Sunday, June 4, 2017

231. BOTOL MELOMPAT DARI BALIK PINTU



Perjalanan saya ke beberapa tempat seperti di Tanjung Karang, Temerloh, Endau, Pelangai disebab kan menemui teman-teman Tok Aji. Saya menemui mereka yang menjadi teman-teman Tok Aji supaya hubungan persahabatan mereka tidak terputus, sekalipun Tok Aji sudah lama meninggal dunia. Kadangkala mereka semua menganggap Tok Aji itu sebagai guru mereka.

Saya sering ke Lancang di Temerloh semasa arwah Ulung Bahar masih hidup. Tetapi selepas beliau meninggal dunia, memang jaranglah saya ke sana. Pernah juga Jamlus yang ada hubungan bau-bau bacang dengan Ulung Bahar mengajak saya ke kampungnya, tetapi masih belum dapat saya penuhi maksudnya itu.

Antara teman-teman Tok Aji yang saya temui ini akan perkenal kan saya dengan teman-teman mereka pula, dan memesankan supaya saya mengunjungi teman-temannya itu sekiranya ada masa keIapangan. Sepertimana Ulung Bahar memesankan supaya saya ke Serting menemui Lebai Kidam yang dikenalinya, dan Lebai Kidam pula menyuruh saya mengunjungi seorang lagi sahabatnya di Bukit Kelulut, Pak Hid.

Dengan perhubungan demikianlah yang membanyakkan Iagi perjalanan saya, di samping saya sendiri memang gemar menemui orang-orang tua demikian. Tetapi sejak Kadir Misai sudah berpindah ke Melaka, saya jarang dapat berjalan menemui orang tua-tua ini, disebabkan biasanya dia yang kuat mengajak saya.

Bagaimanapun Kadir Misai datang juga sekali sekala mengunjungi saya. Demikianlah satu ketika dia datang ke rumah saya lantas mengajak ke Sabak Bernam menemui seorang saudaranya. Katanya, saudaranya itu seperti kebingungan, setiap hari duduk melangut di tangga tidak tahu mahu melakukan kerja-kerja sendiri seperti mandi, bertukar pakaian dan sebagainya. Setelah disuruh oleh emak atau ayahnya barulah dia melakukannya.

"Nak buat macam mana?" tanya saya apabila Kadir Misai berkuat mengajak saya ke Sabak Bernam.

"Hah, sajalah kita ke sana. Memang dia orang di sana dah cari bomoh" jelas Kadir Misai menaruh harapan agar saya mengikutnya ke Sabak Bernam. "Saya sengaja nak ajak ustaz temankan saya ke sana" katanya penuh makna.

Saya dapat mengagak maksud Kadir Misai mengajak saya ke sana, kerana dia tahu saya akan banyak bersoal jawab kalau dikatakan fasal saudaranya yang sakit. Tetapi saya bukanlah mahu mengelak, sekadar mahu tahu apakah penyakit saudaranya itu. Lagi pun saya datang bukanIah untuk mengubati budak berkenaan.

Semasa saya ke Serting bersama Kadir Misai satu ketika dulu, memang kami telah mengalami kejadian yang tidak disangka-sangka tatkala mencari rumah Lebai Kidam. Kisah terserempak dengan surau kepunyaan Kiyai Jumadi yang sudah meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya, masih segar dalam ingatan dia. Kadir Misai tetap mengulangi cerita berkenaan kalau dia bertemu dengan saya.

"Ustaz tak pernah jumpa lagi Mat Suris?" tanya Kadir Misai bila saya masuk ke kereta-nya.

"Mat Suris mana?" saya cuba mengingatkan semula nama tersebut.

 "Mat Suris di Kuala Pilah..." katanya mula menghidupkan enjin kereta.

