LAMA
termengah-mengah sambil mengurut dadanya, barulah Saedah meminta minum. Tidak
bertangguh pula isteri saya menghulurkan gelas berisi air sejuk. Selepas
meneguk air Saedah menggamit suaminya Juki yang duduk di lunjur kaki. Juki mendekati
isterinya. Apabila dia menyuruh Juki meraba di bawah selimut, terkejut suaminya
mendapati baju tidur Saedah dipenuhi darah.
Gementar Juki menunjukkan kepada saya kesan
darah di jarinya. Isteri saya segera menguis selimut Saedah. Memang benar baju
tidur Saedah bergelumang dengan darah yang masih pekat.
"Darah
apa ni, Ustaz?" tergagap-gagap Juki memerhati darah yang melekat pada
jarinya.
Saya
memegang tangan Juki. Bau hanyir darah itu sama seperti orang baru sahaja lepas
bersalin. Tetapi Saedah bukanlah melahirkan anak hingga darahnya tumpah demikian.
Dia sekadar pitam hingga terhuyung-hayang di bilik air. Kalaulah Adik Mah
pembantu rumahnya tidak ternampak dia terhuyung hayang, mungkin Saedah jatuh
tertiarap di bilik.
Sebaik
sahaja Adik Mah temampak dia terhuyung hayang, segera dipapahnya ke bilik tidur.
Tidak bertangguh dia memanggil Juki yang masih tersandar menonton TV di tingkat
bawah. Hairan juga Juki apabila dipanggil Adik Mah dalam keadaan cemas tidak
keruan.
Ketika
dilihatnya bibir Saedah lebam biru, tidak bertangguh Juki menelefon saya. Saedah
mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya, sewaktu saya datang bersama
isteri.
"Awak
luka ke?" soal isteri saya memegang tangan Saedah.
"Tidak..."
jelas perempuan itu terketar-ketar. "dah larna macam ni, Kak Aji, kalau
saya pitam tiba-tiba sahaja baju yang saya pakai berdarah," beritahunya
dalam keluhan pendek.
"Ustaz
agak, darah apa ni?" Juki bangun lantas membasuh tangan ke bilik air.
Kemudian dia duduk semula di sisi isterinya sambil memerhati saya bertanya
lagi, "Dari mana datangnya darah ni?"
Saya
tidak menyahut. Bagaimana mahu rnemberitahu dia mengenai darah yang berlenjap
mernbasahi baju tidur. Saedah, sedangkan perempuan itu tidak luka di mana-mana.
Saedah sekadar, pitam menyebabkan kepalanya terasa bagaikan berputar ligat
hingga dia terhuyung-hayang tidak dapat .berdiri kuat.
Memang
darah di baju tidur Saedah masih baru kesan-nya, tetapi bukan disebabkan luka.
Darah tersebut jelas seperti perempuan lepas bersalin sahaja.
"Sejak
bila, dia kena macam ni?" saya pula bertanya pada Juki.
"Dia
tak pernah beritahu saya, ustaz' jelas Juki kehairanan dengan keadaan isterinya.
"Habis,
bila awak tahu dia begini.?" ujar saya mencebik bibir semacam tidak
percaya dengan penjelasan Juki.
"Malam,
ini laaa, “ Juki berterus terang sambil tangannya masih menggenggam jari.
Saedah.
Sudah
berkali-kali Saedah mengalami pitam demikian, semenjak dia janda ditinggalkan
suaminya. Hinggalah dia berkahwin dengan Juki yang masih bujang, Saedah tetap
merahsiakan segala kejadian yang menimpanya diri itu.
Kalau
dia pitam hingga jatuh tersungkur pun, Juki tidak menyedari. Saedah akan cepat
berpaut di mana-mana, sekiranya dia merasakan pitam itu menyerang. Hanya
beberapa minit sahaja pitam akan hilang sendiri. Ketika inilah dia merasakan pakaiannya
akan dibasahi darah pekat yang hanyir.
Tetapi
malarn itu dia tidak dapat menyembunyikan lagi. Sebaik sahaja selesai makan
malam dia bersiap-siap mencuci muka dan menggosok gigi sebelum tidur. Biarlah
Juki tersandar di sofa menonton TV sampai habis siaran pun.
Dia
perlu tidur cepat, kerana sudah berjanji dengan kawan di pejabat untuk datang
mengambilnya. Dia tidak perlu ke pejabat dihantar oleh Juki, kerana biasanya
Ani menunggu di simpang jalan.
Habis
sahaja menggosok gigi, tiba tiba Saedah merasa kepalanya pening. Dia cuba
berpaut ke sink. Ketika inilah Adik Mah ternampak dia terhuyung-hayang. Memang
Juki sendiri tidak menduga penyakit yang dihidapi oleh isterinya itu, sekalipun
rnereka sudah hampir enam bulan berkahwin. Sudah tiga kali pula Saedah mendesak
dia berpindah rumah. Disebabkan Juki tidak mahu melukakan hati isterinya, dia
terpaksa juga menurut kemahuan Saedah. Setiap kali isterinya mendesak dia berpindah
rumah, Juki tidak pula bertanya sebabnya.
