Sunday, February 12, 2017

215. JELMAAN BABI BAWA SULUH



Masjid Agung di Bukittinggi yang dibina daripada derma orang ramai, tidaklah seindah masjid di sini. Karpetnya hanya terbentang di barisan hadapan sahaja manakala di barisan belakang dibentangkan tikar rumput. Tetapi saya merasa ketenangan yang mendalam tatkala duduk bertafakur di tengah masjid.

Sejak beberapa hari jejak kaki di Bukittinggi menemui Mamak Bandaro, dia telah perkenalkan saya dengan sanak saudara yang sudah lama berpisah. Dia juga temukan saya dengan beberapa orang guru madrasah sampai terasa ke mana sahaja pergi ramai mendapat kawan-kawan. Mungkin Bukittinggi yang saya jejak kaki itu tidak sama dengan Bukittinggi yang ditinggalkan oleh arwah Tok Aji sebelum dia berhijrah ke Semenanjung dulu.

Bangunan pasar yang baru dibina, tidak kurang hebatnya dengan pasar di. Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu dibawa Mamak Bandaro ke pasar sempat juga saya membeli sebuah songkok tinggi yang harganya hanya sebelas ribu rupiah sahaja. Dapat juga saya menikmati buah salak yang banyak terjual di merata pasar.

Selama di rumah Mamak Bandaro saya merasakan seolah-olah berada di tengah keluarga di Semenanjung juga. Malah beberapa kali Mamak Bandaro mengesat pelupuk mata setiap kali menatap waiah saya. Memang berulang kali dia memberitahu wajah. Saya mempunyai iras-iras wajah arwah Tok Aji.

"Alhamdulillah, kita ketemukakan juga oleh Allah," tutur Mamak Bandaro sewaktu dia dan anaknya Fitriati menyambut. kedatangan saya di lapangan terbang. Suami Fitriati tidak ikut sama menjemput disebabkan masih bertugas kantornya. Sebab itulah Fitriati yang memandu kereta menjemput saya di Medan.

Saya sendiri tidak bercakap banyak pada. pertemuan tersebut. Terasa sebak dada apabila berjumpa sanak saudara sebaik sahaja jejakkan kaki di Sumatera. Memang saya tidak merasa terasing sekalipun pertama kali sampai di Bukittinggi.

 "Agoes, ini keponakan ku," beritahu Mamak Bandaro kepada menantunya sebaik sahaja suami Fitriati balik dari kantor. Sewaktu bersalaman saya lihat juga airmata Agoes menitis. Terharu sangat dia disebabkan dapat juga saya jejakkan kaki ke Bukittinggi.

"Sudah lama saya dengar kisah Tok Aji, bang," kata Agoes perlahan masih menggenggam erat tangan saya. "Sayang Tok Aji tak suka bergambar, kalau tidak tentu dapat saya tatap wajah abang yang sama dengan Tok Aji tu," ujarnya lantas melepaskan genggaman tangan.

Selepas beberapa hari. di Bukttinggi terus Mamak Bandaro mengajak ke Tanah Datar menemui sepupunya Haji Salim. Sempat juga saya singgah melihat air terjun di tembah Anai dengan aimya yang jernih. Berhenti juga menjengah batu bertikam dalam perjalanan melalui Gedung Indo Jelito.

Sewaktu sampai di rumahnya Haji Salim memang sudah tahu akan kedatangan saya sekalipun Mamak Bandaro tidak menelefon. Malah isterinya Hajah Patomah pun hairan apakala diberitahu oleh Haji Salim mengenai keponakannya dari jauh akan jejak kaki ke rumahnya.

"Ibu sangka, bapak sengaja ngomel-ngomel kosong," ujar Hajah Patomah sewaktu mempelawa kami masuk.

 "Tok Aji tu, mamak pada kami," beritahu Haji Salim tersenyum setelah mengajak kami duduk. Dia masih kelihatan sihat walaupun umurnya jauh lebih tua daripada Mamak Bandaro.

Memang terasa kemesraan sanak saudara apabila mula-mula saya jejakkan kaki di bumi kelahiran Tok Aji. Baik di Bukittinggi, mahupun di Padang, Tanah Datar atau Batusangkar saya tidak merasa terasing apa-apa. Semua sanak saudara menyambut dengan mesra.

Dapat saya bayangkan bagaimana arwah Tok Aji dahulu terpaksa melalui jalan berliku-liku di lereng gunung untuk sampai ke Pekan Baru di Riau, sebelum meneruskan perjalanan ke Dumai menyeberangi Selat Melaka.

Di lereng-lereng gunung itulah padi subur menghijau dengan lopaknya bertingkat-tingkat. Sewaktu melintasi lereng gunung asyik juga saya merenung sawah padi terbentang hingga hati terasa sebak apabila mengimbau kembali kenangan perjalanan arwah Tok Aji yang terlalu jauh.

Tatkala saya tertunduk bertafakur di tengah Masjid Agung itulah tiba-tiba saya dikejutkan oleh seorang lelaki memberi salam. Segera saya menyahut lantas mendongak lelaki itu yang tercegat berdiri di sisi saya. Tetapi hati saya berdebar disebabkan ramai jemaah sudah rneninggalkan masjid, termasuk juga Mamak Bandaro yang sudah berjalan keluar bersama jemaah yang lain.

