Tuesday, July 3, 2018

284. KEPALA DI SELUK DENGAN TANGAN


JAUH lagi ke-lihatan silauan lampu berkerlapan di tepi jalan sewaktu melalui kawasan Paya Bungor dalam perjalanan batik dan Kuantan. Kadir Misai memperlahankan kereta sebaik sahaja melihat orang ramai di sepanjang jalan itu.
Rupa-rupanya mereka mengarak pengantin. Siap dengan kompang dan bunga manggar. Mereka kelihatan muda-muda sahaja. Tidak ada siapa pun yang tua di kalangan mereka.
Terpaksa Kadir Misai memberhentikan keretanya di tepi jalan, apabila sekawan lembu mahu melintas. Mereka yang meng-arak pangantin itu juga ikut sama membantu menghambat lembu-lembu berkenaan melintas jalan. Kemudian lembu-lembu tersebut menurun tebing jalan ke dalam belukar.
"Hai, macam lembu tak bertuan," rungut pemuda yang menghalau lembu tersebut.
"Terima kasih dik," Kadir Misai mengangkat tangan dari dalam kereta. Belum pun sempat dia masukkan gear satu, sebuah lori tiba-tiba meluru daripada arah belakang merempuh ke arah orang ramai berarak. Kadir Misai nampak pemuda yang menghalau lembu sebelum itu terhumban ke tepi jalan dirempuh oleh lori berkenaan.
Tergesa-gesa Kadir Misai mahu turun membantu, tetapi segera dipegang bahunya oleh Manap Jebon.
"Kita tengokkan dulu," bisik Manap Jebon perlahan sambil memerhati keliling.
"Budak tu dilanggar lori," beritahu Kadir Misai cemas.
"Biarkan dulu," Manap Jebon menyuruh dia menaikkan semula cermin kereta.
"Kenapa pula?" Kadir Misai merasa hairan.
"Cuba kau teruskan perjalanan," ujar kawannya itu serba salah.
Apabila Kadir Misai mahu menekan minyak, tiba-tiba enjin kereta mati. Di luar buntut lori tertonggeng melanggar pokok di bawah tebing jalan. Pemuda yang dilanggarnya terhumban di dalam gelap. Mereka yang mengarak pengantin terus bedalan ke hadapan dengan tidak menghiraukan pemuda yang dilanggar lori.
Lampu berkerlipan juga semakin menghilang di dalam kegelapan malam. Bunyi kompang juga sayup-sayup hingga menghilang. Bertambah hairan Kadir Misai dengan sikap rombongan mengarak pengantin tersebut. Masakan mereka tidak menyedari salah seorang daripada rakan mereka dirempuh lori.
Tetapi lori yang tertonggeng ke bawah tebing itu pun senyap, tidak ada siapa pun keluar dan situ. Hanya buntut lori itu sahaja kelihatan sedikit, setelah kepala lori tersusup melanggar perdu pokok di bawah tebing jalan berkenaan.
"Mungkin drebar lori tu mati," lantas Kadir Misai membuat andaian, setelah lama diperhatikannya ke bawah tebing jalan. "Tapi, kenapa orang ramai tadi, tak mahu membantu?" ujarnya hairan dengan sikap orang ramai menghantar pengantin yang terus berlalu.
"Di sini mana ada kawasan orang tinggal," Manap Jebon mengingatkan dia sambil menelan keluhan. Memang dia tahu di situ kawasan lengang yang dikelilingi hutan. Tidak ada siapa pun tinggal di kawa-san berkenaan.
Tentulah tidak munasabah orang ramai berarak menghantar pengantin dengan kompang semarak dipalu. Hampir 10 batu dari situ, baru bersua sekolah dan perkampungan kecil. Dari mana pula datangnya orang ramai berkerlapan memegang lampu.
"Ah, kita kena perdaya ke?" Kadir Misai mula meng-hidupkan enjin kereta, tetapi tetap juga tidak boleh dihidupkan.
 "Di sini memang tempat bunian," beritahu manap Jebon setelah menyedari kawasan yang dilaluinya itu bukanlah perkampungan orang.
"Kalau begitu, kita jangan takut," ujar. Kadir Misai terus keluar dari kereta.
Biarlah Manap Jebon menegahnya. Dia tidak perlu takut, kalaulah benar diganggu bunian. Setelah mencapai lampu suluh, tidak bertangguh Kadir Misai menyuluh ke buntut lori yang tertonggeng ke bawah tebing jalan.
Memang sebuah lori terperosok ke bawah tebing jalan itu. Kadir Misai terus menyuluh ke arah stereng mahu memastikan sama ada pemandu lori berkenaan masih selamat. Ketika lampu disuluh ke bawah tebing, dia nampak pemandu iori terkial-kial merangkak naik ke jalan bersama pembantunya.
"Hah, apa fasal awak punya lori?" soal Kadir Misai sebaik sahaja pemandu lori bangsa Cina itu naik ke jalan.
