Sunday, September 24, 2017

246.MAYAT BANGKIT DARI KUBUR

TATKALA bersetuju ambil upah kontrak pindahkan kubur, memang Jenal Tagan tidak bimbang apa-apa. Apa sangat dengan menggali kubur pindahkan rangka ke kawasan lain setelah sebahagian tanah kubur itu terpaksa dilunggah. Sebaik sahaja kawasan berkenaan dibangunkan, siapa pun tidak membantah kubur di dipindahkan.
Satu-satunya sanggup pindahkan kubur-kubur di situ hanya Jenal Tagan. Biarlah sampai santak tengah malam pun Jenal Tagan sanggup korek untuk pindahkan kerangka manusia yang sudah dikebumikan bertahun-tahun. Puas juga dia meng-ajak kawan-kawan membantu, tetapi masing-masing enggan mengorek tanah kubur.
Masing-masing tahu kalau terkena badi bukan mudah mahu pulihkan apabila mulut terherot tidak bersebab. Sudah berkali-kali mereka dengar mengenai kejadian ditimpa badi apabila mengorek tanah kubur lama. Sewaktu membuat padang sekolah yang membabitkan kubur lama dalam kawasan kebun getah Mat Resat sendiri melihat bulldozer mati enjin tidak semena-mena.
Apabila digagahi juga mahu melunggah, India pemandu bulldozer rebah tidak sedarkan diri. Mulutnya berbuih-buih setelah bulldozer menolak tanah bergulung-gulung dengan tengkorak mayat. Tidak sempat dibawa ke hospital lelaki India itu terkejang mati dengan mata terbelalak.
Setelah dipanggil Pawang Lah tepung tawar kawasan kebun getah terletak kubur lama yang tidak mempunyai batu tanda itu, barulah kejadian yang menimpa lelaki India pemandu bulldozer itu tidak berulang. Manalah kubur lama terconggok batu nesan macam tanah perkuburan dalam kampung. Kubur-kubur lama sekadar letakkan batu sungai sahaja dijadikan tanda oleh kaum kerabat.
"Jangan buat kerja sia-sia!" Mat Resat ingatkan kawannya sebaik sahaja Jenal Tagan memujuknya ikut sama ambil upah pindahkan kubur.
"Kita bukannya berniat salah," beritahu Jenal Tagan setelah menyedari Mat Resat takut sekiranya bekerja sampai santak tengah malam. Memang Jenal Tagan sudah memberi jaminan kepada kontraktor yang mengendali-kan pemindahan tanah kubur berkenaan, dia boleh siapkan kerjanya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Sebab itu dia mesti korek sampai santak tengah malam biar kerja-kerja pemindahan dapat dibuat cepat.
"Kamu tak takut ditimpa badi ke, Jenal?" ujar Mat Resat mendesak kawannya supaya tidak menerima kerja memindahkan kubur berkenaan.
"Kalau buat kerja bertujuan balk, kenapa pula takutkan badi?" sengaja Jenal Tagan mengusik kawannya yang mudah sahaja gelabah tidak menentu.
"Kamu tak ingat fasal buat padang sekolah!" lantas Mat Resat ungkit mengenai kejadian menimpa pekerja-pekerja lunggah tanah kubur tatkala membina padang sekolah di kampungnya.
"Mereka buat salah sendiri, tak tahu hormatkan tanah kubur," Jenal Tagan memang menyedari kejadian yang berlaku bertahun-tahun sebelum itu. Masa perintah orang putih manalah mereka peduli sangat mengenai tanah perkuburan orang Islam. Asal sahaja perlu dilunggah mereka akan sondol dengan bulldozer.
Tetapi Jenal Tagan tidak akan korek kubur-kubur lama itu dipindahkan ke tanah perkuburan lain sekiranya tidak membakar kemenyan terlebih dahulu. Tahu sangat kontraktor yang harapkan bantuan Jenal Tagan membantu pindahkan tanah kubur berkenaan, disebabkan sudah beberapa kali dia meminta bantuan.
Memang Jenal Tagan satu-satunya murid arwah Pawang Lah yang mampu kendalikan apa sahaja kalau fasal gangguan di mana-mana. Apabila kontraktor berkenaan dapat tender menebang pokok besar di pinggir pekan, memang Jenal Tagan menjadi tumpuan. Sudah ramai kontraktor mencuba mahu menebang pokok besar apabila jalan mahu dilebarkan, tetapi siapa pun tidak berani teruskan.
Sebaik sahaja pekerja memanjat membawa mesen gergaji mahu memangkas dahan, tidak bertangguh dicampakkan mesen gergaji ke tanah. Terus sahaja dia mengelungsur turun tidak bercakap apa-apa. Sebaik sahaja turun ke perdu pokok tiba-tiba sahaja dia jatuh tersemban muka hingga menggelepar laksana ikan semilang dicampak ke tebing sungai.
Lebih setengah jam pekerja itu tidak sedarkan diri baru dia bingkas bangun terpinga-pinga. Matanya liar memerhati ke dahan pokok berkenaan dalam keadaan ketakutan. Telunjuknya menuding ke arah dahan sambil mulut becok beritahu mengenai perempuan India memakai sari tergantung disitu. Memang mereka yang terconggok di situ berasa hairan kerana tidak siapa pun melihat perempuan India tergantung pada dahan.
Apabila kontraktor berkenaan mendapat tender, segera dipanggilnya Jenal Tagan membantu pangkas dahan. Setelah Jenal Tagan membakar kemenyan lantas berkeliling tujuh kali di perdu pokok. Kemudian dia simbah perdu pokok dengan air terus menyeru:
Hai saudaraku yang berempat, berlima dengan aku, datang kau di kananku, datang kau di kiriku, datang kau di depanku, datang kau di belakangku, engkau batang tubuh ku, aku nur tak akan binasa, hu...
Tatkala Jenal Tagan hentakkan tumit tiga kali ke tanah, sekali gus angin bertiup kencang hingga terdengar bunyi berdebap bagaikan guni padi berisi padat jatuh tidak bertampan. Selepas tidak kelihatan apa-apa pun tergantung pada dahan pokok berkenaan, lantas Jenal Tagan benarkan pekerja-pekerja kontraktor berkenaan tebang sampai pokok tersembam habis. Tidak ada apa-apa gangguan tatkala mereka ranggah dahan-dahan pokok yang digayuti akar beringin.
"Memang pokok tu tempat orang gantung diri dulu," ujar Jenal Tagan apabila kontraktor itu bimbang sangat mahu menebang pokok berkenaan.
"Tentu pokok tu berpuaka!" sahut kontraktor berkenaan tersengih-sengih setelah pekerja-pekerjanya dapat menebang hingga tumbang meredum.
"Berpuaka atau tidak, saya tak tahu," jetas Jenal Tagan kerana tidak berani menuduh apa-apa. "Dulu, memang ada orang gantung diri di sini," dia menambah setelah diberitahu penduduk-penduduk di situ mengenai perempuan India membunuh diri akibat sering bertengkar dengan suaminya.
Asal sahaja suaminya balik datam keadaan mabuk nescaya dia menjadi sasaran. Lebam-lebam mukanya dibelasah kalau bertengkar sepanjang malam. Sengaja suaminya mencari kesalahan dia apabila balik jejak kaki ke rumah. Sia-sia sahaja dia memujuk meminta betas kasihan, memang suaminya tidak peduli apa-apa.
Jiran-jiran tidak berani membantu tatkala suaminya tengah memberang laksana dirasuk jembalang. Bukan takat tangan sahaja hinggap ke muka, kalau dia mencapai kayu pun nescaya badan perempuan itu dibelasah teruk. Lama dia termenung menahan rusuh yang bergejotak di hati, lantas perempuan India itu turun meninggalkan rumah tatkala nja menyerkup.
Semasa suaminya balik mabuk tengah malam bertambah marah dia apabila isterinya tidak ada di rumah. Lantas sahaja dia menyerbu kerumah jiran-jiran mendesak jangan sembunyikan isterinya. Tetapi jiran-jiran salahkan dia menyebabkan isteri sendiri lari tinggalkan rumah.
Ketika ini mandor di situ simbah lelaki India itu dengan air hingga dia menggelepar terpinga-pinga. Biarlah tengah malam sewaktu angin dingin mengelus, mandor berkenaan simbahkan juga air hingga basah lukus. Tatkala lelaki India itu termengah-mengah, baru mandor beritahu mengenai isterinya tidak disembunyikan oleh jiran-jiran. Dia menyuruh lelaki India tersebut cari isterinya di mana-mana belukar sekiranya perempuan berkenaan bersembunyi di situ.
Jiran-jiran juga ikut sama membawa suluh membantu lelaki berkenaan mencari isterinya. Semasa melintasi pokok besar itu, berdetak sahaja hati mandor mahu menyuluh ke dahan pokok. Terkejut benar dia apabila melihat perempuan berkenaan tergantung dengan pakaian sarinya berombak-ombak ditiup angin malam.
