Sunday, September 10, 2017

244,CENDAWAN BERJALAN ALIH TEMPAT

TERASA perut memulas-mulas selepas menjamah gulai cendawan busut masak lemak kuning cili padi yang dihidangkan. Beberapa kali pula berulang alik ke tandas akibat tidak dapat menahan sakit memulas-mulas. Apabila sampai di tandas pun bukanlah tercangkung buang air besar sangat, tetapi sekadar air sahaja mencurah macam disimbah tidak bertampan.
Letih lesu seluruh badan Labit Kubin akibat perut memulas-mulas sepanjang malam. Memang dia makan sampai tersendat kenyang apabila isterinya hidangkan gulai cendawan busut yang dikutip di bawah rum pun pisang di penjuru pagar. Dia sendiri yang kutip setelah ternampak memutih cendawan busut tumbuh masih kuncup pucuk.
Siapa sahaja akan berselera kalau dihidang gulai cendawan busut masih kuncup pucuk itu. Bukan mudah mahu terserempak cendawan berkenaan tumbuh finkalipun musim hujan turun berterusan. Kadangkala dia cam sekiranya kelkatu banyak berrterbangan menyerbu nescaya cendawan busut akan tumbuh memutih di tanah lembap. Tetapi sudah berapa malam kelkatu berterbangan menerpa lampu, tidak juga terserempak cendawan busut tumbuh.
Puas dia terhendap-hendap di kawasan tanah lembap menjengah cendawan busut tumbuh, tetapi diejek oleh isterinya Satimah Lembeng. Geli juga Satimah Lembeng apabila suaminya terhendap-hendap macam mengintai ayam hutan mengerkas. Tahu sangat Satimah Lembeng memang sukar menemui cendawan busut tumbuh kalau sengaja terhendap-hendap mencari.
Kadangkala mereka terserempak cendawan busut berkenaan sudah kembang hingga busuk tidak boleh digunakan. Kalau sebelah pagi cendawan berkenaan menunjal keluar, menjelang tengah hari sahaja sudah kembang tidak berguna apa-apa. Sebab itu Labit Kubin akan bingkas bangun pagi sebelum matahari memancar asal sahaja kelkatu berkeliaran menyerbu lampu pada sebelah malam.
Ketika tercangkung mahu buang air kecil di penjuru pagar itulah Labit Kubin ternampak cendawan busut tumbuh memutih. Tidak bertangguh dia melaung isterinya segera bawakan besen ke situ. Lantas sahaja Satimah Lembeng menerpa ke penjuru pagar membawa besen setelah diberitahu mengenai cendawan busut tumbuh macam kekabu bersipah di tanah.
"Dah lama aku idamkan cendawan busut ni!" mencepak-cepak bibir Labit Kubin apabila mencabut berhati-hati biar tidak terputus akar. Dia sudah membayangkan akan hirup kuah sekiranya dimasak gulai lemak kuning cili padi. Kalau direbus macam masak sup pun Labit Kubin tetap berselera menghirup sampai tonggengkan mangkuk gulai.
"Jangan suka tak tentu arah, awak tu!" segera Satimah Lembeng ingatkan suaminya mengenai pantang larang orang tua-tua tatkala terserempak cendawan busut tumbuh.
"Awak tak sukakah?" ujar Labit Kubin tersengih-sengih mengejek isterinya yang terlalu berpegang kukuh pada pantang larang.
"Kalau suka pun, jangan sampai Ianggar pantang larang," sahut Satimah Lembeng apabila kenang cendawan busut tumbuh sama macam sesiapa sahaja menabur benih padi. Tentulah hati mudah tersinggung kalau benih padi direntap orang tatkala tengah tumbuh menghijau segar.
"Cendawan ni rezeki kita, apa nak banyak fikir!" Labit Kubin mendengus apabila isterinya berpegang sangat dengan pantang larang.
"Memanglah rezeki kita, tapi jangan sampai lupa!" sengaja Satimah Lembang keraskan suara.
"Sampai lupa apa pula ni?" tersengih-sengih Labit Kubin mengejek isterinya kerana bimbang sangat dengan mengenai cendawan busut berpuaka. Tahu sangat dia fasal isterinya menuduh cendawan busut berpuaka kalau tidak beringat. Bila-bila puaka cendawan busut akan mengganggu sampai menjadi badi bencana.
