Monday, June 4, 2018

281. SUARA DI UDARA MEMANGGIL MAYAT


MEMANG tidak siapapun tahu mengenai kejadian yang menimpa Derus Cerit sewaktu ke hutan berburu ikut Pak Tua Mahat. Kalau dia tidak memberitahu selepas arwah Pak Tua Mahat meninggal dunia, saya sendiri tidak tahu. Bapa saudara saya Pak Tua Mahat, memang  kuat menyimpan rahsia. Dia tidak akan memberitahu siapapun apa sahaja peristiwa ketika berburu di hutan, sekali pun pada Mak Tua Yam sendiri.
Ketika mereka balik dari hutan, Derus Cerit berpapah balik dalam keadaan letih. Talib Hencot  sekadar memberitahu kawan nya itu sakit perut semalaman. Isteri Derus Cerit pun tidak banyak soal jawab apabila diberitahu suaminya menghidap sakit perut. Tentu penyakit itu datang menyerang, disebabkan badi setiap kali Derus Cerit mengubati orang lain yang menghidap sakit perut.
Begitulah. selalunya. Sekiranya pawang ular, lambat laun dia akan alah dipatuk ular juga. Kalau pawang buaya sekali-sekali tentu akan alah pada buaya juga. Apa sangatlah dengan Derus Cerit hanya marnpu menjampi orang diserang cika angin, hingga mengerang-mengerang sakit perut. Tentu badi cika angin itu berbalik menyerang Derus Cerit pula.
Memang Timah Uban, isteri Derus Cerit percaya betul-betul mengenai badi berbalik menyebabkan suarninya sepanjang malam menghidap sakit perut akibat cika angin. Tetapi dia tidak bimbang kalau Pak Tua. Mahat sentiasa ada bersama. Pawang besar seperti Pak Tua Mahat banyak ikhtiarnya kalau terdesak macam manapun.
Ketika geruh tidak dapat dielakkan. Pak Tua Mahat terpaksa membuat helah dengan menggantikan Derus Cerit sebagai korban. Tetapi sebelum sempat puaka hutan memperdayakan dia, Pak Tua Mahat pantas menyelamatkan Derus Cerit.
"Awak tipu kami, Mahat.!" Derus Cerit mendengar lelaki tua hodoh yang keluar dari rumah buruk itu menempelak Pak Tua Mahat. "Awak dah berjanji nak korbankan Derus, kenapa tak penuhi janji “ gerutunya menahan kesakitan apabila jatuh tertiarap dipukul oleh Pak Tua Mahat yang muncul menyelamatkan kawan nya.
"Setan, mana boleh dibuat janji!" sahut Pak Tua Mahat setelah terlepas daripada kurungan yang menyebabkan dia tidak dapat berkuat.
Tidak siapa pun tahu keadaan yang dihadapi. Pak Tua Mahat dan Derus Cerit ketika itu. Memang Talib Hencot ada tercegat belakang Derus Cerit, tetapi dia sekadar meilhat kawannya itu membelek laras senapang ke arah dua cahaya hijau di hadapan mereka. Talib Hencot dapat mengagak kelibat rusa tengah nak tubuh terhangak-hangak ditengah kegelapan malam sambil meragut pucuk ludai.
Talib Hencot tidak tahu kawannya sudah jauh daripada situ. Denis Cerit sudah diserahkan oleh Pak Tua Mahat kepada puaka hutan, sebagai korban menceroboh kawasan hutan tersebut.
"Awak pawang besar, takkan tak tahu adat, Mahat!" lelaki hodoh itu menahan kesakitan apabila disambar kilat dan petir memancar.
"Dengan setan, mana ada adat?" jerkah Pak Tua Mahat keras setelah menyedari lelaki hodoh tersebut tidak berdaya mahu melawan.
"Dah lama awak tak berjamu..." lelaki bodoh itu mengingatkan dengan mata terkebil-kebil.
"Kalau aku tak berjamu, awak nak buat apa?" sahut Pak Tua Mahat terus mencabar.
Lelaki hodoh itu serba salah. Dia hampir dapat memperdayakan Pak Tua. Mahat hingga terpaksa memberi janji menjadikan Derus Cerit pertaruhan untuk berjamu. Sewaktu laras senapang diserahkan kepada Derus Cerit, memang dia tidak tahu apakah muslihat Pak Tua Mahat.
Sebaik sahaja laras senapang dibedek ke arah cahaya hijau di hadapan, tiba-tiba Derus Cerit merasakan dia jauh tersisih ke kawasan lapang. Ketika dia melihat Pak Tua Mahat terkurung, tiba-tiba sahaja muncul lelaki hodoh dengan hidungnya berulat, keluar dari sebuah pondok buruk.
