Sukar
bagi orang lain mahu mempercayai cerita Pak Sulah, walaupun dia tidak pernah
berbohong. Kadangkala seseorang itu memang tidak dipercayai kalau bercakap
benar, disebabkan sesiapa pun tidak memikirkan sangat tentang kebenaran ceritanya.
Sebab itulah Pak Sulah lebih suka menyimpan rahsia dirinya dari sesiapa pun.
Dia
tidak mahu menceritakan kepada jiran-jirannya apabila pada satu pagi dia
terjatuh dari basikalnya semasa hendak pergi menoreh getah. Sebaik dia mahu
bangun sambil menggosok-gosok kepala lututnya yang terasa pedih, dia melihat
sebutir batu hitam sebesar guli menggolek.
Marah
juga Pak Sulah disebabkan kepala lututnya terasa sakit apabila tersendal pada
batu berkenaan. Lantas dicapainya batu hitam tersebut mahu dilimparkannya. Tetapi
sebaik saja dia cuba menghayun tangannya tiba iba seekor ular tedung selar
menerkam tangannya hingga melekat taringnya di situ. Puas juga Pak Sulah
melibas-libas tangannya mahu melepaskan gigitan ular berkenaan.
Dalam
masa demikian batu hitam tersebut terus digenggamnya erat-erat. Apabila dia
berjaya melepaskan ular tedung selar itu dari melekat di tangannya, dia melihat
ular itu menggelupur di tanah. Beberapa saat saja ular itu terkejang tidak
dapat bergerak.
"Inikah
buntat ular?" fikir Pak Sulah memerhatikan batu hitam di dalam
genggamannya.
Dengan
tidak berfikir panjang dibungkusnya batu hitam itu baik-baik dengan kain
pengikat kepalanya. Dia teruslah kekebunnya menoreh getah. Sehingga selesai dia
menoreh tidak ada apa-apa pun dirasanya pada bekas gigitan ular tadi, sekalipun
banyak juga darah keluar.
Semasa
mengangkat susu getah pula, Pak Sulah terserempak dengan ular tedung senduk
pula menyebabkan dia terkejut hingga hampir terhumban baldi di tangannya.
"Celaka
kau!" rungut Pak Sulah sambil meludah ke arah ular tersebut yang
mengembangkan kepalanya.
Tetapi
tiba-tiba saja ular itu terhuyung-hayang lantas merebahkan kepalanya ke tanah.
Ular itu menggelupur seperti menahan kesakitan, tetapi tidaklah kelihatan ianya
sakit. Hairan juga Pak Sulah melihat kelakuan ular tedung senduk itu
menggelepar-gelepar di atas daun getah kering yang berse!erak di dalam kebun berkenaan.
"Kenapa
pula kau ni...?" tiba-tiba saja hatinya berani untuk menepuk-nepuk kepala
ular itu. Sekonyong-konyong saja ular tedung senduk berwarna hitam itu kembali
segar. Berkali-kali dia mengangguk-anggukkan kepala seolah olah mengucapkan terima
kasih kepada Pak Sulah.
"Buat
apa kau berterima kasih dengan aku!" rungut Pak Sulah tersengih-sengih dengan
kelakuan ular berkenaan. Kemudian ular tedung senduk itu pun menyusup hilang di
dalam belukar.
Apabila
balik ke rumah Pak Sulah tidak menceritakan kepada sesiapa pun perihal dia
menemui uar tersebut. Pada malamnya dia menjadi resah gelisah hingga keluar ke
serambi tidur. Hairan juga isterinya Mak Demah melihat kelakuan suaminya yang
resah tidak boleh melelapkan mata.
“Panas
sangat..." rungutnya mengipas-mengipas tubuhnya yang tidak berbaju dengan
kain selimut.
“Jadah
ke apa awak tu ' sahut Mak Demah dari dalam.
“Tengah-tengah
malam macam ni pun panas, orang di dalam ni sejuk tak terkira" katanya
menyindir suaminya yang lari tidur keluar.