"Awak
dah jumpa doktor?" soal isteri saya membantu Adik Mah menyalinkan baju
Saedah yang habis dibasahi darah.
"Doktor
kata saya kena megrim," ujar Saedah perlahan menahan nafasnya yang masih
tercungap-cungap lemah.
"Takkan
sakit kepala, baju habis darah..." sahut Juki tersengih-sengih mengerling
ke arah saya. "Doktor pun tak dapat agak, penyakit macam ni," katanya
menghela nafas, dalam keluhan pendek.
"Awak tak rasa sakit, dengan darah
ni?" semakin hairan isteri saya dengan penyakit yang meng ganggu Saedah.
"Tidak,"
jelas Saedah menggeleng kepala. "Saya tak luka, dan darah ni, tak tau dari
mana datangnya," terbayang ketakutan di wajahnya semasa memberitahu demikian.
Saya
pun tidaklah kenal sangat dengan Juki, semenjak dia berpindah ke kawasan
perurnahan dekat Kadir Misai tinggal. Pembantu rumahnya Adik Mah ini, memang
ada bau-bau bacang dengan Kadir Misai. Dalam keadaan cemas itulah Adik Mah
memberitahu Juki supaya menelefon Kadir Misai.
Apabila
Kadir Misai menyuruh dia menelefon saya, tidak bertangguh Juki menelefonnya.
Kalau tidak kenangkan Adik Mah, keberatan juga saya mahu menjengah ke rumah
itu. Apalagi sudah jam sebelas setengah. Kadir Misai pula apabila saya
menelefonnya hanya meminta maaf beberapa kali, kerana menyuruh Juki menelefon
saya.
"Saya
tahu ustaz marah, tapi saya tak ada jalan lain," ujar Kadir Misai di
telefon, setelah mendapat tahu penyakit yang menimpa Saedah.
Tetapi
Kadir Misai pun sekadar rnahu membantu Juki. Kesihan juga dia apabila Juki menelefon
dalam keadaan tidak keruan. Kalau Juki menghadapi kesusahan, tentu Adik Mah
juga tidak senang diam. Bagaimana kalau Adik Mah sendiri menelefon dia?..
Sebab
itulah dia terpaksa juga memberitahu Juki supaya menelefon saya. Adik Mah
sendiri bercakap di telefon memberitahu keadaan Saedah. Dalam keadaan serba
salah, saya terpaksa juga ke rumah Juki dengan mengajak isteri saya bersama.
"Sekarang
dah terasa lega," beritahu Saedah setelah menyalin pakaian.
Baju
tidurnya yang dIbasahi darah itu direndam oleh Adik Mah di dalam besen. Ketika
Adik Mah merendam baju jtu, dilihatnya ulat terkapung di dalarn air macam hampas kelapa memutih. Terjerit dia
lari masuk ke bilik, sampai terputus-putus suara mahu menjelaskan.
"Kenapa,
Adik Mah?" soal isteri saya sebaik sahaja Adik Main tercegat di sisinya
dalam keadaan cemas.
Terpaksa
pula isteri saya ikut ke bilik air untuk mempastikan. Ketika isteri saya datang
menggamit, dia juga dalam keadaan ketakutan. Saya dan Juki sendiri melihat di
dalam besen merendami baju dibasahi darah itu, ulat berenga terkapung bagaikan
hampas kelapa. Kesan darahnya tidak ada lagi. Baju tersebut tetap bersih tidak
ada kesan darah langsung.
Apabiia
diangkat daripada besen, kesan darah itu masih berbekas di aitu. Kesan darah
itu akan hilang sekiranya. pakaian berkenaan direndam, tetapi kelihatan pula
ulat-ulat berenga terkepung.
"Ini
kerja sihir..." rungut Juki apabila kami semua duduk semula menghadap Saedah.
"Kepandaian
orang, macam-macam," sahut isteri saya mendengus perlahan.
"Apa
untungnya, dia orang buat macam ni?" Juki mencebik bibir sambil merapati
isterinya yang masih terbaring keletihan.
Ketika
ini orang memberi salam dari halaman rumah. Cepat-cepat Adik Mah berlari turun
ke tingkat bawah, mernbukakan pintu. Tidak lama kemudian dia naik. semula ke tingkat
atas bersama Kadir Misai dan isterinya Naemah.
Belum
sempat Kadir Misai duduk, Juki sudah menariknya ke bilik air. Dia perlu
tunjukkan kepada kawannya itu, petaka yang menimpa keluarganya. Naemah juga
ikut sama ke bilik kehairanan dengan sikap Juki tergesa-gesa menarik Kadir
Misai.