Lantas Pak Tua. Mahat menuding ke arahnya, apabila lelaki hodoh itu memberi isyarat bertanya mengenai janjinya. Tiba-tiba sahaja Derus Cerit terkejut, diterkam tidak bertangguh. Dia tidak sempat mengelak, ketika lelaki hodoh itu mengilas tangan nya ke belakang. Tengkuknya ditekan ke bawah, sebelum diikat kaki tangan seperti mahu menyembelih lembu korban.
Terlalu ngeri Derus Cerit, apabila lelaki tua itu menghunus parang tajam berkilat, hingga memancar cahaya hijau sama seperti mata rusa yang diagak-agaknya di tengah kegelapan malam. Lelaki hodoh itu sendiri yang melepaskan Pak Tua Mahat daripada kurungan seperti tembok cermin yang sukar ditembusi.
Tidak bertangguh Pak Tua Mahat melompat melepasi sempadan yang dikawal lelaki hodoh berkenaan, sebaik sahaja dia terlepas daripada kurungan tersebut. Dia menghentakkan tumitnya ke tanah, sebelum sempat lelaki hodoh itu mengorbankan Derus Cerit.
Apabila dia melemparkan besi hangat berbara merah ke arah Pak Tua Mahat, satu pun tidak menyinggahinya disebabkan dia berdiri di luar kawasan yang dikawal.
Sebaliknya kilat dan petir memanah lelaki hodoh itu, setiap kali Pak Tua Mahat membacakan Ayatul Kursi.
"Memang awak menipu, Mahat“." gerutu lelaki hodoh mengusap hidungnya yang reput akibat dipenuhi ulat berenga.
"Sebelum kau tipu aku, biar aku yang tipu kamu," ejek Pak Tua Mahat menyakiti hati lelaki hodoh berkenaan. Terkial-kial lelaki itu bangun, setelah Derus Cerit berjaya merangkak mendapatkan Pak Tua Mahat di luar kawasan yang dikawal. Apabila dia melimparkan batu-batu berbara merah sebesar penumbuk ke arah Derus Cerit, semuanya melantun balik hingga menyinggahinya. Semakin marah lelaki hodoh itu, tetapi dia tidak mampu lagi menandingi Pak Tua Mahat.
"Tak apa, kali ni awak terlepas!" gerutu lelaki hodoh itu mendengus-dengus hingga ulat berenga di hidungnya bergayut-gayut di serata muka. "Lain kali, awak tahulah!" katanya memberi amaran untuk terus mengancam. 
Pak Tua Mahat tersenyum mengejek Kemudian dia mengisar tapak tangan nya lantas membaca kan:
"Walau-an-na Quran-nan sui-yirat bihil-jibalu au-gut-ti’at bihils'ardh au-kul-lima-bihil mauta bal -lillahil amru jami’an, Ya Syali, Ya Kafi, Ya Ma'affi'
Apabila dia menghentakkan tumitnya ke bumi, tiba-tiba sahaja lutut lelaki hodoh itu tertumus menyebabkan tidak dapat lagi berdiri tegak. Puas dia cuba melompat bangun, tetapi lututnya seolah-olah patah laksana ranting kering dipijak.
Belum sempat dia memusingkan badan untuk bertindak balas, Pak Tua Mahat sudah melaungkan azan, hingga seluruh kawasan kawalan lelaki hodoh itu bergegar kuat. Semua pohon-pohon kayu tumbang tidak bertahan. Lelaki hodoh berkenaan tidak dapat lagi mengelak, setiap kali pohon-pohon di sekeliling tumbang menimpanya.
"Semenjak kau ikut cakap Tok Aji dan anak buah kau, ustaz tu, awak dah tak mahu bersahabat dengan kami, ye Mahat!" gerutu lelaki hodoh itu mendengus-dengus terhimpit di bawah himpitan pohon-pohon kayu sebesar lima enam pemeluk.
"Aku tak ikut cakap siapapun, aku hanya berlindung pada Allah," sahut Pak Tua Mahat, menghembus ke arah lelaki hodoh tersebut lantas membacakan Fatihah I7 kali, Surah Al Ikhlas 17 kali, diikuti oleh Ayatul Kursi juga 17 kali.
Sambil tapak tangannya Pak Tua Mahat membacakan:
salaman kau-lan min- Rabbir Rahim,
seolah-olah bergema memukul jantungnya. Ketika ini Derus Cerit melihat darah tersembur-sembur daripada mulut lelaki hodoh tersebut hingga daging hidungnya yang reput itu bercaing-caing sepeti kertas basah terendam dikais-kais ayam ditengah halaman.