Kenapa pula lelaki itu tidak ikut keluar bersama jemaah? Apalagi lelaki itu berpakaian comot dengan tubuhnya berkudis hingga kupingnya mengangkut nanah. Ketika dia menghulur tangan untuk bersalam, terpaksa juga saya menyambutnya sekalipun belakang tangannya dipenuhi kudis.

Jauh di sudut hati saya tertanya-tanya bagaimana lelaki demikian kotor dengan bau badan hamis meloyakan akibat kudis mengangkut nanah itu boleh masuk ke tengah masjid?

Lantas sahaja dia duduk di sebelah saya dengan tidak bercakap sepatah pun. Serba salah juga saya mahu melarikan diri kerana bimbang dia akan tersinggung. Apa pula katanya kalau saya tergesa-gesa keluar meninggalkan dia setelah duduk di sisi. Tentu dia akan menuduh saya terpaksa keluar disebabkan jijik dengan keadaan kudisnya di seluruh badan.

Puas saya memerhatikan Mamak Bandaro, tetapi dia tidak kelihatan lagi di kawasan masjid. Kalau Mamak Bandaro tercegat di pintu masjid memang saya bingkas bangun juga mendapatkan dia. Biarlah lelaki berkudis seluruh badan itu tinggal seorang diri di tengah masjid.

"Saya tahu, abang dah pergi ke rumah Haji Salim di Tanah Datar," lelaki itu bersuara perlahan sekalipun saya tidak menyapanya. Dia semakin rapat dengan saya hingga bertemu kepala lutut.

Tatkala saya mengerling pakaiannya yang koyak rabak itu memang nampak tokak bernanah di kepala lututnya membengkak besar. Semakin loya tekak saya apabila menghadapi keadaan demikian. Namun saya cuba melawan perasaan yang memualkan itu supaya hati lelaki itu tidak tersinggung.

Dalam saat demikian saya menyedari bahawa kampung halaman di Semenanjung terlalu jauh. Oleh itu tidak patut saya bersikap keras terhadap lelaki berkenaan.

Apabila saya kenangkan kawan saya Haji Maliki tatkala menunaikan fardu haji, terasa juga gementar di hati. Manalah tahu kejadian yang dialami oleh Haji Maliki itu akan menimpa saya pula di Masjid Agung itu. Memang kesal benar Haji Maliki apabila berkasar dengan lelaki Arab yang berkurap seluruh badan solat di depan kaabah hingga bertembung bahu dengannya.

Puas dia mengelak untuk menjauhkan diri daripada lelaki berkurap itu, tetapi ke mana sahaja dia tercegat di situlah lelaki berkenaan terjongol. Semasa tawaf pun Haji Maliki cuba larikan diri di celah berjuta-juta manusia yang sama mengelilingi kaabah. Setiap kali dia melepaskan diri, tiba-tiba sahaja bahu bersentuhan dengan lelaki berkurap itu.

Selepas pusingan ketujuh tawaf barulah Haji Maliki berasa lega apabila lelaki berkurap seluruh badan hilang di celah jemaah yang berombak-ombak. Tetapi sewaktu mahu mencium hajarulaswad, tiba-tiba sahaja lelaki berkurap itu tercegat di depannya. Selepas lelaki itu cecahkan bibir dan hidungnya yang berkurap dengan kulit berkerak-kerak, barulah giliran Haji Maliki pula menciumnya.

Sama ada jijik atau pun tidak Haji Maliki terpaksa juga mencium hajarulaswad selepas lelaki berkurap itu menciumnya. Kalau mahu mengelak tentulah orang yang di belakang akan merungut. Lagipun bukan mudah mahu sampai ke depan hajarulaswad di tengah lautan ombak manusia yang berasak-asak. Memang terlekat kuping kulit kurap lelaki itu di batu berkenaan semasa Haji Maliki cecahkan mulut dan hidung ke hajarulaswad itu.

Sebab itu saya terpaksa melawan perasaan mendongkol itu, apabila kenangkan kejadian yang menimpa Haji Maliki. Kadangkala ujian demikian lebih terasa menyulitkan kalau tidak kukuhkan semangat melawan sifat amarah yang mengganggu.

"Adik dari mana?" cepat-cepat saya bertanya sambil mengelak kepala lutut daripada mencecah kepala lututnya.

Dia tidak menyahut apa-apa. Sebaliknya sengaja dekatkan kepala lututnya biar bertemu tidak renggang sedikit pun. Memang terasa dia seolah-olah mahu menyakiti hati saya ketika itu.

Memang saya tidak ulangi lagi bertanya setelah dia mendiamkan diri. Apalah gunanya menegur kalau dia sengaja mendiamkan diri tidak mahu menyahut. Tentu dia mahu menguji perasaan saya tatkala jauh di perritauan. Kalau tidak masakan kejadian demikian berlaku selepas selesai solat Jumaat.

"Maaf dik, izinkan saya balik dulu," ujar saya cuba bergerak, tetapi terasa punggung berat tidak boleh diangkat.

"Abang tak sudi berbual dengan saya?" dia menyindir sambil mengerling ke arah saya. Kemudian dia menggaru pangkal telinganya yang terkopak kuping akibatnya nanah membengkak.

