Saturday, August 30, 2014

090. RAHSIA MAYAT DI ATAS USUNGAN



BUKAN mudah mahu memikat gadis yang berulang alik mengaji di rumah Malim Kecik, kerana mereka sudah diingatkan supaya menjaga maruah diri. Anak-anak gadis yang belajar mengaji di rumahnya memang pegang kukuh-kukuh pesanan Malim Kecik guru membaca al-Quran di kampung mereka. Jangan cuba melayan lelaki semasa mengaji nescaya Malim Kecik akan halau balik sahaja ke rumah.
Tetapi Usup Kubin tidak pernah berputus asa. Dia tetap menunggu di simpang jalan sahaja anak-anak gadis balik mengaji dari rumah Malim Kecik. Kadangkala sengaja dia bersembunyi di sebalik belukar mengendap anak-anak gadis melintas di situ. Dia akan melompat keluar sebaik sahaja Selepah bersama kawan-kawan-nya beriringan balik.
Biarlah anak-anak gadis mencaci cerca sampai tidak bersisa, namun Usup Kubin tidak peduli. Dia akan menunggu juga Selepah balik mengaji setiap petang. Dapat mengekor Selepah hingga ke tepi pagar rumahnya pun sudah mencukupi kepada Usup Kubin.
Memang budak-budak lelaki yang sama mengaji dengan Selepah di rumah Malim Kecik tahu kelibat Usup Kubin mengendap setiap petang. Sengaja mereka mengejek setiap kali Usup Kubin melompat keluar dari sebalik belukar. Tetapi Usup Kubin tidak marah apa-apa tatkala diejek kawan-kawan Selepah semasa balik dari mengaji dari rumah Malim Kecik itu.
"Kalau dah gila bayang, siapa lagi kalau bukan Usup Kubin!" budak-budak lelaki akan mengejek dengan ketawa mengilai.
"Bukan gila bayang, tapi mabuk kepayang," budak-budak perempuan pula meningkah biar Usup Kubin tersinggung hati. Tetapi Usup Kubin tidak tersinggung apa-apa diejek oleh budak-budak berkenaan. Dia tetap tersengih-sengih apabila Selepah mendengus tatkala ditegur. Tahu sangat Usup Kubin memang Selepah tidak mahu dipikat kalau takat mahu memujuk dengan lemah lembut.
Masakan Selepah mudah terpikat dengan dirinya bertubuh kurus dengan muka bukup akibat jerawat tumbuh meliar. Ukup Kubin sedar dia tidak segagah mana kalau bandingkan dengan budak-budak lelaki lain yang sama mengaji di rumah Malim Kecik. Namun jauh di lipatan hatinya dia tetap berharap Selepah akan jatuh hati kepadanya. Kalau tidak boleh dipujuk dengan ramah mesra, dia akan cuba juga hayun limau tatkala malam bulan tengah mengambang penuh.
Sia-sia dia belajar amalan Alang Tobek menghayun limau kalau tidak dapat tundukkan Selepah. Tetapi Alang Tobek tidak benarkan dia gunakan amalan hayun limau itu kepada perempuan yang tidak bersalah. Lainlah kalau perempuan itu meludahkan mukanya atau persendakan dirinya. Beberapa kali dia mengekori Selepah tidak pernah pula gadis itu meludah muka. Selepah sekadar mencemik muka sahaja terus melarikan diri. Sebab itu Usup Kubin mencuba juga mengendap di sebalik belukar biar Selepah terkejut.Tentu Selepah akan mencaci cerca sepuas hati. Ketika nilah Usup Kubin dapat merasakan amalan Alang Tobek itu boleh digunakan.
Tetapi Alang Tobek bukan takat menghayun limau sahaja boleh memikat perempuan yang berkenaan pada hatinya. Kalau bertukang rumah pun memadai dia ketuk paku ke tiang nescaya perempuan itu akan datang ke situ. Bila balik ke rumah bila-bila perempuan itu ikut sama dengan tidak pedulikan apa pun orang keliling tuduh.
Memang Alang Tobek tahu sangat kelemahan perempuan hingga mudah dia mem ikat. Seisi kampung dapat mengagak tentu dia gunakan amalam ilmu pengasih. Berkali-kali juga abangnya Malim Kecik ingatkan dia supaya tidak amalkan ilmu demikian yang boleh menimbulkan perbalahan. Tetapi Alang Tobek tidak peduli sangat larangan abangnya kerana masing-masing mempunyai haluan sendiri.
"Selepah, kamu benci pada aku ye?" sengaja Usup Kubin mengusiknya tatkala terserempak di selekoh jalan.
Tidak sepatah pun Selepah menyahut. Dia terus berjalan tunduk bersama kawan-kawan-nya Ensom dan Tisah. Jauh di lubuk hati Usup Kubin dia hanya harapkan Selepah sahaja, bukannya Ensom atau Tisah yang sama jalan seriring. Manalah boleh bandingkan Ensom dan Tisah dengan gadis cantik seperti Selepah.
Rambut Sclepah terurai panjang memang memikat hati Usup Kubin. Lelap mata pun dia tetap kenang Selepah. seolah-olah gadis itu ada di sisinya. Biarlah budak-budak lain menuduh dia gila bayang ter-hadap Selepah. memang Usup Kubin tidak peduli. Apa salah-nya dia menyimpan perasaan asyik kepada Selepah selagi tidak terniat pun di hatinya mahu melakukan perbuatan terkutuk.