"Awak tu, memang suka persendakan cakap orang!" gerutu Satimah Lembeng mencebek bibir. Marah benar dia dengan sikap suaminya tidak percaya apa-apa mengenai puaka cendawan busut apabila tumbuh memutih di tanah lembap.
Sebab itu bukan mudah mahu terserempak cendawan busut memutih kalau tidak disebabkan puaka menunggu. Satimah Lembeng sudah diingatkan oleh neneknya supaya jentik dulu tiga kali tanah sebelum cendawan dicabut sampai terbongkar akar. Sekiranya terpatah dia kena korek juga supaya akarnya tidak tertinggal di situ.
Kalau berdegil melanggar pantang nescaya cendawan berkenaan akan kembang sebelum sempat dimasak. Kadangkala cendawan yang kembang akan dihurung ulat menyebabkan tidak boleh digunakan Iangsung. Memang Satimah Lembeng pegang baik-baik pantang larang yang diingatkan oleh neneknya supaya tidak terburu-buru menyerbu apabila terserempak cendawan busut tumbuh.
Tentu neneknya Bidan Manyun banyak pengalaman kalau takat orang kampung diganggu puaka. Menjadi bidan daiam kampung mesti banyak pengalaman untuk membantu sesiapa sahaja. Takat boleh bidankan perempuan bersalin belum cukup mahu jadi bidan kampung sekiranya tidak tahu mengenai puaka yang berkeliaran mahu mengganggu.
Tahu sangat Bidan Manyun mengenai puaka cendawan busut sekiranya merasuk tentu menerima padah tidak menentu. Kalau takat termuntah-muntah sahaja memang tidak membimbangkan apa-apa, bagai-mana sekiranya pitam sampai terkejang tidak sedarkan diri. Meracau-racau sepanjang hari menuturkan apa sahaja terlintas. Sejak turun temurun Bidan Manyun diberi-tahu mengenai jembalang tanah akan menyerbu asal sahaja cendawan busut tumbuh memutih.
Siapa sahaja mengutip cendawan busut tatkala jembalang tanah, sudah tentu marahnya akan menyimpan dendam. Saat ini jembalang tanah tidak akan dapat merenggut dari bawah sebaik sahaja cendawan berkenaan dicabut.
Bidan Manyun memang tidak akan kutip cendawan busut berkenaan kalau terserempak tatkala matahari tegak di kepala. Ketika ini jembalang tanah melintas ikut bayang matahari condong. Dia tidak mahu berebut-rebut dengan jembalang tanah mengutip cendawan busut memutih di atas tanah lembap itu. Lainlah kalau jembalang tersebut boleh dilihat dengan mata bila-bila dia boleh mengelak.
Tetapi jembalang tanah berkenaan bersatu dengan udara, kecuali terasa elusan sahaja. Manalah dapat bezakan elusan angin dengan elusan jembalang tanah. Kalau digesel jembalang tanah tentu kaki menjadi Iumpuh tidak boleh digerak-kan sampai dituduh diganggu angin merah. Siapa lagi elusan angin merah kalau bukan jembalang tanah yang sengaja menunggu mangsa?
"Awak tak mahu dengar pantang larang nenek!" gerutu Satimah Lembeng apabila melihat suaminya berulang kali ke tandas.
Labit Kubin mengerling isterinya tidak menyahut apa-apa. Dia terbongkok-bongkok menahan sakit perut memulas-mulas sekalipun sudah beberapa kali ke tandas. Dia tidak mahu sangat melayani isterinya yang pertahankan sangat neneknya Bidan Manyun. Tetapi dia tidak membantah apa-apa sekiranya Satimah Lembeng mahu jemput Bidan Manyun kalau mahu tangkalkan biar sembuh pulih.
Sengaja Satimah Lembeng tidak mahu beritahu kejadian tersebut pada nenek-nya Bidan Manyun. Tentu neneknya akan merungut marah apabila diketahui Labit Kubin melanggar pantang sebaik sahaja terserempak cendawan busut tumbuh. Tidak sama macam Satimah Lembeng apabila terserempak cendawan busut, dia tidak akan terburu-buru mengutip. Dia akan jentik tanah lembap itu tiga kali dengan membacakan:
"Hu, semangat nenek di kiri di kanan, anak cucu tumpang lalu, jangan ketegur anak cucu, kurrr semangat jangan kamu bercicir berting-gal, balik kamu macam sediakala bersama aku, jangan ketegur nenek cucu nak lalu, hu...