"Aku nampak lembu banyak, bila aku nak elak, lori aku terbabas," beritahu Cina itu tidak pelat langsung.
"Awak luka ke?" Kadin Misai menyuluh ke tubuh lelaki Cina berkenaan. "Luka tak ada, tapi sakit aku punya belakang," ujarnya bedalan terhincut-hincut. Pembantunya juga tidak luka-luka. Tetapi dahinya lebam akibat terhantuk ke hadapan.
"Tadi manyak lembu, sekalang tatak satu pun," pembantu lori itu mengeluh dalam pelat-pelat sedikit.
Apabila disuluh sekeliling, memang tidak ada seekor pun lembu di situ. Kesan tapak kaki tembut menuruni tebing jalan pun tidak kelihatan. Ketika Kadir Misai menyuluh tempat pemuda terhumban dirempuh lori, dia hanya melihat sebatang tunggul reput di situ.
Tersenyum Kadir Misai. Dia sudah menduga dirinya terpedaya oleh bayang jelmaan lembaga pemuda yang ramah. Kawasan hutan yang lengang itu memang tidak berpenghuni. Masakan pemuda berkenaan tiba-tiba muncul menghalau lembu melintas jalan.
Lagi pula, lembu-lembu siapa pula yang melintasi jalan ketika itu kalau kawasan hutan lengang itu tidak berpenghuni. Masakan lembu-lembu orang yang tinggal di Paya Bungor berkeliaran hingga sampai 10 batu jauhnya.
"Habis, awak macam mana sekarang, mahu ke mana?.. lantas Kadir Misai memegang bahu lelaki Cina di sisi-nya.
"Satu orang kena tunggu sini, satu lagi balik Kuantan laaa," beritahu pemandu lori sambil memanjangkan leher memerhati kereta yang datang dari arah Temerloh.
"Kawan tak mahu pegi Kuantan ka?" soal pembantu lori yang keluh-kesah akibat lebam-lebam seluruh badan.
"Mana boleh," ujar Kadir Misai tersengih-sengih.
"Saya balik dari Kuantan, apa macam mahu pusing sana lagi..." katanya lembut memberi alasan.
Dalam kegelapan malam itu, angin bertiup sejuk. Tidak ada sebuah pun kereta melintas sama ada ke Kuantan mahupun ke Temerloh.
Mahu juga Kadir Misai meneruskan peijalanan ke Temerloh, tetapi bimbang mahu memberi tahu lelaki Cina berkenaan mengenai keretanya yang mati enjin. Kalau mahu meminta bantuan lelaki Cina tersebut, tentu dia tidak bertimbang rasa pula meninggalkan pemandu lori tersebut di situ.
Mereka sama-sama terkandas di stu. Lori yang tersusup ke bawah tebing jalan itu tidaklah remuk sangat, sekalipun merempuh tunggul kayu reput. Kalau boleh ditarik naik ke jalan, tentu lori tersebut boleh juga meneruskan perjalanan ke Temerloh. Setidak-tidaknya boleh juga berpatah balik ke Kuantan.
"Macam mana mahu tarik itu Iori?' pemandu lori itu menepuk-nepuk buntut Iori yang tertonggeng.
"Awak satu olang aje ka, kawan?" Cina yang pelat-pelat itu bertanya.
"Tidak, saya punya kawan ada dalam kereta," beritahu Kadir Misai ikhlas lantas menyuluh ke dalam kereta. Dia nampak Manap Jebon menggamit-nya segera naik semula ke kereta.
Kemudian Kadir Misai terus meninggalkan dua lelaki Cina itu di situ. Ketika dia menghidupkan enjin kereta, masih juga tidak boleh dihidupkan. Hairan juga .dia apabila keretanya tiba-tiba sahaja mati enjin. Kalau tidak disebabkan berhenti semasa orang ramai berdedai mengarak pengantin, mungkin dia dapat meneruskan perjalanan.
Semuanya berlaku disebabkan dia memberhentikan kereta. Entah apa pula silapnya, tiba-tiba sahaja enjin kereta mati.
Sebaik sahaja melihat keretanya sukar dihidupkan enjin, dua lelaki Cina itu mendapatkan dia. Pemandu lori berkenaan menyuruh dia memeriksa enjin.
"Apa salah taukeh?" Manap Jebon mengeluarkan kepala sahaja di pintu kereta. "Saya ingat contact point punya hal," sahut lelaki Cina itu menyuluh ke dalam enjin.
"Angkat kita punya contact point laaa...'' pembantu pemandu lori yang pelat itu pula membuat tawaran.
"Mana boleh, lu punya untuk loci," cepat sahaja Manap Jebon menolak.
"Kita angkat spare punya, tapi sudah salah angkat," jelas lelaki Cina itu berpatah balik ke lori. Dia menghilang ke bawah tebing. Tidak lama kemudian dia datang semula tersengih-sengih membawakan contact point yang sesuai untuk kereta biasa.
