Monday, March 5, 2018

269. ORANG BERKEPALA BESAR DI ATAP SERAMBI


Sudah dua hari Razak di katakan menjemput Tok Aji, tetapi tidak ada khabar berita. Sepatutnya dia pergi hanya semalam saja. Petang Selasa dia pergi sepatutnya tengahari Rabu sudah balik semula. Tetapi sehingga hari Khamis dia tidak juga balik. Saridah sudah mula gelisah mengenai Razak yang tidak balik.
Apa lagi keadaan emaknya Utih Mun masih belum pulih lagi. Walaupun Utih Mun sudah mula bangun dan mandi ke telaga, tetapi bukan boleh percaya sangat. Pak Jubin sendiri mengakui bahawa kadang kala gangguan bajang ini memang mangsanya kelihatan sudah sembuh betul, sebaliknya dia masih merasuk lagi. Bila-bila saja bajang boleh merasuk semula.
Bagaimanapun dia, tidak akan mengulangi mangsanya kalau sudah dapat disembuhkan. Sekiranya dia merasuk juga itulah tandanya sudah geruh. Mangsanya tidak akan dapat diselamatkan lagi.
 Sebab itulah Pak Jubin bimbang kalau bajang berkenaan merasuk Saridah, Alang Jono, Delit atau Mak Jidah. Kalau merasuk Usup Gendut pun menjadi sukar Pak Jubin hendak bertahan. Tetapi dia masih berupaya pertahankan Utih Mun yang sedang sakit. Sejak dua hari Razak tidak pulang-pulang menjemput Tok Aji, memang Pak Jubin mengawasi rumah Mat Kidam.
Asal apa saja berlaku ke atas Utih Mun, Mat Kidam dikehendaki segara menjemput dia dan Lebai Cot. Segala pesan Pak Jubin itu sudah diingatkan betul-betul oleh Mat Kidam. Saridah juga ingat betul-betul pesan Pak Jubin.
Bimbang juga dia bila Razak tidak balik-balik lagi. Mungkin Razak juga dihalang oleh bajang peliharaan itu supaya lambat balik ke kampung. Atau Razak sudah dipintasnya di pertengahan jalan. Tetapi bila kenang Razak pergi menaiki bas, hatinya lega semula. Lainlah kalau Razak menunggang motorsikal seperti Delit menyemput ayahnya Mat Natar.
Mana tahu rnotorsikal yang ditunggang Razak terbabas hingga terjunam ke dalam gaung. Siapa pun tidak tahu ke mana Razak, sekiranya ditolakkan oleh bajang Iaknat itu ke dalam gaung di tubir jalan.
Malah dia semakin kecut sekiranya bajang yang mengancam kampung mereka akan menjelma seperti rupa Razak. Dia akan dikelirukan oleh bajang itu apabila disangkanya Razak yang pulang. Bila kenangkan  hal-hal demikian, hati Saridah mula rusuh. Memang siapa saja sudah menjadi mangsa bajang, sudah diberi tangkal oleh Pak Jubin. Kain kuning dua jari dililitkan ke lengan supaya bajang itu tidak mengganggu lagi. Bukan sekadar Saridah, Alang Jono Delit, Usup Gendut dan Mak Jidah saja sudah memakai kain kuning selebar dua jari yang ditangkal oleh Pak Jubin. MaIah seisi kampung diperintahkan oleh Pak Jubin memakainya. Mat Kidam seisi rumah, Bedah seisi rumah, Alang Jono seisi rumah, semuanya melilitkan kain kuning dua jari itu ke lengan. Cuma Lebai Cot dan isterinya Siah saja tidak memakainya. Pak Jubin pula tidaklah hiraukan sangat sama ada Lebai Cot mahu memakainya atau tidak. Dia tahu Lebai Cot boleh mempertahankan diri sendiri.
Tidak menjadi tujuan Pak Jubin memaksa sesiapa pun menggunakan tangkalnya. Kalau mereka. boleh pertahankan diri seperti Lebai Cot, tidak perlu memakai tangkal pun tidak mengapa. Pak Jubin cuma mahu menolong saja. Dia tidak rela ada sesiapa di kampungnya menerima geruh dari gangguan bajang itu.
Boleh jadi bajang berkenaan bukannya dari kampung tersebut. Mana tahu dia datang dari karripung lain. Sebab itulah sukarnya sangat mahu dihapuskan. Sudah ditawan dan dibuangkan ke hutan pun, dia masih juga mengganggu. Sudah dicabutkan kepalanya oleh Lebai Cot, dia masih juga tidak mengalah. Hinggakan Pak Jubin sendiri tidak tahu apa perlu dibuat lagi.
