Sunday, May 20, 2018

279. DIKURUNG PUAKA LUBUK


TIDAK lama selepas hujan turun, azan asar berkumandang di radio. Cepat-cepat saya ke bilik air mengambil wuduk, kerana tidak perlu bertangguh lama setelah masuk waktu. Lagipun sudah lama saya berbaring akibat demam selsema sejak beberapa hari.
Seisi rumah saya diserang demam selsema sejak dua ming gu, apabila anak perempuan saya mula-mula sekali merasa badannya panas. Apabila emaknya mahu membawa ke klinik dia enggan, kerana mahukan saya doakan dia terIebih dahulu. Memang anak-anak saya sukar sangat kalau mahu dibawa ke klinik sekiranya menghidap demam.
Hinggakan demam selsema pun dia mahukan saya doakan sahaja. Disebabkan anak perempuan saya batuk batuk akibat sakit tekak, saya suruh sahaja dia minum air asam jawa. Setidak-tidak boleh juga kurangkan panas badan di dalam.
Apabila anak pe-rempuan saya sembuh keesokan harinya, dua orang lagi anak saya pula dihinggapi demam selsema dan terbatuk-batuk. Mereka juga tidak mahu diajak ke klinik sekalipun puas dipujuk oleh isteri saya. Selepas mereka sembuh, isteri saya dengan anak yang kecil pula kena demam selsema.
Setelah mereka semua sembuh, saya pula menghidap demam selsema ini hingga semua sendi-sendi terasa sakit. Sepanjang hari saya terbaring untuk berihat sementara mahu ke klinik, tiba tiba pula hujan turun. Terpaksalah mahu menunggu hujan teduh kalau mahu ke klinik pun.
Dalam keadaan kepala masih terasa pening saya tunaikan solat asar. Kalau hujan teduh yang tetap akan ke klinik juga. Tetapi selepas solat saya minum madu lebah dahulu, sementara menunggu hujan teduh untuk ke klinik. Disebabkan hujan masih belum reda saya berbaring dahulu untuk menghilangkan pening kepala dan sendi-sendi yang lenguh.
Di tengah hujan turun mencurah itulah Lajis datang menunggang motorsikal dalam keadaan basah kuyup. Ketika isteri saya menyuruhnya masuk, dia enggan disebabkan basah berlenjun pakaiannya.
"Ustaz tak sihat, apa halnya ni?" soal isteri saya apakala dia serba salah tidak mahu masuk ke ru-mah.
"Pakcik Kadir pesan, Ulung Mahadar meninggal," sahut Lajis terketar-ketar kesejukan memberi-tahu mengenai ayah Kadir Misai mening-gal dunia.
"Kenapa tak telefon aje?" ujar saya sengaja gagahi keluar setelah mendengar Lajis meranduk hujan datang ke rumah.
"Tak ada pula pakcik Kadir beritahu nombor telefon ustaz," jelas Lajis masih tercegat di luar.
Lantas saya menyuruh dia masuk terlebih dahulu sementara menunggu hujan teduh. Dalam keadaan serba salah Lajis masuk .juga. Setelah diberi tuala mandi dia masuk ke bilik air. Kemudian saya berikan pakaian bagi menggantikan pakaiannya yang habis basah kuyup.
Bersusah payah sangat Kadir Misai menyuruh anak saudaranya Lajis datang ke rumah untuk memberitahu saya. Sudah beberapa kali juga saya bertemu dengan Ulung Mahadar dibawa oleh Kadir Misai. Kalau saya ke Temerloh pun saya akan singgah juga di Lancang menemui orang tua itu.
Memang dia suka berjenaka setiap kali bertemu saya. Macam-macam cerita yang boleh melucukan daripada Ulung Mahadar, asal sahaja saya datang menjengahnya di Lancang.
Disebabkan demam selsema saya semakin menjadi-jadi tidaklah saya ke Lancang malam itu juga. Lebih balk pagi-pagi esoknya menziarah. Ketika Lajis balik selepas hujan teduh saya beritahu dia supaya sampaikan pesan kepada Kadir Misai, bahawa saya tidak dapat datang malam tersebut.
Lagipun tidak perlu tergesa-gesa. Lainlah kalau dekat sesama jiran memang terpaksa juga gagahi menziarah. Setelah Lajis balik, terasa malas pula saya mahu ke kelinik. Cuaca lembap di luar akibat hujan turun mencurah-curah sebelumnya menambahkan malas lagi saya mahu keklinik
Saya berbaring se-mula setelah memakan maajun untuk menunggu masuk waktu maghrib pula. Selimut saya Iingkupkan habis disebabkan terasa sejuk. Demam selsema ditambah cuaca lembap di luar itu lah menyebabkan sejuk badan semakin menjadi-jadi.
"Kadir ni masa kecil dulu umur aje berlebih, ustaz," tersengih-sengih Ulung Mahadar memberitahu ketika mula-mula Kadir Misai mengajak saya ke Lancang berkenalan dengan ayahnya.
