Monday, July 9, 2018

285. KAHWIN DENGAN HARIMAU HITAM


HAMPA juga Haji Lah tidak dapat rnenemui saya, apabila dia dan keluarganya datang bersama Kadir Misai. Sengaja Kadir Misai tidak menelefon kerana menjangka saya tidak akan ke mana-mana. Kebetulan pula saya ke Bukit Tinggi, apabila diberitahu Mamak Bandaro sakit kuat.
Sudah lebih lima bulan Mama Bandaro tidak datang ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba sahaja saya menerima telefon dalipada Agoes memberitahu Mamak Bandaro sakit. Mereka tidaklah mendesak saya datang menziarahi, tetapi sekadar memberi perkhabaran sahaja.
Dua hari selepas kami bertolak ke Bukit Tinggi inilah Haji Lah datang kerumah. Cikgu Mizah dan Hajah Saerah juga datang bersama. Tetapi mereka bukanlah bertujuan mahu ke rumah saya. Kebetulan sudah sampai di Kuala Lumpur menghantar Cikgu Mizah membuat pemeriksaan doktor pakar, Haji Lah meminta Kadir Misai membawanya ke rumah saya.
"Ustaz ke Bakit Tinggi," beritahu isteri saya sambil mempelawa tetamu masuk.
"Lamakah dia ke sana?" soal Haji Lah. "Katanya seminggu, tapi tak tahulah kalau lama pula..." ujar isteri saya.
Daripada Haji Lah jugalah isteri saya diberitahu mengenai Lebai Usuh yang datang mengubati Cikgu Mizah bersama saya. Sudah berkali-kali dia singgah di Paya Bungor untuk menemui Lebai Usuh, tetapi tidak juga bersua pondoknya.
Dengan Kadir Misai juga dia singgah di kawasan yang. ditemui itu, tetapi Haji Lah masih tidak berpuas hati. Lebai Usuh tidak ditemui. Tidak ada pondok buruk dikelilingi kebun ubi kayu yang subur menghijau. Semuanya kawasan belukar yang dipenuhi anak-anak pokok keduduk meliar.
Sebab itulah Haji Lah ingin sangat bertemu saya untuk rnengetahui keadaan sebenarnya Lebai Usuh yang mengubati anaknya Cikgu Mizah. Setelah diubati Lebai Usuh, tidak pernah lagi Cikgu Mizah mengadu kepalanya berdenyut-denyut kesakitan. Dalam sebulan memang dua tiga kali dia menderita kesakitan di kepala. Hingga tiga empat hari pula terlantar tidak dapat ke sekolah.
Sebaik sahaja balik dari Bukit Tinggi isteri saya memberitahu mengenai kedatangan Haji Lah bersama keluarganya.
"Katanya, dia nak tahu tentang Lebai Usuh," kata isteri saya semasa menghidangkan buah salak yang dibawa dari Bukit Tinggi. Memang Fitriati anak Mamak Bandana bekalkan sekarung buah salak untuk isteri saya.
  "Buat apa nak tahu tentang Lebai Usuh," ujar saya perlahan sambil menyandarkan belakang kukuh-kukuh ke kusyin. "Kalau Cikgu Mizah dah sihat, syukurlah," kesal juga saya dengan sikap Haji Lah yang bersusah payah mahu mengetahui tentang diri Lebai Usuh itu,
"Dia terkilan kalau tak dapat bertemu lagi dengan Lebai Usuh," beritahu isteri saya selanjutnya.
Saya menggeleng lemah dengan penjelasan isteri saya. Kenapa Haji Lah mahu mencari Lebai Usuh? Sepatutnya dia bersyukur setelah anaknya Cikgu Mizah semakin beransur sembuh Perkara mahu mencari Lebai Usuh tidak perlu lagi.
Dia sendiri memberitahu isteri saya, mengenai penyakit Cikgu Mizah sudah banyak berubah.
Setelah dibawa menemui pakar pun, tidak ada tanda-tanda Cikgu Mizah diganggu barah otak Kalau penyakit sudah beransur sembuh, tidak perlulah bersusah payah mahu mencari Lebai Usuh.
Bersungguh-sungguh sangat Haji Lah mendesak anak saudaranya Kadir Misai supaya temukan dia dengan Lebai Usuh di Paya Bungor itu. Dia sudah bernazar mahu bersedekah kepada orang tua berkenaan. Tetapi semasa Lebai Usuh mengubati Cikgu Mizah dia sudah mengingatkan tidak mahu menerima apa-apa sedekah. Kalau Haji Lah berhajat benar, memadailah menghantarkan setandan pisang ke masjid pada hari Jumaat.
Memang Haji Lah pada mulanya tidak percaya sangat dengan orang tua itu, sebaik sahaja Lebai Usuh naik ke rumah. Apalagi Lebai Usuh tidak meminta izin pun sewaktu mahu memegang kepala Cikgu Mizah. Kemudian dia menggenggam udara kuat-kuat dan merentapnya sekaligus seperti mencabut ubi kayu terbenam di bumi.