 "Sudi," saya cuba berdalih dalam keluhan pendek. "Tapi, Mamak Bandaro dah lama tunggu di luar," beritau saya dengan harapan dapat melepaskan diri akibat tidak dapat bergerak dari tengah masjid.

Saya mula menuduh lelaki itu jelmaan syaitan yang mahu menganiaya. tidak bertangguh saya bacakan:

Hasbiyallahu la-ilahailla huwa `alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul `arsyil:azzim.

Tetapi saya masih tidak dapat juga menggerakkan badan. Tersenyum lelaki itu berpaling ke arah saya dengan terangguk-angguk, kemudian menuturkan perlahan mathum-nya: Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku ber-tawakal dan Dia adalah Tuhan yang mempunyai arasy yang agung, surah al-Taubah ayat 129.

Serentak dengan itu seluruh tubuh saya berasa seram sejuk tidak menentu. Apa pula kesalahan yang telah saya lakukan hingga diuji demikian?

 "Betul tak, ayat itu yang abang baca?" lelaki itu tersengih-sengih macam mahu menyakiti hati saya.

Perlahan-lahan saya mengangguk. Kemudian saya mula berzikir untuk membuang sifat amarah di dalam hati. Sifat amarah itulah yang menyebabkan saya berasa terlalu jijik apabila didekati lelaki berkenaan yang seluruh tubuhnya berkudis dengan pakaian compang-camping. Kalau dia berani jejak kaki ke tengah masjid dengan pakaian demikian, tentu hatinya bersih.

Zikir terus bergema dalam hati saya hingga tiba-tiba terasa angin menerobos kencang dari arah pintu. Masjid Agung itu seolah-olah diganggu angin kencang yang menggegar. Tetapi saya tetap tidak berganjak duduk di tengah masjid bertahan daripada gangguan angin kencang.

Lama saya berzikir tiba-tiba bahu saya ditepuk beberapa kali. Apabila yang membuka mata, lelaki berkudis seluruh badan itu tidak ada lagi duduk di sebelah saya. Tetapi Haji Salim dengan jubah putihnya tercegat berdiri menepuk-nepuk bahu saya.

Tersengih-sengih Haji Salim memandang saya yang masih terconggok di tengah masjid. Teringin juga saya mahu bertanya bila dia tiba dari Bukittinggi yang jaraknya beratus kilometer, tetapi mulut saya bagaikan terkunci tidak boleh dibuka langsung. Tidak dapat sepatah pun saya bercakap tatkala bertentang mata dengannya di tengah Masjid Agung itu.

"Mamak balik dulu, ustaz, assalamualaikum," ujar Haji Salim terus berjalan ke pintu masjid dengan tidak menunggu saya berdiri bangun.

Lama saya terpaku di tengah masjid selepas Haji Salim melangkah pergi. Ketika ini memang dada terlalu sebak menahan rasa terharu yang bergelora. Setelah dapat tenteramkan hati barulah saya bangun meninggalkan masjid. Sebaik sahaja tiba di luar masjid, tidak pula kelihatan. Haji Salim di mana-mana. Hanya Mamak Bandaro sahaja yang sedang menunggu saya di pintu pagar masjid.

 "Maaf, saya terlambat sikit, mamak," lantas saya menegur Mamak Bandaro sebaik sahaja sampai di sisinya. "Tak apa, mamak tau memang ustaz begitu," sahutnya terus berjalan menuju ke kereta. Fitriati memang sudah lama menunggu kami di situ.

Semasa dalam perjalanan balik sengaja saya beritahu Mamak Bandaro kejadian yang saya alami di tengah masjid. Terkekeh-kekeh Fitriati ketawa lantas menuduh saya terlalu mempercayai perkara tahyol. Tetapi saya tidak tersinggung apa-apa, kerana terlalu sukar mahu menerangkan perkara demikian kepada sesiapa sahaja seperti Fitriati.

Ketika Agoes balik dari kantor di sebelah petang, segera sahaja Fitriati mengusik saya dengan kejadian yang dialami di Masjid Agung. Tetapi Agoes tidak merasa hairan apa-apa sekalipun Fitriati juga mengejeknya.

"Memang Haji Salim tu begitu, bang," beritahu Agoes perlahan. Memang dia tidak terkejut apa-apa kalau diberitahu mengenai Haji Salim terjongol di sisi saya. "Bukan di Masjid. Agung saja, bang, malah di Masjidil Hararn di Mekah pun pernah orang jumpa dia," jelasnya lantas beristi.ghfar berulangkali.

Beberapa kali Agoes diberitahu oleh kenalannya yang tunaikan umrah terserempak Haji Salim solat di tengah Masjidil Haram. Mereka juga menemui orang tua itu solat di Masjid Nabawi di Madinah, sekalipun mereka tahu Haji Salim tidak pun menunaikan umrah ketika itu.

Tahu sangat Agoes mengenai Haji Salim yang rnempunyai hubungan keluarga dengan Hajah Patomah. Memang Haji Salim seringkali tinggalkan kampung di Tanah Datar mengajar agama sampai ke Pariaman dan Maninjau. Mereka yang tinggal di Singgalang juga ramai yang mengenali guru agama itu.

