Monday, January 8, 2018

261. BUAH KUNDUR KELUAR ASAP


 Hampir jam 11.00 malam Saridah terbaring dalam keadaan letih lesu. Dia tidak lagi bingkas bangun mahu meluru ke pintu. Selepas dilimpar bertih dia menggelupur bagaikan ayam kena sembelih. Kemudian sedikit demi sedikit tenaga kuatnya beransur Iemah. Beransur-ansur pula dia terlelap tidur.
Lama Pak Jubin menunggu kalau-kalau Saridah kernball semula meronta, tetapi ternyata bajang yang mengganggunya sudah berundur jauh. Sekiranya keadaan Saridah pulih memang Pak Jubin mahu balik ke rumah. Selalunya setelah tiga kali berulang mengubati pesakit, jarang ianya boleh berulang semula.
Mat Jan yang sejak senja lagi duduk berhimpit dengan Uda Pah pun sudah nyenyak tidur. Terjelepok dia di pangkuan Uda Pah. Kemudian dicadung oleh Razak dibawanya ke hujung serambi. BiarIah budak itu tidur di situ. Bila dia mula mengantuk, dia akan berbaring di samping anaknya pula.
Usin Biduk terkuap-kuap di hulu kepala kakaknya. Leha juga tersengguk-sengguk di lunjur kaki. Mereka berdua ditugaskan oleh emaknya Uda Mun mengawasi Saridah. Sebab itulah mereka berdua ter-paksa bersengkang mata. Mana tahu katau tiba-tiba saja Saridah melompat meluru ke pintu. Kalau terlepas Saridah lari meninggalkan rumah bermakna sakitnya tidak akan dapat diubati lagi. Gangguan tersebut tidak dapat dipulihkan semula dari merasuk ke dalam tubuhnya.
Memang itulah yang diingatkan oleh Pak Jubin supaya jangan biarkan Saridah terlepas. Baik slang, baik malam gangguan itu bila-bila boleh berulang. Sebab itulah mesti ada orang mengawasinya sama ada dia bingkas meronta-ronta, mahu pun dia terlentang tidak bergerak tang-sung.
Harapkan Razak mengawasi isterinya tentulah tidak baik. Razak pertu juga menoreh getah bagi mencari rezeki. Kalau tidak menoreh tentulah kehidupan-nya kian terhimpit tatkata isterinya sakit. Ketika inilah saudara mara wajar membantu apabila menghadapi kesusahan. Fasal inilah Utih Mun suruh Leha dan Usin Biduk mengawasi kakaknya. Kalau ada apa-apa berlaku terhadap Saridah, satah seorang dari merekalah yang akan berkejar memberitahu jiran-jiran berdekatan.
Sebaik saja Pak Jubin mengangkat punggung mahu balik, tangan Saridah terangkat lurus ke atas macam menupang bumbung. Kemudian kakinya mula terangkat hingga kainnya hampir tersilak. Tetapi cepat-cepat ditekan semula oleh Leha. Walaupun dia tersengguk-sengguk, tetapi dia cepat bertindak sekiranya kakaknya mula diganggu bajang yang merasuk.
"Heh, mula balik nampaknya Pak Albin" Alang Jono menginsut punggung menghampiri Pak. Jubin. Razak yang terkuap-kuap juga segera mendekati isterinya. Mat Kidam juga segera mengesat-ngesat mata setelah terlelap dengan ter sandar di dinding tengah. Manakala Utih Mun dan Uda Pah yang sudah merebahkan badan kembali bingkas duduk.
"Ambil bara, Pah  " perintah Alang Jono berpaling ke arah isterinya. Cepat-cepat perempuan itu mencapai tempat perasap untuk mengambil bara di dapur. Tentu terpaksa pula menghidupkan api di dapur bagi mendapatkan bara merah menyala.
Utih Mun juga bangun ke dapur membantu adik iparnya.
