Sunday, July 22, 2018

287.BERTIKAM DENGAN PENUNGGU


SUDAH beransur sembuh Ustaz Samil, baru saya datang menziarahinya di Kuala Krai. Ketika dia sakit terlantar, dua tiga kali juga isterinya Ummi Farizah menelefon ke rumah, tetapi saya masih lagi di Bukit Tinggi. Bukan nya selalu dapat mengunjungi saudara mara di Bukit Tinggi. Kalau sekali-sekala dapat ke sana, apalah salahnya sampai seminggu dua.
Itupun Mak Tua merungut juga kerana tidak membawa isteri bersama. Mamak Bandaro tidak keberatan menyediakan tiket untuk isteri saya tapi saya tidak tergamak menyusahkan Mamak Bandaro. Biarlah saya ke sana membawa isteri, setelah rezaki mencukupi. Setelah diberi tahu oleh isteri saya mengenai Ustaz Samil yang sakit, tidak pula saya terus menghubungi Tentu pernyakitnya sudah sembuh betul. Lagi pun dia sekadar mahu memberitahu mengenai dirinya yang uzur sejak tiga bulan sebelum itu.
Tiga bulan dia menghidap sakit dada menyucuk-nyucuk, tetapi dibiarkan begitu sahaja. Sehingga keadaan menjadi tenat barulah dia ke hospital. Tetapi dia diberitahu tidak menghidap apa-apa penyakit. Hanya diberi ubat untuk menghilang rasa sakit sengal-sengal di seluruh badan.
Dia menyuruh isterinya Ummi Farizah menelefon saya. Memang sudah lama juga saya tidak menemui Ustaz Samil, sejak dia mengambil keputusan balik ke Kuala Krai. Kebetulan isteri saya ada urusan ke Kelantan, lantas sahaja kami ke Kuala Krai menziarahi Ustaz Samil.
"Alhamdulillah beransur sembuh sekarang," beritahu Ustaz Samil menyarnbut kedatangan kami.
Dia kelihatan masih lemah dengan muka pucat. Tetapi digagahinya juga melayani kami yang datang menziarah.
"Sakit macam mana Ustaz Samil ni?" soal saya sebaik sahaja duduk.
"Susahlah nak cakap sakit apa," sahut Ummi Farizah tersengih-sengih mengerling suaminya. "Nak kata sakit orang tak percaya" ujarnya semacam kesal dengan musibah menimpa mereka.
"Tak sakit macam mana, tengok muka pun pucat," kata saya lantas memegang tangan Ustaz Samil. Saya melihat tapak tangannya yang kelihatan pucat akibat menahan kesakitan.
"Ana dengar, ente sekarang sudah jadi tabib," Ustaz Sarnii tersenyum mengusik.
"Tabib apa," cepat sahaja isteri saya memintas.
"Diri sendiri sakit pun tak boleh ubat" dia menambah dengan mencemik muka "Ente, sakit apa, ustaz?" Ummi Farizah terkejut apabila diberitahu saya sakit
"Sakit tegak," sahut saya berjenaka Sekalipun saya berjenaka, tetapi bukanlah mahu berselindung apa-apa. Sebagai manusia, kita tentunya mengalami musibah menghidap penyakit. Sama ada kita sabar menanggung musibah, itu yang perlu diingatkan dalam hati.
Siapa sahaja boleh terkena gangguan syaitan. Apalagi kalau kita seringkali menyerang syaitan dengan ayat-ayat Quran. Mereka juga akan bertindak balas, untuk melemahkan kita. Kalau kita tidak boleh bersabar dengan musibah yang ditanggung, bermakna syaitan dapat menggoda diri kita.
Sebab itulah saya tidak memberitahu Ustaz Samil mengenai penyakit yang saya hidapi. Bukanlah mahu menyembunyikan daripada sesiapa, tetapi semata-mata mahu menahan sabar. Memang saya terasa bahang gangguan itu, tetapi saya juga menyedari tugas syaitan ialah mahu menyesatkan manusia.
"Ente sakit tak apa, sebab ente pun tabib..." Ustaz Samil terus mengusik saya.
Memang dia suka mengusik. Kalau ber temu, ada sahaja yang mahu diusiknya. Saya tahu Ustaz Samil memang suka bergurau. Kadangkala boleh menyinggung perasaan. Tetapi dia sekadar bergurau sahaja, tidak bermaksud mahu menyakiti hati sesiapa.
Apabila dia mengadu pada Ummi Farizah sakit dada menyucuk-nyucuk tidak bertangguh isterinya membawa ke hospital. Tiga hari dia di hospital tidak ada pula penyakit yang dihidapi nya. Macam mana dia tidak berpenyakit kalau dirinya sendiri menanggung sakit rnenyucuk-nyucuk itu.