Saya mengangguk. Memang saya ingat Mat Suris yang disebutkannya. Dia jugalah yang memperkenalkan saya dengan Mat Suris. Kadir Misai hanya memberitahu saya Mat Suris itu dari Kuala Pilah, tetapi saya hanya dua kali saja bertemu dengannya. Pertama kali, sewaktu isteri Kadir Misai sakit apabila senja dia mula takut-takut dan seluruh badannya sengal-sengal, menyebabkan dia memanggil Mat Suris. Ketika ini saya juga datang menziarahi isteri Kadir Misai, jadi di situlah saya bertemu dengan Mat Suris.

Selepas itu apabila Kadir Misai diminta oleh ketua pejabatnya mencarikan bomoh bagi mengubati isterinya yang mengidap sakit lutut dan bahagian tulang belakangnya. Kadir Misai telah membawakan Mat Suris. Saya pula ikut sama datang dengan Kadir Misai, setelah diberitahu oleh Kadir Misai mengenai Mat Suris akan datang mengubati isteri ketua pejabatnya itu.

"Tak pernah Iagi saya jumpa dia" jelas saya perlahan.

"Dialah yang saya nak jemput ke Sabak Bernam ni" ujar Kadir Misai tersengih-sengih. "Dia pun memang ingin nak jumpa ustaz" dia menambah, lantas memberitahu akan ke Kajang terlebih dulu kerana mahu mengambil Mat Suris.

Mat Suris yang dikatakan oleh Kadir Misai itu pun belumlah tua sangat. Umurnya pun belum menjangkau 50 tahun lagi. Tetapi dia pernah menceritakan kepada saya mengenai seorang ulama di tempatnya yang telah lama meninggal dunia, tetapi pernah ditemui oleh beberapa orang tertentu seperti yang pernah saya alami tatkala menemui Kiyai Jumadi.

Kata Mat Suris orang orang sekitar Kuala Pilah memang tahu sangat mengenai cerita ulama berkenaan yang mereka kenali sebagai Tuan Tulis saja. Sebenarnya saya tidak pernah memberitahu Mat Suris mengenai kejadian yang saya alami bertemu Kiyai Jumadi sewaktu dalam perjalanan ke rumah Lebai Kidam di Serting. Tetapi dia memberitahu saya mengenai cerita Tuan Tulis itu, yang pernah muncul beberapa kali mengubati orang yang sedang sakit tenat.

"Tuan Tulis tu seorang guru agama sewaktu hayatnya" ujar Mat Suris sewaktu mula mula bertemu saya dulu. "Tak taulah sama ada ustaz percaya atau tidak..." katanya ragu-ragu kalau saya menafikan cerita tersebut.

Dia memberitahu mengenai emak saudara nya yang mengikut suaminya berkerja di Kluang, Johor tiba-tiba jatuh sakit. Puas berubat di Kluang, tetapi sakitnya semakin bertambah. Pada mulanya dia mengadu sakit kepala saja, kemudian melarat hingga sakit dalam perut. Apabila dibawa ke hospital ternyata Jeton tidak didapati mengidap sebarang penyakit.

Terpaksalah Talip Pagan membawa isterinya berubat balik ke kampung di Kuala Pilah. Sebaik saja dibawa balik ke kampung bomoh yang mengubati Jeton hanya tersenyum. Katanya, "Buat apa diubat. Jeton ni diasuh oleh Tuan Tulis, biarkanlah..."

Cuma bomoh itu memberikan beberapa petua yang harus dilakukan kepada Jeton. Selepas mengikuti tunjuk ajar bomoh berkenaan, Jeton pun sembuh dari sakitnya. Sejak itu dia boleh mengubati siapa saja yang mengadu mengidap penyakit.

"Tetapi kalau tanya Jeton, dia tak tau macam mana dia boleh mengubat orang" beritahu Mat Suris selanjutnya.