Setelah diganti contact point, enjin kereta mudah dihidupkan sem.ula. Tetapi serba salah pula Kadir Misai mahu meninggalkan pemandu lori tersebut, selagi tidak ada kereta lain melintas.
"Kawan mahu jalan, tak apalah," pemandu lori seolah olah menyedari Kadir Misai dalam keadaan serta salah mahu meneruskan perjalanan.
"Terima kasihlah, taukeh," ujarnya perlahan terus bergerak meninggalkan dua lelaki Cina berkenaan.
Tidak jauh mereka meninggalkan kawasan tersebut, Kadir Misai nampak dari cermin kereta, cahaya lampu berkerlapan di belakang. Terpaksa dia memperlahankan kereta, apabila ternampak daripada kilauan lampu itu orang ramai balik daripada mengarak pengantin, memukul pemandu lori berkenaan.
Kadir Misai nampak dengan jelas, disebabkan jalan berkenaan lurus berbatu-batu.
"Mereka pukul lelaki Cina tu," ujar Kadir Misai terus memberhentikan kereta di tepi jalan.
 "Tapi, aku tak nampak pemuda yang kena rempuh lori tadi," katanya perlahan bercampur kesal.
Tidak ada sebab orang ramai itu memukul lelaki Cina berkenaan, disebabkan pemuda yang dirempuh lori tidak kelihatan di mana-mana. Dia hanya melihat tunggul kayu reput di tempat pemuda tersebut terhumban jatuh.
"Di sini, tak ada kampung orang,Kadir..." Manap Jebon mulai bimbang.
Sudah tentu orang ramai yang mengarak pengantin itu bukannya manusia biasa. Kalau tidak makhluk bunian, mungkin juga pandangan mereka dikelirukan oleh cuaca malam yang gelap. Kadang-kala dalam samar-samar demikian, macam-macam pandangan boleh mengelirukan.
"Ah, mereka nak menguji aku agaknya!" rungut Kadir Misai menggertap bibir.
Marah juga dia apabila diganggu dalam perjalanan. Sudah menjadi perkara biasa sahaja pada Kadir Misai, sekiranya menghadapi keadaan demikian. Dia tidak pernah takut. Malah dia sanggup berpatah balik untuk membuktikan kejadian yang berlaku di hadapan matanya itu, benar-benar berlaku.
"Mari kita berpatah balik," ujar Kadir Misai mem-belok semula keretanya mahu mendapatkan orang ramai memukul dua lelaki Cina tersebut.
"Kau nak cari nahas ke, Kadir!" gerutu Manap Jebon menegah kawannya. Tetapi dia tidak boleh menghalang, disebabkan stereng di tangan Kadir Misai. Semuanya terpulang kepada ke-putusan Kadir Misai sendiri.
Ketika ini dia mendengar jeritan dua lelaki Cina berkenaan minta tolong. Dari bayangan silau cahaya lampu orang ramai, Manap Jebon nampak beberapa orang pemuda memukul melepaskan geram. Tentu mereka membalas dendam disebabkan kawannya dirempuh lori.
Belum pun kereta Kadir Misai dapat membelok berpatah balik, seorang lelaki tua menahannya. Mukanya tenang dengan ketayap lusuh di kepala, merenung tepat ke muka Kadir Misai.
"Jangan campur urusan orang," bisiknya perlahan.
"Kenapa pula, aki?" Kadir Misai bersuara rendah setelah dihalang oleh lelaki berkenaan.
"Itu kerja bunian, nak kelirukan awak berdua," lelaki tua itu menjelaskan sambil memegang pelita ayan yang dilindung dengan daun, supaya tidak ditiup angin.
"Aki tinggal di sini, ke?" Manap Jebon bertanya.
Dia mengangguk lantas memuncungkan bibir ke arah belukar di seberang jalan.
Memang ada sebuah bangsal buruk di situ diterangi oleh cahaya lampu gaslin. Mungkin baru sahaja orang tua itu memasangnya. Sebelum itu Manap Jebon melihat kawasan tersebut gelap. Tidak nampak sebuah pun rumah tersergam di mana-mana.
Jeritan dua orang lelaki Cina yang dipukul oleh pemuda-pemuda di hujung jalan, sudah tidak kedengaran lagi. Kerlapan lampu di tangan mereka juga hilang dalam ke-gelapan malam.
"Kesian pemandu lori tu, aki," Kadir Misai serba salah, se setelah memberhentikan keretanya di tepi jalan. "Lebih baik kita tolong mereka," ujarnya lantas mengajak orang tua itu ke hujung jalan.