Setelah dibawa balik ke rumah, biasanya Haji Bakar menyuruh hubungi saya.
"His, ustaz tu guru agama, bukannya tabib," ujar Ustaz Samil apabila diberitahu mengenai saya.
Memang Ustaz Samii kenal lama dengan saya. Dia tahu benar mengenai diri saya, semenjak mula-mula bertemu di madrasah Tok Aji. Tetapi dia tidak lama di situ, kerana mendapat tawaran belajar yang baik.
Sebelum mengambil keputusan balik ke Kuala Krai, memang dia seringkali datang ke rumah saya. Tentulah dia terkejut apabila birasnya Haji Bakar menyebut nama saya
"Memang bukan tabib," kata Haji. Bakar menjelaskan "Dia hanya mendoakan, kalau dia tak boleh, akan suruh kawan-kawannya," tambahnya kesal. dengan sikap Ustaz Samil yang cepat sangat membantah cadangannya.
Ummi Farizah tidak banyak membantah. Dia terus menelefon sebaik sahaja disuruh oleh Haji Bakar. Kalau dapat pun, tidak mungkin pula saya boleh datang. Jalan Kuala Krai bukanlah dekat. Lainlah kalau Ustaz Samil sendiri datang ke rumah.
Tetapi rnemang Haji Bakar bercadang mahu membawa Ustaz Samil menemui saya, sekiranya saya ada di rumah. Satu hari dalam perjalanan pun apa salahnya. Ustaz Samil bukannya sakit terlantar hingga tidak boleh bergerak langsung.
Akibat mengharapkan sangat saya, Ustaz Samil semakin tenat, Bukan lagi dadanya sakit menyucuk-nyucuk, malah sampai terbatuk-batuk keluar darah pekat.  Ummi Farizah sudah mula mengesyaki suaminya termakan racun, Kalau termakan racun, masakah hospital tidak tapat mengesan penyakitnya.
Sewaktu Ummi Farizah menelefon, saya baru sahaja dua hari ke Bukit Tinggi. Kalau sudah ke sana masakan boleh cukup sehari dua. Agoes akan mengajak juga ke kampung halamannya di Batu Sangkar. Setidak-tidaknya menemui Haji Salim sepupu terdekat arwah Tok Aji.
Haji Bakar tidak sepatutnya rnendesak supaya menemui saya sahaja. Dia boleh menemui Pak Su Mathin di Tanah Merah, sebagai ikhtiar untuk meredakan sakit Ustaz Samil.
Menggeleng kepala Pak Su Mathin apabila dibawa Ustaz Samil menemui dia. Berkali-kali dia mengocak air di dalam geluk dengan hujung keris pesakanya, kelihatan mata keris itu berasap seperti besi panas disiram air.
 "Kenapa lambat datang berubat?" soal Pak Su Mathin, "Dah berubat, tapi tak rasi,” beritahu Haji Bakar memerhati Pak Su Mathin menujah-nujah hujung mata keris ke dasar geluk air,
"Mudah-mudahan di sini rasi hendaknya," Pak. Su Mathin mencebik bibir menarik mata kerisnya dan kilir ke tapak tangan.
Kemudian dia memukulkan mata keris itu tiga kali pada lutut Ustaz Samil„ lantas dimasukkan ke sarungnya.
"Anak., orang ni jumpa ayah, cubalah tengokkan apa penyakitnya." Pak Su Mathin seolah-olah bercakap seorang diri, sambil merenung ke dalam geluk air. Lama dia merenung ke situ, barulah terangguk-angguk memberi isyarat puas hati dengan mengangkat ibu jari. tangannya.
Mereka menunggu apa sahaja keputusan daripada Pak Su. Mathin. Memang mereka tidak membawa apa-apa perkakas keperluan, semasa datang ke rumah Pak Su Mathin. Kalau Pak Su Mathin mahukan barang-barang keperluan, mereka terpaksa carikan juga. Biarlah bertangguh sehari dua, sekiranya memerlukan perkakas perubatan yang dikehendaki oleh Pak Su. Mathin.
Tidak lama kemudian Pak Su Mathin tersenyum merenung ke dalam geluk air.
"Kalau dah jumpa barangnya, ambil saja laaa," dia mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke bibir geluk.
Tetapi Pak Su Mathin tidaklah bercakap seorang diri. Siapa pun tidak nampak dia berhubung dengan anak muda gagah berpakaian serba putih, lengkap sebagai putera raja. Dia melihat pemuda tampan itu daripada geluk air yang menjadi pedomannya.
