Sunday, December 29, 2013

087. TOK AWANG NGAH - SAKA HANTU TINGGI



 Perkara mimpi memang siapa pun tidak ambil peduli sangat,apa lagi kalau memperbodohkan diri sendiri. Sebab itu Tok Kosim tidak peduli apa-apa tatkala bermimpi terserempak lelaki tua belakang berbonggol menunggu dia di simpang kampung. Tersengih-sengih sahaj lelaki tua berkenaan beritahu dia fasal mahu bertemu tengah malam sebaik sahaja ayam jantan berkokok.
Sewaktu sarapan pagi menjamah rebus pisang mda tengah panas, Tok Kosim bagitahu juga pada isterinya Utih Simih. Berdebar juga  hati Utih Simih apabila diberitahu demikian. Tetapi bukan mudah mahu mahu ingatkan Tok Kosim kerana sikap keras hatinya tidak sesiapa yang boleh menghalang. Tidak pernah dia mahu mengalah kalau sudah membuat keputusan.
Memang menjadi kegemaran dia kalau keluar rumah akan balik sampai santak subuh. Tidak pernah pula Utih Simih bertanya ke mana dia keluar setiap malam. Mudah sahaja Tok Kosim membentak keras kalau Utih Simih membuka mulut. Sebab itu Utih Simih tidak peduli sangat ke mana pun suaminya mahu bertandang sampai jauh malam, asal sahaja dia bangun awal-awal pagi mahu ke kebun.
Kadangkala tahu sangat Utih Simih memang suaminya dijemput orang berdukun ke rumah. Seisi kampung akan datang menemui Tok Kosim sekiranya diganggu sakit sampai terkejang berhari-hari. Manalah Tok Kosim boleh balik cepat ke rumah kalau dijemput hingga ke kampung hilir.
Tetapi kalau dijemput orang pun, Tok Kosim akan menjengah orang menyabung ayam. Mereka yang bersabung ayam akan meminta Tok Kosim semburkan air jampi ke taji biar tangkas menghambur. Siapa sahaja bersabung nescaya akan mengaji pawang masing-masing biar ayam sabung tidak menjadi bacul tengah gelanggang.
"Awak nak bersabung juga?" sengaja Utih Simih menegur tatkala Tok Kosim bersiap- siap untuk turun ke tengah halaman. "Mimpi pun ada masa- nya betul juga," dia menambah ingatkan Tok Kosim fasal mimpinya.
"Ah, sebelum tengah malam, aku baliklah," beritahu Tok Kosim mencepak-cepak bibir terus menuruni tangga.
"Kalau tak payah bersabung malam ni, tak boleh ke?" mendengus juga Utih Simih disebabkan Tok Kosim berdegil mahu juga turun menyabung ayam.
"Ah, awak orang perempuan, apa tahu!" gerutu Tok Kosim apabila ditegah isterinya demikian.
Mendongkol benar hati Utih Simih apabila kenang sikap suaminya berkeras sangat mahu menyabung ayam. Kalau sudah asyik menyabung memang Tok Kosim tidak peduli lagi apa-apa mengenai rumah tangga. Kadangkala anaknya Limah sakit perut tengah malam pun, dia masih belum jejak kaki ke rumah. Terpaksa Utih Simih pupuk sahaja dengan daun sem- bung. Walau takut turun ke hujung halaman mencari daun sembung, dia sapukan minyak tanah sahaja biar kembung perut beransur seruh.
Memang Tok Kosim tidak pedulikan anak isteri di rumah, apabila diajak menyabung ayam tengah malam. Tatkala orang bersabung ayam, Tok Kosim diperlukan sangat menjadi pawang menyeru bisa taji. Kalau tidak berpawang masakan ayam boleh menang bersabung tengah gelanggang.
"Aku kena balik cepat malam ni," bisik Tok Kosim se- waktu kawannya Deraman mula mengepit ayam sabung di bawah ketiak.
"Kalau ayam kita menang, buat apa balik cepat," sahut Deraman mendengus perlahan. Tidak pernah pula Tok Kosim mengalah kalau sudah ikut sama- sama bersabung ayam. Lainlah kalau ayam sabung mereka kalah, memang cepat sahaja ber- undur. Apa lagi mahu ditagan- kan sekiranya ayam sabung moyok menjadi bacul tidak mampu menghambur tinggi.
"Menang atau kalah, aku kena balik cepat!" tegas Tok Kosim tidak mahu berbantah- bantah lagi.
"Utih Simih marah ke?" sengaja Deraman mengusik apa¬bila kawannya tiba-tiba sahaja membuat keputusan demikian.
"Hah, tak kena mengena dengan Simih," ujar Tok Kosim mencebek bibir. Tersinggung juga dia apabila dituduh menu- rutkan sangat kemahuan isteri hingga terpaksa balik cepat.
Ketika mereka sampai di tempat sabung ayam, memang sudah ramai orang berkumpul. Apa lagi yang ditunggu mereka di tengah kampung apabila malam menjelang kalau bukan bersabung ayam. Masing-masing boleh bertagan seberapa perak pun dengan harapan boleh menang berjudi.
Siapa sahaja tahu berjudi sekalipun terpaksa sabungkan ayam' tengah gelanggang. Masing-masing bersorak apabila ayam sabung yang mereka pilih menang di tengah gelanggang. feiarlah ayam yang kalah ter- golek.dengan tembolok terburai ditusuk taji mereka tidak peduli.