Kokok ayam sudah memanjang, semasa mereka bertiga menuju ke ternpat lori tertonggeng di bawah tebing jalan. Apabila terdengar ayam berkokok, Manap Jebon yakin mereka berdekatan dengan perkampungan orang. Tentu ayam kampung yang berkokok memanjang setiap kali subuh menjelang. Ayam hutan jarang berkokok memanjang, kecuali ter-putus-putus bagai-kan bapak muda baru belajar.
"Aki tinggal seorang aje ke?" soal Manap Jebon sambil berpaling ke belakang disebabkan orang tua itu berjalan perlahan saha-ja. Orang tau .itu tidak mahu naik ke kereta. Dia mengajak mereka berdua berjalan kaki sahaja ke tempat lori Cina itu tertonggeng ke bawah tebing.
"Dah tua, tinggal seorang aje laaa," beritahunya tersengih-sengih dengan terbongkok-bongkok berjalan, sekalipun tidak menggunakan tongkat.
"Siapa nama aki?' Kadir Misai pula ber tanya.
"Orang di sini panggil Lebai Usuh" ujar orang tua ter-cungap-cungap sedikit.
Dia memakai kain pelikat dengan kot lusuh berwarna hitam. Lebai Usuh tidak pula memakai selipar, sementara songkoknya juga sudah tidak ada baldu lagi. Dia masih gagah berjalan sekalipun terbongkok-bongkok. Malah langkahnya yang perlahan itu tidakpun berhenti, dalam keadaan dia berjalan tercungap-cungap bagaimana menahan lelah.
"Kalau aki tak larat, tunggulah di sini," Manap Jebon menyuruhnya menunggu sahaja di pertengahan jalan.
Tetapi Lebai Usuh tidak menya-]hut. Dia terus juga berjalan mengekori mereka berdua. Disebabkan mereka berjalan cepat, Lebai Usuh semakin jauh tinggal di belakang. Memang kereta mereka sudah jauh meninggalkan tempat lori tersebut terbabas, apabila bertemu dengan Lebai Jusuh.
Sebaik sahaja sampai di tempat lori berkenaan tertonggeng, mereka berdua terkejut kerana Lebai Usuh sudah berada di belakang mereka. Entah bila orang tua itu sampai mereka tidak sedar, sekalipun sudah terlalu jauh ketinggalan di belakang.
"Cepat aki sampai, tadi jauh di belakang..." Kadir Misai sengaja mengusik.
"Ah, jalan perlahan-lahan pun sampai." sahut Lebai Usuh memukul-mukul pinggang dengan penumbuknya.
Apabila disuluh lori di bawah tebing Kadir Misai nampak hanya bangkai lori yang hampir reput. Enjinnya pun sudah tidak ada lagi. Dia menyuluh sekeliling, tetapi tidak kelihatan pun dua lelaki Cina yang dibelasah oleh orang ramai.
 "Aki dah cakap, ini kerja bunian” ujar Lebai Usuh tercangkung di tepi jalan melepaskan lelahnya. "Bunian ni, sengaja nak mengelirukan awak semua," jelasnya sambil menyebut subha-nallah beberapa kali.
Selepas menyuluh sekitarnya, Kadir Misai mengajak kawannya Manap Jibon balik sahaja ke Temerloh. Tetapi Lebai Usuh mengajak mereka singgah dahulu ke pondoknya.
Terpaksa juga mereka berdua meme-nuhi pelawaan orang tua tersebut. Lagi pun sudah hampir subuh. Terasa keletihan dan, mengantuk, sekiranya mahu meneruskan perjalanan.
"Banyakkah lembu berkeliaran di sini, aki?" soal Manap Jibon sebaik sahaja duduk di pangkin di pondok berkenaan.
"Mana ada lembu," beritahu Lebai Jusuh bersila di pangkin tempat tidurnya, lantas menggulung rokok daun. "Kerja bunian nak kelirukan orang' jelasnya mencebik bibir sambil menghisap rokok yang sudah digulung.
"Tak ada kampung di sini?" Kadir Misai pula mahu menduga.
"Di depan sana ada, dekat sini rumah aki sebuah ni aje laaa," ujarnya mengisar duduk lantas menolak bantal tidurnya jauh ke dinding.
Pondok kecil itu, hanya cukup untuk ternpat tidur sahaja. Tidak ada dapur untuk memasak. Lebai Usuh memberitahu cucunya akan menghantarkan makanan dari perkampungan yang terletak hampir 3 batu jaraknya daripada situ.
Dia memberitahu mengenai ramai orang keliru semasa melalui kawasan tersebut apabila banyak lembu melintas jalan. Masakan banyak lembu, sedangkan perkampungan tidak ada di situ. Siapa pula yang menternak lembu di kawasan belukar berpaya itu.
Sebab itulah pemandu iori berkenaan terbabas untuk mengelakkan lembu melintas. Lorinya merempuh ke bawah tebing hingga melanggar perdu pokok. Dia tersepit di celah stereng tidak dapat melepaskan diri. Sementara pembantunya terhumban keluar hingga terperosok di celah batu di bawah tebing.