Tetapi
dalam suasana demikianlah Mak Demah melelapkan matanya. Sementara Pak Sulah di
serambi masih juga terkebil-kebil mata. Sekejap dia mengereng ke kiri sekejap
mengereng ke kanan. Lama kelamaan dia membukakan terus tingkap di hujung
serambi biar angin malam berhembus menerobos ke serambi rumah.
Terasa
nyamannya angin malam apabila tingkap di hujung serambi sudah terbuka. Sewaktu
matanya hampir terlelap, Pak Sulah ternampak bayang hitam terlingguk-lingguk
pada tingkap di hujung serambi. Dia cuba bangun mahu melihat tetapi seluruh
tubuhnya terasa kaku tidak boleh bergerak. Terpaksalah dia mendiamkan diri saja
sebaik dia melihat kepala seekor ular besar terjongol di situ.
Ular
besar yang naik melalui tingkap itu terus menjalar mendapatkan Pak Sulah yang
terkaku tidak dapat bergerak. Perlahan-lahan ular berkenaan menjilat pada tapak
kaki Pak Sulah lantas menyusup ke dalam kain sarungnya. Ular itu menjilat-jilat
di seluruh bahagian kakinya menyebabkan Pak Sulah semakin gementar kerana ketakutan.
Kalaulah
dia boleh melompat bangun, memang dia akan bingkas melarikan diri. Dia akan
memekik me-minta pertolongan supaya ular besar itu dibunuh saja. Sebaliknya dia
tidak berupaya melakukan apa-apa, hanya sekadar mendiamkan diri saja seperti mayat
terbujur. Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukannya selain dari mernbiarkan
saja ular tersebut menjilat seluruh tubuh badannya.
Selepas
ular itu habis menjilat seluruh badannya, Pak Sulah dapat merasakan seluruh
tubuh-nya dibelit seperti bayi dibedung di dalam Iingkungan ular berkenaan.
Ke-mudian tubuhnya dibawa bergolek tiga kali ke kanan dan tiga kali ke kiri.
Setelah semuanya selesai ular besar itu turun melalui tingkap yang terbuka
hilang bersama kegelapan malam.
Sebaik
saja ular itu hilang dari pandangan barulah Pak Sulah bingkas bangun lantas
lari masuk ke dalam mendapatkan isterinya. Dia terketar-ketar ketakutan sambil
mulutnya tergagap-gagap tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun.
"Ada
apa?" soal Mak Demah merungut disebabkan terkejut dari tidurnya yang
nyenyak.
Pak
Sulah tidak dapat berkata apa-apa. Seluruh tubuh-nya menggeletar ketakutan. Mak
Demah dapat melihat peluh kasar merenik renik di dahi Pak Sulah. Lama juga Pak
Sulah tercungap cungap bagaikan putus nafas barulah dia dapat mengawal
perasaannya yang diselubungi ketakutan sejak peristiwa yang tidak diduganya
itu.
"Ular
sebesar tiang ..." ujarnya terputus-putus.
"Mana
ada ular, awak ni bermimpi agaknya" sahut Mak Demah tersengih-sengih
kerana mengagak suaminya mengigau.
Memang
Mak Demah tidak percaya ular sebesar tiang naik ke rumahnya. Malah dia tidak
mendengar apa-apa kelainan di serambi semasa Pak Sulah tidur di luar. Kalau
benarlah ular sebesar tiang menjalar naik sudah tentulah bergegar tingkap di
hujung serambi sebab geselan ular yang besar terlalu kuat semasa menjalar.
"Aku
tak mimpi" beritahu Pak Sulah masih diselubungi ketakutan.
Semalaman
itu dia tidak dapat tidur setelah mengalami peristiwa tersebut, sekalipun
isterinya memperolok-olokkan dia.
Keesokan
harinya Basar Badak anak mereka yang tua memekik-mekik memanggil emaknya memberitahu
ada denai ular di sebelah hujung serambi rumah menuju ke belukar di belakang
rumah. Denai itu hilang sebaik sampai saja di belukar senduduk, tetapi masih
nampak kesannya di atas rumput yang lembab oleh embun.