Sementara dua perempuan itu ke dapur, Pak Jubin menyuruh Razak gunakan lada hitam cecah ke kuku ibu jari kaki Saridah. Apabila Razak cecahkan lada hitam itu Saridah terpekik-pekik seperti orang dalam kesakitan.
"Kau nak main-main ye!" kata Pak Jubin mula serak-serak suara akibat berjaga sampai jauh malam. "Rupa-rupa nya kau tak mau pergi, kau betul-betul nak cabar aku” gerutu Pak Jubin menampakkan marahnya. Tetapi dia tahu jenis syaitan memang suka orang-orang sepertinya marah. Siapa saja mudah marah maka mudahlah dia dikalahkan oleh syaitan.
Saridah ketawa saja mendengar kata kata Pak Jubin. Memang Pak Jubin pun tahu yang ketawa itu bukannya Saridah, tetapi bajang yang sudah merasuk ke jiwa Saridah. Kadangkala bila Razak menenyeh kuat sedikit lada hitam ke hujung kukunya, Saridah akan merengek-rengek seperti seorang bayi dahagakan susu.
"Kalau kau nak minum susu, mintaIah pada emak kau. Kenapa pada Saridah?" jerkah Pak Jubin menguatkan suara.
"Aku mana ada mak, bodoh!" sahut Saridah dalam keadaan tidak sedar diri itu.
"Mana emak kau?" Alang Jono pula menyampak. "Mak aku dah mati Iaaa, bodoh sangat awak ni semua" kata Saridah mendengus.
"Sekarang baru nak mengaku siapa kau sebenarnya ye!" Mat Kidam juga mencelah. Memang hatinya mendongko! sejak Saridah diganggu rasukan bajang. Sudah dua tiga hari itu mereka masih buntu apakah sebenarnya yang mengganggu Saridah. Tetapi malam itu sudah jelas rasukan bajang yang bermain dalam jiwa Saridah.
Sebab itulah Pak Jubin menyediakan telur yang dicucukkan jarum untuk memikat bajang tersebut. Memang benarlah Iidah yang terjulur dari bumbung menjilat telur di dalam mengkarak itu adalah jelmaan bajang. Tentulah sesiapa yang memelihara bajang tidak dapat menyembunyikan lagi dirinya dari ancaman Pak Jubin.
Siapa tidak kenal Pak Jubin dukun besar di dalam kam-pung. Kalau setakat gangguan syaitan peIiharaan manusia, bila-bila dia sanggup menentangnya. Dia tahu manusia yang dipergunakan oleh syaitan tidak akan dapat bertahan lama, sekiranya syaitan yang dipeliharanya sudah tidak mampu lagi melindungkan dirinya. Pak Jubin tahu apa saja kelebihan pada diri syaitan, sudah tentu ada kelemahannya.
Dia akan bertindak menyerang segala kelemahan syaitan. Ketika ini syaitan akan menjerit kesakitan. Syaitan yang digelar pe-\lesit, bajang, polong, jembalang, puaka oleh pemeliharanya akan meninggaIkan tuannya. Sudah tentulah pemeliharanya akan terdedah dengan tidak ada siapa penolongnya apabila syaitan ini melarikan diri dari melindungi tuannya.
"Aku tau kau ,bajang   " uiar Pak Jubin. "Tapi siapa menyuruh kau ke mari?" soalnya keras.
"Apo kau peduIi siapa suruh aku ke mari" sahut Saridah marah. "Aku suka budak Saridah ni, kenapa kau ganggu?" dia menghentak-hentak kaki mahu melompat bangun, tetapi Leha menghimpit nya kuat-kuat. Leha bertinggung duduk atas betis kakaknya.
"Kau yang ganggu bini orang, bajang keparat" Pak Ubin menudingkan jari telunjuknya ke arah pusat Saridah. "Tak sedar diri, dikutip orang dari kubur, berasal kau dari budak mati terbungkus dalam perut, kau nak buat kacau pula!" katanya lantas menampar dua tapak tangan sekali derap.