Tetapi
mereka balik semula dalam keadaan hampa. Kadir Misai dan Naemah sekadar melihat
baju tidur yang bersih terendam di dalam besen, Tidak ada kesan darah pekat berbekas,
atau ulat berenga terkapung bagaikan hampas kelapa memutih
"Tak
ada kesan darah tu,. ustaz," ujar Juki menggeleng-geleng lemah sambil
rnengajak Kadir Misai duduk.
"Buat
apa baju bersih direndarn..?" Kadir Misai tersengih-sengih sama macam mengejek.
“Tadi
memang ada darah," kata Adik Mah perlahan.
Tetapi
Kadir Misai tidaklah terkejut sangat apabila diberitahu keadaan yang menimpa
Saedah. Apa sangatlah dengan darah yang tiba-tiba mamercik banyak pada baju
Saedah, kalau bandingkan dia tergamam melihat kepala jatuh di tepi jalan ketika
melintas Sekincan.
Daiam
perjalanan ke Sitiawan, dia melalui jalan Sekincan bersama saya. Kemudian
terserempak dengan pemuda mengerang-ngerang duduk di atas batu tanda jalan. Dia
gagahi hatinya turun daripada kereta untuk membantu.
Sebaik
sahaja ditegur kepala pemuda itu tiba-tiba jatuh, dan tubuhnya serta merta hilang
dalam kesamaran malam.
Bukan
sekali dua Kadir Misai mengalami kejadian demikian. Sebab itu dja tidak hairan
apa-apa apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Saedah itu.
"Sebab
itulah saya ajak Abang Juki ni pindah, Kak Aji," Saedah bersuara lemah
mengerling isteri saya. "Setiap kali kami pindah, gangguan ini tetap mengikut
ke mana saja saya tinggal," katanya menggertap bibir malepaskan geram
dengan kejadian tersebut
"Awak
pindah pun, masalah ni tak selesai," sahut Kadir Misai mengisar duduknya
sambil menupang tangan ke lutut. “Lebih baik berubat, jangan tangguh-tangguh
lagi," dia mencuit bahu Juki
"Sebelum
kahwin dengan Abang Juki pun saya dah berubat, Abang Kadir," jelas Saedah
mengeluh pendek. "Dah banyak tempat saya jumpa bomoh, tapi rnacam tu
juga," ujarnya semacam berputus asa untuk berubat.
Memang
dia mengakui, suaminya terpaksa meninggalkan dia disebabkan masalah gangguan
saya berterusan itu. Suaminya sebelum itu terpaksa melafaz kan talaq disebabkan
tidak tertahan berhadapan dengan penyakit yang menimpa Saedah. Sebab itulah
Saedah tidak berani memberitahu Juki mengenai rnasalah tersebut. Dia sengaja
merahsiakan, supaya Juki tidak tahu apa-apa mengenai kejadian tersebut.
Bimbang
juga Saedah dia akan ditinggalkan oleh Juki sekiranya rahsia panyakitnya itu
diketahui. Manalah tahu hati orang, mudah sahaja kecewa dengan keadaan yang
menimpa isteri sendiri.
Tetapi
Saedah tidak dapat rnelawan takdir yang menyelubungi dirinya. Selepas kernatian
teman rapatnya Bahariah, saban malam bayangan kawannya seolah-olah menjelma di
hadapannya. merasakan semuanya berlaku seperti tetapi dia dapat mengagak
keadaan dirinya bukanlah diuliti oleh mimpi.
Hanya
ketika kepalanya dirasakan bagaikan berpusing ligat, dia seolah-olah dikunjungi.
oleh Bahariah dengan pakaian penuh darah, Apabila dia terhuyung-hayang, Bahariah
akan segera memapahnya. Bekas darah di baju Bahariah akan meiekat pada
pakaiannya sendiri.
Setiap
kali. dia memberitairu suami nya sebelum itu, Mahram, lelaki berkenaan menjadi
bimbang. Mahrarn sudah berikhtiar rnembawanya menemui beberapa orang bomoh. Sampai
ke Mentakab pun, Mahram akan membawa isterinya berubat, asal sahaja gangguan
tersebut dapat dihalang.
Tetapi.
gangguan itu semakin galak. Sampai lat dua malam sekali, Saedah akan
dikunjungi. Dia akan terkial-kial akibat pitam menyerang tiba-tiba. Tidak
bertangguh bayangan Bahariah akan memapahnya ke katil, supaya tidak jatuh
tersungkur di mana-mana.
Disebabkan
tidak tertahan dengan keadaan itulah, Mahram terpaksa menceraikan Saedah. Dia
tidak mahu gangguan itu terus menyusahkan dirinya. Sampai bilapun dia tidak
akan tenteram, selagi jelmaan Bahariah terus muncul saban malam.