Apabila kenang kejadian yang menimpa Tapa Limbat yang sama amalkan ilmu pengasih dengan Alang Tobek. memang kecut juga perutnya. Alang Tobek sendiri beritahu dia fasal Tapa Limbat salah gunakan amalan memikat gadis itu sampai menerima padah. Sebelum diturunkan amalan tersebut memang Tapa Limbat sudah berjanji tidak akan melanggar pantang larang. Dia tidak akan hayun limau sekiranya gadis itu tidak menyakiti hatinya.
Tetapi Tapa Limbat tidak pedulikan pantang larang Alang Tobek, setelah hatinya terpaut pada Jemibah. Asalnya sahaja Jemibah melintas sewaktu balik dari membasuh kain di telaga dia akan menghambat gadis tersebut. Puas dia mengusik biar Jemibah melenting marah, namun gadis itu sekadar menunduk sahaja tidak peduli apa-apa.
Sebab itu Tapa Limbat menunggu hingga malam bulan mengambang penuh mencari busut tengah belukar. Di situ dia hayun Iimau dengan lidi dicancang tujuh. Biarlah cahaya bulan menyilau sampai lidi bercancang tujuh bayanganya menyinggahi Iimau yang diayun perlahan.
Harapannya mahu melihat Jemibah datang melutut mendapatkan dia tidak juga kunjung tiba. Kecewa benar dia dengan amalan yang ditunjukkan oleh Alang Tobek seolah-olah tidak memberi kesan langsung. Tetapi dia tidak berputus asa setelah amalan menghayun limau itu tidak dapat tundukkan Jemibah. Tiga malam dia menghayun limau seperti petua yang ditunjukkan oleh Alang Tobek itu, tiba-tiba sahaja dia terkejut apabila lembaga hitam pendek tercegat di belakangnya.
Tertegun Tapa Limbat sewaktu melihat lembaga hitam pendek itu tertegak di depannya dengan mata bersinar merah. Dia menjadi gementar kerana tidak diberitahu oleh Alang Tobek mengenai lembaga hitam pendek yang akan menjelma. Alang Tobek sekadar beritahu menghayun limau itu sekadar menyeru semangat gadis yang mahu di-pikat sahaja.
"Aku tak panggil awak ke sini." tutur Tapa Limbat tidak dapat menahan merasa takut yang mencengkam perasaan.
Tersengih-sengih lembaga pendek. Dia memberi isyarat supaya Tapa Limbat menanam Iimau berbungkus kain putih diikat benang tujuh warna itu di kaki busut. Dalam ketakutan itu terpaksa juga Tapa Limbat mematuhi perintah lembaga hitam bertubuh pendek itu. Cepat-cepat dia tanamkan limau berkenaan di kaki busut.
Kemudian lembaga hitam pendek menarik tangan Tapa Limbat ke pondok usang menunggu durian di hujung dusun. Dengan tidak bercakap apa-apa lembaga pendek itu menyuruh Tapa Limbat menunggu sahaja di situ. Terpaksa juga Tapa Limbat mematuhinya kerana bimbang dirinya akan ditimpa bala pula sekiranya cuba membantah.
Dalam masa beberapa minit sahaja Tapa Limbat menunggu dia terkejut apabila lembaga hitam bertubuh pendek itu datang semula kesltu bersama Jemibah. Macam tidak percaya Tapa Limbat tatkala melihat Jemibah mara mendapatkanya bagaikan tengah nyenyak tidur. Lantas sahaja Jemibah berbaring di situ dengan tidak hiraukan Tapa Limbat menunggu di pondok durian berkenaan.
Sampai santak subuh lembaga hitam bertubuh pendek datang semula ke situ lantas memimpin tangan Jemibah balik semula ke rumah. Gembira benar Tapa Limbat apabila dibantu lembaga hitam itu membawa Jemibah ke situ. Berturut-turut malam lembaga hitam akan menjelma di depan Tapa Limbat mengajaknya ke pondok durian di tengah dusun dengan Jemibah sudah menunggu di situ.
Apabila malam bulan mengambang penuh berakhir, lembaga pendek itu tidak menjelma lagi. Tetapi dia memberi isyarat akan menjelma semula asal sahaja Tapa Limbat menghayun limau di tepi busut. Bila-bila sahaja Tapa Limbat akan lakukan se-kiranya lembaga hitam bertubuh pendek itu akan heret Jemibah menemuinya.
Belum pun sampai waktu bulan mengambang penuh, Tapa Limbat mendengar Jemibah terkejang sakit sejak berminggu-minggu. Hairan jua dia bagai-mana Jemibah terkejang sakit boleh datang temankan dia di pondok durian? Tetapi setiap kali mahu meneguk air atau menjamah nasi, Jemibah mendesak Tapa Limbat sahaja duduk di sisinya.
Terpaksa juga ayahnya Sibin benarkan Tapa Limbat membantu anaknya minum atau menjamah nasi. Kalau tidak disudukan oleh Tapa Limbat, memang gadis itu tidak akan menjamah seulas pun nasi di pinggan. Dia juga tidak akan meneguk air di cawan kalau bukan Tapa Limbat yang sua ke mulut.
Mahu sahaja Sibin cekak leher Tapa Limbat kerana menyebabkan anaknya terkejang, sakit, tetapi bimbang juga akan menambah tenat penyakit Jemibah. Sebab bcrjanji di depan Malim Kecik akan nikahkan sahaja Jemibah dengan Tapa Limbat sebaik sahaja anak gadisnya itu sembuh. Seisi kampung tetap menuduh amalan Alang Tobek yang diturunkan kepada Tapa Limbat itulah menyebab-kan kejadian itu berlaku.