Judi ketika itu memang tidak sama dengan judi ketika ini. Tetapi seisi kampung tahu sangat mereka yang berjudi sabung ayam ketika itu memang mereka yang kaya. Siapa berani bertagan kalau'sekadar rpenajak di tengah sawah sahaja* Lainlah Tok Kosim menjadi pawang bersa¬bung, tidak payah bertagan pun dia memang mendapat upah.
Mengeluh pendek Deraman apabila Tok Kosim mahu balik juga setelah ayam sabungnya menang. Dia tidak peduli fasal Deraman mahu terus bertahan setelah dia jampikan bisa taji ayam sabungnya. Biarlah Dera-man cekang mata sampai pagi kalau sudah asyik bersabung akjjbat judi. Memang Deraman hidup matinya bersabung ayam sampai sanggup bergolok bergadai tidak menentu.
Tetapi Tok Kosim juga tidak cam sangat waktu apabila dia balik meninggalkan gelanggang sabung ayam. Manalah dia tahu dinihari menjelang sewaktu dia jejak kaki di simpang kampung. Lagi pun dia peduli sangat mengenai mimpi orang tua bongkok belakang berbonggol yang mahu menemui dia di situ.
Tatkala dia sampai di sim-pang kampung tiba-tiba sahaja Tok Kosim hilang pedoman. Dia tidak nampak lagi lorong balik ke kampung, kerana di depannya tcbing tergendeng tidak,atfk lorong di mana-mana. Ap&bila dia menoleh ke belakang keada- an gelap gelita menutup pan- dangan.
"Huh, nak cari geruh kawan nampaknya!" tersengih-sengih Tok Kosim setelah menyedari dia terperangkap di situ. Saat ini dia tahu alamat dalam mimpinya bukan lagi khayalan. "Kalau nak jumpa, keluarlah!" lantas sahaja Tok Kosim mencabar sesiapa sahaja mahu mengujinya. %
Setelah beberapa minit dia menunggu lelaki dua berbonggol belakang itu tidak juga men- jelma, tidak bertangguh dia menghunus parang di pinggang- nya. Tok Kosim cancangkan mata-parangnya ke tanah terus hentakkan tumitnya tiga kali. Sebaik sahaja dia menyeru: Hai nenek tujuh petala langit, se- tinggi-tinggi sampai ke langit, anak cucu diganggu musuh tarah - sekaligus tebing tergendeng itu terpokah. Dari celah rekahan tebing itulah lelaki tua belakang berbonggol itu keluar dengan menepis-nepis serpihan tanah yang melekat ke tubuhnya.
"Kawan ingat awak tak mahu dalang, Kosim," ujar lelaki itu di tengah samar-samar dini¬hari yang kelam.
"Tak ingin kawan nak jumpa awak tu!" sahut Tok Kosim men- cemik muka sekalipun dia tidak nampak sangat muka lelaki tua berkenaan. "Tapi, awak dah tunggu kawan, apa nak buat," dia mengejek kerana tidak terniat langsung dia mahu menerima ajakan lelaki tua yang menjelma dalam mimpinya itu.
"Awak cakap besar nampak- nya, Kosim," tersinggung juga lelaki tua belakang berbonggoi itu apabila diejek demikian.
"Kalau dada kosong, kawan tak berjaian tengah malam macam ni!" sahut Tok ^Kosim semakin mirah kerana dipalang oleh lelaki tua berkenacffh
"Jangan cakap besar, Kosim!" tersengih-sengih lelaki tua belakang berbonggoi itu mengejeknya.
"Kalau awak nak jual, bila- bila kawan beli!" tegas Tok Kosim tidak mahu mengalah apabila lelaki tua itu berkeras mahu mengujinya.
Apa sangat lelaki bongkok belakang berbonggoi itu kalau bandingkan dengan lembaga tinggi yang pernah hadang jalan dia. Sekonyong-konyong sahaja lembaga tinggi itu tercegat di depannya tatkala dia meranduk kegelapan malam. Semasa Utih Simih hampir sangat mahu bersalin siapa lagi boleh diharap memanggil bidan kalau bukan dia sendiri.
Anaknya Limah masih kecil, sekiranya Limah sudah dewasa pun masakan harap anak perem- puan meranduk kegelapan malam demikian. Biarlah apa pun terjadi dia perlu memanggil bidan biar Utih Simih mudah melahirkan anak. Setelah. Bidan Tiamah sampai keadaan Utih Simih semakin bertambah sakit, tetapi masih juga tidak dapat meneran kuat.
Sebab itu Bidan Tiamah desak dia panggilkan Dukun Mihat di seberang sawah. Dalam saat Utih Simih sukar meneran, tentu tenaga Dukun Mihat diperlukan. Biar Dukun Mihat membakar kemenyan menyeru mambang atau bunian menjelma. Tentu gangguan yang menyekat Utih Simih akan bertempiaran lari sebaik sahaja Dukun Mihat membakar kemenyan.
Tidak bertangguh pula Tok Kosim melompat turun ke tengah halaman. Dia perlu segera ke seberang sawah memanggil Dukun Mihat. Tatkala dia bcr- gegas-gegas meranduk permatang sawah itulah Tok Kosim terpelanting apabila ter- langgar tunggul. Semasa dia mendongalo ke langit, bukan tunggul kayu yang dirempuhnya menyebabkan dia terpelanting.
Tetapi di depannya lembaga tinggi dengan kepalanya cecah ke awan. Tahu sangat Tok Kosim hantu tinggi yang menghadang dia di situ. Marah benar dia di- hadang hantu tinggi semasa bergegas-gegas mahu menjemput Dukun Mihat.