Kemudian dia akan menghela nafas dalam-dalam. Sekiranya nafas Iebih pantas di sebelah kanan tidak tersekat-sekat, terus sahaja Satimah Lembeng mencabut cendawan busut yang tumbuh di sebelah kanan. Dia tidak akan mengutip sekiranya cendawan berkenaan di sebelah kiri tatkala dia berpaling ke mana pun.
Masakan Labit Kubin terikut-ikut dengan cara isterinya mengutip cendawan busut semata-mata mematuhi pantang larang. Disebabkan tidak tertahan berulang ke tandas, terus sahaja Labit Kubin ke sungai. Biar dia buang air besar di sungai sahaja tatkala perut memulas-mulas. Tidak payah lagi memunggah air dalam timba hingga tidak sempat masuk menyerbu ke dalam tandas.
Kalau di tebing sungai dia boleh mencari kayu rebah ke tengah air. Bertenggek sahaja di atas  kayu dia sudah boleh tercanggung buang air besar. Biarlah tercangkung berjam-jam di situ sampai senak perut memulas-mulas lega tidak mengganggu.  Apabila Labit Kubin turun ke sungai, Satimah Lembeng beritahu kejadian yang menimpa suaminya pada Bidan Manyun.
 Tetapi Bidan Manyun mengagak tanah lembap di rumpun pisang tempat dia campakkan bangkai tikus termakan racun berbulan-bulan sebelum itu. Ke mana lagi mahu tanamkan bangkai tikus berkenaan kalau tidak di perdu rumpun pisang jauh di baruh rumah.
Sekalipun jauh dari perdu rumpun pisang tempat cendawan busut itu tumbuh, namun Bidan Manyun mengagak tentu tatkala hujan turun mencurah air mengalir juga ke situ. Lantas Bidan Manyun ambilkan bawang merah ditenyeh ke dalam piring yang dititikkan minyak kelapa, terus dibacakan:
Batang penak batang badam, batang buruk guling gonggok, datang senak datang tajam, datang tawar tak jadi kau masuk, tawar hawar yang aku tawar, tajam jembalang yang aku tawar, kabul aku mengakal tawar, hu...
Tatkala Labit Kubin balik dari sungai, segera disuruh Satimah Lembeng sapukan minyak sudah dijampi Bidan Manyun itu ke perutnya. Sebaik sahaja disapukan oleh Labit Kubin, dia tidak merasa perutnya memulas-mulas lagi. Hairan juga dia apabila nenek isterinya tidak sebut mengenai jembalang tanah melintas bersama cendawan busut tumbuh, tetapi sekadar ingatkan bangkai tikus kena racun dicampakkan ke situ berbulan-bulan sebelumnya.
Kalau disebutkan jembalang tanah mengganggu manalah Labit Kubin mahu percaya. Sebab itu Bidan Manyun sengaja ungkit mengenai bangkai tikus terkena racun. Takat seekor bangkai tikus ditanamkan di perdu rumpun pisang, masakan mengganggu cendawan busut tumbuh sampai diserap racun berkenaan. Salangkan Satimah Lembeng yang sama menghirup kuah gulai cendawan busut berkenaan, tidak pula mengalami sakit perut memulas-mulas.
Bukan Satimah Lembeng sahaja tidak mengalami apa-apa, malah Bidan Manyun juga tidak memulas-mulas perut sampai berulang kali ke tandas. Penuh satu besen juga Satimah Lembeng hantarkan cendawan berkenaan ke rumah neneknya. Apa lagi emaknya Andak Suni juga sama menjamah gulai berkenaan, tetapi tidak pula mengalami memulas perut sampai tidak dapat bertahan.
"Dah tua ni, tak larat nak berbidan, ustaz," beritahu Bidan Manyun merendah semasa saya kunjungi dia akibat mengalami sakit berterusan sampai berminggu-minggu. Dia percaya umurnya yang semakin tua menyebabkan dia hilang tenaga hingga sakit tidak bermaya.
"Lumrah alam macam itulah," sahut saya perlahan menatap mukanya. "Muda lawannya tua, sihat lawannya sakit, kuat lawannya lemah, semua orang akan meng-alaminya," jelas saya sengaja melayani dia.
"Mak Tua tak sama dengan arwah nenek ustaz dulu," Bidan Manyun tetap kenang arwah nenek saya lantas mengerling emak saya di sisinya.