Tetapi Alang Tobek mengaku di depan abangnya dia tidak pernah turunkan amalan demikian kepada Tapa Limbat. Memang Malim Kecik juga percaya amalan Alang Tobek tidak pernah menyebabkan gadis yang dipikat terkejang sakit. Asal sahaja dia menyeru semangat, sudah tentu gadis berkenaan akan mencarinya. Alang Tobek akan menikahi gadis berkenaan sekiranya keluarga gadis itu bersetuju.
Tapa Limbat juga mengakui di depan Alang Tobek dia tidak tahu apa-apa mengenai penyakit yang dideritai oleh Jemibah. Dalam keadaan terdesak terpaksa juga dia memberitahu orang kampung kejadian yang dialamnya terserempak lembaga hitam bertubuh pendek itu. Kalau Sibin mahu pancung kepalanya pun Tapa Limbat tidak akan membantah disebabkan dia tidak berniat mahu aniaya Jemibah.
"Aku mahu dia jadi isteri aku, bukan nak aniaya dia macam ni," gerutu Tapa Limbat menahan kesal di hatinya, apabila diminta supaya mengubati Jemibah sampai sembuh semula.
"Habis, kalau tak boleh diubati, nak buat macam mana!" bentak Sibin geram benar apabila kenang perbuatan Tapa Limbat sanggup menghayun limau tengah malam semata-rnaln mahu tundukkan Jemibah.
"Kita minta Malim Kecik baca Yasin aje," segera Alang Tobek mendesak setelah keadaan Jemibah bertambah tenat. Ketika ini Jemibah sekadar boleh gerakkan kepala sahaja, disebabkan badannya sudah kaku. Dia tidak akan membuka mulutnya kalau disudukan air yang sudah didoakan oleh Malim Kecik kalau bukan Tapa Limbat yang lakukan. Disebabkan Tapa Limbat sudah mengakui kesalahan dirinya terpaksa juga memenuhi tuntutan Jemibah.
Sekiranya Tapa Limbat duduk di sisinya, tubuh Jemibah yang kaku akan segera lembut seperti biasa. Dia boleh gerakkan kaki atau tangannya. Kalau didudukkan biar mudah sudukan bubur ke mulutnya pun Jemibah boleh lakukan sekiranya Tapa Limbat membantu. Apabila Tapa Limbat tidak ada di gisinya nescaya seluruh tubuhnya kaku laksana batang tergolek.
Bukan Sibin sahaja hairan dengan kejadian yang menimpa anaknya, Alang Tobek juga tenggelam punca. Belum pernah lembaga hitam bertubuh pendek itu menjelma setiap kali dia menghayun limau. Dia juga tidak akan menghayun limau di tepi busut menunggu cahaya bulan mengambang penuh memancar. Kalau dia menghayun limau cukuplah di tengah rumah selepas bangun sembahyang sunat tengah malam.
Tatkala menghayun limau dibungkus kain putih diikat benang tujuh warna Alang Tobek akan membacakan tujuh kali:
Qui inquntom tuhibbunallahha fatob ‘uni, yuhibbu qumullah.
Dia tidak akan menghayun limau mengikut petua seperti diajarkan oleh Batin Sintok, sekalipun memang Alang Tobek tahu sangat mengenai amalan tersebut.
Kalau diamalkan petua. Batin Sintok pun, dia percaya tidak akan menjelma lembaga hitam bertubuh pendek itu. Belum pernah pun dia terserempak dengan gangguan demikian hingga lembaga hitam bertubuh pendek boleh menjelma. Kalau sudah menjelma lembaga berkenaan sudah tentu gangguan syaitan merasuk ke dalam diri. Dia percaya Tapa Limbat diperdayakan oleh syaitan sebaik sahaja jelmaan lembaga hitam bertubuh pendek itu datang membantu.
Batin Sintok juga amalkan menghayun limau, tetapi bukan di tepi busut menunggu bulan megambang penuh. Tentu Tapa Limbat sengaja mahu mencuba sendiri menghayun Iimau di tepi busut tengah belukar. Dia tidak mengikut apa pun petua yang diturunkan daripada Alang Tobek. Setelah diturunkan jampi serapah, sengaja dia amalkan petua mengikut mimpi yang dialaminya berturut-turut lama.
Memang Tapa Limbat mengaku dia bermimpi berturut-turut malam didatangi lelaki berjubah kuning. Kalau dia mahu Jemibah datang melutut amalkan sahaja menghayun limau itu di tepi busut tengah belukar. Lelaki berjubah kuning itu desak dia amalkan jampi serapah yang diturunkan oleh Batin Sintok. Dia boleh hayun limau seperti diajarkan oleh Alang Tobek. Sebab itu Tapa Limbat percaya amalannya lebih rnujarab apabila petua Batin Sintok dengan petua Alang Tobek itu diamalkan serentak.
Dia tidak peduli pun pesanan Alang Tobek supaya amalkan petua itu ikut seperti yang diturunkan oleh guru. Siapa pun belajar petua mesti ikut guru, bukan boleh ikut amalan mimpi. Manalah tahu mimpi yang mengganggu sewaktu nyenyak tidur itu disebabkan syaitan merasuk.
Semasa menghayun limau di tepi busut Tapa Limbat merasa hula romanya meremang tatkala membacakan:
Hong hayung hung hayuhi, hai insan wahdi insan, hai wahdi mani maknkam, aku tahu asal kau jadi, masuk ke batang tuhuh aku, kembali kepada dia, hu...
Sampai tujuh kali Tapa Limbat ulangi membaca dengan memerhati bayang lidi tercancang itu ditempuh hayunan limau.