Sebenarnya Jeton mempunyai tali kekeluargaan dengan Tuan Tulis itu, seperti Mat Suris juga. Tetapi kata Mat Suris dia memang belajar agama melalui sekolah pondok kepunyaan Tuan Tulis. Tidaklah seperti Jeton, walaupun dia belajar agama tetapi bukanlah melalui sekolah pondok Tuan Tulis.

Disebabkan Jeton itu pangkat nenek saudara kepada Mat Suris, kadangkala dia datang juga ke rumah Jeton mahu mempelajari mengenai cara-cara pengubatan. Sayangnya, Jeton tidak dapat mengajarkannya kepada Mat Suris, kerana dia hanya menyedari dirinya masuk ke dalam jubah seorang lelaki yang mendakwa dirinya Tuan Tulis. Ketika ini hanya Tuan Tulis yang melakukan segalanya walaupun pada zahirnya orang melihat Jeton yang bertindak.

Beberapa tahun selepas Jeton mula dikenali orang tahu mengubati penyakit, dia telah didatangi oleh satu keluarga dari Lubuk China di Melaka, kerana ayahnya Itam Sonel mengidap sakit mata hingga biji matanya seakan-akan tersembul keluar. Memang Jeton tidak akan pergi ke rumah pesakit yang menjemputnya kerana dia mengaku tidak tahu mengubati orang. Tetapi apabila pesakit berkenaan datang sendiri ke rumahnya, maka Jeton segera menjemput Bomoh Libut yang pernah mengubatinya ketika sakit.

Setelah Bomoh Libut ini memulakan upacara melangir Jeton, maka keadaan Jeton akan berubah. Mukanya berseri-seri dan rambutnya menjadi bersinar bagaikan ditumbuhi uban berkilat. Gerak badannya juga terlenggok-Ienggok seperti orang sedang berzikir.

Suara Jeton juga berubah menjadi serak-serak tetapi lembut bersahaja.

"Ada apa,” soal Jeton melenggok-lenggokkan kepalanya sambii menunduk.

"Inilah Tuan, orang ni dari jauh dari Lubuk China, minta tengok-tengokkan sakitnya" cepat-cepat Bomoh Libut menyahut.

"Sakit pergilah berubat..." kata Jeton dalam suara serak-seraknya.

Mat Suris yang masih belajar dengan beberapa orang bomoh termasuk Bomoh Libut ini, segera merapati Jeton. Dia mendapati bau badan Jeton wangi, tetapi tidak seperti bau minyak atar. Bau wangi itu memang tidak pernah diciumnya selama ini, bagaimanapun mereka yang mendekati Jeton memang tercium bau wangi berkenaan.

Mereka tahu selepas Jeton sedar semula bau wangi itu tidak akan dapat lagi dihidu.

Tujuan Mat Suris mendekati Jeton kerana mahu mempastikan apakah sebenarnya yang dialami oleh Jeton. Bagaimanapun dia tidak mendapat apa-apa pun yang diinginkannya kecuali terhidu bau wangi yang aneh itu.

"Dah puas berubat, Tuan" beritahu Bomoh Libut.

"Berubat macam mana?" soal Jeton terbatuk-batuk menunduk. Sepanjang masa dia memang tidak akan mengangkat mukanya semasa dalam keadaan demikian. Tetapi orang ramai dapat melihat wajahnya yang berseri-seri serta rambutnya yang bersinar berkilauan putih seolah-olah ditumbuhi uban.

"Dah berubat sampai ke hospital di Kuala Lumpur" jelas Bomoh Libut mengerling Itam Sonel yang bengkak bahagian matanya yang sakit itu.

Mata yang bengkak itu mengening-ngening kemerahan, sedangkan biji matanya seolah-olah tersembul keluar. Kadangkala Itam Sonel mengerang-ngerang juga kesakitan, tetapi  selalunya dia tidak merasa sakit apa-apa. Hanya apabila mahu tidur sebelah malam baru dia merasa kesakitan hingga terjerit-jerit menahan bisa kesakitan itu.