"Dah lama kejadian tu berlaku, encik," beritahu Jenal Tagan menatap muka kontraktor itu. Dia sendiri sekadar mendengar cerita daripada penduduk-penduduk di situ mengenai kejadian yang berlaku bertahun-tahun se-belumnya. Sebab itu Jenal Tagan tidak tahu sama ada kawasan pokok besar ber-kenaan berpuaka atau pun tidak.
Sebaik sahaja diminta pindahkan tanah perkuburan di kampung berkenaan akibat mahu dibangunkan, tidak bertangguh kontraktor berkenaan memujuk Jenal Tagan. Bila-bila sahaja Jenal Tagan menyanggupi pindahkan asal sahaja tidak musnahkan tempat berkenaan. Dia akan korek balk-balk biar tulang belulang kerangka tidak bersepah merata. Selepas itu akan dikebumikan balk-balk juga di kawasan tanah perkuburan baru.
Memang Jenal Tagan tahu siapa pun tidak akan melarang kalau dipindahkan balk-baik. Lainlah kalau dilunggah macam mencebak ubi tengah batas, tentulah tidak hormatkan tanah kubur. Jenal Tagan sendiri tidak akan membantu sekiranya kontraktor berkenaan mahu musnahkan dengan menghantar bulldozer menyodok tidak peduli apa-apa.
"Upahnya mahal, kalau kamu mahu," Jenal Tagan ingatkan kawannya Mat Resat sekiranya mahu ikut sama pindahkan kubur.
"Takkan nak sampai tengah malam buat kerja," serba salah juga Mat Resat mahu menolak apabila kenang upahnya yang mahal. Bukan mudah mahu dapatkan upah lumayan kalau bandingkan mencari manau di hutan. Kadangkala meranduk jauh ke tengah hutan belum tentu boleh terserempak manau sampai berkabung-kabung.
"Orang tu nak cepat siapa kan projeknya," beritahu Jenal Tagan disebabkan dia suda berjanji mahu siapkan dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Dalam keadaan serba salah itulah Mat Resat bersetuju membantu. Apalah salahnya buat kerja sampai santak tengah malam gunakan lampu di kawasan tanah kubur itu kalau Jenal Tagan sama tercokok. Tentu kontraktor itu juga akan datang menjengah mahu pastikan kerja memindahkan kubur cepat diselesaikan..
Terpaksa pula kontraktor berkenaan dirikan khemah disitu biar Jenal Tagan tidak perlu balik ke kampung halaman. Selagi kerja pindahkan kubur tersebut tidak selesai, dia akan terus tahan di khemah berkenaan. Tidak ada apa-apa yang bimbangkan dia kalau tinggal di kawasan tanah perkuburan sampai beberapa hari.
Selama dua hari mengorek kubur kumpulkan tulang belulang kerangka, Mat Resat tidak menghadapi apa-apa masalah. Selepas mencebak habis sampai ke liang lahad, Jenal Tagan akan masuk kumpulkan tulang belulang kerangka. Dia akan susun tengkorak dengan tulang belulang lantas dibungkus semula dengan kain kapan. Sampai tengah malam pun mengorek kubur, Mat Resat tidak berasa bimbang apa-apa disebabkan lampu terang benderang gunakan generator.
Selepas solat maghrib hari ketiga terasa pada Mat Resat badannya lenguh-lenguh sangat mahu teruskan kerja mengorek kubur. Tetapi serba salah juga dia mahu mengelak apabila Jenal Tagan mendesak teruskan juga.  Apa lagi tidak banyak kubur yang perlu dikorek untuk dipindahkan.
Semasa mengorek kubur dibawah pokok temunik di sekeliling kawasan kubur sudah diserkup kegelapan. Hanya lampu pada khemah sahaja terang benderang menyilau sampai ke bawah pokok temunik berkenaan. Bunyi generator juga membingit setelah malam kian diselubungi kesepian. Tatkala mula mencebak kubur, tiba-tiba sahaja kaki Mat Resat dihurung semut gatal menyebabkan dia terlompat-lompat mengelak.
Cepat-cepat Jenal Tagan pula mencebak tanah berkenaan. Memang terasa pada Jenal Tagan semut banyak merayap menyusup di celah kaki seluar, tetapi dia berpura-pura tidak diganggu apa-apa. Kalau dia gelabah semata-mata diganggu semut menyusup pada kaki seluar, tentu Mat Resat semakin tidak keruan.
Lama dia mencebak semut gatal yang banyak terus merayap sampai ke kangkang. Jenal Tagan segera menepis-nepis kangkang seluar biar semut-semut yang menyusup di situ tidak merayap berterusan. Kemudian dia membacakan al-Fatihah tiga kali diikuti dengan surah al-lkhlas. Apabila semut-semut gatal itu pula menggetis celah kangkang segera Jenal Tagan membacakan:
 Inna fikh-tilafil laili wannahari wama kholaqollahhu fis-samawati wal-ardhi la-ayatin liqaumi yattaqun.
Apabila dia kira-kirakan kaki seluarnya, Jenal Tagan melihat pasir merah bersirak jatuh. Tersenyum Jenal Tagan kerana menyedari dia hampir terlupa berdoa tatkala mencebak tanah kubur. Tidak berdoa apa- apa semasa tanah kubur samalah macam tidak hormatkan penghuni kubur berkenaan juga.
"Minta maaflah kawan, fasal nak gali kubur awak ni," tutur Jenal Tagan seolah-olah berdepan dengan teman yang dilawan bercakap.
"Awak bercakap dengan siapa, Jenal?" sengaja Mat Resat mengusik disebabkan dia tahu sikap kawannya mahu menyembunyikan sesuatu.
"Bercakap dengan semut," beritahunya dalam ketawa setelah menyedari Mat Resat mengusiknya. "Sekarang awak bercakap dengan semut, nanti bercakap dengan pokok temunik pula!" Mat Resat juga ketawa semata-mata mahu menyembunyikan rasa bimbang di hati.
"Kawan bercakap dengan pokok tak apa," sahut Jenai Tagan terus mencebak semula tanah kubur. "Takut-takut kalau pokok temunik tu bercakap dengan kawan," dia menambah sengaja bergurau untuk menghilang keletihan semenjak tiga hari berturut-turut mengorek kubur.
"Kalau semua yang bercakap, macam mana?' ujar Mat Resat terlangah-langah memerhati semut di atas tanah kubur.
"Awaklah yang lawan semut tu bercakap!" terkekeh-kekeh Jenal Tagan ketawa apabila kenang semut-semut yang merayap akan bercakap dilayani oleh Mat Resat.
Tetapi Jenal Tagan dapat mengagak memang Mat Resat sudah mulai ketakutan semenjak mengorek pindahkan kubur berkenaan. Kadangkala sengaja Mat Resat tidak mahu melihat tengkorak yang ditarik keluar dari liang lahad. Asal sahaja sudah dikorek sampai ke liang lahad, Mat Resat cepat-cepat membungkus tengkorak dengan kain. Serba salah dia mahu melihat lubang mata terlopong besar.
Setelah bergilir-gilir mencebak tanah, segera Mat Resat melompat naik setelah mata cangkul singgah pada liang lahad. Cepat-cepat pula Jenal Tagan turun ke dalam lubang mahu mengutip tulang belulang kerangka. Sewaktu dia menyuruh Mat Resat turunkan lampu, perlahan-lahan Jenal Tagan mengorek liang lahad kerana bimbang mata cangkul menyinggahi tengkorak.
Sebaik sahaja dia mengorek liang lahad terkejut Jenal Tagan apabila melihat tangan mayat terhulur keluar. Tatkala dia menarik tangan berkenaan tubuh mayat tidak reput Iangsung sekalipun kain kapannya sudah hancur. Cepat-cepat dia meminta Mat Resat hulurkan kain bersih terus menyelimut mayat berkenaan.
Semasa ditarik keluar Jenal Tagan cam mayat berkenaan seorang perempuan separuh umur, seolah-olah tengah terbaring tidur. Terpaksa juga Mat Resat membantu sekalipun dalam keadaan serba salah. Tetapi Jenal Tagan ingatkan dia mengenai kebesaran Illahi apabila mayat yang sudah dikebumikan berpuluh-puluh tahun masih tidak reput apa apa.
Pada dahi mayat masih ada kesan parut, sekalipun rambutnya tidak luruh dari kepala. Segera Jenal Tagan menyuruh Mat Resat beritahu imam kampung disebabkan mayat yang dikorek masih sempurna. Biarlah dia menunggu di situ sampai orang-orang kampung datang menjengah. Masakan Mat Resat sanggup bertahan menunggu mayat berkenaan sekiranya dia memberitahu imam di situ.