"Memang
salah awak," gerutu Mahram melepaskan geram, setelah Saedah merayu mengajaknya
berpindah rumah. "Awak terlalu baik dengan dia, sebab itulah awak termimpi
mimpi dia datang!" marah benar suaminya sebabkan gangguan tersebut semakin
galak.
Mahram
percaya isterinya sekadar termimpi-mimpi bertemu Bahariah setelah temannya itu
meninggal dunia, disebabkan hubungan mereka berdua begitu akrab. Perkara
gangguan itu semata-mata direka oleh Saedah, bagi memaksa dia berpindah rurnah.
"Lebih
baik kita pindah, bang," desak Saedah berulang kali. Memang dia tidak
berani menunggu lama di rumah tersebut, kalau bayang jelmaan Bahariah sentiasa
mengganggu.
"Mimpi,
apa nak ditakutkan!" sahut Mahram bekeras tidak mahu berpindah rumah. Lainlah
kalau pindah ke rumah sendiri. Bila-bila pun Mahram akan turuti kemahuan
Saedah.
Kalau
sekadar pindah rumah sewa juga, apalah ertinya bersusah payah menyewa lori
memunggah barang-barang. Malah dua tiga hari masih terasa penat badan selepas
berpindah rumah. Sebab itulah Mahram tidak mahu sangat menuruti kemahuan
isterinya.
"Abang
mahu, saya mati kejang di rumah ni?" bentak Saedah tidak dapat menahan
sabar setelah suarninya berkeras tidak mahu berpindah.
Tentu
Mahram tidak tahu betapa gerunnya dia menghadapi suasana yang sukar dinyatakan
kepada orang lain. Dia sendiri nampak Bahariah berdiri di hadapannya. Kemudian
memapah dia ke bilik tidur, hingga kesan darah berbekas pada bajunya.
Sewaktu
Bahariah meninggal dunia selepas melahirkan anak, dialah yang bersusah payah
membantu kawannya itu. Dia mengajarkan dua kalimah syahadat kepada Bahariah,
sewaktu kawannya itu menyentak-nyentak bahu akibat sesak nafas.
Darah
masih banyak tumpah, apabila Bahariah menutup matanya rapat-rapat Tidak ada
apapun pesanan Bahariah, sekalipun dia tidaklah mengerang-ngerang kesakitan.
Baharian tetap tenang selepas selamat melahirkan anaknya di wad bersalin.
Selepas
anaknya lahir, Saedah terus menjengah. Dia mengusap-ngusap kepala Bahariah.
Kesihan juga dia dengan nasib yang menimpa kawannya mengandung setelah, ditipu
teman lelakinya. Bahariah tidak berani balik ke kampungnya akibat perbuatan
teman lelakinya yang meninggalkan dia dalam keadaan demikian.
Cuma
Saedah tempat dia mengadu Saedah yang menjadi kawan akrabnya itulah melindungi
dia. Menguruskan semua persiapan untuk bersalin, hingga menghantarnya ke hospital
juga. Mahram tidak rnelarang isterinya mengambil berat mengenai masalah
Bahariah.
Apalah
salah isterinya mengambil berat, ketika Bahariah memerlukan pertolongan.
Keluarganya di. kampung tentu memarahi dia setelah didapati mengandpng. Mereka
tidak peduli lelaki yang menyebabkan Bahariah mengandung lari ke manapun,
tetapi Bahariah yang mesti disalahkan. Kenapa dia membiarkan diri nya digoda,
hingga terjerumus dalam lembah perbuatan yang menghinakan.
Tjdak
lama selepas bersalin itulah .Bahariah mengadu perutnya terasa merengat-rengat.
Belumpun sempat jururawat datang membantu, darah sudah banyak tumpah
menyebabkan baju Bahariah dibasahi darah pekat hanyir itu. Sernua kejadian yang
menyayukan itu berlaku di hadapan Saedah sendiri.
Sebab
itulah Mahram percaya isterinya termimpi-mimpikan Bahariah, disebabkan dia
terlalu mengambil berat masalah yang menimpa kawannya itu. Saedah terpaksa
memujuk keluarga Bahariah, supaya menguruskan mayatnya dikebumikan di kampung
halamannya sendiri.
"Cukuplah,
sekali sahaja pindah rurnah..." Mahram tetap berkeras tidak mahu berpindah
algi, sekalipun didesak berulang kali oleh Saedah.
"Kalau
di rumah ni, gangguan itu akan datang juga," ujar Saedah terus memujuk
suaminya supaya berpindah juga.
"Pindah
pun tak guna," tersinggung juga Mahram dengan sikap isterinya berkeras
sangat mahu berpindah. "Ke manapun pindah, bayang Bahariah akan ikut,
sebab dia ada dalam ingatan awak!" suara keras Mahram makin mengguris
perasaan Saedah.