"Anak," dia memanggil pemuda ter sebut yang dapat dilihatnya berdiri di halaman rumah Ustaz Samil. "Orang ni susah, ayah harap anak bolehlah tolong," katanya membongkok sedikit ke bibir geluk air.
Anak muda tampan itu menghunus keris di pinggangnya. Dari hujung mata kerisnya terpancar cahaya menerjah ke arah penjuru pagar rumah Ustaz Samil. Tidak bertangguh dia melangkah ke penjuru pagar, terus menikam kerisnya ke situ.
Pak Su Mathin nampak darah terpancut di penjuru pagar apabila ditikam oleh pemuda tampan itu. Mata kerisnya terlekat di tanam tidak dicabut kan. Sedikit demi sedikit, Pak Su Mathin nampak lembaga botak duduk bersila di penjuru pagar itu memegang bungkusan.
Mata keris itu terlekat di dadanya, menyebabkan dia mengerang kesakitan. Kemudian dia menolak kuat pemuda tampan itu, sehingga keris yang tertusuk di dadanya tercabut. Sepantas kilat pula dia melompat mahu memukul pemuda tampan itu dengan gada di tangannya.
Belum sempat dia memukul mata keris ditusukkan ke kepalanya pula. Setiap kali mata keris ditikamkan, dia berpusing-pusing mahu bertindak balas. Tetapi pemuda tampan itu tidak memberi kesempatan langsung kepadanya untuk bertindak. Dia terus menikam di bahagian mana pun, untuk melemahkan lawannya.
"Tak sedar diri kau!" gerutu lembaga botak itu keras. "Kau anak terbuang, tak patut lagi menolong Pak Su Mathin!" dia mengejek pemuda tampan yang terus menikamnya bertubi-tubi. 
"Dia ayah aku, sebab itu aku mesti bantu dia..." sahut pemuda itu membentak keras.
Lembaga botak di penjuru pagar memegang bungkusan itu tetap mengejeknya. Dia memberitahu pemuda tampan itu, mengenai bunian yang mencurinya semasa dalam kandungan Mak Su Pah.
Memang seisi kampung terkejut mengenai kejadian yang menimpa Pak Su Mathin suami isteri. Sewaktu Mak Su Pah sarat mengandung, tiba-tiba sahaja kandungannya hilang. Perut Mak Su Pah kempis seperti sudah selamat melahirkan bayi.
Kecewa juga Pak Su Mathin setelah bayi yang diharapkan itu, tiba-tiba hilang tidak menentu. Siapa pun tidak menduga bagaimana kandungan Mak Su Pah tiba-tiba sahaja mengempis. Mereka tidak dapat menatap wajah bayi yang dikandungnya selama itu.
Tetapi Pak Su Mathin seringkali bermimpi menemui bayinya dibawa jauh ke atas gunung. Bayinya dipelihara oleh ramai inang-inang yang tidak diketahui nya. Malu juga Pak Su Mathin mahu menceritakan kepada orang-orang kampung mengenai mimpinya. Malah diberitahu pada Mak Su Pah pun isterinya mengejek dia.
Sebulan sekali dia akan bermimpi menemui anaknya yang hilang dalam kandungan itu. Penjaga-penjaga anaknya dalam kawasan istana yang besar membenarkan dia menemuinya. Pak Su Mathin merasakan kemesraan setiap kali dia bertemu anaknya di dalam mimpi.
Hingga berbulan-bulan Pak Su Mathin sering bercakap seorang diri. Orang-orang kampung menuduhnya jatuh asyik akibat kehilangan anaknya. Tetapi Pak Su Mathin tidak mengaku dia kurang siuman.
Sampai anaknya dewasa menjadi pemuda tampan pun, Pak Su Mathin masih juga menemuinya melalui mimpi. Orang-orang kampung sudah menganggapnya tidak siuman, disebabkan sering terserempak bercakap seorang diri.
 Ketika dia ke hutan Pak Su Mathin tiba-tiba ternampak besi berkarat timbul di perdu sebatang pokok. Dia menyangka besi berkarat itu mata gergaji yang patah. Tetapi apabila diangkatnya, dia mendapati sebilah keris yang tidak berhulu.
Tidak jadi Pak Su Mathin mencari rotan ke hutan setelah menemui mata keris berkenaan. Terus sahaja dibuatnya hulu dan sarung. Sampai seminggu dia menyiapkan kerisnya. Mak Su Pah memang tidak pedulikan sangat apa pun dibuat oleh Pak Su Mathin. Dia sendiri sudah menganggap Pak Su Mathin tidak siuman akibat kehilangan bayinya.