"Mereka mati, sebab lambat bantuan sampai," kata Lebai Usuh perlahan sambil menggeleng lemah.
Di situ memang tidak ada perhubungan. Kalau berlaku kemalangan pun, jarak ke Kuantan atau ke Temerloh sama sahaja jauhnya.
"Awak berdua ni dari mana?" Lebai Usuh pula bertanya.
"Dari Kuantan," ujar Kadir Misai menjelaskan. Dia juga memberitahu Lebai Usuh ke Kuantan untuk menjengah sepupunya di Teluk Cempedak menghidap penyakit barah di kepala. Tetapi doktor belum dapat mengesahkan penyakit sebenarnya, untuk membuat pembedahan. Doktor masih dalam memberi rawatan, untuk mengesahkan penyakit sebenarnya.
Memang sudah puas sepupunya Cik gu Mizah berubat sama ada di hospital mahu pun dengan bomoh. Pihak hos-pital pula tidak dapat menentukan sama benar barah di kepala atau pun tidak. Sebab itu la pembedahannya terpaksa ditangguh beberapa kali.
Tetapi Cikgu Mizah sendiri hampir putus asa untuk berubat. Ketika menemui Wak Kimar, dia melihat jarum berkarat serta segumpal rambut keluar daripada telur yang baru dipecahkan. Wak Kumar meminta keluarganya menyediakan sebiji telur ayam kampung untuk membolehkan dia mengetahui punca sebenarnya penyakit tersebut.
Telur tersebut dialinkan oleh Wak Kumar di kepala Cikgu Mizah, sebenarnya dipecahkan. Apabila dilambakkan ke dalam piring, jelas jarum berkarat dan segumpal rambut keluar daripada mengkarak. Mengeluh panjang keluarga Cikgu Mizah melihat keadaan yang berlaku di hadapan mata.
Terapi penyakit Cikgu Mizah tidak juga berubah setelah diubati oleh Wak Kimar. Sudah dapat dikeluarkan jarum berkarat dan rambut segumpal daripada mengkarak telur, Cikgu Mizah terus juga menghidap. Hanya seminggu selepas  diubati Wak Kimar sahaja dia merasa tenaganya pulih.
Selepas itu, dia kembali menanggung kesakitan. Kadangkala berdenyut-denyut kepala seolah olah ditusuk besi tajam. Dia akan menjerit sekuat hati melepaskan rasa marah akibat kesakitan yang mengganggu. Sebab itulah Kadir Misai datang menjengah sepupu-nya, setelah diberitahu mengenai penyakit yang menimpa Cikgu Mizah.
"Dah keluar barang-barang tu, masih sakit juga?" tersengih-sengih Lebai Usuh mengerling Kadir Misai duduk berjuntai kaki di pangkin.
"Kadangkala macam silap mata," cepat sahaja Manap Jibon mencelah.
"Silap mata tu, cara nak cari duit," ketawa besar Lebai Usuh sampai terbatuk-batuk kecil dia. "Kalau mengubat kerana Allah, jarang penyakit tu sembuh sekelip mata," dia menambah setelah ketawanya reda.
Memang Manap Jibon pun tahu sewaktu di kampungnya, Pak Saibon kalau mengubati pesakit, mudah sahaja sembuh dalam sekelip mata. Tetapi seminggu selepas itu, penyakit berkenaan datang semula. Kadangkala lebih tenat daripada sebelumnya
Marah-marah arwah Pak Saibon, lantas menuduh mereka meianggar pantang. Siapa pun tidak tahu mengenai pantang larang yang dikatakan oleh arwah Pak Saibon. Tetapi mereka tidak berani membantah. Mungkin mereka tidak menyedari telah melanggar pantang hingga penyakit bentan semula.
"Aki, bolehkah cuba mengubat sepupu saya tu?" Kadir Misai menepuk kepala lutut orang tua berkenaan.
Lebai Usuh tidak menyahut. Dia menunduk sambil mengusap-ngusap janggut sejemputnya yang memutih.
"Kalau boleh, saya minta aki aje laaa," lantas Kadir Misai mendesak.
"Kerja menyembuhkan penyakit bukan kita," sahut Lebai Usuh lembut. "Penyakit datang dan Allah, kepada-Nya kita mohon disembuhkan," dia menuturkan tersekat-sekat bagai menahan sebak yang mengombak di dada
"Kami tak tahu cara memohonnya," Manap Jibon pula menggesanya.
Terdiam Lebai Usuh. Dia menunduk memerhatikan bekas abuk rokok di hadapannya.
"Awak pun apa kurangnya," Lebai Usuh berpaling pada Kadir Misai lantas menepuk-nepuk bahu.
"Saya dah cuba, tapi belum berhasiL.." ujar Kadir Misai seolah-olah mengalah.