"Abang Razak dah balik, kak Dah" beritahu Leha sebaik saja menaiki tangga.
"Kenapa dia tak ke marl?" soal Mat Kidam bertenggong di hujung serambi.
Leha geleng kepala. Saridah yang baru saja menampi-nampi beras dalam dulang merasa lega bila diberitahu Razak sudah balik. Petang Khamis baru Razak balik semula. Tentulah Razak membawa perkhabaran balk.
"Ada Tok Aji yang dikatakannya datang sama?" Mat Kidam tidak sabar lagi mahu mendengar dari mulut Leha. Memang dia menyuruh Leha ke rumah Saridah mengurungkan ayam itik ke dalam reban, sementara Saridah membantu emaknya yang masih sakit.
Leha geleng kepaIa.
"Hai, tak datang juga orang yang dijemput" keluh Mat Kidam rnemerhati cucunya Mat Jan bermain lompat galah di tengah halaman. Berpeluh-peluh Mat Jan melompat-lompat seorang diri. Usin Biduk pula hanya tercangkung di anak tangga bawah memerhati Mat Jan.
Biarlah budak itu bermain seorang diri. Tidak perlu diganggu sangat. Lagi pun dia tahu perangai Mat Jan yang mudah naik angin kaiau kalah dalam permainan. Dia akan mendengus tidak puas hati sekiranya kalah.. Sebab itulah Usin Biduk tidak mahu mengganggu Mat Jan bermain.
"Kau panggillah Razak tu, suruh ke marl Sin  " Mat Kidam menjongolkan .kepala dari tingkap memerhatikan Usin Biduk tercangkung . di anak tangga bawah.
"Buat apa dijemput" Leha cepat-cepat mencelah. "Dia tahu Kak Dah di sini, kejap lagi datangiah dia" ujarnya terns masuk ke dapur.
"Hai, dah petang ni. Eloklah kau tengokkan Sin" desak Mat Kidam. Dia mahu segera bertemu dengan Razak. Setidak-tidaknya dia mahu mendengar dari mulut Razak sendiri mengapa Tok Aji tidak datang.
Usin Biduk bangun menggeliat-geliat. Dia bersetuju juga dengan adiknya Leha, tidak perlu dijemput abang iparnya Razak. Mungkin sebentar lagi dia akan datang juga setelah diketahuinya Saridah ada di situ. Tentu Razak juga perIu memberitahu ayahnya mengenai Tok Aji yang tidak dapat datang bersama.
Tetapi dia tidak boleh membantah perintah ayahnya. Kalau ayahnya sudah mendesak Usin Biduk terpaksa juga beriari ke rumah kakaknya Saridah. Dia mesti beritahu abang iparnya fasal ayahnya menyuruh segera datang.
"Pergilah cepat tu . . . " Mat Kidam mendengus bila dilihatnya Usin Biduk juga rnenggeliat-geliat. "Singgah dulu rumah pak lang kau ." dia mengingatkan sebaik saja Usin Biduk berjalan melintasi halaman.
Tidak bertangguh lagi Usin Biduk terus menuju ke rumah kakaknya. Anak bujang tengah naik badan itu memang tahan lasak. Kemana saja disuruh ayahnya dia tidak akan menolak. Malah kalau Atang Jono mengajak ke hutan cari manau pun dia sanggup. Razak mengajak cari petai pun dia tidak akan mengelak. Dia sendiri sanggup memanjat petal tinggi menjulang pun.
Sampai di tengah halaman rumah cepat-cepat dia melaung abang iparnya Razak. Siapa pun tidak menyahut sekalipun pintu hadapan terbuka. Tingkap-tingkap juga terbuka.
Ayam dan itik juga masih bertempiaran di tengah halaman masih tidak direbankan. Mungkin Razak menyuruh Leha balik ke rumah memberitahu Saridah akan kepulangannya. Razak sendiri akan merebankan ayam dan itik yang bertempiaran. Lagi pun hari masih siang lagi. Tidak perlu ayam dan itik itu cepat-cepat direbankan.
Boleh jadi Raiak terus ke rumah Pak Jubin memberitahu fasal Tok Aji yang tidak dapat datang. Puas Usin Biduk memanggil abang iparnya tidak juga menyahut, die pun berpatah balik ke rumah. Tetapi bila kenang ayahnya akan merungut kalau tidak tunggu sampai bertemu Razak, dia bercadang terus saja ke rumah Pak Jubin.