"Hah, keparat kamu nak hadang jalan aku!" gerutunya lantas dia menerkam ke kaki Iembaga tersebut.
Sebaik sahaja dia menerpa, Tok Kosim merasa seolah-olah liu terperosok ke,dalam rumpun padi. Bulu betis lembaga itu panjang hlngga dia terperosok seolah-olah di tengah akar kayu berceranggah. Ketika ini Tok Kosim terasa tubuhnya terangkat tinggi dihayun oleh lembaga tersebut. Sekaligus dia berpaut kuat pada bulu betis hantu tinggi itu sekalipun terasa angin menerobos kuat.
Setiap kali dia memandang ke bawah Tok Kosim nampak laut dan pokok-pokok berbalam- balam disebabkan kaki hantu tinggi melayang ke udara. Hantu itu seolah-olah mahu meIontarkan dia jauh-jauh tatkala berpaut kuat pada bulu betis yang panjang sedepa.
Tujuh kali dihayun oleh hantu tinggi itu kakinya, Tok Kosim tidak juga terpelanting jatuh. Dia tetap berpaut kuat dengan perasaan marah yang memuncak. Memang dia sudah nekad tidak akan melepaskan pautannya.
Disebabkan Tok Kosim tidak tercampak jatuh, hantu tinggi itu turunkan semula Tok Kosim di atas permatang sawah. Semasa dia mahu melompat keluar dari celah belukar bulu betis hantu tinggi berkenaan, air mencurah dari atas laksana hujan lebat. Cepat-cepat Tok Kosim bersembunyi di celah belukar bulu betis, elakkan daripada ditimpa air kencing lembaga tersebut.
"Laknat kamu, nak mandikan aku dengan air kencing kamu ke!" laung Tok Kosim masih berteduh di celah belukar bulu betis yang lebat itu.
"Memang awak berani, Kosim," dia mendengar suara hantu tinggi itu bergaung sayup di udara.
"Aku tak cari musuh, tapi kamu yang sengaja nak cari geruh aku," segera Tok Kosim melompat keluar setelah air mencurah dari atas berhenti serta merta.
"Kawan pun tak nak cari musuh," sahut lembaga tinggi itu seolah-olah kepadanya diselaput awan gelap yang tebal. "Awak ambillah bulu betis kawan tu sehelai, tanda kita bersahabat," dia menyeru Tok Kosim supaya mencabut bulu betisnya sehelai.
Tidak bertangguh Tok Kosim mencabut bulu betis hantu tinggi itu bagaikan lidi ijuk panjang sedepa. Setelah bulu betis hantu tinggi itu disentapnya, sekaligus asap hitam lembaga tinggi itu hilang bersama hembusan angin malam. Bergegas- gegas pula Tok Kosim ke rumah Dukun Mihat. Apabila dia mengajak Dukun Mihat ke rumahnya orang tua itu sekadar tersenyum sahaja.
Dia menyuruh Tok Kosim balik sahaja ke rumah kerana isterinya sudah selamat melahirkan anak. Hairan jugaTok Kosim bagaimana Dukun Mihat tahu mengenai isterinya sudah melahirkan anak, dalam masa dia tidak berganjak ke mana pun. Apabila Dukun Mihat menuduh dia terserempak hantu tinggi di permatang sawah, serba salah juga Tok Kosim mahu berdalih.
Dukun Mihat juga tahu mengenai bulu betis hantu tinggi yang disentap oleh Tok Kosim. Sebab itu dia tidak dapat berbohong, kerana Dukun Mihat seolah-olah tercegat sama di sisinya tatkala hantu tinggi itu menghadang jalan. Lantas sahaja Tok Kosim tunjukkan kepada Dukun Mihat bulu betis hantu tinggi tersebut, sebelum dia berpatah balik ke rumahnya.
"Nanti, kau ajelah jadi dukun gantikan aku!" bisik Dukun Mihat setelah membelek-belek bulu betis macam lidi ijuk panjang sedepa itu.
Memang Tok Kosim tidak tahu apa-apa di sebalik tutur kata Dukun Mihat mengenai desakan dia menyuruh gantikan tempatnya menjadi dukun di tengah kampung. Sebab itu dia terusl sahaja balik ke rumah. Tatkala dia sampai di sisi isterinya, Utih 3 Simih sudah selamat melahirkan : anak lelaki. Tidak pula Bidan Tiamah merungut apabila Tok 3 Kosim lambat sangat balik daripada menjemput Dukun Mihat. |
Beberapa hari selepas kejadian itulah, Dukun Mihat terkejang sakit akibat senak perut. Sengaja dia meminta isterinya jemput Tok Kosim datang jengah ke rumah. Sewaktu Tok Kosim naik ke rumah, tjdak bertangguh dia berjabat tangan lantas berbisik ke telinga. Tok Kosim sekadar mpngangguk-angguk kepala sahaja seolah-olah berjanji menyimpan rahsia baik-baik.
Selepas itulah Dukun Mihat: meninggal dunia setelah Tok Kosim buangkan anak tangga rumah bongsu, atap perabung, sekeping dan lantai juga sekeping. Semasa mayat dibujurkan keluarga Dukun Mihat juga tidak membantah apabila Tok Kosim memukul tiga kali bahagian pusat dengan lidi ijuk sepanjang sedepa. Mereka tidak berani bertanya apa-apa, kerana Dukun Mihat sudah ingatkan mereka jangan membantah apa- apa kalau Tok Kosim lakukan.