Selepas mendapat keris itulah, Pak Su Mathin. dikunjungi oleh lelaki tampan pada suatu tengah malam. Tiba-tiba sahaja lelaki tampan itu menjelma sewaktu dia mengasapkan kerisnya dengan kemenyan. Mak Su Pah juga terkejut melihat jelmaan pemuda tampan di hadapannya.
"Aku dah kenal dia," beritahu Pak Su Mathin bangga apabila memperkenalkan anak muda itu kepada isterinya. "Dia anak kita, tapi dunianya lain, tak sama dengan dunia kita," tambahnya sambil memeluk pemuda tampan berkenaan.
Selepas itu pemuda tampan berkenaan terus rnemegang dan mencium tangan Mak Su Pah. Menitis juga air mata Mak Su Pah apabila bersentuhan dengan pemuda tampan berkenaan.
Tidak siapa pun orang-orang kampung mahu mempercayai mengenai anak mereka menjelma semula, sekalipun Mak Su Pah sendiri, mengakui kebenaran pengakuan suaminya. Pak Su Mathin tetap seperti sebelumnya. Iaia tidak peduli sama ada orang-orang kampung mempercayainya atau tidak.
Kalau tidak disebabkan gelang emas Mak Nik jatuh ke sungai, memang siapa pun menganggap Pak Su Mathin tidak siuman. Melilau Mak Nik bagaikan orang hilang akal apabila gelang kesayangannya jatuh ke tengah sungai berarus deras. Tidak ada siapa yang berani menyelam ke dasar sungai, kalau semata-mata mahu mendapatkan semula gelang tersebut.
Tidak sampai hati Pak Su Mathin dengan keadaan Mak Nik laksana kucing jatuh anak. Sayang benar dia dengan gelang emas tersebut. Bukan senang mahu membeli yang baru, terpaksa berjimat-jimat rnengumpul wang.
"Kalau awak nak cuba, ambo boleh cuba..." Pak Su Mathin menawarkan diri.
"Awak nak menyelam ke?" soal Mak Nik serba salah. Dalam keadaan terdesak dia tidak peduli apa-apa Sekiranya Pak Su Mathin mahu menyelam apa salahnya. Dia sanggup membayar upah sampai $50 pun, kalau benar-benar Pak Su Mathin sanggup menyelam ke dasar sungai.
"Ah, takkan ambo nak menyelam..." tersenyum Pak Su Mathin apabila d idesak oleh Mak Nik.
"Habis, macam mana awak nak ambil gelang tu?" Mak Nik berharap sangat Pak Su Mathin boleh membantunya.
 "Anak ambo akan menyelam," jelasnya perlahan menyebabkan Mak Nik terdiam sambil menggeleng kepala.
Anak Pak Su Mathin yang mana pula boleh menyelam. Dua orang anak Pak Su Mathin semuanya masih bersekolah, masakan mereka boleh diharap. Menyelarn ke dasar sungai bukannya kerja mudah. Terpaksa melawan arus deras yang kencang menerjah dari hulu.
Disebabkan tidak ada pilihan lain, Mak Nik bersetuju menerima tawaran. Melalui geluk air itulah Pak Su Mathin menyuruh pemuda tampan itu menyelam ke dasar sungai. Sekaligus pemuda itu menyelam. Hanya beberapa minit sahaja dia muncul semuka ke permukaan air.
Ketika ini Mak Nik melihat sendiri gelang tersebut jatuh dari loteng rumah Pak Su Mathin. Masih berbekas air dan pasir lagi gelang berkenaan dilimparkan di hadapan Mak Nik. Memang Mak Nik tidak melihat permuda tampan itu mencampakkan gelang tersebut, kerana Pak Su Mathin sahaja yang dapat melihatnya.
Selepas itulah baru orang-orang kampung mahu mempercayai pengakuan Pak Su Mathin dan Mak Su Pah. Mereka juga menemui Pak Su Mathin sekiranya memerlukan bantuan dia.
"Kau anak buangan!" lembaga botak itu semakin lernah akibat ditikam bertubi-tubi.
Pemuda tampan itu sudah tidak mempedulikan lagi ejekan lembaga botak tersebut. Setelah menikamnya hingga lembaga botak berkenaan tidak mampu lagi, dia terus merampas bungkusan tersebut daripada tangan lembaga botak berkenaan.
Kemudian dia menghentakkan tumitnya ke bumi hingga merekah. Lembaga botak itu terjerlus ke bawah tanah yang merkah hingga terkambus habis.