Barulah
Mak Demah percaya den-gan cerita suaminya, tetapi dia hairan mengapa ular
berkenaan tidak mencederakan Pak Sulah. Bagaimanapun kisah Pak Sulah dibelit
ular semalaman itu tidaklah menjadi heboh kerana orang-orang kampung tidak
menghiraukan sangat cerita berkenaan.
Hinggalah
berlaku peristiwa kambing Pak Sulah menyerbu masuk merosakkan anak benih padi
Lajim Uban. Terlalu marah Lajim Uban sampai dia menghunus parang menghambat Pak
Sulah yang sedang tekun di sawahnya. Jiran-jiran yang sedang bekerja di sawah
ikut terkejut dengan tindakan Lajim Uban mengancam Pak Sulah. Puas juga
jiran-jiran menyabar kan Lajim Uban su-paya tidak terburu-buru bertindak, tetapi
dia tetap berkeras dengan mengibas-ngibas mata parangnya.
"Bukan
sekali dua kambing kau musnahkan anak benih aku!" bentak Lajim Uban menggertap
bibir. "Kau ingat boleh setakat ganti aje, nanti padi orang semua dah
naik, aku baru nak mengubah benih..." dia tidak dapat me-nahan marahnya.
"Lajim,
kalau benih kau habis dimakan kambing aku kau ambillah benih aku tu semua
sekali" sahut Pak Sulah tersinggung dengan sikap Lajim Uban yang tidak
mahu bertolak ansur
"Aku
tak mau benih kau, aku nak ganti dengan duit!" Lajim Uban menggenggam
parangnya erat-erat.
Berapa
duit yang kau minta?" Pak Sulah cuba bersabar dengan sikap Lajim Uban itu.
"Kau taksirlah sendiri!" suara Lajim. Uban keras lantang di tengah sawah.
Jiran-jiran yang sama bekerja di sawah masih berharap Lajim Uban mengubah
pendirian nya menerima tawaran Pak Sulah.
Tetapi
Lajim Uban sudah seperti dirasuk syaitan. Dia tidak dapat mengawal perasaannya.
Dia merempuh ke hadapan mengibas-ngibaskan mata parangnya ke dada Pak Sulah
yang berdiri tidak berganjak sedikit pun menunggu serbuan dari Lajim Uban.
Tiba-tiba saja orang ramai melihat Lajim Uban menjatuhkan parangnya sambil
terlompat-lompat ketakutan. Dia terjerit-jerit meminta tolong memekik,
"Ular! ulara ular!" berulang kali.
Jiran-jiran
semuanya menjadi hairan kerana mereka tidak melihat seekor pun ular di situ.
Setelah puas terlompat-lompat ketakutan akhirnya Lajim Uban jatuh pengsan.
Terpaksalah jiran-jiran semuanya menandu dia balik ke rumah.
Apabila
ditanyakan kepada Pak Sulah mengenai kata-kata yang direpek oleh Lajim Uban,
dia sendiri tidak faham keadaan sebenarnya. Kerana dia juga melihat Lajim Uban
terlompat-lompat memekik, walhal dia sendiri merasa cemas apabila diserbu dengan
parang oleh Lajim Uban.
Seminggu
lama nya Lajim Uban pengsan tidak sedarkan diri, datanglah isteri Lajim Uban
rumah Pak Sulah meminta maaf.
"Saya
datang ni, minta Abang Sulah cubalah ubatkan Lajim tu “ Pinta Mak Unah kerana
bimbangkan penyakit Lajim Uban itu disebabkan ketulahan bertindak kasar terhadap
Pak Sulah.
Dia
juga tidaklah menolak permintaan Mak Unah itu. Bagaimana pun sepanjang perjalanan
menuju rumah Lajim Uban hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah ubat yang hendak
diberikanya kerana dia sendiri bukanlah
bomoh yang pandai menyembuh penyakit.
Ketika
Mak Unah sudah berjalah jauh kehadapan ist Unah jauh tiba-tiba saja Pak Sulah
dihalang oleh lelaki tua berpakaian serba hitam. Lelaki tua itu menyeringai
saja menampakkan giginya yang tinggal dua batang di hadapan.