Tetapi mereka tahu Tok Kosim sekadar lakukan seperti petua yang ditunjukkan oleh Dukun Mihat. Beberapa kali Dukun Mihat beritahu mereka mengenai Tok Kosim yang , gantikan dia menjadi dukun di tengah kampung. Tentu Dukun Mihat sudah mengetahui siapa R|ahaja akan menggantikan dia menjadi dukun.
Memang Tok Kosim sudah diberitahu oleh Dukun Mihat sebaik sahaja dia tunjukkan bulu betis hantu tinggi tersebut. Sewaktu dia dihadang hantu tinggi memang Dukun Mihat tercegat sama di tengah sawah. Dukun Mihat sudah bersetuju hantu tinggi tersebut mahu berdamping dengan Tok Kosim. Sebab itu Tok Kosim tahu rahsia yang menyelubungi Dukun Mihat Kelama menjadi dukun di tengah kampung.
Tok Kosim sendiri melihat kejadian Dukun Mihat ditimpa pokok kelapa ditebang orang. Belum sempat mereka yang menebang kelapa melaung menyuruh Dukun Mihat berlindung, sekaligus pokok kelapa itu terhumban menerpa ke arahnya. Terjerit kuat mereka yang melibat kejadian itu apabila Dukun Mihat ditimpa keras pokok kelapa ditebang.
Sebaik sahaja batang kelapa itu menghentak kuat, mereka nampak Dukun Mihat menampan tangannya. Batang kelapa ditebang itu tersangkut pada tangan Dukun Mihat tidak terhempas ke bumi. Tersengih- sengih sahaja Dukun Mihat meletakkan batang kelapa tumbang terlanggai pada tangannya yang ditampan ke atas.
Tetapi siapa pun tidak berani bertanya apa-apa. Mereka bimbang akan dijerkah Dukun Mihat. Muka orang tua itu garang dengan misainya berkeluk panjang, memang gerun siapa sahaja bertentang mata dengannya. Perkara batang kelapa tumbang menimpanya tidak memberi bekas, tidak penting sangat kepada mereka. Kalau tidak gagah perkasa masakan Dukun Mihat boleh menjadi dukun di situ.
"Kamu jangan gunakan antan pengemping, kalau memukul sesiapa pun!" Dukun Mihat ingatkan dia setelah menyedari hantu tinggi mendampingi Tok Kosim.
Tok Kosim tidak menyahut. Dia tahu Dukun Mihat sudah sekian lama berdamping dengan hantu tinggi yang menjelma tatkala menghadang jalannya. Apabila hantu tinggi mahu mencari tuan baru, Dukun Mihat sudah dapat mengagak dia tidak boleh bertahan lama. Biarlah Tok Kosim pula jadi tempat berangguh hantu tinggi sampai bila pun.
Sebab itu dia tidak bimbang apa-apa pun sebaik sahaja lembaga orang tua bongkok belakang berbonggol menunggu di simpang kampung. Kalau hantu tinggi dia boleh terkam betisnya, apa sangat dengan puaka lain yang cuba mahu menguji. Tidak siapa pun puaka berani berhadapan dengan hantu tinggi yang menyerbu bersama ribut kencang memukul pohon-pohon pokok hingga tumbang tidak bergalang.
Cepat sahaja Tok Kosim perintahkan isterinya Utih Simih membakar lada kering, garam dan lengkuas kering di dapur sekiranya ribut kencang melanda kampung. Nescaya ribut akan berhenti serta merta sebaik sahaja lada kering, garam dan lengkuas sering itu dibakar hingga baunya menusuk sampai tersedak-sedak..
Memang Tok Kosim tahu petua semasa hantu tinggi melintas menyebabkan sekeliling bergegar seperti dilanda ribut. Hantu tinggi itu merempuh dengan muka mendongak ke langitkerana tidak boleh tunduk- kan kepalanya. Hanya mereka yang menjadi pawang seperti dia atau arwah Dukun Mihat sahaja tahu mengenai asal usul hantu tinggi.
Setelah asal usul hantu tinggi itu disebut di depannya nescaya lembaga hantu tinggi akan lemah terkulai. Dia tidak akan berani berdepan dengan pawang seperti Tok Kosim yang mampu bergayut kukuh pada betisnya. Hah, kenapa lembaga orang tua bongkok belakang berbonggol itu berani mencabar dia dalam saat demikian?
"Kawan tak cari musuh, tapi kalau awalT sengaja nak cari geruh, kawan-tak menolak!" bentak Tok Kosim memijak hulu parang yang tercancang di tanah.
"Awak sebenarnya tak reti mencari kawan," lelaki tua bongkok itu mengejek sehingga nampak berbayang laksana kerbau jantan tengah garang.
"Hah, orang rimba rupanya, awak mahu?" lantas Tok Kosim mencebek bibir setelah mengagak hantu raya menghadang jalannya.
'Kawan nak tolong awak," tu lelaki tua bongkok itu tersengih-sengih.
"Apa yang awak boleh tolong, orang tinggi dah ada jaga kawan,” sahut Tok Kosim tidak harapkan siapa pun membantu sekalipun hantu raya di depanya.
“Ramai sahabat bukanlah untung?" semakin galak lelaki bongkok itu mengejeknya hingga kedengaran kakinya menghentak-hentak ke tanah laksana kerbau jantan mengheret di tengah sawah.
"Awak jangan cuba nak bodohkan kawan, ingat!" terus Tok Kosim melompat menyepak kuat ke dagu lelaki tua bongkok itu.
