan menyusup masuk ke rumah, Sahak Gebeh tidak akan lepaskan siapa pun lari. Tongkat semambu itu akan dihembat sekuat hati biar gangguan menjelma tersungkur ke lantai.
Tetapi sampai ke pagi Sahak Gebeh menunggu tidak ada lagi suara menjerit meminta tolong itu memecah kesepian malam. Akibat terlalu mengantuk berjaga, Sahak Gebel tidak turun menoreh getah. Solat subuh pun dia tidak larat bangun disebabkan terkapar tidur sebaik sahaja subuh menjelang.
"Memang syaitan, dihalangnya aku bangun solat subuh" gerutu Sahak Gebeh semacam bersalah berjaga semalaman setelah mendengar jeritan orang meminta tolong hanya di hujung halaman rumah. Lesu sahaja wajahnya ketika memberitahu Wak Dusak yang menetak pelepah rembia di baruh kampung.
"Kenapa pula kau berjaga?" sengaja Wak Dusak menyindir kerana dia tidak mendengar apa-apa lagi setelah naik ke rumah. Hanya imbauan suara jelas didengar semasa mereka berkumpul di surau. Seiepas itu memang Wak Dusak tidak mendengar apa-apa lagi kecuali kuang bersahut-sahut jauh di rimba.
"Dia menjerit di hujung halaman rumah aku," beritahu Sahak Gebeh masih terngiang-ngiang bunyi suara itu di telinganya.
"Malam ni kau ke surau?" soal Wak Dusak perlahan.
"Kalau tak uzur, memang aku akan ke surau," sahut Sahak Gebeh mengangguk perlahan memberi pengakuan dia tidak akan gentar meranduk kegelapan malam batik dari surau. Tongkat semambunya akan dibawa sama ke surau. Setidak-tidak nya dia tidak bi-bang diganggu musuh sekiranya tongkat semambu tergenggam di tangan.
"Aku hairan, dari mana puncanya jeritan tu?" terhenti Wak Dusak mahu menetak daun rembia apabila kenangkan kejadian yang menimpa di kampung itu. Setetah semenjak hampir sebulan diganggu jelmaan orang berkepala anjing, tiba-tiba sahaja terdengar jeritan orang meminta tolong.
"Sebab itulah kita tak boleh harap kan Lebai Minin aje” Sahak Gebeh juga mula terkilan dengan sikap Lebai Minin tidak mahu adakan sembahyang hajat berjemaah. Mentang-mentang seisi kampung harapkan dia kerana kemahirannya sebagai guru agama, sengaja pula Lebai Minin mahu tunjukkan keputusan dia sahaja perlu dipakai.
"Harapkan macam mana?" tidak faham pula Wak Dusak apa yang tersirat di hati Sahak Gebeh yang kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Lebai Minin.
"Kalau dia tak mahu, kita semua buat sembahyang hajat," ujar Sahak Gebeh tidak dapat menahan sabar dengan kejadian yang menimpa keluarganya. Manalah Lebai Minin tahu bagaimana perasaan dia tatkala terserempak lembaga berkepala anjing itu tercangkung makan nasi dalam periuk di dapurnya.
Mujurlah lembaga itu tidak melawan semasa dipukul dengan pangkal penyapu. Cepat-cepat lembaga itu terjun meIalui tingkap akibat ketakutan.
Dia juga keberah-berahan disebabkan suara jeritan meminta tolong itu hanya di hujung halaman rumah. Gangguan ini hanya dia sahaja yang terasa benar disebabkan Lebai Minin tidak mengalami apa-apa. Sebab itulah Lebai Minin banyak berdalih apabila didesak.
"Siapa yang nak mulakan?" Wak Dusak semacam tidak yakin dengan keputusan yang diambil oleh Sahak Gebeh itu.
"Kita buatlah sama-sama," sahut Sahak Gebeh mencebek bibir.
Masuk sahaja maghrib, Sahak Gebeh sendiri bangun melaungkan azan. Dia mahu buktikan kepada Lebai Minin, siapa sahaja boleh kendalikan urusan surau sekiranya dia sekadar menyuruh mereka bersabar. Musibah yang melanda kampung tidak patut dibiarkan sahaja berlaku dengan tidak berikhtiar apa-apa.
Selesai sahaja mereka tunaikan solat maghrib, terkejut juga Sahak Gebeh kerana di belakangnya lelaki muda berjubah putih ikut sama berjemaah. Memang tidak pernah pula dia bertemu dengan lelaki berkenaan di manapun. Mereka yang sama-sama berjemaah juga terkejut dengan tetamu yang datang disebabkan mereka tidak sedari kemunculan lelaki muda itu.