"Aku ikut petua seperti diajar orang berjubah kuning dalam mimpi tu," ujar Tapa Limbat kesal sangat dengan kejadian yang menimpa dirinya. Sepanjang malam dia terpaksa bercekang mata menunggu Jemibah, supaya tubuh gadis itu tidak kaku macam batang tergolek.
"Beramal ni mesti berguru, Tapa,” Alang Tobck marah sangat dengan keputusan Tapa Limbat beramal ikut petua melalui mimpi.
"Berturut-turut malam aku mimpi jumpa lelaki berjubah kuning tu," jelas Tapa Limbat setelah seisi kampung persalahkan dia hingga Jemibah terkejang sakit.
"Syaitan ni nak perdayakan manusia, rnacam-macam cara!" Malim Kecik mencemik muka disebabkan Tapa Limbat lebih percayakan amalan melalui mimpi.
Beberapa hari sahaja Tapa Limbat terpaksa membantu uruskan Jemibah terkejang sakit, gadis itu meninggal dunia juga. Kalau tidak disebabkan Malim Kecik memujuk, nescaya Sibin akan hentak kepala Tapa Limbat dengan tongkat semambu. Dia menuduh Tapa Limbat yang menjadi punca anak gadisnya menanggung penderitaan hingga terkejang sakit.
Tetapi Malim Kecik tetap yakinkan dia Tapa Limbat sckadar melakukan sahaja, ketentuannya ditetapkan oleh Allah jua. Malim Kecik juga ingatkan dia betapa Tapa Limbat juga sudah menebus kesalahannya dengan bercekang mata setiap malam membantu menjaga Jemibah. Mereka semua tahu sckiranya Tapa Limbat tidak duduk di sisi Jemibah nescaya tubuhnya akan kaku tidak boleh digerakkan.
"Kalaulah Tapa Limbat tidak mahu jengah, tentu Sibin juga tidak boleh buat apa-apa. Sepatutnya Sibin sudah cukup bersyukur apabila Tapa Limbat sanggup membantu setelah menyedari kesalahan yang di-lakukanya. Sebab jtu Malim Kecik tidak mahu Sibin terus berdendam setelah Jemibah menutup matanya rapat-rapat.
 Semasa mayat Jemibah mahu diangkat untuk dimandikan siapa pun tidak mampu mengangkat disebabkan terlalu berat. Beberapa orang mencubanya tetapi masing-masing mengaku tidak berupaya mengangkat mayat Jemibah. Sampaikan Sibin sendiri terkial-kial membantu, namun mayat to langsung tidak bergerak.
Setelah disuruh Tapa Limbat mengangkat mayat itu oleh Malim Kecik, barulah mayat Jemibah dapat dimandikan. Siap dikafan, disembahyang dan dimasukkan ke dalam usungan mereka terkial-kial juga mahu mengusung, tetapi tidak seorang pun sanggup. Usungan mayat Jemibah terlalu berat seolah-olah pokok besar lima enam pemeluk. Lantas sahaja Malim Kecik meminta Tapa Limbat ikut sama mengusung mayat berkenaan ke kubur.
Sebaik sahaja Tapa Limbat sama-sama mengusung mayat barulah usungan dapat dibawa ke kubur. Terasa usungan itu tidak-lah berat sangat hingga tidak boleh dipikul. Asal sahaja Tapa Libat bergilir mengusung, mereka semua akan terkial-kial disebabkan usungan tiba-tiba menjadi terlalu berat.
"Itu tandanya dia mahu kamu usung sampai ke kubur, Tapa," Malim Kecik ingatkan Tapa Limbat supaya bersabar dengan musibah yang menimpa dirinya itu.
Tapa Limbat sekadar mengangguk Iemah. Dia terpaksa menerima tanggungjawab demikian setelah merasa bersalah terhadap Jemibah. Kalaulah din tidak memuja busut untuk tundukkan Jemibah, belum tentu lagi musibah demikian berlaku. Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaan disebabkan terlalu harapkan Jemibah menjadi isterinya. Semasa mayat diturunkan ke dalam liang lahat, Tapa Limbat terpaksa sama-sama memangku kepala mayat. Kalau dia tidak ikut sama turun ke dalam lubang kubur, siapa pun tidak dapat mengangkat mayat berkenaan. Memang Tapa Limbat sanggup bersusah payah membantu disebabkan dia mengakui kesalahannya. Biarlah dia menanggimg segala aib setelah cuba gunakan amalan ilmu pengasih untuk tundukkan Jemibah.
Ketika Sibin adakan kenduri tahlil sebelah malamnya, jiran-jiran yang datang keberah-berahan takut apabila mendengar suara tangisan Jemibah sayup-sayup bersama angin malam memuput pokok-pokok kayu. Meremang bulu tengkuk masing-masing hingga tercengang dengan suara sayup-sayup merintih memanggil Tapa Limbat.
Memang Tapa Limbat sendiri terketar-ketar sebaik sahaja namanya dipanggil sayup-sayup dalam kegelapan malam. Jelas sangat suara Jemibah yang mmanggilnya. Jemibah menuduhnya tidak setia kerana membiarkan dia pergi bersendirian. A langkah baiknya kalau Tapa Limbat ikut sama ke mana sahaja dia membawa haluan.
 "Tapa, kenapa tinggalkan aku," tenggelam timbul suara Jemibah bergetar di pucuk-pucuk kayu yang dipuput angin malam. "Sejuknya aku ni Tapa, marilah temankan aku di sini!" rintihnya menyebabkan Tapa Limbat pucat sepucat-pucatnya.
"Tolonglah bantu Tapa tu, Pak Malim" beberapa orang jiran merayu kepada Malim Kecik supaya dapat membantu.