Lagi pun rumah Pak Jubin bukanlah jauh sangat. Lepas saja belukar senduduk di kebun getah tua di baruh, nampaklah rumah Pak Jubin. Kalau dilaung pun boleh didengar dengan jelas. Mereka di kampung bukannya tinggal berjauhan. Kelompok kampung kecii itu mereka tinggal berdekatan hanya bersempadan tanah saja.
Sebaik saja Usin Biduk mahu berpusing patah ke belakang dia mendengar Leha memanggilnya. Leha berdiri di tingkap menggosok-gosok mata seolah-olah bangun dari tidur.
"Kau cari siapa?" soal Leha keheranan.
 Berdebar hati Usin Biduk bila melihat Leha tercegat di tingkap. Dia jadi serba salah mahu mempercayai sama ada benar Leha adik nya yang tercegat di situ. Pada hal dia nampak Leha naik ke rumah melintas di depannya semasa memanjat tangga.
Cepat-cepat dia membaca Ayatul Kursi seperti dinasihatkan oleh Lebai Cot. Mujurlah dalam saat demikian dia masih dapat mengingatkan pesanan Lebai Cot itu.
"Kau cari apa, bang Usin?" Leha tambah heran dengan sikap Usin Biduk bagaikan orang ketakutan.
"Bila kau datang?" soal Usin Biduk keras.  
"Lepas makan tengahari tadi  ." beritahu Leha tenang.
"Bukankah dah balik kejap ni tadi?"  Usin Biduk kembali mara ke halaman.
"Kau gila" Leha tersengih-sengih. "Aku baring-baring aje. Kejap lagi baru aku nak rebankan ayam itik Kak Dah tu  " jelasnya masih tercegat berdiri di tingkap.
"Abang Razak mana?" Usin mula cemas dengan peristiwa yang sedang dihadapinya.
"Abang Razak bukankah belum balik  " beritahu Leha keheranan.
Usin Biduk tidak berkata apa. Dia terus berlari balik sekencang-kencangnya. Masakan Leha boleh ada di rumah Razak, pada hal baru saja dia balik ke rumah. Usin Biduk mahu pastikan sama ada benar Leha yang balik memberitahu mengenai Razak sudah balik. Kalau bukan Leha yang balik sudah tentulah Leha yang masih berada di rumah Razak.'
Tidak sempat naik ke rumah Usin Biduk tersungkur di tengah halaman. Terjerit-jerit Mat Jan memanggil datuknya Mat Kidam Qepat-cepat pula Mat Kidam menerpa ke halaman sambil memanggit Saridah dan Leha. Tercengang juga Saridah kerana .Leha sudah tidak ada di atas rumah. Pada hal semasa Leha .ke dapur memang tidak kelihatan dia turun semula.
Cepat-cepat dia membantu ayahnya memapah Usin Biduk naik  ke rumah. Utin Mun yang masih lemah itu pun. turut. sama-sama membantu.
"Kenapa Usin ni....?" tanya Utih Mun cemas.
Usin Biduk menuding-nuding ke atap dalam ketakutan. Dia dibaringkan di hujung serambi terlentang merungut-rungut tidak tentu biji butir. Tidak lama kemudian baru tah Leha sampai tercungap-cungap di tengah halaman.
"Ke mana kau tadi Leha?" soal Mat Kidam keras.
"Rumah Kak Dah  " sahutnya heran dengan kejadian yang menimpa Usin Biduk.
"Bukankah kau yang balik tadi?" Mat Kidam mula mengesyaki sesuatu yang tidak balk telah berlaku..
"Tidak beritahu Leha perlahan.
"Kau yang cakap Razak dah balik?" Mat Kidam menggertap bibir.
"Tidak “ katanya bertambah gelisah.
"Aku ada di rumah Kak Dah sejak tadi. Abang Usin yang datang tanyakan abang Razak. Aku tak tau abang Razak balik ke belum" jelasnya cemas.
"Sahlah “ rungut. Utih Mun. "Ini kerja orang tu laaa. Apa lagi panggilkan Pak Jubin cepat" dia berpaling pada Leha yang masih tercegat di muka pintu..
Mat Kidam serba salah juga bila melihat Leha tercegat di muka pintu. Mana tahu yang tercegat di situ bukan Leha juga. Kalau diharapkan Leha memanggil Pak Jubin sudah tentu dukun itu, tidak akan menjengahkan muka. Bajang yang menjelma merupai Leha itu tidak akan pergi memanggil Pak Jubin.