Terjerit Saridah apabila Pak Jubin menampar kedua tapak tangannya. Dia menangis merengek-rengek seperti bayi yang dahagakan susu. Ketika inilah Utih Mun dan Uda Pah masuk semula ke tengah induk rumah membawakan dapur perasap berisi bara.
Tidak bertangguh lagi Pak Jubin terus membakar kemenyan sebaik saja ternpat perasap dihulurkan oleh Uda Pah. Lama dia mengasap seluruh badannya dengan asap kemenyan, barulah dia mengambil bertih segenggam. Kali ini bertih itu tidak dilimparkannya ke arah tubuh Saridah, tetapi terus digenggamnya begitu saja.
"Kalau kau tak mau cakap siapa suruh kau ke marl, aku akan tangkap kau. Biar ayah kau menggelupur di rumahnya" ujar Pak Jubin lantas berdiri. Dia berjalan menuju ke pintu dengan tidak menoleh ke belakang.
Razak mahu mengikut Pak Jubin dari belakang, tetapi dia memberi isyarat supaya jangan mengikutinya. Razak duduk semula sambil memerhatikan Pak Jubin turun ke tengah halaman. Mereka di atas rumah berpandangan sama sendiri kerana keheranan apakah yang akan dibuat oleh Pak Jubin di tengah halaman, sedangkan Saridah masih meronta-ronta perlu diubatkan. Ada beberapa ketika Pak Jubin tidak bersuara apa-apa di tengah halaman.
Malam semakin sepi apabila jam hampir menunjukkan pukuI 12.00 tengah malam
"Bodoh awak ni Pak Jubin   tiba-tiba saja Saridah bersuara bagaikan sedang ber-cakap dengan Pak Jubin yang tidak ada di situ. "Dengan budak kecil pun awak nak tunjuk berani!" kata Saridah lagi.
Siapa pun tidak menyahut kata-katanya, kerana Pak Jubin tidak ada di atas rumah. Selepas itu mereka hanya mendengar Saridah merengek-rengek sama seperti sebelumnya juga. Rengekan Saridah semakin lama semakin kuat, hingga menjadi tangisan yang melangsing.
Ketika ini mereka terdengar Pak Jubin bagaikan berlari di sekeliling rumah. Debuk-debak tapak kakinya jelas kedengaran di samping sorak sergah Pak Jubin seperti menghambat kambing masuk ke kandang. Semasa Pak Jubin berlari keliling rumah ini, rengek tangis Saridah bertambah kuat.
Heran juga Mat Kidam dengan apa yang berlaku ke atas diri anaknya. Tidak pernah pula dia menghadapi kejadian seperti itu. Kalau sekadar demam-demam biasa memang pernah dialaminya anak beranak, tetapi gangguan yang me-rasuk Saridah itu, inilah pertama kali menimpa keluarganya.
Kalau mahu dikira syaitan mengganggu Saridah disebabkan keluarganya tidak menunaikan perintah Allah, memang tidak betul. Razak sendiri seorang suami yang warak. Dialah selalu diserahi menjadi imam sembahyang di surau kecil di kampung itu. Pengajian agama Razak pun bukanlah rendah, kerana sebelum datang menyemenda ke situ, dia adalah datang dari kampung lain. Di kampungnya Razak memang mengajar budak-budak membaca Quran.
Mat Kidam tahu menantunya itu memang lama mengaji pondok di Kelantan. Sebelum ke Kelantan, Razak pernah juga mengaji pondok di madarasah Tok Aji di kampung ayah saya. Mat Kidam juga memang pernah mendengar nama Tok Aji sebagai guru pondok, walaupun dia tidak pernah bertemu muka dengan Tok Aji.
Sebab itulah dia memang tahu Razak bekas murid Tok Aji. Bagaimana Razak yang kuat dengan pegangan agama ini boleh diganggu juga oleh syaitan, sehingga isterinya sendiri tidak dapat dipertahankannya, memang mengherankan Mat Kidam.