"Awak dari mana?" tegur Lebai Minin ramah ber-undur ke belakang bersandar ke din-ding surau untuk menunggu masuk waktu isya.
"Saya dari Pelangai, nak ke Jerantut' beritahu lelaki muda itu lembut.
"Pernahkah datang ke sini?" soal Lebai Minin lagi.
"Tak pernah lagi," jelasnya tersenyum mengerling Sahak Gebeh yang duduk di sebelahnya.
Setiap kali lelaki muda itu mengangkat tangannya, Sahak Gebah tercium bau harum minyak atar yang dipakainya. Memang mereka yang memakai jubah sentiasa renjiskan minyak atar ke badannya.
Disebabkan Sahak Gebeh tersengih sengih mengerling ke arahnya, lelaki muda itu menyeluk saku bajunya. Dia mengeluarkan sebotol kecil minyak atar lantas direnjiskannya ke badan Sahak Gebeh. Tersengih-sengih Sahak Gebeh kerana lelaki muda berjubah putih itu seolah-olah dapat membaca isi hatinya.
Setelah direnjiskan ke tubuh Sahak Gebeh, dia menyimpan semula botol minyak atar itu ke dalam sakunya. Lelaki muda itu juga . tidak bercakap apa-apa kecuali jemaah di situ bertanya. Dia sekadar mendengar sahaja perbualan mereka di situ sementara menunggu masuk waktu asyar,
"Ada apa halnya nak ke Jerantut?" Kudin Boyak pula menyoal sambil mengisar punggung.
"Nak ke rumah Pak Awang Nong," jelas lelaki muda itu perlahan.
"Dah malam sangat baru nak ke sana?" hairan juga Kudin Boyak kenapa lelaki itu mahu ke Jerantut setelah lepas isya. Pukul berapa pula dia akan sampai ke Jerantut. Memanglah dia tidak patut ambil tahu sangat urusan lelaki muda berkenaan, tetapi hairan juga dia disebabkan tidak pernah melihat lelaki berkenaan singgah di surau tersebut.
"Siang kita masing-masing ada urusan," sahut lelaki muda itu tersenyum seolah-olah memahami mereka di atas surau itu hairan dengan kemuncuIan dia. "Lagipun Jerantut bukannya jauh," katanya sekalipun mereka di situ semuanya tahu jarak Jerantut dari kampung mereka hampir lapan puluh batu.
 "Pak Awang Nong yang mana satu?" bertambah hairan Kudin Boyak kerana dia pernah juga mendengar nama orang yang disebut lelaki itu. Masakan lelaki itu mahu ke rumah Pak Awang Nong yang sudah lama meninggal dunia.
"Awak tahukah Pak Awang Nong tu?" soal lelaki muda itu disebabkan Kudin Boyak galak sangat bertanya.
Kudin Boyak menggeleng lemah. Dia bukanlah kenal sangat dengan Pak Awang Nong, cuma mendengar sahaja mengenai orang tua berkenaan.
"Hah, kau nak ke Jerantut pulakah Kudin?" Lebai Minin juga menyindir disebabkan Kudin Boyak bertanya yang bukan-bukan. Alangkah baiknya kalau tanyakan sama ada lelaki muda itu memerlukan apa-apa bantuan mereka. Kalau tidak tahu jalan, mereka boleh memberi panduan jalan pintas melalui estet untuk ke Jerantut.
Terdiam Kudin Boyak apabila disindir oleh Lebai Minin.
"Maaflah, kalau soalan saya tadi menyinggung pera-saan," cepat-cepat Kudin Boyak mengalah setelah menyedari keterlanjurannya.
Lelaki muda itu tersenyum sahaja. Dia membatalkan duduknya sambil mengukuhkan sandar belakang ke dinding. Lama dia terconggok di situ siapa pun tidak bertanyakan namanya. Ketika mereka berbual-buaI fasal suara jeritan meminta tolong dari arah kubur, tiba-tiba dinding surau berdegam dirempuh kuat.
Cepat-cepat Kudin Boyak menyuluh dengan lampu picit. Mereka melihat lembaga manusia berkepala anjing itu terguling di tanah mengusap-usap tangan akibat kesakitan. Dia menyeringaikan mulut menampakkan taring semasa lampu picit menyilau ke mata: Tangannya cuba melindungkan mukanya daripada silauan cahaya lampu itu.