"Mana pula ada umur berlebih," sengaja saya mengusiknya dalam ketawa lembut. "Apabila tiba masanya tidak sesaat pun didahulukan, dan tidak sesaat jua diundurkan," kata saya selanjutnya.
Ulung Mahadar mengangguk. Dia tahu bukanlah Kadir Misai umur berlebih, tetapi ajalnya belum sampai ketika kejadian itu berlaku. Kalau tidak disebabkan kesabaran Ulung Mahadar menghadapi dugaan tersebut, tentulah dia terjerumus ke dalam api sengketa yang berpanjangan.
Hampir juga dia mencabut parang tersisip di pinggang, semasa Mat Jalit menetak kambingnya sampai terbungkang di tepi tapak semaian, disebabkan kambingnya menceroboh masuk. Menggelupur kambingnya tidak sempat disembelih akibat mata parang Mat Jalit memecahkan tengkorak kepala.
Tetapi Mat Jalit terjerit-jerit berlari keliling kampung setelah terserempak Ulung Mahadar sewaktu kambing terbungkang di tepi tapak semaian baru sahaja ditetaknya. Bimbang juga dia sekiranya Ulung Mahadar berdendam. Sebab itulah dia memberitahu ayahnya Itam Saban fasal Ulung Mahadar menghambatnya dengan parang terhunus.
Marah benar Itam Sabak sebaik sahaja mendengar Ulung Mahadar mahu tunjuk jantan di hadapan anak mudanya, Tidak bertangguh Itam Saban mencari Ulung Mahadar yang tengadahnya di tengah halaman. Memang Ulung Mahadar tidak dapat lagi menahan sabar dengan sikap Itam Saban anak beranak.
Dia terus terjun ke tengah halaman menampar muka Itam Saban. Tangkas kakinya menyepak melepaskan buah langkah silat yang dipelajarinya sekian lama daripada arwah ayahnya. Itam Saban baru mahu menghayun parang terhunus, sikunya pantas menyodok ke bawah rusuk menyebabkan Itam Saban terhumban ke tanah.
Dendam Itam Saban tidak habis takat dia tewas tatkala menyerbu Ulung Mahadar. Dia mesti uji juga kebolehan Ulung Mahadar biar sampai lelaki itu tidak berani lagi angkat muka. Kalau tidak boleh dikalahkan dengan tenaga, Itam Saban boleh menguji dengan cara lain puIa.
Tiga malam dia memuja jantung pisang baru menjulur keluar yang diikat dengan benang hitam. Setelah jantung itu kecut layu dia menarik jantung pisang tersebut dengan benang hitam di heret ke tengah belukar. Dia tambatkan jantung pisang itu ke perdu pokok mengkudu di becah baruh.
Ketika itulah Kadir Misai yang baru berumur sepuluh tahun bingkas bangun daripada tidur apabila mendengar namanya dipanggil dari tengah halaman. Dia terus berjalan menuruni anak tangga seolah-olah dipimpin oleh bayangan seorang laki-laki seakan-akan Itam Saban.
Sejak tengah malam hingga keesokan harinya sehari suntuk, Ulung Mahadar menjadi cemas kerana Kadir Misai tidak tahu ke mana. Emaknya Uda Timah tidak henti-henti menangis disebabkan Kadir Misai hilang di tengah malam tatkala tengah tidur nyenyak. Dia menuduh tentu Kadir Misai mengigau sampai bangun merayau di tengah malam tidak tentu haluan.
Tidak sabar Uda Timah menemui Tok Malik sidang kampung memberitahu fasal kehilangan Kadir Misai ketika tengah tidur. Hairan juga Tok Malik sidang kampung bagaimana anak kecil berumur sepuluh tahun tiba-tiba hilang. Katau mengigau tengah tidur pun masakan sampai turun ke tengah halaman, kemudian merayau-rayau tidak ketahuan.
Kampung mereka pun bukanlah luas sangat. Ke mana ceruk pun Kadir Misai menyusup tentu jiran-jiran boleh temui. Cepat-cepat Tok Malik sidang kampung menuduh tentu Kadir Misai dilarikan bunian. Seisi kampung tahu benar menge-nai gangguan bunian yang akan melarikan siapa sahaja yang mereka berkenan
"Tentu kerja orang bunian," gerutu Tok Malik sidang kampung memujuk Uda Timah supaya bersabar. Perempuan itu sudah berputus asa disebabkan suaminya Ulung Mahadar tidak mahu berikhtiar apa-apa. Ulung Mahadar ber-keras tidak mahu mengadu kepada Tok Malik sidang kampung segala urusan mengenai keluarganya.
Tetapi Uda Timah tidak peduli lagi larangan suaminya. Dia mesti berikhtiar selamatkan anaknya. Ke mana pula menghilangnya Kadir Misai dilarikan oleh orang bunian yang berkeliaran di dalam kampung.
"Saya pun fikir memang kerja bunian," tutur Uda Timah bergetar menahan rasa sebak di dada.