"Saya
mesti pindah juga," Saedah memberi keputusan tegas.
"Awak
pindahlah sendiri," balas Mahram pula menyatakan pendiriannya. Mereka
sama-sama berkeras. Siapa pun tidak mahu mengalah. Memang Mahram tidak percaya
langsung bayang jelmaan Bahariah datang dalam hidupnya.
Tetapi
apabila dia sendiri melihat baju Saedah mempunyai kesan darah, hatinya berdetak
juga. Apabila baju tersebut direndam kelihatan ulat berenga terapung bagaikan
hampas kelapa memutih. Setelah dibiarkan setengah jam baju itu, bersih semula
tidak ada lagi tanda kesan-kesan darah bertompok di situ.
Mahram
pula menjadi seram. Selagi dia hidup bersama Saedah, tentu keadaan tersebut
sentiasa menyelubungi kehidupan mereka suami isteri. Lantas sahaja dia membuat
keputusan meninggalkan Saedah. Biarlah mereka bercerai asal sahaja kehidupan
menjadi aman tenteram.
Tidak
lama Saedah menjadi janda, Juki pula melamarnya. Terbuka sahaja hatinya mahu menerima
lamaran Juki sekalipun lelaki itu masih bujang. Juki sendiri. tidak perlu memilih-milih
dalam menentukan jodoh. Hatinya tiba- tiba
sahaja terpaut pada Saedah sekali pun dia menyedari perernpuan itu sudah janda
Apabila
dia meluahkan rasa hatinya pada Kadir Misai abang angkatnya itu tidak
membantah. Kadir Misai sendiri sanggup menguruskan perkahwinannya. Selepas
berkahwin dengan Juki pun, Saedah terus mengalami kejadian yang menimpa dirinya
selama ini.
Tetapi.dia
sengaja merahsiakan dari pada Juki. Lagipun Juki tidak membantah kalau dia
mengajak berpindah rumah. Bimbang juga dia mahu memberitahu sebab-sebab
mendesak untuk berpindah rumah. Manalah tahu Juki akan meninggalkannya sama
seperti Mahram juga.
"Macam itulah, Kak Aji," beritahu Saedah
mernandang isteri saya selepas menceritakan masalah yang menimpa dirinya.
"Tak
mau percaya, dah kita iihat sendiri," sahut isteri saya pula dalam keluhan
memanjang. "Macam mana pula baju Saedah tiba-tiba berdarah," dia mencebik
bibir menggeleng-geleng lemah.
"Perkara
yang tak boleh kita hairankan, Hajah Yah," Kadir Misai tersengih-sengih
berpaling kepada isteri saya.
"Memanglah,"
cepat sahaja isteri saya memotong. "Kalau kehendak-,Nya, cukup aje dengan
kun faya-kun," ujarnya terangguk-angguk.
Tetapi,
Saedah bimbang mahu mem beritahu masalah tersebut. Bukan sahaja bimbangkan Juki
hilang sabar, malah dia merasa diejek-ejek sekiranya saya tidak mahu
mempercayainya. Manalah tahu saya akan menuduhnya berbohong, semata-mata mahu
menguji hati Juki terhadap dirinya.
Masakan
saya mahu menuduh Sae-dah berbohong. Saya sendiiri melihat baju tidurnya
berlumur darah hanyir. Apabila direndam oleh Adik Mah tiba-tiba sahaja besen dipenuhi
berenga berkapungan bagaikan hampas kelapa memutih. Tidak lama selepas itu
semuanya menjadi bersih semula seolah-olah tidak langsung kesan darah berbekas.
Kalau
Saedah tidak rnemberitahu pun, saya tidak hairan apa-apa. Perkara yang dialami
Saedah tentu lebih kecil, kalau dibandingkan langit yang dijadikan dengan tidak
bertiang untuk menupangnya. Apalagi dengan peristiwa burung-burung yang
dihancur lumatkan, kemudian diletakkan di empat penjuru bukit dan Nabi Ibrahim
Khalillullah diperintahkan supaya menghidupkan semula burung-burung berkenaan,
Kejadian-kejadian
demikian hanya mengajak kita bersyukur kepada Allah lantas menginsafi akan
kebesaran dan kekuasaanNya.
Perlahan-lahan
saya mengesat pelupuk mata, sewaktu balik meninggalkan rumah Juki. Hampir jam
12 rnalam, baru saya dan isteri sampai di rumah.
"Ustaz
sedih sangatkah dengan cerita Saedah tu?" soal isteri saya sewaktu membuka
pintu.
"Ah,
apa pula nak disedihkan," sahut saya perlahan lantas melangkah masuk.
"Saya
llhat, ustaz mengesat mata," rupa-rupanya isteri saya menyedari perbuatan
saya ketika melangkah keluar dari pintu rumah Juki.