Beberapa kali dia terkejut apabila Cikgu Mizah berkerut dahi menahan kesakitan. Sama juga macam Wak Kimar yang mengalinkan telur ke kepala Cikgu Mizah menyebabkan, perempuan itu menggeliat-geliat kesakitan. Apabila telur dipecahkan ke piring tiba-tiba sahaja melambak jarum berkarat dan segumpal rambut.
Hanya seminggu sahaja Cikgu Mizah tidak menderita sakit berdenyut-denyut. Apabila sakit kepalanya menyerang, Cikgu Mizah akan terjerit-jerit kesakitan hingga tidak sedar diri. Sudah beberapa kali pula mahu dibedah, tetapi doktor belum dapat menyakinkan sama ada penyakit tersebut benar-benar barah otak.
Tetapi Lebai Usuh sekadar menyentap-nyentap udara. Tidak cecah pun tangannya ke kulit kepala Cikgu Mizah. Semasa menyelukkan tangannya ke dalam tempurung kepala Cikgu Mizah itu sahaja dia memegang kuat sedikit.
Sebulan selepas itu, Cikgu Mizah tidak lagi menderita kesakitan. Badannya juga terasa sedar dengan fikiran tidak lagi buntu. Sebab itulah doktor pakar mahu teruskan rawatan bagi menentukan penyakit sebenarnya. Memang doktor tidak boleh berpuas hati, .kalau sekadar penyakitnya tidak boleh dikesan.
"Tugas Lebai Usuh dah selesai, sekarang tugas doktor pula," kata saya tidak mahu melayani lagi tutur isteri saya.
Cikgu Mizah masih memerlukan rawatan di hospital. Manalah tahu penyakit berkenaan sembuh untuk sementara sahaja. Lebai Usuh mungkin berusaha untuk mengurangkan kesakitan yang dihidapi oleh Cikgu Mizah. Perkara untuk baik sembuh betul-betul, mestilah mendapatkan rawatan yang lebih sempurna.
Memang seringkali saya ingatkan demikian kepada sesiapa sahaja pernah menemui saya. Malah kalau Haji Lah menemui saya pun, akan saya ingatkan dia. Doa hanya sekadar ikhtiar sahaja. Mungkin dengan doa itu juga membolehkan pihak hospital menemui ubat sebenar untuk penyakit yang dihidapi. Bergantung semata-mata kepada doa juga tidak boleh diamalkan.
"Penyakit mamak tidak sembuh kalau sekadar doa, ustaz," Mamak Bandaro bersuara perlahan apa-bila saya sampai di rumahnya. Dia Baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat sakit dalam perut. "Tapi, mamak perlukan doa ustaz supaya penyakit ini lekas sembuh," katanya masih kelihatan lemah.
Sebelum saya sampai ke Bukit Tinggi, Mamak Bandaro sudah pun menjalani pembedahan. Agoes bersetuju bapa mertuanya itu dibedah, apabila pihak hospital membuat cadangan.
Ketika Agoes mengambil saya di lapangan terbang, dia memberitahu Mamak Bandaro sudah dibenarkan balik ke rumah. Tidak perlulah saya menziarahnya di hospital lagi. Tetapi dia tetap tersenyum bangga, sekalipun tubuhnya masih lemah sewaktu menyambut kedatangan saya.
"Sudah tua, memang banyak penyakit..." ujarnya tersengih-sengih menatap muka saya.
"Kalau sakit, mamak selalunya sebut nama ustaz," beritahu Mak Tua pula sengaja mengusik Mamak Bandaro.
"Tentunya, bapa mahu abang datang ke sini," sahut Agoes ketawa mengerling saya.
Memang Agoes sekadar mengusik, Dalam perjalanan dan lapangan terbang Agoes sudah memberitahu saya, Mamak Bandaro bukanlah bersetuju sangat masuk ke hospital.
Berkali-kali Mamak Bandaro terkejut seolah-olah dikunjungi oleh Haji Salim. Bukanlah dekat jaraknya rumah Haji Salim di Batu Sangkar dengan Bukit Tinggi. Agoes pula tidak pernah memberitahu mengenai Mamak Bandaro yang menghidap sakit dalam perut.
Tetapi setiap kali Mamak Bandaro di-datangi Haji Salim, orang tua itu mendesaknya supaya ke hospital. Memang Mamak Bandaro berkeras juga mahu menunggu saya datang, sebelum dihantar ke hospital. Disebabkan penyakitnya semakin berbahaya terpaksa juga Fitriati mendesak suaminya Agoes menghantar Mamak Bandaro ke hospital untuk mendapat rawatan.
"Alhamdullillah, sekarang mamak sudah sembuh," saya memegang tangannya yang masih berbekas kesan ditusuk jarum.
Kalau tidak disebabkan Mamak Bandaro sakit sampai mengirimkan tambang, memang sudah juga saya mahu jejakkan kaki ke Bukit Tinggi. Kadangkala terasa pula bersalah, apabila sampai di sana bukan lagi semata-mata menziarahi Mamak Bandaro yang sakit.