"Tapa kena kuatkan semangat," bisik Malim Kecik memerhati ke arah pucuk-pucuk kayu yang berbalam-balam di luar.
"Jemibah ke yang memanggil tu, Pak Malim?" Sibin juga hairan apabila mendengar suara anakya memanggil-manggil Tapa Limbat.
"Tak tahulah aku, kerana itu urusan Allah," terharu sangat hati Malim Kecik kenang kejadian yang mendebarkan itu.
Sehingga habis mereka bertahlil suara Jemibah memanggil-manggil Tapa Limbat masih juga kedengaran sayup-sayup. Santak dinihari barulah suara Jemibah hilang setelah tiupan angin tidak lagi memuput. Tetapi mereka bimbang juga kejadian itu akan berulang lagi pada malam berikutnya. Sebab itu Malim Kecik meminta Tapa Limbat sendiri siramkan air Yasin di atas kubur sebaik sahaja senja menjelang.
Tetapi pagi-pagi lagi Uda Kimah emak Tapa Limbat menyerbu ke rumali Sibin beri-tahu anaknya meracau-racau tidak menentu. Sebaik sahaja balik dari kenduri tahlil di rumah Sibin, dia mepyedari Tapa Limbat ketawa seorang diri di hujung serambi. gtkali sekala' Tapa Limbat bercakap merepek tidak tentu biji butir.
Memang Uda Kimah cam juga apabila Tapa Limbat memuji-muji Jemibah. Dia sanggup turuti apa sahaja kemahuan Jemibah sampai bila-bila pun. Sebab itu tidak bertangguh pagi-pagi lagi Uda Kimah menyerbu ke rumah Sibin. Manalah tahu Sibin berdendam pula hingga menyebabkan anaknya meracau tidak menentu.
Setelah diberitahu kepada Malim Kecik, dia cuba doakan Tapa Limbat dengan mandikan air Yasin di kubur Jemibah. fetapi keadaan Tapa Limbat bertambah pasang tidak dapat diubati lagi. Dia akan merayau-rayau di dalam kampung dengan tersengih-sengih. Kadangkala dia menangis tersengguk-sengguk mendongak ke pucuk-pucuk kayu memanggil Jemibah.
Dia akan berlari melambai-lambai tangan bagaikan Jemibah menunggu di pucuk kayu berkena-an. Bertahun-tahun juga Tapa Limbat mengidap hilang ingatan dengan meracau memanggil-manggil Jemibah barulah dia terkejang sakit hingga membawa maut. Memang Usup Kubin sendiri tahu mengenai kejadian yang menimpa Tapa Limbat, sekalipun ketika itu dia baru berumur 10 tahun.
Apabila Alang Tobek ingat-kan dia mengenai kejadian yang menimpa Tapa Limbat itu, lantas sahaja Usup Kubin tidak sanggup menghayun limau semata-mata mahu tundukkan Selepah. Tetapi dia tidak akan mengalah untuk memikat Selepah selagi gadis itu masih belum sesiapa pun masuk meminang. Hinggalah selepas musim menuai perasaan Usup Kudin bagaikan ditusuk sembilu sebaik sahaja diberitahu Selepah sudah dipinang orang. Marah benar Usup Kubin kerana pemuda yang meminang Selepah itu bukan dari kampung berkenaan. Manalah dia dapat menahan sabar apabila ibu bapa Selepah lebih utamakan pemuda dari kampung lain dengan mengenepikan pemuda di kampungnya sendiri.
"Jodoh pertemuan, ajal maut ditentukan oleh Allah, Usup," ujar Alang Tobek apabila Usup Kubin meluahkan rasa kecewanya setelah Selepah bertunang.
"Kenapa Pak Sudi terima pinangan orang kampung lain?" gerutunya masih tidak puas hati dengan keputusan Pak Sudi ayah Selepah menerima pinangan Mat Toha dari kampung seberang.
"Sebab orang kampung ni tak masuk meminang," kawannya Maakir yang sama mengendap ingatkan Usup Kubin supaya tidak berangan-angan sahaja sepanjang masa.
"Pak Sudi to memilih-milih sangat!" Usup Kubin mencebik bibir disebabkan terlalu kecewa. Kalau tidak kenang Alang Tobek ingatkan kejadian yang menimpa Tapa Limbat, memang dia sanggup hayun limau tatkala tengah malam diselubungi sepi.
Biarlah lembaga hitam bertubuh pendek itu menjelma di depannya, asal sahaja Selepah dipapah datang menemui dia. Kalau Selepah terkejang sakit macam Jemibah, dia tidak peduli apa-apa. Tidak perlu dia berdusah payah macam Tapa Limbat membuang masa membantu keluarga Selepah.

Dia perlu ajar Pak Sudi supaya tidak perkecilkan dirinya yang bertubuh kurus dengan muka bukop dipenuhi jerawat. Perkara bertubuh kurus tidak penting sangat asal sahaja dia mampu menanggung Selepah. Kalau takat kebun kelapa atau tanah kebun, bila-bila Usup Kubin boleh tunjukkan pada Pak Sudi, sekalipun semuanya milik ayah dan emaknya.
Lambat laun sudah tentu kebun kelapa dan tanah kebun yang lain dia juga akan mewarisinya. Masakan anak tunggal seperti dia harta pesaka boleh terlepas ke tangan orang lain. Tentu Selepah tidak sia-sia berkahwin dengan dia disebabkan harta ayah dan emak-nya memang menjadi waris Usup Kubin juga. Siapa lagi yang kaya di dalam kampung kalau bukan ayahnya Haji Biduk.