"Subhanallah..."
ujar saya masih menahan rasa keharuan yang menusuk. "Macam-rnacam Allah
tunjukkah kekuasaanNya, tetapi manusia tak juga mahu insaf kata saya perlahan.
"In-nallahha ma' al-lazinat taqau-wal
lazinahum mohsinon,"
sengaja
isteri. saya menyebutkan ayat 128 daripada Surat al-Nahl itu.
Saya
tidak rnenyahut apa-apa. Memang ayat itu jelas mengingatkan kita; sesungguhnya
Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat
kebajikan.
Seminggu
selepas kejadian menimpa Saedah itu berlaku, Kadir Misai pula rnenelefon saya
dari rumah Juki. Dia sudah masuk tidur jam 11 malarn, ketika Juki datang
menjemput ke rumahnya. Terpaksa pula Juki tinggalkan Saedah bersama. Adik Mah
dalam keadaan penyakitnya berulang semula.
Malas
juga saya rnahu tergesa-gesa pergi.. Biarlah Kadir Misai lakukan apa yang
perlu, sementara menunggu saya datang. Setidak-tidaknya Kadir Misai boleh juga
mendoakan mengikut kemampuan dia. Harapkan saya pun, bukan bermakna Saedah boleh
sembuh serta merta.
Seminggu
sebelum itu pun, saya sudah berusaha mahu membantu. Tetapi gangguan yang
merasuk Saedah rnasih juga berulang. Ketika saya berbelah bahagi mahu ke rumah
Juki ini saya membacakan juga:
Wayas-alunaka
anir-rohi qulir rohu-min amri-Rabbi wama-utitum minal-ilmi il-la-qalil.
Selepas
itu. saya mula mengingatkan: istighfar 3 :kali,
A'u-zubillahhi
minasy syaitanhir-raiim 3 kali,
Bismillahhir
Rahmannir Rahirrz 3 kali,
dua
kalimah syahadat 3 kali,
sala-wat
3 kali. dan
tas-bih
juga 3 kali.
Kernudian
saya tidak lepas dari mengingati Allah dengan zikir yang jauh hingga menggoncang
di sanubari. Saya tidak mempedulikan lagi tentang panggilan telefon Kadir Misai
memberitahu mengenai gangguan yang merasuk Saedah. Biarlah mereka menghadapinya
sendiri.
Ketika
saya semakin lernas dalam asakan nafas, saya merasakan kaki seolah-olah jejak
di hadapan pintu rumah Juki. Ketika menjengah ke bilik, Kadir Misai dan Juki
bagaikan membiarkan sahaja Bahariah mendakap Saedah dengan pakaiannya
berlumuran darah. .
"Ustaz
keluarlah dari sini” Bahariah berpaling ke arah saya sambil menggigit bibir
rnenahan kesakitan di perutnya, "Saya malu berhadapan dengan ustaz,"
katanya merayu dengan sepenuh hati.
Saya
tidak menyahut. Seluruh sanubari terasa bergoncang kuat oleh zikir
menusuk-nusuk.
"Saya
nak minta maaf pada Saedah," beritahu Babariah berundur, lantas melepaskan
Saedah daripada dakapannya. Ketika ini baju Saedah juga dilekati bekas darah
yang membasahi bajunya.
Apabila
saya membacakan Fatihah tiga kali, tiba-tiba Bahariah menutup telinganya. Jari
telunjuknya yang rnenutup telinga keIihatan berdarah hingga meleteh jatuh ke
pipi.
`Cukuplah
ustaz, pecah telinga saya," ujarnya merintih-rintih kesakitan dengan tubuh
terketar-ketar.
Tetapi
saya tidak pedulikan rintihan dia. Saya terus membacakan Surat al-Ikhlas11
kali, menyebabkan tubuh perempuan itu retak retak bagaikan kaca cermin dihentak
kuat.
Bayangan
Bahariah menangis terisak-isak sambil melutut di hadapan Saedah, Rintihannya
tidak dapat didengar oleh Saedah teman akrabnya. Terketar-ketar bibirnya
mernberiatahu dia mengkhianati persahabatan dengan Saedah. Jauh di sudut hatinya
dia tetap merahsiakan hubungannya dengan Mahram daripada pengetahuan teman
akrabnya itu.
Mudah
sahaja hati nya menyerah apabila digoda oleh Mahram. Dia lupa tentang hubungan
akrabnya dengan Saedah. Sehingga dia mengandung pun. Saedah tidak menyedari apa
yang telah dilakukannya terhadap dirinya. Kesihan juga. Saedah kerana keluarga
di kampung tidak mahu menerima Bahariah, setelah dia mengandung.
Puas
didesak siapakah lelaki yang merosakkan hidups nya, Bahariah tetap merahsiakan.