Tatkala Imam Suh bersama orang-orang kampung datang menjengah, memang beristighfar berulang kali dia setelah melihat keadaan mayat. Apa lagi batu tanda di atas kubur bukanlah batu nesan biasa, disebabkan kubur lama di situ sudah bertahun-tahun ditempatkan di situ. Sebab itu Imam Suh desak kebumikan juga mayat berkenaan sama macam kebumikan mayat baru meninggal dunia juga. Keadaan mayat tersebut masih sempurna sekalipun mengecut sedikit. Bibirnya pucat tetapi wajahnya bersih seolah-olah tengah tidur nyenyak. Memang tersedu-sedu Imam Suh menahan keharuan setelah diberitahu mengenai keadaan mayat berkenaan tidak reput setelah berpuluh-puluh tahun dikebumikan.
"Emmm, macam-macam yang Aki alami masa gali kubur dulu," beritahu Jenal Tagan tersengih-sengih menatap muka saya apabila kenang Mat Resat mengigau malam selepas kejadian tersebut.
Setelah balik semula ke kampung halaman sebaik sahaja kerja pindahkan kubur selesai, memang Kak Ibun isteri Mat Resat mengadu pada Jenal Tagan mengenai suaminya sering mengigau malam. Kadangkala Mat Resat meracau-racau tidak menentu menyebabkan Kak Ibun menjadi tidak keruan. Bimbang juga Kak Ibun kalau Mat Resat bertambah pasang hingga menghambur menerpa ke pintu. Ke mana pula mahu dicari sekiranya Mat Resat mengigau berlari sekeliling kampung.
Tetapi Mat Resat tidak percaya pun apabila isterinya beritahu dia mengigau meracau setiap malam. Lama dia mengalami diganggu igauan itu, Mat Resat bertam-bah kurus. Mukanya juga pucat seolah-olah mengidap demam kura berterusan. Lantas sahaja Kak Ibun menuduh suaminya diganggu bath disebabkan mengorek kubur.
"Orang nampak saya sakit, ustaz," ujar Mat Resat pula mengerling Jenal Tagan apabila beritahu saya kejadian yang menimpanya selepas mengorek kubur berkenaan.
 "Tapi, saya tak sakit apa-apa pun," tuturnya macam menahan sebak apabila kenang isterinya Kak Ibun rusuh sepanjang malam.
Memang Mat Resat berulang kali mengalami mimpi menggali kubur di kawasan perkuburan lama itu. Asal sahaja digali dia akan masuk mengorek liang lahad. Ketika ini mayat di dalam liang lahad bingkas bangun disebabkan tidak reput. Tersengih-sengih mayat berkenaan menepuk-nepuk bahu Mat Resat kerana bersusah payah memindahkan kuburnya.
Sekalipun mayat yang bingkas bangun dari liang lahad tidak mengganggu, tetapi Mat Resat bimbang tidak menentu. Apabila mahu melompat naik ke tebing melarikan diri, dia merasakan kakinya tidak boleh bangun berjejak. Segera dia melambai-lambai tangan meminta Jenal Tagan menariknya naik ke atas, tetapi kawannya tidak mendengar apa-apa.
Bunyi enjin generator yang membingitkan telinga menyebabkan Jenal Tagan tidak mendengar langsung dia melaung dari lubang kubur. Puas dia memanggil nama Jenal Tagan terlangah-langah sahaja memerhatikan dia di bawah. Ketika ini mayat yang bingkas bangun berbisik ke telinganya supaya tidak bimbang apa-apa.
"Kenapa awak takutkan kami?' mayat yang bangun dari liang lahad memujuknya supaya bertenang. "Macam mana awak dah mati, tapii bangun begini!" gerutu Mat Resat serba salah menahan rasa camas yang mencengkam perasaan.
 "Bukankah hidup dan mati ditentukan oleh Allah," jelas mayat berkenaan tersengih-sengih mengusap bahu Mat Resat. "Tapi, dunia kita tak sama," sahut Mat Resat geli gelemam kerana terasa sejuk tapak tangan mayat itu mengusap-usap bahunya.
"Kami kesian awak bersusah payah pindahkan kubur kami," semakin ramah mayat itu mengajak Mat Resat berbual di dalam liang lahad.
"Sebab kami dibayar upah," lantas Mat Resat mengakui dia melakukan kerja-kerja demikian disebabkan upah lumayan. Kalau takat sukarela bila-bila dia tidak akan ikut Jenal Tagan mengorek pindahkan kubur.
Terkekeh-kekeh mayat di dalam liang lahad ketawa apabila Mat Resat beritahu menerima upah mengorek kubur berkenaan. Ketika ini Mat Resat semakin gelisah apabila mayat berkenaan tiba-tiba reput hingga tulang belulang bersirak dia atas pangkunya. Sekali gus pula tengkorak mayat jatuh bergolek setelah tubuhnya reput tidak semena-mena.
Cepat-cepat pula Mat Resat merangkak naik mahu menyelamatkan diri apabila tanah kubur roboh menimpa-nya. Tatkala tangannya berpaut pada kaki Jenal Tagan sekali gus dia terasa kakinya direntap kuat. Tulang belulang di tengah liang lahad menariknya ke bawah hingga dia terkial-kial mahu bertahan.
Ketika ini terjerit-jerit Mat Resat hingga mengigau tidak menentu. Apabila isterinya kejutkan dia terpinga-pinga Mat Resat akibat tidurnya terganggu. Berulang kali dia beristighfar apabila kenangkan mimpi yang menakutkan hatinya. Tetapi dia tidak mengalami sakit apa-apa akibat mimpi diganggu mayat bangkit dari kubur itu.
Setelah diberitahu Jenal Tagan lantas dia langirkan Mat Resat dengan limau tatkala matahari naik segalah. Berturut-turut tiga pagi dia langirkan Mat Resat, tetapi Kak Ibun masih juga kebing-ungan disebabkan suaminya berterusan mengigau. Tubuh Mat Resat juga bertambah kurus dengan mukanya pucat seolah-olah mengidap demam kura terkukul-kukul.
"Jangan-jangan kamu ni kena sampuk tak, Resat?" tuduh Jenal Tagan setelah keadaan Mat Resat tidak juga mahu pulih.
"Kawan bukannya sakit, buat apa awak nak ubatkan," tersengih-sengih Mat Resat disebabkan Jenal Tagan risau sangat dengan keadaan dirinya.
"Kalau disampuk awak kena panjat pinang dara," ujar Jenal Tagan berikan petua sekiranya Mat Resat diganggu demam sampuk. Memang sesiapa diganggu demam sampuk,tidak merasa sakit apa-apa, tetapi sekadar tubuh sahaja semakin kurus dengan muka menjadi pucat cengkung.
Terpaksa juga Mat Resat mematuhi petua Jenal Tagan dengan memanjat pokok pinang dara tatkala matahari tengah naik. Tiga pagi berturut-turut juga Mat Resat memanjat pokok pinang dara hingga sampai ke pelepah. Setelah ikutkan petua Jenal Tagan, dia tetap juga diganggu mimpi asal sahaja nyenyak tidur tengah malam. Dia mengigau juga hingga meracau-racau tidak menentu menyebabkan Kak Ibun bertambah rusuh.
Apabila dicuba dengan petua, Mat Resat tidak juga pulih lantas Jenal Tagan membakar kemenyan. Kalau puaka kubur mahu berkeras, Jenal Tagan juga tahu bagai-mana mahu bertahan. Masakan dia berani mengambil upah mengorek kubur sekiranya tidak mampu bertahan apabila diganggu. Sia-sia dia belajar dari Pawang Lah sekiranya biarkan Mat Resat mengidap hawar selepas mengorek kubur.
Manalah tahu kubur yang dikorek itu mayatnya pernah mengidap penyakit berbahaya sebelum meninggal dunia. Tentu hawar penyakitnya masih berwap dalam liang lahad sekalipun sudah dikebumikan bertahun-tahun. Apa lagi kalau penyakit busung hingga reput bengkak membuncit, tertu hamanya masih berkeliaran mencari mangsa. Kalau tidak penyakit busung pun, boleh jadi juga penyakit taun yang membunuh mangsa sampai tujuh lapan orang dalam masa sehari.
Hawar penyakit taun juga mudah berjangkit kalau hamanya liar menyerbu mangsa. Sebab itu Jenal Tagan mesti membakar kemenyan biar dapat tentukan penyakit yang dihidapi oleh Mat Resat. Kalau disebabkan hawar penyakit dia mesti tawar sampai hama yang ganggu Mat Resat luruh macam semut dicucuh api. Lainlah diganggu puaka memang Jenal Tagan cekak sahaja tengkuk jelmaan yang merasuk dalam diri Mat Resat.