"Kenapa kau sendiri tak masuk meminang?" Alang Tobek menepuk bahu Usup Kubin yang terkebil-kebil mata tercangkung di pelantar rumah-nya.
"Usup ni sebenarnya takutkan perempuan," lantas sahaja Maakir mengejek kawannya itu. Memang dia tahu Usup Kubin menaruh hati pada Selepah tetapi tidak berani meluahkan perasaan di depan gadis berkenaan. Sebab itu sengaja dia meminta Alang Tobek turunkan ilmu memikat biar Selepah sendiri datang menemuinya.
"Pakai amalan pun, kamu mesti berani kalau berdepan dengan mereka," jelas Alang Tobek mengenai petua amalan pengasih itu bukan takat dibaca-kan sahaja jampi serapahnya. Usup Kubin sendiri mesi berani menegur sapa bukan takat mengekori sahaja dari belakang dengan harapan Selepah membuka mulut terlebih dahulu.
Disebabkan kecewa Selepah dipinang Mat Toha dari kampung seberang, Usup Kubin tiba-tiba sahaja meninggalkan kampung halaman. Dia seolah-olah tidak mahu melihat Selepah naik pelamin di depan matanya. Apabila diberitahu mengenai Usup Kubin memendam perasaan terhadap dirinya, terkekeh-kekeh Selepah ketawa. Tidak disangka-nya Usup Kubin sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.
Kalau Usup Kubin masuk meminang pun memang Selepah tidak rela menerimanya sekalipun seisi kampung tahu Usup Kubin memang dari keluarga orang kaya di kampung mereka. Tetapi Selepah bukan mengejar harta peninggalan keluarga Usup Kubin. Memang dia tersinggung benar apabila Usup Kubin sering-kali mengendap di dalam belukar asal sahaja dia batik mengaji dari rumah Malim Kecik.
Dia tahu Usup Kubin tidak mengganggu apa-spa kalau menunggu di sebalik belukar dengan Maakir, tetapi perbuatan Usup Kubin itu memalukan dirinya. Kenapa Usup Kubin mengajak kawannya Maakir bersembunyi di sebalik belukar, kemudian akan mengekorinya sebaik sahaja melintas di selekoh jalan? Apa salahnya Usup Kubin berterus terang menegur dengan tidak payah bersembunyi di sebalik belukar?
Usup Kubin sekadar harap-kan Maakir terus mengusik Selepah biar gadis itu merungut marah. Maakir akan usik dengan memadankan Usup Kubin dengan Selepah, sedangkan Usup Kubin tidak bercakap sepatah pun. Sebab itu Selepah tidak melayani sangat mereka berdua yang sengaja mahu menyakiti hatinya.
"Orang gila bayang macam itulah," Selepah mengejek apa-bila kawan-kawannya beritahu mengenai Ustip Kubin meninggalkan kampung halaman.
"Nanti dia kenakan kamu ubat guna-guna," kawannya Melirah sengaja menakut-nakut-kan dia.
"Kalau aku kena ubat guna-guna Usup Kubin, aku ikutlah dia," Selepah mengusik kawan-kawannya hingga ketawa mereka berderai.
Mereka juga tahu mengenai kejadian yang menimpa Tapa Limbat yang berlaku beberapa tahun sahaja sebelum itu. Masakan mereka tidak tahu fasal ubat guna-guna yang membawa padah kepada Tapa Limbat dan Jemibah. Memang Selepah juga bimbang kalau ubat guna-guna jadi permainan lelaki apabilla kecewa tidak dapat memikat gadis yang mereka idamkan.
Menjelang hari perkahwinan Selepah dengan Mat Toha, seisi kampung gempar setelah diberitahu Selepah hilang dari rumah. Siapa pun tidak melihat ke mana gadis tengah bertunang itu membawa haluan. Kalau mahu dituduh Usup Kubin yang me-larikan Selepah masakan mudah sangat gadis itu mahu mengikutnya disebabkan hatinya tidak terpikat langsung pada pemuda berkenaan.
Memang kecewa Pak Sudi disebabkan persiapan sudah dibuat tiba-tiba Selepah hilangkan diri. Dia tidak percaya anak-nya lari mengikut Usup Kubin disebabkan siapa pun tidak nampak kelibat pemuda berkenaan balik ke kampung. Tetapi Mat Toha tetap menuduh tunangnya lari mengikut Usup Kubin setelah digunakan ilmu pengasih.
Puas dipujuk oleh Malim Kecik supaya tidak rnenuduh Usup Kubin, namun Mat Toha berkeras akan mencari pemuda itu. Dia akan tunjukkan pada Usup Kubih balasan sesiapa yang berani larikan tunangnya. Kalau Pak Sudi tidak boleh membantah supaya menerima pinangannya apa sangat dengan Usup Kubin kalau mahu tunjuk keras kepala!
Usup Kubin mesti dicari ke mana sahaja. Dia akan heret Usup Kubin batik bersama Selepah biar seisi kampung tahu Mat Toha jangan cuba dipermain-mainkan. Dia tidak peduli siapa tetap akan dicekak leher sekiranya membantah ktputusan dia. Sebab itu Mat Toha tidak mahu dengar apa-apa pun nasihat Malim Kecik guru agama disegani di kampung berkenaan.
"Kalau Usup Kubin yang larikan Selepah, bila-bila dia akan batik!" lantas Alang Tobek ingatkan Mat Toha supaya tidak tunjuk jangan di kampung halamannya. Kalau dengan Malim Kecik memang Mat Toha boleh tunjuk keras kepala, tetapi jangan tuba di depan Alang Tobek.