Tetapi kesabaran Razak, memang dikaguminya. Razak tidak terburu-buru bertindak bila Saridah memukul kepaIanya dengan penyapu. Sikap Saridah yang berubah secara mendadak itu perlu juga diberitahu kepada keluarganya sebelum tindakan lanjut diambil. Inilah pegangan Razak sebagai seorang yang berpegang kuat kepada ajaran agama.
Jelaslah apa yang berlaku ke atas Saridah bukan disebabkan dorongan hatinya sendiri. Tetapi ada kuasa lain yang mendorong dia meIakukannya. Kuasa itu ialah kuasa syaitan yang mahu memusnahkan kerukunan rumahtangga mereka berdua setelah lebih enam tahun mereka hidup rukun damai. Setelah dikurniakan seorang anak lelaki Mat Jan berumur 5 tahun. Tentulah pelik, mengapa baru sekarang gangguan itu berlaku.
Apa yang mereka tidak tahu, tatkala inilah Pak Jubin sedang bertarung sengit dengan bajang peliharaan yang disuruh tuannya mengganggu Saridah. Mereka tidak dapat melihat bagaimana Pak Jubin menentang musuh yang tidak kelihatan dari pandangan mata biasa.
Setelah melimparkan bertih ke tengah halaman, Pak Jubin nampak lembaga hitam melayang dari awan mahu menerkamnya. Dengan pantas Pak Jubin meng-hembus ke udara sambil membacakan:
lanarjumana-kum, walayamas-sannakum, minna azabun'alim.
Sekali gus panahan api bertalu-talu menerkam ke arah lembaga hitam yang mengancam Pak Jubin.
Dari awal lagi memang Razak pun tahu, Pak Jubin bukan sekadar menggunakan jampi serapah saja, sebaliknya menggunakan juga doa-doa dari ayat-ayat Quran. Sebab itulah dia dikenali sebagai dukun bukannya seorang guru agama. Tetapi Razak tidaklah mendalami sangat pengajian yang ada dalam dada Pak Jubin itu.
Kalaulah Pak Jubin benarkan dia mengikuti ke tengah halaman, memang Razak ingin juga mengetahui cara-cara Pak Jubin menghadapi musuhnya. Sayangnya, Pak Jubin tidak membenarkan sesiapa pun mengikuti dia. Hanya suara Pak Jubin saja bersorak-sorak dapat mereka dengari seperti menyergah kambing masuk ke kandang.
Lembaga hitam yang melayang dari awan itu bertukar menjadi kepulan asap memutih mahu mengelilingi di kepala Pak Jubin. Tetapi lantas Pak Jubin menghembus ke arah berkepul-kepul itu sambil membaca-kan:
sum mum buk mum umm mumm, faham layarji'un, sum mum buk mum umm mumm, fahum laya'kilun, sum mum buk mum umm mumm, faham layatacialamun, sum mum buk mum umm, mum, fahum layubsirun.
Asap berkepul itu berkecai-kecai meIayang tidak menentu bagaikan ditolak angin kencang dari segenap penjuru.
"Bodoh awak ni Pak Jubin “  suara terketar-ketar bergema dari udara. "Dengan budak kecil pun awak nak tunjuk berani" katanya macam mengejek Pak Jubin. Tetapi suara yang didengar oleh Pak Jubin bergema dari awan itulah didengar oleh Razak, Mat Kidam, Alang Utih Mun, Uda Pah, Usin Biduk dan Leha terkeluar dan mulut: Saridah.
"Kalau dah tau diri kau budak kecil, kenapa kurang ajar dengan orang tua?" jerkah Pak Jubin menengadah ke Iangit.
"Kalau awak berani lawanlah ayah aku   "suara itu terus mencabar Pak Jubin. Suara itu jugalah yang mereka di atas rumah dengar dituturkan oleh Saridah.