Serentak dengan itu pula mereka semua di tengah rumah terkejut apabila sebuah bungkusan jatuh dari atas loteng rumah. Pak Su Mathin tidak memegang bungkusan yang jatuh di hadapannya. Dia hanya menguis-nguis dengan hujung kerisnya.
"Apa barangnya anak?" Mak Su Pah rapat hendak melihat bungkusan.
Memang tidak ada suara siapa pun yang menyahut.
Tetapi Mak Su Pah tetap mendengar bisikan suara lembut pemuda tampan jtu, supaya tidak tergopoh-gopoh membukanya.
"Mak fahamlah, mak faham" ujarnya terangguk-angguk bagaikan bercakap seorang diri.
Hampir mahu ketawa Haji Bakar dengan telatah Mak Su Pah bercakap seorang diri itu. Tetapi Pak Su Mathin tahu isterinya bercakap dengan pemuda tampan yang dipanggilnya anak itu.
Setelah bungkusan itu terbuka, mereka melihat bangkai katak yang sudah dibelah perutnya. Isi perut bangkai katak itu pula disumbat dengan najis manusia. Paku berkarat tercacak di kepala bangkai katak itu hingga sampai ke kangkang.
Di mulut bangkai katak itu terkepit segumpal kertas dengan segumpal rambut. Setelah dikuis-kuis dengan hujung keris, kertas tersebut dapat dibuka. Di situ kelihatan lakaran yang dilukis rajah tubuh manusia.
Seluruh rajah manusia ditusuk dengan jarum, dan ada kesan titisan darah.
"Macam mana ustaz, nak minta Pak Su balikkan pada tuannya atau tidak?" ujar Pak Su Mathin memandang Ustaz Samil yang masih menahan rasa menyucuk-nyucuk di dada dan seluruh anggota badannya.
"Tak payahlah," sahut Ustaz Samil. "Saya berdoa biar orang itu bertaubat, cukuplah," katanya beristighfar berulang kali melihat kejadia an tersebut.
"Kalau begitu, saya nak suruh anak saya buangkan aje," kata Pak Su Mathin sambil menujahkan hujung mata kerisnya ke lantai.
Ustaz Samil mengangguk. Dia bersetuju barang yang ditemui. bersama bungkusan itu dibuangkan sahaja. Tidak perlu berbalas balas dendam setelah dia menyedari ada orang menggunakan sihir untuk menyusahkan dia. Tidak hairanlah sihir boleh juga terkena kepadanya, kerana Allah memakbulkan doa setiap hamba-Nya. Sama ada untuk tujuan baik, mahupun untuk tujuan jahat.
Tidak lama selepas itu angin bertiup menyebabkan tikar juga ikut terlingkup sama. Ketika Mak Su Pah membetulkan tikarnya semula, barang-barang dalam bungkusan berkenaan sudah tidak ada lagi.
"Anak saya dah ambil, nak buangkan," beritahunya beritahunya lantas memasukkan semula keris ke dalam sarung.
Tiga hari selepas berubat dengan Pak Su Mathin itu, Ustaz Samil merasa dirinya beransur pulih. Sakit menyucuk-nyucuk di dadanya sudah tidak terasa lagi. Sendi-sendinya yang lemah serta sengal-sengal juga. terasa segar semula. Tetapi seleranya untuk makan masih belurn ada, menyebabkan mukanya kelihatan pucat disebabkan tidak menjamah makanan.
Memang sudah banyak penyakitnya berubah, semasa saya dan isteri menziarahnya. Sebab itu lah dia masih juga mahu mengusik, seperti sebelum balik ke Kuala Krai. Dia memang suka bergurau setiap kali bertemu saya.
"Ente dah jadi tabib, janganlah lupa dengan Ustaz Samil menepuk-nepuk bahu saya.
Saya tersengih-sengih.sahaja dengan usikan Ustaz Samil.
"Nanti, malam kita ke rumah Pak Su tu," lantas sahaja dia mempelawa apa bila isteri ke dapur mengikut Ummi Farizah.
"Saya ingat nak balik," ujar saya mahu mengelak.
"Besoklah ente balik, tidur aje rumah ana malam ni," dia mendesak terus terkedek-kedek ke dapur. Kemudian dia keluar semula tersengih-sengih menuturkan.  "Hajah Yah kata, terpulang pada ente. Kalau ente tidur disini dia mengikut aje.
Rupa-rupanya dia ke dapur mendesak isteri saya supaya tidak balik. Dia mahu tangguhkan juga jika mahu balik.
Dalam perjalanan balik dari Kuala Krai itu, isteri saya bertanyakan juga mengenai Pak Su Mathin. Ketika mengikut Ustaz Samil ke rumah Pak Su Mathin, dia tidak mengulangi lagi untuk membuat ubat. Dia memberitahu gangguan yang ada sudah dibuang. Hanya kesannya sahaja yang ditanggung oleh Ustaz Samil.