Tidak sia-sia dia minta turunkan amalan daripada arwah Pawang Lah yang meminta dia solat tengah malam di masjid lama. Jenal Tagan sanggup bersendirian sahaja di tengah masjid tatkala malam. Masjid lama itu tidaklah terbiar, tetapi terletak jauh di hujung sawah. Tabuhnya juga masih kukuh setelah dibuat bertahun-tahun dari kayu cengal yang diusung beramai-ramai di tengah hutan.
Siapa pun tidak berani memukul tabuh berkenaan kecuali Siak Kisut. Memang Siak Kisut turun temurun menjaga masjid berkenaan disebabkan nenek moyangnya yang mahir membuat tabuh. Semenjak turun temurun pula tabuh berkenaan tempat tebuan bersarang hingga penuh tersendat. Tetapi tebuan di dalam tabuh berkenaan tidak akan mengganggu sekiranya Siak Kisut memukul beduk asal sahaja masuk waktu solat.
Sebab itu siapa pun tidak berani memukul tabuh
86
berkenaan kerana bimbang tebuan bersarang di situ akan menyerbu keluar. Sudah tentu jemaah yang mahu dirikan solat bercempera lari apabila tebuan berterbangan mencari mangsa. Di masjid lama itulah Pawang Lah menyuruh Jenal Tagan tidur setiap malam, kemudian bangun solat tahajud sampai berturut-turut 44 malam.
"Kamu ni lemah semangat, Resat," ujar Jenal Tagan selepas membakar kemenyan peninggalan yang ditemuinya semasa berturut-turut 44 malam tidur di masjid lama. Tiba-tiba sahaja dia melihat bungkusan kain hitam lusuh di hulu kepalanya semasa bangun untuk solat subuh. Sudah berkali-kali digunakan kemenyan berkenaan tidak juga susut dari dalam bungkusan tersebut.
 "Lemah semangat macam mana pula?" tersengih-sengih Mat Resat sengaja mahu bergurau disebabkan dia tidak mengalami apa-apa sakit. Hanya setiap malam sahaja diganggu mimpi seolah-olah mayat dari kubur bangkit tatkala dia mengorek pindahkan kubur berkenaan.
"Orang sana nak ikut balik, tapi kamu tak perasan," beritahu Jenal Tagan tetapi Mat Resat tidak memahami apa-apa pun.
"Kalau perempuan apa salahnya, boleh juga beristeri dua," sahut Mat Resat mengusik lantas mengerling Kak Ibun.
"Muka tu dah pucat cengkung, ada hati nak kahwin lagi," lantas Kak Ibun mencebek bibir sekalipun dia menyedari suaminya sekadar bergurau mahu berkahwin lain. Masakan Mat Resat mahu berkahwin lain sedangkan pendapatannya tidak seberapa!
"Ini bukan fasal perempuan nak ikut kamu!" jelas Jenal Tagan ingatkan kawan-nya mengenai gangguan yang merasuk. Kalau takat bermimpi menemui mayat bangkit dari kubur, kenapa tubuhnya menjadi kurus hingga muka juga pucat cengkung?
Jenal Tagan dapat melihat bayangan perempuan yang berparut dahi itu menjelma di tengah asap kemenyan melabun. Tersenyum perempuan itu sekalipun mukanya pucat dengan tubuh mengecut. Lantas sahaja perempuan tersebut beritahu mengenai tubuhnya tidak reput sewaktu dikorek dari kubur sekalipun sudah beratus-ratus tahun dikebumikan.
Jelmaan perempuan itu bagaikan berterima kasih pada Jenal Tagan disebabkan sanggup pindahkan kuburnya. Apa lagi Jenal Tagan bercekang mata sampai santak tengah malam semata-mata pindahkan kubur di situ. Tentu kubur berkenaan akan dilunggah habis sekiranya Jenal Tagan tidak mahu menerima upah pindahkan setelah dikorek habis.
Bukan semua orang mahu korek kubur dipindahkan ke kawasan lain. Apa lagi mahu memunggah tulang belulang dengan tengkorak yang sudah bersirak di dalam liang lahad. Takat upah beratus-ratus ringgit tidak sama dengan ketabahan jiwa semasa pindahkan kubur demikian. Sebab itu perempuan yang menjelma di tengah kepulan asap kemenyan itu seolah-olah mahu menuturkan sesuatu pada Mat Resat.
"Mat Resat tak tahu apa-apa, kalau nak cakap beritahu pada kawan aje!" tegas Jenal Tagan menatap muka perempuan yang menjelma di depannya.
Tetapi dia tidak mendengar apa-apa pun dituturkan oleh perempuan berkenaan. Lantas Jenal Tagan ingatkan sekiranya jelmaan itu tidak mahu berganggu lebih baik berundur serta merta. Kalau terus bertahan dia tetap akan cekak leher macam menangkap haruan tengah selut. Bila-bila jelmaan perempuan itu tidak akan dapat meloloskan diri apabila dia lenyapkan dirinya dalam kepulan asap kemenyan di depannya.
Setelah jelmaan perempuan itu hilang, lantas Jenal Tagan mengajak Mat Resat menemui Imam Suh di kampung mereka pindahkan kubur itu. Perlahan-lahan Imam Suh mengesat pelupuk mata apabila diberitahu mengenai Mat Resat bermimpi diganggu mayat bangkit dari kubur.
Memang Imam Suh mengakui kubur lama di situ sudah bertahun-tahun mayat dikebumikan. Tentu mayat yang dikebumikan mati akibat mengidap penyakit berbahaya hingga kumannya masih membiak. Manalah mereka dapat melihat kuman kalau sekadar melihat dengan mata kasar. Imam Suh yakin kuman penyakit tidak akan musnah selepas mangsa dikebumikan di dalam liang lahad.
Apa lagi kalau diganggu penyakit taun hingga terkejang tidak sempat diubati memang kumannya mudah berjangkit. Semua penyakit yang menyebabkan kematian kumannya tetap berbahaya, sebab itu siapa pun tidak sanggup mahu korek pindahkan kubur. Tahu sangat Imam Suh mengenai penyakit disebabkan dia lama berkhid-mat dengan hospital sebelum bersara.
Tetapi dia ingatkan Mat Resat supaya menemui doktor juga, sekalipun dia tapa air di atas kubur mayat perempuan yang tidak reput. Tiga senja berturut-turut dia tapa air di situ, kemudian jiruskan ke kepala Mat Resat tatkala matahari naik segalah. Dia sendiri jiruskan dengan membaca tiga kali al-Fatihah.
Selepas dijirus air tapa di atas kubur mayat perempuan tidak reput itu, Mat Resat tidak lagi diganggu mimpi sampai mengigau tidak menentu. Kak Ibun cam memang Mat Resat nyenyak tidur sampai ke pagi. Sebulan dia tidak diganggu igau meracau-racau itu muka Mat Resat juga tidak pucat lagi.
"Terpaksa Imam Suh tapa air di atas kubur mayat tak reput tu, ustaz," Jenal Tagan beritahu saya apabila ingat-kan kejadian Mat Resat diganggu mimpi mayat bang-kit dari kubur itu.
"Tapi kejadian tu dah lama berlaku, ustaz," sahut Mat Resat pula mengerling Kak Ibun termengah-mengah sesak nafas semenjak ber-bulan-bulan. Sudah puss dia meminta Jenal Tagan ubatkan isterinya, namun keadaan Kak Ibun masih juga tidak reda,
 "Madam mana ustaz tahu fasal kejadian pindahkan kubur ni?" lantas Kak Ibun mencelah kerana hairan apabila saya tiba-tiba sahaja bertanyakan mengenai .kejadian Jenal Tagan mengorek pindahkan kubur itu.
Memang Jenal Tagan tidak beritahu apa-apa pun semasa saya menjengah Kak Ibun terkejang akibat mengisap sesak nafas. Puas dia mencuba ubati untuk sembuhkan penyakit Kak Ibun termengah-mengah sesak nafas, lantas dia beritahu saya tatkala berkunjung ke rumah-nya. Cepat-cepat Jenal Tagan mengajak saya menjengah Kak Ibun.
Jenal Tagan pun takat pangkat datuk saudara sahaja kepada saya, bukanlah disebabkan umurnya tua sangat. Memang saya tahu dia sepupu Aki Sahak, tetapi saya tidak rapat disebabkan jarang bertemu dia. Apa lagi kampungnya jauh dari Pelangai yang sering saya kunjungi apabila menemui Aki Sahak.
"Arwah Abang Sahak dulu selalu beritahu Aki mengenai ustaz," tersengih-sengih Jenal Tagan menjelaskan apabila mendesak saya ikut sama menjengah Kak 'bun yang berbulan-bulan terkejang akibat termengah-mengah sesak nafas. Sewaktu Mat Resat menyambut kami di serambi dia ulangi juga mengenai Aki Sahak sering beritahu fasal diri saya kepadanya.