"Cakaplah, siapa ayah kau?" soal Pak Jubin menyahut cabaran suara berkenaan.
Tetapi suara itu tidak memberitahu apa-apa. Dia sengaja mahu Pak Jubin meIayani dia bercakap-cakap. Ketika inilah dia menerpa ke arah Pak Jubin bagaikan sebuah bola api. Namun Pak Jubin sudah cukup mempunyai persediaan. Dia membuka dadanya supaya dirempuh oleh bola api tersebut sambil membacakan:
hazihi jahanamu I lati kun-turn tu'adun.
Sekiligus bola api itu jatuh tergolek ke tanah sebaik saja tersentuh dada Pak Jubin. Bola api itu bertukar menjadi seperti buah kundur bergolek-golek di kaki Pak Jubin.
"Kau tak mau cakap siapa tuan kau tak apa" cepat-cepat Pak Jubin menangkap buah kundur yang bergo-lek di kakinya. "Aku akan kurung kau, biar kau tak dapat berjumpa lagi dengan tuan kau .."katanya macam merasakan kepuasan.
Sebaik saja Pak Jubin melangkah ke tangga untuk naik ke rumah, tiba-tiba seorang lelaki memanggilnya dari luar pagar. Tidak jelas kepada Pak Jubin siapakah yang memanggilnya dari luar pagar, kerana malam gelap gelita. Apa lagi terlindung oleh pohon rambai yang tumbuh merimbun di luar pagar.
"Barang permainan kawan, lepaskan Iaaa" ujar orang lelaki itu berpaut pada pintu pagar.
"Kalau awak yang punya, sila Iaaa naik ke rumah. Ambillah sendiri barang permainan awak ..." sahut Pak Jubin mengesat pipinya dengan pangkal lengan.
"Awak tak patut nak beri malu kawan, tengah ramai!" lelaki itu macam mengingatkan dia supaya tidak membawa bola lembik seperti kundur itu naik ke rumah.
"Kawan bukan nak beri malu, tapi nak beritahu yang awak tak berhati perut!" jelas Pak Jubin menggertap bibir. "Apa salah bini Razak, awak buat dia macam tu?' soalnya mendengus ma rah.
"His, dia ambit daun inai kawan, tak minta izin" lelaki itu memberitahu. Dia masih juga tercegat memaut pintu pagar. Bagaimanapun Pak Jubin tidak nampak jelas orang-nya.
"Itu aje salahnya, sampai awak sanggup nak membunuh orang!" kata Pak Jubin mengejek.
"Kawan bukan nak bunuh, kawan nak mengajar aje" sahutnya perlahan. Segala perbualan Pak Jubin dengan lelaki yang tercegat di luar pagar itu dapat mereka yang di atas rumah dengar melalui tutur kata Saridah. Tetapi apa yang disoal oleh Pak Jubin itu mereka tidak tahu. Yang mereka dengar hanya jawapan saja yang dihamburkan dari mulut Saridah.
"Kalau awak nak bermain, marilah bermain dengan kawan!" cabar Pak Jubin lantas turun semula ke tengah halaman. Lelaki itu melimparkan sesuatu ke arah Pak Jubin, menyebabkan Pak Jubin merasa kakinya menjadi berat tidak dapat melangkah. Namun buah kundur Iembik di tangan tidak pun dilepaskannya.
Dia mendengar lelaki itu tertawa mengejek apabila dilihatnya kakinya seolah-olah terlekat pada bumi.
Tetapi ketawa lelaki itu tidak lama. Pak Jubin dapat melepaskan dirinya dari perangkap tersebut. Perlahan-lahan dia membaca:
hasbiallahhi wata-wakkal tuallallahu wahuarabul arsyil' azim.
Terkejut lelaki itu bila dilihatnya Pak Jubin dapat melepaskan diri lantas mara ke arahnya.