 "Aku tahu, Usup Kubin gilakan Selepah!" sahut Mat Toha berkeras menuduh Usup Kubik setelah dia diberitahu kenapa pemuda itu menghilangkan diri dari kampung halaman.
"Dia gilakan Selepah, bukan gilakan tunang orang," tegas alang Tobek pertahankan anak muda yang menjadi muridnya itu.
 "Kenapa Alang Tobek pertahankan sangat Usup Kubin ni?". marah benar Mat Toha apabila Alang Tobek tidak benarkan dia mencari Usup Kubin.
"Kerana dia tak bersalah!" jelas Alang Tobek mencemik muka kerana meluat sangat dengan sikap Mat Toha. Menlang-mentang dia tangkas memencak silat, dengan siapa sahaja Mat Toha berani tunjuk jantan. Sampaikan Pak Sudi sendiri tidak berani angkat muka apabila dia menjerkah.
"Mana Alang Tobek tahu dia salah atau tidak?" Mat Toha mengejek lantas memberi isyarat supaya Alang Tobek jangan cuba masuk campur.
"Kalau aku panggil, tak sampai petang ni, Usup Kubin boleh balik ke sini," tutur Alang Tobek ingatkan Mat Toha sekira-nya mahu berkeras. Seisi kampung tahu Alang Tobek boleh seru sesiapa sahaja yang melarikan diri dari rumah balik semula menemui keluarga.
Sekiranya Pak Sudi mahu tentukan ke mana Selepah, memang Alang Tobek boleh mencuba. Tetapi Pak Sudi tidak pernah meminta dia jampi serapahkan biar Selepah balik segera ke pangkuan keluarga. Pak Sudi sekadar mematuhi apa sahaja keputusan Mat Toha, sekalipun terpaksa radak perut Usup Kubin dengan kerambit. Kalau tidak kenang Alang Tobek memang Pak Sudi sendiri sanggup ikut Mat Toha mencari di mana Usup Kubin bersembunyi.
Tetapi dia tahu Alang Tobek tidak mudah rmengalah. Kalau dia boleh menyeru perempuan yang berkenan di hatinya melutut naik ke rumah, apa sangat dengan Usup Kubin yang merajuk hati. Bila-bila Usup Kubin akan balik semula ke-rumahnya, sekiranya keluarga Usup Kusin berharap dia membantu.
Bukan takat Selepah sahaja hilang dari rumah menjelang hati hari perkahwinan, sudah beberapa kali gadis di kampungnya lakukan demikian. Apabila dia tidak rela dikahwinkan nescaya tidak sempat menunggu hari perkahwinan. Lantas sahaja anak gadis lari rneninggalkan keluarga mencari tempat berlindung.
Tidak bertangguh pula keluarganya serbu rumah Alang Tobek. Sebaik sahaja Alang Tobek bakar kemenyan yang dilumak minyak wangi, lantas akan dibacakannya doa tiga kali:
Yuhibbu nahum kahubbillahhi, wallazi na-anmanu asyaddu hubban lillahhi, zuiyina linnasi hubbusy syahawati minannisai wal banina wal-qonathiril mutqontharah.
Belum pun matahari terbenam nescaya gadis yang larikan diri akan batik semula ke rumah. Menangis-nangis gadis berkenaan di pangkuan emaknya kerana kesal sangat tinggalkan kampung halaman. Tetapi Alang Tobek sudah ingatkan pantang larangnya supaya tidak boleh memarahi apa-apa sebaik sahaja anak gadis mereka jejak kaki balik ke rumah.
Lainlah kalau dilarikan bunian, memang Alang Tobek tidak berani menyanggupi. Biar-Iah serahkan pada abangnya Malim Kecik sahaja buat sembahyang hajat, biar bunian tidak dapat bertahan. Tetapi kalau Selepah sengaja larikan diri dari rumah bila-bila Alang Tobek sanggup membantu.
"Kami minta Alang Tobek bantu, supaya Selepah balik!" lantas Pak Sudi merayu setelah Alang Tobek marah sangat apabila Usup Kubin dituduh larikan Selepah.
Tetapi Alang Tobek juga kecewa disebabkan Selepah tidak juga balik ke rumah setelah dicubanya. Dalam masa yang sama Usup Kubin apabila hatinya tiba-tiba sahaja ingin sangat mahu menemui emak dan ayahnya. Segera dia buang jauh-jauh perasaan kecewa pada Selepah itu dari lubuk hatinya.
Sebaik sahaja balik ke kampung halaman Usup Kubin terkejut apabila diberitahu Selepah melarikan diri dari rumah. Mat Toha sendiri serba salah apabila Usup Kubin balik ke kampung tidak bersama dengan Selepah. Masakan Usup Kubin yang larikan Selepah sekiranya anak muda itu terjongol dengan tidak tahu apa-apa pun berlaku ke atas gadis berkenaan.
"Ke mana lagi kita nak cari Selepah?" gerutu Pak Sudi menaban kesedihan dengan ke-hilangan anak iadisnya. Siapa lagi mahu dituduh kalau Usup 'kubin sendiri lebih kegewa kalau bLIclingkan dengan Mat Toha.
 Setidak-tidaknya Usup Kubin ikut sama sembahyang hajat berjemaah di surau Malim Kecik setelah diajak guru agama berkenaan. Tidak ada lagi ikhtiar mereka yang lemah kecuali memohon pertolongan Allah, setelah puss berusaha mencari-nya ke mana-mana. Ke mana gula Selepah mahu melarikan diri sekiranya dia tidak pernah membuat hubungan dengan mana-mana lelaki pun.