Sebab itu apabila mereka yang tingal di Maninjau atau Singgalang terserempak Haji Salim di Masjidil Flaram ketika menunaikan umrah, mereka terkejut juga. Haji Salim hanya sekadar mengangguk-angguk sahaja kalau mereka tegur. Dia tidak akan bercakap apa-apa sekiranya mahu dilayan berbual. Habis sahaja solat dia akan bingkas bangun meninggalkan mereka lantas hilang di tengah jemaah yang berasak-asak.

Memang Agoes juga terserempak Haji Saim di Jabal Rahmah semasa tunaikan umrah bersama Fitriati. Tetapi selepas solat sunat di atas puncak Jabal Rahmah, tiba-tiba sahaja Haji Salim tidak kelihatan lagi di mana-mana.

"Ah, Masjid Agung bukan jauh dari Tanah Datar," ujar Agoes tersengih-sengih mencapai rokok kereteknya.

Tatkala  Agoes belajar agama di madrasah Haji Salim, seringkali juga dia melihat orang tua itu mengepal tanah di depan madrasah. Kemudian dia menyuap tanah yang dikepal itu ke mulut. Hairan juga Agoes dengan perbuatan Haji Salim memakan tanah di depan madrasah yang dikepalnya. Masakan Haji Salim tidak cukup makanan, kerana padinya sentiasa penuh di kepuk.

Kadangkala Hajah Patomah marahi juga suaminya berkelakuan demikian. Tetapi Haji Salim tidak peduli apa-apa. Dia akan terus menyuap tanah yang dikepal itu ke mulutnya. Selepas makan dia akan sendawa lantas mengusap-usap muka dengan menuturkan Alhamdulillah. Dia tidak akan menjamah lagi masakan isterinya, tetapi terus berihat tidur di bilik.

Memang jarang Haji Salim menjamah makanan yang disediakan oleh Hajah Patomah. Dalam sebulan hanya beberapa kali sahaja dia mahu makan masakan yang disediakan oleh Hajah Patomah. Mula-mulanya memang Hajah Patomah tersinggung juga dengan sikap suaminya, lantas lama kelamaan dia memahami juga mengenai diri Haji Salim sekadar makan kepalan tanah di depan madrasah.

"Pak Maulana makan apa tu?" tegur Agoes setelah lama dia memerhatikan Haji Salim tercangkung mengepal tanah. Kenakalan Agoes sewaktu berusia belasan tahun tidak menyinggung apa-apa pada Haji Salim. Dia tidak pedulikan Agoes berdiri di belakangnya. Mulutnya sahaja merungut-rungut tidak tentu biji butir. "Boleh Pak Maulana beri saya rasa?" sengaja Agoes mahu mengusik setelah melihat guru agamanya menyuap tanah yang dikepal ke mulut.

Haji Salim tidak menyahut. Lantas sahaja dikepalnya tanah di depannya dalam genggaman terus dihulurkan kepada Agoes dengan tidak menoleh ke belakang pun. Sebaik sahaja Agoes memegang kepalan tanah itu dia melihat sepotong juadah yang baunya sangat menyelerakan. Tidak bertangguh Agoes terus menjamahnya sampai habis tidak bersisa.

Sewaktu Agoes mencicap juadah itu dengan lidahnya memang terasa keenakan yang belum pernah dinikmatinya selama ini. Sebab itu dia memakannya dengan gelojoh hingga terpaksa menjilat-jilat jari disebabkan terlalu enak. Apabila dia meminta sepotong lagi daripada Haji Salim, orang tua itu hanya memberi isyarat dengan tangan sahaja kerana tidak boleh memberinya lagi.

Seminggu terasa kelazatan juadah itu di kerengkung setiap kali dia menelan apa sahaja makanan. Terpaksa Agoes mengendap di belakang apabila Haji Salim mencangkung mahu mengepal tanah di depan madrasah. Tetapi tidak pernah lagi dia melihat Haji Salim tercangkung mahu mengepal tanah.

"Pak Maulana, boleh berikan saya lagi?" desak Agoes selepas habis belajar di madrasah selepas dua minggu dia menikmati juadah yang diberikan oleh Haji Salim.

"Tak boleh," jelas Haji Salim lembut lantas menepuk-nepuk mesra bahu Agoes. "Engkau masih memerlukan duniawi, cukuplah dengan sepotong dulu," ujarnya tersengih-sengih merenung muka anak muda yang nakal itu.

"Bagaimana kalau saya mahu juga, Pak Maulana?" Agoes terus mengekori ke mana sahaja orang tua itu melangkah.

"Juadah itu bukan makanan kamu," gerutunya sambil memberi amaran supaya Agoes jangan mengekori dia.

Tetapi setelah Haji Salim jauh meninggalkannya, Agoes berkejar juga mengekorinya dari belakang. Belum pun sempat sampai di simpang jalan ke rumahnya, Agoes nampak sinar cahaya memancar mengelilingi Haji Salim. Tidak lama selepas itu Haji Salim hilang dalam silauan cahaya tersebut.

Segera Agoes berlari ke rumah. Haji Salim mahu memberitahu emak saudaranya mengenai kehilangan orang tua berkenaan, tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat Haji Salim sedang berbaring di tengah rumah!