"Mana pula ada orang yang sama Kak Yun," sahut emak saya mengusiknya lantas mengusap bahu Bidan Manyun. "Tapi, Hajah dengan anak Hajah, ustaz ni masih juga ingatkan saya," ujarnya menahan rasa terharu apabila saya kunjungi dia bersama emak saya. "Sebab itu saya kata Mak Bidan dulu tak sama dengan saya ni," tutur Bidan Manyun mengesat pelupuk matanya yang lembap.
"Angah ni, kalau saya tak desak susah juga dia nak datang,” lantas emak saya memujuknya supaya tidak ikutkan sangat perasaan.
Memang Bidan Manyun kesal juga juga disebabkan anaknya tidak peduli sangat sesama keluarga. Apabila saya bersama emak saya dlatang menjengahnya terasa sangat dia macam bersalah setelah lama tidak balik jejak kaki ke kampung apabila berpindah ke Felda.
Tetapi emak saya tidak peduli apa-apa sekalipun Bidan Manyun tidak pernah balik  ke kampung setelah mengikut cucunya Satimah Lembeng ke Felda. Sebaik sahaja dia diberitahu mengenai Bidan Manyun sudah berminggu-minggu terkejang sakit, lantas sahaja dia mendesak saya menjengah.
Tahu juga saya mengenai Bidan Manyun memang sering membantu nenek kalau kalau bidankan sesiapa sahaja bersallin. Siapa lagi diharapkan bertahun-tahun dulu bidankan mereka di kampung bersalin kalau bukan bidan macam nenek saya atau Bidan Manyun? Manalah ada bidan klinik di kampung-kampung melainkan terpaksa ke hospital jauh berbatu-batu.
Apa lagi masa perintah orang putih memang orang kampung harapkan bidan seperti arwah nenek saya. Anak-anak berkhatan juga harapkan Mudim Mat Usul hingga mereka akan bertem-piaran lari sekiranya terserempak lelaki itu. Kadangkala sengaja Mudim Mat Usul mengajak saya ikut sama biar dapat memujuk anak-anak akan berkhatan bersedia terjun he sungai berendam sampai kecut kulit.
Mereka percaya sangat apabila dikhatankan Mudim Mat Usul tidak akan terasa sakit apa-apa sekiranya saya tercegat di sisi. Terpaksa pula ibu bapa meminta saya bantu Mudim Mat Usul biar anak-anak tidak bimbang sebaik sahaja didudukkan di atas peti. Anak-anak akan men dongak inemandanq muka saya sewaktu mala pisau Muclim Mat Usti, mula mencecah kulit.
"Tak ada ustaz di kampung budak-budak takut nak berkhatan," tutur Bidan Manyun perlahan mengerling says apabila kenang kejadian bertahun-tahun dulu.
"Sekarang ni dah berkhatan di hospital, nek," sahut Labit Kudin tersengih-sengih disebabkan emak mentuanya kenang perkara yang sudah lama berlalu.
"His, kamu to semua tak mahu percaya!" lantas dia mengejek Labit Kubin. "Siapa yang boleh pujuk Tapa tak mahu berkhatan?" tegasnya ingatkan Labit Kudin mengenai dia hampir bercekak dengan Awab Buseh ayah Labit Kubin sendiri.
Seisi kampung menjadi gempar apabila anaknya Tapa Jengkit tiba-tiba sahaja ting-galkan rumah setelah kenduri berkhatan terpasang lat. Terpinga-pinga dia diberitahu oleh Andak Suni mengenai Tapa Jengkit lari sebaik sahaja disuruh khatam mengaji al-Quran.
Kecewa benar hati Bidan Manyun apabila anaknya ketakutan hingga tidak mahu khatam mengaji al-Quran. Apa lagi diberitahu mengenai Awab Buseh mengusik fasal pisau Mudim Mat Usul dikilir tajam hingga boleh putus sampai ke isi. Memang gementar Tapa Jengket setelah Awab Buseh ingatkan dia sakit berkhatan sama macam lembu disembelih leher.
Sebab itu marah sangat Bidan Manyun hingga mengajak Awab Buseh bercekak ke tengah halaman. Tidak patut Awab Buseh sengaja takut-takutkan Tapa Jengket menyebabkan kenduri berkhatannya menjadi terencat. Dia tidak peduli sama ada Awab Buseh meminta maaf atau tidak, tatkala majlis kenduri berkhatan anaknya bertambah kelam kabut.