"Kenapa
halang aku?" soal Pak Sulah marah. "Aku bukan nak halang kau"
beritahu lelaki tua itu tersengih-sengih. "Aku nak beritahu kau, gunakan
buntat ular yang perolehi tu kalau nak mengubatkan orang. tu" katanya
mene-puk-nepuk bahu Pak Sulah.
"Siapa
awak ni?" Pak Sulah merasa gementar pula melihat orang tua yang bergigi
dua di hadapannya bagaikan taring ular saja pada penglibatan matanya.
"Aku
yang beri kau buntat tu.. jelas orang tua itu selanjutnya tersengih-sengih.
"Memang kau ni tak tau, selama ini aku sentiasa menolong kau!" ujarnya
lantas menghilang dari pandangan Pak Sulah.
Berdebar
hati Pak Sulah selepas bertemu lelaki tua berkenaan. Dia semacam tidak percaya
dengan apa yang di-jelaskan oleh lelaki tua tersebut. Tetapi setelah memikirkan
kejadian dia dijilat ular pada malam yang menakutkan hatinya dulu, dia rnula
merasakan keberanian yang kuat dalam dirinya.
Apabila
sampai di rumah Lajim Uban tidak bertangguh lagi dia merendamkan buntat ular,
dan airnya diberi minum serta direnjis kan ke tubuh Lajim Uban. Hanya beberapa
minit saja Lajim Uban mula terpinga-pinga bangun.
Dia
menceritakan pengalamannya semasa hendak menetak Pak Sulah, tetapi yang dilihatnya
ular setinggi berdiri di depannya.
Apabila
dia mahu berundur dilihatnya pula beratus-ratus ekor ular di merata tempat
menuju kearahnya. Memang dia tidak menduga kejadian tersebut berlaku dalam sekelip
mata saja.
"Aku
lihat di depan aku bukan lagi Abang Sulah, tapi ular tedung selar setinggi
berdiri" katanya geli gelemam menahan ngeri ketakutan.
Sejak
itu seisi kampung menyedari bahawa Pak Sulah memang seorang bomoh ular yang
handal. Pernah seorang perempuan dari kampung lain di patuk ular tedung senduk
hingga dikatakan mati, tetapi suaminya enggan mengkebumikannya kerana tubuh
wanita itu kelihatan berpeluh.
Dia
telah memanggil Pak Sulah cuba mengubati isterinya yang dirasakannya hanya
pengsan saja itu. Pak Sulah tidak lah menolak apabila dijemput. Dia datang
dengan satu janji untuk memanggil ular yang bertanggungjawab mematuk isteri
lelaki berkenaan. Setelah dia membakar kemenyan lalu diserunya semua ular
datang membuat pengakuan siapakah yang bertanggung jawab.
Beratus-ratus
ekor ular datang ke situ, tetapi semuanya melenggok-lenggokkan kepala
seolah-olah menggeleng. Kemudian mereka pergi meninggalkan rumah tersebut.
Hampir satu jam kemudian barulah muncul seekor ular tedung senduk berwarna
hitam pekat meliuk liukkan kepalanya terhangguk-hangguk
"Ambil
bisa kau semula!" perintah Pak Sulah menudingkan jarinya ke arah mayat
wanita yang terbujur itu.
Ular
berkenaan mengangkat kepala mahu menerkam ke arah Pak Sulah, tetapi segera
diludah oleh Pak Sulah. Bergulung-gulung ular itu disinggahi oleh air ludah Pak
Sulah bagaikan kesakitan. Memang jelas ular itu kesakitan kerana tubuhnya yang
hitam bertukar menjadi kemerah-merahan.
"Kau
jangan cuba melawan...!" jerkah Pak Sulah menghentakkan tumitnya ke lantai
tiga kali.
Puas
juga ular itu mahu mengelak, tetapi terpaksa juga menjalar mencari bekas
patukannya di betis wanita berkena an. Kemudian dia mematuk semula pada bekas
gigitannya hingga taringnya melekat. Berpintal-pintal dia mahu melepaskan
taringnya yang melekat pada betis wanita berkenaan.