Memang dia sudah mencubanya ketika mengunjungi Cikgu Mizah di Teluk Cempedak. Ketika dijuruskan tangannya ke kepala Cikgu Mizah, terasa tapak tangannya panas seperti digagang ke api. Dia percaya Cikgu Mizah tidak diganggu barah kepala hingga perlu dibedah. Kalau Cikgu Mizah mengidap barah kepala, tentu doktor dapat sahkan.
Masakan doktor mahu bertangguh kalau sudah sah Cik gu. Mizah dihinggapi penyakit barah kepala. Tentu doktor juga masih sangsi. Doktor hanya mengesyaki barah di kepala, sedangkan setelah diberi rawatan awal tidak ada tanda-tanda penyakit berkenaan.
Setiap kali Kadir Misai menjurus ke kepala Cikgu Mizah, dia terasa dirinya terapung-apung di udara. Sukar dia mahu berjejak akibat ditolak angin yang semakin kuat. Kemudian seluruh tubuhnya bergegar bagaikan digoncang angin kencang daripada setiap penjuru.
"Hasbiallahhu la-ilaha-illahuwa tawak-kaltu wah u wa rabbul-'arsyil `azim"
Kadir Misai membacakan doa bagi melawan tentangan yang semakin keras.
Terasa tentangan yang menyebabkan tenaganya hampir lemah sewaktu mengubati Cikgu Mizah. Kalau tidak disebabkan Cikgu Mizah sepupunya, memang Kadir Misai tidak mahu mencuba. Biarlah dia meminta bomoh atau dukun yang lain.
Wak Kimar sudah mengubati Cikgu Mizah. Doktor juga merawatnya. Tetapi,. Cikgu Mizah semakin berterusan menghidap penyakitnya. Kadangkala dia merasa di atas kepalanya dipenuhi oleh ular-ular yang bersarang di situ.
Selepas mengubati .Cikgu Mizah itulah, Kadir Misai mengalami kejadian yang menimpanya di Paya Bungor. Kalaulah Manap Jibon tidak ikut bersama mungkin dia berseorangan sahaja di tengah malam itu menghadapi gangguan bunian berkenaan.
"Menghadapi musibah, mesti banyak bersabar," Lebai Usuh menghela nafas perlahan, sambil mencampakkan puntung rokok ke dalam tin kosong yang dijadikannya tempat membuang abuk rokok.
"Dah lama sepupu saya tu sakit, aki," sahut Kadir Misai dengan harapan orang tua itu bersetuju mengubatinya. Semacam tidak dapat mengelak akibat didesak oleh Kadir Misai, terpaksalah orang tua itu bersetuju. Kalau Kadir Misai ke Kuantan dia sanggup ikut bersama ke rumah Cikgu Mizah di Teluk Cempedak.
Selepas solat Subuh, mereka berdua terpaksa balik juga ke Kuala Lumpur. Kadir Misai sudah betjanji minggu hadapannya akan ke Kuantan. Tentu orang tua tersebut tidak ke mana-mana. Kalau dia keluar rumah pun sekadar menoreh rumput di kebun ubi di belakang rumahnya.
Sempat juga Lebai Usuh mencabutkan serumpun ubi untuk mereka berdua. Banyak juga isinya sampai tujuh lapan tongkol seorang. Isinya yang besar hingga sebesar lengan itu, memang berlebih untuk satu keluarga.
Tetapi Lebai Usuh memadai mencabut serumpun sahaja. Ubinya yang subur itu hanya disedekahnya kepada sesiapa sahaja yang mahu. Kadangkala jiran-jiran anaknya datang untuk dibuat kerepek. Mereka jual sampai ke Maran. Lebai Usuh tidak pernah meminta bayaran apa-apa, apabila mencabut ubinya yang tumbuh subur di belakang ru.mah.
Kadir Misai tidak memberitahu saya mengenai kejadian itu, semasa dia mengajak saya ke Kuantan. Hanya apabila melepasi perkampungan kecil di Paya Bungor, barulah Manap Jibon memberitahu. Kami berhenti di kawasan pondok Lebai Usuh, untuk mengambil orang tua tersebut kerana dia sudah berjanji mahu ke Kuantan bersama.
Tetapi puas mereka mencari pedoman, tidak pun ditemui. Lori buruk yang tertonggeng ke bawah tebing jalan memang kami temui.Tayar lori itu pun sudah tidak ada, kecuali rangkanya sahaja di situ. Dua tiga kali kami berpatah balik mahu mencari pondok Lebai Usuh, tetapi kami berdua tidak dapat cam di mana pondok berkenaan.
"Saya cam batu jalannya, ustaz," beritahu Manap Jibon lantas keluar daripada kereta. Dia memerhatikan ke bawah tebing jalan mencari lorong kecil menuju ke pondok berkenaan. Puas dia terhangak-hangak, hanya belukar dipenuhi anak kayu keduduk sahaja tumbuh meliar.