Sunday, September 17, 2017

245. LELAKI DENGAN SEMBILAN KEPALA

Tegak bulu roma akibat gerun ketakutan apabila diberitahu mengenai kejadian bidankan perempuan bersalin kalau biarkan tidak dikawal dengan asap kemenyan. Tatkala diturunkan amalan bidankan perempuan bersalin memang Bidan Manyun tidak terfikir apa apa. Asal sahaja perempuan bersalin selamat sampai kerat pusat bayi, tugas menjadi bidan sudah mencukupi.
Tetapi dia diingatkan supaya basuh tembuni hingga bersih kemudoan tanamkan dibawah rumah supaya bayi tidak kesejukan. Setiap senja mesti unggunkan api sabut diatas tempat uri ditanamkan biar bayi tidak kembung perut sepanjang malam. Dia mesti memahami semua pantang larang menjadi bidan supaya tidah menanggung padah disumpah guru turun temuran 
Sampai bila pun Bidan Manyun tetap pegang kukuh-kukuh pantang larang yang nenek saya Bidan Ibah beritahu sekiranya Tok Syeikh menjelma. Bukan takat urutkan perempuan yang bersalin sampai tiga pagi berturut-turut, malah Iindungkan daripada gangguan polong yang menunggu masa mahu menghisap darah.
Tok Syeikh sudah ingat-kan dia mengenai Bidan Sitam yang diharapkan penduduk kampung bidankan isteri mereka bersalin. Memang Bidan Sitam tidak pernah membantah sekalipun dijemput tatkala nyenyak tidur tengah malam. Dia akan meranduk kesepian malam dengan elusan angin dingin sebaik sahaja ciiberitahu mengenai sesiapa sahaja akan bersalin.
Sewaktu dijemput Kasan Bangau fasal isterinya mahu bersalin, Bidan Sitam baru sahaja mahu merebahkan badan. Terpaksa dia bergegas bangun sebaik sahaja dipanggil Kasan Bangau dari tengah halaman. Memang Bidan Sitam tidak akan menyahut sekiranya dipanggil tatkala malam diserkup kegelapan. Sudah menjadi pantang larang dia tidak menyahut dari atas rumah sekiranya dipanggil dari tengah halaman apabila malam semakin jauh.
Dia juga tidak menyuruh Kasan Bangau naik ke rumah, tetapi sekadar menyuluh dengan api pelita dari tingkap serambi. Setelah sah Kasan Bangau yang memanggil baru dia beritahu akan menuruti lelaki itu bidankan isterinya tengah menunggu masa mahu bersalin.
Cepat-cepat Bidan Sitam mengajak suaminya Jabik. Bauk temankan dia ke rumah Kasan Bangau setelah dia menyuruh lelaki itu batik dulu ke rumah. Ketika mereka turun meninggalkan rumah, angin malam bertiup sepoi-sepoi. Pelita di tangan juga padam diserbu angin menyebabkan Bidan Sitam terpaksa meranduk kegelapan.
Semasa sampai di rumah Kasan Bangau, tidak perlu bersusah payah sangat Bidan Sitam. Mudah sahaja Saemah melahirkan bayi sebelum sempat disambut Bidan Sitam. Tetapi dia hairan apabila bayi berkenaan lahir di dalam kelongsong Iaksana buntil beras berisi padat.
Terpaksa Bidan Sitam meminta suaminya Jabik Bauk koyakkan sarung kelongsong berkenaan supaya bayi dapat dikeluarkan. Sekiranya lambat dikeluarkan nescaya bayi berkenaan lemas tidak sempat diselamatkan. Sewaktu Jabir Bauk tusukkan sembilu untuk keluarkan bayi di dalam kelongsong sarung sekali gus Saemah menjerit seolah-olah menanggung kesakitan.
Tetapi Bidan Sitam tidak peduli sangat mengenai Saemah yang menggeletar tidak menentu. Saat ini dia perlu selamatkan bayi ber-kenaan supaya tidak lemas terbiar di dalam kelongsong sarung. Biarlah suaminya bersama Kasan Bangau membantu perempuan itu mengerang-erang tatkala bayi dikeluarkan dari kelongsong sarung berkenaan.
"Bayi ni selamat, awak tengokkan Saemah tu!" beritahu Bidan Sitam setelah mendapati bayi yang dikeluarkan dari kelongsong sarung itu mula terkiak menangis.
Sebaik sahaja dia mandikan bayi dengan air panas suam sebelum dibedungkan, tiba-tiba pula Saemah pingsan lebam bibir. Cemas juga Kasan Bangau melihat keadaan isterinya mengalami kesakitan setelah bayi dilahirkan. Sewaktu bayi masih belum lahir tenaganya masih segar bertahan.
"His, kenapa pula Saemah ni?" Jabir Bauk juga tidak tahu bagaimana mahu menghadapi suasana demikian.
"Macam mana ni, Mak Bidan?" Kasan Bangau tidak dapat menyembunyikan rasa cemas yang menyelubungi dirinya.
"Agaknya nak berpawang nampaknya ni!" Bidan Sitam menggertap bibir apabila merasa dirinya cuba diganggu. "Kalau nak berpawang, kamu panggilkan Pawang Lamad," ujarnya memberi keputusan.
Tidak berrtangguh pula Kasan Bangau terjun ke tengah halaman. Dia mesti segera jemput Pawang Lamad sebelum keadaan isterinya bertambah tenat. Siapa lagi boleh diharapkan kalau bukan Pawang Lamad. Lagi pun Bidan Sitam sendiri minta jemputkan setelah keadaan Saemah semakin mencemaskan.
Hingga subuh mereka menunggu Kasan Bangau tidak juga menjengah balik. Bukanlah jauh sangat rumah Pawang Lamad jaraknya dari situ hingga tidak nampak kelibat. Disebabkan keadaan Saemah membimbangkan, terpaksa Bidan Sitam sendiri membakar kemenyan menyeru Tok Syeikh menjelma di sisinya.
Tatkala Tok Syeikh men-jelma terkejut Bidan Sitam apabila dia dimarahi kerana tidak berhati-hati semasa bidankan bayi lahir. Tok Syeikh ingatkan dia mengenai tanggungjawab bidan bukan takat pada zahir sahaja dengan menyambut bayi lahir, tetapi kena bersihkan juga batin supaya tidak biarkan polong menyusup.
Manalah Bidan Sitam tahu mengenai polong yang menunggu peluang menyu-sup macam air tersimbah di atas pasir. Disebabkan Tok Syeikh tiba-tiba sahaja marah, tersinggung juga Bidan Sitam. Kalau Tok Syeikh sudah menyedari polong mengganggu tatkala dia bidankan Saemah, kenapa tidak menjelma serta merta? Apalah gunanya Tok Syeikh menjelma setelah diseru dengan membakar kemenyan!
"Tok Syeikh juga tak boleh diharap!" rungut Bidan Sitam apabila dia sengaja disalahkan. "Kalau Tok Syeikh tak mahu diajak sama, saya pun tak harap apa-apa," tegasnya membuat keputusan.
"Awak ni cepat sangat tersinggung, Sitam," ujar Tok Syeikh kecewa dengan keputusan Bidan Sitam.
"Macam mana tak tersinggung?" sahut Bidan Sitam keras. "Kenapa Tok Syeikh tak datang kalau dah tahu polong mengganggu?" dia mencemik muka merenung tajam ke arah jelmaan Tok Syeikh yang berbayang-bayang di depannya.
"Sepatutnya awak tak terburu-buru belah karung tu," lantas Tok Syeikh ingatkan dia kerana tidak mahu bersabar tatkala bidankan Saemah bersalin. "Budak to takkan lemas, kalau awak bakar kemenyan dulu," tambahnya beritahu mengenai kelalaian Bidan Sitam yang cemas semasa melihat kelongsong karung berkenaan.
Sebaik sahaja kelongsong karung dituris dengan sembilu memang Bidan Sitam tumpukan perhatian mahu selamatkan bayi di dalamnya. Bimbang sangat dia kalau bayi berkenaan lemas sebelum sempat dikeluarkan dari sarung berkenaan. Ketika ini siapa lagi boleh diharapkan kerana suaminya Jabir Bauk dengan Kasan Bangau sahaja yang terconggok di sisinya.
Sebab itu dia tidak peduli lagi sama ada kemenyan dibakar atau pun tidak. Biarlah Tok Syeikh tidak diseru datang sekiranya dia sendiri boleh selamatkan bayi ber-kenaan. Tahu sangat dia apabila bayi dilahirkan bersama kelongsong sarung, bukanlah pelik sangat apabila dijemput dia bidankan. Bukan bayi Saemah sahaja mengalami kejadian demikian, euaminya Jabir Bauk lahir dalam kelongsong sarung.
Memang Bidan Sitam tahu mengenai suaminya lahir dalam kelongsong sarung itu disebabkan neneknya sendiri yang bidankan. Semenjak kecil lagi Jabir Bauk tidak bimbang apa-apa kalau meranduk belukar setelah kelongsong sarung itu dikeringkan ayahnya. Ayahnya tumbuk halus jadikan serbuk terus diberi makan biar Jabir Bauk dapat bertahan kalau ditusuk senjata besi.