Hampir sebulan dia tidak dapat bercakap apa-apa hingga tidak dapat memberitahu kejadian tersebut kepada sesiapa pun. Setiap kali dia cuba ceritakan perkara tersebut, suaranya akan hilang serta merta. Dia hanya ternganga-nganga sahaja tidak dapat menuturkan apa-apa.

 "Macam itulah, bang," jelas Agoes di depan saya menyebabkan Fitriati terus mengejeknya kerana percayakan sangat perkara-perkara tahyul.

"Memang betul begitu, tapi mamak tak mau ceritakan pada ustaz," sahut Mamak Bandaro apabila kenangkan sepupunya itu. "Sebab itu saya tak hairan kalau abang temui dia di Masjid Agung," ujar Agoes mengerling saya yang tertunduk. "Tapi, tak sama dengan kerja orang siluman," beritahu dia seianjut-nya.

  "Siluman?" ulangi saya lantas mengangkat muka.

Agoes mengangguk, kemudian berpaling kepada bapa mertuanya Mamak Bandaro.

"Siluman ni macam sihir juga," ujar Mamak Bandaro mengisar duduk sambil menghela nafas. "Mamak sendiri pernah diganggu siluman," katanya mencepak-cepak bibir apabila ingatkan semula kejadian yang dialaminya tatkala menjadi pemandu bas.

Sampai bila pun Mamak Bandaro tetap kenang pengalamannya memandu bas melalui jalan ke selatan menuju ke Palembang dan Lampong yang dikelilingi hutan rimba.

Perjalanan pergi memang dia tidak bimbang apa-apa kerana ramai penumpang di dalam bas. Tetapi dalam perjalanan balik hanya tinggal dia berdua sahaja dengan konduktor, Dino. Biasanya selepas meninggalkan Palembang memang waktu malam. Terpaksalah bas yang dipandu Mamak Bandaro meranduk kegelapan malam melalui jalan kecil di tengah hutan rimba itu. Memang malam tidak banyak kenderaan melalui kawasan berkenaan.

Dino yang berasal dari Medan itu baru berusia dalam lingkungan dua puluhan tahun sahaja. Dia sendiri banyak bergantung kepada Mamak Bandaro kalau berhadapan dengan sebarang masalah sewaktu dalam perjalanan. Lainlah kalau berlaku kerosakan enjin, memang Dino satu-satunya yang, mahir membaiki.

Tetapi kejadian malang yang menimpa mereka tatkala melalui jalan tengah hutan itu di waktu malam bukan lagi kerosakan enjin. Tiba-tiba sahaja enjin bas yang dipandu oleh Mamak Bandaro tersadai tidak boleh dihidupkan. Mamak Bandaro tidak syak apa-apa lantas mengajak Dino turun memeriksa enjin.

Puas Dino meneliti enjin tidak pula ada apa-apa yang rosak. Masakan fomen seperti dia tidak dapat mengesan enjin rosak. Sudah beberapa kali enjin bas rosak dalam perjalanan, memang Dino yang baiki. Tahu sangat dia bahagian mana yang perlu diusik sekiranya enjin rosak di tengah perjalanan.

"Macam mana kita ni, pak?" Dino mulai gelisah setelah tidak dapat mencari punca enjin bas rosak.

"Saya sendiri tak tahu, apa malangnya kita!" keluh Mamak Bandaro mengajak Dino naik semula ke dalam bas. "Kita terpaksa tidur di sini, sementara besok siang dapatkan bantuan," keluhnya sebaik sahaja duduk di bangku belakang.

"Di sini, jauh dari perkampungan, pak," ujar Dino dalam keadaan bimbang. Dia memerhati keliling hanya pokok-pokok kayu tersergam menyebabkan sekitarnya gelap gelita.

"Jangan putus asa, Dino," Mamak Bandaro cuba memberi semangat kepada anak muda itu.

"Tapi saya tak pernah menghadapi keadaan begini," keluh Dino ikut sama merebahkan badan ke kerusi. "Di tengah hutan ni macam-macam boleh terjadi, apalagi cuma kita berdua aje," dia menambah dalam debar dada yang gementar.

"Jangan khuatir, Dino," kata Mamak Bandaro berbaring di bangku belakang. Dia sudah mula berkira-kira untuk lelapkan mata sahaja di situ sampai santak pagi.

Bukan sekali dua Mamak Bandaro tidur di bas sekiranya tersadai di pertengahan jalan. Sebelum Dino mengikutnya menjadi konduktor, memang dia sudah mengalami kejadian bas rosak di tengah hutan demikian. Apalah salahnya tunggu sehingga siang di situ. Tentu ada kenderaan yang melintasi untuk rnembantu dapatkan bengkel yang dekat.

Lainlah Dino anak muda dari Medan itu. Belum pemah dia mengalami kejadian bas rosak tatkala tengah malam. Lagi pun fomen seperti dia bila-bila sahaja mampu baiki enjin kereta .yang rosak. Tetapi dia sudah puas memeriksa memang enjin bas tidak rosak apa-apa. Kenapa pula tidak boleh dihidupkan langsung?