“Aku tahu ilmu kau tinggi, kau tak perlu bersahabat dengan aku lagi,” merintih rintih halus suara lelaki hodoh itu mahu mengeluarkan kepalanya dari bawah himpitan pohon-pohon lima enam pemeluk
Kemudian Derus Cerit melihat Pak Tua Mahat melompat menyepak kepala lelaki hodoh itu. Dia nampak tapak kaki Pak Tua Mahat melintasi kepalanya juga. Ketika inilah dia merasa sekelilingnya gelap gelita, menyebabkan jalannya goyah terhuyung hayang. Mujurlah kawannya Talib Hencot sempat menyambut sebelum dia rebah akibat pitam menusuk-nusuk ke tengkorak kepalanya. “Semuanya berlaku macam mimpi ustaz..." ujar Derus Cerit memberitahu kejadian yang menimpa dirinya.
Saya sekadar mengangguk perlahan. Daging paha rusa yang diberi Pak Tua Mahat itu, sudah disalai sebelum dihantar oleh Derus Cerit. Kalau mahu menikmati daging rusa yang baru lepas disembelih, terpaksa pula saya bermalam di rumah Mak Tua Yam. Tidak tergamak saya mahu menunggu, sewaktu Pak Tua Mahat meranduk hutan ditengah malam semata-mata-mahu memburu.
Daging salai sudah dikeringkan pun masih terasa nikmatnya. Bukan mudah mahu menikmati daging demikian sekarang kerana menjadi kesalahan kepada jabatan mergastua. Tidak sama dimasa lalu, ketika hutan masih tebal dengan binatang-binatang buruan belum pupus.
 Pak Tua Mahat juga sudah lama meninggal dunia. Kejadian yang menimpanya tidak banyak diketahui orang, kecuali mereka yang ikut sama berburu dengannya. Masing-masing pula tetap menyimpan rahasia supaya tidak diketahui orang, apalagi jabatan mergastua ketika itu.
Kawannya yang sama ikut berburu, Derus Cerit juga sudah tua. Sewaktu  saya berkunjung ke rumahnya di Mentaus, dia pun sudah terlalu uzur. Tetapi digagahinya juga mahu berjalan turun ke tengah halaman. Dimarahi oleh Timah Uban pun dia tidak akan peduli apa-apa.
Memang isterinya Timah Uban tidak berdaya mahu melarang, Dia sendiri sudah tidak segagah mana mahu membantu suaminya berpapah ke bilik air. Sebab itulah Derus Cerit tersinggung kalau melarang dia turun ke tengah halaman berjalan keliling rumah.
"Ustaz nasihatkan, Aki Derus tu.." bisik Timah Uban sebaik sahaja saya naik ke rumah. Memang sudah lama juga saya .mendengar Derus Cerit uzur. Beberapa kali cucunya Manap Kepot rnemberitahu sewaktu terserempak di pasar rnalam.
Tetapi  saya masih menangguh-nangguhkannya. Sampai marah isteri saya, apabila dia mendapat tahu saya masih juga tidak ke Mentaus menziarah Derus Cerit.
"Nasihat, macam mana?" cepat sahaja isteri saya mencelah.
"Dengan ustaz, dia segan sikit," beritahu Timah Uban semacam merungut dengan sikap suaminya. "Kita tegah jangan turun ke tanah, dia tak peduli, badannya bukan kuat," jelas perempuan itu menghela nafas.
"Kalau jatuh, susah juga," isteri saya pula menambah. "Cakap Ngah Timah, dia tak mahu dengar," Timah Uban mengeluh pendek mengerling suaminya terkejang di hujung serambi masih tidur apabila saya sampai. Memang saya tidak benarkan Timah Uban menggerakkan dia bangun. Biarlah dia tidur berihat di situ.
Sewaktu saya berkisar duduk, Derus Cerit mengerengkan badan. Terkejut dia, apabila melihat saya dan isteri sudah terconggok di tengah serambi.
"Hah, ustaz bila sampai?" dia bingkas bangun dalam keadaan lemah. Cepat-cepat saya memegang bahunya menyuruh baring semula ke bantal. Terpaksalah Derus Cerit berbaring, sekalipun diwajahnya terbayang kehampaan.
"Manap yang beri tahu fasal aki sakit ni," ujar saya memegang tangannya.
"Patutnya aki, elok mati aje,” gerutunya termengah-mengah menahan lelah yang acapkali menyerang,
"Allah lebih mengetahui segala-galanya, aki," bisik saya menggoncang-goncang tangannya.