Ular
itu seakan-akan menghisap sesuatu di betis itu hingga kelihatan kepalanya
bertukar menjadi biru biji kundang. Warna ungu itu pula kelihatan bergerak
perlahan-lahan dari kepalanya hingga sampai ke seluruh tubuhnya. Setelah
seluruh tubuhnya menjadi biru ungu barulah gigitannya terlepas dari betis
wanita itu. Sekaligus pula dia menggelepar dan mati di situ juga.
Selepas
itu barulah wanita itu menggerakan tubuhnya, dan dia sedar semula. Kehebatan
Pak Sulah sebagai bomoh ular memang dikenali sangat, tetapi tidak semena-mena
pula salah seorang anaknya menjadi lumpuh dan menjalar seperti ular. Puas juga
dia mengubati anaknya itu, tetapi penyakitnya tidak dapat dipulihkan hinggalah
anaknya itu meninggal dunia.
Kematian
anaknya itu menyebabkan Pak Sulah semacam kecewa untuk meneruskan kebolehannya
menjadi bomoh ular. Terfikir juga di hati nya untuk membuangkan saja buntat
ular yang diperolehinya itu. Tetapi dia didatangi oleh orang tua berpakaian
serba hitam dengan dua batang gigi jongang di hadapan nya.
"Kau
tak boleh buang-buang sesuka hati kau...!" orang tua itu mengingatkan dia.
"Aku
tak mahu buntat ni bertukar nyawa dengan anak aku" sahut Pak Sulah marah
dengan kehadiran orang tua tersebut.
"Kalau
macam tu kau sendirilah jadi galang gantinya" kata orang tua itu lantas
menjelma menjadi seekor ular tedung selar berdiri tegak di hadapan Pak Sulah.
Ekornya mencecah ke tanah dengan berdiri tegak melepasi kepala Pak Sulah.
Melihatkan
ular tedung selar berdiri tegak di hadapannya itu, serta merta Pak Sulah
menjadi gementar. Seluruh tubuhnya terasa menjadi lemah tidak bermaya.
"Mengapa
aku yang kau cari?" kata nya terketar-ketar semacam meminta belas kesihan.
"Sebab
kau sudah menerimanya" suara garau orang tua itu keluar dari mulut ular tedung
selar yang berdiri di hadapannya. "Dulu, kenapa kau mahu
mengambilnya?" soalnya marah.
"Sekarang
aku tak mau, kau ambil lah balik..." ujarnya menghulurkan buntat tersebut.
"Wah
kau fikir mudah sangat" suara orang tua itu memarahinya. "Bila kau
suka ambil kau ambil. Bila tak mau kau pulangkan, macam ni perangai kau
ye!" katanya mengherdik.
Serba
salah juga Pak Sulah dibuat-nya. Saat ini dia me-rasakan dirinya ditelan mati
emak, diluah mati ayah. Dia tetap terikat dengan kemahuan orang tua yang
menjelma menjadi ular tedung selar di hadapannya. Kebolehannya menjadi bomoh
ular itu terpaksa ditukar ganti dengan kemahuan orang tua berkenaan mengikut
kehendaknya.
Mahu
tidak mahu terpaksalah Pak Sulah menerima kehendak orang tua itu yang telah memberikan
kelebihan kepadanya sebagai bomoh ular. Dia terus dikenali di kampung itu
sebagai bomoh ular. Pernah berlaku kegemparan apabita kerbau Lebai Budin
tiba-tiba naik minyak. Kerbau itu mengamuk di dalam kampung hingga menyebabkan
orang-orang kampung ketakutan.
Tidak
ada siapa pun berani turun ke tanah disebabkan kerbau itu mengamuk hingga
sampai ke malam. Kerbau itu menyondol gelegar rumah hingga bergoyang kuat dirempuhnya.
Dia berlari sekeliling kampung seperti dirasuk puaka. Disebabkan tidak ada
jalan lain, terpaksalah Pak Sulah cuba mententeramkan keadaan.