"Hah, ini pun syaitan tu!" bentak Kudin Boyak menyebabkan mereka semua menerpa ke jendela surau menjengah ke bawah. Mereka semua nampak lembaga berkepala anjing itu terdengkot-dengkot melarikan diri menyusup ke dalam semak belukar.
"Apa halnya tu?" lelaki muda berjubah putih itu tidak bergerak daripada tempat duduknya.
Tidak bertangguh Sahak Gebeh memberitahu mengenai lembaga manusia berkepala anjing itu sudah hampir sebulan berkeliaran di tengah kampung. Asal malam menjelang sahaja lembaga itu akan menjelma. Dia juga beritahu fasal lembaga berkenaan naik ke rumahnya menyelongkar periuk mahu menjamah makanan.
Terkekeh-kekeh dia ketawa apabila sebut mengenai Kudin Boyak menetak keting lembaga tersebut sampai terdengkot-dengkot cedera mengheret kakinya.
"Tak ada siapa yang menuntut ilmu salah?" lelaki muda itu mengerutkan dahi seolah-olah hairan sangat dengan kejadian tersebut.
"Kalau Allah nak melakukan, jangan kata manusia berkepala anjing, lebih daripada itu pun boleh," lantas Lebai Minin mengingatkan apakala lelaki muda berjubah putih itu terkebil-kebiI mata. Kemudian perlahan dia menyebut ayat 59 daripada surat al-Anaam:
Wa-`indahu mafa-tihul ghaibi laya'la muha illa-huwa, wa-ya'lamu mafilbarri walbahri, wama tas-qutu minty waraqa-tin ills ya'lamuha wala habbatin zulu-matil ardhi walara-tbinw walaya birin illa-fi kitabin mubin.
Lelaki muda berjubah putih itu menunduk sambil mengesat pelupuk mata Dia tidak cakap apa-apa seolah-olah menahan sebak yang mengharukan di dada. Kemudian dia mendongak apakala Lebai Minin meneruskan:
"Awak semua apa bila ditimpa musibah barulah ingatkan Allah, baru nak sembahyang hajat, kenapa sebelum ni nak datang berjemaah di surau pun masing-masing ada hal. Kudin asyik dengan lukah tak kira maghrib tak kira isya, Wak Dusuk pun cucuk atap sampai tinggalkan semua."
Masing-masing terdiam disindir oleh Lebai Minin. Hanya semenjak sebulan lembaga berkepala anjing itu menjelma, baru mereka mahu berkumpul di surau. Kudin Boyak tidak lagi meranduk sungai di waktu senja memasang lukah. Wak Dusak juga tidak lagi menetak daun rembia sampai santak maghrib. Kemudian mencucuk atap di bawah rumah hingga tengah malam tatkala ayam jantan berkokok baru naik ke rumah untuk tidur.
Siapapun tidak mahu jejakkan kaki di surau. Kadang-kala Lebai Minin berseorangan sahaja mengajar budak-budak mengaji Quran. Seisi kampung tidak peduli sangat perkara berjemaah di surau.
Ketika ini suara menjerit meminta tolong tenggelam timbul dihembus angin dari arah tanah perkuburan. Semakin bertambah gelisah mereka apabila kenangkan anak isteri di rumah tatkala gangguan di tengah kampung semakin jelas. Bagaimana kalau lembaga berkepala anjing itu menceroboh masuk ke rumah semasa suami masing-masing berkumpul di surau?
Suasana menjadi hening setelah Lebai Minin meluahkan rasa yang terbuku di hati akibat sikap penduduk-penduduk di kampung berkenaan. Mereka hanya menyalahkan Lebai Minin tidak mahu lakukan sembahyang hajat beramai-ramai, tetapi tidak pernah salahkan diri sendiri fasalenggan jejak kaki ke surau sebelum itu.
Lama mereka terdiam barulah lelaki muda berjubah putih itu bersuara lembut menuturkan:
Qulmany yunajji-kum min zulumatil barri-walbahri tad' unahu tadharru `anw wakhufyatan la-`in anjana min hazihi lanaku nanna minasy syakirin.
Tertegun Lebai Minin sebaik sahaja mendengar lelaki muda berjubah putih itu ayat 63 daripada surat al-Anaam itu. Tentu lelaki muda itu memang memahami apa sebenarnya berlaku di kampung itu semenjak hampir sebulan lelaki berkepala anjing itu menjelma. Masing-masing cuba menyembunyikan ketakutan di sebalik sengaja memberanikan hati menjengah suara menjerit meminta tolong itu dari tanah perkuburan.