"Kenapa Mahadar tak panggil Dukun Tumin?" Tok Malik sidang kampung bertambah hairan kerana Ulung Mahadar tidak mahu ambil berat mengenai kehilangan anak-nya. Dia serahkan kepada isterinya sahaja berikhtiar memberitahu orang-orang kampung.
"Orang macam dia susah nak diajak berunding, Tok," rungut Uda Timah mendengus marah. Terkilan benar dia dengan sikap Ulung Mahadar hanya mahu berserah sahaja dalam saat anaknya hilang entah ke mana.
Petangnya Tok Malik sidang kampung datang ber-sama Dukun Tumin pun, Ulung Mahadar menyambutnya dengan hambar., Dia tidak melarang ataupun membantah kalau Dukun Tumin mahu ikhtiarkan. Dukun Tumin mahu tengok tetemas angkara siapa menyebabkan Kadir Misai bingkas bangun daripada tidur lantas berjalan tidak tentu haluan.
Sewaktu Dukun Tumin berkebas kain hitam mahu menguji gangguan bunian, dia tiba-tiba tercu ngap-cungap bagaikan sesak nafas Terpaksa pula dia bersandar ke dinding melepaskan penat yang menyerang tiba-tiba.
"Kenapa Tok Dukun?" soal Tok Malik sidang kampung kehairanan dengan keadaan yang menimpa Dukun Tumin.
"Entahlah, aku macam terhidu bau tengit," sahut Du-kun Tumin meng-urut-urut dada su-paya sesak nafasnya lega.
"Keras benar ke puakanya ni Tok Dukun?" Tok Malik sidang kampung menjuihkan bibir kerana bimbang juga dengan nasib yang menimpa Kadir Misai.
Setelah Dukun Tumin pulih semula dia teruskan juga berkebas kain hitam Kemudian menabur bertih di tempat tidur Kadir Misai sambil menyeru supaya bunian menghantar balik di mana mereka mengambil. Jarang bunian membantah kalau Dukun Tumin sudah berkebas kain hitam atau menabur bertih.
Kalau dia sudah berkebas kain hitam bermakna setiap penjuru kampung bunian dilanda kilat dan petir sabung menyabung. Setiap kali dia menabur bertih sudah tentu seluruh kampung bunian bagaikan ditembak dengan peluru rentak tidak berhenti-henti. Masakan bunian boleh bertahan apakala Dukun Tumin sudah bertindak membalas dendam. Mahu tidak mahu bunian mesti pulangkan juga Kadir Misai kepada Dukun Tumin!
Setelah semua setesai barulah Dukun Tumin tersenyum mengusap-usap misainya yang melintang panjang. Dia terangguk-angguk bangga bagaikan sudah berjaya mengalahkan musuh. Memang Dukun Tumin yakin benar bunian yang melarikan Kadir Misai tidak dapat melepaskan diri dari pada ancaman dia.
"Sebelum maghrib, Kadir akan balik sendiri," jelas Dukun Tumin tersenyum memberitahu Tok Malik sidang kampung.
Ulung Mahadar sekadar terangguk-angguk bagaikan menerima pengakuan Dukun Tumin itu, sekalipun dia sendiri tidak percaya Kadir Misai dilarikan oleh bunian. Semenjak lepas zohor lagi dia sudah berzikir tidak lekang duduk di tikar sembahyang supaya hati nya sentiasa sabar dengan musibah yang menimpa.
Kalau Kadir Misai ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pun dia tetap redha dengan kehendak Allah. Dia tidak terburu-buru mencari anaknya disebabkan Kadir Misai hilang tatkala telah nyenyak tidur. Lainlah kalau dia hilang semasa ke sekolah, Ulung Mahadar tidak akan bertangguh laporkan . kepada polls. Biarlah polls uruskan mencari anaknya sampai ditemui semula.
Kehilangan Kadir Misai bukannya perkara biasa yang boleh dilaporkan kepada polls. Tentu polis juga akan mentertawakan dia sekiranya diberitahu anaknya hilang sewaktu tengah nyenyak tidur.
"Ini bukan kerja bunian?" gerutu Ulung Mahadar di hadapan isterinya setelah Tok Malik sidang kampung dan Dukun Tumin balik.
"Kalau bukan bunian, kerja siapa lagi?" marah juga Uda Timah kerana suaminya tidak menghargai penat lelah orang yang mahu membantu mereka.
"Kerja manusia!" jelas Ulung Mahadar menggertap bibir bagaikan menyimpan dendam yang bergejolak di dalam dada.
"Kenapa awak tak cari manusia tu?" lantas sahaja Uda Timah menyindirnya untuk melepaskan geram. Kalaulah Tok Malik sidang kampung dengan Dukun Tumin tidak berikhtiar,. jangan harap suaminya mahu bersusah payah. Apa sangatlah sejak zohor duduk di dalam bilik berzikir sekadar memohon doa sahaja. Sepatutnya Ulung Mahadar mesti keluar daripada rumah mencari ke setiap ceruk kampung.