Derus Cerit mengangguk lemah. Pelupuk matanya basah dengan bibir terketar-ketar. Tubuhnya lemah akibat terlalu lama menanggung uzur. Hampir dua bulan dia tidak lagi mampu bergerak kuat menghambat itik masuk ke reban setiap petang menjelang.
Apabila hatinya teringin mahu menghayun kaki, dia akan gagahi menuruni tangga ke tengah halaman. Derus Cerit tidak bimbang jatuh ke bawah tangga, kalau kakinya tergelincir. Biarlah dia terhumban sampai muka tertumus ke tanah, Derus Cerit tetap bersedia menghadapinya.
"Agaknya aki ni, nak tunggu ustaz bacakan Yassin," katanya mendongak memandang saya.
Terasa payah dia mahu menuturkan kata-kata.. Ombak dadanya kencang tercungap-cungap akibat lelah yang semakin menyesak nafas.
Dia tidak lagi segagah ketika mengikut Pak Tua Mahat ke hutan. Tangannya juga terketar-ketar, tidak sama seperti sewaktu berkhidmat dalam Home Guard zaman orang putih. Bila-bila Derus Cerit mampu memanggul laras senapang meranduk belukar tebal, mengendap babi tunggal melunggah kebun jagungnya di tepi hutan.
Tengah malam pun dia sanggup bangun, kalau jiran minta tolong tembakkan musang melarikan induk ayam dari reban ke atas pelepah pokok kelapa. Kalau fasal membedek laras senapang, memang dia lebih tepat menyinggahi sasaran kalau bandingkan dengan Pak Tua Mahat. Kalau dia dibenarkan memburu ke hutan seperti Tok Tua Mahat, tentu Derus Cerit juga dikenali sebagai pemburu.
Tetapi dia tidak sama dengan Pak Tua Mahat, yang dihormati oleh pengurus estet orang putih. Siapapun tidak berani ganggu Pak Tua Mahat berburu ke hutan, apabila pengurus estet sudah benarkan. Pak Tua Mahat tidak kedekut mengirimkan daging binatang buruan kepada orang putih yang jadi pengurus estet, pegawai daerah atau OCPD.
Sebab itu Pak Tua Mahat dikenali sebagai pawang besar. Pegawai orang putih yang berburu ke hutan pun, mengakui akan kehandalan Pak Tua Mahat. Mereka kagum apabila melihat Pak Tua Mahat berjalan di tengah hutan dalam keadaan tidur lina sampai bersenar.
"Bacakanlah Yas-sin untuk aku ni, ustaz," Derus Cerit rnendesak dalam suaranya terketar-ketar.
Saya tidak menyahut. Orang tua dalam keadaan uzur memang biasanya merepek. Mulutnya akan becok membebel ikut perasaan yang menggoda hati nya. Kalau boleh dia akan meluahkan apa sahaja yang terpendam jauh di lubuk jiwanya.
"Selalu sangat dia rebut nama ustaz," Timah Uban menyampuk sambil berpaling pada isteri saya. "Dia mahu ustaz bacakan Yassin, kalau dia nazak' ujarnya serba salah.
Memang Derus Cerit uzur, tetapi tidaklah nazak. Tubuhnya sekadar lemah tidak boleh bergerak cergas, bukannya terkejang macam bantal guling tempat tergolek di tidur.
"Ustaz, janganlah balik dulu, tidur di sini aje laaa," Derus Cerit semacam merayu, tidak membenarkan saya meninggalkan rumahnya.
Saya mengangguk angguk. Apalah salahnya bermalam di Mentaus untuk menjaga hati Derus Cerit. Tentu dia tersinggung kalau saya balik juga meninggalkannya ketika terbaring uzur demikian.
Isteri saya juga tidak akan membantah, kalau sekadar bermalam menziarahi Derus Cerit terlantar sakit. Memang saya bercadang juga membacakan Yassin bagi memenuhi permintaan Derus Cerit.
Sewaktu saya turun mengambil wuduk untuk solat Asar, cucunya Manap Kepot sekeluarga sampai ke situ. Terkejut juga dia apabila mendapati saya sudah pun tiba lebih awal.
"Awak jangan balik, Manap," ujar saya selepas menunaikan solat. "Kita tidur di sini aje, malam ni," kata saya duduk di sebelahnya lantas bersalaman.
"Kami pun bercadang nak bermalam di sini," Faezah, isteri Manap Kepot menyahut.
"Ustaz nak baca Yassin malam ni," terbatuk-batuk Derus Cerit memberitahu sambil tersengih-sengih. Gembira sangat dia dengan kedatangan saya menziarahinya, seolah-olah keuzuran yang dideritainya turut sama terubat. Timah Uban juga tidak senang diam di dapur. Terpaksa pula isteri saya dan Faezah membantunya.