 Terpaksalah Ustaz Samii bersabar, supaya penyakithya sembuh betul.
  Sebab itulah tidak banyak yang saya bualkan dengan Pak Su Mathin. Dia pun bukanlah mahu sangat bercerita mengenai pemuda tampan yang dikatakan anaknya itu. Kecuali sewaktu dia mengubati pesakit, memang dia mengaku memanggii anak nya itu.
"Di mana anak Pak Su sekarang?" isteri saya cuba mencongkel.
Dia hanya diam. Tidak mahu dia menerangkan. Cepat-cepat saya mencuit isteri saya supaya tidak terdesak. Kalau tidak ditegah memang isteri saya leter bertanya. Ada sahaja yang mahu diketahuinya kalau dia bertemu dengan orang-orang seperti Pak Su Mathin.
-"Ustaz ni tahu," , lama baru Pak Su Mathin menyahut, lantas dia berpaling memandang saya.
"Betulkah Pak Su?" cepat sahaja Ustaz Samil mencelah semacam terkejut dengan penjelasan PaK Su Mathin.
‘Anak Pak su pun tahu diri ustaz ni,” tersenyum dia sambil menggertap bibir.
"Anak Pak Su ke yang beritahu?" Ummi Farizah pula bertanya.
Pak Su Mathin mengangguk lemah. Kemudian dia mengesat pelupuk matanya yang basah berair. Dia terus menggenggam tangan saya erat-erat.
"Anak Pak Su kirim salam dengan ustaz," katanya tidak melepaskan tangan saya.
Saya sendiri tidak memahami maksud Pak Su Mathin, kenapa anaknya berkirim salam. Manalah saya tahu mengenai pemuda tampan yang dikatakannya anak itu, kalau tidak dijelaskan oleh Ustaz Samil sebelum ini.
Tidak tahu apa yang mahu jelaskan apabila isteri saya mendesak bertanyakan anak Pak Su Mathin itu.
Arwah nenek saya Bidan Nah memang pernah menceritakan mengenai adik sepupunya Acik Lisuh yang mengandung sembilan bulan, tiba-tiba perutnya kempis. Arwah nenek saya sendiri yang melinggang perut ketika Acik Lisuh sudah tujuh bulan.
Masakan nenek tidak tahu sepupunya itu mengandung atau tidak. Bertahun tahun dia berbidan, masakan dia tidak berpengalaman lagi. Nenek mengakui Acik Lisuh benar benar mengandung. Cukup sahaja sembilan bulan mengandung Acik Lisuh terasa perutnya sakit, tetapi tidaklah merengat rengat seperti mahu bersalin.
Dia pun tidak menduga akan bersalin cepat. Kalau dikiran harinya, masih ada dua tiga minggu baru dia dijangka bersalin. Sebab itulah dia tidak memberitahu nenek saya.
Malamnya dia seolah-olah bermimpi mahu bersalin sangat. Dia merasa tubuhnya melayang dibawa jauh ke kawasan mahligai besar di puncak gunung. Acik Lisuh perempuan yang sebaya umur dengannya. Dia dibaringkan di atas tilam kekabu yang tebal, dengan dijaga oleh seorang perempuan separuh umur,
Mereka melayani dia dengan rnesra. Di satu penjuru seorang lelaki memakai tanjak, lengkap memakai keris dua tersandar pada satu kerusi memerhati ke arahnya. Lelaki hu tersenyum serta melambaikan tangan ke arahnya.
"Siti jangan bimbang," bisik perempuan separuh umur mengusap-ngusap rambut Acik Lisuh. "Di sini. Siti tetap selamat..." ujarnya ramah memujuk Acik Lisuh supaya bertenang..
Ketika ini Acik Lisuh sendiri tidak dapat mengagak sama ada dia bermimpi atau benar-benar berlaku ke atas dirinya. Kalau mahu dikatakan bermimpi., dia terasa perutnya rnerengat-rengat sakit seperti mahu bersalin. Hampir 15 orang perempuan yang menjaganya bersiap sedia untukmembidankan dia.
"Anak Siti ni, memang anak dengan penghulu," perempuan separuh umur menerangkan sambil memuncungkan bibir ke arah lelaki yang duduk di penjuru bilik.
Terlalu marah Acik Lisuh apabila diberitahu demikian, Dia tidak rela menerima penghulu itu menjadi suaminya, kerana dia masih ada suami yang sah. Alangkah berdosanya dia kalau diketahui oleh Alang Bahani suaminya mengenai dakwaan perempuan separuh umur itu.