Beberapa kali Jabir Bauk ditetak tajak kakinya tidak pernah pun terbengah luka. Tatkala jatuh memanjat pokok petai pun, Jabir Bauk tidak mengalami cedera apa-apa. Bukan takat jatuh pokok sahaja, malah dipatuk ular bisa pun Jabir Bauk tidak menanggung kesakitan. Sebaik sahaja ular tedung selar memagut kepalanya, tiba-tiba sahaja ular berkenaan menghempas badan ke tanah.
Setelah menggelepar tidak ketahuan ular berkenaan terkejang mati tidak bergerak apa-apa. Memang Jabir Bauk tidak menyedari bagaimana ular tersebut menghempas badan setelah memagut ubun-ubunnya. Apabila diberitahu kepada ayahnya, Pak Lohok sengaja rahsiakan mengenai kelongsong sarung berkenaan. Bimbang juga dia mahu beritahu hingga boleh menyebabkan Jabir Bauk menjadi takbur asal sahaja dicabar lawan.
Pak Lohok dapat mengagak sekiranya Jabir Bauk tahu mengenai tubuhnya tidak lut setelah diberi makan serbuk kelongsong sarungnya semasa dilahirkan, nescaya dia akan cekak siapa sahaja mahu mencabar. Kalau ular tedung selar jatuh terlentang selepas memagutnya, sudah tentu lawan tidak akan dapat berlindung di mana-mana.
Memang Pak Lohok tidak mahu anaknya tunjuk jantan tidak bertempat. Dia sendiri melihat Jabir Bauk diserbu gajah liar semasa mencari petai di hutan. Tiba-tiba. sahaja gajah berkenaan merempuh rumpun pisang hutan sebelum menerkam Jabir Bauk terus dililit dengan belalai. Apabila dihempas ke tanah cepat sahaja gajah berkenaan menghentakan kaki memijak kepala Jabir Bauk.
Tiba-tiba sahaja gajah berkenaan terjengket-jengket menahan kesakitan kaki apa-bila memijak kepala Jabir Bauk. Tatkala gajah berkenaan lari ke tengah belukar dengan terjengket-jengket, Jabir Bauk bingkas bangun mengibas-ngibas sampah yang terlekat pada kepalanya.
Bukan takat Pak Lohok sahaja beritahu mengenai kejadian yang menimpa Jabir Bauk, malah Bidan Sitam sendiri terserempak suaminya dikerkah harimau kumbang sewaktu melintasi di bawah pokok kundang. Manalah dia tahu harimau berkenaan menunggu di atas dahan pokok berkenaan semasa mereka melintas. Terkejut Bidan Sitam sebaik sahaja harimau tersebut menerkam belakang Jabir Bauk.
Tercegat sahaja Jabir Bauk seolah-olah membiarkan harimau kumbang itu mengerkah sepuas hati. Lama menggomol Jabir Bauk tiba-tiba sahaja harimau berkenaan terkial-kial melompat ke tanah. Langkahnya terhincut-hincut menyusup ke tengah belukar dengan merungut kesakitan.
Memang Bidan Sitam melihat taring harimau kumbang itu tercabut hingga terpelanting ke tanah dengan kukunya juga cicir Iaksana reput tidak berguna. Tidak ada kesan calar balar pun pada tengkuk Jabir Bauk setelah dikerkah sepuas hati. Selepas itu baru Pak Lohok beritahu dia terserempak bangkai harimau kumbang tersadai pada tebing sungai tidak jauh dari pokok kundang berkenaan.
Sebab itu Bidan Sitam tidak terkejut apa-apa mengenai bayi lahir dalam kelongsong sarung demikian. Dia sekadar bimbang bayi berkenaan akan lemas sekiranya lambat disiatkan kelong-song sarung macam buntil gelembong itu. Tentulah dia marah apabila Tok Syeikh menuduh terburu-buru koyak-kan kelongsong sarung berkenaan dengan tidak membakar kemenyan terlebih dahulu.
 °Tok Syeikh sengaja nak salahkan kita aje!" gerutu Bidan Sitam tidak bersetuju membiarkan bayi berkenaan lama terkurung dalam kelongsong sarung.
"Buat apa awak nak marah, Sitam," tegas Tok Syeikh tersinggung dengan sikap Bidan Sitam mahu per-tikaikan keputusannya. "Awak dah buat salah, tak mahu mengaku salah!" ujarnya ingatkan Bidan Sitam supaya tidak berkeras sangat.
"Tak jadi bidan pun tak apa, Tok Syeikh!" lantas Bidan Sitam membuat keputusan setelah Tok Syeikh berterusan menyalahkan dirinya.
Memang Bidan Sitam bersedia tidak mahu bidankan sesiapa kalau Tok Syeikh menuduh dia terburu-buru sangat. Bukan mudah mahu membuat keputusan dalam saat dia berhadapan dengan keadaan cemas. Sebab itu Bidan Sitam terus campakkan bekas membakar kemenyan tidak mahu harapkan apa-apa daripada Tok Syeikh.
Ketika ini dia boleh harapkan suaminya Jabir Bauk sekiranya Saemah diganggu pelesit atau polong. Biarlah Tok Syeikh menghilang setelah merajuk dicemuhnya tatkala menjelma di sisi. Tetapi bimbang juga dia disebabkan Kasan Bangau tidak balik sehingga santak subuh. Sewaktu pagi matahari naik segalah barulah Kasan Bangau balik dalam keadaan diselaput lumpur seluruh badan.
Tercengang Bidan Sitam dengan keadaan Kasan Bangau habis diselaput lumpur macam berkubang dalam selut. Tetapi Kasan Bangau tidak memberitahu apa-apa hinggakan mandi ke telaga pun terpaksa didesak oleh Jabir Bauk. Setelah mandi Kasan Bangau naik ke rumah terus tersengguk-sengguk menangis macam anak kecil.
Setelah dijemput Pawang Lamad, dia langirkan Kasan Bangau dengan air Iimau di bawah tangga. Tiga hari berturut-turut dia terpaksa mengubati Kasan Bangau. Tetapi keadaan Kasan Bangau semakin galak menangis Iaksana anak kecil ketakutan. Hampir Pawang Lamad juga terpaksa mengalah apabila dia melihat lembaga berkepala sembilan tercegat di depannya.
"Besar kerja ni, Jabir," ujar Pawang Lamad mengerling Jabir Bauk setelah imbasan bayangan lelaki berkepala sembilan itu tercegat bagaikan mencabarnya.
"Kenapa, kerja orang bukit atau orang rimba?" lantas Jabir Bauk menginsut punggung mendekati Pawang Lamad.
"Entahlah, tak cam pula kawan!" beritahu Pawang Lamad tidak dapat memahami lembaga yang tercegat di depannya. Kalau mahu dituduh orang bukit tentu puaka bukit mahukan korban. Dia terpaksa sediakan ancak dengan seekor kambing panggang masak mentah dihantar ke pinggir batu besar di kaki bukit. Tujuh piring bertih dengan tiga pinggang pulut kering juga perlu dirarak dalam dulang berkaki.
Kalau puaka rimba bila-bila dia boleh halau sahaja balik ke rimba supaya tidak mengganggu orang kampung. Tetapi puaka bukit tidak boleh dihalau ke mana. Tentu dia akan memakan korban sekiranya tidak dihantar ancak ke situ. Dia tahu Kasan Bangau sudah diperangkap puaka bukit hingga tidak boleh bertutur apa-apa, selain daripada menangis tersengguk-sengguk.
Pawang Lamad dapat mengagak tentu Kasan Bangau dibenam ke dalam selut seolah-olah memberi amaran disebabkan sudah lama dia tidak menghantar ancak ke pinggir batu besar. Sebaik sahaja Kasan Bangau turun dari rumah mahu memanggilnya, terus sahaja lorong ke rumahnya dipesongkan. Dalam keadaan tidak sedarkan diri Kasan Bangau melangkah Ionglai ke tengah selut lubuk hingga berkubang sepanjang malam.
Sebaik sahaja diberitahu mahu sediakan ancak dihantar ke kaki bukit, segera Lebai Badun tidak benarkan. Dia tidak mahu adiknya Pawang Lamad mengalah kalau takat mematuhi amalan datuknya menghantar ancak ke situ. Apalah gunanya sediakan seekor kambing dengan dipanggang masak mentah semata-mata bimbang gangguan puaka berkenaan.
"Ini yang dibuat oleh arwah datuk dulu, Bang Lebai," Pawang Lamad serba salah juga dengan keputusan abangnya. Semenjak abangnya balik dari belajar pondok, memang dia berkeras tidak benarkan menghantar ancak untuk bayar korban. Manalah tahu kampung mereka akan dilanggar bencana sekiranya berdegil tidak mematuhi amalan arwah datuknya.