"Saya fikir, ustaz nak datang minggu depan," Manap Kepot bersuara setelah isterinya ke dapur bersarna isteri saya membantu Timah Man.
"Ustaz ni pun tahu," belurn sempat saya menyahut, Derus Cerit sudah memotong. "Kalau dia datang minggu depan, apa gunanya lagi," katanya mencebik bibir seolah-olah kecewa sekiranya saya tidak datang menjengah.
 "His, tak baik aki cakap macarn tu," ujar Manap Kepot memegang tangan datuknya. "Aki, tak boleh mendahului ketentuan Allah," bisiknya bagaikan memberi semangat kepada orang tua itu.
Tiba-tiba Derus Cerit tersengguk-sengguk. Wajahnya, kembali moyok menahan keuzuran yang lama dideritainya.
Terpaksa pula Manap Kepot memujuknya. Lama dia tersengguk-sengguk, lantas Derus Cerit menggamit saya. Dia menggenggam tangan saya erat-erat, apabila saya menghampirinya.
"Bacakanlah Yasin, untuk saya, ustaz," katanya terketar-ketar dengan ombak dada :yang kencang akibat lelah semakin galak.
"Insya Allah," sahut saya pendek.
Kemudian saya mencuit bahu Manap Kepot menyuruh dia berundur sedikit. Selepas saya memegang dahi Derus Cerit, dia melunjurkan kaki lurus lurus sambil mengucap dua kalimah syahadat.
Apabila saya memulakan membaca Yassin, saya nelihat ombak dada Derus Cerit mulai tenang. Dia tidak lagi gelisah seperti sewaktu terkejut dari tidur ketika saya mula-mula sampai sebelumnya. Kegelisahan itu sering diluahkannya kepada Timah Uban, setiap kali lelah menyerangnya.
Derus Cerit menjadi tidak tenteram kalau diganggu lelah. Dia sanggup bangun turun ke tengah halaman mahu menentang ke kegelisahan yang mengganggunya. Apabila terasa letih dia akan tertidur sebentar. Itupun tidak lama. Tidak sampai 20 minit dia akan terbangun sernula menanggung kegelisahan yang terus mengganggu.
"Jauh sangat ustaz ni," keluh Derus Cerit lembut dengan mata layu rnemandang ke muka saya.
"Ustaz pegang tangan aki, takkan jauh juga." beritahu Manap Kepot memegang lutut orang tua itu. Terhenti dia ikut saya membacakan Yassin.
"Jauh benar ustaz ni, dekatlah” suaranya kian lemah hampir tenggelam di kerengkung.
Cepat-cepat saya memberi isyarat, menyuruh Manap Kepot memanggil Timah Uban. .Memang siapapun tidak menduga perubahan pada Derus Cerit, yang tiba-tiba sahaja tidak diganggu penyakit lelah. Tubuhnya menjadi lemah tidak bermaya dalam keadaan nazak, hanya tidak sampai dua jam saya di situ.
  Sebaik sahapa Timah Uban bersama isteri saya dan Faezah duduk di sisinya Derus Cerit menutup matanya, Dia meninggai dalam keadaan tenang, seolah-olah tidur nyenyak akibat keletihan.
"Memang dia nak tunggu, ustaz ni, Hajah Yah," bisik Timah Uban kesedihan, setelah mengetahui Derus Cerit sudah meninggal dunia. "Masa ustaz datang tadi, elok sangat dia, tak ada tanda-tanda dia nak pergi," ujarnya semacam tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapannya.
Derus Cerit masih segar sekalipun keuzuran sudah lama dideritainya. Tidak ada tanda-tandapun dia akan menghembuskan nafas dalam saat demikian. Tetapi semuanya berlaku dengan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui.
Kali terakhir saya terserempak Manap Kepot di pasar malam pun, memang saya tidak memutuskan untuk menziarah Derus Cerit ke Mentaus. Saya hanya berjanji akan datang juga seminggu kemudiannya. Tetapi saya merasakan seolah-olah Derus Cerit menyesali diri saya, disebabkan tidak mahu menjengahnya.
Isteri saya juga meleteri, apabila diberitahu mengenai Derus Cerit uzur, sedangkan saya mahu menangguhkan untuk menziarahnya.
"Besok, baru kita kebumikan," Manap Kepot memberi keputusan, setelah sanak saudara berkumpul, sebaik sahaja diberitahu mengenai kematian Derus Cerit.
Memang mereka semuanya terkejut apabila diberitahu. Saodah, emak Manap Kepot pun macam tidak percaya ayahnya meninggal dunia. Sewaktu dia menziarahi sebelum zohor, ayahnya masih boleh duduk. Gerak badannya masih cergas, sekalipun tenaganya lemah akibat uzur sekian lama.