Sempat juga mengikut Agoes dan isterinya Fitriati ke Maninjau melihat danaunya yang luas. Sengaja Agoes melalui kelok 44 yang curam seolah-olah menjunam dari puncak gunung ke dasar danau. Ketika balik ke Bukit Tinggi, dia mengikuti jalan melintasi perkampungan di Pariaman terus ke Lembah Anai.
Terpegun juga saya mendengar cerita Fitriati mengenai air terjun di Lembah Anai yang berkhasiat awet muda.
"Yang muda mungkin wajah, tapi usia tetap tua," ujar Agoes menyindir isterinya yang mempercayai sangat khasiat air terjun di Lembah Anai itu.
"Memang dia tak percaya, semuanya tahyol," rungut Fitriati mencebik bibir. "Tapi, kalau terjadi gangguan setan, baru mau percaya," dia memasamkan muka dalam perasaan mendongkol.
"Nampaknya dia merajuk, bang..." ketawa Agoes memanjang.
Daripada Fitriati saya diberitahu mengenai nenek Mak Tua keturunan Nyai Ondeh dari Pariaman, yang pernah minum dan mandi air terjun di Lembah Anai itu. Menjadi kebiasaan di Pariaman dalam urusan peminangan, pihak gadis yang terpaksa meminang lelaki.
Beberapa keturunan sebelum Nyai Ondeh itu juga mengamalkan kehidupan demikian. Mengikut kebiasaan inilah Nyai Ondeh terpaksa meminang lelaki yang dia sendiri tidak pernah temui. Urusan peminangan hanya dilakukan oleh keluarganya.
Lelaki yang dipinang oleh keluarganya juga tidak pernah menemui Nyai Ondeh. Pada malam perkahwinan itu Nyai Ondeh sendiri yang berdebar-debar. Dia bimbang lelaki yang akan menjadi suaminya tidak sudi menerima nya, jika mengetahui keadaan dirinya yang hodoh. Apa lagi seluruh tubuh Nyai Ondeh berkudis dan berparut.
Tetapi keluarganya meyakinkan dia. Lelaki berkenaan tetap menerimanya setelah bersetuju menerima peminangan.
Selepas pernikahan, Nyai Ondeh menunggu suaminya di bilik dengan penuh keluh kesah. Sebaik sahaja Malim Palito masuk ke bilik, dia melihat Nyai Ondeh duduk bertimpuh di tilam. Malam Palito tidak terus mendekati isterinya. Dia berdiri di jendela memerhati suasana malam yang hanya diterangi bintang-binatang di langit.
"Begitu tertib Nyai Ondeh," tutur Malim Palito setelah melihat isterinya berpakaian litup seluruh badan.
Nyai Ondeh tidak menyahut. Hatinya masih berdebar-debar sama ada suaminya tidak terkilan menerima dia.
"Abang bukan orang Pariaman ye?' dalam suara gementar Nyai Ondeh cuba melawan ke-bimbangan di hati-nya itu.
"Iya, saya baru sahaja menetap di Pariaman ini," jelas lelaki itu menghela nafas. Nyai Ondeh membetulkan tudung kepalanya untuk menyembunyikan kehodohan wajahnya akibat parut kudis. Dia mendengar sahaja suaminya Malim Palita menceritakan kampung halamannya di Siak. Terlalu jauh dia membawa hati, setelah isteri yang ditinggalkannya menipu dia.
Hampir sebulan Malim Palito tidak dibenarkan tidur bersama dengan isterinya di Siak. Sampai dia hilang sabar, menyebabkan Malim Palito menjengah juga masuk ke bilik.
Terkejut Malim Palito melihat isterinya sudah terlalu tua hingga kulit mukanya berkedut-kedut. Terlalu marah isterinya disebabkan Malim Palito menjengah ke bilik, pada malam dia tidak dibenarkan. Malim Palito hanya dibenarkan masuk ke bilik setelah isterinya selesai mandi di tengah malam. Dia diminta mencari bunga-bunga tujuh warna di siang hari, bagi digunakan oleh isterinya mandi di tengah malam.
Menjelang subuh sahaja Malim Palito disuruh keluar dan bilik tersebut.
"Dia amalkan ilmu hitam,” keluh Malim Palito memberitahu Nyai Ondeh punca dia meninggalkan kampung halaman.
Malu dia mahu memberitahu orang kampung mengenai amalan isterinya yang kelihatan sentiasa muda di siang hari. Apabila malam dia terpaksa mandi dengan air ramuan yang perlu disediakan oleh Malim Palito. Disebabkan Malim Palito melanggar pantang sewaktu berkahwin dengannya, Malim Palito akan menanggung padah sekiranya membuka rahsia itu kepada orang-orang kampung.
Terpaksalah dia meninggalkan Siak. Biarlah dia terlantar jauh di rantau orang asal sahaja dapat melupakan peristiwa pahit yang dialaminya.