Terpaksa Awab Buseh sendiri menjejaki Tapa Jengket hingga sampai ke belukar pinggir hutan. Tatkala terserempak Awab Buseh cepat-cepat pula Tapak Jengket memanjat pokok tinggi hingga sampai ke pucuk. Digertak Awab Buseh mahu tebang pokok berkenaan pun, Tapa Jengket tidak peduli apa-apa. Dia sudah membuat keputusan tidak mahu lagi berkhatan sehingga Mudim Mat Usul batik tinggalkan majlis kenduri.
Saat inilah Mudim Mat Usul mengajak saya ikut sama memujuk Tapa Jengket bertahan di atas pucuk pokok berkenaan. Tiga kali saya usap perdu pokok berkenaan dengan membacakan tiga kali al-Fatihah, kemudian me-nepuk-nepuk tujuh kali lantas memanggilnya supaya turun.
 Dengan tidak membantah apa-apa, Tapa Jengket terus sahaja turun. Dia memeluk saya tidak bercakap apa-apa. Ketika dibawa batik pun Tapak Jengket mematuhi sahaja kemahuan saya sampai selamat dikhatankan oleh Mudim Mat Usul. Sengaja saya tidak mahu desak supaya dibuat juga majlis khotam baca al-Quran, setelah Tapa Jengket bersedia dikhatankan. Manalah tahu hatinya akan berubah sekiranya Iengah dengan majlis khotam baca al-Quran menyebabkan dia melarikan lari semula.
Perkara majlis khotam al-Quran boleh dibuat selepas dia berkhatan, kerana saya tahu Tapa Jengket sudah dua kali habis membaca 30 juzuk al-Quran. Memang saya sendiri mengajarnya mengaji al-Quran di surau apabila membantu ayah saya. Dalam masa Tapa Jengket ditakut-takutkan oleh Awab Buseh sampai melarikan diri, biarlah Mudim Mat Usul terus sahaja khatankan dia.
Sebab itu apabila Bidan Manyun berbisan dengan Awab Buseh orang-orang kampung ungkit juga mengenai Tapa Jengket melarikan diri ke pinggir hutan akibat takut mahu berkhatan. Tetapi Bidan Manyun tahu sangat memang orang-orang kampung harapkan saya memujuk anak-anak mereka sekiranya berkeras tidak mahu berkhatan. Asal sahaja melihat kelibat Mudim Mat Usul, budak-budak sudah mula gementar tidak menentu.
Sengaja Mudim Mat Usul memujuk beritahu budak-budak sekiranya saya ikut sama tercegat di sisi mereka tidak akan merasa sakit apa-apa. Lantas sahaja anak-anak yang mahu berkhatan mendesak ibu bapa mereka jemput saya biar berdiri di sisi semasa mata pisau Mudim Mat Usul mencecah kulit. Mereka akan tersenyum hand sebaik sahaja selamat dikhatankan seolah-olah tidak menanggung kesakitan apa-apa.
Tahu sangat saya mengenai Mudim Mat Usul sengaja gunakan psaikologi sahaja biar anak-anak percaya. Manalah mereka tahu saya tidak berdoa apa-apa kecualf tercegat sahaja di situ. Tetapi mereka mengaku tidak merasa sakit Iangsung sewaktu mata pisau Mudim Mat Usul terbenam pantas.
"Kamu tak rasa sakit ke, Tapa?" sengaja Mudim Mat Usul mengusiknya setelah selesai dikhatankan.
"Dah sudah ke belum ni, Tok Mudim?" ujar Tapa Jengket disebabkan Mudim Mat Usul tersengih-sengih sahaja menatap mukanya.
"Memang dah putus pun, kamu tak rasa sakit ke?" lantas Mudim Mat Usul menepuk-nepuk bahu Tapa Jengket, kemudian disuruh berjalan sendiri ke tempat tidur berbaring.
"Saya tak rasa sakit pun," beritahu Tapa Jengket sekalipun terkengkang-keng-kang ke tempat tidur di hujung serambi yang disediakan khas.
"Ustaz dah doakan, macam many nak sakit!" Mudim Mat Usul mengerling ke arah saya disebabkan psaikologi yang digunakannya dapat memujuk Tapak Jengket.