Siapapun tidak percaya. Masakan Derus Cerit tiba-tiba sahaja meninggal dunia, kalau sekadar diganggu penyakit lelah. Dalam keadaan uzur pun, Derus Cerit mampu turun ke tengah halaman berjalan keliling rumah, mahu segarkan kecergasan tubuhnya.
Tentulah mereka macam tidak percaya  dengan kematian Derus Cerit itu.
Tetapi Manap Kepot percaya datuknya mengamal kan sakratul-maut, hingga dapat meramalkan sesuatu yang akan berlaku terhadap dirinya. Sekalipun Allah SWT sudah menjelaskan apabila tiba rnasanya tidak sesaat pun didahulukan dan tidak sesaat pun dikemudiankan, tetapi ramalan daripada amalan doa sakratul-maut itu sekadar menjadi panduan sahaja.
Siapapun tidak dapat meramalkan dengan tepat, kerana segalanya dalam pengetahuan Allah belaka. Kematian Derus Cerit sudah disuratkan demikian, dan secara kebetulan pula apabila saya selesaikan membacakan Surat Yassin.
Sewaktu keluarganya membacakan Quran main kematian Derus Cerit, saya menyandarkan belakang ke dinding serambi melelapkan mata. Terasa juga letih dalam perjalanan jauh ke Mentaus itu. Saya juga bukan lah sihat sangat, kalau sudah jauh berjalan. Sebab itu saya tidaklah ikut sama membaca al-Quran di sisi jenazahnya.
"Alhamdullillah, ustaz sampai tepat pada waktunya," suara lemah Derus Cerit bagaikan berbisik ke telinga sewaktu saya hampir tertidur.
Memang mengantuk juga, hinggakan orang ramai berbual di sisi pun saya tidak pedulikan. Terlalu berat pelupuk mata sampai tidak boleh dibuka sebenang pun. Puas juga saya melawan rasa mengantuk itu, tetapi semakin tidak terangkat lagi pelu-puk mata.
"Ustaz menunjukkan aki jalan," ujar Derus Cerit ter-cegat di depan saya. "Memang aki dah tak nampak jalan, kalau ustaz tak datang, boleh jadi tersesat aki tersesat," katanya masih kelihatan gelisah dengan bibir terketar-ketar.
"Kenapa aki tak nampak jalan?" saya cuba melayani dia.
"Sebab aki hanya harapkan ustaz tunjukkan jalan," beritahunya terlalu lemah mahu bergerak.
"Kalau saya tak datang?" sengaja saya keraskan suara mahu menempelak dia.
"Itulah silapnya aki," ujarnya perlahan kerana menyedari kesilapannya. "Sepatutnya aki rnemohon pertolongan Allah, bukannya ustaz..." jelasnya menyesali sikap diri nya.
Belum sempat saya menyahut, bahu saya digoncang kuat oleh isteri saya. Terkuap-kuap saya terjaga akibat dikejutkan demikian. Hairan juga, saya, kenapa isteri saya menjadi kelam kabut. Puas saya mencari Manap Kepot, tetapi dia tidak ada di serambi,,
Mereka yang duduk berbual di serambi pun sudah bangun menerpa ke pintu induk rumah. Masing-masing tidak hiraukan saya masih tersandar di dinding akibat keletihan dan mengantuk.
"Kenapa ni?" soal saya mendongak menatap muka isteri saya.
"Marilah ke dalam," tidak bertangguh isteri saya menarik lengan baju "Jangan harapkan Manap aja." katanya menampakkan kecemasan.
"His, apa pula halnya ni?" rungut saya lantas bangun terpaksa menuruti kemahuan isteri.
Dalam keadaan terkuap-kuap isteri saya menarik tangan saya ke dalam. Orang ramai yang berkumpul menutupi pintu, terpaksa berkuak memberi jalan kepada saya. Ketika saya masuk ke tengah induk rumah, tempat jenazah dibujurkan, Timah Uban sedang duduk melenggok-lenggokkan badan.
Timah Uban merungut-rungut tidak tentu biji butir menunduk dan berselubung kain kuning yang sering dipakai oleh Derus Cerit.
Terkial-kial Manap Kepot bersama emaknya Saodah cuba memujuk neneknya itu.
"Kenapa mak ni?' Saodah mengusap-ngusap belakang Timah Uban.
"Jangan halang aku," gerutu Timah Uban dalam suara garau seperti lelaki.
"Kami tak halang wan..." Manap Kepot pula memujuk.