"Saya bernasib baik, kerana adik sudi meminang saya," ujar Malim Palito lembut.
"Tapi, saya tidak cantik..." beritahu Nyai Ondeh jujur kerana terlalu gembira dengan pengakuan suaminya.
"Saya tahu semua nya mengenai diri adik," sahut Malim Palito tersenyum sambil berpaling memandang Nyai Ondeh. "Kulit adik berparut dan banyak kudis," jelasnya perlahan.
Terkejut Nyai Ondeh disebabkan suaminya sudah mengetahui rahsia dirinya yang hodoh. Tentu keluarganya sudah memberitahu sewaktu mereka me-minang. Dalarn keadaan gugup dia mendongak memandang Malim Palito berdiri di jendela.
Dia melihat Malim Palito menggeliat-geliat sambil tangannya berpaut pada jendela. Kalau mahu dikatakan dia sakit perut, tidak pula mengerang sambil menekan-nekan perut. Malim Palito hanya menggeliat berpaut pada jendela dengan mendengus-dengus.
"Kenapa abang?" Nyai Ondeh mulai cemas.
Belum sempat dia mendekati suaminya Malim Palito berpaling. Nyai Ondeh berundur ke penjuru bilik apabila melihat suaminya berubati sifat. Mukanya dipenuhi bulu berbauk dengan kulit lengannya berbulu tebal hitam. Terlalu tabah Nyai Ondeh berhadapan dengan keadaan yang di luar dugaannya itu.
Dia tidak menjerit meminta tolong. Malah Nyai Ondeh tidak takut berhadapan dengan Malim Palito melingguk-linggukkan kepala lantas menjelma menjadi harimau berbulu hitam. Ketika Malim Palito menyeringaikan taring, Nyai Ondeh mencabut cucuk sanggulnya. Dia akan gunakan cucuk sanggul itu sebagai senjata sekiranya harimau jelmaan itu menerkam ke arahnya.
"Rupanya aku berkahwin dengan harmau," bilik Nyai Ondeh bertahan di penjuru bilik.
Menggeleng-geleng kepala harimau hitam di hadapannya seolah-olah hairan kenapa Nyai Ondeh tidak terjerit meminta tolong. Malah Nyai Ondeh berani menatap mukanya dengan cucuk sanggul tergenggam erat di tangan.
"Aku tak akan undur!" gerutu Nyai Ondeh menggertap bibir. Biarlah dia menjadi mangsa jelmaan harimau di hadapannya, asal sahaja keluarganya tidak diganggu
Tetapi harimau tersebut berpusing terus melompat ke luar jendela. Sejak malam itu Malim Palito tidak lagi balik ke rumah. Puas ditanya oleh keluarganya, Nyai Ondeh tetap merahsiakan siapa sebenarnya Malim Palito.
Memang keluarga Nyai Ondeh sudah menduga, Malim Palito akan melarikan diri setelah mengetahui wanita yang dikahwininya hodoh. Dia menuduh tentulah Malim Palito meninggalkan rumah apabila melihat sendiri keadaan Nyai Ondeh. Sejak itu pula keluarganya menganggap Nyai Ondeh pembawa sial.
Akibat tidak tertahan dengan cemuhan keluarga sendiri, Nyai Ondeh meninggalkan rumah ketika malam gelap. Dia sudah nekad membawa dirinya disebabkan penyakit kudis ditubuhnya tidak mahu sembuh. Sebahagiannya kering berparut, sebahagian lagi membengkak mengangkut nanah.
"Memang tak ada lelaki sanggup me-nerima pinangan Ondeh," ayahnya merungut setelah Malim Palito meninggaikan rumah.
"Tapi, keadaan Ondeh sudah diberitahu pada Malim Palito," ujar emaknya pula seolah-olah mempertahankan Nyai Ondeh.
"Susahlah Ondeh nak dapat suami," gerutu ayahnya lagi kesal dengan kejadian Malim Palito lari malam meninggalkan isteri yang dipenuhi kudis dan berparut.
"Kalau begitu, jangan lagi mencari suami..." emaknya mengalah tidak mahu lagi mencarikan suami Nyai Ondeh.
"Hah, nak jadi apa kalau tak bersuami!" ayahnya te-tap menyalahkan Nyai Ondeh men-jadi punca Malim Palito lari malam.
Malu benar dia kalau diejek oleh orang-orang kampung fasal menantu lari malam akibat anaknya hodoh den-gan perut kudis di muka. Tentu dia tidak dapat bergaul dengan orang ramai, sekiranya ejekan itu berterusan. Ke mana lagi dia mahu sorokkan muka, kerana seisi kampung sudah tahu Malim Palito lari malam meninggalkan Nyai Ondeh.
Disebabkan tidak mahu memberi ayahnya malulah, Nyai Ondeh sengaja membawa diri. Dia sendiri tidak tahu ke mana akan dituju. Setiap kali mendongak ke mercu Gunung Merapi yang disaputi awan, hati Nyai Ondeh terasa pedih menyayat. Bukan dia sendiri mahu dilahirkan hodoh dengan kulit muka berparut, dan seluruh badan dilekati kudis. Tetapi semuanya ditentukan oleh Allah.