"Tidak, suami saya, Alang Bahani" tegas Acik Lisuh mahu bangun melawan. Tetapi seluruh badannya terasa lemah tidak bermaya.
"Memang Alang Bahani tu suami Siti” perempuan separuh umur itu terus membelai mesra rambut Acik Lisuh. "Tetapi disini Siti adalah isteri penghulu kami," katanya memberi isyarat mematuhi apa sahaja perintah Acik Lisuh.
Acik Lisuh cuba meronta. Tetapi tenaganya lemah. Dia tidak dapat bergerak langsung akibat belaian mesra yang begitu mengasyikkan. Dalam keadaan demikianlah dia melahirkan anaknya. Setelah dimandikan, bayi itu diserahkan kepada Acik Lisuh.
Apabila semua perempuan di situ hilang tidak kelihatan di mana-mana, lelaki kacak di penjuru. bilik datang mendapatkan dia. Lantas lelaki itu mengangkat bayi itu dan mengucupnya penuh kasih sayang.
'‘Kita akan peliharakan bayi kita bersama, Siti," bisik lelaki tampan itu penuh mesra
"Bukan, ini anak aku dengan Alang Bahani," sahut Acik Lisuh keras.
"Tak sudikah Siti tinggal bersama abang di sini?" lelaki tampan itu memujuknya.
"Tidak, awak bukan suami aku!" bentak Acik Lisuh benci menatap muka lelaki tampan yang cuba meng-godanya.
"Kalau Siti tak sudi, abang akan hantar Siti balik," lembut sahaja lelaki tampan itu menuturkan. "Tapi, bayi kita ini, abang yang memelihara," ujar-nya semacam mengugut Acik Lisuh.
"Itu aku tak peduli, tapi hantarkan aku balik pada Alang Bahani," Acik Lisuh tetap tidak mahu mengalah.
Setelah pertengkaran itulah dia merasa tubuhnya kembali melayang ke udara. Apabila dia membuka rnatanya, Acik Lisuh menyedari dia terbaring di sisi suaminya Alang Bahani. Terkejut dia sebaik sahaja mendapati perutnya kempis dengan tidak bersebab.
Tidak bertangguh dia menggerakkan Alang Bahani. Lantas dia memberitahu Alang Bahani mengenai kandungannya yang tiba-tiba hilang. Berdebar hati Alang Bahani dengan kejadian yang menimpa diri-nya itu. Memang tidak masuk akal, isterinya yang sudah mengandung sembilan bulan tiba-tiba sahaja kempis. Bayi dalam kandungannya hiang tidak bersebab.
"Panggil saja Bidan Nah," Acik Lisuh menggesanya. Ketika nenek saya sampai, dia terus meraba perut Acik Lisuh. Menggeleng kepala nenek disebabkan perut Acik Lisuh memang tidak berisi lagi. Bayi dalam kandungannya sudah dilahirkan.
"Ini kerja bunian!" gerutu nenek kecewa.
"Tak adakah usaha lain, kak bidan?" soal Alang Bahani tidak puas hati. Kalaulah boleh berlawan dengan bunian secara berdepan memang dia sanggup menghunus parang. Perkara kaIah atau menang tidak menjadi soal kepada dia.
Dia merasa terhina kalau benar dipermainkan oleh bunian. Kenapa bayi dalam kandungan isterinya yang diganggu, kenapa tidak bayi lain? Alang Bahani sanggup bercekak hulu parang, kalau bunian itu menjelma seperti manusia biasa. Tidak ada apa yang perlu ditakutkannya!
"Kena panggil Mahat nampaknya," ujar nenek menyuruh memberitahu Pak Tua Mahat Terpaksa pula ke Simpang Durian menjemput Pak Tua. Mahat yang sudah menetap di sana. Pak Tua Mahat juga terkejut apabila diberitahu kejadian yang menimpa emak saudaranya itu,
"Kerja bunian, Mahat.„.” terus nenek memberitahu sebaik sabaja Pak Tua Mahat sampai. "Mak, tak pagar ke?" soalnya memandang emaknya, nenek saya itu.
"Jangan banyak soal jawab, kau. tengokkan aje acik kau tu, Mahat," tegas. nenek memberi arahan.
Lantas Pak Tua Mahat membuka kain hitam pengikat kepalanya. Dia memintal-mintal kain tersebut ditangannya, sambil duduk silanya semakin rapat laksana pendekar duduk di langgang. Emak saya terpaksa menarik saya yang baru berumur 12 tahun ke tepi dinding.