Memang Ulung Mahadar tahu isterinya terkilan sangat dengan sikapnya tidak mahu keluar mencari Kadir Misai. Tetapi dia yakin anaknya tidak boleh ditemui kalau sekadar keluar mencari di segenap kampung. Sejak  pagi pun orang-orang kampung membantu mencari, tidak siapa pun menemui Kadir Misai.
Sebaik sahaja masuk asar, Ulung Mahadar cepat-cepat tunaikan solat. Kemudian dia bacakan Yassin hingga air matanya bercucuran keluar. Dia akan teruskan membaca Yassin biar sampai masuk maghrib. lkhtiar mahu mencari Kadir Misai secara lahir sudah tertutup rapat. Sia-sia sahaja kalau dia gagahi mencari di semak belukar di se-rata ceruk kampung.
Masuk sahaja bacaan kedua puluh satu Ulung Mahadar membacakan Yassin dia terdengar sayup-sayup di tengah halaman Kadir Misai memanggil emaknya Segera Uda Timah menerpa ke pintu serambi. Memang anaknya Kadir Misai tercegat di tengah halaman dalam keadaan letih lesu.
"Ke mana kau Kadir?" gerutu Uda Timah tersedu-sedu menerpa ke tengah halaman memeluk anaknya.
"Biar budak tu naik dulu," perintah Ulung Mahadar berdiri di kepala tangga Tidak patut isteri-nya tersedu-sedu di tengah halaman sambil memeluk erat Kadir Misai, sedangkan budak itu dalam keadaan letih seharian merayau-rayau tidak tentu haluan.
"Aku nak beri-tahu Tok Malik sidang kampung," ujar Uda Timah tengadah suaminya dari tengah halaman.
"Esok pun boleh' Ulung Mahadar ingatkan isterinya yang tidak sabar menahan rasa gembira yang melonjak-lonjak.
"Orang dah tolong kita, mesti kenang budi balk orang," sahut Uda Timah tidak hiraukan tegahan suaminya. Dia terus berjalan cepat ke rumah Tok Malik sidang kampung untuk memberitahu mengenai Kadir Misai sudah balik ke rumah. Tentu ikhtiar Dukun Tumin yang berjaya memaksa bunian hantarkan balik anaknya ke rumah.
Setelah isterinya ke rumah Tok Malik sidang kampung, cepat-cepat Ulung Mahadar bawa Kadir Misai ke perigi. Dia mandikan anaknya dengan dilangir Iimau tujuh biji. Kemudian mandikan juga dengan air Yassin semangat anaknya pulih semula setelah perasaannya diganggu hingga dia ketakut-an berpanjangan.
Tidak ada satu pun yang ditanya-kan oleh Ulung Mahadar kepada anak-nya. Selepas semuanya selesai dia sekadar menyuruh Kadir Misai berbaring sahaja supaya tubuhnya segar semula. Dalam saat badan letih lesu tentulah Kadir Misai belum berselera mahu makan.
Sebelum maghrib Tok Malik sidang kampung bersama Dukun Tumin datang menjengah Kadir Misai. Tersenyum lebar Dukun Tumin kerana dapat membuktikan kemampuannya memaksa bunian menghantar Kadir Misai balik semula ke rumah. Kalau bunian berdegil dia akan ulangi lagi melimpar bertih sama macam menernbakkan 'peluru rentak bertubi-tubi ke perkampungan bunian.
Disebabkan Kadir Misai tertidur sewaktu mereka datang menjengah, Tok Malik sidang kampung tidaklah bangunkan anak kecil itu. Biarlah dia tidur nyenyak akibat keletihan tersesat di perkampungan bunian.
"Memang aku dah agak, memang kerja bunian!" tegas Dukun Tumin tersengih-sengih bangga kerana ikhtiarnya berhasiI.
"Berani pula dia datang larikan Kadir di rumah?" Tok Malik sidang kampung mencebek bibir apabila kenangkan bunian cuba mengganggu ketenteraman di kampungnya. Selagi Dukun Tumin ada jangan cuba bunian mahu tunjukkan berani mereka kepada penduduk-penduduk di situ. Dukun Tumin akan buru di ceruk mana pun bunian bersembunyi.
"Mereka nak menguji kita," tutur Dukun Tumin bagai kan mengejek buni-an yang melarikan Kadir Misai tatkala tengah malam ketika budak itu tidur nyenyak. "Kalau mereka berlembut kita berlembutlah, tapi kalau berkeras memang mereka nak cari geruh!" tambah nya menggertap bibir seolah-olah mencabar siapa sahaja bunian yang berani menunjukkan ke-hebatannya.
"Kita nak buat apa lagi sekarang,Tok Dukun?" tanya Uda Timah masih bimbang kalaulah bunian datang mengganggu lagi.
"Kadir dah selamat, nak buat apa pula?" tersengih-sengih Dukun Tumin mengerling Uda Timah yang tidak dapat bertenang sekalipun anaknya sudah selamat batik ke rumah.