Dia
turun ke halaman rumah menunggu kedatangan kerbau itu dengan memegang suluh di
tangan. Lebai Budin bersama orang-orang kampung memerhatikan saja dari jendela
rumah. Sementara beberapa orang pemuda yang tidak sempat naik ke rumah terpaksa
memanjat pokok sejak petangnya lagi tidak dapat turun kerana takutkan kerbau
tersebut.
"Jaga-jaga
Sulah" laung Lebai Kudin sebaik saja mendengar kerbau berlari laju menuju
ke arah Pak Sulah. Belum pun sempat Pak Sulah menyahut mereka semua melihat
kerbau itu menyerbu ke arah suluh yang dipegang oleh Pak Sulah. Melambung tinggi
suluh itu sebelum jatuh ke tanah.
Bagaimanapun
di dalam gelap itu mereka tidak dapat melihat apa sebenarnya telah berlaku.
Hanya yang kedengaran kerbau berkenaan berguling-guling di tepi pagar. Sekali
imbas mereka melihat bayang seekor ular besar berbelit-belit di tubuh kerbau
itu, tetapi mereka tidaklah berani menuduhnya kerana tidak berap jelas
kelihatan.
Sekali-sekala
mereka mendengar kerbau itu menguak-nguak. Dari dalam gelap itu Pak Sulah
memanggii mereka semua segera' turun supaya kerbau berkenaan disembelih saja. Lebai
Kudin juga bersetuju supaya kerbaunya itu disembelih saja kerana bimbang dia
akan turun minyak semula di lain hari.
Memang
di tempat kerbau gitu terguling, mereka melihat bekas pergelutan dengan kerbau
itu oleh satu tenaga yang kuat serta luar biasa. Apabila ditanya pada Pak
Sulah, dia hanya memberitahu kerbau itu .menjadi jinak apabila sampal ke
hadapannya.
Tidak
lama selepas lagi Pak Sulah dilanda kekecewaan apabila cucunya anak Bahar Badak
yang baru berumur lima bulan menjadi lumpuh tidak semena-mena, Budak itu juga
bertubuh lembik seperti tidak bertulang. Setiap kali dia menggerakkan tubuhnya
seakan-akan seekor yang menjalar.
Melihatkan
keadaan cucunya itu terasalah belas kesihan di hati Pak Sulah. Dia menangis
teresak-esak melihat keadaan cucunya itu
"Kalau
nak bertukar nyawa pun, biarlah dengan atuk,’ katanya menatap wajah cucunya
yang masih kecil itu. Mak Demah dan Basar Badak tidak faham apa yang
dimaksudkan oleh Pak Sulah. Hanya mereka sedar buntat yang disimpannya
elok-elok itu hilang entah ke mana.
Tidak
lama selepas kehilangan buntat berkenaan, Pak Sulah jatuh sakit. Seluruh tubuhnya
menjadi berlubang seperti dipatuk ular serta mengeluarkan darah Terpaksa Basar
Badak mencari bomoh dari kampung-kampung lain untuk mengubati ayahnya, tetapi
mereka semua tidak menyanggupi setelah mencubanya tiga hari berturut-turut.
Sakitnya
itulah yang membawa maut dengah keadaan yang mengerikan. Tubuhnya biru lebam,
dengan kesan patukan ular di seluruh tubuhnya. Darah mengalir pekat dari bekas
yang dilihat seperti kesan patukan ular. Tidak lama selepas kematiannya, anak
Basar Badak pun pulih dari sakit lumpuhnya.
"Macam
itulah cerita aruah datuk saya dulu ustaz..." ujar Siti Maherah kepada
saya, kerana dialah anak Basar Badak yang hampir diragut maut akibat penyakit
lumpuh semasa berumur lirna bulan. Suaminya Sahidin mengangguk-ngangguk kepala
sambil memerhati ke arah anaknya yang berumur tiga tahun tiba-tiba saja tidak
boleh menggerakkan seluruh badannya selepas mengidap demam panas.