Biarlah dia menanggung segala penderitaan. Dia sanggup memendamkan semuanya
jauh di lubuk hati, Biarlah siapapun tidak tahu. Dia juga tidak mahu memberitaliu
Saedah.
Bahariah
tidak tergarnak melukakan hati kawannya akibat perbuatannya sendiri.
Sekali-sekala
teringin juga mahu meluahkan semuanya di hadapan Saedah, setelah kawannya itu
bersusah payah memberi perlindungan kepadanya. Bukan sekadar membawa ke klinik
untuk rawatan semasa mengandung malah Saedah sendiri menunggunya di wad sampai
selamat bersalin.
"Saya
nak minta rnaaf pada Saedah, ustaz.," rintih bayang jelmaan Bahariah
menangis terisak-isak.
"Awak
tak perlu ganggu dia," jerkah saya menudingkan jari telunjuk dengan membacakan:
lanar-jumanakum walaya-mas-sanna kum min-na
`zabun `alim, 3
kali.
Dia
tidak dapat mengelak dari terjahan api memancar pantas dari hujung jari
telunjuk itu,
"Saya
mahu dia hukum saya," perempuan itu menangis sayu sambil mengampu
perut-nya dengan baju berlumuran darah.
"Allah
lebih Maha Mengetahui,"- sahut saya membacakan pula Ayatul Kursi 33 kali,
menyebabkan lantai tempat dia berpijak bergegar kuat hingga tidak dapat
berjejak.
"Saya tak sempat minta ampun dari
Saedah," beritahunya tergigil-gigil dengan menundukkan kepala akibat malu
mahu menatap muka saya. Apabila saya riembacakan Fatihah dan menghembus ke ubun
ubun Saedah, tiba-tiba dia bingkas bangun. Saedah mencemik muka memandang tepat
ke arah Bahariah.
“Ooh,
kau buat jahat dengan Mahram ye?"
Saedah bercekak pinggang mahu menerkam. "Memang tak boleh dibuat
kawan!" gerutu Saedah melepaskan geram setelah mendengar sendiri pengakuan
daripada Bahariah.
Belum
sempat dia menerkam Bahariah, cepat-cepat Juki dan Kadir Misai menghalangnya.
Terpaksa Mik Mah membantu Juki. memegangkan Saedah supaya tidak meluru menerpa
ke dinding, Tidak ada siapa pun di situ dilihat oleh mereka yang menyebabkan
Saedah garang mahu menerkam.
"Di
depan bukan main baik, di belakang kita di jadi racun rupanya” semakin. kuat Saedah
meronta.
"Siapa
orangnya, cakap?" Kadir Misai menjuruskan tangan ke muka Saedah,
"Kenapa
tuju pada aku?" Saedah mencebik bibir semacam mengejek Kadir Misai.
"Yang jahat betina tu, berjahat dengan laki aku!" ujarnya menuding ke
arah bayang jelmaan Bahariah yang tertunduk di penjuru bilik.
Memang
Kadir Misai tidak melihat siapa pun yang dituding oleh Saedah. Dia percaya
Saedah dirasuk hingga mencecah tidak tentu biji butir, apabila dibacakan doa:
inna-hu mln-Sulaiman wain-nahu bismillah-. hi
Rahmannir Ra-him.
Tentu
gangguan yang merasuk tidak dapat lagi bersembunyi, setelah Kadir Misai
menyerangnya bertalu-talu.
"Aku
bersalah pada kau, Saedah," jelas Bahariah lembut. "Kau lihatlah
seksanya aku, kerana mahu meminta maaf dari kau," ujar nya merayu meminta
belas kesihan.
Tiba-tiba
sahaja Saedah menangis hiba. Dia terisak-isak bagaikan terlalu kesal kerana
mengikutkan perasaan sangat.
"Hah,
kenapa menangis pula?" ejek Kadir Misai apabila melihat Saedah tidak
semena-mena. menangis terisak-isak. "Tadi garang sangat, kenapa tiba-tiba aje
sedih.„.?" Kadir Misai mengagak dia berhadapan dengan gangguan yang
menusuk Saedah.
Tetapi
Saedah sendiri dapat merasakan kehadiran Bahariah seolah-olah mengaku salah
terhadap dirinya. Memang Saedah mengesyaki juga hubungan Mahram dengan Bahariah,
hingga kawan akrabnya turut mengandung. Dia sengaja pendamkan di hati, kerana
bimbang anggapan itu tidak benar. Tentu Bahariah akan tersinggung sekiranya dia
membuat tuduhan demikian.
Apalagi
dia tidak pernah melihat Mahram mendampingi Bahariah. Masakan Bahariah pula
tergamak melakukannya, kalaupun Mahram cuba menggoda. Mereka sudah lama
berkawan rapat, semenjak Saedah belum pun berkahwin. Selepas berkahwi dengan
Mahram, dia tetap berkawan rapat dengan Bahariah. Malah dia merasakan hubungannya
dengan Bahariah sudah macam adik beradik sendiri.