"Apa kata hospital?' Jeton menyoal lagi. "Barah..." sahut Sijol anak !tam Sonel cepat-cepat.

Jeton mengangkat kepala sedikit seolah-olah mengerling ke arah Sijol yang memberitahu mengenai ayahnya diserang barah di mata itu.

"Mengapa tak diubat nya kalau dah tahu penyakitnya?" tanya Jeton mencebik bibir. "Kami bawa balik, fasal hospital nak potong" beritahu Sijol perlahan.

Jeton terangguk-angguk. Dia memberi isyarat kepada Bomoh Libut supaya mengambilkah air dibubuh di dalam pasu. Bomoh Libut meminta beberapa orang perempuan yang ada di dapur menyediakan air sejuk di dalam pasu kecil. Air tersebut diserahkan ke hadapan Jeton. Talip Pagan suami Jeton juga turut sama membantu kalau orang-orang sakit datang dibawa berjumpa dengan Jeton.

Talip Pagan sendiri menolakkan pasu berisi air itu ke hadapan Jeton. Pasu air diketuk-ketuk oleh Jeton beberapa kali. Kemudian dia menolakkan ke hadapan Bomoh Libut. Terkejut Bomoh Libut melihat air di dalam pasu menggelegak serta berasap. Belum pernah dia melihat kejadian seperti itu sepanjang dia membantu Jeton mengubati pesakit.

"Apa bendanya ni, Tuan?" Bomoh Libut tercengang melihat air menggelegak di dalam pasu.

"Hai, kepandaian orang..." sahut Jeton mencepak-cepak bibir mengerling air di dalam pasu. Mereka semua yang datang melihat Jeton mengubati pesakit itu semuanya berasak-asak mahu melihat air di dalam pasu yang menggelegak tiba-tiba saja. Asap juga keluar menebal dari mulut pasu seolah-olah ianya hangat mendidih.

"Cubalah tengok" Jeton macam memberi perintah kepada Bomoh Libut.

Orang tua itu menjadi serba salah apabila disuruh seluk dengan tangan ke dalam pasu. Bimbang juga dia melihat air di dalam pasu hangat menggelegak itu.

"Ah, seluklah...macam tak biasa pula" ujar Jeton macam mengejek Bomoh Libut. Mahu tidak mahu terpaksalah Bomoh Libut menyeluk ke dalam pasu. Pada mulanya dia merasa gementar juga mahu menyeluk ke dalam pasu, tetapi sebaik saja jarinya tercecah ke air, Bomoh. Libut menjadi berani. Dia meraba-raba ke dasar pasu, walaupun airnya panas mendidih. Puas dia meraba-raba tetapi tidak ada apa yang ditemui kecuali air nya saja mendidih mengeluarkan asap menebal.

"Tak ada apa-apa pun tuan" beritahu Bomoh Libut hampa.

Jeton tidak menyahut. Tubuhnya melenggok-lenggok seperti sedang berzikir, tetapi tidak kedengaran apa-apa pun terluah dari mulutnya. Bila Jeton mulai diam, semua orang yang ada di atas rumah itu juga dikehendaki diam. Memang mereka sudah memahami keadaan ini bila setiap kali Jeton mengubati pesakit. Mereka sudah diberitahu Iebih awal oleh Bomoh Libut atau Talip Pagan, supaya jangan bercakap-cakap semasa Jeton mula mengubati orahg.

Sekaligus Iantai berdentam ditampar oleh Jeton tiga kali, menyebabkan beberapa orang perempuan yang sama menyaksikan terkejut hingga terlatah-Iatah. Terpaksa pula Talip Pagan mententeramkan mereka supaya tidak mengganggu Jeton.

"Macam-macam kepandaian orang..." rungut Jeton menggeleng-geleng kepada.