"Kau siapkan kelengkapan ubat, Leha" perintah Mat Kidam masih ragu-ragu. "Biar aku yang panggilkan Jubin" tegasnya bergegas-gegas menerpa ke tengah halaman,
Sehingga senja Pak Jubin masih belum dapat memulihkan Usin Biduk yang terlentang di hujung. serambi. Sekejap Usin Biduk diam bercakap apa-apa, sekejap dia merungut-rungut tidak tentu biji butir. Sekali sekala dia menuding ke atap memekik-mekik ketakutan.
"Marna Leha, mana Razak ?" Usin Biduk terkinjal kinjal menghempas diri.
"Leha ada di sini" beritahu Saridah memegang lunjur kakinya. "Abang Razak kau belum balik lagi" jelasnya • tersengguk-sengguk juga melihat adiknya menggelupur.
 "Itu bukan Leha" pekik Usin Biduk masih ketakutan.
 "Jangan merepekl*" jerkah Pak Jubin mengisar-ngi-sar kemenyan dengan jarinya. Asap kemenyan merabun-rabun naik hingga baunya memenuhi serambi rumah.
"Itu bukan Leha tu. Cuba kau buka mata tengok" dia menuding ke arah Leha yang bertimpuh di hulu kepalanya.
Usin Biduk merungut-rungut  semula sambil menuding jari ke atas rumah. Dia memekik-mekik ketakutan. Kelakuan Usin Biduk tidak sama dengan kelakuan. Saridah, Delit, Alang Jano dan Utih Mun tatkala dirasuk. Dia hanya memekik-mekik ketakutan, bukan ketawa mengejek-ngejek Pak Jubin.
"Macam-macam cara setan ni nak permainkan kita" Lebai. Cot tersengih-sengih di pangkal serambi. Dia biarkah saja Pak Jubin mengubati Usin Biduk.
Sejak tengkorak menjelrna dalarn geluk air, Lebai Cot sudah menduga bahawa tuan bajang berkenaan, bukan saja menggunakan bajang peliharaannya, tetapi juga memuja tengkorak. Dia percaya kuasa tengkorak yang dipuja itu sudah musnah. Sebab itulah dia mengguna kan cara pernujaan lain pula untuk mengancam Pak Jubin dan orang-orang kampung yang meminta pertolongannya selama ini.
Tujuannya semata-mata supaya orang-orang kampung membenci Pak Jubin. Apabila Pak Jubin sudah dibenci, nescaya orang-orang kampung akan mencari dukun yang lain kalau diganggu. Sudah tentulah akan memanggilnya pula untuk menjadi dukun. Tetapi itu hanya ramalan saja, boleh jadi ada tujuan lain di sebalik itu Lebai Cot pun tidak tahu.
"Subhanallah..." keluh Lebai Cot perlahan.
Heran juga dia mengapa Razak tidak balik lagi setelah dua hari menjemput Tok Aji. Masakan bajang berkenaan sudah memintas Razak sehingga dia terhalang untuk menemui Tok Aji. Sekiranya tidak dapat menemui Tok Aji, apalah salahnya Razak balik saja memberitahu mengenai Tok Aji tidak dapat ditemui.
Bukanlah bermakna Tok Aji tidak datang dia gelabah tidak menentu. Dia pun bukanlah mengharapkan pertolongan Tok Aji sangat, tetapi semata-mata untuk menjaga hati penduduk-penduduk kampung saja. Kalau dia menunjuk-nunjukkan diri sangat mahu mengubati orang yang sakit, sudah tentu ada yang menuduhnya macam mahu menunjukkan pandai pada Pak Jubin.
Tetapi bila Pak Jubin sendiri hampir berputus asa hingga mahu menjemput Mat Natar, dia pun cadangkan memanggil Tok Aji sekiranya Mat Natar tidak dapat datang. Sekiranya dia menunjukkan Tok Aji, tidaklah orang karnpung terkilan sangat mengenepikan Pak Jubin. Tentulah orang luar lebih berkeupayaan yang hendak dipanggil bagi mengatasi masalah mereka. Kalau sekadar sama saja dengan Pak Jubin, lebih baiklah serahkan saja pada Pak Jubin.
Bagaimanapun orang-orang kampung sudah. mengharapkan Tok Aji, sama seperti Pak Jubin sendiri mengharapkan pertolongan Tok Aji. Mahu juga dia nasihatkan orang-orang kampung supaya tidak berharap sangat pertolongan Tok Aji, tetapi bimbang pula dituduh rnemandai-mandai. Mahu tidak mahu terpaksalah Lebai Cot melihat saja apa yang berlaku seterusnya.