"Kesihanilah makhluk yang mengharapkan pertolongan," ujar lelaki muda berjubah putih itu meminta mereka semua bertenang. "Tuan Lebai Minin pun tak boleh menolong kita semua, hanya Allah yang memberi perlindungan dan' pertolongan, mohonlah kepada Dia," dia menjelaskan sambil mengangkat tangan berdoa.
Ketika ini jeritan meminta tolong semakin langsing dari arah tanah perkuburan mendayu-dayu. Kudin Boyak semakin gelisah bagaikan tidak sabar mahu menjengah ke kubur. Kalau terserempak lembaga berkenaan di situ nescaya akan dicekak tengkuknya biar dapat cam siapakah sebenarnya yang menjelma.
Kalau syaitan kenapa lembaga itu lari susap sasap ke dalam semak belukar? Sekiranya manusia biasa, apa pula tujuannya menjelma dengan berkepala anjing merayau-rayau di tengah kampung?
"Macam mana kalau kita jengah ke kubur?" lantas Kudin Boyak bangun mengajak kawan-kawannya ke kubur. Memang tidak sabar lagi dia dengan keadaan yang menimpa kampungnya semenjak hampir sebulan itu.
"Sabar dulu, Kudin," segera Lebai Minin menegahnya. "Kamu hanya mendengar dari arah kubur, tapi sebenarnya dia ada di mana-mana," dia menegaskan dalam suara yang keras.
Terpaksa Kudin Boyak duduk semula sambil menghela nafas. Kalau Lebai Minin sudah menegah dia tidak berani berkeras lagi. Dia tidak berani menyanggah keputusan Lebai Minin. Orang tua itu satu-satunya yang mengajar dia mengenal muqaddam dan Quran. Memang Lebai Minin itulah gurunya membaca Quran sampai khatam. Masakan dia boleh menyanggah keputusan guru membaca Quran itu.
"Benar kata Tuan. Lebai tu," lantas sahaja lelaki muda berjubah putih itu mencelah setelah habis berdoa. Sebaik sahaja dia mengusap-usap tangan ke muka, jeritan meminta tolong itu semakin hampir ke halaman surau.
Dalam kesamaran malam itulah mereka nampak di halaman surau, lembaga lelaki berkepala anjing terhuyung hayang. Dia mendongak ke atas bagai kan anjing menyalak tetapi terketar-ketar suaranya meminta tolong. Sewaktu lelaki muda berjubah putih itu berdikir di kepala tangga surau, lembaga berkepala anjing itu berguling-guling di tanah dengan merungut-rungut meminta tolong.
Lelaki muda berjubah putih itu tidak bercakap apa-apa, tetapi terus membacakan Fatihah tiga kali dan dihembuskan ke arah lembaga berkepala anjing itu.
"Kami hanya boleh berdoa kepada Allah, supaya musibah yang kau terima diampuni, selebihnya adalah terserah kepada ketentuan Allah," ujar lelaki muda sebaik sahaja turun ke halaman surau mengusap-usap kepala lembaga berkenaan.
Dia mengajak lembaga berkepala anjing itu menadah tangan berdoa bersamanya. Selepas dihembus ke ubun-ubunnya dia menyuruh lelaki berkepala anjing itu meninggalkan kawasan surau. Ketika ini mereka di atas surau nampak dengan jelas langkah lelaki berkepala anjing itu sama dengan langkah arwah Leman Gagap.
Tertegun saya mendengar penjelasan Kudin Boyak mengenai lelaki muda berjubah putih yang datang ke surau di kampungnya. Selepas kejadian malam itu memang tidak ada lagi lembaga berkepala anjing itu menjelma. Jeritan meminta tolong juga tidak lagi kedengaran.
"Ustaz kenalkah lelaki muda itu?" soal Kudin Boyak menghidangkan ikan salai kepada saya ketika makan tengah hari di rumahnya. "Namanya Mat Deh, mukanya bersih dan bercakap lemah lembut," jelasnya kerana iras-iras lelaki muda itu sama dengan saya.
Saya mengangguk lemah. Kalau diberitahu Kudin Boyak mengenai Mat Deh sudah meninggal dunia dalam usia terlalu muda lebih dua puluh tahun dahulu, tentu dia sendiri tidak percaya. Sebab itulah saya rahsiakan daripada Kudin Boyak fasal arwah Mat Deh itu sepupu saya.