"Manalah tahu bunian tu datang lagi mengganggu..." keluh Uda Timah seolah-olah mahu-kan Tok Malik sidang kampung dan Dukun Tumin sentiasa mengawal rumahnya. Harapkan suaminya Ulung Mahadar sudah tentu bunian tersebut boleh menyerbu datang melarikan Kadir Misai semula.
"Cukuplah Timah janganlah awak mati kerana takut!" Iantas Ulung Mahadar bersuara disebabkan isterinya terlalu menaruh kepercayaan boleh diselamatkan oleh Dukun Tumin daripada gangguan bunian. "Ilmu bunian sama dengan ilmu syaitan, terbatas. Tapi ilmu manusia meliputi tujuh petala bumi tujuh petala Iangit," tegasnya mengingatkan isterinya yang tidak mahu lagi mendengar kata-katanya.
"Kadir hilang, kenapa awak tak cari?' marah juga Uda Timah kerana suami nya tidak menghargai jasa Dukun Tumin dan Tok Malik sidang kampung membantunya.
"Awak tahu aku cari ke atau tidak?" jerkah Ulung Mahadar tersinggung dengan sikap Uda Timah yang tidak mahu bersabar .meng hadapi dugaan demikian. "Patutnya Kadir Misai balik, awak uruskan dia dulu..." ujar Ulung Mahadar menyindir isterinya yang terkebil-kebiI mata. Uda Timah tahu kalau Ulung Mahadar memberang sudah tentu panas barannya tidak boleh ditahan-tahan. Dia tidak peduli siapapun lagi di hadapannya akan dijerkah sampai tidak bersisa.
Kadir Misai baru menjamah makanan setelah bangun dari-pada tidur. Ulung Mahadar tidak bertanya apa-apa sepanjang anaknya menyuap nasi itu. Tentu anaknya ke laparan disebabkan sepanjang hari tidak menjamah nasi atau meneguk air. Hanya dia mem-beri anaknya minum madu lebah ketika balik jejak kaki dirumah.
Selepas selesai makan barulah dia benarkan Uda Timah bertanya kepada anaknya ke mana dia menghilang. Lama juga Kadir Misai termenung mahu meng ingatkan kembali jalan yang dilalui-nya seolah-olah mimpi sahaja.
Apabila namanya diseru Kadir Misai terkejut. Lantas dia bangun ke pintu serambi sekalipun tidak mengetahui ketika itu masih ten-gah malam lagi. Kadir Misai hanya menyangka matahari sudah memancar terang di angkasa. Dia sendiri seronok melihat jantung pisang bergerak sendiri di tengah halaman bagaikan menggamit dia untuk sama bermain.
Melihat jantung pisang itu menari-nari menyebabkan Kadir Misai bertambah seronok untuk menangkapnya. Semakin di-kejar semakin jauh pula jantung pisang itu bergerak melompat dan menari. Sehingga dia terserempak Itam Saban membawa joran kail untuk memancing di lubuk.
"Apa kau buat Kadir?" Itam Saban menegurnya mesra dengan tersengih-sengih mahu memujuk anak kecil itu
"Itam tak nampak ke tu?" lantas Kadir Misai menuding ke arah jantung pisang melompat dan menari sendiri.
"Kau sukakah dengan jantung pisang ajaib ni?" semakin rapat Itam Saban mendekatinya sambil menangkap jantung pisang tersebut.
"Wah, pandai sungguh Itam menangkapnya," kagum benar Kadir Misai kerana jantung pisang yang liar daripadanya itu mudah sahaja ditangkap oleh Itam Saban.
"Kalau kau mahu jantung pisang ni ambillah," segera di-hulurkan oleh Itam Saban kepadanya jantung pisang berkenaan.
Terlalu gembira Kadir Misai menerima pemberian tersebut. Apabila dia berpatah balik untuk membawa jantung pisang berkenaan, Kadir Misai melihat keadaan sekeliling gelap gelita. Dia tidak nampak lagi jalan balik, kecuali apabila berpaling ke arah Itam Saban dia nampak cahaya terang benderang disinari mata hari.
"Kenapa kau tak balik?" soal Itam Saban mencemik muka.
"Tak nampak jaIan," beritahu Kadir Misai mulai bimbang kerana wajah Itam Saban tiba-tiba bertukar menjadi lembaga hitam legam yang garang.
"Ikut aku!" perintah Itam Saban mengajaknya ke lubuk mengail ikan.
Serba salah juga Kadir Misai mahu mengikut Itam Saban yang menjadi lembaga hitam itu ke tepi lubuk. Disebabkan ketakutan dia terpaksa natuhi juga sekalipun tersedu-sedu menangis. Lembaga hitam legam itu tidak peduli pun sama ada anak kecil sepertinya me-nangis atau pun tidak.