Dalam saat Dino resah tidak keruan itu, tiba-tiba dinding bas diketuk kuat dari luar. Segera Dino menjengah dari cermin tingkap. Terkejut dia apabila melihat lima lelaki berpakaian comot dengan memegang suluh mengetuk dinding bas. Mereka ,tidak dapat naik kerana pintu bas sudah ditutup rapat oleh Mamak Bandaro.

"Pak, cepat tengok di sini," lantas Dino memanggil Mamak Bandaro yang hampir terlelap di bangku belakang. Cepat-cepat Mamak Bandaro bingkas bangun apabila dipanggil oleh Dino dalam keadaan cemas.

"Ada apa, Dino?" soalnya terkuap-kuap menutup mulut dengan penumbuk. Berdebar juga hati Mamak Bandaro sebaik mendengar dinding bas itu diketuk, diikuti oleh suara orang memanggil dari bawah. Sewaktu dia mahu membuka pintu, Dino segera menahannya. Tetapi Mamak Bandaro tidak hiraukan anak muda itu terus sahaja dia meluru keluar.

"Ada apa?" jerkah Mamak Baridaro merenung tepat lima lelaki berpakaian comot di atas jalan.

"Saya mahu menumpang. bas ni, pak," sahut seorang lelaki tua yang gemuk pendek dengan rambut mengerbang. Lelaki itu berseluar pendek dengan seluruh tubuhnya habis dipaliti lumpur.

"Bas ni rosak, tak boleh jalan!" ujar Mamak Bandaro keras lantas menghalau mereka supaya berundur jauh.

Hairan Dino dengan sikap Mamak Bandaro yang berkasar terhadap orang tersebut. Tentu mereka orang miskin dalam kesusahan yang memerlukan pertolongan untuk menumpang bas. Dino melihat sendiri mereka berlima berseluar koyak rabak dengan rambut mengerbang sampai paras bahu. Wajah masing-masing sugul hingga nampak giginya rongak tatkala tersengih-sengih meminta belas kasihan.

Disebabkan Mamak Bandaro tidak benarkan mereka naik, kelima-lima lelaki itu terus berbaring di atas jalan di hadapan bas seolah-olah menghalang bas itu meneruskan perjalanan. Kemudian mereka hidupkan unggun api lantas mengeluarkan makanan dari dalam beg buruk mereka. Tidak bertangguh mereka makan dengan rakus di tengah jalan itu.

 Ketika ini juga Dino rnerasa perutnya tiba-tiba sahaja lapar. Lantas dia mahu turun ke bawah untuk sama-sama menjamah makanan lelaki tersebut. Belum sempat dia membuka pintu bas segera ditarik semula oleh Mamak Bandaro ke belakang.

"Itu bukan manusia!" bentak Mamak Bandaro ingatkan anak muda yang tidak memahami apa-apa. "Kau tau, itulah siluman, di sini memang tempat mereka," ujarnya terus mengunci pintu bas.

Sekaligus muka Dino menjadi pucat apabila diberitahu mengenai siluman itu. Memang dia sering mendengar cerita tentang jelmaan siluman, tetapi dia sendiri tidak pernah rnengalaminya. Manalah dia tahu bezakan siluman dengan manusia biasa kalau tidak pernah mengalami kejadian terserempak makhluk berkenaan.

"Mari kita lihat apa yang dia makan," segera Mamak Bandaro mengajak Dino ke tempat duduk pemandu di hadapan.

Alangkah terkejutnya Dino tatkala melihat siluman itu terlalu gelojoh menyuap bangkai seekor babi! Mereka memakannya hingga darah bangkai babi itu berlumak di mulut masing-masing.

Tiba-tiba sahaja Dino menjadi loya perutnya memual-mual bagaikan mahu muntah. Betapa hairannya dia apabila beg yang dikendong tiba-tiba menjadi bangkai babi tergolek. Sekali sekala siluman itu mengerling ke arah mereka sambil menunjukkan bangkai babi yang dimakan macam menghadapi hidangan lazat.

Tetapi Mamak Bandaro tidak berdiam diri. Dia terus membacakan Ayatul Kursi sebanyak 113 kali hingga terasa bulu romanya meremang tegak. Sebaik sahaja selesai membacakan Ayatul Kursi itu, tiba-tiba guruh berdentum dengan kilat memancar terang.

Terkejut makhluk siluman itu apabila guruh berdentam sekalipun hujan tidak mencurah turun. Dalam masa sekelip mata sahaja mereka bertukar menjadi lima ekor babi menyondol-nyondol di tengah jalan. Seekor daripadanya mara menyondol bahagian hadapan bas hingga terasa bas itu bergoyang seperti dirempuh binatang besar. Marah benar Mamak Bandaro apabila bas itu disondol tidak bersisa. Tidak bertangguh dia terjun ke tanah menyebabkan babi yang menyondol hadapan bas berundur.

Mamak Bandaro berdiri tegak di tengah jalan terus membacakan:

Summum bukrnum ummum fahum layar ji'un, summum bukmum ummum fahum laya’qilun, summum bukmum ummum fahum laya taqqalamun, summum bukmum ummum fahum layub sirun.

Apabila dia kisarkan tumit ke bumi, serta merta kilat memancar laksana api menyambar dari udara. Babi-babi itu bertempiaran lari memanjat tebing jalan mengelakkan diri daripada disambar kilat seperti api memanjang dari udara. Tetapi salah seekor babi itu berdiri tidak berundur di hadapan bas merenung ke arah Mamak Bandaro.