Sebelum Pak Jubin dapat mengenali dirinya, dia terus berlari sekeliling rumah untuk meletih-kan Pak Jubin, dengan harapan Pak Jubin akan melepaskan bola lembut seperti buah kundur yang di kepit di bawah ketiaknya. Tetapi Pak Jubin tidak mudah Ietih. Semakin kuat lelaki itu berlari, semakin gagah pula tenaga Pak Jubin mengekorinya.
Memandangkan Pak Jubin tidak juga keletihan, lelaki itu pun bertukar menjadi asap merah meIayang ke udara. Pak Jubin menghembusnya dengan doa:
wahipzam min-kullisyaitanim mar-rid,
berulang kali. Selepas lembaga lelaki itu hilang dalam asap merah, barulah Pak Jubin naik ke rumah. Dia meletakkan bola lembut seperti buah kundur itu di tengah rumah berdekatan dengan tempat perasap. Ketika ini Saridah sudah pun tidur lina dalam keletihan. 
"Apa bendanya tu Pak Jubin?" tanya Alang Jono tidak sabar-sabar.
"Inilah dia “ kata Pak Jubin me-muncungkan bibirnya ke arah buah kundur lembik itu. "Inilah rupanya bajang yang jadi permainan orang tu" lantas dia meminta Utih Mun mengisikan bara ke dalam tempat perasapnya.
Cepat-cepat pula Utih Mun dan Uda Pah ke dapur untuk menghidupkan api. Bara di dapur sudah pun padam semula semasa Pak Jubin turun ke tengah halaman.
Bajang yang ditangkap oleh Pak Jubin kelihatan ber-gerak-gerak seperti benda bernyawa juga. Kulitnya berombak-ombak seperti ubun-ubun budak kecil.
"Nak dibuangkan ke hutan” beritahu Pak Jubin mencapai Iimau yang tersedia di dalam dulang jambar kelengkapan ubat-ubatnya. Mat Kidam terangguk-angguk kepala. Biar-Iah Pak Jubin buat apa saja asalkan Saridah segera sembuh. Dia tidak perlu ambil tahu sangat apa yang hendak dilakukan oleh Pak Jubin terhadap bajang yang sudah merupa di depan matanya.
Itulah pertama kali dia melihat bajang. Sebelumnya memdng Mat Kidam tidak pernah melihatnya. Dia hanya mendengar cerita saja mengenai bajang yang dikatakan sering merengek di tepi belukar kubur semasa hujan turun renyai-renyai di kala senja.
Biasanya bajang muncul beberapa malam saja, selepas itu dia akan menghilang begitu saja. Tidak tahu pula Mat Kidam bajang juga boleh dipelihara seperti orang-orang yang suka memelihara pelesit, polong dan penanggal. Hanya orang-orang yang berhati hitam saja boleh melakukan kerja-kerja memelihara benda-benda seperti ini.
"Datangnya dari budak mati sebelum sempat lahir. Mati bersama emaknya" beritahu Pak Jubin mencepak-cepak bibir menunggu Utih Mun membawakan tempat perasap ber-isi bara merah menyala. "Agaknya, masa di kebumi kan emaknya, tak dijaga rapi. Sebab itu dapat digunakan oleh syaitan” ujarnya macam kesal dengan kejadian yang menimpa Saridah.
Mat Kidam ter-angguk-angguk. Alang Jono juga ter-angguk-angguk.
"Malam ni kita buangkan ke hutan, Razak!" Pak Jubin mendongak merrierhatikan Razak yang terconggok di sisi isterinya. Razak juga mengangguk. Dia sanggup buat apa saja asalkan isterinya pulih semula.
Pak Jubin meng-angkat bajang yang menyerupai buah kundur lembik itu diasap dengan asap kemenyan. Ketika ini rengek bajang melangsing seperti bayi kecil terkejut tidur. Tetapi Saridah tidak lagi bingkas bangun. Dia tidur nyenyak bagaikan terlalu Ietih.