Dia akan datang membantu sekiranya Pak Jubin menggamit. Kalau tidak, dia hanya memerhatikan saja clari jauh.
"Tut tut tut tut" Usin Biduk duduk lantas membedek tangan seperti memanggul senapang. Kemudian dia menembak sambil mulutnya becok bagaikan bunyi senapang meletup.
"Kau tembak apa?" soal Alang Jono memegang lututnya.
"Tembak setan, tembak setan kepala besar!" sahut Usin Biduk menggayakan tangannya bagaikan membedek mangsa dengan senapang.
"Aku panggil Lebai Cot ke sini, kau tembak dia ye" Pak Jubin mengeraskan suara.
"His, mana boleh. Dia to kebal, tak lut ditembak" kata Usin Biduk tersengih-sengih.
"Kau takut pada Lebai Cot ni …” kata. Pak Jubin lagi meacam mengejek untuk menyakitkan hatinya.
Usin Biduk terdiam. Dia menggeliat-geliat bagaikan bayi kecil tidak berbedung. Lama dia menggeliat-geliat, dia memekik-mekik lagi meminta tolong.
 "Siapa nak tolong kau, kau setan!" bentak Pak Jubin.
"Itu setan, itu setan kepala besar" Usin Biduk menuding ke atap bagaikan menunjal-nunjal angin dengan telunjuknya. Matanya liar dalam ketakutan diancam musuh.
"Lebal Cot, ke marl laaa" Pak Jubin lantas menggamit Lebai Cot. Dia tahu hanya Lebal Cot boleh diharap.Pak Jubin tidak malu sekiranya orang-orang kampung menganggap dia sudah dikalahkan oleh Lebai Cot.
Perkara demikian tidak perlu diukur siapa lebih handal atau tidak handal. Pak Jubin sudah mencurahkan segala keupayaan ilmu yang dipelajarinya. Sekiranya, keupayaan Lebai Cot melebehi dia biarlah Lebai Cot saja mengubati. Bila bila dia sedia membantu sekiranya Lebai Cot pula memerlukan sokongan dia.
"Marilah, Lebai Cot   " ulangi Pak Jubin.
"Jangan, jangan ....panggil dia. Dia tu talam dua muka" Usin Biduk menyembunyikan mukanya dengan manelungkup ke bantal.
"Kau setan, memang pandai berdalih" ujar Lebai Cot duduk di lunjur kaki Usin Biduk menyebabkan Saridah terpaksa menyisih jauh sedikit. "Sekarang aku nak tau siapa kau sebenamya ..." Lebai Cot memberi isyarat supaya Pak Jubin memulakan cara pengubatannya.
Sudah lebih seminggu kampung mereka diganggu bajang peliharaan ini. Sejak Saridah mula dirasuk, gangguan itu berjangkit dar seorang ke saorang yang lain. Bajang peliharaan itu tidak juga menyerah kalah seolah-olah terus mencabar siapa saja.
Pak Jubinlah yang benar-benar terasa dirinya diancam. Bajang tersebut seolah-olah sengaja mencari geruh dia. Lepas seorang, seorang pula jadi sasarannya. Kalaulah dia tidak pertahankan Saridah, sudah tentulah ancaman itu tidak berlanjutan. Mungkin Saridahlah yang menerima geruh tersebut.
Tetapi Pak Jubin sudah nekad. Dia tidak rela siapa pun menerima geruh ba-jang tersebut. Ape pun terjadi, Pak Jubin mesti gunakan segala keupayaan ilmunya menyelamatkan penduduk-penduduk kampung tersebut.
Selepas saja Pak Jubin membakar kemenyan masing-masing terkejut melihat kepulan asap kemenyan itu berlenggang-lenggang ke atas lalu mernbentuk lembaga manusia. Kepalanya saja sebesar tempayan sedangkan tubuhnya kecil saja. Asap itu jelas beberapa ketika berbentuk lembaga itu. Lama kelamaan ianya hilang di dalam gelap malam.
Ketika inilah Usin Biduk tertunjal-tunjal ke arah atap. Dia kelihatan takut tidak menentu.
"Kau sudah menampakkan rupa. Semua orang sudah narnpak kau, tak malukah kah?" soal Lebai Cot seolah-olah bertanya kepada Usin Biduk.