"Aku tau kamu siluman!" ujar Mamak Bandaro sambil menudingkan jarinya ke arah babi tersebut. "Kalau kamu boleh bertahan dengan kalimat-kalimat Allah, akan aku bacakan lagi," tegasnya macam memberi amaran.

Tetapi babi itu menggeleng-geleng kepala bagaikan bersedia mahu menyondoi Mamak Bandaro. Belum sempat dia menyerbu, Mamak Bandaro sudah membacakan:

innallaha lahu mulkussama watiwal ardh yuhyi wa yumitu wa malakum min durrillahi min waliyyin wala nasir.

Serentak dengan itu Mamak Bandaro menepuk tangannya tiga kali.

Sekaligus pula babi itu terpelanting hingga terlentang di atas aspal jalan. Terkial-kial babi itu melompat bangun tetapi kakinya menjadi goyah tidak bertenaga. Dalam keadaan terkial-kial itulah dia menjelmakan dirinya menjadi lelaki gemuk pendek hingga lehernya tidak kelihatan langsung.

 "Kau memang hebat," gerutu lelaki gemuk pendek itu mencebek bibir. Kemudian dia hentakkan kakinya ke bumi sambil juruskan tangan ke arah Mamak Bandaro. Serentak dengan itu angin bertiup kencang hingga kelihatan pokok-pokok di lereng bukit seakan-akan mahu tumbang ke tengah jalan aspal.

"Aku takkan undur kalau sekadar berdepan dengan siluman seperti kau," sahut Mamak Bandaro keras lantas membacakan Ayatul Kursi. Sebaik sahaja dia bacakan Ayatul Kursi 17 kali, makhluk siluman itu terjerit apabila kilat menyambar tepat menyinggahi kepalanya.

Dia menggelepar di atas jalan seperti seekor babi menyembam tanah. Terjerit-jerit dia menahan kesakitan dengan darah membuak banyak di kepalanya.

Setelah angin ,kencang berhenti, babi yang tergolek di tengah jalan tidak kelihatan lagi. Api unggun yang dinyalakan oleh makhluk siluman juga hilang tidak berbekas langsung.

Sewaktu Mamak Bandaro naik ke atas bas Dino masih gementar akibat ketakutan hingga tidak bergerak menyandar di bangku penumpang. Tersipu-sipu dia mengaku di depan Mamak Bandaro fasal terkencing di dalam seluar tatkala melihat kejadian itu.

"Sihir memang permainan siluman," jelas Mamak Bandaro apabila kenangkan terserempak siluman dalam perjalanan balik waktu tengah malam dari Palembang.

Semenjak berhenti daripada memandu bas itulah Mamak Bandaro tumpukan kepada perniagaan. Dia tidak lagi meninggalkan keluarga sampai beberapa hari sahaja di rumah dalam tempoh sebulan. Sepanjang masa dia akan memandu bas berulang alik dari Medan ke Palembang sahaja.

Mamak Bandaro menetap di Bukittinggi selepas berhenti dari memandu bas. Dia tidak merantau ke Padang atau ke mana-mana. Biarlah dia memilih Bukittinggi apabila tumpukan perhatian kepada perniagaan.

Gembira benar saya disebabkan dapat bertemu sanak saudara di Sumatera. Hampir sepuluh hari saya menziarahi mereka tetapi tidak semua sanak saudara yang dapat ditemui. Apalagi mereka yang tinggal di Payakumbuh dan di Inderagiri, Riau masakan sempat mahu dikunjungi dalam masa yang singkat. Lagipun bukan semua-nya sanak saudara itu saya kenali kecuali kalau Mamak Bandaro yang menemukan.

 "Nanti, jangan lupa bawa keluarga ke sini," Mak Tua Sarinah isteri Mamak Bandaro berulang kali ingatkan pada malam saya berkemas-kemas untuk balik ke Semenanjung. Memang Agoes sendiri sudah berjanji akan menghantar saya ke Medan keesokan paginya.

Saya sekadar mengangguk. Susah juga mahu berjanji kalau masing-masing tinggal berjauhan. Sedangkan saudara mara yang tinggal di Johor dengan di Kelantan jarang dapat bertemu muka, apatah lagi sekiranya terpaksa menyeberangi Selat Melaka.

 Lagipun perbelanjaan mahu jejakkan kaki ke Bukittinggi bukanlah cukup seribu ringgit sahaja. Apalagi kalau datang bersama keluarga semata-mata mahu temukan derigan sanak saudara yang ditinggalkan oleh arwah Tok Aji.

"Jangan-jangan abang tak ingat lagi Bukittinggi," sengaja Fitriati mengusik sebelum melangkah ke dapur.

"Bukittinggi ni, bumi kelahiran arwah Tok Aji," ujar saya perlahan menatap muka Mak Tua Sarinah sambil menahan rasa terharu yang menyebak. "Di sini asal usul keturunan saya," beritahu saya ikhlas terpancar dari lubuk hati yang murni.