Disebabkan abangnya Lebai Badun berkeras terpaksa juga Pawang Lamad mengalah. Lagi pun Kasan Bangau menantunya, tentu Lebai Badun Iebih berhak membuat keputusan. Sekiranya puaka bukit menuntut korban, terpulanglah pada Lebai Badun mahu bertahan setelah Pawang Lamad mengalah.
Memang Lebai Badun sudah ingatkan adiknya supaya tidak mematuhi kemahuan puaka yang menuntut dihantar ancak membayar korban. Perkara amalan arwah datuknya sudah berakhir setelah orang tua itu meninggal dunia. Tidak patut Pawang Lamad pula meneruskan amalan demikian semata-mata membiarkan diri menyediakan ancam demikian.
 Sebaik sahaja diberitahu mengenai menantunya mengalami bencana, sengaja Lebai Badun datang men-jengah. Memang dia tidak menetap di kampung tersebut setelah berpindah di kampung isterinya jauh di sebelah hilir. Terpaksa dia bermalam di rumah anaknya Saemah apabila keadaan Kasan Bangau bertambah pasang.
Tengah malam Lebai Badun bangun solat tahajud. Ketika ini Saemah sekadar mendengar ayahnya berzikir sepanjang malam. Apabila diberitahu pada emaknya Uda Mijah, dia ingatkan sudah menjadi amalan ayahnya bangun tengah malam. Kadangkala Lebai Badun akan tersengguk-sengguk menangis kalau hatinya kian terharu semasa berzikir demikian.
"Biar ayah kamu tu begitu," tutur Uda Mijah ingat-kan anaknya supaya tidak risaukan keadaan ayahnya tersengguk-sengguk di tikar sembahyang.
"Tapi, ayah tu menangis dengarnya," bisik Saemah hairan disebabkan ayahnya menangis dalam saat demikian. Tentu ayahnya terlalu sedih dengan nasib yang menimpa Kasan Bangau yang tiba-tiba sahaja hilang ingatan.
"Tak apa, ayah kamu tahu apa yang dibuatnya," tegas Uda Mijah tidak bimbang apa-apa.
"Cubalah mak tengok ayah tu," desak Saemah setelah ayahnya mula reda daripada tersengguk-sengguk di hujung serambi.
"His, jangan ganggu ayah kamu tu," ujar Uda Mijah tidak mahu ganggu apa-apa.
Dia dapat mengagak tentu suaminya tengah menahan keharuan setelah melihat kebesaran Illahi yang tidak terjangkau oleh sesiapa. Memang Lebai Badun tidak peduli apa pun yang berlaku di sekelilingnya ketika itu setelah dia merasa dirinya terhumban jauh di kawasan lapang tidak ditumbuhi pohon-pohon.
Segera dia mengusap tangan ke muka dengan membacakan aI-Fatihah 7 kali. Dalam keadaan teraba-raba mencari arah, Lebai Badun bacakan pula surah ad-Dhuha berulang kali hingga dia jejak kaki di kawasan paya. Dia melihat Tok Syeikh berdiri di situ memegang tongkat rotan songsang dengan mengusap-usap janggut.
Lama ditenung mukanya oleh Lebai Badun, baru Tok Syeikh mengakui dia terlambat membantu Bidan Sitam bidankan Saemah. Sebab itu Bidan Sitam tidak menyedari yang lahir di dalam kelongsong sarung masih lagi di dalam kandungan. Tatkala ini lembaga dengan sembilan kepala terconggok memerhatikan Bidan Sitam.
Cepat-cepat Tok Syeikh memukulkan tongkat rotan songsang biar lembaga sembilan kepala itu berundur. Sebaik sahaja Bidan Sitam menyuruh suaminya Jabir Bauk turis kelongsong sarung berkenaan sekali gus Saemah merasakan perutnya dihiris dengan sembilu. Tetapi Tok Syeikh terus tercegat mengawal lembaga sembilan kepala itu supaya tidak boleh mendekati Saemah.
Tetapi Bidan Sitam tergesa-gesa menyuruh Jabir Bauk panggilkan Pawang Lamad setelah keadaan Saemah bertambah membimbangkan. Dia pitam seolah-olah menahan sakit di dalam perut. Apabila Kasan Bangau turun dari rumah mahu memanggil Pawang Lamad, Tok Syeikh tidak menjejakki sama. Tok Syeikh terpaksa bertahan bersama Bidan Sitam kerana bimbang lembaga sembilan kepala itu menyerbu.
Memang lembaga sembilan kepala itu heret Kasan Bangau menyusup di dalam lubuk paya sebelum sempat sampai ke rumah Pawang Lamad. Sewaktu Tok Syeikh menjejakinya Kasan Bangau terdampar di tepi paya setelah diheret ke situ. Tidak bertangguh Tok Syeikh memukul lembaga berkenaan dengan rotan songsang, tetapi tidak mampu memulihkan Kasan Bangau setelah diserap lembaga berkenaan.
"Ini bukan kerja bunian. Tuan," jelas Tok Syeikh kesal setelah keadaan Kasan Bangau tidak dapat dipulihkannya.
"Aku pun tak tuduh kerja bunian!" sahut Lebai Badun mencemik muka kerana tidak mahu Tok Syeikh mencampuri urusannya. "Bidan Sitam tak sepatutnya minta pertolongan kamu!" dia memberi isyarat supaya Tok Syeikh segera berundur.
Ketika ini Tok Syeikh tertunduk menahan rasa terharu. Dia tahu Lebai Badun tidak memerlukan dia sekalipun berhadapan dengan lembaga sembilan kepala itu, Bimbang juga dia sekiranya Lebai Badun akan salahkan dirinya apabila keadaan Kasan Bangau tidak dapat dipulihkan.
Memang Lebai Badun tidak harapkan Tok Syeikh menjelma. Seat ini dia sekadar memohon pertolongan Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Kemudian Lebai Badun menadah tangan terus berdoa:
Allahhumma ilaika asyku dhu'fa qauwati waqillati hilati wahuwani ‘alannasi ya arhamar rahimina anta rabbul mustadh-'afina wa-anta rabbi Ha man-takilni ba'i-din yatajahhamuni urn-iia 'aduwin mallaktahu amri...
Sekaligus angin berpusar kuat terus melontarkan Tok Syeikh jauh ke udara hingga laungan suaranya bergema. Di tengah pusaran angin yang kuat itulah tiba-tiba lembaga sembilan kepala jatuh tersungkur di depannya. Terkial-kial lembaga sembilan kepala itu bangun apabila nnelihat Lebai Badun di depannya laksana bukit tersergam.
"Tok Syeikh yang buat hal, kenapa aku Tuan Lebai rentap ke sini?" terketar-ketar lembaga sembilan kepala itu ketakutan setelah melihat Lebai Badun terlalu besar tercegat di depannya.
"Mana kamu sembunyikan Kasan!" jerkah Lebai Badun menjentik dengan jarinya hingga terkulai leher lembaga sembilan kepala itu.
"Kasan dah balik ke rumah," tersengih-sengih dia berdalih lantas menuding ke arah Kasan Bangau terkebil-kebil mata tidak tidur sekalipun tengah ma'am semakin sepi.
"Kamu nak permainkan aku ye!" terus Lebai Badun menghentak penumbuk menimpa lembaga tersebut bagaikan dihempap batu jeram sebesar reban ayam. Serentak dengan itu Lebai Badun membacakan:
Wahuwallahhu la-ilaha ilia huwa lahulhamdu fil-ula wal-akhirati walahul-hukmu wa-ilaihi turja'un.
Hentakan yang kuat itu menyebabkan tubuh lembaga itu terbenam hingga kepalanya sahaja terjongot bagaikan cendawan busut tumbuh di permukaan bumi. Terjerit-jerit lembaga berkepala sembilan itu meminta dilepaskan kerana bimbang akan dikutip oleh Tok Syeikh laksana mencabut cendawan busut tumbuh merata .
Terketar-ketar lembaga sembilan kepala itu beritahu mengenai dirinya jelmaan suami yang disumpah isterinya. Kepala mereka dikumpulkan menjadi satu tubuh setelah melanggar pantang larang. Katau tidak disebabkan ikutkan perasaan memang mereka tidak terjerumus berkahwin dengan seorang perempuan. Manalah mereka tahu mengenai isterinya amalkan menyeru jembalang tanah.
Sebaik sahaja menatap wajah perempuan cantik dengan rambut mengurai, mereka iantas sahaja terpikat. Apa lagi isterinya diharapkan orang-orang kampung bidankan isteri sesiapa sahaja bersalin. Asal sahaja diseru jembalang tanah sudah tentu tidak ada puaka mengganggu tatkala dia bidankan perempuan bersalin.