Dari Sijol memang Mat Suris sudah mendengar cerita mengenai tindakan ayahnya yang menjadi kerani telah menukarkan mandornya seorang India. Mandornya telah memberitahu kawan-kawannya bahawa dia akan bertindak juga terhadap kerani pejabat iaitu Itam Sonel. Kawan-kawannya hanya mentertawakan saja mandor berkenaan, kerana tubuhnya yang kecil itu tidak akan mampu menentang Itam Sonel yang bertubuh besar.

Setepas dua tahun ancaman yang dikatakan dari mandor itu barulah Itam Sonel rnengalami sakit mata tersebut. Pada mulanya dia merasakan sakit mata itu biasa saja, dan tidak terlintas langsung di hatinya mengenai ancaman dari mandor berkenaan. Apalagi selepas kejadian dia menukarkan mandor berbangsa India itu, hubungan mereka kembali mesra kerana mandor itu menyedari akan kesalahannya.

Mandor itu juga berjaya dapat memohon ditukarkan semula ke tempat Itam Sonel bertugas. Sejak itu mereka kembali menjadi rakan baik. Sebaik saja Itam Sonel diserang sakit mata, pernah juga mandor berbangsa India itu datang menziarahinya di hospital. Dua tiga kali dia datang melawat dengan membawa buah tangan berupa buah-buahan limau, epal dan mangga, satu hari dia memberitahu Itam Sonel bahawa dia akan berpindah ke daerahnya sendiri.

Dia memberitahu gajinya kecil, eloklah berkhidmat di daerahnya saja. Malah Itam Sonel sendiri menyokong permohonannya untuk bertukar itu. Tetapi semakin hari semakin bertambah sakit mata yang dihidapi Item Sonel. Hinggalah dia tahu dia mengidap sakit matanya itu, terpaksalah dia berhenti kerja dan balik semula ke kam-pungnya di Lubuk China. Sejak itu meratalah dia berubat di mana saja didengarnya acta bomoh yang terkenal.

"Saya syak memang mandor India tu punya kerja..." Sijol menggertap bibir bila kenangkan ayahnya mengidap sakit tersebut atas perbuatan orang membalas dendam.

"Jangan cakap macam tu..." Talip Pagan membantah. "Kita tak tau siapa punya kerja, cuma kita tahu memang disebabkan kepandaian orang" katanya mengingatkan Sijol supaya tidak bercakap mengikut perasaan.

Beberapa ketika Jeton menunduk selepas menampar lantai tiga kali tadi, mereka nampak air di dalam pasu bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Dari dasar pasu itu terapung-apung segumpal rambut mengombak-ngombak di tengah air menggelegak.

"Jangan pegang dengan tangan", cepat-cepat Jeton menegah sebaik saja Bomoh Libut mahu mencapai rambut yang mengombak-ngombak di tengah air menggelegak di dalam pasu.

Bomoh Libut memberi isyarat kepada Mat Suris supaya mengambil sudit kayu di dapur bagi mengeluarkan gumpalan rambut tersebut dari pasu. Mat Surfs bingkas bangun mencari sudit kayu ke dapur, tetapi tidak ditemuinya. Lantas dibawanya kayu api dari bawah dapur. Dengan kayu api itulah Bomoh Libut menguis gumpalan rambut itu keluar dari pasu, dibubuhnya ke dalam dulang.

Gumpalan rambut itu kelihatan bercampur darah. Ketika ini Itam Sonel tidak kelihatan apa-apa perubahan pada dirinya. Dia hanya terbaring saja tidak merasakan apa-apa pada dirinya. Ketika gumpalan rambut bercampur darah itu dikeluarkan dari pasu berisi air mendidih, dia ikut sama bangun duduk untuk melihatnya.

Orang-orang yang melihatnya menggeleng kepala, kerana apa yang dilihatnya itu bukanlah permainan silap mata. Mereka melihat silauan cahaya di kepala Jeton, menghidu bau wangi bukannya seperti minyak atar, dan di hujung jari Jeton seolah-olah keluar asap semasa gumpalan rambut terapung mengombak-ngombak di air dalam pasu.