Semenjak itu anak-anak percaya mereka tidak mengalami kesakitan sewaktu dikhatankan oleh Mudim Mat Usul sekiranya saya tercegat di sisi mereka. Setelah saya meninggalkan kampung halaman, ibu bapa masih juga harapkan juga datang menjengah. Kadangkala terasa pula Mudim Mat Usul sengaja berbohong semata-mata mahu memujuk anak-anak tabah menghadapi saat mahu berkhatan.
"Ustaz dah datang ni doakan sikit Mak Tua," ujar Bidan Manyun sayu apabila kenang lama sangat dia terkejang sakit.
"Kak Yun ni dulu, tahu sangat dia cari cendawan busut tumbuh," emak saya tersenyum mengusik Bidan Manyun.
Kalau emak saya tidak beritahu pun memang seisi kampung tahu mengenai kemahiran Bidan Manyun boleh mengesan tempat tumbuh cendawan busut. Asal sahaja kelkatu berterbangan menerpa lampu di sebelah senjanya, besok pagi-pagi lagi Bidan Manyun sudah menyerbu ke tempat cendawan busut tumbuh memutih. Tahu sahaja dia mencari tempat tumbuh cendawan busut sekalipun orang-orang kampung terlangah-langah memerhati di kawasan tanah lembap.
Siapa pun tidak boleh tandingi dia kalau mahu cam tempat cendawan busut tumbuh merata. Bukan mudah mereka mahu cam sekalipun menjengah di tempat yang cendawan berkenaan tumbuh. Kadangkala mereka hampa kerana tidak pernah pun terserempak cendawan busut bertaburan menjolak pucuk. Apa lagi sekiranya cendawan berkenaan sudah kembang hingga berulat lembik.
Tetapi Bidan Manyun tidak perlu terlangah-Iangah merata belukar. Asal sahaja dia melangkah ke tanah lembap sudah tentu cendawan busut tumbuh di situ. Mereka akan ikut ke mana sahaja Bidan Manyun menyusup celah belukar tatkala dia mencari cendawan busut tumbuh itu.
Memang arwah nenek saya tahu sangat mengenai Bidan Manyun akan memintas jembalang tanah yang sem-bunyikan cendawan busut tumbuh. Cubalah jembalang tanah cuba mengganggu, nescaya dia akan kurung sampai tidak boleh terlepas. •erpaksa pula menunggu hingga bulan mengambang penuh baru dapat membolos-kan diri daripada terkurung di tepi busut.
Asal sahaja bayang menjelma sewaktu bulan mengambang penuh, jembalang tanah akan dapat memboloskan diri. Mudah sahaja jembalang tanah meniti bayang sekalipun dikurung oleh Bidan Manyun. Sebab itu jembalang tanah tidak akan berebut-rebut mahu menyerbu cendawan busut tumbuh apabila Bidan Manyun sudah hentakkan tumit tiga kali ke tanah.
Masakan jembalang tanah mampu sembunyikan cendawan busut tumbuh memutih, kalau memintas Bidan Manyun. Tahu sangat Bidan Manyun Iindungkan bayang tempat jembalang tanah meniti hingga terkurung tidak boleh berjejak ke mana!
"Cendawan busut memang tempat bermain jembalang tanah," tutur Bidan Manyun perlahan apabila emak saya ungkit mengenai kemahiran dia mencari cendawan busut.
"Kalau saya jumpa cendawan busut, saya ragut habis," sahut Labit Kubin seolah-olah berbangga dia tidak peduli pun mengenai jembalang tanah yang disebut oleh nenek isterinya itu.
"Kamu memang dari dulu tak berubah-ubah perangai," tersinggung juga dia sikap Labit Kubin seolah-olah per-kecilkan dirinya. "Depan ustaz ini pun kamu nak tunjuk gah!" gerutunya menahan keharuan yang menusuk apabila Labit Kubin persenda-sendakan fasal gangguan jembalang tanah itu.
"Apa salahnya ragut cendawan busut kalau kita jumpa," beritahu Labit Kubin mengenai cendawan busut yang dituduh dikawal jemba-lang tanah oleh Bidan Manyun.
"Awak ni, nenek tu sakit pun nak dilayan!" ujar Satimah Lembeng memarahi suami-nya yang sengaja mahu menyakiti hati neneknya.