"Siapa, wan?" jerkah Timah Uban masih menunduk dengan rnuka bertutup kain kuning.
Dia tidak membenarkan siapa pun mengambil kain kuning yang dibuat selubung itu. Biasanya Derus Cerit menggunakan kain kuning tersebut, kalau dia dijemput mengubati orang sakit.
Apabila dia tidak mampu menyembuhkan dengan jampi serapah,. Derus Cerit akan membakar kemenyan menyeru berbagai-bagai nama supaya meresap ke dalam tubuhnya. Ketika ini kain kuning tersebut dililit di kepala, sambil dia duduk bersilang panggung.
Kadangkala Derus Cerit melenggok-ienggok tubuh lantas memberitahu dirinya Moyang Lampung. Ketika ini siapapun boleh bertanya mengenai penyakit yang mereka hidapi, Moyang Lampung yang dikatakan merasuki Derus Cerit mampu membantu. Dia akan memberitahu apa perlu dilakukan bagi menyernbuhkan penyakit.
Bukan sekadar Moyang Larnpung sahaja merasuki Derus Cerit, kadangkala Panglima Hitam juga merasuki dia sampai memencak membuka langkah silat. Pernah juga dia melompat hingga melepasi bumbung rumah, ketika dirinya dirasuki Panglima Hitam.
"Kesihankanlah jenazah aki ni, wan,'' perlahan-lahan Manap Kepot mengusap belakang Timah Uban, tetapi cepat-cepat tangannya ditepis.
"Jangan kau fikir Derus sudah mati!" gerutu Timah Uban mengepak tangan bertupang kepada dua lututnya. "Derus sahabat aku, dia akan tetap bersama aku," suaranya parau sama seperti Derus Cerit ketika dirasuki.
"Ustaz, tolonglah tengokkan," Faezah menegur sebaik sahaja saya berdiri di belakang Timah Uban.
"Manap, awak berundur..." perintah saya setelah melihat keadaan Timah Uban merepek tidak menentu.
Manap Kepot tidak menyahut. Dia menganjak lantas rnenarik emaknya supaya berundur. Saodah juga mengelak. memberi ruang kepada saya. Selepas mereka berundur, saya menjurus tangan ke tubuh Timah Urban terus membacakan:
“Allahhu yata, wafal anfusa-hina mau-tiha wal-lati lam-tamut fimana miha fayumsikul-lati qada ‘alaihal mau-ta wayursilul ukhra-ila ajalim musam-mam, in-na fi-zalika la-a-ya tin li-qau-mim ya-ta-fak-karun. ."
Dia tersintak apabila melihat saya rnenjunis ke arahnya. Timah Uban lantas membuangkan kain, kuning yang menyelubungi mukanya, hingga jelas mukanya. kemerah-merahan seperti orang mabuk selepas banyak minum arak.
Rambutnya juga mengerbang dengan mata memanncar seolah-olah cahaya kehijauan.
Apabila saya mengisar dua tapak tangan dengan membacakan Fatihah 3 kali, dia bertukar menjadi gementar. Selepas membacakan Surat al-Ikhlas dan Aya-tul Kursi juga tiga kali, saya menudingkan jari telunjuk ke mukanya menyuruh dia tidur.
Sekaligus Timah Uban rebah terlentang. Dia termengah-mengah sambil menekup dadanya yang mengombak kencang. Kemudian saya membongkok lantas menghembus ubun- ubunnya tiga kali,
Tidak lama selepas itu, Timah Uban bangun dalam keadaan letih
"Kenapa, mak?" cepat sahaja Saodah menerpa memegang bahu Timah Uban.
Terpinga-pinga dia ditanya begitu. Memang Timah Uban sendiri tidak menyedari apa yang berlaku terhadap dirinya. Hanya tidak semena-mena dia muncul di sisi jenazah dengan berselubung kain kuning, sewaktu beberapa orang jiran membaca al-Quran disisi jenazah.
"Wan, tak sedarkan diri sampai merepek-repek". beritahu Manap Kepot melutut di hadapan Timah Uban.
"Merepek macam mana? Timah Uban menggeleng lemah sambil medongak memerhati saya masih tercegat berdiri. Kemudian dia berpaling memerhati jenazah suaminya terbujur. Terbayang kesayuan di wajah Timah Uban menatap jenazah tersebut.
"Agaknya,, mak dirasuk dek akuan ayah," jelas Saodah menghela nafas perlahan.,
Belumpun sempat orang ramal bersurai, selepas Timah Uban pulih semula, tiba-tiba kejauhan terdengar sayup-sayup suara laungan memanggil Derus Cerit.