Dia sendiri mahu menjadi gadis jelita yang sentiasa dimimpikan oleh lelaki. Tetapi apakan daya bukan kehendak dia menentukan segalanya.
Sambil mengelek gendong kainnya, Nyai Ondeh berjalan melalui belukar di kiri kanan lorong. Cucuk sanggulnya sahaja menjadi senjata dalam perjalanan itu. Dia hanya membawa untung sabut timbul, untung batu tenggelam sahaja sebagai tekadnya meninggalkan kampung halaman.
Hampir subuh dia sampai di kawasan air terjun Lembah Anai itu. Cuaca dingin itu tidak dipedulikannya. Dia duduk di atas batu melepaskan penat berjalan semalaman. Sambil menyandarkan kepala ke batu, Nyai Ondeh melelapkan mata.
Terasa juga sengal sengal lututnya akibat berjalan. Apabila dia membuka mata, Nyai Ondeh terkejut mendengar kocakan air. Dia melihat lelaki tua berjubah putih mengocak-ngocak air dengan kakinya. Cepat-cepat Nyai Ondeh mencari tempat mahu bersembunyi. Belum sempat dia bersembunyi lelaki tua berjubah putih itu mempalingkan muka lantas memanggilnya.
"Kau nak ke mana Nyai?" tegur lelaki berjubah putih itu ramah. "Tok Sutan tau. Nyai sedang runsing," ujarnya tersenyum memerhati Nyai Ondeh terkial-kial berdiri di atas batu.
Berdebar juga hati Nyai Ondeh apabila lelaki tua itu memperkenalkan dirinya Tok Sutan. Bagaimana orang besar seperti Tok Sutan tiba-tiba berada di tengah hutan rimba. Tentu Tok Sutan tidak berseorangan kalau dia datang ke Lembah Anai itu.
"Kenapa pagi-pagi Tok Sutan ke sini?" gugup Nyai Ondeh bertanya.
"Tok Sutan tahu Malim Palito yang menjadi suami Nyai' orang tua berjubah putih tidak menjawab, tetapi sengaja mengubah pertuturannya mengenai suami Nyai Ondeh yang lari malam itu.
Nyai Ondeh kembali duduk di atas batu. Dia meraba-raba cucuk sanggul di kepalanya yang masih tercacak kukuh.
"Simpan baik-baik cucuk sanggul Nyai tu," ujar Tok Sutan berdiri berpeluk tubuh di atas batu. Air terjun yang jatuh dan puncak bukit memercik laksana serbuk kaca berterbangan. Di bawah jeram airnya jernih hingga nampak berbayang dasar pasirnya. "Memang cucuk sanggul tu, jadi pantangnya..." orang tua itu menjelaskan selanjutnya.
Memang Malim Palito sengaja mencari Nyai Ondeh untuk memulihkan keadaan dirinya yang diserapi jelmaan menjadi harimau berbulu hitam itu. Sudah puas berubat sampai ke Siak pun, Malim Palito tidak dapat. Cucuk sanggul perempuan menjadi penghalang dia mahu mengekalkan tenaganya.
"Sudah beratus tahun umurnya Malim Palito tu," beritahu Tok Sutan menggeleng lemah.
Malim Palito tidak akan mencari perempuan cantik untuk menjadi isterinya. Ilmunya akan hancur sekiranya berkahwin dengan perempuan cantik. Kalau bertemu perempuan cantik pun sekadar menjadi permainan sahaja untuk memenuhi kepuasan nya.
Sebab itu dia mesti beristeri dengan perempuan hodoh. Tenaganya tidak akan luntur, bagi membolehkan dirinya mencari wanita-wanita cantik di tempat lain.
"Ganjil sungguh ilmunya," keluh Nyai Ondeh.
"Ilmu dunia tak akan ke mana," sahut Tok Sutan mencemik muka.
Kemudian dia menyuruh Nyai Ondeh mandi di air terjun tersebut. Tok Sutan tidak pula memberikan sebab-sebabnya. Dia hanya mengingatkan perlu mandi di pagi yang dingin itu bersama embun sedang turun ke bumi. Disebabkan Nyai Ondeh mahu mandi, Tok Sutan meninggalkan dia di situ terus hilang di sebalik lurah bukit.
Air di bawah jeram itu memang sejuk. Apatah lagi sebelum cahaya matahari menyilau, memang kesejukannya terasa menyu-cuk sampai ke tulang.
Nyai Ondeh percaya Tok Sutan yang ditemuinya itu bukanlah tinggal di situ. Mungkin juga jelmaan yang datang memberi bimbingan kepadanya. Sebab itulah dia menuruti nasihat orang tua itu supaya mandi di air jeram. Samada sejuknya sampai ke tulang, Nyai Ondeh tidak peduli lagi.