"Biarkan dia nak tunjuk pandai!" Bidan Manyun meng-gertap bibir disebabkan ter-singgung sangat, sekalipun dipujuk oleh emak saya supaya bertenang. "Sekarang ada cendawan busut di belakang rumah tu, pergilah kamu ragut," tuturnya keras sedikit bagaikan mencabar cucu menantunya.
Tersengih-sengih Labit Kubin apabila diberitahu Bidan Manyun mengenai cendawan busut tumbuh di belakang rumah. Masakan cendawan busut boleh tumbuh sekiranya hujan tidak turun berminggu-minggu. Dia percaya nenek-nya sengaja mahu ikutkan perasaan tatkala hatinya memberang marah. Tentu tidak ada sekuntum pun cendawan tumbuh sekiranya tanah kering tidak ditimpa hujan langsung.
Cepat-cepat Satimah Lembeng ingatkan suaminya supaya tidak rnelayani sangat neneknya tengah sakit. Apalah gunanya berbalah-balah kalau tidak percaya dengan gangguan jembalang tanah berkenaan. Perkara percaya atau tidak percaya bukanlah penting sangat kalau bandingkan kejadian Labit Kubin menanggung sakit perut memulas-mulas selepas menjamah gulai cendawan busut.
Tetapi Labit Kubin mahu tunjukkan kepada isterinya, memang neneknya sengaja menguji dia. Tentu Bidan Manyun meracau tatkala beritahu cendawan banyak tumbuh di belakang rumah. Sebab itu Labit Kubin tidak pericaya langsung kalau nenek mentuanya tengah meracau demikian.
"Mana ada cendawan tumbuh kalau tak hujan, nek," beritahu Labit Kubin tersengih-sengih. "Ustaz ini in bukan nak percaya perkara yang karut tu, " ujarnya lantas menuduh perkara tidak munasabah sekiranya harapkan cendaawan busut tumbuh apabila tidak ada tanah lembap.
"Cuba kamu tengok sekarang!" Bidan Manyun mencebek bibir penuh yakin mengenai cendawan busut berkenaan tumbuh di belakang rumah.
"Ustaz nak tengok sama ke?" lantas sahaja Labit Kubin bangun mengajak saya turun ke tanah. Tetapi saya tidak berganjak duduk sandar belakang ke dinding sekalipun Labit Kudin berkeras mengajak ikut sama mahu membuktikan kepada nenek mentuanya tidak sekuntum pun cendawan tumbuh ketika itu.
"Buat apa kamu ajak ustaz, dia dah tahu semuanya," jelas Bidan Manyun sengaja mahu ingatkan cucu menantunya perkara yang sukar mahu diterangkan sekalipun dalam scat dia terkejang sakit.
Sewaktu Labit Kubin turun ke belakang rumah terkejut benar dia melihat cendawan busut masih kuncup di sekeliling rumpun serai. Sekali gus pula Labit Kubin melaung isterinya meminta besen mahu meragut cendawan busut berkenaan. Memang riang sangat dia disebabkan tiba-tiba sahaja cendawan busut tumbuh sekalipun hujan tidak turun melembapkan tanah.
Dia tidak peduli fasal nenek mentuanya sengaja melepaskan geram apabila dia sengaja mahu mengusik. Asal sahaja cendawan busut tumbuh mencodak di tanah, dia tidak akan lepaskan peluang. Sebaik sahaja dia beritahu mengenai cendawan busut di sekeliling perdu rumpun serai di belakang rumah, lantas Satimah Lem-beng ingatkan dia fasai meng-ejek-ejek neneknya.
Tetapi Labit Kubin tidak peduli sama ada isterinya menyindir atau tidak. SEgera dia mints hulurkan besen di pelantar mahu kutip sampai habis cendawan yang tumbuh. Tentu nenek mentuanya juga tidak ber-tangguh menghirup kuah kaiau dihidangkan gulai lemak kuning ciii padi cendawan busut berkenaan.
Tatkala mahu mengutip cendawan busut di perdu rumpun serai, tiba-tiba sahaja semuanya busuk reput tidak boleh diragut lagi. Apabila Labit Kubin hampa tidak dapat mencabutnya, dia terpandang pula cendawan busut banyak tumbuh di bawah pokok jambe dalam rumput memanjang. Sebaik sahaja dia menyerbu ke situ cendawan busut berkenaan juga kembang lantas busuk rebut menjadi pupuk tanah.