Mereka tidak berani membantah setelah berkahwin dengan isterinya sampai sembilan orang serentak. Siapa sahaja meminta berpisah nescaya akan kehilangan tenaga lelaki sampai menanggung sengsara seumur hidup. Memang isterinya mahu bersuami hingga sembilan suamisetelah mematuhi kemahuan jembalang tanah sekiranya mahu kekalkan kecantikan dirinya.
Apalah salahnya dia berkahwin sampai sembilan orang suami, asal sahaja wajahnya tidak dimamah usia. Dia tahu suaminya tidak akan mempunyai tenaga lelaki sekiranya jauh dari sisinya. Apabila suaminya diberitahu mengenai cendawan tumbuh di atas busut boleh memulihkan tenaga Ielakinya, tidak bertangguh mereka mencari di merata belukar.
Sebaik sahaja menjamah cendawan yang tumbuh di atas busut, sekali gus pula isterinya mengalami gatal-gatal kulit hingga tergaru-garu. Lama kelamaan kulitnya menjadi reput akibat digaru berterusan. Marah benar jembalang tanah setelah perempuan itu membiarkan sembilan orang suaminya meragut cendawan yang tumbuh di atas busut.
Sebab itulah jembalang tanah cabut kepalanya dicantum pada satu tubuh lantas dicampakkan ke tengah paya. Di situlah mereka ditimbuni lumpur setelah perempuan berkenaan tersisih jauh di tengah rimba. Tatkala Pawang Tua di kampung berkenaan diberitahu mengenai gangguan puaka paya, dia cam mengenai lelaki sembilan kepala yang dicampakkan jembalang tanah ke situ.
Lantas Pawang Tua campakkan dia ke pinggir bukit dengan dihimpit di bawah batu besar. Di situlah lelaki berkepala sembilan yang disumpah jembalang tanah itu dicampakkan biar tidak mengganggu kawasan paya berkenaan. Asal sahaja puaka rimba menjelma nescaya lelaki berkepala sembilan akan bersernbunyi di bawah batu biar tidak dapat dikesan.
Asal sahaja dikibas puaka rimba bila-bila kepala mereka akan terjongol menjadi cendawan busut. Ketika ini jembalang tanah akan mengutip lantas meratah tidak bersisa. Mereka akan bertahan di situ sehingga kepalanya tumbuh semula bagaikan cendawan di musim hujan Iuruh.
"Lepaskan kami Tuan Lebai," rintih lembaga berkepala sembilan itu meng-harapkan belas kasihan metelah memberitahu mengenai asal usul mereka menjadi puaka bukit yang dihimpit batu. Memang Pawang Tua yang kurung mereka di situ biar tidak mengganggu penduduk-penduduk kampung.
Lebai Badun mengisar tapak tangannya hingga pokok-pokok yang tersergam tumbang menimpa lembaga berkenaan. Kemudian dia mengisar ibu jari tangannya menenyeh kepala yang terjongol di permukaan tanah bagaikan cendawan busut. Terjerit-jerit lembaga tersebut menahan kesakitan akibat tengkuk terkulai tidak bertahan.
Ketika ini Lebai Badun membacakan surah al-lkhlas 17 kali diikuti dengan Ayatul Kursi jugs 17 kali. Sekali gus tanah di keliling lembaga berkenaan cair mendidih Iaksana dodol terjerang di dalam kawah. Semakin kuat jerit lembaga itu meminta belas kasihan dengan merintih-rintih.
Dia tidak peduli jeritan lembaga berkenaan meminta tolong, tetapi Lebai Badun terus membacakan:
Wajaralu lillahhi syuraka al-jinna wakholaqohum wakhora qaulahu banina wabanatin bighairi rilmin, subhanahu wata'ala 'amma yusifon.
Ketika ini laungan lelaki itu bergema di udara, hingga angin kencang mengeluas kuat.
"Tuan Lebai, kenapa musnahkan makanan kami?" rungut lembaga besar yang terapung-apung di udara bersama elusan angin kencang itu.
Belum sempat lembaga itu mahu meneruskan cakapnya, pantas sahaja dicekak oleh Lebai Badun. Lembaga besar itu terperosok dalam tapak tangannya terus dikisar tidak bertangguh. Terkial-kial lembaga besar di tapak tangannya yang menjadi kecil seolah-olah semut merangkak di dahan, apabila tubuh Lebai Badun bertambah besar.
Dalam masa lembaga tersepit di celah tapak tangannya terjerit-jerit itulah perempuan hodoh rambut mengerbang terketar-ketar menjelma. Suaranya gementar tatkala melihat tubuh Lebai Badun tersergam hingga kepala cecah ke awan. Sekali gus Lebai Badun cam lembaga di depannya puaka rimba yang diusir jauh oleh Pawang Tua setelah bersatu dengan jembalang tanah.
"Buang saja kami macam yang Pawang Tua lakukan," ujar lembaga perempuan hodoh itu mendesak Lebai Badun menuruti kemahuannya sama seperti pernah dilakukan oleh Pawang Tua berpuluh tahun sebelum itu.
Memang Lebai Badun tidak peduli apa pun rayuan perempuan tua hodoh itu. Di tamparnya tanah hingga cair berlubuk menyebabkan perempuan tua hodoh itu tenggelam tidak sempat bertutur apa-apa. Lembaga besar di tapak tangannya juga dipusar dengan hujung telunjuk hingga tenggelam Iaksana digerudi jauh ke dasar.
Ketika inilah dia melihat Kasan Bangau termangu di tengah paya bagaikan bayi baru dilahirkan. Segera Lebai Badun azan di telinga kanannya sampai tujuh kali. Tiba-tiba sahaja Kasan Bangau terbersin tiga kali memecah kesepian malam. Ketika ini memang Uda Mijah dengan Saemah terdengar Kasan Bangau terbersin kuat menyebabkan mereka terkejut. Cepat-cepat Uda Mijah menjengah ke serambi melihat Lebai Badun masih lagi terconggok di atas tikar sembahyang.
Tiga kali Kasan Bangau terbersin terus sahaja dia bingkas bangun. Tidak bercakap apa-apa Kasan Bangau menerpa pada anaknya lantas dicium beberapa kali. Kemudian dia terus sahaja mandi di telaga mengambil wuduk. Dia naik ke rumah terus solat sunat di belakang bapa mentuanya.
Lama juga Kasan Bangau tidak dapat beritahu apa-apa pun kejadian yang dialaminya hingga dia hilang ingatan. Selepas itu baru dia beritahu Isterinya mengenai dirinya seolah-olah terkurung di dalam kelongsong sarung hingga tidak dapat mencari jalan keluar. Cam sangat dia semasa tergopoh-gopoh mahu ke rumah Pawang Lamad tiba-tiba sahaja dihadang lelaki berkepala sembilan.
Tatkala berundur mahu selamatkan diri dia terjatuh dalam jurang terus terhumban ke dalam karung yang menunggu di bawahnya. Puas terkial-kial mencari jalan keluar baru dia merasa karung itu ditarik naik ke atas. Bapa mentuanya sendiri yang koyakkan sarung kelongsong hingga dia terbersin tidak bertahan.
"Kami minta maaflah pada awak Tok Syeikh!" tutur Bidan Sitam menyeru Tok Syeikh menjelma setelah diberitahu oleh Kasan Bangau mengenai kejadian yang menimpanya.
"Sebab itu awak jangan marahkan kawan terburu-buru!" lantas Tok Syeikh ingatkan Bidan Sitam. Dia juga mengaku tidak dapat beritahu apabila dikibas oleh Lebai Badun seolah ditolak angin kencang menyerbu.
Semenjak itulah Bidan Sitam diberitahu oleh Tok Syeikh mengenai cendawan busut jelmaan lelaki berkepala sembilan itu. Dia ingatkan supaya Bidan Sitam tidak kutip cendawan yang tumbuh di atas busut sekalipun subur memutih. Sebab itu dia tunjukkan pada Bidan Sitam petua biar cendawan busut berkenaan dipindahkan tumbuh di tanah lembap.
Memang Bidan Sitam ingatkan anak cucunya mengenai petua mengutip cendawan busut yang tumbuh supaya tidak diganggu jembalang tanah. Bila-bila jembalang tanah akan menyerbu asal sahaja cendawan busut tumbuh setelah bersumpah dengan lelaki berkepala sembilan.
"Memang asalnya cendawan to tumbuh di atas busut, sebab itu dipanggil cendawan busut," tutur Bidan Manyun menatap muka saya apabila kenang neneknya memang cucu Bidan Sitam.
"Labit mana nak percaya semua ni, nenek," lantas Satimah Lembeng mengerling suaminya Labit Kubin yang tersengih-sengih menunduk.
"Ustaz macam mana, percaya ke?" lantas Labit Kubin mencuit bahu saya, tetapi saya sekadar tersenyum sahaja tidak menyahut apa-apa.