"Memang kita dikelirukan oleh bunian," keluh Kadir Misai merungut marah akibat dipermain-mainkan oleh jelmaan Lebai Usuh.
"Kalau kita bertemu bayang-bayang Lebai Usuh, macam mana dengan ubi kayu yang diberinya?" Manap Jibon bertambah hairan.
Dia sendiri sudah menikmati ubi kayu rebus pemberian Lebai Usuh. Sekiranya dia menerhui jelmaan Lebai Usuh sahaja, tentulah ubi kayu itu berubah menjadi barang lain apabila sampai di rumah. Tetapi dia sekeluarga sudah merebus dan membuat kerepek.
Kadir Misai juga membiarkan setongkol ubi kayu di belakang keretanya untuk menguji sama ada benar dia bertemu Lebai Usuh atau tidak. Ubi kayu itu masih tergolek di belakang kereta. Tidak berubah pun menjadi barang lain yang aneh-aneh. Dia percaya Lebai Usuh yang ditemui memang manusia biasa, bukannya jelmaan bayang-bayang.
"Mungkin awak salah tempat berhenti ni," ujar saya setelah mereka berdua puas terhangak-hangak mencari.
"Entahlah, tapi memang pelik," keluh Kadir Misai bercekak pinggang memerhati ke bawah tebing. Dia perlu membawa Lebai Usuh bersama. Tentu Lebai Usuh masih ingat dengan janji-janjinya mahu ke Kuantan. "Saya dengan Manap cam betul, di sinilah tempatnya," ujarnya yakin dengan kawasan yang ditemuinya itu.
Terpaksa pula dia berpatah balik hingga sampai ke sekolah di tepi jalan, tetapi rumah Lebai Usuh tidak juga di-temui. Mahu turun bertanya kepada anak Lebai Usuh, dia sendiri tidak tahu. Lebai Usuh sekadar memberitahu anaknya tinggal di situ. Dia tidak memberitahu nama anak nya itu.
Setelah puas mencari tidak juga berjumpa, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan. Sebaik sahaja sampai di halaman rumah keluarga Cikgu Mizah, Kadir. Misai menepuk bahu saya. Dia menunjukkan Lebai Usuh terbongkok-bongkok menuju ke arah kami.
"Kami singgah di rumah, aki, tapi tak jumpa," lantas sahaja Kadir Misai memberitahu sambil bersalaman.
"Pondok buruk dalam belukar, memang susah nak jumpa," sahutnya semacam menyindir.
"Habis, aki datang dengan apa?" Manap Jibon menepuk bahu orang tua itu.
"Tumpang teksi," katanya tersengih-sengih. "Dah janji datang, kenalah datang juga," dia terangguk angguk menatap muka saya dengan tidak berkedip mata.
"Ini kawan saya, ustaz..." Kadir Misai memperkenalkan kepada saya.
Ketika bersalaman, saya merasa jari orang tua itu  lembut. Tidak sama dengan orang tua yang bekerja keras berkebun menanam ubi kayu. Tentu dia tidak pernah memegang taran cangkul atau menggenggam hulu parang menetak anak-anak. kayu di kebun ubi.
"Kalau aki tahu ustaz datang, tak payahlah aki datang sama," dia tersengih sengih menggenggam erat tangan saya.
Saya tersenyum sahaja. Memang saya tidak akan menyahut apa-apa. liarlah orang tua itu mahu bercakap apa pun, saya tidak akan menyahutnya.
Kebetulan pula selepas maghrib baru kami sampai di Teluk Cempedak, sempat juga saya bertanya kepada Lebai Usuh di mana dia solat maghrib. Dia sekadar memberitahu solat maghrib dalam perjalanan. Tidak disebutnya di mana rnasjid dia singgah dalam perjalanan itu.
Apabila naik ke rumah, Lebai Usuh terus mendapatkan Cikgu Mizah. Dia tidak bercakap sepatah apa pun, lantas memegang kepala perempuan itu. Kemudian dia merentap sesuatu daripada kepala itu, bagaikan menggenggam angin kosong. Ketika dia merentap itu, Cikgu Mizah seolah-olah tersentak akibat kesakitan
"Sakitkah Mizah” Hajah Saerah bimbang kalau anak nya terlalu menderita diperlakukan oleh Lebai. Usuh begitu.
"Sakitlah sikit, macam digigit kerengga," sahut Cik-gu Mizah.
Dia tidak membantah. Memang Lebai Usuh dibawa oleh Kadir Misai. Tentulah orang tua itu sudah berjanji dengan Kadir untuk mengubatinya. Sebab itulah Lebai Usuh tidak bertangguh mahu berbual-bual dengan keluarga Cikgu Mizah dahulu. Setelah naik sahaja ke rumah dia mesti sempurnakan janjinya.