Mengeluh panjang Labit Kubin disebabkan tidak dapal. mengutip cendawan busut berkenaan. Dalam keadaan longlai disebabkan kehampaan, Labit Kubin berdebar apabila melihat cendawan busut tumbuh di cucur atap rumah. Apabila dia mendekati cendawan busut tumbuh banyak di cucur atap, tiba-tiba sahaja cendawan busut berkenaan bergerak ke bawah tangga pula.
Menjadi gelabah Labit Kubin ketika melihat cendawan busut di bawah lengga tenggelam ke dalam hinah seolah-olah direntap thin bawah. Cepat-cepat Labit Kubin melompat naik ke rumah dalam keadaan ketakutan. Memang tidak pernah dia mengalami kejadian demikian apabila oendawan busut berkenaan seolah-olah permainkan dlrinya.
"Nenek buat apa dengan cendawan busut tu?" bergetar suara Labit Kubin sebaik sahaja tergopoh-gopoh duduk di lunjur kaki Bidan Manyun.
"Kamu yang nak ragut habis, aku mana tahu!" sengaja Bidan Manyun menyindir lantas mengerling tajam. "Aku terkejang di sini, bukan dapat bangun nak kutip cendawan tu," tuturnya trsengih-sengih setelah melihat Labit Kubin tidak ketahuan menahan rasa malu yang menyelubungi perasaannya.
"Sengaja nenek nak permainkan saya," gerutu Labit Kubin apabila mengalami kerjadian yang tidak disangka-sangkanya berlaku.
"Selama ni awak kata perkara macam tu semuanya karut!" lantas Satimah Lembeng pula mengejeknya setelah suaminya tercengang tidak menentu.
"Kamu sebenarnya nak tunjuk takbur, Labit," segera emak saya mencelah mengerling Labit Kubin tertunduk lesu.
Memang Tok Aji juga sering ingatkan emak saya, kalau sengaja memandang karut kejadian yang tidak dicapai dengan akal samalah macam tunjukkan takbur. Apa sangat dengan kejadian yang dialami oleh Labit Kubin kalau bandingkan dengan banyak perkara lain, apabila Allah Subhanahu Wataala izinkan.
Tentu Labit Kubin lebih terpinga-pinga kalau melihat Tok Aji berjalan di atas air macam meniti tembok keras tatkala selamatkan emak saya di tengah banjir. Siapa yang sanggup meranduk air tengah berarus deras kalau tidak cekal hati? Tetapi Tok Aji meniti di atas air semata-mata dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.
Apabila Labit Kubin sengaja mahu tunjuk takbur, hanya diuji dengan kejadian yang terlalu remeh pun dia terkapai-kapai. Mereka yang tahu bermain silap mata pun boleh lakukan tatkala cenda-wan busut tumbuh boleh berpindah tempat. Sebab itu Bidan Manyun tersenyum apabila menatap muka saya setelah Labit Kubin tunduk menahan rasa malu yang mencengkam perasaan.
Kalau tidak diberitahu pun memang Bidan Manyun menyedari saya melihat Tok Syeikh tercegat taburkan benih cendawan busut hingga terbayang pada pandangan Labit KUbin. Masakan cendawan busut yang tumbuh di tengah perkampungan bunian itu boleh diragut oleh Labit Kubin kalau takat tercegat berdiri di perdu rumpun serai. Lainlah kalau dia jejak kaki di perkampungan Tok Syeikh sekiranya mahu meragut cendawan busut yang tumbuh.
Beberapa kali juga Tok Syeikh bisikkan ke telinga Bidan Manyun disebabkan malu mahu menatap muka saya, tetapi Bidan Manyun terus memujuknya. Dia rnasih lagi mampu berhubungan dengan Tok Syeikh sekalipun terkejang sakit sejak berminggu-minggu.
"Eloklah Mak Tua bersendirian aje," tutur saya mengusap-usap tangannya.
Dia mengangguk perlahan. Tetapi Satimah Lembeng hairan juga kerana neneknya memang sejak lama bersendirian. Hanya sekali-sekala dia menyedari Bidan Manyun akan bangun berjalan ke bilik air sekiranya tidak ada sesiapa pun di tengah rumah. Kadangkala dalam masa matanya rabun tidak boleh melihat apa-apa, Bidan Manyun mampu bergerak pantas naik memanjat bukit mengintip cendawan busut yang turn buh di mana-mana.