"Ada lagi yang tak sampai ni..." kata Jeton sebaik saja gumpalan rambut itu dikeluarkan oleh Bomoh Libut dari dalam pasu. Selepas gumpalan rambut itu dikeluarkan, air di dalam pasu tidak lagi mendidih. Tidak juga kemerah-merahan seperti bercampur darah. Malah asap yang kelihatan menebal berwap-wap keluar dari air mendidih tidak juga kelihatan langsung.

Tetapi mereka semua hanya mengeluh pendek saja. Mereka hanya melihat dan menunggu saja apa yang akan dilakukan oleh Jeton.

"Bawa yang sakit tu ke marl" Jeton menggamit ke arah Itam Sonel yang terbaring di tengah serambi. Itam Sonel bangun dipapah oleh anaknya Sijol merapati Jeton.

Perlahan-lahan dia meraba ke arah mata Itam Sonel dengan tidak memandang lelaki berkenaan. Jarinya mengusap bahagian bawah pelupuk mata Itam Sonel, kemudian menarik keluar macam merentap-rentap sesuatu dari pelupuk mata tersebut.

Itam Sonel hanya mendiamkan diri kerana dia tidak merasa apa-apa pun kesakitan.

"Ingatlah amal ibadat..." katanya semasa jarinya mengusap-ngusap di bawah pelupuk Itam Sonel. "Ikutlah apa yang saya sebut" ujarnya macam memberi perintah.

Itam Sonel mengangguk. Dia sanggup buat apa saja asal penyakitnya sembuh. Apalah sangat kalau sekadar mengikut apa yang disebut oleh Jeton. Bukannya perkara yang susah sangat.

Suara Jeton yang serak-serak menyuruh Itam Sonel memulakan dengan astaghafar, diikuti dengan 'aa-suzubil-lah, bismillah, kalimat syahadat, salawat dan tasbih. Mudah saja Itam Sonel mengikut apa yang disebut oleh Jeton dengan lancar. Fasal agama memang Itam Sonel mengetahui serba sedikit, apatah lagi wirid atau pun doa selepas sembahyang.

Sebab itulah mengherankan dia, mengapa kalau dia sentiasa berdoa dan berwirid setiap kali sesudah sembahyang, bagaimanakah masih boleh diganggu syaitan. Memang Itam Sonel tidak percaya penyakit yang dihidapnya adalah berpunca dari perbuatan orang yang sakit hati kepadanya dengan menggunakan ilmu sihir. Masakan ilmu sihir boleh menembusi dirinya kalau setiap lepas sembahyang dia sentiasa wirid dan berdoa panjang.

Syaitan tidak akan hampir apabila ayat-ayat Quran bergema dibacakan. Tetapi mungkin Itam Sonel tdak menyedari, ada waktunya dia terlalai juga, maka dikala terlalai ini syaitan masuk menganggu.

Kemudian Jeton terus membacakan ayat ayat Quran dari Surat Al-Bagarah 255, 256 dan 257, kemudiannya disambung pula kepada ayat 284, 285 dan 286. Itam Sonel sudah tidak dapat lagi mengikut ayat-ayat yang dibacakan oleh Jeton.

Sedangkan Jeton sendiri kalau dalam keadaan biasa tidak akan dapat membaca ayat-ayat berkenaan dengan hafal. Tetapi apabila dia dalam keadaan demikian, memang Talip Pagan sendiri heran dengan kebolehan isterinya itu. Dari manakah dia boleh menghafal ayat-ayat Quran berkenaan, memang sukar hendak dijawab oleh Talip Pagan.

Terkumat kamit mulut itam Sonel mahu mengikut ayat-ayat Quran yang dibacakan dengan lancar oleh Jeton itu, tetapi sebenarnya dia sudah tidak dapat lagi mengikutnya. Jeton terus membacakan pula Surat As-Saffa, Surat Ar-Rahman dan ayat 22, 23 dan 24 dari Surat Al-Hasyar. Ketika ini Itam Sonel merasakan satu tusukan sejuk ke dalam biji matanya yang membengkak hingga keadaannya seolah-olah tersembul keluar.