Sewaktu melalui becah di baruh kampung, Kadir Misai terpaksa mengharung lumpur hingga tenggelam separas lutut. Dia terus mengikut lembaga hitam legam itu dengan memeluk jantung pisang di tangan.
Sampai di tepi lubuk lembaga hitam legam jelmaan Itam Saban itu tidak memancing ikan. Dia melontarkan joran kail dan keruntung yang dibawanya. Lembaga hitam legam tersebut terus terjun ke tengah lubuk mandi air lumpur yang bukat keruh. Sema-kin takut Kadir Misai melihat kocakan air lubuk yang mengombak bagaikan gelombang besar mendebur ke tebing.
"Terjun, marl mandi bersama aku!" keras sahaja suara Itam Saban memaksanya terjun mandi ke dasar lubuk.
Serba salah Kadir Misai mahu terjun ke dalam lubuk yang airnya berkocak kuat. Lagipun airnya keruh laksana perlimbahan di bawah pelantar yang berbau hanyir. Macam mana dia mahu terjun ke dalam air demikian kotor? Kalau tidak terjun bimbang pula dia lembaga hitam legam itu akan bertambah berang. Tentu lembaga tersebut naik ke tebing lantas mencampakkan dia ke dasar iubuk berkenaan.
"Cepat terjun!" bentak lembaga hitam legam merenung tepat ke muka Kadir Misai, hingga dilihatnya mata lembaga itu menjadi merah laksana api marak menyala.
"Aku takut Itam' Kadir Misai merayu kerana menganggap lembaga di hadapan-nya masih lagi Itam Saban.
"Kenapa mesti takut, marl terjun cepat," perintah lembaga hitam legam itu lagi menggamitnya supaya segera terjun ke air.
Ketika Kadir Misai mahu terjun itu lah tiba-tiba tanah di sekelilingnya menjadi bergegar kuat. Lembaga hitam legam itu ketakutan dengan mata melingas-lingas.
Tidak jadi Kadir Misai mahu melompat ke dalam lubuk berkenaan sebaik sahaja ternampak ayahnya Ulung Mahadar berdiri di seberang lubuk. Suara Ulung Mahadar membacakan Yassin bergema kuat hingga membingitkan telinga lembaga hitam berkubang di tengah lubuk.
Bacaan Yassin yang bergema itulah membuatkan tanah di sekeliling lubuk bergegar tidak bertahan. Terpaksa lembaga hitam itu menekup telinganya dengan tangan untuk melindungkan telinganya daripada .gangguan bingit yang memekakkan. Lembaga hitam itu bertambah marah lantas memusingkan badannya menjelma semula menjadi Itam Saban yang kebingungan naik ke tebing lubuk.
"Oh, kau nak tunjuk pandai, Mahadar," Itam Saban mencebek bibir dengan dendam. yang membara.
"Kau pun apa kurang nak tunjuk pandai pada aku, Saban!" sahut Ulung Mahadar tidak berganjak berdiri di tebing lubuk. "Kau nak guna kan puaka lubuk, biar anak aku terjun ke situ," dia mengejek setelah mengetahui muslihat yang digunakan oleh Itam Saban untuk memerangkap Kadir Misai.
Sewaktu bangun daripada tidurnya. memang Kadir Misai bagaikan dipukau mengikut sahaja jalan menuju ke becah baruh. Kemudian merentas hum-pur melalui rumpun rembia terus ke tepi lubuk. Apabila Kadir Misai terjun ke dalam lubuk dalam keadaan tidak sedar diri, tentulah dia kelemasan tidak dapat berenang ke tepi sekalipun air lubuk tidaklah dalam sangat.
Siapapun tidak percaya Kadir Misai dibunuh. Anak kecil itu hanya terjun sendiri ke dalam lubuk. Muslihat makhluk hanya boleh merancang sahaja, tetapi muslihat Allah lebih mengetahui yang nyata mahupun yang tersembunyi. Siapapun tidak dapat melepaskan diri daripada muslihat Allah, sekiranya mahu menunjukkan diri mereka bijak menggunakan segala muslihat.
Itam Saban membesarkan tubuhnya menjadi lembaga hitam legam berselut lumpur seluruh badan. Ketawanya memanjang mengejek untuk menakutkan Ulung Mahadur. Tetapi Ulung Mahadur tidak berundur setapak pun, sebalik-nya dia menekankan tumit ke tanah Iantas mengisarkan tiga kali.
Serentak dengan itu lembaga hitam lebam bertubuh besar itu melompat mahu menerkam. Dadanya tiba-tiba terbelah hingga terburai tulang rusuk apabila Ulung Mahadar menghentakkan tumitnya ke tanah.
Terkejut lembaga hitam legam tersebut melihat keadaan tulang rusuknya terburai hingga menyebabkan dia susah mahu bernafas Setiap kali bernafas jantungnya juga tersembul keluar laksana jantung pisang yang dipegang oleh Kadir Misai.
"Campakkan jantung pisang di tangan kau, Kadir," laung. Ulung Mahadar menyuruh anak nya cepat-cepat membuangkan jantung pisang berkena-an.