Selepas zohor dia akan belajar mengaji di rumah Malim Kecik hingga sampai masuk waktu asar. Selepas solat asar berjemaah, Selepah akan terus batik ke rumah. Kawannya sama mengaji Melirah juga tahu memang Selepah tidak pernah mengadakan hubungan dengan lelaki. Semua kawan-kawannya tahu Selepah tidak membantah apabila ayahnya menerima pinangan Mat Toha. Selepas dengar juga mengenai tunangnya Mat Toha itu biadap kalau berdepan dengan dengan orang tua-tua. Tangannya mudah sahaja menampar kalau cuba membantah cakapnya. Seisi kampung di seberang memang tidak berani angkat muka kalau Mat Toha membentak marah. Siapa yang berani menentang Mat Toha guru silat yang tangkas memencak.
Memang Selepah tidak membantah apa-apa selagi ayah-nya sudah bersetuju menerima Mat Toha. Siapa pun menjadi suaminya, Selepah tahu dia akan ke ceruk dapur juga. Apa sangat mahu memilih kalau takat gadis kampung sepertinya. Sekiranya Usup Kubin yang diterima pinangan oleh ayahnya, Selepah juga tidak akan membantah. Sebab itu Pak Sudi jugs tidak percaya Selepah melarikan diri semata-mata tidak mahu berkahwin dengan Mat Toha.
"Bagaimana kalau Selepah dilarikan bunian?" Pak Sudi masih tidak dapat menyem-bunyikan kesedihan setelah berbulan-bulan Selepah hilang dari rumah.
"Kita buat takat yang kita mampu aje!" ujar Malim Kecik tidak dapat mengagak ke mana Selepah membawa diri. Setelah buat sembahyang hajat berjemaah seisi kampung pun, mereka masih juga tidak mendapat apa-apa berita. Apa lagi Alang Tobek yang mahir menyeru sesiapa sahaja lari meninggalkan rumah balik tidak bertangguh, tidak juga dapat membantu Pak Sudi.
"Manusia serba lemah, jangan harapkan sangat pada manusia," perlahan sahaja Alang Tobek ingatkan Pak Sudi kerana terlalu berharap dengan keinahir-annya.
Dalam keadaan rusuh Pak Sudi terus juga amalkan solat sunat tahajud setiap malam biara anaknya Selepah balik juga ke rumah. Hingga 44 malam dia bangun tengah malam dirikan solat sunat tahajud setelah mematuhi pesan Malim Kecik, dia sekadar bermimpi anaknya Selepah melambai-lambai tangan dari jauh. Kemudian Selepah hilang dalam pasaran kabus apabila diusung orang macam terbujur di atas usungan mayat.
Setelah diberitahu kepada Malim Kecik, lantas sahaja dia mengesyaki Selepah sudah meninggal.dunia. Mereka mengagak tentu Selepah turun ke sungai -sewaktu membasuh pakaian hingga dihanyutkan arus. Tetapi Melirah tahu kawannya itu tidak akan ke sungai membasuh kain kalau tidak mengajaknya ikut sama.
"Perkara yang kita tidak tahu, adalah urusan Allah," ujar Malim Kecik supaya mereka tidak berbantah-bantah lagi dengan kehilangan Selepah.
Tentu mereka tidak perlu bersusah payah lagi mahu mencarinya setelah Selepah, tidak juga terjongol balik ke rumah. Sudah puas mereka mencari ke kampung-kampung lain namun siapa pun tidak menemuinya. Semenjak itulah seisi kampung percaya Selepah hilang dilarikan oleh bunian.
Tidak lama selepas kehilangan Selepah itu Maakir meracau-racau tidak menentu. Dia berlari keliling kampung dengan menjerit-jerit meminta tolong. Dia menuduh Selipah memintanya mengusung dia bawa ke kubur. Tetapi siapa mahu percaya dengan racau orang tidak siuman seperti Maakir.
Mereka tidak mengagak tentu juga gila bayang kepada Selepah hingga menjadi tidak siuman selepas gadis berkenaan hilang dari rumah. Apalagi keluarganya menuduh Maakir dirasuk bunian apabila seringkali meranduk belukar teberau di tepi paya
. "Belukar teberau di tepi paya tu, dekat tapak rumah Dolah Jekeng sekarang," ujar. Wak Jumin seolah-olah ingatkan semula kekadian yang dilihatnya bersama arwah Lebai Jaamat.
"Gamaknya, belukar itulah tempat Maakir selalu meranduk," lantas Talip Sepet mencelah dengan mengerling ke arah saya yang terangguk-angguk mendengar cerita Wak Jumin.
Wak Jumin seolah-olah melihat orang yang membawa usungan mayat itu seolah-olah Maakir. Ke mana sahaja dia bersembunyi di dalam kampung jelmaan Selepah mengekorinya. Kesal benar Selepah setelah Maakir memperkosanya di belukar teberau itu lantas sahaja dihentak kepala dengan hulu parang. Menggelepar Selepah hingga terkejang tidak bernyawa.
Disebabkan ketakutan di tepi paya itu sahaja Maakir tanamkan mayat Selepah. Hinggalah Maakir meracau-racau akibat dikejar bayangan Selepah yang meminta supaya mayatnya diusung dibawa ke kubur, seisi kampung tidak dapat mengagak apa sebenarnya berlaku ke atas diri Maakir.
SELESAI


1 comment:

  1. akhirnya... setelah lama menanti dan menunggu... jeng jeng jeng.. terima kasih tuan admin... jangan menghilang terlalu lama macam usup kubin je... huhu

    ReplyDelete