 "Itu setan kepala besar, aku takutkan dia . ." beritahu Usin Biduk terketar-ketar.
"Habis, kau setan ape?" jerkah Pak Jubin.
"Aku bajang beritahu Usin Biduk dalam keadaan rusuh. "Hah, sekarang baru kau mengaku" sahut Alang Jono tersengih-sengih.
"Aku takut setan kepala besar tu ." Usin Biduk menunjal-nunjal jari menujah angin menuding ke atap.
"Kau nak berdalih iagi ..." Lebai Cot berdiri tegak. Kemudian dia azan berulang kali, hingga Usin Biduk terjerit-jerit bagaikan menahan kesakitan.
"Tolong, aku bukannya berdalih. Aku bajang, aku bajang!" Usin Biduk seolah-olah membuat pengakuan.
Tetapi Lebai Cot tidak berhenti azan. Dia tahu sewaktu menentang syaitan jangan sekali-sekali melayani dia bercakap. Apabila dilayan bercakap, sudah tentu syaitan berkenaan mempunyai peluang mencari helah. Sampai bila pun syaitan tetap mencari helah kalau dia dalam keadaan terdesak.
Bila bajang peliharaan itu sudah sampai pada peringkat menyerupai orang lain, sepertimana dia menyerupai Leha untuk mengelirukan keluarga Mat Kidam, bermakna tuan pemeliharanya sudah sampai ke kemuncak untuk mencari korban. Kalau bajang tersebut tidak mendapat korban sudah tentu tuannya sendiri yang harus dikorbankan.
Memuja hingga sampai ke peringkat mahukan korban, bermakna jelmaan dari yang dipuja itu mesti berkehendakkan korban. Takdirnya tidak ada korban yang diperolehinya, maka orang yang memuja itulah mesti dikorbankan.
Jelmaan yang menyerupai Leha itu hampir dapat korban sekiranya Mat Kidam tidak menyuruh. Usin Biduk. menuruti Razak ke rumahnya. Kalaulah jelmaan Leha sampai di rumah Mat Kidam dan dibiarkan bebas, sudah tentulah siapa pun tidak ambit peduli mengenal Leha yang sebenamya masih di rumah Razak. Tentulah Leha menjadi korban sekiranya Usin Biduk tidak datang menjengah.
Disebabkan Usin Biduk menghalang dia merasuk Leha, maka Usin Biduk pulalah yang menjadi sasaran.
"Siapa kepala besar tu?" soal Lebai Cot keras.
"Setan..” sahut Usin Biduk terketar-ketar.
"Siapa kau?" Lebai Cot masih berdiri tegak dilunjur kaki Usin Biduk.
"Bajang …” katanya tersengih-sengih malu.
"Siapa tuan kau?' jerkah Lebai Cot.
"Setan kepala besar " Usin Biduk masih tersengih-sengih.
Lebai Cot membacakan Surat Fusilat sebanyak 54 ayat, rnenyebabkan Usin Biduk menangis terisak-isak.
"Mengapa kau menangis?" tanya Lebai Cot.
"Jangan, aku tak tahan mendengarnya" keluh Usin Biduk menelungkup kan maka ke bantal.
Ketika ini orang ramai nampak bayang hitam di atap serambi. Bayang hitam itu menyerupai lembaga manusia berkepala besar, sedangkan tubuhnya terlalu kecii sama seperti" bayi yang baru lahir.
Mereka yang melihatnya menjadi gerun melihat jelan itu, hingga mereka macam tidak percaya dengan apa yang dilihat. Bayang hitam itu beransur-ansur hilang, bila Usin Biduk merengek-rengek seperti seorang bayi kecil. Dia menggeliat lemah sama seperti bayi tidak berbedung.
"Kau mesti malu..” Lebai Cot mengingatkan lagi. "Sudah berkali-kali orang dapat melihat diri kau.. Jangan sampai orang nampak siapa tuan kau!" ujarnya memberi amaran.
Usin Biduk merengek-rengek juga. Menggeliat-geliat juga. Mulutnya berbuih-buih. Matanya merah dan seluruh tubuhnya sejuk bagaikan terendam di air.
"Maukah kau aku tunjukkan siapa tuan kau?" soal Lebai Cot lebih keras.
Usin Biduk memekik-mekik juga ketakutan. Jarinya menuding ke atas sambil menunjul-nunjal seperti menujah angin. Sekejap dia merengek-rengek, sekejap memekik-mekik minta tolong, sekejap menggeliat-geliat seperti bayi terkeluar dari bedungan.
Bersambung..