Belum sempat lelaki tua jkok itu mahu mengelak lantas  dia mencekak tengkuk. Ditekannya ke tanah hingga tertumus muka menyebabkan lelaki tua itu mendengus-dengus laksana kerbau disembelih. Meronta-ronta lelaki tua bongkok itu mahu melawan, tetapi tenaga Tok Kosim lebih gagah sama seperti hantu tinggi yang merempuh seperti ribut menderu.
Dia tidak mahu hantu raya menjelma seperti orang tua bongkok belakang berbonggol itu memaksa dia mematuhi perintahnya. Lainlah kalau dia menyeru supaya datang membantu tatkala membakar kemenyan, memang Tok Kosim bersedia menerima. Ketika ini tentu hantu tinggi akan mengetuai siapa sahaja puaka yang diserunya datang menjelma.
Tetapi jelmaan lelaki tua bongkok itu seolah-olah mahu mendesak dia mematuhi syarat sekiranya mahu bersahabat. Tok Kosim tidak akan menerima siapa pun puaka mahu bersahabat, kalau tidak menjelma bersama hantu tinggi. Sebab itu dia tidak teragak-agak mencekak leher biar hantu raya yang menjelma menjadi orang tua bongkok itu tidak tunjuk keras kepala.
"Kalau awak tak mahu bersahabat tak apa, Kosim!" lelaki tua bongkok itu mendengus minta dilepaskan tengkuknya yang dicekak kuat.
"Kawan tak mahu awak tunjuk pandai, tahu?" bentak Tok Kosim ingatkan jelmaan lelaki tua bongkok itu.
Terketar-ketar lelaki tua bongkok itu menahan kesakitan akibat muka tertumus ke tanah. Setelah lelaki tua bongkok itu mengaku kalah, dia melihat tebing tergendeng menghadang jalannya hilang laksana kabus dirempuh angin. Simpang jalan masuk ke kampung jelas boleh dilalui sete|ah lelaki tua berbong- gol belakang itu Iembik tidak bermaya ditumus muka ke tanah.
Ketika dia balik ke rumah, Utih Simih tersengguk-sengguk membuka pintu. Dia tidak dapat menahan sebak tatkala melihat anaknya Limah terkejang tidak sedarkan diri dengan darah meleleh di mulut bagaikan tertumus ke lantai. Memang Utih Simih tidak tahu mahu berikhtiar dalam saat demikian, kerana anak-anak yang lain masih kecil. Siapa boleh diharapkan mahu meminta bantuan jiran-jiran sekiranya Tok Kosim tidak ada di rumah.
"Dah lama Limah kena macam ni?" keluh Tok Kosim melihat keadaan anaknya terkejang tidak bergerak apa-apa.
"Sejak masuk tengah malam," ujar Utih Simih tersengguk-sengguk menahan rasa sebak yang menusuk.
"Tak apalah, belum tentu geruh siapa lagi!" sahut Tok Kosim menggertap bibir lantas mengambil bulu betis macam lidi ijuk yang diselitnya di bumbung rumah.
Apabila dia mencapai bulu betis hantu tinggi, terkejut benar dia kerana tinggal sejengkal sahaja. Sebahagian lagi sudah rentung macam disambar api. Masa bila pula api menyambar disebabkan ianya terselit tinggi di bumbung atap. Siapa pun tidak perasan apabila diselitkan tinggi di bumbung atap.
Berdebar juga hati Tok Kosim apabila kenang bulu betis hantu tinggi yang sudah terbakar itu. Tentu mala petaka akan menimpanya setelah mendapat tanda dengan keadaan. bulu betis hantu tinggi berkenaan. Manalah tahu geruh menunggu sama ada dirinya atau anaknya Limah.
Kalau geruh menimpa Limah memang dia akan bertahan. Biarlah dirinya menjadi galang ganti kalau sudah tidak dapat dielakkan lagi. Jidak ada sebab dia mesti mengalah, kalau tidak pernah gunakan hantu tinggi melakukan kejahatan. Lainlah kalau hantu raya yang mudah gelap mata apakala melihat harta dunia.
Sebab itu dia tidak mahu berdamping dengan hantu raya kalau berdukun di tengah kampung. Lambat laun hantu raya yang menjelma bagaikan lelaki tua bongkok berbonggol belakang itu akan musnahkan keluarganya juga. Kalau tidak dijamu dengan nasi sekawah serta lembu seekor nescaya anknya akan menjadi mangsa.
Tahu sangat dia fasal bapa saudaranya Itam Kumin yang memlihara hantu raya, memang seisi kampung kagum kalau dia mengheret batang sagu rembia balik ke rumah. Kerbau jantan tengah berang pun mudah sahaja dicekak tanduk sampai binatang itu tidak dapat bergerak langsung.  Memang seisi kampung tahu mengenai Itam Kumin memelihara hantu raya, siapa pun tidak berani jejak kaki masuk ke dusunnya.
Kalau sesiapa gagahi juga mahu meranggah buat rambutan tengah masak ranum dalam dusunnya, nescaya mereka terserempak Itam Kumin terconggok di celah dahan pokok rambutan.  Sudah tentu mereka akan terkemamar sampai rebah pitam tidak sedarkan diri. Terpaksa jemput Itam Kumin juga pulihkan sebelum melarat menjadi nanar tidak menentu.
Sebab itu seisi kampung tidak berani jejak kaki ke halaman rumah Itam Kumin. Buah kelapa jatuh bergolek di hujung halaman pun mereka tidak berani sentuh. Sudah tentu hantu raya peliharaannya akan menjelma sama seperti Itam Kumin terconggok di depan mereka. Asal sahaja mereka melihat kelibat hantu raya menjelma macam Itam Kumin sudah tentu mereka akan pengsan tidak sedarkan diri.