Sebaik sahaja Kadir Misai mencampakkan jantung pisang tersebut ke tengah lubuk, sekaligus dada lembaga ber-enaan meletup kuat. Jantungnya juga berkecai terkeluar di celah tulang rusuknya yang patah terburai.
"Aku tahu kau menuntut sampai di Kelantan, Mahadar..." terketar-ketar lembaga hitam legam itu berkerja keras mahu menaupkan semula tulang rusuknya. "Rupa-rupanya tinggi juga ilmu kau, kau diselamatkan oleh ilmu kau, Mahadar," katanya mengerang-erang menahan kesakitan.
"Aku tak diselamatkan oleh ilmu aku, tapi oleh Allah' sahut Ulung Mahadar menggertap bi-bir.
Tetapi jelmaan puaka lubuk itu tidak mengalah. Tulang rusuknya yang merekah ditaupkan semula. Dia berdiri gagah mahu menyerang Ulung Mahadar lagi. Daripada tapak tangannya memancar asap hi-tam memenuhi keliling lubuk menjadikan sekitarnya gelap gelita.
Kadir Misai sekadar mendengar pekik sorak sahaja di tengah kegelapan itu macam orang memencak di tengah gelanggang. Dia tahu ayahnya masih berlawan dengan lembaga hitam legam berkenaan, setelah lembaga itu dapat memerangkap Ulung Mahadar di dalam gelap gelita.
Di tengah kegelapan itu Ulung Mahadar membaca-kan:
Hasbiallahhu tawakkaltu ivahuwarabbul `arsyil `azim,
diulanginya tiga kali. Sekaligus asap hitam itu disedut oleh lubuk di pinggir rumpun rembia hingga habis semuanya sekali, menyebabkan keliling lubuk menjadi terang benderang semula.
Ketika ini Kadir Misai nampak lembaga berkenaan berjalan huyung hayang dengan kepalanya hancur tidak bersisa. Tulang rusuknya yang berkecai juga jungkang jungkit laksana bilah buluh patah akibat terlalu reput. Mengerang-ngerang lembaga itu menahan kesakitan sambil menggerakkan bahu macam ayam betina mengirai kepak.
Apabila lembaga hitam legam itu tumbang jatuh ke dalam lubuk, Itam Saban tersengih-sengih mengejek Ulung Mahadar sebaik sahaja keluar di celah rusuk lembaga itu.
Itam Saban menghembus ke tengah lubuk. Tiba-tiba air lubuk berpusar ligat hingga memercik lumpur merah bagai kan tiara lahar gunung berapi menerjah ke tubuh Ulung Mahadar. Percikan lumpur panas itu tidak menyinggahi Ulung Mahadar langsung. Hanya semak belukar di kiri kanan sahaja terkena percikan lumpur panas menye-babkah pokok-pokoknya terbakar.
Ulung Mahadar lantas berdoa:
Qul-man rabbus sama-wati weardh, quli-llahhu qul apat-tahaz tum-min du-nihi auliya-a layam-likun li-anfusihim naf'anw waladharra, qul-hal yastawil `amya walbasiru, am-hal tastawiz zu-lurnatu wan-nur, am ja`alu lillahhi syu-raka-a khalaqu ka-khalqihi fatasabahal khaNa qitlillahhu khaliqu kulli syai-inw wahu-wal wahidul-qahar.
Habis sahaja dia berdoa air lubuk menjadi kering. Lumpur berbara di tengah lubuk mendidih laksana dodol tengah kuali terjerang. Di tengah lumpur panas itu lembaga hitam legam keluar dengan tubuh nya dipenuhi lumpur berbara merah.
Lembaga hitam legam itu menggegeleng-geleng kepala apabila disuruh oleh Itam Saban menerkam ke arah Ulung Mahadar. Marah benar Itam Saban ,disehabkan perintah nya tidak dipatuhi.
Cepat-cepat dia mengeluarkan ekor pari di tangan Iantas dicematnya belakang lembaga tersebut.
"Apa tunggu lagi haoiskan dia!" jerit Itam Saban marahbenar dengan keengganan lembaga hitam legam itu membantunya.
"Dia bukan lawan kau, Saban," sahut, lembaga tersebut menggeliat-geliat akibat belakangnya dicemat dengan ekor ikan pari.
"Kau jangan cuba belot, puaka tak tahu untung," bentak Itam Saban melepaskan rasa geram yang mendongkol.
Lembaga yang dipanggilnya puaka itu tetap enggan mara menyerang Ulung Mahadar. Dia terketar-ketar ketakutan setiap kali cuba mengangkat muka menentang Ulung Mahadar yang gagah tercegat di tebing lubuk.
Itam Saban semakin tidak dapat mengawal perasaan. Dicematnya berterusan ekor pari itu ke belakang lembaga tersebut, menyebabkan lembaga hitam legam itu melompat jauh sedikit. Dia mengangakan mulut mengeluarkan lahar lumpur panas dari mulutnya itu. Tidak sempat Itam Saban mengelak menyebab kan seluruh tubuh-nya melecur dipercik lumpur panas seperti lahar berbara itu.