Tujuh kali dia merentap dengan menggenggarn angin kosong, Lebai Usuh menujahkan jari telunjuknya ke kepala Cikgu Mizah. Terherot mulut Cikgu Mizah menahan kesakitan, semasa jari Lebai Usuh menembusi tempurung kepalanya. Terkejut juga Haji Lah melihat anaknya seolah olah menahan kesakitan, tetapi segera disabarkan oleh Kadir Misai.
Hampir 15 minit, Lebai Usuh melakukan pengubatannya barulah dia bersandar ke dinding. Cikgu Mizah kelihatan letih sambil meraba-raba, tempurung kepalanya yang ditembusi jari Lebai Usuh.
"Apa penyakitnya, aki?" Kadir Misai bertanya setelah orang tua itu reda daripada tercungap cungap akibat menahan lelah.
Lebai Usuh mengeleng lemah. Dia memberi isyarat belum dapat mahu bercakap akibat lelah yang mengganggunya.
"Macam mana, Mizah?" Haji Lah tidak sabar mahu mengetahui kesan pengubatan itu dari pada anaknya.
"Tak tahu nak cakap..." beritahu Cikgu Mizah masih meraba-raba tempurung kepalanya. Tidak ada bahagian mana pun ditembusi sampai terpokah. Semuanya masih seperti biasa.
"Sakitnya macam mana?" Hajah Saerah pula bertanya lantas mendekati anaknya.
"Tak ada rasa sakit," ujar Cikgu Mizah tersengih-sengih.
Dia sudah diberitahu oleh Kadir Misai rnelalui telefon mengenai Lebai Usuh dari Paya Bungor akan mengubati nya. Semasa Haji Lah ke Temerloh, memang dia memerhatikan juga tempat yang dikatakan oleh Kadir Misai terletak rumah Lebai Usuh itu.
Puas dicarinya memang tidak bertemu sebuah pondok pun di situ. Kawasan itu ditumbuhi oleh anak-anak pokok keduduk meliar. Dari tebing jalan itu dia nampak sarang lebah bergayut pada pokok mengkudu di tengah belukar tersebut. Gerun juga dia melihat sarang lebah hampir se-besar guni baja itu.
"Dua hari dulu saya ke Temerloh," Haji Lah mendekati Lebai Usuh termengah-mengah tersandar di dinding. "Saya singgah juga di Paya Bungor, tapi tak jumpa rumah aki," katanya semacam rasa bersalah kerana tidak singgah di rumah orang tua itu.
"Hai, pondok buruk dalam belukar, memang susah nak jumpa," tersengih-sengih Lebai Usuh memberitahu.
Tetapi apabila ditanya rnengenai penyakit Cikgu Mizah, dia tetap mengelak tidak mahu memberitahu. Ketika dia merentap rentap di kepala Cikgu Mizah, macam dia mencabut rumpun ubi di tanah sahaja. Terlalu kuat dan bersungguh-sungguh.
Setelah dicabut dia mematahkan pula, sama seperti mematahkan tongkol ubi kayu dari perdu nya. Kemudian dia membuangkan seolah-olah memasukkan ke bakul yang tersedia.
"Penyakit berbela, begitulah..." Lebai Usuh menjelaskan semasa menuruni tangga untuk balik. Kami juga ikut sama turun ke kereta.
"Lepas ni, macam mana pula ubatnya, aki?" Hajah Saerah serba salah kerana Lebai Usuh tidak menyebut penyakit tersebut.
"Ah, jumpa aje ustaz ni..." katanya terus masuk ke kereta.
Apabila meninggalkan rumah keluarga Cikgu Mizah, saya memerhatikan Lebai Usuh tidak menjamah apa pun makanan yang dihidangkan. Malah dia tidak meminum kopi o yang dihulurkan kepadanya. Tetapi siapa pun tidak berani menegur, setelah. Kadir Misai memberi isyarat supaya jangan bertanya apa-apa.
Ketika di Kuantan pun, dia tidak mahu berhenti di mana-mana. Apabila kami berhenti menunaikan solat isya di sebuah surau tepi jalan, Lebai Usuh sekadar menunggu di kereta.
Kami berhenti di Paya Bungor hampir jam 3 pagi di pondok Lebai Usuh. Dia ,tidak mempelawa kami singgah, ketika turun dari kereta.
"Biar saya suluhkan, aki," Kadir Misai mencapai lampu suluh mengekori Lebai Usuh ke bawah tebing. Bimbang juga dia kalau orang tua itu terseradung kaki akibat sekitarnya gelap tidak kelihatan apa-apa.
Apabila disuluh ke bawah tebing tempat Lebai Usuh turun, tidak kelihatan pun lorong kedil menuju ke pondok. Malah pondok itu pun tidak nampak di tengah kegelapan beiukar.
"Betulkah kita jumpa Lebai Usuh ni?" keluh Kadir Misai semasa masuk sernula ke kereta. Kami meneruskan perjalanan, tidak dapat mengagak apakah sebenarnya di sebalik pertemuan dengan Lebai Usuh itu.