Bajang itu menggeliat-geliat bagaikan pacat di atas permatang apabila diasap oleh Pak Jubin.
"Sekarang aku tak perlu nak tau siapa tuan kau !" Pak Jubin meludahi bajang berkenaan. "Kalau selalunya kau diberi makan darah, malam ni aku beri kau makan air limau" lantas diren-damkannya bajang itu ke dalam pasu yang sudah disediakan airnya dengan limau terbelah berapungan.
Rengek bayi kecil semakin Iangsing menyayukan. Ketika ini kelihatan asap keluar dari pasu seperti puntung api disirarni air. Pak Jubin terus terkumat kamit mulut, semasa bajang itu direndam ke dalam pasunya.
Ketika ini Pak Jubin dapat melihat semula lembaga lelaki yang menunggunya di pintu pagar. Dia dapat melihat dengan jelas muka lelaki berkenaan. Tetapi Pak Jubin tidaklah berani menuduh, kerana mungkin juga tipu daya syaitan. Dia macam tidak percaya dengan lelaki yang dilihatnya berdiri di depannya seolah-olah mengancam dia.
"Kau rupanya .." ujar Pak Jubin mencemik.
"Iya " sahut lelaki itu marah. "Nampaknya kau berdegil juga nak musnahkan barang mainan aku" gerutu lelaki itu menyimpan dendam.
Belum sempat Pak Jubin mem-balas kata-katanya lelaki itu berputar kuat menjadi asap hitam menyelubungi seluruh badan Pak Jubin. Bau tengit -asap berkenaan melemaskan Pak Jubin, sehingga dirasakan sendi-sendinya menjadi Iemah. Dia mendengar dengan jelas ketawa lelaki itu mengejek-ngejeknya.
"Kau takkan dapat lepas dari aku, Jubin!" lelaki itu memberi amaran.
"Kalau kau jual, aku tetap membeli" sahut Pak Jubin menggertap bibir.
Pak Jubin memejamkan matanya rapat-rapat lantas membacakan Ayatul Kursi 113 kali. Ketika ini dia nampak lembaga lelaki itu berligar-ligar mencari tempat berlindung bila seluruh kawasan tempat dia berpijak bergegar bagaikan di langgar gempa. Lembaga lelaki itu meluru ke kiri ke kanan tidak tentu haluan.
"Ketawalah lagi " ejek PakJubin pula. "Kau jangan. ganggu aku. Aku dah tau siapa kau. Dan aku tak akan pulangkan balik barang permainan kau " gerutunya sambiI mengeluh pendek.
Pak Jubin menggeleng-geleng kepala memerhati bajang yang terendam di dalam pasu.
"Kenapa Pak Jubin?" tanya Razak keheranan.
"Emmm, tak sangka tak sangka dia" ujar Pak Jubin perlahan.
"Siapa?" Alang Jono pula mendesak.
Pak Jubin menggeleng kepala. Kelihatan airmata tergenang di pelupuk matanya. Alang Jono tidak jadi untuk bertanya lagi. Kemudian Pak Jubin mengeluarkan bajang yang menyerupai bush kundur itu diletakkan di dalam kain hitam yang memang disediakannya sejak dari rumah lagi. Dia mencapai empat bucu kain itu lalu dibungkusnya bajang berkenaan. Kemudian perlahan-lahan dia bersuara:
tebu jentang tebu jenting, marl condong melompat, melompat tiga pen-juru, melompat engkau ke batu putih, kain putih baju kau putih, melompat kau ke batu hitam, kain hitam baju kau hitam, melompat kau ke batu merah, kain merah baju kau merah...
Selesai saja dia membacakan serapahnya, lantas dia memandang ke arah Razak. "Hah, sekarang, kita pergi Razak. Kita buangkan ke hutan” ujarnya lantas bangun melangkah turun ke tanah. Razak menurut saja dengan tidak membantah.