 "Derus…" orang ramai dapat mendengar jelas suara garau itu, memang daripada puputan   memukul pucuk pokok-pokok yang merimbun didalam kegelapan malam
"Ustaz, apa hal nya ni.?" Manap Kepot tergamam.
Masing-masing tertumpu menandang ke arah saya, apabila mendengar laungan memanggil nama Derus Cerit
Mujurlah tidak ada apa-apa berlaku pada jenazahnya. Sewaktu saya membuka kain penutup jenazah keadaannya tidak diganggu apa-apa. Lantas saya menyuruh jiran-jiran di situ membaca al-Quran, sekalipun suara mendayu- dayu memanggil Derus Ceritt terus melangsing.
Sekejap laungan itu terlalu dekat seolah-olah di atas bumbung rumah sekejap jauh bagaikan sayup di balik-balik bukit„
"Manap, awak kena denda nampaknya," sara menyuruh dia membuka tali pinggang yang dipakai.
Manap Kepot tidak membantah ia menyerahkan tali pinggangnya kepada saya, Kemudian saya minta ia terlentang dengan membukakan pusatnya. Saya llhat isterinya Faezah cemas, sewaktu saya  mengangkat tali pinggang mahu menyebat bahagian pusat Manap Kepot.
"Saya terpaksa pukul awal, Manap, ,." ujar saya mengacukan tali pinggang itu ke bahagian pusatnya,
Bertambah gelisah Faezah apabila saya memukulkan tali pinggang itu ke bahagian pusat Manap Kepot, tetapi pukulan itu bukanlah kuat  sangat. Hanya sekadar memukul sebagai syarat sahaja sebanyak tiga kali ulang. Ketika ini saya membayangkan pulan itu bagi menggantikan daripada memukul Derus Ceritt.
Syarat ini tidak penting. Tetapi seisi kampung tahu Deruss Cerit memang terkenal boleh mengubati sakit cika angin hingga kembung perut. Dia sendiri pernah memberitahu saya mangenai anamlan yang dipelajarinya semasa menuntut tangkal mentera itu.
Setiap kali dia menghernbus minyak dicampur bawang merah dibelah empat ketika mengubati orang diganggu cika angin, dia mesti memakrifatkan menghembus buih yang terapung di anak air Dia tidak Iagi menghembus minyak di dalam piring tetapi menghembus buih yang terapung di kawasan jeram anak air.
"Aki memukul cika angin, bukannya memukul. pusat orang yang sakit," beritahu Derus Cerit apabila dia memukulkan jari telunjuknya ke pusat sesiapa yang diganggu  sakit cika angin.
"Kalau aki terpukul kuat?” soal saya sengaja mahu menduga.
"Kita agak-agak lah, takkan nak pukul sampai berbekas," ujarnya tersengih-sengih menceritakan pengalamannya.
"Kadangkala kita tak sengaja, rnanalah tahu," saya masih mendesaknya. "Perkara tak sengaja, kita mesti minta maaf juga," jelas saya mengingatkan dia.
 "Kalau aki terpukul kuat, memang aki tak tahu" keluhnya perlahan mencebik bibir. "Tapi dia boleti balas balik, biar tenang kalau aki nak mati” dia memberitahu mengenai perjanjian dengan gurunya semasa diturunkan tangkal mentera cika angin itu.
Sebab itulah saya cubakan cara memukul Manap Kepot itu, sebagai mendera Derus Cerit juga. Memang saya tahu, Manap Kepot cucu kesayangan Derus Cerit. Mungkin Manap Kepot boleh menjadi galang gantinya.
Secara kebetulan sahaja, sebaik sahaja saya memukul bahagian pusat Manap Kepot angin yang berpuput memukul pucuk-pucuk kayu tiba-tiba sahaja berhenti. Laungan memanggil Derus Cerit juga tidak kedengaran lagi.
"Sakitkah dipukul ustaz, Manap?' seorang jiran mengusik.
"Ah, buat syarat aje,tak terasa apa-apa beritahu” Manap Kepot tersengih-sengih.
Tetapi ketika dia mahu bangun, tiba-tiba terasa perutnya memulas-mulas. Pucat muka Manap Kepot menahan kesakitan
"Apa salahnya lagi tu, ustaz?" Saodah pula bertanya dalam keadaan bimbang meiihat keadaan anaknya.
Isteri saya segera menghulurkan air sejuk segelas. Setelah membacakan Surat al -ikhlas 3 kali, Surat al-Falaq dan Surat an-Nas sekali, saya hembuskan ke air di gelas. Kemudian saya menyuruh Manap Kepot meneguknya dengan membaca salawat 3 kali.
Tersenyum Manap Kepot: selepas meminumnya.