Dia terus menyelam ke dasar. Sebaik tubuhnya terendam, Nyai Ondeh merasa seluruh kulit tubuhnya pedih sebagai luka diperah air limau. Tetapi dia tidak berdaya naik ke batu disebabkan kakinya terasa lemah. Dalam keadaan bersusah payah menahan kepedihan itu, dia berpaut sahaja pada batu di tengah air.
Lama dia berpaut di situ, sehingga terketar-ketar menahan kesejukan, barulah kepedihan di kulitnya beransur hilang. Apabila dia mendongak ke mercu pucuk-pucuk kayu di lereng bukit, cahaya matahari mulai menyilau cerah. Nyai Ondeh melihat kulit tangannya tidak ada lagi kesan parut atau kudis membengkak mengangkut nanah.
Dia melihat muka nya ke dasar air, terbayang wajahnya tidak lagi berparut. Wajahnya bersih hingga kelihatan semakin jelita. Selepas mandi air jeram di Lemah Anai itu, berbelah bahagi hati Nyai Ondeh. Kalau dia berpatah balik ke Pariaman, tentu orang-orang kampungnya tidak mempercayai dirinya Nyai Ondeh lagi.
"Marilah bersarapan dengan Tok Sutan," tiba-tiba sahaja orang tua itu menggamitnya daripada celah batu, sebaik sahaja selesai Nyai Ondeh menukar pakaian.
Sewaktu mengikuti Tok Sutan ke celah batu, Nyai Ondeh merasa dia melalui pintu gerbang ke kawasan rumah yang tersergam besar. Kolam di kiri kanan rumah terlalu jernih airnya, hingga Nyai Ondeh dapat melihat kecantikan wajahnya yang berbayang di situ.
"Musuh Nyai, harimau jelmaan Malim Palito," Tok Sutan mengingatkan sewaktu mereka sarapan pagi. Puas Nyai Ondeh memerhati keliling, ternyata hanya Tok Sutan sahaja yang tinggal di situ.
Kemudian Tok Sutan meminta cucuk sanggul yang dipakai oleh Nyai Ondeh. Setelah dibasuhnya dengan air kolam dan diasap dengan kemenyan, dia memberikan semula kepada Nyai Ondeh.
"Malim Palito tidak akan berani lagi mengganggu," kata Tok Sutan terus masuk semula ke rumah meninggalkan Nyai Ondeh di tengah taman.
Terasa mengantuk Nyai Ondeh setelah sarapan bersama Tok Sutan. Dia melelapkan mata di bangku dengan menelungkupkan muka nya ke meja. Disebabkan terlalu mengantuk tertidur juga dia di situ, sekalipun puas melawan rasa mengantuk yang menguasai dirinya.
Dia terjaga apabila bahunya dipegang orang. Tok Sutan berdiri di sisinya dengan tersenyum ramah. Tetapi Nyai Ondeh tidak-lah tidur di tengah taman. Dia hanya duduk di batu di pinggir kolam air terjun di situ.
"Kenapa Nyai tidur di sini?" soal Tok Sutan menyebabkan Nyai Ondeh bertambah hairan.
"Bukankah ini Tok Sutan...?" Nyai Ondeh menatap muka lelaki di sisinya.
Tok Sutan mengangguk.
Matahari sudah tegak di kepada ketika itu. Nyai Ondeh meramas-ramas lengannya untuk memastikan sama ada dia bermimpi atau bukan. Parut dan kudis di kulitnya memang tidak ada lagi. Apabila dilihat ke dalam air yang jernih, wajahnya juga sudah tidak lagi hodoh dengan parut kudis.
"Nyai dan mana?" ujar Tok Sutan lembut.
"Saya sudah beritahu Tok Sutan tadi saya dari Pariaman," hairan juga Nyai Ondeh seolah-olah Tok Sutan tidak pernah menemui dia sebelum ini
"Bila Nyai beritahu saya?" Tok Sutan pula merasa hairan dengan penjelasan Nyai Ondeh. Malah dia juga seolah-olah terkejut disebabkan Nyai Ondeh dapat mengenali dia. "Saya juga baru sampai melalui Lembah Anai ini mahu ke Ngarai Sianok," katanya menjelaskan.
Dia sendiri semacam tidak percaya apabila diberitahu oleh Nyai Ondeh pertemuan mereka menjelang subuh itu. Setelah diberitahu oleh Nyai Ondeh semuanya, barulah Tok Sutan beristighfar beberapa kali.
Teruslah Nyai Ondeh mengikut Tok Sutan balik ke Ngarai Sianok. Dia kemudian berkahwin dengan Tok Sutan yang ditemuinya ketika berhenti di Lembah Anai, setelah mengambil keputusan menetap di kampung tersebut.
"Nenek pada ibu, memang keturunan Nyai Ondeh ini," jelas Fitriati memberitahu saya.
"Memang wajar Fitriati cantik, kerana mewarisi kecantikan Nyai Ondeh," lantas sahaja Agoes mengusik dalam ketawanya memanjang.