"Hah, hantu raya nak cari geruh aku!" gerutu Tok Kosim apabila melihat bulu betis hantu tinggi yang disimpannya terbakar hingga kontot tinggal sejengkal.
Dia tahu hantu tinggi tidak akan ganggu sesiapa pun, kalau tidak dicabar atau melanggar pantang larangnya. Hantu tinggi juga tidak akan menyusup masuk ke dalam rumah sama seperti hantu raya yang boleh mencuri emas atau duit dalam simpanan. Selama dia gunakan hantu tinggi semasa berdukun, Tok Kosim tahu memang tidak pernah hantu tinggi ganggu sesiapa pun. Lainlah kalau mereka sengaja bercakap angkuh mahu tengadah muka.

"Saya dah cakap jangan keluar malam," rungut Utih Simih marahi dia kerana ber- degil mahu bersabung ayam setelah diganggu mimpi mengenai lelaki tua bongkok mahu menemui dia di persimpangan kampung. "Tapi, awak keluar juga mencari geruh!" kesal benar Utih Simih dengan kejadian yang menimpa Limah.
"Tak apa, biar hantu raya ni tunjuk keras kepalanya!" semakin marah Tok Kosim dengan gangguan yang menimpa anaknya itu.
"Jenis hantu mana pun, memang tak boleh dibuat baik," Utih Simih tidak mahu suaminya pertahankan sangat hantu tinggi yang selama ini digunakan untuk berdukun. Manalah suami nya tahu hantu tinggi tidak ganggu keluarga mereka. Kalau benar tidak ganggu kenapa hantu tinggi tidak pertahankan Limah daripada diganggu hantu raya dalam masa Tok Kosim tidak ada di rumah.
"Hantu tinggi tak mengusik orang," sahut Tok Kosim tetap pertahankan hantu peliharaannya disebabkan dia tahu asal usul jelmaan tersebut.
"Mana awak tahu dia tak mengusik?" ujar Utih Simih gelisah dengan keadaan Limah masih terkejang tidak bergerak- gerak badan.
"Kalau tak pukulkan antan pengemping. hantu tinggi takkan mengusik!" Tok Kosim ingatkan isterinya mengenai pantang larang semasa dia berdukun.
Terdiam Utih Simih apabila kenang anaknya Limah merentap antan pengemping di celah gelegar rumah tatkala ular tedung hitam berlingkar di bawah lesung. Terkejut Limah disebabkan ular tedung senduk berwarna hitam berkilat itu tidak berganjak sebaik sahaja terserempak.
Tidak sempat dia mencapai buluh pengampai kain mahu mcnghembat ular tedung berkenaan. Sebab itu tidak bertangguh dia sentap antan pengemping di celah gelegar. Sekali hembat sahaja kepala ular tedung itu remuk tldak bersisa. Badannya sahaja berbelit-belit dengan kepala tidak boleh diangkat lagi setelah remuk dihentak Limah dengan antan pengemping.
Sengaja Utih Simih tidak beritahu suaminya mengenai Limah menghambat kepala ular tedung senduk dengan antan pengemping. Tentu Tok Kosim membentak marah kalau keluarganya gunakan antan pengemping memukul apa pun semata-mata lepaskan geram. Bayang antan pengemping itu memang mendebarkan hati hantu tinggi seolah-olah lembing Malim Kerimun dilontarkan ke arahnya.
Manalah Utih Simih tahu mengenai Malim Kerimun mencari nyahnya yang hilang di hutan semasa memburu rusa putih semata-mata disebabkan isterinya mengidam sangat mahu menjamah daging rusa putih. |Setelah berpuluh-puluh ekor rusa dibunuh tidak satu pun berwarna putih, menyebabkan Malim Tinggi terperangkap di tengah rimba. Dia disumpah menjadi hantu tinggi disebabkan tidak dapat hidupkan semula rusa-rusa yang sudah dibunuh. Memang Malim Tinggi sendiri tidak dapat menemui anaknya Malim Kerimun lahir setelah meninggalkan rumah berburu ke hutan.
Setelah Malim Kerimun dewasa barulah dia masuk ke hutan mencari ayahnya yang hilang. Tetapi dia sekadar menemui jelmaan ayahnya yang telah disumpah menjadi hantu linggi hingga berjalan mendongak ke langit. Sebab itu ayahnya Malim Tinggi ingatkan dia jangan gunakan antan pengemping yang boleh mematahkan tulang kentingnya.
Memang Tok Kosim tidak perlu beritahu rahsia Malim Tinggi dan Malim Kerimun itu kepada isterinya. Mereka yang tidak memahami kejadian masa lalu, memang tidak patut tahu apa-apa mengenai rahsia tersebut. Lagi pun mereka yang sengaja mahu mencari rahsia hantu tinggi dengan tidak mendekati hantu tinggi itu nescaya akan jadi tidak siuman.
Sebab itu dia tidak mahu beritahu apa-apa mengenai hantu tinggi kepada isterinya. Apabila diberitahu oleh Utih Simih mengenai anaknya Limah memukul kepala ular tedung senduk dengan antan pengemping, cepat-cepat Tok Kosim mem- belek-belek muka Limah. Darah yang meleleh di mulut Limah seakan-akan kepala ular tedung senduk remuk dihentak dengan antan pengemping.