Bimbang juga kalau abangnya. melompat apabila tidak dapat mengawal. Memang Pak Tua. Mahat seringkali memencak membuka langkah silat, kalau dia benar-benar berlawan. Ketika ini tidak siapa pun yang berhampiran dengannya. Siapa tidak mengelak jauh tentu akan terkena juga tamparan atau terjahan kakinya.
Lama Pak Tua Mahat mendepa-depa tangan seolah-olah membuka bunga silat, dia mula menghela hela nafas.
Dia sampai menjejakkan kaki ke kawasan bunian melarikan Acik Lisuh. Dengan garang Pak Tua Mahat masuk ke kawasan mahligai tersergam sambil menggenggam tinjunya. Jiran-jiran yang berkumpul di rumah Alang Bahani hanya melihat Pak Tua Mahat mendengus-dengus ditengah rumah
Sebaik sahaja dia melangkah. melepasi pagar tiba-tiba sabaja dia serbu ular tedung yang garang. Pak Tua. Mahat tidak berundur setapak pun menunggu serangan ular tedung itu dengan membaca kan:
Wa-mamin dab-batin fil’ardh `alallahi rizquha waya'-lamu mus-ta-qarraha wa.rnustau da'a-ha kul-lun fi-kitabin-mubin.
Belum sempat ular tedung itu menerkarn seluruh tubuhnya cair, bagaikan lilin terbakar. Pak Tua Mahat mara menendang pintu pagar dengan menggertap bibir.
"Dengan Mahat kau nak cuba yer” jerkahnya terus menggeledah masuk ke dalam mahligai yang tersergarn. "Apa lagi senjata kau nak uji Mahat, silakan!" tempiknya merninta lawan. Dia mengepal tinju menumbuk-numbuk ke tapak tangan sambil mengisar-ngisar dia membacakan:
walau -an-na Quran-nan suyirat bihil jabalu  au-qut-ti’at bihil  ardh au-kul lima bi-hil mauta bal lillah hil amru jam’ian , ya syaffi ya kafi ya mu'ati, wabilhaq anzalnahu wabilhaq nazala.
Seluruh kawasan mahligai bergegar kuat seperti diserang gempa, hingga penghuni nya bertempiaran dengan jerit soraknya. Pak Tua Mahat melihat berpuluh-perempuan cantik berkeliaran lari ke hulu ke hiiir berlindung daripada goncangan bumi yang kuat.
"Cukuplah Tok Pawang," tiba-tiba lelaki tampan keluar dari gerbang mahligai. "Lebih baik kita berdamai, daripada berbalah-balah macam ni," katanya memujuk Pak Tua Mahat.
"Wah, pandai awak bermuka-muka ye?" bentak Pak Tua Mahat masih mahu mencabar,
"Maafkanlah kami, tok Pawang, kalau nak ambil balik bayi itu pun sia-sia aje," ujarnya sambil menunjukkan ke arah bayi yang didukung oleh perempuan menyerupai. Acik Lisuh.
"Kalau kami pulangkan pun, Tok Pawang menyesal juga' ujarnya dengan penuh. ikhlas.
Dia membenarkan Pak Tua Mahat menatap bayi yang didakap oleh perempuan menyerupai Acik Lisuh itu. Setelah Pak Tua Mahat berpuas hati, bahawa bayi tidak sempurna sifatnya kalau dikembalikan semula, dia terpaksa mengalah juga. Tetapi. dia memberi amaran, supaya jangan cuba mengganggu keluarganya.
"Dipanah petirlah kami, kalau kami langgar janji dengan Tok Pawang' lelaki tampan memberi pengakuan
Saya. mellhat mata Pak Tua Mahat merah ketika dia merungut-rungut di tengah rumah sambil memintal-mintal kain hitam kepalanya, Apabila dia kembali tenang, barulah dia menggeleng-geleng lemah. Hampir setengah jam Pak Tua Mahat duduk bersila rapat di tengah rumah. Siapa pun tidak berani duduk hampir dengannya semasa dia memintal-mintal kain hitam lilit kepalanya itu.
"Macam mana, Mahat?" nenek segera bertanya setelah Pak Tua Mahat selesai melaksanakan kerjanya,
"Susah mak," ujarnya hampa. "Kalau kita ambil pun budak tu tak siuman," tegasnya seolah-olah memujuk supaya dia lupakan sahaja kejadjan tersebut.
Hanya setelah saya dewasa baru Pak Tua Mahat memberitahu, kejadian yang dialaminya beberapa tahun sebelum tu.  Bagaimanapun saya tidaklah tahu kejadian bayi hilang daripada kandungan Mak Su Pah, seperti diberitahu oleh Ustaz Samil itu.