Tidak bertangguh Fitriati mencubit bahu suaminya melepaskan geram akibat diejek demikian.
Tetapi mungkin Agoes tidak bermaksud tidak mempercayai langsung cerita Nyai Ondeh itu. Kadangkala cerita demikian sengaja ditokoh tambah sahaja oleh waris keturunannya, disebabkan ianya diberitahu secara daripada mulut ke mulut sahaja sejak turun temurun.
Bagaimana dengan Tok Sutan yang ditemui oleh Nyai Ondeh itu tiba-tiba muncul di Lembah Anai, ketika dia dalam kesusahan. Nyai Ondeh menemui Tok Sutan dalam perjalanan, sama juga dengan Kadir Misai menemui Lebai Usuh. Tetapi Nyai Ondeh cam dengan Tok Sutan, hingga mereka kemudiannya berkahwin.
Lebai Usuh yang ditemui oleh Kadir Misai dalam perjalanannya balik dan Kuantan tidak dapat dikesan lang-sung. Dua tiga kali dia camkan tempat bertemu dengan Lebai Usuh, tetapi tidak juga ditemui lagi. Apabila ditanya kan kepada beberapa orang yang tinggal di Paya Bungor, mereka juga tidak pernah mengetahui Lebai Usuh tinggal di situ.
"Siapa pula Lebai Usuh tu?" isteri saya masih tertanya-tanya, sekalipun saya enggan melayaninya.
Saya terus masuk ke bilik mahu merihatkan diri.
Bagaimana saya mahu menjelaskan kepada isteri saya .mengenai Lebai Usuh, kalau saya sendiri tidak berpengetahuan mangenainya. Memang saya sendiri tidak tahu kedudukan sebenarnya Lebai Usuh ini. Ketika saya menemuinya di rumah Haji Lah, dia datang bersendirian dengan teksi.
Ketika balik, dia menumpang sama kereta Kadir Misai untuk ke Paya Bungor. Dia turun di tempat Kadir Misai dan Manap Jibon menemuinya. Belum sempat Kadir Misai mencapai lampu suluh untuk menyuluh jalan ke pondoknya di bawah tebing jalan, Lebai Usuh sudah hilang di dalam kegelapan malam.
Hanya itu sahaja yang saya ketahui mengenai Lebai Usuh. Tetapi kenapa Haji Lah atau Kadir Misai bersusah payah sangat mahu mencari Lebai Usuh, sekiranya penyakit Cikgu Mizah sudah beransur sembuh?
Lainlah' macam saya menemui Haji Salim di masjid Agung, sewaktu menunaikan Jumaat di Bukit Tinggi. Mungkin satu ujian kepada kesalahan yang kita tidak sedari. Tiba-tiba sahaja saya merasa jijik dengan lelaki berpakaian kotor dengan kudis di seluruh badan yang ikut solat di sisi saya.
Masakan orang yang berpakaian kotor mahu masuk ke masjid, kalau tidak bersebab. Masuk ke masjid tentulah dengan pakaian yang bersih, tubuh yang bersih dan jiwa yang bersih
Setelah saya dapat melawan perasaan jijik itulah, lelaki berpakaian kotor itu hilang. Hanya Haji Salim yang kelihatan berdiri menepuk-nepuk bahu saya memberi isyarat mahu balik. Apabila saya mengejarnya hingga ke pintu masjid, dia sudah hilang bersama orang ramai di luar pagar masjid.
Mamak Bandaro yang lama menunggu di luar pagar masjid, tidak pula melihat Haji Salim melintas di situ. Tetapi ketika saya ke Batu Saiigkar menemui Haji Salim, memang saya ceritakan pengalaman tersebut kepadanya. Ketawa besar dia seolah-olah mengejek-ngejek saya, apabila diberitahu mengenai pertemuan saya dengannya di masjid Agung itu.
"Buat apa saya solat berjemaah di Bukit Tinggi," ujar Haji Salim mengerling Agoes yang datang menghantar saya ke Batu Sangkar. "Jauh sampai beratus kilometer mahu ke sana, lebih baik solat berjemaah di sini," katanya semacam mengejek.
Dia sendiri tidak mengaku pernah ditemui oleh orang yang menunaikan umrah di Masjidil-haram di Mekah, biarpun orang itu menjelaskan pernah bercakap-cakap dengan dia.
"Bidaah!" kata Haji Salim sekiranya orang itu berkeras mendakwa menemui dia di Mekah sewaktu menunaikan umrah. "Saya berada di Batu Sangkar, macam mana boleh ditemui di Mekah," ujarnya terkilan dengan penjelasan orang berkenaan.
Saya sedar Haji Salim memarahi sikap orang yang memberitahu menemui dia di Mekah. Sepatutnya orang itu hanya bersyukur kerana dapat melihat akan kebesaran Allah. Bukan menceritakan semula kepada orang lain. Cukuplah untuk pengetahuan diri sendiri sahaja.