Setelah membakar kemen-yan, Tok Kosim yakin dapat memulihkan anaknya. Dia mengisar tapak tangan lantas mengusap-usap muka tiga kali. Kemudian dihembus ubun-ubun Limah tiga kali dengan meng-genggam erat dua tangannya. Apabila asap kemenyan berlabun memenuhi tengah rumah, Tok Kosim mula menyeru:
Hai, saudaraku yang berempat, berlima dengan aku, Tok Ketayan Bumi di kananku, Tok Ketayan Langit di kiriku, Tok Ketayan Laut di depanku, Tok Ketayan Angin di belakangku, engkau jaga pelihara aku, engkau jaga pelihara anakku Limah.
Habis sahaja dia menyeru Utih Simih terasa ribut kencang di luar memukul pokok-pokok kayu di keliling rumah. Serentak dengan itu hujan juga turun lebat mendesah-desah menimpa atap. Bulu betis hantu ting'gi tinggal sejengkal itu juga diasap oleh Tok Kosim dengan kemenyan, hingga bulu roma Tok Kosim memercik darah laksana peluh merenik-renik.
Kemudian sayup di udara Utih Simih terdengar bunyi orang mendehem batuk beberapa kali. Tetapi Tok Kosim sekadar menunduk sahaja dengan mata terpejam. Dia sekadar memberi isyarat supaya Utih Simih terus membakar kemenyan biar asap-nya jangan hilang.
"Macam mana anak kawan ni, Tok Malim Kerimun?" Tok Kosim merungut seolah-olah Malim Kerimun tercegat di depannya sekalipun Utih Simih melihat tidak sesiapa pun dilawan bercakap oleh Tok Kosim.
Memang siapa pun tidak menyahut, tetapi Tok Kosim tersenyum dengan mengangguk- angguk kcpala. Dia seolah-olah mendengar bisikan Malim Kerimun dalam masa ribut masih kencang di luar. Beberapa kali Tok Kosim mengisar tapak tangan seolah-olah menunggu petua yang ditunjukkan oleh Malim Kerimun.
"Limau tujuh jenis, bunga tujuh warna, daun sepulih dan daun setawar," tutur Tok Kosim memberi isyarat supaya Utih Simih ingatkan bahan yang diperlukan itu. Tahu sangat Utih Simih apabila Malim Kerimun tidak ada lagi di sisinya nescaya Tok Kosim tidak tahu apa-apa pun mengenai bahan ubat yang disebutkanya sendiri.
Darah meniercik seperti peluh di ceiah bulu roma Tok Kosim serta merta kering sebaik sahaja ribut kencang berhenti. Hujan juga tidak lagi mendesah mencurah turun menimpa atap. Ketika ini Limah mula membuka mata menggeliat-geliat lesu memanggil emaknya.
Tok Kosim tidak bertanya apa-apa. Dia tahu bahan ubat yang disebutnya itu perlu langirkan ke kepala Limah sebelum matahari naik sepenggalah. Hampas limau berkenaan mesti dihanyutkan ke tengah arus sungai. Memang Tok Kosim sudah tahu petua yang mesti dilakukan biar anaknya pulih semula. Dia tidak perlu memberitahu isterinya mengenai gangguan yang menimpa Limah, sekalipun Utih Simih menuduh anaknya melanggar pantang larang memukul ular tedung senduk dengan antan pengemping.
Memang jauh di lipatan hatinya Tok Kosim berdendam dcngan lembaga lelaki tua bongkok dengan belakang berbonggol yang menghadang jalannya di simpang kampung. Lantas sahaja dia menuduh hantu raya mahu perdayakan dia biar mematuhi kemahuannya gunakan puaka rimba itu.
Tetapi Tok Kosim, tidak akan mengalah. Hantu raya mudah mengganggu jiran kalau tidak dijaga cukup. Manalah dia mampu mengawal sekiranya hantu raya menjelma seperti dirinya sendiri. Tentu seisi kampung akan mengutuk dia sama seperti dialami Itam Kumin apabila hantu raya bertukar menjadi pelesit yang merasuk.
"Aku tak mahu lagi bersabung ayam!" ujar Tok Kosim apabila didesak oleh Deraman turun semula ke gelanggang sabung.
"Ah, takkan tok pawang mudah mengalah," usik Deraman setelah diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Limah.
"Tok pawang tak mengalah, tapi yang mengalah Kosim," jelas Tok Kosim tidak mahu lagi dipujuk.
"Dia tak mahu keluar malam lagi," sahut Utih Simih pula kerana menyedari suaminya tidak pernah lagi keluar malam, setelah dihadang lembaga lelaki tua bongkok belakang ber-bonggol itu.
Tetapi Tok Kosim sengaja rahsiakan fasal bulu betis hantu tinggi tinggal sejengkal apabila dia mencapainya di celah perabung atap. Memang Dukun Mihat sendiri sudah ingatkan dia sekiranya bulu betis itu hilang bermakna ajalnya sudah hampir menjelang.
Beberapa kali dia merungut dalam kegelisahan, tetapi Utih Simih memujuknya. Utih Simih ingatkan dia mengenai ajal maut dan jodoh pertemuan hanya ditentukan oleh Allah. Siapa pun tidak tahu mengenai perkara yang ditentukan oleh Allah semata-mata. Hanya beberapa bulan selepas Limah terkejang sakit itulah, Tok Kosim diganggu sesak nafas. Tiga hari dia menderita sesak nafas, Tok Kosim meninggal dunia dengan bulu romanya merenik-renik darah.