"Oh, kau melawan ye!" gerutu Itam Saban menepis nepis lumpur panas yang memercik ke kulitnya itu. Tetapi lumpur seperti lahar berbara itu melekat tidak dapat ditanggalkan. Kalau Itam Saban gagahi juga menanggalkan kulitnya juga akan ikut melecur reput.
"Dia bukan lawan kau, tahu tak?" bentak lembaga hitam legam itu memarahi Itam Saban yang berdegil mahu me-neruskan juga menentang Ulung Mahadar.
"Kalau Dukun Tumin boleh kau kelirukan, kenapa tidak Mahadar!" ujar Itam Saban menggertap bibir menahan rasa geram yang mendongkol berat.
"Dia tak sama dengan Dukun Tumin," lembaga hitam legam itu tetap menggeleng-geleng lemah tidak mahu meneruskan. Lembaga itu akan melawan sekiranya Itam Saban memaksa. Dia tidak boleh dikawal lagi oleh Itam Saban apabila dirinya dicabar.
"Kau dah bersumpah patuh kepada aku," perlahan sahaja Itam Saban menuturkan dalam keadaan kecewa yang menusuk perasaan.
"Bersumpah dengan siapa kau, Itam Saban?" lembaga hitam berkenaan mengejeknya menyemburkan banyak lagi lumpur berbara merah dari mulut-nya. "Aku puaka lubuk ni, takkan aku yang ikut perintah kau," katanya menyebabkan Itam Saban terkejut dengan dalih lembaga berkenaan.
Memang lembaga itu menjelma apabila dia membakar kemenyan. Bila-bila lembaga itu bersedia mematuhi perintahnya asal sahaja Itam Saban sanggup menyemah lubuk berkenaan setiap tahun. Itam Saban mesti sediakan ancak diisi panggang ayam selasih separuh masak. Darah ayam itu juga mesti ditadah di dalam temburung dan letakkan juga di sisi ancak.
Puaka lubuk itu akan merasuk sesiapa sahaja yang cuba menyakiti hati Itam Saban. Musim turun ke sawah pun jangan siapa sahaja mengganggu permatang atau anak benih Itam Saban tidak bertabik-tabik. Hasan Kelong membengkak kaki disebabkan memokah permatang sawah di sempadan.
Puas Hasan Kelong beritahu kakinya dipatuk ular, tetapi tidak siapapun percaya. Sudah dibawa ke hospital pun, memang tidak ada kesan kakinya dipatuk ular. Tetapi Hasan Kelong sendiri melihat seekor ular di tengah air menerpa ke betis-nya. Selepas dipatuk itu bengkak di kakinya bertambah menjadi-jadi.
Tetapi perkara Hasan Kelong tidak sama dengan Ulung Mahadar. Jelmaan puaka lubuk itu tetap enggan membantu, setelah dia merasakan Ulung Mahadar bukan lawannya. Setiap kali Ulung Mahadar berdoa, tulang rusuk lembaga hitam legam itu terpokah menyebabkan jantungnya tersembul keluar. Terpaksa pula dia masukkan semula jantungnya sambil berusaha rapatkan semula tulang rusuk yang patah-patah laksana bilah buluh reput.
Ketika Itam Saban berbantah-bantah dengan lembaga hitam legam itulah, Kadir Misai mendengar bisikan ayahnya menyuruh balik. Sewaktu Kadir Misai sampai di tengah halaman rumahnya memang pakaiannya habis dipaliti lumpur. Dia masih belum pulih sedar sewaktu emak nya memeluk dengan tangis terisak-isak.
Sebab itulah Ulung Mahadar tidurkan dia terlebih dahulu. Setelah dimandikan dengan air Yassin barulah semangat Kadir Misai pulih sedikit demi sedikit.
Hairan juga Uda Timah dengan penjelasan anaknya. Kenapa Kadir Misai tidak terserempak dengan Tok Malik sidang kampung atau Dukun Tumin yang bersusah payah berkebas kain hitam dan menabur bertih? Apabila dia ke becah baru di rumpun rembia, memang hairan Uda Timah melibat beberapa batarig pokok melecur bagaikan dibakar api.
Tiga hari selepas itu pula seisi kampung mendengar Itam Saban diserang sesak nafas. Ketika dia menutup mata, mereka terkejut kerana kulitnya dipenuhi !umpur hitam yang kering. Kalau dibersihkan lumpur yang melekat itu kulitnya akan re-put sampai tertanggal habis.
Tetapi Ulung Mahadar tidak pernah menganiaya sesiapapun. Dia sekadar berdoa membacakan Yassin memohon perlindungan dan pertolongan Allah di atas segala musibah yang menimpanya. Ketika saya sampai di Lancang bersama keluarga, jenazah Ulung Mahadar su-dah pun diusung ke kubur.