Belum pun sempat saya mahu melelapkan mata, isteri saya masuk ke bilik memberitahu ada tetamu. Isteri saya tidak mengenalinya. Tentulah tetamu itu belum pernah datang. Kalau Haji Lah dan keluarganya dan Kuantan, masakan isteri saya tidak kenal.
Kadangkala terasa kesal juga saya, apabila ada tetamu datang ketika mahu merihatkan badan. Apalagi kalau mereka datang pada waktu tengah malarn. Tetapi perkara demikian tidak dapat dielakkan, selagi diri kita diperlukan orang.
Terpaksa juga saya keluar dari bilik dalam keadaan masih letih. Mahu menunggu asar pun masih belum masuk. Memang susah juga mahu mengelak bertemu dengan tetamu. Baru sahaja saya balik ke rumah, sudah ada orang yang datang berjumpa. Hanya beberapa jam sahaja saya balik, tetamu berkenaan sudah sampai.
"Jangan marah ustaz, saya mengganggu," ujar tetamu itu selepas memberi salam sebaik sahaja saya keluar menyambutnya.
Tertegun saya melihat tetamu itu. Dia tersengih-sengih membimbit beg plastik di tangannya. Pakaiannya bersih sekalipun kelihatan agak buruk. Kain pelikatnya diikat dengan tali pinggang keras warna hijau, dengan kot usang terbuka butang.
Tidak bertangguh saya menerkam memeluknya.
"Sila. masuk, aki..." ujar saya memimpinya masuk ke rumah. "Saya dengar ustaz baru balik dari Bukit Tinggi,” tuturnya ramah sebaik sahaja duduk.
Saya mengangguk dengan tersengih-sengih. Memang tertegun saya. tiba-tiba sahaja Lebai Usuh datang menjengah.
Ketika isteri saya datang duduk di sebelah, saya tidak memberitahu dia mengenai Lebai Usuh.
"Ini aki, kawan lama saya," sekadar itu sahaja saya beritahu dia.
"Aki dari mana?" isteri saya memang peramah itu bertanya.
"Datang dari. Pahang," jelasnya tersenyum. "Nak jumpa ustaz ni, fasal dengar dia baru balik dari Sumatera'” ujarnya meramas-ramas jari sambil meletup-letupkan.
Wajah Lebai Usuh yang bersih itu sentiasa tersenyum setiap kali dia bercakap. Matanya sentiasa menatap muka saya, sekalipun berbual dengan isteri saya.
Sengaja saya tidak mahu berbual banyak dengan Lebai Usuh semasa isteri saya duduk bersama di situ. Sebaik sahaja isteri saya ke dapur , menyediakan minuman, barulah saya duduk dekat sedikit dengannya. Saya memegang tangannya terasa lembut tdak berkedut sedikit pun.
"Haji Lah tertanya-tanyakan,” bisik saya sambil rnengerlingnya.
"Biarlah," sahutnya menelan keluhan. "Sebab itulah saya datang jumpa ustaz," katanya lantas menepuk-nepuk bahu saya.
Lebai Usuh memang taHu Kadir Misai atau Haji Lah akan mencarinya semula. Sebab itulah Lebai Usuh sengaja mengelirukan mereka. Biarlah Haji Lah menyangka dia sama dengan bunian yang menjelma di tengah malam sewaktu Kadir Misai baLik dari Kuantan.
Tetapi Lebai Usuh bukanlah jenis bunian. Dia tidak mahu sesiapa pun mencarinya. Biarlah dia muncul, dan kemudiannya menghilang begitu sahaja.
Memang saya sudah mengagak Lebai Usuh sengaja mahu menyembunyikan dirinya semasa Kadir Misai atau Haji Lah mencari dia di pondoknya. Mereka hanya melihat belukar anak keduduk sahaja meliar di situ.
"Tapi, Mudah pula aki mencari rumah saya?" saya mengusiknya apabila isteri saya keluar menatang air.
"Ah, mulut ada, kita bertanyalah pada orang,"ujarnya tersengih-sengih memanjang.
Setiap kali bercakap memang Lebai Usuh akan ketawa atau tersengih-sengih memanjang. Terlalu riang dia seolah-olah tidak ada masalah yang membebani hidupnya.
Apabila masuk asar, Lebai Usuh cepat-cepat mahu balik.
"Nak balik ke Pahang, bukankah jauh...?" isteri saya hairan kerana Lebai Usuh tergopoh-gopoh sahaja mahu balik.
"Aki ni, hanya Nak jumpa ustaz," ujarnya terus melangkah keluar. Sewaktu menghantar dia ke pintu pagar, isteri saya masih bertanyakan Lebai Usuh  itu.
Dalarn masa leka melayani isteri saya bercakap, Lebai Usuh tidak kelihatan lagi apabila saya memerhatinya di simpang jalan. Masa bila dia membelok kemana-mana tidak pula kami sedari. Jalan ke simpang itu lurus tidak berbelok ke mana-mana, tetapi Lebai Usuh sudah tidak nampak lagi berjalan menuju ke persimpangan .