 Mamak Bandaro yang melihat Mak Tua Sarinah membantu saya berkemas hanya tersengih-sengih sahaja. Kalau tidak disebabkan Mamak Bandaro berusaha mencari keluarga di Semenanjung memang kami tidak mungkin bertemu. Lama juga Mamak Bandaro berulang alik ke Kuala Lumpur barulah dia dapat mengesan ayah saya.

Selepas dua tiga kali Mamak Bandaro menemui ayah saya, barulah dia dapat hubungi saya. Cuma saya sahaja yang dapat jejakkan kaki ke Bukittinggi menemui sanak saudara, kerana ayah saya sendiri belum mendapat kesempatan lagi.

Memang teringin juga saya mahu membawa ayah atau emak saya menziarah sanak saudara, tetapi emak saya tidaklah berkuat sangat mahu ke sana. Lagi pun emak saya tidak tahu langsung mengenali saudara mara di Inderagiri yang sudah terpisah sejak beratus tahun.

Lainlah Mamak Bandaro masih mempunyai pertalian dengan arwah Tok Aji. Tatkala Tok Aji meninggalkan karnpung halaman, memang Mamak Bandaro sudah dewasa. Dia masih ingat raut wajah Tok Aji sekalipun tubuhnya lebih kecil daripada saya.

Semasa berkemas-kemas inilah tiba-tiba kami mendengar jeritan langsing Fitriati di dapur. Serentak dengan itu Agoes segera mernanggil Mamak Bandaro dalam keadaan cemas.

"Kenapa pula tu?" gerutu Mamak Bandaro segera bergegas ke dapur diikuti oleh Mak Tua Sarinah.

Tatkala saya ke dapur menjengah, saya lihat Fitriati terjelepoh di lantai teresak-esak menangis. Mamak Bandaro pula berdiri di sisinya dengan menjuruskan tangan ke kepala Fitriati.

"Siapa kau?" jerkah Marnak Bandaro lantas rnemberi isyarat kepada Agoes supaya berundur daripada memegang isterinya.

Tiba-tiba sahaja Fitriati berpusing-pusing laksana harimau terkurung di dalam sangkar. Dia merangkak di lantai sambil mendongak ke arah Mamak Bandaro dengan menderam. garang.

"Jangan cuba permainkan aku!" jerkah Mamak Bandaro lantas mengisar tumit ke lantai. Kemudian dia menggamit saya datang menghampirinya, "Nah ustaz, sekarang adikmu diganggu," katanya sebaik sahaja saya berdiri di sisinya.

Agoes rnenjadi hairan apa-bila Marnak Bandaro berundur, sebaliknya menyuruh saya mara ke hadapan. Dia sendiri yang iama belajar di rnadrasah Haji Salim sebelum memasuki universiti di Padang, tidak tahu bagaimana mahu menghadapi keadaan demikian.

Belurn pun sernpat saya berbuat apa-apa, tiba-tiba satu lembaga hitam berbulu tercegat di jendela.. Apabila Mamak Bandaro menerpa mahu me-nang-kapnya lembaga itu hilang dalam kegelapan

"Ini tentu perbuatan siluman!" gerutu Agoes menggertap bibir.

 Setelah merenung mata Fitriati tepat-tepat saya bacakan al-Fatihah, diikuti dengan lima ayat terawal surah al-Baqarah. Kemudian dibacakan pula ayat 163 dan 164 surah yang sama serta Ayatul Kursi dengan dua ayat lagi selepasnya.

 Fitriati mula menghempas-hempas badan terus berguling di lantai. Dia terjerit-jerit seperti hangat terbakar sambil menepis-nepis kulitnya yang disangkanya melecur habis.

"Ampun pak, ilmu apa yang bapak pakai," rungut Fitriati dalam suara parau bagaikan lelaki tua termengah-mengah.

Saya tidak menjawab sebaliknya terus membacakan ayat 284, 285 dan 286 surah al-Baqarah. Tatkala Fitriati terbatuk-batuk, saya tidak juga berhenti dengan mernbacakan ayat 18, 19 dan 20 surah Ali Imran diikuti dengan ayat 54, 55 dan 56 surah al-Araaf menyebabkan Fitriati semakin lemah.

 "Ampun pak, tolong jangan seksa saya," rintihnya dengan menggapai-gapai tangan minta dikasihani.

Ketika saya berdiri dalam bulatan cahaya antara penglihatan alam malikun, alam jibrun dan alam zuk, segera saya mencari lembaga hitam berbulu yang menjelma sekali imbas di jendela dapur. Sehingga saya dapat menjejaknya lembaga berkenaan sudah terasak di tebing jeram dengan Mamak Bandaro tercegat menjurusnya.

"Pak, jauhkan orang ini," lembaga hitam berbulu itu menuding ke arah saya. Kepalanya menunduk tidak berani menatap muka saya. Belum pun sempat Mamak Bandaro menyahut, tidak bertangguh saya lontarkan lembaga itu ke dalam api yang marak menyala.

"Siluman ya, bang?" Agoes tidak sabar mahu mengetahui sebaik sahaja saya duduk menyandar belakang setelah Fitriati mulai sedar.

"Bukan," sahut Mamak Bandaro kesal sambil menggeleng lemah. "Ada orang nak menguji," ujarnya mengeluh pendek dengan beristighfar beberapa kali.