Apabila kenang kejadian yang menimpa Tok Kosim itu memang bimbang juga Anjang Sahir, sekalipun dia sekadar keturunan sahaja dari pawang berkenaan. Memang dia tahu keturunannya dari Tok Kosim yang menjadi pawang besar sejak bertahun-tahun. Sekalipun sudah lima enam keturunan, manalah tahu saka hantu tinggi itu masih lagi menjelma di mana-mana.
"Memang saya ni keturunan Pawang Tok Kosim, ustaz," beritahu Anjang Sahar sebaik sahaja saya tanyakan mengenai tanah kampung peninggalan arwah neneknya. "Tapi, saya tahu mahu ambil saka peninggalan dia!" ujarnya kerana bimbang diganggu hantu tinggi yang mahu mencari tuan.
Arwah neneknya berkeras tidak akan menjual tanah pesaka peninggalan Tok Kosim semata-mata takutkan saka hantu tinggi akan merasuk keturunan. Neneknya Uda Lijah memang cucu Limah anak Tok Kosim, namun dia yakin saka hantu tinggi Tok Kosim tidak akan mengganggu.
Sejak turun temurun Uda Lijah diberitahu mengenai bulu betis hantu tinggi itu hilang setelah tinggal sejengkal sahaja disimpan oleh Tok Kosim. Lain- lah bulu betis itu tinggal jadi pesaka disimpan urun temurun, tentulah saka hantu tinggi itu mencari tuan. Tahu sangat Uda Lijah neneknya Limah mengakui apabila ayahnya Tok Kosim meninggal dunia, hantu tinggi itu tidaklah tinggal bersama keluarnya
Tok Kosim juga ingatkan , isterinya Utih Simih supaya jauhkan dari hantu raya, yang akan merasuk keturunannya apabila mereka meninggal dunia. Sebab itu Anjang Sahar bimbang juga sekiranya hantu tinggi itu menjadi saka yang mengancam keturunannya. Setelah neneknya Uda Lijah meninggal dunia, tidak bertangguh dia jualkan sahaja tanah pesaka. berkenaan kepada Latip Sogek.
Semenjak dirikan rumah di atas tapak tanah pesaka yang dibeli dari Anjang Sahar itulah Latip Sogek merasakan rezekinya seolah-olah tertutup. Hasil kebun kelapanya semakin merosot. Anak-anaknya juga silih berganti diganggu sakit tidak menentu hingga dia merasa tidak tenteram.
Semasa Ustaz Salam datang ke rumah saya bersama Latip Sogek, saya sendiri tidak menyangka masalah demikian menekan perasaannya. Tetapi apabila dia beritahu mengenai hasil kebun kelapanya selama ini kian merosot, kebimbangannya bukan disebabkan peraih tidak membayar wang mengikut jadualnya, tetapi disebabkan tapak rumah yang dibeli dari Anjang Sahar.
Mudah sahaja Anjang Sahar jualkan tanah pesaka berkenaan dengan harga terlalu murah. Dia sendiri tidak sanggup mahu membersihkan kawasan tanah berkenaan yang banyak ditumbuhi durian dan rambutan. Disebabkan Latip Sogek beritahu tanah tersebut kepunyaan waris Anjang Sahar, sengaja saya mengajak mereka menemui itu.
"Jadi, Anjang Sahar jual kerana saka hantu tinggi?" kesal juga Latip Sogek disebabkan tidak usul periksa membeli tapak tanah mendirikan rumahnya itu. Kalau mahu dirobohkan rumah berkenaan tentulah dia sudah semakin rugi.
Terkebil-kebil mata Anjang Sahar. Memang dia bersalah tidak beritahu Latip Sogek mengenai tanah peninggalan Tok Kosim itu. Kalau dia beritahu tentu siapa pun tidak berani membeli sekalipun dengan harga murah. Tanah pesaka memang meninggalkan saka kalau tidak berhati-hati memilikinya.
"Tok Kosim dulu memang memelihara hantu tinggi," jelas Anjang Sahar setelah didesak oleh Ustaz Salam.
"Hantu tinggi tu yang menutup pintu rezeki saya!" keluh Latip Sogek kerana terasa sangat perihnya dia menanggung kesusahan mata pencarian semenjak membeli tanah pesaka peninggalan arwah Uda Lijah.
"Rezeki ditentukan oleh Allah, Latip," lantas Ustaz Salam ingatkan dia disebabkan Latip Sogek tidak dapat mengawal perasaannya. "Tok Kosim dah lama meninggal dunia, tak baik kita ungkit-ungkit," ujarnya perlahan kerana menyedari Latip Sogek kesal benar membeli tanah tersebut.
"Saya cuma nak tahu mengenai tanah yang dibeli oleh Latip, itu aje," segera saya mencelah apabila Latip Sogek terkilan sangat dengan Anjang Sahar sengaja jualkan tanah pesakanya semata-mata mahu elakkan diri diganggu saka hantu tinggi Tok Kosim.
"Kalau saya tahu tanah lu saka, saya tak akan beli, ustaz!" gerutu Latip Sogek masih tidak dapat menahan perasaan kesal yang mendongkol.
Tiba-tiba sahaja Latip Sogek merentap-rentap rambutnya apabila saya bacakan perlahan:
Huwal haiyu la-ilaha illa huwa fad-'uhu mukhlisina lahuddin, alhamdulillahhi rabbil 'alamin.
Dia juga terketar-ketar apabila  saya ulangi membaca doa itu diikuti dengan 11 kali surah al-Ikhlas.