Selepas habis membacakan ayat-ayat berkenaan, Jeton terhenti sebentar memerhati ke dalam pasu. Air di dalam pasu sudah jernih semula dan tidak lagi menggelegak atau berwap mengeluarkan asap berkepul. Sekali sekala dia memerhati Bomoh Libut yang kelihatan agak letih sepanjang Jeton melakukan perubatan.

"Ada lagi ni, susah sangat nak ambil..." Jeton memberitahu sambil terbatuk-batuk.

"Jauh ke letak barangnya Tok?" Mat Suris tidak sabar hendak mengetahuinya.

"Barang apa pula ni...!" rungut Jeton macam tidak menyukai Mat Suris bertanya demikian.

"Jangan, menuduh yang bukan-bukan. Tengok dulu..." katanya berpaling ke arah Mat Suris. Ketika ini Mat Suris mengambil kesempatan mengerling muka Jeton. Sebaik matanya bertembung, Mat Suris menjadi gementar kerana yang dapat dilihatnya bukanIah Jeton, tetapi seorang lelaki berjubah putih yang bersih

Mat Suris Iangsung tertunduk tidak berani lagi mengangkat mukanya mengerling ke arah Jeton.

“Yang duduk dekat pintu, jauh sikit..." Jeton menudingkan jarinya ke arah pintu, tetapi tetap tidak mengangkat mukanya.

Belum pun sempat mereka yang duduk berhampiran pintu berinsut sedikit, mereka melihat satu barang melompat dari balik pintu. Rupa-rupanya sebuah botol kecil terpelanting dari sebalik pintu itu ke tengah serambi. Botol berkenaan betul-betul jatuh di depan Bomoh Libut.

Setelah dibuka botol itu didapati di dalam nya serbuk kaca, segumpal rambut dan jarum masih dibasahi oleh darah. Selepas botol berisi barang-barang itu ditemui, barulah Jeton kembali pulih seperti biasa. Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya telah berlaku sepanjang mereka berubat.

Kira-kira tiga bulan selepas itu barulah mata ltam Sonel beransur baik, tetapi penglihatan nya tetap kabur. Hanya bengkaknya saja yang susut, di samping biji mata yang seakan-akan tersembul itu pulih semula kedudukannya. Dia juga tidaklah mengalami kesakitan lagi seperti ditusuk-tusuk benda tajam bila malam menjelang.

Bagaimanapun Itam Sonel merasa sakit hati juga dengan nasib yang menimpanya itu. Dia sendiri melakukan sembahyang hajat di samping membaca Yassin dengan harapan orang yang menganiayanya itu menerima balasan.

Selama 100 malam dia melakukannya dengan tekun, tiba-tiba dia mendengar khabar mengenai mandor India yang pernah mengancamnya itu dijumpa mati tergantung pada sebatang pokok ceri di depan rumahnya. Manakala !tam Sonel pula, matanya yang sebelah lagi tiba-tiba menjadi kabur. Akhirnya kedua belah matanya langsung tidak dapat melihat lagi.

"Saya takut kalau ustaz tak percaya cerita saya ni" kata Mat Suris tersengih-sengih, kerana saya hanya mengangguk-ngangguk saja sepanjang dia bercerita.

Sewaktu kereta Kadir Misai hampir sampai ke Kajang, entah macam mana tayarnya tiba tiba pamcet menyebabkan kereta itu terbabas dan berpusing dua kali. Mujurlah keretanya tidak terbalik. Terpaksa pula dia menukar tayar keretanya terlebih dulu.

"Jangan pandu laju-laju sangat..." saya mengingatkan dia bercampur cemas dengan kejadian tersebut.