Tidak
tergamak dia mahu menuduh, sekiranya tidak terserempak sendiri. Apabila
Bahariah mengandung, dia sendiri tidak dapat membayangkan betapa resahnya hati
mahu melindungi kawannya itu. Dia tahu benar, memang Bahariah tidak mempunyai
teman lelaki yang rapat.
"Aku
tak sangka, kau tergamak buat aku macam ni,", keluh Saedah menggigit
bibir.
Juki
tidak tahu apa yang berlaku. Dia hanya mengharapkan abang angkatnya Kadir Misai
sahaja boleh membantu. Kecewa juga dia menunggu saya masih juga tidak
menjengahkan muka ke situ. Kalau tidak ada Adik Mah membantu, tentu dia sendiri
tidak dapat mengawal Saedah meronta-ronta.
"Sudahlah,
pergi aje kau dari sini dan tinggalkan Saedah!" bentak Kadir Misai menatap
muka Saedah. Saedah tidak menyahut. Dia menunduk apabila Bahariah terisak-isak
menangis. Tubuh perempuan itu retak merekah-rekah bagaikan tanah lumpur kering
yang kontang akibat kemarau pan-jang.
"Lepaskan
dia ustaz," perlahan sahaja Saedah menuturkan sambil rnendongak . memerhati
saya tercegat berdiri di kelilingi cahaya memancar menyilau keras ke muka
Bahariah.
"Mana
ada ustaz di sini?" sahut Kadir Misai masih menganggap dia berhadapan
dengan gangguan yang merasuk Saedah.
Tetapi
Saedah sendiri tidak tahu apa pun yang dicakapkan oleh Kadir Misai. Dia sekadar
melihat saya dan Bahariah tercegat di hadapannya. Bahariah merayu-rayu di depannya
meminta sayu berundur jauh.
Memang
saya tidak akan berundur. Tidak ada sebab saya mesti rnematuhi kemahuan syaitan
yang menjelma bagaikan bayang Bahariah. Gangguan yang sering merasuk Saedah
tetap syaitan yang cuba memperdayakan manusia dengan berbagai-bagai helah.
Sebaik
sahaja saya mem bacakan ayat 22, 23 dan 24 dari Surat al-Hasyr dan menghembuskan
ke mukanya, bayang jelmaan Bahariah terus menjadi reput. Dia terhuyung-hayang
mahu menjejakkan kaki, sama seperti Saedah menanggung sakit akibat pitam
menusuk-nusuk kepala.
"Saya
mahu Saedah maafkan kesalahan saya, ustaz," Bahariah masih berkeras tidak
mahu meninggalkan tempat itu.
"Saedah
sudah maafkan Bahariah, sebab itulah dia menolongnya," sahut saya memberi
amaran. "Hanya syaitan yang tidak mahu menerima hakikat!" ,kata saya
terus melaungkan azan 7 kali.
Selepas
itu tidak bertangguh saya membacakan Fatihah, Surat al-Falaq dan Surat an-Nas
diikuti dengan Aya-tul Kursi. Apabila dia menggelupur menahan kesakitan, saya
terus membacakan ayat 1 hingga 11 daripada Surat as-Saffa, dengan mengulangi: wa-hifzan min-kul-li syaltanimemarid, hingga
10 kali.
Tidak
dapat lagi dia bertahan, apabila habis kulit badannya mengelupas seperti kulit
pisang masak dikupas. Terjerit-jerit dia merayu supaya saya tidak meneruskan
membaca ayat-ayat Quran.
Sewaktu
saya masih tercegat memerhatikan perempuan itu terseksa dalam helah syaitan,
tiba-tiba bahu saya dicuit isteri saya. Merungut-rungut dia disebabkan saya
masih duduk di bangku, sekalipun Kadir Misai sudah menelefon, dari rurnah Juki.
Hampir
jam 12 malam baru saya sampai di rumah Juki. Ketika ini Saedah sudah duduk di katil,
sekalipun tubuhnya masih lemah.
"Eh,
tadi bukankan ustaz ada di sini?" soal Saedah kehairanan sambil menyambut
gelas berisi air sejuk daripada Adik Mah, sebaik sahaja saya masuk menjengah ke
bilik.
"Merepeklah,
ustaz baru aje sampai," beritahu Juki yang membukakan pintu sewaktu saya
datang.
"Kamu
diamlah Juki," cepat sahaja ditegur oleh Kadir Misai. "Biarkan
Sae-dah itu berihat dulu' dia mengingatkan adik angkatnya supaya jangan mengelirukan
.Saedah.
"Memang
saya nampak, ustaz ada di sini tadi," ujarnya mengerutkan dahi cuba
mengingatkan sesuatu. Kadir Misai hanya tersengih-sengih sahaja mengerling ke
arah saya.